Rabu, 20 Mac 2013

Rafizi Ramli: Our Strength Is That We Are Different, We Need To Learn From Each Other

Pro-M UM Anjurkan Kempen Sempena PRU13

UNIVERSITI MALAYA: Pro-Mahasiswa Universiti Malaya (Pro-M UM) dengan kerjasama Pro-Mahasiswa Nasional (Pro-MN) serta Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) akan mengadakan kempen sempena PRU13.


Kempen yang diberi nama “Semarak PRU13: Mahasiswa Pilih Untuk Mengundi” dijadualkan akan diadakan pada esok (21 Mac), jam 12:30 tengah hari di perhentian bas utama Universiti Malaya.

Pengarahnya, saudara Nik Arsyad menjelaskan bahawa matlamat kempen ini ialah bagi memperingatkan warga Universiti Malaya, khsusnya mahasiswa untuk sama-sama turun mengundi bila tiba masanya.

“Kita juga adakan kempen ini bagi mewujudkan ‘mood’ pilihanraya yang seperti kita sedia maklum, kehangatannya semakin dirasai dari hari ke hari”, ujar Nik Arsyad.

“Di samping itu, inisiatif ini juga adalah untuk menekankan betapa pentingnya bagi rakyat Malaysia yang cintakan Negara mengundi pihak yang berwibawa dan berintegriti”, tambah beliau.

Terror raps filed against 8 Pinoys in Sabah


Palace: Show proof of Kiram, Saycon 'slay plot'


RESOLVE SABAH ISSUE PEACEFULLY

A group of Muslims holds a rally in front of the Office of the Presidential Adviser on the Peace Process (OPAPP) in Ortigas on Wednesday to appeal to the government to include the Sabah territorial dispute in the ongoing peace talks with the Moro Islamic Liberation Front (MILF) and find a resolution to the conflict.

BR1M: Beri Rasuah 1 Malaysia. Najib Menipu Rakyat Lagi

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) BR1M: Beri Rasuah 1 MalaysiaKUALA LUMPUR 19 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak anggap duit kerajaan seperti duit mak bapak dia punya! Bila Umno BN dah nak lupus, dibenci oleh rakyat terbanyak, dengan sesuka hati dia, dia merasuah rakyat tanpa membuat pertimbangan ekonomi berimbang.

Cara Najib menguruskan wang rakyat dan perbendaharaan negara dalam keadaan parti keparatnya yang hampir pupus jelas membuktikan Najib Razak dalam keadaan seumpama 'cacing kepanasan'. Perkiraan Najib sekarang ini bukan lagi kesejahteraan dan masa depan rakyat, sebaliknya semata-mata berniat untuk menipu rakyat melalui lanjutan program Beri Rasuah 1 Malaysia (BR1M).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diteruskan dan dijadikan sebagai inisiatif tahunan.

"Sehubungan dengan itu, tuan-tuan dan puan-puan, sukacita saya mengumumkan kerajaan akan menjadikan dan meneruskan BR1M sebagai inisiatif tahunan," katanya ketika membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (GTP) di Auditorium Perdana, Angkasapuri yang disiarkan secara langsung di sini malam ini.

Najib berkata justeru, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya memilih kerajaan yang transformatifdan janganlah memilih kerajaan yang memusnah serta meruntuhkan masa depan rakyat. - BERNAMA



umno pengkhianat "

Altantuya: Pendedahan tanpa pendakwaan


Oleh Mohamed Hanipa Maidin

Memang banyak perkara yang tidak kena dalam isu Altantuya. Rakyat sudah didedah dengan pelbagai pendedahan dari beberapa individu yang mengetahui isu pembunuhan gadis Mongolia tersebut.

Mendiang Bala dan Deepak telah mendedahkan secara terperinci bagaimana mendiang Bala diarahkan untuk membuat akuan bersumpah kedua yang palsu dengan tujuan menafikan akuan bersumpahnya yang pertama.

Yang terbaru peguam Bala, Americk Sidhu mendedahkan peguam yang menderaf akuan bersumpah kedua Bala iaitu Cecil Abraham telah mengaku kepada Americk bahawa Najib adalah individu yang mengarahkan Cecil menderaf akuan bersumpah palsu Bala yang kedua itu.

Akuan bersumpah Bala yang pertama menurut Bala adalah cerita sebenar tentang pembunuhan Altantuya. Menurut Bala apa yang dinyatakan di dalam akuan bersumpah pertamanya adalah sama dengan keterangannya kepada polis apabila beliau disoal siasat oleh polis dalam kes pembunuhan Altantuya.

Menurut Bala apa yang dinyatakan di dalam akuan bersumpah pertamanya adalah cerita sebenar manakala akuan bersumpah yang kedua adalah palsu.

Akuan bersumpah pertamanya mendedahkan penglibatan Najib Tun Razak dalam pembunuhan Altantuya. Najib dikatakan menghantar sms kepada Razak Baginda bahawa beliau (Razak) tidak perlu risau kerana Najib akan berjumpa Ketua Polis Negara dan semuanya akan diselesaikan.

Chua unfit to belittle Kit Siang, says Johor DAP chief

‘The MCA chief has no credibility to question Lim’s political moves’.
PETALING JAYA: Johor DAP chief Boo Cheng Hau today defended party strongman Lim Kit
Siang against criticism by MCA president Dr Chua Soi Lek, saying the latter had no moral standing to question the opposition leader’s political decisions.
“He is not fit to belittle Lim Kit Siang,” he said in response to Chua’s remark that Lim was a “touch-and-go politician” for shifting from one constituency to another as an election candidate.
“Until today,” Boo said in a media statement, “Chua has not made known where he will contest in the upcoming general election. As the MCA president, he has lost his credibility.”
Chua made his comment following an announcement on Monday by Pakatan Rakyat chief Anwar Ibrahim that Lim, currently the MP for Ipoh Timur, would contest in Gelang Petah for the 13th general election.
“If we want to say it politely, he is a hit-and-run politician; if we want to say it rudely, he is a touch-and-go politician,” news reports quoted Chua as saying yesterday.

SCORPENE-ALTANTUYA LINK? Phone call threat to splash acid on the face of SUARAM's Nalini, staff



Malaysian NGO SUARAM has received a threat from an unknown person threatening to splash acid on the face of Executive Director, Nalini Elumalai.
"SUARAM is in fear of the safety of the staff and as such," the NGO said in a statement.
It has called a press conference for this evening where it will reveal further details. The threat was made via a phone call received around 1.15pm.
SUARAM will lodge a police report  to safeguard its staff.
Scorpene and Altantuya connection
SCORPENE-ALTANTUYA LINK? Phone call threat to splash acid on the face of SUARAM's Nalini, staffThe NGO is one of the largest in the country and best known for filing a complaint with the parisian authorities against DCNS, the French naval firm that sold 2 Scorpene submarines to the Malaysia government for a pricey RM7.3bil.
In the complaint, it wants the Parisian authorities to probe DCNS for having allegedly bribed top Malaysian officials to go ahead with the purchase even though both the submarines are no suitable for use to patrol Malaysia's shallow coastline.
Prime Minister Najib Razak has been accused as being the main recipient of the illegal kickbacks paid by DCNS. Adding controversy to the Scorpene corruption scandal is the murder of Altantuya Shaaribuu in 2006.
The 28-year-old Mongolian was the lover of Razak Baginda, Najib's close aide who had been part of the negotiating team for the Scorpene purchase. She was killed by 2 of Najib's former bodyguards.
One of the bodyguards had claimed in his statement to the police that he was offered between RM50,000 to RM100,000 to kill Altantuya, who was blackmailing Baginda.
Rosmah biography released just a day ago

Tee Kiat Calon : Soi Lek nak letak jawatan?


