Isnin, 8 April 2013

Rahman Maidin: Ceramah Umum Pakatan Harapan Rakyat

Bicara Minda: Hadi Awang kupas 'Negara Berkebajikan' Bahagian 5

Bicara Minda: Hadi Awang kupas 'Negara Berkebajikan' Bahagian 4

Bicara Minda: Hadi Awang kupas 'Negara Berkebajikan' Bahagian 3

Bicara Minda: Hadi Awang kupas 'Negara Berkebajikan' Bahagian 2

Bicara Minda: Hadi Awang kupas 'Negara Berkebajikan' Bahagian 1

BN Masuk BN : 300 ahli PKR Cabang Indera Mahkota meninggalkan parti (Utusan Fitnah)...Indera Mahkota Tak Pernah Ada Ketua Cabang Dari Kaum India...!!!!

Adnan Yaakob (lima kanan) bersama M.Ramesh (tengah) dan sebahagian masyarakat kaum India yang juga bekas ahli PKR bergambar sambil menyanyikan lagu 1 Malaysia pada majlis Jalinan Mesra Bersama Menteri Besar di Dewan Wisma Belia, Kuantan, semalam. 
 
KUANTAN 7 April - Seramai 300 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Indera Mahkota berikrar meninggalkan parti itu kerana hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan tertinggi PKR.
Bekas Ketua Cabang PKR Indera Mahkota, M. Ramesh yang mewakili kumpulan itu berkata, tindakan tersebut dibuat kerana parti terbabit sememangnya tidak menjanjikan masa depan yang cerah kepada ahli-ahlinya, apatah lagi masyarakat secara keseluruhan.
"Sejak menyertai PKR pada 1999, hanya janji yang ditabur tetapi satu pun tidak ditunaikan terutama kepada masyarakat India.
"Bagaimanapun, berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengotakan apa yang dikata terutama dalam membela nasib rakyat tanpa mengira kaum," katanya semasa melafazkan ikrar di hadapan kira-kira 1,000 masyarakat India dalam sebuah majlis anjuran Kelab Pembangunan India Kuantan di sini hari ini.

Dikir Jen Endero : Demo Tok Reti....

GE13 : What's at Stake? Hangout with Dato'Ambiga and Tan Sri Simon Sipaun

Halim Salleh: Ceramah Umum Pakatan Harapan Rakyat

DR MAZSLEE MALIK-Yg Atasan Merompak Harta Negara Yg Bawahan Mencuri Harta Sesama


PRU13: Polis Terengganu tumpu kawasan 'berisiko berlaku kekecohan'

SETIU - Polis Terengganu menumpukan kawalan keselamatan di kawasan yang dikenal pasti sering berlaku kekecohan pada pilihan raya umum sebelum ini, kata Ketua Polis Negeri, Datuk Jamshah Mustapa.

Beliau berkata, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mencetuskan kekecohan yang boleh mengganggu kelicinan proses pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dan menjejas ketenteraman awam.

Katanya pada pilihan raya umum sebelum ini terdapat kes penyokong parti termasuk daripada Barisan Nasional (BN) ditahan atas dakwaan mencetuskan kekecohan.

PRU13 :Nambikei..yakinlah BN rayuan Najib kepada kaum India


PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi meminta masyarakat India supaya meletakkan kepercayaan atau 'nambikei' (yakin) dalam bahasa Tamil terhadap Barisan Nasional (BN) untuk memberi harapan yang lebih baik kepada masa depan mereka.
Perdana menteri berkata keyakinan masyarakat India terhadap agenda transformasi beliau adalah penting kerana undi masyarakat India boleh menjadi penentu pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.
Katanya sejak empat tahun beliau memegang tampuk pentadbiran negara, banyak program yang dilakukan untuk memberi pembelaan kepada kaum India, dan berharap masyarakat itu terus memberi mandat kepadanya.
"Berdasarkan nambikei, kita bukan sahaja dapat meneruskan program-program, tetapi dapat meningkatkannya lagi supaya masyarakat kaum India mendapat pembelaan yang lebih baik pada masa yang akan datang," katanya.
Najib berkata demikian dalam wawancara khas program 'Helo Malaysia' versi Tamil malam ini terbitan BernamaTV di saluran Astro502.

PRU13 : Cara Membalas SPAM SMS Politik Yang Menjengkelkan dari UMNO@BN

Sejak dua menjak ini kami asyik menerima SMS politik yang menjengkelkan. Inilah cara menjawab SMS tinja ini!


Bangkrap & Muflis : Manifesto BN (Harga Kereta Turun 20%-30%) VS Manifesto PR (Cukai Turun 20% Setahun)

harga kereta turun
Dalam manifesto Pakatan Rakyat sebelum ini ada dibentangkan cadangan dan pelan untuk mengurangkan harga kereta sedikit demi sedikit setiap tahun sebanyak 20% melalui pengurangan cukai eksais yang berada di bawah kuasa kerajaan Malaysia.
Macam-macam reaksi yang kita dengar di mana satu cadangan yang tidak terfikir dan tidak terjangkau dek akal semenjak dilancarkan kereta buatan Malaysia yang pertama Proton sekitar 90an dahulu….
Ada kalangan kalangan rakyat Malaysia yang memberikan ruang dan peluang kepada dirinya untuk mendengar penjelasan dan penerangan mengenai dasar penurunan harga kereta di Malaysia ini. Dan ada juga yang membantah sekeras-kerasnya tindakan Pakatan Rakyat yang mahu menurunkan harga kereta di Malaysia.
Tun Dr. Mahathir pernah meluahkan kerisauannya tentang sikap bangsa Melayu amnya semasa mendeklamasikan sajaknya di Perhimpunan Agung UMNO tahun 2001 yang bertajuk “Melayu Mudah Lupa”. Alhamdulillah selepas lebih 10 tahun berlalu, kami melihatkan bangsa Melayu tidak mudah lupa lagi dan semakin celik dengan berlaku evolusi perkongsian maklumat di Internet sekarang ini yang berlaku dengan pantas.
Ini kerana berbalik kepada kenyataan demi kenyataan serta reaksi spontan yang dikeluarkan daripada kalangan pemimpin sejurus keluarnya cadangan mahu menurunkan harga kereta daripada pihak pembangkang. Kami sempat simpan beberapa kenyataan pemimpin sebelum ini untuk dijadikan rujukan.
Antara sebab, kalangan pemimpin yang risau disebalik pengumuman Pakatan Rakyat yang mahu menurunkan harga kereta antara lainnya ialah :
  1. rakyat bakal muflis
  2. tidak praktikal
  3. kesesakan lalu lintas
  4. rencat usaha kerajaan
  5. tidak rasional
  6. mekanisme PR mengelirukan

Harga Kereta Turun : Rencat Usaha Kerajaan

Kenyataan Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda UMNO Malaysia)
harga kereta turun
Sumber : Utusan Malaysia

Harga Kereta Turun : Cadangan Tidak Rasional!

PRU13 : MANIFESTO BN "AKU JANJI" OLEH NAJIB RAZAK....

 

KAJIAN AKHBAR SINAR HARIAN DAPATI 85% LEBIH YAKIN DENGAN MANIFESTO PAKATAN RAKYAT!!


Pergh!!! Kalaulah Najib Razak dan seluruh kepimpinan UMNO terutamanya Mursyidul Am UMNO, Tun Dr Mahahthir Mohamad tahu akan hasil kaji selidik yang dijalankan oleh Akhbar Sinar harian ini sudah pasti mereka akan menjadi tidak tentu arah...

