Khamis, 28 Mac 2013

PRU13 : Amanat Almarhum Dato' Ustaz Fadzil Mohd Nor


PRU13 : FAKTA DAN DATA AUDIT 2010 - 246% LEBIH MAHAL DARI HARGA PASARAN


PRU13 : FAKTA DAN DATA AUDIT 2010 - HANYA 2 MAKMAL SIAP...!!!


PRU13 : MELUDAH KE LANGIT - BUKU JINGGA DIA TAK MALU TIRU...!!!


PRU13 : FAKTA DAN DATA AUDIT 2010


PRU13 : SIAPA JAGA MELAYU....!!!


PRU13 : PILIHAN DITANGAN ANDA...WARGA ASING JAUHI PRU...!!!



MALAYSIA KITA : DAPAT MENGUNDI DAN BR1M...NASIB BETUL BAIK NI...!!!

RAKYAT MALAYSIA HASIL TERNAKAN KERAJAAN UMNO@BN

7 Pengganas SULU DiBuru & Dihukum Mati. Mohon Tambah Radar & Drones di Sabah!

ops daulat
OPS DAULAT : Kalau ikut balik sejarah, selepas berakhir era komunis dan konfrantasi antara Malaysia dan Indonesia pada 1965, ini merupakan kali pertama negara berdepan dengan konfrantasi ketenteraan dengan pihak luar yang menceroboh kedaulatan negara ini. Ops Daulat Sudah masuk minggu ketiga. Sekarang… kalangan pemimpin dan pengganas SULU sedang diburu oleh pihak keselamatan Malaysia.

Senarai Pengganas Sulu Yang Diburu?

  1. Jamalul Kiram – Kononnya Sultan Sulu
  2. Agbimudin Kiram – Bekas Pegawai Pentadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat, Sabah (KLIK SINI)
  3. Haji Kiram – Tinggal di Sandakan & mempunyai seoarang anak yang berkahwin dnegan kakitangan kerajaan
  4. Haji Kaluang – ahli “Majic 8″ komander Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dan pembiayan pencerobohan siri Lahad Datu
  5. Amirbahar (anak kepada Esmail iaitu adik kepada Jamlul Kiram)
  6. Aidani - Penduduk Semporna, berperanan sebagai penjaga senjata api dan dikatakan telah menyimpan senjata api di lokasi rahsia di Semporna
Dalam pengganas di Lahad Datu Sabah bersungguh-sungguh untuk menawan Sabah, mereka lupa UN sudah pun membuat pungutan suara lebih 50 tahun dahulu. Mereka ingat, mereka boleh menang dengan pungutan suara dengan cara menghantar beratus-ratus ataupun beribu-ribu orang mereka bagi mendapat kad pengenalan dan menetap di Sabah.

PRU13 : Kalau Barisan Nasional Kalah Teruk, Datuk Najib Perlu Letak Jawatan?


barisan nasional
Ketika Pilihanraya Umum 2004, Barisan Nasional berjaya mencatat keputusan yang terbaik dalam sejarah politik Barisan Nasional apabila mendapat sokongan hampir keseluruhan rakyat Malaysia berdasarkan kerusi parlimen yang diperolehi. Itu tahun 2004.
Masa terus berubah, Mahathir bangkit melawan dan terus menentang Pak Lah dan lebih menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana Menteri, sehingga Pak Lah tersungkur beberapa bulan selepas Barisan Nasional gagal mendapat 2/3 majoriti buat pertama kali sejak Pilihanraya Umum 1969. Terbaru….
Kalau dahulu Datuk Najib mendapat sokongan penuh daripada Tun Mahathir Mohamad, kali ini nasib yang diterima Pak Lah akan sekali lagi mungkin menimpa Datuk Najib sebagai pemimpin tertinggi UMNO Barisan Nasional sekaligus merangkap Perdana Menteri Malaysia apabila Tun Mahathir sudah mula meniupkan semboyan yang bunyinya agak keras….
Seperti penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga perlu berundur sekiranya gagal menunjukkan prestasi baik dalam pilihan raya umum akan datang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Saya kata secara teorinya, jika beliau tidak melakukan dengan baik, sudah tentu kedudukannya tidak stabil,” kata bekas perdana menteri dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Menjawab soalan lain, Dr Mahathir enggan menamakan pihak yang patut menggantikan Najib sekiranya beliau berundur.
“Saya tidak ada sebarang calon. Saya tidak jangkakan perkara ini akan berlaku… Saya hanya bercakap daripada segi teori,” katanya lagi.

BERSIH: Reformasi p'raya, bukan anti-migran

NONEDalam keghairahan mengecam dakwaan penipuan pilihan raya, BERSIH mengingatkan pelbagai pihak supaya tidak mewujudkan situasi anti-migran dan menyebarkan perasaan xenofobia atau prejudis terhadap pihak asing.

Gabungan proreformasi sistem pilihan raya menjelaskan, kecaman terhadap golongan migran dalam media sosial dan oleh pelbagai organisasi berbaur perkauman sehingga merisaukan kumpulan hak asasi manusia.

"Pihak BERSIH 2.0 amat terganggu dengan pelbagai laporan bahawa kandungan multimedia dalam talian dan juga laman Facebook yang dikatakan membuat kenyataan partisan dan bersifat xenofobia atas nama BERSIH 2.0.

"Kami ingin menyatakan secara jelas bahawa kami tidak mengiktiraf xenofobia dan sikap perkauman," kata BERSIH dalam kenyataannya semalam.

Jawatankuasa pemandunya itu juga mengingatkan, golongan migran di Malaysia sudah menghadapi pelbagai diskriminasi meluas termasuk yang berunsur ganas, seperti yang telah didokumentasi oleh organisasi hak asasi manusia dan media.

Kata mereka, BERSIH faham dan bersimpati dengan kemarahan orang ramai, bagaimanapun tanggungjawab itu terletak bawah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan agensi yang diberi kuasa, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

PRU13 : Dibubar atau terbubar, rakyat harus bertenang


KUALA LUMPUR: Sehingga hari ini, Perdana Menteri masih tidak mengisytiharkan tarikh pembubaran kabinet meskipun Negeri Sembilan kini tidak lagi memiliki kerajaan berdaulat.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan berkata, ini kerana kerajaan negeri itu telah expired date mengikut tempoh yang ditetapkan oleh Perlembagaan negara.

