Isnin, 29 April 2013

Anwar Ibrahim: Mahathir, Who Give You The Right To Question Citizenship Of Our Rakyat?

Ex-IGP Musa Hassan joins PR Security Council

GE13: Najib's debate fright, don't make excuses - Nik Nazmi

PRU13: Ustaz Azhar Idrus | Putrajaya (FULL VIDEO) - 27/04/2013

PRU13: Calon BN JB Shahrir berceramah dihadapan ‘kerusi kosong’

Kelihatan kerusi yang kosong ketika Shahrir memberi ucapan di kawasan ‘sting garden’ di Johor Baru, 28 April 2013. – Gambar The Malaysian Insider
JOHOR BARU, 29 April — Calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Johor Baru Tan Sri Shahrir Abdul Samad berucap dalam satu majlis dengan dewan yang hampir kosong apabila hanya kurang 100 sahaja penduduk Cina dari Taman Century  di sini yang hadir semalam.
Shahrir yang merupakan ahli Parlimen di kawasan yang dikenali sebagai “sting garden” oleh penduduk temapatan sejak enam penggal itu juga dilihat gagal menarik kelompok masyarakat Cina dalam program anjuran parti komponen BN, Gerakan.
Malah, bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam, yang dijadualkan akan berada di sana, juga tidak muncul.
Program yang dijalankan di Dewan Persatuan Wushu Hua Tiong itu turut menyaksikan kerusi kosong gagal dipenuhkan walaupun penganjur turut menyediakan jamuan bagi hadirin.
Shahrir ketika berucap di hadapan majoriti masyarakat cina yang berusia itu turut menjelaskan kemasukan Pakatan Rakyat (PR), terutamanya DAP di Johor akan mengubah budaya masyarakat berbilang kaum di negeri kubu kuat BN itu.
“Orang luar datang kata Umno rasis dan tiada pandangan seimbang ... dan yang cakap ini DAP, mereka bukan mahu undi orang Melayu, tetapi mahu jadi suara orang Cina, itu pandangan yang racial,” kata Shahrir yang pernah memenangi kerusi Parlimen Johor Bahru atas tiket calon bebas selepas meletakkan jawatan sebagai protes kepada perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1988 malam tadi.

PRU13: Proses Undi Pos & Tahap Kerahsiaannya

Gerakan Intelektual Rakyat (GATERA)

Jaminan Keamanan & Keharmonian - Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS

PRU13: RASIS PUNCA BN TERLEPAS KERUSI LABUAN?

SUNYI ......Markas BN di Ganggarak seperti berkabung kerana kemeriahan pilihanraya tidak begitu terasa disebabkan pemimpin veteran diketepikan Calon BN yang terlalu taksub dengan semangat parokial yang tinggi.
Oleh : MUTALIB M.D
HANYA tinggal tidak sampai satu minggu lagi rakyat Labuan akan turun untuk menunaikan tanggung jawab mereka memilih Ahli Parlimen Baru bagi menyumbang satu kerusi ke Putrajaya; UMNO Labuan terus dibelenggu krisis dalaman kerana pilihanraya semakin hambar disebabkan Calon BN, Rozman Haji Isli terlalu rasis dan mengamalkan semangat parokial yang terlalu tinggi.
Tinjauan Sabahkini.net di sekitar beberapa Pusat Mengundi di Labuan mendapati seolah-olah 'berkabung' dan dapat merasai karier politik Rozman bakal berakhir pada PRU-13 kerana rakyat kebanyakan semakin tertarik kepada calon korporat PKR, Tan Sri Ibrahim Menudin.
Dengan penarikan diri Calon PAS, Hadnan Mohamad, kem Pakatan Rakyat menerima lonjakan semangat dengan sokongan DAP dan berpaling tadahnya masyarakat Cina daripada menyokong BN; merupakan malapetaka paling malang bagi kerusi yang semakin panas ini.
Ketaksuban Rozman dan sifat individualistik yang tumbuh dalam dirinya mula membakar secara perlahan dan menimbulkan kejengkelan di kalangan para pengundi yang melihat seolah-olah Rozman tidak memerlukan undi mereka untuk menang.

