Ahad, 7 April 2013

PRU13 : Anwar Ibrahim di Kg Jeram Kubang Pasu 07/04/2013

PRU13 : 100,000 naskah manifesto ciplak oleh BN diedar di Melaka bermula esok



Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata manifesto tersebut akan diedarkan di semua 28 bilik gerakan Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Pusat Daerah Mengundi (PDM) di seluruh enam kawasan parlimen di negeri ini.

"Tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana telah mengetengahkan satu manifesto yang bernas dan berkualiti memenuhi segenap keperluan rakyat jelata selaras dengan dasar 1Malaysia, 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

"Jelas bahawa manifesto yang dilancarkan semalam adalah janji yang mampu ditunaikan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kesedaran Pengguna anjuran Persatuan Kebajikan Pengguna Melaka di sini hari ini.

Katanya manifesto BN yang merangkumi 17 aku janji BN itu mampu melonjakkan lagi negara sebagai sebuah negara maju  dan berpendapatan tinggi kerana ia menitikberatkan semua aspek kehidupan termasuk ekonomi, keagaaman dan sosial.

Cicak Dan Rosmah....

Kenapa gua gunakan tajuk 'Cicak dan Rosmah', kenapa tidak 'Cincin belian dan Rosmah' atau 'Gelang Permata dan Rosmah' atau 'Beg berjenama dan Rosmah' kerana jika diikutkan banyak lagi isu yang berkait rapat dengan Rosmah Mansor, isteri kepada Najib mantan Perdana Menteri Malaysia. Gua sebenarnya tidak memusuhinya walau pun gua tahu apa yang beliau lakukan semasa beliau masih lagi bergelar isteri orang. Sebelum beliau berkahwin dengan anak Tun Abdul Razak Hussein bekas Perdana Menteri Malaysia ke 2, yang mengikut khabar-khabar angin ia melibatkan wang yang banyak untuk tebus talak.
Apa yang gua marahkan kerana beliau yang tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam kerajaan dan beliau hanyalah isteri kepada mantan Perdana Menteri atau lebih tepat sebagai suri rumah sepenuh masa untuk suaminya telah menyalah gunakan kedudukannya dengan mengelarkan dirinya sebagai 'First Lady Of Malaysia (FLOM). Sedangkan gelaran itu secara mutlak adalah dimiliki isteri ketua negara iaitu Raja Permaisuri Agong
Bukan sekadar merampas gelaran, malah beliau menyalah guna kedudukannya sebagai isteri mantan PM dengan menubuhkan satu seksyen 'FLOM' di Putrajaya yang terletaknya pejabat Perdana Menteri. Didalam pejabatnya yang tertera tulisan FLOM, beliau mempunyai pengarah, setiausaha, pegawai tadbir urus, kerana sebagaimana terdapat didalam kementerian-kementerian yang berada di Putrajaya. Begitu hebatnya kuasa yang dimiliki oleh manusia yang bernama Rosmah Mansor.
Jika kita melihat kepada susunan keutamaan persekutuan, YDP Agong menduduki tempat pertama dan diikuti Raja Permaisuri Agong, Perdana Menteri ke 6, TPM ke 7, Speaker Dewan Negara ke 12, Speaker Dewan Rakyat ke 13, Peguam Negara ke 18, Ketua Pembangkang ke 28 mengatasi Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan yang menduduki tangga ke 29. Di mana pula kedudukan Rosmah Mansor dalam senarai ini, jawapan tiada langsung tetapi kuasa beliau mengalah kuasa yang dimiliki Najib yang berstatus PM Malaysia (mantan).
Kenapa beliau begitu berkuasa dan pihak berwajib bukan tak tahu skandal-skandal beliau yang terlalu banyak tetapi mereka tetap takut untuk mengheret Rosmah Mansor untuk siasatan. Jalan terbaik untuk rakyat Malaysia mengetahui semua skandal beliau dan para pemimpin tertinggi Umno/BN ialah dengan memberi undi anda kepada Pakatan Rakyat. Dengan cara itu sahajalah kita dapat mengetahui salah laku, salah guna, rasuah mahu pun pembunuhan jika ada. Kita akan disajikan sikap dan sifat sebenar Imelda Rosmah Mansor.

PRU13 : 8 Realiti Mengapa Kerajaan Malaysia Wajar Biayai Pendidikan Tinggi

8 Realiti Mengapa Kerajaan Malaysia Wajar Biayai Pendidikan TinggiPenubuhan institusi pendidikan ialah satu usaha murni dalam mewartakan proses penggarapan ilmu pengetahuan dan penyelidikan secara formal. Universiti-universiti terawal dalam sejarah dunia seperti Al-Azhar, Bologna, Oxford, Palencia, Cambridge dan University of Naples (universiti awam tertua dunia, 1224) telah dibina oleh tamadun-tamadun awal dunia berlandaskan satu tujuan; sebagai pusat penyelidikan, penyampaian ide, pendidikan dan pembelajaran, serta perkembangan ilmu pengetahuan melalui medium penulisan. Realitinya hal ini bercanggah sama sekali dengan tujuan penubuhan kebanyakan universiti hari ini yang kelihatan berubah menjadi institusi pengiktirafan, pengijazahan dan yang paling malang sekali, sebagai satu perniagaan bertunjangkan keuntungan.
Ibnu Khaldun, tokoh sejarawan, sosiologi dan ekonomi dalam makalah beliau Muqadimmah (Prolegomenon) telah mengemukakan hujah berikut: rakyat ialah wadah mencapai kedaulatan dan kekuatan sesebuah kerajaan. Kekuatan ini lahir daripada kemakmuran ekonomi yang dibina oleh pembangunan modal insan (pendidikan). Kemajuan ini hanya boleh terhasil melalui keadilan dan keterangkuman untuk semua. Aristotle turut mencadangkan bahawa “Pendidikan itu seharusnya bersifat tunggal dan sama rata untuk semua.”

PRU13 : Wanita Pakatan ragui keikhlasan dalam manifesto BN

Wanita Pakatan Rakyat meragui keikhlasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memenuhi janji dalam manifesto BN termasuk menubuhkan pusat Asuhan 1Malaysia di semua pejabat kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Seorang pemimpin dalam Wanita Pakatan Teo Nie Ching berkata kerajaan malah masih belum memenuhi tuntutannya untuk menubuhkan pusat asuhan anak di bangunan parlimen – khusus bagi kakitangan dan ahli parlimen.

pakatan wanita manifesto 070413 01"Tetapi selepas setengah tahun, kita tengok di parlimen masih tidak ada fasiliti ini. Sekarang Datuk Seri Najib cakap nak tubuh 1Care Centre di seluruh Malaysia.

