Sabtu, 27 April 2013

PRU13: USTAZ AZHAR IDRUS DAN CALON PAS/PR PARLIMEN P125 PUTRAJAYA, HUSAM MUSA DI PRESINT 19, PUTRAJAYA!



ACARA:-  PROGRAM BERSAMA USTAZ AZHAR IDRUS DAN CALON PAS/PR PARLIMEN P125 PUTRAJAYA, HUSAM MUSA

LOKASI:-  PADANG BOLA, LOJI PEMBERSIHAN KONSORTIUM ABASS, PRESINT 19, PUTRAJAYA.

TARIKH:-  27HB APRIL 2013 JAM 9.00 MALAM.

JUMLAH KEHADIRAN:-  TAK PANDAI NAK KIRA, MOHON BANTUAN DARI PAKAR MATEMATIK NEGARA, RAIS YATIM.

Biarkan saja rakaman gambar berbicara.... tidak perlu Omak Kau ulas panjang lebar.. Yang pasti UMNO gerenti semput tak boleh nak bernafas...Kini bolehlah UMNO di ibaratkan seperti menggelupur minta nyawa dalam lumpur.

PRU13: Apa jadi jentera BN Kuala Kangsar, Najib kena turun


IPOH: Kehadiran Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak ke kawasan Parlimen Kuala Kangsar semalam telah membuktikan jentera BN di situ bermasalah.

Ini berikutan tindakan bekas Naib Ketua Wanita Umno Malaysia, Datuk Kamilia Ibrahim bertanding atas tiket bebas dan keluar parti serta meletak semua jawatan yang disandang kerana kecewa tindakan Umno yang membelakangi suara wanita.

Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu, Dr Raja Ahmad Iskandar berkata, disebabkan itu Najib terpaksa mengadakan kunjungan mengejut ke Kuala Kangsar dalam siri jelajah beberapa kawasan di Perak walaupun pada awalnya parlimen itu tiada dalam jadual jelajahnya.

Menurutnya, Najib mengakui tindakan mengejut Kamilia itu telah memberi kesan besar kepada Umno khususnya di Kuala Kangsar menyebabkan jentera BN di situ mempunyai masalah.

“Pada asalnya jadual Najib di Perak tiada di Kuala Kangsar tetapi sehari sebelum itu dalam keadaan tergesa-gesa Najib umumkan akan turun singgah di situ.

PRU13: Ribuan warga Myanmar, Kemboja dapat IC, undi Najib di Pekan?

PEKAN 27 APRIL: Calon KEADILAN Pekan, Fariz Musa mendedahkan, ribuan pendatang asing dari Myanmar dan Kemboja dikesan menetap di Pekan dan mendapat pelbagai hak keistimewaan melebihi penduduk tempatan.
Katanya, penemuan ini amat mengejutkan kerana berlaku dalam parlimen yang dikuasai sekian lama oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.
“Di Kampung Sungai Miang sebagai contoh, ramai warga Myanmar di situ mendapat hak keistimewaan daripada kerajaan seperti rumah, lot tanah untuk bertani dan paling dikesali pemberian kad pengenalan untuk mereka mengundi.
“Jika ada pendatang ini beragama Islam, setiap bulan akan diberikan zakat sebanyak RM600 dan kelebihan seperti ini tidak diterima oleh penduduk Pekan yang beragama Islam dan Bumiputera,” katanya kepada Keadilan Daily.
Tambah Koordinator NGO Jingga 13 itu, ketika di Merchong, beliau bertemu seorang warga emas lingkungan 60 tahun dalam sebuah rumah yang uzur tanpa bekalan air dan elektrik.
“Saya diberitahu, beliau hanya mendapatkan air dari longkang dan parit untuk kegunaan seharian dan sebenarnya masih ramai lagi penduduk Pekan mengalami kedaifan serupa.
“Menurut mangsa, caj deposit lebih RM1,000 yang dikenakan untuknya mendapat bekalan elektrik sangat jelas tidak mampu dibayar,” kata Fariz.
Dalam perkembangan berkaitan, Fariz menyatakan, wujud isu warga emas lain yang dinafikan hak mendapatkan bantuan kebajikan kerana bukan ahli Umno.

