Jumaat, 3 Mei 2013

Anwar Ibrahim: Reformasi Journey

PRU13: Bebaskan negara daripada jenayah dan samseng politik

Ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) berjalan rancak, negara dikejutkan dengan berita pembunuhan membabitkan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Ne geri), Dato’ Shaharuddin Ibrahim, 58. Allahyarham ditembak mati pada jam 8.15 pagi, 26 April lalu ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya.

Berdasarkan laporan media, mangsa yang duduk di bahagian penumpang depan kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Sentosa, di Putrajaya.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah di lapor berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.20 pagi.
Bagi pihak PAS, kita mengucapkan takziah kepada balu dan keluarga Allahyarham dan mendoakan roh beliau dirahmati dan dalam keampunan Allah SWT.

PRU13: 6 MEI CUTI UMUM DI SELANGOR

pakatan selangor
SHAH ALAM 03 MEI : Isnin 6 Mei telah diumumkan sebagai hari pelepasan am di Selangor bagi memudahkan rakyat Selangor mengundi pada Ahad, 5 Mei.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid berharap hari tersebut digunakan sebaik mungkin untuk pulang mengundi di tempat masing-masing dan tidak perlu tergesa-gesa untuk kembali bekerja.
“Kita mendoakan para pengundi dan rakyat Selangor pulang dengan selamat untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
“Undi anda semua akan menentukan nasib generasi akan datang. Undilah dengan bijak,” kata Abdul Khalid dalam satu kenyataan di sini.

PRU13: KEADILAN cabar SPR, KDN buktikan pendatang asing pengundi sah

sivarasa-pengundi-sprPETALING JAYA 3 MEI: KEADILAN mencabar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menunjukkan bukti rasmi berhubung pendatang asing yang diterbangkan BN ke Semenanjung merupakan pengundi sah.

Ini berikutan pengakuan Setiausaha Agung BN, Datuk Tengku Adnan Mansor bahawa pendatang asing terbabit adalah pengundi yang sah dan pesawat sewa khas yang menerbangkan mereka itu dibayar oleh “rakan-rakan BN”.
Penyandang Parlimen Subang, R Sivarasa berkata, KEADILAN memandang serius pendedahan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa terdapat 40,000 pengundi ragu diterbangkan dari Sabah dan Sarawak sejak 25 April lalu.
“Kita juga risau dengan jumlah besar pengundi pos pada 30 April lalu yang melibatkan sehingga 250,000 pengundi,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.
“Siapa mereka? Adakah mereka ini rakyat Malaysia? Kita desak dan cabar SPR serta KDN tunjukkan bukti rasmi tentang pengundi asing serta anggota keselamatan yang terlibat dalam pilihan raya kali ini,” tegasnya.

PRU13: Rafizi yakin Pakatan mampu menang majoriti mudah

Rafizi-BloombergKUALA LUMPUR 3 MEI: Kegagalan parti pemerintah, Umno BN menyelesaikan masalah ekonomi dengan berkesan meyakinkan Pakatan Rakyat untuk menang pada Pilihan Raya Umum Ahad ini dengan majoriti mudah.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli juga yakin Pakatan secara minimum mampu untuk menguasai dua lagi negeri jika dinilai kepada sokongan dan momentum rakyat yang mahukan perubahan.
“Keyakinan ini berdasarkan kepada peningkatan sokongan rakyat kepada Pakatan sejak lima tahun lalu. Ditambah lagi dengan rekod pentadbiran Pakatan yang baik di lima buah negeri (sebelum Perak dirampas BN) yang dikuasai,” katanya dalam temubual Bloomberg pagi tadi.
Ditanya berhubung isu pengundi muda dan Melayu, Rafizi berkata, pengundi muda merupakan faktor penentu dalam PRU kali ini.
“Namun, BN pula cuba memainkan isu perkauman dan memanipulasi isu berkaitan Melayu sejak beberapa tahun lalu dengan tujuan menakutkan pengundi Melayu,” kata calon Pandan itu.
“Tetapi akhirnya kami masih yakin dengan pengundi muda khususnya golongan pekerja yang berada di kawasan bandar dan pinggir bandar sebagai penentu dalam PRU 13,” kata Rafizi optimis.

Kajiselidik: Populariti Najib merosot, BR1M tak jalan...



 
Ketika negara semakin menghampiri hari pengundian Ahad ini, kajiselidik terbaru Merdeka Centre mendapati rating Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak merosot 3 peratus berbanding tinjauan terakhirnya sebelum ini.

najib announcing affordable house penang 300413 01Kajiselidik di kalangan pengundi di Semenanjung antara 28 April hingga 2 Mei itu juga meletakkan Pakatan Rakyat mendahului BN dari segi parti pilihan untuk membentuk kerajaan.

Populariti Najib menurun sedikit daripada 64 peratus dalam kajiselidiknya yang dijalankan pada bulan Mac, kepada 61 peratus sekarang - beberapa hari sebelum hari pengundian Ahad ini.

