Khamis, 25 April 2013

PRU13: Semangat tukar kerajaan memuncak

Oleh Lim Hong Siang
ANDA boleh merasai betapa kuatnya azam masyarakat Cina untuk menuntut pertukaran kerajaan persekutuan kali ini. Malah mungkin tidak keterlaluan seandainya saya mendakwa bahawa semangat patriotik mencecah kemuncaknya, apabila ia diterjemahkan ke dalam tindakan untuk melakukan perubahan. 
Seorang anak muda memakai baju Himpunan Hijau, berdiri dalam keadaan cuaca yang sejuk di "pasar malam" Taiwan, menjulang papan dengan tulisan "Wahai rakyat Malaysia, jom balik undi. Jangan biarkan pendatang asing menentukan masa depan kita."
Padahal, bukan seorang anak muda Malaysia sahaja yang berbuat demikian, tetapi "kelakuan" yang sama juga ditemui di stesen LRT di Taiwan.
Ramai pelajar Cina melanjutkan pengajian mereka di Taiwan.
Jadi kelakuan ini barangkali boleh menarik perhatian warga Malaysia yang lalu di situ.
Kisahnya tidak terhenti begitu saja. Seorang pelajar di Taiwan telah membelanjakan kos sara hidup bulanannya untuk membeli tiket penerbangan supaya balik mengundi. Beliau mengakui sememangnya ia membebankan, tetapi berbanding dengan masa depan Malaysia, harga yang dibayar itu berbaloi.

PRU13: Kempen Busuk BN Pertahan Putrajaya

KUALA LUMPUR:Dato' Seri Najib Tun Razak bertindak melanggar prinsip demokrasi dengan menyalahgunakan dana, sumber dan harta awam bagi tujuan kempen Umno-BN.
Pengumuman sejumlah peruntukan untuk pelbagai projek dan sumbangan selepas pembubaran parlimen oleh Pengerusi BN itu sekaligus mencabul etika kuasa kerajaan sementara.

Malah, Najib gagal mematuhi Akujanji Pilihanraya yang ditandatanganinya sendiri dengan badan Transparency International sebelum ini. Antara pengumuman yang tidak menghormati prinsip demokrasi itu ialah pelaksanaan tiga projek tama di Cyberjaya bernilai RM8 bilion pada 5 April lalu.
Tiga hari selepas itu Najib juga mengumumkan perluasan penerima kad diskaun ataupun 1Malaysia Privilege Card kepada 725,000 pesara kerajaan.
Pada 9 April pula, Najib mengumumkan cadangan pembinaan kompleks bernilai RM400 juta yang membabitkan syarikat dari China iaitu CSR Zhu Zhou Electric Locomotive Company di Perak.

PRU13: GAMBAR ANGGOTA POLIS GERAK AM (PGA) SEDANG MEBUANG UNDI DI KEM PGA, GALING KUANTAN, PAHANG

Pengerusi SPR kerap kali apabila diajukan soalan mengenai tatacara undi pos beliau menjawab.. tiada lagi istilah undi pos tetapi ditukar kepada UNDI AWAL.

Cara undi awal ini serupa dengan undi biasa....Diadakan dalam dewan secara telus, adil dan bersih.

Paling utama semua wakil calon parti akan dibenarkan memantau dan meliaht proses undi awal ini...Itulah lebih kurang bunyi ayat yang terpacul dimulutnya.

Tapi jika rakaman gambar ini benar dimanakah wakil calon bertanding?...mengapa diadakan secara tertutup?

Mohon sangat-sangat pihak berwajib SPR memberikan jawapan bagi pencerahan minda rakyat.

Tidak mau wujud persespsi buruk mengenai tata kelola SPR dalam mengendalikan PRU kali ini.

PRU13: SATU UNDI UNTUK MCA ADALAH SATU UNDI UNTUK PERKASA!

Zulkifli Noordin sudah insaf dan bertaubat, kata Soi Lek


 
Keputusan BN untuk mencalonkan Naib Presiden PERKASA, Zulkifli Noordin bertanding kerusi Parlimen Shah Alam telah dikritik hebat tetapi Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek menyokong pilihan parti itu.

Katanya, Zulkifli adalah kawan baik Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pernah menjadi peguam pemimpin Pakatan Rakyat itu.

"Beliau telah bertanding di bawah PAS (sebelum ini). Beliau dan PAS adalah kawan yang sangat baik, oleh itu ketika berada dalam PAS, kemungkinan besar beliau menerap nilai-nilai dan budaya PAS.

KANTOI!!!!!!...TUKANG PASANG BENDERA BN BERJAYA DIRAKAM BAWA TURUN BENDERA PAS SETELAH MEMASANG BENDERA BN DI JOHOR BAHRU!

HELO BRO!!! NAK BAWA MANA PERGI BENDERA-BENDERA PAS TU!!!!!!
Seorang petugas pasang bendera BN yang memakai Baju T BN sedang membawa lari bendera-bendera PAS setelah diturunkan selepas memasang bendera BN di Johor Bahru telah berjaya dirakamkan.

Haprak punya petugas UMNO!!!!!!!!!!...Sudah pasti menerima arahan dari pihak tertentu untuk melakukan kerja yang langsung tidak bertamadun ini..Ini dinamakan politik primitif zaman purba.  politik guna otot bukan otak.

INGAT!!!!.. Kamu turunkan bendera PAS nanti rakyat balas dengan turunkan UMNO pada PRU ini.

Itu janji ikrar keramat rakyat.

PRU13: CALON UMNO MAIN WAU BULAN DI BATU SAPI?

SETELAH selesai peletakkan beberapa roket DAP di Batu Sapi di sekitar Parlimen Batu Sapi Sandakan, kini tiba pula giliran wau bulan PAS mewarnai lagi suasana PRU di sini.
Wau bulan yang disiapkan sejak beberapa hari lalu sudah sedia ‘diterbangkan’ dan kini wau bulan tersebut dipacak betul-betul di hadapan Bilik Gerakan PAS P.185 Batu Sapi Sandakan. 
Lokasi berkenaan dianggap srategik kerana seluruh penduduk kampung yang melintasi jalan tersebut boleh melihat wau bulan gergasi itu. Tambahan pula, lokasinya berdekatan dengan Kampung Istimewa.
Wau bulan yang menggunakan 17 bendera PAS itu disiapkan oleh beberapa petugas yang bertungkus lumus siang dan malam.
"Selain bendera gergasi, kita juga mempunyai wau bulan yang sangat besar. Biar seluruh penduduk Batu Sapi sedar akan kehadiran kita di sini. Moga ia juga menjad isyiar berterusan di bumi bertuah ini," kata Haji Hamzah Abdullah ketika diminta menyatakan pendapat berkenaan dengan wau bulan tersebut.
Rata-rata penduduk yang melalui jalan tersebut pasti akan menoleh melihat wau tersebut dan ada antara mereka yang melaungkan ‘Ini kali lah!’ kepada petugas yang sentiasa berada di bilik gerakan.

GE13: NAJIB IGNORANT SABAH'S AUTONOMY ?

PUTATAN : The assurance by the Prime Minister that Sabah 's autonomy is a non-issue because its provision is still intact "under the 20-Points of the Malaysia Agreement" is unacceptable because it misses the whole point about Sabah 's autonomy, said State Reform Party (STAR).
STAR's state deputy chairman, Awang Ahmad Sah, who is contesting for the Putatan parliamentary constituency under the STAR's ticker, said in statement here that the Prime Minister seems to be as ignorant as PKR advisor Anwar Ibrahim on the matter of Sabah 's autonomy.
"While Anwar said state autonomy is up to the federal to give and not according to the state's demand, Najib on the other hand said it is still in tact," Awang Sah said. "I am flabbergasted that that Najib as the Prime Minister is again proven to be ignorant about our history. The day before that he said that we joined Malaysia and then became independent on September 16, 1963 . Now he is saying our autonomy is still intact in the 20 Points of the Malaysia Agreement.