Maunya tidak beb!!!! lebih 180 minit disiarkan secara langsung disemua setesen TV dengan ulasan-ulasan membodek tinggi bertingkat-tingkat oleh para pembodek sebaik saja tamat pembentangan manifesto dibuat, namun hasilnya adalah ciput saja.

Sekitar 15% rakyat sokong, terpukau, kagum, terpikat dan tersilau dengannya.

Bukti jelas.. Rakyat sudah bangkit mau melakukan perubahan...Buatlah apa saja pun...Fitnahlah sekuat-kuatnya.. Tuduhlah segarang mana pun.. Rakyat tetap bangkit untuk tumbangkan UMNO/BN pada PRU 13 nanti...TAKBIR!!!!!

PRU13: Pengundi Permatang Pauh akan pastikan " Papagomo Raja Video Sex " hilang deposit

PERMATANG PAUH 8 APRIL: Hasrat Papagomo bertanding sebagai calon bebas menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh akan menjadi mimpi ngeri kerana pengundi Parlimen itu mahu pastikan penulis blog upahan Umno tersebut bakal kehilangan deposit.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Permatang Pauh, Amir Md Ghazali menyifatkan, Wan Muhammad Azri Wan Deris yang dirujuk sebagai Papagomo hanya boneka Umno BN yang kerap dikait dengan paparan lucah khususnya memfitnah Ketua Umum KEADILAN.
“Papagomo dari segi moralnya tiada kredibiliti. Dia bekas polis perasuah dan boneka Umno.
“Kalau betul dia mahu bertanding, kami di Permatang Pauh akan dedahkan siapa sebenarnya alat Umno ini,” kata Amir kepada Keadilan Daily.
Polis pada 28 Mac lalu mengesahkan identiti Azri sebagai bekas anggota yang pernah disabit kesalahan rasuah.
Mengikut kenyataan media polis, Azri pernah bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang antara 1 Julai 2002 hingga 30 November 2004 sebagai seorang konstabel, sebelum ditangkap.
Beliau kemudian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang Jaya pada 31 Oktober atas kesalahan jenayah yang tidak dinyata dalam kenyataan berkenaan.

PRU13: Ayam menang, kampung tergadai?


Tindakan HRP akan menyebabkan undi PR berpecah dan BN untung. (Komik dari akhbar Sin Chew)
PILIHAN RAYA Umum Ke-12 (PRU-12) membuktikan kerjasama utuh antara PKR, DAP dan PAS sehingga mampu mendapat kepercayaan serta keyakinan pengundi di beberapa negeri yang sebelum itu dianggap “deposit tetap” bagi Barisan Nasional (BN).
Malah, majoriti pengundi di negeri Perak juga memilih Pakatan Rakyat (PR) tetapi “dirampas” oleh BN menggunakan undang-undang. Saya percaya bahawa para pengundi di negeri kelahiran saya sudah lebih bersiap-sedia menjelang PRU-13 bagi memastikan pisang tidak berbuah dua kali.
Kerjasama dan semangat kebangsaan yang ditunjukkan oleh PKR, DAP dan PAS dalam PR tentu sahaja menimbulkan perasaan iri hati dalam kalangan orang luar, khususnya “penyokong” BN. Hal ini adalah berasas kerana kerjasama dan ikatan yang wujud dalam BN secara terang-terangan memberi lebih banyak kuasa dan hak veto kepada UMNO manakala MIC, MCA, Gerakan, PPP dan sebagainya kurang berhak membuat kata putus.
Penelitian terhadap sejarah pembentukan parti-parti dalam BN – dahulu dikenali sebagai Perikatan – akan membuktikan realiti ini yang boleh dipertikaikan tetapi tidak boleh dinafikan. Kecuali tentulah dalam buku-buku teks Sejarah di sekolah memandangkan ia ditulis berdasarkan apa yang mahu disogokkan kepada generasi muda yang masih mentah.
Selepas membuktikan kemampuan mentadbir negeri Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah (serta Perak selama hampir setahun), PR pasti sahaja sedang bersiap-sedia melebarkan sayapnya ke negeri-negeri lain menjelang PRU-13.
BN juga terbukti sudah menyedari hakikat bahawa majoriti penduduk di negeri-negeri yang ditadbir PR berpuas hati dengan apa-apa yang dinikmati sejak 2008. Memanglah akan ada suara-suara sumbang di sana sini tetapi keadaan seperti itu adalah lazim dan lumrah.
Cuba kita berfikir secara logik: Pelbagai masalah gagal ditangani oleh BN yang memerintah sesebuah negeri selama lebih 50 tahun. Masakan kita boleh mengharapkan PR menyelesaikan masalah yang sama dalam masa lima tahun. Kita tidak perlu belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris untuk memahami perkara itu.

PRU13: DAP beri amaran lambakan hutang dan rasuah BN bakal mufliskan Malaysia

IPOH, 8 APRIL: Malaysia bakal muflis jika kerajaan Barisan Nasional (BN) terus memerintah negara walaupun manifesto mereka dilihat meniru beberapa ciri daripada Manifesto Pakatan Rakyat yang diumum lebih awal.
Timbalan Setiausaha Agung DAP, Datuk Ngeh Koo Ham, berkata ini kerana tindakan gelojoh dan tidak bertanggungjawab Presiden BN, Datuk Seri Najib Razak menambah beban hutang negara yang kini mencatat rekod tertinggi dalam sejarah dan tambah merungsingkan apabila kerajaan BN sambil lewa membanteras amalan rasuah dan salah guna kuasa dalam pentadbiran mereka.
“Kita perlu selamatkan Malaysia daripada muflis. Dia (BN) menambah RM50 bilion hutang negara setiap tahun dan kini mencecah sekitar RM502 bilion,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, jika keadaan ini berterusan tanpa menangani rasuah dan salah guna kuasa dengan bijak, kemungkinan Malaysia akan muflis pada 2019 bukan sesuatu yang mustahil.
“Pembayaran semula hutang negara adalah RM22.3 bilion setahun dan ia akan ambil masa 40 tahun untuk menyelesaikan semua hutang itu.

PRU13: BN tandus modal politik, DAP mahu tamatkan politik perkauman


KLUANG, 8 APR: DAP mahu menamatkan politik momokan kaum dan agama kerana hakikat pilihan raya umum di negara ini adalah perang terhadap rasuah dan salah guna kuasa yang sudah lama menjadi barah terhadap negara dan masyarakat.
Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong berkata, untuk merealisasikan hasrat Malaysia yang telus, berintegriti dan adil, rakyat Malaysia harus menamatkan riwayat kerajaan BN dan memberi mandat kepada Pakatan Rakyat (PR) sebagai kerajaan baru.
“Kita (kerajaan negeri PR) terbukti konsisten dan komited memperjuangkan keadilan, ketelusan dan integriti. Kita mempunya rekod baik. Tiada siapa dapat menafikannya,” katanya dalam satu ceramah, di sini, malam tadi.
Beliau yang juga calon DAP bagi Parlimen Kluang berkata, disebabkan itu, BN sentiasa mencari jalan menimbulkan keraguan rakyat terhadap kelebihan PR dengan pelbagai fitnah dan tohmahan yang tidak masuk akal.

