Khamis, 7 Mac 2013

JMR Bukit Katil : Samseng UMNO Serang Bas JMR Dengan Batu...!!!

 Cermin Bas JMR Pecah Teruk
Batu Yang Digunakan Oleh Pencacai UMNO
Penyokong PR Yang Cedera Kena Baling Batu Oleh Pencacai UMNO

AKHIRNYA UMNO SEDAR TEMPATNYA PADA PRU 13 NANTI!!


LOKASI:-  Makam Kg Lubok, Batu Jalan Muar, Segamat, Johor.

Akhirnya UMNO sedar riwayatnya dah nak tamat.

Satu pemberitahuan kepada rakyat PRU 13 nanti, tamatlah riwayat UMNO INS'YA ALLAH sebagai parti pemerintah.

Puak Hitler dan Propaganda Goebbels

Saya harap rakyat kita memelihara kewarasan mereka dari dijangkiti penyakit gila babi pemimpin UMNO.  Dalam sejarah politik negara kita, menggilakan seseorang pernah terjadi bila seorang pemimpin mahu mengahwini seorang wanita yang ketika itu isteri seorang lain.
Jangan tutup kelemahan dan kelembapan dengan mengalih pandangan dari isu yang sebenar nya.
Berapa anggota keselamatan kita yang sudah terbunuh? Setakat ini dilapurkan 8 orang. Jika semua mereka orang Melayu yang beragama Islam kita ucapkan takziah dan sedekahkan Al Fatihah. Kalau ada yang gugur bukan beragama Islam, intensity kesedihan kita tetap sama. Merasa sedih dan simpati kepada mereka yang gugur adalah perasaan yang bukan dimonopoli oleh orang UMNO dan penyokong mereka. Janganlah berlagak sombong merasakan hanya puak UMNO sahaja yang boleh merasakan demikian.
Kerajaan Pulau Pinang dan Selangor memperuntukkan sebahagian dana untuk keluarga yang meninggal. Gesture ini tidak dapat mengembalikan nyawa yang sudah hilang, tapi sedikit senbanyak mengurangkan kepedihan yang ditanggung melalui memperlihatkan kepedulian dan kepekaan.

DATO ARIFF SABRI @ SAKMONGKOL AK-47 : 2 PENDUSTAAN BESAR UMNO KEPADA MELAYU


Pulau Pinang Tawar Paradigma Pembangunan Baru Buat Malaysia

Oleh Haris Zuan

DI MALAYSIA, orientasi pembangunan negara sering disalahertikan sebagai peningkatan jumlah bangunan. Pandangan ini sangat ketara sejak era kepimpinan Tun Dr Mahathir apabila pencapaian pembangunan negara sering dinisbahkan kepada kejayaan negara mendirikan dua menara berkembar phallic gergasi yang dinamakan Menara Berkembar Petronas dan membina pusat pentadbiran baru dengan kubah besar di Prang Besar, Sepang – kemudiannya dinamakan Putrajaya. Tanpa menafikan sumbangan Dr Mahathir ini, harus diinsafi bahawa takrif pembangunan melangkaui projek mega ini semata-mata.
Sejak awal lagi sudah terdapat kritik yang besar terdapat model pembangunan yang digunapakai oleh negara ini. Antara yang terawal mengkritik secara sistematik adalah Jomo KS, pakar ekonomi negara yang kini berkhidmat untuk Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO).  Melalui makalahnya, The Way Forward? The Political Economy of Development Policy Reform in Malaysia. (1993) Jomo menegaskan bahawa masyarakat bukanlah homo economicus, tetapi penuh dengan komitmen sosial yang rencam, ikatan kekeluargaan, kepatuhan agama, kesetiaan etnik, sentimen patriotik, keperluan psikologi dan kepercayaan moral. Pembangunan yang gagal mengambil kira dimensi ini pasti akan gagal.
Harus diakui, dasar pembangunan negara selama ini berjaya mengurangkan kadar kemiskinan negara daripada 50 peratus pada 1970 kepada 5.7 peratus pada 2004 dan kepada 3.9 peratus pada 2009 – dengan Pulau Pinang mencatat kadar kemiskinan 1.2 peratus pada 2009. Namun dalam masa yang sama, pengagihan pendapatan merosot dengan pekali Gini negara di tahap 0.462 dan jurang pendapatan intra-etnik semakin melebar. Dalam masa yang sama, negara kini, sejak 1996 terperangkap dalam middle income trap. Sebagai bandingan, Ketika pembentukan Malaysia pada 1963, pendapatan Malaysia adalah 13.6% daripada pendapatan AS, manakala pendapatan Korea Selatan dan Taiwan lebih rendah; masing-masing pada 10.7% dan 12.6%. Kini, lebih lima puluh tahun berlalu, Malaysia jauh ketinggalan dan kini hanya menikmati separuh kekayaan yang dimiliki Korea dan Taiwan. Sementara Korea dan Taiwan sudah melonjak menjadi ekonomi berpendapatan tinggi, Malaysia masih lagi terjerat dalam perangkap pendapatan sederhana, walaupun mempunyai banyak kelebihan semulajadi berbanding Korea Selatan dan Taiwan.