GE13: Over 28,000 'foreign' voters on electoral roll

There are at least 28,593 voters of foreign origin on the electoral roll, most of them concentrated in the hot states of Selangor and Sabah, said the Malaysian Electoral Roll Analysis Project (Merap).

This is the sum of all persons who have registered as voters in the 2012 fourth quarter electoral roll, and had identified themselves as from one of four countries in the registration forms.

These Bangladesh, Philippines, Indonesia, and Pakistan - all which are main sources of migrant labour for Malaysia.
width is 435

Sabah has the most, with 55.6 percent, while Selangor has 15.1 percent.

The other states have a much lower proportion, ranging from 6.2 percent in Kuala Lumpur to 0.1 percent in Putrajaya.

Sabah’s neighbour Sarawak has only 1.1 percent of such voters.

PRU13: PR sasar menang 33 kerusi di tiga negeri deposit tetap BN


KUCHING, 25 APRIL: Pakatan Rakyat (PR) mensasarkan tiga negeri iaitu Sarawak, Sabah dan Johor yang menjadi “deposit tetap” Barisan Nasional (BN) sebagai penentu PR memerintah dan mentadbir Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.
Calon PR Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang berkata, bagi mencapai sasaran itu, PR perlu memenangi sekurang-kurangnya satu pertiga daripada kerusi Parlimen di setiap negeri berkenaan iaitu masing-masing sembilan kerusi Parlimen di Sabah dan Johor serta 11 kerusi di Sarawak untuk menjadikan 29 kerusi.
Selain itu, katanya, ia adalah tambahan kepada 80 kerusi Parlimen yang di Semenanjung yang dimenangi pada PRU 2008 bagi menghasilkan sekurang-kurangnya 109 kerusi dan memerlukan tiga lagi kerusi untuk menang dengan majoriti mudah 112 kerusi daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat.
Beliau berharap PR boleh memenangi 125 kerusi Parlimen, dengan PKR mendapat 45 kerusi manakala DAP dan PAS masing-masing dengan 40 kerusi bagi menghasilkan majoriti selesa 28 kerusi Parlimen (baki 12 kerusi datang daripada negeri lain selain Sarawak, Sabah dan Johor).
Pada PRU 2008, BN memenangi 140 kerusi Parlimen berbanding 82 oleh Pakatan Rakyat, yang hanya memenangi tiga kerusi iaitu satu di setiap negeri iaitu Bandar Kuching (Sarawak), Kota Kinabalu (Sabah) dan Bakri (Johor).

PRU13: DAP cabar UMNO/BN nyatakan pendirian mengenai hudud


KUCHING: 25 APRIL: Calon DAP Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang mengulangi pendirian DAP mengenai pelaksanaan hudud iaitu tetap berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan.
Sehubungan itu, beliau mencabar UMNO dan Barisan Nasional (BN) turut menyatakan pendirian secara terbuka sama ada mahu melaksanakan hudud atau sebaliknya.
“UMNO dan BN tidak perlu membuang masa untuk mengelirukan rakyat dengan menjadikan hudud sebagai isu politik, malah meminta Datuk Seri Najib Razak memartabatkan agama Islam dan menghormati umat Islam dengan menghentikan kempen yang memperalatkan agama kerana ia memberi kesan buruk kepada masyarakat.
“Saya harap pemimpin BN benar-benar menghormati kesucian Islam dan agama lain kerana kepercayaan agama bukanlah alat permainan politik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Kit Siang mengulas laporan media hari ini mengenai cabaran Najib supaya Pakatan Rakyat menyatakan pendirian secara jelas mengenai isu hudud, hanya satu gimik politik semata-mata.
Beliau kesal kerana UMNO/BN terus memperalatkan agama pada PRU kali ini sedangkan Pakatan Rakyat menyatakan bahawa hudud tidak terkandung dalam Manifesto Rakyat, pendirian bersama dan apa-apa prinsip bersama.
Sehubungan itu, katanya, DAP tetap menghormati PAS dan ideologinya, sama seperti PAS dan PKR menghormati DAP dengan ideologi DAP dan prinsip perjuangan semata-mata untuk kepentingan rakyat atas dasar demokrasi.

Siri 2 : Mat Taib - Balik ke pangkal jalan

Setelah melepaskan jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Ketua Penerangan Umno pada 2009, Tan Sri Muhammad Muhd Taib seolah-olah memencilkan diri daripada dunia politik tanah air.

Sejak itu beliau lebih banyak kelihatan dengan kain dan ketayap di surau, masjid dan majlis-majlis berkaitan agama.BERIKUT sambungan temu bual bersama bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib bersama Sinar Harian.

Ramai calon ambil keputusan bertanding Bebas. Adakah ‘loyalty’ (taat setia) tidak lagi relevan dengan keadaan sekarang?
Muhammad: Loyalty itu mesti ada asas. Loyalty itu sampai satu peringkat, ada yang lebih yang boleh menghebatkan lagi.
Dalam Parlimen kita ada 222 kerusi. Saya tengok dekat dua pertiga boleh bersama, boleh bercantum dan kita boleh jadi kuat.
Orang bukan Melayu dia yakin Islam adil. Yang kata Islam itu tidak fair; spinning (putar-belit) by some people, Islam ganas...Islam jahat. Tetapi jika diulang-ulang, terutamanya oleh media Barat, (umpamanya) meletup, 10 orang mati..militan Muslim sangat jahat. Tetapi 50 juta orang putih mati perang dunia, yang dibunuh oleh orang Kristian, berperang antara dia dengan dia, dalam Perang Dunia Pertama dan Kedua, tiada satu perkataan militan Kristian pun keluar.
Ini semua spinning. Tetapi kalau Islam, empat orang mati, (dituduh) militan Islam.
Islam itu adil. Mengapa orang lain takut . Saya tidak nampak ia menjadi isu yang besar.

Siri 1 :'Mengapa saya pilih Pas'

Setelah melepaskan jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Ketua Penerangan Umno pada 2009, Tan Sri Muhammad Muhd Taib seolah-olah memencilkan diri daripada dunia politik tanah air.

Sejak itu beliau lebih banyak kelihatan dengan kain dan ketayap di surau, masjid dan majlis-majlis berkaitan agama.
Kemunculannya di gerai-gerai untuk menikmati sarapan pagi bersama enam atau tujuh orang rakan selepas menunaikan solat Subuh adalah pemandangan biasa di sekitar Shah Alam.

Beliau jarang kelihatan bercerita, tetapi lebih banyak mendengar perbualan sahabat-sahabatnya sambil tersenyum.

Bagaimanapun, semalam, dua hari selepas penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-13, Muhammad, yang lebih terkenal dengan panggilan Mat Taib atau Mat Tyson, membuat kejutan dalam kalangan rakan parti dengan menyerahkan borang permohonannya untuk menjadi ahli Pas kepada Presiden Parti Islam itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dalam temu ramah eksklusif dengan editor dan wartawan kanan Sinar Harian di Kompleks Media Karangkraf kira-kira lima jam selepas majlis penyerahan borang itu, bekas Menteri Besar Selangor (1986-1997) itu meluahkan segala isi hatinya tentang mengapa beliau pilih untuk menyertai Pas.

Ikutilah wawancara lebih sejam dengan beliau itu.

Boleh Tan Sri jelaskan mengapa memilih untuk membakar jambatan lama, adakah yakin jambatan baru boleh dibina dengan baik?