"Saya nak tanya berapa ikhlas beliau nak buat tawaran ini. Saya dan (penyandang kerusi) parlimen Lembah Pantai, pernah membuat cadangan ini, tapi tidak diberi kepentingan," kata setiausaha Wanita DAP itu dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Najib juga mensasarkan untuk mencapai kadar guna tenaga wanita mencecah sehingga 55 peratus pada 2015 berbanding 46 peratus pada tahun ini.

Papagomo VS Anwar Ibrahim Pilihanraya PRU13 : Agenda Ekonomi Rakyat VS Video Salah Laku Seks & Liwat?

Papagomo
Papagomo VS Anwar Ibrahim : Nampaknya apa yang dipanggil perjuangan oleh blogger Papagomo sendri tidak pernah padam walaupun ketika ini Papagomo berhadapan dengan dua tuntutan saman yang bernilai puluhan dan ratusan juta masing-masing daripada Anwar Ibrahim sendiri dan juga Husam Musa.
Perjuangannya selama ini untuk menyerang dan melemahkan pimpinan Pakatan Rakyat termasuklah sasaran utamanya Anwar Ibrahim tidak hanya berhenti setakat……penyebaran beberapa siri video melibatkan Anwar Ibrahim sahaja yang didedahkannya sebelum ini.
Ini kerana yang menariknya kali ini, blogger Papagomo yang gah di laman blognya sehingga seringkali mendapat perhatian dan ruang menerusi hasil tulisannya di Buletin Utama TV3 dan Utusan Malaysia untuk dijadikan sumber rujukan berita mereka, Papagomo sendiri mengumumkan yang beliau akan bertanding menentang pimpinan NO.1 Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim di kubu kuat Ketua Pembangkang Malaysia itu dalam Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 13) kali ini.

Papagomo VS Anwar Ibrahim : PRU 13 Medan Kuburkan Anwar?

blogger papagomo

Papagomo VS Anwar Ibrahim : Kalah Sudah Pasti, Tapi Biar Anwar Senak!

Lim Guan Eng: BN tiru manifesto PR

PRU13 : BAKAL CALON USNO DICULIK?

Oleh : MUTALIB M.D
PRESIDEN Penaja USNO, Datu Badaruddin Tun Mustapha sebentar tadi mengesahkan bakal Calon USNO di Parlimen Semporna, Salleh Haji Abdul Salleh dikhuatiri diculik kerana tidak dapat dikesan sejak 14 Mac lalu.
Menurut Badaruddin, pihaknya mengalami jalan buntu setelah Salleh tidak dapat dihubungi selepas mereka berjumpa kali terakhir pada 13 Mac lalu dan keluarganya telah membuat laporan polis berhuung kehilangan Salleh.
"Beliau (Salleh) telah bersetuju untuk mewakili USNO menentang Calon UMNO di Semporna pada PRU-13. Tetapi apabila kami cuba menghubungi beliau untuk menandatangani borang pencalonan, Salleh tidak dapat dikesan. Malah keluarganya juga sedang berusaha mencari beliau. Kita  tidak menolak kemungkinan beliau diculik kerana insiden penculikan dua pekerja di tempat Salleh bekerja tahun lalu masih menghantui kita selama ini," ujar Badaruddin yang mengesahkan setakat ini USNO akan meletakkan calon di lima kawasan termasuk Semporna.

PRU13 : Melayu Johor terima DAP, sedar UMNO bohongi mereka


KLUANG,7 APR: Orang Melayu di Johor makin berani menyatakan sokongan secara terbuka kepada DAP serta menolak UMNO-BN kerana telah sedar bahawa perjuangan DAP terbukti untuk semua melangkaui batas kaum dan agama.
Ia dikukuhkan lagi dengan kegagalan kerajaan BN mengatasi beberapa masalah utama rakyat seperti kos sara hidup yang semakin tinggi, jenayah yang semakin meningkat dan bagi orang Melayu Johor, isu tanah menjadi masalah utama.
Ketua Biro Pakatan Rakyat DAPSY, Mazir Ibrahim berkata, fenomena penyertaan ramai orang Melayu kepada DAP telah membuahkan semangat baru untuk parti itu dan menyebabkan BN khususnya UMNO tertekan.
“Bila saya menyertai DAP dan pulang ke kampung, ramai teman-teman saya terkejut. Mereka kata orang Melayu patut masuk UMNO.
“Saya tanya balik mereka, apa berlaku pada ‘nasib’ saya dan kamu bila masuk UMNO? Sama saja. Sebenarnya, sama ada orang Melayu, orang India, orang Cina, nasib kita semua sama di bawah kerajaan BN, kita sudah lama kena tipu, tengok MCA, kerajaan pun dia boleh tipu dalam skandal PKFZ,” kata beliau.
Selain itu, beliau berkata pemerintahan BN sering menggunakan politik perkauman untuk melaga-lagakan rakyat bagi mendapat sokongan politik. Rakyat ditabur dengan fitnah terhadap oposisi dan macam-macam dakwaan.

PRU13 : Tidak mampu selesai masalah ekonomi, BN terpaksa cedok manifesto Pakatan

KUALA LUMPUR, 7 APR: Manifesto Barisan Nasional yang dilancarkan dengan gilang gemilang semalam dan disiarkan melalui media kawalan mereka ternyata telah disalin terus daripada Manifesto Pakatan Harapan Rakyat Rakyat yang telah dilancarkan Februari lalu.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya hari ini berkata persamaan tersebut boleh dilihat dengan melalui janji untuk menurunkan harga kereta, menambahkan anggota polis untuk memerangi jenayah, membina lebuhraya Pan-Borneo dan penyeragaman harga barang antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung Malaysia.
“Manifesto BN jelas mengabaikan masalah masalah makro-ekonomi 4d hutang (debt), defisit, penipuan dari rasuah (deceit) dan aliran keluar kepakaran (brain drain) yang akan membantut usaha untuk keluar dari perangkap pendapatan sederhana,” ujar beliau sambil membandingkan nilai KDNK per kapita Malaysia dengan Korea Selatan, yang kini mendahului Malaysia berbanding lima puluh tahun lalu.

PRU13 : RIBUAN HADIR CERAMAH JELAJAH MERDEKA RAKYAT BERSAMA DSAI DIKUALA PERLIS!


Kini Perlis sudah mula goyang dan bakal tumbang... Itulah gambaran yang dapat Omak kau berikan bila melihat tidak kurang 10,000 rakyat turun berhimpun secara aman untuk mendengar ceramah Jelajah Merdeka Rakyat Bersama DSAI di Kuala Perlis malam ini 7hb April 2013.

Walaupun semalam dipancarkan keseluruh negara secara langsung pengumuman Manifesto BN oleh Najib Razak namun rakyat tetap tidak tersilau, terpukau dan terpikat dengan apa yang Najib Razak janjikan kepada rakyat.

People- Its a Choice between Bad and Good Government!

