Sabtu, 30 Mac 2013

Pembubaran Parlimen DITANGGUH Lagi : Najib Pergi UMRAH !

Najib Tun Razak dan isteri, Rosmah Mansor keluar dari Masjidil Haram, selepas menunaikan ibadat umrah, Ogos tahun lalu.

PETALING JAYA: Nampaknya pembubaran Parlimen hanya mungkin akan berlaku selepas minggu kedua bulan April apabila mendapat maklumat Datuk Seri Najib Tun Razak akan melaksanakan umrah pada minggu hadapan.

Menurut sumber dalaman berkata Perdana Menteri dijangka akan berlepas ke Arab Saudi pada 3 April selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet akan datang dan sama-sama mengambil  bahagian dalam acara berbasikal di Putrajaya.

Beliau dijangka pulang dua hari kemudiannya.

Bagi umat Islam, ibadah umrah kadang kala dilakukan untuk memohon panduan sebelum membuat sesuatu keputusan dan Najib telah melakukan (umrah) setiap tahun.

国阵贪腐,人人受苦

BN Tamak Sapu Malaysia! Mesti Tonton!

PRU13 : Mesej Presiden PAS kepada Pengundi


Rasisme, perkauman & sejarahnya

Oleh Hishamuddin Rais

Racist_BrainPekerja parti tersebut menjeritkan “Bunuh Tian Chua” apabila naib presiden Umno itu menggesa mereka bersatu di belakang Barisan Nasional (BN) dan “menghapuskan pengkhianat” seperti Naib Presiden PKR — lebih dikenali sebagai Tian Chua di mana sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR) telah dituduh menghasut serangan Sulu terhadap Sabah. – petikan Malaysian Insider
Discussing the battle against a Muslim warlord in Somalia, Boykin told another audience, “I knew my God was bigger than his. I knew that my God was a real God and his was an idol.” – petikan Lt. Gen. William G. “Jerry” Boykin dari Los Angles Times
Dua petikan laporan media di atas adalah kenyataan rasis. Para pembaca pasti akan bertanya bagaimana cara untuk memahami makna dan tanda kenyataan tersebut. Justeru, pembaca akan bertanya apa itu rasisme? Dari mana datangnya rasisme? Bagaimana rasisme berkembang? Dari mana sejarah punca rasisme?
Ini adalah soalan-soalan wajib dihuraikan agar kita semua mendapat pencerahan. Pencerahan ini juga diharapkan akan dapat digunakan untuk kita menilai diri kita sendiri. Menilai dan bertanya pada diri sendiri: apakah aku ini seorang rasis?
Satu jalur rasisme ialah fahaman perkauman. Fahaman perkauman akan membenci orang asing yang berbeza dari kumpulan sendiri. Jangan silap faham rasisme bukan hanya dimiliki oleh yang berkulit putih. Yang berkulit hitam, berkulit sawo matang atau berkulit kuning pun berkeupayaan untuk menjadi rasis. Asas rasisme bukan warna kulit.
Kebencian dan tidak suka kepada orang lain sahaja bukan rasisme. Kebencian tak tentu hala ini timbul dari prasangka yang disalut dengan kebodohan. Misalnya ada kenalan kita yang tidak suka orang lain kerana orang lain tidak bersunat. Atau tidak suka kerana orang lain ini makan pakai penyepit. Dan dan dan…ini bukan rasis. Ini sikap orang bodoh.
Rasisme sebagai satu jalur fahaman berkait rapat dengan kuasa. Yang TIDAK memiliki kuasa PASTI tidak akan memiliki keupayaan untuk menjadi rasis. Untuk rasisme bergerak ia wajib dibantu dan disokong oleh kuasa. Tanpa kuasa tidak wujud rasisme. Kuasa pula wajib disokong oleh modal. Rasisme berpunca dari pemilikan harta kekayaan. Justeru, asal usul rasisme ialah perebutan harta kekayaan.

PRU13 : Chua Jui Meng Perlu Berjiwa Besar

Sesuatu yang sering berlaku dan menimpa oposisi menjelang pilihan raya ialah adanya orang berkecil hati, merajuk, tidak berpuas hari ataupun lari membawa diri kerana kecewa dengan sesuatu perkara yang kecil dan bukan soal pokok dalam perjuangan.


Chua Jui Meng: Merajuk.
Selalunya kekuatan, semangat atau kemantapan pembangkang di peringkat suku awal pertama atau pada suku kedua atau ketiga, tampak begitu menyakinkan. Semua pihak dalam pembangkang dapat bekerjasama dan bantu membantu di antara satu sama lain. Mereka juga menzahirkan kesungguhan dan keikhlasan dengan memasang satu niat dan azam untuk menukar kerajaan yang telah memerintah lebhi 50 tahun.

Tetapi apabila saat akhir, menjelang suku terakhir pembangkang akan menampakkan akan 'jongkang jongkit'nya. Mereka akan menzahirkan perangai dan sifat buruk semula jadi pembangkang yang 'berkedut' di akhir jalan. Ada-ada saja perkara titik bengkit yang berlaku dan akhirnya boleh membawa kecelaruan dalam oposisi. Dukacita lagi perkara yang boleh diselesaikan itu beterusan sehinggalah ke hari mengundi. Malang lagi ia memusnahkan jalan yang dirintis kesekian lama disebabkan sengeketa kecil yang berlangusng hanya satu hari sahaja.

Situasi dan keadaan ini sungguh mengecewakan. Sebenarnya sikap atau perangai dan kejadian-kejadian diluar jangka inilah yang melemah atau membunuh semangat rakyat untuk bersama pembangkang sehingga ke hari akhir proses pilihan raya. Sikap atau perangai tidak matang inilah menjadikan phobia kepada rakyat untuk menyokong pembangkang.

Menteri Kewangan Fail menyekat penyeludupan wang haram!

Fail as in gagal. Ini istilah yang selelau digunakan oleh seorang arwah ketua cawangan UMNO di Pekan bila bercerita mengenai Najib. Najib fail ini, Najib fail itu. semua Fail!
Saya menyebut mengenai aliran haram wang dari Malaysia. dalam tahun 2010, hampir RM200bilion wang haram diseludup keluar negara kita. Ini meletakkan negara kita ditempat kedua selepas China dalam jinayah menyeludup wang keluar. Kenapa perkara ini dibiarkan? Mengapa menteri kewangan tidak segera membenteras penyeludupan wang dari Malaysia?
Sedang ini terjadi, menteri kewangan kita sibuk dengan gangnam stail dia, membiayai pementasan drama mengenai LGBT. Inilah dia PM yang akan membawa kita ke mercu kejayaan, kegemilangan dan keterbilangan.
Siapa Mahathir yang hendak mengesahkan Najib sebagai calun PM yang terbaik? Mahathir tahu Najib seorang PM yang korap dan rasuah. Mahathir tahu bagaimana dia memujuk Najib supaya menyokong dia dan belot kepada Tengku Razaleigh semasa Mahathir menghadapi cabaran dari Razaleigh. Suatu hari, Mahathir telah menunjukkan ‘suatu bukti’ kepada Najib yang ketika itu MB Pahang, dan memberi kata dua kepada Najib. Bila melihat bukti tersebut, telur Najib hilang sebentar dan dia terus melutut kepada Mahathir.
 Najib adalah bandingan yang lesu kepada Tun Razak. Dia seorang yang tidak ada integrity.

