Rabu, 3 April 2013

PRU13 : Cetuskan Perubahan - Lawan Tetap Lawan!

Kempen PRU 13: Belajarlah Sejarah Rembau..


Duhai BN, Wahai UMNO
Oleh: amkns
 
"Marilah kita berkempen secara berhemah.
Gambar dan laporan dari Facebook Ramlan Roes
3 April 2013 Pekan Rembau, Negeri Sembilan

Laporan Polis telah dibuat berkenaan 'billboard berbaur' ugutan oleh Barisan Nasional di Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau. Gambar - Sdr. Nazree Yunus (Ketua Angkatan Muda NS / Naib Ketua AMK Pusat) sedang memberi kenyataan akhbar dalam sidang media AMK NS kepada Sinar Harian. Turut hadir aktivis PAKATAN
" (IH)

PRU13 : Tukar kerusi, KEADILAN tanding Parlimen Labuan, Bera, Setiawangsa

AZMINKUALA LUMPUR 3 APRIL: KEADILAN akan bertanding di Parlimen Labuan, Bera dan Setiawangsa pada PRU 13, kata Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.
Timbalan Presiden KEADILAN itu berkata, ketiga-tiga kerusi berkenaan sebagai ganti kepada kerusi yang diumum Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang iaitu Temerloh dan Kangar.
“Temerloh dan Kangar tradisinya ditandingi KEADILAN tapi setelah berunding, kita bersetuju untuk bertanding di tiga Parlimen itu,” katanya pada sidang media hari ini.
Hadi semalam mengumumkan calon PAS Nasruddin Hassan At-Tantawi di Temerloh dan Baharuddin Ahmad di Kangar.
Azmin berkata, keputusan berhubung pembahagian kerusi terkini akan diputus dalam Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat di ibu pejabat KEADILAN, esok.
“Pembahagian kerusi mencapai 90 peratus persetujuan dari ketiga-tiga parti. Esok, adalah pembahagian kerusi terkini dan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) empat negeri Pakatan,” katanya.

PRU13 : Calon BN diumum dalam tempoh tujuh hingga 10 hari sebelum penamaan calon

PUTRAJAYA, 3 April — Calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan diumumkan dalam tempoh tujuh hingga 10 hari sebelum hari penamaan calon, kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini.
Beliau berkata Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyerahkan senarai calon kepada ketua-ketua perhubungan negeri.
“Ketua-ketua perhubungan negeri akan menyerahkan watikah pelantikan kepada calon-calon. Kita harap ia dapat dilaksanakan dalam seminggu hingga 10 hari sebelum hari penamaan calon,” katanya kepada pemberita selepas acara “Kayuhan Patriotik 1Malaysia@ Putrajaya” di sini.
Tengku Adnan berkata senarai calon BN kini dalam saringan terakhir termasuk pemeriksaan kesihatan, institusi kewangan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Insolvensi.
“Sekiranya mereka sudah mendapat laporan kesihatan mereka enam bulan lepas, mereka boleh hantar kepada kami, sekiranya belum, mereka perlu menjalani pemeriksaan kesihatan,” katanya.
Tengku Adnan berkata BN sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya kali ini dan hanya menanti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh hari penamaan calon dan hari pengundian.
Beliau berkata Najib akan mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Tertinggi Umno pada 9 pagi esok dan selepas itu mesyuarat khas Dewan Tertinggi BN pada 11 pagi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

PRU13 : Pas benarkan calon bukan Melayu DHPP tanding atas tiket parti


"Wakil DHPP ada calon-calonnya daripada kaum Tionghua, kaum India serta kaum Iban di Sarawak yang menggunakan tiket Pas nanti," katanya pada sidang akhbar di rumahnya di Rusila di sini hari ini.

Mereka akan menggunakan kuota 76 kerusi yang akan ditandingi Pas, hasil kata sepakat pakatan pembangkang, untuk ditandingi Pas pada PRU13, jelas beliau.

Abdul Hadi berkata, calon DHPP ini dan calon dari Dewan Muslimat Pas akan bertanding di kawasan campuran pengundi pelbagai kaum memandangkan sambutan positif DHPP terhadap parti itu.

Anggota Parlimen Marang itu berkata jika ada tambahan kerusi yang diberikan parti sekutu pembangkang kepada Pas pada saat-saat akhir, Pas sedia menambah calonnya.

Abdul Hadi berkata, 76 kerusi yang diperuntukkan kepada Pas oleh pakatan pembangkang ialah tambahan 10 kerusi yang ditandingi Pas pada PRU12 2008. Parti itu menang 23 kerusi.

Ambiga still fears "dirty" GE13: STOP THE CHEATING BY COMING OUT TO VOTE!

KUALA LUMPUR ― Datuk Ambiga Sreenevasan repeated concerns today over alleged discrepancies in the electoral roll and possible violence during Election 2013, despite acknowledging Datuk Seri Najib Razak’s promise of integrity in the general election.
The Bersih co-chairman said Najib’s pledge to ensure a peaceful transition of power was a “given”, particularly in a country that claims to practice “true democracy”.
Ambiga still fears "dirty" GE13: STOP THE CHEATING BY COMING OUT TO VOTE!“It is good that he reiterated it but that is a given in any true democracy... the fact that democracy must be respected,” she told The Malaysian Insider this afternoon, shortly after Najib announced the dissolution of Parliament.
“But what we want to see now is a healthy campaign and a level playing field for all contesting parties, whether in the matter of access to media or on political violence.
“We do not want to see dirty politics and we hope that all parties will be on their highest, most ethical level of conduct,” Ambiga said.
Public pressure
The influential civil rights activist added that it may partly have been public pressure that had led Najib to outline his team’s willingness to surrender power should they lose at the polls, noting that many leaders in the opposition have already been demanding that the prime minister make the commitment.
“Public pressure does wonderful things,” said Ambiga, who is known for her role in leading several mammoth rallies in the streets of the capital to demand clean and fair polls.
In his televised address to announce Parliament’s dissolution this morning, Najib promised that there would be a peaceful transition of power should there be a change in the federal government after the 13th general election.

Anwar : Wan Azizah dan Nurul Izzah Naik Secara Susah, Keupayaan Sendiri


SHAH ALAM 3 APRIL : Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan wujudnya elemen nepotisme di dalam parti itu kerana isteri dan anak sulungnya menyandang jawatan tertinggi berasaskan keupayaan dan semangat juang.
anwar pc close 01Jelas Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mula mengambilalih kepimpinan parti itu ketika Anwar dipenjarakan selama enam tahun.
“Manakala anak saya Nurul Izzah telah melalui liku-liku yang mencabar dan bukannya seorang puteri raja yang memperolehi berbilion ringgit dan pelbagai kelebihan.
“Dan beliau juga menghadapi kesukaran juga ketika untuk memasuki universiti dan menghadapi serangan daripada pelbagai sudut.
“Kita berada di sini berdasarkan perjuangan dan boleh bandingkan (antara kita dan) mereka yang kaya dan terkenal.
“Saya serahkan soal ini kepada rakyat Malaysia untuk menentukan dan memberikan peluang sepertimana rakyat Malaysia yang lain,” kata Anwar.
Beliau berkata demikian ketika diwawancara oleh Televisyen Antarabangsa Al-Jazeera secara langsung pada jam 6.15 petang Waktu Malaysia.
Menjawab soalan lain, Anwar berkata gabungan parti PKR-PAS-DAP adalah mantap berasaskan kejayaan mentadbir empat negeri Pakatan Rakyat sepanjang lima tahun lepas.