Merdeka Centre berkata angka itu mencerminkan penurunan faktor "feel good" yang sebelum ini dijana ketika pengagihan besar-besaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan juga bentuk sumbangan wang tunai yang lain.

Kebimbangan terhadap ekonomi mendahului senarai isu-isu yang pengundi mahu diperbincangkan, iaitu pada 25 peratus.

Kerusi marginal tentukan pemenang
Berdasarkan hasil kajiselidik, Merdeka Center berkata pemenang pilihan raya umum kali ini akan ditentukan oleh pihak mana yang berjaya memenangi sebahagian besar daripada 46 kerusi marginal parlimen di seluruh negara - semuanya dalam margin 3 peratus undi.

PRU13: Pakatan gesa pekerja syarikat penerbangan, pengundi untuk halang penipuan

KUALA LUMPUR, 3 Mei — Pakatan Rakyat (PR) gesa pekerja syarikat penerbangan dan pengundi rakyat Malaysia untuk melawan penipuan pada pilihan raya umum 5 Mei ini, ketika dakwaan 40, 000 pengundi diragui termasuk warga asing dari Sabah dan Sarawak telah diterbangkan sejak minggu lepas ke negeri-negeri utama di semenanjung seperti Selangor dan Kuala Lumpur.
Ketua PR di Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) hari ini berkata akuan pengundi yang diterbangkan oleh Barisan Nasional (BN) daripada Sabah dan Sarawak ke semenanjung Malaysian mengukuhkan lagi dakwaan cubaan untuk menipu undi.
Setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor semalam berkata “rakan” BN sedang membantu mereka menerbangkan pengundi pulang ke semenanjung tetapi menegaskan ianya sebahagian daripada kempen parti “keluar mencari undi” untuk Pilihan Raya 2013.
“Kenyataan oleh Tengku Adnan menimbulkan kebimbangan terdapat usaha terancang untuk mengganggu pilihan raya di Selangor,” kata Abdul Khalid, yang juga negeri Menteri Besar sementara pada sidang media di ibu pejabat PKR, Tropicana disini.

PRU13: Ribuan di 'Super Friday', janji minggu depan tiada tol


Dalam panas terik petang ini, lebih 5,000 hadirin yang majoritinya kaum Cina memenuhi Stadium Sultan Abdul Halim di Alor Setar bagi mendengar ceramah raksasa 'Super Friday' - kempen besar terakhir Pakatan di Kedah sebelum pilihan raya Ahad ini.

NONEKehadiran ramai kaum Tiong Hua dalam majlis anjuran DAP itu memecah 'kesunyian' mereka yang sebelum ini tidak menyatakan sokongan dengan terbuka dalam pilihan raya umum ke-13 kali ini.

Walaupun tanpa kehadiran Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi masalah pengangkutan dan kesesakan jalan raya, perhimpunan itu tetap menaikkan semangat penyokong Pakatan dengan ucapan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

NONEDalam riuh vuvuzela, Lim berucap menegaskan janji Pakatan, antaranya akan menghapuskan tol Lebuh Raya Utara-Selatan dengan segera - seminggu selepas pilihan raya.

"Kamu mahu tunggu ka? Mahu sokong BN? Saya tidak boleh tunggu, atau mungkin tak ada lagi. Kamu mahu tunggu?.

"Kalau 5 Mei ini, kamu pilih Pakatan Rakyat, minggu depan lebuh raya percuma... Mari kita undi beramai-ramai, tumbangkan BN, baru kita selamat ," kata Lim sambil diiringi tepukan dan laungan "Ubah".

'ABCD -Asalkan Bukan Calon Dacing'

Lapor kes dakwat kekal: Mejar ditukar serta merta

PULAU PINANG: Pegawai Pemerintah Skuadron No 12 Pengkalan Udara DiRaja Malaysia (TUDM)  Butterworth, Mejar Zaidi Ahmad ditukarkan serta merta ke Kuala Lumpur bermula hari ini kerana membuat laporan polis isu dakwat kekal yang tidak kekal.

Bagaimanapun beliau memohon perpindahan itu ditangguhkan sehingga hari Isnin 6 Mei minggu depan  ekoran beliau sedang disiasat oleh Lembaga Siasatan TUDM di sini.

(Laporan polis yang dibuat oleh Mejar Zaidi, isteri dan rakan-rakannya tersebar merata. Kerana membuat laporan polis beliau dipersalahkan dan ditukar serta merta)

"Surat arahan telah dikeluarkan oleh TUDM di mana saya ditukarkan ke Kuala Lumpur hari ini. Tetapi saya minta tangguh ke Isnin kerana di sini pun sedang diadakan satu Lembaga Siasatan berhubung kes saya, " beritahunya kepada Harakahdaily.