PRU13 : Pakatan Bakal Tawan Sabah, Menang 15 Kerusi Parlimen - Lajim



lajim ukin ceramah pkr 04SHAH ALAM 30 MAC : Pakatan Rakyat bakal mentadbir Sabah selepas pilihanraya akan datang apabila gagasan itu memenangi kira-kira 35 kerusi dewan undagan negeri.
Negeri di bawah bayu itu juga bakal menyumbang 15 buah kerusi parlimen kepada PR bagi menguatkan lagi peluang gagasan itu mencapai 112 kerusi parlimen untuk berjaya mentadbir Putrajaya.
Ramalan tersebut dibuat oleh Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin yang berkata beliau bersandarkan kajian sentimen politik penduduk Sabah dan pertumbuhan cawangan dan cabang parti PR di Sabah.
Beliau berkata gelombang perubahan sokongan daripada Umno-BN kepada PR paling kuat berlaku di kalangan komuniti Cina Sabah, di mana dianggarkan lapan daripada 10 kerusi majoriti Cina akan dimenangi PR.
Manakala 15 daripada 20 kerusi majoriti komuniti Kadazan Dusun-Murut turut akan dimenangi oleh PR, kata Lajim, yang merupakan bekas Timbalan Menteri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Di antara kerusi bumiputera Islam pula, Lajim berkata 13 hingga 15 bakal dimenangi PR.
“Apabila kita tubuhkan bahagian atau cabang PKR dan Pas kita buat kajian dan juga pilihanraya percubaan dan ia amat memberangsangkan.
“Kita nampak kita boleh menang 35 kerusi dan mungkin akan sampai 40 kerusi.

PRU13 : Kemelut Isu Calon Masih Menjadi Halangan Buat Najib

Oleh Shahbudin Husin

Sementara tarikh pembubaran Parlimen masih menjadi penantian bagi rakyat, Najib selaku Pengerusi BN dan Presiden UMNO dilaporkan menghabiskan banyak masanya selama (Jumaat) untuk menemui ketua parti-parti komponen dan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri-negeri bagi memuktamadkan senarai akhir calon yang bakal dipilih bagi pilihanraya akan datang ini.


Beberapa ketua parti komponen dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dilihat keluar maasuk menermui Najib di Bangunan Perdana Putra dan sebahagiannya dikatakan mengambil masa lebih satu jam untuk mengadakan perbincangan mengenai senarai calon itu.

Tidak seperti sebelumnya, baik di zaman Mahathir mahu pun Pak Lah, biasanya perbincangan mengenai calon ini dilakukan selepas pembubaran Parlimen diumumkan tapi Najib dilihat mengambil pendekatan sebaliknya iaitu menyelesaikan dahulu isu pemilihan calon sebelum pembubaran Parlimen diumumkan.

Langkah ini dipercayai diambil Najib kerana sebaik pembubaran diumumkan, beliau mahu menghabiskan sepenuh masa yang ada untuk turun ke negeri-negeri menemui rakyat dan memastikan kemenangan BN. Beliau juga akan memberi lebih tumpuan kepada Selangor kali ini dan menjadikan ianya sebagai keutamaan selain mengekalkan Putrajaya.

Puak huru-hara dikesan......Yang bebas lakukan apa sehaja selagi regim berkuasa..!!!

x
Golongan yang hendak lakukan huru hara seperti dalam tajuk utama Utusan hari ini telah dikesan. Mereka ini terdiri dari..

KEHEBATAN TAIB MAHMUD..MAT SALEH UK PUN DIA BELI...!!!

Ben Fogle Dari UK Membatalkan Kontrak PR Mengenai Sarawak – “Menyesal” Pada Pendedahan Rasuah

Bertemu dengan orang utan “liar” di kawasan “hutan dara” di Borneo?

Salah sebuah akhbar terkemuka Britain, The Independent, telah melaporkan bahawa pembuat filem pengembaraan Ben Fogle sudah menarik diri dari kontrak mempromosikan ‘eko-pelancongan’ Sarawak.

Akhbar berkenaan menceritakan Sarawak sebagai “sebuah rejim yang mempunyai salah satu rekod antara yang terburuk pemusnahan alam sekitar di dunia”.

Ben Fogle mengatakan bahawa dia “merasa amat kesal” apabila mengetahui keadaan sebenar mengenai kegiatan pemusnahan alam sekitar dan juga salah laku rasuah di bawah Taib Mahmud di Sarawak, di mana The Independent mengesahkan bahawa “industri pembalakan yang amat luas dengan meninggalkan baki hutan seluas 5% belum ditebang atau telah dijadikan perladangan kelapa sawit.”

Akhbar ternama itu seterusnya melaporkan:

PRU13 : Presiden, pengerusi KTMB terpaksa merayu sokongan untuk UMNO@BN

KTMBKLANG 30 Mac: Barisan Nasional Selangor menjadikan pertemuan dengan usahawan logistik dan pengangkutan pada program ‘Get Together Selangor Logistics Fraternity‘ untuk melobi sokongan bagi pilihan raya umum ke-13.
Tinjauan Keadilandaily pada program semalam mendapati, Timbalan Pengarah Jentera Pilihan Raya BN Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed terpaksa merayu kepada kumpulan usahawan itu untuk memberi sokongan kepada BN.
“Kami merayu sokongan anda. Pilihan raya semakin hampir. Biarlah saya cakap secara jelas dan berterus terang,”  katanya di hadapan kira-kira 100 hadirin pada program itu di Hotel Premiere, Klang semalam
Mohd Zin merupakan Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), yang sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana menjadikan kemudahan pengangkutan awam itu sebagai kempen bergerak BN.
Dalam program sama, Presiden KTMB, Datuk Elias Kadir berterus terang akan menyokong BN dalam PRU akan datang, meskipun memegang jawatan dalam syarikat berkepentingan awam.
“Saya selalu ditanya sama ada saya ini mewakili KTMB atau BN? Saya terus terang katakan saya ialah penyokong BN,” kata Elias.
Sebelum bersama KTM Berhad, Elias mengetuai operasi di beberapa konglomerat utama seperti UMW Toyota, Edaran Otomobil Nasional (EON), Proton, Kontena Nasional, Northport dan FELDA.
Pengakuan itu menguatkan hujah Pakatan Rakyat bahawa KTMB dijadikan tunggangan Umno-BN pada kempen pilihan raya umum ke-13.

Mukriz: Berbilion ringgit akan masuk jika BN menang..??? Masuk mana tue....!!!!



 
Pelabur asing dijangka membuat pelaburan berbilion ringgit sekiranya BN memenangi pilihan raya umum ke-13, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz
Mahathir.

Mereka kini menunggu masa yang sesuai untuk membawa masuk pelaburan ke negara ini, kata beliau.