PRU13 : SPR tidak bertindak terhadap pemerhati pilihanraya semata-mata kerana aduan politik

KUCHING, 3 April — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan bergantung semata-mata kepada aduan oleh parti politik atau calon untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pemerhati pilihan raya yang dilantik, kata seorang ahli SPR, Datuk Mohammad Ramji Alli.
Beliau berkata sebaliknya, SPR akan terlebih dahulu mengesahkan dengan pegawai pengurus pilihan raya atau penyelia daerah pilihan raya yang berkenaan sebelum tindakan selanjutnya boleh diambil terhadap pemerhati terbabit.
“Kami akan memeriksa balas dengan pegawai kami (di pusat pengundian). Kami tidak boleh hanya bergantung kepada maklumat daripada orang luar (termasuk parti politik dan calon yang mengadu tentang dakwaan salah laku oleh pemerhati pilihan raya),” katanya kepada pemberita di sini selepas sesi taklimat bagi pemerhati pilihan raya di Sarawak di sini hari ini.
Beliau berkata sejumlah 82 pemerhati pilihan raya dilantik oleh SPR bagi Pilihan Raya Umum ke-13 di Sarawak, yang akan melibatkan 31 kawasan parlimen.

PRU13: Antara umpan dan tawaran untuk anak muda


Ameerah Malaysia menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan pembubaran Parlimen Malaysia pada hari ini.

Walaupun rakyat dibiar menunggu selama lebih setahun selepas ura-ura pembubaran parlimen yang kononnya akan berlaku lebih awal, tetapi selepas lebih 5 tahun dari tarikh pembuangan undi PRU12, Perdana Menteri akhirnya berani membuat pengumuman tersebut.

Tarikh pembubaran yang sememangnya menjadi tanda tanya kepada seluruh rakyat Malaysia kerana pertama kali dalam sejarah negara tempoh pentadbiran kerajaan yang paling lama berlaku. Yang paling memeranjatkan, rakyat terpaksa melihat Dewan Undangan Negeri Sembilan terbubar dengan sendiri pada 28 Mac yang lalu.

PRU13 menjanjikan pertandingan yang paling sengit di antara dua koalisi politik terbesar dalam negara iaitu Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Di kalangan anak muda, perbezaan ketara yang dapat dilihat dalam pendekatan kedua-dua  koalisi ini adalah pemberian umpan dan tawaran.

Di pihak Barisan Nasional dilihat lebih gemar memberi umpan berupa pemberian “one-off” seperti BR1M, Baucher Buku 1 Malaysia, rebat telefon pintar dan bermacam-macam lagi. Semua ini hanya dapat membantu meringankan sedikit beban rakyat dalam jangka masa yang pendek.

PRU13 : Rakyat sambut bubar Parlimen macam nak raya




TEMERLOH: Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man melihat keghairahan rakyat menyambut pembubaran parlimen yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kali ini luar biasa.

“Seluruh rakyat sambut pengumuman bubar parlimen seperti nak sambut raya, semuanya kerana rakyat dah tunggu hampir dua tahun, sedangkan media kawalan Umno setiap hari memainkan isu politik dan pilihan raya,” katanya ketika berceramah di atas treler Negara Kebajikan PAS yang sampai ke bandar Temerloh petang tadi.

Hari ini merupakan hari ketiga jelajah treler berkenaan selepas ke Raub, Bentong, Jerantut, Maran, Bandar Jengka, Lanchang dan bersebelahan terminal bas ekspres petang ini sebelum bertolak ke Bera.

Lebih 1,000 mendengar amanat pemimpin bersempena pembubaran parlimen hari ini.

Anwar Ibrahim: Ini Perhimpunan Pakatan Rakyat, Itu Perhimpunan UMNO Barisan Nasional

PRU13 : Najib dah bayangkan Umno akan kalah kali ini

Disamping gelabah hingga tersasul menyebut tarikh pembubaran Parlimen yang berkuatkuasa hari ini, Bekas Perdana Menteri Malaysia yang merupakan Presiden UMNO telah membayangkan akan kekalahan yang akan UMNO/BN hadapi.

Bekas Perdana Menteri Malaysia itu dalam pengumumannya telah menyebut tarikh pembubaran Parlimen ialah 03 April 2012 bukannya 03 April 2013.. lihat videonya di ( SINI )

Dipercayai ianya akibat gelabah memikirkan nasibnya selepas Pilihanraya nanti kerana beliau telah membayangkan akan kehilangan kuasa yang akan UMNO/BN hadapi.


Katanya "Saya juga ingin menyeru, jika berlaku sebarang peralihan kuasa, ia akan berlangsung secara aman dan tertib. Ini iltizam kita untuk menjunjung prinsip demokrasi,".

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan bahawa sebarang peralihan kuasa selepas pilihan raya umum ke-13, jika ada, akan berlangsung dengan aman.

GE13 : Anwar appeals for clean campaign

Datuk Seri Anwar Ibrahim hopes for an ethical campaign amid escalating political violence in the run up to Election 2013. — Picture by Saw Siow FengPETALING JAYA, April 3 – Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim said today he welcomed Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s vow to ensure a peaceful transition of power but appealed for an ethical campaign amid escalating political violence in the run up to Election 2013.
The opposition leader also made a fresh invitation to the Barisan Nasional (BN) chairman for a debate so both sides of the political spectrum may engage in a mature election driven by a fair contest of ideas.
“We welcome the statement made by Datuk Seri Najib Razak where he promised to ensure a smooth transition of power should Pakatan Rakyat (PR) win the 13th general elections,” Anwar told reporters in a packed press briefing held at PKR’s headquarters here.
In his televised address to announce Parliament’s dissolution this morning, Najib promised that there will be a peaceful transition of power should there be a change in the federal government after the 13th national polls.
“As an introduction to the 13th general polls, PR reiterates its invitation to Datuk Seri Najib Razak to defend BN’s record to us and we will table the brilliance of PR policies in a debate, so the people can make a fair and an informed decision,” the PKR de facto leader said.

PRU13 : ‘Bisnes mega BN’ bakal lingkupkan negara?