PRU13: Separuh pengundi Melayu di Johor sokong Pakatan

Dr_N JOHOR BAHRU 3 Mei: Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Johor, Dr Faidhi Saidi berkata, sokongan orang Melayu di Johor  kepada Pakatan berada pada tahap 50 peratus, bermaksud separuh daripada pengundi Melayu kini cenderung memilih gabungan parti itu.
Sokongan itu ternyata sangat berbeza dalam pilihan raya umum sebelum ini di negeri yang dikatakan terkenal dengan gelaran ‘kubu kuat Umno’.
Menurut Faidhi, kempen menarik sokongan pengundi Melayu terus diperhebatkan menerusi pecutan di saat akhir menjelang hari pengundian 5 Mei ini.
Manakala sokongan pengundi Cina terhadap Pakatan pula berada dalam keadaan terbaik iaitu pada tahap 80 peratus, katanya.
“Isu yang dibangkitkan pengundi Cina adalah seperti rasuah dan keselamatan kerana ia beri kesan kepada mereka yang kebanyakannya berniaga.
johor“Manakala orang Melayu lebih tertumpu kepada peluang pekerjaan, taraf gaji dan isu perumahan. Paling sensitif (bagi orang Melayu) adalah isu mengenai tanah,” ujarnya yang juga calon parlimen KEADILAN Pasir Gudang.
Pasir Gudang memiliki dua DUN iaitu Permas Jaya dan Johor Jaya yang sebelum ini dimenangi Barisan Nasional.
Kata Faidhi, beban BN kini terarah di DUN Permas yang ditandingi Datuk Seri Khaled Nordin- calon BN yang diuar-uarkan sebagai Menteri Besar Johor.
Menurutnya, antara isu yang menjadi tumpuan ialah isu tanah dan pengusiran yang berlaku di Felda Cahaya Baru Masai dan Kampung Plentong Tengah, melibatkan puluhan peserta Felda dan keluarga bandar peneroka.
“Sejak 18 tahun lalu penduduk kampung duduk di atas tanah TOL ( Lesen Menduduki Sementara). Janji Umno-BN untuk meluluskan permohonan geran tanah tak diselesaikan,” tambahnya.
Ekoran itu 9 cawangan Umno dalam parlimen Pasir Gudang ditutup Januari lalu kerana protes geran tanah yang tidak diberi kepada penduduk.

PRU13: Saingan sengit, PR di depan - Merdeka Centre

SHAH ALAM - Kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) berhadapan dengan saingan "amat sengit" dalam menguasai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) meskipun PR dilihat mempunyai sedikit kelebihan dan berada di depan.

Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata, PR dilihat menguasai 89 kerusi sekarang berbanding 85 bagi BN.

Kedua-dua perikatan itu bersaing keras untuk merebut baki 46 kerusi manakal parti Star dan Parti Pekerja Sarawak (SWP) boleh menguasai masing-masing satu kerusi.

Kerusi-kerusi BN itu, 50 datang dari Semenanjung, Sabah dan Labuan (16) dan Sarawak (19).

Sementara itu, daripada 89 kerusi PR, 81 datang dari Semenanjung, Sabah dan Labuan (tiga) dan Sarawak (lima).

Kajian terbaru ini dikendalikan antara 28 April dan 2 Mei. Pengundian PRU13 akan diadakan Ahad ini.

Tempoh berkempen 15 hari akan berakhir tengah malam ini.

PRU13: Flashmob @ Ampang #IniKalilah

PRU13: Flashmob Bulatan Pahang, Kuala Lumpur

GE13: Bomb found at DAP Bandar Kinrara office

PRU13: Ikrar Pertahankan Kerajaan Islam Kelantan

MCMC: ISPs found restricting access can be punished

Anwar Ibrahim: Kempen PRU13 Tapah Perak

GE13: BERSIH 2.0 Press Conference

Merdekakan Ust Hamid Derani melalui Pilihanraya 5 Mei 2013

Wacana Sinar Harian Public Forum In Conjunction With World Press Freedom Day Bhg 4

Wacana Sinar Harian Public Forum In Conjunction With World Press Freedom Day Bhg 3

Wacana Sinar Harian Public Forum In Conjunction With World Press Freedom Day Bhg 2

Wacana Sinar Harian Public Forum In Conjunction With World Press Freedom Day Bhg 1

PRU13: Anggota Keselamatan, Penerbangan Jangan Bawa Pengundi Ragu.

GE13: Over 100 Penangites go bald against money politics

Sivarasa to Ku Nan: Are they really voters?

Anwar Ibrahim: Jelajah Perjuangan Reformasi

PRU13: KEADILAN seru rakyat mengundi, bangkit tuntut perubahan

pakatan_rakyat_logo_dan_benderaKUALA LUMPUR 3 MEI: Pengundi digesa mengambil pendirian tegas dalam PRU 13 dengan memikirkan masa depan yang lebih baik untuk generasi muda, supaya mereka dapat menikmati kehidupan lebih baik dan selesa pada masa akan datang.

