Rabu, 24 April 2013

GE13: BN buying votes with rice, noodles, eggs?

Sabah opposition SAPP is hoping that Tawau voters will not bow to pressure such as their license being revoked and welfare stopped if they voted for the opposition.
TAWAU: There are no festivities around the corner to explain the windfall for some residents living in Sri Tanjung here.
Opposition Sabah Progressive Peoples Party (SAPP) claims it has received complaints from those who were not included in the special handout by a group of unknown individuals going around giving RM50, rice, instant noodles and eggs to residents in Sri Tanjung constituency.
Tawau incumbent MP Chua Soon Bui said the “special aid” came to light when some of those living in the area complained they had not been given the government handout which they claimed were 1Malaysia aid.
Chua said she was not aware of any extra 1Malaysia aid being given out, part of a nationwide cash dispensing machine for those earning below RM3,000.
“I am told that the cash and goods have been distributed at Taman Tawau Garden, Taman Wira, Taman Hua Li and Taman Da Hua 4 so far.
“I want those responsible for the distribution to clarify whether it is for everyone or just the Chinese community as some did not receive it,” she said.
Chua said if the contribution was from Barisan Nasional, then everyone should receive it and not just a selected section of the community.
“At the moment, we have no way to clarify whether it is for everyone or the poor or senior citizens. I hope those responsible will come forward and clear the air as people are asking where to get the aid. It is even already in Facebook,” she said.
People should not be given unequal treatment, se added.
Chua also claimed that she had received reports that there was also a group going around giving a few hundred ringgit and taking people’s MyKads.
“The MyKads will be given back after the polling day. What is the purpose of this?
“I advise the people not to give their MyKads and, if I find out who is doing this, I will personally make a police report as it is against the law to be in possession of someone else’s MyKad,” she said.
Chua said registered voters should be very careful as their MyKads could be used to borrow money from loan sharks and sold to others.
Chua also hoped that voters would not bow to pressure from these groups who threatened to stop the welfare aid if they voted for the opposition.

PRU13: Pengundi Shah Alam akan memilih di antara epal dengan bacang

Shah Alam dan Pasir Mas adalah dua kawasan yang pada hakikatnya pertandingan di antara Perkasa dan PAS. Perkasa diwakili oleh Ibrahim Ali di Pasir Mas dan Zulkifli Nordin di Shah Alam. Kedua-dua calon Perkasa ini merupakan orang yang paling ‘controversial’ dan ramai yang tertanya-tanya apa sudah jadi kepada UMNO sekarang ini.
Sekali fikir pula tidak boleh disalahkan juga UMNO kenapa mereka meletakkan dua orang yang begitu ‘famous’ dengan sifat lancang mulut yang tidak tahu batasan bangsa dan agama dalam mengendalikan politik mereka. Kedua-dua calon ini mengambil kesempatan di atas kelemahan UMNO untuk menyelitkan nama mereka sebagai calon yang tersenarai di dalam calon BN. Tetapi yang anehnya UMNO Kelantan tidak tahu yang Ibrahim Ali akan menjadi calon bagi mewakili UMNO melalui Perkasa.

PRU13: PR boleh jadi kerajaan lebih baik dari BN - Mat Taib

PUTRAJAYA - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang menyertai Pas kelmarin berkata, sokongan yang diberikan ke atas parti itu adalah untuk memberi peluang kepada Pakatan Rakyat (PR) memerintah negara ini.
Sehubungan itu kata beliau, PR boleh menjadi kerajaan lebih baik berbanding kerajaan Barisan Nasional (BN) di mana rakyat telah memberi mandat sejak negara merdeka.
Mat Taib: PR boleh jadi kerajaan lebih baik"... saya nak sokong Pas untuk sama-sama bantu, PKR dan DAP tubuhkan kerajaan di Putarajaya menggantikan Umno-BN.
"Biar PR pula ambil alih kerajaan di Malaysia kerana saya tahu mereka boleh lakukan yang lebih baik daripada Umno yang memerintah hampir setengah abad tapi masih ada masalah kemiskinan," kata beliau.
Beliau yang turut dikenali sebagai Mat Taib berkata demikian ketika berceramah membantu Datuk Husam Musa di Persint 9, Putrajaya malam tadi.
Husam, Naib Presiden Pas, mencabar penyandang kerusi Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

PRU13: Mengapa rakyat berubah sokong Pakatan?