PRU13: Ubahlah cara berkempen

Oleh Markus Lim
Hari ini, 28 April…genaplah lapan hari tempoh berkempen untuk parti-parti politik sempena Pilihan Raya Umum ke-13.
Ini bermakna tinggal tujuh hari sahaja lagi semua calon dan parti-parti politik yang bertanding boleh berkempen bagi meraih sokongan pengundi.

Bermakna juga dalam tempoh tujuh hari terakhir ini, kita bakal menyaksikan kempen yang lebih agresif daripada kedua-dua pihak, parti pemerintah dan parti pembangkang. Pelbagai label telah diberikan kepada PRU 13 ini. Ada yang mendakwa PRU 13 adalah ibu kepada segala pilihan raya. Ada pula percaya PRU 13 akan menjadi penentu kepada hidup mati kepada parti pemerintah dan kerjaya Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tidak kurang juga, kedengaran dari mulut Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa ini merupakan PRU yang paling kotor dalam sejarah PRU negara sejak kemerdekaan.
Nampaknya, sepanjang satu minggu pertama ini, tidak banyak perubahan kelihatan daripada siri kempen oleh pemimpin-pemimpin dari kedua-dua pihak.

Al-Fatihah : Isteri Exco Kelantan (Calon dun Bukit Panau) meninggal dunia


KOTA BHARU: Isteri anggota Exco Kerajaan Kelantan, Datin Fahimah Mahmod, 49, meninggal dunia jam 10.35 malam tadi di Hospital Pakar Perdana, di sini kerana mengidap barah paru-paru.

Datuk Abdul Fattah Mahmood yang juga calon PAS bagi Dun Bukit Panau bersama keluarga terdekat termasuk ibu allahyarham berada di sisi isterinya itu di saat akhir.

Menurut Pegawai Khas Abdul Fatah, Azhar Mohammad, allahyarham tidak sedarkan diri sejak dua hari lalu selepas melakukan pembedahan.

Jelas Azhar lagi, masalah penyakit berkenaan mula disedari lebih dua bulan lalu, bagaimanapun ianya telah berada di tahap empat.

Katanya lagi, dalam tempoh itu allahyarham bertarung dengan penyakit yang bahaya itu.

“Namun allahyarham seorang yang kuat, seorang isteri dan muslimat yang hebat apabila sentiasa memberikan sokongan pada  suami di saat akhir hidupnya.

“Bukan hanya sewaktu datin sihat, sebaliknya ketika allahyarham sakitpun sentiasa memberikan semangat dan dorongan pada Datuk,” ujarnya.

PRU13: Di Perak, Pakatan melihat kemenangan dengan peningkatan sokongan Cina pedalaman

Pada Jumaat, sesi 'teh tarik' secara mengejut bersama Lim Guan Eng menarik ramai orang di Kinta Riverfront Hotel & Suites di Ipoh. – Gambar oleh Choo Choy May
IPOH, 29 April — Pakatan Rakyat (PR) yakin mengambil alih Perak pada 5 Mei ini dengan peningkatan sokongan di kawasan majoriti Melayu pedalaman melalui sokongan pengundi Cina, yang kini sudah tidak keberatan untuk mengundi bukan Cina bagi mewakili mereka.
Cina merupakan minoriti di kebanyakkan kerusi pendalaman ini dimana parti PR, terutamanya parti Islam PAS, kalah dengan margin kecil dalam Pilihan Raya 2008.
Akan tetapi Setiausaha DAP Perak Ngar Kor Ming mengatakan dengan PAS, DAP dan PKR kini berkempen sebagai satu di bawah payung PR, komuniti Cina luar bandar sudah semakin selesa untuk mengundi calon Islam dari PAS atau PKR.
“Dalam tinjauan bebas terbaru kami, kami agak optimistik. Kami mempunyai kerusi yang kuat sekarang… diantara 35 dan 38. Paling baik ialah 40,” katanya kepada The Malaysian Insider apabila ditemui semasa berkempen di Trong, berdekatan Taiping pada Jumaat.
Terdapat 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak. Dalam Pilihan Raya 2008, DAP, PKR dan PAS secara kolektifnya memenangi 31 kerusi berbanding Barisan Nasional (BN) 28.
“Di kerusi marginal seperti ini, undi bukan Melayu adalah penting,” kata Nga, merujuk kepada Trong, kerusi DUN dimana PAS tewas kepada Umno dengan 916 undi dalam Pilihan Raya 2008.
Nga menambah, seperti dimana-mana di Perak, kekalahan di Trong sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan sokongan Cina kepada calon PAS Norazli Musa, kerana takut dengan pendirian parti Islam itu.