BN bagi ‘ubat tahan sakit’, penyakit tak hilang, demam tak kebah

SYUKUR Alhamdulillah. Bak kata pepatah Melayu, bagai sirih pulang ke gagang. Akhirnya, segala macam jenis cukai yang diperah berpuluh-puluh tahun sejak mentadbir Malaysia tidaklah terbazir saja dengan projek mega. Dapat jua hamba rakyat golongan pekerja berbelanja barang satu dua perkara.
Nampaknya 2013 adalah tahun durian runtuh. Inilah pertama kalinya dalam sejarah pemerintahan negara, kerajaan Barisan Nasional (BN) berbelanja sakan menyajikan pelbagai insentif yang super duper. Bagi kita, berilah apa sahaja sekalipun, kecil telapak tangan, nyiru kami tadahkan.
Rasa beruntung benar jadi rakyat Malaysia di era Najib menjadi Perdana Menteri. Lepas beri BR1M, dapat tayar, kemudian baucer buku, ada BL1M, kedai rakyat, Klinik 1Malaysia dan macam-macam lagi.
Kalau dulu bila sampai musim pilihan raya, kerajaan BN cuma bina parit longkang, pecah tanah bikin jambatan dan turap jalan. Sekarang segalanya sudah berubah, seiring dengan timbunan hutang negara yang makin bertambah dan praktik rasuah yang semakin parah.

Lahad Datu: Najib rendahkan martabat PM

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN
Ketua Polis Negara,  Ismail Omar pada petang 5 Mac lalu, mengakui misi menentang puak bersenjata Sulu yang menawan Kampung Tanduo, Lahad Datu, masih belum berakhir meskipun pasukan keselamatan, membabitkan angkatan tentera dan pihak polis, telah melancarkan serangan udara, bermula jam 7 pagi, Selasa lalu, menggunakan jet pejuang F-18 dan Hawks.

Sambil memberikan sokongan sepenuhnya ke atas sebarang langkah mempertahankan kedaulatan negara, terdetik kebimbangan di hati saya, apakah tindakan ofensif melibatkan tujuh batalion tentera itu mampu menyelesaikan kes yang sememangnya tidak ditangani secara profesional dan berkesan di peringkat mulanya?
Ataupun tragedi berdarah itu baru di peringkat permulaan, dan Sabah bakal menyaksikan lebih banyak adegan tragis  berpanjangan? Namun begitu, lebih penting daripada segalanya adalah mempertahankan maruah dan kedaulatan negara.
Walaupun Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tiada bukti bahawa Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) -- yang dikatakan  masih mempunyai simpanan senjata yang banyak di Sabah -- akan menyertai tuntutan Kesultanan Sulu, namun kegusaran itu telah merebak.

Contoh terbaik perang siber dimenangi Pakatan


Isu konflik di Sabah antara tentera kesultanan Sulu dengan pasukan keselamatan Malaysia biarlah diselesaikan oleh kerajaan yang memerintah hari ini. Itu tanggungjawab mereka. Tak perlu semua pihak nak bincang strategi pertahanan dan keselamatan negara. Kecuali kalau Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri rasa tidak mampu lagi untuk mengawal kedaulatan negara, maka bolehlah beliau bercadang untuk menggunakan khidmat Unit Amal atau kumpulan samseng pro Umno yang sangat gagah mengawal Felda. Selagi kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat dalam PRU12 lalu rasa mampu mengendalikan isu tersebut, biarkan mereka. Jangankan pihak pembangkang, Tun Mahathir selaku bekas Perdana Menteri pun sepatutnya diam. Tak payahlah nak mengajar Najib itu dan ini. Zaman Tun melingkupkan negara sudah berlalu, sekarang zaman Najib.


Apa yang penulis lebih tertarik dalam konflik di Sabah ini bukannya cerita pertempuran atau ‘peperangan’ fizikal pihak terbabit (kerana itu urusan kerajaan Pusat bukan urusan rakyat biasa) tetapi ialah peperangan siber atau peperangan alam maya yang melatari peristiwa tersebut. Ia menjadi sampel terbaik bahawa; inilah bentuk peperangan penting yang akan mengubah ‘kecenderungan membuat keputusan’ rakyat dalam PRU13 ini.
Sejurus selepas kumpulan tentera Sulu dilaporkan mendarat di Lahad Datu, pelbagai kenyataan keluar dari pihak tertentu. Seperti biasa BN tidak akan membiarkan apa saja perkara sensasi berlalu tanpa mengaitkannya dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hari Wanita: Jambangan bunga untuk PDRM


KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) akan menghadiahkan jambangan bunga kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sempena sambutan Hari Wanita Sedunia, esok.

Ketua Penerangan DMPP, Aiman Athirah Al Jundi berkata, hadiah jambangan bunga tersebut sebagai penghargaan kepada jasa PDRM menjaga keselamatan wanita dan negara.

"Ia juga sebagai manifestasi harapan wanita kepada PDRM agar menjalankan tugas menjaga keselamatan negara dari ancaman luar dan dalam tanpa campur tangan pihak berkepentingan," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Tambah Aiman, ia juga sebagai tanda sokongan DMPP kepada pasukan keselamatan yang bertugas di Lahad Datu khususnya kepada mereka yang telah terkorban.

Gerakan Mahasiswa gesa parti politik bersama

Lahad Datu secara khususnya semakin membimbangkan apabila hari demi hari kita dikejutkan dengan berita kematian anggota keselamatan negara yang semakin bertambah. Tambah lagi pencerobohan terhadap beberapa daerah lain di Sabah selepas pencerobohan Lahad Datu menambahkan lagi ketakutan rakyat Malaysia khususnya rakyat di negeri Sabah.
Kami sebagai gerakan mahasiswa memandang bahawa seharusnya isu keselamatan negara merupakan isu yang paling penting untuk ditangani pada saat ini. Isu keselamatan negara yang diceroboh pendatang asing apatah lagi dengan lengkap bersenjata bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng kerana isu ini melibatkan kedudukan Malaysia sebagai negara yang berdaulat sekali gus mempunyai autoriti terhadap wilayahnya.
Pandangan kami daripada pelbagai jaluran kumpulan mahasiswa hari ini memandang bahawa kesepakatan sangat penting ketika berhadapan situasi sebegini. Bahkan kami hari ini berdiri sama tinggi berganding bahu sebagai suara sepakat dengan mengenepikan idealisme fahaman sendiri bagi menyatakan pendirian bersama atas isu keselamatan negara.