Oleh ABU FIRDAUS
Secara imbas, peningkatan sokongan orang ramai terhadap Pakatan Rakyat adalah kerana perubahan generasi yang baru sedang menolak BN.

Tetapi di sudut lain, apa yang menyebabkan perubahan ini ialah teknologi dan berlalunya ancaman komunis ekoran kejatuhan Kesatuan Soviet.
Dari segi teknologi, adanya kaset pada tahun 80-an, laman web pada tahun 90-an, blog pada tahun 2000-an dan laman sosial pada tahun 2010-an menjadikan usaha menguasai minda rakyat oleh BN semakin kurang berhasil.
Sementara berakhirnya ancaman komunis membuatkan sebarang langkah pengawalan maklumat dan penguasaan kegiatan atas nama keselamatan sudah tidak boleh diterima.
Ini bermakna kejayaan Perikatan-BN selama ini adalah kerana penguasaan maklumat dan kegiatan rakyat. Justeru, rakyat tidak memperoleh aliran pemikiran berbeza sehinggakan mereka menerima apa saja yang diberitahu.
Maka dalam hal ini kemenangan Perikatan-BN selama 13 pilihan raya termasuk yang diadakan pada tahun 1955 adalah atas ketidakdilan.
Masakan tidak, dari awal lagi parti-parti yang menentang Umno ditekan dan dinafikan hak yang sama. Pemimpin Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) umpamanya, ditahan secara ramai, dan sudah tentu kekosongan politik diisi cepat oleh Umno.

PRU13: Najib tahu akan kalah PRU punca RM7 bilion wang 1MDB dipindah

Najib
KUALA LUMPUR 24 APRIL: Pemindahan RM7 bilion duit rakyat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kerana menjangkakan BN akan kalah pada pilihan raya umum nanti, kata Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail.
Beliau yakin duit 1MDB yang dipindahkan ke ke akaun sulit di pusat kewangan pesisir pantai itu lebih daripada laporan yang dipetik daripada akhbar mingguan ekonomi.
“Tidak ada sebab lain kenapa duit 1MDB itu dipindahkan keluar. Apa yang jelas, pemindahan tersebut hanya untuk menyembunyikan daripada rakyat. Kita percaya Najib sudah tahu beliau akan kalah. Sebelum terlambat, lebih baik duit itu dipindahkan dahulu.
“Saya juga tak terkejut dengan angka ini, tapi yakin wang yang dipindahan itu lebih tinggi dari jumlah berkenaan kerana berdasarkan laporan Global Financial Integrity (GFI) terkini, angka sebenar (aliran wang haram) dalam lingkungan RM150 bilion,” kata Azan kepada Keadilan Daily.
Semalam, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan, badan pelaburan milik rakyat yang dikawal penuh Najib, 1MDB, memindahkan RM7 bilion dana ke akaun sulit di pusat kewangan pesisir pantai, Pulau Cayman, United Kingdom seperti dilaporkan akhbar The Edge.
Kata Azan, timbul persoalan kenapa akaun sulit pusat kewangan pesisir pantai hanya digunakan bagi urusniaga yang dirahsiakan kerana ia dilindungi undang-undang walaupun berunsur jenayah atau rasuah.

PRU13: Jelajah GM13 misi ‘Selamat Tinggal Najib Razak’


KUALA LUMPUR: Gerakan Mahasiswa Pilihanraya Umum ke-13 (GM13) mengorak langkah mara untuk terus merealisasikan objektif utama bagi menumbangkan Barisan Nasional dalam Pilihan raya Umum ke-13 ini.
Pengerusinya, Syis Abdul Kadir berlata, GM13 sekali lagi melancarkan roadshow ke beberapa kawasan tumpuan bagi menumpukan tenaga mahasiswa bagi menyumbang kepada kemenangan Pakatan Rakyat.

Bagi mahasiswa, ujarnya terlibat secara langsung dalam pilihanraya kali ini adalah penting bagi menyediakan generasi muda yang juga bakal menjadi generasi pelapis bagi kepimpinan negara akan datang.