DAMANSARA, 3 APRIL: Kerajaan Barisan Nasional (BN) diminta tidak menipu rakyat kerana Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yang dipropaganda kononnya berjaya masih jauh daripada mencapai matlamat sebenarnya.
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua berkata, dasar transformasi yang dibawa Perdana Menteri, Najib Razak dengan lambakan pelbagai projek mega tidak memberi keuntungan kepada negara.
“Kita ada banyak contoh, kerajaan nak buat Bandar Malaysia di Pengkalan Tentera Udara Sungai Besi. Jumlah kos pengambilalihan tanah ialah RM1.6 bilion tetapi kos penempatan semula pengkalan udara ialah RM2.7 bilion.
“Ada lagi yang lebih merugikan kita iaitu projek kawasan kewangan antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) sebagai “Tun Razak Exchange” (TRX) yang akan menelan belanja sebanyak RM26 bilion dana awam,” kata Pua pada satu majlis mengumpul dana pilihan raya umum di sini malam tadi.
Menurut beliau, projek yang menelan belanja berbilion ringgit ini dikhuatiri tidak memberi keuntungan kepada negara.

Live : Malaysian opposition leader speaks to Al Jazeera

Lembayung ‘Penjaga Kerajaan’

Oleh Syaruzaimi Yusof
Hari ini penulis melihat kecelikan rakyat Malaysia di merata-rata tempat berkenaan isu semasa khususnya berkenaan pembubaran parlimen negara. Sama ada di laman sesawang seperti facebook, mahupun lembaran akhbar dan artikel-artikel yang ditulis. Walaubagaimanapun masih ada yang hidup di bawah tempurung atau memilih untuk tidak mengambil tahu langsung akan keadaan semasa. 

Hari ini, pada jam 11.30 pagi, Datuk Seri Najib Abdul Razak, bekas Perdana Menteri Malaysia yang keenam telah mengumumkan pembubaran parlimen. Selaras dengan itu, di bawah Perkara 55(4) Perlembagaan Persekutuan, pilihanraya umum hendaklah diadakan dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh pembubaran dan Parlimen hendaklah dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada tempoh satu ratus dua puluh (120) hari dari tarikh pembubaran iaitu 3 April 2013. Di mana ianya bermaksud Parlimen hendaklah dibentuk pada atau sebelum 1 Ogos 2013. Dengan kata lain, tempoh pilihanraya daripada satu penggal ke penggal yang lain bukanlah lima (5) tahun walaupun jangka hayat Parlimen adalah lima (5) tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya seperti yang dinyatakan di dalam Perkara 55(3) tetapi adalah lima tahun dan seratus dua puluh hari. Apabila Parlimen dibubarkan maka secara otomatik kabinet juga akan terbubar dan dengan kata lain semua menteri dan timbalan menteri adalah berstatus penganggur bermula hari ini.

Politik ‘gesture’ menjelang pilihan raya

Oleh Ismail Hashim Yahaya
Menjelang pilihan raya suasana media dan lanskap politik negara akan diceriakan oleh hiruk-pikuk permainan bahasa dan tanda serta isyarat sebagai sebahagian dari wacana politik semasa. 

Bermula dari pemerintah yang cuba menyakinkan rakyat dengan BR1M-nya, manifesto PR sehinggalah kepada pembubaran parlimen seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, persoalan “gesture” dalam komunikasi politik tidak dibicarakan apa lagi disentuh dalam arus politik perdana.
“Gesture” sebagai sebahagian daripada kemahiran komunikasi bukan lisan di mana ahli politik menjadikannya sebagai instrumen untuk menegas, memperkuat dan menyakinkan kita tentang mesej, ideologi atau prinsip dan makna yang disampaikan.
Meminjam kenyataan tokoh semiotika Indonesia, Yasraf Amir Piliang menegaskan kembali bahawa politik pada dasarnya adalah permainan gesture dan bahasa sebagai sebahagian dari wacana politik.
Bagi saya, jika diteliti kesimpulannya politik kebelakangan ini adalah gesture itu sendiri. Bahkan ramai orang akan yakin dengan pergerakan isyarat bukan lisan para pemimpin semasa berucap apabila menonton di skin TV atau di majlis ceramah politik.
Politik gesture ini memperlihatkan keprihatinan kepada rakyat melalui contoh bantuan yang diberikan kerajaan dengan gerak bukan lisan yang diperlihatkan melalui imej di kaca TV misalnya.
Tetapi apa yang lebih membimbangkan, gesture politik kini tidak memperkuat makna dan mesej politik, tetapi telah dikelirukan, dengan menonjolkan diri sebagai seseorang ahli politik yang ideal berbanding idea, makna, dan ideologi politik sendiri.
Tidak ramai yang meneliti atau nampak peranan gesture dalam politik dan peranan komunikasinya untuk meyakinkan khalayak.
Dalam ceramah atau ucapan di kaca TV atau juga di skrin Youtube misalnya setiap potensi tubuh (body) dikerahkan untuk menegaskan mesej, ideologi, makna dan nilai-nilai politik.
Melalui gesture politik juga, ahli politik mengerahkan segala potensi tanda tubuh (body signs) — mata, mulut, tangan, jari — sebagai sebahagian daripada pelbagai cara “ untuk memperkuat mesej dan makna politik.
Tambah Yasraf gesture adalah tindakan khusus bersifat “membawa”, “menjaga”, dan “mendukung” bahasa.

GE13 : The Beginning of the End for Najib?

The Beginning of the End for Najib?
Today, the end of an old regime is in sight. Today, Najib Razak finally announced what Malaysia has been waiting for – the dissolution of Parliament!
The cogs are now whirring in the democratic machine – polling day cannot be far behind. Will it mark the beginning of the end for the outgoing prime minister’s corruption, nepotism and cronyism?
We speak to PKR's Dr Aziz Bari, academic-turned-politician, for his views on this mother-of-all elections while DAP's Liew Chin Tong talks about the importance of elections as a vehicle for democracy, the elimination of cronyism,and the replacing of the Official Secrets Act with a Freedom of Information act.
But will it be a conducive environment for elections with all the ongoing political violence? After all, Home Minister Hishammuddin Hussein actually said there are not enough police to keep order! Slamming that statement as irresponsible, PKR's Shamsul Iskandar’s explains that it is why Pakatan Rakyat had to establish their own security council – they don't want change to be marred by political violence, which is especially bad in Melaka, and for which there must be zero tolerance. He also talks about his state - Melaka, which has a debt of more than RM900mil under the administration of the BN government, as well as other ails besetting the state.

Bubar Parlimen: Teka-teki 2 tahun dan teori angka 11


Bubar Parlimen: Teka-teki 2 tahun dan teori angka 11 ANALISIS - Datuk Seri Najib Tun Razak rupa-rupanya memilih hari ulang tahun keempat beliau sebagai perdana menteri untuk mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat setelah negara berteka-teki dan mengutarakan pelbagai teori tentang tarikhnya selama hampir dua tahun.

Pagi ini jemaah menteri sudah bersedia untuk menghadiri mesyuarat mingguan kabinet dengan menteri-menteri lelaki memakai sut gelap dan bertali leher merah dan menteri wanita menyarung pakaian merah, rupa-rupanya untuk sesi tradisi bergambar mesyuarat terakhir, sebelum mandat baharu diberikan melalui pilihan raya umum.

Pembubaran Dewan Rakyat hari ini memberi laluan kepada PRU13 dan kerajaan negeri-negeri juga diminta sama membubarkan  Dewan Undangan Negeri (Dun) masing-masing kecuali Sarawak bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak. Dun Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 28 Mac.