Pelabur-pelabur asing berkenaan mahu melabur di Malaysia tetapi terpaksa mengambil 'sikap tunggu dan lihat' kerana hendak melihat keputusan pilihan raya selain tidak yakin dengan pakatan pembangkang, katanya.

"Sikap tidak mesra pelabur dan gagal mengumumkan dasar serta perbelanjaan fiskal menyebabkan pelabur asing mengambil sikap tunggu dan lihat," kata Mukhriz kepada pemberita di Jerlun, hari ini.

Beliau ditemui selepas menyaksi penyerahan perjanjian kolaborasi antara Institut Automotif Malaysia (MAI) dengan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Jitra dan Politeknik Sultan Abdul Halim (Polimas).

INCREDIBLE BN SPIN ON ALTANTUYA: Not Najib or Rosmah but AMBIGA, CHINESE TO BLAME!

A fortnight before she disappeared (presumed murdered) Altantuya received a call from French born Miami based arms trafficker Jean Bernard Lasnaud warning her to keep her head low.
INCREDIBLE BN SPIN ON ALTANTUYA: Not Najib or Rosmah but AMBIGA, CHINESE TO BLAME!Altantuya is understood to have communicated information about that call to her ‘sister’ and possibly to the late self proclaimed Private Investigator Balasubramaniam. Balasubramaniam corroborated that information about the Lasnaud Altantuya telephone conversation in a telephone discussion between himself and a Malaysian journalist in September of 2012.
Jean Bernard Lasnaud was furious. He was in fact livid. Lasnaud who is widely believed to have been on the payroll of the French foreign intelligence service had a number of other irons in the fire and did not want Altantuya in her new life in Malaysia jeopardising his many opportunities in the trade with her loose talk about the French Malaysian deal.
Lasnaud
VANISHING AGENTS- A FRENCH SPECIALITY
Now herein lies the mystery of Altantuya and Jean Bernard Lasnaud. Like Altantuya Jean Bernard Lasnaud had ‘disappeared’ according to the US government in 2002. No one has been able to locate Lasnaud since his disappearance from his Miami apartment office nor has anyone bothered to search for him.
The FBI and Interpol both of whom had a vested interest in the safety and whereabouts of Lasnaud albeit for different reasons failed to follow up on his disappearance or to comment on it. Yet his name along with that of other arms dealers who have long ‘disappeared’ continue to surface whenever a good arms deal opportunity is to be had.
Two of Jean Bernard Lasnaud’s field agents (in a similar the role played by Altantuya) were mysteriously murdered for opening their mouths like Altantuya did. One of them an agent very much like Altantuya who went by the name of Estrada who had engineered a controversial deal with Bolivia was found murdered in mysterious circumstances with a bullet to the head in a flat in Buenos Aires.

Kerajaan Selangor Salur RM 32.5 Juta Bantu SAR

bantuan sekolah agama rakyat mac 20 04
SHAH ALAM 30 MAC :Sekolah Agama Rakyat (SAR) di seluruh Selangor telah mendapat sebanyak RM 32.5 juta sejak Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mula mentadbir negeri lima tahun lalu.
Malah, menurut guru SAR, bantuan tersebut yang digunakan untuk menampung gaji guru dan membina bilik darjah baru diharapkan dapat berterusan.
Seorang guru Sekolah Pondok Bustanul Arifin, Ahmad Ansori Munshia, 46, mengharapkan bantuan ini tidak akan berakhir pada tahun ini memandangkan penggal Kerajaan Negeri selama lima tahun akan berakhir tidak lama lagi.

Jumlah pengundi pos luar negara tunjuk kelemahan SPR- Mafrel

MafrelKUALA LUMPUR 30 Mac: Bilangan kecil pengundi pos di luar negara yang mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan kelemahan besar yang perlu diperbaiki suruhanjaya itu, kata Pengerusi Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya (MAFREL), Syed Ibrahim Syed Noh.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf semalam mengatakan bilangan permohonan mengundi pos di luar negara hanya seramai 5,167 orang.
“Bilangan ini menunjukkan ada kelemahan besar yang perlu diperbaiki SPR. Walaupun saya fikir rakyat Malaysia di luar negara tidaklah mencecah jutaan orang, tetapi nisbah ini terlalu kecil,” kata Syed Ibrahim.
Aziz semalam dilapor turut menyangkal dakwaan ‘sesetengah pihak’ bahawa rakyat di luar negara tidak diberi peluang mengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.
Sambil menyoal siapakah ‘pihak’ berkenaan, Syed Ibrahim berkata, SPR sepatutnya memudahkan urusan pendaftaran pengundi di luar negara dan menggiatkan kempen mereka.

Pemantau Kelantan kesal SPR tidak pantau kerajaan sementara


KOTA BHARU: Pasukan Pemantau Pilihan Raya Kelantan kesal dengan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  yang enggan mematuhi keputusan Jawatankuasa Terpilih Khas Parlimen (PSC) agar kerajaan sementara dipantau.

Ketuanya, Mohammad Faizal Che Yusof (gambar)  dalam kenyataannya berkata, sikap SPR itu dikesali.

"Kami amat rasa terkilan dengan sikap badan pengendali pilihan raya di Malaysia iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagaimana dilaporkan melalui HarakahDaily dengan tajuk “SPR ketepi syor PSC pantau kerajaan sementara”.

Katanya, sebagai kumpulan yang prihatin kepada memperkasakan demokrasi berparlimen di Malaysia umumnya dan Kelantan khususnya, sedaya mungkin mereka berusaha untuk membangkitkan kesedaran rakyat terhadap hak mereka dalam membentuk sebuah kerajaan yang berintergriti dalam PRU 13 kelak.

Katanya, apa yang ditunjukkan oleh SPR tersebut hanyalah mengesahkan apa yang disebut oleh Mantan Pengerusinya Tan Sri Abd Rashid Abdul Rahman dalam suatu forum 19 Januari lalu betapa sistem pilihan raya dan pengendaliannya di Malaysia mempunyai banyak kepincangan dan hanya mampu diperbaiki dengan mengubah seluruh undang-undang pilihan raya yang ada.

Jika DAP boleh haram, kenapa tidak Umno

KUALA LUMPUR: Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang mungkin menimbangkan untuk membatal pendaftaran DAP digesa mengkaji juga dakwaan wujudnya ribuan cawangan Umno yang tidak berdaftar di seluruh negara.

Cawangan itu dikatakan tidak didaftar selepas penubuhan Umno Baru oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1988.

Demikian kata Tarmizi Mohd Jam, Koordinator Bloggers Revolusi13 dalam satu majlis baru-baru ini.

Menurut Tarmizi, selepas pengharaman Umno ekoran pertembungan antara Tun Dr Mahathir dengan Tengku Razaleigh Hamzah, semua pendaftaran peringkat pusat, bahagian dan cawangan Umno lama secara automatik terbatal.

Bagaimanapun terdapat kecenderungan ROS untuk menyembunyi dan melindungi perkara ini daripada pengetahuan awam.

Sebaik Umno Baru ditubuh, proses penajaan dan penubuhan harus dibuat semula, tetapi banyak peringkat cawangan dan bahagian tidak mendaftar semula organisasi mereka tanpa disedari, ujar beliau.

