Jumaat, 22 Mac 2013

Outtake No.1 - Inside Malaysia's Shadow State


UMNO Yang Maksum, Najib Yang Mukhlisin

Oleh Dr.Haji Khairuddin Dato' Abd. Malik

Ada pepatah Inggeris bermaksud "orang yang menghuni rumah kaca, jangan melontar batu keluar rumah".Apa makna lainnya? Jika anda tidak begitu baik, jangan cuba bercerita keburukan orang.Sama erti dengan jika perut anda buncit, jangan berceramah tentang penjagaan kesihatan! Juga jika gigi anda kuning berkeladak, jangan jadi jurujual ubat gigi!

Itulah yang PM Najib lakukan di Kelantan pada 15/3/2013.Beliau bercakap tentang tujuh dosa besar PAS dan PR.Sejak bila Najib peduli dan prihatin soal dosa dan pahala? Telahan saya mungkin sejak beliau dibawa bersemuka dengan ulama-ulama Mekah tahun lepas.Alhamdulillah, sekalung tahniah kepada mantan pimpinan PAS yang mengusahakan!

Semua tuduhan PM Najib khusus yang dimomokkan kepada PAS adalah bertaraf fitnah dan petanda kepada kedangkalan ilmu serta penyakit qulub yang kronik.Contohnya tuduhan beliau bahawa PAS berdosa kerana ada persefahaman politik dengan DAP dan PKR.Jawapan sangat mudah bahkan boleh diberikan oleh pelajar-pelajar sekolah tingkatan dua.. Nanti tentu mengaibkan Najib.

Najib cakap semua bagus, cantik tapi bila nak mengundi?

Pertama kali dalam sejarah moden Malaysia, penggal parlimen dicukupi, Sebelum ini, sering didendangkan oleh PM yang memegang kuasa, kita perlukan mandat baru, kerana itu parlimen dibubarkan sebelum tempoh tamatnya. Tetapi kali ini, Najib kata kita tak perlu mandat sebab agenda transfomasi dan refomasi masih belum mencapai matlamat, otak kau Najib!

Siapa perlu transfomasi, siapa perlu refomasi? Yang sangat sangat diperlukan sekarang ialah kerajaan baru, kerajaan yang tidak melakukan trasfomasi dan refomasi, tetapi kerajaan yang tidak rasuah, tidak rompak harta rakyat sekalipun tanpa transfomasi dan refomasi. Tetapi Najib kata semuanya baik, semua cantik, negara tak perlu kerajaan baru kerana kerajaan yang ada sekarang sedia melakukan perubahan, perubahan otak kau, perubahan Rosmah adalah, dari mengaku menabung dari kecil kepada dipulangkan semula kepada syarikat pengeluar setelah dilihat besannya.

Najib terus menuduh pihak yang mencabarnya sebagai pihak yang akan menghancurkan negara atas alasan budak budak tadika. Pada Najib kerjasama PAS dengan DAP adalah satu dosa besar kerana DAP tidak akan membenarkan PAS melaksanakan hudud, sedangkan yang terjadi ialah kerajaan persekutuan yang ditabdir oleh UMNO yang memegang kuasa yang lebih banyak dari kerajaan negeri yang menjadi penghalang utama perlaksanaan hudud di Kelantan. Najib tak habis habis memperlekehkan PAS kerana menggugurkan cita cita perlaksanaan hudud dan diganti dengan negara berkebajikan kerana hendak bekerjasama dengan DAP dan PKR. Tetapi Najib tak pula mengatakan mengapa UMNO enggan melaksanakan hudud.

Najib intercepting Pakatan’s e-mails?

A pro-opposition blogger publishes a letter purportedly from the National Security Council to PM Najib, indicating that it has tapped email correspondence of Pakatan Rakyat. 

PETALING JAYA: A pro-Pakatan Rakyat blog published a letter today allegedly showing that the National Security Council (MKN) was being used to tap e-mail correspondence of Pakatan Rakyat.
The letter, published on Milosuam.blogspot, titled Laporan Mengenai Strategi Pakatan Pembangkang (Report on the Opposition Pact’s Strategy), was addressed to Prime Minister Najib Tun Razak.
The official document indicated that there is a full report attached with the letter, which may have details of e-mail correspondence between Pakatan leaders.
“With this, I attach a full report on the opposition pact’s strategy, obtained through e-mail interception for your attention,” reads the letter.
The document is signed by Mohamed Thajudeen Abdul Wahab. A check by FMT showed that Thajudeen is MKN’s secretary and is attached to the Prime Minister’s Office.
“This proves that Najib is using the MKN to spy on Pakatan leaders and their strategists’ e-mail. No wonder they fail to detect the Sabah intruders; they were busy spying on their own citizens,” said Milo Suam.

Mahasiswa Pencorak Masa Depan Negara: Edikoup

UNIVERSITI MALAYA: Pro-Mahasiswa Universiti Malaya (Pro-M UM) dengan kerjasama Pro-Mahasiswa Nasional (Pro-MN) dan Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) telah menganjurkan kempen sempena PRU13 yang bakal tiba.


Kempen yang dinamakan “Semarak PRU13: Mahasiswa Pilih Mengundi” ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran warga Universiti Malaya khususnya mahasiswa untuk turun mengundi bila tiba waktunya.

“Kajian menunjukkan bahawa peratusan golongan anak muda yang turun mengundi amat mengecewakan setiap kali tiba waktu mengundi”, ujar saudara Nik Arsyad, pengarah kempen tersebut.

Kes Papagomo, Utusan Malaysia ‘cover’ malu!!

UM_Papagomo1Utusan Malaysia menyiarkan wajah Papagomo di muka depannya hari ini. Apabila tersiar dan disebarkan pula oleh blogger-blogger PR yang mengatakan Utusan Malaysia mengesahkan wajah Papagomo, Utusan Malaysia serba salah.
Ini kerana, hanya Utusan Malaysia yang terliur menyiarkan gambarnya dan mengambarkan seolah-olah dialah ‘hero’ rakyat. Lihat apa yang ditulis Utusan Malaysia…
“Blogger Papagomo tetap pertahankan pendirian dan pendedahannya demi rakyat, agama, bangsa dan negara.”
Media arus perdana yang lain ‘tak lalu’ menyiarkannya lebih-lebih di muka hadapan.
Apabila dah tersebar wajah Papagomo, Utusan Malaysia ‘cover’ diri membuat berita baru petang tadi “Pemilik blog Papagomo dipukul samseng?” dan turut sama menyabitkan media arus perdana yang lain menyiarkan gambar Papagomo seperti berita di bawah.
UM_Papagomo2Laman-laman sosial telah lama menyiarkan sebelum ini.
Jadi eloklah, Utusan Malaysia juga dah mengesahkan pemilik blog tersebut. Itulah hakihatnya, kaki fitnah yang cuba-cuba membela kaki fitnah kesayangannya!!

