Khamis, 21 Mac 2013

Dr Wan Azizah: We Must Do Better, We Can Do Better

PRU-13: Keperluan melaksanakan Pilihan Raya secara serentak

21 MAC – Kelmarin kecoh kononnya Dewan Rakyat telah dibubarkan. Akhirnya ramai yang hampa apabila ia tidak berlaku. Ternyata ramai yang menunggu bila pilihan raya akan berlangsung. Penantian ini telah kedengaran sejak dua tahun lalu kerana lazimnya apabila seorang Perdana Menteri diganti semasa pertengahan penggal, Perdana Menteri baru akan mengadakan pilihan raya tidak lama kemudian untuk mendapatkan mandatnya.
Selain kekecohan semalam, maklumat awal yang mengatakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor akan terbubar dengan sendirinya pada hari ini juga tidak tepat. Ya, untuk yang tidak tahu, pembubaran DUN tidak semestinya berlangsung serentak dengan Dewan Rakyat. Ini adalah satu terjemahan sistem federalisme yang diamalkan di Malaysia. Rakyat Malaysia perlu tahu tentang hal ini kerana ia penting dalam konteks sejarah dan keseluruhan urustadbir negara.
Bila pilihan raya akan diadakan?
Di bawah Bab 2, Badan Eksekutif, Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan menetapkan tempoh sah parlimen berlangsung ialah selama lima tahun, bermula daripada mesyuarat pertama. Melainkan ia dibubarkan lebih awal, Parlimen akan berlangsung sehingga lima tahun dan terbubar sendiri selepas itu. Dengan terbubarnya Parlimen, pilihan raya umum perlu dibuat dalam tempoh enam puluh hari selepas itu.
DUN juga begitu. Ia akan terbubar selepas lima tahun bermula daripada sidang mesyuarat pertama. Dalam realiti kemajuan teknologi semasa, cubaan menyemak tarikh sidang mesyuarat pertama ini melalui hansard DUN agak sukar, kecuali negeri Selangor. Saya fikir hal ini perlu diperbaiki. Adalah wajar untuk memudahkan orang ramai mengakses hansard Dewan sebagai satu cara meningkatkan nilai ketelusan, pertanggungjawaban dan urustadbir kerajaan yang baik.

Kit Siang, Salahuddin tanding di Johor bukan 'langkah bunuh diri'


Lim Kit Siang
Lim Kit Siang
Salahuddin Ayub
Salahuddin Ayub
SHAH ALAM – Keputusan dua tokoh politik pembangkang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub bertanding di Johor bukannya dilakukan secara terburu-buru malah ia dilakukan dengan teliti dan strategi baru susulan wujudnya kecenderungan untuk menang sekali gus mampu menawan sebahagian besar kubu kuat Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Walaupun banyak persepsi negatif cuba ditimbulkan pihak tertentu untuk menakut-nakutkan dua tokoh terbabit boleh tewas dan menyifatkan mereka tidak menghargai pengundi kerusi semasa, namun dengan mengambil kira komposisi pengundi khususnya kaum Cina, Kit Siang dan Salahuddin yakin dapat menarik sokongan untuk memenangkan Pakatan Rakyat (PR).

“Saya fikir mereka masuk bertanding di tempat baru ada strategi terbaru, ada kecenderungan untuk menang, bukan masuk (Johor) buta saja.

“... dua tokoh itu dah buat percaturan dan kira tahap sokongan mungkin ada peluang menang, saya tak fikir mereka masuk bertanding ke sana untuk bunuh diri,” kata Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak.

Pakatan: 'Pemimpin korup tak boleh lari'


PUCHONG – “Sebaik sahaja kita tawan Putrajaya, ‘Perdana Menteri’ baru,Datuk Seri Anwar Ibrahim akan keluar arahan pertama kepada semua lapangan terbang supaya jet peribadi tidak dibenarkan membuat penerbangan,”demikian tegas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Arahan itu menurut Guan Eng akan dikeluarkan malam ketika keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diumum dan beliau yakin besar ia berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR).
Lim Guan Eng Beliau berkata, ia berikutan PR tidak mahu pemimpin yang didakwa kuat ‘curi’ harta rakyat sebelum ini melarikan diri apabila mereka diumum kalah.
Katanya, ‘pemimpin’ dimaksudkan memang pandai kerana jika menang mereka akan tinggal di negara ini tetapi jika kalah akan pakai jet peribadi dan terbang ke luar negara.
“Kita tidak mahu ‘mereka-mereka’ ini bawa  lari dan bakar fail, PM baru akan keluar arahan pertama kepada semua lapangan terbang, jet peribadi tidak boleh terbang sebaik sahaja PR diumum dapat tawan Putrajaya.
“Arahan akan keluar juga di sebuah daerah di Sarawak kerana di sana banyak jet peribadi, tidak boleh terbang kecuali  dapat kebenaran ‘kerajaan baru’ Malaysia,”katanya ketika berucap sebelum merasmikan Pusat Perkhidmatan Pilihanraya PR Puchong, di sini lewat malam tadi.

Tak manis terima rasuah mahal-mahal...


Rosmah: Tak manis tolak hadiah mahal

Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor menjelaskan bahawa beliau kelihatan mewah kerana memakai perhiasan yang dihadiahkan oleh para tetamunya, demi menjaga hati individu berkenaan.
Katanya, tidak manis sekiranya pemberian mahal ditolak, dan ia menjadi pembaziran sekiranya barang kemas tersebut, termasuk cincin, jam dan perhiasan diri itu disimpan dalam peti besi.
"Kita mesti menjaga hati mereka apatah lagi kita adalah tetamu. Bagaimana perasaan kita apabila pemberian kita ditolak orang lain? Tentu kita akan tertanya-tanya dengan pelbagai soalan dan berasa kecil hati," katanya.

Rosmah dalam buku biografinya terbitan Yayasan Amanah Perdana itu juga mendakwa tidak mahu bermegah-megah dengan pemberian tersebut.

"Takkanlah saya mahu menghebohkan kepada semua orang bahawa orang itu beri saya jam, orang itu beri saya beg tangan dan sebagainya. Itu sudah riak namanya, seperti mahu menunjuk-nunjuk," katanya.

PRU13: PDRM sedia hadapi pelbagai kemungkinan


KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan dalam pilihan raya kali ini biarpun dijangkakan lebih mencabar berbanding pilihan raya sebelum ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.
Beliau berkata, PDRM melakukan persiapan rapi kerana komited untuk merealisasikan hasrat dan dasar dalam menentukan ketenteraman awam diberi
keutamaan demi kesejahteraan rakyat.
PRU13 Katanya, antara persiapan yang dibuat termasuklah mengadakan kursus, mengenal pasti bentuk penugasan pilihan raya, keperluan logistik dan kebajikan.
"Elemen tenaga sumber manusia dan sokongan logistik seperti kenderaan dan komunikasi perlu diaturkan penugasan secara strategik supaya semua situasi dapat ditangani. Persiapan juga termasuklah mentafsir tahap ancaman dan sebagainya," katanya dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman Facebook PDRM hari ini.
Ismail berkata advokasi melalui media baharu seperti Facebook, Twitter, Portal Rasmi PDRM juga menjurus kepada kempen keamanan demi mencegah penularan hasutan dan berita palsu berkisar kepada PRU13.
Beliau menegaskan polis yang bertugas pada pilihan raya nanti tidak akan berkompromi dengan apa jua anasir dan bertindak tegas terhadap sesiapa yang melanggar undang-undang.

Lahad Datu bukan main 'police sentry'...