Selain itu, banyak cawangan tidak menghantar dokumen tahunan mengikut peruntukan Akta Pertubuhan 1966.

PRU13 : Pak Lah yakin BN akan menang besar.....

Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yakin dengan keupayaan BN untuk menang besar pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Beliau berkata ini berikutan BN telah berusaha keras membawa perubahan besar kepada negara dan rakyat menerusi pelbagai perancangan dan program transformasi.

mca chinese new year open door 100213 24 abdullah badawi"Nak kerajaan yang kuat perlu menang dua pertiga kerusi Parlimen dan saya yakin BN boleh dapat kerana mereka telah bekerja keras.

"Saya harap mereka (rakyat) akan terus bagi sokongan (kepada BN) supaya segala program transformasi dan perancangan dapat diteruskan pada masa hadapan. Itu semua adalah untuk rakyat juga," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jiwa Murni KD Sri Pinang bersama masyarakat Permatang Sintok di Kepala Batas hari ini.

Pada program sehari itu, seramai 75 anggota pasukan simpanan sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia bersama penduduk kampung membaiki rumah orang miskin dan Orang Kurang Upaya (OKU), menjalankan kerja gotong royong dan aktiviti membersih rumah di kawasan itu.

Mengenai pembubaran Parlimen, beliau berkata ia bukan satu isu kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai jangka masa tertentu untuk berbuat demikian.

- Bernama

If elections are free and fair, PR will easily win - Kee Kwong

Only BN would drop 500lb bombs on its own country - Kee Kwong

PRU13 : Penipuan besar dan menyeluruh sedang dirancang dan diusahakan


"Tun Dr. Mahathir MohamadDia sedang fikir pernipuan terbaru (Gambar Kiri)

Tun Mahathir ramal BN capai keputusan baik PRU-13Secara logiknya bila gelombang kebangkitan rakyat jelas menunjukkan kebencian terhadap Umno BN, dalam masa yang sama, bapak pengkhianat agama bangsa dan negara, Mahathir Mohamad dengan yakin mengatakan BN akan menang; JELAS PENIPUAN BESAR-BESARAN SEDANG DIRANCANG oleh puak syaitan dikenali.. !!

ALOR SETAR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata, Barisan Nasional (BN) akan mencapai keputusan baik pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), walaupun ia dilihat tidak kuat seperti yang diharapkan.

BN kini cuba pulih daripada ‘tsunami’ Pilihan Raya Umum 2008, katanya, sambil menambah bukan mudah untuk kembali setelah mengalami kekalahan banyak kerusi dan negeri pada pilihan raya umum lalu.

Kantoi Lagi Fitnah Macai UMNO@BN : Bas Jelajah Merdeka PR hangus terbakar di Alor Setar!!

Admin apabila di beritakan perkara ini agak terkejutlah juga,tapi bila dilihat yang mempostingkan berita ini adalah macai-macai Umno,Admin rasa sesuatu yang tak boleh di percayai,maklumlah nama pun macai-macai Umno,kalau tak fitnah atau pembohong bukanlah Umno.

Sebenarnya Bas Jelajah Merdeka Pakatan Rakyat yang diberitakan hangus terbakar di Alor Setar itu adalah karut,dusta,gila,fitnah,dan itulah kerja jahat Umno melalui macai-macainya utk mewujudkan suasana tidak aman dalam negara kita ini..

Dengan bersumberkan ISRAEL TIMES,mereka Umno telah mengedit gambar Bas Jelajah Merdeka seolah-olah Rakyat Kedah Ganaz seperti mana macai-macai Umno menyerang jentera kempen Pakatan Rakyat di banyak tempat seluruh negara.. (Macai Umno suka baca ISRAEL TIMES) pelik rasanya!!

Menurut Israel Times.Bus hangus terbakar dibomb boleh dirujuk click sini  www.timesofisrael.com
dengan menggunakan gambar tersebut kemudian diedit seolah-olah Bas Jelajah merdeka telah di hangus di bakar di Alor Setar!!! jahat dan amat busuk hati Umno nih..

Disinilah bermula berita fitnah Umno, click sini  Macai UMNO apa yang boleh admin katakan,jika tidak membawa fitnah ianya bukan Umno,umno dan fitnah tak dapat dipisahkan selamanya

jika anda sayangkan negara ini dari gejala fitnah yang berleluasa,apa yang perlu anda lakukan ialah..dengan mengundi Pakatan Rakyat pada PRU13 nanti

PAKATAN RAKYAT membawa perubahan yang lebih baik.

Lahad Datu : Kampung Tanjung Batu musnah.....


Kampung Tanjung Batu musnah
Dua penduduk kampung menadah tangan berdoa di depan rumah mereka yang musnah terbakar ketika dibawa meninjau kerosakan harta benda di kampung tersebut.
Kampung Tanjung Batu musnah
Sebuah banglo dan kenderaan milik penduduk Kampung Tanjung Batu turut musnah akibat pertempuran baru-baru ini.
Kampung Tanjung Batu musnah
Salah sebuah rumah penduduk yang musnah terbakar akibat pertempuran antara kumpulan pengganas dan pasukan keselamatan dalam Op Daulat.
 
LAHAD DATU - Selepas 24 hari Op Daulat dilancarkan untuk memusnahkan kedudukan militan Kiram, akhirnya penduduk Kampung Tanjung Batu dibenarkan memasuki kawasan tersebut sambil ditemani oleh pasukan keselamatan.

Kedatangan penduduk ke kampung ini bertujuan untuk menilai tahap kerosakan yang dialami, namun beberapa kawasan kampung tersebut belum boleh dimasuki kerana masih berada dalam Zon Merah.

Ketua Kampung Tanjung Batu, Mahmud Mallang, 72, berkata, dia berasa amat sedih apabila melihat kehancuran kampung yang didiaminya sejak tahun 1959 lagi.

Katanya, perasaan marah penduduk terhadap militan Kiram begitu meluap-luap kerana segala usaha dikerjakan selama ini musnah sekelip mata.

LIMA deals will take us closer to Bankruptcy - Kee Kwong

PRU13 : Karpal yakin PR menang majoriti mudah, kuasai 7 negeri


GEORGETOWN - Pengerusi DAP, Karpal Singh yakin Pakatan Rakyat (PR) dapat mengekalkan empat negeri yang ditadbirnya sekarang ini dan merampas tiga negeri lain daripada Barisan Nasional (BN) termasuk Johor.

Beliau berkata,PR juga mampu meraih majoriti mudah dengan menawan tujuh negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurutnya, selain mengekalkan kuasa di Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang, PR akan menawan semula Perak selain merampas Perlis, Negeri Sembilan dan Johor.

"Kita yakin akan menang di tujuh atau lapan negeri pada pilihan raya kali ini.

"Selain itu, kita bakal mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan dan menawan Putrajaya," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Perjanjian senjata oleh PM 'luput' mungkin tak sah selepas PRU13

lim kit siang story 1Jika berjaya menawan Putrajaya, Pakatan Rakyat akan menyemak semula semua kontrak yang ditandatangani oleh kerajaan persekutuan selepas 8 Mac dan mungkin membatalkannya jika tidak adil dan melibatkan penyalahgunaan kuasa, kata ketua anggota parlimen DAP.