Hadi: Kenyataan syaitan oleh Dr M sindir Umno sendiri

KUALA LUMPUR, 22 Mac — Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad “lebih baik berkawan dengan syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali” adalah satu sindiran tajam supaya rakyat jangan lagi menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN) bersamanya.
Menurut ahli parlimen Marang itu, walaupun ada kalangan yang berhujah bahawa perkataan “devil” dan “angel” dalam ungkapan asal Dr Mahathir adalah suatu metafora atau kiasan, tetapi ia tidak menafikan bekas perdana menteri itu membuat dua cabang kelas BN berada di pihak yang “buruk dan rosak” manakala Pakatan Rakyat  (PR) berada di pihak yang “baik”.
“Tun Mahathir mendedahkan beberapa kali, dalam ayat dan perkataannya sendiri, bahawa Umno adalah parti berpenyakit kronik, mungkin tidak dapat diubati kerana sudah melarat ke dalam usus. Penyakit rasuah dan gila mendapat kuasa.

PRU13 : Bersetuju ‘makanan minda’ sebagai pendekatan pengundi


Analisis Prof. Dr. Jayum Jawan (Sinar Harian 20 Mac 2013) mengenai kemugkinan Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa bertanding di Putrajaya amat wajar diberi perhatian oleh semua pihak. Terutama kenyataannya mengenai ‘kemungkinan Husam mempunyai peluang untuk menang berdasarkan populasi Putrajaya sebagai Bandar Melayu.

Paling menarik, Dr. Jayum melihat mungkin masyarakat Melayu di Putrajaya perlukan perubahan dan pembaharuan. Lalu beliau mencadangkan agar pengundi Melayu bandar perlu dihidangkan ‘makanan minda’ bukannnya keperluan seperti di luar bandar.
 Atas cadangan itu, saya bersetuju hakikatnya pengundi bandar tidak wajar dibawa minda mereka dengan politik luar bandar. Pengundi bandar tidak memerlukan umpan projek ala kampung seperti janji zink, jalan tar dan sebagainya.
 Justeru cadangan itu agak selari dengan teguran saya sebelum ini terhadap cara pemimpin Barisan Nasional melayan rakyat seperti haiwan dalam pemberian BR1M.
 Kini sampai masanya (dalam PRU13) hak dan maruah rakyat harus dihormati. Minda pengundi bandar harus dilayan secara ilmu (diberi makanan minda), bukan disogok dengan nilai-nilai politik kampung. Malah minda pengundi bandar hendaklah diperlebarkan kepada pengundi luar bandar demi mengajak majoriti rakyat berfikiran matang dalam berpolitik.

PRU13 : Masa anak muda memilih

Oleh Azhar Mohamed Salleh
Satu ketika dulu, laungan “Hidup Melayu” sungguh gah dan keramat apabila kedengaran, malah sedikit pasti terdetik perasaan gentar kaum lain mendengarnya. Itu dulu dan keadaan kini sudah jauh berubah, hampir tiada lagi kedengaran anak muda dengan bangganya melaungkan slogan itu. Hanya tinggal sekali sekala terdengar apabila parti bersidang di PWTC juga apabila panglima NGO Melayu melakukan demo bantahan.

 Mereka yang melaungkan slogan berbaur perkauman ini, bukan hanya bendera apa yang dikibarkan, malah hingga ke peribadi dan tahap pemikiran mereka juga boleh diduga.  Daripada 12 juta pengundi berdaftar untuk pilihanraya akan datang ini, 38.8 peratus jumlah tersebut adalah golongan muda yang terdiri dari mereka yang berumur 40 tahun kebawah. Generasi Y, iaitu mereka yang lahir sekitar penghujung tahun 70-an hingga lewat 80-an mendominasi kategori ini. Apa yang menariknya pada golongan muda dan ganerasi Y ini adalah cara dan suasana mereka menjalani proses kematangan.
Mereka membesar dalam ketika negara kita pesat berubah dari sebuah negara berasaskan pertanian kepada pembangunan perindustrian seterusnya mengalami revolusi teknologi maklumat. Golongan muda ini mempunyai naluri keinginan “inquiry” serta sifat melawan yang luar biasa terhadap sesuatu perkara melibatkan kepentingan mereka. Golongan ini juga tersemai perasaan ingin bersaing, berani mencuba sesuatu yang baru serta melakukan perubahan. Ini merupakan nilai positif yang dimiliki dan dibanggakan oleh golongan muda. Maka tidak hairanlah jika kita lihat amat ketara perbezaan cara pemikiran golongan muda masakini berbanding ganerasi X yang terdahulu dari mereka.
Umum ketahui bahawa PRU13 bakal menjadi pilihanraya paling sengit dalam sejarah kerana kekuatan pengaruh pembangkang kini berada  pada kedudukan terbaik dalam usaha mengambil alih pemerintahan dan Putrajaya. Pemimpin utama dalam PR seperti TGNA, Hadi Awang, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Karpal Singh dilihat sudah cukup masak dengan asam garam dalam politik setelah berkecimpung sekian lama. Harus diingat dari lima tahun akan datang, aku kira dari sudut usia, mereka tidak lagi sesuai memimpin parti apatah lagi sebuah kerajaan. Lupakan usia mantan PM kita yang lalu! Justeru PRU 13 merupakan pentas akhir bagi penglibatan politik mereka ini sebelum bersara.

Umno khianati keselamatan rakyat

 Berikut pandangan Ketua Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli mengenai malapetaka “Projek IC” Sabah, akibat tindakan tidak bertanggungjawab Umno-BN. Ikuti butiran lanjut bersama wartawan kanan AZIZ MUDA.

WARTAWAN: Semua pihak sedar, “Projek IC” Sabah amat bahaya, malah ia boleh menimbulkan pelbagai malapetaka kepada negara...
DR MOHD HATTA: Apa yang dikatakan “Projek IC” itu ialah kelonggaran terlalu mudah berikan kerakyatan kepada rakyat asing. Memang tidak dinafi kan, “Projek IC” memang bahaya.
Apa yang berlaku di Sabah sekarang adalah kesan “Projek IC”. Rakyat asing diberikan IC dengan mudah. Tujuan mereka diberikan IC bukan setakat jadi warga negara, tetapi untuk menjadi pengundi bagi mencapai tujuan-tujuan tertentu daripada BN.
Tindakan itu, pada satu ketika memang boleh untungkan BN itu, tetapi apabila IC diberi tanpa adanya proses penilaian betul, tanpa ditangani dengan penuh tanggungjawab, pada satu ketika yang lain pasti akan mendatangkan kesan buruk kepada negara.
Mereka yang dapat IC itu bukan kecil jumlahnya. Ratusan ribu orang. Pada mulanya mereka hanya dijadikan pengundi dan mungkin setia, tetapi pada satu masa yang lain, mereka akan mengancam keselamatan.
Apa yang berlaku di Sabah sekarang adalah satu contoh jelas ke arah itu?
Iya. Apa yang berlaku di Sabah sekarang memang satu contoh yang jelas terhadap perkara itu. Sekarang bukan hanya menyusahkan mereka yang diberikan kerakyatan, tetapi juga menyusahkan seluruh negeri Sabah. Malah mencemaskan seluruh negara. Apabila berlakunya kejadian seperti ini, ia juga boleh menjejaskan keselamatan penduduk, ekonomi dan perhubungan kaum di negara ini.
Tun Dr Mahathir Mohamad seperti yang diakuinya sendiri adalah orang yang bertanggungjawab dengan “Projek IC”. Tetapi kenapa tiada tindakan yang diambil ke atas beliau?

