Sabtu, 9 Mac 2013

Op Daulat: Misi bersihkan militan di Kg Tanduo, Kg Tg Batu


LAHAD DATU - Pasukan keselamatan mara ke kawasan baru menghampiri kawasan penceroboh militan selatan Filipina bersembunyi di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu, kira-kira 120 kilometer dari sini.
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, fokus pasukan keselamatan kini adalah untuk membersihkan kawasan itu secara
besar-besaran.
Sabah diceroboh "Kami percaya saki-baki musuh itu sekarang ini berada di kedua-dua tempat (Kampung Tanduo dan Tanjung Batu) ini," katanya pada sidang akhbar bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.
Kawasan Felda Sahabat 16 adalah markas operasi pasukan keselamatan pada Operasi Daulat dan terletak kira-kira 20km dari Kampung Tanduo yang menjadi kubu penceroboh militan sejak 12 Februari lepas.
Sehingga kini pasukan keselamatan menembak mati 53 musuh dan lapan anggota polis terkorban. Pasukan keselamatan turut menahan 106 orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan penceroboh militan itu.
Selasa lepas, pasukan keselamatan melancarkan serangan udara menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk sebagai gerakan pertama ke arah menamatkan krisis pencerobohan kumpulan militan selatan Filipina yang mendakwa sebagai askar kesultanan Sulu. - Bernama

Anwar : 308 Penang part 5


Anwar : 308 Penang part 4


Anwar : 308 Penang part 3


Anwar : 308 Penang part 2


TARIKH BUBAR DUN DAN PARLIMEN MALAYSIA SECARA AUTOMATIK

Bila nak bubar wei?
        Tarikh pembubaran Dun di setiap Negeri di Malaysia

Johor 21-3-2012

Negeri Sembilan 26-3-2012

Pahang 7-4-2013

Selangor 22-4-2013

Perak 24-4-2013

Melaka 26-4-2013

Perlis 28-4-2013

Kelantan 28-4-2013

Sabah 29-4-2013

Kedah 2-5-2012

Pulau Pinang 2-5-2013

Terengganu 5-5-2013

Parlimen 28-4-2013

.Parlimen akan terbubar dengan sendirinya pada tanggal 28-4-2013

Anwar : 308 Penang part 1


Darurat: UMNO@BN Jangan ambil langkah tidak popular



KUALA LUMPUR: Dalam saat-saat genting menghadapi PRU13, Dewan Pemuda PAS Malaysia mahu memastikan kerajaan tidak mengambil langkah yang tidak popular seperti mengisytiharkan darurat ekoran peristiwa pencerobohan di Lahad Datu.

Ketuanya, Nasruddin Hassan tidak menolak pengisytiharan darurat dibuat supaya pilihan raya tidak berlaku.

Katanya, kebimbangan rakyat hari ini jelas kerana seolah-olah ada ura-ura untuk mengisytiharkan darurat bagi menangguhkan pilihan raya di Sabah.

"Jika sekiranya berlaku juga pengisytiharan itu, kami boleh katakan ia sebagai pelan strategik untuk selamatkan Umno dalam PRU nanti,"katanya.

Tentera Udara Diraja Malaysia Melakukan Latihan Peluru Hidup

Beberapa hari yang lalu TUDM melakukan serangan udara pada posisi tentera pengganas Sulu. Hari ini mari lihat gambar repost dari entry kami beberapa tahun yang lalu. Anda boleh lihat pesawat BAE Hawk dan F-18 yang digunakan di Lahad Datu di dalam gambar di bawah. Berusahalah #OpsDaulat
 
Kredit gambar Maj. Rahidin Jalil RMAF via MilitaryPhotos


Wanita berdaya negara sejahtera

yb_zuraida_kamaruddinHari Wanita Sedunia disambut seluruh dunia setiap 8 Mac bagi meraikan pencapaian ekonomi, politik dan sosial wanita. Tema Hari Wanita oleh Perubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu pada tahun ini adalah “A Promise is A Promise: Time For Action To End Violence Against Women”.
Di Malaysia, hampir 50% komposisi penduduk berjumlah 28 juta orang adalah terdiri daripada wanita. Pun begitu, wanita masih dianggap dan dilayan seperti warganegara kelas kedua. Diskriminasi dalam pekerjaan, tangga gaji, politik dan sosial masih berlaku di Negara yang Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Najib Tun Razak berkata tidak perlunya gerakan wanita bagi menuntut hak wanita di Malaysia.
Hakikatnya, kedudukan Malaysia dalam The Global Gender Index Gap 2011, Malaysia jatuh di kedudukan ke 97 daripada 135 negara berbanding negara Asia Tenggara lain Filipina ke 8, Singapura ke 57, Thailand ke 60 dan Brunei ke 76.

