Ahad, 31 Mac 2013

POLITIK LUCAH : UMNO TERUS TAYANG VIDEO LUCAH SEMASA CERAMAH...HEBAT VIDEO LUCAH HALAL UNTUK TAYANGAN AWAM..!!!


Malam tadi Umno Bahagian Bukit Katil menayangkan klip video lucah yang didakwa mereka sebagai Anwar Ibrahim. Ketika mereka mengganggu ceramah PAS mereka menayangkannya secara berselang seli dengan ceramah mereka.

Umno Bukit Katil meneruskan perangai tidak bertamadun mereka dengan mengganggu setiap kali PAS mengadakan ceramah. Malam tadi ceramah PAS di Taman Saujana diganggu dengan ceramah Umno yang jaraknya kira-kira 100 meter sahaja. Umno menggunakan Balai Raya Taman Saujana tanpa segan silu.

Umno menggunakan set sistem PA yang baik dengan 'volume' yang sangat kuat. Beberapa penduduk Taman Saujana yang ditemui mengeleng-ngeleng kepala melihat gelagat pimpinan Umno Bahagian Bukit Katil yang diketahui seorang yang bernama Baskaran Senasi.

PRU13 : Umno@BN Pasti "Menangisi" Keyakinan Terkini Salahuddin Di Johor..

Lonjakan sokongan pengundi bukan Melayu khususnya kaum Cina terus meningkat kepada 85 peratus apabila Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang mengumumkan akan bertanding di Johor pada pilihan raya umum nanti.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menjelaskan, sebelum ini sokongan bukan Melayu berada pada paras 80 peratus.

"Saya selalu mengatakan bukan senang untuk kita menang di Johor atau tawan kerusi di sana, tetapi perkembangan muktahir ini saya berkeyakinan bahawa Johor akan menjadi milik Pakatan Rakyat," jelasnya pada program ceramah Jelajah Negara Berkebajikan di Paroi, malam tadi.

Malah menurut beliau lagi, perkembangan terkini selain Johor, Sabah dan Sarawak juga akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

"Tanda-tanda bahawa Barisan Nasional (BN) akan tumbang tidak lama lagi telah ada.

PRU13 : BN akan pertahan Johor habis-habisan....!!! ha..ha..ha...kelam kabut nampak...!!


Ahmad Maslan KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) menjanjikan tentangan hebat kepada pembangkang yang ingin menawan Johor pada pilihan raya umum akan datang, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.
"Sebagai Ketua Penerangan Umno, saya tidak akan biarkannya dan akan menentang cubaan mereka habis-habisan.
"Kita akan mempertahankan Johor dengan kesungguhan yang amat tinggi," katanya kepada pemberita selepas program Himpunan Barisan 1Malaysia yang
dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Ahmad diminta mengulas rancangan pembangkang yang ingin menawan kubu kuat Umno itu.
Beliau berkata hasrat pembangkang itu juga menunjukkan mereka sebenarnya tidak faham dengan politik di Johor.

Respon Datuk Seri Yang Di Cari PDRM Berhubung Isu Lahad Datu..


Sebelum itu PDRM edarkan gambar di atas.. dengan info ;

Seorang individu lelaki dikenali sebagai Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman berasal dari Georgetown, Pulau Pinang dicari pihak polis hari ini bagi membantu siasatan berhubung Ops Daulat yang masih dilaksanakan ketika ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, lelaki itu dikatakan merupakan Yang Dipertua serta Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia (Al-Ehsan Islamiah) dan masih menjawat jawatan itu sehinga ini.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung individu ini diminta tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis. Polis juga meminta individu ini tampil menyerah diri bagi membantu siasatan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130331/je_08/Ops-Daulat-Polis-buru-Datuk-Seri-Muhammad-Ridzwan-bantu-siasatan#ixzz2P7vIbP5p 

Ini pula penjelasan yang dipetik dari wall dia. 

44 minit yang lalu

Tanah Rizab Melayu dikongsi sesama mereka - Dato' Ramli Buyong


4 Sebab Tiada Pilihanraya - Dato' Tamrin Ghaffar


PRU13 : Muhyiddin jangka p'raya dalam beberapa minggu

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau berpendapat bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak akan menunggu sehingga parlimen dibubarkan secara automatik untuk mengadakan pilihan raya.

"Saya tidak fikir begitu, pilihan raya akan diadakan dalam tempoh beberapa minggu bulan April ini," kata Muhyiddin ketika berucap dalam satu perhimpunan Barisan 1Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.
Dalam ucapannya petang ini, Muhyiddin turut membidas Pakatan Rakyat yang menjalankan kempen agar rakyat menolak Umno kerana terlalu lama berkuasa.
Menurutnya, Umno sebagai sebuah kerajaan yang lama mentadbir negara mempunyai kelebihan kerana lebih memahami kehendak rakyat.

Dayak businessmen up in arms over Sarawak video expose

Screenshot of one of the scenes in the video clip as released by London-based activist group Global Witness.KUALA LUMPUR, March 31 — Sarawak's Dayak corporate chiefs are reportedly seething with rage over a video exposing racist remarks by some prominent state personalities with close government links and want Putrajaya to address their economic woes.
The Borneo Post Online reported today the video, produced by UK-based environmental campaigner Global Witness, was the hottest debate topic at the Dayak Chamber of Commerce and Industry's (DCCI) annual general meeting in Kuching yesterday.
According to the news portal, DCCI members took offense at the views voiced by two lawyers and cousins to Sarawak Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud which were seen to demean the indigenous tribes described in the video as "squatters" on state property in the expose on endemic corruption over land deals in Malaysia's largest state.
"We firmly believe that the natives have rights in our land. Our rights in land have been well entrenched in our laws, culture and customs which are duly recognised and accepted by our courts.
"These rights should be respected by all," DCCI secretary-general Libat Langub was quoted as saying in a statement issued after the meeting.
Libat reportedly admitted that Sarawak natives were trailing Malaysians in the peninsula economically, but said they had equal rights as citizens and should not be manipulated or exploited by others.

GE13 : We’re ready for general election

Petaling-20130330-02930
Yesterday (30.3.2013) noon,  Lim Kit Siang, Tan Kok Wai, Fong Kui Lun and Lim Lip Eng came to officiate the opening of DAP Seputeh General Elections Operation Centre that located at Kuchai Entrepreneur’s Park, near to my Seputeh service centre.