PRU13: DAP bongkar kempen jahat “pihak lawan” gantung sepanduk mengelirukan


SUBANG JAYA, 8 APR: Sepanduk haram iaitu ‘Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang bakal jadi Perdana Menteri Malaysia’ dan ‘DAP mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri’, adalah antara yang dipasang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya.
Sepanduk haram yang menimbulkan tanda tanya itu terbongkar apabila sekumpulan petugas PAS berjaya menahan empat pekerja upahan yang sedang melaksanakan tugas suruhan orang atasan mereka.
Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata, sepanduk itu didapati mula dinaikkan pada 6 dan 7 April lalu dan tidak menolak kemungkinan bermotif menimbulkan kekeliruan dan menakut-nakutkan orang ramai.
“Sehingga hari ini, sebanyak 96 tempat dipasang dengan sepanduk seperti itu dan DAP dengan kerjasama PAS dan PKR berjaya menurunkan 50 daripadanya.
“Mengapa BN dan MCA Kelana Jaya terlalu takut kepada bendera kita? Mereka sepatutnya perlu takut kepada kuasa rakyat,” jelasnya pada satu sidang media, hari ini.

PRU13: Anak muda Terengganu perlu buat perubahan


KUALA LUMPUR: Ternyata bekas MB Terengganu pasca pembubaran parlimen dan Dun keseluruhannya masih menggunakan taktik politik lapuk iaitu politik ugut.
“Apa yang mengecewakan kami adalah sikap angkuh dan berdolak dalik Ahmad Said yang masih menggunakan kuasanya menyekat hak mahasiswa untuk mendapatkan pembiayaan pendidikan sama ada dalam bentuk pinjaman mahupun biasiswa,” kata Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, Safwan Anang dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Mewakili mahasiswa dan anak negeri Terengganu saya tampil kali ini bagi membidas sikap angkuh dan sombong Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said. Terbaru seminggu yang lalu beliau telah menerima anugerah Bapa Tranformasi Terengganu Anjung Ilmu dalam sebuah majlis iaitu Majlis Apresiasi dan Resepsi Kecemerlangan Pendidikan Terengganu negeri Anjung Ilmu yang berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak.

Memetik apa yang diucapkan beliau semasa majlis berkenaan adalah berbunyi: "Komitmen dan kesungguhan kepimpinan kerajaan negeri telah mengangkat martabat pendidikan negeri dan berada di tangga teratas khususnya dalam keputusan peperiksaan awam di negara ini.

PRU13: PAS Pulau Pinang umum calon 10 April


PULAU PINANG: PAS Pulau Pinang akan mengumumkan calon yang bertanding di enam Dewan Undangan Negeri (Dun) dan dua parlimen dalam PRU13 nanti pada 10 April ini.

Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Saleh Man memberitahu pengumuman itu dibuat pada jam 9.00 malam di Markaz Besar Negeri di Pongsu Seribu, Kepala Batas.

"PAS Pulau Pinang berharap rakyat akan memberikan undi sebanyak mungkin kerana kemenangan PAS akan melonjakkan lagi prestasi dan kedudukan PAS bersama kepimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat yang akan dibentuk kelak," tegasnya.

Pada Pilihan raya Umum Ke-12 lalu, PAS Pulau Pinang bertanding lima kerusi Dun dan dua parlimen.

Dun yang bertanding kali ini ialah Penaga, Sungai Dua, Permatang Berangan, Permatang Pasir, Bayan Lepas dan Sungai Acheh manakala parlimen pula ialah Tasek Gelugor dan Kepala Batas.

PRU13 : Syed Anis prihatin warga miskin pinggir bandar


KUANTAN: Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kuantan, Syed Anis Syed Hussain, 46, yang dipilih mewakili PAS bertanding di Dewan Undangan Negeri (Dun) Inderapura pada Pilihan raya Umum ke-13 nanti bertekad untuk membantu dan membela penduduk miskin di pinggir bandar.
Lulusan Universiti Al-Azhar Mesir dan IAIN Indonesia itu berkata, terdapat ramai penduduk setinggan dan miskin sehingga tidak bertanah akibat kurang diambil perhatian oleh pihak kerajaan.

Katanya, antara tempat yang terbabit dengan putaran ganas kemiskinan itu termasuklah sepanjang Sungai Kuantan di Tanjung Punai, Kampung Pahang, Soi dan Charok Paloh.

“Sepanjang beberapa tahun saya meninjau bersama PAS, didapati nasib penduduk tidak banyak berubah seperti ketiadaan tanah lot rumah, sumber ekonomi dan kebersihan walaupun berada di pinggir bandar besar ibu negeri Pahang ini.

Ops Daulat: Police intercepted 32 gunmen heading for Sabah

PRU13: Yen Yen sah digugurkan sebagai calon MCA di Raub apabila Datuk Ariff Sabri jadi calon DAP.....

KUALA LUMPUR, 8 April  - MCA hari mengesahkan Datuk Seri Ng Yen Yen (gambar) telah digugurkan daripada senarai calon Raub, kerusi parlimen yang disandangnya selama tiga penggal.
Menteri pelancongan tersebut antara tiga nama dalam senarai awal parti yang dicadangkan sebagai calon, kata ketua MCA Raub Datuk Seri Lam Kang Sang hari ini.
Walau bagaimanapun Lam berkata senarai kedua yang telah dibincang dengan perdana menteri tidak mempunyai nama Ng, lapor laman sesawang akhbar Sin Chew Daily tengahari ini.
Lam berkata telah bertemu dengan Datuk Seri Najib Razak sebanyak dua kali dan perdana memberi isyarat jelas mereka perlu meletak “calon boleh menang”, menyebabkan bahagian parti terpaksa menggugurkan nama naib presiden tersebut.
Sabtu lepas, Nanyang Siang Pau melaporkan MCA Raub berkemungkinan meletak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bilut Datuk Ho Khai Mun di Raub.
Cubaan The Malaysian Insider menghubungi Ng menemui kegagalan.
Ng sebelum ini menewaskan calon DAP di Raub, memenangi dengan 9,822 majoriti pada 2004 tetapi pada 2008 memperoleh majoriti lebih kecil sebanyak 2,752 undi pada Pilihan Raya 2008.

PRU13: Negara Kebajikan Perlu Pastikan Kekayaan Diuruskan Tanpa Ketirisan


SHAH ALAM, 8 APR : Sebuah negara berkebajikan disifatkan bukan hanya memberi bantuan kepada rakyatnya, tetapi perlu merangkumi bagaimana kekayaan diuruskan bagi memastikan amalan rasuah dan ketirisan tidak berlaku.
Menurut Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang beliau tidak pernah menafikan sumbangan Kerajaan Umno-BN untuk membantu rakyat.
hadi awang bicara sinar 01Namun pelaksanaan program seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) masih gagal membuktikan kecekapan parti itu mengurus dana rakyat dengan baik.
Menurut Abdul Hadi, ini kerana pemberian BR1M yang bersifat ‘one off’ hanya untuk meraih undi dan sokongan rakyat, bukannya mahu membebaskan rakyat daripada kemiskinan.
“Negara berkebajikan merujuk kepada konsep keadilan dan kehaksamarataan pemimpin terhadap rakyatnya tanpa mengira kaum mahupun agama.
“Hasil negeri itu mesti diagihkan kepada rakyat supaya kekayaan tidak berpusing kepada orang yang sama.
“Saya tidak menafikan bahawa apa yang dibuat kerajaan sekarang ada kebajikannya, tetapi yang menjadi pertikaian di sini ialah bagaimana wang rakyat itu diuruskan,” katanya dalam program Bicara Minda : Negara Berkebajikan Persepsi dan Realiti di Kompleks Karangkraf, hari ini.

Lahad Datu : 32 lelaki bersejata dari Filipina ditahan

Tiga puluh dua individu yang menaiki sebuah bot ditahan di perairan Sabah, kira-kira 12 batu nautika dari Tambisan, Lahad Datu awal pagi ini.
Pasukan keselamatan turut merampas pelbagai senjata seperti senjata api, barong dan kapak serta beberapa dokumen yang dibawa kumpulan lelaki itu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata setakat ini kesemua mereka ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

"Kami belum mengenal pasti bangsa mereka," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kota Kinabalu, di Kota Kinabalu hari ini.