Menurutnya, sejak sebelum hari penamaan yang lalu, GM13 telah secara aktif terlibat bagi memberikan penerangan kepada rakyat mengenai isu-isu yang berlaku khususnya isu yang berlaku kepada mahasiswa dan anak muda secara umum.

“GM13 turun ke Parlimen Pekan pada hari penamaan yang lalu telah memperlihatkan situasi sebenar di Pekan sememangnya telah menggusarkan kerusi Najib Razak sendiri,” katanya.

PRU13: PR perintah, pertukaran guru mesra keluarga - Husam


PUTRAJAYA: Calon PAS bagi Parlimen Putrajaya Datuk Husam Musa berkata, sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini, sistem pertukaran guru akan diubah ke arah lebih 'mesra keluarga'.

Bercakap pada sidang media di sini hari ini, Husam yang juga Naib Presiden PAS itu berkata, pada waktu ini ramai guru-guru terpisah jauh dari anak isteri masing-masing ekoran sistem pertukaran guru yang tidak berpandukan kepada konsep yang betul.

"Ada pasangan guru dipisahkan, suami di Johor, isteri di Perlis, isteri di Selangor suami di Sarawak. Apa perasaan mereka? Siapa yang akan bertanggungjawab menguruskan anak-anak yang masih kecil?

PRU13: Kempen panas, PAS saingi kempen 'agresif' Mukhriz

poster war mukhriz in ayer hitam kedah
Kempen pilihan raya umum ke-13 memasuki hari kelima semakin rancak dan bahang kerusi 'panas' DUN Ayer Hitam, Jerlun yang diwakili Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, semakin dirasai.

Darjahnya dilihat meningkat apabila pemasangan bendera merentangi jalan, penyebaran risalah, menampal poster Mukhriz dan calon BN lain serta menggantung kain rentang memenuhi jalan di kawasan DUN dan parlimen itu.

Berbanding sebelum penamaan calon, tinjauan Malaysiakini setakat semalam mendapati hampir keseluruhan jalan memasuki Ayer Hitam - dari jalan Alor Setar-Simpang Empat-Kangar - poster war in ayer hitam kedah mukhrizdipenuhi poster, bendera serta banting wajah Mukhriz berbanding calon PAS Abdul Ghani Ahmad.

Boleh dikatakan hampir tiada pokok yang terlepas daripada bahan kempen BN dan seorang petugas PAS Majlis Tindakan DUN (MTD) yang ditemui semalam bagaimanapun berkata ia tidak melemahkan semangat jentera yang dididik dengan kesabaran dan semangat jihad.

Malah, katanya, poster war in ayer hitamrakyat setempat sedar kemampuan BN menyediakan bahan kempen 'agresif' seperti itu berbanding mereka bergerak seadanya tetapi dengan semangat perjuangan yang tinggi tanpa balasan.

Kempen agresif BN turut diterjemahkan dengan 'mengangkut' orang ramai ke majlis perasmian peletakan batu asas cadangan pusat sukan dalam parlimen Jerlun oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi semalam (Selasa).

Beberapa buah bas disediakan untuk tujuan itu termasuk berbondong-bondong pemuda berkonvoi motosikal ke tapak projek tersebut sambil memakai baju dan mengibarkan poster war ayer hitam pasbendera BN. Kira-kira 2,000 yang hadir pada majlis itu.

Manakala, risalah wajah pemimpin Pakatan Rakyat yang menganggotai "Kabinet Rakyat 2013" dan buku kecil setebal 108 muka surat bertajuk "Mengapa kami tinggalkan Anwar" mengenai bekas sahabat dan pemimpin PKR yang meninggal ketua umumm PKR itu, turut ditemui dan dibaca oleh hadirin dalam majlis itu.

Tidak cukup dengan itu, pejabat Umno Jerlun, turut meletakkan satu risalah mengenai lima sebab utama pengundi perlu menyokong BN dan menolak Pakatan Rakyat.