Menurutnya, Perdana Menteri tidak menunjukkan sebarang riak yang meyakinkan untuk membubarkan kabinet dalam masa terdekat biar pun pelbagai ramalan tarikh oleh banyak pihak, semuanya tidak tepat bahkan salah serta hampa.

Selepas ini, ujarnya Pahang pula akan terbubar pada tanggal 7 April jika Menteri Besar tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri dalam tempoh seminggu ini.

“Sekiranya Perdana Menteri masih berdegil, tidak mahu membubarkan Parlimen Malaysia bagi mengambil mandat baru rakyat dalam tempoh yang ditetapkan, bukan sahaja kerajaan negeri akan expired date malah Kerajaan Persekutuan juga akan menjadi kerajaan expired dan ini meluruhkan moral serta maruah kerajaan Umno dan BN yang dipimpin oleh Perdana Menteri,” ujarnya kepada Harakahdaily.

PRU13: Peluang terbaik rakyat buat perubahan

Zakaria menyerahkan bendera PAS kepada Timbalan Ketua Pemuda Dun Seberang Takir, Hamidi Jusoh.

KUALA NERUS: PAS telah lama masuk politik dan berkecimpung dalam pilihan raya seawal tahun 1959 yang konsisten dengan dasar perjuangan Islam.

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata pilihan raya merupakan satu cara bagi rakyat memilih pemerintah.

Sebab itu, katanya politik tidak dapat dipisahkan dengan agama yang akan menjadi pengawal serta pemandu sesebuah kerajaan.

“PAS masuk politik dan terlibat dengan pilihan raya. Kita (PAS) telah terlibat dengan pilihan raya seawal tahun 1959. PAS tetap konsisiten dan tidak berubah dasarnya.

“Pilihan raya satu cara untuk kita pilih pemerintah berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Politik tidak dapat dipisahkan dengan agama,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Ceramah Perdana di Markas Besar Pemuda Dun Seberang Takir, Kampung Bukit Tok Beng, malam tadi.

PKR guna Facebook untuk sebar maklumat tentang manifesto

KUALA LUMPUR, Mac 28 — PKR akan menggunakan Facebook dan Twitter, yang akan diterbitkan secara selari dengan laman web Youtube bagi menerangkan orang ramai mengenai manifesto Pakatan Rakyat (PR) untuk pilihan raya umum akan datang. Menurut pengarah strategi parti Rafizi Ramli, sambutan yang diberikan oleh rakyat Malaysia yang menggunakan laman sosial Facebook adalah sangat baik, sehinggakan video "Turunkan Harga Kereta" mencecah capaian (atau reach) berjumlah 1,102,848 pengguna Facebook sehingga pagi ini (iaitu 3 hari selepas ia mula dimuatkan).
"Statistik ini meyakinkan PKR bahawa isu yang paling mendapat tempat di hati rakyat adalah isu bersabit masalah ekonomi seharian seperti kos sara hidup, peluang pekerjaan dan kesan rasuah kepada kehidupan rakyat.
"Perkara ini juga perlu dihayati oleh Umno/Barisan Nasional bahawa mereka juga perlu berdepan dengan PKR dalam isu-isu ini kerana inilah kehendak rakyat," kata Rafizi (gambar) dalam kenyataannya hari ini.

KANTOI LAGI : RISALAH PALSU KONONNYA PKR AKAN BUAT GANGGU KACAU HURU HARA DIPUSAT PEMBUANGAN UNDI PADA PRU 13 TERBONGKAR!!!!!

Mungkin inilah yang dihebohkan oleh Timbalan Presiden UMNO merangkap bakal mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau mendapat maklumat dan ada bukti kukuh kononnya pada hari pembuangan undi para penyokong Parti KeADILan Rakyat akan membuat kecoh ganggu kacau hura hara dipusat pembuangan undi dikawasan-kawasan parlimen yang dikenal pasti.

Pergh!!!!! kalau setakat cetakan begini dikatakan ada maklumat dan bukti kukuh maka memang sah lagi sahih dan benar beliau kini sudah tidak layak layak menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Daya dan tahap pemikirannya sudah setaraf malahan lebih teruk dari blogger lucah pujaan UMNO nombor satu, Papagomo a.k.a. Wan Muhammad Azri bin Wan Deris.

Helu, Mudin!!!!!.. Jangan ingat rakyat ni bangang bin bahalol bin tongong....Ini risalah apa barang beb!!!! Siapa pun boleh cetak tapi sama ada ianya datang dari Ibu Pejabat PKR itu yang menjadi isunya.

Ada pula ayat Stage 1 dan stage 2....macamlah anggota parti PKR tidak reti nak tulis peringkat 1 dan peringkat 2....

Mohd Hasan Harus Belajar Dari Tok Guru Nik Aziz

Kata Mohamad Hasan yang masih menganggap dirinya sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan walaupun tempoh kerajaan UBN Negeri Sembilan yang bermandatkan kuasa rakyat selama lima tahun berakhir semalam, hari pertama kerajaan lupus tarikh itu berjalan seperti biasa.


Bekas MB Negeri Sembilan?
Beliau masuk pejabat MB hari sebagai MB tamat tarikh.
  
Katanya beliau dan 10 anggota exco tetap melaksanakan tugas seperti hari-hari lain sebelum ini sekalipun Dewan Undangan Negeri (DUN) sudah terbubar.

"Tiada masalah. Cuma yang membezakan adalah peranan kita iaitu sebagai kerajaan sementara ini kita tidak boleh membuat keputusan besar-besar terutama berkaitan soal dasar yang boleh memberi implikasi kepada rakyat dan kerajaan akan datang," katanya dipetik.
   
Pernyataan Mohamad Hasan itu sedikitpun tidak menggambarkan dia ralat atau rasa malu kerana tempoh sebenar dia menjadi MB sudah tamat apabila tempoh kerajaan Negeri Sembilan sudah genap lima tahun pada pukul 12:00 malam tadi.

Menurut perlembagaan sesebuah kerajaan negeri atau kerajaan Federal itu akan terbubar dengan sendiri apabila tempohnya selama lima tahun tamat. Menurut perlembagaan SPR perlu memanggil satu pilihan raya bagi pembentukkan kerajaan baru dalam tempoh 60 hari.

Tunku: Amal politik bermaruah.
Mengenai pilihan raya di Negeri Sembilan ini walaupun SPR sudah boleh bertindak mempersiapankan pilihan raya, tetapi dipercayai SPR tidak akan berbuat demikian kerana mereka berhasrat mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya parlimen.