Ganu Kite : PR batal roboh Pasar Payang jika diberi mandat


KUALA TERENGGANU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, berkata Pasar Besar Kedai Payang merupakan Seni Warisan Sejarah Negeri Terengganu yang perlu dipertahankan oleh rakyat.


Beliau turut memberi jaminan awal kepada rakyat jika kerajaan Pakatan Rakyat dan PAS diberi mandat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, cadangan meroboh pasar tersebut akan dibatalkan.

“Kita bukan menentang pembangunan dan kemajuan yang hendak dibawa tetapi tidak bersetuju warisan seni kita (Terengganu) dihapuskan, hilang identitinegeri Terengganu Darul Iman.

“Saya beri jaminan kepada tuan-tuan jika PAS dan kerajaan Pakatan Rakyat diberi semula mandat memerintah pada PRU13 ini, kita akan batalkan perjanjian dan cadangan roboh pasar dan buat hotel,” tegasnya yang juga Penolng Setiausaha Agung PAS.

Ribuan kata 'Ya' di majlis 308 Pakatan Pulau Pinang


 
Ribuan rakyat membanjiri majlis ulangtahun kelima 308 Pakatan Rakyat di Esplanade malam tadi bagi mengingati kemenangan Pakatan merampas Pulau Pinang dari BN pada 2008.

penang 308 anniversary 090313 3Pada 2008, pilihan raya umum yang dikenali sebagai 'tsunami politik', telah menyaksikan lima negeri, termasuk Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan, manakala BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Ketua Menteri Lim Guan Eng, yang tiba di padang Dewan Bandaraya selepas pukul 9 malam dengan disambut tepukan gemuruh orang ramai, gembira dengan respon hadirin, dan menganggarakan dalam tweetnya jumlah mereka ialah kira-kira 50,000.

Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam ucapannya, mengucapkan terima kasih kepada penduduk Pulau Pinang yang memberi kemenangan kepada Pakatan pada 8 Mac itu.

Rakyat Selangor Gembira Dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat

Forum bersama MB dan Dato' Haron din di Masjid Negeri 05
SHAH ALAM 9 MAC : Rakyat Selangor rata-rata yang ditemui gembira dengan pentadbiran Kerajaan Negeri sekarang yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR) kerana banyak membawa perubahan dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.
Forum bersama MB dan Dato' Haron din di Masjid Negeri 03Seorang surirumah, Jamaliah Ismail, 61, berkata, ternyata Kerajaan Negeri PR menerusi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) begitu berjaya dalam pentadbirannya dan kebajikan rakyat terbela.
“Dulu orang meninggal tak dapat duit tapi sekarang kita dapat duit. Dapat duit pun dari sumber yang kita tahu.
“Sumber dari industri pasir yang dulu dikatakan tidak menguntungkan maka sekarang menguntungkan. Yang kita tahu sumber dari industri pasir itulah sebahagian sumber bagi membayar kematian.

Another intruder attempting to break cordon killed

Klasik : Poster Anti Khabar Angin Menentang Komunis Malaysia


RAKYAT PULAU PINANG BUAT NAJIB RAZAK PITAM, UMNO DEMAM DAN PARA PENYOKONG TEGARNYA MEROYAN!!


Beginilah suasana dan pemandangan ceramah sempena Ulang Tahun ke-5 pemerintahan Pakatan rakyat yang diketuai YAB Lim Guan Eng di Pulau Pinang di Padang Kota, Pulau Pinang malam tadi.

Puluhan ribu warga Pulau Pinang sanggup bersila atas padang untuk memebrikan sokongan padu sambil mendengar amanat dan pesanan dari DSAI, LGE dan juga PJP Pulau Pinang, YB Dato' Salleh Man.

Ingatkan apabila Utusan dan TV 3 termasuklah Berita Harian dan semua media cetak maupun elektronik milik dan kawalan UMNO/BN memfitnah DSAI dengan mengaitkan pencerobohan Lahad Datu oleh militan Sulu dengan dirinya dan PR sehingga kini sudah beratus laporan polis dan demo jalanan dibuat oleh Pemuda UMNO dan PERKASA rakyat akan menjarakkan dirinya dari Pakatan Rakyat tapi ianya menjadi sebaliknya.