PRU13: Kereta aktivis KEADILAN Semenyih terbakar dipercayai angkara sabotaj

SEMENYIH 24 APRIL: Kereta Wan Zahari Majid, Ketua Biro Publisiti KEADILAN Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, hangus terbakar dipercayai akibat sabotaj pihak tertentu semasa hari penamaan calon 20 April lalu.
Kereta Volvo 740 GLE miliknya itu diletakkan di belakang Bilik Gerakan Utama Pakatan Rakyat pekan Semenyih kira-kira jam 8.30 pagi tersebut sebelum beliau mengiringi calon Pakatan Rakyat di SJK (C) Yu Hwa, Kajang.
“Lebih kurang jam 10.30 pagi, (saya) terima panggilan dari pemilik bangunan, Encik Gan menyatakan kereta terbakar. Selepas daripada itu (saya) bergegas balik dan didapati kereta sudah hangus,” katanya kepada Keadilan Daily.
Sepasukan bomba dari Balai Bomba Bangi datang untuk memadamkan api. Namun, bahagian hadapan kereta yang terbakar rosak teruk dan tidak boleh digunakan lagi.
Justeru, satu laporan polis dibuat di IPD Semenyih sejurus selepas kejadian, kira-kira jam 11.47 pagi.
“Di masa kejadian, bilik gerakan itu tidak berpenghuni kerana kesemuanya mengikuti proses penamaan calon,” kata Wan Zahari dalam kenyataan.
“Ada saksi yang menyatakan ini angkara perbuatan samseng-samseng Umno,” kata Wan Zahari berdasarkan laporan diterimanya mengenai sabotaj terhadap kain-kain rentang Pakatan Rakyat di kawasan mereka sebelum ini.

Peringatan kepada rakyat Malaysia: Wabak politik wang

Oleh Abdul Hadi Awang
Allah SWT mengesahkan tentang betapa buruknya perangai kaum Bani Israel berpolitik sebagai pengajaran kepada seluruh manusia, khususnya umat Islam. Firman Allah :
Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: “Bahawasanya Allah telah melantik Tholut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: “Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami, sedang Kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?”

Nabi mereka berkata: “Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Tholut) menjadi pemerintah kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan”. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (RahmatNya dan PengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya. Kisah ini benar-benar berlaku di zaman dahulu, apabila bangsa Yahudi terhina dengan sehina-hinanya lantaran mereka meninggalkan kitab Taurat, sehingga mereka ditakluk oleh bangsa lain. Setelah beberapa generasi mereka hidup hina merempat, maka Allah mengutuskan seorang nabi mendidik mereka semula dengan kitab Allah. Akhirnya mereka sedar dan insaf, serta bersedia untuk berjuang, menegakkan negaranya semula.

Wan Azizah: 'Rakyat dalam mood nak ubah kerajaan pusat'


Wan Azizah Wan Ismail
Dr Wan Azizah (dua, kanan) bersama Khalid beramah mesra dengan pengundi Bandar Tun Razak di Pasar Pagi Jalan Jujur.
 
KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) yakin memperoleh mandat yang lebih besar pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sekali gus menawan Putrajaya.

Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pihaknya bukan sahaja yakin kekal di Selangor, malah boleh memenangi beberapa negeri lain.

"Kita ada keupayaan untuk lakukan perubahan. Insya-ALLAH boleh kerana rakyat berada dalam mood itu (ubah). Ini kalilah," kata beliau ketika ditemui pada program 'walkabout' bersama calon PKR Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ketika ditanya mengenai potensi dan peluang calon PKR menang dalam pilihan raya kali ini terutamanya di Bandar Tun Razak, Dr Wan Azizah memberitahu, keyakinan itu tinggi berikutan mendapat maklum balas yang baik daripada pengundi.

"Saya rasa kita mendapat sokongan yang lebih baik, kerana maklum balas yang diterima positif," katanya.

Di peringkat Parlimen, PKR bertanding di 99 kerusi manakala 73 Pas dan 51 kerusi DAP.

Di peringkat Dun, Pas mendahului dengan 236 kerusi, PKR 172 dan 102 DAP.