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua menyeru para pengundi mengenepikan soal parti politik yang disokong dan merenung kembali suasana politik dan ekonomi yang tidak menyebelahi rakyat bawahan.
“Ini hakikat yang berlaku di Malaysia dan PRU 13 inilah sebuah peluang terbaik yang tidak patut diabaikan oleh pengundi untuk memilih sebuah kerajaan yang lebih telus dalam usaha membela rakyat.

PRU13 pilihan raya 'paling lucah', kata Kadir



A Kadir Jasin SHAH ALAM – Ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tinggal dua hari sahaja lagi, media arus perdana yang menjadi nadi kepada parti pemerintah dikritik tokoh wartawan negara, Datuk A Kadir Jasin.

Bercakap di pentas forum sempena Sambutan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, Kadir berkata, dunia media pada hari ini seolah-olah dicemari oleh pemberitaan yang berbeza dalam pilihan raya lalu.

"Pada 2008, media arus perdana ini menghina, mencaci media baru.

"Blogger-blogger ini dahulunya dipanggil 'goblok' dan 'monkey'. Tetapi sekarang media arus perdana menggunakan alasan media baru ini untuk mengeluarkan benda-benda yang sebelum ini tidak dikeluarkan?," ujar beliau.

FRAUD FOUND: EC, ministry officials involved will be PUNISHED - Pakatan warns

Pakatan Rakyat has growing concern with indications of electoral fraud and so that Malaysians are fully aware that we have to come out in maximum numbers on Sunday to vote to overcome the possibility of this fraud. There are 3 aspects of this fraud.
Massive numbers: 50,000 journalists?
FRAUD FOUND: EC, ministry officials involved will be PUNISHED - Pakatan warns  One is the massive numbers involved in postal voting process over 250,000 people have been issued postal ballots. Now we have verified there were over 50,000 actually issued to media personnel, so it seems shocking that suddenly the media industry in this country has grown to 50,000. Who are this 50,000 people who been issued postal ballots and who have apparently cast these ballots?
That's one big concern because there is no transparency in the process. We don't know where ballot papers have been kept, we don't know what has been done with the ballot papers. We only know that of course in the established process that these ballot papers will be opened on Sunday at 5 o'clock and will be counted. We know from previous history that it's those postal ballots that are suddenly use to transform, to change the outcome in that particular constituency.
Security of ballot boxes in question
The second concern is about the security of the ballot papers used for early voting process. We know of course the boxes are sealed, we know that they have been kept, for example in Subang the boxes for Subang constituency are being kept in USJ police station. But we still remain concerned because we have the same concerns about who is actually having access to the process because we have been told that we can't access, so we can't watch those ballot boxes and these will be kept in so-called secure places like lockups and only opened on Sunday. So our concerns remain about those ballot boxes.

'BOMB’ found near DAP service centre: Umno-BN slammed for DIRTIEST-EVER GE13

It looks like the "worst" has begun. With 2 days to go to Malaysia's May 5 general election, it looks like the violence and electoral fraud much feared by political observers and Opposition leaders have swung into full phase.
On Friday, explosions were heard when a police bomb squad detonated a box marked “bomb” found in a booth near the DAP service centre in Jinjang Utara.
'BOMB’ found near DAP service centre: Umno-BN slammed for DIRTIEST-EVER GE13“The box had a sign with the word ‘bomb’ on it. The bomb squad was dispatched to the area. We have not ascertained whether it is in fact a bomb,” Deputy IGP Khalid Abu Bakar was reported as telling journalists at the police headquarters in Bukit Aman.
If you vote/support/help PR, we will jail you!
Opposition leaders have gone on red alert following the news although, according to The Star Online, the box is believed to contain firecrackers.
"It could be a hoax, we don't know. But what we are concerned about is the heightening of intimidation and political violence towards the Opposition and those who support them," PKR vice president Chua Jui Meng told Malaysia Chronicle.
"A good example is the pro-PR blooger Milo Suam who was remanded 2 days for a flimsy reason just because he posted on his blog a report that questioned if it was true Sabah police had been told to watch out for possible chaos in KK and Tawau. Why the need to arrest over such a posting, what message is Umno-BN trying to send out."
Pakatan election agents arrested

PRU13: PR masih dominasi kempen media sosial

SHAH ALAM -  'Perang' Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) mungkin sedikit suram di paparan skrin komputer kita jika dibandingkan dengan hari ini.

PRU13 boleh juga kita andaikan sebagai ibu kepada segala pilihan raya dengan kempen meluas semua parti-parti politik yang bertanding, sama ada secara maya mahupun realiti.

'Perang' bukan hanya menerusi poster, bendera, manifesto, ceramah mahupun siri jelajah, namun ia ditambah baik menerusi kempen media sosial yang diperhebat dari semasa ke semasa.

Pakatan Rakyat (PR) yang boleh kita gelar sebagai perintis kepada penggunaan laman media sosial ini dilihat menggunakan sepenuhnya ruang ini pada PRU13.

Menurut  Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusoff, kelebihan PR kerana mereka mempunyai penyokong yang sanggup melakukan kerja-kerja kempen media sosial ini secara sukarela.