Selangor sedia ambil alih SYABAS terlebih dahulu, kata Khalid


KUALA LUMPUR, 7 Mac — Kerajaan Selangor hari ini menyatakan kesediaan untuk mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) sementara menunggu pemegang konsesi syarikat yang bertanggungjawab air di Selangor membuat keputusan.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid berkata, Selangor, melalui anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) telah memulakan perbincangan dengan Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) berkenaan pelupusan aset air dan liabiliti.
“Demi kepentingan rakyat, kerajaan negeri sedia mempertimbangkan untuk terlebih dahulu mengambilalih SYABAS yang merupakan pengedar tunggal bekalan air bersih di Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Justeru, jelas Khalid, kerajaan negeri telah meminta KDEB mempertimbangkan kemungkinan mengambilalih pengagihan bekalan dan operasi SYABAS terlebih dahulu.
“Selepas itu, KDEB akan meneruskan mengambilalih syarikat konsesi lain iaitu Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan Konsortium ABBAS Sdn Bhd (ABBAS) yang mana KDEB sudah menjadi pemegang saham terbesar,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan petang tadi.
“Sementara itu, pengambilalihan satu lagi konsesi, Puncak Niaga Sdn Bhd bergantung kepada persetujuan KDEB dengan pemegang saham terbesar, Puncak Niaga Holdings Berhad,” kata Khalid lagi.

Penduduk Batu Pahat serbu buku 'The Black Rose'

 

(Salahudin dan Datuk Mahfodz bersama penyokong PAS di atas treler Negara Berkebajikan)

BATU PAHAT: Buku pendedahan bertajuk 'The Black Rose - cerita Deepak Jaikishan' terus mendapat sambutan setiap kali treler jelajah tiba di lokasi-lokasi di Melaka dan Johor.

Buku yang menceritakan mengenai akuan bersumpah pertama (SD1) dan kedua (SD2) yang dilakukan oleh penyiasat persendirian, Balasubramaniam (PI Bala) telah menarik minat rakyat tempatan yang ingin mengetahuinya dengan lebih terperinci apa sebenarnya berlaku.

Rakyat yang selama ini hanya sekadar mendengar tentang SD1 dan SD2 serta pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, namua dengan penjelajahan traler ini ia mampu memberi rakyat mengetahui cerita yang sebenarnya berlaku di sebalik kejadian tersebut.

Media perdana itu hanyalah 'political bouncers'

Pihak pimpinan UMNO dan BN semakin terhimpit dengan krisis keyakinan yang sedang mereka hadapi. UMNO sekarang mungkin telah sedar tiada apa yang kita sembunyikan selama ini akan kekal tersembunyi buat selama-lamanya. Perkembangan dan pembangunan industri media dan maklumat di dalam dunia tanpa sempadan ini sangat menyusahkan UMNO. Tiada apa yang buruk mereka lakukan tidak dapat disorokkan dan dengan sekelip mata sahaja akan diketahui umum.
Apabila sampai sahaja maklumat ke satu-satu tempat maka dengan pantas UMNO akan menghadapi kejatuhan tahap keyakinan rakyat terhadapnya. Tetapi UMNO masih ada sedikit saki-baki kawasan yang belum ditempuhi oleh maklumat dan di sinilah UMNO mengharapkan pergantungan sokongan dari kawasan itu untuk mengharapkan dukungan.
Sejak dua tiga hari ini pimpinan tertinggi UMNO meminta supaya rakyat jangan percaya dengan media baru yang sedang berkembang dengan pesat sekarang. Isu ini di jadikan isu harian oleh pimpinan UMNO kerana mereka tahu yang rakyat lebih percaya kepada kredibiliti media alternatif jika dibandingkan dengan media arus perdana. Bagaimana mungkin UMNO terus-terusan bertahan dengan menjadikan media arus perdana sebagai alat propaganda mereka.

Pendedahan Kerajaan Bayar Apco Untuk Burukkan Anwar, Najib Perlu Jawab

Datuk Seri Najib Razak perlu jawab pendedahan media antarabangsa bahawa beliau membayar AS$389,724.70 (RM1.2 juta) kepada penulis upahan, Joshua Trevino (gambar) untuk memburuk-burukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bayaran itu dilaporkan dibuat Perdana Menteri kepada bekas penulis ucapan Presiden Amerika Syarikat (AS), menerusi syarikat Israel, Apco Worldwide.

Ia bagi menyerang Ketua Umum KEADILAN dan kempen mempromosi pentadbiran Najib di mata dunia.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Najib perlu jelaskan pendedahan itu menjelang pilihan raya, apatah lagi dalam keadaan beliau berterusan membelanjakan jutaan ringgit bagi tujuan propaganda dan fitnah.

“Najib juga perlu jawab berapa banyak wang rakyat dibayar kerajaan kepada konsultan perhubungan awam, khususnya luar negara untuk menulis bahan-bahan anti Pakatan Rakyat dan Anwar?” katanya pada kenyataan hari ini.

Kerajaan Sulu didirikan oleh orang Minangkabau

Menurut penulis Indonesia - Mochtar Naim - kota Manila pula dibina oleh Raja Sulaeman juga dari Minangkabau.