Malaysia's GE13 too close to call - former US ambassador

Malaysia's 13th General Elections on May 5 will be the most important -- and the most hard-fought -- in Malaysian history. The United Malays National Organisation (UMNO) and its coalition partners have ruled the nation since its independence in 1957. But now, for the first time in history, the Malaysian opposition is united and strong, and it believes it has a real chance of coming to power.
Malaysia's GE13 too close to call - former US ambassadorAnd also for the first time, UMNO, as well as those who have benefited politically and economically from their connections to the ruling party, fear that the voters might reject their party and the system that have governed the country continuously for over five decades.
Major differences
This is not simply a question of who wins. There are major differences between the ruling party's and the opposition's approaches to political and human rights, economic policy, and affirmative action. An opposition victory would bring change in many areas. The opposition promises to shift the focus of the government's affirmative action programs from a race-based to a needs-based system. It pledges it will crack down on the corruption and crony capitalism that is holding back the country's economic potential, and open up more political space by easing the restrictions on political freedom.
Fortunately for the United States, there are no appreciable differences in the foreign policies of either side. But what happens on May 5 will have a major impact on Malaysia's future political and economic direction, and that is why we in the outside world need to pay attention.
No matter who wins, a realignment of Malaysian politics is inevitable. Win or lose, there will be pressures on the current Prime Minister, Najib Tun Razak, to step down. Win or lose, UMNO will have to decide whether to "re-invent" itself, something it failed to do after the last elections in 2008, when it suffered major losses.
If it does decide to change, then the question is whether it will be in the direction of more openness, or whether it is towards appealing to the more chauvinistic Malay elements in its party. If it is the latter, which I believe is more likely, then we can expect to see more racial polarization in the country as well as continued emigration by minorities, and especially college-educated minorities, to Singapore and elsewhere.
Too close to call

PRU13: Data Pengundi Pos Tidak Lengkap

Rodziah purple PC HQ PKR 01
SHAH ALAM 25 APRil : Calon DUN Batu Tiga, Rodziah Ismail (PKR) kesal masih terdapat lagi kepincangan dalam pengurusan data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kali ini berkenaan daftar pengundi pos.
Ujarnya, daftar terbaru yang diperolehi daripada SPR tidak disertakan maklumat lengkap mengenai para pengundi pos itu.
“Saya terima senarai 12 lagi pengundi pos daripada luar negara untuk DUN ini, tetapi tidak lengkap tentang di mana mereka tinggal, bagaimana untuk dihubungi dan sebagainya.
“Ini sedikit sebanyak membantutkan usaha calon untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan mereka (pengundi pos), terutamanya tentang fokus dan manifesto yang diketengahkan untuk PRU (Pilihan Raya Umum) kali ini,” jelasnya.

PRU13: Rampasan tanah di Johor kritikal – Hasan Karim

Hassan (dua dari kiri) mempersoal tindakan kerajaan Johor merampas tanah rakyatKUALA LUMPUR 25 APRIL: Pengambilan tanah secara besar-besaran kononnya atas nama pembangunan merupakan isu kritikal di Johor, kata Naib Pengerusi KEADILAN Johor, Hasan Karim.
Katanya, dua projek besar iaitu pembinaan Link Kedua (Second Link) di Gelang Patah dan Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang dianggap rakyat sebagai rampasan tanah besar-besaran oleh kerajaan BN.
“Rapid hanya memerlukan 6,242 ekar, tetapi tanah yang diambil seluas 22,500 ekar. Ini rampasan tanah.
“Begitu juga dengan Second Link. Keperluan tanah tidaklah sebesar mana, tetapi mengapa sehingga 33,000 ekar tanah diambil?” kata Hasan dalam ‘Forum PRU-13, Apa Orang Johor Mahu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, malam tadi.

Isu militan Sulu: Zahid main sentimen nasional, raih sokongan BN

KUALA LUMPUR 25 APRIL: Kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa 35 militan Sulu ditembak mati pasukan keselamatan Filipina ketika cuba memasuki Sabah dianggap memainkan sentimen berbahaya antara Malaysia dengan Filipina.
“Adakah Zahid sudah membuat pengesahan? Kalau berita ini tidak benar, kenyataannya berbahaya kerana cuba memainkan sentimen antara negara Filipina dengan Malaysia,” kata bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid.
Media Filipina InterAksyon.com melaporkan kenyataan jurucakap tentera laut kawasan Barat Laut Filipina, Kolonel Edgard Arevalo bahawa pihaknya tidak menerima sebarang pengesahan terhadap dakwaan Zahid.
Manakala pemangku jurucakap tentera laut republik itu, Leftenan Komander Gregory Fabic berkata, pasukan Western Command dan Naval Task Force 62 yang menjaga perairan tempat militan itu ditembak juga menafikan dakwaan Zahid.
“Persoalannya mengapa nak buat kenyataan di sini? Adakah Zahid telah membuat tapisan maklumat? Kenyataannya langsung tidak mendatangkan keuntungan kepada mana-mana pihak,” tegas Ghafir.
Sementara itu, Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid menegaskan, kenyataan Zahid tidak terpakai kerana dia kini hanya memangku jawatan Menteri Pertahanan.
“Zahid Hamidi tak relevan. Tidak malukah dia sekarang ini yang tidak ada portfolio (Menteri Pertahanan)?” soal Imran.
“Sepatutnya yang buat kenyataan ialah Ketua Polis Negara atau Panglima Angkatan Tentera. Itu pun selepas dimaklumkan kepada Yang Dipertuan Agong,” kata Imran.

Lebih 16,000 Pendatang Asing Bakal Mengundi Dalam PRU 13 - BULETIN 13


PRU13: Media baru vs Media konvensional

Dato' Omar Abu Bakar - Pendedahan Isu Perancangan Fitnah Liwat I DS Anwar Ibrahim

JustUndi: Pakatan dominasi semua negeri

KUALA LUMPUR: Just Undi merupakan satu aplikasi permainan android yang membolehkan rakyat negara ini menyatakan pilihan awal untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebelum hari sebenar mengundi pada 5 mei ini.

Berada di google play store sejak 5 Mac lalu, aplikasi ini membenarkan pengguna telefon pintar mengundi sama ada Pakatan Rakyat (PR) atau BN.

Sebelum membuat pilihan, pengguna diminta memilih negeri mana untuk diundi merujuk kepada kawasan mengundi pengguna tersebut.

Bagaimanapun, tiada kawasa sama ada Parlimen atau Dun disenaraikan dan pengguna hanya boleh memilih negeri sahaja.

Aplikasi ini juga hanya membenarkan pengunna mengundi sekali sahaja bagi mengelak pengundian berganda.

Kemaskini pada jam 1 tengah hari ini, keputusan JusUndi Poll menunjukkan sokongan di semua negeri didominasi oleh Pakatan Rakyat.

Perlis mencatatkan nisbah sokongan 67 peratus PR manakala 33 peratus BN, Kedah (74:26) BN, Pulau Pinang (81:19), Perak (80:20) dan Selangor (80:20).

Sementara itu di negeri selatan tanah air Negeri Sembilan (77:23), Melaka (73:27) dan Johor (71:29).

Bagi Wilayah Persekutuan pula, Labuan (63:37), Putrajaya (73:27) dan Kuala Lumpur (66:34).

Bagi negeri di Pantai Timur, Pahang (72:28), Terengganu (73:27) dan Kelantan (77:23), manakala Sarawak (66:34) dan Sabah (68:32).

Bagaimanapun di bahagian bawah aplikasi ini menyatakan bahawa, JustUndi adalah satu aplikasi mendidik masyrakat untuk mengundi dan tidak mencerminkan keputusan sebenar PRU13.

PRU13: 'Cukup-cukuplah main politik kotor'


Dr Mohd Tap Salleh


KUALA LUMPUR - Amalan budaya "politik longkang, kotor dan caci hina" dalam siri kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mesti segera dihentikan jika mahu Malaysia terus membangun sebagai sebuah negara yang makmur dan harmoni dengan masyarakat yang penuh adab dan nilai baik.