Mat Zain: Penceroboh patut dianggap lancar perang sejak awal
Kelmarin, rakyat dihidangkan dengan satu lagi episod baru dibintangi oleh Tan Sri Abdul Gani Patail, anak kelahiran Sabah, yang dilaporkan mengepalai pendakwaan seramai 8 orang daripada penceroboh bersenjata di Lahad Datu, kerana kesalahan keganasan dan melancarkan perang terhadap SPB Yang Di-Pertuan Agong.
Gani sepatutnya sedar hakikatnya, bahawa pertuduhan melancarkan perang terhadap YDP Agong yang dikenakan keatas tertuduh itu, bukan membuktikan keberanian, kecekapan atau kepintaran beliau sebagai peguam negara.
Sebaliknya, pertuduhan yang dikenakan setelah 10 orang anggota keselamatan kita terkorban, hanya menyerlahkan kelemahan, kecuaian dan keangkuhan Gani Patail sendiri, yang sepatutnya telah bertindak melaksanakan tanggungjawab utama beliau semenjak pencerobohan bersenjata itu dikesan lagi.

Adalah menjadi tanggungjawab utama peguam negara untuk menasihatkan Yang Di-Pertuan Agong atau jemaah menteri, berkaitan perkara undang-undang, sepertimana yang ditetapkan dalam perlembagaan persekutuan.

Sekiranya sejak dari hari pertama lagi Peguam Negara telah menasihatkan YDP Agong bahawa tindakan lebih dari 150 orang bersenjata menceroboh masuk ke Lahad Datu itu boleh diklasifikasikan mengikut undang-undang sebagai perbuatan melancarkan perang terhadap Seri Paduka Baginda, maka nescaya Baginda, selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera, Malaysia, tidak akan teragak-agak untuk mengerahkan bala tentera dan pasukan keselamatan Negara untuk melancarkan tindak balas yang sewajarnya bagi menyelamatkan Negara dan rakyat Baginda.

Will Umno govt follow Cyprus, NZ? STEALING from your savings to fund bank's failure

The National Government are pushing a Cyprus-style solution to bank failure in New Zealand which will see small depositors lose some of their savings to fund big bank bailouts, the Green Party said today.
Open Bank Resolution (OBR) is Finance Minister Bill English’s favoured option dealing with a major bank failure. If a bank fails under OBR, all depositors will have their savings reduced overnight to fund the bank’s bail out.
Will Umno govt follow Cyprus, NZ? STEALING from your savings to fund bank's failure“Bill English is proposing a Cyprus-style solution for managing bank failure here in New Zealand – a solution that will see small depositors lose some of their savings to fund big bank bailouts,” said Green Party Co-leader Dr Russel Norman.
“The Reserve Bank is in the final stages of implementing a system of managing bank failure called Open Bank Resolution. The scheme will put all bank depositors on the hook for bailing out their bank.
“Depositors will overnight have their savings shaved by the amount needed to keep the bank afloat.
“While the details are still to be finalised, nearly all depositors will see their savings reduced by the same proportions.
“Bill English is wrong to assume everyday people are able to judge the soundness of their bank. Not even sophisticated investors like Merrill Lynch saw the global financial crisis coming.
“If he insists on pushing through this unfair scheme, small depositors can be protected ahead of time with a notified savings threshold below which their savings will be safe from any interference.”
Why should we put money in the banks then
Dr Norman questioned the Government’s insistence on pursuing Open Bank Resolution when virtually no other OECD country uses it.
“Open Bank Resolution is unprecedented in the world. Most OECD countries run deposit insurance schemes which protect people’s deposits up to a maximum ranging from $100,000 – $250,000,” Dr Norman said.
“OBR is not in line with Australia, which protects bank deposits up to $250,000.
“A deposit insurance scheme is a much simpler, well-tested alternative to Open Bank Resolution. It rewards safe banks with lower premiums and limits the cost to taxpayers of a bank failure.
“Deposit insurance will, however, require the Reserve Bank to oversee and regulate our banks more closely– a measure which is ultimately the best protection against bank failure.”
http://macedoniaonline.eu/content/view/22951/52/

OBR - the emergency plan to steal from your bank account

Put your money in the bank, not under the mattress. That’s always been a mantra, especially for people who don’t want to speculate in property or the sharemarket, and who don’t want to run the risk of putting their savings into shonky finance companies. Belief in the stability of banks is one of the tentpoles of the economy – so the revelation from Green Party co-leader Russel Norman that the government and Reserve Bank are about to give themselves the power to raid the deposits of ordinary bank customers in the event of a banking crisis seems simply outrageous.

Pimpinan DAP Perak bersatu, sedia bantu PR tawan semula negeri



IPOH, 21 MAC: Mereka berbeza pendapat, kadang-kadang mereka berbalah. Namun demi rakyat dalam menghadapi PRU ke-13, mereka kembali bersatu hati dan tenaga untuk menawan kembali Perak yang dirampas secara haram oleh Barisan Nasional.
Walaupun sering digembar-gembur oleh media arus perdana yang dikawal BN, Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham dan Naib Pengerusi DAP Kebangsaan M. Kulasegaran sebenarnya adalah sahabat dalam perjuangan politik.
Perbezaan mereka hanya berkisar soal pentadbiran dalaman dan kadang-kalanya salah faham, jelas Kulasegaran dalam satu ceramah besar di sini malam kelmarin.
“Walaupun ada perbezaan pandangan, saya memberi jaminan kepada semua pengundi bahawa DAP Perak akan bertandang di gelanggang pilihanraya sebagai satu pasukan yang bersatu hati,” ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat.

Sri Kandi Siti Aisyah - Anak Muda Agent Perubahan Politik Tanah Air

Mat Tompel Pekan pun boleh jadi PM

Nazir Tun Razak CEO CIMB, menyokong supaya kerjaya abang nya Najib sebagai PM diteruskan. Mengapa tidak mau sokong? Nazir mendapat gaji RM1.2 juta sebulan. orang2 nya ada berjumpa dengan parti pembangkang untuk bertanya masa depan nya bila PR memerintah. maka apabila dia menyokong abang nya, ini menggambarkan dia bimbang akan masa depan nya sendiri. kalau dia hebat dan handal,ttidak ada apa yang perlu dikhuatiri. Saya yang sudah bertemu dengan dia beberapa kali boleh mengesahkan bahawa dia seorang yang kuat berkerja. he is a workaholic, datang ke CIMB pada hari Ahad pun. Plus dia budak cerdik. No one is taking that from him. Tapi saya juga berkata, kalau saya mendapat gaji RM1.2juta sebulan, saya akan berumah di CIMB.
Tapi bila Nazir kata Najib harus disokong sebagai PM- maka saya mahu mencadangkan Mat Tompel di bandar Pekan Pahang jadi PM juga. Semua orang Pekan tahu siapa Mat Tompel- kecuali tentulah Najib. kerana jika Mat Tompel diberi kuasa dan wang, dia akan memberi wang tersebut kepada mereka yang berhak menerima nya dan dia mengenali rakyat Pekan. 
Bila saya tulis artikel mengenai Lim Kit Siang, adalah pembaca penyokong UMNO rasuah dan pembelot bangsa Melayu yang mengamuk. Sedangkan perenggan yang diperuntukkan kepada Lim Kit Siang hanya sedikit berbanding dengan penghujjahan saya mengenai kesan Kit Siang kepada ketidak-relevenan MCA dan sumbangan langkah stratejik Kit Siang kepada ketewasan UMNO/BN.