Dear SamDol,
I have already said, this election is not about (1) wanting to make Anwar Ibrahim as PM nor (2) seeing whether Najib can continue his tenure.
This election is about wanting to establish a good government. A government that does good all-around and a government founded on the principles of rule of law. It’s about forming a government consisting of good people, committed, dedicated and having a sense of purpose to build up this country so that, we can share and participate in her bounty fairly and in a just manner. It’s also our mission to form a government that secures and strengthens the institutions that safeguard democracy; chief  among them being the judiciary.
So that the judicial system gives confidence that it is a place where ordinary people can seek justice and redress from the rapacious greed and bullying of the powerful. We want to have a corrupt free government governing us with good governance.
In the end, it is the rule of law that protects all citizens including Malays. If Malays seek protection from UMNO and lives under UMNO’s protection, they live under the rule of arbitrariness. UMNO protects you for as long you serve their purpose. UMNO rules on the principle , lu tolong gua, gua tolong lu. UMNO lives on the principles, give me your nambikei and I will provide for you.

PRU13 : PAS mampu tadbir, bawa kemajuan

Oleh Ustaz Idris Ahmad
BANYAK tuduhan musuh bahawa PAS hanya boleh perintah surau dan masjid sahaja. Jika diamanahkan untuk tadbir negara, maka negara akan hancur. PAS tidak ada kemampun untuk uruskan hal dunia.

Tuduhan ini sebagai usaha menjauhkan masyarakat daripada PAS. Semuanya serangan propaganda Umno yang meletakkan bahawa Umno sahaja yang layak mentadbir negara. Sekarang segala tuduhan itu menjadi modal basi, kerana PAS telah membuktikan dengan amalan.
Sebagai sebuah parti yang berpegang dengan dasar Islam, maka ia tidak menolak kemajuan dunia. Pembangunan yang dilakukan seiring dengan semasa.
PAS mampu buktikan bahawa Islam ialah agama yang relevan pada semua masa dan keadaan.
Sesuai dengan tugas sebagai khalifah Allah, Iqamatu al-Din wa Siyasatun dunyabihi (menegakkan agama dan menguruskan dunia dengan agama), PAS hendak buktikan Islam mampu mentadbir dan memerintah, supaya dapat menolak hujah golongan sekular yang mengatakan bahawa Islam tidak boleh menguruskan dunia dan membawa kesejahteraan kepada penduduknya.
Sebab itu pembangunan yang PAS lakukan berbeza, kerana orang lain hanya mementingkan dunia semata-mata. Justeru, PAS membuat pembangunan berteraskan akhirat yang mengambil kira balasan syurga atau neraka. Kalau pembangunan hanya untuk mendatangkan hasil yang banyak tetapi ia dilarang agama, maka PAS tolak.

Transformasi kedekut Rais Yatim !

ANALISIS PRU13 : PAS MAMPU MENANG 40-46 KERUSI PARLIMEN.

Pengarah (Operasi) Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Zuhdi Marzuki  memaklumkan bahawa  analisis PPP hingga hari ini, PAS boleh menang sehingga 40 kerusi parlimen. Manakala   6 kerusi parlimen lagi masih ada harapan yang cerah. 
"Saya ingin memaklumkan, setakat analisis kami hingga hari ini PAS boleh menang sehingga 40 kerusi parlimen, insha'ALlah."
"Enam kerusi parlimen lagi masih ada harapan yang cerah. Manakala 30 kerusi lagi sedang diperjuangkan. Teruskan perjuangan sehingga ke hari terakhir." ujar beliau
"Teruskan perjuangan sehingga ke hari terakhir"tambah Zuhdi dalam kenyataan ringkas dipetik dari Facebook.

PRU13 : PR Jamin Wanita Diiktiraf Sebagai Aset Negara


KUALA LUMPUR 7 APRIL : Pakatan Rakyat (PR) mengiktiraf peranan wanita di negara ini sebagai pengurus rumahtangga bagi melahirkan modal insan berkualiti dan menjadi aset negara bermula pada peringkat awal.
Maka dengan itu, PR menawarkan pelbagai tawaran menarik khusus kepada wanita sempena PRU13 ini demi membela dan melindungi mereka ke arah menikmati kehidupan lebih bermakna di Malaysia.
PR Jamin Wanita Diiktiraf Sebagai Aset Negara 01Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, selain 12 tawaran PR kepada rakyat, tiga tawaran khusus bagi wanita adalah Caruman Wanita Malaysia atau Tabung Simpanan Suri Rumah berjumlah RM600 setahun, insentif penjagaan anak sebanyak RM1,000 setahun melibatkan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan penubuhan Agensi Pembantu Rumah Tempatan.
“Tiga tawaran khusus daripada wanita PR untuk wanita Malaysia di seluruh negara adalah bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan kami.
“Tawaran ini satu tanda pengiktrafan dan penghargaan kami terhadap peranan wanita selama ini bekerja sebagai suri rumah sepenuh masa.

PRU13 : Jangan jatuh perangkap musuh yang dikenali

Oleh Roslan SMS
BN baru sahaja melancarkan manifestonya semalam bertema: “Menepati janji membawa harapan”, sebelumnya PR telah pun melancarkan manifestonya bertema: “Pakatan harapan rakyat”. Tampak “harapan” menjadi cogankata pilihan bersama dan memang sesungguhnya harapan lah yang mahu rakyat lihat dalam PRU.

Bagi saya dalam tempoh pusingan akhir ini dari hari ini sehinggalah ke hari mengundi Pakatan Rakyat khasnya perlu memberi fokus kepada manifestonya dan manifesto-manifesto sampingan untuk negeri-negeri tertentu.

Para petugas, calon-calon dan pimpinan parti perlu beri fokus, menerangkan isi kandungan manifesto dan kalau perlu buat perbandingan dengan manifesto BN. Ini penting kerana dipusingan akhir ini dari pengalaman yang lepas-lepas banyak perangkap dipasang musuh di kiri kanan jalan, kalau tak berhati-hati kita terjerat akibatnya kecundang.
Perangkap yang saya maksudkan datangnya dari provokasi lawan dan ini biasanya diserahkan kepada pihak media arus perdana untuk main peranan. Agen-agen media akan bertugas mengikut rapat pimpinan PR bagaikan lalat. Apa sahaja isu akan dipinta komen, di sinilah dari pengalaman lepas-lepas banyak yang terperosok jatuh masuk perangkap.

PRU13 : PAS 7 dosa, Umno berapa?

Oleh MOHAMED HANIPA MAIDIN
SETELAH bertahun-tahun berpolitik tanpa mengira isu dosa dan pahala, Presiden Umno, Dato' Seri Najib Razak tiba-tiba bercakap tentang dosa.
Maka dituduhnya PAS membuat tujuh dosa besar. Kerana dosa dosa itu maka mengikut logik Najib, PAS wajar ditolak oleh rakyat. Komen saya terima kasih Alfadhil Ustaz Najib. Walau apapun niat anda, mengingatkan tentang dosa dan pahala suatu yang baik.