PRU13: Sambutan luar biasa Tok Guru Nik Aziz di Masjid Besi

PRU13: Buktikan slogan ‘PAS For All’ jadi kenyataan

Setelah Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) ditubuhkan secara rasmi buat pertama kalinya akan bertanding dalam PRU13. Slogan “PAS Untuk Semua” benarbenar menjadi realiti. DHPP mempunyai peranan tersendiri bagi menarik golongan bukan Islam menerima PAS dan menyemarakkan perjuangan menegakkan Islam di tanah air.

Ikuti pandangan Ketua DHPP Pusat, Hu Phang Chaw ketika ditemubual oleh wartawan kanan AZIZ MUDA pada 14 April lalu.
HARAKAH: Bagaimana pandangan saudara setelah DHPP diterima oleh PAS dan kaitannya dengan slogan “PAS For All”?
HU PHANG CHAW: Setakat ini kita cukup berpuas hati dengan perkembangan yang berlaku. DHPP telah punyai calonnya untuk mewakili PAS pada PRU13. Setelah DHPP diiktiraf PAS, dapatlah kami memainkan peranannya dengan lebih berkesan bagi membantu PAS dalam perjuangannya untuk menegakkan Islam sebagai ad-deen di negara kita.
Penerimaan PAS terhadap DHPP sebagai sayap parti sesuai dengan keadaan politik semasa di negara kita.
Ini menggambarkan PAS sememangnya mengamalkan strategi politik yang sihat. Ini juga menyebabkan BN tidak mempunyai modal dan ruang untuk menghentam PAS lagi.
PAS sememangnya untuk semua kaum di negara ini. PAS juga turut diwakili semua kaum yang turut bertanding dalam pilihanraya termasuk bagi PRU13. Slogan “PAS For All” benar-benar direalisasikan oleh PAS, bukannya cakap kosong. Ini amat berbeza dengan BN.
Walaupun BN mengetengahkan slogan “1 Malaysia”, tetapi ia bercanggah dengan realiti yang dilakukan oleh mereka dalam negara kita.
Slogan BN hanya janji kosong....
BN juga hanya membuat janji kosong kepada rakyat kerana banyak janji mereka itu tidak pun dilaksanakan oleh BN. Ini berbeza dengan PAS. Apabila PAS berjanji, PAS akan tunaikan segala janjinya. Ini termasuklah janji PAS untuk semua yang turut dijelmakan oleh PAS dengan penubuhan DHPP dan kemudian ada wakil DHPP pula yang turut bertanding bagi pihak PAS.
Calon-calon DHPP bagi PRU13...

The opposition’s witty game changer?

It appears there is a huge gap between Pakatan's ability to manipulate to its advantage the situation and BN's obvious disparage limitations in that aspect.

The opposition has grown witty and is toying around with the Barisan Nasional in a strategic game changing battle that is slowly drowning the ruling coalition, which clearly shows the limits of Prime Minister Najib Tun Razak.
Pakatan Rakyat has played BN on both Anwar Ibrahim’s poser over Perak and Chua Jui Meng’s sudden disappearing act, to the extent that both personalities must be rolling with laughter over their breakthrough strategies.
This is how far the innocence of BN has been tested – or rather the ludicrous manner in which BN tends to believe everything Pakatan is doing and saying.
Anwar’s taunting of BN that he will be a candidate in Perak had kept BN breathless for days, only to see the government being dealt an April Fool’s type of blowout and this is what happened too with the sudden return of Chua on the scene with a powerful press conference.
But then, there is also the taunting of BN with the Gelang Patah challenge by DAP supremo Lim Kit Siang to stand as the opposition candidate in the BN stronghold.