Petaling-20130330-02937
The premises was let out by the shop owner free of charge. We just need to do some minor renovations in it.

GE13 : Ex-army chief to take on Shahrir in JB

PKR's pick for the Johor Baru parliamentary seat is former army chief Hashim Hussein, paving way for a clash between him and the BN incumbent Shahrir Samad.

PETALING JAYA: PKR de facto leader Anwar Ibrahim is expected to announce retired army chief Hashim Hussein as the party’s candidate for the Johor Baru parliamentary seat where he will be facing the hugely popular Umno incumbent Shahrir Samad.
Anwar is expected to announce Hisham’s candidacy during a ceramah in Johor Baru on Tuesday.
Sources told FMT that Hashim’s candidacy has been finalised as he was thought to stand a better chance to battle against the long-serving Shahrir in the coming general election.
“Anwar will make the announcement at the ceramah in Kampung Dato Sulaiman Menteri on Tuesday,” one of the sources told FMT.

PRU13 : Teori huru-hara di hari mengundi sedang disebarkan UMNO@BN? Agenda jahat telah tersedia...hati-hati..!!!

Menuduh Pakatan Rakyat (Pembangkang) akan membuat huru-hara di hari pilihan raya, memang satu fitnah jahat yang dimainkan oleh para pemimpin pencen dan bakal dipencenkan Umno/Bn sekarang ini di media-media kawalan mereka. 
Mencipta tuduhan tidak ada asas dengan hanya membebel di hadapan media yang mereka kuasai, hanya sekadar mahu membentuk public opinion dalam kalangan rakyat untuk menyetujui hujah-hujah dangkal dan bangsat mereka agar rakyat yang tak tahu hujung pangkal, membenci parti-parti Pakatan Rakyat musuh Umno/Bn.
Muhyiddin membuat fitnah akan berlaku huru-hara. Sharizat Jalil hinggakan mahu menubuhkan apa yang disebutnya 'task force' wanita untuk membenteng huru-hara. Mamak bendahara tua yang kini bagaikan hidup 'menggelupur' tak tentu arah ke sana ke mari, juga 'herut-herut' mulut melagukan teori konon PR akan membuat huru-hara di hari mengundi!

“Senator longkang” ini seorang “pakar video”?

Mari kita lihat dan nilai apa kata Datuk Nallakarupan (musuh Anwar) dalam sidang akhbar di pejabatnya bagi mengulas tindakan saman Anwar ke atas 'Papa Gomo' bernilai RM100 juta.  Untuk makluman Nallakaruppan juga sedang  menghadapi tindakan saman RM100 juta oleh Anwar ekoran dari  kenyataan terbuka “senator longkang”  itu yang mendakwa Anwar merupakan seorang pengamal biseksual dan tidak layak menjadi pemimpin.

Kerajaan Umno Terengganu biaya blogger penjenayah?


KUALA TERENGGANU: Umno negeri Terengganu mempunyai hubungan dengan blogger penjenayah dan pengundi hantu Papagomo serta pernah menggunakan wang kerajaan negeri menjemput beliau pada satu majlis pada hujung Januari, tahun lalu.

Menurut Pengerusi Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu, Dr Azman Ibrahim, seramai 50 orang 'bloggers dan facebookers' pro Umno dari seluruh negara menghabiskan masa selama dua hari menjadi tetamu kerajaan dan disambut oleh pemimpin kerajaan termasuk Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said dan Exco kerajaan YB Razif Bin Abdul Rahman.

"Majlis Pemimpin Bersama Bloggers anjuran Kerajaan Umno Terengganu yang diadakan di sebuah hotel di Bandaraya Kuala Terengganu dengan turut sama disertai oleh MB Ahmad Said  serta beberapa orang EXCO Kerajaan Negeri,

"Pihak KAMI memandang serius perkara ini terutamanya apabila ada di kalangan blogger yang dijemput adalah blogger pemfitnah seperti Papagomo dan  blogger Pas Beruk yang mengesahkan pembabitan kerajaan Umno dengan fitnah dan caci maki,

Ustaz Muhammad Nazmi: Syiah !... Kezaliman Syiah di Syria

Panas !!! Debat Penyokong Pas VS Adun Umno Part 1


Inilah individu yang di CARI selesaikan Insiden Lahad Datu...

Individu dikenali Datuk Seri Ridzwan Sulaiman dikehendaki bantu siasatan pencerobohan Lahad Datu
LAHAD DATU: Polis kini mencari seorang individu dikenali sebagai Datuk Seri Ridzwan Sulaiman bagi membantu siasatan berhubung pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, baru-baru ini.

Individu terbabit yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al Ehsan Islamiah Malaysia berasal dari Georgetown, Pulau Pinang dipercayai mempunyai maklumat penting mengenai percerobohan itu.

Justeru, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib meminta individu terbabit menyerah diri atau orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Ridzwan supaya tampil membantu polis di mana-mana balai polis berhampiran.

Beliau berkata demikian pada sidang media di sini, sebentar tadi.~ BH

PRU13 : Pakatan tidak kejar kuasa, tapi kebajikan rakyat


KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) menegaskan, matlamat perikatan untuk membentuk kerajaan pusat menerusi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang bakal menjelang tiba, bukan bertujuan "mengejar kuasa", sebaliknya memfokus usaha mensejahterakan rakyat menerusi pelbagai bidang pembangunan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sikap keangkuhan kuasa adalah salah satu faktor yang mengkongkong percambahan ilmu daripada berkembang.

Sehubungan itu kata beliau, PR yang menyasarkan matlamat menumbangkan Barisan Nasional (BN) kali ini, akan membawa perubahan baru dalam sistem pendidikan, sekali gus menghapuskan sikap konservatif yang menular di kalangan masyarakat di bawah pimpinan kerajaan BN.

