Selasa, 26 Mac 2013

Parties rev up for the polls

PRU13 : MANIFESTO RAKYAT - CETAK DAN EDARAN SEGERA

 




Mengapa Anwar Suruh Orang Umno Bertaubat?


Wow! Ketua Pembangkang berani 'sound' pemimpin dan ahli Umno??

Sebenarnya, Anwar Ibrahim menggesa Umno dan media yang didukungi parti itu supaya beristighfar dan memohon keampunan ALLAH SWT susulan laporan media bahawa akan muncul video seks dan foto melibatkan Ketua Pembangkang itu sendiri dan anaknya, Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden KEADILAN.

"Toksahlah.. saya nak nasihat Umno, ni waktu Maghrib, pi lah amik wuduk dan tau apa itu fitnah.
"Malu kita pada masyarakat bukan Islam kalau masyarakat Islam dan media yang mendukung Umno ini kerjanya itu sahaja," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat di Petaling Jaya hari ini.
Pagi tadi, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan pihaknya telah dipertontonkan video palsu seks beberapa hari lalu dipercayai diaturkan oleh pihak tertentu yang mendakwa diri mereka ejen Umno dan Barisan Nasional (BN).

PRU13 : Pakatan Harapan Rakyat

PENGGANAS SULU PENGGAL KEPALA MANGSA SERANGAN


VIDEO yang disiarkan melalui Facebook ini menggambarkan suasana perang gerila yang membabitkan Pengganas Filipina yang mengaku Tentera Sultan Sulu. Terdapat babak mangsa dipenggal kepala setelah dibunuh. Tidak pasti adakah video ini menggambarkan suasana sebenar di Lahad Datu atau di tempat lain. Kualiti video tidak begitu memuaskan kerana dirakam dalam suasana perang oleh amatur dan mungkin menggunakan telefon bimbit sahaja. 

CERAMAH ANJURAN DAP DI DUN TEMIANG, SEREMBAN DIHADIRI RIBUAN RAKYAT YANG MAU MELAKUKAN PERUBAHAN!!!


Pemandangan rakyat tempatan dalam DUN Temiang dalam Parlimen P128 Seremban malam ini 26hb Mac 2013 jam lebih kurang 8.45 malam, yang sedang bersabar menunggu ketibaan pemimpin agung DAP merangkap bakal calon PR di Parlimen Gelang Patah, YB Lim Kit Siang.

Dulu semasa PRU 2008, amat jarang sekali pemandangan sebegini.. Itu pun nyaris habis 100% calon MCA/GERAKAN terlingkup.. hanya tinggal satu DUN saja dimenangi MCA iaitu di DUN Chennah.

Kali ini DUN Chennah akan ditandingi oleh YB Loke Ahli Parlimen Rasah dan jua ADUN Lobak.

TRELER "OPTIMUS PRIME" NEGARA BERKEBAJIKAN DISEKAT


Treler "Optimus Prime" Negara Berkebajikan mengikut jadualnya malam ini 26hb Mac 2013 akan berlabuh di Tapak Pasar Malam Pekan Kamunting, Perak.

Hajat dan hasrat itu tidak kecapaian sebab pihak polis dengan bantuan FRU telah melakukan sekatan jalanraya kesemua jalan masuk ketapak ceramah dengan tidak membenarkan sama sekali Treler Keramat "Optimus Prime" Negara Berkebajikan yang amat digeruni dan ditakuti oleh semua pemimpin UMNO/BN kini.

Treler Optimus Prime kini terpaksa tersadai ditepi jalan.

PRU13 : Turun Harga Kereta - Bagaimana Dilaksanakan..?


Pakatan states may dissolve assemblies on April 22

PRU13 : Turun harga kereta

PRU13 : Turunkan kes jenayah

PRU13 : Untuk wanita malaysia

PRU13 : Turun beban hutang negara

PRU13 : Turun kos kehidupan

PRU13 : Hapuskan tol

PRU13 : Rumah mampu milik

PRU13 : Hapus ancaman kesihatan(lynas)

PRU13 : Kebebasan media,akademik dan pilihanraya

"Jangan takut! Kalau kau takut, aku lagi takut!" kata AR Tompel

Apa yang berlaku sekarang adalah pengajaran sangat berharga untuk rakyat terutamanya dalam menilai prestasi kerajaan yang memerintah. UMNO itu sifatnya adalah sebuah parti yang angkuh dan MCA serta MIC juga di hinggapi oleh keangkuhan UMNO itu. Penyakit UMNO itu adalah penyakit yang sangat ‘contagious’ dan mudah merebak kepada sesiapa yang mendekati dan bersekongkol dengannya.
Kalau kita ingat-ingatkan kembali semua tindakan dan kata-kata pimpinan UMNO termasuk yang telah bersara, mereka ini adalah lambang sebenar kepada sikap dan nilai parti itu sendiri. Mereka merasakan UMNO itu sahajalah yang mampu melakukan semuanya dan menjadi penentu kepada semua manusia di dunia dan akhirat. UMNO sahajalah yang berkemampuan untuk mentadbir sedangkan Pakatan Rakyat itu tidak ada pengalaman dan berbagai-bagai lagi cemuhan yang di lakukan oleh UMNO.
UMNO lah yang terkuat dan UMNO lah yang boleh membawa tahap kemasyuran negara di peringkat antarabangsa. Kerajaan pimpinan UMNO sahajalah yang boleh menjadi contoh kepada seluruh dunia lebih-lebih lagi bagi negara yang sedang membangun. Sememangnya UMNO itu menjadi contoh kepada banyak negara membangun dan mundur. Itulah sebabnya di negara-negara mundur perlakuan rasuah itu menjadi-jadi kerana menjadikan negara kita ini sebagai contoh.

