Ahad, 24 Mac 2013

Wajib Tonton - Lahad Datu : Kesan Serangan & Penyelesaian


Pemfitnah Itu Pendek Umur, Kini Papagomo Cipta Alasan Untuk Tutup Blognya

Pada 16 mac, Wan Azri a.k.a papagomo mencabar anwar ibrahim supaya menyaman beliau, kemudian sesudah itu anwar menfailkan surat saman berjumlah RM 100 juta, pada 20 Mac, bloger anak anak muda malaysia mendedahkan wajah sebenar Wan Azri ini.

Kemudian, pada 21 mac, Wan Azri a.k.a papagomo telah menafikan beliau adalah wan azri dan menafikan sekeras kerasnya kononnya beliau di fitnah sebagai papagomo.

Semalam pada 23 mac bloger era pasca mendedahkan pula bahawa papagomo, 99% adalah Wan Azri Wan Deris, bekas anggota polis yang di jatuhi hukuman 8 bulan penjara kerana aktiviti rasuah dan salah guna kuasa.

Dan hari ini, setelah pendedahan demi pendedahan di lakukan oleh blog era pasca ini, papagomo telah dengan terpaksa menipu dan membohongi seluruh rakan rakan blogernya, kononnya blog lucahnya itu telah di godam dan bakal di rampas dan ditutup oleh encik lebai google.

Lawak antarabangsa ini adalah rentetan siri pendedahan Wan Azri atau papagomo oleh pelbagai bloger pakatan rakyat dan beliau juga sudah menjangka bahawa beliau sudah tidak dapat lari lagi dari saman ini, wajahnya sudah di ketahui, bukti bukti kukuh juga sudah di lampirkan, dan peguam peguam juga sudah meneliti setiap fakta yang di berikan.

Papagomo Kantoi Kali Kedua

Papagomo... Sapa yang tak kenal dengan blogger pemfitnah tegar dari Umno neh... Si Papagomo ini jelas mewakili Umno dalam usaha mereka memusnahkan masa depan politik Anwar....
Pada 16 mac, Wan Azri a.k.a Papagomo mencabar Anwar Ibrahim supaya menyaman beliau, kemudian sesudah itu anwar menfailkan surat saman berjumlah RM 100 juta.
Pada 20 mac, bloger anak anak muda malaysia mendedahkan wajah sebenar wan azri ini.
Kemudian, pada 21 mac, Wan Azri a.k.a Papagomo telah menafikan beliau adalah Wan Azri dan menafikan sekeras kerasnya kononnya beliau di fitnah sebagai papagomo,
Namun, gambar bawah menceritakan sebaliknya... kahkahkah...
Korang ni, tak baik tuduh Wan Muhammad Azri ni sebagai Papagomo... Jahat korang tawwwww!!!
Sebenarnya dia hanyalah seorang manusia biasa yang baik hati, mempunyai kerjaya, dah kawen dua kali, rapat ngan Pak Menteri dan banyak lagi la....
Tengok gambar ni bebetul... Kan beza tu?!
Buta ke hape mata korang?! Kenapalah korang jeles sangat kat dia sampai korang kata dia ni Papagomo? Ini adalah Papagomo yang pakai baju papagomo... Eh bukan.... Wan Muhammad Azri pakai baju papagomo lah...
Kahkahkah...

PAS berulang kali kata wujud pengundi hantu, Papagomo kes terbaru


KUALA TERENGGANU: PAS Terengganu telah menegaskan, berlaku manipulasi dalam daftar pemilih dan wujud fenomena 'pengundi hantu' yang telah mengalahkan PAS pada pilihanraya umum kali ke 11 pada tahun 2004.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Teregganu telah berulang kali menyatakan perkara tersebut dan kali terakhir, beliau menegaskannya ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Dana PRU PAS untuk Parlimen Kuala Nerus pada 15 Mac lalu.

Sehubungan itu, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff mengaku wujud dua nama Wan Muhammad Azri Wan Deris yang memegang kad pengenalan (biasa) 830121-03-5019 dan kad pengenalan (polis) RF142863 yang didaftar dua kali atau dengan lain perkataan mendaftar sebagai 'pengundi hantu' di dalam daftar pengundi.

Seperti yang dilaporkan oleh portal berita The Malaysian Insider hari ini, Tan Sri Aziz memberi jaminan bahawa jika semakan SPR dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris yang memegang kad pengenalan (biasa) 830121-03-5019 dan kad pengenalan (polis) RF142863 adalah orang yang sama, SPR akan membatalkan pendaftaran undi menggunakan kad pengenalan (polis) bagi mengelakkan undi dua kali.

Sabah : 6 Samseng BN Ditahan Kerana Serang BAS Jelajah Pakatan Rakyat.


6 ditahan polis. Lokasi, Sabah.

Good job Polis Sabah. Sebab bertindak adil dan tidak tunduk ke atas tekanan pemimpin politik tertentu. Ini yang kita perlukan.

Sekumpulan 20 orang samseng BN cuba melakukan kekacauan terhadap kenderaan terbaru PR yang dilancarkan oleh DSAI sebentar tadi. Majlis tersebut adalah majlis merasmikan kenderaan berupa BAS dan VAN yang akan digunakan dalam kempen2 pakatan rakyat khususnya PARTI KEADILAN RAKYAT
di sekitar Sabah dan Sarawak.

20 orang ini tah dari mana, datang dan lakukan HURU HARA di majlis orang. Kalau nak makan kita boleh bagi. Belanja makan small matter ma. Tapi kalau nak datang cari gaduh takan kita nak pelawa pula.

PERGILA MAMPOS.


Daripada 20 orang tue, 6 dari mereka ditahan oleh PDRM setelah laporan dibuat. Kerana didapati bertindak secara berlebihan dan agresif. Cubaan berunding telah dilakukan. Namun mereka berdegil. Siap bawa cat lagi. Apa jadah nak dengki kat orang sampai nak simbah2 cat pula? BODOH GILA. Ini bukan cara yang betul untuk berjuang bagi mewakili UMNO mahupun BN. Atau memang ada arahan langsung dari NAJIB agar timbulkan huru hara?

Bila fikir2 balik aku rasa tak aneh kenapa MUHYIDDIN tahu akan berlaku huru hara pada PRU - 13 selepas parlimen dibubarkan. Boleh jadi dia la kepala kepada huru hara yang akan berlaku kelak. Kot je la. Bayangkanlah, kita minta bukti sampai sekarang dia tak bagi2. Dan kalau kita perhatikan setiap insiden2 yang berlaku eh umno dan bn la dalang disebalik huru hara itu semua.

Jadi tak mustahil huru hara akan datang juga adalah didalangi oleh TPM kita. Gunakan satu batu bunuh dua ekor burung. Dia nak tembak PR dan Najib dalam masa yang sama. Yelah, kalau berlaku huru hara orang takan blame Muyiddin. Dia tipiem ma. Orang mesti direct blame najib. Tension lagi najib dibuatnya. 

Najib ko ahti2 sikit. Aku tengok Muhyiddin sekarang dah lain macam. Kalau dia berpakat 3 orang, Mahathir, Muhyiddin dan Hishamuddin, habislah la kau Najib. Habis. Say babai je la to jawatan PM tue.