Beliau berkata bot yang dikenali sebagai 'kumpit' yang dinaiki kumpulan lelaki itu ditunda ke Sandakan untuk siasatan lanjut.

Manifesto Rakyat : BN kata akan bankrap, tapi ciplak pula..ha..ha.ha..


KUALA LUMPUR: Sejak Pakatan Rakyat melancarkan manifestonya pada 25 Februari 2013, para pemimpin Umno-BN telah menyerang bahawa tawaran pembangkang akan menyebabkan negara muflis.

Tapi, Sabtu lepas, BN melancarkan manifesto yang hampir sama dengan apa yang ditawarkan pembangkang.

Rakyat, terutamanya anak-anak muda dan warga internet terus menuduh BN menciplak manifesto PR dengan hanya mengubah ayat-ayat supaya tidak kelihatan sama.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menunjukkan sembilan perkara yang diciplak oleh Barisan Nasional dari manifesto Pakatan.

Ia termasuklah menaikkan royalti minyak kepada negeri-negeri pengeluar minyak dari 5 ke 20 peratus, penurunan harga kereta dan juga lebuhraya di Sabah dan Sarawak.

PRU13 :Aziz Bari yakin Sabak Bernam paling berpotensi dimenangi Pakatan

Aziz Bari 02KUALA LUMPUR 7 Apr:  Calon KEADILAN di Parlimen P092 Sabak Bernam, Profesor Dr Abdul Aziz Bari yakin Pakatan Rakyat mempunyai peluang cerah untuk menang di kerusi itu dalam Pilihan Raya Umum ke 13.
Menurut Aziz, sokongan pengundi terhadap Pakatan Rakyat di Sabak Bernam berada di kedudukan ‘nombor satu di Selangor dan nombor 10 di Malaysia’.
“Umno-BN menang kurang daripada 10 peratus pada pilihan raya umum 2008. Undi mereka menurun sebanyak 9.7 peratus berbanding 2004.
“Sabak Bernam lebih cerah dari segi peluang, hatta kalau dibanding dengan Pandan dan Sepang,” kata bekas pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa itu.
Ini adalah kali pertama Aziz bertanding  pilihan raya, dalam usaha menempatkan dirinya sebagai wakil di  institusi perundangan tertinggi negara.
Pakar perlembagaan yang tidak asing dalam dunia akademik ini berkata, gerak kerja dan persiapan kempen pilihan raya bagi menawan P092,  telah dimulakan sejak berbulan lalu.
“Alhamdulillah, gerak kerja lancar. BN cuma nampak hebat dari segi pasang bendera sahaja. Program mereka cuma sampaikan BR1M  (Bantuan Rakyat 1Malaysia). Itu pun kecoh, rakyat dihina macam duit itu duit poket mereka (Umno BN),” kata Aziz.

PRU13 : Apa Kata Rakyat Mengenai Status Pengundi Meragukan?

Anwar Ibrahim: Ceramah & Pengumuman Calon PKR Perak

DS Anwar Ibrahim mengimamkan Solat Maghrib di Masjid Kg Pulau Pisang Kedah

Margaret Thatcher, Iron Lady, Dead at 87

PRU13: 4 Lelaki Ditahan Naik Kain Rentang Fobia Islam - BULETIN 13

PRU13: Perbezaan Presepsi Negara Berkebajikan Dari Konsep Pemahaman Sains Barat & Ajaran Islam

Royalti: Kelantan juga sebahagian Malaysia - Hadi

PRU13 : Lepas 50 tahun baru UMNO@BN jumpa cara turun harga kereta

GE13 : Father decries disabled son's clandestine voter registration

PRU13: Rumah orang-orang tua jadi Bilik Gerakan BN

PRU13 : Umno@Bn cuba halalkan salah guna premis awam

GE13 : Info Dept vehicles used at BN event

Cincin RM24J: Mengapa Plot Hadir Selepas Hampir 2 Tahun?

Berikutan kemunculan sebuah wawancara mengenai cincin berlian RM24 juta, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini menegaskan bahawa kredibililti wawancara tersebut sangsi dan mencurigakan.

Terdapat beberapa perkara yang menjadi persoalan ekoran 'cubaan' untuk menutup persepsi besar namun dilihat menimbulkan lebih banyak polemik, antaranya;

1. SAMM pada awalnya mempersoalkan mengapa nama Datin Paduka Rosmah Mansor tertera dalam borang kastam K1, menjadi satu bukti yang tidak mampu disangkal. Namun mengapa penafian pertama rosmah pada 29 Julai 2011, tidak digunakan ruang ini untuk menjelaskan perihal sebenar? Rosmah hanya nafi tanpa penjelasan.

2. Mengapa pihak syarikat pengeluar membuat kenyataan berbentuk video hanya setelah hampir dua tahun isu 'cincin Imelda Rosmah RM24 juta' menggemparkan negara? Mengapa begitu lama masa diambil? Dua tahun adalah tempoh yang sangat lama untuk menjawab satu dakwaan serius.

PRU13: Pastikan kerajaan baru dipilih berkualiti - TG Nik Aziz

GUA MUSANG: Seperti juga projek tanam semula, dalam tempoh 25 tahun pokok getah dan sawit perlu ditebang dan diganti pokok baru. Bagi meningkatkan hasil, benih yang ditanam perlu lebih berkualiti.

“Begitu juga hayat kerajaan akan berakhir dalam tempoh lima tahun. Jadi kerajaan yang dipilih mesti mampu memberi pulangan hasil sehingga boleh dibawa ke akhirat kelak,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berucap merasmikan perletakan batu asas pembinaan Pejabat Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) bersebelahan tapak pasar minggu di sini hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, Ketua Jajahan Gua Musang, Mat Jusoh Hussin, ketua-ketua jabatan, Ketua Whip MDGM, Hussin Embong dan pemimpin masyarakat.

Menteri Besar berkata, kerajaan pun ada tempoh hayatnya setiap lima tahun sekali, seperti juga pokok getah dan sawit perlu ditanam semula selepas 25 tahun.

PRU13 : Manifesto Ciplak BN sudah terlewat mahu bela rakyat



KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa kesal kerana Umno BN sanggup meniru Pakatan Rakyat dalam manifesto mereka.

Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor, pembentangan manifesto BN memperlihatkan BN benar-benar kekeringan idea serta kontang isu untuk ditawarkan kepada rakyat.

Malah, katanya mereka tidak merasa malu dicemuh oleh rakyat  kerana meniru idea PR, asalkan boleh mendapat undi daripada rakyat.

Beliau berkata, antara idea yang paling besar ditiru oleh BN adalah menurunkan harga kereta 20-30% secara berperingkat, menyeragamkan harga barang keperluan asas di antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak, memperkenalkan skim sewa dan milik untuk perumahan rakyat, memberikan permit teksi individu, serta mengurangkan bayaran tol secara berperingkat-peringkat.

Bahkan, ujarnya menurut pengkaji politik, terdapat 22 perkara diciplak langsung oleh BN melalui PR.

PRU13 : Bekas pegawai risik PDRM sertai PAS

BATU GAJAH: PAS mendapat satu lagi ahli daripada bekas pegawai tinggi kerajaan, kali ini Bekas Pegawai Risik PDRM Pulau Pinang, Syed Hassan Syed Ali menyertai yang PAS semalam.