Sementara tempoh sementara berlangsung pilihan raya kerajaan sementara (caretaker government) dibentuk dengan atau pun atas kuasa kerajaan Yang Dipertua Agong atau Sultan. Mohamad perlu mengangkat sumpah semula di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan jika tidak ia dianggap sebagai kerajaan haram.

Bagaimana pun pandangan pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari ini tidak diendah bahkan dipersendakan oleh Mohamad Hasan.

The Oracle Interview- Final Part

Of course I don’t know Daim. How could i? Impossible said AR Tompel. I am not in his league. I am only a one term ADUN and a loser who is sore because Najib did not extend his adunship. Daim won’t want to see the likes of him- he’s DAP. They are a bunch of communists, infidels and worse, they are Republicans. 
Daim only entertains the UMNO swindlers, fornicators, buggers, embezzlers, the corporate con people etc. and Daim only sees the UMNO incumbents who want him to say one or two good words of them to Najib.
I only know the Oracle. So Oracle it is. I shall address Oracle as though I am addressing Tun Daim.
I asked the Oracle. Have you read Mahathir’s memoir?
As soon as I landed from a trip to Africa, I was given the book. I read it that day and finished it in one night.
Which was the best part O Oracle?
You read about the part where Mahathir says he is loyal to Siti Hasmah and that he is one woman man?

Kuasa "caretaker government" sepanjang tempoh pembubaran Palimen

Dewan Undangan Negeri Sembilan sudahpun terbubar berikutan cukup tempoh lima tahun kewujudannya. Tempoh lima tahun dikira bermula dari tarikh Dewan mengadakan mesyuarat pertamanya bukan dari tarikh pilihan raya diadakan.


Berikutan itu, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  menamatkan khidmat selaku Wakil Rakyat atau Yang Berhormat (YB) kecuali Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang terus  bertugas atas sifat "caretaker government" atau "memegang kuasa buat sementara" sehinggalah sebuah pentadbiran baru dibentuk.
Namun begitu, "kerajaan sementara" tidak boleh membuat apa-apa dasar atau rancangan baru tetapi sekadar memastikan perjalanan pentadbiran harian berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Mereka boleh meneruskan apa jua rancangan atau dasar yang telah dilulus oleh pentadbiran sebelum pembubaran Dewan.

Mampu Seorang PM Penakut Menambat Hati Rakyat?

Oleh Shahbudin Husin
28 Mac, DUN Negeri Sembilan secara automatik terbubar dengan sendirinya kerana sudah genap lima tahun sejak mandat diberi pada 2008 lalu. ADUN-ADUN Negeri Sembilan juga sudah kehilangan fungsi wakil rakyat masing-masing dan mereka tidak mempunyai apa-apa kuasa lagi. Kerajaan Negeri Sembilan juga sudah menjadi kerajaan sementara yang hanya difungsikan melalui kewujudan Menteri Besar dan 10 orang Exco Kerajaan Negeri.

Walaupun kerajaan masih dapat berjalan seperti biasa tetapi ianya hanyalah dari segi pentadbiran saja. Hal-hal lain dan perubahan dasar sudah tidak boleh dilakukan lagi kerana ia hanya kerajaan sementara.

Biasanya kerajaan sementara ini wujud apabila DUN dibubarkan dan hanya menunggu tarikh pilihanraya diumumkan oleh SPR. Tetapi kerajaan sementara Negeri Sembilan ini tidak dapat dipastikan kewujudannya untuk berapa lama, mungkin sehingga had maksima 60 hari kerana SPR sendiri tidak berani mengumumkan tarikh pilihanraya di negeri itu selagi Parlimen tidak dibubarkan.

Secara logiknya apabila sesebuah DUN terbubar dengan sendirinya, SPR harus segera bermesyuarat dan menentukan segera tarikh penamaan calon, tempoh berkempen dan pembuangan undi. Namun dalam konteks DUN Negeri Sembilan ini, SPR nampaknya relaks saja dan tidak terdengar apa-apa berita mengenainya.

Tunggu lepas PRU baru beli motokar...


Seorang pekerja bank sedang meneliti untuk membeli motokar. Apa jenis motokar yang terbaik yang menjadi pilihannya.
Dia rugi kalau tidak ada motokar. Syarikatnya akan memberinya sekitar setengah ribu sebulan sebagbai insentif bekerja tekun dan setia kepada syarikat.
Tiba-tiba Rafizi Ramli, ketua strategis PKR meangumumkan Patakan Rakyat sedang mengkaji untuk menurunkan harga motokar jika ia berjaya mengambil alih Putrajaya. Dia pun menangguh hasil kajian itu sebelum membeli motokar pilihannya. Pakatan kemudian membuat keputusan akan memotong cukai-cukai yang menyebabkan motokar mahal.
Cukai tinggi itulah yang membebankan pengguna selama ini.
Janji motokar murah itu telah dimasukkan dalam manfestonya.
Pekerja itu sudah lama menangguhkan pembelian motokar menunggu hasil PRU 13 akan datang. Janjian yang dibuat oleh Pakatan itu boleh memberikan keuntungan besar kepadanya. Banyak duit dapat diselamatkan untuk keperluan lain.
Gila kalau tawaran itu ditolak.

Militan pengawal 'imam tua' mati ditembak di Kampung Simunul

LAHAD DATU - Seorang anggota militan Sulu ditembak mati setelah lelaki itu menyerang seorang anggota keselamatan dengan barong (sejenis parang) ketika pemeriksaan di sebuah rumah di Kampung Simunul, Semporna, hari ini.
  
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata anggota keselamatan itu ditetak lelaki berumur 60-an terbabit di depan dan belakang badannya ketika pasukan keselamatan menjalankan operasi bersepadu dan penggeledahan di kampung berkenaan pada 8.40 pagi.
  
"Walaupun ditetak, anggota pasukan keselamatan berjaya melepaskan tembakan. Tiada kecederaan serius dialami anggota kita.
  