PRU13: Takut kalah punca Najib roboh papan iklan kes Altantuya

c44Perbuatan menurunkan papan iklan yang menyentuh kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu di Kuching, baru-baru ini menunjukkan BN bimbang ia mengingatkan rakyat kepada kejadian yang cuba disorok itu.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Ahmad Nazib Johari, berkata kes yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak itu sangat dekat dengan rakyat termasuk di Sarawak.
“Isu itu dekat dengan rakyat Sarawak. Jadi, BN arah Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) untuk turunkan papan tanda itu supaya tidak jadi bahan kempen.
“Apatah lagi, kes berkenaan tidak pernah diselesaikan secara menyeluruh, malah mengaitkan Najib Razak yang hingga kini mengelak menjawab,” katanya.
c4Bercakap kepada Keadilan Daily, beliau percaya perbuatan menurunkan papan tanda yang dipasang DAP sempena kedatangan Najib 27 April lalu, gagal menyorok kes itu dari pengetahuan rakyat.
Kes itu kekal misteri berikutan motif sebenar pembunuhan Altantuya belum terjawab. Anehnya, Mahkamah Tinggi Shah Alam 7 Mac 2012 menyatakan ia tidak penting bagi kes pembunuhan itu.
Dalam pada itu, Ahmad Nazib turut mempersoal tindakan kerajaan Sarawak yang seolah-menyekat kebebasan pembangkang untuk berkempen secara adil.

PRU13: Mahathir Berjaya Memperorak Peranda Umno Pasir Mas

Oleh Mohd Sayuti Omar
Ahli Umno yang waras atau yang tidak gila seperti mana disebut Inchek Ibrahim Ali yang pernah mengatakan hanya orang gila sahaja menyertai Umno, pasti tidak setuju dengan tindakan Mahathir Mohamad yang bermati-matian memberi sokongan kepada calon Bebas di Pasir Mas. Sebagai ahli Umno dimanakah logiknya Mahathir memberi sokongan kepada seorang calon Bebas yang juga menjadi pengkhianat kepada Umno.

Ahli Umno yang mahukan kepada integriti pasti marah dengan politik 'reban ayam' Mahathir itu. Dalam menyokong Inchek Ibrahim, beliau juga akan membela Che Johan Che Pa yang tidak menyerahkan borang pencalonan. Kata Mahathir dia akan menjadi peguam kepada Johan kalau timbalan ketua bahagian Umno Pasir Mas itu dihadap ke mahkamah keadilan parti. Apakah cara dilakukan Che Johan itu boleh diterima oleh ahli Umno seluruhnya?Mungkin iya bagi ahli Umno gila tetapi tidak bagi yang rasional dan berintegriti dan mementingkan maruah dalam berpolitik.

PRU13: UMNO/BN TUKAR KERAJAAN KELANTAN AKHIRNYA BERTUKAR MENJADI KEKAL KELANTAN UBAH PUTRAJAYA!!


Kemeriahan ceramah politik anjuran UMNO Bahagian Kota Bharu pada malam tadi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama berhampiran Istana Kota Lama, Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu, Kelantan.

Menurut laporan lebih kurang 70 orang yang sudi datang mendengar.

Kalau sebegini punya dingin sambutan diberikan maka cita-cita UMNO/BN mau tukar kerajaan Kelantan akan menjadi angan-angan mat jenin.

KEKAL KELANTAN UBAH PUTRAJAYA

PRU13: RAKYAT SABAH TOLAK DSAI DAN PAKATAN RAKYAT!!

Ceramah DSAI/PR di Tawau sabah sambutannya suam-suam kuku atau Najib bila lihat ini akan terus demam kepialu??????

Inilah rakaman gambar cewramah DSAI di tawau sabah sebentar tadi....Yang pasti Najib dan Tun Mahathir akan bertamabh sasau dan risau...Ceramah yang paling ramai hadir dalam sejarah Tawau, Sabah.

Aura dan karisma DSAI cukup hebat dan mempersonakan sekali..Jadi tidak hairan jika hasil kajian Umcedel menyatakan rakyat jauh lebih yakin kepada DSAI sebagai PM dibandingkan dengan Najib Razak.

INI KALI LAH TUKAR..........JOM UBAH.........SELAMATKAN MALAYSIA.

PRU13: PARLIMEN KLUANG DALAM GENGGAMAN, BN JOHOR SUDAH DEMAM!!!

Apakah Parlimen P152 Kluang, Johor  berjaya dipertahankan oleh BN atau bakal tumbang di tangan calon DAP/PR.

