Rabu, 10 April 2013

Perhatian Segera : Sosma digunapakai pastikan PRU13 berjalan lancar..???

Husam : Tok Guru Telan Pil Kuda Kata Penceramah Umno

PRU13: BN hairan bila orang FELDA terima baik calon DAP


BENTONG, 10 APR: Lebih 50 peratus pengundi Melayu dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bilut dijangka mencetuskan perubahan bersejarah apabila mereka bersedia memberi sokongan kepada DAP dan Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei ini.
Calon DAP kerusi Parlimen Bentong, Wong Tack berkata, hasil kajian DAP selama ini antara lain menyifatkan usaha keras DAP memperbetulkan persepsi orang Melayu kepada parti itu berjaya membuahkan hasil memberangsangkan.
“Kehadiran jentera pilihan raya DAP mendapat sambutan baik masyarakat Melayu termasuk di kawasan FELDA. Kita sudah berjaya menembusi kawasan kubu kuat UMNO-BN dan ini mencemaskan mereka,” ujar beliau ketika ditemui wartawan The Rocket hari ini.
Menurut beliau, jika dulu DAP begitu sukar memasuki kawasan FELDA, kini tidak lagi apabila mendapat kerjasama kuat daripada PAS Bentong.

Menilai semula ‘mitos syukur’ bersama Kasthuri Patto: “Syukur yang bagaimana?”

Oleh Hafiz Zainuddin

“KERAJAAN sudah berjasa, buat jalan, bagi elektrik, adakan perkhidmatan air, maka bersyukurlah, berterima kasihlah, sokonglah kerajaan ini….”. Ungkapan ini sering kita dengar dalam media dan di mana saja ada pemimpin Barisan Nasional (BN) dalam majlis makan-makan.
Pepatah Melayu ada menyebut, orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa. Benar bagai dikata, tetapi dalam soal hubungan kerajaan dan rakyat, orang yang memberi (kerajaan) tidak akan mampu memberi apa-apa tanpa adanya rakyat yang membayar cukai kepada mereka.
Nilai moral; ‘syukur’ perlulah jelas dan fleksibel, jika tidak, ia bakal mencipta satu penjara minda yang mengepung daya fikir umat. Umpama isteri yang ‘makan hati berulam jantung’ bila suaminya meninggi suara dan berkata “Akulah ketua keluarga, kau diam!”
Seruan syukur yang diseleweng
Seruan agar bersyukur sering diselewengkan daripada maksud asal apabila ia dijadikan peluru politik demi melangsungkan kuasa pemerintah BN. Realitinya, pentadbiran BN ditempel penuh dengan lintah-lintah politik yang sedang menjahanamkan ekonomi negara dengan monopoli ekonomi dan budaya kronisma. Akhirnya, hasil titik peluh petani dan nelayan yang membanting tulang empat kerat mereka bagai tidak tersisa.
Disebabkan konsep syukur yang diselewengkan inilah rakyat seperti kita terpaksa menanggung beban dan bebal ahli politik BN yang silih berganti sehingga ke saat ini. Dalam masa yang sama, setelah memberi BR1M dan lain-lain, mereka tidak segan-silu meminta kita agar bersyukur dengan menterjemahnya ke atas kertas undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang bakal menjelma bila-bila masa.

PRU13: ‘Pertempuran Gelang Patah’ bukanlah sekadar sebuah pertempuran demi Lim Kit Siang, DAP atau Pakatan Rakyat.



Pertempuran Gelang Patah’ bagi mencapai impian Malaysia ke arah Bangsa Malaysia yang majmuk dan bersatu padu melampaui semangat perkauman sepertimana yang diharapkan oleh Pemimpin Agung Melayu Johor dan presiden pengasas UMNO, Datuk Onn Jaffar enam dekad yang lalu.
‘Pertempuran Gelang Patah’ bukanlah sekadar sebuah pertempuran demi Lim Kit Siang, DAP atau Pakatan Rakyat.
Ia adalah sebuah pertempuran bagi semua rakyat Malaysia, negara dan juga generasi akan dating, dengan dua kepentingan yang sangat bermakna, yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Pertama sekali, Pertempuran Gelang Patah akan melancarkan tsunami politik dalam Pilihanraya Umum ke 13 dari arah Selatan yang bakal merebak ke seluruh negara, merentas Laut China Selatan ke Sabah dan Sarawak, bagi menyelesaikan ‘kerja tertangguh’ tsunami politik pilihanraya umum tahun 2008 yang menyaksikan kejatuhan UMNO/Barisan Nasional di lima buah negeri dan penafian majoriti dua-pertiga parlimen terhadap UMNO buat kali pertama dalam sejarah Malaysia.
Tsunami politik pada tahun 2008 bermula dari Utara, di Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan dan menganjur Selatan ke Perak (walaupun kurang setahun kemudian terjadinya rampasan kuasa secara tidak demokratik, tidak sah dan melanggar undang-undang perlembagaan yang direncanakan oleh Datuk Seri Najib Razak; yang kini sedang menanti dikembalikan semula kepada Pakatan Rakyat dalam PRU13) serta Selangor, dan kemudian terhenti di Negeri Sembilan lantas meninggalkan tiga negeri deposit tetap Johor, Sabah dan Sarawak seakan tidak tersentuh.

PRU13: Cukuplah BN dengan 56 tahun memerintah!


BENTONG, 10 APRIL: Barisan Nasional (BN) diminta berundur dengan hormat sekiranya ia kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei ini.
“Setelah 56 tahun BN menerajui kerajaan, masalah kehidupan harian dan korupsi gagal diselesaikan, malah semakin bertambah di bawah pentadbiran BN,” katanya bakal calon DAP bagi kerusi Parlimen Bentong, Wong Tack.
Beliau yang juga Pengerusi NGO Himpunan Hijau yang menentang pembinaan dan operasi kilang menapis nadir bumi Lynas yang penuh kontroversi di Gambang, Kuantan.
“Misalannya di Bentong, kes perumahan di Bukit Tinggi yang terbengkalai dan masih tidak diselesai kerajaan negeri BN.
“Pembeli unit rumah pangsa itu telah menunggu selama lima tahun untuk mendapat geran kepada hartanah mereka, tetapi sehingga kini masih tidak selesai.
“Selama lima tahun ini mereka membayar ansuran pinjaman untuk pembelian rumah pangsa mereka, kunci rumah masih tidak diperoleh. Rata-rata 60 peratus daripada pemilik rumah pangsa itu adalah orang Melayu,” katanya.

PRU13: Orang Muhyiddin, Mahathir berebut jadi calon PRU – Johari

kKUALA LUMPUR 10 Apr:  Perebutan kerusi antara kem Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad antara punca Datuk Seri Najib Razak lewat mengumumkan senarai calon pilihan raya umum, kata Datuk Johari Abdul.

Beliau berkata, ia bermaksud Umno kini berpecah kepada tiga kumpulan  iaitu kem Mahathir,  Najib dan Muhyiddin.
Najib dalam taklimat tertutup kepada pimpinan komponen BN hari ini memberi ingatan kepada ahlinya yang tidak terpilih sebagai calon supaya mematuhi keputusan pimpinan dan ‘hanya merajuk’ dalam 24 jam sahaja.
Menurut Johari, peringatan Najib itu bukan sekadar menggambarkan kebimbangan  berlakunya sabotaj dalam parti itu, tetapi mengesahkan BN tidak mempunyai kesepakatan dalam PRU kali ini.
“Kita sudah menjangkakan dari awal akan berlakunya konflik ini kerana Timbalan beliau, Muhyiddin (Yasin) dan mantan Perdana Menteri, Mahathir masing-masing mahu meletakkan orang-orang mereka untuk bertanding,”

Bukan nak lawan Utusan Malaysia tapi mahu ....

Oleh H FANSURI
“Saya difahamkan daripada seorang profesor, BN peruntukkan hampir RM10 juta untuk sisipan Utusan Malaysia dalam minggu kempen PRU13,"  kata Pengerusi Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI), Ahmad Lutfi Othman

Dari satu sisi, contoh kecil ini, menurutnya, membuktikan penyebaran bahan bercetak masih penting dan relevan untuk mempengaruhi pengundi. 
“Walaupun media baru seperti Facebook, Twitter, Blog cukup popular, tapi jangan abaikan bahan bercetak,” katanya lagi.
Tambahnya, peruntukan BN itu bukan hanya untuk Utusan tetapi juga meliputi pelbagai makalah lain lagi, sama ada yang bersifat rasmi atas nama dan logo BN, seperti menjelaskan "manifesto ciplakan" itu, dan juga menyamar untuk memfitnah Pakatan, yang banyak disebarkan terus ke rumah pengundi.

Itu yang boleh kita dengar daripada pelbagai sumber mengenai cerita-cerita Umno, BN mengguna media pada hari ini. Khabar seperti ini membuatkan beliau terfikir tentang kepentingan bahan-bahan bercetak.
“Walaupun Pakatan mempunyai kelebihan dan kepakaran dalam media baru, misalnya klip video Youtube, tetapi saya kira pengundi Melayu, terutama di kawasan kampung tradisi dan tanah rancangan, masih bergantung rapat dengan informasi daripada TV dan akhbar, dan di situlah kawasan yang bakal ditandingi PAS,"  katanya lagi.
Pagi Isnin lalu, 8 April,  Ahmad Lutfi bertemu Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din untuk melancarkan dana penerbitan (bahan bercetak) KAMI bersempena langkah persediaan sebagai bahan kempen dalam PRU13.