TK1M : Takut Kalah 1 Malaysia, Fenomena Baru Najib Enggan Bubar Parlimen

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar secara sinis mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Najib Razak kerana melancarkan 'Takut Kalah 1 Malaysia (TK1M).

Mahfuz mendakwa, Najib enggan membubarkan Parlimen kerana sangat takut hilang jawatan dan kuasa jika kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Sehinggakan kata Mahfuz, Najib sanggup mebiarkan Dewan Undangan Negeri Sembilan tamat tempohnya pada hari ini.

"Tahniah kepada Perdana Menteri kerana berjaya melancarkan secara tidak langsung satu lagi projek atau program 1 Malaysia iaitu Takut Kalah 1 Malaysia.

"Dun-dun dan Parlimen akan terbubar dengan sendiri, sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah politik negara kita. Najib takut untuk di'report kad'kan oleh rakyat," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Hisham menyokong politik ganas.!!!

PETALING JAYA, 26 Mac — Kata-kata Datuk Seri Hishamuddin Hussein menjangkakan terdapat lebih banyak gangguan dalam ceramah pembangkang menunjukkan beliau menyokong politik ganas, dakwa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) hari ini.
PR berkata, menteri dalam negeri tersebut telah gagal memberi jaminan untuk melindungi mereka, dan menjangka akan berlaku lebih banyak keganasan politik sebelum dan semasa Pilihan Raya 2013.
"Politik fitnah dan keganasan kini semakin meningkat dan pimpinan PR menyedari ini," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan parti di ibu pejabat PKR hari ini.
Anwar, pemimpin de facto PKR berkata, partinya kini bersiap sedia melancarkan kempen pilihan raya ke seluruh negara.
Bercakap pada sidang media yang sama, penasihat DAP Lim Kit Siang mengkritik kenyataan Hishamuddin dan mengatakan naib presiden Umno itu tidak layak menjadi menteri yang menjaga keselamatan dalam negeri.

Pakatan lancar Majlis Penasihat keselamatan

Mana silapnya pendekatan tangani isu Selatan Filipina, Sabah?

Oleh BIMA SAKTI
SUKAR bagi Pakatan Rakyat mengulas peristiwa di Sabah. Ini kerana apa saja yang diucapkan penyokong Pakatan  boleh digunakan  pihak BN untuk kepentingan pilihan raya mereka.

Sebagai pemegang kuasa di peringkat persekutuan, BN mempunyai kelebihan kerana sebagai kerajaan, pihak tentera dan polis adalah di bawah tanggungjawab mereka.
Justeru tentunya mereka mempunyai maklumat jauh lebih banyak dalam soal keselamatan dan pertahanan negara, berbanding pihak Pakatan.
Dalam keadaan begini tentulah Pakatan mudah buat silap dan apabila perkara ini berlaku, maka ia boleh digunakan sepenuhnya  BN memburuk-burukkan lawannya.
Lebih-lebih lagi apa yang berlaku di Sabah tenggara itu melibatkan soal keselamatan dan pertahanan negara. Sebarang kata-kata mempertikaikan tindakan kerajaan boleh dituduh sebagai tidak patriotik.
Pakatan terdiri daripada DAP yang memperjuangkan demokrasi, KeADILan menjunjung kepentingan rakyat dan PAS meletakkan Islam sebagai asas. Namun ketiga-tiga parti itu tentunya memiliki sifat patriotisme dan nasionalisme yang sepatutnya tidak boleh dipersoalkan lagi.

PRU13 : Potensi Pakatan Rakyat menang 22 kerusi Dun Pahang


RAKYAT Pahang Darul Makmar memerlukan perubahan politik setelah berada begitu lama di bawah penguasaan Umno-BN sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957.
Sepanjang tempoh 50 tahun merdeka, Umno-BN yang merancang pembangunan dan melaksanakannya tanpa diganggu gugat oleh sesiapa kerana rakyat tidak pernah memberi mandat kepada parti lain untuk memerintah.


Ringkasnya, maju dan mundur Pahang semuanya di atas tengkuk Umno-BN sepenuhnya!

Umno-BN tidak boleh menyalahkan PAS-Pakatan Rakyat di atas kegagalan mereka mentadbir Pahang.

Selepas lebih 56 tahun berkuasa, Umno meninggalkan banyak keburukan kepada rakyat Pahang dan antara isu besar ialah isu tanah, bekalan air, kewangan, agama dan alam sekitar.

Pilihan raya yang bakal menjelma tidak lama lagi, memberikan rakyat peluang untuk memilih kerajaan baharu.

Rakyat berkuasa dan terbuka untuk memilih mana-mana parti politik berdaftar sebagai pemerintah negeri ini selama lima tahun lagi.

Kali ini PAS bersama Pakatan Rakyat melawan BN. Dalam pilihan raya lampau (2008) PAS menang dua kerusi (Beserah dan Kuala Semantan), DAP menang dua kerusi (Tras dan Triang) manakala KeADILan menang dua kerusi Parliman Indera Mahkota dan Kuantan. Calon Bebas menang  di Tanah Rata tetapi menyertai BN akhirnya.

PR to hold forum on Lahad Datu with ex-members of Armed Forces, police on March 31

Opposition Leader Anwar announced that the Pakatan Rakyat coalition will hold a forum on Lahad Datu where former members of the Armed forces and the police would give their take on the controversial intrusion by Sulu militants that has claimed at least 10 Malaysian lives.
The forum will be held on March 31 at Shah Alam.
He did not give further details, but according to party officials, a press statement will be released in due course.