KPN: Pasukan keselamatan tahan 27 orang di zon merah

Pasukan keselamatan menahan 27 orang yang menaiki tiga buah bot ketika berada di Zon Merah Ops Daulat di kawasan pantai Tanjung Batu, dekat sini pada 10 pagi Sabtu

LAHAD DATU, 9 Mac — Pasukan keselamatan menahan 27 orang yang menaiki tiga buah bot ketika berada di Zon Merah Op Daulat di kawasan pantai Tanjung Batu, dekat sini pada 10 pagi ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata mereka yang mendakwa kononnya ingin menangkap ikan ditahan di atas bot masing-masing setelah pihak keselamatan mencurigai kehadiran mereka di kawasan larangan itu.

"Kita curigai kehadiran mereka berhampiran lokasi operasi, jadi kita serahkan kesemua mereka kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu untuk siasatan lanjut.

"Walaupun tiada senjata ditemui, saya telah arahkan polis Daerah Lahad Datu untuk jalankan siasatan mendalam dan akan ambil tindakan sewajarnya jika mereka mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh berkenaan," katanya dalam sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di markas operasi Op Daulat Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Tolak kerajaan dan parti yang melindungi samseng

UMNO tidak berupaya mempersiapkan diri mereka untuk menjadi parti yang mempunyai ‘attribute’ sebagai parti pemerintah lagi. Apa yang dilakukan oleh penyokong UMNO ke atas program Pakatan Rakyat di Bukit Katil Melaka semalam amat menjijikkan. Jika UMNO benar-benar hendak menjadi parti pembangkang, parti itu dengan penyokongnya mestilah bersabar. Tidak akan lari gunung dikejar. UMNO akan tetap menjadi pembangkang.
Banyak tuduhan buruk yang dilemparkan ke atas Pakatan Rakyat tetapi UMNO itu sendiri sudah menjadi parti yang tidak siuman kerana berkelakuan seperti gangster zaman batu dahulu. Orang hendak berdemokrasi, UMNO pun hendak berdemokrasi, tetapi tidak faham apa itu demokrasi.
Kalau di Sabah rakyat Kesultanan Sulu telah menyerang pasukan keselamatan kita, dan di Bukit Katil, Melaka pula penjenayah dan penceroboh UMNO masuk di majlis anjuran Pakatan Rakyat dan ‘mengganas’ terhadap mereka yang hadir dalam ceramah itu. Sekarang ini di mana ada pencerobohan di situ ada UMNO. Kalau dahulu saya selalu memberikan pandangan saya UMNO itu rasuah dan rasuah itu UMNO, sekarang kita lihat pula dan hampir menjadi bidalan, di mana ada keganasan di situ ada UMNO dan di mana UMNO ada di situlah ada kekerasan dan kemusnahan.
Bukit Katil adalah kawasan yang hampir pasti di ambil-alih oleh Pakatan Rakyat dan sepatutnya UMNO mesti rela dengan keadaan itu. Parti itu mesti mengakui yang cara untuk kembali mendapat sokongan ialah dengan berbuat baik dan berbudaya tinggi dan bukannya dengan menjadi samseng jalanan. UMNO sepatutnya menumpukan di kawasan yang mereka boleh menang, kerana bagi UMNO untuk menumpukan tenaga dan waktu di Bukit Katil itu adalah tindakan yang ‘membuang peluru’ sahaja. 

40% calon Pas PRU13 golongan muda

KUALA LUMPUR - Pas akan membariskan kira-kira 40 peratus calon daripada golongan muda pada pilihan raya umum ke-13, kata Ketua Pemudanya, Nasrudin Hassan Tantawi.
  
Beliau berkata, perkara itu telahpun dipersetujui dan nama calon berkenaan yang terdiri daripada anggota Dewan Pemuda, Muslimah dan Ulama dihantar kepada Pas Pusat.
  
"Buat masa ini, persiapan kami (jentera pemuda) mencapai 99 peratus dan calon daripada golongan muda telahpun dikenal pasti dan berkhidmat di kawasan masing-masing," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
  
Dalam perkembangan lain, Nasrudin berkata Pemuda Pas berpendirian pilihan raya umum tidak perlu ditangguhkan berikutan insiden pencerobohan oleh militan Sulu di Lahad Datu.
  
"Ini sejajar dengan kenyataan yang dikeluarkan kerajaan bahawa keadaan di sana (Lahad Datu) adakah terkawal dan baik...jadi kita minta supaya ini tidak dijadikan sebagai alasan untuk menangguh PRU," katanya. - Bernama

’118-storey tower in KL not viable’

A public consultation session has come to the conclusion that the Warisan Merdeka office tower is not viable because of the glut of office space. 