Ramalan awal PRU13 diadakan ialah pada 11 November 2011 berikutan angka 11 amat signifikan dalam hidup perdana menteri.      Najib, yang juga presiden Umno, sebelum itu menghangatkan tekaan PRU13 dengan berkata ia mungkin diadakan pada satu tarikh atau bulan yang mempunyai nombor kegemarannya iaitu 11.

Perdana menteri dilapor berkata kesukaannya pada nombor itu menyebabkan ramai pihak meramalkan bahawa pilihan raya umum  iadakan pada 11.11.11.

Mungkin juga tarikh hari ini bertepatan 3+4+1+3 = (3.4.13) = 11.

Pembubaran Parlimen: PRU 13 dan harapan Malaysia

eli5Pengumuman Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak mengenai pembubaran Parlimen Malaysia sebentar tadi telah lama dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.
Pembubaran ini bermakna rakyat akan diberi peluang sekali lagi untuk memilih kerajaan yang akan memacu pembangunan negara demi masa depan Negara Malaysia yang kita cintai.
Atas kesedaran itu, Pilihanraya Umum yang ke 13 ini amat penting bagi menjamin masa depan negara daripada terus diperintah oleh pemimpin yang rasuah, korup, boros, tiris dan tidak bertanggungjawab.
Pakatan Rakyat khasnya di Selangor sentiasa bersemangat tinggi dan telah bersedia untuk terus mentadbir Selangor sekaligus membentuk kerajaan baru yang bersih, telus, amanah dan bertanggungjawab untuk menerajui Putrajaya dengan menumbangkan Umno Bn dalam PRU 13 yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Namun, kegusaran yang dihadapi adalah ancaman keganasan politik yang semakin berleluasa terutamanya siri serangan secara fizikal mahupun fitnah terancang terhadap Pakatan Rakyat.
Justeru, kami menyeru semua pihak terutamanya pihak pembangkang di Selangor agar berpolitik secara matang dan tidak bertindak di luar batas undang-undang dengan menganjur dan menggalakkan keganasan terhadap parti lawan.

PRU 13: Calon AMK sedia pertahankan kemenangan Selangor

amksAngkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor menyambut baik pembubaran Dewan Rakyat yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak yang akhirnya menamatkan teka-teki hampir sebulan selepas tarikh 8 Mac 2013 untuk memberi hak kepada rakyat bagi memilih sebuah kerajaan baru untuk penggal ke 13 nanti.
Pembubaran kali ini dianggap begitu dramatik kerana rakyat secara meluas telah menekan dan mengasak kerajaan pimpinan Najib untuk segera membubarkan Parlimen dan tidak berlengah-lengah untuk melaksanakan pilihanraya, yang diselubungi skandal daftar pemilih yang meragukan dan juga penyelewengan badan pilihanraya serta campurtangan terus kerajaan dalam keputusan-keputusan yang sepatutnya bebas.
AMK Selangor melihat kehadapan untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 ini dengan jentera yang telah bersedia mental dan fizikal untuk membantu calon-calon Parlimen Pakatan Rakyat di Selangor, dan kami menjangka DUN Selangor juga akan dibubarkan dalam masa terdekat ini.
Maka menjadi tanggungjawab AMK Selangor selaku jentera muda bersama Pemuda PAS Selangor dan DAPSY Selangor bukan sahaja untuk mempertahankan kemenangan PRU 12 yang lalu, tetapi juga menambah bilangan kerusi untuk mandat yang lebih besar.

PRU13 : P216 - Abun Sui Anyit, Calon Keadilan Parlimen Hulu Rajang Sarawak

PRU13 : P205 - Ali Biju, Calon Keadilan Parlimen Saratok Sarawak

PRU13 : Bakal Perdana Menteri Malaysia 2013 Live On al jazeera.


PRU13 : Fitnah liwat sedarkan rakyat konspirasi Pejabat PM – Anwar

jaziraKUALA LUMPUR 3 APRIL: Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya fitnah liwat yang dilempar kepadanya menyedarkan rakyat mengenai penglibatan Pejabat Perdana Menteri dalam kes berkenaan.
“Ketua Pendakwa (Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden) kes Fitnah II, kini
bersama saya, (maknanya) seluruh tuduhan tak berasas.
“Malah, sekarang bapa (Azlan Mohd Lazim) kononnya mangsa liwat (Saiful
Bukhari Azlan) secara terbuka memohon maaf kepada saya dan keluarga.
“Ini penting. Ia memberi isyarat jelas kepada rakyat betapa pejabat Perdana Menteri terlibat dalam dalam hal itu,” katanya kepada stesen TV antarabangsa, Al-Jazeera, petang ini.
Wawancara  empat minit secara langsung bermula jam 6.10 petang itu bersempena pembubaran Parlimen hari ini.

PRU13 : Pentadbiran Najib lemah, rasuah punca ekonomi negara teruk

jaziraKUALA LUMPUR 3 APRIL: Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang lemah dan rasuah mengakibatkan Malaysia mengalami defisit yang teruk dan hutang negara melonjak kepada RM540 bilion, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Lebih RM400 bilion hanya ketika Najib memerintah. Pentadbiran lemah dan rasuah, flip flop dalam ekonomi. Saya Menteri Kewangan lapan tahun, saya tahu kedudukannya.
“Kerajaan harus memperbaiki ekonomi dengan membanteras rasuah dan memastikan kerajaan ditadbir secara telus dan penuh tanggungjawab,” katanya kepada stesen TV antarabangsa, Al-Jazeera sempena pembubaran Parlimen hari ini.
Beliau menjawab demikian kepada soalan kononnya ketidakstabilan politik di Malaysia akibat perjuangan Pakatan Rakyat yang diterajuinya sebagai punca ketidaktentuan ekonomi di Malaysia.
Ia sebahagian soalan ‘berat’ yang diasak kepada Anwar sepanjang wawancara empat minit secara siaran langsung bermula jam 6.10 petang tetapi dijawab Ketua Umum KEADILAN itu dengan jitu.
Sambil kesal kerana pembangkang pula dipersalah berikutan masalah ekonomi negara, Anwar berkata: “Tentunya, kita tak dapat diterima (tuduhan itu).
Secara fakta, Anwar sebelum dipecat melalui konspirasi politik pada 1998 dan berperanan sebagai Menteri Kewangan berjaya mengurangkan hutang dan Malaysia mengalami lebihan belanjawan.
Sebaliknya, pada era Najib, hutang negara melambung kepada RM456 bilion pada akhir 2011 iaitu 53 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar – melonjak lima kali ganda berbanding baki hutang pada 1997.
Untuk tonton rakaman, KLIK INI.