PETALING JAYA: Seorang penulis Indonesia – Mochtar Naim – mendakwa Kesultanan Sulu di Selatan Filipina didirikan oleh orang Minangkabau yang tinggal di Sumatera.
Mochtar berkata, kerajaan Sulu di selatan Filipina didirikan oleh Raja Baginda dari Minangkabau.
“Manakala kota Manila dibina oleh  Raja Sulaeman dari Minangkabau,” katanya dalam tulisan bertajuk ‘Merantau: Pola Migrasi Suku Minangkabau’  tahun 1974.
Manakala penulis sejarah Universitas Andalas Profesor Gusti Asnan menyokong tulisan Mochtar yang mengaitkan orang Sulu dengan Minangkabau.
“Sangat masuk akal orang Sulu berasal dari Minangkabau, tapi tidak semua orang Sulu orang Minangkabau,” kata Gusti Asnan pada VIVANews semalam.
Menurut Gusti, sangat masuk akal dilihat dari pola permindahan orang Minangkabau yang luas.
Bukti ditemui pedalaman Kalimantan Tengah
Jejak Minangkabau boleh ditemui di Sabah, Sarawak, Sulu (Filipina Selatan), Kalimantan dan Brunei.

Anggota tentera Indonesia mengamuk bakar ibu pejabat polis

JAKARTA - Sekumpulan anggota tentera darat Indonesia yang mengamuk telah menyerang dan membakar sebuah bangunan ibu pejabat polis daerah di Sumatera Selatan pada Khamis, mengakibatkan sekurang-kurangnya empat anggota polis cedera dan sebahagian besar bangunan ibu pejabat itu musnah.
  
Mereka turut membakar dan memusnahkan beberapa buah kenderaan polis yang terletak dalam kawasan kompleks ibu pejabat polis daerah Ogan Komering Ulu itu, yang terletak di Kota Baturaja.
  
Dalam kekecohan yang berlaku itu serta musnahnya bangunan, sejumlah 16 tahanan polis mengambil kesempatan melarikan diri dari lokap ibu pejabat polis itu.
  
Jurucakap polis berkata kejadian pada pukul 8.30 pagi itu berpunca daripada kes penembakan mati seorang anggota tentera dari sebuah batalion tempatan pada Januari lepas oleh seorang anggota polis, kerana kesalahan lalu lintas.
  
Kumpulan anggota tentera yang mengenakan seragam celoreng itu dilaporkan pergi ke ibu pejabat polis daerah itu pada hari ini untuk mengetahui perkembangan terkini berhubung siasatan kes penembakan mati rakan mereka itu.

De Lima orders NBI to prepare 'airtight' raps vs Kiram's group


MANILA, Philippines – Department of Justice Secretary Leila M. De Lima on Thursday ordered the National Bureau of Investigation to prepare "airtight" cases against Sulu Sultan Jamalul Kiram III and his men for taking over the village of Lahad Datu, Sabah with arms last February 12.
The order was issued following the call of Kiram for a unilateral ceasefire with Malaysian security forces Thursday at 12:30 p.m.
De Lima told reporters in an ambush interview that the NBI is now on case build-up against Kiram and his men.
"Ang instruction nga ni Presidente is: prepare airtight charges... ang priority, siyempre, yung pagsasampa ng kaso dito sa Pilipinas," De Lima said.
"Ang focus ngayon ng imbestigasyon ng NBI, which is, actually, a priority of the NBI, is to determine the charges and mga ebidensya kinakalap na, charges in violation of Philippine laws. So yun ang ginagawa natin," De Lima added.
De Lima earlier announced Kiram's group might be charged with violation of Article 118, or inciting to war or giving motives for reprisals, of the Revised Penal Code, illegal possession of firearms, violations of the election gun ban, and illegal assembly, among others.

Tian Chua: Saya Hormati Jasa & Pengorbanan Pasukan Keselamatan Tapi BN Lempar Fitnah

Filem Pendek : Dakwah Marshmallow

Penang : Local Government Election

GE13 Showdown: The Chinese Factor in GE13

LGE :Extra Careful to Sabah

Sidang Akhbar Suruhanjaya Pilihan Raya Selepas Pertemuan Bersama Parti - Parti Politik. Bahagian 2

Sidang Akhbar Suruhanjaya Pilihan Raya Selepas Pertemuan Bersama Parti - Parti Politik. Bahagian 1

Demo dan Memo 'R'

Bodies in Semporna were mutilated, confirm police

Ops Daulat masih diteruskan

KPN: 32 penceroboh Sulu terbunuh semalam; jumlah keseluruhan 52

Pasukan keselamatan negara di Felda Sahabat, bersiap-sedia mempertahankan kedaulatan Sabah. — Gambar oleh Siow Feng SawLAHAD DATU, 7 Mac — Seramai 32 pemberontak Sul telah dibunuh sejak semalam, membawa jumlah keseluruhan kematian dikalangan penceroboh bersenjata warga Filipina di Sabah sebanyak 52 orang, kata pihak berkuasa hari ini.
Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin juga berkata serangan udara pada Selasa lalu ke atas kawasan persembunyian penceroboh Sulu di Kampung Tanduo bukan bertujuan untuk membunuh sesiapa, sebaliknya untuk “meneutralkan” pihak musuh supaya pasukan keselamatan dalam masuk tanpa sebarang tentangan.
“Serangan udara bukan bertujuan untuk membunuh,” kata Zulkifeli semasa sidang media bersama dengan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar hari ini.
“Jumlah keseluruhan musuh yang telah terkorban adalah sebanyak 52,” kata Ismail.