KAH KAH KAH



SAMSENG-SAMSENG UMNO YANG KENA CEKUP KERANA GANGGU KACAU PROGRAM PKR DISABAH


Lihatlah betapa kecut dan menikusnya samseng-samseng upahan UMNO apabila kena cekup oleh AMK dengan bantuan pihak polis semasa mereka cuba buat ganggu kacau satu program di Kota Kinabalu, Sabah, petang tadi, 24hb Mac 2013...Sebiji seketul macam tikus kena simbah air panas..Tunduk ketakutan.. Kalau tidak bukan main garang dan berlagak lagi...Ingatkan hebat sangat!!!

Bila kena cekup tahu pula kecut perut..Tapi jangan salahkan mereka.. Itulah sebenarnya peribadi juak-juak UMNO..Belum kena buku dengan ruas dialah hero. Bila dah kena cekup, senyap terus!!!!

Masa kena cekup ketua-ketua mereka pun hilang lesap tak nampak batang hidung.

Syabas kepada PDRM kerana bersikap profesional dalam melaksanakan tugas dan juga AMK yang bertindak pantas dan berani membantu pihak PDRM dalam menagkap para penyangak upahan UMNO ini.
 

Bekas IGP: Pertingkat risikan di perairan Sabah

Penambahan aset dan jumlah anggota keselamatan di Lahad Datu, Sabah mampu melindungi kawasan itu daripada dibolosi penceroboh di masa depan, kata bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.
Beliau berkata tindakan meletakkan kawasan itu dalam kawalan keselamatan yang ketat membolehkan semua aset keselamatan ditumpukan di sana.

Ketika menyampaikan ceramah umum bertajuk "Lahad Datu: Negara Terjajah, Aqidah Tergadai, Siapa Dalang" di Klang malam tadi, Musa turut menyarankan tindakan risikan oleh pasukan penguatkuasaan dipertingkatkan di kawasan perairan Sabah bagi mengelakkan insiden pencerobohan berulang.

Katanya semasa pasukan polis marin ditempatkan di setiap pulau di Sabah, pasukan keselamatan itu turut menjalankan risikan bagi mendapatkan maklumat mengenai penceroboh.

"Tetapi apabila Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ditubuhkan khidmat polis marin di kawasan itu dihentikan...APMM lebih bertumpu kepada perikanan, pertanian dan sebagainya tetapi kurang dalam risikan," katanya.

Al Fatihah : Catatan peribadi mengenali Dr Bouti

Nik Nasri Nik Malek,

Tiada siapa menyangka Dr Muhammad Said Ramadhan al-Bouti akan meninggal dunia dengan cara dibom tetapi penuh misteri. Pelbagai cerita, berita, pandangan diberi. Macam-macam pendapat tentang siapa yang mengebom atau membunuhnya dan mereka di dalam masjid Iman dengan pelbagai versi. Namun, hakikatnya taqdir Allah jua yang mengatasi. Barangkali ada hikmah tersembunyi. Boleh jadi juga niat Dr Bouti yang benar dengan Ilahi. Tiada siapa yang mengetahui. Namun, kebenaran tetap akan terbongkar nanti.

Saya tidak yakin pengeboman dibuat oleh anasir FSA atau aktivis revolusi. Kalau masih ada iman di dalam dada tidak tergamak membunuh diri dan membunuh ulama sedang mengajar dan muridnya yang mengaji. Tidak mustahil kalau diandaikan talibarut regim Basyar yang membuat operasi. Tidakkah Dr Bouti berada dalam kawalan ketat di Damsyik yang tidak mudah anasir FSA menyelinap masuk membawa bom pada diri? Apatah lagi apabila dikatakan Dr Bouti sudah mempunyai kecenderungan untuk tidak menyokong Bashar lagi.

Saya kenal Dr Muhammad Said Ramadhan al-Bouti melalui buku dan karyanya yang dibaca dan dibeli. Pelbagai kitabnya dalam pelbagai jurusan masih banyak tidak dibaca disimpan dalam almari. Kitab Fiqh Sirahnya diterjemah dalam bahasa Melayu saya jadikan teks kuliah Maghrib di Masjid Sultan Mizan, Kerteh dan dikupas selama 7 tahun menelusuri sirah Nabi. Ketika belajar di Jordan, saya sentiasa menonton TV Syria yang boleh dicapai dari Jordan mengikuti kuliah Dr Bouti di TV. Dalam kesempatan ke Syria (Kembara Ilmu 14), saya pernah solat Jumaat di masjid berhampiran rumahnya mendengar khutbah Jumaat dari mulutaya sendiri. Di Masjid Jenghiz Khan di tengah Damsyik, beliau mengajar kitab Fiqh Sirahnya dengan kehadiran melimpah dan Alhamdulillah saya pernah hadiri. Keset syarah kitab Hikam saya beli berjumlah lebih 200 buah dan sehingga kini masih tersimpan tak habis dengar lagi. Barangkali dari keset itu kemudiannya jadi kitab berjilid sekarang yang boleh dibaca dengan huraian menarik dan mudah sekali.

The Oracle of Syed Putera Speaks Again!

Part 1.
Tun Daim has given an interview to the Sunday Times. He will give a few more. The next one will be with Utusex Malaysia. The paper that loves to be sued. The ‘conclusions’ from the interview will the same as in Sunday Times.
Daim has been asked to endorse Najib. But I will tell you a different story. I too have met up with Daim’s alter ego, the Oracle of Syed Putra quite recently. I therefore appear to enjoy the same stature as the UMNO owned presses. 
And I can tell you who from the NST group was responsible for getting the elusive Daim to give interviews to UMNO controlled media. That guy must be pleading with Daim. I hope that person makes it to the top if the person can avoid being waylaid by more distinguished and cool journalists. But I will not name names because one of them was once upon a time accused as being a national threat. As a result the person lost the chance of becoming press secretary to Muhyidin. The job instead went to a parroting jezebel.

PRU13 : Agenda huru hara dirancang parti yang takut hilang kuasa

KUALA LUMPUR 24 Mac: Hanya parti politik yang takut kehilangan kuasa akan merancang agenda untuk melakukan huru hara ketika pilihan raya umum (PRU), kata Pengarah Pilihanraya KEADILAN Selangor, Borhan Aman Shah.
“Pihak yang takut kalah itu sebelum ini berpaut dengan 3M untuk terus berkuasa iaitu Money (wang), Media dan Machinery (jentera).
“Selepas duit dan media gagal mengembalikan sokongan rakyat kepada mereka, maka jentera seperti samseng akan digunakan untuk membuat kekecohan ketika PRU nanti,” katanya mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Abdul Aziz dalam laporan media hari ini mendakwa suruhanjaya itu mengesan usaha pihak tertentu menimbulkan kekecohan di tempat mengundi dalam PRU ke-13.
Pengerusi SPR itu mendakwa demikian berdasarkan nota diterimanya, berhubung panduan menimbulkan protes kesahihan kertas undi.
Mengulas lanjut, Borhan menasihati suruhanjaya itu agar menangani khabar angin itu secara bijaksana kerana dibimbangi akan menakutkan pengundi.
“SPR sebaliknya perlu bertindak proaktif bagi membasmi kejadian seumpama itu,” ujarnya ketika dihubungi.

Teng kesal hadir di himpunan dengan PERKASA...ha..ha..Gerakan kena kencing dengan PERKASA..!!!!

Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow berkata beliau berasa kesal kerana menghadiri satu perhimpunan yang turut melibatkan kumpulan pendesak hak Melayu PERKASA hari ini.
Teng memberitahu wartawan bahawa beliau tidak akan menghadiri perhimpunan itu sekiranya mengetahui mengenai penglibatkan PERKASA.

“Jika mereka mahu dakwa mereka anjur perhinpunan ini, apa saya boleh buat? Saya sudahpun sampai di sini,” kata Teng ketika ditanya mengenai sebab beliau menghadiri acara tersebut.

“Jika mereka mahu menyelinap masuk, apa saya boleh buat? Saya tidak akan berada di sini jika saya tahu PERKASA adalah sebahagian daripadannya, kata Teng yang juga ketua parti GERAKAN Pulau Pinang.

Teng merupakan antara pemimpin BN yang dilihat hadir di Himpupnan Rakyat Bersatu Pulau Pinang di Padang Kota Lama, anjuran 120 NGO termasuk PERKASA.

SIAPA YANG AKAN MENYEBABKAN MALAYSIA BANGKRAP?

Apabila PR mengeluarkan Manisfesto Harapan Rakyar dengan meletakkan 4 asas utama tawaran kepada rakyat iaitu Pendidikan Percuma, Penurunan Harga Minyak, Penghapusan Tol, Penurunan Harga Kereta dan lain-lain dengan pantas BN mendakwa negara akan bangkrap jika cadangan itu dilaksanakan oleh Malaysia.

Tetapi tanpa mereka sedar bahawa Malaysia sekarang berada di atas landasan yang betul untuk menambahkan hutang, membiarkan rasuah dan penyelewengan kuasa, kronisma, ketirisan wang negara dan sebagainya. Yang ini mereka tidak pula kata Malaysia akan bangkrap...... pelik dan ajaib .........

Hutang negara meningkat menjadi RM502 bilion tahun lepas, indeks rasuah merudum, pertumbuhan ekonomi tidak menggalakkan, ketirisan wang negara semakin parah dan sebagainya. Semua data ini bukannya diambil di kedai Mamak atau tepi longkang tetapi ia dikeluarkan Ketua Audit Negara dalan laporan tahunannya serta angka-angka rasmi yang dikeluarkan oleh agensi kerajaan dan antarabangsa.

Dengarlah Nasihat Tok Guru : Tindakan Anggota PAS Mahu Tanding Calon Bebas Boleh Pecah Belahkan Pembangkang

KOTA BAHARU: Tindakan seorang anggota PAS yang mahu menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Guchil adalah tindakan yang boleh memecahbelahkan pembangkang, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Nik Abdul Aziz nyata kecewa dengan tindakan Ketua PAS cawangan Guchil Hulu, Kuala Krai, Muhamad Bustaman Yaacob yang mahu bertanding menentang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), di samping calon Barisan Nasional (BN) di DUN itu.
"Kalau orang sini tanding Bebas, DAP jugak akan tanding Bebas kalau dia tak setuju bagi kerusi kepada orang PAS. Kawasan yang diberi kepada PAS tapi DAP tak setuju maka dia bertanding Bebas. Tak jahanam habis.
"Kerusi bagi kepada PAS tapi DAP tak setuju. Apa erti kita berjemaah," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Pulau Melaka di sini.
Akhbar Sinar Harian pada Ahad melaporkan tindakan Muhamad Bustaman itu kerana tidak puas hati dengan ADUN Guchil ketika ini, Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria yang dikatakan gagal menepati semangat Pakatan Rakyat.
Muhamad Bustaman dilaporkan berkata keputusan itu dibuat selepas ramai anggota PAS di peringkat akar umbi yang mahukan dia bertanding dalam situasi di DUN itu ketika ini.
Tindakan Muhamad Bustaman itu dilihat sebagai pergolakan gabungan itu terutama di Kelantan yang kini kian serius sehingga PAS dilaporkan akan melakukan Bai'ah (aku janji) agar penyokong parti itu tidak berpaling tadah untuk mengundi selain calon PAS, PKR dan DAP.

Anwar: 'Tak kisah dilabel ejen, yang pentingnya saya bela rakyat'

RAWANG - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak bimbang diserang atau dilabel dengan pelbagai gelaran termasuk sebagai ejen pihak-pihak tertentu, sebaliknya bertekad untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) demi rakyat.
Ketua Pembangkang ini mendakwa banyak dikaitkan dengan perkara tidak sihat seperti ‘kaki liwat’, ejen Israel dan Amerika, terbaru dikaitkan mempunyai kaitan dengan keganasan di Lahad Datu.

Anwar berkata, matlamatnya adalah mengubah struktur politik dan mengubah sistem media negara yang disifatkan dikongkong oleh segelintir pihak.

Menurutnya, selepas PR menawan Putrajaya, pihaknya tidak akan membalas dendam ke atas individu yang menjatuhkannya.

“Saya dah maafkan mereka, walaupun hati marah tetapi tidak akan membalas dendam dan menyalah guna kuasa.

“Saya mahu menang kerana dikasihi rakyat seterusnya kemenangan itu diberkati tanpa perlu mengaibkan orang lain,” kata beliau di hadapan 2,000 penyokong PR yang hadir di ceramah jelajah merdeka rakyat di Bandar Tasik Puteri, malam tadi.

PRU13 : Pendedahan Global Witness hanya sebahagian kecil rampasan tanah

nazaKUALA LUMPUR 24 MAC: Pendedahan rakaman Global Witness berkaitan rampasan tanah dan penyalah guna kuasa yang dilakukan Tan Sri Taib Mahmud baru-baru ini, hanya sebahagian kecil kezaliman Ketua Menteri Sarawak itu.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Ahmad Nazib Johari, berkata rakaman itu hanya mendedahkan urus niaga membabitkan Singapura sedangkan Taib Mahmud juga diyakini mengadakan urusan sama Hong Kong dan Jepun.
“Urus niaga itu bertujuan mengelak cukai perolehan tanah seperti yang didedahkan Global Witness. Nilai wang haram yang mengalir keluar bukan sedikit tetapi cecah bilion ringgit.
“Jenayah kewangan seperti inilah punca kejatuhan ekonomi negara. Taib Mahmud patut sudah lama ditumbangkan kerana ia bukan sahaja merosakkan pertumbuhan ekonomi tetapi juga menggadai hak tanah peribumi,” katanya kepada Keadilan Daily.

PRU13 : Ketua Cabang Putrajaya tanding Parlimen Sembrong....Hisham mana lu mau lari....!!!

IMG_5609SEMBRONG 24 MAC: Ketua Cabang KEADILAN Putrajaya, Onn Abu Bakar akan bertanding di Parlimen Sembrong, Johor pada PRU 13, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifudin Nasution Ismail.
Pengumuman dibuat pada Majlis Minum Petang Bersama Saifudin Nasution dan Salahudin Ayub anjuran Pakatan Rakyat Parlimen Sembrong dan NGO Gabungan Tuntutan Rakyat Johor (TRJ) yang dihadiri hampir 800 penyokong.
Hadir sama, Naib Presiden PAS Pusat, Datuk Salahuddin Ayub dan Setiausaha Pemuda DAP Pusat, Tan Hong Tim.
Bercakap kepada Keadilan Daily, Onn yakin dengan prestasi KEADILAN di Sembrong untuk mencatat kemenangan sekali gus membantu hasrat Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

PRU13 : Kit Siang guna lambang PAS, Umno hilang punca


KUALA LUMPUR: Kesediaan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang bertanding menggunakan lambang PAS menyebabkan Umno BN semakin hilang punca.