"Siasatan mendapati lelaki itu merupakan pengawal dan pembantu kepada seorang penceroboh militan Sulu yang dikenali sebagai 'Imam Tua'," katanya pada sidang akhbat di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Selangor Terus Bantu Balu dan Waris Anggota Keselamatan Terkorban Dalam Ops Lahad Datu


MB Sumbangan Lahad Datu 02
SHAH ALAM 28 MAC : Tercari-cari kelibat bapa adalah situasi yang amat pilu bagi Jabah Mingku Voon,36, melihat anaknya Macliue,11, untuk mendapatkan pelukan daripada seorang bapa.
MB Majlis Perasmian Sistem Aplikasi Pejabat Tanah 04“Lebih-lebih lagi pada waktu malam, anak saya seolah mencari-cari ayahnya dan bercakap kepada saya, ‘mummy’ boleh peluk tak, sedih sangat, hancur hati saya melihat air mata anak saya,” kata Jabah menaban sebak.
Itu cerita isteri mendiang Asisten Supritendan Michael Padel yang terbunuh dalam serangan hendap penceroboh pada 2 Mac lepas di Semporna, Sabah.
Jabah ditemui selepas menerima sumbangan RM20,000 daripada Kerajaan Negeri Selangor yang disampaikan sendiri oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Dewan Annex, SUK di sini.

Polis Dan JPJ tahan treler jelajah PAS 'arahan' pihak tertentu?

GOPENG: Akibat ditahan pihak berkuasa, program jelajah treler berkebajikan PAS yang dijadual berlangsung di Gopeng tertangguh lebih sejam malah terpaksa diubah dari Seksyen 18 ke tapak pasar malam Kampung Pengkalan Pegoh.

Timbalan Yang Dipertua PAS Gopeng, Radzi Zainon berkata, pihaknya kesal dengan penahanan dan pemeriksaan treler itu yang diyakini dibuat 'atas arahan' pihak tertentu bagi mengganggu program yang dianjur hari ini.

"Kita lihat bila Barisan Nasional (BN) buat program, bukan sahaja tiada halangan malah anggota keselamatan turut memberi kerjasama.

"Tetapi apabila Pakatan Rakyat, bermacam-macam halangan diwujudkan dengan tujuan untuk menakut-nakutkan rakyat agar tidak hadir ke tempat program tersebut," jelasnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang kecewa dengan tindakan penahanan treler itu berkata, semua pihak sewajarnya bertindak profesional dalam dalam menangani perbezaan politik kerana Malaysia adalah sebuah negara yang demokrasi.

"Tindakan polis yang mengikut arahan pihak tertentu menyebabkan program kita terjejas lebih dari sejam.

Hutang Untuk Rakyat : 'Kerajaan BN akan beli 18 pesawat tempur baru'



Malaysia menyenarai pendek lima pengilang bagi mendapatkan 18 pesawat tempur menjelang 2015 bagi menggantikan MIG-29 buatan Rusia yang sudah berusia, kata menteri pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Syarikat disokong British Eurofighter Typhoon, SAAB JAS-39 Gripen (Sweeden), Dassault Aviation Rafale (Perancis), Boeing's F/A 18E/F Super Hornet dan Sukhoi Su-30 (Rusia) sudah disenarai pendek, Zahid dipetik sebagai berkata kepada Reuters.

NONE"Kami sudah buat senarai pendek," kata Zahid ketika ditemui di Pameran Aeroangkasa dan Maritim Langkawi seperti dilaporkan agensi berita antarabangsa itu.

"Kami belum tahu lagi berapa kosnya."

Sumber industri memberitahu, pembelian itu boleh menjangkau angka berbilion dolar.

Langkah itu bagi memodenkan kuasa udara di Asia Tenggara ekoran pertikaian dengan China berhubung sebahagian kawasan di Laut China Selatan dan pencerobohan pengganas daripada Selatan Filipina berhubung isu Sabah.

Keputusan itu dijangka hanya dibuat selepas pilihan raya umum yang mesti dilangsungkan sebelum penghujung Jun.

Apa selepas PRU13 ..??

Abdul Muiz Azmi

Ketika artikel ini ditulis dan disiarkan, Dewan Rakyat masih berbaki tempoh sebulan lebih untuk terbubar secara automatik. Masih ada dalam kalangan kita terkeliru di antara Parlimen dan Dewan Rakyat. Parlimen sebenarnya merujuk kepada dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Tetapi apabila sudah terbiasa menyebabkan ramai yang menganggap Parlimen itu Dewan Rakyat dan Dewan Rakyat itu Parlimen. Ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia apabila Parlimen dibiarkan lanjut sehingga menghampiri tempoh matangnya. Banyak telahan dibuat seperti BN takut partinya kalah,BN sedang mengatur strategi dan sebagainya. Terdapat juga yang mengatakan bahawa BN mahu melaksanakan sehabis mungkin segala inisiatif dan dasar transformasi yang dibawa oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak. Pilihanraya umum kali ini diakui ramai bahawa akan menjadi paling sengit. Hal ini kerana PAS, DAP dan PKR di dalam Pakatan Rakyat (PR) tidak lagi berperangai seperti parti pembangkang biasa. Mereka sudah tekad dan mula menunjukan diri mereka sebagai kerajaan dalam penantian selepas mereka Berjaya menafikan majoriti 2/3 di Dewan Rakyat. Selepas pilihanraya umum 2008 yang dianggap sebagai “tsunami politik”, Barisan Nasional (BN) sudah mula mempercayainya bahawa selepas 2008, mereka berkemungkinan akan menjadi parti pembangkang pada masa akan datang.
Hikmah daripada “tsunami politik 2008”, Malaysia mula menuju ke arah dimensi politik baru. Malaysia sudah ke arah mengamalkan sistem dua parti iatitu BN dan PR. Kini, pada tahun 2013, buat pertama kalinya parti-parti pembangkang seperti PAS, DAP dan PKR akan turun ke gelanggang pilihanraya sebagai satu muafakat politik di bawah nama PR. Adapun begitu, masih terdapat parti-parti lain yang boleh menjadi seperti PSM, KITA, Berjasa dan lain-lain boleh dikategorikan mewakili suara ketiga dalam politik Malaysia. Namun begitu, saya merasakan berkemungkinan Parti Sosialis Malaysia (PSM) akan menyertai PR. Parti-parti politik dan NGO yang lain sekadar tidak memberi apa-apa impak. Bahkan apabila saya membaca berita bahawa Ikatan Muslim Malaysia (ISMA) akan bertanding di dalam pilihanraya umum ke-13 ini menggunakan logo parti Berjasa serta Gerakan Mahasiswa13(GE13)mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Pekan, saya rasa kedua-dua pihak ini hanya menyibuk dan memanaskan suasana pilihanraya sahaja. Walaubagaimanapun, di ambang pilihanraya umum ke-13, suasana sememangnya makin panas dan menarik.
Dasar BN dan PR

78 ribu Fail Permohonan Tanah Diluluskan Selama 23 Tahun Pemerintahan PAS

Tiba-tiba 500 rumah atas air musnah terbakar di Sabah...!!!