Borang keahliannya diserahkan kepada AJK PAS Pusat, Datuk Seri Ir Nizar Jamaludddin dalam satu majlis Minum Petang di Markas PAS Batu 1, Batu Gajah, dekat sini.

Beliau yang berkhidmat lebih 30 tahun dalam PDRM adalah tokoh yang disanjungi oleh masyarakat kawasan “kubu kuat Umno” itu dan kemasukannya ke dalam PAS sekaligus akan memberi kesan kepada Umno di situ.

Katanya, kemasukannya ke dalam PAS adalah atas kesedaran sendiri setelah melihat dasar perjuangannya.

“Hari ini 7 April genap umur saya 57 tahun dan secara rasminya saya mengisytiharkan menyertai perjuangan PAS,” katanya dalam ucapan ringkasnya dan disambut dengan laungan takbir para hadirin.

Umrah Najib Bernawaitu Politik Rupanya!!

Oleh Shahbudin Husin
Terdedahnya minit mesyuarat sebuah kumpulan pemikir yang diketuai oleh Alies Anor dan dibantu oleh Di Sidek Baba mengenai pelbagai perancangan, termasuk yang jahat untuk menewaskan Anwar dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum ini, secara tidak langsung mendedahkan sisi gelap Najib selaku pihak yang mahu dimenangkan, dalam berpolitik dan mahu terus berkuasa.

Dalam suatu mesyuarat yang diadakan pada perhujung 2012 sebagaimana yang terdapat dalam minit mesyuarat tersebut, antara perancangan yang dilakukan oleh kumpulan itu ialah menulis dan mengutuk Anwar melalui blog-blog, mengadakan sidang akhbar dengan kekerapan setiap hari bagi mendedahkan keburukan Anwar sebaik Parlimen dibubarkan, menerbitkan bahan bercetak dengan maksud yang sama uuntuk diedarkan ke kawasan pengundi Melayu, mengumpulkan seramai mungkin bekas pemimpin ABIM untuk menyerang Anwar, menggunakan bekas pemimpin PKR yang sudah melompat parti untuk mengadakan ceramah memburukkan Anwar, mewujudkan team baru diketuai Papagomo untuk merekacipta video seks yang melibatkan Anwar dan lain-lain pemimpin PR yang dihasilkan di luar negara dan pelbagai lagi.

PRU13 : Ahli Umno Kangar protes pencalonan Fathul Bari

Protes tersebut diadakan sejurus sebelum presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba bagi mempengerusikan mesyuarat khas majlis tertinggi Umno Khamis lalu.
KUALA LUMPUR: Belumpun diumumkan senarai calon BN, sekumpulan ahli dan pimpinan Umno bahagian Kangar mengadakan perhimpunan di depan ibu pejabat Umno di PWTC Khamis  lalu kerana membantah cadangan pencalonan ulamak muda, Fathul Bari Mat Jahaya sebagai calon BN bagi parlimen Kangar.
Perhimpunan tersebut diadakan sejurus sebelum presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba bagi mempengerusikan mesyuarat khas majlis tertinggi Umno.
Parlimen Kangar diwakili oleh bekas Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad.
Menurut sumber, empat bas bertolak dari Kangar pada malam Rabu untuk menyertai perhimpunan.
“Mereka bertegas menolak orang luar termasuk Fathul Bari sebagai calon Kangar  tidak kira siapapun yang memutuskannya,” kata sumber.

Konsep Islah menurut Saiyid Qutb

MENURUT Saiyid Qutb (anggota Ikhwan Muslimun selepas kematian Imam al-Banna), Islah dalam Islam mesti berpaksikan kepada generasi akan datang yang memiliki ciri-ciri kualiti yang khusus sama ada dalam kesedaran jati diri individu Muslim mahupun dalam aspek pendidikannya.

Generasi hadapan adalah mereka yang menolak untuk hidup dalam kepompong jahiliyah, menggunakan pendekatan ‘Uzlah Syu’uriyyah’ atau mengasingkan perasaan dalam membentuk ahli dengan segenap unsurunsur gerakan Islam yang bersepadu agar akhirnya bersifat haraki dalam segenap tindaktanduk, cara berfikir dan seumpamanya.
Menerusi buku Ma’alim fit Toriq (Petunjuk Sepanjang Jalan), Saiyid Qutb ada menegaskan; “Sesungguhnya Islam tidak membenarkan sama sekali pembahagian penyelesaian dengan sistem jahiliyah (Sekularisme, Kapitalisme, Nasionalisme, Sosialisme dan lain-lain), yang ada hanyalah dengan memilih Islam atau memilih sistem jahiliyah. Tidak ada pilihan setengah daripadanya adalah Islam dan setengah yang lain adalah jahiliyah. Apa yang ada hanyalah hukum Allah atau hukum jahiliyah, Syariah Allah atau syariah hawa nafsu.

SPR Kedah sedia 633 pusat mengundi pada PRU-13

ALOR SETAR, 8 April — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kedah menyediakan 633 pusat mengundi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
Pengarah Pilihan Raya Kedah Juhari Abd Rahman berkata pusat mengundi tersebut meliputi 588 sekolah, 15 tadika, sembilan dewan dan 21 bangunan yang disediakan di 15 kerusi Parlimen dan 36 Dewan Undangan Negeri (DUN), melibatkan 2,040 saluran.
Beliau berkata sebanyak 26 pusat mengundi di Parlimen Langkawi, Jerlun (32), Kubang Pasu (42), Padang Terap (28), Pokok Sena (51), Alor Setar (42), Kuala Kedah (50), Pendang (43).
“Di Parlimen Jerai pula sebanyak 49 pusat, Sik (29), Merbok (41), Sungai Petani (46), Baling (72), Padang Serai (41) dan Kulim-Bandar Baharu (41),” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Bandar Muadzam Shah di sini hari ini.
Katanya untuk pengundian awal yang melibatkan anggota polis dan tentera serta pasangan SPR menyediakan 24 pusat mengundi dengan 54 saluran.

PRU13: 'Kempen fitnah Anwar hanya aibkan diri' - Hadi


Abdul Hadi Awang

SHAH ALAM - Cubaan segelintir pihak menabur fitnah ke atas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang semakin hebat menjelang pilihan raya umum, dibidas sekutunya dalam Pakatan Rakyat.

Menjawab pertanyaan peserta Bicara Minda dan Sesi Dialog anjuran Sinar Harian hari ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tumpuan sepatutnya diberikan kepada usaha membangunkan negara dan kebajikan rakyat.

"Tidak elok menjadikan kempen ini gelanggang fitnah. Untuk tegakkan kebaikan rakyat, masa depan negara, itu penting. Sangat penting," tegas Hadi.

Bahkan menurut pemimpin utama Pas itu, budaya politik fitnah dalam siri kempen umpama meminggirkan dasar-dasar ekonomi dan pembangunan yang sepatutnya diutamakan.

"Yang fitnah ini hanya memalukan diri," ujar Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang.

PRU13 : Haram sokong pembangkang PRU13 kata Ulama UMNO kerana UMNO@BN luluskan pengunaan "Allah"...!!!

Golongan ulama pondok hari ini membuat satu deklarasi bahawa mengundi Pas dan PKR yang menentang Umno pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini adalah haram di sini Islam.
  
Pas dan PKR turut bertangungjawab melakukan jenayah paling besar terhadap umat Islam kerana membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam dan menyokong pluralisme agama.
  
Ketua Penerangan Pondok Minda, Kelantan, Harun Yahya berkata kenyataan bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP kebangsaan, Karpal Singh berkaitan isu itu jelas menunjukkan perjuangan mereka.
  
