Tan Sri Ismail Omar
KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berang apabila polis dituduh menjalankan operasi merampas dan memusnahkan dokumen pengenalan diri yang diberikan kepada masyarakat Sulu di Sabah.

“Tunjukkan bukti jika benar polis yang bakar dokumen orang Sulu di Sabah. Jangan buat tuduhan liar. Saya tiada masa hendak layan semua ini. Hentikanlah perkara tidak masuk akal ini,” tegas beliau semasa sesi wawancara khas media di Bukit Aman, semalam.

Menurutnya, tindakan itu jelas bercanggah dengan akta polis dan ianya tidak pernah dilakukan oleh pihak berkuasa sejak konflik di Sabah itu bermula.