75 peratus cawangan tak didaftar, SAMM heret Umno Baru ke mahkamah


Badrul HishamKUALA LUMPUR 31 MAC : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan membawa kes Umno Baru sebagai parti tidak sah dari segi undang-undang ke mahkamah, kata Ketua Penyelarasnya, Badrul Hisham Shaharin.
Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika memperkenalkan ‘Gerakan Haramkan Umno’ di Dewan Auditorium KLSCAH, di sini tengahari tadi.
Badrul atau dikenali Chegu Bard berkata, pihaknya mempunyai bukti termasuk dokumen rasmi dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan untuk mengheret parti itu ke muka pengadilan.
Menurutnya, selepas Umno diisytiharkan haram oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1988, Pejabat Pendaftar Pertubuhan telah menghantar surat arahan kepada pimpinannya bagi penubuhan parti baru.
Arahan itu, katanya, menyebut keseluruhan cawangan yang diharamkan hendaklah didaftarkan semula di bawah nama Umno dengan tambahan perkataan ‘baru’ di belakangnya.

PRU13 : PM tidak akan benarkan Parlimen terbubar dengan sendiri, kata Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 31 Mac — Parlimen akan dibubar sebelum 30 April apabila mandat kerajaan Barisan Nasional (BN) tamat bagi memberi lalulan kepada Pilihan Raya 2013, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Timbalan perdana menteri itu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mungkin akan membenarkan Parlimen terbubar secara sendirinya.
"Saya tidak fikir perdana menteri akan tunggu habis tamat tempoh parlimen lima tahun, baru beliau akan bubar.
"Saya rasa tak fikir begitu, pilihan raya akan diadakan dalam tempoh beberapa minggu bulan April ini," kata Muhyiddin (gambar) semasa berucap dalam satu majlis Himpunan Barisan 1Malaysia di Titiwangsa petang ini.

Penduduk Kg Tanduo: ‘Kami tidak mahu tinggal lagi di situ’

LAHAD DATU, 31 Mac — Pendaratan kumpulan militan dari selatan Filipina di pesisir pantai Lahad Datu, khasnya di Kampung Tanduo, dekat sini 12 Februari lepas membawa pelbagai cerita duka kepada penduduk, sekali gus merubah rutin kehidupan daripada ceria kepada malapetaka.
Diselimuti hutan sekunder dan dipisahkan sebatang sungai dari kawasan ladang kelapa sawit Sungai Nyamuk, petempatan itu yang dilatari pokok-pokok renek dan kawasan berpaya serta menghadap laut didiami 12 keluarga, rata-ratabekerja sebagai nelayan dan pekerja ladang.
Namun, dalam sekelip mata kedamaian perkampungan itu lenyap dan bertukar menjadi zon perang apabila sekumpulan lelaki asing berpakaian ala tentera dan bersenjata api mendarat pada hari Selasa, lebih sebulan lepas.
Kedegilan kumpulan kira-kira 200 orang itu berundur dari Kampung Tanduo setelah diberi peluang, memaksa kerajaan melancarkan gerakan ofensif ke kubu penceroboh itu pada kira-kira 7 pagi, 5 Mac menggunakan tiga jet penyerang F/A 18D Hornet.
Gerakan ofensif Operasi Daulat itu diteruskan dengan lima pesawat Hawk melancarkan operasi pengeboman, diikuti ledakan bertalu-talu mortar 91mm pasukan tentera darat sebelum penggeledahan dilakukan untuk memburu saki-baki pengganas.

Hanya 25% Cawangan UMNO Sah Berdaftar : SAMM Bakal Bongkar Selepas Parlimen Dibubarkan

PRU13 : Sembilan NGO "MACAI UMNO" buat laporan polis berhubung ceramah Anwar di Mergong

ALOR SETAR - Sembilan badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis mengenai program ceramah yang dijadual  disampaikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat(PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Wira, Mergong di sini malam ini yang didakwa akan menggangu ketenteraman penduduk.

Laporan itu dibuat Yang Dipertua Pertubuhan Silat Garuda Malaysia, Mansor Ahmad di Ibu Pejabat Polis Kota Setar di sini.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Mansor berkata ceramah yang dijadualkan pada 10.30 malam ini di padang bola yang terletak berdekatan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) itu dibimbangi akan mencetuskan kekecohan.

PRU13 : DIMANA JUA ANWAR BERCERAMAH...RAKYAT TUNGGU SAMPAI HABIS...!!

Para hadirin begitu terpegun dengan Pidato Anwar di Ceramah Merdeka Rakyat Pasir Besar N9.
di anggagarkan 10,000 yang hadir di malam ceramah beliau...
Anwar Mendapat sorakan gemuroh dari Penyokongnya di hadapan 10,000 orang
Real scene from Pasir Besar N9, Malay heartland. No Photoshop like Najib's event
Di mana mana ceramah anwar..senantiasa mendapat sambutan hebat dari Penyokongnya..kelihatan 10,000 orang tak berganjak dari tempat duduk..  

PRU13 : Pelancaran Kempen #UmnoHaram Bermula!

Satu sidang media berlangsung sebentar tadi berkenaan dengan pelancaran kempen #UmnoHaram yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH) di ibu negara.

Sesi tersebut dilancarkan oleh Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin atau CheguBard dengan penyelaras kempen Revolusi 13 diketuai oleh Tarmizi Mohd Jam.

Turut hadir ialah bekas ahli dewan undangan negeri (DUN) Sabah, Yahya Lampong yang juga memberi maklumat tambahan berhubung pendedahan mengejutkan ini.

Dalam taklimat sebelum pelancaran, CheguBard menyatakan bahawa sejarah penubuhan Umno pada 1946 sendiri sudah bermasalah hingga diharamkan mahkamah persekutuan pada 4 Februari 1988.

Ketua Umno Tanah Merah, Ikhmal Hisyam Abdul Aziz sebenarnya berdaftar dengan cawangan Umno yang tidak didaftarkan, seperti yang didedahkan salah seorang ahli Umno bahagian itu, Amran Ab. Rahman.

Tidak berpuas hati dengan keputusan itu, seorang ahli Umno bahagian itu, Amran dan dua rakannya membawa kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2011.