Lim Kit Siang berkata, kerajaan sebenarnya tiada urusan dalam menandatangani perjanjian selepas tamat lima tahun mandat pemerintahan kerana ia dikira perjanjian sementara dan tertakluk kepada pengesahan kerajaan selepas itu.

Mengetengahkan isu perjanjian senjata bernilai RM4.3 juta yang ditandatangani di Langkawi kelmarin, Lim berkata:

"Kita tidak terikat dengan perjanjian ini kerana ia dilakukan selepas 8 Mac, ketika perdana menteri tiada keabsahan dan kewibawaan, dan ia hanya perdana menteri yang sudah 'luput'."

"Beliau tidak boleh tandatangan perjanjian ini," katanya sambil menambah, kerajaan persekutuan patut mengisytiharkan setiap perjanjian selepas tarikh itu kerana ia tidak sepatutnya dibenarkan.

Lim (atas) berkata demikian sewaktu measmikan bilik gerakan pilihan raya DAP Seputeh.

PRU13 : Shahrizat sah tidak bertanding....!!! Tanda UMNO dah angkat tangan...ha..ha..ha..ha..!!!

SUNGAI BESI, 30 Mac — Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengesahkan dirinya tidak bertanding pada Pilihan Raya 2013, tetapi mengulangi pendirian menyokong Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin untuk merampas kerusi Parlimen Lembah Pantai.
Shahrizat yang ditemui wartawan juga mengkritik MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar sebagai tidak menunaikan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat dikawasan tersebut dan banyak janji semasa mereka berkempen yang tidak ditepati.
"Tidak, tidak saya tidak bertanding," apabila ditanya wartawan sama ada beliau akan bertanding atau tidak semasa ditemui dalam majlis bersama warga perumahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Sungai Besi disini hari ini.
"Macam di Lembah Pantai, tanyalah kepada pengundi-pengundi prestasi ahli parlimen yang ada pada hari ini. Hanya gah sahaja pada masa berkempen... tapi lepas tu habis," kata Shahrizat.
Bekas menteri wanita, keluarga dan masyarakat juga berkata Barisan Nasional berpeluang cerah untuk menang di Lembah Pantai cerah dengan komitmen dan kerajinan Nong Chik yang sering turun padang bertemu rakyat.

Majlis Peguam: Pejabat AG ada bukti kukuh buka semula kes pembunuhan Altantuya

KUALA LUMPUR, 30 Mac — Pendedahan terbuka baru-baru ini oleh usahawan Deepak Jaikishan, P. Balasubramaniam dan peguam Bala, Americk Sidhu menunjukkan Pejabat Peguam Negara (AGC) mempunyai asas kukuh untuk membuka semula kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada 2006, kata presiden baru Majlis Peguam hari ini.
Christopher Leong yang baru dilantik awal bulan ini, memberitahu pendakwa raya tidak harus menangguhkan siasatan kes tersebut yang telah menyebabkan dua anggota unit tindakan khas polis dijatuhi hukuman mati.
"Pendedahan oleh Deepak Jaikishan, mendiang Balasubramaniam Perumal dan peguam Americk Singh Sidhu menimbulkan kewajaraan yang mencukupi untuk pihak berkuasa membuat siasatan lanjut.
"Sebarang siasatan lanjut mungkin atau mungkin tidak membawa kepada penemuan baru, tetapi kita hanya akan tahu sekiranya siasatan tambahan telah dijalankan," kata beliau dalam satu kenyataan. Kenyataan Leong tersebut adalah bagi membalas jawapan Tan Sri Abdul Gani Patail pada 26 Mac selepas gesaan awal Majlis Peguam, dimana Peguam Negara dilapor berkata jabatannya hanya boleh membuka semula kes jika terdapat bukti baru kerana bimbang akan mewujudkan tanggapan buruk.

PRU13 : DAP mahu Melayu kaya, lawan monopoli dan jaga hak rakyat

SEPANG, 30 MAC: Rakyat boleh menilai sejauh mana kerajaan Pakatan Rakyat (PR) konsisten mempertahankan hak dan kepentingan rakyat apabila kerajaan negeri Selangor menghalang syarikat kroni UMNO-Barisan Nasional (BN), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menaikkan tarif air sebanyak 25 peratus bagi 2012.
Ia jauh berbeza dengan negeri yang ditadbir UMNO-BN, Johor yang tidak mempedulikan kenaikan sehingga 60 peratus tarif air oleh Syarikat Air Johor (SAJ) walaupun negeri itu mempunyai sumber air yang banyak dan mampu mengeksport ke Singapura.
Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua menegaskan bahawa kerajaan PR komited memperjuang dan mempertahankan hak rakyat berbeza dengan BN yang ‘mempertahankan’ kepentingan kroni mereka.
“Di Selangor bukan saja kerajaan negeri berjaya halang SYABAS menaikkan tarif air tetapi juga berjaya memberi air percuma sebanyak 20 meter padu setiap bulan kepada rakyat,” katanya dalam ceramahnya di Sungai Pelek, dekat sini, baru-baru ini.
Menurut Pua, rakyat sudah lama menanggung beban kos sara hidup yang tinggi akibat budaya kronisma yang diamalkan UMNO-BN melalui amalan monopoli dan dasar penswastaan yang tidak pro-rakyat.

PRU13 : PR sasar menang 33 kerusi Parlimen di tiga negeri ‘deposit tetap’ BN

GELANG PATAH, 30 MAC: DAP membuat keputusan bertanding di Parlimen Gelang Patah, Johor bermatlamat menembusi dan menawan negeri yang dianggap ‘deposit tetap’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, itu adalah antara objektif Pakatan Rakyat (PR) yang mensasar memenangi 33 daripada 83 kerusi Parlimen di tiga negeri ‘deposit tetap’ termasuk Sabah dan Sarawak.
Katanya, dua hari lalu, beliau membincangkan dua objektif utama pertarungan Gelang Patah dengan mensasar enam kerusi Parlimen dan 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor bagi mencerahkan peluang PR menawan Putrajaya pada PRU-13 nanti.
Enam kerusi Parlimen di Johor Selatan yang menjadi objektif pertama ialah Johor Bahru, Pasir Gudang, Tebrau, Gelang Patah, Kulai dan Pulai, manakala 13 kerusi DUN ialah Stulang, Tanjong Puteri, Johor Jaya, Permas, Puteri Wangsa, Tiram, Skudai, Nusajaya, Pengkalan Rinting, Kempas, Senai, Bukit Batu dan Bukit Permai.

Pilihan raya atau 'paksa raya'




Dengan tempoh pembubaran automatik Parlimen Malaysia hanya berbaki kurang lebih sebulan lagi, rata-rata rakyat Malaysia dilihat semakin ‘galak' bercakap tentang pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang akan dipanggil pada bila-bila masa.

Dari lobi parlimen, pejabat kerajaan, kampus universiti, sekolah sehinggalah ke warung kopi, dari Perlis sehinggalah ke Sabah, topik perbualan utama rakyat jelata mutakhir ini lebih menjurus kepada ‘cakap-cakap PRU13'.