Melahirkan kekesalannya, Presiden Institut Integiriti Malaysia (IIM), Datuk Dr Tap Mohd Salleh berkata, jelas sekali perkembangan mutakhir ini menunjukkan  budaya politik Malaysia yang tidak matang.

"Kita baru memasuki hari kelima kempen dan ini pula merupakan pilihan raya umum kita kali yang ke-13. Kita nampak tidak matang dalam berpolitik," luahnya kepada Sinar Harian Online.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen 15 hari untuk PRU13.

PRU13: Peralat murid untuk kempen PRU, BN langgar etika p’ raya

BN SarawakKUALA LUMPUR 25 APRIL: Memperalat murid sekolah sebagai budak suruhan bagi kempen Barisan Nasional (BN) adalah pelanggaran etika pilihan raya, kata Pengerusi Biro Pendidikan KEADILAN, Abbas Awang.
Beliau mengulas gambar di laman sosial yang memaparkan murid Sekolah Kebangsaan Long Jeeh Baram, Sarawak mengibarkan bendera BN ketika mahu menyambut dan memberi sokongan kepada calon BN Baram yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu.
“Ini jelas melanggar undang-undang demi kepentingan politik BN. Parti itu seolah-olah makin terdesak sehingga sanggup menggunakan murid untuk kempen politik.
“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku, mereka masih kecil. Jangan heret kanak-kanak dalam kancah politik,” katanya ketika dihubungi.

Ada Berani : Pengundi mahu Najib, Anwar debat manifesto PRU13

KUALA LUMPUR - Lebih daripada 60 peratus responden yang dipilih secara rawak oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdebat berhubung manifesto masing-masing menjelang hari mengundi 5 Mei ini.

Kajian membabitkan 1,407 responden ini bermula pada 3 April lalu dan berakhir pada 20 April iaitu pada hari penamaan calon.

Sebanyak 23 peratus daripada responden mengatakan debat mengenai manifesto kedua-dua pemimpin ini tidak perlu sementara 14 peratus lagi tidak pasti mengenainya.

Hasil kajian yang dilakukan oleh Umcedel menunjukkan pengundi Cina lebih cenderung kepada manifesto yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat (PR) pada Februari lalu.

"(Sebanyak) 77 peratus pengundi Cina yakin janji PR menurunkan harga minyak," kata Pengarah Umcedel, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman pada sidang media hari ini.

Antara manifesto popular PR yang ditanya kepada masyarakat termasuklah janji menurunkan caj air dan elektrik (64 peratus), menghapuskan tol (60 peratus),  menurunkan harga kereta (61 peratus) dan pendidikan percuma (63 peratus).

Sementara manifesto BN yang turut ditanyakan ialah menaikkan Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada RM1,200 (52 peratus), janji program transformasi seperti Klinik Rakyat 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia (52 peratus) dan jani membina satu juta rumah mampu milik (51 peratus).

GE13: ‘Cili padi’ Po Kuan helps hubby campaign

SEGAMAT- DAP's candidate for the Jementah state seat Tan Chen Choon has his "hot" other half to thank for seeing him through the hectic campaign period.
Spouse and former Batu Gajah MP Fong Po Kuan, nicknamed the "cili padi MP", got on to the campaign trail in Jementah and spoke at Tan's ceramah.
She had barely sat down when she was approached by residents, many of whom wanted to chat.
‘Cili padi’ Po Kuan helps hubby campaignWhen it was her turn to speak, she brought parliament documents and the auditor-general's report to highlight the issue of extravagant expenditure by government agencies, such as over-priced binoculars.
She also cited the case of jogger Irene Ong, who died from stab wounds while trying to protect her daughter in Bukit Gasing as "an example of the National Key Results Area (NKRA), which does not translate to reality on the ground".
When PKR's Datuk Chua Jui Meng arrived, she stopped her speech, promising the 400-strong crowd that she would resume her speech after Chua's.
When met after the event, she played down her role in Jementah, and said the election campaign was kept going by committed volunteers.
"I am only complementing my husband. He is the one doing all the work together with the local helpers here," she said, adding that she will lend her support to campaigns throughout Johor, not just in Jementah.

PRU13: Pengundi mahu Anwar jadi PM – UMCEDEL

20080310anwar_ibrahimKUALA LUMPUR 25 APRIL: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih popular dan diterima rakyat sebagai Perdana Menteri (PM) selepas Pilihan Raya Umum ke-13.
Demikian menurut kaji selidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) ke atas 1,407 responden dari kalangan pengundi pelbagai latar belakang.
Menurut kajian tersebut, 49 peratus memilih Anwar sebagai PM berbanding Datuk Seri Najib Razak yang hanya mendapat 39 peratus, manakala 12 peratus lagi tidak pasti.
“Peningkatan populariti Anwar boleh dikatakan sebab pengaruh internet di kalangan anak muda.
“Seperti yang kita tahu, Pakatan Rakyat menggunakan sepenuhnya medium tersebut kerana tidak mendapat liputan yang baik dari media arus perdana,” kata Pengarah UMCEDEL, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.
“Jelajah Merdeka Rakyat dan kempen bergerak juga membantu peningkatan populariti Anwar,” katanya lagi.
Kajian itu dibuat bermula sejak hari pembubaran Parlimen 3 April 2013 sehingga 20 April lalu.
Selain itu, Anwar turut mengatasi Najib dari segi pemimpin yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan Islam dengan mendapat 47 peratus berbanding Najib 38 peratus, selebihnya tidak pasti.
Kecenderungan kedua-dua pemimpin itu turut dinilai melalui kewibawaan mereka membuat keputusan tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.
Hasilnya, 40 peratus bersetuju Anwar lebih berwibawa berbanding Najib, yang haya memperoleh 35 peratus.
Turut disentuh, kajian mengenai perdebatan Anwar dan Najib yang menunjukkan 63 peratus menuntut debat tersebut dijalankan, dan hanya 10 peratus tidak mahu, manakala 19 peratus tidak pasti.

PRU13: Rasionaliti-irasionaliti politik negara

Oleh Ismail Hashim Yahaya
Hasil penelitian dan pemerhatian sepanjang sebelum dua minggu berlangsungnya pengundian pada 5 Mei ini menunjukkan dua kecenderungan umum dalam penyaluran aspirasi politik rakyat.

Pertama, suara gabungan parti pembangkang di bawah payung Pakatan Rakyat (PR) yang dianggap dapat membawa angin segar perubahan. Kedua, suara kepada parti-parti yang bernaung di bawah Barisan Nasional (BN) dianggap lebih berpengalaman dalam pemerintahan. Dua kecenderungan aspirasi politik ini menunjukkan dua kecenderungan “rasionaliti politik” yang berada di dalam masyarakat politik rakyat, sebagai landasan dalam melakukan berbagai tindakan dan pilihan politik yang rasional, khususnya dalam konteks memilih pemimpin rakyat.
Dua rasionaliti itu menciptakan pula dua ruang “interpretasi politik” (political interpretation) di mana masyarakat politik memberikan interpretasi rasional tentang ideal dan tujuan politik (melalui manifesto), hasil yang hendak dicapai, tindakan yang harus dilakukan, sarana yang diperlukan dalam prosesnya, serta institusi dan aktor-aktor politik yang dianggap berdaya saing dalam mencapainya.
Pertama, interpretasi dalam rasionaliti politik berdasarkan pada pemikiran praktikal bahawa tujuan pergantian kepemimpinan adalah untuk mencapai suatu keadaan pragmatik dalam mewujudkan kesejahteraan, kebahagiaan dan kemakmuran umum kerana parti-parti pemerintah tidak melakukan contohnya penghapusan rasuah dengan secukupnya, menafikan ketelusan dalam pemberian projek, mengabaikan suara dan swadaya masyarakat madani, menafikan hak bersuara dan kebebasan media umpamanya.