PRU13: Hentikan polemik hudud, fokus agenda bersama

KUALA LUMPUR: Semua pemimpin Pakatan Rakyat diminta tidak menjadikan hudud sebagai isu kerana ianya telah diselesaikan sebelum ini.

"Kita telah bersetuju untuk berbeza pendapat, bersetuju untuk tidak bersetuju.

"Oleh itu, ia tidak menjadi isu dan ia bukan dalam agenda bersama dalam Pakatan Rakyat," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) dalam sidang medianya hari ini.

Menurut beliau, semua pemimpin Pakatan telah mencapai kata sepakat mengenainya  dan akan memberikan tumpuan kepada perkara yang telah menjadi agenda bersama.

"Hudud memang menjadi agenda PAS sebagai sebuah parti Islam kerana ia sebahagian dari syariat Islam. Tidak ada seorangpun ahli PAS yang beragama Islam boleh menolak perkara ini.

"DAP juga mempunyai agenda mereka sebagai sebuah parti politik. Begitu juga PKR.

PRU13: Hudud agenda PAS, bukan Pakatan, kata Mustafa Ali

KUALA LUMPUR, 27 April — PAS hanya akan melaksanakan hukum Hudud melalui proses demokrasi apabila Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrajaya kerana ia adalah perjuangan dan dasar parti Islam berkenaan dan bukannya dasar Pakatan Rakyat (PR), kata Datuk Mustafa Ali.
Setiausaha agung PAS itu dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini menegaskan, menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) Umno menggunakan isu undang-undang Islam itu bagi memerangkap parti komponen PR bagi menunjukkan wujudnya perbezaan pendapat dalam pakatan pembangkang berkenaan dan untuk memporak-perandakan PR.
“Ia agenda PAS dan bukan agenda PR. Kalau PAS nak (laksana) kita melalui proses demokrasi ... Ia bukan automatik (terlaksana),” katanya.
“Ini tujuan Umno BN adakan isu ini. Saya merayu kepada semua pemimpin PAS dan DAP agar tidak teruskan pertikaian isu ini di media kerana ia beri jalan dan lorong masuk perangkap Umno dan BN,” katanya kepada pemberita, dan menambah polemik ini harus dihentikan kerana ia sudah diselesaikan pada September 2012.
Jelas Mustafa (gambar) pihaknya mengakui DAP tidak pernah menerima Hudud dan sekaligus menunjukkan perbezaan antara komponen parti dalam PR itu, namun beliau turut menegaskan, kebersamaan mereka adalah jauh lebih besar daripada perbezaan.
“Ada perbezaan, itu kita akui. Dan saya boleh beri jaminan isu hudud tidak akan pecah belahkan PAS dan anggota PR yang lain.
“Sedangkan kita cukup bersatu dan kita selalu berterus terang ... fokus kita adalah lawan Umno lawan BN,” katanya lagi.

PRU13: Umno 2013 bakal alami nasib MCA 2008


Badan Pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) meramalkan, UMNO akan kehilangan banyak kerusi parlimen yang dipertandingkan pada 5 Mei 2013 sepertimana MCA kehilangan kerusinya pada 8 Mac 2008. KPRU membuat ramalan ini berdasarkan beberapa faktor utama. Faktor pertama berkait rapat dengan kejatuhan populariti Presiden Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak berbanding peningkatan populariti pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Suatu tinjaun oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti (Umcedel) telah menemui kadar kelayakan Najib untuk memangku jawatan sebagai Perdana Menteri semakin berkurangan di mana hanya 39 peratus para respondan percaya Najib layak untuk menjadi Perdana Menteri berbanding Anwar Ibrahim yang meraih 43 peratus kepercayaan para respondan. Ini adalah pengurangan sebanyak 4 peratus daripada tinjauan yang dilakukan pada awal tahun 2013. Ini adalah seiringan dengan peningkatan dalam kepercayan PR untuk menjadi kerajaan baru pasca Pilihan Raya Umum Ketigabelas (PRU13).