Lahad Datu: 52 gunmen killed in gunfights so far

Aplikasi ‘Berita Pakatan Rakyat’ di Blackberry Appworld

DSAI_BPRPETALING JAYA 7 MAC : Berita dari laman rasmi parti-parti Pakatan Rakyat iaitu Keadilan Daily, AnwarIbrahim Blog, Harakah Daily dan Roket Kini boleh dilayari di telefon pintar Blackberry Appworld dengan nama ‘Berita Pakatan Rakyat’.
Aplikasi yang dibangunkan Anwar Ibrahim Club (AIC) ini khusus untuk pemilik pelbagai versi Blackberry termasuk Playbook dan keluaran terbaru Blackberry Z10.
“Pengguna boleh memuat turun aplikasi secara percuma dari Blackberry Appworld melalui carian Pakatan Rakyat. Ia dilancarkan secara rasmi pada 7 Mac 2013,” kata wakil AIC kepada Keadilan Daily.
BPRKatanya, pengguna telefon pintar semakin ramai dan mereka selektif dalam mendapatkan maklumat. Justeru, ‘Berita Pakatan Rakyat’, adalah aplikasi khusus kepada mereka yang mahu merujuk kepada sumber rasmi parti.
Selain laporan rasmi dari media ‘Berita Pakatan Rakyat’, aplikasi ini turut menyelia khidmat e-mel, facebook, twitter dan kemas kini berita yang boleh disusun sendiri mengikut waktu oleh pemilik telefon pintar
Untuk muat turun, KLIK INI.

PRU13 : SPR minta penyokong tidak "meriahkan" pusat penamaan calon


PUTRAJAYA - Berdasarkan kepada pengalaman pilihan raya lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menasihatkan pemimpin dan penyokong-penyokong parti politik supaya tidak berhimpun terlalu ramai di pusat penamaan calon bagi memberi sokongan kepada calon yang bertanding.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, kerjasama yang diberikan dapat membantu Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berjalan dengan aman dan lancar.

"Apa yang saya tekankan supaya parti-parti politik tak perlu datang terlalu ramai sehingga kita perlukan tenaga polis yang ramai," ujar Aziz.

Keadaan ini juga katanya, boleh menyebabkan keadaan yang tidak diingini berlaku apabila ada pihak yang menimbulkan provokasi.

"Ia juga boleh kurangkan perbelanjaan parti sendiri, mengurangkan beban polis dan memudahkan SPR menjalankan tugas," jelas Aziz.

PRU Kawasan Insiden Pengganas Sulu Boleh Ditangguh - SPR

PUTRAJAYA: Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di kawasan yang terbabit dengan insiden pencerobohan pengganas Sulu boleh ditangguhkan sekiranya kawasan itu diisytiharkan darurat, kata pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Beliau berkata dari segi undang-undang terdapat peruntukan tertentu untuk membolehkan PRU di bahagian berkenaan ditangguhkan.
"Di bawah undang-undang jika keadaan darurat berlaku, maka SPR akan mengambil pertimbangan sebelum membuat keputusan muktamad tentang pilihan raya umum di kawasan itu," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Sabah conflict draws mixed views from Pinoys in Malaysia

SPR temu parti politik, terakhir sebelum PRU13


Abdul Aziz
Abdul Aziz bersalaman dengan Palanivel sebelum menyampaikan taklimat PRU13 pada majlis pertemuan SPR dengan pemimpin parti politik di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya, hari ini.
 
PUTRAJAYA -  Ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin hampir, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengadakan pertemuan kali ke-14 dan yang terakhir dengan parti-parti politik bagi menghurai dan menjawab berhubung pembaharuan dan penambahbaikan yang dilakukan agensi itu kali ini.

Menyifatkan suruhanjaya itu melakukan satu perubahan yang cukup besar kali ini, Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof meminta parti-parti politik memberi sepenuh kerjasama bagi memastikan pilihan raya dapat berjalan seperti yang diharapkan.

"Kami mohon kerjasama dan pertolongan pemimpin-pemimpin parti politik, penyokong hormatlah kepada SPR.

"Kami bukannya parti politik dan tak tanding dalam pilihan raya... sudah pasti ada kelemahan di sana sini tetapi beruruslah dengan SPR. Kita sudi perbaiki," ujar Aziz  ketika menyampaikan taklimat kepada pemimpin-pemimpin parti politik di pejabat suruhanjaya itu, hari ini.

Sebanyak 15 pembaharuan dan penambahbaikan itu yang diperkenalkan oleh SPR, antaranya penggunaan dakwat kekal.

Selain itu, SPR juga akan menjalankan undi awal yang baru kali pertama akan dilaksanakan.

Aquino says ‘no’ to Sulu Sultan extradition

Philippine President Beningo Aquino said the sultan will first have to face charges in the Philippines.

MANILA: In a move reminiscent of Malaysia’s actions toward billion-peso scammer Manuel Amalillo, President Benigno Aquino today rejected suggestions from Malaysia that Sulu Sultan Jamalul Kiram III be extradited for ordering his followers to go to Sabah, saying the latter has to first face criminal charges in the Philippines.
“From my perspective, let them face the issues. Let our citizens here in the country face the charges that we will be proffering first, then we will talk about other developments after they have satisfied the requirements of our laws,” Aquino said in an interview aired over state-run Radyo ng Bayan.
The president’s tack is similar to the one Malaysia used when the Philippines tried to arrest Amalillo, who fled to Sabah November last year after he was ordered arrested for scamming Filipinos of 12 billion pesos.
Sabah police arrested the Aman Futures Group owner for holding a “fake” Philippine passport late January and refused to hand him over to the Philippine government.
The president said he will not send the military to Sabah to rescue Kiram’s brother, Agbimuddin, and their followers who are still holed up in the island despite losing 23 members in a series of gunfights with Malaysian forces.