Saya tidak bercadang untuk mengulas satu persatu tujuh dosa yang Najib tuduh itu. Cukuplah saya ulas satu atau dua dosa yang Najib katakan itu. Saya pun pelik bukan sahaja PAS dituduh berdosa malahan Tian Chua pun dituduh berdosa. Bagi kita orang Islam dosa dan pahala ada kaitan dengan akidah.
Jika orang Islam bersyahadah dan beriman dengan Allah yang Esa dan Hari Akhirat maka setiap kehidupannya tidak boleh lari daripada dosa dan pahala.
Adakah perlu kita 'mendosakan' orang bukan Islam jika syirik itu sendiri mengharamkan mereka untuk mendapat pahala.
Maka adakah perlu Najib mendosakan Tian Chua? Tidakkah beliau terfikir Tian banyak lagi dalil untuk menuduh Najib dan Umno melakukan dosa ... mungkin lebih daripada tujuh, sama ada 77 atau 777 atau 7,777 dosa... Mana lebih teruk orang Islam tuduh orang bukan Islam berdosa atau orang bukan Islam tuduh orang Islam berdosa?

Kisah nabi, rasul serta penentang mereka

Oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
DALAM catatan sejarah ada di kalangan nabi yang dibunuh oleh kaumnya. Contohnya Nabi Yahya dan Nabi Zakaria a.s. dibunuh dengan kejam oleh kaumnya, iaitu dengan menanam hingga ke paras pinggang lalu digergaji hingga terbelah dua.Dibunuh kerana nabi berkenaan mempertahankan kebenaran, ajaran berdasarkan tauhid kepada Allah SWT hingga ke akhir hayat mereka.

Ketegasan pendirian mereka amat jelas jika putih tetap dikata putih tanpa dolak dalih.
Meskipun nabi berkenaan menemui ajalnya tetapi akhirnya ajaran mereka diterima juga oleh sebahagian manusia.
Sebagaimana kisah Firaun yang kejam hingga kanak-kanak lelaki dibunuh untuk menyekat berita, dikhabarkan oleh para nujumnya yang mengatakan bakal wujud seseorang yang akan menentangnya.
Tetapi Firaun gagal menyekat kemunculan orang yang dibimbangi, akhirnya dengan kuasa Allah SWT orang yang ditakuti kemuculannya itu dibesarkan dalam istananya sendiri. Dengan sebab usaha Nabi Musa berdakwah dan mengajar tidak kenal jemu dan putus asa, walaupun Firaun dan menteri-menterinya melawan, dalam senyap isteri Firaun turut menganuti ajaran Musa a.s.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan datanglah seorang lelaki dari hujung kota bergegas-gegas seraya berkata; hai Musa, sesungguhya pembesar negeri sedang berunding tentang kamu untuk membunuhmu, sebab itu keluarlah (dari kota ini) sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang memberi nasihat kepadamu.” (Surah Al- Qashas ayat 20)
Lelaki yang datang memberitahu Nabi Musa a.s. semestinya orang yang beriman dengan Nabi Musa, menunjukkan selain daripada isteri Firaun terdapat juga lelaki yang beriman dengan ajarannya. Walaupun Musa ditentang dan dihalang, kesudahan ajarannya diterima juga oleh segolongan manusia.

PRU13 : Pakatan mampu pertahan Selangor

Oleh Abd Shukur Harun
BEBERAPA waktu lalu saya telah menulis dalam mengenai Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan beberapa kali bercakap dengannya mengenai visinya memimpin negeri Selangor yang kaya dan ternama itu


Kemudian membaca buku terkininya Fearless: From Kampung Boy To CEO, saya mendapat kesan bahawa sosok ini adalah paduan seorang intelektual, tokoh korporat dan pemimpin politik yang sangat menjanjikan.
Kini negeri Selangor yang diterajuinya sejak lima tahun lalu menjadi fokus penting menjelang PRU13 ini. Penganalisis mengakui Selangor negeri ‘paling panas’ dan akan menjadi kayu ukur kepada Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat pada PRU13 ini.
Selangor mempunyai pengundi golongan pertengahan paling ramai, ia akan menjadi penentu BN dan Pakatan untuk masing-masing menawan atau mengekalkan kedudukan masingmasing, justeru seperti kata penganalisis, aliran sokongan di Selangor akan memberi kesan kepada negeri lain yang diterajui oleh Pakatan.
Menurut penganalisis, Selangor boleh dianggap sebagai permata mahkota, dan menjadi tunjang untuk menilai pengundi yang mula berubah kepada sesuatu pihak. Oleh itu, Selangor menjadi nadi penting Pakatan Rakyat. Oleh itu, pada pendapat saya, walau apa pun persepsi umum, nescaya kemajuan Selangor yang ada di depan mereka dan juga usaha Selangor yang bersungguh-sungguh untuk memberi kemakmuran kepada rakyat tidak boleh dipandang sepi.

PRU13 : Umno lupa MCA pun Cina seperti DAP juga


 KOTA BHARU: Di kampung-kampung penceramah Umno terus melemparkan dakwaan, sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa pada pilihan raya umum (PRU) ke-13, DAP akan menjadi Perdana Menteri.

Sedangkan apa yang berlaku bilangan kerusi bakal ditandingi DAP lebih kecil berbanding PKR dan PAS. Apa yang jelas isu perkauman masih lagi mendominasi kempen Umno.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pemimpin Umno seperti lupa mereka telah bergabung dengan MCA dan MIC sejak merdeka lagi.

“Mungkinkah kerana terlalu menggelabah mereka terlupa Umno telah bersahabat dengan MCA dan MIC, namun tiada kefahaman Islam diberi kepada mereka.

“Sedangkan biar pun kita baru menjalin kerjasama dengan DAP banyak kesan positif diperolehi. Mereka sanggup mendengar kuliah agama disampaikan pendakwah.

PRU13 : Siapa pemimpin pilihan kamu, yang jadi imam atau berbaju merah?

Ia berbeza....
Yang 3 orang di atas hari-hari di hina dan di fitnah media negara, TETAPI yang berbaju MERAH disanjung dan di muliakan oleh media negara tiap2 hari..

Inilah Akibatnya Kalau Pilih BN nanti
Lihat Bertapa sombongnya  MCA..melawan Islam

PRU13 : Pastikan anda pulang mengundi nanti - Presiden PAS


(Antara yang menyertai himpunan anak Terengganu dengan Presiden PAS)

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta semua anak Terengganu di perantauan pulang mengundi dalam pilihan raya ke 13 ini.

Ini kerana, pilihan raya ini amat penting untuk mempastikan  hala tuju negara dan mempastikan kepentingan Islam terjaga dengan baik selepas pilihan raya nanti.