Sepertimana MCA kehilangan sokongannya secara signifikan pada tahun 2008, UMNO kini kehilangan sokongan secara signifikan. Kerana itu, strategi kempen BN bergantung kepada seorang manusia bernama Najib yang dipaparkan sebagai pemimpin baik, biarpun beliau tak berani berdepan dengan Anwar Ibrahim di pentas yang sama dan berbahas dengan Anwar Ibrahim mengenai dasar dan manifesto masing-masing sambil disiarkan secara langsung melalui televisyen.  

Putrajaya goyah: Akhirnya Mahathir terpaksa turun


PUTRAJAYA: Setelah menyaksikan bagaimana laungan takbir mengegarkan Masjid Besi Putrajaya dan sambutan menggerunkan di Presint 3 terhadap kehadiran Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya terpaksa turun ke padang hari untuk menyelamatkan Putrajaya.

Putrajaya, yang selama ini digempar-gempurkan sebagai kubu paling selamat untuk Barisan Nasional, di mana Timbalan Presiden BN Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin bahawa calon PAS Datuk Husam Musa bakal kehilangan deposit kini goyah.

Sambutan menggerunkan pada setiap program Husam sudah memberikan signal yang cukup jelas bahawa Umno di dalam bahaya di Putrajaya.

Jika tidak, perlukah Mahathir datang berkempen di Putrajaya? Ada banyak lagi kawasan yang perlu dihadiri Mahathir untuk berkempen, tapi beliau terpaksa meluangkan masa malam ini untuk membuat ceramah perdana bertajuk “Pertahankan Putrajaya.”

Malam ini, Mahathir akan berceramah jam 8 malam di Bilik Gerakan PDM Metropolitan, Presint 9, Putrajaya.

Makluman itu dimuatkan di Facebook beliau.

Semalam, sumber Umno memberitahu Harakahdaily bahawa Mahathir dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak akan turun ke Putrajaya kerana keadaan di situ kini berpihak kepada Husam.

“Kan semalam saya dah kata Mahathir akan turun ke Putrajaya. Selepas ini Najib pula. Ini indikator yang saya kata semalam, nyawa Umno-BN tinggal 9 hari sahaja lagi. Ini kali-lah,” kata beliau kepada Harakahdaily sambil ketawa.

“Tak sangka. Akhirnya saya juga terkena gelombang menyebut Ini-Kalilah,” tambahnya.

Mat Taib: Umno telah gagal, jadi perlukan PERKASA



 
Kewujudan kumpulan pendesak seperti PERKASA menunjukkan bahawa Umno telah gagal untuk melaksanakan tanggungjawabnya kepada orang Melayu, kata bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri  Muhammad Muhd Taib.

Muhammad, yang menyertai PAS Isnin lalu berkata pada masa lalu, Umno tidak pernah memerlukan "samseng" untuk membantu perjuangannya dan parti itu telah menyimpang daripada perjuangannya.

Sekarang, tambahnya, Umno perlukan Datuk Seri Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin dan kumpulan-kumpulan pelampau untuk memberi tekanan.