Datuk Seri Dr Chua Soi Lek
IPOH - Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini enggan menafi atau mengesahkan dakwaan yang beliau akan meletak jawatan jika Datuk Seri Ong Tee Keat dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Dr Chua berkata tindakan berkenaan bagi menghormati segala maklumat perbincangan antara beliau dan Perdana Menteri kerana ia sepatutnya tidak dikongsi dengan pihak lain.
"Saya tidak kata itu tidak benar, saya juga tidak kata ia benar, kerana maklumat komunikasi antara perdana menteri dan saya perlu dihormati.
"Semua perbincangan dengan perdana menteri perlu dianggap sebagai maklumat antara beliau dan saya, dan tidak harus diperkongsi dengan orang ramai," katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan kerja ke Sekoleh Jenis Kebangsaan (Cina) Phui Ying di Simpang Pulai di sini hari ini.
Hari ini, sebuah portal berita melaporkan sebuah akhbar berbahasa Cina mendakwa Dr Chua memberitahu mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu semalam bahawa beliau akan meletak jawatan jika BN mengumumkan Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai calon parlimen Pandan. - Bernama

Laporan ETP: GTP 2012 bukti kerajaan hilang punca


KUALA LUMPUR: Pembentangan Laporan Tahunan Pelan Transformasi Nasional (NTP) 2012 yang merangkumi Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) dan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) menjadi satu lagi bukti kelemahan kerajaan mengurus tadbir ekonomi negara.

“Angka-angka besar yang dicanangkan ibarat tong kosong, kuat bunyinya, isinya tiada – sekadar mengabui mata rakyat mengenai prestasi sebenar kerajaan,” ujar Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan.

Hakikatnya, kata beliau laporan tersebut melalui pengesahan firma audit terkemuka Price Waterhouse Coopers (PWC) yang dilantik kerajaan sendiri menunjukkan penurunan ketara dalam unjuran jumlah Pendapatan Negara Kasar (GNI) tahun 2020 dari RM129.5 billion pada tahun 2011 kepada RM6.6 billion sahaja pada 2012.

Jumlah penempatan kerja baharu dari projek-projek ETP pula turun mendadak dari 313,741 pada tahun 2011 kepada 94,702 tahun lepas.

Pendatang Jadi Penjawat Awam !!! ‘Sultan Sulu’ sahkan Agbimuddin pernah bekerja di Kudat, nafi ada kewarganegaraan Malaysia

KUALA LUMPUR, 20 Mac — Agbimuddin Kiram adalah bekas penjawat awam di pejabat daerah di Sabah, kata jurucakap Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, tetapi menafikan  menerima kewarganegaraan Malaysia selepas dakwaan dari PKR.
Abraham Idjirani, setiausaha agung ‘kesultanan’ tersebut, memberitahu media Filipina di Manila bahawa Agbimuddin pernah bekerja selaku pembantu pegawai daerah di Kudat, menyokong kenyataan PKR pagi ini, berdasarkan pencarian dari slip gaji kerajaan Sabah dari arkib negeri.
Idjirani bagaimanapun mengatakan Agbimuddin — adik kepada Jamalul Kiram III — sebagai warga Filipina dan tidak pernah menjadi warga Malaysia seperti didakwa PKR.
“Semasa itu mereka berkata ‘bigyan nyo kami ng IC, sabi ng Sabah authorities kahit hindi kayo bigyan, kayo ang may-ari ng Sabah’ [berikan kami kad pengenalan, tetapi pihak berkuasa Sabah berkata jika tidak beri kad pengenalan pun, kamu memiliki Sabah juga],” kata Idjirani dalam portal berita InterAksyon tengah hari tadi.
Beliau berkata keluarga Kiram, yang mahu menuntut semula hak mereka sejak abad ke-17 terhadap negeri utara Borneo yang kini menjadi milik Malaysia, tinggal di Sabah sejak pembunuhan beramai-ramai Jabidah 1968.
Peristiwa Jabidah dilaporkan ialah pembunuhan 27 orang Islam Moro yang pada mulanya dilatih untuk misi rahsia menawan Sabah, dan dibunuh oleh tentera Filipina semasa pentadbiran Ferdinand Marcos, menurut laporan akhbar The Philippine Daily Inquirer hari ini.

Idjirani turut berkata beliau bercakap dengan Agbimuddin pagi ini di mana beliau terselamat dari terbunuh dalam pertempuran terbaru dengan pasukan keselamatan Malaysia hari ini.

SPRM 'bertindak sewajarnya' ke atas bukti Global Witness


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan ke atas maklumat yang didedahkan NGO Global Witness berhubung dakwaan urusniaga belakang tabir melibatkan keluarga ketua menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Pengarah siasatan SPRM Datuk Mustaffar Ali dalam satu SMS kepada Malaysiakini berkata suruhanjaya berkenaan akan bertindak ke atas bukti baru yang timbul itu.
"Siasatan sedang dijalankan. Dengan bukti baru yang timbul, SPRM akan bertindak sewajarnya," kata Mustaffar kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Bukti video berkenaan antara lainnya merakam dakwaan yang menunjukkan bagaimana ahli keluarga Abdul Taib dan rakan perniagaannya menyalahguna lesen pembalakan untuk memperkayakan diri mereka.

Global Witness juga mendedahkan dakwaan mengenai modus operandi kegiatan ahli keluarga dan rakan niaga Taib untuk mengelak daripada cukai dan syarat pegangan saham.

NGO yang menyiasat dan berkempen untuk menentang pencabulan hak asasi dan dalam sekitar itu merakam video berkenaan secara rahsia.

Abdul Taib bagaimanapun menafikan dakwaan sepupunya bahawa mereka menjadi pengantaranya bagi kontrak pembalakan.

PRU13: PAS letak 22 calon wanita


KUALA LUMPUR: PAS meletakkan 22 calon wanita pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Dari 22 kerusi tersebut, lapan darinya adalah kerusi parlimen, manakala 14 kerusi dewan undangan negeri (Dun).

Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, Dr. Siti Mariah Mahmud, berkata 22 kerusi untuk calon wanita itu telah dimuktamadkan parti.

"Setakat ini, 22 kerusi telah dimuktamadkan untuk calon di kalangan muslimat. Mungkin ada pertambahan lagi," tegas beliau pada satu sidang media, di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Tambah beliau, kerusi-kerusi tersebut meliputi beberapa negeri seperti di Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Perak.