PRU13 : Manifesto BN Sangat Lemah, Kurang Kajian - Tan Sri Khalid

MB PC Mic Tie Blue 01 BESTARI JAYA, 7 APRIL : Manifesto BN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak adalah sangat lemah dan tidak berkualiti.
Demikian reaksi Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika mengulas manifesto BN yang diumumkan malam tadi.
“Saya dapati kualiti kajian manifesto BN sangat lemah, ini kerana kualiti kajian mereka tidak merangkumi apa yang dipanggil perkara-perkara ‘makro’ yang akan mengubah bentuk ekonomi negara.
“Saya rasa, ini adalah sebabnya Kerajaan Najib tidak menggunakan kepakaran yang sedia ada dalam penjawat awam,” katanya.

PRU13 : Umno Solat Tapi Tidak Mendapat Pahala? Suatu Pencerahan Untuk UMNO

PRU13 : Muhyiddin Tuduh PAS Sesat

PRU13 : Masalah terbesar Najib adalah 'Cah Keting'


DATUK Seri Mohd Najib Razak sudah pasti akan berdepan dengan masalah ahli-ahli partinya 'chah keting' sesama sendiri apabila nama calon-calon dari Umno yang akan bertanding di dalam pilihanraya umum ke-13 diumumkan tidak lama lagi.

Tanda-tandanya memang cukup nyata. Di sana sini, ahli-ahli peringkat akar umbi sibuk bercerita siapa yang digugurkan dan siapa yang terpileh sedangkan senarai calon yang akan mewakili Umno dan bertanding atas tiket Barisan Nasional masih belum dimuktamadkan lagi.

Najib sendiri telah meminta ahli jemaah menterinya ketika mensyuarat Kabinet terakhir Rabu lalu supaya jangan mendengar khabar angin mengenai siapa yang telah digugurkan atau siapakah yang akan menjadi menteri besar selepas pilihanraya nanti.

Tetapi belum pun sampai 24 jam Parlimen dibubar, Umno berdepan dengan kira-kira  150 ahli Umno bahagian Kangar, Perlis yang berang meminta pucuk pimpinan parti tidak mengemuka calon "payung terjun" di Parlimen Kangar.

Mereka nekad bermalam didalam bas sepanjang perjalanan dari Kangar ke Kuala  Lumpur untuk berkumpul diluar bangunan Putra World Trade Centre pada pagi Khamis untuk menyerah memorandum kepada Najib yang hari itu mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno dan seterusnya Majlis Tertinggi Barisan Nasional.

PRU13: Kapal selam 'Scorpene' berlabuh di Temerloh

TEMERLOH: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasrudin Hassan hari ini merasmikan markaz Unit Peti Undi (UPU) Paya Jauh di sini sebagai tanda persediaan berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

Uniknya di UPU ini, mereka turut membina replika sebuah kapal selam gergasi mengambil sempena isu skandal Scorpene yang pernah menggemparkan negara sebelum ini.

Replika kapal gergasi itu dibalut dengan kain hijau dan tertera logo pangkah PAS serta bendera Malaysia.

Bersebelahan dengannya juga turut dibina replika wau bulan.

Kedua-dua replika tersebut dibina sebagai menyuntuk semangat dan menyatakan kesungguhan jentera parti di UPU tersebut untuk berkerja memenangkan PAS.

Ianya juga sebagai simbol perang pilihan raya sudah bermula, sekaligus mewarnai suasana sepanjang kempen.

Majlis tersebut turut dihadiri Yang Dipertua PAS (YDP) Temerloh Jusoh Darus, Naib YDP Syed Hamid, Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Semantan Firdaus, serta Ketua Pemuda PAS Kawasan Temerloh Sukri Suib dan AJK PAS kawasan yang lain.

Hampir 100 orang terdiri saripada masyarakat setempat turut hadir pada majlis itu tadi.

PRU13 : PAS Perak umum calon 9 April


IPOH: IPOH: PAS Negeri Perak akan memperkenalkan calon-calon yang mewakiliinya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 ini pada satu program khas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Pasir Panjang pada jam 9 malam 9 April ini.
Ia akan diumumkan sendiri oleh Haji Abu Bakar Hussien, Pesuruhjaya PAS Negeri Perak.

Program ceramah yang akan berlangsung di Batu 10, Lekir, Lumut pada jam 9.00 malam amat bermakna kepada semua jentera PAS semua peringkat.

Semua pimpinan PAS semua peringkat akan hadir ke program yang bertemakan ‘PeraKite’ itu termasuk semua penyokong bagi mendengar pengumuman tersebut.

"Kami juga akan melaksanakan ‘siaran langsung’ majlis penting tersebut melalui laman blog – www.perakitedaily.blogspot.com bagi memberi peluang kepada seluruh rakyat Perak untuk turut mengikuti pengumuman bermakna tersebut," kata Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al Amin dalam satu kenyataannya.

Ini jelas membuktikan bahawa PAS memang telah bersedia dan mendahului Umno Negeri Perak yang sebagai pesaing utama PAS selama ini, tambah beliau dalam kenyataan itu.

PRU13 : Jadi tukang kempen Ibrahim Ali pun cukuplah...

Apa yang membuatkan Mahathir terlalu berdendam terhadap Lim Kit Siang hanya beliau sahaja yang tahu. Rakyat hanya boleh mengagak apa yang didendamkan oleh Mahathir. Tetapi kita ketepikan isu sebab dendam Mahathir terhadap bekas Ketua Pembangkang itu itu tidak pernah padam malahan lebih menyala dari masa-masa lampau.


Wakil calon Ibrahim Ali
Mahathir mahukan UMNO dan BN menghabiskan riwayat LKS dalam politik kerana itu sahaja lah cara untuk membuatkan LKS bersara. Kenyataan dendam kesumat begitu tidak terkawal sehingga beliau (Mahathir) meminta calon ‘heavy weight’ untuk diturunkan melawan LKS di Gelang Patah dalam pilihanraya seperti Ghani Othman yang sekarang penyandang kerusi Menteri Besar Johor. Dr Mahathir berkata LKS tidak mahu bersara seperti beliau dalam politik sejak begitu lama.

Bertekad untuk pembaharuan.
Tetapi kita bertanya pula kepada Dr Mahathir. Bagaimana pula beliau? Beliau masih lagi bermain politik yang begitu aktif sekarang ini walaupun sebelum ini beliau pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Sekarang masih lagi bermain politik dan tidak mahu berhenti-henti. Beliau masih lagi berperanan untuk mengganggu pelan dan kemahuan Najib Tun Razak dalam penentuan calon. Seperti saya katakan dalam posting yang lepas Mahathir masih lagi mahu menjadi penentu keadaan UMNO itu.
Jika UMNO terlalu kuat beliau mahukan kekuatan UMNO itu diturunkan dengan memberikan komen yang menjatuhkan kekuatan UMNO. Apabila UMNO sekarang sudah agak hampir jatuh dengan sebenarnya beliau turun padang untuk menaikkan sedikit kekuatan UMNO itu. Ini semua permainan politik Mahathir yang tidak mahu berhenti dari politik negara.