Stop picking own candidates, Anwar told

PKR division leaders say wrong candidates picked by Anwar Ibrahim to contest in the general election may result in sabotage.
PETALING JAYA: PKR’s preparation for the 13th general election has hit a snag with several party division leaders complaining that they were not consulted before the potential candidates were picked and made public.
They also claim that party de-facto chief Anwar Ibrahim was making unilateral decisions in picking candidates and this would lead to a “major problem” after nominations.
“There would be factions after nominations. Those not picked but promised seats would pull back. I do not rule out sabotage. If the candidate does not meet expectation of members then, members will refrain from campaigning and this is trouble for PKR,” said a party division leader who declined to be named.
He claimed that Anwar was not picking candidates based on their track record but was giving out seats to those close to him.

PRU13: Hairie Othman sedia tanding jika ditawar


Hairie Othman SHAH ALAM - Setelah hampir setahun menyertai Pas, pelakon, Hairie Othman akui tidak menolak sekiranya ditawarkan bertanding padaPilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang akan diadakan bila-bila masa.

Namun, beliau menegaskan, tidak mengejar sebarang jawatan atau kedudukan dalam perjuangannya itu.

“Macam yang saya cakap tadi, saya... terpulang. Saya tidak mengejar. Kalau tawaran itu datang pada saya, macam peluang datang, saya tidak menolak.

“Bukan saya berkejar, saya nak, saya mencari... tidak. Tapi kalau dipilih, saya tidak menolak,” kata beliau kepada Sinar Harian Online ketika ditemui selepas menjadi ahli panel Wacana Sinar Siri ke-18 yang mengupas tajuk Artis Masuk Politik: Kredibiliti Atau Pancing Undi di
Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.

Terbubar Sendiri : Speaker Dun Negeri Sembilan maklum SPR esok


SEREMBAN - Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan Datuk Razak Mansor akan memaklumkan secara rasmi mengenai pembubaran secara sendiri Dun negeri ini kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), esok.
Beliau berkata pemakluman itu bagi membolehkan badan pengendali pilihan raya mengadakan pilihan raya bagi negeri ini dalam tempoh 60 hari selepasDun terbubar secara sendiri pada Khamis.
"Itupun jika Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir tidak membubarkan Dun esok di mana baginda masih boleh berbuat demikian di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.
"Tapi jika tidak ada pembubaran esok, mungkin pada sebelah petang saya akan menghantar makluman kepada SPR kerana pada tengah malamnya Dun sudah terbubar," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Sementara itu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pihaknya mempunyai tempoh selama 60 hari selepas Khamis ini untuk menentukan tarikh bagi penamaan calon dan pilihan raya bagi negeri ini.

MB Selangor : Negeri-Negeri PR Akan Bubar DUN 22 April


MB pc PKR hq 01PETALING JAYA 26 Mac: Negeri-negeri Pakatan Rakyat akan menamatkan segala teka-teki berhubung tarikh pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihanrayua Umum di adakan dengan menetapkan tarikh 22 April ini bagi membubarkan Dun.
Tindakan ini akan dilakukan sekiranya perdana menteri tidak memgumumkan pembubaran parlimen sebelum tarikh tersebut.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Selangor telah memutuskan untuk membubarkan Dun pada tarikh tersebut.
Manakala negeri-negeri pakatan lain akan dibawa berbincang untuk mencapai kata sepakat berhubung tarikh bersama pembubaran Dun.
‘Pakatan Rakyat tidak mahu berdolak dalik mengenai pembubaran Dun kerana ia mendatangkan kegelisahan kepada rakyat.
“Pembubaran Dun di Negeri Sembilan yang berlaku hari ini secara otomatik tidak di izinkan berlaku di negeri pakatan Rakyat,” kata Abdul Khalid dalam sidang media bersama pimpinan tertinggi Pakatan Rayat di sini.

Takut kalah pilihan raya punca Najib tak bubar2 Parlimen

Najib gerun jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tempatnya di Putrajaya.
KUALA LUMPUR 26 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak Datuk Seri Najib Razak yang sehingga kini masih belum membubarkan Parlimen, walaupun tempoh mandat BN mentadbir Kerajaan Persekutuan melepasi tempoh lima tahun, selepas pilihan raya 2008.
Lebih parah, hanya tinggal sehari lagi sebelum satu Dewan Undangan Negeri (DUN) akan terbubar secara automatik iaitu DUN Negeri Sembilan, diikuti negeri kelahiran Perdana Menteri – DUN Pahang pada 7 April.
Ketua Umum KEADILAN berkata, keengganan Perdana Menteri membubarkan Parlimen kerana percaya Umno BN langsung tidak yakin untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“Sebab itu sehingga sekarang Najib masih belum bubarkan Parlimen,” katanya pada wawancara bersama Radio Free Malaysia (RFM), malam tadi.
Anwar berkata, Umno BN tahu mereka tidak yakin dapat meraih sokongan walaupun setiap hari pelbagai pemberian kerajaan diumum untuk diberikan kepada rakyat.
“Kalau Najib yakin, walaupun sedikit bahawa Umno BN boleh memenangi PRU, sudah tentu dia bubarkan Parlimen sebelum 8 Mac lalu.