Artikel Berniat Jahat, Nurul Izzah Ambil Tindakan Undang-undang Ke Atas NST


SHAH ALAM, 21 MAC : Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar akan mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar New Straits Times (NST) ekoran penyiaran artikel yang mendakwa beliau memperlekeh usaha anggota keselamatan di Lahad Datu.
Nurul Izzah menyifatkan rencana yang bertajuk “Nurul Izzah hits out at police” adalah berniat jahat kerana didakwa memutarbelit ucapan ceramah beliau di Jemapoh, Negeri Sembilan pada 19 Mac lalu.
Rencana tersebut diterbitkan di dalam NST hari ini.
Nurul Izzah-SAMM“Integriti kewartawanan yang bertanggungjawab adalah mercu tanda demokrasi di negara kita.
“Sedang kita melalui krisis yang mengancam keselamatan negara, saya berpendapat bahawa laporan yang tidak tepat dan menyeleweng itu harus ditarik balik.
“Saya menuntut New Straits Times memohon maaf dalam masa 24 jam melalui media digital dan cetak sebagaimana rencana berbaur fitnah itu telah disebarkan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau turut menegaskan, isu sebenarnya yang diketengahkan di dalam ceramahnya adalah tindakan ahli-ahli politik di Putrajaya dalam menangani masalah keselamatan di Lahad Datu, Sabah.

SABAH CRISIS: OH DR M, HOW COULD YOU! Did we kill our own citizens & the threat from WITHIN

The Sulu intrusion in Sabah has been complex and not so easy to follow, so let's review the key points before detonating the latest bombshell dropped by a leader from the Malaysian Opposition, Rafizi Ramli.
SABAH CRISIS: OH DR M, HOW COULD YOU! Did we kill our own citizens & the threat from WITHINThe Royal Sultanate of Sulu invaded Sabah, Malaysia on the 9thFeb 2013. 200 of its finest warriors led by the Crown Prince Azzimudie Karim himself and an experienced General of the Royal Sulu Army managed to sneak into Sabah without valid papers and without being detected. They then set up camp in a village called Kampong Tanduo while the Malaysian authorities apparently snored.
These elite warriors were reported to be highly trained in jungle warfare. Equipped with a special 'magical' amulet, some of them claimed to be invincible and can single-handedly take out whole battalions of soldiers.
Eye witnesses have sworn that these warriors can disappear before their very eyes and reappear behind enemy front lines, while those captured after being shot, showed no sign of injuries or open wounds. This is how dreaded and fearsome the Royal Army of Sulu has become in the minds of many of the Sabahans, especially those who live near to Kampong Tanduo..
Reclaiming their birthright
The Sulu gunmen said they came to reclaim their 'rightful' land and to settle in Sabah permanently. They took pains to assure Sabahans that they come in peace. All they wanted is to share this wonderful land with Sabahans, including all its riches and spoils which amounts to a cool RM226 billion. With this vast amount of money there would be no more poor Muslim Filipinos, according to the pretty Princess Jacel Karim of the Sulu Sultanate.
They also intended to turn Sabah into part of the Sultanate of Sulu. Sabahans have the option to be their loyal subjects of the Sulu Sultan or leave the State voluntarily.
The Malaysian government said they initially took a soft approach to the invasion chiefly because the invaders were Muslims and had agreed to negotiate a peaceful solution. However, this rather soft approach wasn't quite credible to Malaysians, who were surprised at how patient and willing to delay their authorities were.
After three weeks of unfruitful negotiations, the Malaysian Government finally gave an ultimatum - leave in peace and we'll provide you with a safety corridor and as for your weapons, we'll bury them.
A Suicidal Mission

Peguam Taib akan berhadapan dengan siasatan polis untuk menjawab tuduhan salahlaku


Ketua menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud menafikan terlibat dengan video berkenaan penjualan tanah di Sarawak dan mengatakan itu hanya cubaan untuk memburukkan nama baik beliau. — Gambar failKUALA LUMPUR, 21 Mac — Dua peguam yang dirakam secara rahsia mengenai penyelewengan tanah melibatkan sepupu Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan berdepan dengan soal siasat kerana salahlaku selepas Persatuan Peguam-Peguam Sarawak (AAS) membuat laporan polis di Kuching hari ini.
Dua orang peguam tersebut dikenali sebagai Alvin Chong dan Huang Lung Ong, ditunjukkan berasingan dalam video yang didedahkan oleh aktivis berpengkalan di London, Global Witness sebagai bukti penyelewengan tanah di Sarawak melibatkan keluarga ketua menteri, yang disiarkan di saluran berita Al-Jazeera.
Dalam penyiasatan rahsia, Global Witness (GW) mengambil video mengenai sepupu Taib dan beberapa lagi rakan terapat dalam mendapatkan ribuan hektar tanah hutan yang didakwa oleh aktivis berpengkalan di London itu sebagai rasuah yang sistematik di negeri terbesar Malaysia.
Dalam klip video 16 minit, penyiasat GW, yang menyamar menjadi pelabur asing, merakamkan perbualan mereka dengan sepupu dan peguam Taib, yang membeli tanah dengan keuntungan tinggi dan bakal mengakibatkan ribuan orang asli kehilangan tempat tinggal.

DILEMA PERKAMPUNGAN AIR DI SABAH


Oleh : SITI SALASIAH BINTI SALAMUN
KEADAAN muka bumi di kebanyakan kawasan dan daerah di Sabah ini memungkinkan penduduk untuk membina rumah di atas air. Di kawasan Daerah Sandakan sendiri, perkampungan air semenangnya menjadi sebahagian daripada kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.
Tambahan pula, kos di perkampungan air ini jauh lebih murah dan mampu dimiliki oleh penduduk berpendapatan rendah.
Rata-rata penduduk yang mendiami kawasan perkampungan air ini mempunyai dokumen dan kad pengenalan warganegara Malaysia. Di kawasan Batu Sapi Sandakan misalnya, kebanyakan penduduk yang tinggal menetap di perkampungan air yang ada di kawasan tersebut merupakan pengundi yang berdaftar.
Kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamadpada 18 Mac yang lalu yang menyatakan bahawa ‘sudah tiba masanya untuk kerajaan kini menyediakan satu penempatan yang teratur dan selesa bagi rakyat Malaysia yang tinggal di perkampungan air di perairan Sabah’, merupakan satu kenyataan yang diambil berat dan serius oleh penduduk yang terlibat dan penduduk Sabah amnya.
Penduduk Sabah yang masih dibimbangi dengan keadaan keselamatan di Lahad Datu yang masih belum selesai, di tambah pula lagi dengan kenyataan seperti ini, ia menjadikan Sabah seakan-akan dianak tirikan. Selaku mantan Perdana Menteri, seharusnya beliaulah orang yang bertanggung jawab menjaga keselamatan dan kebajikan rakyat di Sabah ini khususnya ketika mentadbir Negara satu ketika dulu.

Anwar Ibrahim: Implikasi Terhadap Pencerobohan Di Lahad Datu

Anwar Ibrahim: What Keeps Me Going?

Jangan Ketawa : Cet cet cet cet cet cet cet cet cet..(cicak menyanyi) Transformasi...!!!

TRANFORMASI : LU ORANG JANGAN KETAWA...NI MALAM JUMAAT ....!!!!

GE13 Showdown: What is impact of GE13 on the economy?

Quality candidates vital to win GE

Unlike before, this time round voters are more aware and want assurance that victorious candidates would not defect after election to gain personal benefits, says an academician.
GEORGE TOWN: Political parties should not field just any ‘Tom, Dick and Harry’ in the forthcoming general election if they want to achieve electoral success, warned a local academician here today.
Sivamurugan Pandian, a lecturer in Universiti Sains Malaysia, said due to rapidly growing political awareness among voters, both Barisan Nasional and Pakatan Rakyat would have to field quality candidates.
“Candidates would be scrutinised by voters more than ever before. They must be credible personalities with dignity and integrity and without any baggage.
“The candidates must be trustworthy, competent and loyal.
“BN and Pakatan can’t afford to field anyone, or else the voters would reject them,” he told FMT here today.
Hence, he said it would be crucial and imperative for BN and Pakatan to vet their candidates thoroughly before fielding them.

Politik dan berpolitik tidak sama

Oleh Ahmad Baei Jaafar,
Orang Melayu sehingga ke hari ini masih terkeliru dengan politik meskipun kita sudah merdeka sekian lama. Hal ini kerana kita sering diberi penjelasan yang salah tentang politik, apatah lagi kita selalu dibui mimpi oleh orang politik yang umumnya amat tidak bermoral.

Menjelang pilihan raya ke-13 ini saya ingin mengambil sedikit masa untuk membuat penjelasan tentang perbezaan antara politik, orang politik, parti politik dan main politik. Semoga dengan ini kita akan menjadi orang yang berpolitik secara profesional.

Politik dari sudut bahasa ialah mengurus, mentadbir dan melaksanakan sesuatu urusan dengan sempura. Orang yang menguruskan itu sudah tentu melaksanakannya secara bijaksana dan pandangan yang tajam. Jadi, politik akan ada dalam urusan kerajaan, masjid, persatuan dan seumpamanya.

Jelas di sini, segala urusan untuk memajukan kerajaan, mengatur ekonomi negara dan mensejahterakan rakyat termasuk dalam urusan politik. Begitu juga dengan urusan masjid, persatuan dan seumpamanya. Jika urusan pentadbiran masjid gagal dan kemajuannya tidak seberapa, ini bermakna politiknya lemah.

Orang politik ialah orang terlibat dalam urusan memajukan negara dan mengurus rakyat agar menjadi orang yang berjaya. Orang politik bekerja keras dengan merancang dan mengeluarkan idea yang baik untuk membangunkan negara dan keselamatan rakyat.

Politik baru selepas PRU13

Oleh Mohd Asri Zainul Abidin
Saya teringatkan keadaan Saidina ‘Ali bin Abi Talibr.a yang menjadi khalifah selepas krisis yang paling besar dalam sejarah umat Islam iaitu peristiwa pembunuhan Khalifah Ketiga, Saidina ‘Uthman bin ‘Affan. 
Umat Islam terpinga-pinga dengan keadaan politik baru ketika itu. Suatu pengalaman yang cukup baru, khalifah dibunuh dan pemberontak menguasai negara.

Dalam celahan itu, dengan desakan pemberontak dan umat Islam juga sebahagiannya bersetuju maka terlantiknya ‘Ali bin Abi Talib memegang jawatan khalifah.
Gawat
Suasana prasangka memenuhi dunia Islam ketika itu. Ini persis seperti kata Kata Abu al-Hassan ‘Ali al-Nadwi: “Pelantikan Saidina ‘Ali sebagai khalifah dibuat dalam keadaan yang paling gawat dan penuh dengan ujian getir dalam sejarah.
Ini kerana apabila ‘Ali dilantik sebagai pimpinan kerajaan dan masyarakat atau dibai’ah sebagai khalifah dalam keadaan peristiwa syahidnya Khalifah al-Muslimin ‘Uthman ibn ‘Affan r.a baharu sahaja berlaku dengan cara yang paling keji, kejam dan ganas.
Pada zaman itu terkumpul faktor-faktor negatif seperti ketidakpuasan hati, sentuhan perasaan dan jiwa.
Banyak pula khabar angin, persoalan dan salah faham yang timbul.
Perasaan ingin tahu dan meminta penjelasan semakin melonjak-lonjak.
Berita syahidnya ‘Uthman menjadi tajuk perbualan di mana-mana.
Suara orang ramai kedengaran di sana-sini meminta pelaksanaan hukuman bunuh balas terhadap pembunuh ‘Uthman.
Begitulah keadaan masyarakat manusia pada setiap masa dan zaman apabila berlakunya kejadian yang asing bagi mereka.
Maka hilanglah ketenteraman dan ketenangan”. (Al-Nadwi, Al-Murtadha, ms 141. Dar al-Qalam: Damsyik)

Mahasiswa Occupy di RTM esok tuntut debat dengan PM

Mahasiswa 1Esok 22 Mac genap 21 hari mahasiswa telah serahkan surat permohonan pada 1 Mac lalu kepada Rancangan Televisyen Malaysia (RTM) supaya menganjurkan satu debat antara mahasiswa dengan Perdana Menteri Malaysia, PM Najib Tun Razak.
Namun sehingga hari ini pihak kami belum menerima apa-apa jawapan balas daripada pihak RTM berhubung surat permohonan yang telah kami buat.
Tujuan surat permohonan tersebut dihantar adalah supaya RTM sendiri menyediakan satu ruang debat antara mahasiswa bersama Perdana Menteri.
Debat tersebut adalah bertujuan membincangkan halatuju Pendidikan Tinggi Negara khususnya isu-isu yang berlaku dalam universiti sejak akhir-akhir ini.
Keadaan ini menggambarkan kepada kita bahawa sistem pendidikan tinggi negara mulai goyah dan tercemar terutama apabila wujudnya campur tangan politik parti pemerintah.

Najib to dissolve Parliament only after bulk of JUICY PROCUREMENT DEALS SIGNED AT LIMA?

Najib to dissolve Parliament only after bulk of JUICY PROCUREMENT DEALS SIGNED AT LIMA?In the wake of the rare and intense denial by Prime Minister Najib Razak's office that Parliament had been dissolved, speculation is swirling that he had again been throwing red herrings to appease his rivals in Umno and the general public who are keen to have the country's 13th general election over and done with.
The talk now is that the 58-year-old Najib would dissolve Parliament only after Matrch 26th, which is the start date for the Langkawi International Maritime and Aerospace exhibition.
"It won't be this week, not until all the deals that the Umno cronies want are signed at the LIMA exhibition next week. If Parliament is dissolved earlier, the deals signed at LIMA may be questioned in court on the argument that there is already no longer a sitting government," an Umno watcher told Malaysia Chronicle.
Military procures the richest harvesting grounds for the Umno elite and their cronies

Indeed, military procurements have formed the backbone of Umno corruption, with Najib himself still embroiled in the RM7.3billion acquisition of 2 Scorpene submarines, where he has been accused of swiping a 114mil euro's illegal kickback for sanctioning the purchase.
The LIMA exhibition for 2013 ends on March 30. It is not clear when the bulk of the deals will be inked between the Malaysian government and the various suppliers but Najib does not have to wait until March 30. He may dissolve once the chunky deals are safely in the bag.
Nonetheless Najib supporters had earlier leaked to the government-controlled media that he would dissolve Parliament on March 25. All eyes are now on whether he will stick to the dateline or delay and what would be the new excuse he would offer this time around.
Ingenuous guessing game

AG: Pengganas Filipina tidak boleh didakwa bawah Akta Kesalahan Keselamatan

Sabah diceroboh
TAWAU - Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menjelaskan bahawa tiada peruntukan yang membolehkan seseorang itu didakwa mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Abdul Gani berkata akta yang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu tidak sama seperti Kanun Keseksaan dan sesetengah pengamal media serta orang awam keliru mengenainya terutama dalam kes melibatkan pencerobohan Lahad Datu.
"Adalah kurang tepat apabila dikatakan tertuduh didakwa di bawah Sosma, saya harap tuan-tuan (media) dapat maklumat ini supaya orang ramai dapat diberikan berita yang tepat," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau hari ini.