KUALA LUMPUR: A former university lecturer in economics and politics has contended that the proposed 118-storey Warisan Merdeka office tower would not be viable because there was a glut of office space in the  city.
Citing various property analysis reports, Ong Kian Ming said vacant office space in KL rose from 6.5% to 25% in the forth quarter of 2012 due to completion of many new office towers.
He said the Warisan Merdeka tower, which would be built on the former Taman Merdeka park, would provide 3 million sq ft of office space upon completion while the upcoming Tunku Razak Exchange tower would provide another 7 million sq ft.
“How sustainable is the Warisan going to be? Is it going to be white elephant? Or it could have been much better used if we maintain it as a park,” he said.
Ong was speaking at a public consultation session on Warisan Merdeka organised by NGO Pertahankan Taman Merdeka Negara (PTMN).

Saifuddin : Penyokong PR dilarang tindak balas di Bukit Katil

Lahad Datu: Misteri K/UMNO @ K/Lanun Diseret Polis..

LOGISTIK......Siapakah yang mereka buru dan kenapa tidak dapat mengesan kemasukan 76 orang tentera palsu Sultan Sulu setelah beratus ribu sudah lama bermastautin di Sabah, malah layak menerima BR1M..

OH. Lihat berita ini..

Lahad Datu: Lapan lelaki termasuk seorang warga emas dikenali sebagai Mat Bom bersama lapan pengikutnya dipercayai saki-baki pengganas ditahan ketika cuba masuk ke Dewan Serbaguna Embara Budi untuk menyamar sebagai penduduk kampung, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, lelaki berpakaian seperti orang awam cuba mengaburi pasukan keselamatan, namun tidak berhasil selepas dia ditahan di depan pintu pagar dewan berkenaan yang dikawal ketat polis bantuan FELDA.

Menurut sumber, hasil pemeriksaan polis bantuan yang curiga dengan tindak-tanduk lelaki itu bersama lapan pengikutnya akhirnya membongkar taktik liciknya selepas dia difahamkan antara dalang membawa pengganas masuk ke Kampung Tanduo.

"Mat Bom yang juga penduduk Kampung Tanduo didakwa sering menghasut penduduk kampung supaya memberontak di sini.“Dia juga sering mengedar risalah mengenai Kesultanan Sulu kepada penduduk kampung dan menghasut supaya mentaati Sultan Sulu,” katanya.
Sumber berkata pihaknya juga percaya lelaki itu menjadi dalang membawa kumpulan pengganas ke  Kampung Tanduo pada 12 Februari lalu."Dia bersama pengikutnya diserah kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya. ~ Harian Metro

Lihat misteri seterusnya..
KETUA CAWANGAN UMNO @ KETUA MUNDU  
Oleh  MUTALIB M.D
Diangkat dari Sabahkini.net 

SELURUH Malaysia digegarkan dengan berita pencerobohan sekumpulan 'Lanun' (Mundu) yang kononnya tentera 'Sultan Sulu' sehingga Kampung Tanduo menjadi 'Medan Perang'; gara-gara 'kebijaksanaan' Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi @ Mat Bom melakukan percubaan 'Reverse Take Over' sebagaimana yang saya jangkakan akan berlaku sejak 1999 lagi iaitu selepas saya memberi keterangan dalam Petisyen Pilihanraya DUN Likas.

Mayat Militan Sulu Yang Bertangkal Dan Pendatang Burma Dengan Bot

Memang disahkan militan sulu ni memakai sihir ketika berperang. tapi walaubagaimanapun, tetap juga ditembak mati.

Gambar: Militan sulu yg ditemui mati dgn tangkal dililit pada pinggang.

Yang kat bawah ni pulak bala dari Burma
Boat carrying Burmese Rohingya to Langkawi Island. The Island is full of Burmese with Malaysia I.C. 

Not only Sabah got project I.C. Know the truth & speak the truth!
Ini kerja petualang mana pulak agaknya?

Controversial ‘Tanda Putera’ May 13 film screens in UIA tonight

Shuhaimi’s film on the May 13, 1969 riots has sparked controversy. — File picKUALA LUMPUR, March 9 — Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) will screen the controversial May 13 film “Tanda Putera” tonight in an event organised by a student club, according to a media report.
A Students’ Affairs Department official has confirmed with news portal Malaysiakini about the film show, organised by Kelab Wawasan UIA with co-operation from the department.
The film has raised the ire of opposition politicians who say some scenes are not historically accurate. But the film’s director had stressed that the film is not a documentary, but a movie “with dramatic elements and creative licence responsibly exercised in its making” and with research done beforehand.
According to a student group, it is mandatory for Police Undergraduate Voluntary Corps and Air Force Reserve Officer Training Unit members to attend, while UIA’s residential colleges have been asked to send six members each.