PRU13: Kempen BN makin teruk, tak beretika

Umno-BN kini semakin tersepit. Kajian dilakukan pelbagai pihak mendapati sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat semakin meningkat. Kini Umno-BN memaparkan gaya kempen paling teruk, menyebarkan pelbagai fitnah termasuk video lucah yang dikaitkan dengan pemimpin Pakatan. Ikuti temubual wartawan kanan AZIZ MUDA bersama Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan pada 14 April lalu.

WARTAWAN: Nampaknya gaya kempen BN kini semakin teruk...
USTAZ NASRUDIN HASSAN: Memang kempen Umno-BN makin teruk. Apa mereka lakukan itu memang telah mereka lakukan sebelum ini. Malah dengan gaya kempen yang teruk itulah menyebabkan mereka semakin ditolak oleh rakyat.
Kalau dilihat tahun 2008, itulah sebenarnya yang menjadi faktor berlakunya tsunami politik sehingga Pakatan Rakyat menang di beberapa buah negeri yang turut menyebabkan Umno- BN hilang majoriti suara 2/3 di Parlimen.
Mereka serang Pakatan Rakyat menerusi media yang mereka kuasai secara keterlaluan. Modus operandi mereka memfokuskan kepada skandal seks. Ini menyebabkan rakyat menjadi cuak. Skandal-skandal seks yang dikaitkan dengan pemimpin Pakatan itu ditunjukkan dalam tv, diulang setiap hari, sehingga akhirnya menikam BN sendiri.
Tapi kini perkara serupa turut berlaku...
Dulu setelah BN kalah di beberapa buah negeri, mereka sedar buat seketika. Mereka sendiri buat post mortem, didapati punca kekalahan itu kerana menggunakan media secara keterlaluan.
Ini telah membawa kepada perletakan jawatan Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) sebagai Perdana Menteri. Untuk melakukan perubahan, BN mengurangkan sedikit penayangan perkara seperti itu di tv, manakala pemimpin pembangkang juga turut dibenarkan muncul di tv, tetapi selepas itu mereka kembali lupa diri.
Kini, BN kembali angkuh dan trend lama digunakan kembali oleh mereka menerusi media yang dikuasai secara keterlaluan.
Mereka dedahkan aib para pemimpin pembangkang. Pada hal bagi masyarakat Melayu, tindakan BN itu tidak boleh diterima sama sekali kerana masyarakat Melayu tetap kental dengan adab dan tatasusila.
Dokongan anak muda terhadap Pakatan macam mana?

ROSMAH AGAIN! Najib under fire after wife fails to pay 2 AES traffic summonses

 Rosmah Mansor, the controversial wife of embattled Prime Minister Najib Razak, has been caught red-handed! According to data from the Road Transport Department, the self-styled First Lady of Malaysia has not paid two traffic summonses issued under her husband's unpopular Automated Enforcement System. ROSMAH AGAIN! Najib under fire after wife fails to pay 2 AES traffic summonses"Lo and behold, we have been lucky. Her name popped out when we did our checks! It is a clear double standard when the wife of the PM doesn't pay the AES summonses. If the PM is so serious and confident that such a system is so good for road safety and for the public, he must ensure that every single one of the people closest to him must abide by AES," PKR strategy director Rafizi Ramli told a press conference on Wednesday.
Deliberately left in limbo until GE13 is over?
The Najib administration had rolled out the privatized RM700 million AES project last September amid heavy criticism. Both the Opposition as well as the general public had accused him of corruption in the less-than-transparent deal with the two companies contracted to install and run the speed-trap camera system - Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd.
However, despite the public outcry, Najib refused to budge. He has remained silent, with critics accusing him of deliberately leaving in limbo the highly unpopular project until after the general election and using conflicting statements from the Attorney-General's Chambers and the Transport Ministry to further confuse the people.
The AGC had in December said it would freeze prosecution of all unpaid AES summonses, while a few days later Transport Minister Kong Cho Ha made it clear the police will continue operating the controversial AES speed trap cameras. Since then, there has been no word from the Najib administration on whether the project would stay or be dropped.
"We (the Pakatan Rakyat Opposition) made it very clear AES will be abolished and so will the summonses issued so far. AES will be a remain a pertinent and major factor in the elections and BN should not remain silent. The implementation has been suspended because there are some outstanding issues. It is quite clear they (BN) are non committal and they are completely silent. That means it is going to be business as usual when they get to power," said Rafizi.
It's all about double standards and CORRUPTION
The AES system began in September 2012 with a pilot phase of 14 cameras, with the RTD pledging to roll out a total of 831 cameras by end-2013 to catch speeding motorists, which it claimed would help prevent more road deaths.
Critics, however, say the system is too error prone, with no avenue for victims to protest, the fines too heavy and the project rushed through so as to benefit the two firms Beta Tegap and ATES.
To back his claims, Rafizi handed out printouts from the Election Commission showing Rosmah's details, such as her identity card number, and from the Road Transport Department, a summary of the summonses issued to one Rosmah Binti Mansor which carried the same I.C. number as in the EC's printout.