Program menghasut: Pemantau PRU buat laporan polis



(Pemantau PRU Kelantan membuat laporan polis ke atas program yang menghasut)


KOTA BHARU: Pemantau Pilihanraya Kelantan hari ini membuat laporan polis berkaitan jenayah hasutan dan salahguna kuasa yang berlaku pada 23 Mac lalu.

Ia dikatakan berlaku dalam program Seminar mendaulatkan Islam Agama Negara (Semaian)  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Pertubuhan Muafakat Sejahtera masyarakat, dengan kerjasama Biro Pendidikan Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Putih, Kelantan.

Laporan polis itu dibuat Pengerusinya, Mohammad Faizal Che Yusof, di IPD Kota Bharu, jam 10.30 pagi tadi setelah menerima maklumat dari orang ramai berhubung perkara itu.

Hisham is endorsing political violence, says Pakatan

PETALING JAYA, March 26 — Datuk Seri Hishammuddin Hussein's recent remarks that he expects more disruption of opposition events soon is tantamount to endorsing political violence, Pakatan Rakyat (PR) leaders alleged today.
The federal opposition coalition said that since the home minister had failed to give his assurance that the authorities will do its bit to protect them, PR is bracing for more political violence prior to and during Election 2013.
"The politics of slander and violence is definitely on the rise and we the leadership of PR is bracing for this," Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim told reporters after chairing the pact's leaders council meeting at PKR's headquarters here.
Anwar, the de facto leader of PR's anchor party PKR, said the anticipation comes amid the pact's preparation to launch its polls campaign nationwide.
Speaking at the same press conference, DAP stalwart Lim Kit Siang blasted Hishammuddin's statement as unbecoming of a minister tasked to protect internal security.
"This will make it the dirtiest elections. This trend must be checked and stopped. We are becoming the laughing stock of the world," Lim said.

Tubuh siasatan awam kaji keretakan Jambatan Kedua


(Nazri dan rakAn-rakannya menunjukkan keretakan pada Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua)

KOTA BAHARU: Satu siasatan awam perlu dilakukan terhadap konsortium I.S Resourcers Sdn Bhd – Ris Capital Sdn Bhd, berhubung masaalah Jambatan Sultan Yahya Petra kedua yang mengalami keretakan.

Pada masa yang sama, Jabatan Persekutuan Kelantan (JPP) dan JKR diminta menyatakan pendirian sebenar berhubung masaalah keretakan itu kepada umum bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Kelantan, Kelantan R, meminta mereka yang terbabit supaya lebih telus dalam mengeluarkan kenyataan apa lagi ianya berhubung masaalah keselamatan orang ramai.

Presiden R, Nazri Deraman juga meminta turut menyifatkan jawapan pihak berkenaan semalam  tidak profesional dan kurang bertanggungjawab sebagai sebuah agensi kerajaan Persekutuan.

Manila mahu rakyat Filipina tidak menyebut Malaysia apabila merujuk kepada Sabah

Penyokong kesultanan Sulu bersama Jamalul Kiram III. — Gambar fail ReutersKUALA LUMPUR, 26 Mac — Manila telah memberi arahan kepada semua agensi dan rakyatnya untuk memanggil Sabah sebagai bukan sebahagian dari wilayah Malaysia yang mencetuskan kemungkinan mereka mahu menuntut negeri paling timur Malaysia itu.
Menurut InterAksyon, cawangan dari TV5 Filipina, pegawai dari Jabatan Luar Negeri (DFA) membawa perkara ini hari ini, menyebut Memorandum No. 162 yang dikeluarkan Malacanang pada tahun 2008.
Menurut laporan tersebut, menyebut peguam Roy Ecraela dari Pejabat DFA untuk Setiausaha Kajian Laut, menambah bahawa setiap dokumen agensi kerajaan hendaklah merujuk Sabah sebagai 'hanya Sabah' dan bukan Sabah, Malaysia.

Anwar Ibrahim: Kalau Nak Buat Perubahan, Saudara Sendiri Kenal Bangkit & Tumbang Barisan Nasional

GE13 Showdown: How important are women voters in GE13?

Tun Daim Takut Hilang Kekayaan - BULETIN 13

I pity you, Guan Eng tells Chang Yeow

Nazri Aziz : Guidelines for caretaker government

Anwar Ibrahim: Calon DAP Calon Saya, Calon PAS Calon Saya, Calon KeAdilan Calon Saya

Husam : Papagomo Ada Hubungan Dengan Pimpinan UMNO

GE13 : Umno-BN agents threaten to release more sex videos implicating Anwar, Nurul, MB Khalid

 PKR secretary-general Saifuddin Nasution dropped a bombshell on Tuesday, revealing that agents he claimed were from Umno-BN had threatened to release more pornographic videos and pictures of three top Opposition leaders - Permatang Pauh MP Anwar Ibrahim, Lembah Pantai MP Nurul Izzah and Selangor Chief Minister Khalid Ibrahim.
"They want to inflict the maximum damage," Saifuddin told a press conference on Tuesday.
Umno-BN agents threaten to release more sex videos implicating Anwar, Nurul, MB Khalid"But we are confident the people will reject gutter politicking. From our observations, Malaysians want to choose their leaders based on policies and ideas offered. Our invitation to Umno-BN for debate have been rejected, our calls for discourse and discussion have been snubbed, we have launched our manifesto. But they only launch videos."
According to Saifuddin, the agents had approached PKR leaders some 2 or 3 days ago while they were at ceramahs (political briefings).
"We sat in the car and looked through what they offered to show us. They threatened us and to expose the videos and the pictures," Saifuddin declined to give further information as to what the agents had wanted in return.
"But we are used to all these scandals by now and we will take it in our stride."
Nothing to offer after 55 years but XXX-PLUS?
Saifuddin, who is the PKR MP for Machang, said the video and pictures shown to them were of Anwar and Nurul, while sources had told him another sex video was being "manufactured" that would feature Khalid.
At the sidelines of the press conference, Saifuddin later told Malaysia Chronicle (see video) that the material was of "extremely poor quality", without sound and not at all clear. But the motive, he said, was to create the impression of improper conduct.
When asked if the videos contained explicit sexual content, Saifuddin said the agents had labelled the videos XXX-PLUS.
Sex sex sex to get worse

