Selasa, 30 April 2013

Penganalisis: Pendidikan percuma tidak jadikan pelajar malas


Penganalisis: Pendidikan percuma tidak jadikan pelajar malas
Dr Shaharuddin (kiri) mendengar hujah yang disampaikan oleh Dr Maszlee. - Foto Sinar Harian oleh AZMI ARYANTO
 
SHAH ALAM – Dasar pendidikan percuma diketengahkan oleh manifesto Pakatan Rakyat (PR) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 tidak akan menyebabkan pelajar pusat pengajian tinggi menjadi malas untuk belajar, demikian menurut seorang penganalisis hari ini.

Pensyarah Fakulti Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara, Profesor Madya Dr Shaharuddin Badaruddin berkata, sebagai bekas penerima dermasiswa beliau mengakui tidak pernah berasa malas untuk belajar.
“Saya tidak malas pun. Yang saya tahu, masa saya belajar di Universiti Malaya (UM) pada tahun 1982, saya menerima dermasiswa, bukannya biasiswa.
“Saya juga dikecualikan dari membayar yuran dan mendapat lagi elaun sara diri,” katanya ketika menjawab soalan hadirin Wacana Sinar Harian Siri ke-19, bertajuk
Manifesto PRU13 Barisan Nasional vs Pakatan Rakyat di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.
Wacana kali ini turut menampilkan penganalisis politik Dr Maszlee Malik dan Ketua Kluster Etnisiti dan Pekerjaan, Institut Kajian Etnik (Kita), Prof Dr Mansor Mohd Noor sebagai ahli panel.
Wacana ini dikendalikan oleh Ketua Eksekutif Institut Bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan.

KANTOI GILER : PARTI MANA YANG SOKONG LGBT??

Tak mau nak ulas panjang lebar tapi biar saja gambar berbicara.

Hanya sekadar memperingatkan kembali betapa serangan fitnah dilemparkan oleh UMNO/BN kepada Pakatan rakyat kononnya jika PR memerintah budaya LGBT akan berleluasa dinegara kita....

Dengan rakaman gambar ini jelas....PARTI MANA YANG SOKONG LGBT?

PRU13: MASYARAKAT TIONGHUA DI JOHOR SUDAH KEMBALI BERAMAI-RAMAI SOKONG MCA/BN???

Chua Soi Lek Presiden MCA yang tak berani bertanding PRU ke-13, gebang besar cakap masyarakat Tionghua terutamanya di Johor dan Gelang Patah sudah kembali menyokong BN dibawah pimpinan Najib Razak...Kata beliau kaum Tionghua cukup terpesona dengan gaya kepimpinan yang dibawa Najib Razak selaku PM ke-6.

Realitinya...Akhbar arus perdana bahasa cina Chia Press telah menghebahkan kepada dunia betapa ceramah anjuran MCA di Johor langsung tidak mendapat sambutan.

Penceramah hanya bercakap depan kerusi kosong...Amat memalukan sekali...Petanda tsunami kebangkitan rakyat sudah sampai kemuncaknya.

PRU 13 adalah PRU melakukan perubahan...Rakyat akan bangkit beramai-ramai untuk melakukan perubahan secara total.

Politik lucah: Gatera serah memo kepada Najib


KUALA LUMPUR: Gerakan Intelektual Rakyat (Gatera) diketuai oleh Prof. Dr. Shaharir Mohamad Zain hari ini menyerahkan satu memorandum membantah politik kotor, lucah dan samseng kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat parti itu di PWTC.

Memorandum itu antara lain melahirkan kemimbangan rakyat terhadap iklim politik tanah air yang semakin sarat dengan kelucahan, fitnah, rasuah dan samseng sehingga melampaui batasan agama dan budi bahasa masyarakat Malaysia.

“Demi kerakusan kuasa dan ingin mengekalkan kuasa, mereka menggunakan bahkan menyuburkan segala kekejian, keganasan, dan penyalahgunaan kuasa bagi menghalalkan rasuah, fitnah, kelucahan, keganasan, kesumbangan, kesamsengan.