GE13: BN faces formidable opposition

BN now faces the fight of its life against Pakatan Rakyat led by Anwar Ibrahim.

by M. Jegathesan
KUALA LUMPUR: Malaysia today announced a general election for May 5, setting a long-awaited date for polls tipped to be its closest ever as the long-ruling government seeks to hold off a surging opposition.
Speaking a week after Prime Minister Najib Razak dissolved Parliament, Election Commission chairman Aziz Yusof said the two-week official campaign period would kick off on April 20.
The United Malays National Organisation (Umno), which has controlled Malaysia through coalition governments since independence in 1957, faces a formidable opposition that promises to end corruption, cronyism and authoritarian rule.
Under Umno, multi-ethnic Malaysia became a regional economic success story while enjoying relative harmony between majority ethnic Malays and its sizeable minorities.
Najib hopes to extend the government’s unbeaten run in the polls by focusing on his steady economic stewardship and a torrent of cash handouts and other sweeteners to the public.
“This election is a choice between sticking with a competent, reform-minded government and risking our prosperity on a fractious, inexperienced opposition,” a spokesman for Najib told AFP after the polling date was announced.

PRU13: Semakan pusat mengundi dan saluran online mulai 15 Apr - SPR

PUTRAJAYA - Orang ramai boleh mula membuat semakan mengenai pusat dan saluran mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mulai 15 April, menerusi laman web dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Semakan boleh dibuat di laman web SPR www.spr.gov.my dan portal rasmi PRU13 di www.pru13.gov.my serta melalui sms dengan menaip SPR jarak SEMAK jarak NO KAD PENGENALAN dan hantar ke 15888.

Tiga kemudahan tambahan SMS turut disediakan oleh SPR iaitu, bagi pengguna Celcom boleh hantar ke 29292, pengguna Maxis hantar ke 33080 dan 22789 manakala pengguna Digi ke 33080.

PRU13: Ramai hampa Pemangku PM belum umum senarai calon BN...ha..ha..janji dicapati...!!!


KUALA LUMPUR - Banyak pihak yang menaruh harapan dan teruja untuk mengetahui senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagaimana diuar-uarkan media, menjadi hampa apabila ia tidak menjadi kenyataan hari ini.
Antiklimaks, begitu kesimpulan yang boleh digambarkan terhadap harapan mereka untuk mengetahui siapa yang akan ditampilkan BN sebagai calon-calonnya untuk pilihan para pengundi pada 5 Mei nanti.
Bagi pihak berkepentingan, terutamanya bakal-bakal calon, penantian penuh debaran mereka nampaknya akan hanya berakhir dalam beberapa hari lagi.
"...belum selesai. Akan diumumkan beberapa hari lagi," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak kepada pemberita selepas program perjumpaan Pengerusi BN Bersama Jentera Pilihan Raya Parti di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

PRU13: Gelombang lebih bergelora dari dulu

Oleh Subky Latif
Pembubaran Parlimen pada 3 April lalu bukan bermulanya demam pilihanraya. Jika negara ini ibarat manusia, ia sudah demam lama yakni orang yang berpenyakit sekian lama.
Demamnya menyerang sejak dua musim haji lalu. Cuma pembubaran Parlimen itu menambah tinggikan soho, dari demam biasa kepada demam panas.

Gelora demamnya memuncak. Gelombang PRU13 ini lebih bergelora dari 2008. Gelombang dulu ributnya di Semenanjung saja. Di Sabah dan Sarawak demam biasa saja. Tetapi kali gelora di Sabah bak mengatasi gelombang di Semenanjung. Bahkan Bahkan Sarawak pula geloranya sudah tidak sekecil dulu. Ia mungkin tidak segelora Sabah tetapi bukan lagi gelora yang biasa.
Gelombang yang tidak segelora sekarang telah menyaksikan BN hillang majoriti dua pertiga di Parlimen buat pertama kali dan ia hilang empat lagi kerajaan negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Tenkujuh yang amat bergelora di Kelantan pada PRU 2004 jadi ribut biasa menyebabkan BN kembali senasib PRU 1990.

PRU13: BN JANJI NAK BERI BR1M 1200, MEMANG TERLIUR KITA DENGAR TAPI INI FAKTA YANG PERLU KITA TAHU DAN KITA AKAN MENYESAL MENGUNDI BN.

Terbeliak biji mata kita bila Najib umum nak bagi RM1200

AL-KISAH BN MENANG PRU13 - na'uzubillahi min dzalik

Bulan April/Mei 2013 - PRU13
Bulan Mei 2013 - Happy-happy time
Bulan Jun 2013 - GST (Harga Barang naik)
Bulan Julai 2013 - Tambang Bas Sekolah Naik
Bulan Ogos 2013 - Merdeka!! (Minyak masak naik harga)
Bulan September 2013 - Tol Naik
Bulan Oktober 2013 - Sabsidi gula di turunkan (naik harga la tu) elak kencing manis katanya..
Bulan November 2013 - Harga minyak naik - Harga kuih jadi 60sen sebiji
Bulan Disember 2013 - Apply BRIM (barang dah memang mahal)

Bulan Januari 2014 - Dapat RM1200 wahh!! happy walaupun bertur panjang - Tepung naik harga pulak dah!!

PRU13: Bubar Parlimen dan kerajaan sementara

Syahredzan Johan

Setelah lebih lima tahun berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-12, akhirnya Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan untuk membubarkan Parlimen Malaysia yang ke-12, membuka ruang kepada Pilihan Raya Umum ke-13. Ada media yang melaporkan bahawa Dewan Rakyat telah dibubar, tetapi ini tidak tepat kerana yang terbubar adalah Dewan Rakyat dan juga Dewan Negara sekali gus. Cuma, pilihan raya umum yang bakal diadakan adalah untuk memilih Ahli Dewan Rakyat. Semua Dewan Undangan Negeri juga akan dibubarkan, melainkan DUN Sarawak yang melangsungkan pilihan rayanya pada tahun 2011. Sebenarnya tidak ada undang-undang atau peruntukan yang mewajibkan pilihan raya Parlimen dan negeri-negeri dijalankan bersama. Pilihan raya serentak diamalkan bagi menjimatkan kos dan masa semua yang terlibat.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), badan Perlembagaan yang ditugaskan untuk mengendalikan pilihan raya, selepas menerima notis pemberitahuan tentang pembubaran Parlimen dan DUN, akan bertemu dan berbincang bagi menetapkan tarikh hari pencalonan dan hari pengundian. Ramai beranggapan Perdana Menteri yang menetapkan tarikh pengundian, tetapi ini tidak tepat kerana Perdana Menteri hanya mempunyai kuasa memohon untuk membubarkan Parlimen, bukannya menetap tarikh pilihan raya.

PRU13: MCA kecam usaha pembantu PM ambil Wangsa Maju

MCA Wangsa Maju menuduh Umno tidak mengamalkan 'semangat BN' dan mendakwa buktinya ialah usaha setiausaha politik Perdana Menteri, Datuk Shafie Abdullah, untuk "merompak" kerusi Parlimen Wangsa Maju daripada MCA.

NONESetiausaha Organisasi MCA Wangsa Maju,  Lim Choon Hong berkata
Shafie (kiri) telah menjadi ketua BN Wangsa Maju dan "langkah seterusnya adalah mereka (Umno) akan mengambil kawasan pilihan raya kami".

Malah, Lim memberitahu satu sidang akhbar pagi ini bahawa ia tidak pernah pun dibincangkan dengan mereka.

Manakala timbalan ketua bahagian berkenaan, Ng Kiat Ling berkata MCA Wangsa Maju telah bekerja keras sejak bertahun-tahun di kawasan itu yang telah menjadi kerusi tradisi untuk parti itu di wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

"Anda (Umno) kini mahu mengambilnya (Wangsa Maju). Ini tidak adil kepada kami!" Kata Ng.

Wangsa Maju Umno telah mengintai kerusi itu sejak 2008 dan mahu Shafie, yang juga ketua Umno bahagian tersebut, bertanding di situ.

Politik Seks : Polis kena siasat peranan Omar & nama2 terlibat rancang fitnah liwat

daim-mahathirKUALA LUMPUR 10 APRIL: Polis digesa menyiasat peranan bekas pegawai khas Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Omar Abu Bakar dalam rancangan fitnah liwat 1 ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dan nama-nama yang terlibat seperti disebut beliau.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Johari Abdul menggesa siasatan itu merujuk pengakuan Omar pada ceramah di Petaling Jaya Ahad lalu bahawa beliau berperanan secara langsung dalam konspirasi itu.
Dalam ceramah itu, Omar turut menamakan tokoh lain yang terlibat iaitu setiausaha politik Mahathir, Tan Sri Aziz Shamsuddin, bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dan Umi Hafilda Ali, selain mantan Perdana Menteri itu sendiri.
“Dia (Omar) sebut dengan jelas (nama yang terlibat). Mereka harus dipanggil untuk siasatan, dan kalau ada kes yang jelas, perlu didakwa,” kata Johari yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Petani pada PRU 13.
Pengakuan Omar sekali lagi menggagalkan strategi Umno BN memfitnah moral Anwar, selepas bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim melakukan perkara sama 8 Mac lalu.
“Perumpamaan Inggeris ada mengatakan ‘truth will ultimately prevails’ (kebenaran akhirnya menang).
“Mereka rasa bersalah tengok Anwar menderita. Mereka (terdorong) lihat rakyat bangkit melawan kezaliman tanpa rasa takut. Ini menunjukkan petanda awal Pakatan Rakyat akan melangkah ke Putrajaya,” kata Johari kepada Keadilan Daily.