"Barisan Nasional (BN) kurang individu-individu semulajadi ini.

PRU13: Tengku Adnan mengaku BN terbangkan pengundi ke Semenanjung

PUTRAJAYA 3 MEI: Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor mengaku dakwaan Pakatan Rakyat mengenai kewujudan penerbangan khas membawa pengundi daripada timur Malaysia ke Semenanjung adalah benar.
warga-asing-putrajaya-tengku-adnan
Tengku Adnan mengaku mereka ini dibawa masuk oleh BN dengan sokongan rakan-rakan BN. Adakah mereka rakyat Malaysia?
Bernama melaporkan, Tengku Adnan mengaku kewujudan penerbangan sedemikian dan menegaskan bahawa khidmat itu ditaja oleh “rakan-rakan BN.”
“Tidak ada apapun yang benar berhubung dakwaan pembangkang, tidak lain dan tidak bukan penumpang itu hanya pengundi berdaftar Malaysia,” kata Tengku Adnan.
Tengku Adnan juga menuduh Pakatan Rakyat sengaja membuat dakwaan bahawa sistem pilihan raya bermasalah untuk melemahkan demokrasi negara.

PRU13: Sabah, Ini kalilah 'undio noh'



 
Kalau sebelum ini lagu "Tanak Kampung" begitu viral sekali sehinggakan ia bukan sahaja berjaya menembusi seluruh Sabah bahkan turut menjadi siulan ramai orang di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, kini "Ini Kalilah" menjadi kata-kata yang amat keramat bagi semua orang.

Asalnya ia datang dari parti STAR Sabah yang mengusulkan agenda pembaharuan dan perubahan bagi mendapatkan semula autonomi negeri tersebut.

Namun apabila masa berjalan, slogan itu sudah digunakan oleh hampir kesemua komponen parti pembangkang di Malaysia sebagai kempen dan pemasaran politik mereka.

Tiba-tiba sahaja ungkapan ini menjadi suatu yang fenomena sedangkan ia sebenarnya sudah lama lahir dan dituturkan oleh masyarakat Sabah.

Barangkali tidak perlu diperjelaskan tentang apa maksud slogan ini kerana semua sudah tahu bahawa ia membawa makna yang cukup signifikan menjelang pilihan raya yang akan berlangsung beberapa hari lagi.

POLITICAL TYRANNY: Don't allow Najib to get away with fly-by-night voters

The 24-hour ultimatum being served on MAS on behalf of all Malaysians to come clean on the alleged fly-by-night operations involving the relocation of East Malaysians by the thousands into West Malaysia must be treated seriously.
POLITICAL TYRANNY: Don't allow Najib to get away with fly-by-night votersThe challenge posed to the caretaker and President of UMNO, Najib, cannot be given the cold shoulder either.
That ultimatum must be demanded by all Malaysians. It does not matter on which side of the political divide you belong to – unless of course you are subscribing to political tyranny.
Questions
Malaysians are certain that people of integrity will have done their homework soundly before speaking out on behalf of the rakyat. This allegation – which appears to have basis so far, that thousands are being flown into mainland political turf and being done so in unearthly hours is a direct challenge to our democracy and raises serious questions that have far reaching consequences affecting 29 million people and even their future children.
Why is there this allegation?
Why are so many suddenly being flown in?
Why do so in the steal of night?

PRU13: Perutusan Pilihanraya Tok Guru Nik Abd Aziz


PRU13: SABAH BN WILL FALL! Super-massive crowd at Pakatan event


GE13: Malaysia's social media election


Kajian Risik BN: PR Menang 117 Kerusi Parlimen - BULETIN 13


PRU13: Cubaan membawa keluar kertas undi dari Balai Polis Manjung


PRU13: Amanat Presiden PAS untuk pengundi


PRU13: Umno-BN Cuba “Membeli Pengundi” Dengan Beras

charles BN bagi beras 01
KLANG 2 MEI : Penyandang Parlimen Klang, Charles Santiago mendakwa terdapat usaha membeli undi melibatkan calon dan jentera Barisan Nasional di kawasan itu.
Beliau mendakwa menerima aduan semalam bahawa sekumpulan petugas BN memberi beras dengan bungkusan yang tertera dengan gambar calon BN dan mesej supaya mengundi gagasan itu.
Petugas itu menaiki trak ke taman perumahan dan mengagihkan bungkusan-bungkusan tersebut kepada penduduk.
“Kes ini berlaku di Pandamaran kira-kira jam 9.30 pagi hingga 10 pagi. Bungkusan itu tertera gambar calon dan slogan undilah BN serta logo 1Malaysia dan BN.
“Antara gambar calon itu ialah Datuk Azman Ching dan Datuk TehKim Poo,” katanya dalam sidang media, di Bilik Gerakan Parlimen Klang, di sini.
charles BN bagi beras 03
Charles mengutuk tindakan tersebut dan berkata ia mencemar proses demokrasi dan ikrar integriti yang ditandatangani Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak sendiri.
Beliau berkata terdapat aduan bahawa perkara sedemikian berlaku sebelum hari pernamaan calon tetapi pihaknya tidak mendapat bukti.
“Dalam kejadian semalam kita ada bukti, kita ada gambar BN membeli undi,” katanya.
Charles juga tidak menolak perkara sedemikian berlaku di seluruh Selangor.

