Khamis, 4 April 2013

PRU13 : RIBUAN RAKYAT HADIR CERAMAH JELAJAH MERDEKA RAKYAT DI GRIK, PERAK!!

 

INS'YALLAH, PERAK BAKAL KEMBALI SEMULA KEPAKATAN RAKYAT!

Rakaman gambar sebagai saksi berbicara betapa hebat dan meriahnya sambutan rakyat berikan di Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Grik, Perak malam ini.

Sebab itu apabila Zahid Hamidi mendabik dada cakap besar sombong berdegar-degar mengatakan beliau dan pimpinan UMNO/BN Perak akan memastikan DSAI tumbang rebah di Perak dan Negeri Perak tetap kekal ditangan UMNO/BN dengan kemenangan bergaya dan lebih besar hanyalah sekadar bagi penyejuk jiwa yang sedang bergelora ketakutan dan panik gelabah gundah gelana.

Mood rakyat kini rata-rata maukan perubahan.. Rakyat kini sedia bangkit dan tolak UMNO dari Putrajaya dan mengangkat Pakatan Rakyat pimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai peneraju negara.

INI KALILAH TUKAR... JOM UBAH... SELAMATKAN MALAYSIA.

PRU13 : Hisap rokok tidak boleh jadi calon Pas, kata Nik Aziz


Nik Aziz PETALING JAYA - Setiap calon Pas yang bertanding sama ada di peringkat Dun atau Parlimen di Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) mesti bebas rokok.
Ini ditegaskan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am Pas.
"Kalau hisap rokok, tak boleh jadi calon," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan pembangkang di
ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, hari ini.
Nik Abdul Aziz sebelum ini dilapor pernah menegur sesetengah pemimpin dan penyokong Pas di Kelantan yang merokok di khalayak ramai dan pernah melarang tabiat itu.

Pas minta Umno Kedah pula anjur forum/ debat

Update PRU13: Parlimen Mantan PM Tiada Air & Pulau Pinang Bubar Jumaat

PRU13 : Rakyat perlu bijak pilih kerajaan baru - Ku Li


GUA MUSANG - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengingatkan rakyat supaya membuat pilihan bijak bagi memilih kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Katanya, ini kerana rakyat mempunyai kuasa penuh untuk menentukan kerajaan baru selepas Dewan Rakyat dan Dun dibubarkan bagi membolehkan PRU13 diadakan.
Tengku Razaleigh Hamzah "Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah mengumumkan pembubaran Parlimen (Dewan Rakyat) kelmarin bagi membolehkan PRU13 diadakan dan ia memberi kuasa penuh kepada rakyat memilih kerajaan baru bagi menentukan masa depan.
"Negara kita masih mengamalkan demokrasi untuk tujuan itu, tetapi rakyat harus menilai secara bijak sebelum membuat keputusan untuk mengundi siapa
pemimpin yang layak bagi mereka," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Bendahara, Jerek, di sini hari ini.

PRU13 : Pemuda BN 'alu-alukan' Aishah tanding di Jempol....!!!

NONEKetua Pemuda BN bahagian Jempol, Negeri Sembilan, Mohd Nizam Aman 'mengalu-alukan' penyanyi Aishah yang pernah popular dengan lagu 'Janji Manismu', untuk bertanding di kerusi parlimen itu sebagai calon PAS.

"Alhamdulillah, kalau Aishah bertanding lagi mudahlah kerja kita. Kita (orang-orang Jempol) punya cara, siapa yang berkhidmat kepada rakyat itu yang akan kita pilih.

"Aishah ini penyanyi yang pernah popular sahaja," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Mohd Nizam mengulas pengumuman Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu malam tadi bahawa PAS mencalonkan Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin untuk bertanding di kerusi itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Naib Yang Dipertua PAS kawasan Batu, Tarmizi Mohd Jam mengesahkan pengumuman itu dibuat oleh Mohamad di Taman Melewar, Gombak.

P79 Lipis: Andai Siti Nurhaliza jadi calon...


Kuala Lipis memang tidak dapat dipisahkan dengan nama Siti Nurhaliza. Sejak beliau popular, nama Kuala Lipis tiba-tiba menjadi sebutan biasa kepada rakyat Malaysia. Berbanding sebelumnya, orang akan tertanya-tanya di manakah tempat tersebut. Walhal, Kuala Lipis merupakan bekas ibu negeri Pahang, dan tempat kelahiran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Di Lipis juga wujud antara sekolah tertua di Malaysia iaitu Sekolah Menengah Clifford (sekarang SMK Clifford). Di sekolah ini jugalah beberapa tokoh negara pernah belajar termasuklah Sultan Pahang sendiri, Sultan Ahmad Shah, Tun Muhamad Ghazali Shafie, Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) dan Siti Nurhaliza.

Berbalik kepada isu pilihan raya, secara peribadi, dalam suasana politik Malaysia yang tidak matang pada hari ini, lebih afdal sekiranya Datuk Siti tidak terbabit dalam politik – kekal dalam status neutral.

Parlimen Kuala Lipis merupakan antara kawasan milik Umno-BN sejak merdeka. Musuh tradisi Umno BN di kawasan ini sudah tentulah PAS, walaupun dalam beberapa kali pilihan raya Semangat 46 dan PKR pernah bertanding. Parlimen Lipis mempunyai tiga kawasan Dun iaitu N3 Padang Tengku, N4 Cheka dan N5 Benta. Parlimen dan ketiga-tiga Dun tersebut dimenangi oleh BN. Namun majoriti undi yang di terima BN tidak lah terlalu tinggi iaitu Padang Tengku (1,188), Cheka (1,280), dan Benta (1,358).

Dari Segi pecahan kaum di Parlimen Lipis, bangsa Melayu mewakili 76.81 peratus, Cina 17.44 peratus, India 5.75 peratus dan selebihnya lain-lain bangsa. 

Sehingga kini tiada lagi keputusan yang jelas parti manakah yang akan mewakili Pakatan Rakyat bagi kerusi parlimen. Namun bagi kerusi Dun, PAS bakal meletakkan Roslan Zainal sekali lagi di Padang Tengku. Baki dua Dun lagi mungkin ditandingi parti komponen Pakatan Rakyat.

Bagi PAS, sudah tentulah tertumpu kepada Padang Tengku. Pecahan kaum di Dun Padang Tengku ialah 93.18 peratus Melayu, 3.15 peratus Cina dan 3.67 peratus India.

EDISI PRU13: KHAS UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN. TAKKAN KELUAR TV DAN MEDIA ARUS PERDANA PUNYA!


Anda kakitangan Kerajaan Pusat? Kakitangan Kerajaan Negeri? Serba salah untuk memilih parti mana yang nak diundi? Takut? Ada unsur2 hasutan dan ugutan dari pihak2 tertentu? Jom kenal SIAPA KORANG dan APA HAK KORANG mengikut konteks Perlembagaan Malaysia..