Fitnah liwat 2 : PKR nafi bayar bapa Saiful RM1 juta

SHAH ALAM - Sambil menafikan PKR membayar RM1 juta kepada bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan yang membuat pendedahan mengejutkan semalam, seorang pemimpin kanan parti itu yang didakwa mendalangi perkembangan itu menegaskan, beliau "bangga" kerana dapat membantu parti dan pemimpinnya.

"Ya, saya mengaku saya terlibat, saya yang menguruskan... saya bangga. Jadi apa isunya?

"Sebab saya pemimpin parti, memang saya bangga kerana dapat membantu parti dalam menghadapi situasi seperti ini... bapa Saiful datang jumpa kami, kami menyambut," kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul ketika dihubungi.

Pemimpin pusat PKR itu diminta mengulas dakwaan beberapa media khususnya blog pro-Umno bahawa parti komponen Pakatan Rakyat itu membayar RM1 juta kepada Azlan Mohd Lazim untuk mengatakan pihak-pihak tertentu mendalangi strategi untuk memerangkap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar dapat dipenjarakan buat kali kedua di bawah kes meliwat.

Anwar bebas daripada tuduhan 9 Januari 2012. Kes itu kini berada di peringkat rayuan.

Fitnah Liwat 2 : Polis akan panggil bapa Saiful beri keterangan

KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil Azlan Mohd Lazim iaitu bapa Mohd Saiful Bukhari, dalam masa terdekat untuk mengambil keterangan berhubung kenyataannya semalam, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
  
Beliau berkata langkah itu diambil bagi mengenal pasti sebab dan tujuan Azlan membuat keterangan sedemikian.
  
"Dalam kes itu, Azlan tidak pernah dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah, dan kalau adapun, keterangan yang dia bagi kepada pihak polis adalah keterangan yang tidak jelas.
  
"Jadi, keterangan itu tidak bernilai dan tidak boleh diguna pakai," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program 'Bersatu Memerangi Jenayah' di Kuchai Lama hari ini.
  
Semalam, bapa Saiful Bukhari tampil memberi keterangan bahawa kes liwat yang melibatkan anaknya dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu 'konspirasi politik jahat' untuk memburukkan nama pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) itu.

Debat DS Anwar Vs DS Najib !


LGE : Sempena Hari 308 Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang

Anwar Ibrahim: Barisan Jeneral (B) Akan Bantu Pakatan Rakyat Ambil Alih Putrajaya Dengan Aman

Anthony Loke: Rakyat Malaysia Sudah Bangkit Mahu Tumbangkan UMNO Barisan Nasional

Lajim Ukin: Marilah Kita Tukar & Tumbangkan UMNO Barisan Nasional

Ansari Abdullah: Satu Cerita Derita Dari Sabah

Cubaan UMNO Untuk Mengganggu Ucapan Lefttenan Jeneral (B) Ghafir Di Melaka

Cubaan UMNO Untuk Mengganggu Ucapan Tian Chua Di Melaka

PATI : MAFIA POLITIK DI SABAH?

PATI paling kebal undang-undang, Arsad Alwi masih lagi bertugas di SMK Balung serta menerima gaji penuh walaupun namanya telah disahkan sebagai tidak wujud dalam sistem JPN.
Bahkan beliau semakin galak mempersendakan undang-undang Malaysia  setelah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak berani mengambil sebarang tindakan ke atasnya.
Slip gaji berikut membuktikan Arsad Alwi masih menerima gaji dan masih lagi berkhidmat di SMK Balung kerana tiada tindakan undang-undang yang dikenakan ke atasnya atas tuduhan memiliki IC Palsu setelah pemilik asal dan beberapa pihak membuat puluhan laporan polis. 


PENGGANAS SULU BUNUH POLIS DENGAN KEJAM

LAHAD DATU : Ditawan kemudian di penggal kepala merupakan antara kekejaman yang tiada tara dilakukan pengganas Sulu ke atas anggota keselamatan negara.
Bukan itu sahaja, seorang anggota pasukan keselamatan yang turut ditawan dirodok perutnya menggunakan parang Sulu atau barong sebelum dadanya dibelah dan dikeluarkan segala organ dalaman.
Badan wira negara juga ditetak sehingga bercerai beberapa anggota badan sebelum dicampak ke laut manakala ada antara mereka maut kerana kedua biji mata mereka dicungkil menggunakan senjata tajam.
Seorang lagi anggota pasukan keselamatan walaupun terselamat menjadi cacat apabila kedua-dua belah tangannya kudung akibat ditetak dan kepalanya dikelar menggunakan kerambit.
Kesemua wira negara itu diperlakukan sedemikian selepas diserang hendap pada 2 Mac lalu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna.
Perbuatan yang sangat sadis dan tidak berperikemanusiaan itu menimbulkan tanda tanya apakah mereka ini di bawah pengaruh dadah atau ilmu hitam.
Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Facebook hari ini mengesahkan, selepas operasi menyelamat dibuat anggota komando VAT 69, mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan penuh kejam.