PRU13 : ‘Taib Ambil Balak, Anwar Juga Salah’

SHAH ALAM 26 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bahawa beliau dalang video NGO antarabangsa Global Witness yang mendedahkan rasuah lesen balak Taib dan keluarganya.
Anwar yang juga Ketua Pembangkang mendakwa menjadi mangsa fitnah akhir-akhir ini kerana semua tokoh-tokoh berkuasa yang mengambil tanah, saham dan balak berpakat menggunakan media bagi menyerang beliau.
“Ini ‘standard’, semua masalah di Malaysia termasuk kekalahan Manchester United kepada Real Madrid juga salah saya kerana pengadilnya Turki,” sindirnya ketika diwawancara stesen Radio Free Malaysia (RFM) malam semalam.
Katanya, Taib perlu menjawab kebenaran di sebalik penyebaran video itu dan bukannya menggunakan media bagi menyerang beliau.

PRU13 : Anak muda jangan takut undi Pakatan - Pak Jabit

BAGAN SERAI: Pelakon Abdul Kadir Abdul Manap (Man Kadir) merayu agar anak muda berani membuat perubahan untuk memilih Pakatan Rakyat pada pilihanraya nanti.

Katanya, rakyat tidak perlu takut dengan ugutan 'terputus rezeki jika tidak mengundi BN' kerana soal rezeki datang dari Allah bukannya dari parti pemerintah.

Man Kadir atau dalam filem 'Hantu Kak Limah' itu turut menegaskan rezeki datang dari Allah bukannya Barisan Nasional (BN).

"Saya yang sudah berumur ini pun mahukan perubahan jadi bukan masalah untuk anak muda membuat perubahan.

PRU13 : Awas tiga cara BN mahu tipu


PERMATANG PAUH: Para pengundi diingat tiga cara menipu yang cuba dibuat oleh pihak tertentu termasuk petugas Umno dan BN menjelang pilihan raya ini.

Ketua Srikandi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Siti Aishah Sheikh Ismail (gambar) mendedahkan, terdapat tiga perkara sedang dirancangkan oleh jentera Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kuasa Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Perkara ini baru sahaja di kesan dan beliau meminta semua pihak berwaspada dengannya.

Katanya, mereka diminta mengawasi gerak geri Wanita Umno yang akan berlakun sebagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang turun ke rumah-rumah khususnya di luar bandar untuk mengajar cara mencelup jari kelingking dengan dakwat hitam.

Bila kelingking dicelup dakwat tersebut katanya,  ia akan mengambil masa tujuh hari untuk luntur.
Bila berlaku begitu mereka dianggap sudah mengundi dan tidak sama sekali diberikan peluang memasuki bilik pengundian pada hari pilihan raya nanti.

Kit Siang cadang DUN di bawah Pakatan dibubar serentak dengan Parlimen

NUSAJAYA, 26 Mac — Penasihat DAP Lim Kit Siang (gambar) mencadangkan supaya Dewan Undangan Negeri di bawah kerajaan Pakatan Rakyat dibubar serentak dengan pembubaran Parlimen untuk kemudahan pengundi.

Di antara empat negeri di bawah Pakatan Rakyat beliau berkata, DUN Selangor akan tamat tempoh pada 20 April manakala Kelantan enam hari kemudian.

Pembubaran serentak adalah untuk tidak menimbulkan kesulitan kepada para pengundi, kerana pilihan raya dapat dijalankan serentak, katanya kepada pemberita selepas merasmikan pusat operasi DAP Gelang Patah di sini hari ini.

Lim berkata, beliau akan menyampaikan pandangannya mengenai perkara tersebut pada mesyuarat bersama pemimpin Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur nanti. — Bernama

Manila tells Filipinos to drop Malaysia when referring to Sabah


Former Sultan of Sulu Jamalul Kiram III (seated at R) with his followers display placards in front of Blue Mosque in Maharlika village, Taguig city, south of Manila, in this file photo of March 1, 2013. Manila has given directives to all its agencies and Filipinos to call Sabah as a state that is not a part of Malaysian territory. – Reuters picKUALA LUMPUR, March 26 – Manila has given directives to all its agencies and Filipinos to call Sabah as a state that is not a part of Malaysian territory in a move that will spark concerns here of a possible push to revive the country’s claim over the eastern Malaysian state.
According to InterAksyon, a subsidiary of Philippines TV5, officials from the country’s Department of Foreign Affairs (DFA) had brought this matter up today, citing Memorandum Circular No. 162 issued by Malacanang Palace back in 2008.
The news report, citing lawyer Roy Ecraela of the DFA Office of the Undersecretary of Special and Ocean Concerns, added that the document directed government agencies to refer to Sabah as just Sabah and not Sabah, Malaysia.
“Kota Kinabalu, Sabah, na lang. Tanggalin na ‘yung Malaysia (Let’s just call it Kota Kinabalu, Sabah. Leave out the Malaysia),” Ecraela was quoted as saying.
Ecraela was reported to have issued the statement today after several agencies met with the National Disaster Risk Reduction and Management Council (NDRRMC) on Monday to discuss humanitarian aid to Filipinos displaced by the conflict in Sabah.