PRU13: Tidak mustahil PR boleh atasi BN di Putrajaya - Husam


Husam Musa
KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yakin Pakatan Rakyat (PR) mempunyai sokongan kuat di kalangan kakitangan awam, yang merupakan majoriti pengundi di Putrajaya, pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) 5 Mei ini.

Beliau yang dinamakan sebagai calon kerusi Parlimen mewakili Pas-PR berkata, ia adalah satu kawasan yang sangat "kuat" untuk ditembusi, namun tidak mustahil untuk mencapai kejayaan dengan sokongan yang diberi rakyat.

Kata beliau, walaupun penyokong di Putrajaya perlu mengikut peraturan sebagai penjawat awam, namun demi perubahan, mereka akan mengundi secara 'senyap' untuk PR.

"Jadi saya jangkakan mereka akan mengundi PR secara senyap," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

PRU13: Senarai Calon-calon PAS di Pulau Pinang

P041
PARLIMEN KEPALA BATAS
Ust Afnan Hamimi bin Dato' Taib Azamudden

P042
PARLIMEN TASEK GELUGOR
Dato' Seri Rahman Maidin

N1
DUN PENAGA
Ust Rosidi Hussain

N4
DUN PERMATANG BERANGAN
Hj Arshad b Salleh

N5
DUN SG DUA
Hj Zahadi b Ahmad

N11
DUN PERMATANG PASIR
Dato' Mohd Salleh Man

N38
DUN BAYAN LEPAS
Asnah bt Hashim

Patuhi Arahan Sepanjang Proses PRU-13 - SPR (BN Boleh Langgarkan..??)

PRU13: Ini kalilah kita ubah Malaysia

Ubah - Lagu Tema Kempen PAKATAN RAKYAT Pilihanraya ke-13

Ahmad Nizam: Peluang terbaik untuk PR di Temerloh pada PRU13

PRU13: SPR Perak guna helikopter, bot bawa peti undi


IPOH - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak akan menggunakan pengangkutan helikopter dan bot bagi membawa peti undi dari kawasan pedalaman ke pusat penjumlahan undi selepas proses pengundian Pilihan Raya Umum ke-13 selesai.

Pengarah Pilihan Raya negeri Perak Ahmad Adli Abdullah berkata langkah itu diambil bagi memudahkan operasi SPR pada hari pengundian memandangkan terdapat kawasan yang sukar diakses melalui jalan darat.

"Kebanyakan kawasan di Perak menggunakan jalan darat tetapi ada lokasi yang kita terpaksa gunakan helikopter kerana masalah jalan dan dikhuatiri tidak sempat membawa keluar peti undi pada hari pengundian," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

PRU13: Jika Mahathir Duduk Diam, Peluang BN Menang Mungkin Lebih Cerah

Oleh Shahbudin Husin
Semakin hampir detik pilihanraya, semakin aktif Mahathir bersuara. Siapa saja menjemputnya, pasti diterimanya dengan hati yang terbuka. Pintu pejabatnya juga lebih terbuka luas. Sesiapa pun boleh menemuinya, termasuk Dr Sidek Baba dan seorang penyokong Pas yang mahu meminta maaf kerana kononnya pernah suatu ketika dahulu menyeru supaya membunuh bekas Perdana Menteri itu kerana kononnya juga disebabkan terpengaruh dengan amanat Haji Hadi.

Malah beberapa pengikut Anwar yang dulunya memaki hamun Mahathir juga, ada yang kerap bertemu dan bertukar-tukar fikiran dengan Mahathir. Topiknya tidak lain ialah bagaimana mahu menumbangkan Anwar Ibrahim.

Menjelang pilihanraya akan datang, keaktifan Mahathir disedari oleh semua orang. UMNO peringkat cawangan pun menjemputnya, beliau akan hadir. Yang penting dia dapat bercakap dan menyerang orang yang tidak disukainya. Bahkan menurut Lim Kit Siang, keaktifan Mahathir kini melebihi semasa beliau menjadi Perdana Menteri dulu.

THE TIME IS HERE & NOW: Rally behind Pakatan whatever your race & religion

Parliament was dissolved on April 3, 2013 and the 13th general elections will be held any time before the end of May this year. This time, all Malaysians – Muslims and non-Muslims have all the reasons to rally behind Pakatan Rakyat to net Putrajaya.
Only by Pakatan Rakyat netting Putrajaya can racial politics long sponsored by UMNO be ditched once and for all.
THE TIME IS HERE & NOW: Rally behind Pakatan whatever your race & religionThe recent screening of the controversial movie “Tanda Putera“ to students in Muslim-dominated higher institutions of learning is another clear sign that UMNO still has to resort to the race card to rope in Malay-Muslim support for the party.
This is perceptibly another desperate move by UMNO to survive in politics. On the contrary, PAS being an Islamic party does not make allowances for this load of codswallop adopted by UMNO. PAS and majority Muslims in the country understand Islam more and they strictly follow the Qur’anic precepts when it comes to the issue of race and religion.
Against the teachings of Islam
Racism is understandably against the teachings of Islam. The Qur’an explicitly states that human race is the creation of God and people are created different not to look contemptuously at each other but perpetuate inclusiveness and promote a life of peace, harmony and understanding.
The Qur’an says: “Oh mankind! We created you from a single (pair) of a male and a female, and made you into nations and tribes, that you may know each other (Not that you may despise each other)”. 49:13
“Tanda Putera”, a movie by a local producer, purportedly depicts what happened during the 1969 May13 incident in the country.  It was a racial riot cramped in a small section of the city of Kuala Lumpur that saw some people killed and properties annihilated.
But then, Malaysians have long forgotten this tragedy.

PRU13: Kesilapan kecil akan memusnahkan harapan

Dengan kuasa yang begitu besar dan otot yang besar, UMNO masih tidak mampu mengekang kemaraan Pakatan Rakyat dalam menghadapi Pilihanraya kali ini. BN mempunyai media massa arus perdana yang canggih sedangkan Pakatan Rakyat hanya mempunyai media alternatif yang sama-sama dipergunakan oleh pihak BN. Jalan yang sebenarnya ada kepada pihak Pakatan hanyalah majlis ceramah yang diadakan setiap hari di seluruh negara.
Sekarang kekuatan Pakatan Rakyat adalah sama dengan kekuatan BN. Pakatan Rakyat walaupun menghadapi kesukaran untuk berhubung dengan rakyat melalui saluran TV perdana mereka (rakyat) tetap jelas memberikan sokongan. Ini adalah bukti yang rakyat berkendakkan pembaharuan yang besar kepada kehidupan bernegara. Keadaan 50/50 kali ini mencemaskan BN khususnya UMNO sehinggakan BN hanya membubarkan Parlimen pada 3hb April yang lalu kerana mereka (BN) dalam keadaan terdesak.

Jangan letakkan hidung di dahi

Apabila kita mendengar guruh di langit jangan dibuang air dalam tempayan dahulu. Itulah nasihat orang-orang tua kepada mereka yang terlalu ghairah dengan kejayaan untuk mendapat sesuatu yang banyak. Tunggu hujan lebat itu turun dahulu, barulah boleh kita buang air di dalam tempayan itu. Jika pokok durian kita baru berbunga, belum tentu lagi ia akan memberikan buah yang lebat. Jika ia berbuah lebat pun tidak semestinya isinya tebal dan enak dimakan. Selalunya durian yang berisi nipis ini baunya kuat tidak terhingga.
Dalam sejarah peperangan yang dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW baginda memberikan air minuman yang dicampurkan dengan rumput kering yang bersih di dalam air minuman itu. Tujuan baginda memberikan air yang dicampurkan dengan rumput kering yang bersih itu ialah untuk mengelakkan daripada tentera Islam meminum air dengan gelojoh kerana terlalu dahaga. Matlamat Nabi SAW itu ialah untuk mereka meminum air itu dengan perlahan-lahan agar tidak tercekik air yang tidak mustahil membawa maut.

Muhyiddin! Jangan jadi budak-budak, kami pun ke sekolah juga sikit-sikit

Apa yang selalu membuat kita bingung dan merasa ‘fed-up’ ialah apabila pemimpin itu berbohong dan secara terang-terangan berdusta di hadapan kita seolah-olah kita semua ini pekak dan buta. Bertindak meremehkan usaha dan pelan pihak lain, tetapi mengambil pula pelan yang diremehkan mereka itu sebagai pelan dan perancangan sendiri pula, amat mengaibkan.
Inilah yang dilakukan oleh Muhyidin Yassin dalam isu menurunkan harga kereta. Jelas-jelasnya isu penurunan kereta itu dijanjikan oleh pihak Pakatan Rakyat tidak berapa lama dahulu. Rancangan Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga kereta itu dibidas oleh pimpinan BN khususnya UMNO dengan berbaga-bagai cemuhan. UMNO mengatakan tindakan Pakatan itu membahayakan ekonomi negara dan berbagai-bagai lagi kata-kata nesta yang terhambur dari mulut pimpinan BN termasuk Muhyiddin sendiri.