Apa jua isu, tragedi dan kejadian yang berlaku dalam negara ketika ini akan diolah, dianalisa dan dikomen oleh pelbagai pihak berdasarkan aspirasi politik masing-masing untuk mendapatkan laba politik sebagai persediaan menghadapi PRU.

Tidak kurang juga para penganalisis politik, sama ada yang bertauliah di universiti atau yang ‘tak bertauliah' di warung-warung kopi yang tidak melepaskan peluang memberikan komentar dan pandangan tentang tarikh PRU13 dan trend pengundian berdasarkan hasil kajian dan kecenderungan politik masing-masing.

PRU13 : Wanita Umno tubuh pasukan anti 'huru-hara' Pakatan..ha..ha..Pasukan Anti Lembu UMNO...!!!


 
Wanita Umno akan menubuhkan satu pasukan gerakan bagi menghadapi huru-hara yang didakwa akan dicetuskan oleh pihak pembangkang.

Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil mendakwa, berdasarkan maklumat yang diperoleh, huru-hara itu dilakukan bertujuan untuk menakutkan orang ramai agar tidak keluar mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

"Oleh kerana pembangkang takut dengan BN, maka mereka telah buat perancangan tetapi sudah dibongkar oleh media.

"Pada hari nak mengundi nanti, mereka (pembangkang) akan wujudkan keadaan huru-hara supaya penyokong BN takut untuk keluar mengundi.

"Jadi Wanita menubuhkan task force bagi memberitahu pengundi supaya keluar secara aman pada hari mengundi. Dan (pasukan) ini akan ada di semua peti undi," dakwanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian semasa merasmikan Majlis Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bersama warga perumahan PDRM Desa Tasik sempena Hari Polis ke-206 hari ini di ibu negara.

Isu kaum India tiada IC jadi dosa terbesar kerajaan UMNO@BN

KUALA LUMPUR 30 Mac: Isu ketiadaan kad pengenalan (IC) membabitkan 300,000 kaum India di negara ini merupakan dosa terbesar kerajaan Umno BN, kata Timbalan Pengerusi Biro Hak Asasi Undang-undang KEADILAN, S Jayathas.
Katanya, selepas negara merdeka selama 55 tahun, masalah itu masih gagal diselesaikan dan kaum India tiada pilihan selain menukar kerajaan.
“Jika mereka (Umno BN) tak mahu dengar juga, jalan akhir kita tukar kerajaan lah. Mereka (masyarakat India) ditindas, tapi mereka tak bodoh,” katanya.
Ekoran itu, katanya, satu demonstrasi besar-besaran bakal diadakan di hadapan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya dalam masa terdekat.
Ia katanya kerana tiada tindakan diambil meskipun beberapa siri bantahan  diadakan sebelum ini di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya dan Klang.
“Tiada tindakan dari JPN, tak apa. Mungkin mereka dengar tapi tak cukup kuasa nak bertindak. Jadi kita pergi pada ketua mereka (Perdana Menteri), kita tengok dia nak dengar atau tak,” Katanya ketika dihubungi.

Siapa Cabar Siapa Ni : Teng sahut Guan Eng, tapi dengan syarat......Guang Eng kena tutup mulut eh...!!!



 
Pengurusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow menyahut cabaran Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk bersemuka dalam pilian raya umum akan datang, tetapi meletakkan syarat di kerusi pilihan BN.

"Saya terima cabarannya untuk menentang saya. Saya ingin ucapkan terima kasih kerana mencadangkan padang Kota. Dengan kata lain, dia terbuka untuk sebarang kerusi, yang akan saya putuskan.

"Dalam empat pilihan raya lalu, DAP meletakkan syarat. Kali ini, BN akan tetapkannya," kata Teng dalam sidang media hari ini.

"Pilihan raya juga berkaitan dasar dan bukan personaliti, dan patut berdasarkan kerusi yang mencerminkan situasi di Pulau Pinang, dan pihak yang diundi mesti menunjukkan iltizam terhadap isu dan dasar.

KDN pantau 'kaki kacau' PRU13


KOTA KINABALU - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pihak keselamatan sedang memantau dan membuat persediaan rapi bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk cubaan pihak tertentu untuk mencetuskan huru-hara semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.
Sambil menekankan kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang cuba menimbulkan ketegangan, katanya beliau sudah berbincang dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berhubung perkara itu.
"Malah ketua-ketua polis negeri telah dipanggil untuk memastikan ia (sekiranya huru-hara berlaku) dapat ditangani dengan baik.
"Apa yang penting ialah kita membuat persediaan rapi bagi memastikan proses pilihan raya berjalan lancar," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, di sini hari ini. Beliau dalam rangka lawatan dua hari ke pantai timur Sabah termasuk Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Sandakan.

PRU13 : 'Selangor panas sebab dianggap negeri permata'


SHAH ALAM - Sambil menggariskan alasan tersendiri, penganalisis-penganalisis turut mengakui Selangor adalah negeri 'paling panas'  dan akan menjadi kayu ukur kepada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan berkata, memandangkan di Selangor mempunyai jumlah paling ramai pengundi pertengahan, ia akan menjadi penentu BN dan PR untuk masing-masing merampas atau mengekalkan kedudukan.

Menurutnya, arah aliran sokongan di Selangor akan memberi kesan kepada negeri-negeri lain yang diterajui PR terutamanya Kedah.

Beliau juga berkata, Selangor menjadi kayu pengukur dan akan melibatkan persaingan sengit kedua-dua parti politik utama negara yang menggunakan pelbagai pendekatan untuk memenangi negeri tersebut.

"... Selangor adalah petunjuk kepada PR dan BN pada PRU13.

"Persaingan sengit untuk merebut dan mempertahankan Selangor oleh kedua-dua parti juga akan berlaku dengan menggunakan pelbagai pendekatan.

Anwar: Saya tak dendam Dr Mahathir tapi…

KUALA LUMPUR 30 Mac: Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menyimpan dendam terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, meskipun pernah dipenjara dan diaibkan lebih 15 tahun.
Namun, beliau memberi peringatan agar Dr Mahathir tidak lagi mencampuri urusan ekonomi dan pentadbiran negara sebaik Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya.
“Saya nak beritahu Dr Mahathir. Saya tak dendam dengan dia. Walaupun dia serang saya setiap hari, tapi saya tak fikir dia wajar diambil tindakan oleh kerajaan baru (Pakatan Rakyat) hukum dia.
“Saya tak mau jentera Pakatan ganggu dia. Jangan ganggu. Dia umur dah 87 tahun. Bagi dia rehat. Tapi dia kena ingat, saya kena pertahankan prinsip.
“Kalau fikir dendam, sampai bila nak habis? ,” kata Anwar dalam ceramah Merdeka Rakyat di PPR Bandar Baru Sentul malam tadi.
Kata Anwar, Mahathir sebagai penasihat Petronas memainkan peranan dalam agihan kontrak yang menyebelahi keluarga dan kroni, dalam masa yang sama melupuskan hutang syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Temu Ramah dengan Tun Oracle