Wajib Tonton : Siapa Mungkir Janji..!! Serangan & Penyelesaian Lahad Datu

Parliament: Belum dissolve lagi?

Anwar Ibrahim: Rundingan Najib Dengan Wakil Sulu, Dia Yang Runding, Saya Yang Salah

Too late for social media to impact GE13, says academic

Najib should nudge Taib on graft videos, says TI-M

Tamrin : Rakyat Semakin Muak Dengan Barisan Nasional

Anwar Ibrahim: Ceramah MerdekaRakyat Kg Melayu Majidee, Johor Bahru (Part 2/2)

Anwar Ibrahim: Ceramah MerdekaRakyat Kg Melayu Majidee, Johor Bahru (Part 1/2)

Lt. Jeneral (B) Abdul Ghafir: Tugas Adalah Tugas Tentera, Bagi Tentera Kebebasan Untuk Bertindak

Jangan Ketawa : Anwar bawa Malaysia Ke jalan kehancuran!! - Tun Daim

 
 KOMEN PENCACAI UMNO YANG BUTA LAGI TULI :

Bekas Menteri kewangan Tun Daim Zainuddin memberi komen berkenaan Anwar Ibrahim dan masa depan negara jika dia memerintah.
Siapa yang tidak kenal dengan Tun Daim? Beliau merupakan seorang anak Melayu yang mempunyai banyak pengalaman dalam sektor pengurusan ekonomi negara. Sebab itu beliau bisa berbicara tentang kegagalan Anwar sebagai Menteri Kewangan suatu ketika dahulu.
Betul juga kata-kata Tun Daim Zainuddin ni.
Kini kebimbangan dinyatakan oleh Tun Daim tentang keselamatan dan kesejahteraan negara sekiranya Anwar menjadi PM. Erti kata lain jika anda memilih Pakatan maka anda sedang mengundi untuk kehancuran Malaysia itu sendiri.
Anwar sebenarnya agak gentar dengan Tun Daim kerana mengetahui ekonomi Malaysia stabil semasa Tun Daim menjadi Menteri Kewangan. Namun setelah diambil alih oleh Anwar, ekonomi Malaysia terus merudum.

Pengedar Video Lucah : Setiausaha Agung PKR Syor 'Datuk T' Bertaubat

Perak: 19 kerusi panas di ambang bahaya..!!! UMNO@BN Goyang.....!!!

PILIHAN RAYA Umum ke-12 (PRU12) meninggalkan impak paling mendalam dalam dunia politik negara dan Perak menjadi salah satu negeri paling disebut- sebut lantaran konflik ‘perebutan’ kuasa pemerintah yang berlaku sekitar penghujung 2008 dan awal 2009 lalu.
Siapa pun tidak dapat menafikan Perak berjaya dirampas Pakatan Rakyat (PR) yang membentuk kerajaan pada 2008, namun tiada sesiapa juga dapat menolak hakikat bahawa pemerintahan yang hanya bertahan 11 bulan itu akhirnya tumbang sebelum dikembalikan semula kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).
Meskipun pelbagai pergolakan dan peristiwa berlaku (paling diingat pastilah krisis lompat parti dan jawatan MB tidak diiktiraf), usaha BN untuk terus membangunkan Perak berjaya ‘menutup’ pandangan sinis pembangkang dan rakyat yang terus mempersoalkan pembentukan BN di negeri ini.
Cakap-cakap orang, usaha BN untuk mempertahankan pemerintahan bukan sesuatu yang mustahil, bagaimanapun ia perlu diiringi kerja keras yang maksimum, 200 peratus lebih daripada PRU sebelumnya.
Pakatan Rakyat (PR) yang menjadi sandaran Pas, DAP dan PKR pastinya tidak mudah menyerah kalah apatah lagi 19 kerusi daripada 24 Parlimen dan Dun (59) kini dikategorikan sebagai kerusi bahaya apabila merekodkan majoriti sedikit di bawah paras 1,000 undi antara 14 hingga 916 undi sahaja.
Daripada jumlah 19 kerusi berkenaan, BN dilihat berada dalam kedudukan agak berbahaya apabila 11 kerusi yang dipegang termasuk satu di Parlimen Lumut hanya merekodkan menang tipis dengan lawan masing-masing.

MP PAS tanpa peruntukan namun 5 tahun dilepasi dengan jaya


(Mujahid berucap dari atas treler)

PARIT BUNTAR: PAS terus berkhidmat dengan cemerlang walaupun tanpa sebarang peruntukan diberikan oleh kerajaan sepanjang lima tahun memerintah.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa ketika ditemui pada program jelajah Negara Berkebajikan turut menjelaskan sokongan yang diberikan oleh pelbagai kaum termasuk bukan Melayu amat membanggakan.

Beliau yang juga turut optimis dan yakin PAS akan terus mengekalkan kerusi yang dimenangi pada pilihanraya yang lepas.

"PAS untuk semua kaum dan apa yang saya lihat sekarang, kaum-kaum bukan Melayu telah menunjukkan sokongan padu mereka kepada Pakatan Rakyat khususnya PAS di parlimen ini.