PAS sasar 29 kerusi Parlimen Felda

Menurut Mazlan Aliman, PAS yakin boleh menang sekurang-kurangnya 16 kerusi daripada jumlah kerusi yang dipertaruhkan.
PETALING JAYA: PAS meletakkan calon di 29 daripada keseluruhan 54 kerusi Parlimen kawasan Felda semasa Pilihan Raya Umum (PRU) 13 nanti.
Lima puluh peratus kerusi itu meliputi kawasan majoriti Felda di Johor, Pahang, dan Terengganu.
“PAS yakin boleh menang sekurang-kurangnya 16 kerusi daripada jumlah kerusi yang dipertaruhkan,” kata Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman kepada FMT.
Menurut Mazlan, antara kerusi Parlimen yang dijangka boleh menang adalah di Jerantut, Kuala Krau, dan Kulai, selain mempertahankan kemenangan tiga kerusi di Baling, Padang Terap dan Sik.
Sokongan meningkat
Mensasarkan undi golongan muda generasi kedua dan ketiga Felda, Mazlan berkata sokongan pengundi terhadap PAS dan PKR kini meningkat 45 peratus.
“Kami hanya perlukan lima hingga enam peratus lagi skongan untuk mencapai kemenangan.
“Bagi pihak PAS kalau campur dengan kerusi PKR kemungkinan boleh capai kemenangan maksimum 20 kerusi,” katanya.

Dr M’s ‘devil mandate’ reflection of personal failings, says Hadi


Hadi claimed that Dr M had tried to fix Umno from within but failed, leading him to label Umno and BN as the “devil” against Pakatan Rakyat (PR)’s “angels” parties. — file picKUALA LUMPUR, March 22 — Tun Dr Mahathir Mohamad’s “better the devil you know” message alludes to the former prime minister’s failure to heal the ailing Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Hadi Awang said today.
The PAS president claimed that Dr Mahathir had tried to fix the party from within but failed, leading him to label Umno and BN as the “devil” against Pakatan Rakyat (PR)’s “angels” parties.
“Dr Mahathir himself has created two classes, with Umno-BN in the “rotten and damaged” side, while PR is in the “good” side,” said Hadi in PAS-backed online portal Harakah Daily here.
According to Hadi, Umno is suffering from the chronic illnesses of corruption and lust for power, which had led to money politics infiltrating the party down to the roots.
“He had twice went in and out of Umno because his humanity told him that he must treat a patient although there is no hope for him,” Hadi said of Dr Mahathir.
The former Umno president was expelled from the party in 1969 after he criticised former prime minister Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj for sidelining the Malays. He returned to the party’s fold in 1973, before retiring from his post as prime minister in 2003, but has remained both politically vocal and influential in Umno and BN.

Rasuah Dan Salahguna Kuasa : Peguam kaitkan Taib dalam video kedua GW


KUALA LUMPUR, 22 Mac — Global Witness (GW) mengeluarkan satu lagi video menunjukkan seorang peguam mengatakan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud (gambar) akan meluluskan perjanjian tanah di negeri tersebut.
Taib, walau bagaimanapun mengatakan pada Selasa lalu bahawa mereka yang dipaparkan dalam video pertama kumpulan alam sekitar global itu, juga dikeluarkan Selasa lepas, cuba mempromosikan diri mereka untuk menjadi agennya demi kepentingan peribadi masing-masing.
“Ini telah mendapat pelepasan, kelulusan, secara lisan, dari ketua menteri kita. Beliau merupakan menteri untuk perancangan sumber, dia boleh membuat keputusan melalui lembaga menteri,” kata Huang Lung Ong memberitahu penyiasat GW, yang menyamar sebagai pelabur asing, dalam video bertajuk “Outtakes — Inside Malaysia’s Shadow State”.
“Sebaik sahaja kami dapat nama, kami hantar. Kami akan mendapat kelulusan. Ini adalah sebahagian daripada syarat awal bagi transaksi itu,” tambah peguam dari Huang & Company Advocates, dirakamkan dalam video pertama GW sebagai percubaan untuk menjual tanah bapa saudaranya, Datuk Hii Yii Peng, yang merupakan seorang ahli perniagaan terkemuka di Sibu.
GW mengeluarkan video sepanjang 2.5 minit di Youtube hari ini sebagai respon kepada Huang, yang dipetik oleh The Malay Mail Rabu lalu sebagai berkata: “Kenapa perlu saya bercakap mengenai ketua menteri?”
Huang juga dilaporkan berkata beliau tertekan dan beliau mengeluarkan kenyataan kerena kecewa penyiasat GW terus menerus  menyoal beliau.
Video kedua GW walau bagaimanapun, menunjukkan Huang semasa perbualan dengan penyiasat GW di bilik hotel.

Pendedahan Americk: AMK lapor polis desak siasat Najib

AMK NajibKUALA LUMPUR 22 Mac: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) membuat laporan polis terhadap perdana menteri berhubung arahan agar akuan bersumpah (SD) kedua disediakan bagi pihak penyiasat persendirian, P Balasubramaniam.
Ia ekoran pendedahan dibuat peguam Americk Singh Sidhu ketika mesyuarat tahunan (AGM) Majlis Peguam, baru-baru ini mengatakan SD berkenaan disediakan peguam, Cecil Abraham.
Laporan polis dibuat Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin, di Balai Polis Dang Wangi petang tadi dengan ditemani beberapa pimpinan AMK.
Shamsul yang ditemui selepas itu mendesak polis menyiasat pembabitan Datuk Seri Najib Razak dalam kes tersebut.
“Americk menyatakan bahawa Cecil memaklumkan bahawa beliau diarahkan oleh Najib supaya menyediakan SD kedua untuk diikrarkan oleh Bala bagi menafikan kandungan SD pertama,” kata Shamsul.
Pada Julai 2008, Bala mendedahkan akuan bersumpah mengaitkan Najib dengan pembunuhan kejam wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu yang dibunuh pada Oktober 2006. Ia termasuk dakwaan mengatakan Najib pernah mengadakan hubungan seks dengan wanita berkenaan.
Bagaimanapun, keesokan harinya, Bala menarik semula dakwaan terkandung dalam SD pertamanya dengan menggantikan dengan SD kedua, sebelum menghilangkan diri.