"Ini adalah agenda dan strategi Yahudi untuk menghancurkan Islam paling besar berlaku dalam sejarah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Persidangan Ulama-Ulama bersama Kepimpinan Pondok-Pondok/ Sekolah Agama Rakyat/Tahfiz al-Quran peringkat kebangsaan yang berakhir di sini.

GE13 : PR’s manifesto repackaged as BN’s ‘MONEYFESTO'

PAS has found at least nine items in BN’s manifesto launched over the weekend which are actually copied from the PR manifesto that was heavily criticised by BN leaders when unveiled in February.
PAS secretary general Mustafa Ali said BN had only change its wording.
“The most obvious is BN’s promise to pay more than 20 percent oil royalty to oil producing states,” he said.
He said BN used different terminology in its manifesto while replicating policies mooted by PR.
Other ‘promises’ copied from PR's manifesto are reduction of car prices, affordable housing, inter-state highspeed train, Sabah-Sarawak linkage highway, taxi permits and data consolidation for security purposes.
Last Saturday, BN chairman Najib Razak announced that Bantuan Rakyat 1Malaysia would be increased to RM1,200.
Themed “Rakyat Didahulukan” (People First) under the title “Menepati Janji Membawa Harapan” (A Promise of Hope), BN’s manifesto, whose launching was telecast live on all public channels including public-funded RTM, covers 17 areas including rural development, youth, education, corruption and crime.

PRU13 : Macai UMNO jerit bontot! bontot! ketika ayat Al Quran dibaca

MACAI upahan United Malays No Otak, Umno sambil membawa bendera Umno dan Barisan Nasional, meneruskan kempen lucah mereka di Johor baru-baru ini.

Dalam sebuah ceramah Anwar Ibrahim, macai-macai upahan ini menjerit bontot! Bontot! Bontot! berulang kali terutama ketika Datuk Seri Anwar membaca ayat Quran. Bagaikan orang kena rasuk hantu bontot mereka terjerit-jerit bagai orang gila.



Saksikan dan sebarkan rakaman video di bawah. Lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana akhlak dan perangai macai-macai upahan Umno ini. Pastikan keturunan anda jangan sampai jadi "macai" Umno. Hina!




ReJaM© "Kambeng pun jauh lebih mulia dari macai! Puihhh... "

PRU13 : Hadi sahkan ahli bukan Islam bertanding PRU 13 atas tiket PAS

SHAH ALAM, 8 April — Ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) disahkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini dengan menggunakan tiket PAS, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Presiden PAS itu berkata, parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu akan meletakkan calon daripada DHPP untuk menarik undi masyarakat bukan Islam kerana kebanyakan calon bukan Islam bertanding atas tiket PKR dan DAP.
“(Mereka) akan ada di mana-mana negeri, DHPP ada calon India, Cina, dan Iban.
“Masalah kita adalah kerana banyak bukan Islam adalah calon DAP dan PKR,” katanya ketika sidang media selepas majlis Bual Bicara di Kompleks Karangkraf di sini.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini dilaporkan berkata parti itu, melalui Majlis Syura telah membenarkan bukan Islam bertanding atas tiket parti itu.
“Ini kali pertama dalam sejarah kita calonkan DHPP. Kerusi itu (yang mereka tandingi) memang kerusi PAS maka mereka akan bertanding atas lambang parti,” kata Tuan Ibrahim.

PRU13: Kelemahan Kerajaan Umno-Bn Negeri Sembilan



1.Kronisme: Mohamad Hassan melantik abangnya sebagai Setiausaha Perhubungan Umno negeri sebaik sahaja menjadi Menteri Besar, menyebabkan pentadbiran Badan Perhubungan Umno negeri terganggu, sehingga menimbulkan kemarahan di kalangan ahli-ahli parti itu sendiri.

2.Kontraktor Kelas F sehingga Kelas S hanya mendapat tender daripada kronikroni pemimpin Umno-BN negeri sahaja.

3.Pembalakan haram hutan simpan, ditambah pula dengan RM10 juta yang dipungut daripada sebuah syarikat, tetapi akhirnya lesen syarikat itu pula yang ditarik balik.

4. Isu NFC jelas menunjukkan kegagalan Mohamad Hassan dan Kerajaan Umno-BN kerana dalam Projek NFC terdapat 5,000 ekar tanah di Negeri Sembilan yang terlibat, khususnya di Gemas, tetapi projek itu gagal.

5.Pajakan ke atas tanah Projek NFC itu cukup rendah iaitu hanya RM100,000 setahun dan ia hanya RM20 sahaja pajakannya bagi satu ekar sebulan, sehingga gagal menampung pendapatan negeri dan merugikan rakyat.

PRU13 : Senarai pembaziran UMNO@BN di Melaka

1Eye On Malaysia disita
Fitraco NV memfailkan saman pada Eom dan MST Ad Suria Sdn Bhd (MST Ad Suria) pada 15 September tahun lalu, selepas syarikat terbabit gagal melunaskan hutang pinjamannya sebanyak RM17 juta bagi menyewa dan membawa roda berkenaan ke Malaysia pada 2006.

Sebelum itu Kerajaan Negeri Melaka bersetuju untuk mengambil alih roda berkenaan setelah sebelum ini ianya beroperasi di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur dari 1 Januari 2007 hingga 31 Ogos 2008.
Kerajaan Negeri Melaka mempunyai kepentingan di dalam Eye On Malaysia ini menerusi Eom, sebuah syarikat usahasama yang ditubuhkan bersama MST Ad Suria. Kerajaan negeri diwakili Kumpulan Melaka Berhad (KMB). RM8 juta duit rakyat Melaka hangus disebabkan kelemahan dan kelalaian kerajaan negeri Melaka pimpinan Ali Rustam.

2Pusat Bowling Antarabangsa Melaka (MIBC) MIBC yang dirasmikan pada 1 Ogos 2009, yang terletak berdekatan MITC, Ayer Keroh yang mempunyai 52 lane telah menelan duit rakyat sebanyak RM15 juta.

3Projek Pulau Melaka Projek ini terdiri dari 4,387 unit rumah kediaman dan 4,180 unit separa perniagaan termasuk pusat pelancongan mewah, hotel serta pelbagai aktiviti pantai dengan kos yang bernilai RM1.46 bilion dan dilaporkan telah terjual sebanyak RM195.3 juta iaitu sebanyak 1,419 unit sehingga 31 Januari 2005.
Malangnya projek ini akhirnya menjadi projek gajah putih apabila sebahagian besar banguan yang dibina tidak siap dan tidak berpenghuni.

Anwar Ibrahim: Ceramah Merdeka Rakyat Di Lenggong Perak 04/04/2013

Ex-IGP: Enough evidence to reopen second SD probe

PRU13 : Pakatan sukar kerjasama dengan HRP - Khalid Samad

PRU13 : Amanah mengurus juga asas Berkebajikan - Hadi

PRU13 : Pengundi India tolak calon HRP di Kota Raja

Kebanyakan penyokong Hindraf di kawasan tersebut kecewa kerana kehadiran Uthayakumar hanya untuk memecah undi
SHAH ALAM: Hasrat pemimpin Parti Hak Asasi (HRP) P Uthayakumar untuk memiliki kerusi Parlimen Kota Raja tidak mungkin tercapai kerana majoriti pengundi India di situ menolak kepimpinannya.
Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Selangor S Letchumanan berkata, kebanyakan penyokong Hindraf di kawasan tersebut kecewa kerana kehadiran Uthayakumar hanya untuk memecah undi Pakatan Rakyat.
“Banyak penyokong naik marah dan koyak banner dia,” katanya dalam sidang media di Pejabat Parlimen Shah Alam di sini hari ini.
Menurut Letchumanan, Uthayakumar pernah meminta bantuan kepadanya menjadi orang tengah untuk meminta PAS memberikan kerusi Parlimen Kota Raja dan PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Andalas.
Katanya, Uthayakumar bertegas tidak mahu ke tempat lain kerana yakin beliau mampu menang hanya berdasarkan pengundi India.