Umum tarikh p’raya di N Sembilan ikut perlembagaan – Pakatan

Kamarul BaharinSEREMBAN 28 Mac: Peguam Negara atau penasihat undang-undang negeri diminta menjelaskan tentang tarikh bagi pilihan raya Negeri Sembilan, berdasarkan peruntukan perlembagaan.
Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN negeri, Dato Kamarul Baharin Abbas berkata, ini kerana tarikh pilihan raya di negeri itu perlu diadakan sebelum 18 Jun 2013.
Katanya, berdasarkan perkara 55 (1 ) dan (4) perlembagaan persekutuan,  ia menyebut pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh enam bulan daripada tarikh persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) berakhir.
Ia juga dijelaskan dalam Jadual Kelapan [Perkara 71] – Peruntukan yang hendaklah Dimasukkan ke dalam Perlembagaan Negeri di bawah seksyen 9. (1) Raja hendaklah memanggil Dewan Undangan dari semasa ke semasa dan tidak boleh membiarkan enam bulan berlalu antara persidangan yang akhir dalam satu penggal dengan tarikh yang ditetapkan untuk persidangan pertamanya dalam penggal yang berikutnya.
Menurut Kamarul, berdasarkan perkara itu, tarikh akhir DUN Negeri Sembilan bersidang ialah pada 18 Disember 2012, yang bermakna  persidangan DUN penggal berikutnya mesti diadakan sebelum 18 Jun 2013.
“Ia bermaksud pilihan raya di Negeri Sembilan perlu diadakan selewat-lewatnya pada pertengahan atau minggu ke 3 bulan Mei 2013,”

SPR: Tarikh akhir terbubar Parlimen 30 April

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mperjelaskan bahawa tarikh sebenar pembubaran Dewan Rakyat secara automatik ialah pada 30 April dan bukan 28 April seperti yang banyak dilaporkan sebelum ini.
  
Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ini berikutan tarikh 28 April itu jatuh pada hari Ahad.
  
Beliau berkata tempoh matang dibawa ke hari Isnin, 29 April dan Dewan Rakyat akan terbubar secara automatik pada tengah malam hari itu bagi membolehkan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 diadakan sekiranya tidak dibubarkan lebih awal.
  
"Perubahan tarikh itu adalah berdasarkan peraturan yang ditetapkan SPR dan disahkan oleh bahagian undang-undang suruhanjaya ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

PRU13 : Dun Pahang akan automatik terbubar pada 8 April

KUANTAN - Dewan Undangan Negeri Pahang akan terbubar secara automatik 8 April ini sekiranya tidak dibubarkan lebih awal.
  
Ia mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang di bawah Perkara 26 Fasal 3, yang menyatakan Dewan Negeri hendaklah berjalan terus selama lima tahun daripada tarikh persidangan yang pertama dan hendaklah terbubar pada tempoh itu.
  
Mesyuarat pertama DUN Pahang berlangsung pada 7 April 2008, kata    Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Datuk Seri Wan Mohamad Razali Wan Mahussin.

Umno Kantoi!! Rupanya Ini Kesan DUN NS Bubar Otomatik


Tengah malam tadi, berakhirlah riwayat dan hayat Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan secara automatik apabila ia terbubar dengan sendiri tanpa kehadiran menteri besar SEMENTARA, Mohamad Hasan menghadap Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz di Istana Seri Menanti, Kuala Pilah.Pembubaran itu berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri di bawah Fasal 56(3) yang menyatakan Dewan Negeri berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertama dan kemudiannya dibubarkan kecuali dibubarkan terlebih dahulu.

Mesyuarat pertama DUN Negeri Sembilan berlangsung pada 27 Mac 2008 dengan agenda utama melantik Speaker dan upacara mengangkat sumpah anggota DUN.Selama ini, DUN Negeri Sembilan dibubarkan lebih awal sebelum tamat tempohnya dengan tarikh pembubarannya dibuat mengikut tarikh pembubaran Parlimen bagi membolehkan pilihanraya umum bagi kawasan DUN dan Parlimen di negeri ini diadakan serentak.
Memandangkan Parlimen belum dibubarkan lagi setakat ini, maka DUN negeri ini terbubar secara automatik berdasarkan fakta ia merupakan yang pertama bersidang berbanding DUN lain serta Parlimen.Pilihanraya umum ke-12 diadakan pada 8 Mac, 2008.Manakala sidang pertama Dewan Rakyat berlangsung pada 28 April, 2008.Bagi DUN lain, Pahang mengadakan mesyuarat pertamanya tahun itu pada 7 April, Johor dan Melaka (21 April), Selangor (22 April), Perak (25 April), Perlis dan Kelantan (28 April), Pulau Pinang (2 Mei) serta Terengganu, Sabah dan Kedah pada 5 Mei.Berikutan pembubaran secara automatik DUN Negeri Sembilan, pilihanraya untuk kerusi DUN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari mengikut peraturan pilihanraya.Negeri Sembilan kini ditadbir kerajaan sementara di bawah Mohamad Hasan.

Dr MAZA : Tolak Politik Serangan Peribadi, Ujakan Politik Idea


SHAH ALAM, 28 MAC : Budaya ugutan dan memburukan peribadi pemimpin politik melalui fitnah video seks haruslah dihentikan kerana tindakan tersebut mendorong rakyat memilih pemimpin bukan berdasarkan idea yang dibawanya.
Mohd Asri Zainul AbidinBudaya ini mampu mendorong parti-parti politik berlumba sesama sendiri untuk mendedahkan skandal seks lawan masing-masing dan akhirnya memaksa rakyat membuat pilihan tidak berdasarkan kemampuan seseorang pemimpin atau parti.
Demikian menurut bekas Mufti Negeri Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin ketika dihubungi TV Selangor hari ini.
“Kita juga akan menghadapi keadaan rakyat dididik memilik pemimpin yang bukannya baik dari segi ideanya, tetapi rakyat terpaksa memilih antara dua kejahatan.
“’A’ dan ‘B’ masing-masing bersaing mendedahkan kejahatan menyebabkan negara kita tak boleh pergi kehadapan,” ujar Dr Mohd Asri.
Dr Mohd Asri berkata jika budaya ini diterapkan individu yang mengkritik kerajaan akan berhadapan risiko intipan pihak tertentu dengan menggunakan kamera tersembunyi.