Isu Suluk : IGP berang terhadap dakwaan bekas KM Sabah

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar Ismail Omar yang biasanya tenang hari ini kelihatan berang apabila ditanya tentang dakwaan bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh bahawa polis menjalankan operasi merampas dan memusnahkan dokumen pengenalan diri yang diberikan kepada masyarakat Suluk di negeri itu.

NONE"Saya tak akan layan cakap-cakap mengarut... Saya tiada masa untuk dakwaan liar - sama ada mereka main politik atau tidak.

"Kalau kamu tuduh macam itu, bawalah bukti pada saya," katanya kepada pemberita semasa sesi wawancara khas media di Bukit Aman hari ini.

Ketika mengulas lanjut, suaranya semakin lantang dan tidak dapat mengawal marah sehingga menepuk meja.

"Saya sudah diam lama, tetapi biar saya beritahu sekarang! Saya tak layan cakap-cakap mengarut. Kita menghadapi keadaan di mana orang saya mati (di Lahad Datu).

"Sekarang mereka di barisan depan menggadai nyawa. Kamu ingat ini main-main? Katanya, membuatkan wartawan terdiam seketika.

Perkampungan air di Sabah: Jangan hiraukan nasihat Mahathir

Kebelakangan ini terdengar suara-suara yang mendesak supaya perkampungan air di Timur Sabah itu dirobohkan kerana ia boleh menggugat keselamatan dan kerosakan sosial masyarakat dan negara. Antara yang meminta rumah perkampungan air itu dirobohkan ialah Dr Mahathir Mohamad dan bekas Pengarah Akademi Imigresen, Encik Shahul Hamid baru-baru ini.
Shahul Hamid telah meminta supaya disegerakan tindakan merobohkan perkampungan air itu kerana perkampungan itu telah dimasuki pendatang haram yang tidak disedari oleh pihak berkuasa kita. Perkampungan ini juga telah dikatakan memberikan masalah kerana berlaku perkahwinan campur di antara rakyat tempatan tanpa diketahui dan pendaftaran yang betul dengan kerajaan kita.
Perkampungan air ini juga mengakibatkan masalah sosial yang tidak terkawal dan tiada jalan lain selain daripada merobohkan perkampungan itu serta-merta. Pandangan ini adalah lanjutan daripada kemasukan pengkhianat-pengkhianat dari luar dan kejadian di Lahat Datu dan Semporna itu dipermudahkan oleh perkampungan air ini.
Dr Mahathir menganggap perkampungan air ini telah merosakkan pemandangan selain daripada banyak isu keselamatan yang menyelubungi kawasan kampung air itu. Tindakan merobohkan perkampungan itu sememangnya tindakan yang mudah, tetapi itu merupakan tindakan yng tidak holistik dan pandangan orang suntuk pemikiran.

Manifesto Rakyat: DAP pertikai hasil petroleum negara


KUALA LUMPUR, 22 MAC: “Kerajaan menjual petroleum bermutu tinggi ke luar negara dan Petronas memperoleh hasil ratusan bilion ringgit setahun. Mana pergi duit itu?”
Demikian soalan yang dilontar Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw yang menempelak tuduhan Barisan Nasional (BN) yang menganggap Manifesto Rakyat tidak boleh dilaksanakan kerana kononnya kerajaan tidak berkemampuan.
“Kita tahu, Petronas bagi RM30 bilion setiap tahun kepada kerajaan. Tapi kalau kita nak bagi pendidikan percuma, ia hanya memerlukan RM6 bilion setahun,” katanya dalam Ceramah Manifesto Rakyat di Kelab Sultan Sulaiman, di sini, malam tadi.
Mengulas lanjut, beliau yang juga Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkata, Pakatan Rakyat (PR) bukan ‘orang gila’ yang sesuka hati merangka sesuatu dasar.

Peniaga jeruk Melayu di negeri pimpinan DAP pun boleh kaya?

SEBAIK selesai urusan di Mahkamah Kehakiman Putrajaya, saya sempat bersembang sepatah dua dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Kebetulan pula saya membuat liputan kes permohonan beliau di Mahkamah Persekutuan untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan.
Dalam kerancakkan kami berbual berkaitan isu semasa, beliau sempat membuka kisah mengenai kejayaan peniaga jeruk di Pulau Pinang yang membuatkan dahi saya tidak semena-mena berkerut. Bukan cerita pengusaha kaum Cina yang sudah biasa berniaga jeruk tetapi mengenai kejayaan peniaga jeruk Melayu.
“Kalau macam itu, saya fikir saya pun nak jual jeruklah,” kata Guan Eng berseloroh sebelum menuruni anak tangga menuju ke keretanya.
“Jual jeruk di Pulau Pinang boleh dapat lima angka sebulan? Hebat!” fikir saya.
Demikian antara kisah nyata yang dikongsi Ketua Menteri Pulau Pinang itu kepada saya mengenai kejayaan pengusaha jeruk Melayu.
Memang ada benarnya kata Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP itu. Ketika bercuti di Pulau Pinang tahun lalu, saya berada ke Pasar Chowrasta. Sempatlah membeli sebungkus dua jeruk buah pala untuk dibawa pulang. Yang berniaga tu orang Melayu berumur lingkungan 30-an. Disebabkan saya ini seorang yang ringan mulut, tidak tertangguh pula saya berbual-bual dengan beliau.
“Bisnes sini okay bang?,” tanya saya.
“Alhamdulillah, bagus, sekarang pelancong pun ramai, orang sini pun banyak beli,” jawabnya sambil membungkus jeruk buah pala kering saya.
“Bukan senang nak berniaga, saingan pun banyak…,” tambah saya.

Sabah claim: History on Malaysia’s side

A scholar gives three reasons why the Sulu Sultanate cannot assert sovereignty over the state. 

KUALA LUMPUR:  A scholar has urged Putrajaya to reject any call for a negotiation on the Sulu claim over Sabah, saying the issue was settled decades ago.
“Neither the Sulu Sultanate nor the Filipino government has a claim over the North Borneo state,” said DS Ranjit Singh, an expert on Southeast Asian political history who is now a visiting professor at Universiti Utara Malaysia.
“The moment we negotiate with them, we compromise our sovereignty,” he said in a talk at Universiti Malaya today.
He said the Sulu claim was futile for three reasons: the Philippine government’s predecessors renounced all claims over the state, the Sulu court has never administered the state, and the people of Sabah agreed to form Malaysia.