Anwar: Penyelewengan Taib Mahmud bukti transformasi Najib gagal

DSAI 2PETALING JAYA 20 MAC: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud yang bebas memunggah hasil negeri untuk mengkayakan keluarga dan kroni tanda jelas transformasi kerajaan Umno BN gagal, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Umum KEADILAN berkata, dengan terdedahnya video tentang rampasan tanah Sarawak menunjukkan pimpinan Umno BN tidak bersedia untuk mengambil tindakan terhadap Taib, sebaliknya mempertahankan penyelewengannya.
“Selepas menyaksikan kemarahan rakyat Sarawak (berhubung salah guna kuasa Taib), Datuk Seri Najib Razak semasa Pilihan Raya Negeri (2011) membayangkan Ketua Menteri akan bersara (dalam masa dua tahun).
“Namun beliau tidak berani untuk laksanakannya, dan kini keadaan masih sama,” kata Anwar pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.
Hadir sama, Pengerusi KEADILAN Sarawak, Baru Bian; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kerian, Ali Biju dan Adun Batu Lintang, See Chee How.

Tian Chua : PR Tidak Kompromi Soal Keselamatan Negara


SHAH ALAM 20 MAC : Kerajaan Persekutuan pimpinan Umno-BN didakwa menjadikan isu pencerobohan di Lahat Datu, Sabah sebagai modal politik memburukkan Pakatan Rakyat dan tidak mengutamakan soal keselamatan negara.
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dalam ceramah Pakatan Rakyat (PR) di Bukit Piatu, Melaka semalam menyatakan tindakan itu jelas apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih enggan membuat sidang tergempar Parlimen bagi membincangkan isu berkenaan.
tian-chua-bersihMenurutnya, soal keselamatan negara tidak boleh diperkecilkan dan PR tidak akan berkompromi dalam perkara tersebut.
“Bila berlaku tragedi Lahat Datu, kita minta Perdana Menteri adakan satu sidang khas (tergempar) Parlimen untuk kita bersama-sama berbincang.
“Saya tidak nampak kenapa tidak boleh dibuat kerana kita pernah hadapi keadaan hampir sama.
“Semasa Perdana Menteri di luar negara bila bumi Palestin diserang oleh Zionis. Perdana Menteri arahkan sidang khas (tergempar) Parlimen diadakan dan kita dari pembangkang sokong. Itu pendirian kita atas isu kebenaran,” katanya.
Lebih mengecewakan, dirinya difitnah menghina pasukan keselamatan sedangkan beliau tidak pernah membuat kenyataan seperti itu.

WOW! MCA yakin menang 11 kerusi di Selangor

WOW! MCA yakin menang 11 kerusi di SelangorPELABUHAN KLANG - MCA Selangor yakin akan memenangi sekurang-kurangnya 11 kerusi di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Pengerusi MCA negeri, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, daripada jumlah kerusi itu, sebanyak tujuh ialah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan empat lagi kerusi Parlimen.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika merasmikan dua bilik gerakan Pilihan Raya Umum Ke-13 Barisan Nasional (BN) di Kampung Sungai Lima dan Kampung Baru Bagan Pulau Ketam di sini hari ini.
- UTUSAN

Keaktifan Mahathir Membuktikan Lemahnya Najib

Oleh Shahbudin Husin
Semakin dekat tarikh pilihanraya, semakin sibuk Mahathir ke sana dan ke sini. Beliau tidak saja sibuk mahu mempertahankan kuasa BN dan tidak mahu melihat Anwar menjadi Perdana Menteri, dalam masa yang sama beliau juga mahu memastikan anaknya berjaya menjadi Menteri Besar Kedah.

Mahathir kini sama sibuk seperti Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Beliau tidak saja pergi ke merata tempat berckap mengenai politik tetapi juga turut pergi ke Lahad Datu memberi sokongan moral kepada anggota pasukan keselamatan yang sedang bertugas mempertahankan kedaulatan negara di sana.

Dengan pergi ke Lahad Datu dan mencadangkan kampung air dirobohkan, Mahathir seperti ingin membersihkan dosanya memberikan ratusan ribu kad pengenalan biru kepada pendatang Filipina dalam tahun 90an dulu dengan tujuan menumbangkan PBS dan memastikan BN memenangi pilihanraya. Beliau mungkin mahu orangramai melupakan Projek IC itu dan kaitan dengan dirinya, tetapi selagi beliau cuba membasuh dosanya, semakin kerap dosanya itu diperkatakan orang.

Dalam usahanya memastikan kemenangan BN pula, Mahathir sudah pergi ke merata tempat dan semua negeri. Rayuannya ialah supaya semua pihak setia kepada parti, tidak melakukan sabotaj dan menyokong sesiapa saja yang dicalon dalam pilihanraya akan datang. Jika selepas pilihanraya 2004 Mahathir pernah berkata kemenangan BN yang terlalu besar tidak baik bagi rakyat kerana pemerintah bebas melakukan apa saja tetapi kini beliau merayu supaya BN diberikan kemenangan yang besar supaya dengan tertubuhnya kerajaan yang kuat, lebih banyak program pembangunan dapat dilakukan untuk rakyat.

Sebesar-besar Pengkhianatan Adakan Khianat Pemerintah Ke atas Rakyat

Anwar Ibrahim: Lebuhraya Kita, Dulu Sekarang Selama-lamanya Kutip Tol

Anwar Ibrahim: Pakatan PAS PKR DAP, Inilah Kerajaan Pakatan Rakyat

Apa Akan Berlaku Selepas PRU? - Ust. Hairul Nizam Mat Husin

(AIC) Rafizi Ramli: You Have To Make Sure A New Malaysia Is A Reality

Transparency International: Taib should step down

(AIC) Anwar Ibrahim: Cabaran Bukan Sahaja Pakatan Rakyat, Tapi Cabaran Juga Kepada Anak Muda

Anwar Ibrahim: Jangan Hina, Jangan Rampas, Jangan Rendah Akhlak

PHILIPPINE'S MEDIA FOR TERRORIST


SKANDAL ANAK PERDANA MENTERI MALAYSIA?

   Saudara Pengarang,
PERDANA Menteri Malaysia Najib Razak; Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin; Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussien dan Bekas Ketua Setiausaha Negara, Sidek Hassan bertanggung jawab sepenuhnya kerana Pengganas Sulu yang menjenamakan diri mereka sebagai 'Tentera Sulu' berjaya dengan mudahnya masuk ke Lahad Datu tanpa sebarang sekatan.
Tuntutan kerajaan Sultan Sulu ke atas Sabah bukan perkara baru dan telah wjud begitu lama sebelum ini; tetapi tidak berlaku sehinggalah kemasukan Pengganas Sulu dengan begitu mudah.
Setelah sekian lama PDRM diamanahkan untuk menjalankan tugas menjaga keamanan dan keselamatan Perairan Negara termasuk Perairan Sabah sejak sebelum merdeka lagi.
Pada tahun 2011, Ketua Setiausaha Negara, Sidek Hassan pada masa itu telah memainkan peranan menipu Perdana Menteri dengan mengatakan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) yang baru ditubuhkan mampu dan berupaya mengambil alih tugas mengawal keselamatan perairan Negara.
Pada hal, pada masa itu APMM yang digelar sebagai 'Anak Perdana Menteri Malaysia' memang tidak mampu kerana masalah dalaman atau 'Lelaki Mati Pucuk'.
Pada tahun 2011, Perdana Menteri Najib Razak telah mengarahkan Ketua Polis Negara Ismail Omar supaya PDRM menyerahkan semua tugas mengawal perairan Negara kepada APMM.