PRU13 : Hadi tolak ‘tawaran’ jadi PM

Beliau lebih bersedia jadi khadam (orang suruhan) rakyat berbanding jawatan Perdana Menteri sekiranya itu yang dimahukan oleh majoriti rakyat.
SHAH ALAM: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak ‘pelawaan’ Barisan Nasional (BN) supaya menjadi Perdana Menteri jika mendapat  mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) 13 nanti.
Abdul Hadi berkata, beliau lebih bersedia jadi khadam (orang suruhan) rakyat berbanding jawatan Perdana Menteri sekiranya itu yang dimahukan oleh majoriti rakyat.
“Saya tak boleh mendahului rakyat…rakyat perlu menangkan calon (Pakatan Rakyat) terlebih dahulu baru boleh tahu siapa PM.
“Apa yang penting Perdana Menteri itu mestilah orang Islam yang diterima semua rakyat dan tiada masalah dengan orang kerajaan, Raja serta Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam sidang media selepas memberikan ucapan dalam wacana ‘Bicara Minda’ di Kompleks Karangkraf di sini tadi.
Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak semasa pelancaran manifesto pada Sabtu lalu melontarkan soalan cepu mas kepada rakyat tiga calon yang boleh dipercayai untuk menjadi Perdana Menteri – sama ada Hadi, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim atau dirinya sendiri.

Relax, Kit Siang: Gelang Patah fast dwindling into an Umno-BN INTERNAL QUARREL!

Something fishy is up! And the stink is coming from the south - Johor, to be precise. If DAP's Lim Kit Siang was congratulating himself for having caused a media storm when he switched seats to Gelang Patah, he has by now been overshadowed by news and speculation of why Umno's Ghani Othman - the Johor chief minister - should NOT take him on.
Yes, the biggest joke about the latest BN feud is not about whether Ghani will really stand in Gelang Patah and what are his chances, but why should Ghani even get a seat and who is to blame for suggesting him in the first place?
Relax, Kit Siang: Gelang Patah fast dwindling into an Umno-BN INTERNAL QUARREL!Quarrels such as these do not bode well for the BN's image. It really reflects on the infighting and treachery that runs across the Umno-BN.
MCA-controlled the Star has been blamed for 'breaking' the Ghani-to-contest news and then setting up the opportunity for the Johor MB to 'valiantly' declare that he is ready to take on Gelang Patah so long as it fitted with Najib's plans.
Obviously, it did not! It looks like Najib, who was once rumored to be keen to slot in Omar Mustapha - the controversial Petronas director - into the Johor Umno seats lineup, might have ideas of his own. It is a matter of whether he can hammer these through.
Soon after, other Umno-linked media rushed out to attack MCA president Chua Soi Lek's, accusing him of being too afraid to take on Kit Siang in Gelang Patah, and therefore using the Star to pass on the hot potato to Umno and Ghani.
And Ghani, according to The Malaysian Insider - which has sometimes been accused of pushing 'messages' for the Najib camp - was so desperate he was only too happy to grab at Soi Lek's lifeline.
The greatest of mind games: DPM Kit Siang?
So which version is right? Does it really matter? The answer is yes and no.
As far as Kit Siang's prospects are concerned, unless former prime minister Mahathir Mohamad himself came down, there is little chance for the DAP adviser to fumble.
Gelang Patah is a Chinese-majority seat, a real rarity in Malaysia's heavily gerrymandered political landscape, and even if the Pakatan Rakyat fielded a Martian, the Martian would win so strong is the clamor for change amongst the non-Malays.

PRU13 : Lepas 50 tahun baru BN janji turun harga kereta - Hadi


SHAH ALAM - Sementara demam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) terus meningkat dengan kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) sudah mengumumkan manifesto masing-masing, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyindir BN sambil berkata ia baru berjanji untuk menurunkan harga kereta.
Abdul Hadi Awang Kata Hadi, beliau hairan kerana BN yang memerintah negara sejak 1957, baru sekarang mahu bertindak demikian, itu pun selepas PR mengumumkan manifestonya akhir Februari lalu.
Bila cakap tentang manifesto, bermakna ia tentang janji. Barisan Nasional memang macam itu, yang dia janji itu, dia tak buat lagi," katanya dalam program Bicara Minda dan Sesi Dialog anjuran Sinar Harian.

Hadi ditanya, sama ada manifesto yang dibentangkan BN Sabtu lalu sebagai manifesto yang menjamin kebajikan negara.
Ahli Parlimen Marang itu berkata, memang sudah menjadi tradisi dalam BN, pihaknya hanya tahu menabur janji, namun tidak pernah tahu untuk melaksanakannya.

"Masalah BN telah memerintah 50 tahun lebih, mengapa tak buat lagi (negara kebajikan)," katanya menjawab soalan hadirin.

PRU13 : Guna RTM, jentera k’jaan, BN hina kebijaksanaan rakyat – Aziz Bari

KUALA LUMPUR 8 Apr:  Tindakan Barisan Nasional terus mengguna jentera dan media kerajaan untuk berkempen disifatkan menghina kebijaksanaan rakyat, kata Profesor  Dr Abdul Aziz Bari.
Kelmarin, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan manifesto parti itu yang disiar secara langsung di stesen RTM, tanpa memberi ruang sama kepada Pakatan Rakyat.
“RTM adalah hak milik rakyat, bukan hak Umno BN. Ia adalah stesen milik awam dan tidak boleh monopoli.
“Isunya adalah ia tidak adil dan lebih penting, menggunakan sesuatu yang bukan haknya,” kata bekas Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa itu.
Dalam perkembangan berkaitan, tiga kenderaan milik Jabatan Penerangan diguna untuk membantu majlis perasmian pusat operasi pilihan raya BN di parlimen Batu, semalam, lapor Malaysiakini.
Manakala Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar pula berkata, Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin memperalatkan Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan menjadikan ia ‘bilik gerakan’ BN.

PRU13 : Umno cuba ‘halalkan’ salah guna premis awam



IPOH: PAS Perak mendapat maklumat bahawa Umno sedang berusaha untuk ‘menghalalkan’ penyalahgunaan premis awam seperti dewan orang ramai yang dilakukan mereka ketika ini di seluruh negeri.

Pengarah Pilihan raya PAS Perak, Asmuni Awi berkata, pelbagai cara dan helah sedang dilakukan termasuklah cuba memberi tawaran sewa kepada Umno.

Katanya, tindakan tersebut adalah salah kerana bercanggah dengan sistem demokrasi dan konsep keadilan.

“Langkah untuk memanipulasi keadaan itu adalah langkah yang tidak betul.

“Kalau pun ada cubaan menawarkan sewa, tawaran tersebut hendaklah dikeluarkan kepada umum termasuklah kepada pihak PAS dan Pakatan Rakyat,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, di sini, hari ini.