Muzium Kosong, Monorel Rosak dan Lapangan Terbang Sunyi Legasi Umno-BN Melaka

Taman Jurassic Melaka 01
SHAH ALAM 21 MAC : Monorel yang kerap kali rosak dan muzium kereta yang hanya ada tiga kereta proton. Itu lah keadaan dua projek pelancongan di Melaka yang diheboh-hebohkan oleh pimpinan Umno-BN negeri itu, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin.
Shamsul Iskandar juga mendakwa Lapangan terbang Antarabangsa Melaka (MIA) hanya digunakan oleh dua kapalterbang. Manakala taman haiwan purba “Jurassic Park” yang akan dibina dengan kos RM 200 juta dikhuatiri juga akan menjadi satu lagi projek gajah putih.
“Datuk Seri Ali Rustam nak buat taman haiwan ala Jurassic Park bernilai RM 200 juta. Sekarang hutang ditanggung kira-kira RM 800 juta.
“Apa kebaikan dan manfaat yang rakyat akan dapat? Rakyat bukan nak tengok sangat haiwan dinosaur ni,” katanya di dalam ceramah Pakatan Rakyat (PR) di Bukit Piatu, Melaka semalam .
Beliau menjelaskan PR tidak menolak pembangunan tetapi mahu setiap projek dirancang dan dilaksanakan untuk kebaikan rakyat.

Nurul Izzah pertahan sokongan kepada pasukan keselamatan

IzzahKUALA LUMPUR 21 MAC: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar menegaskan pendiriannya menyokong penuh dan menghargai perjuangan anggota keselamatan negara mempertahan kedaulatan di Sabah.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menangkis laporan New Straits Times hari ini yang memutar belit ceramahnya di Jemapoh, Negeri Sembilan, Selasa lalu.
Di bawah adalah kenyataan penuh Nurul Izzah:
Saya merujuk kepada rencana yang diterbitkan New Straits Times hari ini bertajuk “Nurul Izzah hits out at police”, yang saya anggap berniat jahat dan telah menyeleweng ucapan yang telah saya berikan dalam satu ceramah di Jemapoh, Negeri Sembilan pada 19 Mac 2013.
Ingin saya nyatakan di sini bahawa saya menyokong sepenuhnya pihak keselamatan, khususnya anggota-anggota Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia yang pada waktu ini sedang berjuang di perbatasan mempertahankan kedaulatan negara di bumi Sabah.
Saya tidak pernah sekali-kali memperlekeh usaha anggota-anggota keselamatan yang berkorban dan memenuhi ikrar taat setia yang telah dilafazkan.
Saya menegaskan bahawa isu yang diketengahkan adalah tindakan ahli-ahli politik di Putrajaya dalam menangani masalah keselamatan di Lahad Datu.

Chua Soi Lek pemimpin 'touch-no-go'


KUALA LUMPUR: Tindakan Lim Kit Siang menawarkan diri bertanding di Johor tidak sepatutnya dijadikan isu oleh MCA jika benar-benar MCA masih kuat dan relevan sekarang ini.

“Pertamanya LKS sememangnya berasal dari Johor dan tidak sepatutnya penhijrahan beliau ke Johor menjadi isu kepada mana-mana pihak,” tulis Aspan Alias.
Justeru, baginya tidak perlu melabelkan LKS sebagi pemimpin ‘touch-n-go’ seperti yang dituduh oleh pihak Chua Soi Lek.

Ulasan penuh beliau sebagaimana di bawah.

Kita boleh nampak dengan jelas reaksi dari BN khususnya MCA apabila Lim Kit Siang (LKS) mengambil keputusan untuk bertanding di Johor dalam pilihanraya kali ini. Tindakan Penasihat DAP untuk menawarkan diri bertanding di Johor ini tidak sepatutnya dijadikan isu oleh MCA jika benar-benar MCA masih kuat dan relevan sekarang ini.

Pertamanya LKS sememangnya berasal dari Johor dan tidak sepatutnya penhijrahan beliau ke Johor menjadi isu kepada mana-mana pihak.Tidak perlu melabelkan LKS sebagi pemimpin ‘touch-n-go’ seperti yang dituduh oleh pihak Chua Soi Lek (CSL) itu kerana LKS merupakan pemimpin  parti yang diterima oleh mana-mana kawasan di negara ini.

Video S'wak: 2 peguam dirujuk pada JK siasatan

 
Persatuan Peguam Bela Sarawak (AAS) memutuskan merujuk dua peguam yang terlibat dalam video dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud kepada jawatankuasa siasatan.
Presidennya Khairil Azmi Mohd Hasbie berkata, AAS juga membuat laporan polis petang ini bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat kandungannya dan mengambil tindakan lanjut jika terdapat unsur jenayah.

Kedua-dua peguam itu akan disiasat kerana kemungkinan melakukan salah laku profesional bawah undang-undang dan peraturan profesyen guaman di negeri itu.

Jawatankuasa itu merupakan badan berkanun yang ditubuhkan pada 1988, yang mana anggotanya terdiri daripada peguam kanan yang dilantik hakim besar Sabah dan Sarawak.

Petisyen desak PM tubuh RCI rasuah S'wak



 
Sebuah kumpulan memulakan petisyen dalam talian bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentuk suruhanjaya diraja (RCI) berhubung dakwaan rasuah di Sarawak ekoran pendedahan berkaitan baru-baru ini.

NONEPetisyen itu menyebut, siasatan penyamaran oleh Global Witness yang berpangkalan di London menunjukkan bagaimana Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud dan keluarganya "mengumpulkan kekayaan besar melalui penyalahgunaan pejabat kerajaan dengan perbelanjaan luar biasa bagi rakyat Sarawak dan Malaysia".

"Terlalu banyak wang milik rakyat Malaysia disalurkan ke luar negara. Kerajaan mesti melangkaui kepentingan politik partisan dan bertindak berdasarkan kepentingan negara unuk menghentikannya," kata kumpulan tiga individu itu.

Mereka mengambil tindakan itu ekoran pendedahan Global Witness pada Selasa melalui klip video yang menunjukkan bagaimana anggota keluarga Taib dan rakan mereka menyalahgunakan lesen pembalakan.

Blogger seks Umno bersalah kes rasuah?


KUALA LUMPUR: Beberapa blog hari ini menyiarkan satu maklumat berkaitan Wan Muhammad Azri Wan Deris yang dikaitkan sebagai pengendali blog Papa Gomo yang disaman RM100 juta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Maklumat tersebut merupakan carian dari pengkalan data rekod pesalah rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malayisa (SPRM) di sini.

Data tersebut antara lain memuatkan maklumat bahawa Muhammad Azri yang ketika itu berkhidmat sebagai anggota polis trafik berpangkat koperal, pernah dituduh dengan dua pertuduhan di mahkamah atas kesalahan melakukan rasuah pada 2004 lalu.

Dalam pertuduhan pertama, Muhammad Azri dituduh meminta suapan wang tunai RM1000 daripada seorang lelaki pada 29 Nov 2004 sebagai dorongan agar tidak mengambil tindakan terhadapnya yang memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah.

Pertuduhan kedua pula, beliau dituduh bersetuju menerima rasuah wang tunai RM400 daripada lelaki sama untuk tujuan sama pada 30 Nov.

Berikut adalah maklumat penuh:

US keeps distance from Sabah crisis

US ambassador to the Philippines says his country is leaving it to President Aquino and Prime Minister Najib.
MANILA: Unlike in the territorial dispute between the Philippines and China, the United States is distancing itself from the conflict in Sabah, as Malaysia continues to go after a group of Filipinos from the Sulu sultanate wanting to claim their homeland.
US Ambassador to the Philippines Harry Thomas said the US was leaving it up to both Philippine President Benigno Aquino III and Malaysian Prime Minister Najib Tun Razak to resolve the issue as he expressed hope that the matter would be resolved peacefully.
In a meet with defence reporters Thursday, Thomas said the Sabah problem was “not a matter for the United States.”
“We do not see this as a security matter that affects us or the Mutual Defense Treaty we have with the Philippines,” he added.