PRU13 : Sukarelawan Belia Raih Sokongan Rakyat Sabah Di Selangor


SHAH ALAM 31 MAC : Kejayaan pentadbiran Selangor akan dijadikan bahan kempen oleh sebuah jaringan sukarelawan belia Sabah bagi meraih sokongan lebih 35,000 warga Sabah yang berada di Selangor.
Warga Sabah yang sudah bermastautin di Selangor akan digesa untuk terus mengekalkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
mb lajim ukin rapat mesra sabah 01Manakala bagi mereka yang masih mengundi di Sabah, mereka akan digesa untuk balik mengundi dan membawa perubahan kepada negeri itu yang dikatakan sudah 50 tahun disalah tadbir oleh Umno-BN.
Jaringan sukarelawan tersebut yang bergerak di bawah gabungan NGO Sabah mensasarkan untuk mendaftar 1,000 peserta, kata Abdul Khalid.
“Ini adalah satu usaha memberi maklumat dan penerangan kepada warga Sabah yang bekerja di Selangor supaya mereka faham kejayaan kita di Selangor.
“Ia supaya mereka mengekalkan pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor. Jika mereka mengundi di Sabah, diharapkan mereka dapat balik ke Sabah dan membawa perubahan kepada negeri itu.
“Kerana kejayaan kita di Selangor boleh dilaksanakan di Sabah juga,” kata Abdul Khalid selepas rapat mesra bersama warga Sabah di Komplek PKNS di sini semalam.
Turut hadir Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin.

PRU13 : 500 anak muda sertai Konvoi Gelombang Tolak



SHAH ALAM: Seramai 500 anak muda dan mahasiswa hari ini berkumpul di Dataran Shah Alam untuk menyertai konvoi Gelombang Anak Muda Tolak Umno BN (Tolak) dari Shah Alam melalui Gombak akan terus ke Dengkil.


Di Dengkil, Tolak  akan mengedar risalah agenda Tolak kepada seluruh masyarakat di situ.

Tolak juga akan berkumpul di kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyerahkan satu memorandum menggesa Perdana Menteri itu membubarkan parlimen.

Konvoi itu juga merupakan siri jelajah mengutip tandatangan rakyat Malaysia sepanjang 1 kilometer sebagai mesej utama menolak Umno BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Program hari ini bermula dengan ucapan pengerusi Tolak, Muhamad Azan Safar.

North Korea Says It's in a "State of War"

Lahad Datu : Penduduk kampung Tanjung Labian sedih tinjau kediaman

Ceramah Jengka 21 : Ustaz Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Pesuruhjaya PAS Pahang

Ceramah Jengka 21 : Ustaz Rozali Mohamad - Bekas ADUN Permaisuri

Inside Syria - An opposition divided

Lahad Datu : ‘Di mana kami mahu tinggal?’


‘Di mana kami mahu tinggal?’
Dari kiri: Juhrah dan Betty tidak dapat menahan sedih apabila kediaman mereka musnah terbakar.
 
LAHAD DATU - “Hanya kerajaan sahaja boleh bantu kami untuk mulakan hidup baru” kata Hiya Majidil, 71, apabila melihat rumah didiami  bersama 30 anggota keluarganya sejak 49 tahun lalu musnah akibat pencerobohan pengganas Kiram dari selatan Filipina.

Sinar Harian difahamkan, rumah Hiya antara empat rumah terawal yang dibakar pengganas yang berang kerana penduduk Kampung Tanjung Labian dan Tanjung Batu enggan bersekongkol dengan mereka.

Katanya, pada 1 Mac lalu, ketika pasukan keselamatan bertempur dengan pengganas di Kampung Tanduo,  mereka sekeluarga melarikan diri sehelai sepinggang.

“Apa kami fikir cuma mahu selamat....kami tak sempat nak bawa apa-apa.  Kami kemudiannya ditempatkan di  pusat pemindahan sementara  sehinggalah hari ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Shahrizat perlu nilai samseng Umno terlebih dahulu- Siti Aishah

syareformis1KUALA LUMPUR 31 Mac: Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil perlu menilai sikap samseng penyokong Umno BN terlebih dahulu sebelum menuduh Pakatan Rakyat akan membuat huru-hara pada Pilihan Raya Umum nanti.
Sambil menyifatkan tuduhan itu melampau dan tidak berasas, Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail mendesak Shahrizat menunjukkan bukti keganasan dilakukan penyokong Pakatan.
“Kenyataan Sharizat itu memang berniat jahat dan cuba menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan pengundi terhadap PR.
“Tetapi kita yakin, pengundi tidak mudah mempercayai tuduhan dangkal berkenaan. Apatah lagi senario politik ketika ini jelas menunjukkan budaya samseng dan huru hara dibawa oleh Umno BN sendiri,”
Aishah menambah, tiga sayap Umno iaitu Pemuda, Puteri dan Wanita merupakan golongan yang kerap kali menimbulkan huru hara dalam program anjuran PR.

Ada penglibatan politik ‘luar biasa’ di Lahad Datu- bekas Jeneral ATM

Bekas jeneral
KUALA LUMPUR 31 Mac: Bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein membayangkan wujud penglibatan politik luar biasa dalam operasi pasukan keselamatan dalam menangani pencerobahan pengganas Sulu di Lahad Datu.
Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN tengah hari tadi, beliau berkata, ada sesuatu yang tidak kena dalam cara kerajaan menangani konflik itu.
“Sebagai seorang yang berlatarbelakangkan profesion tentera, saya lihat peristiwa di Lahad Datu membayangkan ada penglibatan politik yang luar biasa dalam operasi yang sedang dijalankan,”
“Pertama, kita ada panglima (ATM) di Sabah, ada dua markas tentera di sana. Jadi kalau kita lihat dari segi ‘Command and Control’, tugasan (di Lahad Datu) patut diserah kepada mereka.
“Ini kerana mereka lebih arif dengan keadaan tanah, jalan dan kawasan yang mungkin terdedah kepada ancaman,” katanya.

Pusat enggan, Kelantan bina sendiri stadium



PASIR PUTEH: Perletakan batu asas Kompleks Stadium Kelantan yang menelan belanja RM237 juta akhirnya berjaya dilaksanakan semalam.

Stadium yang bakal dilengkapi dengan peralatan yang serba canggih itu terletak di Bukit Merbau, kira-kira 33 kilometer dari Kota Bharu.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, diberi penghormatan untuk melakukan majlis pecah tanah dan perletakan batu asas. (Gambar atas)

Kompleks sukan itu didirikan di atas tanah seluar 50 ekar milik kerajaan negeri berbanding keluasan keseluruhannya 75 ekar.

PRU13 : MP DAP tinggal kawasan ‘selamat’ berjuang di Johor



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong diumumkan akan bertanding di kawasan Parlimen P.152 Kluang dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Beliau menjadi pemimpin tertinggi DAP yang kedua bertandang ke Johor selepas Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, diumumkan calon untuk Parlimen P.162 Gelang Patah.

Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, sewaktu satu jamuan anjuran DAP Kluang di Kluang malam tadi, lapor Roketkini. (Gambar atas)

Sewaktu pengumuman dibuat di hadapan ribuan hadirin yang menderma melalui pembelian meja makan malam tersebut, Liew mendapat sorakan dan tepukan gemuruh yang membayangkan sokongan yang bakal diperolehi dalam PRU13 nanti.

PRU13 : Dakwaan pakatan cetus huru-hara hanya fitnah Umno..! tapi UMNO@BN lakukan telah terbukti sejak dahulu lagi...!!!

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli menafikan dakwaan bahawa Pakatan Rakyat akan mencetuskan huru-hara semasa pilihan raya untuk menakut-nakutkan para pengundi.

Laporan Sinar Harian menyebut, Rafizi menyifatkan dakwaan tersebut sebagai satu fitnah dalam perang psikologi Umno ke atas PKR.

"Mereka ada dua cara untuk serang PKR, dengan menyebarkan gambar-gambar lucah pemimpin PKR dan kononnya akan ada huru-hara untuk menakutkan rakyat.

"Saya rasa lawak dan nak gelak apabila ada cerita ini, macam permainan budak-budak," kata Rafizi.

Dakwaan mengenai kekacauan itu antara lainnya dibangkitkan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia, yang mendakwa  mendakwa menemui risalah yang didakwa menyatakan strategi Pakatan untuk mencetuskan huru-hara semasa pilihan raya.

Kedaulatan Negara : Pakatan tubuh MPKR, bidas cara kerajaan kendalikan isu keselamatan di Sabah

Anwar berkata majlis ini akan membantu Pakatan Rakyat dalam hal ehwal pertahanan dan keselamatan negara. - Gambar Reuters
PETALING JAYA, 31 Mac — Pakatan Rakyat (PR) hari ini mengumumkan menubuhkan Majlis Penasihat Keselamatan Rakyat (MPKR) yang berperanan untuk menasihati pemimpin PR tentang isu keselamatan dan pertahanan, serta memberi kesedaran kepada rakyat tentang kepentingan keselamatan negara.
Dalam sidang media di ibu pejabat PKR Petaling Jaya hari ini, Tan Sri Jeneral (B) Md Hashim Hussein dilantik sebagai pengerusi MPKR dan bertanggungjawab menguruskan majlis tersebut.
“Sidang media hari ini ialah bagi mengumumkan perlantikkan Tan Sri Md Hashim Hussein sebagai pengerusi Majlis Penasihat Keselamatan Rakyat... ia diputuskan sebulat suara oleh kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.
“Majlis ini akan membantu Pakatan Rakyat dalam hal ehwal pertahanan dan keselamatan negara,” kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hashim merupakan bekas ketua turus angkatan tentera darat Malaysia dilantik memandangkan pengalaman dan pengetahuan yang dimilikinya tentang aspek keselamatan dan pertahanan negara, kata Anwar lagi.

Kedaulatan Negara : Pakatan saingi BN, umum penubuhan Majlis Penasihat Keselamatan Rakyat


Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar PETALING JAYA - Lebih sebulan selepas melancarkan manifestonya, hari ini Pakatan Rakyat (PR) mengumumkan insiatif terbaru - penubuhan Majlis Penasihat Keselamatan Rakyat (MPKR) - bagi membuktikan persediaan perikatan itu jika menerajui kerajaan pusat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, penubuhan MPKR memberi manfaat lebih baik dalam soal keselamatan rakyat dan negara berikutan koordinasi yang dilakukan antara semua pasukan keselamatan negara.
Menurutnya, pasukan-pasukan keselamatan yang selama ini diasingkan dalam menjalankan tugasan seperti di Lahad Datu akan digabungkan untuk gerak kerja yang lebih efisen.

Beliau juga berkata, langkah PR menubuhkan majlis penasihat keselamatan bukan semata-mata disebabkan insiden pencerobohan pengganas di Sabah tetapi langkah awal untuk mempertahan dengan lebih baik.

PRU13 : Sasaran terbaru Pakatan, boleh menang 12 lagi kerusi Parlimen

SHAH ALAM - Di sebalik kemungkinan pembubaran Parlimen tidak akan menjadi kenyataan dalam waktu terdekat ini, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, peluang bagi Pakatan Rakyat (PR) untuk menguasai 12 lagi kerusi Parlimen "kelihatan cerah."

Perikatan itu mahu menggunakan ruang yang ada untuk mengukuhkan kedudukan menjelang tarikh PRU13.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Kit Siang berkata, pihaknya meletakkan sasaran untuk memperoleh kemenangan di 12 kawasan untuk menang selesa dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Dua belas kerusi marginal yang secara realistik Pakatan boleh menang termasuklah Arau di Perlis; Alor Setar di Kedah; Kuala Nerus di Terengganu; Larut, Kuala Kangsar, Kampar dan Lumut di Perak, Bentong, Raub dan Jerantut di Pahang, Sabak Bernam dan Pandan di Selangor, Rembau di Negeri Sembilan dan Bukit Katil di Melaka," katanya.

Kerusi-kerusi lain termasuklah Dungun di Terengganu; Jerlun di Kedah; Padang Rengas, Tambun, Parit, Tapah, Pasir Salak dan Bagan Datoh di Perak; Temerloh di Pahang; Sepang di Selangor dan Jempol di Negeri Sembilan.

Sebelum ini Kit Siang yang akan bertanding di Gelang Patah kali ini ada mengatakan PR boleh menang sehingga 33 kerusi Parlimen, tambahan kepada 82 yang diperoleh lima tahun lalu.

Bongkak vs Bangang: SPR pilih untuk jadi 'si anjing Umno

Dan macam biasa, SPR memilih untuk beraksi macam 'si anjing Umno' walaupun terpaksa jadi bongok. Apa sangat kut kalau takat jadi bongok demi untuk berkhidmat kepada tuan depa demi emastikan tuan depa terus berkuasa.