PRU13: Derita Rakyat Kubang Pasu. Kedah.

PRU13: My Kampung ' Power '

PRU13: Sila Sokong Calon KeAdilan Untuk Dun N8 Machap, Ginie Lim

Survey: BN, Pakatan in 'neck and neck race' to May 5

PRU13: ABCD, Asal Bukan Calon Dacing

GE13: 28,593 foreigners found in electoral roll, mostly in Sabah & Selangor

GE13: 43% back Anwar as PM, 39% for Najib

PRU13: Masuk PAS demi masa depan anak cucu - Abu Bakar Omar

PRU13: Pengundi Dun Teratai Sudah Buat Pilihan

PRU13: Bom meletup di program BN bukan untuk mencederakan..??

Ex-wanita Umno's Kamilia : Apologizes and forgives

Ex-wanita Umno's Kamilia: Why vote for me

Ex-wanita Umno's Kamilia: Picking her battles

PRU13: PAS Titiwangsa adu salah laku PRU13 ke SPR

Bersih: Increasing political violence major concern

Anwar Mahu Polis Tegas Tangani Serangan Ke atas BN - BULETIN 13

PRU13: Mengapa NC Pertahanan pilih PAS?

EP10《 Pendidikan Pengundi - Voter's Education 》- For Postal Voters/Untuk Pengundi Pos

EP09《 Pendidikan Pengundi - Voter's Education 》- The flawed Electoral System/Sistem yang "Sesat"?

Janice: Hati Dan Roh Saya Bersama Pakatan Rakyat Bhg 2

Janice: Hati Dan Roh Saya Bersama Pakatan Rakyat Bhg 1

GE13: Don't vote for Zul Noordin, says MIC veep

Letupan: PAS beri 48jam Teng minta maaf

'Operasi Penghapusan Etnik': JANGAN SEMBELIH BUMIPUTERA SABAH!

GE13: Instigated violence, vote buying, foreign voters - Anwar

PRU13: Najib tidak faham maksud ‘Ubah’

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT
LOGIK pemimpin BN mudah. Disebabkan kerajaan BN membina sesuatu infrastruktur, justeru, ia prihatin dan peka terhadap aspirasi rakyat. Maka tak hairanlah ayat bertema sedemikian sudah menjadi umpan klasik Umno-BN menjelang pilihan raya umum atau pada bila-bila masa.


Dan kepada minda pemimpin BN, disebabkan kerajaan parti mereka telah berlaku baik kepada rakyat, maka rakyat tak perlu memilih parti lain untuk menggantikan BN sebagai kerajaan. ‘Dulu, kini dan selamanya’ (meminjam tagline Umno yang disadur dari sebuah iklan air berkarbonat suatu ketika dulu), BN semacam sudah tidak ada modal lain. Benar terdapat ayat lain lebih baru. Antaranya; 1Malaysia, Janji Ditepati, Rakyat Didahulukan. Namun semua ini hanyalah susunan kata-kata sedap didengar tetapi tidak membawa sebarang makna sama sekali kepada rakyat Malaysia.
Mungkin ketiadaan makna jitu inilah menyebabkan pemimpin BN dalam pra-kempen mereka telah mengulangi semula umpan klasik yang dikatakan itu.
Tanggal 14 April lalu, Najib Tun Razak mengulanginya semula. Mengambil peluang menerusi majlis rasmi kerajaan dan atas kapasiti sebagai PM (bukannya Pengerusi BN) tatkala merasmikan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan Kuala Lumpur, beliau berkata kerajaan sedia ada telah terbukti dapat menunaikan segala aspirasi rakyat dan untuk itu rakyat perlu berfikir secara rasional dan bertanya kepada diri sendiri bagi menentukan nasib mereka dan negara pada PRU13 pada 5 Mei ini.
Tidaklah perlu kita mengulas darjah kerasionalan Najib yang secara tidak langsung menghukum rakyat yang tidak menyokong BN tetapi sebaliknya bakal memberikan undi kepada PAS, DAP dan KeADILan sebagai tidak berfikiran rasional kerana hal ini terkeluar daripada skop perbincangan tulisan ini.
Untuk itu, Najib berkata: “Ada pihak tertarik dengan perkataan ‘ubah’, seolah-olah apa yang penting adalah untuk mengubah daripada apa yang mereka ada pada hari ini, tetapi sebaliknya yang penting bukanlah yang mengubah sedia ada pada hari ini tetapi keberhasilannya.”

GE13: Sabah DAP lodges report on vote buying

The BN campaign is reportedly facing difficulty convincing voters in Tawau and is throwing money at them in a bid to avert an opposition victory. 

TAWAU: The Election Commission (EC) has been accused of turning a blind eye on “obvious vote buying” in the Tawau parliamentary constituency despite reports and complaints .
Opposition candidates are outraged that such openly corrupt practices are tolerated by the EC.
Sri Tanjung’s DAP candidate Chan Foong Hing has lodged a complaint against Barisan Nasional’s handing out of “election goodies” in Tawau.
“It is bribing the people obviously and Election Commission has to investigate this matter as well as take action against those responsible, such as disqualifying the candidates,” he said.
Chan claimed that even some of the DAP members received the election handouts.
He said, though, the “goodies” do not bear any party or coalition logo, it can still be construed as a violation of the election laws regarding inducements for votes.
He said he had uploaded some pictures provided by informers on his Facebook page as proof.
“The photo shows a vehicle with BN flag distributing election goodies especially to voters who live at Sin Onn area, where the opposition stronghold is.

PRU13: SPR dipantau kumpulan pendesak profesional

Berikut pandangan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengenai tanggungjawab SPR bagi memastikan perjalanan PRU13 yang adil dan saksama. Ikuti butiran lanjut bersama wartawan ARIF ATAN.

WARTAWAN: Perkara paling utama yang patut dilaksanakan oleh SPR menjelang 5 Mei ini...
SALAHUDDIN AYUB: Daftar pemilih perlu benar-benar bersih sebelum lebih 13 juta pemilih keluar membuang undi. SPR kena memastikan senarai tersebut bersih daripada segala bentuk penipuan.
Ini termasuklah nama-nama yang telah meninggal dunia kerana kita bimbang akan terdedah kepada manipulasi untuk tujuan tertentu.
Kita tidak mahu SPR berat sebelah apabila ada rakyat sendiri yang layak mengundi dan telah berdaftar sebagai pemilih tetapi tiba-tiba tidak dapat mengundi di lokasi yang sepatutnya.
Begitu juga mereka yang tidak layak mengundi tetapi nama mereka ada dalam daftar pemilih pula sewajarnya sudah digugurkan daripada senarai.
Bagaimana dengan kemungkinan penyenaraian warga asing sebagai pemilih dalam daftar oleh SPR?
Hal inilah yang sudah lama kita perjuangkan. Sejak himpunan Bersih mula-mula lagi kita secara konsisten memperkatakan isu ini. Namun, terpulanglah kepada pengurusan SPR jika masih enggan mendengar suara hati rakyat.
Sepatutnya hal itu sudah dapat ditangani dengan pelbagai aplikasi teknologi maklumat hari ini. Jadi, kita menolak keras jika masih ada lagi warga asing yang jelas tidak layak mengundi tetapi sengaja dibiar dan diberi kad pengenalan untuk melayakkannya mengundi bagi kemenangan pihak-pihak tertentu.
Pembongkaran pengundi hantu telah diambil perhatian serius oleh SPR?
Pendedahan penyandang kerusi Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar misalnya bahawa masih terdapat lebih 4,000 pengundi diragui antara contoh terkini kekangan untuk kita menempuh pelaksanaan pilihanraya yang bersih.