Penceroboh Lahad Datu didalangi ‘orang dalam’, ‘Mat Bom’ – AMK Sabah

Mat BonLAHAD DATU 9 Mac: Angkatan Muda KEADILAN Sabah percaya pencerobohan di Lahad Datu  oleh tentera kesultanan Sulu, 9 Februari lalu didalangi ‘orang dalam’ termasuk pemimpin Umno tempatan.
Dalam kenyataan media hari ini, AMK Sabah menggesa polis menyiasat sesiapa sahaja yang bersubahat, merancang dan menyeludup masuk penceroboh berkenaan.
Ia katanya termasuk peranan Ketua cawangan Umno Sungai Nyamuk bernama Ahmad Malandi @ Mat Bom seperti disiar dalam laman web ‘Sabahkini’ pada 27 Februari, bertajuk “Ketua Cawangan Umno ketua Mundu”.
Laman web berkenan sebelum ini mendakwa mendapat maklumat hanya 76  ‘tentera’ sahaja yang berjaya mendarat di Tanduo termasuk enam wanita untuk mempertahankan tanah adat yang didakwa milik Ahmad di Felda Sahabat 18.
Sabahkini juga mengesyaki Ahmad dan anaknya, Mohd Ali  membiayai pembelian senjata api terhadap kumpulan penceroboh berkenaan di pasaran gelap di Tawi-Tawi dan menangung makan minum mereka.
Dilapor Bernama

Allah maha besar, buktikan kebenaran- Anwar

SONY DSCPULAU PINANG 9 Mac: Pengakuan bapa kepada Saiful Bukhari Azlan bahawa kes Fitnah II merupakan konspirasi politik bukti kebenaran akhirnya terserlah jua, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata demikian ketika ditanya pengakuan  Azlan Lazim yang antara lain mendedahkan kes berkenaan dirancang pegawai khas perdana menteri.
Malah, Azlan turut memohon maaf kepada Anwar dan menyatakan fitnah tersebut menyebabkan ketua umum KEADILAN itu dan keluarga menanggung derita.
“Penafian di buat oleh Azlan tersebut sama sepertimana penafian saya sebelum ini, bahawa saya tidak bersalah dan tidak terbabit dalam dakwaan yang berbentuk konspirasi tersebut.
“Allah Maha Besar. Ia akan membuktikan kebenaran kepada mereka yang tidak bersalah dan dizalimi,” jelas Anwar.
Anwar berkata demikian ketika ditemui media selepas berucap di hadapan lebih 10,000 hadirin yang membanjiri Padang Kota Lama, Esplanade, Pulau Pinang sempena ulang tahun ke 5 pemerintahan Pakatan Rakyat semalam.

Pengakuan bapa Saiful Bukhari selaras ajaran Islam – Dr Haron Din

SHAH ALAM 9 MAC: Pengakuan bapa Saiful Bukhari bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan menjadi mangsa fitnah adalah perbuatan wajib, kata Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din.
Bercakap pada sidang media di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, beliau berkata seseorang Islam hendaklah insaf dengan tidak meneruskan kebatilan untuk kembali kepada kebenaran apabila menyedari kesilapan mereka. .
“Dia (Azlan Mohd Lazim) melaksanakan kewajipannya sebagai seorang Islam. Merujuk kepada kebenaran lebih baik dari meneruskan kebatilan,” katanya selaku panelis forum bertajuk ‘Mengangkat Martabat Ummah: Tanggung Jawab Siapa?’ malam tadi.
Semalam Azlan Mohd Lazim memohon maaf kepada Anwar dengan mendakwa bahawa anaknya dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang didakwanya termasuk seorang pegawai perdana menteri untuk memfitnah Anwar dalam kes Liwat II.
Pada 9 Januari tahun lalu, Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat Saiful, yang merupakan pembantunya pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Fitnah Liwat : TG Nik Aziz syukur kebenaran semakin terserlah


(TG Nik Aziz ketika bercakap dengan veteran di Kota Bharu)


KOTA BHARU: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa syukur apabila kebenaran terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini difitnah sebagai ‘peliwat’ semakin jelas kebenarannya.