MalaysianInsider melaporkan:
SHAH ALAM, 30 Mac ― Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menyifatkan Pakatan Rakyat (PR) angkuh apabila menolak tawaran kerajaan untuk mereka membentang manifesto pilihan raya umum di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

“Sikap angkuh pembangkang itu sudah terdaftar dalam pemikiran rakyat Malaysia. Biasanya apabila orang berbudi kita berbahasa, tetapi bagi pembangkang, mereka berkata kami tidak mahu, kami tolak, alasan-alasan yang diberi tidak cukup,” katanya. - TMI

Macam yang aku dah ulas sebelum ni, tawaran Rais Yatim sebagai Menteri Penerangan ni adalah tawaran yang terbit dari otak orang yang bangang.

Dah la cuma 10 minit, rakaman pulak, dan rakaman tu pulak Rais Yatim yang akan tentukan sesuai ataupun tidak. Orang bongok saja kut yang sanggup terima tawaran bangang macam tu.

Pas Negeri Sembilan harap SPR tetapkan tarikh pilihan raya waktu terdekat


Khairil Anuar Wafa SEREMBAN - Pemuda Pas Negeri Sembilan berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan tarikh pilihan raya bagi kerusi Dun dalam waktu terdekat meskipun badan itu mahu mengadakan pilihan raya umum serentak membabitkan semua negeri.

Ketua Pemuda Pas negeri, Khairil Anuar Wafa berkata, pihaknya berharap agar SPR akan memenuhi peraturan ditetapkan, di mana mereka perlu mengeluarkan writ iaitu surat kuasa kepada pegawai pengurus pilihan raya sebaik sahaja Dun negeri ini dibubarkan.

"Mengikut Seksyen 12(3) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981, writ berkenaan perlu dikeluarkan SPR dalam tempoh 10 hari dari tarikh pembubaran atau apabila berlakunya kekosongan di luar jangka.

UMNO@BN DAN SEKS BERPISAH TIADA!!!

Cara MCA/BN nak ambil dan pikat hati rakyat.

Buat konsert dengan menjemput berapa penyanyi berpakaian seksi menjolok mata.

Nampak gayanya bukan saja mengedarkan video seks lucah fitnah menjadi modal politik BN tetapi menjemput penyanyi seksi juga adalah sebahagiaan darinya.

Maklumlah..pemimpin ulung MCA juga bukankah sudah ada video seksnya sendiri yang dia mengaku beliaulah pelakunya.

BURUNG SEBULU AKAN TERBANG SEKUTU.

SEKS DAN UMNO@BN BERPISAH TIADA.

PRU13 : SENARAI CALON PARLIMEN PAKATAN - (Kemaskini 31-3-2013)


SENARAI CALON KEADILAN - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini setakat 31 Mac 2013)

1. Gombak - Azmin Ali (penyandang)
2. Paya Besar - Murnie Hidayah Anuar
3. Indera Mahkota - Fauzi Abdul Rahman
4. Batu - Tian Chua (penyandang)
5. Sembrong - Onn Abu Bakar
6. Johor Bharu - Jen (B) Md Hashim Hussein (belum diumumkan)
7. Pasir Gudang - Let Jen (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid (belum diumumkan)
8. Selayang - William Leong Jee Ken (penyandang)
9. Kuala Kedah -  Ahmad Kassim (penyandang)
10. Kuantan - Fuziah Salleh (penyandang)
11. Padang Serai - N Surendran
12 .Bagan Serai - Dr Mohd Nor Manutty
13. Pasir Salak - Mustafa Kamil Ayup
14. Gopeng - Dr Lee Boon Chye (penyandang)
15. Kulim-Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail (bertukar dari parlimen Machang)
16. Sungai Petani - Johari Abdul (penyandang)
17. Ampang - Zuraida Kamarudin (penyandang)
18. Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari
19. Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar (penyandang)
20. Pandan - Rafizi Ramli
21. Bukit Katil - Shamsul Iskandar Md Akin
22. Batang Lupar - Zulkifli Abang Engkeh
23. Saratok - Ali Biju
24. Hulu Rajang - Abun Sui Anyit
25. Baram - Roland Engan
26. Limbang - Baru Bian
27. Nibong Tebal - Mansor Othman (belum disahkan)
28. Wangsa Maju - Dr Tan Kee Kwong (belum diumumkan)
29. Setiawangsa - Ibrahim Yaacob (belum diumumkan)
30. Segamat atau Kulai - Dr Chua Jui Meng (belum disah dan diumumkan)
31. Batu Pahat - Syed Hamid Ali (belum disah dan diumumkan)

SENARAI CALON DAP - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini setakat 31 Mac 2013)

1. Gelang Patah - Lim Kit Siang
2. Bukit Gelugor - Karpal Singh
3. Serdang - Teo Nie Ching (penyandang)
4. Beruas - Ngeh Koo Ham (penyandang)
5. Kluang - Liew Chin Tong
6. Ipoh Timur - Thomas Su (belum disah dan diumumkan)
7. Ipoh Barat - Wong Kah Woh (belum disah dan diumumkan)
8. Batu Gajah - V Sivakumar (belum disah dan diumumkan)
9. Bentong - Wong Tuck
10. Seputeh - Teresa Kok (penyandang)
11. Puchong - Gobind Singh Deo (penyandang)

SENARAI CALON PAS - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini setakat 31 Mac 2013)

1. Marang - Tuan Guru Abdul Hadi Awang (penyandang)
2. Arau - Tuan Guru Haron Din
3. Shah Alam - Khalid Samad (penyandang)
4. Kota Raja - Dr Siti Mariah Mahmud (penyandang)
5. Pulai - Salahuddin Ayub
6. Padang Terap - Mohd Nasir Zakaria (penyandang - belum diumumkan)
7. Pendang - Mohamad Sabu (belum disah dan diumumkan)
8. Kuala Nerus - Ust Dr Khairuddin At-takiri (belum diumumkan)
9. Rantau Panjang - Siti Zailah Mohd Yusof (penyandang)
10. Tumpat -  Dato’ Haji Kamarudin Jaffar (penyandang)
11. Kuala Krai - Dr Haji Mohd Hatta Ramli (penyandang)
12. Parit Buntar - Datuk Ustaz Haji Mujahid Haji Yusof Rawa (penyandang)


No Experience Needed to Change Political Masters

I find it incredulous that some people are afraid of a change in government. UMNO supporters are telling everyone if UMNO is unseated then the country will be plunged into chaos. Other government other than UMNO will impoverish the country. The country will be unstable.
What is so perilous about it? The entity that we seek to change is the political establishment. We seek the change the political masters.
Why should the country go bankrupt?  You mean, PAS which has struggled for as many years as UMNO will forfeit the victory by making the country bankrupt? After taking over the government, PAS DAP and PKR will bankrupt the country? Those taking over the government are imbeciles?
The country is going bankrupt as a result of bad governance, incompetency and mismanagement. Corruption bankrupts the enation. Profligate spending bankrupts the nation. Illicit capital outflows bankrupt the country. How can changing the sources of bankruptcy, bankrupts the country? There must be some inherently faulty logic that comes from faulty minds of UMNO and BN.