"Mereka tidak menghiraukan batasan agama dan budi bahasa yang diamalkan oleh masyarakat bertamadun”, katanya pada sidang media selepas menyerahkan memorandum itu kepada wakil presiden Umno itu pagi ini.

PRU13: Saya doa Tun M terus sihat untuk lihat.... - Anwar



(Anwar ketika bercakap dengan penduduk Permatang Pauh sebelum ini)

PERMATANG PAUH: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau tidak pernah meminta mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mati cepat sebagaimana yang tuduh olehnya semalam.

Sebaliknya, memohon usia Dr Mahathir terus sihat untuk melihat kejatuhan segala yang pernah dibuat di zaman kegemilanganya.

"Saya masih ingat lagi apa yang didoakan oleh Almarhum Presiden PAS, Ustaz Fadhil Mohd Noor agar Tun Mahathir sihat  supaya dia dapat melihat sendiri kejatuhan yang pernah diimpikanya,"  ujar beliau.

Apa yang diucapkan ialah Dr Mahathir jangan hanya fikirkan kubur orang lain saja sebaliknya fikirkan kubur sendiri memandangkan usianya kini kian lanjut.

Beliau keliru, macamana Dr Mahathir boleh tertipu dengan kenyataan dari media yang mengatakan Anwar sanggup mendoakan kematian Perdana Menteri yang ke  empat itu.

"Ini semuanya mainan media seperti TV3. RTM dan akhbar pro Barisan Nasional (BN) yang sanggup bertindak menabur fitnah dan keburukan orang lain yang tidak sebulu dengan kepimpinan Kerajaan BN.

PRU13: Pengundi diragui didedahkan RCI, layak mengundi - SPR

KUALA LUMPUR, 30 April — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengatakan 60,673 kad pengenalan (IC) meragukan seperti didedahkan dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan dengan “Projek IC” masih sah kerana tiada sebarang keputusan muktamad diputuskan.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menjawab dakwaan pemantau pilihan raya Malaysian Electoral Roll  Analysis Project (MERAP) yang mengatakan senarai pengundi bermasalah tersebut masih berada dalam daftar pemilih.
“Senarai daftar pemilih yang dibangkitkan dalam RCI itu masih sah, lagipun tiada sebarang keputusan muktamad yang dicapai.
“RCI pun masih belum habis dan buat keputusan, macam mana kita nak buang daftar pemilih tersebut,” kata Abdul Aziz kepada The  Malaysian Insider.
Abdul Aziz juga berkata pengundi tersebut adalah warganegara Malaysia, malah daftar pemilih tersebut telah dipamerkan sejak dua  minggu lalu bermula pada 17 Januari lalu dan selesai diwartakan sebagai pengundi untuk pilihan raya 5 Mei ini.
“SPR telah pun pamerkan senarai daftar pemilih itu selama dua minggu, kalau mereka bantah sepatutnya ia buat dalam tempoh itu.

PRU13: Punca manifesto PR dapat sambutan


wacana siri19
Wan Saiful Wan Jan mempengerusikan Wacana Sinar ke-19 Manifesto PRU13 BN vs PR. Ahli Panel (dari kanan) Dr Maszlee, Dr Shaharuddin dan Dr Mansor.
SHAH ALAM - Manifesto Pakatan Rakyat (PR) lebih diterima rakyat berbanding yang dirangka Barisan Nasional (BN) kerana ia berjaya menyentuh hati mereka termasuk dalam soal hasil mahsul negara yang jelas tidak diagihkan seadilnya.

Menurut Ketua Kluster Etnisiti dan Pekerjaan, Institut Kajian Etnik (Kita), Profesor Dr Mansor Mohd Noor, sebab itu masyarakat lebih dekat dengan manifesto PR yang lebih memahami keperluan mereka.

"Hinggakan jumlah 10 peratus yang kaya ini menguasai 70 peratus harta negara hatta pendapatan negara.

"Jadi kita yang lain-lain ini sengih sahaja," ujar beliau pada siri Wacana Sinar ke-19 yang bertajuk "Manifesto PRU13 Barisan Nasional vs Pakatan Rakyat" di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf hari ini.

Bagaimanapun menurut beliau, setakat ini manifesto yang dibentangkan oleh PR juga tidak mampu menyelesaikan masalah utama negara.