Malah dia turut berkata, sebarang pendustaan tidak akan kekal lama, tiba waktu kebenarannya akan terdedah dengan sendiri.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung ayah Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim, yang mendakwa anaknya itu diperalat oleh pihak tertentu semalam.

Azlan pada sidang medianya berkata anaknya itu diperalatkan oleh pihak terbabit dan konspirasi politik untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim.

Tuan Guru berkata demikian ketika ditemui pada majlis Himpunan Vateran 2013 di Perkarangan Infra Quest, Jalan Datuk Lundang, dekat sini.

Anwar kata dirinya tidak bersalah dengan permohonan maaf bapa Saiful

Anwar Ibrahim berucap di konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. — Gambar oleh K.E. OoiGEORGE TOWN, 9 Mac — Permohonan maaf bapah Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazin, membuktikan dirinya tidak bersalah dalam tuduhan liwat, kata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Alhamdulilah, mereka boleh adakan konspirasi sekali, dua kali, tahun 1998 dan sekali lagi 2008, dan konspirasi itu akhirnya didedahkan Azlan,” katanya kepada 10,000 penyokong Pakatan sempena sambutan lima tahun kemenangan Pakatan Rakyat di Esplanade malam tadi.
“Saya sentiasa tidak bersalah dari kes pertama hingga tahun lalu, mahkamah membebaskan saya dengan tuduhan ini tahun lalu,” katanya lagi.
Ketua umum PKR itu berkata, pengakuan ayah Saiful mendedahkan konspirasi ke atas beliau adalah kerana “berkat doa” untuk kebenaran didedahkan.

PRU13 : Anwar kritik ahli Pakatan dalam merebut kerusi calon

Penyokong Pakatan Rakyat di Konvesyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. — Gambar oleh K.E. OoiGEORGE TOWN, 9 Mac — Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran keras kepada ahli Pakatan Rakyat (PR) yang merebut kerusi dan mengeluarkan "amaran" kepada mereka jika tuntutan rakyat tidak ditunaikan.
"Ini adalah pemikiran sempit dan tidak melihat kepada gambaran yang luas," kata ketua pembangkang tersebut
Beliau berkata akar umbi mungkin mahu untuk kerusi, atau mungkin menuntut untuk kerusi, tetapi adalah salah untuk mengugut untuk mendapatkan kerusi.
"Jangan korbankan prinsip PR hanya kerana mahu merebut kerusi di satu atau dua kawasan," kata ketua umum PKR itu lagi.
Beliau berkata bantahan sering terdapat di akar umbi manakala pihak pimpinan PKR, DAP dan PAS tidak mempunyai masalah antara satu sama lain.
Anwar berkata hubungannya dengan PAS adalah seperti rakan karib yang mahu memperkukuhkan Islam dalam negara ini.
"DAP juga, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng adalah seperti keluarga saya," katanya lagi.
Bekas timbalan perdana menteri itu berkata PR tidak sempurna dan ada kelemahan.
"Kita hanya boleh memohon kepada Tuhan untuk kita menjadi lebih baik," katanya lagi.
Konvensyen negeri PR menyaksikan 200 delegasi dari PKR, PAS dan DAP hadir dalam acara separuh hari itu.

Najib: BN tidak pernah minta polis, tentera 'bersandiwara'......Siapa kata pengawai keselamatan...!!! Yang 'Sandiwara Politik" UMNO@BN laa.....!!!


MELAKA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak pemimpin pembangkang yang menuduh insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah sebagai satu sandiwara sedangkan pasukan keselamatan negara berkorban nyawa bagi mempertahankan negara.
  
Beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengarahkan anggota keselamatan melakukan sandiwara sebaliknya mengarahkan mereka mempertahan dan menjaga kedaulatan negara.
  
"Cuba fikir boleh tidak kita mencari pelakon yang sanggup mati dalam lakonan mereka? Ada tidak yang nak jadi sukarela (berlakon) yang bawa dia mati?
  
"Saya percaya tidak ada seorang pun yang sanggup bersandiwara sebegitu," katanya ketika berucap merasmikan Menara Persekutuan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh di sini hari ini.
  
Kira-kira 20,000 penduduk di sekitar Melaka menghadiri majlis perasmian menara setinggi 21 tingkat yang dibina dengan kos RM208 juta bagi menempatkan jabatan dan agensi kerajaan persekutuan di negeri itu sejak Ogos 2010.
  
Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa.
  