‘The case for change is preponderant’

Former Umno veteran Abdul Kadir Sheikh Fadzir says his independent party, Parti Ikatan Bangsa Malaysia, supports Pakatan because Malaysia needs change

PETALING JAYA: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) founder Abdul Kadir Sheikh Fadzir once cut a formidable figure in Umno politics.
As the Minister of Culture, Arts and Tourism in 1999 during the Tun Dr Mahathir Mohamad era,  and then the Minister of Information from 2004 to 2006 in Abdullah Ahmad Badawi’s time, the man was among the most powerful in the country.
But in January 2012, Abdul Kadir began making headlines after he accused the ruling party of handing out between RM200 and RM1,000 to voters in previous elections in exchange for votes.
He eventually left the party, and has since appeared arbitrarily in the media, with the spotlight focusing on his attempts to have Ikatan be registered under the Registrar of Societies.
Speaking to FMT in an exclusive interview, Abdul Kadir explained Ikatan’s position in a political arena dominated by two opposing coalitions – the ruling Barisan Nasional, and the loose opposition pact Pakatan Rakyat.
“We do not want to officially join Pakatan Rakyat. We’ll support what has to be supported, but right now I’m with Pakatan,” said Abdul Kadir.
“To be frank, now that I’ve mixed with them, I can see the weaknesses in PAS, PKR, DAP, but I also know the weaknesses in Barisan Nasional. I think the case for change is preponderant; its overwhelming.”
He said Pakatan had “very bright people” and the pact could not entirely be blamed for its failings in the four states it has been ruling since general election 2008 – Kedah, Kelantan, Selangor and Penang.
“A state government can’t do much if they don’t have the support of the federal government because they don’t have the money,” he pointed out.
Abdul Kadir said he also supported certain aspects of the Pakatan manifesto, such as helping those who deserve it, as opposed to BN’s policy which he claimed only enriched a few bumiputeras.
“In the opposition manifesto which I like, [it states that it would] help everybody who deserves… So you help the Malays based on the theory of natural justice…You help the poor to come up to the level of the advanced. No need to help the poor based on narrow, racist policies.”
No hope for Umno to change

Dompok adamant, wants to surrender IC

Nazri Aziz’s rejection of calls to revoke and re-issue ICs to genuine Sabahans has again raised suspicions over the current RCI hearing and the government’s sincerity.

PENAMPANG: If not for the invasion of a small village on the east coast of Sabah a few weeks ago by a group of armed Filipinos calling themselves the Royal Army of Sulu, the fate of over a million new immigrants – legal and illegal – would have been settled.
They would have all been so thoroughly embedded in Sabah’s social fabric that any change to their status would have caused economic and political upheaval in the state that would never be permitted.
Even an ongoing inquiry into how hundreds of thousands of them had acquired citizenship during the Barisan Nasional coalition government’s rule of the state and how the state’s population had exploded as a result, would have had little scope to remedy the lack of harmony.
But all that has changed in the past few weeks.
It has put two federal cabinet ministers at odds.
The trio of Kadazandusun and Murut-based coalition members, Parti Bersatu Sabah (PBS), the United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (Upko) and Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), have united to demand that all citizenship papers granted to those in the state be revoked and reissued to only those qualified to be citizens.

PRU13 : BN masih berpeluang memperbaiki diri,jadi pembangkang sepenggal dua kalau nak berubah

BN masih dalam kegelisahan. Hari Jumaat yang lepas, saya telah mendengar apa yang dikatakan oleh juruhebah radio yang mereka sedang menunggu pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri pada bila-bila masa sahaja semasa itu. Dalam hati saya “at last, Najib is brave enough to dissolve the Parliament”. Saya terus sahaja berhenti di tempat makan untuk makan tengah hari. Jam semasa itu sudah 3 petang kerana agak teruk juga keadaan di jalan raya selepas solat Jumaat itu.
Saya pun tertunggu-tunggu untuk mendengar pengumuman itu dan saya tidak berhenti-henti menerima sms dari rakan-rakan memberitahu saya yang PM akan membuat ‘press conference’ untuk pembubaran Parlimen tetapi sampai ke malam hari tiada juga pembubaran itu. Pada malamnya dalam perjalanan ke Sekinchan untuk berceramah, saya telah mendapat berita apa yang dikatakan oleh juruhebah radio itu tidak berlaku dan pihak berwajib telah menafikan berita pembubaran itu.
Pagi tadi saya telah difahamkan yang BN masih mempunyai masalah besar yang belum dapat diselesaikan. Masalah ‘inter-party’ dan ‘intra-party’ masih menyelubungi BN dan pengumuman itu terpaksa ditunda lagi. Seorang sahabat saya dari UMNO memberitahu saya, “jangan susah, pilihanraya akan diadakan juga, percayalah...selewat-lewatnya sebelum dunia kiamat, Najib akan umumkan tarikh pilihanraya itu,” dalam mood menyindir.

PRU13 : Wujudkan 'facet' politik baru untuk perpaduan nasional yang kekal

Sejak lama dulu saya tidak pernah gagal untuk mengingatkan semua dalam tulisan saya yang UMNO sudah hilang punca dan tidak mungkin dapat mengenali perjuangannya lagi. Puluhan kali saya nyatakan yang UMNO sudah hilang segala-galanya, dari rupanya, ‘form’ nya dan perjuangannya. Justeru parti itu tidak akan lagi relevan untuk dijadikan sandaran rakyat untuk masa depan semua. Yang lebih dari itu UMNO sudah hilang identitinya, maka sekali gus UMNO sudah tidak ada lagi ‘legitimacy’ untuk memimpin apa-apa pun.