APA ITU KERAJAAN

Kerajaan adalah badan yang berkuasa dilantik oleh rakyat untuk mengurus tadbir negara. Kerajaan dibentuk dari sistem Pilihanraya yang mewajibkan setiap rakyatnya mengundi dan memilih tampuk pemerintahan setiap maksimum 5 tahun.

SIAPAKAH KAKITANGAN KERAJAAN

Kakitangan Kerajaan terdiri dari Rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama serta menyokong pelbagai ideologi politik yang mewakili parti UMNO, MCA, MIC, PKR, PAS, DAp dan parti parti lain diMalaysia.

APAKAH KERAJAAN ITU BARISAN NASIONAL ATAU PAKATAN RAKYAT

Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat atau mana mana parti di Malaysia yang terlibat dalam pemerintahan BUKAN bermakna kerajaan tetapi hanya ENTITI POLITIK yang membentuk kerajaan.

UNDIAN DARI KAKITANGAN KERAJAAN PEMERINTAH

Sebagai rakyat malaysia, kakitangan kerajaan yg memerintah negara dan negeri negeri di Malaysia boleh mengundi mana mana parti pilihan mereka tanpa apa apa sekatan. Ini kerana gaji kakitangan kerajaan dibayar oleh kerajaan yang mendapat hasil cukai dari rakyat, bukan duit simpanan sesebuah parti.

Artikel 10 menjamin hak rakyat Malaysia bersuara memilih tampuk pemerintahan sebagai pengundi. Adalah satu kesalahan jenayah jika mana mana parti x kira mewakili kerajaan atau pembangkang menghalang kakitangan kerajaan mengundi parti yang mereka pilih. Termaktub didalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.

OK? Dah jelas? 
Korang nak undi siapa pun xde sapa leh halang! 
Takda maknanya nak cakap korang x kenang budi! 
UMNO-BN kene blaja 
SIAPA HARUS KENANG BUDI SIAPA..

PRU13 : Umno akan pastikan Anwar kalah di Perak...ha..ha...kita lihat sape yang kena...!!!


 
Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan memastikan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kalah dalam pilihan raya umum ke-13 di Perak.

Selain itu, beliau turut meramalkan, Anwar juga mungkin tidak akan bertanding di kerusi yang telah dimenangi Umno di negeri itu.

NONE"Saya pasti dia akan bertanding di kerusi yang bukan dimenangi oleh BN. Sama ada dia (Anwar) atau calon lain (yang bertanding), lawan tetap lawan.

"Kita akan pastikan dia (Anwar) kalah," katanya kepada media selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Ditanya sama ada Umno gentar dengan kehadiran Anwar ke Perak, Zahid yang juga ahli parlimen Bagan Datoh berkata:
"Kita tak gentar sebagaimana Lim Kit Siang ke Johor."

Selain itu, ditanya sama ada BN akan menang di Perak dengan dua pertiga majoriti, Zahid yang juga naib presiden Umno berkata, kerja keras yang luar biasa perlu dilakukan untuk merealisasikannya.

PRU13: Nasrudin sedia terima amanah parti


KUALA LUMPUR: Calon PAS yang bertanding di Parlimen Temerloh pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Nasrudin Hassan yang juga Ketua Pemuda PAS Malaysia bersedia menerima amanah parti dan berjanji akan membawa agenda parti kepada masyarakat.

Optimis PAS dapat meraih sokongan masyarakat di Temerloh khususnya orang muda, beliau berkata perubahan sikap pengundi sangat ketara akhir-akhir ini yang menuntut perubahan total berlaku dalam pemerintahan negara selepas PRU13.

"Sikap pengundi muda juga sangat berpihak kepada PR dalam banyak perkara. Tinggal lagi pergantungan tinggi kepada Allah swt, kesungguhan jentera, dan persefahaman serta kesepakatan antara jentera Pakatan, Insyaallah Pakatan akan berjaya dan menang di Parlimen Temerloh," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Nasrudin diisytiharkan bertanding di Parlimen Temerloh oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Selasa lalu.

PRU13 : PAS Perak sasarkan 18 Dun dan 4 Parlimen

IPOH: PAS Perak mensasarkan 18 kerusi DUN dan empat kerusi Parlimen untuk dimenangi dalam pilihan raya umum ke 13 ini.

Pengarah Pilihan Raya PAS Perak, Haji Asmuni Awi berkata, jumlah kerusi sasaran itu adalah berdasarkan peluang untuk menang di kerusi-kerusi berkenaan.

"Berdasarkan gerakerja yang telah dibuat, saya yakin kita boleh mencapai sasaran itu," kata Asmuni kepada Harakahdaily.

(Asmuni di depan salah satu Markas Pilihan raya di kawasan DUN Manjoi)

Dalam pilihan raya umum lalu, PAS menang dua kerusi Parlimen dan enam kerusi DUN.

Kerusi-kerusi itu adalah Parlimen Bukit Gantang dan Parit Buntar manakala kerusi DUN adalah Pasir Panjang, Selinsing, Titi Serong, Gunung Semanggol, Changkat Jong dan Lubuk Merbau.

Ekoran kemenangan itu, Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dilantik sebagai Menteri Besar.

PRU13 : Rakyat M'sia luar negara berang gagal akses web SPR

Sebaik sahaja Parlimen dibubarkan semalam, ramai rakyat Malaysia yang menetap di luar negara mula membanjiri lamanweb Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mendaftarkan sebagai pengundi pos, tetapi kebanyakannya hampa.

Lamanweb, yang memuatkan "Borang B1", tidak dapat diakses sejak semalam. Dan keadaannya masih tidak berubah setakat jam 4.30 hari ini.

Rasa kecewa dan tidak puashati mereka itu diluahkan melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter, kebanyakannya mengenai ketidakupayaan SPR menangani apa isu kecil seumpama itu.

Natalie Chia, yang tinggal di Taiwan, memberitahu Malaysiakini bahawa penyokong BERSIH 2.0 di Taipei datang membantu dengan mengedarkan "Borang B1" kepada rakyat Malaysia di Taiwan dan China.

Debat PRU 13 (Pilihanraya Umum 13). Anwar Ibrahim VS Najib Razak. Debat Manifesto Anda Kepada Rakyat!

Debat PRU 13 : Parlimen sudah pun dibubarkan  semalam. Sekarang perjalanan untuk menentukan halatuju negara di bawah pemerintahan untuk 5 tahun seterusnya  bakal ditentukan tidak lama sahaja lagi iaitu dijangka pada 27 April 2013 ini.
Manifesto Pakatan Rakyat sudah pun dibentangkan kepada rakyat (DI SINI), manakala Manifesto Barisan Nasional akan dibentangkan kepada rakyat di Stadium Merdeka Sabtu ini (6 April 2013). Jadi…
Jadi bagi setiap parti politik yang bakal bertanding samada “Pakatan Rakyat” ataupun “Barisan Nasional” ada bahan dan produk yang ingin ditawarkan kepada rakyat untuk mereka iaitu kepada anda, anda dan anda di sini membuat pilihan yang terbaik. Persoalannya sekarang, adakah “produk” dan “pelan pembangunan negara” yang ingin ditawarkan oleh Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat benar-benar bermutu dan berkualiti?