Calon BN ialah Hou Kok Chung dan calon DAP/PR Liew Chin Tong.

Jika dilihat pada sambutan penduduk Kluang, Johor  pada ceramah DAP malam ini amatlah jelas sekali peluang DAP/PR rampas parlimen Kluang amatlah cerah sekali.

Najib kalau tengok rakaman gambar ini boleh berpinau biji mata dan berasap kepala...Masihkah Najib terus menerus memberitahu dunia, BN untuk mendapatkan majoriti 2/3 parlimen tidak menjadi masalah besar...

Biarkan beliau cakap besar sambil khayal syok sendiri...Biarlah dia terus menerus berpaut pada sindrom nafi dan enggan menerima realiti.

PRU13: JADILAH WARGANEGARA YANG BIJAK...UNDILAH PAKATAN RAKYAT!!


Apakah kita mau terus ditipu dan diperbodohkan oleh UMNO/BN?...

Ikutlah nasihat TGNA..BERI GULA KACAU...BERI KAIN PAKAI..BERI BR1M AMBIL....BILO NGUNDI PANGKOH PAS..

Bila rakyat cerdik UMNO sakit... Rakyat bijak UMNO akan di injak...beri BR1M rembat tapi undi tetap Pakatan Rakyat.

PRU13: 'Kami tambah yakin ke Putrajaya' - Anwar

SETIAWANGSA - Di sebalik tersebarnya dakwaan kononnya perpecahan sedang berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR), Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin perikatan itu akan menggantikan Umno-Barisan Nasional di Putrajaya, 6 Mei ini.

Bahkan menurut Anwar, keyakinan sama turut dinyatakan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada beliau.

"Dulu tahun 2008, mereka kata PKR dikatakan berpecah, kalau menang pun mungkin di Permatang Pauh. Itu pun 50-50. Makin dekat pilihan raya, 60-40," ujar Anwar.

"Tapi saudara, Insya-ALLAH, kali ini kita tawan Putrajaya. Kita yakin.

"Tok guru beritahu saya, kali ini betul doh kita tawan Putrajaya," katanya ketika menyampaikan ceramah di Taman Keramat Wangsa di sini, malam tadi diringi tepukan ribuan yang hadir.

Walaupun hujan renyai, para hadirin tidak berganjak menantikan ketibaan Anwar.

PRU13: Puluhan cawangan Umno di Selangor akan dibubar?


Berita yang mengatakan UMNO akan menghadapi masalah besar dalam sehari dua ini telah saya dengar seminggu dulu. Semalam saya mendengar pula banyak cawangan UMNO akan dibubarkan di Selangor terutamanya akan berlaku dalam tempoh yang terdekat ini. Jika benar berita ini ia tidak mengejutkan kerana saya telah menyebutnya setahun dahulu tetapi tidak pula menyangka yang keadaannya sampai ke tahap membubarkan cawangan-cawangannya.

Saya selalu memberikan komen tentang hasrat Najib dan Muhyiddin yang kali ini UMNO akan menurunkan calon-calon yang ‘winnable’. Blog ini selalunya menyatakan yang mana mungkin UMNO boleh menurunkan calon yang ‘winnable’ sedangkan UMNO itu sendiri sudah tidak ‘winnable’ lagi. UMNO tidak ‘winnable’ lagi kerana pimpinannya tidak ‘winnable’.

Jika kita lihat di Selangor, pemimpin yang sibuk untuk mengambil alih kerajaan PKR ini adalah pemimpin yang sama yang telah ditolak oleh rakyat Selangor dalam pilihanraya lalu. Tidak nampak ada pimpinan baru yang boleh meyakinkan rakyat Selangor. Malahan pimpinan UMNO Selangor telah kehilangan hidayah sama sekali dengan meminta Zulkifli Noordin sebagai calon bagi kawasan elit Shah Alam dan ini sekaligus menjadikan orang ramai tidak lagi yakin terhadap kewibawaan UMNO Selangor itu.