PRU13: Kenapa risau untuk berubah?

Oleh H FANSURI
SEORANG teman pernah mengungkap ratap keluhannya tentang keadaan kecelaruan politik yang terpaksa ditempuhi hari ini. Pernyataan itu diungkap dalam catatannya di Facebook lebih kurang begini: “Barisan Nasional bukanlah pilihan, tetapi Pakatan Rakyat juga membimbangkan ...”

Keluhan seperti ini sebenarnya dikongsi rasa kebanyakan anak muda hari ini yang sudah muak dengan perilaku pemimpin BN, dan dalam masa sama, mereka tetap berwaspada ke atas kelemahan Pakatan. “Apa pilihan yang ada?” demikian antara deretan pertanyaan orang-orang dalam kumpulan ini. Tajribah eksperimen dalam menukar kerajaan adalah sesuatu yang amat mahal harganya bagi mereka barangkali.
Seolah-olah, jika ditakdirkan Pakatan memerintah, maka keadaan menjadi lebih buruk dan binasa teruk dibanding sebelumnya ketika di bawah BN. Sedangkan perbandingan antara BN dan Pakatan ini boleh dijelaskan dengan pernyataan: “Seburuk-buruk Pakatan adalah sebaik-baik BN.”
Kelompok ‘atas pagar’ ini mesti diberikan ruang dan peluang secukupnya untuk membuat penilaian secara bijaksana.
Kelompok ini perlulah dimesrakan selalu dengan pujuk rayu bahawa “menukar kerajaan bukanlah salah atau satu jenayah”.
Dan, hakikat ini (percubaan menukar kerajaan) sememangnya lumrah, dan sering berlaku di kebanyakan negara demokrasi.
Dan, ketakutan ini sedang diciptakan Umno-BN setiap hari. Yang terhidang dan siap tersaji sebagai santapan fikiran umat hari ini adalah “keburukan menukar kerajaan”.
Kita patut meluruskan semula garis-garis penyimpangan ini.

Keganasan: Hamidah Osman masuk senarai hitam BERSIH

 
BERSIH menyenaraikan calon BN untuk DUN Sungai Rapat Datuk Hamidah Osman sebagai salah seorang ahli politik yang meneruskan keganasan politik, apabila beliau didakwa menarik kolar baju calon PKR Gopeng Dr Lee Boon Chye.

Beliau juga didakwa merampas kamera seorang pekerja parti PKR dan menghempaskannya ke tanah dalam satu pergelutan di antara penyokong kedua-dua parti, yang berlaku pada malam 22 April di Taman Tasik Permai, Batu Gajah.

“Perbuatan ini tidak boleh dibiarkan, jadi kami menyenaraihitamkan Hamidah atas bentuk keganasan ke atas calon lawan," kata Irene Fernandez yang turut mengetuai jawatankuasa pemantau BERSIH Itu.

Laporan akhbar berbahasa Inggeris The Star bagaimanapun menangkis dakwaan berkenaan yang disifatkannnya sebagai "tidak munasabah".

Beliau sebaliknya menyalahkan Lee yang didakwanya menimbulkan provokasi ke atas penyokong BN apabila cuba membuka satu pusat operasi berhampiran pusat mereka.

PRU13: Anwar tuntut penjelasan SPR peti undi ‘meragukan’ dipindah ke Kajang

Anwar menunjukkan gambar yang memaparkan dua peti undi dibalut menggunakan polister dan dicop dengan logo SPR sebagai bukti. – Gambar Malaysian Insider
KUALA LUMPUR, 25 April — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu memberi penjelasan berhubung kenderaan badan pengendali berkenaan memindahkan peti undi meragukan ke Taman Perindustrian Sungai Chua di Kajang daripada ibu pejabatnya di Putrajaya, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Ketua Pembangkang itu menunjukkan kepada pemberita gambar yang memaparkan dua peti undi dibalut menggunakan polister dan dicop dengan logo SPR sebagai bukti mereka memindahkannya menggunakan Pajero di Jalan SC 2.
“Saya mahu penjelasan SPR. Apa permainan mereka?” soalnya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di sini.

PRU13: Jentera PKR ingkar arahan berhadapan tindakan tegas - Anwar

PETALING JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran untuk mengenakan tindakan tegas kepada mana-mana jentera parti itu yang melanggar arahan untuk bekerjasama dengan rakan komponen Pakatan Rakyat (PR).

"Sekiranya ada parti mendapati ada jentera parti yang tidak membantu pihak parti PR akan mengambil tindakan serius.

"..... kerana arahan parti adalah untuk membantu semua calon PR," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan media berhubung dakwaan yang mengatakan jentera PKR enggan membantu jentera Pas berkempen di Terengganu.

Menjelas lanjut dakwaan itu, Anwar berkata, kenyataan itu sekadar dakwaan pihak Umno.

PRU13: Pas tidak paksa DAP terima hudud,


Abdul Hadi Awang
SETIU - Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu tidak akan memaksa DAP, rakannya dalam pakatan pembangkang, untuk menerima pelaksanaan hukum hudud.
Semasa berceramah di Kampung Batu Rakit dekat sini malam tadi, Abdul Hadi memberi hujahnya berdasarkan sebaris ayat Al-Quran yang bermaksud 'tiada paksaan dalam agama'.
"Dalam perkara yang bersama, kita bersatu. Dalam perkara yang berbeza kita tidak berkelahi. Timbul masalah Pas melaksanakan hukum hudud, DAP tidak setuju tetapi tidak menentang.
"Ini suatu perbezaan yang kita kena faham. Kalau kita tidak boleh paksa dalam perkara agama, maka undang-undang lebih lagi tak boleh paksa. Ini dasar yang kita amalkan," katanya.

PRU13: Pas yakin hukum hudud jadi kenyataan jika PR menang

KOTA BHARU- Pas yakin pelaksanaan hukum hudud akan direalisasikan sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)  walaupun ditentang parti komponennya, DAP.

Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bagaimanapun menegaskan pelaksanaan hukuman itu bukan ditentu ‘orang politik’ sebaliknya persetujuan hakim yang akan memutuskan perjalanan hukuman itu.

Malah Nik Aziz turut mengulangi kenyataannya bahawa hudud hanya akan dilaksanakan untuk orang Islam dan masyarakat bukan Islam tidak perlu bimbang dengan perjalanan sistem itu.

“Hudud ini dalam agama Islam, sokong atau tidak ia adalah asam garam daripada al- Quran sendiri. Hudud kita laksanakan pada orang Islam sahaja dan ia akan dilulus oleh satu badan dipanggil kehakiman, bukan orang politik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan projek pembangunan bercampur Taman Iman Jaya, Wakaf Che Yeh di sini, semalam.

PRU13: PAS beri 48 jam untuk Teng minta maaf kerana mengaitkan PR dlm letupan di Nibong Tebal.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, dakwaan Teng itu merupakan satu fitnah jahat dan berbaur hasutan.
KUALA LUMPUR: PAS memberi  48 jam untuk Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Datuk Teng Chang Yeow meminta maaf kerana mengaitkan Pakatan Rakyat dengan insiden letupan bom di bilik gerakan BN Nibong Tebal kelmarin.
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, dakwaan Teng itu merupakan satu fitnah jahat dan berbaur hasutan yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang pemimpin tertinggi BN negeri.
“Fitnah yang dibuat Teng adalah jelas untuk memberi imej buruk kepada Pakatan Rakyat dan merupakan strategi publisiti murahan untuk meraih undi kepada BN,” katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.
Calon PAS Parlimen Pokok Sena itu juga berkata, pihaknya akan membuat laporan polis terhadap kenyataan Teng seperti yang disiarkan dalam laporan FMT semalam.
“Kami juga memberi masa 48 jam kepada Teng untuk menark balik tuduhan tersebut dan meminta maaf kepada Pakatan dan semua rakyat Malaysia.
“Sekiranya beliau ingkar, saya akan berbincang dengan kepimpinan Pakatan Rakyat lain untuk mengambil tindakan undang-undang di mahkamah,” tegas Mahfuz.