Jika sebelum ini, Umno BN sering menggunakan senjata perkaumannya meyerang Pakatan Rakyat khususnya dalam isu kebersamaan PAS dan DAP, namun dengan kenyataan terbaru Kit Siang itu membuatkan Umno mati akal.

“Umno cuba pecah belahkan Pakatan Rakyat dengan isu perkauman tapi bayangkan jika Lim Kit Siang bertanding dengan lambang PAS. Kita mahu tengok apa lagi hujah Umno untuk dimainkan. Umno hendak cakap apa lagi?

“Kalau pilih (lambang) PKR, ini biasa sebab KEADILAN parti berbilang kaum tapi pemilihan guna lambang PAS pasti beri kesan luar biasa,” kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dipetik KeadilanDaily.

Beliau berkata demikian dengan disambut tepukan gemuruh hampir 10,000 penduduk tempatan pada Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Melayu Majidee, Jphor Baharu malam tadi.

Kit Siang semalam membayangkan kesediaan itu jika Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatal pendaftaran DAP sekaligus menghalang parti itu bertanding PRU 13.

PRU13 : Menteri KDN jangka lebih banyak gangguan di ceramah...!!! Akhirnya sendiri mengaku...sejarah "samseng politik" ada pada UMNO...!!!!

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyatakan kebimbangan bahawa gangguan yang dikesan acara ceramah politik mungkin akan bertambah buruk menjelang pilihan raya umum.
Katanya, beliau maklum bahawa jumlah polis yang bertugas di lapangan tidak memadai namun kerajaan akan mengerahkan sumber dari agensi berbeza untuk memastikan pilihan raya umum berlangsung dengan selamat.

“Saya nampak ia bertambah buruk dan cara untuk menanganinya adalah (agar) semua pihak terlibat (bekerjasama).

“Saya tahu polis sudah merancang untuk memastikan proses pilihan raya umum berjalan dengan selamat tetapi polis di lapangan tidak pernah cukup,” kata Hishammuddin ketika menghadiri satu perhimpunan Pemuda BN di Gombak, Selangor hari ini.

Maka, pertubuhan sukarela seperti RELA dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia akan ditugaskan untuk mengawal keadaan, katanya.

PRU13 : Daim gesa Najib perangi rasuah, jenayah serta gugurkan pemimpin sudah sampai ‘tarikh luput’....Nasihat seekor bapak penyamun 1 Malaya...!!!

KUALA LUMPUR, 24 Mac — Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin menyeru Datuk Seri Najib Razak untuk berusaha memerangi rasuah dan jenayah, memperkukuhkan keselamatan negara dan menyemak semula sistem pendidikan.
Ahli politik berpengaruh itu berkata, rakyat Malaysia tidak akan mempercayai angka atau kenyataan pemimpin negara jika mereka sendiri tidak merasa selamat.
"Tentang keselamatan negara, setiap hari dalam media dan televisyen, terdapat laporan pembunuhan dan jenayah," kata Daim (gambar) dalam wawancara bersama New Sunday Times hari ini.
"Anda kata negara selamat, tetapi jika rakyat tidak merasa selamat, mereka tidak akan percaya kepada anda tidak kira apa pun statistiknya," tambah beliau.
Daim juga berkata Najib perlu merombak Kabinet kerana masih terdapat pemimpin-pemimpin yang sudah melepasi "tarikh luput".
"Bawa masuk muka-muka baharu. Rakyat berpendapat beliau mengekalkan terlalu banyak "orang lama" dalam Kabinet. Kebanyakan mereka sudah melepasi "tarikh luput"," katanya.
Menggesa pengundi agar memberi peluang kepada Najib untuk lima tahun lagi, veteran Umno itu berkata:
"Uji beliau. Berikan beliau mandat. Beliau telah melakukan tugasnya dengan begitu baik. Biar beliau melaksanakannya dan meneruskan dasar-dasar transformasi beliau."

Pencerobohan Sabah: Mayat 2 dewasa dan 2 kanak-kanak rakyat asing ditemui, seorang askar cedera

LAHAD DATU, 24 Mac — Empat mayat dipercayai rakyat asing ditemui di dalam sebuah rumah di Kampung Tanjung Batu selepas pasukan keselamatan bertempur dengan pengganas militan semasa operasi penggeledahan di kampung itu, hari ini.
Pertempuran pada pukul 9.15 pagi itu turut menyebabkan seorang anggota tentera cedera di paha kanan akibat terkena tembakan musuh, kata Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
Beliau berkata, insiden itu berlaku selepas pasukan keselamatan menjejaki dua musuh yang memasuki sebuah rumah berhampiran dan berlaku tembak menembak sehingga mencederakan anggota itu.
"Berlaku beberapa minit pertempuran di situ, dan semasa pertempuran pasukan keselamatan mendapati seorang musuh telah lari dari rumah itu menghala ke sebuah rumah di sebelah sebelum bertindak membakar rumah berkenaan.
"Pasukan keselamatan kemudiannya melepaskan tembakan bagi membersihkan rumah yang mula-mula dimasuki dua pengganas itu sebelum memasukinya dan menjumpai empat orang mati ditembak," katanya pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16 di sini hari ini.
Zulkifeli berkata, mayat itu terdiri daripada seorang lelaki dan wanita dewasa serta seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan. Tiada pengenalan diri ditemui.

PRU13 : Manifesto Pakatan Sabah janji hukum mereka yang terlibat dalam ‘Projek IC’

KUALA LUMPUR, 24 Mac — Pakatan Rakyat (PR) berjanji mahu menghukum mereka yang terlibat dalam "Projek IC" sebagai manifesto pilihan raya untuk Sabah, dan menggunakan kemarahan berdekad penduduk asal ke atas mereka yang terlibat memberi kad pengenalan kepada pendatang asing.
Pakatan pembangkang itu berkata inkuiri Suruhanjaya Diraja (RCI) yang ditubuhkan pentadbiran Najib seharusnya perlu mempunyai syarat memastikan panel mempunyai kuasa menghukum mereka yang terlibat dalam inisiatif kontroversi itu.
"Kita akan menguruskan RCI yang lebih komprehensif untuk menyelesaikan masalah kedatangan pendatang haram di Sabah, bukan hanya membersihkan sistem kewarganegaraan dan memastikan hanya yang benar-benar layak sahaja dibenarkan mendapatkan kewarganegaraan, tetapi mereka yang terlibat dengan Projek IC akan dihukum," kata pakatan tersebut dalam manifestonya yang dimuatturun dari online.
Janji itu dikeluarkan selepas Sabah masih lagi terkejut dengan pencerobohan yang berlaku oleh sekumpulan militan Filipina ke negeri mereka, insiden yang dikaitkan dengan "Projek IC".
Militan seramai 200 orang itu mendarat di Lahad Datu pada 9 Februari, dan menggunakan laluan yang digunakan oleh penduduk selatan Filipina yang beragama Islam ke utara Sabah.