PRU13 : Wan Azizah sah tanding Dun Selangor


Wan Azizah Wan Ismail SHAH ALAM – Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan beliau akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bagaimanapun, pucuk pimpinan parti belum memutuskan kawasan bagi beliau bertanding.

Dr Wan Azizah berkata, beliau tidak menghadapi sebarang masalah untuk bertanding di Dun Selangor tetapi masih belum membuat keputusan kawasan yang sesuai.

“Ya, saya akan bertanding di Dun Selangor tetapi saya rasa kita perlukan adakan satu perbincangan bagi menentukan kawasan mana yang sesuai untuk ditandingi.

The signs of defeat are everywhere for Umno, but ...

The signs of defeat are everywhere for Umno, but ...UMNO is now at its lowest ebb - ever. While its inner core is decaying and rotting because none of its leaders are doing anything to heal its wounds, party president Najib Razak is only concerned about putting on make-up on his thick skin. He seems to place above all else, presenting a grandiose façade to the people and the entire world.
Many people in this country simply cannot understand how he can face them when he and his wife have been accused of so many wrong doings. He really must have a very thick skin indeed. Well, UMNO is Najib and Najib is UMNO because there is no other mascot that UMNO can use now.
So from prime minister, which is the traditional post given to the UMNO president, Najib is now a mascot. A glorified symbol with little power that moves and grooves only at the beckoning of former leader Mahathir Mohamad. And it is all his own fault. He messed real good. Sad to say, the ones who have to suffer are the people, especially the ordinary and poor folk in the 'kampungs' (villages).
Najib's failure to dissolve Parliament, forcing the Negri Sembilan state assembly into automatic dissolution has brough great shame to the mighty UMNO. Yes, of course Mahathir insists no harm has been done. But at this stage, Mahathir has no choice but to praise Najib to the skies or defeat will not only come but be severe beyond imagination - like the Great Depression or the Plague.
Headless chickens on life support

Apps bersepadu ‘PRU13 PKR’ cecah 10,000 muat turun dalam 3 hari

APSSSKUALA LUMPUR 28 MAC: Aplikasi bersepadu ‘PRU13 PKR’ yang dilancarkan 25 Mac lalu untuk dimuat turun melalui platform Android dan Apple pada 27 Mac mencecah 10,000 muat turun sehingga ke hari ini, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
“Dalam masa tiga hari sejak dilancarkan, jumlah muat turun sudah cecah 10,000,” katanya kepada Keadilan Daily.
KEADILAN menjadi parti politik pertama yang membangunkan Apps bersepadu untuk menyebarkan maklumat sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-13 melalui media sosial.
Ia ekoran ruang maklumat yang disekat akibat media perdana kawalan Umno tidak bebas.
Usaha itu dilakukan sepenuhnya menerusi gabungan telefon pintar (smartphone) dan media sosial seperti facebook dan twitter.
“Sambutan amat menggalakkan dan sasaran kita ialah untuk mencapai 50,000 muat turun,” kata Rafizi.
Di samping itu, KEADILAN turut menerbitkan lapan video penerangan ringkas mengenai lapan program di bawah Manifesto Pakatan Rakyat bagi menjelaskan kepada rakyat berkenaan pelaksanaan dan pembiayaan program berkaitan.

Penjenayah Dan Penganas Berkeliaran : 30 anggota polis dan JPJ berkerjasama tahan sebuah treler PAS


(Polis dan JPJ menahan treler PAS)

IPOH: Lebih 30 anggota polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Cawangan Khas mengepung treler Negara Berkebajikan PAS dekat sini sebaik saja keluar dari lebuhraya.

Konvoi jelajah Negara Berkebajikan PAS ditahan oleh pihak polis ketika dalam perjalanan ke tapak program di Pengkalan Pegoh.

Pihak polis menahan konvoi jelajah di Taman Pinji Perdana setelah mengejar konvoi tersebut selepas melalui sekatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa,

Rakaman video untuk SB : Siapa petualang sebenar skandal ic dibongkar

Hasil Ternakan UMNO@BN : Samseng nepal pukul ketua umno cawangan

GE13: Negri Sembilan makes history as state assembly expires

Taklimat Pengerusi SPR : Garis Panduan Calon & Pengundi PRU13.Bhg2

Dr MAZA : Tolak Fitnah, Uja Politik Idea - Buletin 13

Selepas 12 PRU : Kenapa tiada garis panduan kerajaan sementara?


KUALA LUMPUR: PAS Negeri Sembilan mempersoal ketiadaan garis panduan kerajaan sementara walaupun Pakatan Rakyat pernah mengesyorkan perkara tersebut dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya tahun lalu.

Pesuruhjayanya, Mohd Taufek Abdul Ghani (gambar) berkata, garis panduan kerajaan sementara masih belum ada walaupun Dewan Undangan Negeri (Dun) negeri itu terbubar secara automatik hari ini.

"PAS dan Pakatan Rakyat persoalkan mengenai cadangan garis panduan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kepada Dun yang belum dikeluarkan sedangkan Pakatan sudah minta perkara ini diwujudkan dalam jawatankuasa penambahbaikan pilihan raya April tahun lalu," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat bimbang kerajaan menyalahgunakan kuasa mereka dalam tempoh negeri ditadbir Kerajaan Sementara .

"Setelah pembubaran Dun, kita mahu Kerajaan Sementara berfungsi sepenuhnya tanpa ada sebarang penyalahguanaan kuasa, sebab itu kita perlukan garis panduan apa yang boleh dan yang tak boleh dilakukan," tegasnya.

Pasca Bubar: Kerajaan Sementara atau Haram?


1. Sebagai contoh kes, Kerajaan N.9 telah terbubar dengan sendiri pada 28 Mac 2013. Ertinya N.9 tidak lagi memiliki kerajaan yang sah buat masa ini kerana mandat rakyat wajib diperbaharui. Samaada mandat itu berpihak kepada BN atau PR, itu perkara kedua. Tetapi mandat rakyat mesti diperbaharui bagi mengekalkan daulat. Kerajaan N.9 telah bubar serta tidak boleh lagi berfungsi dan berperanan sebagai sebuah kerajaan yang sah dan apa yang boleh ada sekarang hanyalah Caretaker Government atau kerajaan Sementara.