PRU13: Pengundi Melaka tolak politik perkauman Umno BN – Ginnie Lim

_MG_6134MELAKA Peningkatan sokongan kepada Pakatan Rakyat menunjukkan pengundi Melaka kian matang dalam politik dan tidak lagi terbelenggu dengan taktik lapuk Umno BN, kata Ginie Lim.
Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap itu berkata, pengundi kini mengetahui hak mereka sebagai rakyat dan tidak lagi tunduk kepada ugutan mana-mana parti.
“Kata seorang pengundi: Kalau menang, jangan lupa kami, mesti jumpa kami. Ertinya, jika Pakatan tak buat kerja dan sama macam Umno BN, Pakatan juga akan ditolak.
_MG_6260“Satu tepukan kepada pengundi kita yang pandai dan saya yakin semua pengundi juga pandai,” katanya ketika berucap di Felda Hutan Percha, Machap 23 April lalu.
Ginnie berkata, kemenangan Pakatan pada PRU 13 akan menamatkan politik perkauman dan wang, yang selama ini menjadi modal Umno BN mengekal kuasa.
“Jika Pakatan menang, maknanya rakyat tolak politik perkauman. Permainan Umno BN sudah tidak laku.Ia juga menunjukkan rakyat tolak politik wang,” katanya.

PRU13: Bekas laksamana dihalang berkempen di pengkalan Lumut


Laksamana Pertama (B) Datuk Abdul Imran Abd Hamid, yang bertanding di Parlimen Lumut atas tiket PKR kini tidak lagi dibenarkan masuk untuk berkempen di pengkalan laut Lumut selepas 37 tahun menghuni pengkalan berkenaan.
Bekas ketua staf logistik markas Armada Tentera Laut itu semalam berhajat untuk menunaikan solat di masjid yang terletak dalam pengkalan berkenaan, namun tidak dibenarkan masuk kerana memakai baju parti.

Ekoran itu, beliau terpaksa mengubah haluan dan makan tengahari di satu restoran yang terletak kira-kira 1 km dari pintu utama pengkalan laut tersebut.

Beliau mengambil kesempatan untuk bertegur sapa dengan pengunjung restoran berkenaan, yang rata-ratanya terdiri dari pegawai tentera laut manakala pasukannya pula mengedarkan risalah kempen.

GE13: Anwar to 'step aside' if Pakatan loses

PKR Mahu SPR Beri Penjelasan Kertas Undi Awal Polis

PKR Beri Ahli Tanding Bebas Mohon Maaf, Tarik Diri Sebelum 5 Petang Esok

SPR nasihat pemantau pilihan raya patuhi peraturan

Perang poster rancakan PRU13

LAPORAN KHAS : Menjelang PRU-13

GE13: Thousands throng Anwar ceramah in Malacca

Datuk Johari Abdul (PKR) - Fokus Calon PRU 13

Rafizi Ramli: Double standards, Rosmah Mansor did not pay AES fine

Guan Eng di mata mereka.... "Karpal Singh & Sheila Majid"

Mat Sabu: Ceramah Kempen PRU13 Kg Kayu Ara, Bukit Lanjan

Anwar Ibrahim: Kita Saksikan "People Awakening" Kebangkitan Rakyat!

GE 13: Who is Wong Chen?