At home in Sabah, Sulus baffle security forces

Three policemen on duty take aim at the Tanjung Labian checkpoint. — Pictures by Saw Siow FengLAHAD DATU, March 9 — Dense oil palm plantations and Sulu militants who can easily pass off as locals are making mopping up operations difficult for security forces sent from the Malay peninsula to end a month-long incursion in the Sabah east coast.
The soldiers and police commandos are more at home in the humid jungles of Peninsular Malaysia but they form the bulk of the security forces looking for the remaining group of 200-odd Filipino gunmen who landed on February 9 to claim Sabah for their Sulu sultan.
“To say that it is like finding a needle in a haystack doesn’t even begin to cover it,” a General Operations Force (GOF) police officer from Kuala Lumpur told The Malaysian Insider in the course of the Ops Daulat operations to flush out the militants.
“They could look like anyone,” he added, describing the tanned Filipino gunmen who share the same bloodline as some of the locals in Sabah — a state unique for its racial and cultural diversity that is seen as a blessing and a curse, with 28 per cent of the population comprising mostly Filipinos and Indonesians.
The vast Felda Sahabat oil palm plantations here are four times the size of the federal capital of Kuala Lumpur but the stragglers of the Sulu sultanate are surrounded in the four square kilometres containing Kampung Tanduo and Kampung Tanjung Batu.
The armed conflict has continued despite an aerial assault last Tuesday that devastated the seaside Kampung Tanduo, where the gunmen first landed last month.

Lahad Datu: Three boats carrying 27 people intercepted off Tg Batu coast

Raja Muda: athlete, fisherman, tribal leader on 'mission impossible' in Sabah

Sultan Jamalul Kiram III gestures in a press conference to explain the mission that his younger brother, Raja Muda Agbimuddin Kiram, had embarked on. BERNARD TESTA, INTERAKSYON.COM

MANILA, Philippines – The fresh explosions near the defensive positions of Raja Muda Agbimuddin’s group in Sabah may seem far from the Astanah Kiram in Taguig City, but inside the modest home of his older brother Sultan Jamalul Kiram III, family members closely monitor the latest news about him and his small contingent.
As unconfirmed news of more deaths among the Filipino sultanate followers who went with the Crown Prince continue to filter in through social media, news websites and text messages from Malaysian and Filipino sources, InterAksyon.com sat down Saturday with several family members. We wanted to know the man who, with his elder brother’s blessing, undertook a courageous, but still-vague mission to reclaim their "homeland" in North Borneo.
The sultanate’s spokesman and the sultan’s family first of all strongly denied reports in the social media—which they blamed on Malaysian government propaganda—that the Raja Muda had finally been killed since Malaysian forces started their assault on the Sulu force one week ago.
“As of yesterday, we spoke around 2:30 p.m. Friday March 8, the Crown Prince Raja Muda is alive and well but always on the run, they are mobile,” according to the sultanate’s spokesman Datu Abraham Idjirani. The sultan also spoke with his brother later Friday, according to some reports.
Asked about the Raja Muda’s journey to Sabah, Datu Shayeed or “Dats,” second child of the Crown Prince, replied, “Siempre magkahalong lungkot at bagabag ang nararamdan ko dahil  sa kabiglaan sa insidenteng ito [I feel a mixture of sadness and anxiety over the sudden turn of events].”
Who is the Raja Muda and what makes him still a warrior when, at his age (72), he should be simply a venerable man who has retired, reads books, writes his memoirs and plays with his grandchildren and great grandchildren?

Filipino refugees describe deadly crackdown in Sabah

By

 
ZAMBOANGA CITY, Philippines—“They dragged all the males outside the house, kicked and hit them,” Amira Taradji said  as she recounted her family’s ordeal in Sandakan that started when Malaysian security forces began cracking down on suspected supporters of Sultan Jamalul Kiram III of Sulu.
Interviewed by phone from Patikul, Sulu, shortly after she arrived there Friday night with about 200 other refugees, Taradji, 32, claimed that Malaysian policemen would order Filipino men to run as fast as they could and would then gun them down.
Among those killed that way on Monday night during what she described as a zoning operation in a Filipino community in Sandakan was her brother, Jumadil, Taradji said.
Taradji, originally from Calinan in Davao City, is among some 400 people who have arrived in Sulu from such places in Sabah as Lahad Datu, Sempornah, Tawau and Kunak since the start of the week as violence triggered by a “homecoming” expedition to the east Malaysian state by followers of Kiram escalated.
Officials said there are now close to a thousand refugees from Sabah in Sulu and Tawi-Tawi. Hundreds more have arrived in smaller Philippine island near Sabah and many more Filipinos are expected to make the sea crossing, officials said.
The Inquirer reached Taradji by phone through the help of a Sulu local official shortly after she arrived in Patikul on a commercial vessel from Sabah late Friday.