Puak2 UMNO bergembira sangat bila Tun Daim memuji Najib dan berkata BN akan menang tipis. Tak menang 2/3 tapi tetap menang. Wah- gembira sunguh puak UMNO. Ada yang kata kita akan menang lebih besar. Ada yang bertegas , kata UMNO akan menang 2/3.Daim kata menang tipis, depa kata menang besak.
Mengapa orang UMNO nak percaya sangat kelentong Tun Daim? Bukankah dalam tahun 2008, puak UMNO menyerang Daim tanpa belas kasihan? Membelasah dan membalun orang sudah menjadi fiil orang2 Melayu bikinan UMNO 88. 
Daim disifatkan sebagai orang tua nyanyuk, pencen lagi baik, dan Daim macam Quran buruk- dibaca tidak boleh, dibuang takut dosa. Nah, sekarang apa2 kelentong yang Daim keluarkan dianggap sebagai ramalan nujum pak belalang yang luhur lagi sahih. Sungguh terdesak puak2 UMNO 88 ini.
Saya pun hendak berkongsi interview saya dengan seorang lagi Tun. Nama dia Tun Oracle. asal pun negeri kedah. Sekolah pun pernah sekolah Sultan Abdul Hamid College. Tun Oracle kenal semua adik beradik Daim. Dia kenal ayah Daim dan sangat kenal dengan Pok Rafaeah, ibu kepada Daim. Malah Tun Oracle ini bayangan Tun Daim. Mai kita dengak cerita Tun yang lagi satu ni sat ya. Kemudian baghu kita buat kesimpulan.  

PRU13 : Jelajah Negara Berkebajikan masuki Negeri Sembilan


SEREMBAN: Jelajah Negara Berkebajikan meneruskan siri jelajahnya di Negeri Sembilan selama dua hari bermula hari ini setelah menamatkan siri jelajah di Perak.

Siri jelajah yang bermula di Labu dengan mengadakan program kuliah Dhuha oleh Ustaz Hasbullah Osman, Exco Pemuda PAS Serdang, Selangor di Taman Gadong Jaya.

Jelajah hari pertama meliputi kawasan Kuala Klawang, Dataran Seremban, Taman Ampangan, Dataran Tok Dagang di Paroi

‘Enough proof to reopen Altantuya case’

Recent revelations by businessman Deepak Jaikishan, lawyer Americk Singh Sidhu, and private investigator P Balasubramniam constitute as 'new evidence', says the Bar Council.

PETALING JAYA: The Malaysian Bar Council today established there was sufficient new evidence for the attorney-general to reopen investigations in the 2006 murder of Mongolian translator Altantuya Shaariibuu.
“The revelations by Deepak Jaikishan, the late P Balasubramaniam, and Americk Singh Sidhu raised sufficient concern to warrant further investigations by the authorities,” Bar Council president Christopher Leong said in a statement today.
“Such further investigations may or may not lead to anything new, but we would only know if additional investigations are in fact undertaken,” he added.
Leong was responding to the Attorney-General’s Chambers statement on Wednesday that it would consider reopening investigations into Altantuya’s gruesome murder only if there was new evidence.
Attorney-General G Abdul Gani Patail said this after the Bar Council urged him to reopen the murder case following revelations from the late Balasubramaniam’s lawyer, Americk, at the council’s annual general meeting.
Americk had claimed that senior lawyer Cecil Abraham was responsible for drafting the private investigator’s second statutory declaration (SD) in 2008.
The second SD had reversed all claims made in Balasubramaniam’s first SD, which had implicated Prime Minister Najib Tun Razak in Altantuya’s murder.

PRU13 : Umno kini lebih Islam dari PAS?

Untuk memikat para pengudi menjelang PRU13, Umno dan PAS masing-masing mahu menonjolkan diri sebagai juara dalam mendaulatkan Islam.

Hari demi hari kita semakin hampir dengan tarikh pilihan raya umum (PRU) ke 13 namun sehingga hari ini kita belum tahu bilakah sebenarnya tarikh tersebut walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan telah terbubar secara otomatik sejak 28 Mac lalu.
Untuk memikat para pengundi terutama di kalangan pengundi Melayu yang beragama Islam, parti-parti politik atau lebih tepat lagi, PAS dan Umno, masing-masing mahu menonjolkan diri sebagai juara dalam memperjuang syiar dan memartabatkan Islam.
PAS, namanya sahaja (Parti Islam Semalaysia) sudah meletakkan asas perjuangannya untuk mendaulatkan Islam manakala Umno, walaupun sebuah parti yang berteraskan kaum Melayu, juga tidak mahu ketinggalan dalam usahanya untuk mendaulatkan Islam.
Sebab itu kita sering mendengar komen seperti “Umno juga memperjuangkan Islam” dan malahan banyak program untuk meninggikan syiar Islam dilaksanakan oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional berbanding PAS.
Salah satu isu kontroversial yang diketengahkan akhir-akhir ini ialah isu kalimah Allah. Timbul polemik apabila pihak gereja mahu menggunakan kalimah “Allah” dengan menggantikan perkataan “Tuhan” dalam kitab Bible.
Isu ini diulang tayang berkali-kali dan disiarkan oleh media arus perdana dan juga media alternatif sejak beberapa bulan yang lalu dan isu ini dianggap sesuatu
yang sensitif dan kini bertukar menjadi isu politik, terutama di antara PAS dan Umno.
Isu kalimah Allah membuat umat Melayu-Islam di negara ini menjadi keliru dan bingong, sama ada anggota masyarakat bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah dalam kitab dan literatur mereka.

Harga Minyak Turun 40 sen (RM1.50) Selepas Pilihanraya Dengan Peningkatan Subsidi RM6.8 Bilion. Bankrap?


harga minyak turun
Harga minyak turun : Jikalau diperhatikan ceramah-ceramah yang dianjurkan Pakatan Rakyat terutamanya pemimpin-pemimpin utama mereka, seringkali mereka mencanangkan andaikata Pakatan Rakyat dapat memerintah Putrajaya selepas Pilihanraya Umum ke 13 kelak, harga minyak turun serta dalam tempoh 24 jam. Itu kata mereka. Andaikata turun 5 sen atau 10 sen turun juga namanya. Asalkan manifesto tersebut tertunai…Begitu?
Persoalannya berapa sebenarnya harga minyak yang mampu diturunkan oleh Pakatan Rakyat?
Berdasarkan semakan Manifesto Pakatan Rakyat juga ada tertera janji untuk merealisasikan harga minyak turun kelak. Tetapi tidak diberitahu berapa jumlah yag mampu mereka turunkan?

Manifesto Harga Minyak Turun : Berapa?

harga minyak turun
Sumber : Manifesto Pakatan Rakyat
Sekarang ini berdasarkan semakan yang disediakan melalui laporan yang disediakan oleh Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) kadar pengggunaan minyak di Malaysia adalah sekitar :
  • 10.3 bilion liter petrol setahun
  • 6.3 bilion liter diesel setahun
  • Jumlah penggunaan di Malaysia adalah sekitar 16.6 bilion liter setahun
Berdasarkan maklumat yang Berita Semasa terima, harga minyak yang ditetapkan oleh Pakatan Rakyat untuk turun adalah sebanyak RM0.40 menjadikan harga minyak selepas Pilihanraya Umum ke 13 adalah sekitar RM1.50 seliter. Itupun sekiranya Pakatan Rakyat menang pada Pilihanraya Umum ke 13 kali ini.

