Sabah diceroboh KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Tian Chua menafikan tuduhan beberapa blog pro-Umno yang memfitnahnya - kononnya mengeluarkan kenyataan menghina dua bekas anggota polis komando yang terkorban dalam kejadian tembak-menembak di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah, Jumaat lalu.

Malah tuduhan blogger terbabit tidak berasas apabila mengatakan beliau mengeluarkan kenyataan tersebut di Puchong walhal pada hari yan g sama berada di Johor.

"Mereka menuduh saya berada di Puchong bagi ucapan dengan kata-kata yang menghina komando yang syahid itu.

"... buktinya dalam twitter, saya berada di Johor, saya tidak pernah bagi ucapan yang menyentuh pasukan keselamatan dari awal hingga sekarang," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui pada Persidangan Antarabangsa Pilihan Raya Umum ke-13 Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini.