Selasa, 19 Mac 2013

PENGKHIANAT NEGARA : WARGA PAKISTAN KINI DI'MELAYU'KAN UMNO?

Oleh : MUTALIB M.D
KEPUTUSAN UMNO Malaysia meluluskan Cawangan Pakistan Sabah Bersatu secara tergopoh-gopoh di Bahagian Silam pada 1991 menyebabkan parti terbesar di Malaysia itu menghadapi dilema kerana kemungkinan besar Presiden UMNO boleh diheret ke Panel RCI yang akan menyambung sidangnya pada 15 hingga 20 April 2013.
Sejak tertubuhnya cawangan Pakistan Sabah Bersatu, Pakistan sudah menjadi komuniti elit dalam UMNO kerana mereka mendapat kad pengenalan projek, menjadi pemilih berdaftar dan mendapat semua kemudahan yang dimiliki Orang Melayu dan Bumiputera Sabah kerana mereka dijenamakan sebagai Melayu atau Bumiputera.
Berikut adalah semakan rambang yang dilakukan terhadap cawangan berkenaan dan mendapati ahli berikut menggunakan Kad Pengenalan Palsu Yang Dibatalkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara tetapi masih menjadi ahli UMNO sehingga ke hari ini.
01 GUL BIN WALI H0492445 Nombor Ahli : 2651446
02 SAKANDAR BIN HAMBALI H0492846 Nombor Ahli : 1599166
03 RAZAK BIN SHARI H0493836 Nombor Ahli : 2651445
04 SAHI BIN WAZIR H0493843 Nombor Ahli : 2651441
05 AMIR BIN MOHAMMAD H0494269 Nombor Ahli : 2651452
06 HALID BIN RAHMAT H0543382 Nombor Ahli : 2651426
07 TAHIR BIN MIRAHMAD SHAH H0547413 Nombor Ahli : 2651433
08 USMAN BIN ABDUL SHAKOR H0547544 Nombor Ahli : 2286128
09 RASIK BIN SUAIDI H0550087 Nombor Ahli : 1599193
10 ABDULLAH BIN MUHAMMAD H0551027 Nombor Ahli : 1599191
Agak menakjubkan juga kerana saya menemui ramai ahli Cawangan Pakistan Sabah Bersatu bukan sahaja memegang kad pengenalan palsu yang tiadak dalam rekod JPN; malah turut memegang kad pengenalan yang ada dalam rekod JPN tetapi tidak merujuk kepada mereka kerana dimiliki penama lain.
Berikut adalah beberapa contoh yang ditemui;
KES PERTAMA
Rekod Umno Malaysia
Nama: ABD RAHMAN JAAFAR
N0. KP: H0577614
No. Ahli: 228613
Alamat: Taman Pertama 1, Lahad Datu.
Tarikh Lulus: 6/10/1995
Tarikh Lahir: 5/8/1955
Rekod Jabatan Pendaftaran Negara
Nama: WONG WEE CHOON @ PETER
N0. KP: H0577614 (541015-12-5175)
Alamat: Kg. Takis, Kelanahan, Pantai Manis, Papar.
Tarikh Lahir: 15/10/1954
KES KEDUA
Rekod Umno Malaysia
Nama: ABDUL KARIM BIN BAKAZEH
N0. KP: H0328016
No. Ahli: 1547464
Alamat: Peti Surat 152, Lahad Datu.
Tarikh Lulus: 5/25/1991
Tarikh Lahir: 4/9/1955
Rekod Jabatan Pendaftaran Negara
Nama: ABD AZIZ BIN SHER AZIZ KHAN
N0. KP: H0328016 (560503-12-5303)
Alamat: Bandar Lahad Datu.
Tarikh Lahir: 03/05/1956

ANWAR IBRAHIM SAMAN BLOGGER PRO UMNO PAPAGOMO RM100JUTA

 

KERANA MEMFITNAH BELIAU SEBAGAI INDIVIDU TERBABIT DALAM SEKS SONGSANG SEJENIS DIBLOGNYA!!!!



KESABARAN ADA HADNYA...JANGAN INGAT SETAKAT MENJADI BLOGGER PUJIAN PARA PEMIMPIN TERTINGGI UMNO BOLEH LAKUKAN APA SAJA...DULU DENGAN SOMBONG, MEGAH DAN TAKBUR CABAR DSAI SAMAN JIKA BERANI... NAH GILIRAN ANDA SUDAH TIBA!!!!


Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman RM100 juta terhadap pro-Umno blogger kaki belasah bini "Papa Gomo" a.k.a Wan Muhammad Azri bin Wan Deris k/p 830121-03-5019 kerana didakwa cuba untuk mengaitkan dirinya lagi dalam skandal seks dengan menyiarkan gambar-gambar palsu didalam blognyaSabtu lepas.

PETANDA JELAS UMNO/BN BAKAL TERBALIK PADA PRU 13 NANTI!!!!


Lokasi: Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Kuang dan Pusat Daerah Mengundi Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor.

Operasi cerdaskan minda pengundi PRU13

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN
Kemenangan Pakatan Rakyat mahupun BN dalam PRU13 dilihat banyak ditentukan oleh pengundi Melayu. Walaupun trend mengundi masyarakat Tionghua tidak sukar diramal dan Umno-BN bakal berputih mata dengan sikap mereka, namun kompleksiti orang Melayu untuk membuat pilihan rancak dibincangkan.


Sejak awal, selepas tsunami politik lima tahun lalu, pemimpin Umno seperti sudah berkerat rotan, dalam usaha meraih kembali sokongan pengundi Cina yang telah menyelamatkan BN dalam Pilihan Raya Umum 1999, menyaksikan protes terbuka orang Melayu kepada Dr Mahathir Mohamad dan BN.
Justeru, masyarakat Melayu pasca PRU 2008 menjadi sasaran utama momokan propaganda jahat dan sentimen kebencian Umno. Media yang dimiliki suku-sakat kerabat Umno-BN dan dikawal ketat penguasa tidak segan silu menabur fitnah, mendorong politik jahat, mengulangsiar tohmahan dan menyemarakkan lagi api perkauman.
Bukan saja DAP, salah satu komponen Pakatan,  dilabel sebagai "penindas Islam" (seperti ucapan Perdana Menteri di Kuala Terengganu baru-baru ini), malah PAS ditohmah sebagai parti yang rela menggadaikan prinsip perjuangan  demi meraih sokongan ke Putrajaya. Tiba-tiba saja Umno mendakwa sebagai wira Islam sekali gus cuba merendahkan kredibiliti seteru utamanya, PAS.
  

In deep trouble but GE13 is still for BN to lose

Later today, the prime minister is scheduled to give his ‘state of the union’ address. Although not touted as such, the so-called ‘presidential style’ of the Najib Abdul Razak administration is said to be a winning factor for the BN ahead of the 13th general election.
There is no need to go over old ground as to whether a presidential style is a winning formula. We will soon find out when Malaysians go to the polls.
In deep trouble but GE13 is still for BN to lose But what is more troubling will be the rising temperature as competition for every vote becomes more intense, and for some quarters, more desperate.
Key personalities have already sounded the alarm. Former premier Dr Mahathir Mohamad has said that Kedah will make up for parliamentary seats lost in Sabah and Sarawak.
Umno deputy president Muhyiddin Yassin (left) has said the BN’s weakness is not only due to Umno but to the component parties as well.
The Malacca chief minister reminded Malaysians not to blame BN for the Sulu incursion into Lahad Datu, Sabah.
Never before has the federal ruling coalition been so embattled. Past general elections were easy to contest but this time round, after more than half a century governing, the world’s longest-ruling political coalition is in uncharted waters.
There are five reasons why this situation has come about.
Its longevity is a reason for its weakness. A new generation has grown up taking the present state of development as a given. No one below the age of 75 has any real experience of the deprivations of the Japanese Occupation. Nobody below the age of 70 can remember the fight for Independence. All of those under the age of 50 have had a reasonably good life.
In short, present-day BN leaders, including the PM, are not old enough to claim credit for the things the Alliance Party achieved. This general shift means that the element of ‘gratitude’ no longer wins votes. For those under 40, it means nothing at all.
The second reason for the present state of affairs has to do with BN leaders who have lost touch with current aspirations of Malaysians. The PM is exhorting reforms like his predecessor but every step of the way, the conservatives who dislodged Abdullah Ahmad Badawi have stymied the PM’s 1Malaysia programme.
This explains Najib’s ‘presidential style’ because he is unable to get his own party to take ownership of the 1Malaysia policy.
Najib is seeking his own mandate based on the 1Malaysia platform, which he says is transforming Malaysia into a developed state but even he is unable to define what 1Malaysia really means.
All Najib is able to say is that 1Malaysia is deliberately vague in order to be inclusive. Any government policy that is vague and implemented tentatively is doomed to fail.
Lost opportunity

Tanggungjawab terbesar PR untuk sedia, siapkan masa depan anak muda


KUALA LUMPUR, 19 MAC: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, tanggungjawab terbesar yang harus dilakukan per’UBAH’an oleh Pakatan Rakyat (PR) terdiri daripada DAP, PKR dan PAS apabila memerintah nanti adalah untuk menyedia dan mempersiapkan masa depan untuk anak muda.
Beliau berkata, untuk pertama kalinya dalam sejarah 56 tahun negara, terdapat peluang untuk perubahan, wujud pilihan yang jelas dan ketara di antara rejim yang tidak demokratik, korup, mengamalkan politik perkauman dan bankrap, berbanding alternatifnya yang lebih bersih, mengamalkan integriti, nilai kebebasan dan hak asasi manusia serta terbukti Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT).
Bagaimanapun, katanya, yang pasti perubahan tidak akan datang dengan mudah kerana beberapa hari lalu kita melihat karenah ganas oleh samseng BN, apabila Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang pun boleh diserang oleh gerombolan yang tidak terkawal dan bas yang dinaiki Datuk Seri Anwar Ibrahim dibaling batu menyebabkan beberapa orang cedera.
“Ini adalah hanya permulaan dan tindakan terdesak BN itu akan berterusan dan bertambah buruk,” katanya dalam kenyataan media sempena sambutan ulangtahun ke-47 DAP yang buat pertama kalinya di Johor sejak 1966, semalam.

DAP cekap tadbir Pulau Pinang, UMNO-BN takut kalah: Mat Sabu


SKUDAI, 19 MAC: Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu memuji kecekalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang tabah mengharungi tekanan dan cercaan penyokong taksub UMNO-Barisan Nasional (BN).
Katanya, walaupun ‘adiknya’ Lim Guan Eng sering menjadi sasaran fitnah, diserang dan pernah diberi ‘hadiah’ yang menjijikan daripada mereka, Pulau Pinang terus melakar kejayaan ditadbir dengan baik dan menjadi negeri paling telus dan maju.
“Pulau Pinang catat negeri paling kurang rasuah dalam Malaysia. Hutang RM600 juta tinggal RM30 juta, adakah BN mampu lakukan ini?” soalnya ketika berucap di majlis ulangtahun DAP ke 47, di sini, malam tadi.
Katanya, ini tidak termasuk pelbagai jenis program kebajikan kepada rakyat yang sebahagiannya ditiru BN termasuk peruntukan kepada pembangunan Islam negeri itu yang meningkat berkali ganda berbanding zaman pentadbiran BN.

DAP tegas mahu dakwa pemimpin rasuah, salah guna kuasa


SKUDAI, 19 MAC: DAP mengulangi tekad memerangi rasuah dan salah guna kuasa habis-habisan jika Pakatan Rakyat (PR) diberi mandat mentadbir Putrajaya pada Pilihyan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.
Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh menegaskan bahawa tidak ada siapa yang boleh terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang jika terbabit melakukan rasuah dan salah guna kuasa.
“Apa natijah kepada pemimpin BN yang menipu, mencuri wang rakyat. Mana boleh lari,” katanya berucap sempena sambutan ulangtahun DAP ke-47, di sini, malam tadi.
Pada masa sama Karpal turut menyindir bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga tidak boleh lari jika berlaku peralihan kuasa seolah-olah mengakui kesalahan yang dilakukan.
“Kawan-kawan kita mahu kalau ada bukti terhadap Dr Mahathir, kita akan dakwa dia.
“Dalam masa 22 tahun Mahathir memerintah, beliau melakukan menyalahgunaan kuasa. Kini rasuah, salah guna kuasa berlaku di mana-mana termasuk di jabatan kerajaan,” kata beliau.

Raja Nazrin: Jangan heret istana ke dalam politik


KUALA KANGSAR -  Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah meluahkan rasa kesal terhadap pihak-pihak yang memanipulasi titah baginda untuk meraih sokongan politik khususnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Menurut baginda, ada pihak memanipulasi titah dengan bagi meningkatkan pengaruh kumpulan politik tertentu dan merendahkan lawan politik.
Raja Dr Nazrin Shah Titah Raja Nazrin, perbuatan itu telah memberikan gambaran tidak betul dan boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan sebahagian rakyat kerana seolah-olah baginda secara langsung telah menzahirkan sokongan terbuka kepada kumpulan politik tertentu.

“Sebarang perbuatan yang mengaitkan nama dan batang tubuh beta untuk meraih sokongan politik, sebenarnya boleh disifatkan telah mengheret istana ke dalam kancah politik kepartian serta boleh dianggap telah melanggar tatasusila serta kesopanan adab dan tertib berpolitik secara berhemah.

“Pilihan raya umum ke-13 akan berlangsung dalam tempoh terdekat. Diingatkan bahawa dalam keghairahan untuk mendapat sokongan politik, jangan sampai adat dan resam budaya bangsa dicemarkan.

“Beta menegaskan bahawa raja dan takhta kekal berada di atas politik kepartian, bersifat berkecuali dan tidak memihak mana-mana kumpulan politik,” titah baginda sempena Istiadat Meletak Kerja Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah di Istana Iskandariah, di sini, hari ini.

Pakatan mahu PM jawab isu video keluarga Taib Mahmud



Anwar Ibrahim KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab pendedahan sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa, melalui video, yang mendakwa ahli keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan rakannya berkenaan industri pembalakan di negeri itu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebagai seorang pemimpin yang berwibawa dalam memimpin sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, adalah mustahil bagi Najib boleh berdiam diri dalam isu ini.

"Beliau mesti memberi ulasan mengapa perkara ini dibiarkan ataupun tidak mengambil beberapa tindakan segera.

"Kami berharap perdana menteri memberi respons segera mengenai perkara ini," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan PR di sini, sebentar tadi.

Keputusan SPR adakan PRU13 serentak muktamad


PEKAN - Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan pilihan raya negeri dan Parlimen serentak pada pilihan raya umum  ke-13 (PRU13) adalah muktamad.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, keputusan itu dibuat setelah menimbang beberapa faktor yang perlu diambil kira termasuk menjimatkan duit rakyat.
Wan Ahmad Wan Omar "SPR akan tetap buat pilihan raya (negeri dan Parlimen) secara serentak... ini kerana jika dibuat secara berasingan ia akan melibatkan perbelanjaan yang besar, buang masa rakyat dan akan berlaku pembaziran," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke kawasan Parlimen Pekan di sini hari ini.
Wan Ahmad berkata, jika pilihan raya negeri dan Parlimen dibuat berasingan SPR terpaksa menanggung kos perjalanan dan proses pilihan raya yang sangat tinggi.
"Sebagai contoh, sebuah negeri kalau dia nak buat pilihan raya berasingan kos yang perlu ditanggung sekitar RM20 juta, kalau negeri yang banyak penduduk macam Selangor lagi tinggi kosnya iaitu dalam RM35 juta, jadi kenapa nak buat pilihan raya berasingan," katanya.

Sabah: Pakatan tolak tuntutan Misuari Dan Sultan Sulu

KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) menegaskan pihaknya sama sekali tidak merestui tuntutan pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari ke atas Sabah.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tuntutan yang dikemukakan itu merupakan pandangan peribadi Misuari sedangkan pendirian PR adalah berbeza.
"Pakatan Rakyat tidak pernah mempersoalkan setiap inci bumi Sabah kerana ia adalah hak milik Malaysia. Pakatan Rakyat turut menolak tuntutan Filipina ke atas Sabah dan menolak tuntutan keluarga Sultan Sulu terhadap Sabah," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat  Majlis Pimpinan PR di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Nur Misuari yang mendakwa Sabah dikuasai Malaysia.
"Itu pandangan beliau (Nur Misuari) tentang penguasaan Kuala Lumpur terhadap Sabah. Pakatan Rakyat tidak bersetuju kerana ini soal dalaman negara dan Pakatan Rakyat akan tetap perjuangkan," katanya.
Tegas Anwar, kenyataan Nur Misuari yang ingin menghantar askarnya untuk merampas Sabah awal bulan lalu juga tidak boleh diterima.
"Jika ingin mengadakan rundingan seperti biasa, mungkin boleh diteruskan tetapi yang Pakatan Rakyat tentang ialah bila ada jenayah, pencerobohan ke atas Sabah dan menggugat keselamatan bumi Malaysia.
"Malah Pakatan Rakyat turut menolak tuntutan Filipina ke atas Sabah dan tidak akan berkompromi dalam mana-mana perkara membabitkan soal keselamatan negara.
"Pakatan Rakyat juga menolak tuntutan keluarga Sultan Sulu terhadap Sabah," katanya lagi.

Politik samseng: Taktik pihak kalah sebelum bertempur

PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) menyokong penuh dan bersetuju dengan gesaan daripada Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih), Datuk S Ambiga supaya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) menolak keganasan politik dalam PRU ke 13.

Gesaan Datuk S Ambiga amat baik dan wajar dinilai oleh setiap parti politik. Dalam iklim PRU ke 13 yang semakin panas, parti-parti politik tidak seharusnya memanaskan landskap politik negara dengan insiden keganasan. Iklim politik hanya perlu dipanaskan dengan isu-isu semasa yang dibangkitkan dengan kefahaman dan kesedaran, bukan dengan keganasan.

Suasana politik di Sabah memihak kepada Pakatan


KUALA LUMPUR: Perkembangan politik terkini di Sabah terhadap pembangkang cukup dinamik dan keadaan ini memberi potensi besar kepada Pakatan Rakyat untuk mengambil alih negeri itu begitu meyakinkan, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
Katanya, sokongan dan kerjasama antara parti-parti yang bertanding di Sabah dengan PAS cukup memberangsangkan dan suasana ini akan memudahkan kemenangan selesa kepada Pakatan Rakyat dalam PRU13 nanti.

Dalam rangka lawatan ke Sabah dua hari lepas, Salahuddin turut bertemu dengan Presiden Pakatan Perubahan Sabah, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin di pejabatnya di Likas.

"Apa yang lebih penting sebuah parti yang bertanding mesti fokus kepada kemenangan di Sabah. Lajim juga bergembira dan berpuas hati dengan dengan kerjasama yang diberikan PAS khususnya sokogan yang begitu baik oleh PAS," katanya ketika ditemui di Pejabat Agung PAS di sini petang tadi.

Amaran Kobat: Umno perlu hentikan propaganda jahat dalam isu Lahad Datu

KOBAT
KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera)
Berlanjutan daripada kenyataan Jamalul Kiram III yang mengerahkan anak-anak buahnya untuk meneruskan peperangan gerila terhadap pasukan keselamatan kita, KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera) bersetuju dan menyokong penuh kenyataan pihak keselamatan negara Polis dan Tentera yang bersedia untuk berdepan dengan musuh dengan apa cara sekalipun.
Bumi bertuah negara ini wajib dipertahankan walau apa pun keputusan dari pihak penceroboh. Rakyat wajib menyokong penuh pasukan keselamatan kita tanpa mengira fahaman politik.
Walaupun pada pendirian kami, tragedi ini tercetus akibat kegagalan dan kecuaian pimpinan politik mengawal keselamatan negara namun ‘nasi telah menjadi bubur’.
Kita tiada pilihan lain kecuali bersama dengan pasukan keselamatan Polis dan Tentera untuk ‘melangsaikan’ musuh-musuh secepat mungkin. Pimpinan politik yang ‘tidor’ selama ini bakal kita hukum di dalam PRU ke-13 akan datang.

K’jaan sementara: Najib tak boleh guna dana k’jaan untuk kempen BN

TaianPETALING JAYA 19 MAC: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diingatkan supaya tidak menyalahguna jentera dan dana kerajaan untuk kempen BN menjelang pilihan raya.
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini berikutan mandat Kerajaan Persekutuan yang diterajui BN berakhir 8 Mac lalu, genap lima tahun selepas Pilihan Raya Umum 2008 diadakan.
Ekoran itu, beliau menggesa Najib bersetuju dengan penubuhan kerajaan sementara.
“Najib perlu bersetuju untuk sebuah kerajaan sementara bermula hari ini sehingga mengundi,” kata Anwar.
Beliau berkata, jika sistem kerajaan sementara diaplikasi, Najib kehilangan status etika untuk meluluskan apa-apa projek.
“Kerajaan sementara membenarkan Najib untuk mentadbir, namun tidak membolehkan beliau menetapkan dasar dan perbelanjaan baru untuk meraih undi,” kata Anwar pada kenyataan dibacakan Naib Presiden, Tian Chua di ibu pejabat parti hari ini.

Peluncuran laporan program Persidangan Antarabangsa Tentang Pilihan Raya Umum ke-13 Malaysia

Laporan Persidangan Antarabangsa Tentang Pilihan Raya Umum ke-13 MalaysiaSukacita saya meluncurkan “Laporan Program Persidangan Antarabangsa Tentang Pilihan Raya Umum Ke-13 Malaysia” hari ini. Laporan ini adalah hasil persidangan selama dua hari yang diadakan pada 4 dan 5 Mac 2013 melibatkan penggerak antarabangsa dalam isu pilihan raya bebas dan adil, ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional serta pertubuhan-pertubuhan masyarakat.
Dokumen ini bukan sekadar hasil susulan persidangan tetapi kesinambungan dari tiga kumpulan pemerhati antarabangsa; kumpulan awal pada April 2012, kumpulan pemerhati Muslim Amerika dalam Januari 2013 dan kumpulan pemerhati Muslim Eropah dalam Februari 2013. Di dalam laporan ini tercatat sejumlah maklumat, analisa dan saranan.
Pilihan raya adil dan bebas adalah kebanggaan mana-mana negara, seandainya ia dilaksanakan. Oleh sebab itu kebanyakan rakyat Malaysia tersohor dan rakan-rakan dari luar negara telah menyertai usaha kita untuk merubah pilihan raya kita menjadi sebuah pesta meraikan demokrasi.
Kita telah berusaha keras sejak pilihan raya umum yang lalu dan kini kita di ambang pilihan raya umum yang baru. Masih banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan, namun tatkala meneliti laporan yang dilampirkan, wujud beberapa tindakan yang boleh diambil dan saya menuntut ianya dilaksanakan. Ianya seperti berikut;
1) Tempoh kempen selama 21 hari
Ini akan memberi ruang kepada semua parti terutamanya parti yang memiliki keupayaan kewangan yang terbatas, untuk memastikan mesej kempen mereka sampai kepada seluruh rakyat Malaysia. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menjamin sekurang-kurangnya untuk tempoh 12 hari, namun dalam semangat keadilan, sewajarnya diperuntukan 21 hari.
2) Kerajaan caretaker
Perdana Menteri Najib Razak perlu bersetuju untuk sebuah kerajaan caretaker bermula dari hari ini sehingga hari mengundi. Beliau harus memastikan jentera dan dana kerajaan tidak disalahgunakan dalam usaha meraih undi untuk Barisan Nasional. Sebuah kerajaan caretaker membenarkan Najib untuk mentadbir namun tidak membolehkan beliau untuk menetapkan dasar dan perbelanjaan baru untuk meraih undi.

Sulu sultan claims kill plot


BN's neglect & Sabah's huge security vacuum: Prolonged guerrilla warfare ahead?

We have not heard the last of the Lahad Datu Standoff if it degenerates, as it appears more than likely now, into prolonged guerrilla warfare as in the southern Philippines, but perhaps more low-key.
There's a huge security vacuum in Sabah.
Witness the fact that 1.7 million foreigners, mostly illegal immigrants, flooded into Sabah by 2005 alone to dwarf the 1.5 million local population as Putrajaya looked the other way in a wink wink relationship with rogue elements. It’s unprecedented in world history.
BN's neglect & Sabah's huge security vacuum: Prolonged guerrilla warfare ahead?An estimated 800, 000 of the foreigners including illegal immigrants are Suluks, many with MyKads which in the absence of state government sanction as the initiating party on a case by case basis, they are not entitled to obtain and not eligible to hold in Sabah.
They may be matched in number only by the Bugis from Sulawesi in Indonesia. There’s no love lost between these two large immigrant groups, the local Suluks in particular in the east coast having a strong sense of proprietorship, but that's another story.
Nature, according to the ancient Greek philosopher Aristotle, abhors a vacuum.
(Aristotle was a student of Plato, a Greek philosopher, and a teacher of the Macedonian Alexander the Great who became King of the Greeks. Plato, in turn, was a student of Greek philosopher Socrates.)
The reasons for Lahad Datu, given the fog of war, may keep changing during the course of such a conflict.
The first casualty in a war is the truth.
Beheadings, mutilations a Public Relations disaster of highest magnitude

‘Dr M punca krisis Lahad Datu’...Anwar Dan Pakatan Dijadikan "Kambing Hitam"

Dr Mahathir dipersalahkan kerana menjadi orang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan melalui 'Projek IC' di Sabah.

KUALA LUMPUR: Rata-rata panelis forum ‘Mahkamah Rakyat : Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar?’ menyimpulkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad sebagai individu yang menjadi punca sehingga timbulnya krisis terbabit.
Dr Mahathir dipersalahkan kerana menjadi orang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan melalui ‘Projek IC’ di Sabah sejak awal tahun 80-an.
Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Hassnar Ebrahim dalam ucapannya mengakui, beliau pernah menandatangani 500 borang kosong dalam satu masa semasa menjadi Ketua Daerah Sandakan.
Terlibat dalam Projek IC tanpa sedar, Hasnar berkata borang kosong terbabit kemudiannya disahkan dan dibawa kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebelum diubah menjadi sijil kelahiran.
Katanya, semasa Sabah di bawah pemerintahan Parti Bersatu Sabah (PBS) antara 1979 sehingga 1984, tidak kurang daripada 125,000 jumlah kad pengenalan yang dikeluarkan kerajaan persekutuan kepada sebilangan besar pendatang haram.
“Gunung berapi dalam dada saya sudah mahu meletup.
“Kalau ini fitnah dakwa saya kita jumpa di mahkamah,” katanya di hadapan kira-kira 1, 000 orang  di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam tadi.
Peranan Megat Junid

‘PM tidak berani siasat pencerobohan Sabah’

Datuk Mat Zain Ibrahim turut menuduh Peguam Negara dan Pesuruhjaya Polis Sabah sebagai bersandiwara dalam usaha mengekstradisi ketua kumpulan pengganas Sulu.

PETALING JAYA: Bekas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim hari ini mendakwa  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berani menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kes pencerobohan Lahad Datu di Sabah  kerana kepentingan politik dan kroni.
“Kuasa ada di tangan Perdana Menteri dan beliau sepatutnya boleh mengisytiharkan pembentukan RCI itu serta merta, jika kerajaan yakin yang tidak ada isu yang ingin disembunyikan atau dipolitikkan.
“Selain daripada menumpukan minat untuk menyiasat dalang disebalik pencerobohan tersebut,kerajaan juga wajar mengenalpasti kesilapan, kecuaian dan campurtangan pemimpin politik yang dipercayai telah menyumbang kepada tragedi berdarah pertama di-Kampung Tanduo dan disusuli di-Semporna ketika diperingkat Ops Sulu.
“Setelah melebehi 70 orang dilaporkan terkorban bagi kedua-dua pihak pasukan keselamatan dan penceroboh, Najib nampaknya masih lagi teragak-agak dan tidak mempunyai keyakinan diri untuk membentuk RCI tersebut.
“Beliau seolah lebih mementingkan kedudukkan politik beliau dan kroni-kroni beliau sahaja, daripada mencari punca dan kecuaian, bagaimana sebegitu ramai anggota keselamatan kita khasnya dari Pasukan Polis, bukan sahaja terkorban malahan ditawan,diseksa dengan kejam sebelum dibunuh,” kata Mat Zain dalam sepucuk surat terbuka kepada Ketua Polis Negara. Tan Sri Ismail Omar.
Bersandiwara
Mat Zain turut menuduh Peguam Negara Tan Sri  Abdul Gani Patail dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib sebagai bersandiwara dalam usaha mengekstradisi ketua kumpulan pengganas Sulu, Azzimudie atau Abgimuddin kerana Malaysia tidak pernah menandatangani perjanjian ekstradisi dengan Filipina.

Pakatan desak kerajaan dedah rundingan Umno dengan Sultan Sulu

PCKUALA LUMPUR 19 MAC: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak kerajaan dedahkan butiran rundingan dengan Sultan Sulu daripada menjadikan isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah sebagai kepentingan politik domestik Umno BN.
“Ada rundingan dibuat antara pemimpin Umno BN dengan Sultan Sulu? Ini tak pernah dijelaskan. Nak bayar apa? Tanah siapa? Mereka (pimpinan Umno BN) tak dapat jawab.
“Ada Sultan Sulu yang mempunyai kad keahlian Umno. Ini tak pernah dijelaskan kepada rakyat. Apa kaitan mereka (dengan Umno)?” kata Anwar pada sidang media di ibu pejabat PAS selepas mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat hari ini.
Laporan portal berita dan media sosial facebook beberapa bulan kebelakangan ini memaparkan gambar pertemuan antara Agbimuddin Kiram dengan pemimpin Umno.
Antaranya bekas Setiausaha Politik Dr Mahathir Mohamad, Aziz Shamsuddin, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak.

Agbimuddin Kiram mahu jumpa Perdana Menteri Najib Razak?

sulu (1)KUALA LUMPUR 19 MAC: Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Bumburing mempersoal identiti seorang ‘personaliti kerajaan Malaysia’ yang mahu ditemui Ketua Penceroboh Sulu, Agbimuddin Kiram.
Ia berikutan portal berita Filipina bertajuk ‘Kumpulan Sulu ditangkap di Sabah’ memetik kenyataan Agbimuddin yang menyatakan kesediaan untuk bertemu ‘personaliti’ dari Malaysia.
Berita itu dimuat dalam portal berita, globalnation.inquirer.net bertarikh 15 Februari lalu.
“Kumpulan bersenjata mahu jumpa seorang ‘personaliti’ tapi hingga kini identiti itu tak didedah. Siapa? Datuk Seri Musa Aman? Datuk Seri Hishamuddin Hussein atau Datuk Seri Najib Razak?
“Kenapa penceroboh mahu bertemu personaliti itu? Ini menjadi tanda tanya kepada rakyat Sabah. Ini meninggalkan kekeliruan besar,” katanya kepada KeadilanDaily.

Jangan Ketawa : Tak manis tolak hadiah mahal - Kak Mah



 
Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor menjelaskan bahawa beliau kelihatan mewah kerana memakai perhiasan yang dihadiahkan oleh para tetamunya, demi menjaga hati individu berkenaan.
Katanya, tidak manis sekiranya pemberian mahal ditolak, dan ia menjadi pembaziran sekiranya barang kemas tersebut, termasuk cincin, jam dan perhiasan diri itu disimpan dalam peti besi.

rosmah mansor biography book launch event 190313 13"Kita mesti menjaga hati mereka apatah lagi kita adalah tetamu. Bagaimana perasaan kita apabila pemberian kita ditolak orang lain? Tentu kita akan tertanya-tanya dengan pelbagai soalan dan berasa kecil hati," katanya.

Rosmah dalam buku biografinya terbitan Yayasan Amanah Perdana itu juga mendakwa tidak mahu bermegah-megah dengan pemberian tersebut.

"Takkanlah saya mahu menghebohkan kepada semua orang bahawa orang itu beri saya jam, orang itu beri saya beg tangan dan sebagainya. Itu sudah riak namanya, seperti mahu menunjuk-nunjuk," katanya.

Jelasnya, sebagai isteri perdana menteri mahu kelihatan kemas dan terhias apabila mengenakan perhiasan berkenaan, yang turut melibatkan barangan yang dibelinya sendiri.

Jangan Ketawa : Shahrizat kata beliau ‘anak Pulau Pinang yang garang’

KUALA LUMPUR, 19 Mac — Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan di mahkamah tinggi hari ini beliau adalah seorang yang garang dalam mempertahankan tindakan beliau ketika ucapan mengenai skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) pada persidangan Wanita Umno tahun 2011.
Peguam Rafizi Ramli, Ranjit Singh berkata pengarah strategi PKR memberitahu Shahrizat perlu menunjukkan rasa malu selepas bekas menteri Kabinet tersebut menunjukkan "gaya mahu bergaduh" dengan menggulungkan lengan baju kurungnya dan menaikkan sedikit kainnya dalam persidangan tersebut.
"Saya memang wanita yang garang. Saya dari Pulau Pinang," kata Shahrizat dalam Mahkamah TInggi hari ini.
"Saya tak 'angkat kain'. Saya angkat sampai paras buku lali saya sahaja," kata ketua Wanita Umno itu, dimana seluruh dewan gelak ketawa.
Shahrizat juga mempertahankan pembelian tiga unit kondominium mewah di Marina Bay Sands dan Orchard Scotts Residences di Singapura berjumlah RM42 juta yang digunakan dari National Feedlot Corporation (NFCorp).
"Dia (suaminya) memberitahu ia adalah sebahagian dari portfolio pelaburan mereka," kata Shahrizat, merujuk kepada Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, pengerusi eksekutif NFCorp.

Anwar Ibrahim: Mana Boleh? Negeri Kaya, Menteri Kaya, Tapi Rakyat Miskin?

Pakatan tubuh Majlis Penasihat Keselamatan

PROJEK I.C MAHATHIR DIBUAT DI PEJABAT UMNO - PN SITI AMINAH (BEKAS WANITA UMNO)

Taib refutes role in 'timber scam'

'Najib must act against Taib'

Anwar: Seats allocation 'almost complete'

Sandiwara UMNO Di Lahad Datu : Bekas Pemimpin BN Sokong Kenyataan Tian Chua

NFC : Shahrizat pertahan pembelian kondo di S'pura

 
Bekas menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mempertahankan pembelian kondominium mewah di Singapura oleh anggota keluarganya, didakwa menggunakan dana kerajaan yang sepatutnya dilabur dalam projek National Feedlot Centre.
Beliau yang disoal balas semasa perbicaraan kes samannya ke atas pengarah strategi PKR Rafizi Ramli dan ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata, keluarganya menggunakan nama mereka untuk membeli kondominium berkenaan memandangkan syarikat terbabit – National Feedlot Corporation – tidak dapat membuat pinjaman.

"Saya difahamkan bahawa, disebabkan NFC satu syarikat yang baru dimulakan, mengikut undang-undang Singapura ia tidak boleh memohon pinjaman di negara itu.

Taib tolak pendedahan video, kata sepupu ‘tidak boleh dipercayai’

KUALA LUMPUR, 19 Mac — Tan Sri Abdul Taib Mahmud mendakwa sepupunya dan mereka yang lain terlibat dalam pendedahan bukti video oleh pejuang alam sekitar telah menawarkan diri mereka sebagai ejennya untuk mendapatkan ganjaran.
"Ok saya lihat yang dikatakan adalah bukti. Bukankah itu seseorang yang cuba untuk menawarkan diri mereka sebagai egen untuk mendapatkan ganjaran daripada saya?
"Ia tiada kena mengena dengan saya. Saya rasa mereka sedikit nakal. Mereka menggunakan kuasa untuk memburukkan nama saya," kata ketua menteri Sarawak selepas ditanya oleh wartawan di ibu negeri tersebut di Kuching tengahari ini.
Klip videonya disiarkan di siaran berita Al-Jazeera jam 10 pagi tadi dan dimuat naik kedalam Youtube.
Dalam penyiasatan yang dirahsiakan, Global Witness (GW) dalam video tersebut menyamar untuk berunding dengan sepupu Abdul Taib (gambar) dan beberapa orang untuk mendapatkan ribuan hektar tanah hutan, yang didakwa aktivis yang berpengkalan di London itu sebagai pendedahan rasuah secara sistematik di negeri terbesar Malaysia itu.

As the Altantuya Murder Plot Thickens

Private investigator P. Balasubramaniam is gone, and his untimely death from a heart attack makes it all the more pressing for Malaysians to find answers to the mystery of the murder of the Mongolian model Altantuya Shaariibuu.
As the Altantuya Murder Plot ThickensWho actually did it? Logically, it would seem unlikely that the two police personnel who have been convicted acted on their own. What would be the motive of Corporal Sirul Azhar Umar and Chief Inspector Azilah Hadri? They didn’t even know Altantuya before they whisked her away and dealt the fatal blow. It would seem they were merely hitmen.
Furthermore, according to Sirul’s cautioned statement, they were offered RM50,000 to RM100,000 to dispose of Altantuya. If this is true, who made the offer?
Other questions float in limbo like ghosts whose souls have not been put to rest. How did these two men get their hands on the C4 explosive used to blow Altantuya’s body to smithereens? It’s something that is difficult to procure. Did they have help from certain quarters?
Bala had said that he wanted to reveal what he knew about matters related to the murder in order to bring justice to Altantuya and the two convicted men. But now he is unable to testify in court.
He did, however, manage to come home from exile to publicly announce that he stood by his first statutory declaration (SD) in which he implicated Prime Minister Najib Razak – if only in the sense that the latter knew Altantuya and had had a sexual relationship with her, and that he might have influenced the attorney-general on the handling of the murder trial.

Jangan Ketawa : Dr M cadang edar buku Rosmah ke sekolah...!!


 
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan agar buku biografi Datin Seri Rosmah Mansor diedarkan ke sekolah sebagai pedoman generasi akan datang.

NONE"Saya selalu katakan bahawa pemimpin kira patut menulis mengenai pengalaman dan pemerhatian mereka.
"Ini adalah buku yang baik untuk dijadikan pedoman generasi baru 100 atau 200 tahun akan datang," katanya ketika melancarkan buku setebal 180 halaman itu di Kuala Lumpur hari ini.

Penerbit buku itu, Yayasan Amanah PerdanaYayasan Amanah Perdana, mempromosi buku itu sebagai penerbitan untuk membendung "penipuan dan cemburu" mengenai Rosmah.

Mahathir berkata beliau bersimpati dengan Rosmah kerana beliau juga menjadi sasaran penipuan dan serangan sebelum ini.

"Saya terbitkan memoir dan menulis perkara yang benar mengenai masa saya menjadi pemimpin. Namun, orang masih menipu mengenai saya," katanya.

Rosmah nafi kaitan dengan Altantuya dalam biografinya

KUALA LUMPUR, 19 Mac — Datin Seri Rosmah Mansor menafikan sebarang penglibatan dalam pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006, dalam biografinya yang dilancarkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
Dalam biografi setebal 180 muka surat itu, isteri perdana menteri berkata beliau menghadiri sesi berbuka puasa bersama Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam di Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2006, pada hari Altantuya dibunuh.
"Saya berada di bangunan Tabung Haji dari petang hingga tengah malam.
"Ada ramai saksi di sana," katanya di muka surat 140 dalam biografinya yang dijual dengan harga RM150.

MAHATHIR YANG LULUS "PROJEK I.C" - HASSNAR EBRAHIM (BEKAS PEGAWAI DAERAH SANDAKAN)

IC Project : Hassnar Ic Giveaways Since 1981

LAHAD DATU : SIAPA PENGKHIANAT SEBENAR? PENDEDAHAN ISU LAHAD DATU DAN PROJEK I.C MAHATHIR

Bongkar : Puluhan ribu risalah fitnah Pakatan sedia diedar di Perak

PAS dedah salah guna kuasa dalam KUISAS

PENDEDAHAN EKSKLUSIF : PENGLIBATAN KORUPSI KELUARGA TAIB MAHMUD MENJUAL TANAH RAKYAT SARAWAK

Explosive video reveals licence abuses by Taib family

Lahad Datu Serlah Najib Dan Kabinet Gagal Pertahankan Kedaulatan Negara

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Datuk Seri Najib Razak hilang kelayakan sebagai Perdana Menteri apabila gagal mengambil pendekatan segera berhubung konflik pencerobohan di Lahad Datu.
Justeru, baginya Najib tidak layak bertanding pada Pilihan raya Umum ke-13 nanti kerana tiada keyakinan untuk membuat keputusan dalam konflik tersebut.

"Isu Lahad Datu, saya melihat kegagalan Najib sebagai Perdana Menteri untuk mengambil langkah dan tindakan segera, malah beliau tidak melihat perkara tersebut sebagai suatu yang serius apabila menyerahkan segala tanggungjawab kepada orang lain," jelasnya kepada Harakahdaily.

Mahfuz turut menyifatkan tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk membentangkan kertas putih sebagai sudah terlambat.

"Untuk membentang kertas putih itu sudah terlambat, ia sepatutnya dilakukan dari awal pencerobohan lagi.

"Perkara ini sudah lama berlaku dan telah ramai anggota keselamatan terkorban, rakyat pun sudah lama menanti dan juga ingin mengetahui tetapi rakyat kecewa apabila tiada penjelasan dilakukan sebelum ini," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Perang Gerila : Arahan Kiram perlu dipandang serius

SHAH ALAM – Jamalul Kiram III yang mengarahkan pengikutnya yang masih bertahan di Sabah untuk melancarkan perang gerila perlu dipandang serius.

Bekas Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Mohamad Said berkata, arahan tersebut tidak mengejutkan kerana ia pasti dibuat selepas gagal dalam gerakan menuntut Sabah.

Menurutnya, mereka tiada jalan lain, maka sudah tentu Jamalul mengarahkan pengikut dan penyokong beliau di Filipina dan Sabah beralih kepada perang gerila.

“Jika berlaku demikian, maka masalah ancaman gerila dan keselamatan berpanjangan di Sabah. Pasukan keselamatan perlu menghapus mereka.

“Kerajaan perlu mendapat kerjasama kerajaan Filipina supaya mengharamkan Kesultanan Sulu dan mengekang pergerakan militan ke Sabah,” katanya.

Kelmarin, melalui laporan media Filipina, philstar.com, Kiram mengarahkan pengikutnya melancarkan perang gerila kerana kononnya menganggap mereka sudah berada di tanah air sendiri iaitu Sabah.

Zaini berkata, rakyat Sabah diingatkan perlu  bantu pasukan keselamatan dan kerajaan dalam menghadapi tentera militan Kiram.

Beliau berkata, kerajaan juga perlu menguatkan pertahanan di persisiran pantai dan laut di Sabah.

“Mungkin juga perlu diwujud pasukan kawalan kampung yang bersenjata untuk bantu pasukan keselamatan.

“Rakyat mesti bersatu dan tunjuk kecintaan kepada negara,” katanya.

PAO chief seeks bail, new probe for 38 Kiram men

By


PAO chief Persida Acosta
MANILA, Philippines—The Public Attorney’s Office (PAO) on Tuesday asked the Tawi-Tawi Regional Trial Court Branch 5 to allow the 38 alleged members of the Royal Sultanate Forces (RSF) to post bail on charges of inciting to war, among others.
PAO Chief Persida Rueda-Acosta, in a text message, told reporters that they are currently in Tawi-Tawi to file the motion.
Aside from posting bail, they also asked the court to order the Department of Justice to conduct a reinvestigation of the case.
The 38 has been charged with violation of Article 118 of the Revised Penal Code for Inciting to War or giving motives for reprisals, Illegal Possession of Firearms and violation of the election gun ban.
The 38 are currently detained at a naval facility in Tawi-Tawi.

PNoy compares Sabah crisis to Marcos' Jabidah

CORREGIDOR ISLAND- President Benigno Aquino sees a repeat of history in the current conflict in Sabah, comparing the Marcos plan to destabilize and invade Sabah with the armed attempt of the Sulu sultanate to stake its claim on the territory.
In his speech during the commemoration of the 45th anniversary of the Jabidah massacre on Monday, Aquino said that those behind the latest attempt to occupy Sabah are using Moro lives to advance self-interest while the plotters are living comfortable lives.
He also cited its effect on the livelihood of Filipinos in Sabah.
"May nagsusubo pa rin sa kanila sa panganib, ipinapain ang kanilang kaligtasan, habang ang mga pasimuno naman ay kumportableng nanonood mula sa malayo," he said.

Kedaulatan Negara Digadai : Puluhan ribu IC biru diberi untuk orang Sulu ....UMNO@BN Pengkhianat Besar...!!!

KUALA LUMPUR 19 MAC: Bekas Ketua Daerah Sandakan, Hassnar Ebrahim mengakui menandatangani puluhan ribu borang kosong bagi membolehkan pendaftaran kad pengenalan biru (IC).
Beliau menandatangani borang kosong HNR3 iaitu dokumen untuk pengesahan kelahiran bagi membolehkan seseorang mendapat kad pengenalan, tanpa mengetahui nama dan butiran yang akan diisi.
Hassnar (tengah) dalam forum pendedahan malam tadi.
Hassnar (tengah) dalam forum pendedahan malam tadi.

Kad Pengenalan Sabah ‘projek Mahathir’ - Hassnar


KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Daerah Sandakan, Hassnar Ebrahim secara tegas mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai dalang projek kad pengenalan (IC) Sabah.

Beliau berkata, Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Megat Junid Megat Ayob sendiri mengakui Tun Mahathir meluluskan projek tersebut dengan alasan untuk 'mengimbangi penduduk perbezaan bangsa dan agama di Sabah.

Akibatnya kata Hassnar, seramai 130,000 pendatang tanpa izin diberikan kad pengenalan pada tahun 1985.

Bercakap pada Forum Mahkamah Rakyat: Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar? di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam tadi, Hassnar juga berkata, beliau terlibat dalam menandatangani dokumen untuk pemberian IC kepada pendatang asing tanpa disedari.

"Walaupun saya sudah berusia 62 tahun, tapi saya masih kuat, segak dan saya belum nyanyuk. Megat Junid sendiri beritahu saya projek IC diluluskan oleh Mahathir.

Pengkhianat Negara : Bekas DO dakwa Mahathir lulus 'Projek IC'

Seorang bekas pegawai daerah Sandakan, Hassnar Ebrahim mengakui terlibat dalam 'Projek IC' di Sabah pada tahun 1980-an dan mendakwa mengetahui bahawa skim tersebut diluluskan oleh perdana menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hassnar, berkata beliau menyertai satu “mesyuarat rahsia” pada tahun 1980-an, di mana Timblan Menteri Dalam Negeri pada masa itu, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub “secara terbuka mengakui penglibatan Mahathir”.

Sejumlah 15 orang pegawai menghadiri mesyuarat tersebut, dakwanya, termasuk “tiga orang anggota pasukan polis, termasuk wakil daripada jabatan imigresen dan jabatan pendaftaran negara”, katanya.

Hassnar, 62, berkata demikian pada malam tadi dalam satu forum mengenai pencerobohan kumpulan Suluk di Lahad Datu, Sabah.

Acara berkenaan dianjurkan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.

Cara S'wak elak cukai, syarat pegangan saham

Bukan sahaja penyalahgunaan lesen pembalakan oleh keluarga dan rakan niaga ketua menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, modus operandi haram mereka untuk mengelak daripada cukai dan syarat supaya 51 peratus daripada saham terdiri daripada pegangan tempatan turut didedahkan.

Satu siasatan penyamaran yang dijalankan Global Witness, sebuah NGO berpengkalan di London yang menyiasat dan berkempen menentang pencabulan hak asasi dan dalam sekitar, merakam video secara rahsia – menunjukkan dua orang sepupu Taib serta peguamnya yang menjelaskan mekanisme tersebut.

Dengan menyamar sebagai "pelabur asing" yang berminat untuk membeli tanah untuk tanaman kelapa sawit, penyiasat yang dihantar oleh Global Witness itu mengunjungi satu badan kerajaan negeri yang bertanggungjawab menangani pelaburan asing dan terus dirujuk kepada anggota keluarga Taib yang tertentu.

Anggota keluarga ini berhasrat untuk menjual syarikat mereka yang diberikan lesen oleh Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Sarawak – diketuai Taib – untuk menebang balak dan membersihkan tanah untuk perladangan.

Salah satu syarikat tersebut ialah Ample Agro Sdn Bhd, yang mana enam pemegang sahamnya ialah para sepupu Taib dan kesemua anak perempuan kepada bekas ketua menteri Sarawak, Tun Abdul Rahman Ya'akub (kiri).

Individu berkenaan termasuk MP Tanjung Manis Datuk Norah Abdul Rahman serta Khadijah, yang juga merupakan ipar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Enam beradik tersebut mengawal syarikat RM2 tersebut melalui satu syarikat pegangan dinamakan Sateras Holdings Sdn Bhd.

TUKAR Kelantan..?

Video dakwa dedah ketua menteri Sarawak, saudara mara terlibat seleweng tanah

KUALA LUMPUR, 19 Mac — Kumpulan aktivis antarabangsa hari ini menunjukkan bukti video yang didakwa sebagai penyelewengan tanah di Sarawak melibatkan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya, yang klip videonya disiarkan di siaran berita Al-Jazeera jam 10 pagi tadi. Dalam penyiasatan yang dirahsiakan, Global Witness (GW) dalam video tersebut menyamar untuk berunding dengan sepupu Abdul Taib dan beberapa orang untuk mendapatkan ribuan hektar tanah hutan, yang didakwa aktivis yang berpengkalan di London itu sebagai pendedahan rasuah secara sistematik di negeri terbesar Malaysia itu.
“Filem tersebut membuktikan pertama kali apa yang kami syaki selama ini - satu golongan elit di sekeliling Ketua Menteri Taib menyalahgunakan secara sistematik sumber asli untuk kepentingan mereka,” kata Tom Picken, wakil di Global Witness dalam kenyataan yang diedarkan hari ini.
“Ini menunjukkan cara mereka lakukan dan bagaimana mereka mereka terlepas dari undang-undang.”
Dalam video tersebut, penyiasat GW itu menyamar menjadi pelabur luar, menunjukkan beberapa keratan video tentang perbualan dengan sepupu dan peguam Ketua Menteri Sarawak, untuk membeli tanah dengan keuntungan di mana akan menyebabkan orang asal di kawasan tersebut akan kehilangan tanah.
http://www.youtube.com/watch?v=_1RRNggnM6A

Dalam perbualan yang dirakamkan dengan Fatimah Abdul Rahman dan Norlia Abdul Rahman, yang merupakan anak kepada bekas ketua menteri Tan Sri Abdul Rahman Ya’akub dan sepupu kepada ketua menteri — memberitahu bagaimana perniagaan berjalan di Sarawak untuk memperkayakan golongan elit.

CSI Bhg 4 - Apa Itu Negara Islam? - Ustaz Wan Ji

CSI Bhg 3 - Apa Itu Negara Islam? - Ustaz Wan Ji

CSI Bhg 2 - Apa Itu Negara Islam? - Ustaz Wan Ji

Ustaz Mohd Amar | Kuliah Jumaat 15 Mac 2013

Islam Asing cuba dibawa ISMA - Dr Maza

Sidang Media Ops Daulat (19 Mac 2013, 10.40am)

ISMA ikut telunjuk Utusan? | Tuan Ibrahim

Anwar Ibrahim: UMNO Guna Isu Lahad Datu Bukan Sebagai Isu Keselamatan

Pakatan : 'Allow 21-day campaign period'

Inside Malaysia's Shadow State


Cukup-cukup sudah, kata Mahfuz kepada BN

PRU13: Hanya ‘ubah’ boleh banteras politik jijik


KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu menggesa agar rakyat bertindak untuk memurnikan budaya politik di Malaysia menjelang Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13).

“Sehingga ini nampaknya pihak penguasa masih terus menyalahgunakan kuasa sewenangnya,” ujar Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.

Tambahnya, tempoh pemerintahan sepatutnya sudah berakhir namun Perdana Menteri terus bertindak seolah-olah menjadi PM yang masih boleh mengguna peruntukan kerajaan dan mengumumkan perbelanjaan untuk meraih undi.

Malah, katanya PM dan timbalannya terus mengguna kedudukan mereka untuk berkempen agenda politik kepada kakitangan kerajaan dan premis agensi awam seperti di sekolah.

“ Teras berpendirian adalah tidak wajar politik negara ini dibiar berjalan seperti ini kerana antara isu yang terpenting perlu dijamin oleh rakyat ialah agar integriti penguasa akan terus dipantau dan dikawal oleh rakyat,” katanya lagi.