Malaysia mahu jadi hero atau pak sanggup? – Bekas Jeneral

KUALA LUMPUR 7 MAC:  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seolah-olah hendak menjadi hero dalam konflik di Asia Tenggara sedangkan gagal memahami situasi politik di rantau ini, kata Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Khatab.
Beliau merujuk tindakan Najib yang terlibat dalam perjanjian antara kerajaan Thailand dengan Barisan Revolusi Nasional (BRN), kumpulan pemisah di selatan Thailand, 28 Februari lalu.
Sebelum itu, pada Oktober tahun lalu, Najib menjadi penganjur kepada perjanjian kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), yang dikatakan antara punca krisis di Lahad Datu.
“Kita seolah-olah hendak menjadi juara dalam isu ini, sedangkan kita tak tahu apa dinamik politik dan pergolakan yang berlaku di Mindanao dan selatan Thailand,”
“Apakah kita (Malaysia) nak jadi hero atau Pak Sanggup sebagai orang tengah?,” katanya yang juga Pengerusi Majlis Rundingan Keselamatan KEADILAN.
Katanya, ketika negara sedang dibolosi penceroboh dari Selatan Filipina, Najib masih mahu menunjukkan kepada dunia kononnya mampu menyelesaikan konflik dan menganjur keamanan di Selatan Thailand.
Terdahulu, portal berita Filipina, Inquirer Globalnation, sebelum ini melaporkan, Sultan Sulu, Jamalul Kiram III menghantar kumpulannya ke Sabah kerana kecewa diketepikan dalam perjanjian damai antara Manila dan MILF.
Tragedi itu yang kini masuk minggu ke empat menyaksikan lapan anggota keselamatan negara terkorban.

Fitnah Sulu : Anwar fail saman Utusan dan TV3 esok


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memfailkan tuntutan samannya ke atas Utusan dan TV3 ekoran laporan fitnah media itu.

Saman itu akan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur jam 10.30 pagi esok, kata peguamnya N Surendran dan Latheefa Koya dalam kenyataan mereka hari ini.

Saman ini difailkan ekoran laporan media itu bahawa Anwar terlibat dalam kes pencerobohan ke atas Lahad Datu, sabah.

Dalam insiden pencerobohan tentera bersenjata Filipina di Sabah sejak 22 hari lalu, yang telah menyebabkan lapan anggota polis meninggal dunia,  Anwar menjadi mangsa tuduhan.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR itu dituduh 'dalang' kepada pencerobohan.
Utusan Malaysia sebelum ini mengeluarkan laporan bertajuk "Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?" dan  "Tiga kumpulan jadi dalang" mendakwa penglibatan Anwar dengan kumpulan bersenjata di Sabah.

TV3 dalam pada itu menggunakan perkataan 'dalang' dengan mengaitkan Ketua Pembangkang dalam insiden tersebut.

Perhimpunan Naik Angin!!! : Perkasa dianggap cuba cetus suasana provokasi


PASIR MAS: Perhimpunan yang dinamakan Orang Kelantan Naik Angin anjuran Pertubuhan Peribumi Perkasa Negara (Perkasa) dianggap boleh mencetus suasana provokasi ketika negara masih digugat isu Lahad Datu.

Program berkenaan yang dijangka diadakan pada Sabtu ini bertempat di padang Sekolah Menengah Panglima Raja Lemal dekat sini turut mengundang Tun Dr Mahathir Mohamad.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Pasir Mas, Mohd Alaudin Mat Nor berkata, tema perhimpunan itu seolah-olah mengundang provokasi dan keadaan yang tidak harmonis.

“Kita tidak tahu sama ada perhimpunan itu mendapat keizinan polis atau tidak kerana temanya sudah cukup mengundangkan provokasi.

“Lagi pun perhimpunan yang dianggap berbau hasutan itu mahu diadakan di kawasan sekolah, seolah-olah mahu mendedahkan pelajar kepada kelakuan kasar dan mengheret kepada Akta Hasutan,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas hari ini. (Gambar atas)

‘Selangor MB slams Tian Chua’ : Pejabat Menteri Besar Selangor gesa The Star tarik balik kenyataan


KUALA LUMPUR, 7 Mac — Pejabat Menteri Besar Selangor hari ini menggesa akhbar harian berbahasa Inggeris The Star menarik balik penyiaran artikel mereka kerana menggunakan tajuk yang berniat jahat berhubung kenyataan Menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap kenyataan Naib Presiden PKR Chua Tian Chang sebelum ini yang mengatakan insiden di Lahad Datu adalah konspirasi Umno.
“Saya merujuk kepada laporan berita di akhbar The Star yang bertajuk ‘Selangor MB slams Tian Chua’ yang disiarkan di muka surat 12, hari ini.
“Tajuk mengenai komen Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap YB Tian Chua itu dibuat dengan tidak bertanggungjawab, tidak tepat dan berniat jahat,” kata Setiausaha Politik menteri besar, Faekah Hussin, dalam satu kenyataan hari ini.
Jelas Faekah, tajuk yang digunakan The Star itu nyata bercanggah dengan laporan berita tersebut yang jelas tiada sebarang unsur membidas Chua.
“Tajuk ini bercanggah sama sekali dengan laporan berita itu sendiri ... tiada dalam laporan berita itu yang menyebut unsur-unsur membidas Tian Chua,” tegas Faekah.
Beliau turut menegaskan, The Star akan mengambil tindakan serta merta untuk menarik balik dan membuat permohonan maaf berhubung penyiaran artikel tersebut.
“Jika The Star gagal berbuat demikian, kita berhak untuk mengambil tindakan undang-undang.”
Akhbar berkenaan hari ini memetik kenyataan Khalid sebagai berkata, “... beliau menghormati dan yakin dengan usaha pihak polis dan tentera dalam mempertahankan kedaulatan negara. Khalid berkata beliau tidak fikir mana-mana pemimpin PKR akan membuat kenyataan sedemikian.”