KM Pulau Pinang Yakin Kemampuan Kontraktor Tempatan Bina Terowong Bawah Dasar Laut

HUDUD: BN tak akan laksanakan, batal iman Najib

Pantun 4 Kerat untuk Pendeta UMNO

BODO : Mak aku pun tak bagi RM500 - Ust Azhar Idrus

Saya sayang parti Islam- Beh Hen Kin

RCI Sulu mesti siasat kegagalan risikan akibat campur tangan politik, kata Kit Siang

KUALA LUMPUR, 24 Mac ― Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) berkenaan dengan pencerobohan militan Sulu mesti melibatkan penyiasatan terhadap kelemahan kawalan keselamatan dan apakah campur tangan politik dalam operasi ketenteraan telah menyebabkan kehilangan nyawa rakyat Malaysia, kata penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini.
Ahli politik veteran itu berkata misteri masih menyelubungi tentang mengapa pasukan tentera Malaysia mengambil masa 23 hari sebelum melancarkan serangan kepada militan Filipina, memberikan masa cukup untuk kumpulan tersebut menyusun tentera mereka dan bergerak dengan selesa di Kampung Tanduo, Lahad Datu.
“Mengapa pelbagai agensi tidak menghalang pencerobohan kumpulan bersenjata Suluk pada 9 Febuari,” kata Lim (gambar) dalam satu kenyataan di sini sambil mencadangkan terma rujukan untuk panel, yang beliau katakan harus mulakan siasatan selepas Pilihan Raya 2013.
Sekumpulan 235 militan Filipina, diketuai oleh adik kepada lelaki mendakwa dirinya Sultan Sulu Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram, tiba di Lahad Datu pada 9 Febuari selepas berjaya meloloskan diri dari kawalan keselamatan ke Sabah berhampiran dengan Selatan Filipina.
Di Kampung Tanduo, kumpulan bersenjata mendirikan khemah, memberitahu penduduk kampung agar tidak bimbang oleh kerana mereka hanya mahu menuntut kembali hak Sultan Sulu ke atas Sabah.

Malaysia Kita : Politik seks

Kamarulzaman Abdullah

 Sekali lagi kita digemparkan dengan video pendedahan mengenai aktiviti seks seorang ahli politik.

Heboh seluruh negara dengan video tersebut.
Media arus perdana memainkan isu ini sepanjang siang dan malam.
Mungkin mereka (baca: media) terlupa anak-anak kecil yang sedang membesar turut menonton warta berita di televisyen.
Penat lelah golongan ibubapa apabila diminta menjelaskan mengenai “liwat”, “sodomi” dan “China Doll”.
Kerajaan kelihatan “seronok benar” kerana mungkin akan mendapatkan keuntungan politik daripada pendedahan mengenai aktiviti seks ini tanpa memikirkan kesan jangka panjang terhadap masyarakat.
Cuba fikirkan, apa kena mengena aktiviti seks seseorang dengan kehidupan masyarakat?
Jika benar sekalipun, mengapa pekung seseorang itu mahu dihebahkan semata-mata untuk mendapatkan keuntungan politik?
Bukankah aktiviti seks itu hak peribadi dan tiada kena mengena dengan permasalahan orang ramai?
Rakyat Malaysia perlu jelas mengenai perkara ini.
Masalah moral biarlah diuruskan oleh individu itu sendiri dan bukan tugas negara untuk menguruskannya.
Sudah sampai masa Malaysia melangkah setapak lagi ke hadapan untuk menjadi lebih matang.
Pisahkan urusan peribadi dengan permasalahan orang ramai.

‘People want to know who killed Altantuya’

Mat Zain says people want to know who instructed her murder just as much as they want to know who is behind the Sabah armed incursion.
PETALING JAYA: The government should probe into the drafting of former private investigator P Balasubramaniam’s second statutory declaration (SD II) regardless of whether there is new evidence or not, said former KL criminal investigation department (CID) chief Mat Zain Ibrahim.
He said this was because the police are entitled to conduct fresh investigation as long as there was a new report lodged on the case and the people’s demand to know the real perpetrators behind the murder of Mongolian national Altantuya Shaariibuu.
In an open letter to Inspector-General of Police Ismail Omar today, Mat Zain said all efforts to investigate the armed incursion in Lahad Datu, Sabah will do no good to Prime Minister Najib Tun Razak unless he was cleared from involvement in Altantuya’s murder.
“Despite Najib being set to announce a Royal Commission of Inquiry (RCI) to investigate the matter pertaining to Sabah’s Project IC and armed invasion to Lahad Datu, it will not give any meaning if Najib himself is not cleared of allegations that he was involved in the Altantuya murder or other criminal misconducts.

Pakatan unveils unique manifesto for Sabah

A higher learning institution to be known as Universiti Kinabalu as well as a new independent television station called TV Sabah is also promised in the manifesto.

KOTA KINABALU: Pakatan Rakyat coalition members in Sabah have sidestepped the delicate matter of who will be their candidate for the Chief Minister’s post should Pakatan unseat the Barisan Nasional government in the coming state elections.
“It’s too early to decide right now … we will decide after the outcome of the elections. This matter is not really important at all, the most important is asking the people to give us a chance to govern for one term,” Sabah DAP chairman Jimmy Wong said Saturday.
Speaking at a news conference held here in conjunction with the unveiling of Pakatan manifesto for Sabah, he said that the coalition members had identified their candidates for the 60 state and 25
parliamentary constituencies but would not announce them immediately.
Wong downplayed a separate manifesto by its partner Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) saying it had been incorporated in the ‘People Manifesto: Pakatan Harapan Rakyat Sabah’.
The opposition coalition’s manifesto contains policies that focus on Sabah and its people and was presented by PKR Sabah chief Ahmad Thamrin Jaini, Angkatan Perubahan Sabah leader Wilfred Bumburing, PPPS leader Lajim Ukin.

PRU13 : Lagi cepat ROS haramkan DAP lagi bagus... !!! Ada Berani..???

Memang Umno BN gila la kalau depa benarkan ROS batalkan pendaftaran DAP sebelum PRU13 ni yang mengakibatkan Lim Kit Siang bertanding menggunakan lambang PAS.

Tiga hari lepas Utusan melaporkan:
KUALA LUMPUR 21 Mac - Pendaftar Pertubuhan (ROS) didesak untuk segera membatalkan pendaftaran DAP berikutan kedegilan parti tersebut mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC).

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, adalah mustahil DAP akan bertindak 'telus' dengan mengadakan pemilihan semula tanpa arahan tegas ROS.

"ROS perlu bertindak adil dan cepat, DAP fikir mereka kebal dengan undang-undang dan tidak perlu bertanggungjawab isu salah kira undi pada pemilihan lepas. Mereka memang angkuh. - Utusan

Aku langsung tak percaya ROS akan berani batalkan pendaftaran DAP macam yang bekas Naib Pengerusi DAP tu mau. Tambah-tambah bila Lim Kit Siang bagitau apa plan dia kalau betul DAP dibatalkan pendaftaran dan tak boleh digunakan masa PRU13 nanti.

Semalam Malaysiakini melaporkan:
Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata, beliau mungkin bertanding menggunakan lambang PAS dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan partinya ekoran kesilapan dalam pemilihan pada tahun lalu.