Siapa gelabah? Rasanya bukan DAP atau Pakatan…


Apabila Lim Kit Siang mengesahkan bahawa beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah di Johor, maka bertiuplah semboyan propaganda UMNO-BN dengan bermacam tuduhan dan fitnah.
Ada pemimpin dan pecacai UMNO yang kata Kit Siang penakut kerana lari dari kerusi Parlimen Ipoh Timur. Inilah akibat sistem pendidikan yang lemah sehingga pembohongan (atau kejahilan yang amat sangat) sanggup dijadikan berita dan analisis berita.
Benarkah Kit Siang takut?
Adakah beliau takut kerana telah menang Ipoh Timur dengan majoriti 21,942 undi dalam PRU 2008 bersama tsunami politik Malaysia?
Adakah beliau takut kerana telah menang Ipoh Timur dengan majoriti 9,774 dalam PRU 2004 di mana tiada ribut taufan politik manakala DAP pula tidak mendapat sambutan rakyat pada ketika itu?
Ada juga pemimpin dan pecacai UMNO-BN yang kata kehadiran Ketua Parlimen DAP di Johor itu sebagai petanda tidak yakin dengan kepimpinan DAP negeri.
Benarkah dakwaan ini?

BEZA ANTARA UMNO/BN DAN PR BERKEMPEN UNTUK RAIH UNDI DAN SOKONGAN RAKYAT!!!!


FAKTA BUKAN AUTA... KENYATAAN BUKAN REKAAN.. REALITI BUKAN ILUSI..

Kampung Simunul shootout - The aftermath

Stateless Indians Demonstrate To Claim Blue IC

JIB : BILA NAK BOOO BAAA NIE....!!!!!



Polis Tangkap Mahasiswa Semasa Perhimpunan 'Occupy RT'..Penganas Sulu Boleh Bincang..!!!

Malaysia Kita : Pengganas Boleh Bincang...Mahasiswa Terus Tahan..!!!!

Penganas Boleh Bincang....Mahasiswa Dilayan Macam Penjenayah...!!!

Malaysia Kita : Kenapa Mereka Diupah Dan Muka Ditutup

SIAPAKAH UPAH MEREKA...????

Sultan Brunei - Tutup kedai semasa solat Jummat, haram arak dlm Penerbangan

DAP bongkar jumlah terbaru pemegang IC “bermasalah” di Sabah


KUALA LUMPUR, 22 MAC: DAP menemui 7,475 lagi pengundi meragukan di Sabah membabitkan pemilik Kad Pengenalan Merah dan Kad Pengenalan Hijau yang diberi taraf warganegara dalam satu siasatan yang dilakukan terhadap senarai daftar pemilih terkini suku keempat 2012.
Penemuan itu adalah pembongkaran terbaru setelah pendedahan mengejutkan wujudnya 60,000 pengundi, pemegang kad pengenalan ‘bermasalah’ oleh Penolong Pegawai Pendaftaran, Jabatan Pendaftaran Negara, Bahagian Kad Pengenalan Sabah dan Sarawak yang didedahkan dalam RCI Sabah.
Menurut Pakar Strategik Pilihanraya DAP, Dr Ong Kian Ming, kehadiran senarai panjang pengundi meragukan itu memburukkan lagi keadaan untuk melaksanakan pilihan raya yang bersih dan adil.
“Saya menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjalankan satu siasatan bersama bagi memastikan pemegang Kad Pengenalan Merah dan Kad Pengenalan Hijau yang mendapat taraf warganegara dan layak mengundi melalui proses yang betul.

Lawyer implicates Taib in second GW video

Taib has been Sarawak chief minister for 32 years. His personal wealth has been the subject of much controversy. — file picKUALA LUMPUR, March 22 — Global Witness (GW) released another video today that showed a lawyer saying that Sarawak Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud would approve a land deal in the state.
Taib, however, said last Tuesday that those featured in the global environmental campaigner’s first video, which was released last Tuesday, were promoting themselves as his agents in order to solicit favours.
“This already get the ascension, the approval, verbally, from our chief minister. He is the minister for resource planning, he can decide through the board of ministers,” Huang Lung Ong told a GW investigator, who was posing as a foreign investor, in the video titled “Outtakes — Inside Malaysia’s Shadow State”.
“Once we’ve got the name, we submit. We will get the approval. This is part of the condition precedent for the transaction,” added the lawyer from Huang & Company Advocates, who was recorded in GW’s first video as trying to sell land for his uncle Datuk Hii Yii Peng, who is a prominent businessman in Sibu.
GW released the 2.5-minute video on YouTube today in response to Huang, who was quoted by English daily The Malay Mail last Wednesday as saying: “Why should I speak about the chief minister?”
Huang also reportedly said that he felt pressured and that he made his remarks out of frustration as the GW investigator kept questioning him.

PRU13 : Umno arah guru pantau pengundi luar

KOTA BHARU: Bukan lagi sekadar mengerah tenaga guru-guru Kelas Fardhu Ain, al Quran dan Bahasa Arab (Kafa), sebaliknya guru-guru lain juga dipaksa berkempen bagi pihak Umno.

Sebelum ini guru-guru Kafa dikerah hadir pada setiap program anjuran Umno dan mereka juga yang tinggal di Kota Bharu dipaksa memindah tempat mengundi ke Dun Bunut Payong.

Dan baru-baru ini Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kota Bharu dikatakan memanggil 40 guru mewakili beberapa sekolah bagi membantu kempen Umno.

Bagaimanapun hanya seramai 27 orang sahaja difahamkan hadir pada perjumpaan yang diadakan di pejabat PPD Kota Bharu di Jalan Telipot. Taklimat tersebut dikendalikan Umno Kota Bharu.

Satu sumber memberitahu guru-guru terbabit diminta menelefon dan merayu pengundi-pengundi luar supaya balik mengundi.

Najib's election gamble: Will it yield fruit or end in TOTAL FIASCO

On a final check, I was reassured that it's not Wednesday!
Indeed, Najib arrived at the Istana at about eight in the morning for an audience with the King, and stayed there for almost an hour.
So, rumours spread around that the Parliament would be dissolved that day, March 20.
No, no such thing.
Many people are not aware that Wednesday is also the Cabinet meeting day and the prime minister would first meet the King as part of the standard procedure, not to seek consent for the dissolution of the Parliament.
Najib's election gamble: Will it yield fruit or end in TOTAL FIASCOThe PM's Department press office has issued a special statement that the Parliament would not be dissolved today.
Not today, but could it be Thursday?
A check on the PM's schedule reveals that BN component parties will meet on this day to discuss election manifesto, and by logic the Parliament will not be dissolved before the manifesto is passed.
Could it be Friday then?
Possible, but Najib will go to Pekan for a campaign event on Saturday, together with a fund-raising event for the Kuantan independent Chinese high school.
Acid test - Monday
How about next Monday? Very likely, as the Negeri Sembilan state assembly will have to be dissolved automatically the following day.
Nevertheless, by logic dissolution of the state government might not imply that the Parliament must also be dissolved concurrently. The dissolution can still be dragged on until April 28 when the current Parliament will expire, but theoretically there are still some 60 days...
This guessing game has been played over and again for the past one whole year. I have no idea whether people are getting exhausted by it or more elated now as the deadline is drawing nigh.
Under the Westminster system, Commonwealth countries have always been gambling over election dates.