PRU13: Berbelit-belit SPR menjawab isu dakwat kekal


Pada 30/4/2013 suatu sejarah baru telah tercipta di dalam negara Malaysia. Itulah julung kalinya, dakwat kekal digunakan dalam suatu pengundian pilihan raya.

Perkara 19(4) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 {"PPP"] menyatakan, "...ketua tempat mengundi atau mana-mana orang yang bertindak di bawah kuasanya hendaklah membuat suatu tanda pada jari telunjuk kiri pengundi itu dengan menggunakan dakwat kekal ..."

Tan Sri Aziz selaku Pengerusi SPR banyak kali memberikan jaminan bahawa dakwat ini akan tahan lama sehingga 7 hari, iaitu sehingga 5 Mei 2013. Tujuan dakwat kekal ini digunakan adalah untuk mengelakkan kebarangkalian orang boleh mengundi 2 kali.

Ini kerana sudah menjadi rahsia yang diketahui ramai, berlaku banyak pertindihan nama dalam daftar pemilih dan berlaku penyamaran yang mana ada pihak yang keluar mengundi bagi pihak orang lain.

Namun, harapan umum untuk melihat ketelusan SPR dalam penggunaan dakwat kekal ini akhirnya pecah bersepai. Menurut laporan yang diberikan oleh saksi yang berwibawa, dakwat kekal ini hanya tahan 30 minit sahaja dan sangat mudah ditanggalkan.

Laporan daripada petugas di Shah Alam menyatakan dakwat itu boleh tanggal hanya dengan digosok dengan tisu. Ada yang memberitahu, dengan tiga kali basuhan semua dakwat kekal itu hilang sepenuhnya.

PRU13: Husam yakin Pas boleh menang 54 kerusi Parlimen


 Datuk Husam Musa PETALING JAYA - Pas, komponen Pakatan Rakyat (PR) yakin boleh menguasai 54 kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan pusat, kata Naib Presidennya, Datuk Husam Musa, hari ini.

Menurut beliau, ia tambahan kepada 23 kerusi Parlimen yang disandang sekarang.

Kata Husam, pihaknya juga yakin akan memperoleh kemenangan tujuh kerusi tambahan, diyakini dimilik Pas ekoran sokongan ditunjukkan oleh pengundi Cina kepada calon parti berteraskan Islam itu.

"Kita ada lima kerusi panas yang akan dimiliki Pas termasuk Kuala Kangsar, Tasek Gelugor, Sepang, dan Dungun.

PRU13: SPR bazir RM5 juta beli dakwat kekal boleh ‘tanggal’



KUALA LUMPUR 2 MEI: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membazirkan RM5 juta untuk pembelian dakwat kekal tetapi boleh ditanggalkan dalam masa singkat, selepas dicalit di jari pengundi pada pengundian awal Selasa lalu.
Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty mempersoal jaminan SPR yang mendakwa dakwat itu tahan seminggu.
dakwat-5juta“Jaminan SPR sangat bercanggah dengan apa yang berlaku pada hari pengundian awal kerana calitan dakwat kekal boleh ditanggalkan dalam masa sekejap sahaja.
“Ini hanya membazirkan duit rakyat kerana kita tahu untuk menempah dakwat kekal melibatkan kos yang tinggi berdasarkan pengakuan SPR sebelum ini. Mana jaminan SPR?” katanya ketika dihubungi.
Terdahulu, SPR melalui pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengakui pembelian dakwat kekal melibatkan kos yang besar tetapi tidak mendedahkan amaun sebenar.
Bagaimanapun, Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar memberitahu, SPR membelanjakan kira-kira RM5 juta membeli dakwat kekal baru kerana dakwat kekal yang sepatutnya digunakan pada PRU 2008 sudah dilupuskan kerana tamat tempoh.
Pada 2008, SPR bercadang menggunakan dakwat kekal, tetapi membatalkan seminggu sebelum pilihan raya atas faktor keselamatan.

PRU13: Awas rayuan terakhir Najib Sabtu ini


KUALA LUMPUR: PAS memberikan ingatan kepada semua rakyat Malaysia Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak akan membuat rayuan kepada mereka Sabtu ini.

Untuk itu, mereka perlu bersedia dengan segala rayuan itu dan jangan terpengaruh dengannya, kata Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli (gambar). Sehingga kini, katanya, kempen PRU13 PAS di seluruh negara berjalan seperti dirancangkan.

"Sambutan terhadap PAS dan Pakatan Rakyat sangat luar luar biasa," kata beliau kepada Harakahdaily.

Beliau yakin, Pakatan akan mendapat majoriti mudah di Parlimen dalam pilihan raya ini.