PRU13: Undi hari Ahad Pakatan tiada masalah


Abdul Aziz PETALING JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada hari Ahad tidak menjadi sebarang masalah bagi Pakatan Rakyat (PR) yang dipimpinnya.

"Tidak mengapa, kita akan hadapinya dan saya minta setiap rakyat ambil kesempatan ini untuk pergi mengundi.

"Bukan buang undi itu istilah lama," ujar beliau ketika diminta mengulas tentang tarikh tersebut yang dipercayai akan menyukarkan pengundi di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Hari ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari pengundian bagi PRU13 telah ditetapkan pada Ahad 5 Mei, manakala tarikh penamaan calon pada 20 April.

Pengundian awal ditetapkan 30 April dengan tempoh berkempen selama 15 hari.

PRU13: Bilik Gerakan KEADILAN operasi 24 jam menjelang hari mengundi

KUALA LUMPUR 10 APRIL: Semua Bilik Gerakan KEADILAN di setiap daerah mengundi akan beroperasi 24 jam menjelang 25 hari sebelum pengundian, kata Naib Presiden, Fuziah Salleh.
Bilik Gerakan Ampang beroperasi serta merta sebaik Parlimen dibubar 3 April lalu.
Bilik Gerakan Parlimen Ampang beroperasi serta merta sebaik Parlimen dibubar 3 April lalu.
“Jentera kita sekurang-kurangnya ada 100 sukarelawan tidak termasuk ahli parti. Atas faktor itu bilik gerakan kita akan beroperasi 24 jam,” katanya kepada Keadilan Daily.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan 20 April (Sabtu) sebagai hari penamaan calon manakala pengundian pada 5 Mei (Ahad).
Menurut calon yang akan mempertahan Parlimen Kuantan itu, keseluruhan jentera Pakatan Rakyat meliputi ahli dan penyokong parti, aktivis badan bukan kerajaan (NGO) serta sukarelawan.
“Jentera Pakatan sekarang bukan sahaja dari KEADILAN, PAS dan DAP, malah NGO serta sukarelawan komited membantu kita,” kata Fuziah.

PRU13: Kreativiti perang dalam alam siber

KUALA LUMPUR: Pilihan raya umum ke 13 sudah menjadi pilihan raya  siber ababila pertembungan sebenarnya berlaku di media ini.

Yang hebatnya, laman siber tidak ada siapa yang mengawalnya sebagaimana kerajaan BN mengawal segala media tradisi negara.

Ekoran pengumuman SPR hari mengundi pilihan raya umum akan diadakan pada 5 Mei 2013, para penggunakan media siber ini memberikan tafsiran menarik mengenainya.

5.5. 2013 ditafsirkan sebagai 55 tahun Umno memerintah, 2013 tahun terakhirnya.

Lihat betapa kreatifnya para pengguna media baru ini dalam mencatur pertembungan dalam pilihan raya kali ini.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut memasukkan hal ini dalam facebook beliau mendapat  lebih 1,000 likes dalam masa tidak sampai satu jam manakala hampir 1,000 pula berkongsi bahan ini di laman mereka.

PRU13 : Tempoh berkempen 15 hari boleh diterima — Ambiga

KUALA LUMPUR, 10 April – Datuk Ambiga Sreenevasan mengatakan hari ini tempoh kempen rasmi selama 15 hari dalam Pilihan Raya 2013 “boleh diterima” dan mengakui parti politik telah terlibat dengan kempen secara tidak formal untuk memenangi hati pengundi lama sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh rasmi.
Rakyat Malaysia akan mengundi pada 5 Mei, selepas badan penggendali pilihan raya itu mengumumkan hari ini dan meletakkan 20 April untuk hari penamaan calon, membenarkan parti politik menggunakan tempoh dua minggu penuh untuk berkempen.
“Saya tidak boleh kata saya tidak berpuas hati. Ianya lebih panjang daripada apa yang kita pernah ada dalam satu tempoh masa yang lama,” kata beliau kepada The Malaysian Insider sebagai reaksi langsungnya.
“Dengan kempen sedia ada yang telah banyak berlangsung, ianya boleh diterima, walaupun secara idealnya kita mahukan 21 hari,” tambah beliau merujuk kepada salah satu daripada lapan tuntutan Bersih kepada SPR sebelum ini.

PRU13: Proses pilihanraya di Lahad Datu, Semporna seperti biasa - SPR

PUTRAJAYA, 10 April — Pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan berlangsung seperti biasa di kawasan Lahad Datu dan Semporna, dua lokasi di pantai timur Sabah yang dikaitkan dengan insiden pencerobohan pengganas.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata maklumat yang diterimanya menunjukkan situasi di kedua-dua kawasan itu semakin pulih.
“Sama ada perlu atau tidak tambahan daripada aspek keselamatan semasa proses pilihan raya berlangsung, SPR serahkan kepada pihak keselamatan kerana mereka lebih arif,” katanya kepada pemberita pada sidang media khas di sini hari ini.
Ia bagi mengumumkan hari pengundian PRU13 yang ditetapkan pada 5 Mei manakala penamaan calon ialah 20 April. Pengundian awal pula berlangsung pada  30 April.
Seramai 13,268,002 rakyat Malaysia layak mengundi pada pilihan raya kali ini yang bakal diadakan susulan pembubaran Dewan Rakyat pada 3 April lalu. — Bernama

PRU13: Kempen tidak bermoral guna harta kerajaan


KUALA LUMPUR: Kumpulan bekas-bekas pesuruhjaya Suhakam (Proham) berpandangan penggunaan harta kerajaan untuk kepentingan politik perlu dihentikan oleh kerajaan sementara.

Menurut mereka, adalah menjadi tanggungjawab moral bagi parti politik untuk tidak menggunakan harta kerajaan biarpun tiada undang-undang jelas yang menghalang penggunaan tersebut.

"Amalan kontemporari di Malaysia menunjukkan bahawa ramai ahli politik yang menyalahgunakan sumber awam untuk mempromosikan agenda politik mereka dan parti-parti politik mereka.

"Amalan ini mesti berhenti untuk memastikan bahawa sumber-sumber awam yang digunakan untuk kebaikan bersama semua rakyat tanpa mengira anutan politik," kata Proham dalam satu kenyataan yang ditandatangani bersama oleh Pengerusi, Tan Sri Simon Sipaun dan setiausaha agung Datuk Dr Denison Jayasooria.

PRU13: Terpulang jika mahu patuhi tatacara k'jaan sementara - SPR

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata garis panduan dan tatacara untuk kerajaan sementara di peringkat negeri dan persekutuan tidak sah di sisi undang-undang.

"Tiada hukuman mengikut undang-undang. Terpulang kepada kerajaan masing-masing untuk mematuhi garis panduan atau tatacara ini," katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan pemangku menteri penerangan Datuk Seri Rais Yatim semalam yang mempertahankan tindakan tindakan BN menggunakan khidmat Jabatan Penerangan dalam acara anjuran parti itu, seperti yang dikesan dalam satu majlis di Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

Abdul Aziz bagaimanapun enggan mengulas kenyataan Rais secara langsung namun menegaskan bahawa tempoh kempen masih belum bermula.

Maka, SPR tidak boleh bertindak mengenai dakwaan bahawa jentera kerajaan digunakan untuk kempen, katanya.

PRU13: Rais kata manifesto Pakatan hanya layak diberikan 10 minit

KUALA LUMPUR, 10 April — Datuk Seri Rais Yatim hari ini berkata 10 minit masa siaran yang diberikan kepada parti Pakatan Rakyat (PR) untuk menerangkan manifesto pilihan raya mereka adalah “bersesuaian”.
Pemangku menteri penerangan komunikasi dan kebudayaan itu juga berkata masa pendek yang ditawarkan kepada PR adalah lebih daripada cukup untuk PR menerangkan janji mereka.
“Ia lebih daripada cukup kerana kami hanya menerangkan prinsip perjuangan parti. Jadi untuk BN dan pembangkang, mereka layak untuk terima tempoh siaran yang ditawarkan selepas kami mempertimbangkan berapa pentingnya untuk mereka membentangkan manifesto.
“Bagi BN, ia lebih daripada itu, ia komitmen dan janji yang baru sahaja diumumkan oleh perdana menteri,” kata beliau kepada wartawan selepas menghadiri mesyuarat tertutup antara pengerusi BN dan pemangku perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

PRU13: Klip YouTube lebih berpengaruh dari iklan, kata penganalisis


KUALA LUMPUR, 10 April — Pengundi muda lebih mudah dipengaruhi oleh klip video menjelang Pilihan Raya 2013 berbanding pengiklanan oleh kerana klip seperti itu lebih dekat dengan mereka, kata pengananlisis komunikasi hari ini.
Video bertajuk "Sehari dalam hidup rakyat Malaysia" telah tersebar di YouTube, menampilkan watak beruang Panda - yang berlakon sebagai pekerja profesional yang hidupnya dihantui dengan nama ahli perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary di mentol lampunya, sudu gula teh, kereta Proton, beras, minyak masak dan gas.
"Rakyat rasa teruja kerana mereka ada rasa memiliki pada media sosial," kata bekas pensyarah kewartawanan Wong Chin Huat kepada The Malaysian Insider hari ini.
"Kamu tidak rasa teruja dengan iklan. Video lebih menawan emosi berbanding iklan.. Ia tersebar kerana membangkitkan apa yang terpendam di hati kamu," tambah penganalisis tersebut merujuk kepada video mengenai Syed Mokhtar.
Video itu yang telah dilihat sebanyak lebih 20,000 kali sejak mula dimuatnaik pada Ahad bermula dengan persoalan "Untuk siapa kamu bekerja hari ini?", sebelum membangkitkan tentang Syed Mokhtar yang mempunyai banyak kepentingan dari gula sehingga tenaga.