GE13: Unexpectedly large crowd at Nik Aziz Putrajaya ceramah

PRU13: Calon wanita KEADILAN Bukit Chandan dikepung, diugut samseng tua BN

FPERAK 27 APRIL: Calon wanita KEADILAN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Chandan, Fathmawaty Salim dikepung dan diugut sekumpulan samseng ‘tua’ ketika berkempen bersama jentera parti di kawasan tersebut.
Menurutnya, kejadian berlaku semasa beliau bersama sekumpulan wanita mengedarkan risalah Manifesto Pakatan Rakyat dari rumah ke rumah untuk menerangkan kepada wanita mengenai Agenda Wanita Malaysia (AWM).
“Semasa memasuki kampung di Bukit Residen dalam DUN tersebut, kami dikepung lapan motorsikal yang semua pemandunya golongan berumur. Mereka ugut supaya kami keluar dari kampung itu, jika tidak mereka akan lapor polis.
“Walaupun kita bercakap secara baik, mereka tetap berkeras. Kerana tidak mahu berlaku perbalahan dan cetuskan huru-hara, kami akur dan keluar dari kampung itu,” katanya kepada Keadilan Daily.
Fathmawaty berkata, beliau turut diserang Penghulu Kampung Jenalik yang menghamburkan kata-kata penghinaan apabila membandingkan Pakatan Rakyat dengan Israel.

‘Saya akan lawan saman Umno,’ kata Mustafa


KUALA LUMPUR, 27 April — Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini berkata beliau akan melawan saman yang dikemukakan Umno terhadapnya kerana didakwa memfitnah parti majoriti Melayu itu berhubung pengedaran video seks yang dikaitkan dengan dirinya.
Mustafa (gambar) yang lebih dikenali dengan nama “Cikgu Pa” itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut berikutan video berkenaan yang dimuat naik ke blog-blog di laman sosial, sebaliknya hanya menyerahkan perkara itu kepada peguamnya.
“Saman Umno saya akan lawan, dia saman tiga, saya, Zul dan Asmuni,” katanya merujuk kepada Ketua Pengarang Harakahdaily Zulkifli Sulong dan peguam yang mewakilinya untuk kes itu Asmuni Awi.
“Pasal video saya enggan mengulas lanjut. Kita lawan itu (saman) dulu. Kalau nak dengar lebih lanjut pergi ke ceramah saya di Rusila, Terengganu pada 3 Mei depan,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PAS di sini.
Umno telah memfailkan saman fitnah terhadap Mustafa pada 22 April lalu bersama-sama dengan peguamnya dan lidah rasmi PAS, HarakahDaily kerana didakwa mengaitkan parti itu dengan penyebaran video lucah yang dikatakan mirip Setiausaha Agung PAS terbabit.
Saman tersebut dikemukakan oleh Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab. Rauf Yusoh selaku pegawai awam Umno melalui firma guaman, Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Mahkamah Tinggi di sini.

PRU13: Samseng BN serang penyokong KEADILAN Taman Medan, pecah kerusi

chairPETALING JAYA 27 APRIL: NGO pro Umno BN yang menggelarkan diri mereka ‘Waris Malaya’ bertindak samseng apabila mengugut dan mengancam untuk mencederakan petugas dan penyokong KEADILAN Taman Medan, 21 April lalu.
Ancaman itu berlaku semasa calon KEADILAN Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan, Haniza Talha menyampaikan penerangan kempen di Bilik Gerakan Daerah Mengundi 12, Jalan Petaling Jaya Selatan 4.
Menurut Haniza, kumpulan terlibat mengganggu dan membuat bising dengan membunyikan motorsikal secara kuat ketika tayangan kempen berlangsung.
“Dua kali kumpulan itu buat kacau. Pertama, mereka secara berkumpulan membuat bising ketika kempen ditayangkan sehingga mendatangkan kemarahan hadirin pada malam itu.

PRU13: Yang mahu harga minyak turun bukan orang kaya, tapi rakyat miskin!

KUALA LUMPUR 26 APRIL: Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak tidak faham kemahuan rakyat yang sentiasa berharap supaya harga minyak diturunkan, bukan memberi alasan karut kononnya penurunan harga minyak hanya akan menguntungkan orang kaya.
“Penurunan harga minyak sememangnya ditujukan kepada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana. Orang kaya tidak ambil kisah dengan penurunan sebanyak 20 sen atau 50 sen.
Perhimpunan bantah kenaikan harga minyak- Gambar hiasan
Perhimpunan bantah kenaikan harga minyak- Gambar hiasan
“Saya yakin apabila Pakatan Rakyat menawan Putrajaya, orang yang paling gembira dengan penurunan harga minyak adalah rakyat miskin,” kata calon KEADILAN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar, Azan Ismail. Beliau mengulas kenyataan Najib itu yang turut menyatakan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah lebih baik dan menguntungkan rakyat.

