Ahad, 17 Mac 2013

Tanya Ust Azhar : Politik, tanggungjawab atau main-main?

JAWAPAN YANG TEPAT DAN JELAS UNTUK RAKYAT


Tolong jangan ketawa......KAH KAH KAH!

KAN DAH KENA MAIN...HA...HA..HA...!!!

BERANI BERI MANDAT BARU PADA PENGKHIANAT NEGARA...????


Rahsia Bakal Terbongkar.. ESOK..


SULTAN KIRAM III DAPAT 50SEN... NAJIB LAK YANG GELISAH

50 sen Duit Risikan Malaysia Hadapan Rumah Kiram

Gempar, seluruh filipina hari ni gempar apabila seorang budak menunjukan wang syiling 50sen yang baru milik Malaysia yang diberikan kepadanya dihadapan rumah Kiram.
Duit 50 sen itu diberi oleh seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta berwarna hitam dan mengambil gambar rumah Kiram dari Jarak Dekat.
Apakah Tentera Kiram III akan balas perbuatan ini pada Najib???

Transformasi Kroni Berjaya!


Konsesi tol 50-tahun RM1.55b dianugerahkan kepada AZRB tanpa sebarang tender dengan pinjaman mudah RM635juta.

Konsesi tol Lebuhraya Pantai Barat 60-tahun RM5.2b ditawarkan kepada Europlus secara rundingan terus. Kerajaan masih memberikan pinjaman mudah RM2.24b dan subsidi RM980j kepada syarikat tersebut.

Kerajaan BN cuba sedaya upaya untuk membantu kroni-kroni mereka mencapai keuntungan lumayan berbilion-bilion. Manakala rakyat jelata disuap bayaran BR1M RM500. Inilah dasar "Kroni Didahulukan" BN.

Kerajaan akan tumbang bila tiba ajalnya

KUALA TERENGGANU: Sesebuah kerajaan itu pasti berakhir apabila sampai masanya sebaliknya akidah Islam akan terus berkembang, kata Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib.

Berucap di Majlis Makan Malam Dana PRU-13 Parlimen Kuala Nerus kelmarin, beliau berkata, PAS yakin Islam yang diperjuangkan parti itu akan kekal.

"Setiap kerajaan itu ada tempoh masanya, ada ajalnya, sampai umur akan mati, walau pun dijaga dengan rapi, kerajaan ini sampai masanya akan jatuh, walau pun mereka mempertahankan dengan habis-habisan, habis tenaga, habis kekuatan, habis kewangan, apabila sampai masanya dia akan tumbang.

"Kita (PAS) yakin akan diberi kemenangan sebagaimana yang dijanjikan Allah dan Nabi (Muhammad SAW) telah mengingatkan kepada kita, Islam akan berkembang dimana sahaja adanya matahari dan bulan," katanya.

Lahad Datu: Gegar mahu laporan tepat untuk rakyat Sabah

KUALA LUMPUR: Gabungan NGO Menuntut Hak Rakyat Sabah (Gegar) melancarkan Gerakan Pemantau Media yang akan menyelia perkembangan berita yang disampaikan oleh media tempatan mahupun antarabangsa mengenai isu pencerobohan Lahad Datu.

Menurut Pengerusi Gegar, Harieyadi Karmin, penubuhan gerakan ini bagi membolehkan rakyat Sabah membuat penilaian secara menyeluruh mengenai isu yang berlaku dan memastikan maklumat yang diterima adalah berasaskan sumber yang sahih dan bukan sekadar khabar angin.

Ini kerana katanya, Gegar mendapat maklumat berhubung tindakan pihak tertentu yang cuba mengapi-apikan sentimen perkauman di kalangan masyarakat Sabah, dipercayai untuk menimbulkan ketegangan antara kaum.

"Melihat kepada laporan media yang disiarkan oleh media tempatan dan antarabangsa, Gegar mendapati terdapat beberapa percanggahan fakta yang didedahkan.

Pergerakan Kapal Laut Indonesia Agak Luarbiasa di Perairan Nunukan..??

ADA laporan, bahawa pada masa ini, pergerakan kapal-kapal Tentera Laut Indonesia berdekatan dengan Nunukan, sungguh Luar Biasa.
Nunukan berdekatan dengan Pulau Sebatik kawasan Malaysia.
Sebelum ini, dilaporkan bahawa Jamalul Kiram III ada meminta bantuan daripada Indnesia, berkaitan dengan serangan pasukan keselamatan negara kita terhadap pengikutnya yang menceroboh Sabah pada pada 9 Februari lalu.
Tiada laporan yang boleh diperayai daripada pihak kita, berkaitan dengan pergerakan kapal-kapal tentera laut indonesia itu. Apa kah Indonesia juga terlibat menghalang penyusupan pengganas sulu, agar tidak lari ke kawasan mereka, kerana Filipina dan Malaysia meningkatkan kawalan laut, sejak 5 Mac lalu, agar pengganas Sulu tidak terlepas begitu sahaja.

Menteri Umno neh kaki blue rupanya [Saksikan bangangnya...]

Ahmad Maslan: Tonton sendiri video 'aksi songsang'

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan menafikan penglibatan Umno dalam video aksi songsang memaparkan individu yang didakwa mirip seorang tokoh politik dengan pasangan lelakinya di sebuah hotel.

Beliau berkata pembangkang sememangnya akan menyalahkan Umno berhubung video itu yang dimuat naik sebuah blog, rajagoyang360.blogspot.com. Dan kemudiannya turut dipaparkan di beberapa blog lain.

"Sebagaimana fikiran pembangkang segalanya kerja Umno termasuk insiden (pencerobohan pengganas Sulu di) Lahad Datu tetapi Umno tidak sehebat itu untuk mengatur segalanya.

"Tak kan orang dalam bilik pun kita yang mengatur, kita tak ada masa nak pasang kamera dalam bilik orang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Taklimat Penceramah Penerangan Negeri Melaka di Melaka, hari ini.

Mayat Pengganas Sulu 80 Peratus Selesai Dibebah Siasat - Hamza

LAHAD DATU: Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan Operasi Daulat telah selesai dibedah siasat.
"Sejumlah 80 peratus mayat telah selesai dibedah siasat, bakinya masih dalam proses," katanya dalam sidang media bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat, Mejar Jen. Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di Felda Sahabat 16, dekat sini, kira-kira 5.30 petang ini.
Hamza berkata mayat seorang pengganas yang ditembak mati pagi ini dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu, telah dikeluarkan.
Malaysia sebelum ini memberi tempoh tiga hari untuk Filipina menuntut mayat rakyatnya yang ditembak dalam Operasi Daulat setelah mereka menceroboh negara 12 Februari lepas.
Bagaimanapun sehingga tempoh itu berakhir hari ini, belum ada sebarang indikasi dari Manila berhubung tuntutan mayat-mayat tersebut.
Dalam pada itu Hamza tidak menolak kemungkinan ada pengganas yang melarikan diri ke Pulau Tambisan, kira-kira 100 kilometer dari Felda Sahabat kerana musuh memahami muka bumi kawasan pantai timur Sabah.

ADIK BERADIK SAMA.....!!!

https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/485956_348639918585749_1893707783_n.jpg

Lahad Datu: Saya Cuba Yakinkan Diri Saya Yang Ianya Bukan Sandiwara..... Masuk Bolos..Keluar pun Bolos...!!!!

Tapi malangnya terlalu banyak persoalan yang tidak terjawab dan..... 
Kalau ada jawapan dan kenyataan pun sering bercanggah
Pada aku kalau sandiwara, memang perancangnya adalah manusia gila!


Sandiwara Lahad Datu: Bukti semakin banyak dan nyata tragedi Lahad Datu perancangan jahat Umno BN
"Ikut media arus perdana, ada dua bot keluar dari perairan kita. Maknanya bolos dan hanya dicekup tentera laut Filipina. Jadi, Orang masuk pun bolos, orang keluar pun senang-senang sahaja.
bekas Panglima Angkatan Tentera Darat, Jen (B) Tan Sri Md Hashim Hussein
“Itu sebab saya kata, mungkin ada agenda tersembunyi yang kita tak tahu,” kata bekas Panglima Angkatan Tentera Darat, Jen (B) Tan Sri Md Hashim Hussein yang meminta lebih 5,000 hadirin menjawab sendiri persoalan itu, ketika berucap pada Jelajah Merdeka Rakyat di Bagan Serai, Perak malam kelmarin.
Beliau merujuk kenyataan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain yang mengesahkan Ketua Penceroboh Sulu, Azzumudie Kiram melarikan diri ke selatan Filipina 15 Mac lalu.
Hashim yang pernah berkhidmat di Sabah hairan berikutan berlaku pencerobohan di Lahad Datu yang disifatkannya tidak harus berlaku kerana sistem pertahanan negara berlapis-lapis hingga sukar ditembusi.