MIC, PPP wajar keluar BN kerana Perkasa adalah Umno


KUALA LUMPUR: MIC dan PPP wajar meninggalkan Barisan Nasional (BN) ekoran kenyataan menghina terhadap tuhan orang-orang Hindu oleh Naib Presiden Perkasa, Zulkifli Nordin (gambar) kerana Perkasa adalah Umno.

"Perkasa adalah Umno. MIC, PPP mesti keluar dari BN ekoran kenyataan menghasut yang dibuat oleh YB Zulkifli Nordin terhadap tuhan orang-orang Hindu," kata Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin, anggota Parlimen Bukit Gantang.

Nizar berkata demikian melalui twitternya hari ini.

Sebelum ini, pelbagai badan bukan kerajaan mengecam kenyataan Zulkifli Nordin yang disifatkan menghina agama Hindu.

Zulkifli berkata, kenapa orang Hindu tidak meletakkan patung tuhan-tuhan mereka di depan rumah mereka supaya banjir tidak melanda rumah mereka.

Zulkifli sebelum ini dipecat oleh PKR dikatakan akan bertanding atas tiket Umno di Kulim Bandar Baru dalam pilihan raya kali ini sebagaimana Datuk Ibrahim Ali yang akan bertanding di Pasir Mas atas tiket BN.

Jika Lahad Datu di Jepun

Subky Latif,
APA yang dapat kita bayangkan kalau pencerohonan di Lahad Datu itu berlaku di Jepun atau di India atau di Perancis?

Nescaya kejadian itu tidak sekadar polis dan tentera mengambil tindakan sewajar mengepung, menawan dan menumpaskan penceroboh dan penyusup,  tetapi  rakyat akan bangkit meminta pertangggungjawapan kerajaan.

Rakyat tidak akan biar Perdana Menteri dan kerajaan bersenang lenang membuat kenyataan itu dan ini bagi menyalahkan penceroboh saja, tetapi akan diminta beri tunjuk sebab mengapa mereka tidak boleh dikenakan tindakan.

Jepun atau Korea Selatan tidak senang melihat Perdana Menterinya bercakap politik atas kejadian itu tetapi dia akan ditanya bagaimana boleh di bawah pentadbirannya nagara boleh dimasuki orang-orang bersenjata menuntut wilayah sebahagian dari wilayah kita secara kekerasan atau apa cara jua?

Kalau tsunami yang melanda Jepun lebih setahun lalu bukanlah disebabkan oleh kecuaian manusia, tetapi kerana kepayahannya menangani segala kesan tsunami itu termasuk logi nuklearnya, maka bukan sekadar Perdana Menteri dikenakan tindakan politik, bahkan kerajaan dan parti yang memerintah dihukum dengan menggantikannya dan kerajaan lailn dan Perdana Menteri lain.

PRU13 : Sengit di kerusi 3 pemimpin PKR, ramal Anwar

Dalam keghairahan mahu menawan Putrajaya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu memandang remeh terhadap saingan sengit yang mampu diberikan musuh politik mereka BN.

Dalam ceramahnya di Gombak, Kuala Lumpur malam tadi, ketua umum PKR itu meluahkan sikap hati-hatinya itu untuk kerusi Gombak, Pandan dan Lembah Pantai.

Ketiga-tiga kerusi itu akan ditandingi tokoh heavyweight PKR, iaitu Azmin Ali (timbalan presiden), Rafizi Ramli (pengarah strategi) dan Nurul Izzah (naib presiden yang juga anaknya) dalam pilihan raya umum akan datang.

"Fokus yang Umno mesti tumbangkan (adalah) Azmin di Gombak, Rafizi di Pandan dan Nurul Izzah di Lembah Pantai," katanya.

Engkar Perintah Mahkamah : MB Selangor arah peguam fail kes ke atas SPRM, bekas ketua pesuruhjaya

KUALA LUMPUR, 30 Mac — Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengarahkan peguamnya memfailkan kes ke atas Datuk Seri Ahmad Said Hamdan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana engkar Perintah Mahkamah terhadap keputusan kes rasuah melibatkan menteri besar tersebut pada tahun 2009.
Pemimpin PKR tersebut menuduh bekas ketua pesuruhjaya, Ahmad Said dan SPRM telah melanggar syarat yang telah dipersetujui semasa menyelesaikan kes di mahkamah dua minggu walaupun telah berjanji sebelumnya di mahkamah.
“Sikap melampau kedua-dua Defendan ini bertujuan mahu terus-terusan menghina saya selaku mangsa kepada kata-kata berunsur fitnah,” kata Abdul Khalid (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.
“Sehubungan itu, saya tidak mempunyai pilihan lain dan tanpa teragak-agak telah mengarahkan peguam saya Encik Sankara Nair untuk memulakan satu prosiding Penghinaan Mahkamah terhadap Dato’ Ahmad Said, SPRM dan Kerajaan Malaysia serta apa-apa tindakan yang difikirkan sesuai dan setimpal dengan penghinaan yang dilakukan para defendan,” tambah beliau lagi.

Anwar umum Azmin pertahan Gombak, Tian Chua di Batu

GOMBAK 30 MAC: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Timbalan Presiden KEADILAN , Mohamed Azmin Ali mempertahankan Parlimen Gombak, manakala Naib Presiden Tian Chua di kerusi yang dimenanginya di Parlimen Batu.
Anwar mengumumkan demikian pada ceramah perdana Merdeka Rakyat di PPR Bandar Baru Sentul dan Tapak Gerai MPS, Wira Damai, Gombak malam tadi.
Katanya, Azmin yang bermula sebagai pegawai kepadanya, muncul sebagai tokoh politik terkenal, dan kini merupakan pengarah pilihan raya bagi KEADILAN.
“Saya bincang dengan pimpinan parti dan kita minta supaya dia supaya terus mempertahankan dan menjadi Parlimen Gombak,” kata Anwar disambut tepukan hampir 5,000 hadirin di Gombak.
Terdahulu sebelum itu, Anwar turut mengumumkan Tian sebagai calon di parlimen Batu di hadapan lebih 3,000 hadirin di jelajah padang PPR Bandar Baru Sentul.

HABIS LAH AZMIN..!!! RAKYAT GOMBAK BOIKOT CERAMAH PAKATAN....???


Kalau dilihat pada sambutan yang diberikan oleh rakyat pada Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Tapak Pasar Malam MPS, Gombak malam ini 29hb Mac 2013 walaupun para pemimpin PR terutamanya DSAI, TGNA, Nurul Izzah, TGHA, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Mohamad Sabu dll diserang bertubi-tubi bertali arus tanpa henti dan jemu oleh UMNO melalui media milik dan kawalan mereka, sudah pasti UMNO akan bertambah panik, gelabah, cuak, gentar dan takut bila tarikh PRU 13 semakin hampir sama ada dibubar atau terbubar secara automatik.