Sulu RCI must dissect military intel lapse, Kit Siang says

Ten security personnel have lost their lives in the days following the Sulu invasion of Lahad Datu. — File picKUALA LUMPUR, March 24 ― The royal inquiry on the Sulu invasion must include an examination of Malaysia’s lax border security and whether political interference in military operations had caused the loss of Malaysian lives, DAP adviser Lim Kit Siang said today.
The veteran politician said a cloud of mystery still shrouded why it took the Malaysian armed forces 23 days to launch their attack on the Filipino militants, allowing the group enough time to organise their forces and settle comfortably in Lahad Datu’s Kampung Tanduo.
“Why did the various agencies not to stop the intrusion of the Suluk armed men on February 9?” Lim said in a statement here as one of his suggested reference terms for the panel, which he said should only commence its probe after Election 2013.
A band of 235 Filipino militants, led by the brother of self-proclaimed Sulu “Sultan” Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram, landed in Lahad Datu on February 9 after navigating the loosely guarded 40-minute sea passage from the Philippines’ “southern backdoor” to Sabah.

PRU13 : Tauke judi, arak bersama Umno BN reka fitnah demi pertahan kuasa

JMR  taman tasik puteri (2)RAWANG 24 MAC: Pimpinan Umno BN akan melakukan apa sahaja muslihat untuk mempertahan kuasa kerana mereka mahu terus mengekalkan kekayaan masing-masing yang dibolot dari rakyat , kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Justeru, Ketua Umum KEADILAN itu mengingatkan perjuangan rakyat bukan semudah yang disangka kerana Pakatan Rakyat melawan tauke besar dan pelbagai agensi kerajaan yang diperalat mereka.
“Kita lawan siapa? Mereka ini golongan terkaya, korporat puluh-puluh bilion. Kita lawan bank terbesar di Malaysia, tauke besar, tauke judi, dengan syarikat arak terbesar, San Miguel yang ahli keluarga (Dr) Mahathir (Mohamad) punya.
“Mereka akan guna cara muslihat apa sahaja. Fitnah ada macam-macam. Ingat dulu, tahun 1998 (air) mani atas tilam, 2008 (air) mani di dalam. Aduhai, tapi ada juga yang percaya. Hanya kemudian dibuktikan (ia) fitnah sampai bapa Saiful Bukhari pun datang sokong kita.
“Selepas itu, gambar perut buncit, kemudian tukar pula perut kempis. Sekarang saya pun tak berani komen, cakap nampak muscle (berotot) lebih, nanti dibuat satu lagi (gambar/video) ada muscle pula,” katanya.
Beliau berkata demikian depan ribuan rakyat pada Jelajah Merdeka Rakyat di Bandar Tasik Puteri di sini, Jumaat lalu.

Stadium Gema Wehdah | Haflah Ilmu Anak Muda Kelate 2013

Dr Hasbullah : UMNO Pengkhianat Agama dan Melayu?


Buku Jingga Tak Betul : Najib terpaksa serah 1,000 permit teksi dengan pilihan raya semakin hampir

PUTRAJAYA, 24 Mac — Putrajaya menyerahkan 1,000 permit teksi individu hari ini dan menjanjikan lebih lagi yang mana Datuk Seri Najib Razak berkata ianya merupakan bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) menunaikan janjinya.
Pengumuman itu dibuat sebagai sebahagian daripada usaha pentadbirannya untuk meraih sokongan 700,000 pengundi daripada kelompok pemandu teksi diseluruh negara yang marah dengan kelewatan pembaharuan dalam industri tersebut.
“Apa yang saya janjikan? Saya berjanji permit teksi individu. Walaupun banyak syarikat memberi pekerjaan, namun ada yang mengeksploitasinya.
“Ini satu lagi janji ditepati kerajaan,” kata Najib kepada 5,000 pemandu teksi dalam satu majlis di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini.
Sistem sewaan sedia ada yang mana teksi dikehendaki membayar setinggi tiga kali pendapatan mereka kepada syarikat yang kebiasannya dikaitkan dengan politik yang digambarkan sebagai “perhambaan alaf baru.”

PRU13 : Anwar tak popular kerana pertikai DEB, kata Dr M...!!! Persatuan Batu Api 1 Malaya..!!!

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir berkata bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mengikut tuduhan Barat apabila mendakwa Dasar Ekonomi Baru (DEB) hanya menguntungkan kroni Umno".
Malah, tindakan Anwar yang mempertikaikan DEB itu juga menjadikan ketua pembangkang itu tidak popular, kata Mahathir dalam tulisannya bertajuk 'Kenapa perlu benci sesama Melayu' yang diterbitkan Mingguan Malaysia hari ini.
"Apabila penentang DEB luar negeri, khususnya orang Barat, menuduh DEB hanya menguntungkan kroni Umno, maka Anwar segera memeluk tuduhan ini dan dan menuding jari ke arah beberapa orang Melayu yang berjaya sebagai bukti yang DEB hanya menguntungkan kroni pemimpin kerajaan sahaja," tulis beliau dalam rencana itu.

Beliau turut mempertahankan ahli perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, yang menurutnya menjadi sasaran tuduhan Anwar setiap hari.

"Hari-hari ditujukan tuduhan kepada Syed Mokhtar sebagai kroni.

"Bahawa semua bilionair bukan Melayu juga mendapat sokongan dari kerajaan tidak disebut sebagai kroni," katanya.

PRU13 : Rayu beri Najib peluang, kata bekas menteri kewangan..!!! Persatuan Penyamun 1 Malaya...!!!

Daim turut menegaskan kerajaan perlu jelaskan kepada rakyat bahawa mereka serius dalam membanteras rasuah. – Gambar fail
KUALA LUMPUR, 24 Mac — Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu merombak barisan Kabinetnya dan menggantikan muka baru kerana kebanyakan pemimpin dalam Kabinet yang diterimanya daripada bekas perdana menteri sebelum itu telah melepasi tempoh perkhidmatan mereka.
“Najib perlu merombak Kabinet, bawa masuk muka baru. Orang rasa beliau membawa beban yang besar dalam Kabinetnya. Kebanyakan mereka telah melepasi tempoh perkhidmatan,” kata Daim dipetik akhbar The Sunday Times hari ini.
Daim juga turut berkata Najib perlu diberikan peluang dan tempoh lima tahun pemerintahannya adalah ujian dan beliau harus diberikan mandat.
“Biar beliau laksanakan dan meneruskan polisi transformasinya,” kata Daim lagi dipetik akhbar berbahasa Inggeris berkenaan.
Daim turut berkata beliau lebih percayakan Najib berbanding ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Anwar jelasnya bukanlah calon yang layak untuk menjadi perdana menteri.
“Saya mahu Najib menang kerana Anwar bukanlah calon yang layak menjadi perdana menteri. Saya percaya beliau (Anwar) akan menghuru-harakan negara dengan menerima nasihat daripada IMF (Tabung Kewangan Dunia), Bank Dunia, dan Wolfowitz, (bekas Presiden Bank Dunia Paul Wolfowitz),” katanya lagi.
Najib bagaimanapun jelas Daim perlu menentang gejala rasuah dan jenayah serta mengukuhkan keselamatan negara termasuk semakan terhadap sistem pendidikan negara.

Taib salahkan Anwar isu video Global Witness

Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyalahkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu video dikeluarkan NGO antarabangsa Global Witness, yang mengaitkan ketua menteri Sarawak itu dan keluarganya dengan rasuah lesen pembalakan.

Taib dalam laporan Berita Minggu hari ini mendakwa Anwar dengan licik menggunakan hubungan dengan NGO antarabangsa bagi memburukkan kerajaan Sarawak di peringkat antarabangsa.