PRU13: DAP parti pelbagai kaum, sentiasa buka pintu, peluang kepada orang Melayu


GELANG PATAH, 28 APRIL: Calon Pakatan Rakyat (PR) Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang berkata, DAP adalah parti sah yang terbuka kepada semua bangsa dan kaum, tetapi pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta cybertroopers upahan mereka yang masih menyebarkan fitnah tentang DAP.
Katanya, jika DAP bertindak di luar undang-undang atau melanggar Perlembagaan Persekutuan, tentu DAP sudah lama diharamkan.
“Fitnah itu diulang-ulang sehingga ada orang keliru dan tidak sedar bahawa UMNO sebenarnya yang menutup pintu kepada orang bukan Melayu menyertainya, MCA pula tidak membenarkan orang bukan Cina dan MIC tidak membuka pintu kepada orang Melayu atau Cina. Jadi BN yang mengamalkan politik berasaskan kaum.
“Namun, saya lega sekarang kerana semakin ramai orang Melayu sedar mengenai fitnah UMNO dan BN yang disiarkan melalui media. Semakin ramai orang Melayu tidak percayakan laporan Utusan Malaysia, TV3, Berita Harian dan lain-lain media yang dikawal ketat UMNO dan BN,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

PRU13: Sebanyak 544 pusat mengundi dibuka untuk pengundian awal Selasa ini


PUTRAJAYA - Sebanyak 544 pusat mengundi yang melibatkan 882 saluran tempat mengundi akan dibuka mulai jam 8 pagi Selasa ini bagi tujuan pengundian awal untuk anggota tentera dan pasangan, polis serta Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan yang akan dilaksanakan serentak di seluruh negara.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata pusat mengundi tersebut, yang diletakkan di tempat-tempat seperti Ibu Pejabat kontinjen (IPK) atau Ibu Pejabat Daerah (IPD) bagi angota polis dan kem-kem bagi anggota tentera dibuka sehingga 2 petang bagi pengundi berjumlah kurang dari 50 orang dan sehingga 7 malam bagi yang lebih daripada itu.

"Untuk pengundian awal ini, pengundi-pengundi akan dicalit dakwat kekal pada jari telunjuk sebelah tangan kiri. Dakwat kekal ini berbeza warnanya berbanding dengan pengundian biasa dan akan melekat pada jari selama tujuh hari.

PRU13: Kalau saya balik Kelantan, Tun balik Kedah - Husam


PUTRAJAYA: Calon PAS bagi Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa mengingatkan Tun Mahathir Mohamad agar jangan memperkecilkan dan menjadikan Kelantan penduduk kelas kedua sehingga orang negeri itu tidak boleh bertanding di Putrajaya.

Husam berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang menyuruh Husam balik ke Kelantan kerana masalah di negeri itu masih tidak selesai.

"Saya datang ke sini bukan sebagai orang Kelantan tetapi, sebagai rakyat Malaysia," tegas Husam dalam sidang medianya lewat petang tadi.

Malah Husam turut membidas Tun Mahathir yang wajar pulang ke Kedah negeri asalnya manakala Datuk Najib Tun Razak pula kembali ke Pahang.

"Kalau saya kena balik Kelantan, Tun pun kena balik Kedah, Datuk Najib kena balik Pahang. Kalau semua orang kena balik negeri masing-masing, jadi tidak ada orang yang hendak bertanding di sini.

PRU13: Kenyataan berbeza-beza, Najib seperti ‘sesumpah’ politik

khalid ibrahimTindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sepanjang kempen pilihan raya yang mengeluarkan kenyataan berbeza-beza mengikut masa dan kumpulan masyarakat menunjukkan beliau tidak ubah seperti sesumpah politik.
Najib bukan sahaja tiada dasar jelas tentang pembangunan rakyat terutama golongan pekerja tetapi hanya mengutamakan kenyataan popular politik.
Di ambang sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei minggu hadapan, Najib masih tiada dasar menyeluruh yang jelas untuk menyelesaikan isu-isu dan masalah yang dihadapi oleh lebih 7 juta pekerja seluruh negara.
Contohnya dalam isu dasar kekurangan tenaga pekerja, beliau hanya mengambil penyelesaian mudah dengan mengambil tenaga pekerja asing sedangkan apa yang perlu adalah dasar untuk meningkatkan produktiviti pekerja.