Lolos Masuk Lolos Keluar : Agbimuddin Kiram tinggalkan Sabah 11 Mac, sembunyi selatan Filipina

LAHAD DATU - Ketua pengganas Sulu yang menceroboh Sabah sejak 12 Feb lepas, Azzimudie atau Agbimuddin Kiram telah meninggalkan negara ini sejak 11 Mac dan kini bersembunyi di pulau-pulau kecil di selatan Filipina.
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata perkara itu disahkan hasil risikan pasukan keselamatan yang antara lain mendapati Azzimudie meninggalkan pengikutnya di Sabah lalu menyembunyikan diri dan bergerak dari satu pulau ke pulau lain di selatan Filipina.
"Azzimudie bertindak sedemikian dipercayai kerana tidak mahu kedudukannya diketahui Bangsamoro dan kerana takut ditangkap pihak berkuasa Filipina," katanya pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

SAMM : 35,000 risalah pendedahan krisis Lahad Datu bakal diedar kepada rakyat

PAGEKIRAM1 miniSelepas berjaya menganjurkan sebuah forum mega “Mahkamah Rakyat: Siapa Pengkhianat Lahad Datu” beberapa hari lalu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) terus bergerak menjana kesedaran rakyat Malaysia khususnya di Semenanjung mengenai apa yang berlaku di Lahad Datu.
Sebanyak 35,000 set risalah akan diedarkan dalam masa terdekat di dalam aksi ‘Smoke Operation III”.
Rakyat harus didedahkan dengan maklumat yang selama ini cuba diselindung bagi menutup pekung ketelanjuran pemerintah. Punca tercetusnya pencerobohan dan punca tuntutan orang Sulu di Lahad Datu tidak pernah dibicarakan di peringkat nasional oleh media arus perdana, maka SAMM mengambil tanggungjawab melaksanakan misi kesedaran.
Dengan rangkaian besar SAMM di setiap negeri di Malaysia, juga dengan modus operandi dua aksi “Smoke Operation” terdahulu, SAMM yakin tidak punya kekangan yang besar untuk memastikan risalah penting ini sampai tepat kepada isi rumah di seluruh pelusuk tanahair.
“Smoke Operation” edisi ketiga diberi nama #OpsLahadDatu akan bermula pada 23 Mac di selatan tanahair dan berakhir 26 Mac 2013 di pantai timur. Risalah akan diagih kepada SAMM di setiap zon dan negeri manakala setiap persinggahan #OpsLahadDatu akan disusuli dengan aktiviti edaran kepada massa yang disusun oleh SAMM negeri.
Antara yang dimunculkan dalam risalah Lahad Datu tersebut ialah:

PKR tanya Najib, penceroboh Lahad Datu ada IC biru?


 
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan jumlah warga Filipina dalam kejadian pencerobohan Sabah yang merupakan pemegang kad pengenalan Malaysia.

Beliau menuntut penjelasan itu susulan dakwaan yang timbul semalam bahawa Agbimudin @ Azzimudie Kiram merupakan warga Malaysia dan pernah bertugas sebagai pembantu pengawai daerah di Kudat, Sabah.
"(Dakwaan) oleh jurucakap kumpulan (berkenaan)... bahawa Agbimudin pernah menjadi pegawai kerajaan di negeri Sabah terus menimbulkan persoalan mengenai latar belakang sebenar konflik pencerobohan di Lahad Datu," kata Rafizi.

"Apakah Agbimudin Kiram adalah rakyat Malaysia yang telah diberikan kad pengenalan biru?

"Berapa ramai dari kalangan penceroboh bersenjata yang mempunyai kad pengenalan biru?," soalnya yang turut bertanya sekiranya kad pengenalan berkenaan dikeluarkan melalui 'Projek IC'.

Jeng..Jeng..!!! Tertuduh kes Lahad Datu akui 'disuruh dan diupah'

Seorang daripada tertuduh yang didakwa menjadi anggota pengganas yang menceroboh Sabah hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau bahawa dia disuruh dan diupah oleh seseorang yang tidak dinamakannya.

Hooland Kalbi yang bercakap dalam bahasa Bajau dari kandang tertuduh mendedahkan demikian pada prosiding pendakwaan terhadap lapan individu yang didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas, dua daripadanya turut dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Kenyataan Hooland di hadapan Hakim Ravinthran diterjemah oleh jurubahasa mahkamah.

Hooland turut menyatakan bahawa dia bodoh kerana melakukannya.

Sejurus kenyataan Hooland diterjemah, Hakim Ravinthran meminta jurubahasa menjelaskan kepada tertuduh bahawa dia tidak perlu berkata demikian dan segala pengakuan akan dibuat selepas diwakili peguam pada 12 April nanti.

Ketika prosiding pagi ini, Hakim Ravinthran memberi peluang kepada setiap tertuduh untuk memberitahu mahkamah berhubung pertuduhan ke atas mereka dan jurubahasa perlu menjelaskan beban hukuman bagi setiap kesalahan.

NGO launches petition for RCI on corruption in Sarawak‏

Sudah Tiba Masanya - Ust. Nasrudin Hassan Tantawi, Ketua Pemuda PAS

Menyambung Perjuangan Kemerdekaan - Ust. Abu Bakar Hussin

Air percuma: Tindakan Selangor selaras PBB

Guan Eng: Brain drain detrimental, local talent not valued

Growing Malaysia Economic Prosperity

Anwar files defamation suit against Papagomo

Xpresi Ulama Muda Haraki : Y.B. Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

PRU 13 : Keselamatan calon, Muslimat waspada

Authorities urged to reveal if Sulu militants are ‘Project IC’ Malaysians

KUALA LUMPUR, March 21 — PKR has urged the government to reveal if the Sulu militants who invaded Sabah last month were given blue identity cards (ICs) under Project IC. 
The Sulu sultanate said yesterday that Agbimuddin Kiram — the brother of self-proclaimed Sulu Sultan Jamalul Kiram III — was never issued a blue IC, but admitted that he had worked as an assistant district officer in Kudat on Sabah’s north.
“The confirmation (by the Sulu sultanate) raises worries among many quarters whether the armed group in Lahad Datu involves Malaysians originating from the Philippines who hold blue identity cards,” PKR strategy director Rafizi Ramli (picture) said in a statement today.
“This matter raises the possibility of threats to national security, as a result from certain parties allegedly linked to (former Prime Minister) Tun Dr Mahathir Mohamad who allegedly gave citizenship without due process,” he added.
Dr Mahathir, Malaysia’s longest-serving prime minister who was in power from 1981 to 2003, has been accused of spearheading the so-called “Project IC”, in which citizenship was allegedly given to immigrants for their votes.
PKR said yesterday that Agbimuddin was appointed in the civil service in 1974, based on a 1975 Sabah government payroll dug up from the state’s archives.

KEADILAN lancar kempen ‘Sarawak for Change’ tumbangkan Taib

SarawakKUALA LUMPUR 21 MAC: KEADILAN melancarkan kempen ‘Sarawak for Change’ bertujuan membawa perubahan kepada rakyat negeri itu yang sekian lama ditindas pemerintahan Ketua Menteri Tan Sri Taib Mahmud.
Sempena kempen itu, laman sarawakforchange.org dilancar untuk mempergiat kempen berkenaan.
Ia juga bagi mengumpul dana pilihan raya dengan tema ‘sumbang RM30 untuk kalahkan Taib’.
Pengerusi KEADILAN Sarawak, Baru Bian berkata, kempen ini sangat penting untuk persediaan PRU 13 dan merubah pentadbiran kerajaan negeri.

Plot bunuh: Filipina gesa Kiram henti berbohong

MANILA - Kerajaan Filipina tidak mahu mengambil pusing berhubung plot pembunuhan yang didakwa oleh Jamalul Kiram III dan penasihatnya, Saycon Pastor.