PRU13: Khalid Ibrahim dihalang masuk Pelabuhan Miri, dipercayai arahan Taib Mahmud

MB-Khalid-29130502SARAWAK 2 MEI: Kerajaan Sarawak sekali lagi menyalahguna kuasa apabila menghalang Pengerusi Pakatan Rakyat Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim daripada memasuki Pelabuhan Miri sebaik tiba di lokasi tersebut pagi tadi.

Beliau ditahan ketika bersama rombongan calon KEADILAN Miri, Dr Micheal Teo yang mahu meninjau keberkesanan perkhidmatan terhadap rakyat di pelabuhan tersebut.
Bagaimanapun, ketika sampai di pintu utama pelabuhan, rombongan Khalid dihalang memasuki premis itu walaupun dijelaskan mereka hanya mahu ke kafe di dalam lokasi tersebut.
Jentera parti KEADILAN Parlimen Miri, Ahodee Kiong mengesahkan insiden itu ketika dihubungi.
“Masa kami semua sampai di pintu utama, lima ‘pengawal’ berseragam polis sudah bersedia untuk menghalang kami.

PRU13: Balik pangkah PAS, hati-hati memandu - Nik Aziz


 
Berlatar belakang gemerlap lampu dan menara ikonik KLCC, kira-kira 5,000 orang membanjiri padang Kelab Sultan Sulaiman di Kuala Lumpur malam tadi untuk bermunajat supaya Pakatan Rakyat diberikan kemenangan dalam pilihan raya umum Ahad ini.

Iman solat hajat itu memimpin dan berdoa meminta campur tangan Ilahi bagi menangani jentera BN dan agensi kerajaan serta serangan media untuk mempengaruhi orang ramai.

Jumlah hadirin bertambah besar dengan kehadiran Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disambut laungan takbir sejurus selepas memijak rumput tempat mereka bersolat.

NONEVeteran PAS 82 tahun itu datang ke Kuala Lumpur bagi berkempen untuk Calon PAS Titiwangsa Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi yang akan mempertahankan kerusi yang dimenangi arwah pemimpin muslimatnya sebelum ini Dr Lo' Lo' Ghazali.

Turut hadir Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa exco kerajaan Kelantan.

Ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melawat Kelantan, dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sibuk menggempur kubu PAS, Nik Aziz dalam ucapan ringkasnya memaklumkan kepada anak Kelantan di perantauan supaya pulang mempertahankan kerajaan Islam.

"Pulanglah dan mengundi untuk memenangkan kerajaan PAS sekarang, dan pada masa yang sama, hati-hati memandu," katanya.

PRU13: Nik Aziz kecewa sikap pemimpin Umno-BN

KUALA LUMPUR - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan pemimpin Umno-Barisan Nasional sebagai tidak mempercayai hari kiamat hingga sanggup melakukan pelbagai penipuan untuk menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menteri Besar Kelantan mendakwa pemimpin Umno-BN semakin tidak mengendahkan dosa dan pahala sehingga sanggup menggunakan kad pengenalan klon bagi rakyat Kelantan yang tidak balik mengundi.

"Siapa ajar Umno, agama lain, politik lain, dia (Umno) tak fikir langusng soal mati.

"Bila orang (Umno) lupa akhirat, dia juga akan lupa dosa, perkara pokok kena fikir melalui islam bukan demokrasi.

"Tiap-tiap orang mati akan dibalas semula baik dia mengaji, minta rasuah, minta kad pengenalan palsu atau pengundi hantu.

"Tak rasa (rakyat Kelantan) payah balik kelantan nak undi nanti," kata pemimpin Pas ini di hadapan lebih 5,000 penyokong Pakatan Rakyat dalam program Munajat Perdana PRU13 di Kelab Sultan Sulaiman, di sini, malam tadi.

PRU13: Deklarasi Putrajaya Angkat Taraf Hidup Penjawat Awam

HUSAM_anwar 01
PUTRAJAYA 02 MEI : Pembayaran gaji berasaskan 52 minggu setahun untuk penjawat awam berbanding 48 minggu yang dipraktikan sekarang, adalah antara perubahan yang akan dibawa Pakatan Rakyat sekiranya diberi mandat mentadbir Putrajaya.
Langkah itu adalah antara 13 cadangan Deklarasi Putrajaya yang dilancarkan semalam oleh calon parlimen Putrajaya Datuk Husam Musa bagi meningkatkan mutu perkhidmatan awam disamping menjaga kebajikan mereka secara menyeluruh.
Menurut Husam, deklarasi tersebut dibentuk dengan mengambil respon dari penjawat awam menerusi laman sosial.
Cadangan pembayaran gaji 52 minggu itu diutarakan oleh bekas Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Nordin Abdul Hamid.
“Dalam Deklarasi Putrajaya ini, 13 perkara tersebut meliputi membina potensi penjawat awam, sebagai contoh gaji penuh semasa cuti belajar.
“Dalam feedback Facebook didapati sesetengah penjawat awam tidak dibenarkan mengambil PHD kerana ketua jawatan tidak mempunyai PHD,” katanya.