Polis jejak individu kirim wang ke pulau jolo bantu pengganas

LAHAD DATU, 26 Mac — Polis mengesan berlaku pengiriman wang ke Pulau Jolo, Filipina oleh beberapa individu dari Sandakan dan Semporna, Sabah bertujuan membiayai kumpulan pengganas di sana.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukan keselamatan kini memantau rapi perbuatan individu itu yang mengkhianati negara dan tangkapan akan dilakukan apabila tiba masanya.
Beliau berkata perbuatan menghantar duit ke Pulau Jolo untuk membantu kumpulan pengganas adalah kesalahan yang amat berat dan mereka yang terbabit boleh dikenakan tindakan undang-undang yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau mati mandatori.
“Jadi, saya nasihatkan mana-mana individu yang terlibat supaya segera menghentikan tindakan mereka kerana perbuatan itu adalah satu pengkhianatan kepada negara dan polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan,” katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, di sini hari ini.
Tanpa menjelaskan bilangan individu yang terlibat dan amaun yang dihantar, Khalid berkata nilai wang yang dihantar tidak penting kerana tindakan undang-undang tetap sama jika tujuannya membantu musuh negara.

Lebih ramai pengundi tidak sabar untuk PRU13, Bersih sasar 85 peratus turun mengundi

KUALA LUMPUR, 26 Mac — Pengundi semakin tidak sabar menanti Pilihan Raya 2013 berbanding dahulu dan Bersih 2.0 mensasarkan 85 peratus turun mengundi bagi mengelakkan penipuan pilihan raya.
Datuk Ambiga Sreenevasan, pengerusi bersama gabungan menuntut pilihan raya bersih itu, memberitahu The Malaysian Insider hari ini kempen “Jom 100” Bersih menyebabkan kesedaran tentang pilihan raya akan datang bagi semua kaum dan usia di bandar dan luar bandar.
“Orang ramai tidak sabar untuk turun mengundi,” kata Ambiga hari ini.
“Mereka sedang bersemangat, rakyat kini makin menyedari tentang hak mengundi mereka. Saya ada bertanya, adakah kamu mengundi pada tahun 2008? Mereka kata tidak. Apakah anda akan mengundi tahun ini? Dan mereka menjawab ya,” kata bekas presiden Majlis Peguam itu.
Pilihan Raya 2013 yang akan berlangsung beberapa minggu lagi, dijangka akan menjadi pilihan raya paling menarik, sejak keputusan bersejarah pada 2008 dimana Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti tradisi dua pertiga di parlimen.
Terdapat 13.3 juta pengundi berdaftar, atau 83 peratus daripada 16 juta pengundi yang layak, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Booo baar laah


KII TAA SAA BAAR

KAA LUU TAAK BOO BAAR

DEE YAA KE TAAR

TAA KOOT KE NOO TOO KAAR



BAA NYOK SAA NGAAT KIIH

DEE YAA TOK RETII NOK TE PIIH

TAA BUUR PEE TIIH

DEE YAA II NGAT BOO LEH KII KIIH



BOO BAAR LA

BOO BAAR LA

BOO BAAR LA

KAA LOO MOO RE TII AA JAAR

Cukuplah mandat sebegini lama untuk Najib

KUALA LUMPUR: Ketika rakyat dibuaikan dengan pelbagai insiatif dan insentif, rakyat pula tidak lupa bagaimana lemahnya Perdana Menteri memerangi rasuah dan penyelewengan di zamannya.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi (gambar) berkata, negara menjadi hampir lingkup oleh sikap ketamakan segelintir pemimpin negara membolot harta negara.

“Cukuplah mandat yang sebegini lama untuk Najib, menandakan berakhirnya era BN memerintah negara ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau.

Tun Daim Zainuddin adalah antara segelintir pemimpin veteran UMNO yang masih meyakini kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

Pujian beliau melangit tinggi dengan mendakwa PM telah melaksanakan tugasnya dengan begitu baik dan patut diberikan mandat untuk menerajui negara dan meneruskan dasar-dasar transformasi beliau.

Jangan Ketawa : 'BN tak gugup nak bubarkan Parlimen'

NONEBN tidak gugup berhubung pembubaran Parlimen bagi memberi laluan untuk pilihan raya umum ke-13 berlangsung, Kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.

Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak melakukan sebarang kesalahan dengan tidak membubarkan Parlimen kerana ia dalam bidang kuasanya.

"Kita (BN) tidak boleh gugup kerana 28 April akan tetap datang dan kita tidak boleh lari dari tarikh itu.

"Kita tidak takut kepada pembangkang, mereka yang gugup. Mereka mahu pilihan raya awa. Mereka gugup. Kita tidak. Kita tidak takut kepada mereka," tambah Nazri lagi.

Beliau bagaimanapun mengakui bukan tradisi kerajaan untuk menunggu selama ini untuk membubarkan Parlimen, terutamanya apabila Dewan Undangan Negeri secara automatik akan bubar dengan sendiri esok.

Papa Sayang Mama : Kekejaman seorang bapa terhadap anak2 dan ibu.


Lepas Ni Sape Pulak Sasau : Papa nyanyikan lagu Untuk Mama....


PRU13 : 'Ejen Umno-BN' tunjuk video seks palsu Anwar, Nurul


 Datuk Saifuddin Nasution Ismail
PETALING JAYA - Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan pihaknya beberapa hari lalu telah dipertontonkan video palsu seks dipercayai diaturkan oleh pihak tertentu yang mendakwa diri mereka ejen Umno dan Barisan Nasional (BN).

Katanya, video tersebut memaparkan watak yang menyerupai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim manakala gambar statik pula seakan-akan anaknya, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden parti itu.