Polis gagalkan cubaan warga Nepal tunjuk perasaan di Muar

MUAR, 17 Mac — Polis Muar berjaya menggagalkan cubaan lebih 5,000 pekerja asing Nepal mengadakan tunjuk perasaan di tengah bandar ini tengah hari tadi setelah mereka mendapat maklumat awal berkaitan perkara itu.
Ketua Polis Daerah Muar ACP Mohd Nasir Ramli berkata kejayaan itu berikutan kecekapan polis yang berjaya mencegah mereka berkumpul sejak awal pagi di depan sebuah pasar raya di Jalan Ali di sini.
“Kita telah menahan 106 orang, termasuk mereka yang dipercayai dalang yang merancang perhimpunan itu, untuk disoal siasat sehingga 1 petang ini,” katanya kepada pemberita pada majlis penerangan khas anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) negeri Johor di Kuarters Polis Diraja Malaysia Kampung Kelantan hari ini.
Beliau berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan rancangan pekerja asing itu untuk mengadakan tunjuk perasaan di kawasan tumpuan ramai pada kira-kira 11 pagi sebagai membantah kegagalan majikan membayar mereka mengikut skim gaji minimum yang diputuskan kerajaan.
Sehubungan itu, Mohd Nasir berkata beliau mengarahkan anggota polis menjalankan rondaan di bandar ini dan melakukan pemeriksaan ke atas warga Nepal yang disyaki mahu berkumpul di kawasan berkenaan.
“Kita telah menahan sebahagian daripada mereka, termasuk yang didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan sah, untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kekejaman menimpa Rakyat Sarawak yang tidak pernah diSIARkan.


Anwar: 'Asyik guna isu sama untuk jatuhkan saya'

REMBAU – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal pihak lawan masih tidak jemu menggunakan isu sama untuk memburukkan peribadinya di mata masyarakat berikutan penyebaran gambar kontroversi terbaru yang dikatakan mirip wajahnya.

“Dulu perut buncit, tapi sekarang tak (dalam gambar kontroversi terbaru). Pihak lawan asyik guna isu ini untuk jatuhkan saya," katanya.

Bagaimanapun, beliau yakin akan terus dapat sokongan pengikutnya walaupun dilanda pelbagai kontroversi menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Saya yakin, mereka yang tidak putus-putus mendoakan serta bersolat hajat untuk membebaskan saya pada suatu masa dahulu dalam isu yang sama, akan terus berdiri teguh bersama saya," katanya sempena Program Jelajah Rakyat di Kampung Pedas Tengah, di sini, malam tadi.

ISMA Gerakan Islam 80-an - Dr MAZA

Aquino: Sabah claimants put Filipinos in harm’s way

By ,


BAGUIO CITY, Philippines—President Aquino pitched for peace in resolving the Sabah conflict on Sunday, saying his administration prefers to talk things out.
Criticized for not doing enough to resolve the Sabah conflict, Aquino told the 124 new graduates of Philippine Military Academy here that “earnest dialogue is more effective, more productive, and more beneficial to all, as opposed to pointing weapons at each other.”
“Forbearance and reason are not equivalent to cowardice. On the contrary, these are the measures of true courage and resolve,” he said.
Aquino stressed that the people who provoked the crisis had put about 800,000 Filipinos working and living in Sabah in harm’s way.
He had previously assailed the leaders of the Sultanate of Sulu when their followers’ attempt to assert the sultanate’s claim over Sabah provoked Malaysian authorities to hunt them down, killing more than 60 fighters.
On Sunday, the President told the PMA graduates that true leadership demanded that he should weigh his decisions in favor of Filipinos who were put in harm’s way instead of protecting the Sabah claim that, he said, was “forcefully asserted by the Sultanate of Sulu, no matter how legitimate.”

Perang Siber Ialah Satu Jenayah - MKN

PETALING JAYA: Mencetuskan perang siber, sekalipun di buat atas nama Malaysia, ia tetap dikira satu jenayah.
Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata Malaysia mengharamkan serangan siber dan sesiapa yang ditangkap melakukan perkara sedemikian, akan dihukum.
"Di Malaysia, penggodam siber ialah satu kesalahan jenayah dan ia undang-undang negara, tanpa mengira sama ada ia dilakukan oleh warganegara mahupun rakyat asing," katanya.
Mohamad berkata demikian ketika merujuk kepada perang siber tiga hari antara penggodam Filipina dan Malaysia dari 1 hingga 4 Mac lalu.
Penggodam Malaysia terlebih dahulu menyerang laman web kerajaan Filipina, syarikat swasta beberapa jam selepas pengganas bersenjata Sulu mula bertempur dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo di Lahad Datu.
Penggodam Filipina membalas serangan berkenaan, dengan melakukan serangan yang sama ke atas laman web kerajaan dan syarikat swasta di negara ini.

FORGET IT, Perakians still won't accept you as MB: Zambry's humble beginnings

FORGET IT, Perakians still won't accept you as MB: Zambry's humble beginningsGRASSROOTS-BASED: When we arrive at 10pm on Tuesday, it is plain -- and certainly unnerving -- to see that security at Perak Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir's official residence in Ipoh is virtually non-existent. There is a function at the hall inside the compound, after which the affable Zambry gives us an hour of his time. After us, he has more meetings lasting right into the wee hours. Sleep-starved though he may be, Zambry remains alert as he speaks to Rashid Yusof, Yushaimi Yahaya and Audrey Dermawan
Question: Malaysians have little knowledge of the kind of routine, lifestyle, timetable, difficulties and hardship a politician like you, as menteri besar, goes through daily. Do you get enough sleep every day?
Answer: Ah! By normal standards, no.
Question: Why is that so?
Answer: Because (chuckle) many things have to be done and I have to attend a series of meetings. There is a lot of work and a number of activities to be carried out. A lot of thought must be given to the meetings and series of ceramah and so on. So, normally, I don't go to bed before midnight. It is normally after 2am or 3am. It all depends. Like tonight, it's going to be 3am (after the interview with the New Sunday Times that went past midnight, Zambry had to chair another meeting). So, normally, I sleep for four hours, which is enough for me.
Question: So, you will be up early and by then, people are already lining up to talk to you?
Answer: Very early.

MB Terengganu: Ambil tindakan imam jadi penceramah Pakatan

KEMAMAN - Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said mengarahkan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana imam di bawahnya yang menjadi penceramah kepada parti pembangkang.
  
Beliau berkata, perbuatan itu tidak sepatutnya berlaku kerana imam terbabit bertugas dengan kerajaan dan sepatutnya mengikut dasar kerajaan negeri.
  
Sehubungan itu, beliau akan mendapatkan laporan daripada Maidam berkaitan dakwaan terdapat sesetengah imam berceramah bagi pihak pembangkang.
  
"Kita harap Maidam dapat ambil tindakan kepada imam yang terlibat kerana mereka ini tidak seharusnya melibatkan diri dengan mana-mana parti politik.
  
"Imam yang bekerja dan mendapat gaji daripada kerajaan, dan pada masa yang sama menentang kerajaan dengan berceramah di pihak pembangkang, adalah satu perbuatan yang keterlaluan," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Kijal hari ini.

MALAYSIA DALAM KRISIS METAMETIK....!!!!!

Malaysia DALAM KRISIS kerana memerlukan cikgu2 dan pensyarah metametik dari luar negara kerana PEMIMPIN dan MEDIA aliran BN sangatlah gagal dalam ilmu kira2

Saya mahu ajak masyarakat buat perubahan - Yasin


KUALA LUMPUR: Bukan mudah bagi seseorang untuk meninggalkan segala kesenangan, lebih-lebih lagi bagi seorang artis yang penuh dengan kehidupan serba glamor.

Malah, terlalu banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan apabila seseorang artis itu memilih jalan yang berbeza dari rakan-rakannya.

Bagi penyanyi kumpulan Brothers dan komposer terkenal, Yasin Sulaiman (gambar), beliau telah lima tahun merasai 'kehilangan' dari dunia arus perdana.

"Walaupun tidaklah disenaraihitam, tapi saya dapat merasakan sudah agak kurang di media perdana. Namun, saya percaya rezeki ada di mana-mana," ungkap beliau ketika ditemui di Malam Seni untuk Perubahan, di Kelab Sultan Sulaiman, malam tadi.

Beliau yang membuat kemunculan sulung ketika di Konvensyen Pakatan Rakyat, bulan lalu menceritakan tentang dirinya yang sudah lama menyokong dan mendokong perjuangan Pakatan Rakyat.

Cuma, baru-baru ini sahaja beliau menyertai PKR secara rasmi, dalam usaha menyampaikan mesej yang lebih bermanfaat kepada peminat seni tanah air.

Bagaimanapun, beliau mengakui tidak berminat menjadi wakil rakyat, sebaliknya lebih senang menyampaikan mesej dengan nyanyian bagi mengajak rakyat membuat perubahan, terutamanya rakan-rakan artis.

Video lucah : Selagi UMNO wujud dibumi Malaysia....

Selagi Umno masih wujud, penyalahgunaan kuasa dan penipuan akan terus berlaku,  amalan rasuah akan terus subur,   fitnah dan pembikinan video seks tak boleh berhenti, ia tetap muncul apabila tiba musim!   Terbaru satu lagi video lucah dan jijik mengaitkan DS Anwar dikeluarkan oleh “Umporno film production”.  Kita biarkan lah Umno enjoy dengan drama-drama keluarannya, biarlah mereka syok sendiri !!  Diharap sama-samalah kita mengabaikannya ,, jangan peduli, jangan layan – membuang masa je !! 

Kita sebagai rakyat Malaysia yang berhati bersih, perihatin dan bertanggung jawab, cintakan kebenaran dan keadilan, mari kita istiqamah dalam perjuangan membentuk sebuah Negara yang bersih dan maju – Malaysia Baru !! Kepada Umporno Film Productions !  Sila perbanyakkan lagi filem-filem lucah kalian, perhebatkan lagi aksi-aksinya, agar menduduki rangking tertinggi. Kah,kah! kah!!, semakin tinggi terbang helang, semakin jauh ia dari bumi -  rahimothman

GE-13: It’s Santa Claus Politics


SantaAs Election 2013 fever spurs Malaysian politicians from both sides to serve up expensive sweets to boost their bid, a Singapore paper reminded voters today that they would be the ones to pick up the tab.
“The intense fight for votes has led both the administration of Prime Minister Najib Razak and the Opposition Pakatan Rakyat to promise more and more populist measures.
“You could call it Santa Claus politics,” Reme Ahmad, Assistant Foreign News Editor in the widely-read Straits Times, wrote in an opinion piece for the paper’s Sunday edition.
He noted that Najib who leads the ruling Barisan Nasional (BN) has been dishing out more cash “gifts” to offset rising living costs that are the main concerns of a significant 40 per cent of the 13.3 million voters struggling with bread-and-butter issues; and signal there may be more to come if the coalition maintains power.
Among the billions of ringgit worth of sweeteners he listed were the second round of RM500 cash aid for each household, RM200 smartphone rebates for the hundreds of thousands of youths, the RM250 student book vouchers and just last week, pay hikes for the country’s 230,000 policemen and soldiers who are seen to form a core deposit in the coalition’s vote bank.

Najib's Seven Sins ... but there are MORE

Najib's Seven Sins ... but there are MORE
Malaysian Prime Minister Najib Razak has claimed that the Opposition is guilty of Seven Sins. (click to read Opposition committed 7 big sins - Najib)
What about Najib’s Seven Sins?
Here’s the List:

(1) getting rid of his first wife in a disgraceful and humiliating way. Even his mother was upset over it;

(2) committing khalwat (close proximity) and worse in Port Dickson with you know who;

(3) not supporting Tengku Razaleigh during the 1987 Umno presidential elections after having given his solemn word;

(4) creating a situation which implicated him with the Scorpene submarine deal;

(5) creating a situation which implicated him in the killing of Altantuya;

(6) telling lawyer Cecil Abraham to prepare a 2nd Statutory Declaration for Bala to sign in contradiction of his earlier SD;

(7) continuing to carry out as if he was the Prime Minister from 8 Mar, 2013 when the five year term of the BN Government ended on 7 Mar, 2013.

Actually, this List could be longer but Seven would suffice for the moment to match the List drawn up by Najib.

Kit Siang: DAP bertanding di Gelang Patah, Bentong

Selepas pergeseran selama berbulan-bulan, PKR akhirnya bersetuju untuk membenarkan DAP bertanding di kerusi Bentong, Pahang dan Gelang Patah di Johor.
Penasihat DAP Lim Kit Siang mengumumkan perkara itu dalam satu majlis di Batu Pahat petang ini.

"Kami mencapai persetujuan dalam satu pertemuan di antara saya, (ketua umum PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin tertinggi DAP dan PKR lain Isnin lalu," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan calon yang akan bertanding di kedua-dua kerusi berkenaan.

"Jelas bahawa ini bukan satu persoalan mengenai mana-mana individu atau parti politik, tapi sama ada Pakatan Rakyat akan membawa perubahan dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

Kedua-dua parti berkenaan berebut untuk mendapatkan kerusi Gelang Patah sejak Februari lalu.

Dengan jumlah pengundi lebih 100,000 orang, ia merupakan kawasan parlimen yang paling besar.

Ia mengandungi dua kerusi DUN – Skudai dan Nusajaya. Kerusi Skudai diwakili Datuk Abdul Aziz Sapian dari Umno.

HKR 403 J : Jawab UMNO!

Tujuh Projek dan Tujuh Dosa Besar dan Hujan Ribut

Najib Razak telah menghuraikan tujuh dosa besar yang dilakukan Pakatan Rakyat  khasnya PAS di negeri Kelantan.

Dosa-dosa besar itu ialah;
1. Membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam,
2. Gagal menunaikan janji kepada rakyat Kelantan,
3. Membenarkan pemimpin DAP secara rakuas membotakkan kawasan tanah di Lojing,
4. Mempermainkan matlamat perjuangan Islam PAS.
5. Dakwaan Tian Chua yang mempertikaikan isu Lahad Datu dan,
6. Mengadakan tahalusiasy dengan PKR dan DAP .

Tidak jelas apakah satu lagi dosa besar yang ketujuh?

Bila Najib mengketogorikan perkara-perkara itu sebagai dosa besar, menggunakan konotasi agama ia nampak besar dan seolah-olah PAS berada dalam keadaan kufur, munafik sehinggakan boleh terjerumus ke neraka. Aduh sayang...cik Minah bulu ketiak panjang enaknya.

Dapat Cash : " Ribut melanda sewaktu Najib memfitnah 7 dosa "


Nik Aziz: Mereka belum puas 'cincang' Anwar

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata gambar kontroversi mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim yang giat diedarkan di kalangan blog penyokong Umno merupakan cubaan untuk menyerang peribadi dan mengaibkan ketua pembangkang itu.

"Mereka belum puas cincang Anwar. Kita orang politik ini sepatutnya kena lawan hujah bukan peribadi," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Akhbar yang sama turut menampilkan ulasan Ketua Wanita PKR Selangor, Haniza Talha yang menyifatkan gambar itu sebagai taktik yang diketahui umum kerana kerap digunakan menjelang pilihan raya.

"Ia sudah jadi tidak relevan lagi. Biar mereka (individu tidak bertanggung jawab) buat selalu (perkara begini). Kelak rakyat sendiri akan jemu dan menolak mereka.

Najib 'meniru' untuk kaburi mata rakyat - TG Nik Aziz

SHAH ALAM: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyebut soal dosa pahala sebagai meniru untuk mengaburi mata rakyat.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, sebutan berkait dosa pahala sinonim dengan perjuangan Islam tetapi agak kontra jika ia disebut oleh parti yang mempejuangkan kebangsaan.

Oleh itu, beliau tidak menolak kemungkinan kenyataan itu dibuat Najib hanya untuk menampakkan imej Islam pada perjuangan kebangsaan.

"Ini kita sebut tiru jenama. Kalau dalam korporat bila tiru jenama boleh bawa ke mahkamah. Bila tiru, maknanya barang ni adalah palsu.

"Dosa pahala ini sebutan Islam. Dalam kebangsaan tidak ada dosa pahala, tidak ada syurga neraka. Bila kebangsaan sebut dosa pahala, dia meniru untuk mengelirukan rakyat,' katanya ketika sidang media selepas merasmikan Ekspo Kelantan 2013 di pekarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini malam tadi.

Samseng Politik : Ceramah Tian Chua terus diganggu


 
Ceramah naib presiden PKR Tian Chua terus diganggu – kali ini oleh sekumpulan 100 orang pemuda yang berhimpun di Lunas, Kedah dalam satu kejadian pada malam tadi.
Pemuda berkenaan berhimpun di hadapan pusat operasi BN Batu Enam di kawasan tersebut dan menghamburkan kata-kata kesat kepada Chua apabila tiba di kawasan tersebut pada kira-kira jam 11 pagi.

lunas tian chua ceramah 170313Banyak di antaranya merupakan pemuda berpakaian merah dengan tulisan "Himpun" di bahagian depan baju mereka.

Sejumlah besar anggota polis dan pasukan keselamatan PAS memastikan pengacau terbabit tidak mendekati kawasan ceramah.

Kumpulan itu juga beredar kira-kira 15 minit selepas Chua mula berucap kepada kira-kira 300 orang yang hadir.

Pusat operasi BN juga ditutup tidak lama selepas itu.

Kumpulan itu bertindak lebih aman berbanding gerombolan yang menyerang kenderaan Chua dalam satu kejadian pada malam sebelum itu.

Artis & Ahli Politik Bersama Ustaz Azhar Idrus - Kelab Sultan Sulaiman - Part 3

Wajib Tonton : Hikayat Cerita Bohong (v)

Penyanyi FTG sertai PAS, isytihar sokong perjuangan Reformasi

FTGKUALA LUMPUR 17 MAC: Penyanyi FTG, sebuah kumpulan thrash metal tempatan, Tajul mengisytihar menyertai PAS pada program ‘Malam Seni Untuk Perubahan’ di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi.
Tajul atau nama sebenarnya Tajul Isni Akbar menyerahkan borang kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dengan disaksikan hampir 5,000 hadirin.
Bercakap kepada Keadilan Daily, beliau mengakui menyokong gerakan Reformasi sejak 1998 dan berpendapat tahun ini paling sesuai untuk menyatakan sokongan secara terbuka.
“Saya tak kisah apa orang hendak kata. Kalau dengar lagu FTG, ia mengenai perjuangan menuntut keadilan dan kritikan sosial,” katanya yang menerbitkan 12 album bersama FTG.
FTG atau Freedom That Gone (Kebebasan Yang Hilang) bergerak secara underground dan pernah melakukan ratusan konsert di seluruh negara dan popular dengan lagu ‘Malaysia Maju’.

Azhar Idrus: Demo tidak haram jika ikut syarak


Penceramah popular Azhar Idrus berpendapat, demonstrasi bukan satu perbuatan yang haram sekiranya dilakukan mengikut hukum syarak dan Islam hanya menolak demonstrasi yang mendatangkan kemudaratan.
Begitu juga hukum untuk menghasut, yang menurutnya bukan satu perkara yang salah sekiranya dibuat untuk tujuan kebaikan.

"(Demonstrasi) bersyarat, harus bukan bertujuan nak buat kacau, tidak bertujuan untuk menghancurkan sesebuah negara, bukan tujuan untuk memporak-perandakan sistem ekonomi, tidak bertujuan gugatkan keselamatan negara dan hanya untuk tujuan berarak sahaja, maka hukumnya tidak ada seorang ulama pun yang mengatakan haram.

"Sebab itulah, bila ada demonstarsi biarlah dia berdemonstrasi. Ingat, yang (buat) demonstrasi tidak bebas. Kamu terikat dengan hukum syarak,” katanya ketika diajukan soalan oleh aktivis politik Hishamuddin Rais dalam wacana Malam Seni Untuk Perubahan di Kampung Baru malam tadi.

Politik Santa Claus warnai pilihan raya Malaysia, kata akhbar Singapura

KUALA LUMPUR, 17 Mac — Demam Pilihan Raya 2013 mendorong ahli politik Malaysia daripada kedua-dua belah pihak menaburkan gula-gula untuk mencerahkan peluang mereka, lapor akhbar Singapura sambil mengingatkan bahawa bukan pengundi penentu pilihan raya tetapi sebaliknya mereka yang akhirnya terpaksa bayar untuk gula-gula kerajaan.
“Pertarungan sengit untuk meraih undi mendorong pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pembangkang PR menjanjikan lebih banyak langkah yang populis.
“Anda boleh gelarkannya politik Santa Claus,” tulis Reme Ahmad penolong pengarang berita luar dalam akhbar Straits Times dalam laman pendapat untuk edisi hari Ahad.

Betina ini dalang FITNAH LIWAT 3

Setelah menjalankan siasatan terperinci, dan keputusan siasatan jelas menunjukan dalang pelaku fitnah liwat edisi 3. Dato Seri Anwar Ibrahim adalah cybertroper wanita UMNO.. beliaulah yang bertanggungjawap dalam menyebarkan fitnah terkini bagi pihak Umno, untuk memburuk-burukan reputasi bakal Perdana Menteri Malaysia,

Sedikit berkenaan Isu Fitnah Liwat 3 rujuk sini LINK

Inilah wajah sebenar cybertroper Umno tersebut, beliau juga mendakwa mempunyai/menyimpan VIDEO tersebut, beliau juga mengetahui dimana, ia dirakamkan, dan siapa yang terlibat dalam merakam video fitnah tersebut, dengan itu, kami mendesak pihak yang bertanggungjawap menyiasat berlandaskan Undang-undang sedia ada. Demi keadilan kepada semua, termasuk juga kepada yang bertanggungjawap menyebarkan fitnah tersebut

Fitnah III: Amalan politik jijik desparado Umno ditolak rakyat

JINGGA 13 mengutuk tindakan despardo UMNO yang dilihat semakin kotor dan jijik, yang ternyata mendalangi fitnah terbaru terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang PRU 13 terhadap penyebaran gambar-gambar lucah oleh blogger dan cybertrooper UMNO dalam media sosial.
jingKalau dulu Dato T menghidangkan susuk tubuh yang gempal dan buncit bermirip Datuk Seri Anwar kali ini dengan gambar yang lebih muda dan tegap berbanding keadaan usia sebenar Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah membuktikan gambar-gambar tersebut ternyata adalah merupakan fitnah.
Pihak polis sewajarnya mengambil tindakan tegas dan serius terhadap mereka yang terlibat dalam penyebaran gambar-gambar lucah ke muka pengadilan dan bukan bersikap dwi standard.
Keyakinan bahawa tindakan para blogger dan cybertrooper UMNO sehingga berani bertindak sedemikian bagi tujuan menjatuh dan mengaibkan kredebiliti Datuk Seri Anwar Ibrahim didalangi oleh pimpinan tertinggi UMNO yang sudah bankrup moral dan integriti serta ketakutan amat sangat untuk berdepan dengan PRU 13 yang sehingga sekarang Datuk Seri Najib Razak tidak berani membubarkan parlimen.

PNoy tells PMA grads- Kiram men, conspirators selfish


PNoy to PMA grads: Don’t emulate Kiram

BAGUIO CITY - President Benigno Aquino III challenged graduating cadets of the Philippine Military Academy class of 2013 to put common good above self-interest, asking them not to emulate the path taken by Sultan Jamalul Kiram III in asserting the claim over Sabah.
In his commencement address, Aquino rebuked those behind the action that led to a bloody conflict, supposedly disregarding its impact on the 800,000 Filipinos living and working in Sabah.
"Kayo ang lumagay sa lugar ko. Lehitimo man o hindi ang hinaing ng mga nagtungo doon, paano ito titimbangin sa harap ng buhay at kabuhayang malalagay sa peligro kung magsimula ang hidwaan?" Aquino said.