PRU13: Anak muda Sabah tuntut perubahan

Lahad Datu: Jangan sekadar tuduh, kemukakan bukti

Rafizi Ramli: Education Is A Priority, A Paramount Emphasis Of Pakatan Rakyat.

PRU13: Kenapa perlu tolak BN? - PART1

GE13: In Raub, DAP Ariff Sabri banking on Bukit Koman cyanide issue

PRU13: Tok Guru dan Husam Musa diserang di Putrajaya

PRU13: Tawaran Pakatan Rakyat

GE13: DAP tries to 'rock' Gelang Patah with concert

Anwar Ibrahim: Lautan Manusia Banjiri Miri Malam Ini

Anwar Ibrahim: Ini Adalah Kali Pertama Dalam Sejarah Kita Mampu Ubah Pemerintah

NO VIOLENCE PLEASE: This GE13, vote with ANGER!

NO VIOLENCE PLEASE: This GE13, vote with ANGER!Are they trying to share their FEAR of losing power by orchestrating the many violence attacks we are seeing lately?

Umno Perkasa BN have been telling people that CHANGE will lead to chaos and violence and only by staying with them, will we see peace and stability.

But what we are observing today are daily reports of violence going on and they are still the caretaker government. Yet they are not doing anything to curb or condemn the ongoing violence.

Have you heard the caretaker PM ordering the violence to stop or for the police to take drastic action against whomsoever are perpetuating the violence? NO and WHY?

Instead of trying to stop the violence they go further by issuing statements of chaos and violence helped by national television stations and their controlled-MSM, repeatedly reminding everyone of May 13.
What is GE about
General election is about electing a government that is going to run the nation with the rakyat in mind, a non-violent government which will abide by the Constitution and laws of this land.

Political parties running for general election should be campaigning about their manifestos, policies and how they are going to run, manage the country in a transparent and fair manner.

Voters must not FEAR or be confused by the threat of any chaos and violence being perpetuated by Umno Perkasa BN leaders. The more they threaten the angrier we should be and vote with anger on polling day to show that we do not need this kind of government to hang FEAR over us at every general election.

This GE 13 we are not only voting against corruption, racism, religious intolerance but voting away the FEAR that has been hanging over our head for 56 long years.
GE 13

Vote A B C D

Anything But Cap Dacing

PRU13: Agamawan, seniman dan profesional bergabung sokong PAS



(Zamri berucap di majlis dekat Keramat malam tadi)

KUALA LUMPUR: Gandingan agamawan, seniman dan profesional dalam program ceramah di Datuk Keramat malam tadi berjaya menarik orang ramai untuk bersama-sama dari awal hingga ke akhir program.

Kehadiran Bekas Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) Leftenan Jeneral (B) Datuk Ir Ismail Samion yang baru menyertai PAS pagi semalam dan juga Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said membuatkan orang ramai termasuk orang muda tidak berganjak dari tapak program.

Kira-kira 100 kerusi di bawah khemah dipenuhi golongan yang agak berusia sementara orang muda berdiri di tepi khemah, di bawah pokok dan duduk santai di atas motosikal mendengar intipati ucapan.


(Semuanya menyokong Zamri4Titiwangsa...Datuk Ismail dua dari kanan)

Malam tadi, selain calon PAS Titiwangsa Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi, Ismail Dan Pak Samad, PAS Titiwangsa turut menampilkan bekas Timbalan Ketua Akauntan Negara Datuk Jamaluddin dan juruterbang yang masih berkhidmat dengan salah satu syarikat penerbangan, Rashidi Ishak sebagai penyuntik semangat kepada orang ramai untuk bersama PAS.