2. Caretaker Government atau kerajaan sementara atau lebih tepat disebut sebagai "Kerajaan Pemegang Amanah" ini mesti diisytihar atau dilantik siapakah pemimpin yang akan mengetuai kerajaan sementara ini dan kuasanya sangat limited. Sekadar mengetuai, sementara dibentuk kerajaan baru yang sah menerusi mandat rakyat yang dipungut melalui undi awam iaitu pilihanraya umum yang sah dan adil pula.

3. Ketua dan Kerajaan Sementara mestilah memenuhi beberapa  kriteria, antaranya seperti berikut :

a] tidak-berpihak (neutral),
b] bebas-politik (apolitical)
c] berwibawa (competent).

Palace urged to first meet with Sulu sultan before reclaiming Sabah

By Mike Frialde (The Philippine Star)

MANILA, Philippines – The sultanate of Sulu yesterday urged Malacañang to first neet with Sulu Sultan Jamalul Kiram III before making any formal effort to reclaim Sabah.
Sultanate spokesman Abraham Idjirani said cooperation between Malacañang and the sultanate would strengthen the Philippine claim over Sabah.
“You cannot remove the right of the Sultan of Sulu. As the Sultan of Sulu, he inherited the legal authority. We could say that he is the owner of Sabah,” Idjirani told reporters at the residence of Kiram at the Maharlika Village in Taguig City.
“Because of that only the Sultan of Sulu can lay claim on territories lying outside the national boundaries of the Philippines,” Idjirani added.
He said the sultanate, through a special power of authority, gave the Philippine government the authority to pursue the Sabah claim in 1961. Idjirani said the special power of authority was revoked by the sultanate in 1989 after the sultanate felt that the claim was not being vigorously pursued.
“What we are saying is that before there is any attempt by the Philippine government to file a claim on Sabah, they need to talk to the Sultan of Sulu together with the royal families. This will also show that this is now a joint effort between the government and the Filipino people,” said Idjirani.
Headlines ( Article MRec ), pagematch: 1, sectionmatch: 1
“The effort to lay Philippine territorial sovereignty over Sabah was delegated by the Sultan of Sulu to the Philippine government in 1961. If the government wants its claim to be legally and historically strong, it needs a fresh special power of authority from Sultan Jamalul Kiram III,” added Idjirani.
He said the sultanate of Sulu is just waiting for Malacanang’s invitation to be part of the process to reclaim Sabah.

Fallen hero wanted stronger action in Lahad Datu

Taklimat Pengerusi SPR : Garis Panduan Calon & Pengundi PRU13

Biayai pengganas: Kongsi maklumat risikan

Anwar Ibrahim: Kamu Percayakah Najib UMNO BN Boleh Mula Tukar Selepas Pilihanraya?

Apa Kata Rakyat Mengenai Pemberian Permit Teksi Bersyarat Oleh PM?

KEADILAN terbit video penerangan program Manifesto Rakyat

Turun-Harga-kereta-2KUALA LUMPUR 28 MAC: KEADILAN menerbitkan lapan video penerangan ringkas mengenai lapan program di bawah Manifesto Pakatan Rakyat (Manifesto Rakyat) bagi menjelaskan kepada rakyat berkenaan pelaksanaan dan pembiayaan program berkaitan.
Pada kenyataan hari ini, Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata,  penerbitan video itu meliputi program Turunkan Harga Kereta, Turunkan Harga Minyak, Pendidikan Percuma dan Hapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta tol.
“Selain itu, Sasaran Pendapatan Isi Rumah Minima RM4,000 Sebulan, Caruman Wanita Malaysia, Skim Perantis Rakyat dan Kos Kewangan Program Pakatan Rakyat,” kata Rafizi.
Untuk penjelasan penuh berkenaan penerbitan video tersebut, baca kenyataan di bawah: 
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) yang sepatutnyanya dipanggil bila-bila masa adalah pilihan raya terpenting yang akan menentukan arah tuju politik, ekonomi dan sosial negara dan masyarakat Malaysia dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Sejak tahun 2008, Pakatan Rakyat telah mengemukakan pelbagai program reformasi dan dasar-dasar baru yang diyakini dapat mengembalikan keupayaan Malaysia bersaing sebagai kuasa ekonomi serantau yang menjamin keadilan untuk semua rakyatnya.

BELIEVE IT OR NOT! GE13 crisis: No dissolution but Najib, Cabinet wants to go CYCLING



The planned 1Malaysia Patriotic Cycling program at Putrajaya on April 3, 3.00 pm, 2013 which hopes to see "more than 10,000" rakyat and all Cabinet Members cycling around a 12 kilometre loop to "promote 1Malaysia spirit" and "appreciate the scenic views" probably should qualify for the 'Believe-it-or-not' series.
Yes, can you believe it?! When the nation is gripped with a general election fever, battling the unending threats, uneasiness and even reported and witnessed incidents of physical harm, our Honourable Cabinet Members see great wisdom in a mammoth cycling public relations stunt.
Who is the genius behind this public relations idea? Do we not have a single member within Cabinet to see through this flawed strategy - or rather, gimmick?
When a nation is pregnant with the labour of going to the polls in what already is widely accepted as the 'mother of all battles' since 1957 and with the rakyat pendulum-ing between despair and hope that is punctuated with bells of alarm, we have a carnival of sorts to go cycling.
Whom are we hoodwinking? Or is this the season for Houdini acts?
Don't be so lazy, walk your constituencies

Election uncertainty: Billions lost

Abdul Kadir Sheikh Fadzir says over the past year, the country has lost out on billions ringgit worth of investment and people-oriented projects because of polls uncertainty.