Debat PRU 13 : Barisan Nasional VS Pakatan Rakyat

SPR: 'PRU13 pilihan raya tidak wajar dipertikai'


Proses Pilihanraya Umum - 1
Proses Pilihanraya Umum - 2
Proses Pilihanraya Umum 3
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bertanggungjawab menjalankan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dalam tempoh terdekat ini berada dalam keadaan cukup selesa untuk menunaikan tanggungjawabnya kini.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, setelah melakukan penambahbaikan - yang terbanyak sepanjang suruhanjaya itu menjalankan pilihan raya, pihaknya merasakan PRU13 adalah satu pilihan raya yang  tidak boleh dipertikaikan dari segenap aspek.

"Apa sahaja tuntutan-tuntutan parti politik yang dibuat melalui Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) kita akan laksanakan.

PRU13: Hanya separuh peruntukan untuk ADUN S'gor, tidak boleh seperti 2008 habis masa PRU12.


 
Seluruh exco dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor haya dibenarkan menggunakan separuh sahaja daripada peruntukan masing-masing menjelang pilihan raya umum yang akan datang.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau dan pegawai kewangan negeri membuat keputusan itu bulan lalu bagi mengelakkan perisiwa 2008 berulang, apabila kebanyakan peruntukan habis digunakan selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran daripada BN.

"Ini bagi memastikan peruntukan mencukupi selepas pilihan raya selesai diadakan untuk membolehkan kerajaan baharu melaksanakan tugas dengan berkesan agar kebajikan rakyat tidak terabai," kata Abdul Khalid.

Sementara itu, Abdul Khalid juga mengumumkan, mulai hari ini negeri Selangor akan ditadbir oleh kerajaan sementara yang bermakna menteri besar dan exco akan terus melaksanakan tugas sebagai sebuah kerajaan berkecuali.

"Kerajaan Sementara" hanya melibatkan Jemaah Menteri, yang lain-lain tak layak....

Oleh Syed Imran
Mulai 3 April 2013, Persekutuan Malaysia berada dibawah 'pentadbiran' apa yang disebut  sebagai 'kerajaaan sementera' atau 'caretaker government.' Begitu juga kedudukan di negeri-negeri yang Dewan Undangan Negeri (DUN) terbubar, ditadbir oleh Exco atau Kabinet Negeri.

Walaupun kewujudan 'kerajaan sementara' tidak terdapat dalam Perlembagaan, ia lebih merupakan satu konvensyen demokrasi yang berkiblat ke London. 'Kerajaan sementara' hanya bertindak selaku pemegang kuasa sementara bagi memastikan perjalanan pentadbiran tanpa ganggu gugat tetapi tidak boleh melakar sebarang dasar baru atau melancar apa-apa projek pembangunan baru.
Satu persoalan yang menarik mengenai 'kerajaan sementara' dalam hubungan dengan Malaysia ialah 'siapa mereka' kerana dalam sistem pentadbiran di bumi bertuah ini, ada Kabinet atau Jemaah Menteri dan ada pula timbalan menteri yang bukan anggota Kabinet. 
Pengalaman saya semasa berkhidmat di pejabat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ialah timbalan menteri tidak  menghadiri mesyuarat Kabinet dan tidak boleh memangku jawatan menteri sekiranya bosnya bercuti atau bertugas di luar negeri. Lazimnya, jawatan menteri berkenaan akan dipertanggungjawabkan kepada seorang menteri lain, iaitu seorang anggota Kabinet.
Ini kerana Kabinet adalah 'kerajaan' yang mentadbir negara seperti yang termaktub dalam Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan. Timbalan Menteri bukan anggota Kabinet dan dengan sendirinya tidak seharusnya berada dalam 'kerajaan sementara' apabila Parlimen dibubarkan.

BETUL KE? Khairy cenderung tidak mahu tanding PRU13 ....ha..ha..menantu dan mertua kena pancung...!!!

SHAH ALAM – Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyatakan keputusan sama ada bertanding atau tidak diserahkan kepada kepimpinan parti walaupun "lebih cenderung" untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Menurutnya, komitmen beliau adalah memastikan kemenangan BN lebih diutamakan jika pun tidak berpeluang untuk disenaraikan sebagai calon pada pilihan raya umum kali ini.
BETUL KE? Khairy cenderung tidak mahu tanding PRU13Bagaimanapun, beliau berkata, setiap keputusan dibuat oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu pencalonan akan diterima dengan terbuka.
Tambahnya, pemimpin-pemimpin muda tidak boleh berkecil hati dan menentang jika tidak dipilih menjadi calon, sebaliknya pilihan raya umum menjadi bukti kesetiaan kepada BN.
“Ramai yang tanya saya melalui Twitter sama ada saya bertanding atau tidak. Saya sudah maklum kepada Najib, keutamaan saya yakni saya lebih cenderung untuk tidak bertanding pada PRU13.
“Tetapi saya seorang yang agak ‘old-fashioned’, saya akur dengan apa sahaja yang bakal diputuskan oleh Pengerusi BN. Kalau diarah bertanding, saya akur.

PRU13 : ‘Najib takut bertanding di tempat lain selain di Pekan’....Lawan Najib pun orang hebat..jeng..jeng..!!!

najib-peningKUALA LUMPUR 4 Apr: Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Najib Razak takut untuk bertanding di kawasan parlimen selain Pekan kerana merasa kedudukannya hanya selamat di situ, kata Dr Afif Bahardin.
Naib Ketua AMK Pulau Pinang itu berkata, ia berbeza dengan keputusan diambil Datuk Seri Anwar Ibrahim, selaku pemimpin nasional yang bersedia bertanding di mana-mana sahaja kerusi Parlimen.
Sehubungan itu beliau mencabar Najib agar bertanding di kerusi Permatang Pauh, atau berdepan dengan Anwar sendiri di Perak.
“Tindakan Najib mengkritik keputusan Anwar untuk bertanding di Perak adalah tidak relevan kerana beliau sendiri takut untuk bertanding di tempat lain selain dari Pekan.
“Najib sebenarnya tidak ada keyakinan, berbeza dengan Anwar yang tidak mempunyai masalah untuk bertanding di mana-mana saja. Jika Najib berani, mengapa tidak beliau sendiri bertanding di Permatang Pauh atau di Perak?,” katanya ketika dihubungi.

PRU13: PAS Terengganu tanding 7 kerusi Parlimen


 KUALA TERENGGANU: PAS Terengganu akan bertanding tujuh kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Pesuruhjayanya, Mohd Abdul Wahid Endut mengumumkan perkara tersebut paad sidang media di Pejabat PAS negeri, hari ini.

Katanya, PAS membuat keputusan tersebut setelah dipersetujui dalam perbincangan Pakatan Rakyat di peringkat pusat.

“Saya juga ingin maklumkan bahawa kita telah membuat keputusan setelah dipersetujui oleh Pakatan Rakyat, kita (PAS) akan bertanding di Terengganu ini tujuh kerusi parlimen daripada lapan kerusi parlimen.