PRU13 : 'Asal tolak Islam tidak dapat pahala' - TGNA


KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan sahaja mempertahankan dakwaan solat orang Umno tidak mendapat pahala, malah membuat dua dakwaan baru sekali gus menimbulkan kontroversi baru menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Dalam ceramahnya pada majlis Prahimpunan Kelantan Hijau di Jeli, yang turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi, Nik Aziz mendakwa jika Rasulullah SAW hidup kembali, Umno juga akan menentang Rasulullah.
“Puak ini (Umno) kalau Nabi Muhammad (SAW) hidup balik, dia lawan,” katanya disambut sorakan penyokong Pas.
Sementara ketika merasmikan Majlis Pelancaran Projek Pawah Rusa Kelantan di Pejabat Perkhidmatan Veterinar, di sini semalam, Nik Aziz menyatakan projek yang dilaksanakan Barisan Nasional (BN)  juga tidak mendapat pahala kerana parti tersebut menolak Islam.
“Nak Islam macam mana, dia (BN) tolak Islam. Dia (BN)  buat masjid bukan kerana Islam… dia nak  kontraktor (projek) je, di Kelantan ini nak kata banyak projek Pusat (Kerajaan Pusat), bangunan sekolah, hospital… semua Pusat buat, tetapi satu pun tidak beritahu harga sebenar,” katanya.

PRU13 : BN tak ‘gentlement’ guna media milik rakyat – Dr Maszlee

aku janji bn lie to meKUALA LUMPUR 7 Apr: Kerajaan Sementara Barisan Nasional patut bersikap ‘gentlement’ dengan memberi ruang kepada Pakatan Rakyat untuk bentang manifesto mereka, termasuk mengadakan debat terbuka, kata tokoh akademik, Dr Maszlee Malik.
Pensyarah Kuliyyah Ilmu Wahyu & Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu mengulas pelancaran  manifesto BN semalam yang disiar secara langsung di saluran RTM.
Selain TV1, ia disiar selama sejam di stesen televisyen utama seperti TV3, NTV7, Astro Awani dan TV Al-Hijrah.
Bagaimanapun, bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim sebelum ini hanya menawarkan 10 minit kepada Pakatan untuk kemukakan manifesto mereka di RTM.
“BN kalau nak bertanding, tandinglah secara ‘gentleman’. Kena ada level playing field’ (padang sama rata). Akses media, ruang untuk bertemu rakyat dan peluang untuk menerangkan manifesto.
“Lagi pun media yang digunakan ialah media milik rakyat, yang ditampung oleh wang pembayar cukai. Tidak boleh ada keistimewaan, media kena neutral,” kata Maszlee ketika dihubungi.
Katanya, sekiranya media bersikap terbuka kepada dua-dua belah pihak, rakyat boleh membuat penilaian berdasarkan manifesto ditawarkan.

PRU-13 cuba dikaitkan dengan 13 Mei?


(Mohamad Sabu berucap di Lenggong)

LENGGONG: Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kemungkinan akan dijalankan pada awal bulan Mei.

Menurutnya, ini bertujuan untuk Umno memainkan isu Tragedi 13 Mei kepada rakyat khususnya orang Melayu.

"Saya jangkakan pilihanraya akan diadakan pada awal bulan Mei ini bertujuan untuk membangkitkan isu Tragedi 13 Mei," katanya ketika berucap pada Ijtima' Pilihanraya PAS Perak yang diadakan di Kg Luat, Lenggong.

Beliau menjelaskan, jika dilihat ketika ini, pelbagai sepanduk dan papan tanda tentang keamanan dan kestabilan negara.

"Sepanjang lebuhraya Johor hingga Perlis, kita boleh lihat pelbagai jenis sepanduk tentang keamanaan, kestabilan, kacau bilau dan huru hara.

PRU13 : K'jaan sementara perlu wujud - AG.... Nak Masuk Ke 13 baru fikirkan..sebebelum bubar diam..???

Kerajaan sementara perlu wujud apabila terbubarnya Dewan Rakyat bagi menasihati Yang di-Pertuan Agong dan berfungsi sebagai kerajaan, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Beliau berkata Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntuk secara khusus mengenai kerajaan sementara tetapi Perkara 43 (1) Perlembagaan Persekutuan memperuntuk bahawa Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihatinya dalam menjalankan fungsinya.

Katanya ini selaras dengan Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntuk bahawa Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seorang menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri.

"Kita juga harus melihat kes Abdul Ghani Ali v. Pendakwa Raya (2001), apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa perkataan 'hendaklah' dalam Perkara 43 (1) Perlembagaan Persekutuan menunjukkan bahawa Jemaah Menteri perlu wujud pada setiap masa untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong walaupun Parlimen telah dibubarkan.

PRU13 : 3 tawaran Wanita Pakatan Rakyat Untuk Wanita Malaysia

PRU13 : BN ciplak manifesto Pakatan dengan ketara

KONVOI MEGA ANAK MUDA TOLAK UMNO / BN!


PRU13 : Aktivis TOLAK diserang oleh Macai Samseng UMNO di Johor


Kenali Sidek Baba dan orang kanan DSAI ....Apa Agenda PRU13..!!

Sidek Baba Pejuang Islam: Orang kesayangan Anwar Ibrahim

Saya mengenali Sidek Baba sejak 1977 bila saya menjadi Mahasiswa Universiti Malaya dan Sidek menjadi AJK Minggu Orientasi-UM.
Kami panggil dia Cikgu Sidek kerana dia sudah dewasa umurnya.Dia senior saya satu tahun sahaja dari segi senioriti di universiti tetapi saya jauh lebih muda dari beliau dari segi umur kerana saya fresh dari sekolah dan terus ke universiti.
Saya mengikuti dari dekat perkembangan kerjaya Sidek. Sidek bercerita bagaimana beliau datang dari keluarga susah. Bermula bekerja sebagai budak pejabat kemudian ambil kelas malam dan lulus SPM. Kemudian ke Maktab Perguruan. Mengajar di sekolah. Kemudian ambil kelas malam. Lulus STPM dan masuk ke Universiti Malaya.
Sidek lembut orangnya. Berbicara dengan bahasa yang baik dan teratur. Beliau bergiat cergas dalam Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM). Diantara yang aktif waktu itu ialah Syed Darwilah, Allahyarham Datuk Nasaruddin Jalil, Dr Oniah dan ramai lagi. Saya terlibat dalam kumpulan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM). Diantara yang aktif ialah Dato’ Rozai Shafian,Bekas Speaker Kedah. Juga Tan Sri Muhammad Mohd Taib Bekas Menteri Besar Selangor.
Sidek juga mengajar di Yayasan Anda, yang terletak di deretan kedai di Pantai Baru betul-betul di depan pintu masuk Universiti Malaya. Sekolah Persendirian yang ditubuhkan oleh Anwar Ibrahim,Datuk Kamaruddin Mohd Nor,Datuk Kamaruddin Jaafar bagi mambantu anak-anak Melayu yang tercicir dari arus pendidikan. Ramai anak Melayu yang miskin menuntut disini dan ramai yang berjaya dalam hidup. Datuk Zabidi Zainal Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, KPPA adalah bekas pelajar Yayasan Anda.