SEMPORNA : PENGALAMAN NGERI KETUA KAMPUNG SIMUNUL


PERISTIWA enam pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia dibunuh dan diseksa di Kampung Simunul, Semporna, Sabah pada 2 Mac lalu  tidak mungkin dapat dilupakan oleh seluruh rakyat di negara ini.
Dalam kejadian itu, tiga pengganas militan Sulu juga berjaya ditembak mati. Namun, disebabkan faktor keselamatan, tiga mayat pengganas tersebut tidak dapat dikeluarkan dalam insiden tersebut.
Memandangkan ia terbiar agak lama, mayat-mayat ketiga-tiga pengganas itu mula membusuk hingga meresahkan penduduk di kampung berkenaan.
Perkara tersebut kemudian disampaikan kepada Ketua kampung, Ramlee Saraman (gambar sisipan di atas).
Walaupun marah dengan pengganas yang terbunuh itu, namun Ramlee sedar sebagai orang Islam, mayat itu harus disempurnakan seperti yang dituntut syarak.
"Memang saya marah dengan yang mati itu, tetapi saya kena rasional dan tak boleh terikut-ikut dengan emosi…yang mati itu seagama dengan saya, saya tak boleh biarkan ia terus di situ, mayat mereka mesti diuruskan, bab dosa dan pahala mereka adalah urusan Allah.
"Lagipun saya faham benar keluh resah penduduk, bayangkan anak-anak mereka menggunakan laluan yang sama untuk ke sekolah, trauma mereka jadinya nanti.
”Bab bau jangan ceritalah, bukan seorang, tetapi tiga!,” katanya
Ramlee bersyukur kerana pihak keselamatan memahami keresahan beliau dan penduduk kampung.

Where’s the promised ‘rice bowl’ state, Musa?

The last five years have seen huge areas in Kota Belud that were traditionally planted with padi left abandoned and not rehabilitated.

KOTA BELUD: It’s been five year since the government promised to turn Kota Belud into the “rice bowl” of Sabah, but until now there’s been no change in the ‘size’ and ‘output’ of the padi fields in area and to top this the district’s quota of subsidised rice has also been withdrawn.
Posing several questions, Sabah Progressive Peoples Party (SAPP) supreme council member Peter Marajin asked: “Where is the promise made five years ago? Why was the quota withdrawn?”.
Marajin claimed the Musa Aman-led state government had promised to increase padi output from 3.5 tonnes to 10 tonnes per hectare, and asked “have they achieved it?”
Marajin said now that Prime Minister Najib Tun Razak had laid bare his achievements over the past five years, it was essential that the state BN do the same.

Politik Fitnah Dan Ugut : Anwar serah cabaran Papa Gomo kepada peguam..!!! Hebat Papagomo Sentiasa Dilindungi UMNO....

PETALING JAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan 'cabaran' Papa Gomo yang memberi beliau tempoh 48 jam supaya menarik balik saman terhadapnya jika tidak mahu lebih banyak pendedahan dibuat.

"Saya serahkan perkara itu kepada peguam saya untuk uruskannya," kata beliau ringkas pada sidang media di sini, hari ini.

Papa Gomo membuat kenyataan beliau enggan menarik balik tuduhan dan membuat permohonan maaf walaupun bakal berhadapan saman berjumlah RM100 juta, sebaliknya mahu mendedahkan lebih banyak video  membabitkan Anwar.

Menerusi sebuah entri di blognya semalam, Papa Gomo berkata, beliau ingin mengikut jejak langkah idolanya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang enggan memohon maaf apabila menggelarkan Anwar sebagai homoseksual.

"Saya nak menyatakan bahawa saya memohon maaf kepada Datuk Seri kerana saya tidak ada pilihan lain selain daripada terus mendedahkan kegiatan tak bermoral Datuk Seri agar rakyat mengetahui kebenarannya," tulis blogger pro-Umno berkenaan.

DO YOU BELIEVE HER? : I was 'forced' to accept all the jewellery, etc - Rosmah

KUALA LUMPUR ― Datin Seri Rosmah Mansor has said in her biography that she was compelled to accept expensive jewellery as gifts from foreign governments out of courtesy.
“When people give you something, of course it’s not nice to reject it,” Rosmah wrote in a self-titled biography launched yesterday by former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad.
DO YOU BELIEVE HER? : I was 'forced' to accept all the jewellery, etc - Rosmah“And when I’m given the gifts, I wear them. Why would you want to just keep them in a safe when the items were given sincerely, are beautiful and can be used? It’s a waste if they’re just kept in a safety deposit box,” the wife of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak added.
In the just-released book, Rosmah also denied buying a RM24-million diamond ring as alleged by political opponents two years ago.
Instead, she said the ring had only been brought in for a private viewing.
Rosmah said that Maira Nazarbayev ― the mother of her future son-in-law ― had viewed the 30.11-carat blue-grey diamond ring at her house during preparations for the engagement ceremony between her daughter, Nooryana Najwa, and Maira’s son, Daniyar Nazarbayev. The two were engaged here in 2011.
She pointed out that Maira was a regular customer of New York-based jeweller Jacob & Co.
“It (the ring) arrived here (in Kuala Lumpur) on April 16, 2011. After it was seen by Maira, the ring was returned and taken out from Malaysia through the Singapore port on April 20, 2011. This was managed by Malca Amit Malaysia and Singapore. It was then returned to the Jacob & Co headquarters in New York on May 13, 2012,” said Rosmah.

Umno heret Ops Daulat untuk kempen PRU



(Bendera Ops Daulat yang dinaikkan di Bukit Lada, Chenor)


MARAN: Di sebalik gesaan pihak berkuasa supaya peristiwa pencerobohan di Lahad Datu Sabah tidak dipolitikkan, Umno pula dilihat cuba mengheret isu tersebut menjelang pilihan raya umum (PRU) yang akan datang ini.

Di simpang masuk ke Kampung Bukit Lada dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Chenor di sini, dikibarkan bendera BN bertulis ‘Ops Daulat PRU 13’ dipercayai dinaikkan oleh petugas-petugas Umno kampung berkenaan.

Serentak dengan itu Ketua Pemuda PAS cawangan kampung berkenaan Mohd Roduan Zainal Abidin (gambar), 30, mahu bendera tersebut diturunkan kerana boleh mengundang provokasi jika dibiarkan berterusan.