PRU13 : Terima kasih di atas jasa rakyat Permatang Pauh – Anwar

SONY DSCPETALING JAYA 3 APRIL: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak akan melupakan jasa penyokong di Permatang Pauh, Pulau Pinang yang setia bersamanya sejak dahulu.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata demikian menjawab soalan media berhubung isu perpindahan kawasan beliau untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
“Pemilihan saya untuk ke Perak bagi melonjakkan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat di sana. Hubungan saya dengan orang Permatang Pauh punya ‘sentimental value’.
“Bukan niat saya untuk meremehkan sokongan orang Permatang Pauh. Saya bersyukur dengan kasih sayang dan kesetiaan mereka selama ini,” katanya di ibu pejabat parti hari ini.
Sambung Anwar, beliau berterima kasih di atas kemenangan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail walaupun ketika itu dia dipenjara dan keluarganya dilempar pelbagai fitnah.
“Mana mungkin saya lupa ketika 2004, semua Parlimen KEADILAN kalah tetapi di Permatang Pauh Wan Azizah diberi kemenangan,” katanya.
“Esok saya akan pulang ke Permatang Pauh dan jelaskan kepada kawan-kawan di sana,” kata Anwar lagi.

PRU13: Gerak kerja PAS lebih baik dari 2008




MARANG: Mesej PAS kepada rakyat agar dapat membuat perubahan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13 ) ini ke arah yang lebih baik bagi menyelamatkan negara dan rakyat seluruhnya.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS akan mengemukakan calon-calon yang bertanding pada pilihan raya kali ini di kalangan yang paling bertanggungjawab serta beramanah.

“Mesej kita (PAS) kepada rakyat Malaysia seluruhnya supaya membuat (perubahan) yang menyelamatkan negara dan rakyat secara yang menyeluruh.

“Insya Allah, kita akan kemukakan calon-calon yang paling bertanggungjawab, yang paling menunaikan amanah sama ada dibuktikan melalui kerajaan-kerajaan yang kita (Pakatan Rakyat) perintah, melalui kawasan-kawasan yang sudah dimenangi, melalui Pusat-pusat Khidmat Masyarakat yang dilakukan di kalangan kita (PAS) kepada rakyat sepanjang tahun 2008 hingga 2013 dan rakyat dapat menilainya,” jelasnya.

PRU13 : Teks ucapan PM sempena pembubaran Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 3 April — Bersama ini disertakan teks ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Tun Razak sempena pembubaran Dewan Rakyat yang disiarkan secara langsung melalui televisyen dan radio hari ini:
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia Rakyat Malaysia yang dikasihi,
1. Pertama-tamanya marilah kita memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan rahmatNya saya dan Timbalan Perdana Menteri dapat bersama-sama secara langsung dengan Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian pada pagi ini.
2. Saya ingin memaklumkan kepada rakyat Malaysia bahawa pada pagi ini saya telah pun menghadap Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan menyembah warkah kepada Baginda memohon perkenan supaya Parlimen ke-12 dibubarkan pada hari ini Rabu, 3 April 2013. Sehubungan dengan itu selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan baginda telah pun memperkenankan bagi Parlimen Ke-12 dibubarkan berkuat kuasa hari ini.


3. Sehubungan dengan itu saya menasihatkan kepada ketua-ketua kerajaan negeri yang berkenaan untuk menghadap Ketua-ketua Negeri mereka bagi mendapat perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri masing-masing agar pilihan raya umum dapat diselaraskan secara serentak di seluruh negara. Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Anwar Ibrahim: Calon Keadilan Untuk Parlimen Tebrau, Muar & Batu Pahat

Anwar: I am going to contest in Perak

Bilangan kerusi dipertandingkan di PRU13

Hampir 22 peratus pengundi baru dalam PRU13

Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein, Calon Keadilan Parlimen Johor Bahru

Sidang Media Presiden PAS Sempena Pembubaran Parlimen PRU13 Part2

Sidang Media Presiden PAS Sempena Pembubaran Parlimen PRU13 Part1

KiniTalk (Part 3): Rafizi Ramli talks Pandan & answers your questions

OPS DAULAT SEORANG LAGI DATUK SERI DICARI



LAHAD DATU : Polis mencari seorang lagi lelaki tempatan bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang berkata Clarence Luing Karl @ Muhammad Khalil John L Karl, 57, dicari kerana dipercayai mempunyai hubungan dengan kesultanan Sulu.
"Lelaki yang alamat terakhir di RH55, Jalan Ranau Lama, Kampung Bawang, Tamparuli, Sabah diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini Rabu.
Tanpa menjelaskan butiran lanjut lelaki itu, Tan berkata orang ramai yang mengenali lelaki terbabit diminta menghubungi Rakan Cop atau balai polis berhampiran.
Sebelum ini seorang lelaki bergelar Datuk Seri telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, Selangor selepas dikaitkan dengan Operasi Daulat dan dia kemudian ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

OPS DAULAT Vs OPS ADA ULAT?


Oleh : MUTALIB M.D
PENANGKAPAN dan pertuduhan terhadap suspek Koperal Hassan Basri daripada Polis Cawangan Khas Lahad Datu di bawah Seksyen 130M iaitu melakukan komplot jenayah hanyalah 'Tip Of Iceberg' dan PDRM wajar melakukan siasatan lebih terperinci dengan mengheret 'Musang Berbulu Ayam dalam PDRM' yang selama ini bersekongkol dan melindungi PATI dan pengganas.
Penangkapan seorang lagi pegawai Polis Marin yang sedang disoal siasat dan belum dihadapkan ke mahkamah hanyalah 'Berita Di Sebalik Cerita' sebenar yang tidak diketahui oleh Polis Malaya; tetapi diketahui oleh Warga Felda terutama Pegawai Kanan Felda yang sudah silih bertukar ganti.
Sekitar 1995, ada pihak yang telah melaporkan bahawa Hassan Basri telah melindungi PATI yang bernama Benjamin (berbangsa Timur) dan keluarganya seramai 12 orang di kebun milik Hassan di Jalan Silam, namun laporan tersebut tidak diendahkan sekalipun laporan kedua dibuat pada 2002 ketika Tan Sri Chong Kah Kiat menjadi Ketua Menteri Sabah.
Benjamin adalah banduan yang dipenjara kerana terlibat dalam Skandal IC Palsu dan Wang Palsu. Setelah dibebaskan dan dihantar balik ke negara asalnya, Indonesia, Hassan Basri telah menggaji Benjamin sekalipun ketika itu beliau tahu Benjamin adalah PATI yang memasuki negara ini secara haram.
Penglibatan Hassan Basri dengan insiden Tanduo hanyalah di peringkat  berkomplot dengan Pengganas Sulu yang kebanyakannya 'Warganegara Penyu' (Pemilik IC Projek) yang telah lama bergelumang dengan kegiatan jenayah termasuk penyeludupan rokok, syabu dan barang bersubsidi dari bumi Lahad Datu ke Tawi-Tawi dan Zamboanga.

Lim Kit Siang: UMNO Barisan Nasional Takut..!!!

Kesian… DAP bukan ‘pak sanggup’, UMNO yang sakit!