“Insya Allah, jika tidak ada aral melintang pada 11 April 2013 ini, hari Khamis malam Jumaat bertempat di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang kita akan umumkan secara rasmi calon-calon kita yang mewakili parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13,” jelasnya di hadapan 15 wakil media.

PRU13: PAS umum calon secara berperingkat


PETALING JAYA: PAS akan mengumumkan calon-calonnya secara berperingkat dan terserah kepada Pesuruhjaya PAS negeri masing-masing untuk mengisytiharkan calon mereka.

Menurut Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, tempoh pengumuman calon-calon di peringkat negeri akan selesai sebelum hari penamaan calon.

"Kita akan umum calon berperingkat, mungkin kita akan minta pesuruhjaya negeri mengisytiharkan calon untuk negeri dia, sekarang Perlis sudah selesai.

"Selepas ini akan disusuli oleh negeri lain, yang pastinya sebelum penamaan calon," katanya kepada Harakahdaily sejurus selesai pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat di ibu pejabat PKR, petang tadi.

Sehingga hari ini, negeri Perlis telah selesai urusan pengisytiharan calon, dan pada malam ini dikuti oleh PAS Pulau Pinang.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Saleh Man akan mengumumkan nama-nama calon yang bakal bertanding dalam PRU13 dalam mesyuarat Badan Perhubungan Negeri yang akan diadakan pada malam ini.

PRU13 : Kelantan, Kedah & Pulau Pinang bubar DUN esok kerana ia penghulu segala hari kata Lim Guan Eng

PakatanPETALING JAYA 4 APRIL: Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing selewat-lewatnya esok, selepas Selangor menjadi negeri Pakatan Rakyat yang pertama membubarkan Dunnya hari ini.
Perkara itu disahkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Pengesahan itu dibuat pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini petang tadi, selepas menghadiri perjumpaan bersama pemimpin Pakatan Rakyat yang turut dihadiri Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hadir sama, Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden KEADILAN, Datuk Dr Mansor Othman; Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke dan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub.
Pembubaran DUN itu bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan.
Nik Aziz berkata, beliau akan menghadap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V malam ini di Istana Negeri di Kubang Kerian.
“Pembubaran DUN Kelantan terserah kepada titah Tuanku,” katanya dipetik.

PRU13 : Husam Musa hampir pasti bertanding di Putrajaya

KUALA LUMPUR, 4 April — Datuk Husam Musa mengatakan beliau hampir pasti melawan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di kerusi parlimen Putrajaya dalam Pilihan Raya 2013.
Naib presiden PAS itu mengakui beliau tiada masalah untuk mewakili Pakatan Rakyat (PR) di kerusi tersebut sekiranya diarahkan walaupun ianya ibarat melakukan “bunuh diri” dalam politik.
“Nampaknya ke arah itulah (bertanding di kerusi Parlimen Putrajaya,” kata Husam kepada pemberita.
“Lebih 50 peratus benar tentang kemungkinan itu,” katanya lagi.
Husam yang ditemui selepas mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) tamat berkata senarai calon masih lagi diperingkat akhir dan pengumuman penuh akan dibuat dalam masa terdekat.
Semalam, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata kepimpinan PR akan mengadakan sidang media untuk mengumumkan tentang senarai calon walau bagaimanapun pada saat akhir dibatalkan hari ini.

GE13 : Group warns of action against phantoms on polling day

KUALA LUMPUR, April 4 – An activist movement has warned foreigners and phantom voters away from polling stations during Election 2013, saying they will be dealt with accordingly if they dared to sneak in their votes.
Anything But Umno (ABU), an opposition-friendly polls watchdog group, said it will be deploying special squads on polling day to ensure no phantom voter, foreigner or fake IC holder would dare loiter near polling stations.
“Please take this warning seriously. On polling day, ABU will be patrolling all stations and will deal with all foreigner who intend to defy this warning,” ABU leader Haris Ibrahim said in the group’s polls message on video-sharing site YouTube yesterday.
“Please. I emphasise again – take this warning seriously.”
The lawyer-turned-activist also urged Malaysians to assist ABU in its efforts to prevent electoral fraud by casting their ballots early on polling day.
He explained that voters could help ABU’s squads by staying near the polling stations after they have cast their ballots and even accompany the ballot boxes when they are being sent to the various tallying centres nationwide.
“Stay and defend the electoral process,” he appealed.

TERKINI : SENARAI CALON PARLIMEN PAKATAN RAKYAT - 4-4-2013

SENARAI CALON KEADILAN - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini 04 Apr 2013 - 1900 hrs)

1. Lumut atau Padang Rengas - Anwar Ibrahim (belum disah dan diumumkan)
2. Gombak - Azmin Ali (penyandang)
3. Paya Besar - Murnie Hidayah Anuar
4. Indera Mahkota - Fauzi Abdul Rahman
5. Batu - Tian Chua (penyandang)
6. Sembrong - Onn Abu Bakar
7. Johor Bharu - Jen (B) Md Hashim Hussein
8. Pasir Gudang - Let Jen (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid (belum diumumkan)
9. Selayang - William Leong Jee Ken (penyandang)
10. Kuala Kedah - Dr Azman Ismail
11. Kuantan - Fuziah Salleh (penyandang)
12. Padang Serai - N Surendran
13. Bagan Serai - Dr Muhammad Nur Manuty
14. Pasir Salak - Mustafa Kamil Ayyub
15. Gopeng - Dr Lee Boon Chye (penyandang)
16. Kulim-Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail (bertukar dari parlimen Machang)
17. Sungai Petani - Johari Abdul (penyandang)
18. Ampang - Zuraida Kamarudin (penyandang)
19. Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari
20. Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar (penyandang)
21. Pandan - Rafizi Ramli
22. Bukit Katil - Shamsul Iskandar Md Akin
23. Batang Lupar - Zulkifli Abang Engkeh
24. Saratok - Ali Biju
25. Hulu Rajang - Abun Sui Anyit
26. Baram - Roland Engan
27. Limbang - Baru Bian
28. Nibong Tebal - Dr Mansor Othman (bertukar dari DUN Penanti
29. Wangsa Maju - Dr Tan Kee Kwong
30. Setiawangsa - Ibrahim Yaacob (belum diumumkan)
31. Segamat atau Kulai - Dr Chua Jui Meng (belum disah dan diumumkan)
32. Batu Pahat - Dr Idris Jauzi
33. Alor Setar - Gooi Hsiao Leung
34. Bandar Tun Razak - Abdul Khalid Ibrahim (penyandang)
35. Petaling Jaya Selatan - Hee Loy Sian (penyandang)
36. Machang - Dr Wan Zawawi Wan Ismail (belum diumumkan)
37. Sibuti - Dr Michael Teo Yu Keng (belum disah dan diumumkan)
38. Tebrau - Steven Choong Siow
39. Muar - Nor Hizwan Ahmad
40. Tambun - Siti Aishah Shaik Ismail (belum diumumkan)

SENARAI CALON DAP - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini setakat 04 Apr 2013 - 1900 hrs)