“Apa motif kaitkan Ops Daulat dengan PRU 13. Kami bantah naikkan bendera itu kerana seolah-olah nak gambarkan PRU ini sebagai perang. Apakah lawan BN dalam PRU mahu dianggap tidak setia kepada negara? Mereka faham atau tidak dengan isu ini atau sengaja main-mainkan?

“Peringkat atasan kata jangan politikkan isu keselamatan, kita hormati permintaan daripada kerajaan itu kerana menganggap isu keselamatan adalah isu bersama tetapi di sini mereka buat modal kempen PRU, jadi tak baguslah,” katanya.

Roduan berkata, Pemuda memberi tempoh seminggu untuk pihak yang mahu menangguk di air keruh itu menurunkan bendera berkenaan atau pihaknya akan membuat laporan polis.

Pengakuan Rosmah berbelit-belit, tapi jelas cincin RM24 juta wujud

cincinKUALA LUMPUR 20 MAC: Penjelasan Datin Seri Rosmah Mansor berhubung cincin RM24 juta dalam buku biografinya mengesahkan pendedahan KEADILAN mengenai barang kemas mewah itu memang wujud.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa berkata, pengakuan isteri Perdana Menteri itu bercanggah dengan kenyataannya sebelum ini yang bersumpah tidak memiliki cincin itu di tangannya, tetapi mengakui ada melihat apabila dibawa masuk ke Malaysia untuk dipamer ‘kepada orang yang ada duit.’
Terbaru, dalam terbitan biografi bertajuk ‘Rosmah Mansor’ yang dilancar semalam, beliau menafikan kewujudan cincin itu dan mendakwa ia hanya fitnah dan khabar angin semata-mata.
Rosmah sebaliknya berkata, perhiasan mewah yang dipakainya adalah hadiah dari para tetamunya.
“Sekarang jelaslah cincin itu memang wujud dan kenyataan itu sekaligus menunjukkan Rosmah memang seorang yang gemar bermegah-megah dengan perhiasan mewah,” kata Fariz ketika dihubungi.
Dalam buku tersebut, Rosmah juga menjelaskan, cincin dari New York itu dibawa masuk ke Malaysia pada April 2011 untuk dilihat bakal besannya sebelum dikembalikan kepada syarikat barangan kemas itu pada 13 Mei 2012.

OKU penerima BR1M diugut undi BN


KUALA LUMPUR: Sekretariat Prihatin OKU menyesali tindakan Puteri Umno yang seakan-akan memaksa orang kurang upaya (OKU) mengundi BN selepas menerima BR1M.

Pengerusinya, Mohammad Faizal Che Yusof (gambar) dalam kenyataannya berkata, pihak sekretariat telah menerima aduan bagaimana seorang OKU di negeri Kelantan telah diminta oleh pihak Puteri UMNO untuk beliau mengundi BN kerana telah menerima pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia, BRIM.

Pengadu juga mengadu kebimbangan beliau dihentikan atau dipotong bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia bilamana beliau dilihat tidak memberi sokongan kepada parti UMNO atau Barisan Nasional.

Menurut Faizal, bagi sebahagian orang awam, herdikan atau ugutan seumpama di atas boleh dikesampingkan begitu saja.

Namun ia amat memberi kesan psikologi kepada warga OKU, jelas beliau.

"Kami tegaskan bahawa apa juga dana dan program yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan yang memerintah, ia menjadi hak kepada rakyat tanpa mengira idiologi atau fahaman politik.

"Justeru amat tidak wajar setiap bantuan dan dana yang dibelanjakan oleh kerajaan memerintah dijadikan alat untuk mengenakan ugutan atau tindakan perdayaan demi kepentingan sempit pihak-pihak tertentu," katanya.

Isu Taib: Sukarelawan BN mohon maaf atas twit 'perkauman'


 
Sukarelawan Pemuda BN (BNYV) memohon maaf atas kenyataan "tidak menyenangkan" berhubung milikan tanah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud melalui Twitter BNYV Sarawak yang dilihat berunsur perkauman.

Ia dibuat selepas akaun @BNYV_SWK dalam statusnya menyebut:

"Sedar-sedarlah 'orang kita'. Walau Taib banyak tanah di Sarawak tok sekurang-kurangnya baguslah milik bumiputera dari jatuh ke orang ca-ya-nun-alif (Cina)."

Kenyataan itu dipercayai merupakan respon kepada video Global Witness yang mendakwa mendedahkan salah guna kuasa keluarga Taib.

Akaun Twitter itu menggesa agar "orang-orang kita" sedar walaupun banyak tanah di Sarawak didakwa dimiliki keluarga Taib, keadaan itu lebih baik daripada dimiliki oleh orang-orang Cina.

Jangan Ketawa : Rosmah dakwa beliau berat hati terima hadiah barang kemas

 
KUALA LUMPUR, 20 Mac — Datin Seri Rosmah Mansor mendakwa dalam biografinya beliau berat hati untuk terima hadiah barang kemas yang mahal dari kerajaan asing sebagai tanda penghargaan.
Isteri perdana menteri Datuk Seri Najib Razak itu menafikan membeli cincin berlian berharga RM24 juta seperti didakwa pembangkang dua tahun lalu.

"Apabila orang memberi kita sesuatu, sudah tentu tidak manis untuk menolaknya," kata Rosmah dalam biografinya yang dilancarkan semalam oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Dan apabila telah diberi, saya pun memakainya. Takkan nak simpan saja dalam peti besi sedangkan barang-barang yang diberikan itu dengan ikhlas, cantik dan sesuai untuk digunakan. Adalah satu pembaziran jika ia disimpan kaku dalam kotak simpanan," katanya lagi.
Rosmah berkata Maira Nazarbayev - yang bakal menjadi besan beliau - menghadiahkan beliau 30.11 karat cincin berlian biru-kelabu di rumahnya semasa persiapan sempena acara pertunangan anaknya, Nooryana Najwa dan anak Maira, Daniyar Nazarbayev.
Keduanya bertunang di sini pada 2011. Rosmah berkata Maira adalah pelanggan tetap Jacob & Co., penjual intan berlian yang berpangkalan di New York.
"Memang cincin itu masuk (melalui kastam) untuk dilihat Maira Nazarbayev yang pada ketika itu berada di rumah saya bagi persiapan majlis pertunangan anaknya dan anak saya.
"Ia diuruskan oleh Malca Amit Malaysia dan Singapura, kemudian ia dikembalikan ke ibu pejabat Jacob & Co. di New York pada 13 Mei 2012," kata Rosmah.

Himpunan 'R' Demo & Memo 20 Mac 2013 Part 3

PRU13: 22 calon Muslimat PAS (8 Parlimen 14 Dun)

Ustazah Anfal Abdullah: Hak Wanita dalam Negara Islam Berkebajikan

Himpunan 'R' Demo & Memo 20 Mac 2013 Part 2

Himpunan 'R' Demo & Memo 20 Mac 2013 Part 1

PRU13: Apa jaminan Lahad Datu selamat?