"Macam-macam isu ditimbulkan, isu berkenaan hutan Sarawak dikatakan semuanya gondol, tidak ada yang tinggal. Tetapi kita semua tahu ini semua tidak betul, apa sahaja BN buat tidak betul, beliau (Anwar) sahaja betul," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

Polis sahkan Datu Amir Bahar Hushin Kiram ditahan

LAHAD DATU, 24 Mac — Pasukan keselamatan hari ini mengesahkan panglima tentera Sulu yang ditangkap di Semporna semalam ialah Datu Amir Bahar Hushin Kiram.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lelaki berusia lewat 40-an yang juga menteri pertahanan Sulu itu bertindak sebagai panglima yang memberi arahan sejak pencerobohan di Lahad Datu 12 Feb lepas.
“Dia kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012,” katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.
Semalam, pasukan keselamatan menahan seorang pemerintah kumpulan penceroboh itu bersama isterinya di sebuah kawasan paya pada pukul 1.30 pagi.
Mengenai penduduk Kampung Tanduo yang dipindahkan, Khalid berkata pihaknya telah mencapai persetujuan bersama ketua-ketua keluarga dan ketua kampung itu untuk membawa mereka masuk ke kampung berkenaan Selasa ini.

KiniTalk: Wong Tack, the man behind the green movement

Anwar Ibrahim: Towards A New & Better Malaysia

Global Witness's : Full Report - Inside Malaysia's Shadow State

Sidang Media Ops Daulat (24 Mac 2013, 10.35am)

PRU13 : Politik perkauman BN dijangka makan diri

KUALA KURAU - Pendekatan Umno yang didakwa menggunakan politik perkauman dalam meraih undi Melayu dijangka memakan diri sekiranya spekulasi kerusi Dun Kuala Kurau bakal diserahkan kepada parti Gerakan menjadi kenyataan.

Adun Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari berkata, Umno seperti menjilat ludah sendiri jika benar kerusi Dun Kuala Kurau milik parti itu terpaksa diserahkan kepada Gerakan sebagai ganti kerusi Dun Pasir Panjang.

Menurutnya, Umno selama ini sentiasa memainkan peranan untuk mempengaruhi pengundi Melayu untuk menolak PKR dan Pas melalui pelbagai program anjuran mereka dengan mendakwa kuasa Ketuanan Melayu bakal hilang sekiranya negara ini dipimpin Pakatan Rakyat (PR).

"Umno sering mendakwa Pas dan PKR terdesak menawan Putrajaya sehingga terpaksa bekerjasama dengan DAP bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Rakyat memang nak bagi MANDAT kat hang NAJIB tapi sebagai KETUA PEMBANGKANG..!!!

Beri kami mandat 5 tahun lagi kerana 55 tahun yang lalu kita lupa untuk melakukan BR1M dan kita pasti jika kita diberi mandat 5 tahun lagi baru kita betul-betul boleh mufliskan negara. Percayalah saudara-saudari akan janji-janji manis saya berana saya bukan sahaja akan meneruskan pemberian BR1M setiap tahun, malah saya akan memberi kaum wanita Malaysia sebentuk cincin belian yang bernilai 24 juta seorang. 
Kerana saya akan pastikan kita duduk sama rendah dan berdiri tak tinggi-tinggi macam isteri saya. Saya berjanji dengan sungguh-sungguh yang tuan-taun dan puan-puan akan mendapat makanan yang berzat sebagaimana isteri saya lakukan. Tidakkah saudara melihat bagaimana sihatnya isteri saya hasil daripada pemerintahan saya. Saya akan pastikan kepada puan-puan, adik -kakak akan memiliki barang-barang kemas dan beg berjenama yang sama dimiliki oleh isteri saya.

Speaker's Corner: 5 mahasiswa UMS dibebas malam tadi

KUALA LUMPUR: Lima aktivis mahasiswa yang ditahan polis di bandar Labuan ketika mengedarkan risalah kepada orang ramai petang semalam dibebaskan jam 1.30 pagi tadi dengan jaminan polis.

Kelima-lima mereka ditahan kira-kira 10 jam di Balai Polis Labuan untuk soal siasat ekoran mengedarkan risalah dan mengadakan Speaker's Corner sempena Pelancaran Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) Sabah dan Labuan.

kelima-lima yang ditahan itu merupakan 3 siswa dan 2 siswi dari Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Pengerusi GM13, Syis Abdul Kadir berkata, episod penahanan tersebut tidak akan mematahkan semangat mereka untuk terus turun ke lapanagn masyarakat.

"Saya yakin gerakan ini tidak sesekali berundur walaupun diberi pelbagai tekanan dan sekatan. Untuk kebangkitan dari Borneo, Insya-Allah saya dalam proses penyusunan jadual untuk ke Sabah dan Labuan bagi pelancaran manifesto mahasiswa GM13 dalam masa terdekat ini," katanya dalam satu kenyataan.

Pemimpin Umno kuat untung pembelian senjata, peralatan tentera

KUALA LUMPUR: Isu skandal pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM7.3 bilion oleh kerajaan Malaysia benar-benar mencemarkan imej negara di mata dunia, apabila ia melibatkan komisyen berjumlah RM457 juta yang dibayar kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd yang dimiliki Abdul Razak Baginda.

Lebih memalukan lagi apabila isu rasuah sebegitu besar itu yang kini sedang dibicarakan di mahkamah Perancis tercetus ketika Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Pertahanan pada tahun 2002 lalu.  
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, pada 20 April 2012 lalu, Hakim Penyiasat (Paris Tribunal Instance), Roger Le Loire telah menerima tujuh saksi yang dinamakan Suaram iaitu Razak Baginda, Dato' Seri Najib, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi, Balasubramaniam, Jasbir Singh, Lodin Wok dan isteri Razak Baginda, Mazlinda Makhzan.
Menurut beliau, isu tersebut sangat penting dan memerlukan komitmen serta kehadiran Najib dan Zahid dalam perbicaraannya, tetapi keengganan mereka hadir ke mahkamah Perancis sehingga kini menimbulkan seribu tanda tanya, seolah-olah mereka ingin menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan rakyat.  

Malaysia Kita : Yang berjuang hak dihukum, yang ganas biadap dibiarkan


SEKUMPULAN mahasiswa memacak khemah di depan pintu gerbang Angkasapuri, Kuala Lumpur menuntut mahu berdebat dengan Perdana Menteri pada Jumaat 22 Mac lalu. Keberanian mereka menuntut hak dalam ruang demokrasi dibalas dengan tindakan polis mengheret mereka ke lokap.
Mereka yang sekadar berhimpun di sana tanpa membawa sebarang senjata dan dengan niat melawan kezaliman pemerintah diperlakukan seperti penjenayah. Diseret ke tanah, digari dan dibawa ke rumah pasung.
Pihak keselamatan begitu tangkas menangkap anak mahasiswa ini. Namun amat mengecewakan apabila mereka hanya berani dengan anak muda yang tidak punya banyak kekuatan atau daya upaya.
Pilih kasih?
Apabila samseng upahan UMNO melakukan keganasan, pihak keselamatan hanya sekadar menonton dari tepi jalan.
Sudah berapa kali bas jelajah Merdeka Rakyat diserang dengan batu, telur dan cat. Mana dia tindakan tangkas pihak keselematan ke atas petualang yang jelas melanggar undang-undang ini?
Lihat pula bagaimana Komtar yang menjadi pusat pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang diserang bertubi-tubi saban minggu, pintu kaca ditendang terajang dengan dilempar pelbagai ugutan dan ancaman. Mana dia ketangkasan pihak keselamatan?
Pencacai UMNO akan terus berkelakuan seperti beruk, dan kebiadaban mereka itu akan berterusan selagi pihak keselamatan tidak berani bertindak. Mungkin mereka fikir UMNO akan terus berkuasa sesudah pilihan raya umum akan datang.
Biadap ganas pecacai UMNO
Keegoan UMNO ini mesti diajar, seperti mengajar anak kecil yang biadab. Ada kalanya boleh dipujuk, boleh dibawa berunding. Namun ada kalanya juga perlu bertegas, dan dicubit supaya menyedari kedudukannya sebagai pekerja rakyat Malaysia.