IS DR M TO BLAME? Killing our own citizens & creating a threat from within

The Sulu intrusion in Sabah has been complex and not so easy to follow, so let's review the key points before detonating the latest bombshell dropped by a leader from the Malaysian Opposition, Rafizi Ramli.
IS DR M TO BLAME? Killing our own citizens & creating a threat from withinThe Royal Sultanate of Sulu invaded Sabah, Malaysia on the 9thFeb 2013. 200 of its finest warriors led by the Crown Prince Azzimudie Karim himself and an experienced General of the Royal Sulu Army managed to sneak into Sabah without valid papers and without being detected. They then set up camp in a village called Kampong Tanduo while the Malaysian authorities apparently snored.
These elite warriors were reported to be highly trained in jungle warfare. Equipped with a special 'magical' amulet, some of them claimed to be invincible and can single-handedly take out whole battalions of soldiers.
Eye witnesses have sworn that these warriors can disappear before their very eyes and reappear behind enemy front lines, while those captured after being shot, showed no sign of injuries or open wounds. This is how dreaded and fearsome the Royal Army of Sulu has become in the minds of many of the Sabahans, especially those who live near to Kampong Tanduo..
Reclaiming their birthright
The Sulu gunmen said they came to reclaim their 'rightful' land and to settle in Sabah permanently. They took pains to assure Sabahans that they come in peace. All they wanted is to share this wonderful land with Sabahans, including all its riches and spoils which amounts to a cool RM226 billion. With this vast amount of money there would be no more poor Muslim Filipinos, according to the pretty Princess Jacel Karim of the Sulu Sultanate.
They also intended to turn Sabah into part of the Sultanate of Sulu. Sabahans have the option to be their loyal subjects of the Sulu Sultan or leave the State voluntarily.
The Malaysian government said they initially took a soft approach to the invasion chiefly because the invaders were Muslims and had agreed to negotiate a peaceful solution. However, this rather soft approach wasn't quite credible to Malaysians, who were surprised at how patient and willing to delay their authorities were.
After three weeks of unfruitful negotiations, the Malaysian Government finally gave an ultimatum - leave in peace and we'll provide you with a safety corridor and as for your weapons, we'll bury them.
A Suicidal Mission

PRU13 : Memahami 'Amanat Tun Mahathir'

Amanat Tun Dr Mahathir Mohammad berbunyi, ”Lebih baik berkawan dengan syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali” adalah satu sindiran tajam supaya rakyat jangan lagi menyokong Umno dan BN bersamanya.


Walaupun ada kalangan yang berhujah bahawa perkataan “devil” dan “angel” dalam ungkapan asal Tun Mahathir adalah suatu metafora atau kiasan, tetapi ianya tidak menafikan hakikat bahawa Tun Mahathir sendiri telah membuat dua cabang kelas bahawa Umno BN berada di pihak yang “buruk dan rosak” manakala Pakatan Rakyat berada di pihak yang “baik”.


Tun Mahathir adalah Tokoh Besar UMNO, Mantan Presidennya dan Mantan Perdana Menteri, yang paling lama memegang jawatan dalam UMNO. Tun Mahathir mendedahkan beberapa kali, dalam ayat dan perkataannya sendiri, bahawa UMNO adalah parti berpenyakit kronik, mungkin tidak dapat diubati kerana sudah melarat ke dalam usus. Penyakit rasuah dan gila mendapat kuasa. Sebagai seorang ahli perubatan yang tahu bagaimana parahnya sesuatu penyakit itu, sehingga beliau memberi gambaran penyakit kronik yang melarat ke dalam usus, atau dalam kata lain ianya tidak mampu diberi rawatan.

PRU13 : Mahathir dakwa Anwar tidak yakin di Permatang Pauh...ha..ha..ha...Tok Ki Det...!!!

KUALA LUMPUR - Kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau mungkin bertanding di Perak pada pilihan raya umum ke-13 ini menunjukkan keyakinan beliau terhadap pengaruhnya di kawasan Permatang Pauh semakin berkurangan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia negara bebas dan "Anwar boleh pergi ke mana saja yang dia mahu, tetapi untuk menang, satu cerita lain."

"Maksud saya jika beliau mahu lari daripada Permatang Pauh, tak mengapa. Ini jelas menunjukkan keyakinan beliau terhadap (mengekalkan) kerusi Parlimen Permatang Pauh semakin hari semakin berkurangan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada persidangan ulung Persekutuan Perusahaan Islam Sedunia yang juga Forum Ekonomi Islam Sedunia di sini, hari ini.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu baru-baru ini berkata beliau mungkin bertanding di kawasan parlimen Perak pada pilihan raya akan datang, semasa ditanya sama ada beliau akan mempertahan kerusi parlimen Permatang Pauh.- Bernama

Pimpinan PR Hargai Professionalisme Pasukan Keselamatan Tangani Isu Pencerobohan Sabah


KUALA LUMPUR 22 MAC : Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) menghargai jasa pengorbanan dan professionalisma anggota pasukan keselamatan dalam menangani penceroboh bersenjata di Sabah.
ceramah kampung baru 01Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, tindakan mengkritik Menteri Dalam Negeri Datuk Hishammudin Hussin dan pimpinan Barisan Nasional (BN) dalam menangani isu itu tidak bermakna pimpinan PR mengkritik pasukan keselamatan.
“Sekarang ini apa yang berlaku apabila Barisan Nasional gagal dalam menangani isu itu maka mereka menyalahkan pimpinan Pakatan Rakyat,” kata Nurul Izzah.
Sebelum ini, Nurul Izzah mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar New Straits Times (NST) ekoran penyiaran artikel yang mendakwa beliau memperlekeh usaha anggota keselamatan di Sabah.
Nurul Izzah menyifatkan rencana yang bertajuk “Nurul Izzah hits out at police” adalah berniat jahat kerana didakwa memutarbelit ucapan ceramah beliau di Jemapoh, Negeri Sembilan pada 19 Mac lalu.
Beliau berkata demikian semasa Ceramah Pakatan Rakyat yang diadakan di Padang Kelab Sultan Sulaiman Shah di Kampung Baru di sini.