1. Gelang Patah - Lim Kit Siang
2. Bukit Gelugor - Karpal Singh (penyandang)
3. Serdang - Teo Nie Ching (penyandang)
4. Beruas - Ngeh Koo Ham (penyandang)
5. Kluang - Liew Chin Tong (bertukar dari parlimen Bukit Bendera)
6. Ipoh Timur - Thomas Su (belum disah dan diumumkan)
7. Ipoh Barat - Wong Kah Woh (belum disah dan diumumkan)
8. Batu Gajah - V Sivakumar (belum disah dan diumumkan)
9. Bentong - Wong Tack
10. Seputeh - Teresa Kok Suh Sim (penyandang)
11. Puchong - Gobind Singh Deo (penyandang)
12. Taiping - Nga Kor Ming (penyandang - belum diumumkan)
13. Raub - Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz
14. Bukit Mertajam - Chong Eng (penyandang)
15. Petaling Jaya Utara - Tony Pua Kiam Wee (penyandang)
16. Batu Kawan - Dr P Ramasamy (penyandang)
17. Cheras - Tan Kok Wai (penyandang)
18. Bukit Bintang - Fong Kui Lun (penyandang)
19. Teluk Intan - M Manogaran (penyandang)
20. Rasah - Anthony Loke Siew Fook (penyandang)

SENARAI CALON PAS - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini 04 Apr 2013 - 1900 hrs)

1. Marang - Tuan Guru Abdul Hadi Awang (penyandang)
2. Arau - Tuan Guru Haron Din
3. Shah Alam - Khalid Samad (penyandang)
4. Kota Raja - Dr Siti Mariah Mahmud (penyandang)
5. Pulai - Salahuddin Ayub (bertukar dari parlimen Kubang Kerian)
6. Padang Terap - Mohd Nasir Zakaria (penyandang - belum diumumkan)
7. Pendang - Mohamad Sabu (belum diumumkan)
8. Kuala Nerus - Dr Khairuddin At-Takiri (belum diumumkan)
9. Rantau Panjang - Siti Zailah Mohd Yusof (penyandang)
10. Tumpat - Kamarudin Jaffar (penyandang)
11. Kuala Krai - Dr Mohd Hatta Ramli (penyandang)
12. Parit Buntar - Dr Mujahid Yusof Rawa (penyandang)
13. Baling - Brig Jen (B) Najmi Ahmad
14. Larut - Fauzi Shaari
15. Temerloh - Nasrudin Hassan
16. Titiwangsa - Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi
17. Kuala Selangor - Dr Dzulkefly Ahmad (penyandang)
18. Bachok - Ariffin Mahmod (belum disah dan diumumkan)
19. Jempol - Wan Aishah Wan Ariffin (belum diumumkan)
20. Padang Besar - Azamhari Mahmood
21. Kangar - Baharuddin Ahmad (belum disahkan)
22. Putrajaya - Husam Musa (belum disah dan diumumkan)

PR to send in audit team to check on Dr M's handling of Petronas

Petronas land buy: Who is Dr M's 'special special' crony?

Update PRU13: Pelajar Pondok Nafi, Himpunan Mahasiswa

Pusat Media SPR Untuk PRU13 Mula Beroperasi

Update PRU13: Jalan Rosak di Pekan, Kelantan After Dark

Bubar Dun: Sidang Media MB Pakatan Rakyat

Taib: MACC naughty and dishonest, I won't cooperate

Young Gun: Gan Pei Nei

PRU13: SPR umum tarikh mesyuarat khas esok

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung tarikh mesyuarat khas berkenaan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) selewat-lewatnya esok, kata Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. - Bernama

PRU13 : Dewan Negeri Selangor Bubar, Rakyat Disaran Bijak Mengundi


KLANG 4 MAC : Dewan Negeri Selangor (DNS) dibubarkan secara rasminya hari ini apabila Warkah Pembubaran ditandatangani oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di hadapan Menteri Besar serta Ahli-Ahli Dewan Diraja yang hadir.
Sidang Dun SelangorMenteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, rakyat Selangor akan berpeluang sekali lagi menjalankan hak dan tanggungjawab mereka dalam menentukan kerajaan yang memerintah
“Ahli Mesyuarat Kerajaan Selangor menyembahkan rasa syukur dan terima kasih kepada Baginda Sultan di atas tunjuk ajar serta panduan yang berikan sepanjang lima tahun pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat,” kata Abdul Khalid.
Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Speaker Selangor, Datuk c selepas pertemuan dengan Sultan Selangor di Istana Alam Shah Klang di sini.
Abdul Khalid berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada seluruh penjawat awam di negeri ini yang telah berkhidmat dengan cemerlang serta kerjasama yang mereka berikan kepadanya dan seluruh pimpinan di Selangor.

SPR Selangor Gagal Bertindak : Pengundi Fail Semakan Mahkamah Mohon Batal Nama


SHAH ALAM 4 APRIL : Seorang jurutera tempatan yang menetap di luar negara, S Dinesh, 32, memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Shah Alam supaya mahkamah mengeluarkan perintah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan namanya sebagai pengundi bagi kawasan Klang.
Charles Santiago Pengundi Fail Semakan Mahkamah Mohon Batal Nama 04Pemohon yang tinggal di United Kingdom lebih 15 tahun membuat permohonan itu selepas mendapati namanya didaftarkan dalam senarai pengundi tanpa pengetahuannya oleh Penolong Pendaftar Umno, Hishamuddin Kassim selepas permohonannya bagi pembatalan itu gagal dipenuhi SPR Selangor.
Dalam permohonan di mahkamah, Dinesh menamakan SPR sebagai responden pertama manakala Ketua Pendaftar SPR Selangor sebagai responden kedua.
Bapa Dinesh, K Siva Kumar, 64, berkata, langkah SPR meluluskan pendaftaran anaknya sebagai pengundi adalah salah kerana ia dibuat tanpa persetujuan oleh pihak tidak diketahui.
“Saya mengemukakan perkara ini kepada SPR Selangor beberapa kali menerusi emel tetapi tidak diendahkan pihak tersebut. Anak saya berada di luar negara, bagaimana pihak tertentu boleh mendapat maklumat dirinya dan mendaftarkan dia sebagai pengundi.

PRU13 : Mafrel pantau penyalahgunaan media, kempen sebelum tempoh

Syed_Ibrahim_MafrelKUALA LUMPUR 4 APRIL: Badan Pemantau Pilihan Raya Malaysia (Mafrel) akan bekerjasama dengan NGO Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dan Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas) untuk memastikan Pilihan Raya Umum ke-13 lancar serta aman.
Pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, pemantauan khusus terhadap media massa akan dijalankan bagi memastikan tidak berlaku penyalahgunaan jentera kerajaan untuk kegunaan kempen parti politik tertentu.
“Pemantauan juga merangkumi untuk tiga tempoh iaitu penamaan calon, berkempen dan pada hari pembuangan undi.
“Setakat ini, Mafrel sudah bermesyuarat dengan beberapa NGO yang turut membantu memastikan situasi selepas pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) berjalan lancar.
“Dari semasa ke semasa, Mafrel akan menjelaskan sebarang situasi yang berlaku,” jelas Syed Ibrahim kepada Keadilan Daily.