GE13: ‘Silent’ Umno support can hand Labuan to PKR

Federal Umno has not managed to completely quell the internal strive within Labuan Umno.

KOTA KINABALU: The silent support from members in a divided Labuan Umno could aid PKR candidate Ibrahim Menudin’s bid to wrest the Labuan parliamentary seat from Barisan Nasional.
But whether the numbers will be enough to compensate for his likely loss of support from Labuan PAS is left to be seen.
Labuan PAS was forced to ‘sacrifice’ the seat to PKR and this has not gone down well with the grassroots who had worked the ground for well over two years with the believe that the seat will be allocated to them.
But Labuan Umno too is facing its own internal strive over the party nomination of 48-year old Rozman Isli.
Rozman is the son of former senator Isli Siput who was responsible for bringing Umno into Labuan way back in 1999. Rozman is Isli’s eldest son.
Fielding Rozman, a newcomer who is Labuan Umno secretary, has not gone down well with certain veteran leaders and supporters of the division’s deputy chief Bashir Alias who was touted as a possible candidate days before nomination on April 20.
But intense and ‘allegedly’ underhand lobbying in Kuala Lumpur saw Rozman pip Bashir to the seat and earn himself additional enemies.
Said a source familiar with the situation in Labuan Umno: “The official stand is that Labuan Umno is backing Rozman’s candidacy. This is not true.”

PRU13: Ulama Pas, Umno berbeza....antara ISLAM dan KEMEWAHAN DUNIA..!!!

PASIR PUTEH - Pas tidak menafikan penglibatan ulama atau tokoh agama dalam Umno tapi peranan mereka berbeza dengan Pas yang menjadikan golongan itu sebagai ketua atau setidak-tidaknya sebagai penunjuk arah.
Mohd Amar Nik Abdullah Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Umno mula mengakui pentingnya ulama dalam parti politik selepas puluhan tahun berlawan dengan Pas.

“Hari ini Umno bercakap nak perkasakan Islam di Kelantan, kita dah lama bagitahu benda ni tapi baru sekarang mereka sedar dan memilih tokoh ulama sebagai calon untuk Pilihan Raya Umum Ke-13.

“Bezanya ialah dalam Pas ulama sebagai ketua atau penunjuk arah tapi dalam Umno, ulama penumpang di belakang yang tidak mempunyai apa-apa fungsi,” katanya ketika berceramah pada majlis pengumuman awal Manifesto Pas Kelantan di Padang MDPP di sini, malam kelmarin.

Turut hadir Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, calon Pas Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamed, calon Pas Dun Limbongan, Mohd Nazlan Mohd Hasbullah, calon Pas Dun Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim, calon
Pas Dun Gaal, Tuan Mazlan Tuan Mat dan calon Pas Dun Selising, Saipul Bahrin Mohamed.

ANWAR DROPS BOMBSHELL: EC vans diverted ballot boxes to secret hiding place

Opposition Leader Anwar Ibrahim dropped a bombshell on Thursday, exposing alleged attempts by the Election Commission to "divert" ballot boxes meant to be sent to its headquarters in Putrajaya to a secret hiding place in an industrial park in Kajang.
The 64-year-old Anwar demanded that the EC - which has frequently been accused of favoring Prime Minister Najib Razak's Umno party - explain the matter immediately.
ANWAR DROPS BOMBSHELL: EC vans diverted ballot boxes to secret hiding place "We believe these polyester big square bags, ballot boxes, meant for Putrajaya headquarters were stopped by EC Pajero and instructed to divert to Jalan SC2, Sungai Chua, Kajang. These are polyester big square bags diverted on 8 April 2013, why such a dubious manner, the EC has to immediately explain. These ballot boxes were covered as polyester big square bags meant for Election Commission headquarters were diverted midway at the toll to the industrial site Jalan SC2, Sungai Chua. These are questions that the EC must immediately explain," Anwar told a press conference on Thursday.
There is fear that among the possible electoral fraud that could be perpetrated during the May 5 general election are that boxes of pre-ticked ballot papers might be brought out to substitute actual ones in certain "hot seat" constituencies.
Malaysia's 13th general elections is widely expected to be the toughest and "dirtiest" in the nation's history.

GE13: ‘Majority of foreign voters in Sabah, Selangor’

In Peninsular Malaysia, Gombak, followed by Ampang, have the highest number of foreign voters, says Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR: The majority of the 28,593 foreign voters on the electoral roll are concentrated in hotly contested states Sabah and Selangor, Opposition Leader Anwar Ibrahim claimed today.
Citing a report by the Malaysian Electoral Roll Analysis Project (MERAP), Anwar told reporters at PKR’s headquarters here that in Selangor, Gombak had the highest number of foreign voters, followed by Ampang.
“Sabah alone has 15,907 registered foreign voters, the majority of whom are Filipinos and Indonesians. Selangor has the next highest number with 4,324 foreign voters.
“The majority of the foreign voters will be in Sabah, Selangor and Kuala Lumpur… in the peninsula, Gombak has the highest number, followed by Ampang,” said Anwar.
The candidates for the Gombak seat are the incumbent MP, PKR vice-president Mohd Azmin Ali, Barisan Nasional’s Rahman Ismail and Independent Said Nazar Abu Baker.
Ampang, meanwhile, will see a straight fight between PKR Wanita chief Zuraida Kamaruddin, who is the incumbent MP, and BN’s Rozaidah Talib.
But the parliamentary constituencies with the highest number of voters are in Sabah – Silam, Libaran, Kalabakan, Sipanggar, Putatan and Tawau, Anwar claimed.

PRU13: 'PM tiada hak tahan laporan hak tanah Suhakam'



Perdana menteri sementara Datuk Seri Najib Abdul Razak dituntut mengeluarkan laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung hak tanah Orang Asli di Malaysia.

NONEPenasihat DAP Lim Kit Siang (lihat gambar, tiga dari kanan) berkata, kerajaan sementara yang ditadbir Najib tiada hak untuk menahan penerbitan laporan sebegitu.

"Saya gesa Najib beri perhatian secara peribadi dan dalam tempoh 24 jam, nyatakan sama ada beliau tiada halangan untuk mengeluarkan laporan itu dengan segera," kata Lim kepada pemberita di Kota Kinabalu hari ini.

Laman web pembocor maklumat Sarawak Report minggu ini mendedahkan dokumen bocor yang memperincikan dapatan siasatan Suhakam terhadap hak tanah Orang Asli di Sabah, Sarawak dan semenanjung.

Laporan itu telah tersedia sebelum pembubaran Parlimen tetapi belum dikeluarkan, didakwa ekoran campur tangan politik.

Ia juga menjumpai laporan penyalahgunaan dan penipuan yang merugikan rakyat pribumi. Isu hak tanah sentiasa menjadi tajuk yang tidak kunjung selesai di pedalaman Sabah dan Sarawak.

PRU13: Bekas Naib Canselor pula sertai PAS

(Bekas Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ir. Ismail Bin Samion [dua dari kanan] mengumumkan penyertaannya ke dalam PAS)

KUALA LUMPUR: Seorang lagi tokoh masyarakat mengumumkan penyertaannya ke dalam PAS hari ini sebagai penyataan sokongan kepada Pakatan Rakyat menuju Putrajaya.