"Masalah terbesar kita ialah kita gagal menguruskan kekayaan negara ini. Ini yang saya nampak Umno tidak faham kerana mereka ini parti pemerintah.

Dakwat tidak kekal: PAS minta penjelasan SPR


IPOH: PAS menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi penjelasan mengenai penyebaran maklumat tentang keraguan penggunaan dakwat kekal oleh para pengundi yang turun membuat undian awal pada hari ini.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Asmuni Awi berkata, PAS mendapat aduan bahawa dakwat yang digunakan pada pengundian awal hari ini tidak kekal dan boleh dibasuh.

Menurutnya, gambar tentang cap jari yang tidak kekal itu telah tersebar luas di laman sosial menyebabkan kegusaran rakyat khususnya yang akan mengundi pada Ahad ini.

“Kami mendapat banyak maklumat tentang dakwat kekal yang digunakan pada hari ini tidak kekal dan boleh dibasuh.

“Adakah benar maklumat yang kami terima ini? Jika benar, PAS meminta penjelasan daripada pihak SPR kerana sebelum ini mereka telah memberi jaminan bahawa dakwat kekal tersebut boleh bertahan sekurang-kurangnya selama tiga hari,” katanya dalam sidang media di Pejabat Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Ipoh, dekat sini hari ini.

Kajian Unisel PRU13: PR 50.6%, BN 49.4%

PETALING JAYA: Dapatan kajian Universiti Selangor (Unisel) menunjukkan Pakatan Rakyat (PR) mencatatkan 50.6 peratus manakala BN mencatat 49.4 peratus dalam aspek jangkaan menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di peringkat Persekutuan.

Di peringkat negeri Selangor pula, PR mencatatkan 61.4 peratus dan BN 38.6 peratus dalam jangkaan menang dalam PRU13.

Kajian tersebut dilakukan ke atas 1,015 responden terdiri daripada pengundi berdaftar di Selangor bermula 1 Februari hingga 31 Mac lalu.

Pembentangan oleh pensyarah Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial Unisel, Dr. Muhammad Shamshinor Abdul Azzizs itu turut menunjukkan dapatan kajian berkaitan parti yang dijangka menang dalam PRU13 di peringkat persekutuan dan negeri.

Di peringkat persekutuan, responden di kalangan pengundi Cina mencatatkan peratusan tertinggi yang menjangkakan PR akan menang iaitu sebanyak 53.5 peratus manakala sebanyak 46.5 peratus menjangkakan BN akan menang.

PRU13: Dakwat kekal hilang, dapatkan bantuan peguam


KUALA LUMPUR: Menurut laporan yang diberikan, dakwat yang dikatakan kekal itu boleh hilang hanya dengan basuhan air dan sabun, kata Pengarah Perundangan Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Zulqarnain Lukman.
Oleh itu, katanya petugas parti khususnya Paca (polling agent dan counting agent) yang bertugas jika mendapati kejadian itu berlaku di tempat para pengundi dipersilakan membuat laporan polis segera.

“Tuan/puan bolehlah mendapatkan bantuan daripada peguam yang bertugas di parlimen tuan/puan untuk bantuan dalam mendrafkan laporan polis,” ujarnya dalam satu kenyataan sebagai respons kepada pengundian awal berlangsung bagi anggota polis dan tentera hari ini.

Katanya, laporan polis yang dibuat itu kemudiannya hendaklah dikepilkan bersama dengan laporan kedua yang dibuat di pejabat SPR atau di pejabat pegawai pengurus masing-masing.

Beliau juga menerima laporan dari peguam yang bertugas di Sabah bahawa para polis yang telah mengundi dikehendaki untuk menulis nama mereka di satu senarai khas selepas mengundi sebelum mereka meninggalkan bilik mengundi.

PRU13: Dakwat kekal hilang, surirumah buat laporan polis



( Isteri anggota tentera menunjukkan laporan polis yang dibuatnya)

KLUANG: Ekoraan, dakwat 'kekal' Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hilang dalam masa beberapa jam sahaja, seorang isteri tentera membuat laporan polis hari ini.