PETALING JAYA: Prime Minister Najib Tun Razak’s delay in announcing the general election has frightened off investors, distracted leaders from public service, and lost the country revenue worth billions in ringgit, a former Umno veteran has said.
Abdul Kadir Sheikh Fadzir, who quit Umno in 2012 after being a member of the party for 56 years, told FMT in an exclusive interview that Najib was making a big mistake in not declaring the polls date in the last year and a half.
“Because of this uncertainty created, for the last one year… I heard a lot of investors who wanted to come to the country started postponing things until they are sure of the election results,” said Abdul Kadir, who is also executive chairman of property development group Sazean Holdings Sdn Bhd.
“Billions and billions of investments that could have come into the economy was held back because of the uncertainty created.”
The Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) founder said that in addition to declining investments, the rakyat were also losing out on government projects because of the uncertainty.
“The politicians… have been doing nothing but politicking for the last one year or so and government’s money is being spent not on… projects which are really a priority, for the benefit of the people, but on projects that benefit them politically. Political projects, so to say,” said Abdul Kadir.
The political veteran, who contested and won in elections from 1978, 1982, 1986 and 2004 for the Kulim-Bandar Baharu seat, noted that this was the longest yet period of uncertainty prior to a general election.

‘Malaysia is afraid’

Sabah's population of 3.2 million includes 1.5 million documented and undocumented Filipinos and the backlash of the recent invasion has 'united' the Filipinos in Sabah and in Sulu.

KOTA KINABALU: Sulu sultanate spokesman Abraham Idjirani today slammed the Malaysian security forces for restricting the movements of Filipino residents in Sabah to such an extent that these frightened individuals now want to return to the Philippines.
“It is a psy-war by Malaysia to force the Filipinos to leave,” Idjirani said, adding that with the end of the standoff a new reality had emerged for Malaysia.
He said the Sulu sultanate was adamant on its claim for Sabah and this was seen as a threat to Malaysia.
Idjirani said Sabah’s population of 3.2 million included the 1.5 million documented and undocumented Filipinos and the “war” waged between the sultanate’s army and the Malaysian securities forces had “united” the Filipinos.
“Malaysia is now afraid. It knows that with the standoff now, the Filipinos are being united by the Sabah issue,” Idjirani said.
He said the sultanate through Manila will push for a United Nations-sanctioned referendum to be called on Sabah.
“Malaysia is afraid that it might lose Sabah in a referendum should the UN call for one,” he added.

Thousands leaving

Meanwhile, the Philippine Embassy in Malaysia said thousands of Sulus who had entered Sabah illegally are taking up its offer to return home and “re-enter” Malaysia legally.

277 Pinoys arrive from Sabah

ZAMBOANGA CITY – Bringing only a single plastic baggage since his departure from his prison cell in Kota Kinabalu, Malaysia, 22-year-old Al Hadain walked barefoot, descending from the commercial ferry from Sandakan on Holy Thursday.
It was raining hard and the pavements were wet. But Hadain did not have slippers with him.
He says the Malaysian authorities who arrested him in Kota Kinabalu did return his belongings when they were transported away from their prison cell.
It was his fault, he says, because he did not have anything with him, save a malong kept inside the only baggage he carried and the clothes he wore.
He says some of his companions were not given even slippers before they boarded the ferry to Zamboanga City.
He also says that while he was inside the cell detained for working without legal documents, there was an alleged epidemic and caused a cell mate to die.

4,721 displaced by Sabah conflict – NDRRMC


MANILA – A total of 944 families or 4,721 persons have been displaced by the continuing armed conflict in Sabah, the National Disaster Risk Reduction and Management Council (NDRRMC) said on Thursday.
The NDRRMC said of the total number of displaced residents, 1,860 are children.
The residents living in Sabah were forced to evacuate to Basilan, Sulu and Tawi-Tawi.
The Department of Social Welfare and Development has formed a team in Tawi-Tawi to address the needs of the evacuees.
Authorities said food and non-food items amounting to more than P10 million have been provided.
Evacuation centers in Bongao, Tawi-Tawi have also been identified in anticipation of more arrivals from Sabah.
The evacuation centers, which can accommodate around 60 families, are identified as follows:

Kenapa Kerajaan BN harus berbohong kata TAKLIMAT LAHAD DATU tetapi CERITA FITNAH PAKATAN..??

SIMPATI MAHASISWA TERHADAP ISU LAHAD DATU DIKHIANATI

Dalam fatrah semua rakyat Malaysia bersimpati atas apa yang terjadi di Lahad Datu akhirnya dikhianati oleh segolongan manusia yang mempunyai kepentingan politik.
Dengan berselindung atas nama ‘Taklimat Isu Keselamatan Lahad Datu’, pihak tersebut menyelinap masuk ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi menyebarkan doktrin politik yang tidak matang.
Taklimat yang diadakan petang semalam (27 Mac 2013) sepatutnya menjadi medium informasi tentang Lahad Datu akhirnya bertukar wajah menjadi medium untuk memfitnah beberapa pimpinan Pakatan Rakyat dan juga mahasiswa.

Hal ini sangat mendukacitakan, walaupun mahasiswa bebas berpolitik akan tetapi bukan bermaksud universiti menjadi lubuk bagi menghamburkan fitnah dan tohmahan kepada Pakatan Rakyat atau yang lebih tepat ‘Agenda Pembodohan Mahasiswa.’

Forum Lahad Datu : PR Jawab Siapa Dalang


SHAH ALAM, 28 MAC : Empat bekas Pegawai Tinggi Pasukan Keselamatan akan memberi gambaran jelas berhubung insiden Lahad Datu yang dijadikan Umno-BN untuk menfitnah pemimpin Pakatan Rakyat.
khalid samad white pc 011Ahad ini, bertempat di Stadium Malawati, forum bertajuk ‘Lahad Datu : Rakyat Berhak Tahu’ menampilkan tiga bekas pegawai tinggi tentera, Lt. Jen. (B) Datuk Abd Ghafir Abd Hamid dari Angkatan Tentera Malaysia, Brig. Jen. (B) Datuk Abd Hadi Abd Khatab (TUDM) dan Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid (TLDM).
Selain bekas pegawai tentera, seorang lagi panel ialah ACP (B) Mohd Yousoff Babjee yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Cawangan Khas (SB) PDRM Sabah.
Majlis dimulakan dengan solat hajat dan forum akan bermula tepat jam 9 malam.
Menurut Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dalam satu sidang media yang diadakan di Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam pagi tadi, beliau akan bertindak sebagai moderator dalam forum itu nanti.
“Panelis ini juga akan menerangkan kesan dari penglibatan keterlaluan ahli politik dalam isu Lahad Datu dalam forum itu nanti.
“PR hargai pengorbanan pasukan keselamatan yang mengadaikan nyawa mereka demi tanah air, tetapi rakyat harus tahu isu sebenar,” kata Johari.