AWAS! AWAS! CHECKLIST FOR MAY 5 - don't let them steal your vote away

I have just completed my training to be a Polling Agent/Counting Agent/Barung Agent for this 13th GE to be held this coming 5th May 2013. I hope to be assigned to the Kota Kemuning voting centre but due to needs and other factors, I may be moved somewhere else.
Personally, I am voting at Khee Beng school in Jln Bkt Kemuning and I suspect most of us who registered using our Permai address will be voting there. This can be checked on line at http://daftarj.spr.gov.my/semakpru13.aspx.
AWAS! AWAS! CHECKLIST FOR MAY 5 - don't let them steal your vote awayI am writing this email becos of the many things you must be aware of before you go to the polling center. I 'll try my best to list them down here.
WHAT TO DO & WATCH OUT FOR
1. Be at the polling center real early, as I m suspecting that there may be a long queue due to the new polling process. Many will be sick of waiting and waste their vote. Don't be a fool to do that. Polling center opens at 8am till 5pm. If queue is long, hang in there, do not leave even after 5pm once you entered. Polling center gate closes at 5:00pm sharp RTM time. Polling continues till all in queue is done, regardless of time.
2. Check on-line first (http://daftarj.spr.gov.my/semakpru13.aspx) and print out your details before going to the voting center. You may be able to by-pass the Barung counter since you have a printout and know where to go and thus short cut your time.

PRU13: Bapa Altantuya rayu keadilan untuk anaknya



 
Shaariibuu Setev - bapa kepada Altantuya yang mati dibunuh - merayu kepada rakyat Malaysia yang akan mengundi Ahad ini supaya memberi keadilan kepada Altantuya yang tarikh lahirnya jatuh pada tanggal 6 Mei.

NONEDalam satu kenyataan empat perenggan, Shaariibuu (kiri) berkata
kedua-dua anak lelaki Altantuya - wanita Mongolia yang dibunuh dengan kejam di Malaysia - telah kehilangan ibu mereka sejak 2006.

"Hak anak-anak itu untuk memanggilnya 'ibu' telah dicabuli. Sejak pembunuhan itu, kami rakyat Mongolia menunggu permohonan maaf daripada rakyat Malaysia," katanya.

Beliau berkata, anak-anak tersebut telah menunggu untuk akses kepada dan sokongan dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selama tujuh tahun.

Shaariibuu turut menegaskan bahawa ianya masih penting untuk mengadakan pendengaran baru mahkamah dan mencari keadilan.

Politik Rasis : Risalah ‘Cina kuasai Malaysia’ diedarkan di program BN

 
SHAH ALAM, 2 Mei ― Risalah bertajuk “Malaysia Negara Rakyat Cina” adalah diantara yang turut diedarkan kepada hadirin yang majoritinya terdiri daripada Melayu ke program ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad anjuran Barisan Nasional (BN) malam tadi.
Risalah empat muka itu berlatarkan logo DAP, menceritakan tentang perjumpaan kaum Cina yang didakwa diadakan di Ipoh pada 15 Mei 1978, turut diberikan oleh salah seorang petugas BN kepada The Malaysian Insider.
“Mari sama-sama kita bersatu padu demi untuk keuntungan diri dan perniagaan hidup bangsa Cina yang mulia. Kita patut memakai peribahasa Melayu yang bodoh itu, seperti kadok naik junjung dan beri betis hendakkan peha. Mula-mula kita tumpang negara orang, kemudian kita takluk dengan cara halus lagi berkesan serta lebih rapi yang mana semua pemimpin-pemimpin kita khasnya sudah pun ada matlamat ini. Mungkin dalam 2 atau 3 pilihan raya lagi kita akan berkuasa dan berjaya memecah belahkan pemimpin Melayu,” tulis risalah tersebut.
“Saya dan pemimpin-pemimpin DAP sangat-sangat berharap semoga semua sama-sama kita bersatu padu merampas hak melayu kepada hak Cina, bantulah bangsa kita walau dengan apa cara sekalipun. Kejayaan inilah atas kerjasama serta persefahaman dari bangsa kita yang cerdik lagi mulia.”
Di muka surat akhir risalah itu tertulis keterangan mengatakan rencana itu diterjemahkan oleh seorang Melayu mirip wajah Cina yang mendapat risalah yang ditulis dalam bahasa Cina.
Beliau yang tidak dinamakan, mengingatkan orang-orang Melayu tentang ancaman terhadap kedudukan mereka oleh orang Cina.
Risalah itu diakhiri dengan amaran, “Mahukah tuan-tuan rela dan meredahi bangsa laknat (Cina) ini berkuasa dengan sewenang-wenangnya, hidupkan semangat menentang kafir itu demi agama suci Islam kita.”
DAP adalah salah satu parti komponen Pakatan Rakyat (PR) yang seringkali dikatakan sebagai parti perkauman oleh Umno yang menerajui BN.