PRU13: PKR bersikap positif kajian Umcedel


 Datuk Saifuddin Nasution Ismail
PKR berasa bangga dengan angka survei dari Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) yang menunjukkan bahawa usaha berterusan parti untuk menjanakan perubahan yang bermakna kini menjadi kenyataan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebetulnya tidak menolak dan memandang rendah hasil kajian pendapat umum Umcedel. Sebaliknya, beliau patut menghormati hasil kajian tersebut yang dijanakan oleh sebuah badan akademik Universiti Malaya, institusi pengajian tinggi yang terunggul di Malaysia. Lagipun, Najib telah memuji Umcedel pada Jun 2012 apabila hasil kajian pendapat umum Umcedel memihak kepada pihak BN.

PRU13: Umno tayang video lucah kepada wanita, kanak-kanak

Porno UmnoKUALA LUMPUR 28 APRIL: Umno BN semakin hilang akal apabila menayangkan video lucah secara terbuka kepada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk golongan wanita dan kanak-kanak.
Berdasarkan rakaman di laman You Tube, video lucah itu ditayangkan dalam satu program ceramah BN yang dipercayai diadakan di sebuah negeri di pantai timur.
Program ceramah itu dimulakan dengan ucapan yang menghentam pucuk pimpinan Pas, sebelum rakaman klip video seks itu ditayang kepada orang ramai.
Ekoran dibuat secara terbuka, tayangan rakaman lucah itu disaksikan pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak yang berada di situ.
Difahamkan, video fitnah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga ditayang secara terbuka oleh Umno BN di beberapa negeri, khususnya di Johor.
Mengulas perkara itu, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, BN kini semakin terdesak hingga sanggup menjalankan kempen kotor dengan menayangkan video fitnah dan lucah kepada orang ramai.

PRU13: Lebih 2,000 dari suku Murut sertai KEADILAN, BN Beaufort keluar parti

IMG_1260BEAUFORT 28 APRIL: Gelombang kebangkitan rakyat Sabah semakin ketara berikutan kira-kira 2,000 orang masyarakat Murut di Sabah menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat apabila menyertai KEADILAN ketika kunjungan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Beaufort, semalam.
Sebaliknya, Umno Beaufort terus lumpuh berikutan 16 Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian, Pemuda (32 orang) dan Wanita (59 orang) menyerah borang keahlian untuk menyertai KEADILAN.
IMG_1164Selain Umno, parti komponen mereka, MCA juga menerima nasib sama apabila 23 pemimpin dan ahli mereka meninggalkan parti berkenaan.
Mereka menyerahkan borang keahlian itu kepada Ketua Umum KEADILAN dan calon Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin pada program di perkarangan rumahnya yang dihadirian ribuan rakyat.

PRU13: Rakyat Malaysia mengundi di New York

Di Melbourne Australia, kelihatan orang ramai di luar Konsulat Malaysia melimpah ke pejalan kaki, 28 April, 2013. – Gambar The Malaysian Insider
NEW YORK, 29 April — Sebahagian rakyat Malaysia di Amerika Syarikat melaksanakan tanggungjawab mengundi di bandar raya ini semalam sempena pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Proses pengundian yang berlangsung di dewan besar Pejabat Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini berjalan lancar dan dalam tempoh dua jam.
Seramai 44 pengundi menunaikan tanggungjawab sejak pusat pengundian itu dibuka pada 9 pagi waktu tempatan.
Selain menetap di New York, terdapat juga kalangan pengundi tersebut datang dari beberapa negeri lain seperti Indiana, Boston dan Texas sama ada menaiki bas atau kapal terbang.
“Sambutan pengundi (untuk mengundi) menggalakkan,” kata Konsul Jeneral Malaysia di New York Syed Bakri Syed Abdul Rahman.
Seramai 10 pegawai dari Pejabat Konsul Jeneral dan Pewakilan Malaysia ke PBB memantau proses pengundian tersebut.
Tinjauan Bernama mendapati kebanyakan pengundi terdiri daripada pelajar ijazah sarjana dan merupakan pengundi kali kedua dan pernah mengundi di tanah air pada PRU12. – Bernama

Anwar Ibrahim - Election Speech at Sabah , Inanam

Seiringan ke Putrajaya

'Rakyat termasuk orang UMNO BN sokonglah kami'

Amanat Ulama' Kedah

GE13: Charles reveals fraud in voter registration