Semasa saya mula-mula menulis tentang isu ini berbagai ancaman yang saya terima dari entah siapa dalam blog saya ini membidas dan melemparkan berbagai bagai tuduhan peribadi terhadap saya. Tetapi keyakinan diri saya terhadap kebenaran apa yang saya katakan membuatkan saya bertambah kuat untuk bertahan kerana saya percaya apa yang saya katakan semasa itu akan sampai bukti kebenarannya. Saya hanya mendengar nasihat dari beberapa orang sahabat yang rapat secara peribadi dan kesemuanya meminta saya melihat ke dalam dan lakukan introspeksi diri secara intensif.
Kesemua di antara sahabat-sahabat saya telah menasihatkan saya, jika saya kekalkan kebersihan dalam pemikiran (purity of mind), secara ‘natural’ perjuangan untuk menyaksikan perubahan itu akan terkabul juga akhirnya.
Saya selalu menyatakan dengan jelas yang UMNO tidak akan kekal lama kerana parti itu sudah hilang arah perjuangannya. Arah tuju perjuangan parti itu sudah jauh tersasar dan sekarang tiada seorang pun dalam kepimpinan di peringkat Majlis Tertinggi parti itu memahami apa yang sepatutnya dilakukan oleh parti itu sekarang.. UMNO tidak mampu berubah. Pimpinan UMNO bukan tidak mahu untuk berubah tetapi mereka tidak tahu apa yang hendak di ubah kerana kefakiran jiwa perjuangan mereka.

Bezanya isteri Habibie dengan isteri Najib

Oleh H FANSURI
SEJAK buku autobiografi Rosmah Mansor (isteri PM Najib Razak) dilancarkan, maka tidak sedikit buku itu mengundang kutukan dari langit. Kutukan dari langit itu sudah diterjemahkan lewat impian segala hati manusia untuk mengejinya
Sementara itu di pihak Umno pula -- ketika catatan ini ditulis -- belum ada mana-mana pihak itu yang sudi membuat diskusi bertujuan mengangkat wacana berhubung buku ini. Agaknya Umno juga mengerti bahawa Rosmah itu bebanan buat seluruh alam termasuk Umno.
“Kalau Umno nak kalah cepat,” kata seorang teman, “Banyakkan perbahasan tentang buku Rosmah itu.”
Pendek kata, di pihak rakyat, berpusu-pusu kutukan mengalir ke atas isteri Perdana Menteri itu, sedang di pihak Umno pula, tiada orang yang berani membahaskan ‘kebaikan’ buku tersebut.
Buku setebal 165 halaman yang ditulis berdasarkan temu bual itu juga tidak galak disambut keras oleh wanita-wanita MIC dan wanita-wanita MCA juga. Mungkin bagi kaum Cina dan India, Rosmah bukanlah contoh ikutan yang terbaik buat diri mereka juga.
Demikianlah hari-hari berlalu dengan timbunan kata-kata Rosmah yang mengalir di corong-corong radio, dan sesekali suaranya bergetar, membikin setiap hati yang mendengar suaranya turut berdebar.

GE13 : Rosmah and black magic? No way!

To indulge in black magic, one must be mindful of its pantangs and must cleanse one’s mind, body and spirit of life’s impurities. Can Rosmah do that?

When we write we have a responsibility to tell the truth. At times I wish we could write unburdened by the need to be factual or to maintain a semblance of journalistic integrity – but not to do so would put what we write into the realm of fiction.
Fiction and facts swirls in and around Putrajaya – none more so as in and around Seri Perdana. That is why I believe that the story making its round on the Net about Rosmah Mansor dabbling in black magic should never have seen the light of day.
For surely it borders within the realms of fiction or at best, half truths.
Black magic in the halls of Seri Perdana? Conversing with the spirit world, delving into the world of the supernatural and the occults, removing negative energy and breaking cycles of bad luck?
Are any of the rooms in Seri Perdana boarded up so that the Prince of Darkness can make his abode there and call upon all of those dark forces to neutralise Rosmah’s enemies and allow her to fulfilled her potential? Another five years in Seri Perdana as FLOM perhaps?
Are Friday nights the time to sprinkle salt and black pepper, have mutterings of incantations and casting of spells, with goblins abounds, with the aroma of scented oil and kemayan wafting through Seri Perdana?
If Rosmah had any use of these bomohs, surely it is not for their healing services. Would she then be seeking the services of these bomohs ala Mona Fandey – seeking power and wealth?
But these are surely the conjectures of an over active Pakatan Rakyat mind or their rabid supporters! Surely not of CT Ali.
Consider this!
The strict regime

PRU13 : Kubu bertukar kubur untuk Umno di Johor?


(Awang menyerahkan borang menyertai PAS kepada Mazlan Aliman)

JOHOR BHARU: Jangan terkejut jika pilihan raya umum kali ini bakal menukarkan negeri Johor yang menjadi kubu Umno selama ini kepada 'kubur' untuk parti itu.

Ini kerana gelombang perubahan secara besar-besaran sedang berlaku di Johor pada setiap hari.

Kemasukan beramai-ramai pemimpin dan ahli Umno ke dalam PAS dan Pakatan Rakyat sedang rancak mutakhir ini.

Malam tadi 30 orang ahli Umno dari Kampung Sri Aman dalam Parlimen Tebrau menyertai PAS.

Ia diketuai oleh Awang Bakar, 55 tahun, bekas Ketua Cawangan Umno Sri Aman dan AJK UMNO Bahagian Tebrau. Beliau menyertai Umno sejak tahun 1981.

Kampung yang menjadi kubu Umno puluhan tahun telah ditubuhkan Cawangan Penaja PAS.

PRU13 : Kit Siang ke Johor tingkat sokongan untuk Pakatan


SEREMBAN: Lonjakan sokongan pengundi bukan Melayu khususnya kaum Cina terus meningkat kepada 85 peratus apabila Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang mengumumkan akan bertanding di Johor pada pilihan raya umum nanti.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menjelaskan, sebelum ini sokongan bukan Melayu berada pada paras 80 peratus.

"Saya selalu mengatakan bukan senang untuk kita menang di Johor atau tawan kerusi di sana, tetapi perkembangan muktahir ini saya berkeyakinan bahawa Johor akan menjadi milik Pakatan Rakyat," jelasnya pada program ceramah Jelajah Negara Berkebajikan di Paroi, malam tadi.

Malah menurut beliau lagi, perkembangan terkini selain Johor, Sabah dan Sarawak juga akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.