PRU13: Nik Aziz lancar surat Qaradawi sokong Anwar jadi PM



 
Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat hari ini melancarkan kempen risalah yang mengandungi surat surat terbuka dari Ulamak Sunni terkemuka di peringkat antarabangsa, Yusuf Qaradawi, menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri.

NONENik Aziz (berjubah putih) melancarkan risalah bertajuk Surat terbuka
Dr Yusuf Al Qaradawi untuk rakyat Malaysia
, di projek perumahan rakyat Pantai Permai rakyat di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Mengiringi beliau ialah calon PKR kerusi Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, yang berdepan dengan saingan sengit untuk mempertahankan kerusinya. Nurul dicabar oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.

Pelancaran risalah tersebut oleh Nik Aziz di tengah-tengah kawasan Melayu yang berpendapatan rendah itu, dilihat sebagai usaha
meningkatkan sokongan Melayu-Islam kepada Nurul, yang telah merampas kerusi tersebut dari bekas Menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam penampilan sulungnya pada pilihan raya umum 2008.

PRU13: Husam menunggu di gerbang Putrajaya


Putrajaya, adalah pusat pentadbiran kerajaan Malaysia, lambang kuasa kerajaan Barisan Nasional yang memerintah Malaysia lebih setengah abad. Dengan itu Umno yang menjadi tulang belakang BN selama ini diasosiasikan dengan kekuasaan di Putrajaya.
Namun Putrajaya terlalu kecil jika dibandingkan dengan empayar Rom dan Parsi di zaman klasik yang berkuasa ratusan tahun lamanya. ia  lebih kecil lagi Constantinople dibandingkan dengan empayar Rom di sebelah timur, iaitu empayar Byzantine/Constantinople Istanbul/Turki.

Dalam sejarahnya Empayar Byzantine/Constantinople dapat ditakluki dan dibebaskan oleh seorang pemuda, berumur 21 tahun – Sultan Muhamad atau bergelar Muhamad Al-Fateh, perwira muda yang luar biasa, anak Sultan Murad sekitar abad ke-15.

Saya mengingat semuanya ini ketika berdiri di depan Datuk Husam Musa, calon PAS/Pakatan Rakyat untuk parlimen Putrajaya. Lawannya, Tengku Adnan Tengku Mansor dari BN.

Husam adalah pemimpin politik heavyweight, yang dianggap oleh sesetengah orang sebagai ‘tokoh politik yang suka berdepan dengan cabaran besar’ sesuai dengan sifatnya yang sangat dinamik, lincah terbuka, suka membaca dan berstrategi.

Husam adalah produk dari kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, justeru selama puluhan tahun beliau bukan saja belajar mengenal tasawuur Islam seluas-luasnya, bahkan belajar kaedah kepimpinan Islam seperti yang diserlahkan oleh Mursyidul Am PAS itu.

PRU13: Kita kena lebih cerdik dari BN – TG Nik Aziz


KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta rakyat lebih cerdik daripada Barisan Nasional (BN) agar tidak mudah dipermainkan oleh mereka.

Beliau berkata demikian pada program peluncur warkah amanat Yusuf Qardhawi di Lembah Pantai petang tadi.

Turut hadir program tersebut adalah calon Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Tuan Guru Nik Aziz mengulangi rakyat boleh mengambil apa sahaja yang diberi BN tetapi pada pilihanraya perlu memilih calon dari Pakatan Rakyat.

"Kalau BN bagi duit, kain atau gula kita ambil tetapi apabila mengundi nanti pilih calon dari Pakatan Rakyat.


"Kita kena lebih cerdik dari BN baru mereka tidak boleh mempermainkan kita," kata beliau.