PRU13: Hak Rakyat untuk Mendapatkan Kemudahan Awam

Rafizi : TPM Tidak Faham AFTA - BULETIN 13

GE13 campaign periods short of Bersih's 21-day demand

Terima kasih rakyat Pasir Panjang - Nizar

EC: Caretaker gov't guidelines not legally binding

SPR umum tarikh penamaan calon, mengundi PRU-13

PRU13: Calon muslimat ganti Nizar di Pasir Panjang

PRU13: Penjawat awam jangan takut undi Pakatan

Sehari dalam hidup rakyat Malaysia

TERKINI PRU13 : PENAMAAN CALON 20HB APRIL (SABTU), HARI MENGUNDI 5HB MEI (AHAD)



Suru­hanjaya Pilihan Raya (SPR) setelah mengadakan mesyuarat khas menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 20 April (penamaan calon) dan 5 Mei (hari pengundian).

Ada pihak dilatih khusus cetus huru-hara PRU13?


KUALA LUMPUR: PKR menuntut penjelasan berhubung satu maklumat yang diperolehi mereka bahawa Kor Risik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diarah melatih anggota Pemuda Umno dan orang awam untuk mensabotaj dan mengganggu program Pakatan Rakyat (PR).

Memetik laporan Sinar Harian Online, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Johari Abdul (gambar) mendakwa, beberapa hari lalu beliau telah dihubungi oleh seorang lelaki.

Lelaki tersebut ujarnya mendakwa sebagai seorang orang awam yang dilatih untuk membuat huru-hara menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) terutamanya di kawasan Wilayah Persekutuan dan Lembah Klang.

"Dua kumpulan yang didakwa telah dilatih oleh Kor Risik ialah Kumpulan Batas dan Warisan Malaya.

"Kini ahli kumpulan ini bertaburan di seluruh negara dan telah bersiap sedia untuk melalkukan huru-hara," dakwanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, yang dipetik akkbar versi online itu.

Sehubungan itu katanya, beliau dan seluruh rakyat mahukan penjelasan dari pihak-pihak berkenaan adakah maklumat itu benar atau sebaliknya.

"... adakah benar Kor Risik mempunyai program melatih kumpulan-kumpulan tertentu bagi melakukan kerja-kerja sabotaj terhadap PR dan ahli-ahli kumpulan ini akan melakukan huru-hara jika BN serta Umno tumbang pada PRU13.

PRU13: 'K'jaan BN sering ambil mudah pandangan profesional'


 
Jauh di lubuk hatinya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad sering memasang hasrat untuk menyertai politik, meskipun beliau berasal dari keluarga Istana Terengganu dan menjadi arkitek yang dikenali ramai.
Baginya, politik bukanlah kerjaya yang lebih baik dari bidang senibina, namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini beliau mula memacu langkah sebagai seorang ejen perubahan.

Beliau sering bersuara bagi membolehkan pandangan golongan pakar dari pelbagai bidang didengar, bukan sahaja oleh masyarakat umum tetapi juga oleh pihak berkuasa.

Raja Bahrin, 58, melihat bahawa pandangannya mengenai rekaan, terutama berhubung Stadium Sultam Mizan di Kuala Terengganu yang tidak diendahkan, menyebabkan struktur bumbung berkenaan runtuh – bukan sekali tetapi dua kali – pertama kali pada 2009 dan kali kedua pada tahun lalu.

PRU13: BN berbelanja besar untuk kuasai ruang iklan.....duit siapa diguna...??? haloo SPR..apa citer..!!!

Menurut satu laporan lagi, PMO adalah pengiklan paling tinggi berbelanja pada Februari 2013 sebanyak RM36.1 juta meliputi tujuh peratus daripada keseluruhan perbelanjaan pengiklanan kasar. – Gambar Reuters
KUALA LUMPUR, 10 April — Barisan Nasional (BN) dan Pejabat Perdana Menteri (PMO) sekurang-kurangnya telah berbelanja sebanyak RM73 juta pada bulan lepas dalam membeli ruang iklan, salah satu usaha menguasai pengiklanan serta mengekalkan Putrajaya dan berkemungkinan peruntukkan paling besar dibelanjakan dalam pilihan raya kali ini.
PMO berbelanja RM67.8 juta dalam pengiklanan bulan lepas menurut data yang dikeluarkan penganalisis pengguna Nielsen Media Research, sekaligus memperoleh kedudukan tertinggi dikalangan pengiklan lain, melebihi RM43 juta yang dibelanjakan oleh classifieds dan RM25 juta masing-masing oleh Nestle dan Unilever Malaysia.
Menurut satu laporan lagi oleh Maybank Investment Bank (IB) Bhd bulan lepas mendapati PMO adalah pengiklan paling tinggi berbelanja pada Februari 2013 sebanyak RM36.1 juta meliputi tujuh peratus daripada keseluruhan perbelanjaan pengiklanan kasar (adex).
BN berada dikedudukan ke-45 dalam senarai Nielsen dengan belanja sebanyak RM4.9 juta pada Mac.
Disamping itu, BN juga berada dalam kedudukan 20 teratas dalam senarai yang dikeluarkan Maybank IB dengan anggaran jumlah perbelanjaan yang sama.

PRU13: PAS umum Nizar di Changkat Jering, Idris Ahmad kembali ke Bukit Gantang

PRU13 : Ciplak Manifesto Pakatan Rakyat; Umno layak jadi pembangkang


http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/treler%20batu%206.jpgKUALA NERUS - Apabila PAS dan Pakatan Rakyat mengeluarkan manifesto untuk pilihanraya umum kali ke-13, Umno dan Barisan Nasional (BN) mengutuk dan memperhodohkan janji-janji, malah mendakwa negara akan bankrap sekiranya manifesto tersebut dilaksanakan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kemaman, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, Menteri Besar negeri Terengganu Dato' Seri Ahmad Said pula berkata manifesto yang ditawarkan oleh PAS Terengganu kepada seluruh rakyat tidk relaistik dan hanyalah 'sebuah janji-janji kosong'.

Sebaliknya selepas itu, katanya, Umno-BN menciplak idea-idea yang dikemukakan oleh PAS dan Pakatan Rakyat kemudian mempamerkan kepada rakyat.

Oleh itu, beliau berkata, Umno-BN layak menjadi pembangkang terbaik selepas pilihanraya umum yang akan datang ini.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/Hishamuddin.jpg"bermula dengan membankrapkan idea dan manifesto Pakatan Rakyat, dan Menteri Besar Terengganu meletakkan manifesto PAS tidak realistik (hanya janji-janji kosong)......setelah kritik, mengutuk dan memperbodohkan manifesto PAS Terengganu dan Pakatan Rakyat,

"mereka mula menciplak satu demi satu.........konsep yang digunakan 'ctrl C + ctrl P' (copy and paste) kemudian dipamerkan kepada rakyat, yang saya ingin gambarkan kepada seluruh rakyat, ini calon pembangkang yang (paling) layak,"ujarnya.

PRU13 : 10 minit untuk Pakatan sekali saja - Menteri Sementara..!!! Tapi UMNO@BN..boleh guna 23 jam 50 minit..???

Sepuluh minit waktu ke udara yang ditawarkan kepada Pakatan Rakyat untuk menjelaskan manifesto mereka adalah untuk sekali siaran sahaja dan bukannya secara bersiri selama sepuluh minit bagi setiap sesi penerangan.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim menegaskan demikian, bertentangan dengan kenyataan SPR yang membayangkan Pakatan diberikan sepuluh minit untuk menerangkan setiap aspek manifesto menerusi saluran televisyen kerajaan.

"Diberi (sepuluh minit) sekali sahaja bukan tiap-tiap hari berkempen (selama sepuluh minit).

"Ini bukan berkempen ya, ini hanya menerangkan intisari manifesto masing-masing," katanya.

Menurutnya, Pakatan boleh menrangkan lima halaman manifesto mereka jika sepuluh minit itu dimanfaatkan sepenuhnya.

PRU13: Ayat ‘BN ciplak manifesto PR’ pun kena ciplak


KUALA LUMPUR: Percaya atau tidak. Bukan sahaja manifesto Pakatan Rakyat yang diceduk, malah ayat ‘BN ciplak manifesto PR’ pun ditiru BN. Cuma BN ubah sikit dari ciplak kepada cedok.

Perkara itu jelas apabila Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin menuduh Pakatan Rakyat meniru manifesto BN.

“Manifesto pilihan raya pakatan pembangkang sebenarnya hanya mengembangkan inisiatif yang telah dilaksana kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini.