AMERICK TELLS OF HIS DILEMMA: Why I broke my promise to Cecil not to expose Najib

Whenever I have had to make a decision in the past, I have always been guided by a very simple principle enshrined in the phrase “do the right thing”.
Yesterday afternoon I lost my friend and my client.
P Balasubramaniam was probably the bravest man I have ever had the privilege of being acquainted with and it has been an honour serving him over the last 5 years.
I have spent the last 20 hours or so in complete mental torment because I have information I am obliged not to reveal.
The situation has now changed dramatically.
AMERICK TELLS OF HIS DILEMMA: Why I broke my promise to Cecil not to expose NajibI have tried applying the “do the right thing” principle to the situation I am now faced with but I find that this is diametrically opposed to what I thought I understood.
I am about to sacrifice my integrity and my honour, but I believe this must be done to preserve the integrity and the honour of those who are no longer here to defend themselves and because I think it is the right thing to do.
I am about to break an understanding I said I wouldn’t.
I am about to relinquish on a promise I solemnly made.
I am about to breach the sacrosanct confidentiality rule.
But I know this has to be done or I will not be able to live with myself.

Keluarga Jamalul Kiram Antara Ditahan Di Bawah Akta Kesalahan Keselamatan - Polis


LAHAD DATU, 17 Mac (Bernama) -- Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata anggota keluarga Jamalul Kiram antara 104 orang yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

"Mereka yang ditahan berada di sini dipercayai anggota keluarga (Jamalul) Kiram yang menggunakan nama lain...di sini mereka guna nama lain, di Filipina mereka guna nama lain. Ini kita sedang siasat," katanya dalam sidang media bersama Panglima Medan Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim di Felda Sahabat 16 di sini, hari ini.

Beliau berkata operasi membanteras pengganas tidak hanya tertumpu kepada keluarga Jamalul Kiram, yang didakwa dalang insiden pencerobohan di Sabah sejak 12 Feb lepas, kerana polis turut menjejaki kaum keluarga anggota militan lain yang dipercayai terlibat insiden pencerobohan itu.

PECAH BERITA! Video perbincangan macai UMNO serang pejabat PKR


Artis & Ahli Politik Bersama Ustaz Azhar Idrus - Kelab Sultan Sulaiman - Part 2

Fatwa Pujangga

Kita ada dengar Ustaz Najib razak membuat kenyataan politik  tentang 7 dosa besar pakatan rakyat. Saya ingatkan ada berita yang menggegarkan bumi dan alam dari Najib. Rupa2 nya tidak ada apa2 signifikens. Walaubagaimanapun, rakyat mesti bersyukur kerana ada PM yang maksum menyenaraikan dosa orang lain. Amin.
Kepada rakyat Kelantan khususnya dan rakyat Malaysia am nya, bagaimana agak nya kalau kita bandingkan kebersihan Najib dengan Nik Aziz?
Saya dapat dengar carutan para pembaca dan gelak hilai sebahagian dari mereka. Tentu mereka kata, Najib lebih bersih dari Nik Aziz. Hoho.
Bolehkah kita pautkan apa2 signifikens kepada orang yang tidak tahu memberi contoh mugallazah ini?  Sejak bila PM yang paling terpalit dengan pelbagai lumpur ini, memperolehi status maksum dan kemudian boleh pula naik saksi keatas orang lain?
Oh ya- saya lupa; ini dia pemimpin parti Melayu yang terbesar yang menyuruh orang Melayu menjadikan prinsip wasathiyah sebagai pedoman hidup mereka. Rakyat disuruh wasathiyah, pemimpin UMNO tak perlu wasathiyah kerana mereka dapat 30% sabsidi dari Tuhan. Yang demikian pemimpin UMNO boleh lakukan rasuah, penganiayaan, merompak khazanah rakyat, mencuri kekayaan negara. Pemimpin tak perlu ikut wasathiyah.

Lahad Datu: Seorang Lagi Lelaki Bersenjata Sulu Ditembak Mati

LAHAD DATU: Satu pertempuran bersenjata pada Ahad antara pasukan keselamatan dan saki-baki lelaki bersenjata Sulu mengejutkan suasana selepas beberapa hari reda dalam operasi Ops Daulat.
Pasukan keselamatan membunuh seorang lagi lelaki bersenjata pada kira-kira pukul 10.15 pagi diikuti pertempuran di Kg Tanjung Batu di sini, kata Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim.
Beliau berkata, mereka kini sedang memburu tiga lelaki bersenjata yang dilihat dalam operasi mopping bagi mengusir baki lelaki bersenjata di kawasan zon merah.
Tiada mangsa dilaporkan di kalangan pasukan keselamatan.
Pertempuran bersenjata terakhir berlaku pada Selasa apabila seorang tentera terbunuh dan seorang lagi cedera bersama-sama dengan tiga lelaki bersenjata yang ditembak mati berhampiran Sungai Nyamuk, tidak jauh dari Kg Tanjung Batu.