PRU13 : Presiden MCA dicabar lawan DAP di Gelang Patah

PUCHONG, 24 MAC: Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dicabar bertanding di Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini melawan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang jika MCA benar-benar yakin mampu mempertahankan kerusi yang didakwa kubu kuatnya.
“MCA mendakwa Lim Kit Siang ‘lari’ ke Johor kerana tidak berkhidmat dengan baik di Parlimen
Ipoh Timur. Betulkah atau MCA sudah goyang, takut?
“Saya nak tanya MCA , ‘you’ jangan cakap banyak. Kalau berani, ‘you’ panggil Chua Soi Lek bertanding di Gelang Patah,” kata Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo pada majlis Makan Malam Mengumpul Dana DAP Puchong, di sini, malam tadi.

Politik Santa Claus : Jelajah pra pilihan raya Najib tamat, beri RM100j untuk projek Kuantan

KUALA LUMPUR, 24 Mac — Datuk Seri Najib Razak menamatkan jelajah kebangsaan pra pilihan rayanya malam tadi dengan memberikan peruntukkan RM100 juta untuk kerja pembinaan jalan dan tebatan banjir untuk menenangkan penduduk Kuantan yang masih kecewa dengan loji penapisan nadir bumi kontroversi Lynas di sana.
Jelajah Janji Ditepati perdana menteri bertujuan untuk menunjukkan pencapaian pentadbirannya bermula April lalu di Johor dan berakhir malam tadi di negeri kelahirannya. Jelajah kebangsaan itu digunakan untuk menjanjikan dana dan peruntukkan oleh gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN).
Najib juga menjanjikan RM3 juta untuk cadangan membina sekolah swasta Cina, Sekolah Menengah Chong Hwa, selain derma RM2 juta sebelum ini – dalam langkah dilihat untuk memenangi hati komuniti Cina di negeri tersebut.
“Apabila kita berjanji, kita selalu tunaikannya,” pengerusi BN memberitahu hadirin di Padang MPK2 di tengah bandar, perhentian terakhir jelajahnya.

Samseng Umno cuba kepung bas Jelajah Merdeka Rakyat

8da91cd893de11e2b01422000aaa05b1_7JOHOR BAHARU 24 MAC: Sekumpulan samseng Umno cuba mengganggu perjalanan bas Jelajah Merdeka Rakyat dengan mengepung kenderaan itu yang menuju ke Kampung Melayu Majidee di sini, malam tadi.
Perbuatan liar sekumpulan samseng bermotosikal itu dilakukan kira-kira 400 meter dari lokasi ceramah di kampung berkenaan, sekitar jam 11 malam.
Bagaimanapun, mereka dipercayai melarikan diri selepas menyedari kehadiran hampir 30 anggota polis berhampiran tapak ceramah.
Ketika berpidato depan hampir 10,000 penduduk tempatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat mengucapkan terima kasih kepada anggota polis yang mengawal keselamatan di kawasan itu.
“Terima kasih semua anggota polis yang datang, mereka pun tau dah ramai samseng (Umno),” kata Ketua Umum KEADILAN itu.

Hadi: 'Mahathir tahu penyakit dialami Umno'

MARANG - Amanat Tun Dr Mahathir Mohamad tahun lalu bahawa 'lebih baik berkawan dengan syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali’ adalah satu sindiran tajam supaya rakyat tidak lagi menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Demikian kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan menurutnya, walaupun ada yang berhujah bahawa perkataan ‘devil’ dan ‘angel’ dalam ungkapan asal Tun Mahathir, ia adalah satu metafora atau kiasan semata.

“Tetapi ia tidak menafikan hakikat bahawa Tun Mahathir sendiri telah membuat dua cabang kelas bahawa Umno-BN berada di pihak yang ‘buruk dan rosak’ manakala Pakatan Rakyat (PR) berada di pihak yang ‘baik’,” katanya.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menyifatkan Tun Mahathir adalah tokoh besar Umno selaku bekas Presiden Umno dan Pengerusi BN,  malah yang paling lama memegang jawatan dalam parti dan kerajaan.

Namun, katanya, Tun Mahathir telah mendedahkan beberapa kali, dalam ayat dan perkataannya sendiri, bahawa Umno adalah parti berpenyakit kronik, mungkin tidak dapat diubati kerana sudah melarat ke dalam usus.

Keeping mum is akin to ‘suicide’

Rosmah regrets not nipping rumours in the bud and says from now will confront all allegations head on.
PETALING JAYA: Rosmah Mansor has admitted it was wrong to not dispel all the slanderous rumours levelled at her and Najib Tun Razak when they first surfaced.
In her biography launched earlier this week, the wife of the PM broke her silence on the many allegations, including her involvement in the murder of Mongolian Altantuya Shaariibuu.
“Our mistake back then was to ignore these rumours because if we addressed them, the issues would be made bigger and sensationalised,” Rosmah explained in her book.
She cited officers in the Prime Minister’s Department who advised her to keep mum.
“I didn’t have officers to speak on my behalf because I’m only the PM’s wife,” she added.
However, Rosmah admitted that it was wrong to have stayed silent because “the more I stood silent, the more slanderous allegations were thrown at me”.
“When I don’t address the allegations, they think I am scared,” she said. “I’m not scared. I can face them.”
‘People can determine the truth’

PRU13 : Semakin lambat bubar, BN semakin tidak popular

Seketika dulu YAB Perdana Menteri dan BN mungkin beranggapan bahawa langkah melengah - lengahkan pembubaran kabinet adalah meletihkan pembangkang dan menguntungkan mereka. Saya juga berpandangan demikian pada awalnya. Setelah lebih 11 kali meramal tarikh bubar kabinet sejak tahun lepas, semuanya tidak menjadi.

  erasa bodoh pula diri, menunggu saban fajar bilakah detik kabinet atau parlimen dibubarkan. Pastinya pihak BN girang mempersenda PR yang termangu - mangu menanti tarikh bubar seperti pengantin menunggu detik imam tiba untuk aqad nikah.

2. Lebih menarik, PM sanggup melanjutkan tarikh pembubaran tanpa sebarang pengumuman atau penetapan tarikh melepasi period 5 tahun tempoh antara 2 pilihanraya iaitu 8 Mac 2008 hingga 23 Mac 2013 [sehingga kenyataan ini ditulis].

3. Negara kini dilanda demam bubar. Ia bukan lagi satu persendaan tetapi rakyat mendesak dan menuntut supaya PM berani membubarkan kabinet secepat mungkin untuk rakyat memperbaharui mandat kepimpinan dan pemerintahan negara. Jika anda rajin belayar di laut cyber, 1001 jenaka, tuntutan, xpresi, rayuan dan permohonan supaya kabinet dibubarkan dan PRU 13 dipanggil segera.