PRU13: Iklan RM1 Juta, BN Digesa Kemuka Sumber

P121 - Nurul Izzah: Ceramah Kempen PRU13 Tmn Sri Sentosa

PRU13: Jet Pejuang PAS Sedang Di Uji

PRU13: Muhamad Taib jelajah jumpa rakyat seluruh Selangor


( TS Muhamad diserbu wartawan di pintu Pejabat Agung PAS tengahari tadi)

KUALA LUMPUR: Selepas menyerahkan borang menyertai PAS semalam, bekas MB Selangor, Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib mempunyai jadual yang sangat padat.

Hampir setiap malam dan siang beliau mempunyai acara penuh sehinggalah hari pilihan raya umum 5 Mei depan.

Semasa mengumumkan penyertaan ke dalam PAS semalam, Muhamad berjanji akan turun ke kampung-kampung seluruh Selangor bagi bertemu dan bercakap dengan rakyat.

Sebaik sahaja selesai penyerahan borang semalam, beliau di wawancara oleh akhbar Sinar Harian.

Malam tadi beliau memberikan ceramah pertama di Dataran Kemerdekaan Shah Alam yang disertai hampir 10,000 orang.

(Muhamad dan Tamrin mengajak ahli Umno khasnya yang dipecat untuk membuat perubahan bersama PAS dan Pakatan tengahari tadi)

Hari ini, beliau dijadual memenuhi program di Sepang dan Putrajaya, tempat dua tokoh PAS bertanding.

Di Sepang, peguam Mohamad Hanipa Maidin akan bertembung dengan calon BN di samping dua AJK Bahagian Umno yang bertanding atas tiket bebas.

Di Putrajaya Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa bertembung satu lawan satu dengan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.

PRU13: Pemimpin MIC Shah Alam, pengikut keluar parti, bantah Zul Noordin

KUALA LUMPUR, 23 April — Naib pengerusi MIC Shah Alam C Supayah bersama 104 pengikutnya hari ini keluar daripada parti tersebut sebagai tanda bantahan terhadap Barisan Nasional (BN) kerana meletakkan Datuk Zulkifli Noordin sebagai calon di kerusi Parlimen Shah Alam.
Perkembangan terbaru ini memberi tamparan hebat kepada BN terutamanya dalam misi untuk merampas negeri Selangor dan pemimpin utama MIC S Vell Paari juga pernah memberikan amaran sama sebelum ini.
"Ya, hari ini saya hantar surat keluar parti... seramai 104 pengikut saya juga mengambil tindakan sama," kata Supayah apabila dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
Supayah yang memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi MIC Shah Alam sejak 2009 juga memberikan tiga alasan mengambil langkah keluar parti, salah satu sebab utamanya adalah kerana faktor pengumuman Zulkifli dari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sebagai calon BN di Shah Alam.

PRU13: Calon KEADILAN Setiawangsa sahkan polis terima kertas undi pos awal

Undi AwalSETIAWANGSA 23 APRIL: Kertas undi pos polis yang bersebar di laman sosial memungkinkan pihak berkuasa itu membuang undi sebelum tarikh sebenar pengundian awal pada 30 April ini.
Polis dikatakan diarah supaya mula membuang undi hari ini melalui kertas undi yang tertera nombor siri dan logo bendera parti.
Kertas undi tersebut turut disertakan dengan borang yang tercatit nama pengundi dan nombor kad pengenalan berserta nombor siri yang sama.
Borang tersebut disampulkan bersama kertas undi sebelum digam dan dimasukkan ke kantung undi.
Berdasarkan kertas undi itu, dipercayai ia adalah untuk Parlimen P118 Setiawangsa kerana tertera nama calon BN, Datuk Ahmad Fauzi Zahari dan calon KEADILAN, Ibrahim Yaacob.
Mengulas perkara ini, Pengerusi Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, jika ia berlaku, pihak terbabit perlu membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya disiasat.
“Tidak sepatutnya berlaku, tapi jika kertas undi sudah diterima dan diminta membuang undi, ia perlu dilapor kepada polis atau SPR kerana kita terima laporan bahawa esok kertas-kertas undi akan dihantar untuk pengundi pos.

PRU13: Orang Umno jangan menangis lepas baca ni...

Uthaya: "Don't Vote For Barisan Nasional"

PRU13 :Menentukan Maruah Rakyat Terengganu