TG Nik Aziz doakan orang yang fitnahnya berubah


 KOTA BHARU: Biar pun sering menjadi mangsa fitnah namun Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berdoa dan berharap mereka akan berubah suatu hari nanti.

Menteri Besar berkata, beliau tidak akan ambil tindakan mahkamah ke atas golongan terbabit biar pun kerap lagi melemparkan tuduhan fitnah terhadapnya.

“Umno yang tolak Islam, saya minta agar semua orang Umno dapat menerima Islam sepenuhnya. Macam mana kalau dah tolak Islam, amalan nak diterima Allah.

“Tolak Islam kerana menganggap Islam dah habis tempoh adalah berdosa,” katanya selepas merasmikan majlis penyerahan Pawah Rusa kepada 10 peserta di Pejabat Veterinar hari ini.

Mengenainya tindakan media menyiarkan separuh sahaja ucapannya, beliau berkata, itu satu kesalahan dilakukan pengamal media terutamanya yang dimiliki Umno.

PRU13 : Moral Politik Mahathir Dengan Ibrahim Ali 2 x 5

Kapanlah Mahathir Mohamad akan insaf? Beliau terus merasakan dialah terhebat berbanding dengan orang lain. Perangai dan sifat Yahudi tersemai di dalam diri Mahathir. Satu keburukan dan kemurkaan Tuhan kepada Yahudi ialah apabila kaum itu meletakkan dirinya lebih mulia dari segala makhluk (manusia) lain dan menganggap bangsa lain lebih hina dari haiwan. Nah begitu jugalah pandangan dan sikap Mahathir terhadap orang lain. Dia suka merendah-rendahkan orang lain apa lagi mereka yang difikirkan boleh mengatasi kehebatannya.

Dia juga seorang yang gila kepada pemujaan. Dia mahu dia dikultuskan. Sesiapa yang boleh memuja dan mengagungkannya itulah orang baik dan orang yang patut disokong. Baginya orang baik itu apabila sanggup menjadi penjilat dan penghidu kentutnya. Orang itulah yang perlu diberi kemenangan.

Dia juga seorang yang suka kepada penyanjungan. Dia juga mahu seberapa ramai pentaksub kepada idea dan politiknya. Kalau orang menyanjungnya dia akan membalas dengan memberi kesenangan duniawi seperti projek dan sebagainya sebagai upah. Mahathir juga munafik. Dalam masa dia memperli orang mencium tangan pemimpin kerana bodek, dia juga suka kalau orang mencium tangannya seperti menghirup tea tarik, crupppp...

PRU13 : Bagi BR1M Tetapi BN Gagal Kawal Barang Naik

Shamsul Iskandar Md Akin Treler 01BANTING, 7 APRIL : Walaupun menawarkan Bantuan Rakyat 1Malaysia(BR1M) tetapi BN masih gagal menghalang kenaikan harga barang.
Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, BN tidak layak menobatkan parti mereka dengan gimik politik ‘Better Nation’ kerana parti itu lebih sinonim dengan ‘Barang Naik’ ekoran kegagalan dasar-dasar mereka mengekang kenaikan harga barangan dan perkhidmatan pasca pilihan raya.
Sebaliknya beliau mengatakan dasar program ekonomi yang dibentangkan Pakatan Rakyat(PR) bagi membantu rakyat lebih menyeluruh bagi membantu semua kelompok masyarakat.
Tambahanya, tawaran yang dikemukakan PR dalam manifestonya kepada rakyat adalah lebih baik daripada apa yang ditawarkan BN di mana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kononnya berjanji akan menaikkan pemberian BR1M kepada RM1,200.
“Jika tahun 1966 ekonomi negara kita pendapatan perkapita rakyat negara ini adalah USD350 yang lebih baik daripada Korea Selatan, Taiwan dan Singapura tetapi kini pendapatan perkapita rakyat adalah USD22,000.

PRU13 : Johor diselubungi teka-teki calon MB baru..!!! bye bye Ghani....Salahuddin Ayub MB baru Pakatan.??


Datuk Abdul Ghani Othman
JOHOR BAHRU - Teka-teki paling popular di Johor ketika ini menyentuh persoalan berhubung siapakah calon Menteri Besar Johor yang baru menggantikan Datuk Abdul Ghani Othman.
  
Rakyat Johor sudah hampir pasti akan mendapat Menteri Besar yang baharu bagi menggantikan Abdul Ghani yang telah memimpin negeri selatan tanah air ini selama empat penggal bermula dari 1995.
  
Dengan Abdul Ghani, anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Serom sudah hampir pasti akan bertanding di kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13), beberapa nama disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar Johor yang baru.
  
Menteri Besar itu kini disebut-sebut akan mempertaruhkan dirinya menentang Penasihat DAP Lim Kit Siang di kerusi Parlimen Gelang Patah, di dalam pertandingan yang disifatkan sebagai "Titanic Battle" pada PRU-13.
  
Di antara nama yang paling kerap disebut rakyat Johor ketika ini adalah Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mohamed Khaled Nordin, yang juga Anggota Parlimen Pasir Gudang.

PRU13 : Anwar mengaku pernah jumpa Misuari tapi ketika jadi TPM..Tapi bukan jumpa Sultan Sulu...!!!

(PERTEMUAN ANWAR SEMASA MENJADI TPM DENGAN NUR MISUARI YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMFITNAH JADI EJEN SULU)

TANAH MERAH -  Ketua Umum PKR,  Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pertemuannya dengan bekas gabenor Mindanau, Nur Misuari adalah atas peranannya membawa keamanan serantau dan ia berlaku ketika beliau memegang jawatan timbalan perdana menteri.

Katanya, perjumpaan tersebut dibuat ketika beliau memegang jawatan sebagai timbalan perdana menterI dan menerima jemputan Presiden Fidel V Ramos bagi membantu  menyelesaikan perdamaian antara Filipina dan Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF).

"Saya diundang sebagai timbalan perdana menteri  ke rumah  Presiden (Filipina) Ramos. Beliau kemudiannya menelefon Nur Misuari dan minta saya pujuk Musuari bagi menyegerakan proses damai tersebut.

"Saya sokong  perjanjian damai itu kerana  mereka orang Islam. Selesai perjanjian, beliau kemudian diangkat menjadi gabenor ARMM (Wilayah Autonomi Muslim Mindanao)d an sebagai tanda sokongan bagi pihak Presiden Ramos, saya  pergi melawat, saya bawa pegawai-pegawai dan peniaga bagi bantuan serta biasiswa kepada anak-anak di sana," katanya ketika berucap pada Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Padang Majlis Daerah  Tanah Merah di sini, malam, semalam.