Kajian PRU-13: Sokongan BN Di Sabah Sarawak Dijangka Semakin Kendur


PETALING JAYA, 22 MAC: Ketika sokongan rakyat Sabah dan Sarawak terhadap Pakatan Rakyat (PR) terus meningkat, sokongan kepada BN dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) yang bakal berlangsung tahun ini dijangka terus menyusut.
Jangkaan tersebut dibuat berdasarkan fenomena angin perubahan yang semakin kuat melanda dua negeri kepulauan Borneo itu dan statistik keputusan pilihan raya sebelumnya.
BN PRU-13 bom 01Menurut Ketua Jabatan Politik dan Kajian Antarabangsa Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Faisal Hazis, undi popular BN dan PR semakin menurun di kalangan suku kaum Sabah dan Sarawak sejak pilihanraya 2004.
Kajian oleh Dr Faizal mendapati undi popular yang diperolehi BN di Sabah menurun dari 64.9 peratus dalam pilihan raya 2004 kepada 61.72 peratus dalam pilihan raya 2008.
Penurunan paling ketara sekali berlaku di kerusi yang didominasi pengundi Cina dari 54.37 peratus pada 2004 kepada 35.62 peratus pada 2008.
“Di Sabah faktor projek IC, pendatang haram, autonomi Kerajaan Negeri, penyalahgunaan kuasa golongan elit BN khususnya Datuk Seri Musa Aman akan memainkan peranan.
“Pakej startegi pembangkang dengan kempen mereka juga memberi kesan terutama Agenda Borneo, ‘Borneo Tea Party’ dan ‘Ini Kalilah’ yang semakin mendapat sambutan cukup baik dari masyarakat Sabah,” ujar Dr Faisal.

Duduk Bantah JPN Klang: KEADILAN bantu kaum India dapat IC

IC lagiKLANG 22 MAC: Pemimpin KEADILAN membantu 40 masyarakat India sekitar Selangor yang tidak memiliki kad pengenalan (IC) menuntut kerakyatan mereka melalui demo ‘Duduk Bantah’ di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Klang, pagi ini.
Kumpulan dari Banting, Pulau Carey dan Klang itu berarak dari tokong berdekatan ke JPN tersebut bersama Naib Presiden KEADILAN, N Surendran; Pengarah Guaman, Latheefa Koya; Timbalan Ketua Biro Guaman dan Hak Asasi, S Jayathas dan Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam.
Mengetuai kumpulan itu, Surendran berkata, perhimpunan berkenaan berikutan permohonan mereka ditolak secara tidak jelas, hingga menimbulkan banyak masalah termasuk urusan persekolahan anak-anak.
“Kita Duduk Bantah di JPN kerana mereka dinafikan hak untuk dapatkan surat beranak dan kad pengenalan termasuk pelajar berusia 12 tahun yang tidak pernah ke sekolah kerana menghadapi masalah tiada MyKid.
“Ada juga warga emas berusia 60 dan 70-an yang lahir di Malaysia, berketurunan India dinafikan haknya untuk mendapatkan IC.

Bagaimana pengganas Sulu jadi pegawai kerajaan?


KUALA LUMPUR: Persoalan yang lebih besar perlu dijawab, bagaimana seorang warga asing boleh dengan begitu mudah diberi kad pengenalan dan akhirnya diberi pula hak mengundi.

Demikian dinyatakan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Riduan Mohd Nor dalam satu kenyataan.

“Apa keistimewaan Azzimudie sehingga beliau diberi layanan istimewa menjadi hak warganegara malah dibenarkan berkhidmat dengan pegawai kerajaan?” tanya beliau kepada Harakahdaily.

Kenyataan penuh beliau sebagaimana di bawah.

Di sebalik krisis pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, di mana aspek keselamatan dan kedaulatan negara menjadi perhatian utama, timbul pula isu identiti Agbimudin @ Azzimudie Kiram, ketua pengganas Sulu serta adik ‘Sultan Sulu’ Jamalul Kiram yang sebenarnya pernah berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Daerah (ADO) di Kudat, Sabah sekitar tahun 1970-an.

Pendedahan terbaru itu pastinya mengheret satu lagi lembaran baru dalam kes penyiasatan ini. Bagaimana seorang pengganas yang menceroboh masuk ke negara ini adalah bekas seorang pegawai kerajaan di negara ini.

Bukankah ia bermakna Azzimudie Kiram juga memiliki kad pengenalan Malaysia?

Pengundi Tak Sah : 'Siasat no kad merah & hijau dalam daftar pemilih'



 
Ahli srategi pilihan raya DAP Ong King Ming mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyiasat dakwaan terdapat nombor kad pengenalan hijau dan merah dalam daftar pemilih.

Walaupun mengakui bahawa pemegang nombor lama itu mungkin sudah mendapat kerakyatan, Ong berkata, ia amat membimbangkan disebabkan ditemui dalam kawasan yang dianggap banyak masalah oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

NONE"Ketika menyiasat daftar pemilih terkini untuk suku keempat 2012, kami dapati terdapat 7,029 pengundi dengan nombor kad pengenalan lama milik pemegang kad merah dan 446 lagi menggunakan nombor kad hijau.

"Ini bermaksud, jumlah 7,475 itu mungkin bukan penduduk Malaysia dan tidak layak mengundi tetapi dimasukkan dalam daftar pemilih," katanya.

Ong menyemak nombor kad merah antara H6000000 kepada H6040000 dan untuk nombor kad hijau pula antara H8000000 hingga H8040000 yang dibekalkan oleh ketua jabatan kad pengenalan JPN Sabah dan Sarawak Ruslan Alias ketika suruhanjaya diraja pendatang asing Sabah berjalan.

Kakitangan CIMB piket tuntut 'keadilan' dari adik Najib


 
dikemaskini Ahli Kesatuan Sekerja Bank (NUBE) dan kakitangan bank CIMB Berhad hari ini mengadakan piket membantah pihak pengurusan bank itu kerana didakwa tidak menjaga kebajikan dan melanggar hak asasi pekerjanya.

NONEMereka membantah antaranya mengenai dakwaan ketidakadilan dalam penilaian prestasi bagi bayaran bonus kakitangan dan isu pemecatan kakitangan yang mempersoal penggunaan dana pekerja oleh pihak pengurusan.

Piket NUBE di CIMB di Petaling Jaya hari ini bermula kira-kira jam 12 tengahari ini selama satu jam dan disertai kira-kira 300 ahlinya termasuk kira-kira 60 kakitangan CIMB.
NUBE mempunyai kira-kira 5,000 ahli yang bekerja di rangkaian CIMB.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Penolong setiausaha NUBE, A Karuna berkata aduan berhubung perkara itu telah dimaklumkan kepada pihak pengurusan bank sejak setahun yang lalu tetapi mendakwa tiada tindakan.

Karuna berkata, piket yang diadakan di hadapan CIMB di Petaling Jaya itu merupakan yang kali ke-30 sejak Disember tahun lalu

Tiga aktivis siswa ditahan polis di Angkasapuri


Tiga aktivis mahasiswa hari ini ditahan polis kerana cuba memasuki Angkasapuri bagi bertemu dengan pengurusan RTM untuk menuntut ruang berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Siswa yang ditahan antaranya pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohd Safwan Anang (bawah) di hadapan pintu masuk ke Kementerian Penerangan - yang menempatkan pejabat pengarah RTM.