Sombong Dan Agah : SPRM tidak layak dapat kerjasama saya, kata Taib Mahmud....tanda SPRM jadi hamba abdi BN...!!!!


KUALA LUMPUR, 4 April — Tan Sri Abdul Taib Mahmud mendakwa dirinya menjadi mangsa permainan nakal oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menyatakan pendirian tidak akan bekerjasama dengan agensi tersebut dalam siasatan rasuah yang dipalitkan keatasnya.
Ketua Menteri Sarawak itu juga berkata tuduhan rasuah seperti yang didedahkan oleh Global Witness baru-baru ini tidak akan memberi impak kepada Sarawak.
“Mereka tidak layak mendapat kerjasama saya kerana agak nakal.
“Mereka tidak jujur,” kata Taib yang ditemui di bangunan Umno, PWTC, hari ini.

Parlimen : Kenapa bubar semalam?

SEMALAM suami Rosmah Mansor umum bubar Parlimen. Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu mengumumkan Parlimen dibubar pada tarikh 3 April 2012. Pewaris kerajaan Abdullah Badawi itu betul-betul sebut tahun 2012. Dengan wajahnya yang pucat dan tidak tersenyum, Najib Razak kelihatan terpaksa.
Semalam 3 April 2013. Takkanlah Parlimen dah bubar setahun, kita baru tahu semalam?
Begitu terpaksa sehingga tersalah sebut? Tidak mungkin dia salah sebut. Ucapannya bukan disebutkan secara bersahaja. Ucapannya siap tertulis di depan mata. Betul-betul bawah kamera pada ‘teleprompter’. Tidak Najib tidak hafal ucapan pembubaran Parlimen, dia baca. Bagaimana pula dia boleh tersalah baca apa yang tertulis di teleprompter.
Mungkin ada hantu yang ubah tarikh pada teleprompter untuk bergurau senda. Itu kita tidak tahu. Tapi kita boleh andaikan bahawa Najib Razak sebenarnya memang belum bersedia untuk melepaskan jawatannya. Sebab itu saya tanya, ‘kenapa semalam?’
Semalam, 3 April 2013 bukanlah tarikh yang dipilih Najib Razak. Kalau mengikut kalendar Cina, semalam bukanlah tarikh yang baik untuk Najib Razak. Menurut gambar kalendar Cina yang tersebar luas di laman sosial, 3 April 2013 ialah hari paling teruk untuk tahun ini, terutamanya untuk yang lahir pada tahun ular dan khinzir. Malah disarankan pula agar jangan dikerjakan perkara penting pada hari berkenaan.
Ini kelakar. Najib Razak pastinya mempunyai penasihat berketurunan Tionghua yang akan menasihatinya agar tidak melakukan pembubaran pada hari yang sial ini, supaya tidak diketawa sekalian masyarakat Cina.

PRU13 : DAP alu-alukan Samy Vellu bertanding di Ipoh Barat


IPOH, 4 APRIL: Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, M Kulasegaran mengalu-alukan kesediaan bekas Presiden MIC, Datuk Seri Utama S Samy Vellu untuk bertanding di kerusi Parlimen Ipoh Barat yang diwakilinya.
Kenyataan ini dibuat berikutan sepanduk yang dinaikkan di sekitar bandar Ipoh dengan perkataan “Kami mahu Datuk Seri Utama S Samy Vellu sebagai calon BN di P.65 Ipoh Barat”.
“Saya rasa sangat gembira jika beliau mahu bertanding di Ipoh Barat malah saya juga sanggup membawa beliau melawat kawasan itu,” kata Kula dalam satu kenyataan.
Menurutnya, terdapat banyak isu dan masalah yang timbul sekitar kawasan yang diwakilinya dan dengan kehadiran Samy Vellu, beliau mungkin boleh turut membantu menyelesaikan perkara itu.
“Masalah utama di situ membabitkan isu rumah setinggan, isu pemilikan tanah, pembinaan sekolah Cina di Bercham, masalah keperluan rumah murah bagi kumpulan berpendapatan rendah, menaik taraf pangsapuri Sungai Pari dan pangsapuri Waller Courts, ini termasuk peningkatan kadar jenayah,” jelas beliau.

PRU13 : Anwar Rasa Tidak Selamat Di Permatang Pauh - Najib Rasa Selamat Di Pekan...JOM DEBAT...!!!

 (Anwar Takut Di Permatang Pauh..Najib Hebat Di Pekan..Jom Debat..!!! Ada Berani Jib)



KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis berkata tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan tidak akan bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana beliau tidak yakin dapat mempertahankan kerusi tersebut.

Anwar dikhabarkan akan beralih angin ke Perak tetapi tidak menamakan kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandinginya.
"Dia (Anwar) berasa tidak selamat di Permatang Pauh kerana dia mengabaikan penduduk di sana yang memilihnya untuk sekian lama sejak dia menyertai politik," kata Najib pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Khamis.
Menurut Najib, jika dia (Anwar) berani mengabaikan nasib rakyat di Permatang Pauh, tidak mustahil dia akan melakukan perkara sama pada masa hadapan.

PRU13 : Kejutan akan berlaku di Johor, Pahang dan Perlis

Saluran satu dan dua iaitu saluran untuk pengundi muda di mana 30 peratus ini untuk parti (PAS) yang akan mengalahkan BN, kata Presiden PAS.

PETALING JAYA: Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS akan membenarkan DAP menggunakan simbol parti Islam itu ada pihak yang melarang DAP menggunakan simbol partinya dalam pilihan raya umum ke 13 ini.
“Kita izinkan DAP menggunakan simbol PAS jika tidak boleh menggunakan parti sendiri.” katanya dalam sidang media di Terengganu.
Pendaftar Pertubuhan sedang menyiasat mengenai aduan dari ahli DAP mengenai penyelewengan pimpinan parti November lalu.
Presiden PAS berkata,  beliau menyerahkan kepada parti untuk menentukan sama ada beliau dicalonkan bertanding atau tidak dalam PRU 13.
Beberapa bulan lalu, Abdul Hadi pernah dilaporkan sebagai berkata, beliau tidak mahu dicalonkan kerana mahu memberi laluan kepada muka baru.
Bagaimanapun, beberapa pemimpin utama PAS membantah hasrat tersebut dengan alasan khidmatnya masih diperlukan.

‘President’ Najib has failed

As grotesque as it was, Najib sought desperately to adopt the Obama image of a change agent.

By Gobind Rudra
Najib Tun Razak has kept to his chosen self-image of a presidential prime minister by calling for a general election only after completing a full four years in office.
In fairnesss, he might even be allowed a measure of self-congratulation, for having stayed the course and completing his “term”, even if it is only in his imagination that his four years as PM can be compared to the fixed four-year term of the US president, and only in his own imagination could he be compared to Barack Obama.
With his image handlers, he has worked hard at projecting himself in the Obama mould — even down to the solecisms of his swearing-in and the King’s proclamation of dissolution and his frenetic adoption of new media savviness and online cool.