PRU13 : Jalan ke syurga berduri-duri, jalan ke neraka penuh dengan keju dan roti

Perubahan, itulah istilah besar yang selalu dilaungkan oleh rakyat. Rakyat benar-benar mahukan perubahan sejajar dengan kehendak masa dan zamannya. Seorang Islam memerlukan perubahan kerana Islam itu sendiri menyarankan yang umatnya mesti hidup berlandaskan kepada waktu dan zamannya. Begitu jugalah agama-agama lain. Semuanya berkehendakan kepada perubahan.
Jika di zaman Rasulullah SAW dahulu dalam peperangan menegakkan agama, tentera Islam atau pun tentera musuh menggunakan tombak dan pedang dalam peperangan, sekarang Islam mahukan kerajaan untuk menyediakan peralatan tentera dan senjatanya dari jenis yang canggih kerana perubahan waktu dan zaman itu. Perubahan itu juga merupakan gerakan dan ‘af’al’ Tuhan Maha Esa. Kita memerlukan kapal selam dalam era moden ini, tetapi yang bertentangan dalam melakukan perubahan itu, berlaku pula penyelewengan khazanah rakyat yang berbillion-billion ringgitnya.
Perubahan itu adalah dalam semua bidang kehidupan manusia mengikut kehendak manusia setempat kerana setiap kaum dan puak yang di wujudkan Tuhan itu adalah untuk kita bersama-sama mengenali di antara satu dengan lain untuk kelangsungan usaha bekerjasama serta menghormati di antara sesama puak dan kaum yang berbagai itu.

Dihalang Masuk Sabah: SPR Digesa Tegur Kerajaan Sementara Sabah


tian chua pc pkr 01PETALING JAYA 8 APR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa untuk menegur Kerajaan Sementara Sabah susulan halangan Naib Presiden PKR, Tian Chua daripada memasuki Sabah baru-baru ini.
Beliau dihalang daripada memasuki Sabah sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu sebelum ditahan oleh Jabatan Imegresen Negeri yang memberi alasan Kerajaan Sementara Sabah yang mengeluarkan larangan berkenaan.
Turut bersama Tian Chua ketika di lapangan terbang, Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu tetapi beliau dibenarkan memasuki Sabah dengan menggunakan pas sementara.
Tian Chua berkata, sekarang ini sudah memasuki tempoh kempen bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dan Kerajaan Sabah tidak boleh mengeluarkan sesuatu arahan bagi menghalang pemimpin Pakatan Rakyat (PR) untuk datang berkempen di Sabah.

PRu13 : Guna aset DBKL, Nong Chik tak faham ‘kerajaan sementara’

IzzahLEMBAH PANTAI 8 APRIL: Menteri Kesejahteraan Bandar & Wilayah, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin memperkuda agensi kerajaan termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk kempen politik Umno BN, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.
“Dia masih lagi gunakan kenderaan rasmi kerajaan, malah Jabatan Penguatkuasaan DBKL dah jadi bilik gerakan Barisan Nasional.
“Semuanya diguna untuk menangkan (bekas) Menteri Wilayah. Dia (Raja Nong Chik) kena profesional dan faham peranan kerajaan sementara,” kata Nurul Izzah dalam ceramah kelompok KEADILAN Lembah Pantai di Apartment Pantai Permai malam tadi.
Kata Izzah, sepanjang lima tahun berkhidmat di Lembah Pantai, beliau berulang kali dihalang menggunakan kemudahan termasuk Dewan Orang Ramai bagi program kemasyarakatan akibat campur tangan politik Umno BN.
Malah, peruntukan RM1.5 hingga RM2 juta Unit Koordinasi Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri kepada Parlimen Lembah Pantai dinafikan dan disalur kepada Umno dan Barisan Nasional Lembah Pantai.

PRU13 : Kesian Najib...

Orang Pekan,
Pada tahun 1999, dalam Pilihan Raya Umum ke-10, Datuk  Datuk Seri Najib Tun Razak hampir tewas dan menang hanya dengan majoriti 241 undi. Ketika itu suasana begitu getir dan sekiranya beliau kalah, masa depannya dalam politik mungkin berkubur. Namun, pada tahun 2004 beliau menang dengan majoriti 22,922 – setelah berlaku persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Yang ingin saya sampaikan di sini ialah ketika DS Najib hampir tewas pada 1999. Beliau menyatakan bahawa perasaan cemasnya semasa menunggu satu demi satu jumlah undi dikira. Pada ketika itu, sudah ada desus desas bahawa beliau akan tewas. Namun, akhirnya beliau berjaya menang tipis – dan dalam ulasan pendeknya beliau menegur sikap pegawai-pegawai bawahannya yang sentiasa berkata “ok, datuk... ok datuk” maksudnya sokongan rakyat semuanya dalam keadaan yang baik. Hakikatnya, rakyat hampir sahaja menghumban beliau daripada kerusi pekan.

Bekas IGP: Bukti memadai untuk siasat semula SD Bala...AG kenapa diam sehaja..???

Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan berkata terdapat bukti yang mencukupi untuk membuka semula siasatan ke atas kes pengakuan berkanun kedua mendiang P Balasubramaniam."Orang yang terlibat, saya ras ini bukti baru... Jika ada bukti baru maka siasatan perlu dibuka semula," kata Musa dalam satu sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada dakwaan oleh peguam Americk Sidhu bahawa peguam kanan Tan Sri Cecil Abraham bertanggungjawab ke atas pengakuan berkanun kedua Balasubramaniam mencukupi untuk membolehkan polis membuka semula siasatan.

Malaysiakni sebelum ini meminta penjelasan Cecil namun peguam kanan itu enggan mengulas.

Pengakuan kedua Balasubramaniam mendakwa SD pertama, yang mengaitkan pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dengan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, dibuat dalam keadaan tertekan.

PRU13 : Subsidi RM6.8 Bilion Untuk Turunkan Harga Minyak Lebih Berbaloi Daripada Subsidi RM8 Bilion Untuk IPP - Rafizi

Manifesto PR 2013PETALING JAYA 8 APR: Subsidi RM 6.8 bilion bagi penurunan harga minyak sebanyak RM 0.50 sen yang dijanjikan Pakatan Rakat (PR) adalah lebih berbaloi berbanding subsidi RM 8 bilion yang diberikan Kerajaan Umno-BN kepada syarikat pembekal penjana bebas (IPP) yang dimiliki kroni.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, sehingga kini kerajaan menanggung subsidi tahunan sebanyak RM 35 bilion dan RM 8 bilion daripadanya diberikan kepada IPP.
Katanya, adalah lebih baik subsidi tersebut diberikan kepada rakyat untuk penurunan harga minyak kerana IPP telah membuktikan subsidi yang diberikan kerajaan tidak sampai kepada rakyat.

PRU 13: Polis perlu jamin peralihan kuasa aman – Musa Hassan

pilihan rayaKUALA LUMPUR 8 APRIL: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Seri Musa Hassan berkata, sekiranya berlaku peralihan kuasa, polis perlu memastikan ia berlaku secara tenang dan aman.
“Kalau ada pihak nak lakukan sesuatu, mesti ambil tindakan. Ini negara demokrasi. Kena iktiraf demokrasi dan pilihan rakyat.
“Saya tengok (Perdana Menteri) PM Najib (Razak) kata, tidak akan berlaku apa-apa peralihan kuasa. Dalam negara demokrasi, mana-mana pihak selepas pilihan raya perlu menerima (keputusan) sebab itu pilihan rakyat.
“Kena ‘cool head’ untuk terima keputusan. Kita negara aman. Tak mahu rosak oleh mana-mana pihak.
“Persoalan (sama ada) Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh jadi Perdana Menteri, itu masing-masing untuk pilih. Siapa-siapa dipilih kita kena terima, sebab ini negara demokrasi, tak perlu bertengkar,” katanya pada sidang media di sebuah hotel di ibu negara hari ini.