NONEDua lagi yang ditahan adalah Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu Univrsiti Malaya (PBMUM) Abdul Muqit Muhammad dan aktivis siswa Muhammad Akram Ahmar.
Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Setiasusaha SMM Ahmad Syukri Kamaruddin berkata insiden itu berlaku selepas  mereka berbincang dengan wakil kementerian dan pihak polis berhubung tuntutan mereka.

Dalam pembicangan tersebut, Ahmad Syukri berkata mereka bersetuju untuk bertemu dengan pengarah RTM pada Isnin depan dan diminta bersurai kemudiaannya.

"Kemudian Safwan patah balik selepas mendapat maklumat pengarah RTM ada di dalam.

"Dia nak masuk bersama dua lagi, tetapi ditahan polis," katanya.

40 berarak dari masjid UM
Kumpulan mahassiwa itu diminta hadir semula ke Angkasapuri pada Isnin depan jam 9 pagi untuk mendapat maklum balas yang diminta.

NONESementara itu, Ahmad Syukri berkata, Safwan dan dua lagi kini ditahan kira-kira 4.30 petang dan dibawa ke Balai Polis Pantai tidak jauh dari situ.

Kumpulan mahasiswa kini beralih dari Angkasapuri ke hadapan balai itu untuk menuntut pembebasan rakan mereka.

Selepas solat Jumaat tadi, kira-kira 40 orang mahasiswa berarak dari Masjid Ar-Rahman dekat Universiti Malaya (UM) ke pintu masuk Angkasapuri.

Difahamkan kira-kira 30 anggota polis mengawal keadaan.

Occupy RTM: 3 aktivis siswa ditahan polis di Angkasapuri

SAMMKUALA LUMPUR 22 MAC: Tiga aktivis mahasiswa ditahan polis petang ini dalam satu perhimpunan aman dinamakan ‘Occupy RTM’ di Angkasapuri bagi menuntut perdebatan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Safwan Anang ditahan selepas cuba melepasi pintu pagar utama Angkasapuri.
Manakala Presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (UM), Abdul Muqit Muhammad dan aktivis Muhammad Aqram Ahmar turut ditahan selepas cuba menghalang Safwan daripada ditahan.
Mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Pantai.
Hampir 30 aktivis mahasiswa berhimpun bagi mendesak pengurusan RTM memberi maklum balas mengenai permintaan mereka agar RTM menganjurkan debat antara PM dan wakil mahasiswa.
Surat permohonan dihantar 1 Mac lalu, namun sehingga hari ini RTM tidak memberikan sebarang jawapan.
Selepas solat Jumaat tadi, kira-kira 40 orang mahasiswa berarak dari Masjid Ar-Rahman dekat UM ke pintu masuk Angkasapuri.

PRU13 : PAS tolak alasan SPR kempen 21 hari membazir

KUALA LUMPUR: PAS menolak pandangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tidak membenarkan tempoh kempen 21 hari atas alasan membazir.

Sebaliknya, SPR perlu sedaya-upaya mengendalikan pilihan raya yang adil untuk memberi peluang kepada semua parti yang bertanding untuk berkempen.

Lebih-lebih lagi, dalam suasana media perdana yang tidak bersedia memberikan akses kepada Pakatan Rakyat untuk menerangkan perjuangan parti tersebut.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr. Hatta Ramli, berkata jika calon-calon daripada Pakatan Rakyat diberikan akses sama seperti calon Barisan Nasional, pihaknya bersedia untuk bersetuju dengan tempoh kempen yang diamalkan sekarang.

"Masalahnya, akses media hanya meliputi calon BN.  Sama ada tv, surat khabar mahupun radio.  Perdebatan terbuka secara langsung tidak pernah ada. Jadi, kami tiada pilihan melainkan terpaksa menjelajah seluruh negara, yang sudah pasti memerlukan tempoh yang panjang," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Anwar Ibrahim: Jalan Itu Jalan Bot, Naik Kereta Dengan Naik Bot Sama

Rintihan Rakyat - 50 Tahun Menderita Masalah Air di Felda Kg New Zealand Pahang

Rafizi Ramli: Is Pakatan Rakyat Manifesto Financially Feasible?

Kajian: Orang muda bakal penentu PRU 13

PETALING JAYA: Pengundi pertama kali dan pengundi muda dijangka akan menjadi pengundi penentu dalam pilihan raya ke 13 apabila jumlah mereka 24.6 peratus dari semua pengundi.

Angka ini adalah paling tinggi dalam sejarah pilihan raya di negara ini, kata Pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Sufian (gambar kanan) dalam satu seminar dekat sini semalam.

Menurut Ibrahim, pengundi muda pula dianggarkan 25 peratus dari jumlah pengundi yang berdaftar sehingga bulan Disember 2012.

Pengundi di bawah 30 tahun dalam daftar kali ini adalah 27 peratus dan dibawah 40 tahun adalah 52 peratus.

Profesor Dr Ridhuan Othman (gambar bawah) pula dalam kajian Pusat kajian Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) berkata, 21 peratus pengundi di negara ini belum membuat keputusan siapa yang akan mereka pilih dalam pilihan raya ini nanti.

SORRY TO BE CAUTIOUS: Due to EC bias, PR only has 50% chance in every seat - Kee Kwong


It may look easy for Tan Kee Kwong, PKR's candidate for the Wangsa Maju parliamentary seat, to win in the coming general election.
SORRY TO BE CAUTIOUS: Due to EC bias, PR only has 50% chance in every seat - Kee KwongHe is widely expected to wrest the seat from former party colleague-turned-renegade Wee Choo Keong, who had attracted public odium for switching loyalties to become a supporter of Prime Minister Najib Razak's BN coalition.
But Kee Kwong is not expecting any easy ride or to benefit from Wee's "unpopularity" arising from the latter's controversial defection some three years ago.
"No way, in every seat across Malaysia, the Opposition only has 50% chance because of the electoral fraud that has been deliberately and systematically put in place. The only way BN can win is by playing dirty and with so much at stake, do you think they will hold back," Kee Kwong told Malaysia Chronicle.
When personalities won't count so much, but cheating will?

According to Kee Kwong, the 13th general election would be about more than just personalities. All the seats up for grabs including Wangsa Maju would be susceptible to massive and systemic electoral fraud, he said, with the Election Commission the key suspect in complicity with the BN.
"Two years ago, I was attending a BERSIH briefing in MBPJ, and someone in the audience asked the chairman of the forum how independent was our Election Commission compared to Thailand and India. I can still remember the reply, which was that the Thai EC was very good and independent. Then in India, when the EC investigates, the politicians there shake and shiver. But in Malaysia, our EC just follows the BN government," said Kee Kwong.