UMNO tuduh orang Melayu yang menyertai DAP sebagai pengkhianat bangsa. Tapi, bila dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) tidak ramai orang Melayu yang menang, UMNO pula ‘hangin’ semacam. UMNO tuduh DAP parti Cina, tapi hakikatnya lebih ramai wakil rakyat India dalam Parlimen bahkan, Pengerusi DAP Kebangsaan sendiri seorang Singh. UMNO marah bila DAP dedahkan monopoli jutawan Melayu kroni mereka konon DAP ini anti Melayu maju, tapi bila mereka makan RM250 juta duit lembu, tak bising pun!
Inilah masalah UMNO yang tidak perasan bahawa mereka ada penyakit. Orang kampung kata sakit otak.
Ayuh kita lihat, ini cuma sekelumit ‘dosa-dosa’ UMNO yang boleh kita jadikan pedoman;
Tahukah kalian, siapakah yang jual tanah Melayu kepada taukeh? Siapa yang hapuskan peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat? Siapa yang buat stadium, lepas tu runtuh? Siapa yang kurangkan kuasa dan hina Raja? Siapa yang songlap tanah di Selangor? Siapa yang makan ‘balak’ di Sarawak? Siapa yang bunuh Melayu di Memali? Siapa yang sekat Kelantan untuk dapat peruntukan pusat? ……. DAP kah? Siapa pula DAP nak ada kuasa sebegitu dahsyat?
UMNO perasan
UMNO cuma perasan merekalah pejuang dan wakil umat Melayu negara ini pada hal dalam Pilihan Raya Umum 2008, daripada 5.7 juta pengundi Melayu, UMNO cuma dapat kira-kira dua juta undi.
Tukang kempen UMNO tiada wibawa, cetek akal

PRU13 : Sudah bubar. Sekarang apa?

Oleh Izmil Amri

YANG ditunggu dah tiba setelah sekian lama. Sekitar jam 11.30 pagi, Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Presiden United Malays National Organisation mengumumkan bahawa Parlimen yang diwarisinya daripada kepimpinan Abdullah Badawi empat tahun lalu, bubar serta merta hari ini.
Seolah ada letupan, petugas bilik berita DAP bersorak gembira mengalu-alukan pengumuman suami kepada Rosmah Mansor itu; yang dirasakan sudah terlalu melampaui tarikh sepatutnya. Ibarat menanti buah belum tentu gugur.
Barangkali pertama kali dalam sejarah pembubaran Parlimen begitu dinanti-nantikan, dan disambut dengan sorak sorai gembira. Demikianlah beratnya penantian yang ditanggung kebanyakan orang yang peduli dengan perkembangan politik tanah air. Terangkatnya beban penantian itu menandakan bermulalah perlawanan yang lebih ‘real’.
Semboyan pilihan raya telah dibunyikan jauh lebih awal sebelum Najib Razak mengumumkan pintu kota Putrajaya akhirnya terbuka untuk dirampas. Kubunya juga sudah banyak yang terkepung, menanti bertukar menjadi kubur buat politik fitnah, rasuah, perkauman sempit yang menjadi amalan UMNO zaman berzaman.
Kesediaan bakal mantan Perdana Menteri, Najib Razak untuk memastikan transisi kuasa yang aman sewajarnya dihargai. Hakikat bahawa beliau sudah boleh mengagak akan terjadinya peralihan kuasa juga memperlihatkan bahawa Najib Razak ini adalah seorang pemimpin yang memandang jauh ke hadapan.
Sebagai rakyat biasa, apa yang kita harapkan adalah supaya mereka bertabah dalam mendepani hari-hari mendatang. Bungkuslah harta benda kalian perlahan-lahan, kami tahu anda ada banyak barang yang perlu dikeluarkan daripada kediaman rasmi Perdana Menteri; termasuk kasut, beg tangan dan barang kemas yang banyak. Cumanya janganlah terambil sekali pinggan mangkuk yang dilabel ‘Hak Kerajaan Malaysia’.
Kenapa kita begitu gembira?

PRU13 : Empat negeri PR bubar DUN esok


KUALA LUMPUR, 3 APRIL: Empat negeri yang diperintah Pakatan Rakyat (PR) akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing hari ini dan esok bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diadakan serentak.
Ini berikutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas menerima pelbagai tekanan hebat dan desak membubarkan Parlimen berkuatkuasa hari ini seleas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, beliau akan menemui Yang Dipertua Negeri, Tun Dr Abdul Rahman Abbas, pagi esok bagi memohon persetujuan untuk membubarkan DUN.
Lim berkata, beliau sudah menerima faksimili daripada Perdana Menteri yang memohon kerjasamanya untuk membubarkan DUN serentak dengan pembubaran Parlimen.
“Beliau meminta kerjasama saya membubarkan sererntak. Jika ini berlaku, semua dokumen berkaitan akan dihantar. Exco negeri tiada masalah untuk mengadakan pilihan raya serentak dengan Parlimen.
“Oleh itu, saya akan bertemu dengan Yang Dipertua Negeri jam 9.30 pagi esok untuk mendapat kebenaran membubartkan DUN,” katanya.

PRU13: Mahasiswa dinasihat terlibat secara sihat

Mahasiswa perlu sebaik-baiknya menggunakan ruang dan peluang berpolitik yang diberikan untuk mengutarakan pemikiran kreatif dan kritis mereka secara sihat.
KUALA LUMPUR: Mahasiswa yang ingin melibatkan diri dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dinasihat agar menyertainya secara sihat dan tidak ekstrem sehingga boleh menjejaskan reputasi institusi pengajian tinggi masing-masing.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata mahasiswa perlu sebaik-baiknya menggunakan ruang dan peluang berpolitik yang diberikan untuk mengutarakan pemikiran kreatif dan kritis mereka secara sihat.
“Mahasiswa kini bebas berpartisipasi dalam PRU-13, sama ada terlibat dalam kempen atau dipilih sebagai calon politik, persaingan yang sihat dan bersih perlu dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Ke-52 Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) dan Seminar Kebahasaan di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini hari ini.
PRU-13 merupakan venue pertama menyaksikan penglibatan mahasiswa dalam politik setelah kerajaan meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang membolehkan mahasiswa bergerak aktif dalam politik.

INI KALILAH KU LI: Renounce Umno!

As the election date draws nearer, it is important that all politicians wishing to take part should make known to the public what they stand for.
INI KALILAH KU LI: Renounce Umno!Among our political leaders, there are few that have earned the respect of Malaysians in the same way that Tengku Razaleigh has. Through his actions he has struck many as a man of honour, decency, good sense and ability. These qualities – not superhuman virtues – are the ones needed at the helm of the nation to guide us through this difficult time of racial and religious extremism, and unquenched opportunism and power craze.
On what Tengku Razaleigh stands for, there is little or no doubt. However, given his marginalization in the mainstream media, many Malaysians may not be aware of his political philosophy. This philosophy which I heard him elaborate on in Ipoh in 2012 could serve as the template for the nation’s political development. It has served as the template for my book, Malaysia: Road Map for Achieving Vision 2020.
I call on all election candidates – as well as parties – across the political divide to read and endorse Tunku Razaleigh’s 10 principles contained in his speech to the Perak Academy event. These ‘10 Golden Political Principles’ are necessary to ensure Malaysia’s political future, irrespective of whichever coalition party wins the elections.
Ku LI’s Ten Golden Political Principles
1. All political parties are required to include in their constitutional objectives the equality of citizenship as provided for in the Federal Constitution.
2. An economic and political policy that political parties propagate must not discriminate against any citizen.