Yusuf Al Qaradawi: Anwar Ibrahim paling layak jadi PM

surat terbukaLEMBAH PANTAI 26 APRIL: Mursyidul AM PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat petang ini baharu sahaja melancarkan surat terbuka Sheikh Dr Yusuf Al Qaradawi, tokoh Islam terkemuka yang kini Ketua Ijtihad Ulama Dunia.
Peluncuran warkah amanat itu disempurnakan pada majlis yang diadakan di Surau Apartment Pantai Permai, Pantai Dalam, 3 petang tadi.
Program itu dianjurkan calon KEADILAN Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang turut hadir sama.
Di dalam surat tersebut, Yusuf Al Qaradawi menegaskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim paling layak menerajui negara sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Berikut petikan kandungan surat Yusuf Al Qaradawi:
“Sesungguhnya saya sendiri perpandangan bahawa Anwar Ibrahim, berdasarkan sejarah dan pengalamannya, kebijaksanaan dan perjuangannya, kesabaran dan kecekalannya, sejak usia mudanya yang awal hingga ke hari ini, juga kecintaan yang diperolehinya daripada orang yang baik-baik dari kalangan rakyat Malaysia, dari kalangan Melayu dan Cina, maka dia selayaknya berada pada pilihan yang paling atas untuk memegang jawatan ketua kerajaan dan Perdana Menteri bagi memimpin Malaysia.

PRU13: SPR buat pembetulan kesilapan senarai pengundi awal dan cetak semula buku DPPR..??


SPR

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuat pembetulan dan mencetak semula buku Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) ekoran berlaku kesilapan mencetak senarai pemilih pengundi awal di dalam buku tersebut.

Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata buku DPPR itu telahpun diedarkan semula kepada Pegawai Pengurus dan calon-calon di bahagian pilihan raya yang terlibat mulai hari ini melalui pejabat pilihan raya negeri yang berkenaan.

"SPR juga akan menulis surat kepada pemimpin parti politik yang terlibat untuk memaklumkan mengenai kesilapan itu dan memastikan bahawa buku DPPR yang digunakan calon, ejen calon dan petugas SPR di pusat pengundian awal adalah sama," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kamaruddin berkata kesilapan percetakan itu hanya melibatkan 572 orang pemilih daripada 272,387 senarai nama pengundi awal di seluruh negara yang melibatkan 80 bahagian Pilihan Raya Parlimen, 84 Dewan Undangan Negeri (Dun) dan membabitkan 114 pusat pengundian awal di seluruh negara.

PRU13: Umno berunding dengan pengganas Sulu, tapi salahkan Pakatan- Johari

KUALA LUMPUR 27 APRIL: Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Johari Abdul menyelar Menteri Pertahanan sementara, Datuk Seri Zahid Hamidi yang mengaitkan pembangkang sebagai dalang insiden serangan di Lahad Datu, Sabah.
Sedangkan katanya, kerajaan sendiri berrunding dengan pengganas berkenaan, sebelum serangan itu bermula pada 1 Mac lalu.
Malah katanya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein menyatakan kumpulan bersenjata itu bukan pengganas selepas dua minggu mereka memasuki perairan negara ini.
“Menteri dari Umno BN sendiri yang berunding dengan pengganas Sulu. Semua orang masih ingat. Asalnya Hishamuddin Hussein kata, (kumpulan bersenjata) yang masuk (ke Lahad Datu) itu bukan penceroboh,” kata Johari yang juga penyandang dan calon Parlimen Sungai Petani.
Beliau mengulas kenyataan Zahid dalam portal Sinar Harian hari ini yang mendakwa tiga pemimpin Pakatan Rakyat, dua daripadanya dari semenanjung manakala seorang lagi dari Sabah sebagai dalang serangan itu.

PRU13: Semangat 1990 seperti berulang di Kelantan



Suasana pada satu majlis ceramah di Jeli.

KOTA BHARU: Biar pun sesetengah tempat di bandar Kota Bharu tenggelam dengan poster dacing, namun lonjakkan semangat 1990 dilihat seperti berulang semula di Kelantan.

Kehadiran orang ramai pada setiap ceramah yang diadakan di seluruh Kelantan begitu mengujakan sekali. Malah ceramah di kawasan kubu Umno iaitu Jeli dan Gua Musang juga memberi petunjuk luar biasa.

Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, berdasar kepada perkembangan sekarang, situasi yang berlaku pada 1990 seperti mahu berulang kembali.

“Ketika itu rakyat Kelantan mencatat satu sejarah dalam politik negara yang tidak pernah dipecah rekod di negeri-negeri lain.

“PAS bersama Angkatan Perpaduan Ummah yang dianggotai Berjasa, HAMIM dan Semangat 46 memberi pukulan hebat kepada Umno-BN di Kelantan di mana tiada satu pun dimenangi mereka ketika itu,” katanya pada ceramah di UPU Telipot, Dun Bunut Payong malam tadi.

PRU13: Biar gambar berbicara di Putrajaya


 

PUTRAJAYA: Puluhan ribu menyertai ceramah yang dihadiri oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Presint 3 malam ini.

Turut memberikan ucapan adalah calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa.

Tengahari tadi, belum selesai TG Nik Aziz menunaikan solat sunatnya, sudah penoh orang ramai yang mengelilingi beliau untuk bersalam.

(Belum selesai TG Nik Aziz solat sunat selepas solat Jumaat, sudah penuh orang ramai menunggu untuk bersalam dengan beliau di Masjid Besi, tengahari tadi)

TG Nik Aziz sampai ke KLIA pagi. Pagi tadiu beliau makan pagi bersama dengan warga Putrajaya di sebuah kentin pejabat di sana.

PRU13: Pegawai SPR didakwa catat nombor siri kertas undi pos


 
Petugas kempen DAP mendakwa bahawa pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bertanggungjawab bagi kawasan Parlimen Pulai, telah mencatat nombor siri kertas undi pos sebelum menghantarnya kepada pengundi - meningkatkan kebimbangan bahawa undi tersebut dapat dikesan dengan mudah.

NONECalon DAP bagi DUN Pengkalan Rinting, Cheo Yee How (kiri) dan wakil  calonnya, Tah Moon Hui mendakwa bahawa mereka ternampak kejadian itu semalam semasa lawatan mereka ke pusat gerakan SPR di Johor Bahru untuk memeriksa kertas undi pos sebelum ianya dihantar.

Mereka menunjukkan kepada Malaysiakini gambar yang diambil secara tersembunyi di pusat gerakan tersebut, yang menunjukkan nombor siri enam angka kertas undi bagi parlimen dan kerusi DUN setiap pengundi pos, telah dicatat bersebelahan nama pengundi dalam senarai pemilih undi pos.

Malaysiakini juga telah mengesahkan dengan beberapa wartawan yang telah memohon menjadi pengundi pos bahawa setiap undi mereka dicetak dengan nombor siri enam angka.

"Saya mengesyaki nombor siri yang dicatat oleh SPR boleh digunakan untuk mengesan undi yang dipangkah. Ini bertentangan dengan prinsip bahawa setiap undi perlu dirahsiakan," kata Cheo ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

PRU13: BN gelabah, indikator jelas Putrajaya dah goyang


 KUALA LUMPUR: Sumber Umno memberitahu Harakahdaily pertandingan yang paling dirisaukan para pemimpin tertinggi Umno-BN kali ini ialah Putrajaya dan Gelang Patah.

Persaingan kerusi di Putrajaya, katanya, semakin memihak kepada calon PAS iaitu  Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS.

“Umno-BN gelabah sehingga mengenakan pelbagai tekanan pada penjawat awam di sana untuk menghindarkan mereka menghadiri ceramah Husam. Tapi semakin ditekan, semakin ramai penjawat awam yang setiap hari bertanya mengenai sambutan ceramah Husam.

"Ramai tak? Berapa ramai? Itulah soalan yang ditanya tiap-tiap malam oleh penjawat awam yang tidak berani hadir ceramah Husam kerana takut dikenakan tindakan oleh ketua jabatan,” kata sumber Umno itu.