Lahad Datu : Penceroboh kata 10 maut, 10 ditawan, 4 cedera


 
Jamalul Kiram III yang mendakwa sebagai sultan Sulu mengakui bahawa 10 orang pengikutnya di Lahad Datu maut semasa pertentangan dengan pasukan keselamatan Malaysia manakala 10 lagi ditawan.
Empat lagi pengikut berkenaan tercedera, kata jurucakap sultan itu menurut laporan agensi berita Reuters.

“Mereka tidak akan pulang, dan rela mati jika dikepung,” katanya, mengulas mengenai saki baki pengikutnya di Sabah.

Media Filipina ABS-CBN juga memetik kenyataan Idjirani bahawa kesultanan itu mahu mendapat khabar mengenai 10 anggota bersenjatanya yang ditawan pasukan keselamatan Malaysia.

IGP: Jeneral Sulu, 31 yang lain terbunuh semalam


Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata pasukan keselamatan Malaysia membunuh seramai 31 orang penceroboh Sulu dalam pertempuran di Tanjung Batu pada Rabu malam.
map sabah lahad datuKatanya, pasukan polis menerima laporan daripada komander di lapangan bahawa sejumlah musuh ditembak dan dipercayai terbunuh.

Beliau juga percaya, polis berjaya membunuh pemimpin kumpulan tersebut, berpangkat jeneral, katanya dalam sidang media di Felda Sahabat.

Jumlah penceroboh yang terbunuh setakat ini adalah 32 orang termasuk seorang di Kampung Tanduo pagi ini.

Lahad Datu: Malaysia rejects self-styled Sulu Sultan's unilateral ceasefire

Malaysia 32 Sulu militants killed yesterday, death toll now 52, say authorities


LAHAD DATU, March 7 – Thirty-two Sulu militants have been killed since yesterday, bringing the total death toll among the Filipino gunmen in Sabah to 52, the authorities said today.
Armed Forces chief Gen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (picture) said Tuesday’s air strikes against the Sulu gunmen holed up at Kampung Tanduo here were not meant to kill anyone, but to “neutralise” the enemy so that the security forces could move in without resistance.
“The air strikes didn’t plan to kill,” Zulkifeli said at a joint press conference here with Inspector-General of Police (IGP) Tan Sri Ismail Omar today.
“The total number of enemies that has fallen is 52,” said Ismail.

HKL Sahkan Semua Kakitangan Dilarang Menampal Pelekat Logo Pembangkang...Logo UMNO@BN boleh eh...????

HKL Sahkan Semua kakitangan Dilarang Menampal Pelekat Logo Pembangkang
SHAH ALAM, 7 MAC : Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengesahkah semua anggotanya tidak dibenarkan meletakan sebarang pelekat (sticker) yang mempunyai logo parti pembangkang sama ada di kenderaan masing-masing atau mana-mana bahagian di dalam premis HKL.
Arahan ini berkuat kuasa serta merta melalu sepucuk surat bertarikh 4 Mac 2013 dan tersebar luas di laman sosial Facebook.
Tv Selangor menghubungi pejabat Timbalan Pengarah HKL dan Pembantunya, Nur Hazlin Mohd Yunus mengesahkan perkara ini.
Surat yang ditandatangani Pengarah HKL, Datuk Dr Zaininah Mohd Zain menyatakan semua ketua jabatan, ketua bahagian dan ketua unit diminta untuk menasihat anggota di bawah jabatan atau seliaan masing-masing supaya mematuhi arahan berkenaan.
Selain itu, mereka juga perlu memastikan bahawa tiada anggota HKL melanggar arahan tersebut.
Sekiranya ingkar berbuat demikian, tidakan sewajarnya termasuk tindakan tatatertib boleh diambil terhadap mereka yang melanggar peraturan ini.

Sidang Media Ops Daulat bersama KPN & Panglima ATM - 7-3-2013

BT: Pamilya Kiram, nagdeklara ng unilateral ceasefire


32 Sulu intruders, group 'general' shot dead

LAHAD DATU (March 7, 2013): Security forces shot dead 32 Sulu intruders, including the "general" of the group during several gunfights in Kampung Tanduo and surrounding villages in the area since yesterday.

MNLF-Bangsamoro Army calls for peaceful solution to Sabah crisis

At a press conference in Cagayan de Oro on Thursday, Lt. Gen. Samie A. Tagalog (2nd, left), head of the MNLF-Bangsamoro Armed Forces in Northern and Eastern Mindanao, is joined by his top brass in calling for a peaceful solution to the Sabah crisis. Gerry Gorit

Jacel Kiram, Mariel Rodriguez visit wife of Raja Muda in Tawi-Tawi

Mariel Rodriguez (left), wife of actor Robin Padilla, and Dayang Dayang Jacel Kiram (right) talk to Sulu Princess Hadja Nurkisa Kiram, wife of Raja Muda (Crown Prince) Agbimuddin Kiram during a visit in Simunul, Tawi-Tawi on Thursday. Sulu Sultan Jamalul Kiram III has declared a unilateral ceasefire in Sabah and ordered his younger brother, Raja Muda, to observe evasive and defensive postures against the Malaysian forces. Ian Cruz

Malaysians call for 'unconditional surrender' of Sulu gunmen

Malaysian demonstrators display posters of Sulu Sultan Jamalul Kiram III during a protest outside the Philippine Embassy in Kuala Lumpur on Thursday. Malaysian Defense Minister Zahid Hamidi said they will not agree to a ceasefire unless the Sulu sultan's fighters 'surrender unconditionally.' AFP/Najjua Zulkefli

Sulu sultan offers prayers for victims of Sabah standoff

After declaring a unilateral ceasefire in Sabah on Thursday, Sulu Sultan Jamamul Kiram III and his supporters in Taguig City offer prayers for the victims of violence in Sabah. Kiram III also thanked the United Nations and the media for their support. Danny Pata

Defense Minister rejects Sulu Sultan's call for "unilateral ceasefire"

Sidang Media Ops Daulat bersama Najib Di Lahad Datu - 7-3-2013

Lahad Datu : Mohon Pencerahan....!!!