Anwar calls on Malaysians to dump BN, "cautiously optimistic" of WINNING GE13

Opposition Leader Anwar Ibrahim  called on Malaysians to take the opportunity to pick a new government that was honest, responsible and would uphold the trust of the people.
Anwar calls on Malaysians to dump BN, "cautiously optimistic" of WINNING GE13"Parliament has been dissolved and the people of Malaysia finally will have the opportunity to decide on a government of their choice. Pakatan Rakyat calls on all Malaysians to make use of this golden opportunity to choose a new government, one that is not just competent and effective to move the nation forward but also trustworthy and determined to cleanse this nation of corruption and power abuse.
"We ask all parties particularly our friends in the BN to adhere to democratic principles to ensure free and fair polls. We pledge to do the same and to defend the security and peace of the nation and warn against irresponsible elements out to create trouble and mischief," Anwar told a packed press conference on Wednesday.
"We remain committed to championing the cause of the common folk of all the racial groups and denominations. We therefore welcome the assurance by the caretaker prime minister Najib Razak to ensure a peaceful transition of power."
"We also appeal to the security personnel to remain very professional in their task to ensure a free and peaceful campaigning process. And I would reiterate my call to the prime minister to accept my call for a public debate on policies, economic or social, (for him to defend BN) and for me to take the opportunity to explain the Pakatan Rakyat's position."
Change through ballot box, not popular uprising

PRU13: Teras gesa rakyat realisasikan perubahan

KUALA LUMPUR: Setelah pembubaran parlimen diumumkan hari ini, Teras Pengupayaan Melayu (Teras)  menggesa rakyat merealisasikan perubahan dalam PRU13.
“Terlalu banyak isu yang telah didedahkan dalam cara negara diuruskan selama ini. Perubahan politik negara adalah satu-satunya pilihan,” ujar Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.

Katanya, rakyat telah dapat menimbangkan bagaimana kepincangan ekonomi dan salah guna kuasa telah berlaku sehingga rakyat akan terbeban di masa depan.
Beliau berkata, rakyat perlu faham betapa kuasa mereka untuk memberi mandat kepada kerajaan tidak boleh digadai hanya dengan menerima suapan yang sebenarnya hanya berjangka pendek.


Teras juga, ujarnya mengambil perhatian berat kedudukan korporat negara yang paling penting kepada ekonomi negara iaitu Petronas  kini telah tersasar dari dasar asal apabila kerajaan mengenepikan kepentingan ribuan syarikat Bumiputera.

Umno pun bengong dengan Najib

INI kalilah dan ini harilah (3 April) baru Parlimen dibubarkan. Beberapa  minggu dulu orang bertanya, ‘Jadikah Parlimen dibubarkan minggu depan?’ Lepas itu bertanya lagi, ‘Jadikah Parlimen bubar lusa?’  Lepas itu, ‘Jadikah esok?’

Sebelum rencana ini ditulis tanya lagi, ‘Jadikah hari ini?’

Itulah dia rakyat sekaliannya naik mamai sejak dua tiga bulan lalu, susah nak berkira hendak menetapkan tarikh anak kahwin, payah nak menempah tiket kapalterbang hendak melancong takut pada hari yang ditentukan itu jatuh pada musim kempen dan pilihanraya.

Rasa nak gila itu menjadi-jadi apabila tempoh lima tahun mandat 2008  dulu berakhir 8 Mac lalu. Tak ada lagi Perdana Menteri di dunia buat  tak tahu  saja tentang bila nak bubar Parlimen. Hingga ada negeri yang terbubar sendiri, dia buat dak saja.

UMNO sekalian sudah jadi bengong dengan sikap kurang peduli Perdana Menteri tentang bila hendak diadakan pilihan raya. Secerdik Dr. Mahathir pun tak dapat hendak duga hati anak didiknya itu.

PRU13 : Pas tawar simbol parti kepada DAP seandainya dikenakan tindakan ROS

MARANG - Pas bersedia menawarkan simbol partinya kepada calon DAP seandainya parti sekutunya itu dibatalkan pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata langkah itu dibuat kerana amalan 'berkongsi' logo dalam pakatan pembangkang pernah diguna sebelum ini khasnya di Sabah dan Sarawak.

"PKR (Parti Keadilan Rakyat) ada pembahagian parti-parti di Sabah. Saya dimaklumkan di sana parti-parti (pembangkang) Sabah guna simbol PKR dan kita mengizinkan rakan PR (Pakatan Rakyat) guna simbol Pas.

"Seperti yang diuar-uar oleh media, kemungkinan DAP akan diambil tindakan sebab mesyuarat agung dia. Kalau DAP tidak dibenarkan guna simbol (roket) dia (oleh ROS), Pas bersedia beri simbol Pas," katanya dalam sidang akhbar di rumahnya di Rusila di sini hari ini.

PRU13 : Pejabat Parlimen Serdang Kesan Pengundi Hantu

Teo Nie Ching PC Pengundi Hantu 01
BALAKONG, 3 APR : Pengundi hantu dipercayai antara penyumbang utama kepada pertambahan mendadak pengundi di Dun Balakong dan Bangi selepas Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
Pengundi yang statusnya menimbulkan keraguaan mula dikesan apabila seorang lelaki keturunan Indonesia datang ke Pejabat Ahli Parlimen Serdang bagi mendapatkan surat sokongan untuk permit perniagaan daripada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).
Menurut Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching, beliau ketika itu terkejut apabila lelaki yang bernama Hotim bin Abdul Jalil menunjukkan Mykad miliknya.
“Selepas di pergi, saya semak di web site Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan amat menakutkan saya apabila didapati dia merupakan pengundi di kawasan saya,” kata Nie Ching dalam sidang media yang diadakan di Pejabat DAP Kampung Baru di sini.
Selain Hotim, semakan lanjut Pejabat Ahli Parlimen Serdang juga berjaya menemui sekurang-kurangnya seramai 31 individu lain yang berdaftar dengn SPR tetapi statusnya diragui atau tidak dapat dikesan di Parlimen Serdang.

PRU13 : Pembangkang Di Selangor Diseru Berpolitik Secara Matang

elizabeth wong
SHAH ALAM 3 APRIL : Pihak pembangkang di Selangor di seru agar berpolitik secara matang dan tidak bertindak di luar batas undang-undang dengan menganjur dan menggalakkan keganasan terhadap parti lawan.
Exco Selangor, Elizabeth Wong berkata, rakyat memerlukan politik yang lebih berwibawa dengan mempertandingkan polisi yang terbaik demi kesejahteraan rakyat keseluruhan bukannya politik keganasan, politik fitnah dan politik benci-membenci.
Katanya, kegusaran yang dihadapi adalah ancaman keganasan politik yang semakin berleluasa terutamanya siri serangan secara fizikal mahupun fitnah terancang terhadap Pakatan Rakyat.
“Pakatan Rakyat sentiasa bersemangat tinggi dan bersedia untuk terus mentadbir Selangor sekaligus membentuk kerajaan baru yang bersih, telus, amanah dan bertanggungjawab untuk menerajui Putrajaya,” kata Elizabeth dalam kenyataan medianya.