‘Nazri still believes Sabahans stupid’

Where were the laws that federal minister Nazri Aziz was referring to when the sinister Project IC was executed to issue MyKads to illegal?
KOTA KINABALU: A senior lawyer here has accused federal minister Nazri Abdul Aziz of “lying” when he said it will be “difficult” for the federal government to re-issue new MyKads for Sabah because it involved “laws” which needed to be studied.
Demanding to know what “laws” Nazri was referring to, Daniel Jambun said: “Nazri is lying and avoiding the proposal. He still believes Sabahans are stupid and can be lied to.
“He has the audacity to say it is difficult to solve the MyKad problem when the solution is right in his very hands.
“What laws is he talking about? If there are laws to be looked into, then look into them.”
Jambun, who is Sabah State Reform Party (STAR) deputy chairman, said Nazri’s explanation clearly showed that Putrajaya has not learned anything from the Lahad Datu intrusion and bloodshed, and persists in toying with the lives of Sabahans.

PRU13 : Polis Perak gerakkan 8,600 anggota kawal pilihanraya


IPOH - Polis Perak akan menggerakkan 8,600 anggota dan pegawai untuk bertugas di negeri itu bagi mengawal keselamatan sepanjang pilihan raya umum ke-13.
Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata pihaknya juga sedang mengenal pasti kawasan panas bagi memastikan kawalan keselamatan yang disediakan mencukupi.
"Keupayaan polis menjaga keselamatan dan kesejahteraan rakyat bagaimanapun tetap bergantung kepada kerjasama orang ramai," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, di sini hari ini.
Mengulas perkara berbeza, Mohd Shukri berkata indeks jenayah Perak mencatat penurunan sebanyak 8.47 peratus bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
"Ini merupakan penurunan yang sangat baik kerana dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ia menyasarkan sebanyak lima peratus (penurunan)," katanya.
Katanya sebanyak 1,935 kes jenayah direkodkan bagi tempoh itu membabitkan 399 kes jenayah kekerasan dan baki 1,536 kes merupakan jenayah harta benda seperti curi motosikal dan sebagainya.
"Tahun lalu bagi tempoh sama, sebanyak 2,114 kes direkodkan," katanya. - Bernama

Masalah Dalaman Teruk : Najib takut umum senarai calon Umno BN

KUALA LUMPUR 4 Apr: Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Najib Razak takut untuk mengumumkan senarai calon Barisan Nasional lebih awal kerana masalah dalaman yang buruk dalam parti itu, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Menurutnya, ketakutan sebenar Najib adalah isu sabotaj di kalangan mereka yang tidak terpilih sebagai calon dan kecewa kerana diketepikan.
Keresahan itu, katanya, terpapar jelas ketika presiden Umno itu mengumumkan pembubaran parlimen semalam, malah hingga tersasul menyebut tentang tarikh pembubaran.
” Saya percaya keresahan itu membuktikan wujud pelbagai masalah dan konflik dalam Umno BN.  Konflik dalaman parti itu akan bertambah parah jika beliau mengumumkan senarai calon lebih awal,” kata Shamsul.
Najib sebelum ini mengumumkan hanya calon boleh menang (winnable candidate) yang akan diberi kepercayaan bagi mewakili 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi DUN seluruh negara.
Berdasarkan laman web Barisan Nasional, ia memaklumkan senarai  tersebut hanya akan diumumkan dalam tempoh tujuh hingga 10 hari sebelum hari penamaan calon.
Antara negeri yang dilaporkan telah menyerahkan senarai tersebut kepada Najib ialah Negeri Sembilan, Perak dan Pahang.

PRU13 : Bersih lancar kod etika p'raya, kerajaan sementara

KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) melancarkan kod etika pilihan raya umum ke-13 (PRU13) bagi panduan parti-parti politik dan garis panduan kerajaan sementara.

Kod etika PRU13 itu menggariskan 13 perkara sebagai piawaian minimum bagi semua parti politik, calon serta petugas kempen, sukarelawan dan penyokong.

Antara yang ditekankan termasuklah larangan ucapan menghasut, memburuk-burukkan pribadi, kebebasan wartawan dan pemerhati serta larangan ugutan dan keganasan.

Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh Pengerusi Bersama Bersih 2.0, yang juga Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor hari ini.

PRU13: PAS arah solat hajat, tingkat keselamatan


KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengarahkan jentera parti mempertingkatkan kawalan keselamatan khususnya di bilik gerakan MTD untuk mengelakkan sebarang provokasi.
Katanya, usaha itu sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan pelbagai cara yang mungkin akan digunakan pihak musuh untuk menimbulkan sebarang kekacauan dan provokasi sepanjang tempoh berkempen.

Sementara itu, beliau turut meminta jentera dapat memberi fokus kepada kerja-kerja yang diarahkan oleh parti selepas parlimen bubar sehingga ke hari pilihan raya.

"Dalam waktu genting ini, seluruh jentera parti pertingkatkan lagi gerak kerja untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU nanti," katanya kepada Harakahdaily.

PRU13 : YB Turun Stadium..

PRU13 : SPR perkenal 8 elemen dalam PRU 13

KEADILAN genap 14 tahun hari ini, tarikh keramat ‘Reformasi’

wawiKUALA LUMPUR 4 APRIL: KEADILAN hari ini mencapai genap usia 14 tahun selepas ditubuhkan pada 4 April 1999.
Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, tanggal 4 April merupakan tarikh keramat lahirnya Parti Keadilan Nasional yang kemudian ditukar kepada Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).
“Salam Reformasi! Hari ini 4 April adalah tarikh keramat lahirnya Parti Keadilan Nasional. Satu wadah baru perjuangan dan kebangkitan rakyat. Selamat hari keadilan. Reformasi!” kata Wan Azizah sempena ulang tahun itu.
Idea untuk menubuhkan sebuah parti politik baru timbul selepas insiden pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1998.
Keputusan itu diambil kalangan pemimpin pelbagai peringkat, aktivis dan penyokong gerakan reformasi.
Namun, usaha tersebut tidak diluluskan Pendaftar Pertubuhan.
Jalan lain untuk menubuhkan parti politik baru dengan mengambil alih sebuah parti politik sedia berdaftar iaitu Ikatan Masyarakat Islam Malaysia yang ditubuhkan pada 1990 dan dinamakan semula dengan Parti Keadilan Nasional.