Jurucakap Presiden Filipina, Edwin Lacierda semalam meminta Jamalul berhenti berbohong dengan segera.
“Dakwaan ini tidak masuk akal. Setiap hari beliau mengeluarkan cerita sensasi,” kata beliau pada sidang media, semalam.
Lacierda turut membaca kenyataan Penasihat Keselamatan Negara, Cesar Garcia mengenai pengesahan komuniti perisikan mengenai plot pembunuhan itu adalah negatif.

“Siasatan yang dijalankan mengenai dakwaan kehadiran individu tertentu juga tiada sama sekali,” katanya.

Lacierda berkata, pihaknya juga tidak pasti sama ada cerita plot pembunuhan itu sahih atau tidak.

Beliau menambah, pihaknya sukar untuk mempercayai Jamalul kerana sebelum ini mereka pernah menyebarkan berita palsu.

Lahad Datu : Ex-CID chief accuses AG of ‘hiding facts’

Mat Zain Ibrahim says the AG had neglected in his duties in informing the severity of the Sulu invasion to the Agong and the Cabinet. 

PETALING JAYA: Attorney-General Abdul Gani Patail was today slammed for not immediately reacting to the Sulu invasion in Sabah which led to deaths of 10 Malaysian security personnel.
Former KL CID chief Mat Zain Ibrahim today said Abdul Gani should have immediately advised the Yang Di-Pertuan Agong and Cabinet ministers on the legal aspects as stated in the constitution.
“If from the first day the AG had advised the Agong that the actions of more than 150 armed intruders can be classified under the law as waging a war against the Agong, then the latter would not have hesitated to command his troops to launch a suitable retaliation to save the country and himself,” Mat Zain said in an open letter to IGP Ismail Omar.
“The first information received on the invasion… is more than enough to erase all doubts that they were waging a war against the King and not for any other reason,” he added.
Mat Zain accused Abdul Gani of knowing that the intruders’ actions were against the constitution, but had deliberately refused to advise the Agong.
“Gani’s deliberate delay in advising the Agong and Cabinet is not only irresponsible, but can be classified as high treason,” Mat Zain said.

Lahad Datu: Seorang Lagi Pengganas Ditembak Mati, Seorang Wanita Ditahan

LAHAD DATU: Seorang lagi pengganas Sulu ditembak mati dan pasukan keselamatan turut menahan seorang wanita berusia lewat 40-an dalam satu pertempuran di Kampung Tanjung Batu, di sini, Rabu.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin mengesahkan perkara ini pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di Felda Sahabat 16, di sini, Khamis.

PRU13 : Jangan tutup mata dengan samseng politik pro-Umno

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat melahirkan kebimbangan dengan suasana politik samseng yang semakin menular muktahir ini, lebih-lebih lagi ketika lebih ramai calon wanita dari sayap itu diketengahkan pada Pilihan raya Umum ke-13 akan datang.

Kebimbangan tersebut bertitik tolak dari beberapa siri keganasan dan tindakan samseng sesetengah pihak ke atas majlis-majlis anjuran Pakatan Rakyat, khususnya.

Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, lebih membimbangkan apabila pihak berkuasa seolah-olah menutup mata dalam menangani tindakan samseng tersebut, malah mengambil tindakan sebaliknya jika membabitkan kumpulan Pakatan Rakyat.

"Kita tahu, banyak program Pakatan Rakyat yang cuba diganggu oleh kumpulan yang pro-Umno, namun selalunya pihak polis tidak bertindak proaktif bagi menghalang mereka, sebaliknya meminta pihak kita untuk menghentikan program penerangan konon atas tujuan keselamatan," kata beliau kepada Harakahdaily.

PRU13: 9 negeri akan jatuh kepada Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Hatta Ramli menjangkakan sembilan negeri akan jatuh kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Katanya, keadaan inilah antara faktor yang menghalang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membubarkan parlimen, yang kini sedang ditunggu-tunggu oleh rakyat.

Malah Hatta percaya, rakyat negara ini memang tidak sabar hendak mengundi kerana mereka akan membuat perubahan yang besar dalam PRU itu nanti.

"Saya yakin penantian rakyat untuk menunggu tarikh pembubaran parlimen satu penyiksaan buat mereka, penyiksaan yang  tidak tertanggung.

Menoleh semula di sebalik Mageran Kelantan 1977

Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar,


(Antara keratan akhbar ketika Mageran diisytiharkan di Kelantan 1977)

Selepas insiden 13 Mei 1969 yang di mulakan oleh Harun Idris yang mengetuai pemuda tahan lasak, maka parti PAS terasa terpanggil untuk bersatu dengan niat yang murni menyertai Kerajaan Campuran PAS  Perikatan di Kelantan pada tahun 1973. Ketika itu, Perdana Menteri Kedua Allahyarham Tun Razak Hussein mentadbir negara.

(Sebagaimana yang di lapurkan oleh dokumen-dokumen yang di klasifikasi sebagai tidak lagi sulit oleh kerajaan British di London)

Manakala pada tahun 1974, PAS menyertai Barisan Nasional untuk bergabung dalam kabinet Kerajaan Persekutuan yang di tadbir Umno.

Namun niat baik PAS untuk bersatu telah dimanipulasi Umno untuk menimbulkan pepecahan sesama pemimpin PAS hingga menyebabkan PAS di buang daripada Barisan Nasional oleh Allahyarham Tun Hussein Onn Perdana Menteri Ketiga, pada penghujung tahun 1977.

Ini tidak menghairankan kerana Umno telah belajar daripada pihak British mengenai dasar pecah dan perintah dimana Harun Idris yang terlibat mengetuai pemuda tahan lasak dalam insiden 13 Mei 1969 telah memenangi jawatan Ketua Pemuda Umno pada tahun 1971.

Beliau terus membantu kabinet Perdana Menteri kedua dan ketiga sehingga  beliau mendapat jawatan Menteri Besar Selangor sebelum Harun dipenjarakan di zaman Tun Hussein Onn.

Ini ekoran dakwaan rasuah pertandingan tinju dunia Muhammad Ali dan Joe Bugner yang berlangsung  di Kuala Lumpur.

Kabinet Perdana Menteri Kedua dan Ketiga juga mengandungi Tun Dr Mahathir Mohamad yang dipecat Tunku Abdul Rahman sebelum tercetusnya peristiwa 13hb Mei 1969.

Beliau kembali semula ke Umno atas arahan dan kemahuan Allahyarham Tun Razak Hussein Perdana Menteri Kedua dengan bantuan Harun Idris.

Dasar pecah dan perintah British didapati di amalkan Umno ketika PAS berada di dalam Barisan Nasional di mana perpecahan sengaja di timbulkan Umno.

Ia dilakukan dengan mencipta permusuhan antara sesama pemimpin PAS iaitu Datuk Muhammad Nasir Menteri Besar Kelantan yang disokong Umno dan Datuk Asri  pemimpin PAS yang dimusuhi Umno secara halus tetapi berada dalam kabinet Barisan Nasional.

Akhirnya Datuk Muhammad Nasir menubuhkan parti baru iaitu Parti Berjasa parti serpihan PAS yang di sokong Umno sekalipun Datuk Asri sebagai pemimpin PAS menghendaki calon lain sebagai Menteri Besar Kelantan.

Bos CIMB mahu abangnya kekal jadi PM.....!!!!


 (SAMA LA...DUA-DUANYA JANJI DICAPATI)



Ketua pegawai eksekutif Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak menyatakan sokongan agar abangnya Datuk Seri Najib Razak akan dikekalkan sebagai perdana menteri susulan pilihan raya umum akan datang.