Leftenan Jeneral (B) Datuk Ir. Ismail bin Samion, adalah bekas Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional (UPNN) menyerahkan borang permohonannya kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Turut serta di majlis yang diadakan di Pusat Media PAS itu adalah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz ketika mengalu-alukan kemasukan Ismail, berkata lonjakan ini akan memberi ruang kepada mana-mana bekas tentera untuk tampil berani bersama-sama menyokong Pakatan Rakyat.


(Datuk Ismail menyerahkan borang kepada Datuk Mustafa hari ini)

"Bukan sahaja bekas tentera, malah anggota tentera yang masih berkhidmat pun perlu bersama-sama berani membuat perubahan. Sehubungan itu, saya menyeru yang lain, khususnya TUDM untuk menjejaki langkah Datuk Ismail ini," kata beliau kepada wartawan.

Mustafa pula menyifatkan kemasukan Ismail itu merupakan satu gambaran kesedaran yang menyeluruh di kalangan rakyat yang mahukan perubahan.

"Saya melihat kemasukan daripada kalangan bekas pegawai kerajaan, sama ada tentera ataupun sivil, ia satu gambaran kesedaran yang menyeluruh untuk membuat perubahan," kata beliau.

Beliau juga berharap dengan kemasukan Ismail ini akan memperkemaskan lagi jentera kempen Pakatan Rakyat, khususnya di Kedah.

PRU13: 90 daripada 100 pengundi Lumut sokong Pakatan

ImranLUMUT 25 APRIL: Calon KEADILAN Parlimen Lumut, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid berkata, seramai 90 daripada 100 pengundi yang ditemui menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum nanti.
Beliau berkata, hasil terbaru ini diperoleh selepas jentera KEADILAN menjalankan kempen bertemu penduduk setempat di beberapa lokasi tumpuan ramai.
“Alhamdulillah, respon yang diterima sangat memuaskan selepas kita bertemu pengundi dari rumah ke rumah, masuk ke kedai dan restoran. Namun gerak kerja masih perlu diteruskan sehingga hari pengundian,” ujar mantan Ketua Staf Logistik Markas Armada Tentera Laut itu kepada Keadilan Daily.
Tambahnya, ceramah kelompok pada setiap malam juga menunjukkan kehadiran yang memuaskan antara sekitar 100 sehingga 200 orang.
“Ceramah kelompok ini lebih penting kerana hadirin memang orang tempatan dan isu yang kita banyak tekankan pula berkisar masalah setempat,” katanya.

PRU13: Alamat tempat mengundi ditukar tanpa pengetahuan pengundi oleh SPR?

KUALA LUMPUR 25 APRIL: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua mendedahkan kes pertukaran alamat tempat mengundi tanpa pengetahuan pengundi.
Katanya, walaupun hanya tinggal 10 hari lagi untuk mengundi, SPR sebagai badan bertanggungjawab harus memberikan perhatian berhubung perkara tersebut.
“Masalah maklumat ditukar tanpa pengetahuan pengundi masih perlu diberi perhatian. Perkara ini mengganggu pengundi, juga turut mempengaruhi proses pilihan raya demokrasi.
“SPR perlu menyiasat kes-kes tersebut, bukan biarkan begitu sahaja. Terdapat banyak masalah maklumat pengundi ditukar tanpa pengetahuan pengundi sendiri, terutama kawasan mengundi ditukar dan didaftar menjadi pengundi pos.
“Masalah sebegini menyusahkan pengundi, sebab mereka mungkin tidak ada masa buat persediaan untuk mengundi pada hari mengundi,” kata Tian pada kenyataan, sambil menuntut penjelasan SPR berhubung isu ini.

Wanita Umno hilang dari belakang tabir dalam PRU13...UMNO sedang menuju kehancuran dan Wanita jadi mangsa politik pemimpin..!!!

Kamilia (kanan) berhadapan kesukaran untuk menerangkan punca beliau mengambil keputusan untuk bertanding sebagai calon bebas menentang partinya sendiri. - Gambar fail
KUALA LUMPUR, 25 April — Dalam setiap pilihan raya sejak sebelum Merdeka, Wanita Umno adalah tulang belakang jentera parti, merupakan wira belakang tabir yang memasak, ziarah pintu ke pintu dengan jaket merah Skuad Sayang dan melawat orang sakit dan miskin.
Mereka ini adalah pekerja parti yang bekerja diam-diam tanpa sebarang kontroversi, ini sebelum ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terpalit dengan dakwaan salah guna dana awam bersama keluarganya dan terbaru timbalan Datuk Kamilia Ibrahim dipecat parti selepas bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya 5 Mei depan.
“Walau apa pun peluang Kamilia (peluangnya tidak kelihatan baik buat saya), pergelutan yang berlaku menunjukkan berlaku kurang perundingan antara Wanita Umno dan orang dalam Umno yang membuat keputusan,” kata pengkaji Flinders University, Dahlia Martin kepada The Malaysian Insider.
“Terdapat janji kosong dengan cadangan lebih banyak wanita dalam politik, tetapi tiada langkah yang berani diambil. Ia menggambarkan seperti apa yang saya tulis dahulu (sebelum ini), wanita boleh didekati sebagai pengundi tetapi tidak boleh membuat kata putus.  Kuota perlu dibesarkan, Wanita PBB memberikan sokongan,” tambahnya.

PRU13: Samseng UMNO ganggu ceramah DAP, jurugambar ditumbuk




 Seorang jurugambar sebuah akhbar berbahasa Cina ditumbuk di telinga ketika satu pergelutan tercetus antara sekumpulan lelaki yang memakai baju-T 1Malaysia dengan penyokong DAP di Pulau Pinang malam tadi.

photographer hit by 1malaysia motocyclist 240413 reporter hitKejadian itu berlaku pada kira-kira jam  9.30 malam apabila kira-kira 50 lelaki bermotosikal dengan memakai baju-T biru 1Malaysia didakwa cuba mengganggu ceramah yang diadakan oleh DAP di pusat gerakan PAS di Bukit Gelugor malam tadi.

Kumpulan lelaki tersebut dilihat membawa bendera BN dan UMNO apabila mereka tiba di tempat tersebut.

Mereka mula mengeboo dengan kuat orang ramai yang hadir dan cuba memasuki kawasan ceramah itu tetapi dihalang oleh penyokong DAP.

Perbalahan kecil berlaku antara mereka dan ketika itu berlaku, jurugambar Sin Kam Weng dari akhbar China Press ditumbuk di telinganya.

PRU13: Kedatangan Anwar tarik lebih 20,000 orang di Segamat..Najib terus goyang..!!!


Kedatangan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Segamat untuk membantu kempen calon parti itu, Datuk Chua Jui Meng malam tadi telah menarik lebih 20,000 orang - perhimpunan politik terbesar pernah disaksikan di bandar itu sejak kebelakangan ini.

NONEAnwar (kiri) mengakui Chua telah bekerja keras di Gelang Patah
selama bertahun-tahun atas arahan PKR tetapi telah diminta memberi laluan selepas pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berhajat untuk menerajui "serangan" di Pakatan di Johor.

Sambil memuji kepimpinan Chua yang bersedia mematuhi keputusan yang sukar itu dan bersetuju untuk bertanding di Segamat, Anwar menyeru penduduk di situ supaya menyokong bekas menteri berkenaan.

Segamat, katanya, telah menjadi sebuah kawasan pilihan raya yang sangat penting, selain daripada Gelang Patah.

"Kita mahu menang," tegas Anwar dalam ceramahnya di Kampung Abdullah di tengah-tengah bandar Segamat.

Orang ramai yang menyambut ketibaan Anwar seperti seorang bintang rock, teruja dengan jenaka dan kata-kata sindiran beliau terhadap kerajaan BN.

Sementara itu seorang penduduk, Sudirman Suramat, 64, berkata ia merupakan perhipunan terbesar pernah disaksikannya sejak lebih 60 tahun tinggal di Segamat.