"Video ini merupakan manipulasi imej digital yang melibatkan pencantuman babak-babak yang tidak berkaitan untuk memberi gambaran pemimpin-pemimpin ini terbabit dalam salah laku seks.

"...Umno hari ini cuba menakut-nakutkan orang Melayu dan menggunakan pemblog untuk mereka dan menyebarkan video palsu yang kononnya memaparkan salah laku seks pemimpin PKR," kata beliau kepada pemberita di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

PRU13 : Puak-puak "Ajaran Sesat" yang nak buat onar seperti yang didakwa SPR dah boleh dikenalpasti!

Macam dah boleh kenal nampaknya puak-puak ajaran sesat ni! Biasanya puak-puak ajaran sesat ni, mula-mula cakapnya macam 'alim', lepas tu makin lama makin mengarut bunyinya! 
Akhir sekali dia mungkin akan merepek pulak! Tengok dulu tu, ada "pemerintah kerajaan langit". Kan itu ajaran sesat!

Kali ini kita dengar pulak kata-kata karut, "ajaran sesat akan mengganggu hari mengundi", "ada dokumen mengenai puak-puak yang nak buat huru-hara tapi tak boleh dedah"!
Yang lebih mengarut dan merepek, ada pulak "7 dosa besar yang baru"! Padah puak-puak ni!! Bunyi macam alim..."tujuh dosa besar UUU!!!" tapi bangang namanya!

Nazri: Sukar untuk keluarkan semula IC warga Sabah....!!! Alasan Bodo Seekor Pak Menteri...!!

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata sukar bagi kerajaan persekutuan untuk mengeluarkan kad pengenalan baru untuk warga Sabah seperti yang dituntut oleh tiga parti komponen BN yang mewakili kelompok KadazanDusunMurut.
Katanya ia bukan satu keputusan tapi hanya satu cadangan oleh parti berkenaan.

"Ia hanya cadangan oleh parti tersebut, namun saya rasa sukar untuk dilaksanakan," katanya.

Cadangan itu dinyatakan presiden Upko Tan Sri Bernard Dompok yang mahu kerajaan bertindak demikian, dan seterusnya mengeluarkan semula dokumen berkenaan kepada golongan yang dikenalpasti sebagai warga yang sah.

Menurut laporan Borneo Post, MP Penampang itu menuntut demikian untuk menyisihkan golongan yang memiliki dokumen berkenaan secara tidak sah.

Kenyataan itu disokong para pemimpin parti komponen BN yang mewakili kumpulan Kadazan-Dusun Murut – presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Tan Sri Joseph Kurup.

PRU13 : Najib perlu segera bubar parlimen, elak kekeliruan- Prof Aziz Bari

KUALA LUMPUR 26 Mac: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu membubarkan parlimen segera bagi mengelakkan lebih banyak kekeliruan khasnya di kalangan rakyat, kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari.
Ini kerana Dewan Undangan Negeri Sembilan kini menjadi DUN pertama terbubar secara automatik, sedangkan parlimen masih belum dibubarkan.
Keadaan itu, kata Aziz, menyebabkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan  ‘terkial-kial’ berhadapan situasi seperti itu.
Semalam, Mohamad berkata, DUN Negeri Sembilan akan terbubar secara automatik pada Khamis 28 Mac ini, sekiranya tiada pembubaran DUN berlaku pada Rabu, 27 Mac.
Mohamad berkata, kerajaan negeri menggunapakai Akta Interpretasi 1984 dan 1967 bagi menentukan tarikh DUN dibubar secara automatik, di mana DUN di negeri itu kali pertama bersidang pada 25 Mac 2008.
Bagaimanapun menurut Aziz, beliau hairan dengan keputusan itu, sedangkan perlembagaan jelas menyebut DUN akan terbubar sendirinya setelah genap tempoh lima tahun bersidang.
“Saya berasa aneh tentang perlunya MB Negeri Sembilan merujuk kepada Akta Tafsiran 1967. Rujukan ini hanya perlu sekiranya ada kesamaran.
“Tempoh lima tahun itu jelas disebut oleh perlembagaan, dikira dari sidang pertama dewan selepas PRU. Apa yang tak jelas disini?
“Kita kena ingat perlembagaan mengatasi undang-undang lain; termasuk undang-undang bertulis bernama Akta Tafsiran 1967 itu.

Politik Sex : Selepas Anwar, video seks Nurul Izzah akan dikeluarkan tidak lama lagi oleh pencacai UMNO@BN

PETALING JAYA, 26 Mac — Selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim, pejuang siber Umno sekarang bercadang menyerang anak perempuannya Nurul Izzah Anwar dengan video seks untuk merosakkan imej bersihnya, dakwa Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini.
Setiausaha Agung PKR itu mendakwa, beliau dan beberapa pemimpin lain dijemput oleh agen “Umno-BN” untuk melihat beberapa keping gambar video seks dikatakan melibatkan Nurul Izzah (gambar), ahli parlimen Lembah Pantai dan kedua yang melibatkan bapanya.
Saifuddin menambah agen tersebut juga memberi amaran mereka mempunyai beberapa video lagi yang sedang disiapkan melibatkan pemimpin PKR lain termasuk Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Menurut laporan media hari ini, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali juga dikatakan terlibat dalam satu video lain.
“Ia adalah amaran, ugutan politik... sebagai ahli politik senior, kita tahu tujuan akhirnya untuk menyebabkan kerosakkan maksimum terhadap integriti pemimpin kita.
“Saya tidak tahu siapa mereka tetapi mereka kelihatan mempunyai banyak pengetahuan tentang produksi video,” kata beliau dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR hari ini.