"Mereka hanya menokok tambah apa yang telah dilaksanakan kerajaan BN, kemudian menjaja kononnya BN meniru agenda yang dibentangkan mereka,” kata Muhyiddin.

Pakatan telah membentangkan manifestonya pada 25 Februari lepas, sebulan setengah sebelum BN mengumumkan manifestonya pada 6 April secara langsung di semua media TV.

Ramai yang berpendapat bahawa banyak tawaran yang dikemukakan oleh PR ada di dalam manifesto BN.

PRU13: Menteri sementara pertahankan salahguna Jabatan Penerangan bantu BN

 
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim mempertahankan tindakan BN menggunakan khidmat Jabatan Penerangan dalam acara anjuran parti itu, seperti yang dikesan dalam satu majlis di Kuala Lumpur.
Beliau berpendapat, BN yang masih dianggap sebagai kerajaan sementara pada masa ini boleh berbuat demikian selagi tempoh kempen pilihan raya belum bermula.

"Sekarang kita di dalam suasana lingkungan bidang tugas kerajaan sementara. Kerajaan masih wujud di bawah Perkara 43 (Perlembagaan Persekutuan) dan perkara yang melibatkan kuasa eksekutif –  Perkara 38 (melibatkan) Majlis Raja-Raja dan juga Perkara 43 (melibatkan) kuasa lantikan menteri – menteri dan juga di bawah akta fungsi menteri, semua menteri berfungsi dan semua jabatan kerajaan seperti biasa.

"Tetapi apabila dimulakan hari penamaan calon, pada hari itu tidak boleh mana-mana jabatan kerajaan mengambil bahagian dalam apa jua program yang menampakkan membantu pilihan raya satu-satu parti," katanya.

PRU13: Bekas pegawai khas Mahathir akui terlibat rancang konspirasi fitnah liwat 1

dato omar abu bakarKUALA LUMPUR 9 APRIL: Bekas pegawai khas Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Omar Abu Bakar mengakui terlibat secara langsung dalam rancangan konspirasi fitnah kes liwat  pada 1998 mengaitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengakuan itu dibuat secara terbuka di hadapan ribuan rakyat pada ceramah Pakatan Rakyat di Taman Medan, Petaling Jaya Ahad lalu.
“Saya bersumpah saya bertanggungjawab dalam peristiwa sodomi satu (liwat 1).
“Saya bertanggungjawab dengan Aziz Shamsudin membuat surat Umi Hafilda, menghantar kepada Daim (Zainuddin), hantar kepada Mahathir. Itulah punca sebenarnya (fitnah ini).
“Bermula dari situ, Anwar ditangkap, dipenjara enam tahun. Tiba-tiba dia dilepas kerana alasan dibebaskan sebab apartment yang dituduh (Anwar melakukan sodomi) belum ada lagi (masa itu).
“Sebab itu Mahathir persoalkan mengapa Najib ambil tuduhan yang sama untuk peristiwa sodomi kedua…Itu dah nampak tak betul…,” kata Omar disambut sorakan rakyat.
Beliau mendedahkan demikian selepas melihat gambar Mahathir bersama Aziz Shamsudin dan Profesor Sidik Baba pada malam sama bercakap mengenai akhlak Anwar.
“Bekas boss saya ini sekarang jadi kempen manager Ibrahim (Ali) katak,” kata Omar disambut ketawa hadirin.

PRU13: Kebangkitan rakyat, pergolakan BN Pekan bakal tumbangkan Najib

fzPEKAN 10 APRIL: Fariz Musa percaya Datuk Seri Najib Razak boleh ditewaskan melalui semangat kebangkitan rakyat dan pergolakan dalaman Umno BN di Parlimen Pekan.
“Saya mempunyai keyakinan tinggi apabila melihatkan sokongan akar umbi dan kita lihat kebangkitan rayat ada untuk memastikan BN tumbang.
“Senario semasa menyaksikan gerakan Umno di Pekan agak perlahan, kita nampak dan ia beri isyarat baik kepada Pakatan,” katanya selepas pengumuman sebagai calon Parlimen Pekan, malam tadi.
Pada PRU 1999, Najib nyaris tewas dan cuma menang dengan majoriti 241 undi, malah ramai berpendapat  kemenangan itu hasil ‘peranan’ undi pos.

Tekad melawan habis-habisan, Ketua Koordinator Jingga 13 itu menyifatkan beliau menggalas tanggungjawab besar untuk memastikan kempen besar-besaran bagi mengalahkan Najib.

PRU13: Aktivis reformasi diumum tanding Parlimen Kemaman

kamarudinKEMAMAN 10 APRIL:  Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi mengumumkan Naib Ketua Cabang KEADILAN Kemaman, Kamaruddin Chik bertanding Parlimen Keamaman.
Kamaruddin adalah seorang ahli perniagaan dan aktivis reformasi sejak 1998.
Pengumuman calon yang dibuat secara berperingkat-peringkat itu berlangsung pada ceramah perdana di Taman Jakar Jaya, Cukai di sini yang dihadiri hampir 10,000 rakyat.

PRU13: PAS Perak tanding 22 kerusi Dun, 7 Parlimen

LUMUT, 10 April — PAS Perak semalam mengesahkan bahawa parti itu akan bertanding di 22 buah kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan tujuh kerusi Parlimen di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Pesuruhjaya PAS negeri Abu Bakar Hussain berkata perkara itu diputuskan pada perbincangan di peringkat pusat di Kuala Lumpur semalam.
Dalam majlis pra-pengumuman calon di markas parti itu di Kampung Permatang, Pasir Panjang, beliau turut mengumumkan beberapa calon yang akan bertanding pada PRU13.
Mereka termasuk Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering yang sebelum ini ditandingi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

PRU13 : SENARAI TERKINI CALON PAKATAN RAKYAT (Dikemaskini 10 Apr 2013 - 8 pagi)



Perlis Indera Kayangan (3 kerusi)

P 001 - Padang Besar - Azamhari Mahmood (PAS)
P 002 - Kangar - Dr Juanda Jaya (KEADILAN - belum diumumkan) atau Baharuddin Ahmad (PAS) - belum diputuskan
P 003 - Arau - Tuan Guru Haron Din (PAS)

Kedah Darul Aman (15 kerusi)

P 004 - Langkawi - (KEADILAN - belum diperolehi)
P 005 - Jerlun - (PAS - belum diperolehi)
P 006 - Kubang Pasu - (PAS - belum diperolehi)
P 007 - Padang Terap - Mohd Nasir Zakaria (PAS - penyandang)
P 008 - Pokok Sena - Mahfuz Omar (PAS - penyandang)
P 009 - Alor Setar - Gooi Hsiau Leung (KEADILAN)
P 010 - Kuala Kedah - Dr Azman Ismail (KEADILAN)
P 011 - Pendang - Mohamad Sabu (PAS)
P 012 - Jerai - Mohd Firdaus Jaafar (PAS - penyandang)
P 013 - Sik - (PAS - belum diperolehi)
P 014 - Merbok - Nor Azrina Surip (KEADILAN)
P 015 - Sungai Petani - Johari Abdul (KEADILAN - penyandang)
P 016 - Baling - Brig Jen (B) Mohd Najmi Ahmad (PAS)
P 017 - Padang Serai - N Surendran (KEADILAN)
P 018 - Kulim-Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail (KEADILAN - bertukar dari parlimen Machang)

Kelantan Darul Naim (14 kerusi)

P 019 - Tumpat - Kamaruddin Jaffar (PAS - penyandang)
P 020 - Pengkalan Chepa - (PAS - belum diperolehi)
P 021 - Kota Bharu - Takiyuddin Hassan (PAS - bertukar dari DUN Bunut Payong - belum disahkan)
P 022 - Pasir Mas - Siti Zailah Mohd Yusof (PAS - bertukar dari parlimen Rantau Panjang - belum disahkan)
P 023 - Rantau Panjang - Abdul Fatah Haron (PAS - bertukar dari DUN Bukit Tuku - belum disahkan)
P 024 - Kubang Kerian - Mumtaz Md Nawi (PAS)
P 025 - Bachok - Ariffin Mahmod (PAS)
P 026 - Ketereh - Ab Aziz Abdul Kadir (KEADILAN - penyandang - belum diumumkan)
P 027 - Tanah Merah - Nik Mahmood Nik Hassan  (KEADILAN - belum diumumkan)
P 028 - Pasir Puteh - (PAS - belum diperolehi)
P 029 - Machang - Dr Wan Zawawi Wan Ismail (KEADILAN - belum diumumkan)
P 030 - Jeli - Abdullah Yaacob (PAS - bertukar dari DUN Air Lanas - belum disahkan)
P 031 - Kuala Krai - Dr Mohd Hatta Ramli (PAS - penyandang)
P 032 - Gua Musang - (PAS - belum diperolehi)

Terengganu Darul Iman (8 kerusi)

P 033 - Besut - (PAS - belum diperolehi)
P 034 - Setiu - (PAS - belum diperolehi)
P 035 - Kuala Nerus - Dr Khairuddin At-Takiri (PAS)
P 036 - Kuala Terengganu - Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (PAS)
P 037 - Marang - Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS - penyandang)
P 038 - Hulu Terengganu - (PAS - belum diperolehi)
P 039 - Dungun - Wan Hassan Mohd Ramli (PAS)
P 040 - Kemaman - Kamaruddin Chik (KEADILAN)