Sokongan itu timbul ketika BN kini berdepan dengan kemungkinan kehilangan lebih banyak kerusi dalam pilihan raya ke-13 yang bakal dijalankan tidak lama lagi.

Nazir dalam satu wawancara stesen Bloomberg TV berkata abangnya itu mempunyai sasaran jelas dari segi transformasi ekonomi.

“Jika ada perubahan di situ, ia akan mengecewakan pelabur dan mereka perlu melihat semula pandangan mereka ke atas Malaysia," katanya.

MAHKAMAH TINGGI ALOR SETAR PAGI INI TELAH MENGARAHKAN RTM DAN DUA AHLI UMNO MEMBAYAR ADUN PAS KUBANG ROTAN, YB NASIR MUSTAFA RM120 RIBU DAN KOS RM30 RIBU KERANA MEMFITNAH!!!!

Mahkamah Tinggi Alor Setar sebentar tadi telah memutuskn bahawa  RTM dibuktikan memfitnah YB Nasir Mustafa, ADUN Kubang Rotan.

Mahkamah arahkan RTM dan  2 ahli UMNO  bayar sejumlah RM 120 ribu  dan kos sebanyak RM30k.

ALOR SETAR,— Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan Mohd Nasir Mustafa berjaya memenangi kes tuntutan saman fitnah ke atas Radio Televisyen Malaysia (RTM) milik kerajaan sebanyak RM150 ribu selepas Mahkamah Tinggi Kedah membuat keputusan pagi ini.

Dalam penghakiman hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman See Mee Chun mengarahkan dua defendan Mohd Hanafiah Hanafi dan Zakri Suid dari RTM untuk membayar ganti rugi sebanyak RM50 ribu, manakala penerbit rancangan RTM “Titik Sentuhan” Hartini Haris dan ketua pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Datuk Norhayati Ismail pula diarah membayar sejumlah RM70 ribu.

Selain itu, pihak defendan juga diarahkan membayar kos guaman RM30 ribu.

BN jangan ambil kesempatan, darurat tak halang PRU13

Oleh TARMIZI MOHD JAM
KUALA LUMPUR: Konsep dan implikasi sebenar darurat sebagaimana yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Reid dan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuasn sebenarnya bukan penghalang kepada pilihan raya.

Sebaliknya, tegas pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari kepada Harakah, penyalahgunaan dan manipulasi peruntukan berkenaan yang menjadi punca salah faham seolah-olah darurat bermaksud menggantung atau menghalang pilihan raya umum.
Beliau diminta mengulas spekulasi dan kebimbangan bahawa darurat mungkin diisytiharkan di Sabah bagi menangguhkan pilihan raya umum di negeri itu.
Aziz berkata, hakikat perisytiharan darurat yang memberi kuasa mutlak kepada pihak berkuasa Persekutuan itu sebenarnya bertujuan memudahkan mereka menangani masalah yang kronik dengan berkesan dan pantas.
Katanya, apa yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan di Sarawak pada 1966 dan Kelantan pada 1977 adalah penyalahgunaan kuasa darurat.
"Dalam kedua-dua insiden berkenaan Kerajaan Persekutuan sengaja membiarkan kekacauan meletus dan bertambah teruk untuk memberi alasan kepada perisytiharan darurat yang kemudian digunakan untuk mengambilalih pentadbiran negeri-negeri berkenaan.
"Selepas itu pilihan raya kilat diadakan dan mereka menang dengan mudah," jelasnya.
Aziz menambah, pilihan raya umum pernah diadakan sewaktu darurat; yakni pada 1955 ketika negara menghadapi ancaman komunis dan 1964 ketika Malaysia diancam oleh pencerobohan Sukarno yang melancarkan konfrontasi dan ini tidak disedari oleh ramai orang.
"Sebab itu apabila sebut saja darurat maka orang akan terfikir pilihan raya tak boleh diadakan. Ini persepsi yang tidak tepat," tegasnya.

Gambar fitnah: Anwar fail saman Papa Gomo RM100 juta hari ini

papa gomoKUALA LUMPUR 21 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman RM100 juta ke atas Papa Gomo berikutan gambar fitnah lucah disiar blogger pro Umno itu yang menyerupai Ketua Umum KEADILAN.
Saman itu difailkan jam 10.30 pagi ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui peguam N Surendran.
Anwar menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris, pemilik blog Papa Gomo, sebagai individu bertanggungjawab menyebar tuduhan liar yang mengaitkan beliau dengan video seks palsu.
Penyebaran gambar fitnah itu diterbitkan blog tersebut pada 16 Mac lalu.
Selasa lalu, Surendran menghantar surat tuntutan supaya Papa Gomo menarik balik tuduhan berniat jahat, meminta maaf dalam tempoh 48 jam mulai hari itu, dan membayar ganti rugi sebanyak RM100 juta.

38 pengganas Sulu mahu kes mereka disiasat semula

Kelompok ini mahu mahkamah daerah Tawi-Tawi mengarahkan Jabatan Kehakiman (DOJ) melakukan penyiasatan semula terhadap mereka.
MANILA: Seramai  38 orang yang dituduh pengganas Sulu yang ditahan Tawi-Tawi meminta  Jabatan Kehakiman (DOJ) Filipina melakukan penyiasatan semula terhadap tuduhan jenayah ke atas mereka.
Kelompok pertama 38 pengganas dari Sultan Jamalul Kiram III akan menghadapi tuduhan di Filipina ekoran serangan mereka di Sabah sejak sebulan lalu, lapor Xinhua semalam.
Tertuduh yang kini ditahan di pengkalan angkatan laut di Panglima Sugala, didakwa memiliki senjata api secara haram dan menghasut perang dan mengangkat senjata dalam usaha mereka merebut kembali Sabah dari Malaysia.
Dengan dibantu oleh ketua peguam awam, Persida Rueda-Acosta, kelompok ini mahu mahkamah daerah Tawi-Tawi mengarahkan Jabatan Kehakiman (DOJ) melakukan penyiasatan semula terhadap mereka.
Dalam kenyataan empat halaman, lelaki yang ditangkap mengatakan mereka tidak diberi peluang  yang cukup untuk menyangkal tuduhan yang diajukan oleh Jabatan Kehakiman di mahkamah minggu lalu.
Bayar jaminan

Gempar : Pengundi Sulu di Lahad Datu pulau Najib?

Oleh H FANSURI

Sulu tak sokong BN lagiKad pengenalan sudah diberi dan tempat juga sudah diberi. Hanya menunggu masa untuk turun mengundi. Itu keistimewaan yang diberikan Najib Razak kepada Sulu.

Entah di mana silapnya, rencana itu tidak mengikut pelan asal. Tiba-tiba saja, berlaku pertumpahan darah. Lalu, dikerahkan lebih ramai tentera ke Lahad Datu.


Lagu-lagu kepahlawanan berterusan didendangkan dengan harapan rakyat melupakan hajat asal Umno-BN.
 
Apakah niat asal Umno itu? Iaitulah rencana hendak jadikan undi kaum Sulu di Lahad Datu itu sebagai pengundi yang menyelamatkan kuasa BN.
 
Ya, siapalah yang dapat menjangkakan hal ini terjadi. Yang paling malang tentu sahaja balu-balu dan anak-anak tentera yang terkorban baru-baru ini.

Mereka dan rakyat seluruhnya tidak menyedari bahawa suami dan ayah mereka telah terkorban gara-gara salah aturan rencana BN yang mahu menuai kuasa di Sabah melalui undi orang-orang Sulu yang sudah ada kad pengenalan itu.

Tentera kita sepatutnya ada majlis syura yang membuat keputusan sendiri apakah arahan Zahid Hamidi dan kerajaan itu perlu dipatuhi ataupun tidak. Pakatan Rakyat patut peka terhadap hal ini.