Rosmah: "I neither have Queen control nor am I de facto PM!"...ha..ha..ha...!!!

Ust. Mohd Zahid Abu Bakar: Undang-Undang Islam dalam Negara Islam Berkebajikan

Tak boooo baaaaa lagi ni memang sah salah Anwar!


KUALA LUMPUR: Ekoran khabar angin Parlimen dibubarkan hari ini tidak menjadi, tersebar juga mesej, "Ini semua salah Anwar" kerana apa-apa saja yang berlaku di negara ini semuanya salah Anwar.

Sejak pagi tadi, khabar angin tersebar kononnya Parlimen akan dibubarkan hari ini. Malah ada yang mengatakan, Perdana Menteri akan mengumumkan pembubarannya tepat 12.35 tengahari.

Ini ekoran berita bergambar konvoi kenderaan PM memasuki Istana Negara jam 8.31 pagi tadi.

Berita angin Parlimen akan dibubarkan hari ini, 20 Mac tersebar sejak beberapa hari lalu.

Menurut berita angin itu, penamaan calon akan berlangsung 30 Mac manakala pilihan raya akan berjalan pada 13 Mac nanti.

Namun dengan berlalunya masa-masa yang disebutkan itu, Parlimen tidak lagi dibubarkan hari ini.

"Tak boooo baaaaa lagi ni memang sah salah Anwar!! Boooo baaaaa lah," tulis Khalid Samad, anggota Parlimen Shah Alam dalam Twitternya.

Tepat jam 1.00 tengahari tadi, Pejabat Media Perdana Menteri Malaysia (gambar atas) menyebarkan maklumat melalui Twitter memaklumkan khabar angin yang menyatakan Parlimen akan dibubarkan hari ini, oleh Perdana Menteri tidak benar sama sekali.

Kes pembunuhan Altantuya mesti dibuka semula – Surendran

AltantuyaKUALA LUMPUR 19 MAC: Kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu mesti dibuka semula berikutan pekembangan terbaru yang menyaksikan pengakuan mengenai penglibatan Perdana Menteri dalam kes berkenaan.
Ia susulan peguam kanan, Tan Sri Cecil Abraham mengaku menyediakan akuan bersumpah kedua yang palsu untuk penyiasat persendirian, P Balasubramaniam atas arahan Datuk Seri Najib Razak.
Naib Presiden KEADILAN, N Surendran menyifatkan, pendedahan demi pendedahan yang konsisten menunjukkan perlunya kes pembunuhan itu dibuka semula pada kadar segera.
“Sudah banyak pendedahan yang mengarah kepada penglibatan Najib. Peguam Negara perlu segera buka semula kes ini,” katanya ketika dihubungi.
Wanita Mongolia itu dibunuh secara kejam menggunakan bahan letupan C4 pada 19 Oktober 2006 di Hutan Simpan Puncak Alam, Shah Alam.

Lahad Datu : 8 rakyat Filipina didakwa lancar perang terhadap Agong

LAHAD DATU - Lapan lelaki suspek pengganas dari selatan Filipina hari ini didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, di sini atas tuduhan keganasan dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Kesemua lelaki itu yang berumur lingkungan 17 hinggga 66 tahun, didakwa mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan kerana melancarkan keganasan, yang membawa hukuman penjara seumur hidup, dan Seksyen 121 kanun yang sama kerana melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Tiada pengakuan direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amelati Parnell, yang bersidang sebagai Majistret.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar dan Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan (Polisi) Datuk Nordin Ahmad, kedua-duanya dari Pejabat Peguam Negara, Putrajaya.
Mohd Dusuki memberitahu pemberita, kes itu diperintahkan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Tawau.
Katanya, kesemua mereka disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.
Turut hadir Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Kawasan sekitar ibu pejabat polis tersebut dikawal ketat oleh anggota keselamatan bersenjata. - Bernama

RAJA MUDA SULU, AGBIMUDIN @ AZZIMUDDIE KIRAM ADALAH RAKYAT MALAYSIA & KAKITANGAN AWAM


Sejak pencerobohan di Lahad Datu berlaku, pelbagai spekulasi timbul akibat maklumat yang samar-samar yang diberikan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak, sebagai penjawat awam tertinggi yang bertanggungjawab kepada rakyat.
Salah satu persoalan yang paling besar ialah latar belakang kumpulan bersenjata ini. Walaupun secara rasminya mereka diisytiharkan sebagai orang asing dari satu kumpulan yang mewakili Kesultanan Sulu, banyak spekulasi timbul apabila ada tokoh-tokoh pimpinan tertentu dari kumpulan itu yang dikatakan rakyat Malaysia.
Perkara ini penting kerana ia membayangkan kesan sampingan Projek IC yang dikaitkan dengan Tun Mahathir Mohamad dan setakat ini disahkan oleh keterangan-keterangan kepada Suruhanjaya diRaja Mengenai Kerakyatan di Sabah. Wujudnya tokoh-tokoh dari kumpulan bersenjata Sulu ini dari kalangan rakyat Malaysia mengesahkan keresahan rakyat bahawa pemberian kerakyatan bagi tujuan politik tanpa melalui proses yang sah mengundang ancaman keselamatan.

Air Kelantan : Ke mana RM 600 juta dibelanjakan

SD palsu: Kenapa Najib takut nafi pengakuan Cecil Abraham?

KUALA LUMPUR 20 MAC: Datuk Seri Najib Razak tidak perlu takut memberi reaksi balas terhadap pengakuan Tan Sri Cecil Abraham jika Perdana Menteri itu benar-benar tidak terlibat dalam proses menyediakan akuan bersumpah (SD) kedua untuk P Balasubramaniam seperti .
“Semua tunggu bilakah Najib mahu tampil kerana perkara itu sudah terdedah kepada umum. Kenapa campur tangan dalam pembabitan SD kedua jika tiada apa yang perlu ditakuti atau dibimbangi?” kata  Dr Muhammad Nur Manuty.
Ketua Penerangan KEADILAN itu merujuk pengakuan Cecil Abraham kepada peguam Bala iaitu Americk Sidhu yang kemudian didedahkannya dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Majlis Peguam, 16 Mac lalu.
Bala pada 1 Julai 2008 membuat akuan bersumpah mengenai penglibatan Najib dalam kes pembunuhan kejam Altantuya Shariibuu pada Oktober 2006, selain hubungan intim mereka.
Keesokannya, Bala menarik balik akaun bersumpah berkenaan, sebaliknya mengemukakan akuan bersumpah kedua yang kini disahkan palsu, sebelum menghilangkan diri dan bersembunyi di Chennai, India.

Video Global Witnes di Sarawak: SPRM kena siasat segera



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta bertindak segera terhadap pendedahan yang dibuat oleh Global Witnes melalui satu klip video yang kini menjadi video paling panas di Malaysia.