Pulau Pinang Pulau Mutiara (11 kerusi)

P 041 - Kepala Batas - Afnan Hamimi Taib Azamudden (PAS)
P 042 - Tasek Gelugor - (PAS - belum diperolehi)
P 043 - Bagan - Lim Guan Eng (DAP - penyandang)
P 044 - Permatang Pauh - Anwar Ibrahim (KEADILAN - penyandang)
P 045 - Bukit Mertajam - Chong Eng (DAP - penyandang)
P 046 - Batu Kawan - Dr P Ramasany (DAP - penyandang)
P 047 - Nibong Tebal - Dr Mansor Othman (bertukar dari DUN Penanti)
P 048 - Bukit Bendera - Zairil Khir Johari (DAP - belum disahkan)
P 049 - Tanjong - Chow Kon Yeow (DAP - penyandang - belum disahkan)
P 050 - Jelutong - Jeff Ooi Chuan Aun (DAP - penyandang)
P 051 - Bukit Gelugor - Karpal Singh (DAP - penyandang)
P 052 - Bayan Baru - Sim Tze Tzin (KEADILAN - bertukar dari DUN Pantai Jerejak)
P 053 - Balik Pulau - Mohamad Bakhtiar Wan Chik (KEADILAN)

Perak Darul Ridzuan (24 kerusi)

P 054 - Gerik - Norhayati Kassim (PAS - belum diumumkan)
P 055 - Lenggong - Razman Zakaria (PAS - belum disahkan)
P 056 - Larut - Fauzi Shaari (PAS)
P 057 - Parit Buntar - Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS - penyandang)
P 058 - Bagan Serai - Dr Muhammad Nur Manuty (KEADILAN)
P 059 - Bukit Gantang - Idris Ahmad (PAS)
P 060 - Taiping - Nga Kor Ming (DAP - penyandang)
P 061 - Padang Rengas - Dr Meor Ahmad Isharra Ishak (KEADILAN)
P 062 - Sungai Siput - Dr Michael Jeyakumar (PSM - penyandang)
P 063 - Tambun - Siti Aishah Shaik Ismail (KEADILAN - belum disahkan)
P 064 - Ipoh Timur - Thomas Su (bertukar dari DUN Pasir Pinji - belum disahkan)
P 065 - Ipoh Barat - Wong Kah Woh (DAP - bertukar dari DUN Taman Canning - belum disahkan)
P 066 - Batu Gajah - V Sivakumar (bertukar dari DUN Tronoh - belum disahkan)
P 067 - Kuala Kangsar - Drs Khalil Idham Lim (bertukar dari DUN Titi Serong)
P 068 - Beruas - Ngeh Koo Ham (DAP - penyandang)
P 069 - Parit - Mohamad Ismi Muhamad Taib (PAS)
P 070 - Kampar - (DAP - belum diperolehi)
P 071 - Gopeng - Dr Lee Boon Chye (KEADILAN - penyandang)
P 072 - Tapah - Kapt (B) M R Summugam (KEADILAN - belum diumumkan)
P 073 - Pasir Salak - Mustafa Kamil Ayyub (KEADILAN)
P 074 - Lumut - Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid (PAS - menggunakan lambang KEADILAN)
P 075 - Bagan Datoh - Madzi Hassan (KEADILAN)
P 076 - Teluk Intan - M Manogaran (DAP - penyandang)
P 077 - Tanjong Malim - Tan Yee Kew (KEADILAN)

Pahang Darul Makmur (14 kerusi)

P 078 - Cameron Highlands - (KEADILAN - belum diperolehi)
P 079 - Lipis - (PAS - belum diperolehi)
P 080 - Raub - Mohd Ariff Sabri Abd Aziz (DAP)
P 081 - Jerantut - (PAS - belum diperolehi)
P 082 - Indera Mahkota - Fauzi Abdul Rahman (KEADILAN)
P 083 - Kuantan - Fuziah Salleh (KEADILAN - penyandang)
P 084 - Paya Besar - Murni Hidayah Anuar (KEADILAN)
P 085 - Pekan - Fariz Musa (KEADILAN) bertembung dengan Mohamad Bukhairy Sofian (GM13)
P 086 - Maran - (PAS - belum diperolehi)
P 087 - Kuala Krau - (KEADILAN - belum diperolehi)
P 088 - Temerloh - Nasrudin Hassan (PAS)
P 089 - Bentong - Wong Tack (DAP)
P 090 - Bera - Zakaria Abdulhamid (KEADILAN)
P 091 - Rompin - (PAS - belum diperolehi)

Selangor Darul Ehsan (26 kerusi)

P 092 - Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari (KEADILAN)
P 093 - Sungai Besar - (PAS - belum diperolehi)
P 094 - Hulu Selangor - Khalid Jaafar (KEADILAN - belum diumumkan)
P 095 - Tanjong Karang - (PAS - belum diperolehi)
P 096 - Kuala Selangor - Dr Dzulkefly Ahmad (PAS - penyandang)
P 097 - Selayang - William Leong Jee Ken (KEADILAN - penyandang)
P 098 - Gombak - Azmin Ali (KEADILAN - penyandang)
P 099 - Ampang - Zuraida Kamaruddin (KEADILAN - penyandang)
P 100 - Pandan - Rafizi Ramli (KEADILAN)
P 101 - Hulu Langat - (PAS - belum diperolehi)
P 102 - Serdang - Teo Nie Ching (DAP - penyandang)
P 103 - Puchong - Gobind Singh Deo (DAP - penyandang)
P 104 - Kelana Jaya - Nik Nazmi Nik Ahmad (KEADILAN - bertukar dari DUN Sri Setia - belum disahkan)
P 105 - Petaling Jaya Selatan - Hee Loy Sian (KEADILAN - penyandang)
P 106 - Petaling Jaya Utara - Tony Pua Kiam Wee (DAP - penyandang)
P 107 - Subang - Sivarasa Rasiah (KEADILAN - penyandang)
P 108 - Shah Alam - Khalid Samad (PAS - penyandang)
P 109 - Kapar - (KEADILAN - belum diperolehi)
P 110 - Klang - Charles Anthony Santiago (DAP - penyandang)
P 111 - Kota Raja - Dr Siti Mariah Mahmud (PAS - penyandang)
P 112 - Kuala Langat - (KEADILAN - belum diperolehi)
P 113 - Sepang - (PAS - belum diperolehi)

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan (13 kerusi)

P 114 - Kepong - (DAP - belum diperolehi)
P 115 - Batu - Tian Chua (KEADILAN - penyandang)
P 116 - Wangsa Maju - Dr Tan Kee Kwong (KEADILAN)
P 117 - Segambut - Lim Lip Eng (DAP - penyandang)
P 118 - Setiawangsa - Ibrahim Yaacob (KEADILAN)
P 119 - Titiwangsa - Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi (PAS)
P 120 - Bukit Bintang - Fong Kui Lun (DAP - penyandang)
P 121 - Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar (KEADILAN - penyandang)
P 122 - Seputeh - Ong Kian Ming (DAP - belum disahkan)
P 123 - Cheras - Tan Kok Wai (DAP - penyandang)
P 124 - Bandar Tun Razak - Abdul Khalid Ibrahim (KEADILAN - penyandang)
P 125 - Putrajaya - Husam Musa (PAS - kekal bertanding di DUN Salor)
P 166 - Labuan - Ibrahim Menudin (KEADILAN) atau Hadnan Mohamad (PAS) - masih menunggu keputusan rasmi

Negeri Sembilan Darul Khusus (8 kerusi)

P 126 - Jelebu - Aiman Atirah Al-Junaidy (PAS)
P 127 - Jempol - Wan Aishah Wan Ariffin (PAS)
P 128 - Seremban - Teo Kok Seong (DAP - bertukar dari DUN Bahau)
P 129 - Kuala Pilah - Nazeri Yunus (KEADILAN - belum disahkan)
P 130 - Rasah - Anthony Loke Siew Fook (DAP - penyandang)
P 131 - Rembau - (KEADILAN - belum diperolehi)
P 132 - Telok Kemang - Kamarul Baharin Abbas (KEADILAN - penyandang - belum disahkan)
P 133 - Tampin - (PAS - belum diperolehi)

Melaka Darul Azim (6 kerusi)

P 134 - Masjid Tanah - (PAS - belum diperolehi)
P 135 - Alor Gajah - (DAP - belum diperolehi)
P 136 - Tangga Batu - Rahim Ali (KEADILAN)
P 137 - Bukit Katil - Shamsul Iskandar Md Akin (KEADILAN)
P 138 - Kota Melaka - Sim Tong Him (DAP - penyandang)
P 139 - Jasin - (KEADILAN - belum diperolehi)

Johor Darul Takzim (26 kerusi)