PRU13 : Abu Bakar Omar isytihar sokong PAS


KUALA LUMPUR: Seorang lagi pelakon terkenal, Abu Bakar Omar menyatakan sikapnya untuk menyokong Pakatan Rakyat khasnya PAS dalam pilihan raya umum akan datang ini.


(Abu Bakar dipakaikan baju T oleh Mohamad Nor dengan diperhatikan oleh Zamri, calon PAS Tititwangsa)

Pelakun lelaki yang terkenal semasa era filem Opah di dalam TV1 dan TV3 dahulu telah berikrar untuk menolong calon Pakatan Rakyat pada PRU13 ini.

Abu Bakar telah dipakaikan baju T Zamri Asa'ad, calon PAS Titiwangsa oleh Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Haji Mohamad Nor dalam satu majlis ceramah malam tadi.

Turut serta di majlis itu adalah Zamri sendiri yang diumumkan sebagai calon PAS di Titiwangsa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebelum ini.

Abu Bakar yang berasal dari Titi Gajah, Alor Setar, Kedah terkenal sebagai pelakon yang hebat dan pernah menang beberapa anugerah dalam bidang lakonan.

GE13 : Retired generals raring to do battle

The five generals who have joined Pakatan Rakyat want to bring about political change in the country.
TAIPING: Five retired generals who have joined Pakatan Rakyat are all ready to bring out their “firepower” to battle the Barisan Nasional government in the coming 13th general election.
The five are former deputy army chief Lt-Gen (R) Abdul Ghafir Abdul Hamid, former chief of logistics at headquarters air logistics Brig-Gen (Rtd) Abdul Hadi AlKhatab, former chief of staff logistics Navy fleet headquarters Rear-Admiral (Rtd) Imran Abdul Hamid, former director of the Army Corps of religion Brig-Gen (Rtd) Najmi Ahmad and chief of staff of army, Gen (Rtd) Md Hashim Hussein.
These retired generals, who feel the BN government has neglected the armed forces personnel, are hoping to bring about political change through the ballot box.
They will be contesting in parliamentary seats and are keen to debunk the public perception that the armed forces has always been supporting the BN in past general elections.
Both Ghafir and Hashim are slated to contest in the Johor constituencies of Pasir Gudang and Johor Baru respectively.
Imran and Hadi are likely to fight it out in the parliamentary seats of Lumut and Tanjung Malim, Perak, respectively while Najmi in Baling, Kedah.

PRU13 : Pas kerjasama dengan PKR, DAP kerana tidak menentang dasar dan hukum Islam - Hadi


Abdul Hadi Awang
ALOR SETAR - Pas memilih untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR kerana kedua-dua parti itu tidak menentangnya, kata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Umno menolak pelaksanaan hukum Islam yang kita (Pas) mahu.
Kita tidak akan bekerjasama dengan syaitan. Oleh kerana DAP tidak menentang kita, lebih baik kita bekerjasama dengan mereka dan PKR," katanya semasa berucap melancarkan manifesto pakatan ketiga-tiga parti itu di Kedah di Kompleks Pas Batu 9, dekat sini malam tadi.
Ketika ditanya pemberita selepas itu adakah perkataan syaitan yang digunakannya merujuk kepada Umno, beliau hanya berkata "Itu kena tanya (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad). Saya hanya mengulangi amanat Tun Dr Mahathir."

Cincin RM24 juta: Tak mustahil Jacob & Co cuba lindungi Rosmah- SAMM

zebra1KUALA LUMPUR 7 Apr: Penjelasan syarikat emas Jacob & Co yang dikaitkan dengan cincin RM24 juta oleh Datin Seri Rosmah Mansor menunjukkan syarikat itu kemungkinan cuba melindungi pelanggannya, kata Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, menerusi sekeping gambar, Rosmah dilihat turut memakai gelang bertatah berlian yang dinamakan “Zebra Safari” berharga RM1.65 juta dari syarikat sama, .
“Ironinya gelang tersebut dikeluarkan dari syarikat pengeluar cincin bernilai RM24 Juta. Ia menggambarkan Rosmah sebagai pelanggan yang tidak asing kepada syarikat berpengkalan di New York itu dan tidak mustahil syarikat tersebut cuba melindungi pelanggannya,” kata Badrul.
Semalam tukang emas yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu tampil menjelaskan kononnya cincin kontroversi itu bukan dibawa masuk ke negara di bawah nama Rosmah atau dibeli olehnya.
Dalam wawancara video, Pengarahnya, Philip Nassimi berkata, “Natural Fancy Blue Grade Cushion Diamond Ring” 30.11 karat itu sebenarnya untuk dilihat oleh Maira Nazarbayev, ibu kepada Daniyar Nazarbayev yang bertunang dengan anak Rosmah, Nooryana Najwa.

PRU13 : Manifesto BN tidak berani turunkan petrol, hapus tol dan PTPTN



KUALA LUMPUR: PAS percaya rakyat negara ini bijak dan tidak akan mudah terkeliru dengan manifesto BN yang ketara menciplak manifesto Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, manifesto Pakatan Rakyat lebih awal dibentangkan dan dari situ rakyat sudah faham dan mengerti apa yang akan dilaksanakan oleh Pakatan selepas diberi mandat nanti.

"Apa yang dibentangkan oleh BN banyak persamaan bukan kebetulan tetapi diceduk dari Pakatan Rakyat. Rakyat sudah tahu dan bijak menilai.

"Selain itu, saya berharap media memainkan peranan dan menjelaskan apa yang sebenarnya kepada rakyat," katanya dalam sidang media di Pusat Media PAS hari ini.

Bagaimanapun, kata

PRU13 : PAS bertanding di 24 DUN Kedah

Bongkar..!!! Sah Anwar Ibrahim Ajen ........

Anwar Ibrahim sangat bahaya, beliau merupakan Ajen pelbagai perkara, ada yang mengatakan beliau Ajen yahudi, Ajen turki, Ajen sulu, Ajen cina, Ajen indiaAjen amerika, Ajen dan pelbagai Ajen Ajen lagi yang tidak terkira banyaknya.dan kami telah menerima pelbagai gambar yang membuktikan benar kata kata pemimpin dari Barisan Nasional selama ini, iaitu Anwar Ibrahim SAH adalah AJEN!lihat sendiri BUKTInya! untuk melihat video ekslusif Anwar Ibrahim Ajen segala Ajen,


AJEN SEKOLAH KEBANGSAAN
AJEN MASJID
AJEN TELEKOM
AJEN KASTAM
AJEN SEKOLAH AGAMA ISLAM
manakala pemimpin Barisan Nasional pula adalah AJEN seperti gambar di bawah ini.
PEMIMPIN BARISAN NASIONAL, AJEN AIR BUAH!