Anggota Lembaga dan Penal SPRM, Salahudin Ayub membuat desakan ini ekoran pendedahan yang dibuat oleh klip video berkenaan.

"Saya meminta SPRM membuat tindakan segera. Lagi lambat tindakan diambil lagi rosak nama baik kita (SPRM)," kata Salahudin kepada Harakahdaily.

Sehingga berita ini ditulis, sudah lebih 135,221 orang menonton klip video Bahasa Inggeris tetapi mempunyai terjemahan yang baik dalam Bahasa Malaysia ini. Sudah 2,337 penonton video ini menyatakan 'like' kepada video ini.

Jangan Ketawa : Rosmah tangkis tanggapan 'queen control'



 
Datin Seri Rosmah Mansor menangkis tanggapan bahawa beliau mahu merampas peranan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri dan bersikap “queen control” ke atas suaminya itu.
Katanya, tanggapan bahawa beliau menentukan polisi negara seperti kuasa PM itu timbul memandangkan beliau sentiasa bersama Najib.

NONE“Orang yang mempunyai pandangan cetek sebegini wajar mengkaji sejarah dan perlembagaan negara. Macam mana saya boleh jadi perdana menteri sedangkan saya bukan ahli parlimen. Saya hanya ahli Umno biasa, tiada kuasa apa-apa,” katanya.

Jelasnya, beliau hanya ingin menjadi isteri Najib dan akan terus bersama dengan anak Tun Razak Hussein itu selagi jodoh di antara mereka berpanjangan.

“Kalau dia orang biasa pun, saya akan bersama dia,” tambahnya lagi dalam tulisan berbentuk soal jawab dalam buku yang dilancarkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam.

Mengulas mengenai tanggapan bahawa beliau bersikap 'queen control' itu, Rosmah berkata perkara itu timbul daripada tohmahan pihak yang iri hati dengannya.

PMO: Khabar angin Parlimen bubar hari ini tak benar


Pejabat Perdana Menteri hari ini menafikan bahawa perdana menteri Datuk Seri Najib Razak membubarkan parlimen hari ini.

“Khabar angin yang menyatakan Parlimen akan dibubarkan hari ini, oleh Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Razak) tidak benar sama sekali,” kenyataan pejabat berkenaan dipetik.
Kenyataan itu disiarkan di Twitter pada kira-kira jam 1 petang, selepas khabar angin berkenaan tersebar luas melalui SMS dan juga di laman sosial.
Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 12 Februari 2008 menafikan akan membubarkan parlimen.
Beliau bagaimanapun secara rasminya mengumumkan parlimen dibubarkan pada tengahari, keesokan harinya.

PAK LAH PADA 2008 PUN NAFIKAN... ESOKNYA BUBAR....SAMA LA TUE....!!!

PRU13: Anwar tanding di Perak atau Selangor..???


Anwar Ibrahim PETALING JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan beliau akan bertanding kerusi Parlimen sama ada di Perak atau Selangor.

Pengumuman itu sekali gus melenyapkan teka-teki sama ada beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Bagaimanapun, Anwar menambah, beliau masih belum dapat membuat keputusan muktamad mengenai pilihan kerusi yang bakal ditandingi.

"Saya belum buat keputusan kerana ada cadangan yang meminta saya turun (bertanding) di Perak atau Selangor.

"Tetapi saya sedang menimbang untuk turun ke Perak," katanya pada sidang media di ibupejabat PKR, di sini, hari ini.

Salahuddin: 2 lagi tokoh ternama Pakatan tanding di Johor


Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub SENAI – Pakatan Rakyat bakal mengumumkan sekurang-kurangnya  dua calon ternama untuk bertanding di Johor.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub yang mengesahkan perkara itu berkata mereka bakal mengikut jejak langkahnya dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk pulang dan bertanding di Johor.

“Berdasarkan perkembangan positif dan menggalakkan daripada masyarakat di Johor, Pakatan Rakyat akan membuat beberapa keputusan penting, yang dijangka tokoh-tokoh besar bakal bertanding di sini.

“Ada dua atau tiga tokoh yang bukan sahaja dalam kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat tetapi mereka yang tokoh ternama akan diturunkan, dan perkara ini kita akan mempertimbangkan dengan teliti dan siapakah gerangan akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat,”katanya kepada Sinar Harian semalam.

Takut punca tarikh PRU13 samar, dakwa Mat Sabu


Mohamad Sabu JOHOR BAHRU - Pakatan Rakyat (PR) menyelar tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang masih belum mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, Perdana Menteri kini memerintah negara dalam kerajaan yang sudah luput tempoh dan ia merupakan kali pertama sejak tanah air mengecap kemerdekaan.

“Inilah kali pertama sejak merdeka Perdana Menteri susah untuk mencari tarikh pilihan raya, tidak jumpa. Anda mahu tahu kenapa? Sumber yang membantu Perdana Menteri untuk menentukan tarikh mengakui PR boleh menang jika pilihan raya diadakan.

“Johor pula bukan lagi kubu kuat Barisan Nasional (BN) kerana ia akan menjadi kubur BN. Sejak dulu pakatan menghormati demokrasi negara ini dengan menerima keputusan rakyat dan tewas kepada parti kerajaan.

PAS Hargai Imam Muda - Imam Muda Ar-Razi

Dr Asri - Jawapan Kepada Soalan Antara PR & BN Mana Satu Pilihan Dato

PKR Apps Untuk iOS dan Android

Sidang Media Ops Daulat (20 Mac 2013, 10.15am)

Siapa Pengkhianat : Kisah Sebenar Lahad Datu Terdedah ...

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pimpinan Badrul Hisham Sharin atau Cikgu Bard  dengan kerjasama Angakatan Perubahan Sabah (APS) telah mengadakan majlis dinamakan Mahkamah Rakyat: Isu Sebenar Lahad Datu - Siapa Pengkianat Sebenar pada malam Isnin lalu telah merumuskan lima perkara berhubung isu yang berlaku di Sabah hari ini.
Lima perkara itu ialah;
  • Tiada siapa yang tidak menghargai pengorbanan prajurit negara, sebaliknya muncul membela kematian wira negara.
  • Pemberian IC menggadai kedaulatan negara memang berlaku malah turut dibuktikan BN terlibat mewujudkan huru – hara sehingga sanggup mengakibatkan kematian ketika hilang polulariti. Ia berlaku setiap kali Umno BN kalah malah kali ini Umno BN bakal kehilangan Putrajaya.
  • Projek IC menyebabkan banyak masalah, ramai punya dua kerakyatan (contoh Filipina dan Malaysia), kerakyatan diberikan hanya untuk mengundi BN bukan kerana kesetiaan pada negara, Jeneral kumpulan militan yang menyerang bukan sahaja punya IC tetapi pernah menjadi pegawai kerajaan BN Sabah dan ramai antara mereka juga punya IC.
  • Pemimpin BN lemah dalam pertahan kedaulatan hingga menyebabkan operasi meleret dan mengorbankan prajurit negara. Hishamuddin pada mulanya umum yang penceroboh bukan militan/pengganas dan perlu berunding? Persoalannya kenapa berunding? Apa isi perundingan? Apa yang diselindungkan? Hishamuddin harus bercakap benar dan meminta maaf pada rakyat Malaysia.
  • Mahkamah Rakyat memutuskan Malaysia dalam bahaya kerana punya pemimpin lemah dan hanya tahu mempolitikan semua perkara. Semua sebulat suara memutuskan Dr. Mahathir pengkhianat negara dan harus dihadapkan kemuka pengadilan, satu sidang parlimen khas harus dipanggil serta kertas putih Lahad Datu harus dikeluarkan segera sebelum PRU.
Majlis itu mendapat sambutan hangat dengan dihadiri lebih 5,000. Dewan Perhimpunan Cina Selangor tempat majlis itu diadakan penuh sesak sehingga melimpah ke luar dewan. Orang ramai yang ingin mengetahui kisah sebenar mengenai isu Sabah sanggup duduk dan berdiri di jalan raya.