P 140 - Segamat - Dr Chua Jui Meng (KEADILAN)
P 141 - Sekijang - Julailey Jemadi (KEADILAN)
P 142 - Labis - (DAP - belum diperolehi)
P 143 - Pagoh - (PAS - belum diperolehi)
P 144 - Ledang - Hassan Karim (KEADILAN)
P 145 - Bakri - Er Teck Hwa (DAP - penyandang)
P 146 - Muar - Nor Hizwan Ahmad (KEADILAN)
P 147 - Parit Sulong - Khairuddin Abd Rahim (PAS - belum disahkan)
P 148 - Ayer Hitam - Hu Pang Chaw (PAS - belum diumumkan)
P 149 - Sri Gading - Mohd Khuzzan Abu Bakar (KEADILAN)
P 150 - Batu Pahat - Dr Idris Jauzi (KEADILAN)
P 151 - Simpang Renggam - Suhaizan Kaiyat (PAS)
P 152 - Kluang - Liew Chin Tong (DAP - bertukar dari parlimen Bukit Bendera)
P 153 - Sembrong - Onn Abu Bakar (KEADILAN)
P 154 - Mersing - Shahar Abdullah (PAS - belum diumumkan)
P 155 - Tenggara - Salleh Farmin (PAS - belum diumumkan)
P 156 - Kota Tinggi - Onn Jaafar (PAS - belum diumumkan)
P 157 - Pengerang - Anis Afida Mohd Azli (PAS - belum disahkan)
P 158 - Tebrau - Steven Choong Siow (KEADILAN)
P 159 - Pasir Gudang - Dr Ahmad Faidi Saidi (KEADILAN)
P 160 - Johor Bharu - Jen (B) Md Hashim Hussein (KEADILAN)
P 161 - Pulai - Salahuddin Ayub (PAS - bertukar dari parlimen Kubang Kerian)
P 162 - Gelang Patah - Lim Kit Siang (DAP - bertukar dari parlimen Ipoh Timur)
P 163 - Kulai - Yeo Tung Siong (DAP - belum disahkan)
P 164 - Pontian - Dayangku Intan Tengku Abd Hamid (KEADILAN - belum disahkan)
P 165 - Tanjong Piai - Mahdzir Ibrahim (DAP)

Sabah Negeri Di Bawah Bayu (25 kerusi)

P 167 - Kudat - Musalim Tanjul (KEADILAN)
P 168 - Kota Marudu - Anthony Mandiau (KEADILAN)
P 169 - Kota Belud - Saidil Simoi (KEADILAN - belum disahkan)
P 170 - Tuaran - Wilfred Bumburing (APS-KEADILAN - penyandang, keluar BN)
P 171 - Sepanggar - Dr Chong Eng Leong (KEADILAN - belum diumumkan)
P 172 - Kota Kinabalu - Dr Hiew King Chiew (DAP - penyandang)
P 173 - Putatan - Mazhry Nasir (KEADILAN - belum disahkan)
P 174 - Penampang - Darell Leiking (KEADILAN - belum disahkan)
P 175 - Papar - (KEADILAN - belum diperolehi)
P 176 - Kimanis - (KEADILAN - belum diperolehi)
P 177 - Beaufort - Lajim Ukin (PPPS-KEADILAN - penyandang, keluar BN)
P 178 - Sipitang - (KEADILAN - belum diperolehi)
P 179 - Ranau - Jonathan Yassin (KEADILAN)
P 180 - Keningau - (KEADILAN - belum diperolehi)
P 181 - Tenom - (KEADILAN - belum diperolehi)
P 182 - Pensiangan - (KEADILAN - belum diperolehi)
P 183 - Beluran - (KEADILAN - belum diperolehi)
P 184 - Libaran - (KEADILAN - belum diperolehi)
P 185 - Batu Sapi - (KEADILAN - belum diperolehi)
P 186 - Sandakan - (DAP - belum diperolehi)
P 187 - Kinabatangan - (KEADILAN - belum diperolehi)
P 188 - Silam - (KEADILAN - belum diperolehi)
P 189 - Semporna - (KEADILAN - belum diperolehi)
P 190 - Tawau - (DAP - belum diperolehi)
P 191 - Kalabakan - (KEADILAN - belum diperolehi)

Sarawak Bumi Kenyalang (31 kerusi)

P 192 - Mas Gading - (KEADILAN - belum diperolehi)
P 193 - Santubong - (KEADILAN - belum diperolehi)
P 194 - Petra Jaya - (KEADILAN - belum diperolehi)
P 195 - Bandar Kuching - Chong Chein Jen (DAP - penyandang, juga penyandang DUN Kota Sentosa)
P 196 - Stampin - Dr Tang Sie Hing (DAP)
P 197 - Kota Samarahan - Dr Ramblam Rahmat (KEADILAN)
P 198 - Mambong - Willie Monggin (KEADILAN)
P 199 - Serian - Edward Andrew Luak (DAP - belum disahkan)
P 200 - Batang Sadong - Adam Ahid (PAS - belum disahkan)
P 201 - Batang Lupar - Zulkifli Abang Engkeh (KEADILAN)
P 202 - Sri Aman - Nicholas Mujah (KEADILAN)
P 203 - Lubok Antu - Nicholas Bawing Anggat (KEADILAN)
P 204 - Betong - Edison Tinggi (KEADILAN - belum diumumkan)
P 205 - Saratok - Ali Biju (KEADILAN - juga penyandang DUN Krian)
P 206 - Tanjong Manis - (KEADILAN - belum diperolehi)
P 207 - Igan - (KEADILAN - belum diperolehi)
P 208 - Sarikei - Andrew Wong Lin Biu (DAP)
P 209 - Julau - Andy Wong Hong Yu (KEADILAN)
P 210 - Kanowit - Thomas Laja (KEADILAN)
P 211 - Lanang - Alice Lau Kiong Yieng (DAP)
P 212 - Sibu - Oscar Ling Chai Yew (DAP)
P 213 - Mukah - Hai Merawin (DAP)
P 214 - Selangau - Joshua Jabeng (KEADILAN)
P 215 - Kapit - Ramli Malaka (DAP - belum disahkan)
P 216 - Hulu Rajang - Abun Sui Anyit (KEADILAN)
P 217 - Bintulu - John Brian Anthony (DAP - belum disahkan)
P 218 - Sibuti - Mohamad Zaid @ Robby Tandang (PAS - belum disahkan)
P 219 - Miri - Lim Su Kien (DAP)
P 220 - Baram - Ronald Engan (KEADILAN)
P 221 - Limbang - Baru Bian (KEADILAN - juga penyandang DUN Ba'kelalan)
P 222 - Lawas - Dr Bob Langup (DAP)

Nota: Senarai ini belum muktamad melainkan sudah disahkan oleh pemimpin tertinggi parti masing-masing. Kami tidak bertanggungjawab jika ada kesilapan kerana senarai ini dikemaskini dari semasa ke semasa. 

PRU13 : CheguBard diumum bertanding DUN Sungai Acheh

chegubard3PULAU PINANG 10 APRIL: Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrul bakal bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Aceh pada PRU 13.
Pengumuman itu dibuat melalui kenyataan media Pengerusi KEADILAN Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman melalui emel pada jam 10.38 malam tadi.
“Sukacita saya mengumumkan KEADILAN meletakkan Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali CheguBard sebagai calon kerusi Sungai Acheh.
“Parti berharap pemilihan beliau ini akan membawa perubahan kepada DUN Sungai Acheh, seterusnya memenangkan Pakatan Rakyat,” kata Naib Presiden KEADILAN itu.
Sungai Acheh, satu daripada tiga DUN dalam Parlimen Nibong Tebal yang dimenangi BN melalui Datuk Mahmud Zakaria yang mengalahkan calon KEADILAN, Dr Azhar Ahmad dengan majoriti tipis iaitu 250 undi.

PRU13 : Fariz Musa lawan Najib Razak di Parlimen Pekan

farizPAHANG 10 APRIL: Datuk Sri Anwar Ibrahim mengumumkan Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN (MPP) Pusat, Fariz Musa sebagai calon melawan Datuk Seri Najib Razak di Parlimen Pekan.
Beliau yang juga Penyelaras badan bukan kerajaan (NGO) Jingga 13 rasmi diumum demikian pada program di Megaview Hotel, Kuantan, malam tadi.
Pada sidang media itu, Anwar berkata Fariz bergiat dalam kegiatan parti dan perjuangan reformasi sejak awal, selain seorang aktivis yang berkesan.
“Fariz banyak memperjuang isu berkaitan penyelewengan dasar, rasuah, malah beliau kemuka ratusan laporan polis yang belum diambil tindakan.
“Untuk Parlimen Pekan, tokoh pemuda yang kena berani kerana banyak gerombolan samseng di mana-mana sekarang,” katanya.
Pada 1999, pilihan raya umum selepas gerakan reformasi tercetus, Najib Razak nyaris tewas dan cuma menang dengan majoriti 241 undi, malah ada pendapat  menyatakan kemenangan itu hasil ‘peranan’ undi pos.
zakariaSelain Pakatan dan BN, Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13)  juga diuar-uar mahu meletakkan calon mahasiswa.
Ketua Umum KEADILAN itu turut menamakan seorang lagi MPP KEADILAN, Zakaria Abdul Hamid bagi merampas kerusi Parlimen Bera yang disandang Datuk Ismail Sabri Yaacob dari Umno BN.
Kata Anwar, Zakaria, seorang jurutera yang menerima latihan di New Mexico dan California, pernah memimpin MPN Pahang dan menjadi Timbalan Pengarah Pilihan raya KEADILAN Pusat.
Calon KEADILAN yang sudah diumum bertanding di Pahang ialah Datuk Fauzi Abdul Rahman (Indera Mahkota), Fuziah Salleh (Kuantan), Murnie Hidayah Anuar (Paya Besar).