Al Fatihah Pada Semua Perwira Negara Dan Orang Islam Yang Terkorban .....Tapi Penjelasan Perlu....!!!! Jangan Mangsakan Umat Islam Atau Orang Sendiri.....

Nur Misuari pertikai gambar yang Zahid Hamidi tunjukkan semalam..

Nur Misuari atau Nurallaj Misuari yang merupakan pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) melalui laman FaceBook miliknya telah mempertikaikan akan kesahihan gambar-gambar yang didedahkan oleh Zahid Hamidi semalam.

Dengan meletakkan beberapa keping gambar anggota Komando Polis VAT69 yang terlibat dalam ‘Operasi Daulat’ dan juga gambar yang didedahkan oleh Menteri Pertahanan semalam beliau mempersoalkan ‘What is the truth?’..


‘Malaysian Black Commandos or Tausug Warriors?’ tulisnya lagi.

Beliau turut meminta orang ramai menjadi hakim bagi menentukan adakah kebenaran disembunyikan dari pengetahuan orang awam di Malaysia..


Semalam Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mendedahkan gambar-gambar 13 mayat penceroboh? Filipina yang telah ditemui selepas pasukan keselamatan melancarkan serangan udara dikawasan persembunyian kumpulan penceroboh? Sulu di kampung tersebut.

Menteri Pertahanan menunjukkan dua gambar beberapa mayat berpakaian biru tua kepada media, terbaring dan dipenuhi dengan kotoran, sambil berkata salinan gambar tersebut akan diedarkan kepada media kemudiaannya.

Hapus semua militan baru gencatan senjata - Zahid

(Hapus dulu semua militan sebelum genjata senjata, kata Zahid melalui twitter)
 
KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamid meminta semua pihak jangan percaya dengan tawaran gencatan senjata oleh Sultan Sulu, Jamalul Kiram.

"Demi kepentingan rakyat Sabah dan seluruh rakyat Malaysia, hapuskan dulu semua militan," kata Zahid dalam mesejnya melalui twitter.

Beliau juga berkata, "genjatan senjata satu pihak tidak diterima oleh Malaysia kecuali kalau militan menyerah diri tanpa syarat."

Beliau dipercayai mengulas pengumuman gencatan senjata sebelah pihak yang dibuat oleh Jamalul Kiram III tengahari tadi.

Sultan Sulu, Jamalul Kiram III memohon diadakan genjatan senjatan berikutan kematian ramai pengikutnya di Lahad Datu.

Pengumuman ini dibuat beliau di  Astanah Kiram, Kampung Maharlika, Taguig City, jam 12:26 tengahari tadi.

Di samping meminta pengikutanya mematuhi genjatan senjata itu beliau juga meminta kerajaan Malaysia juga mengisytiharkan genjatan senjata bagi mengelakkan kehilangan nyawa yang lebih besar.

Temubual radio Filipina dengan Anwar: PM perlu bincang dengan PR


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dicadangkan supaya mengadakan pertemuan dengan pemimpin Pakatan Rakyat untuk membincangkan perkembangan di sabah sekarang.

"Saya mencadangkan agar dia membenarkan pertemuan formal antara dia dengan pemimpin pembangkang," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pertemuan ini, kata Anwar perlu untuk saling memahami dan bekerjasama.. "tetapi dia sebagaimana sebelum ini tidak pernah memberikan respon," kata Anwar.

Anwar berkata demikian dalam wawancara khas melalui telefon dengan radio Filipina, Philippine Inquirer yang dirakamkan hari ini.

Anwar mengaku, ada perbezaan pendapat antara PM dengan pembangkang, "tetapi bila datang situasi di Sabah dan Lahad Datu sekarang, saya meminta dia membenarkan satu mesyuarat formal."

Who will win GE13? Economist Intelligence Unit clarifies Malaysia report

Binay, UNA caution Aquino on Sabah 'conspiracy theory'


SAN MIGUEL, Bulacan -- Vice President Jejomar Binay and senatorial candidates of the United Nationalist Alliance cautioned President Benigno Aquino III on Thursday against harping on an alleged “conspiracy” behind the Sabah sojourn by followers of Sulu Sultan Jamalul Kiram III.
Binay said it is too early to talk about a conspiracy since the Department of Justice has not yet determined what, if any, criminal offense to charge Kiram and his followers with.
"Inaaral pa iyan ng DOJ, kaya ang sabi ko sa inyo, ano ba kaya ang criminal offense? 'Pag walang criminal offense eh, nasaan ang (The DOJ is still studying it, so I am telling you, what is the criminal offense? If there is no criminal offense, then where is) conspiracy? Of course, the basis of conspiracy is they conspired with each other to commit a criminal offense, so sa tingin natin, ano ba ang kasalanan (in our opinion, what is the crime)?" Binay said in an interview at the sidelines of an UNA rally here.
"How can you charge somebody of conspiring when you don't know that there's an offense committed?" he added.
He said the DOJ should be left to do its job investigating what led the sultan’s followers to go to Sabah, where they have since engaged Malaysian security forces in battle.