PRU13 : MB Negeri Sembilan ramal sabotaj akan wujud selepas senarai calon keluar

KUALA LUMPUR, 4 April — Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohamad Hasan meramalkan akan wujud unsur sabotaj dan kumpulan berpuak-puak sebaik senarai penuh calon keluar menjelang Pilihan Raya 2013 tidak lama lagi.
Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata ini berlaku kerana akan ada yang tidak berpuas hati jika tidak tersenarai sebagai calon.
“Bila dah umum calon nanti ada yang sabotaj parti dan akan ada dua kumpulan berpuak-puak,” kata Mohamad.
“(Perdana Menteri) Datuk Seri Najib dah cakap tadi, jangan gaduh-gaduh,” tambahnya yang ditemui wartawan diperkarangan lobi bangunan Umno di PWTC di sini.
Dalam pada itu lagi, Mohamad yakin Barisan Nasional (BN) dapat meraih kemenangan dengan majoriti dua pertiga dengan syarat dua ramalannya tersebut dapat diatasi dan ditangani sebaik senarai calon dikeluarkan oleh Najib, yang juga merupakan pengerusi BN.

PRU13: PAS Pahang sasar 12 Dun, 3 parlimen


TEMERLOH: PAS Pahang meletakkan sasaran 10 campur 2 untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) untuk dimenangi pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Pesuruhjayanya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata 12 kerusi Dun itu termasuk mempertahankan 2 kerusi yang dimenangi iaitu Beserah dan Semantan manakala 10 Dun lagi sasaran untuk dimenangi.

"Sementara itu peringkat parlimen pula, 3 kerusi menjadi sasaran kita," jelas beliau kepada Harakahdaily.

Beliau juga memberitahu, dari sudut persiapan PAS Pahang berada pada 99 peratus, manakala satu peratus hanya persiapan calon yang perlu mendapat kelulusan peringkat pusat.

PRU13 : Anwar sahkan Azizah tidak bertanding


KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengesahkan bahawa isterinya dan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 sebagai respon  kepada dakwaan nepotisme dalam PKR.

"Azizah mampu untuk memimpin parti semasa saya berada di dalam penjara. Beliau mengetuai parti tetapi memutuskan untuk tidak bertanding dalam pilihan raya,"katanya semasa temubual secara langsung dengan Al-Jazeera petang semalam.

Jawapan Anwar ini memecahkan desas desus selama ini bahawa isteri beliau itu turut akan dicalonkan dalam pilihan raya umum ini.

Azizan dikatakan akan bertanding salah satu DUN di Selangor.

Ura-ura ini disambut oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan berkata Wan Azizah layak menjadi MB Selangor selepas ini.

Namu begitu ia dilihat negatif oleh beberapa pihak kerana Anwar dan anaknya Nurul Izzah Anwar sudah cukup untuk bertanding.

PRU13 : Parlimen bubar, tempoh rakyat berfikir dengan serius untuk memilih kerajaan baru..!!

KUALA LUMPUR, 4 April — Pengumuman pembubaran Dewan Rakyat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pagi semalam merupakan tiupan wisel bagi pengundi di negara ini memikirkan secara serius siapa yang mereka mahu memimpin negara untuk tempoh lima tahun akan datang.
Bagi penyokong tegar tiada apa yang perlu difikirkan dan mereka hanya menunggu hari mengundi, namun untuk pengundi atas pagar sekarang adalah masa untuk mereka mencerna semua perkembangan yang berlaku sepanjang empat tahun 11 bulan lepas.
Sistem dua parti di negara ini memberi pengundi pilihan sama ada Barisan Nasional (BN) yang diteraju Datuk Seri Najib Tun Razak atau pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS yang dinasihati Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sistem pilihan raya yang berasaskan “first-past-the-post” atau kemenangan berdasarkan undi majoriti, menuntut parti memenangi sekurang-kurangnya 112 daripada 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan sebelum layak membentuk kerajaan persekutuan.
Sejak diadakan pertama kali pada 1959 hingga kali ke-12 pada 2008, BN yang sebelum ini dikenali Parti Perikatan, berjaya menguasai tampuk pentadbiran pusat dan diramal mengulangi kejayaan pada pilihan raya umum ke-13 ini.
Akan tetapi, perubahan zaman menuntut lebih daripada sekadar rekod kejayaan untuk memancing undi, sementelah kaedah berkempen pada pilihan raya umum kali ini turut disertai media sosial yang terbuka untuk disalah guna.

PRU13 : Parti Uthaya gempur kubu PAS, PKR..!!





Parti Hak Asasi (HRP) akan meletakkan calon bebas mereka di tiga kerusi parlimen dan lima kerusi DUN yang dikuasai PKR dan PAS di Selangor.

Bendahari HRP, A Sugumaran dalam satu sidang media hari ini mengumumkan, parti itu akan bertanding di kerusi parlimen Kota Raja, Kelana Jaya dan Kuala Selangor.

Lima kerusi DUN yang akan ditandingi calon HRP dalam kawasan parlimen tersebut ialah Seri Andalas, Sri Muda, Seri Setia, Bukit Melawati dan Ijok.

"Calon kami bagi P111 Kota Raja dan N49 Seri Andalas adalah pemimpin (HRP) iaitu P Uthayaklumar," kata Sugumaran.

PRU13: Anwar lonjak kemenangan Pakatan Perak


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak mengalu-alukan kesediaan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan secara terbuka ingin bertanding di Perak.
“Ia juga akan mengukuhkan momentum rakyat Perak khasnya dan Pakatan Rakyat amnya di Perak,” ujar Timbalan Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss (gambar).

Katanya, pihaknya telah melontarkan cadangan jika Anwar sudi untuk bertanding di Perak.

“Inilah masanya kita melihat telatah Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang juga ‘anak buah’ kepada Datuk Seri Anwar di dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dahulu.

“Kami percaya semua jentera PR sudah bersedia menerima Datuk Seri Anwar di Perak nanti,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Sementara itu, Anwar dijangka mengumumkan senarai penuh calon PKR yang akan bertanding di negeri itu pada perhimpunan Jelajah Merdeka Rakyat di Grik, malam ini.

PRU13 : Kerajaan Sementara perlu patuhi 11 perkara- Mahfuz

KUALA LUMPUR 4 April: Pas meminta kerajaan sementara samada di peringkat pusat atau negeri mematuhi 11 perkara dalam menjalankan tugas mereka.
Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar dalam kenyataan berkata, ia diperlu dilakukan bagi memastikan kerajaan sementara berjalan lancar dan dihormati semua pihak.
“Saya dengan ini menyeru Perdana Menteri dan seluruh pemegang jawatan di dalam badan Eksekutif, samada ahli kabinet Persekutuan mahupun ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri supaya benar-benar mematuhi prinsip, amalan dan konvensyen berkaitan dengan Kerajaan Sementara secara sepenuhnya.
11 perkara itu adalah:
i) Memegang jawatan Perdana Menteri, Menteri-Menteri atau Menteri Besar bagi Kerajaan Sementara  adalah hanya untuk menjalankan tanggungjawab wajib selaku kerajaan yang memerintah yang berkaitan dengan urusan day to day sesebuah kerajaan;
ii) Turun berkempen dalam Pilihanraya kapasiti atau jawatan politik di dalam parti dan bukan sebagai Perdana Menteri, Menteri-Menteri atau Menteri Besar
iii) Tidak menyalahgunakan jentera, peruntukan, kenderaan, kemudahan dan kakitangan kerajaan dengan tujuan untuk berkempen dan meraih undi