Arkib buktikan Ketua Penceroboh Sulu sebenarnya rakyat Malaysia

SenaraiKakitangan2KUALA LUMPUR 20 MAC: KEADILAN mendedahkan bukti secara dokumen yang menunjukkan Raja Muda Sulu, Agbimudin @ Azzimuddie Kiram yang mengetuai pencerobohan di Lahad Datu, Sabah sejak bulan lalu, sebenarnya rakyat Malaysia dan pernah menjadi kakitangan awam.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, ia dibuktikan melalui dokumen ‘Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah’ yang diperolehi dari Jabatan Arkib Negara Sabah.
“Dari maklumat itu, disahkan bahawa Agbimudin tersenarai sebagai Pegawai Tadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat bermula 1 Mac 1974 dengan gaji RM610 sebulan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.

PKR dakwa Agbimuddin rakyat Malaysia, bekas kakitangan kerajaan

Rafizi berkata ini membuktikan ‘Projek IC’ jelas mempunyai kaitan dengan pencerobohan ... yang mana turut dikaitkan dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. - Gambar failPETALING JAYA, 20 Mac — Ketua penceroboh militan Sulu dari Filipina Agbimudin Kiram, dakwa PKR, adalah rakyat Malaysia dan pernah bekerja sebagai kakitangan awam di Sabah, dakwa Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli.
Dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Rafizi turut menegaskan daripada dokumen yang diperolehi PKR daripada Arkib Negara Sabah, Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah, Datu Agbimudin Kiram tersenarai sebagai Pegawai Pentadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat apabila dilantik bermula 1 Mac 1974 dengan gaji RM610.
“Perkara ini membuktikan ‘Projek IC’ jelas mempunyai kaitan dengan pencerobohan ...  yang mana turut dikaitkan dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,” tegas Rafizi.
Dengan pendedahan ini, Rafizi menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berterus terang dengan rakyat berapa jumlah pengganas Sulu itu yang mempunyai kad pengenalan biru dan merupakan rakyat Malaysia.

Patriotisme Lahad Datu yang merimaskan media

 
 Satu dasawarsa lalu, semalam, Amerika Syarikat melancarkan perang di Iraq di tengah-tengah bantahan dunia tetapi didukung kuat oleh elit politik dan rangkaian medianya.

Perang pada 19 Mac 2003 itu bertujuan menggulingkan Saddam Hussein dengan alasan tokoh politik Baath itu menyimpan "senjata pemusnah besar-besaran".

Hampir 4,500 tentera Amerika terkorban dan lebih 100,000 warga Iraq terbunuh; sementara jutaan lagi menjadi pelarian.

Iraq hari ini, berbanding sejarah dan legendanya, tidak lebih daripada sebuah negara yang disumpah seranah Dewata Mulia Raya dengan 1,001 mala petaka.

Minggu lalu, seorang wartawan kanan menulis di laman web CNN, media yang terkedepan mendukung perang ke atas Iraq, dengan nada penuh kecewa dan kesal.

Dalam artikelnya 'Media's failure on Iraq still stings', Howard Kurtz melampiaskan rasa kesalnya atas sikap media Amerika yang tidak mempertikaikan tindakan ketenteraan secukup-cukupnya dan sewajar-wajarnya.

‘Sultan Sulu’ dakwa Malaysia hantar skuad penembak untuk membunuhnya

KUALA LUMPUR, 20 Mac—Malaysia dikatakan menghantar komando tentera diketuai oleh seorang kolonel untuk membunuh Jamalul Kiram III, kata jurucakap kepada yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu yang menuntut tuntutan abad ke-17 mereka ke atas Sabah, menurut laporan media Filipina semalam.
Abraham Idjirani, jurucakap sultan dan setiausaha agung, dilaporkan portal berita Interaksyon, berkata seorang kolonel Malaysia bernama Sunny Ng tiba di Filipina bersama empat orang “skuad penembak” dan menyenaraikan tiga orang dari New People’s Army dari provinsi Quezon.
Seorang peguam Filipina yang dahulunya sebagai penasihat Jamalul, Pastor “Boy” Saycon mendedahkan rancangan membunuh sultan, kata Idjirani dilaporkan berkata demikian.
Beliau menambah seorang peguam yang tidak dinamakan menemui seorang ahli perniagaan Malaysia, Kenneth Lee, atas permintaan kolonel tersebut, meminta alamat rumah Jamalul.
“Dalam perkembangan terkini, saya mahu bertanya kepada kerajaan: Adakah kita sudah serahkan kedaulatan (Filipina) dan membenarkan skuad penembak Malaysia untuk melakukan keganasan di Filipina?” kata Idjirani lagi.
Portal berita tersebut melaporkan Jamalul berkata beliau tidak takut dengan “skuad penembak” tersebut.
“Kenapa saya perlu takut dengan mereka? Saya tidak nampak mereka. Jika saya nampak, saya akan lari,” kata Jamalul yang dipetik dari portal tersebut.

Lawyer to bare details of alleged Kiram slay plot


Kami Bersama PAS Untuk Membantu Islam - Imam Muda Fatah

Xpresi Ulamak Muda Haraki 2013 - Imam Muda Faris

Di sebalik bayang-bayang sebuah negeri di Malaysia

Tanggungjawab Orang Berilmu - Imam Muda Azhar

Ini Janji Allah S.W.T - Imam Muda Fakhrul

Tuan Ibrahim Man - Betulkah Jika Pakatan Ke Putrajaya Kuasa Islam & Melayu Akan Terhakis

TGNA | Kuliah Jumaat 15 Mac 2013

Pandangan Raja Dr. Nazrin terhadap PAS

Kalimah Allah & Bible Melayu | ISMA vs PAS & Dr MAZA

Dr Asri - Rakyat Kena Pastikan Kuasa Rakyat Melebihi Kuasa Kerajaan

WAJIB TONTON : PADA PRU13 KENA KASI MAMPUS UMNO NIE....!!!

Anwar Ibrahim: Kita Nak Calon Yang Berani, Kita Nak Calon Yang Kuat Kerja