Seorang isteri tentera di Kem Batu 3 Jalan Mersing di sini yang membuang undi awal  pagi ini terkejut apabila dakwat yang dicalit di jarinya hilang selepas beliau memasak, membuat kerja-kerja rumah dan membasuh baju sesampainya di rumah pada awal petang.


(Isteri anggota tentera menunjukkan dakwat pada jarinya yang telah hilang kepada calon DAP Kluang)

“Saya terkejut kerana saya ada membaca laporan akhbar yang mengatakan pengerusi SPR berkata bahawa dakwat itu boleh kekal selama lima hari. Saya terus menelefon bapa saya untuk memberitahu hal ini,” katanya kepada Roketkini.com, sambil menambah bahawa suaminya berada di luar kawasan kerana menyertai operasi.

PRU13: Dakwat kekal tidak boleh ditanggal, kata pengerusi SPR.!!!


Seorang anggota keselamatan Malaysia sedang ditanda jarinya dengan dakwat kekal sebelum mengundi secara pos bagi Pilihan Raya 13 di sebuah kem tentera, Kuala Lumpur, 30 April, 2013. — Gambar AFPKUALA LUMPUR, 30 April — Walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak dakwaan minyak enjin motor atau bahan-bahan lain boleh digunakan untuk menanggalkan dakwat kekal pada pengundi, pelbagai bantahan tercetus mengatakan ia tidak boleh kekal seperti dikatakan.
Abdul Aziz berkata dakwat yang digunakan SPR tersebut mengandungi bahan nitrat perak (silver nitrate) yang meresap ke dalam kulit dan mustahil ia ditanggalkan dengan sebarang cara walaupun dengan apa cara sekalipun, malah bahan seperti minyak ataupun bahan-bahan lain tidak boleh menanggalkannya.
“Mustahil, saya tidak percaya dakwat kekal itu boleh ditanggalkan... gunalah minyak atau bahan apa pun, ia tidak boleh ditanggarl kerana ia dibuat daripada nitrat perak.
“Bila dakwat itu diletak pada kuku, ia akan meresap ke dalam kulit,” kata Abdul Aziz.

PRU13: Dakwat kekal... tidak kekal..!!! Pembohongan terbongkar..??


 
Hanya beberapa jam selepas dakwat kekal digunakan pertama kali di Malaysia, sudah pun ada aduan bahawa ia sebenarnya boleh ditanggalkan.

Perkara itu sama sekali bertentangan dengan jaminan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa dakwat itu akan kekal sekurang-kurangnya tujuh hari selepas dicalit dengan berus.

NONESeorang askar yang terlibat dalam undi awal pagi tadi berkata, beliau sudah membuang banyak dakwat hanya menggunakan air - hanya enam jam kemudiannya.

"Dah tinggal 30 peratus saja, itu pun tak basuh pakai sabun Fab. Standard dia macam dakwat stamp pad. Tak kuat mana.

"Atas kuku boleh hilang seratus peratus. Cuma celah-celah kuku susah sikit. Atas kulit rasanya boleh hilang kalau dibasuh gunakan sabun yang agak kuat," kata askar itu melalui SMS.

Beliau inginkan indentitinya dirahsiakan.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusog ketika dihubungi meminta perkara itu diserahkan kepada polis untuk menyiasatnya kerana laporan polis sudah dibuat.

"Menurut percubaan oleh SPR, ia tidak dapat ditanggalkan (menggunakan sabun, pencair atau sanitiser tangan) dan masih boleh dikesan," jelasnya.

PRU13: Undi Pos Meragukan, Dakwat Kekal Tidak Kekal - BULETIN 13

PRU13: Sidang Akbar Pemantau-Isu dakwat kekal

PRU13: Dalang sebenar Mei 13 dibongkar oleh Dato' Mohd Tamrin Ghafar

GE13: Voting Tips

PRU13: JKKK mengamuk

PRU13: ATM, PDRM kumpulan pertama guna dakwat kekal

PRU13: Kelantan Teraju Perubahan

Sabarlah Tok Guru

PRU13: Cukup Sudah Undi BN

Anwar Ibrahim: Ceramah Perdana Di Miri, Sarawak