SHAH ALAM - Kerajaan Selangor mendakwa satu gerakan besar-besaran dilakukan Umno Selangor untuk membeli bilik gerakan Pakatan Rakyat (PR).
Pengerusi PR Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa, pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu selain cubaan Barisan Nasional (BN) menabur wang kepada pengundi sewaktu berkempen.
Abdul Khalid Ibrahim Menurutnya, beliau menyeru rakyat di negeri ini membuat laporan dan memberi maklumat jika terdapat mana-mana calon, ejen mahupun penggerak parti politik menawarkan wang tunai ketika berkempen.
“Mereka boleh lapor kepada saya, SPR atau polis. Saya berharap Transparency International memantau isu ini supaya pilihan raya dijalankan secara adil dan bebas," katanya ketika sidang media di dewan Kediaman Exco Kerajaan Selangor di Seksyen 7, di sini semalam.
Sementara itu, beliau berkata, PR menyahut cabaran Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak untuk membentangkan kad laporan kecemerlangan pentadbiran negeri sepanjang lima tahun ini.