PRU13: Selangor bubar Dun esok


KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan Dewan Undangan Negeri Selangor akan dibubar esok bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurutnya, Sultan Selangor juga telah dimaklumkan berhubung perkara itu ketika beliau mengadap tuanku di Istana Alam Shah kira-kira jam 1.30 petang tadi ekoran pembubaran parlimen oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkuat kuasa hari ini.

"Setelah berbincang mengenai status Dewan Negeri Selangor, Tuanku Sultan telah berkenan untuk mengadakan satu upacara pembubaran Dewan Negeri Selangor esok 4 April 2013 di Balai Rong Seri, Istana Alam Shah Klang pada jam 2.30 petang.

"Acara pembubaran ini akan juga disaksikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor serta Ahli Majlis Dewan Di Raja," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau sebelum ini membayangkan Dun Selangor akan dibubar 22 April ini jika Najib masih berteka-teki dengan tarikh pembubaran parlimen.

Bagaimanapun, dengan pengumuman Najib hari ini, pilihan raya bagi Dun Selangor dijangka serentak dengan Pusat.

PRU13 : Semboyan jihad pilihan raya sudah ditiup


KUALA LUMPUR: Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengajak para pendukung perjuangan Islam supaya berjuang bagi memenangkan Islam.
Ini semboyan jihad pilihan raya sudah ditiup ekoran Parlimen telah dibubarkan sebagaimana diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pagi tadi.

“Marilah kita melakukan ‘Ribat Mujahidin dalam Pilihanraya’ untuk memenangkan Islam di persada kuasa dengan mewakafkan semaksimum masa, tenaga dan harta yang ada,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Justeru, beliau meminta para penyokong PAS bermula pada saat ini supaya melakukan beberapa perkara dalam menghadapi PRU13 nanti:

Beliau menasihatkan mereka agar jangan meninggalkan solat malam walaupun 2 rakaat, begitu juga dengan solat dhuha walaupun 2 rakaat serta melazimi solat berjamaah.

Di samping itu, beliau turut mengingatkan mereka supaya membaca al-Quran minimum 1 muka sehari, memperbanyakkan bersedekah dengan minima RM10 setiap hari.

Selain itu, katanya pendudung perjuangan Islam agar berdoa untuk kemenangan Islam setiap kali selepas solat 5 waktu dan sentiasa dalam keadaan berwuduk.

Altantuya : Peguam dakwa keluarga PI Bala hilang




 
Peguam kepada mendiang P Balasubramaniam, Americk Sidhu berkata balu kepada bekas penyiasat persendirian itu, A Santamil Selvi, didapati hilang daripada kediaman mereka di Rawang.
Amercik berkata Selvi tidak dapat dihubungi sejak pagi semalam selepas beberapa beberapa orang petugas media dan pegawai polis muncul di kediaman tersebut pada Sabtu lalu.

Individu berkenaan muncul di rumah tersebut selepas menerima SMS yang mendakwa Selvi akan membuat laporan polis yang mendakwa suaminya dibayar oleh peguam untuk membuat pengakuan berkanun (SD) pertama.

Americk berkata beliau bimbang Selvi akan didorong untuk menukar pendirianya seperti yang dilakukan Balasubramaniam.

Balasubramaniam pada 2006 menarik balik SD pertamanya, sehari selepas menandatangani dokumen berkenaan, yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

PRU13 : Anwar sambut janji peralihan kuasa secara aman, ajak Najib berdebat

PETALING JAYA, 3 April — Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut janji peralihan kuasa secara aman yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dengan terbuka dan mengulangi tawaran untuk berdebat dengan pemimpin utama Barisan Nasional (BN) itu.
Anwar berkata Pakatan Rakyat (PR) juga akan mempertahankan keamanan dan memastikan etika pilihan raya akan dipatuhi oleh kesemua parti komponen mereka.
“Kami mengalu-alukan kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang menjamin peralihan kuasa aman sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum ke-13 nanti.
“Kami bertekad untuk bersama-sama mempertahankan keamanan negara dan menggesa supaya tidak ada mana-mana pihak mengambil kesempatan untuk menimbulkan kekacauan,” kata Anwar.
Ketua Pembangkang juga menyeru Barisan Nasional (BN) untuk mengambil langkah sama dalam memastikan keamanan dan keselamatan sepanjang tempoh kempen pilihan raya, serta mematuhi janji seperti yang dikatakan oleh Najib.
“Oleh yang demikian, kami menyeru semua pihak terutamanya rakan-rakan daripada Barisan Nasional untuk memastikan etika pilihan raya dan amalan prinsip demokrasi dipatuhi sepanjang masa,” katanya lagi.
Anwar juga berharap pasukan keselamatan dapat mengambil langkah secara profesional sepanjang tempoh berkempen, selaras yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Pakatan Rakyat sememangnya menaruh sepenuh keyakinan bahawa pasukan keselamatan akan bertindak secara profesional dan berlaku adil demi menjaga ketenteraman awam sepanjang tempoh berkempen.

PRU13 : Seorang Pejuang Rakyat Menentang 3 Bekas PM dan 1 TPM Untuk Membebaskan Malaysia

VS

Parlimen bubar:Anwar ulangi ajakan debat

Ajoi FTG - Kenapa Saya Menyokong PR?

Sabah & S'wak to lead GE13 "CHANGE" - Anwar

Opportunity has arrived for M'sians to vote for PR - Anwar

PRU13 : Saya akan bertanding di Perak - Anwar

Walaupun terdapat bantahan daripada pengundi di kerusi Parlimennya di Permatang Pauh dan ikatan sentimental dengan kampung halamannya, namun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas bahawa beliau akan berpindah bertanding di Perak.

"Saya telah isytiharkan hasrat saya untuk bertanding di Perak," katanya dalam sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini.
Bagaimanapun, Anwar berkata beliau perlu kembali ke Permatang Pauh esok untuk menenangkan para pengundinya.

"Niat saya adalah untuk mengukuhkan kedudukan kita di Perak dan bukannya tidak menghormati sokongan setia rakan-rakan di Pauh Permatang," kata Anwar. 

PRU13 : Ceramah pertama lepas bubar malam ini




KUALA LUMPUR: Selepas Parlimen dibubarkan, Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu akan memberikan amanat penting dalam ceramah pertama selepas bubar malam ini.

Beliau akan memberikan ceramah yang bertema 'Amanat Penting PRU13 - Tipu Pilihanraya Turun Padang' di Taman Melewar malam ini mulai jam sembilan malam.

Turut serta bersama beliau malam ini adalah Haji Mohamad Nor (Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan), Maria Chin Abdullah (Aktivis Bersih) dan Hishamudin Rais (Aktivis Bersih).

Ceramah ini dianjurkan oleh PAS Kawasan Bukit Bintang.