Jumaat, 1 Mac 2013

Ustaz Azhar Idrus - Undi Umno masuk NERAKA

BATAL FORUM POLITIK BUKTI UMNO PERBODOH MAHASISWA

Pembatalan forum politik yang dijangka berlangsung 4 Mac ini di UIAM bukti campur tangan politik yang kritikal terhadap universiti. Ini adalah projek pembodohan terhadap mahasiswa. Apa masalah dengan wacana dan perbincangan ilmiah berkenaan politik dalam keadaan negara di ambang PRU? Wacana yang bertajuk "Forum PRU13: Harapan Malaysia" seharusnya dilihat sebagai medium memberi pendidikan politik kepada mahasiswa. Panel yang dijemput juga dari tokoh akademia dan wakil parti kerajaan dan oposisi. Harus kenapa perlu takut dan dibatalkan? Biarkan mereka berforum dan berhujah dalam menyuburkan nilai intelek dalam universiti.
Sebelum ini fenomena yang sama berlaku di Universiti Malaya. Seminar Politik dan PRU13 yang dianjurkan UMCEDEL diberi arahan supaya membatalkan jemputan terhadap ahli politik. Dalam seminar tersebut sepatutnya YB Khairy Jamaludin, YB Kamalanathan, YB Datuk Husam Musa dan YB Nurul Izzah dijadualkan berkongsi pentas dalam satu slot forum politik.

Malaysia tetap stabil walaupun kerajaan bertukar, kata pakar ekonomi AS

KUALA LUMPUR, 1 Mac — Pertukaran sesebuah kerajaan dalam Pilihan Raya 2013 tidak bermakna kestabilan ekonomi dan sosial Malaysia akan tergugat, kata pakar ekonomi Amerika Syarikat Nouriel Roubini hari ini.
Nouriel Roubini: Mengambil bahagian dalam forum “Datum Economic Forum 2013” di Kuala Lumpur. — Gambar fail ReutersRoubini menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang memiliki kekuatan dalam proses demokrasi dan ekonominya diiktiraf diperingkat antarabangsa, dua faktor ini dilihat beliau sebagai faktor utama menjamin kestabilan dalam negara ketika ini serta dijangka kesinambungannya akan berterusan.
“Sudah pastinya tidak lama lagi pilihan raya yang demokratik berlangsung dalam negara ini dan terdapat ketakpastian dalam pilihan raya ini,” kata Roubini (gambar) dalam satu forum “Datum Economic Forum 2013” di ibu kota hari ini.
“Saya ingin berkata, tidak kira apapun keputusannya, negara ini sudah menunjukkan kestabilan politik dan institusi.”
Pakar ekonomi tersebut yang terkenal dalam ramalannya keatas kejatuhan ekonomi di Amerika pada 2008 dan 2009 walaubagaimanapun memberikan pandangan kestabilan tersebut hanya akan kekal sekiranya proses demokratik berjalan dengan baik jika tidak sebaliknya akan berlaku seperti “Kebangkitan Negara Arab”.
“Oleh sedemikian, selagi terdapat proses demokratik dan selagi kejelasan politik selepas pilihan raya ia pastinya adalah sesuatu yang positif.
“Walaubagaimanapun, pastinya terdapat ketakpastian yang kecil,” tambah beliau lagi.
“Oleh sedemikian, selagi terdapat proses demokratik dan selagi kejelasan polisi selepas pilihan raya ia pastinya adalah sesuatu yang positif.

Ekonomis sambut baik manifesto Pakatan

10th malaysia plan forum 180610 terence gomezEkonomis menyambut baik manifesto Pakatan Rakyat sebagai satu kajian yang bernas mengenai masalah yang menjejaskan ekonomi Malaysia walaupun ada keraguan tentang beberapa langkah-langkah gabungan itu yang dilihat lebih populis.

Pengkritik berkata antara kelemahan ialah kekurangan visi yang lebih luas untuk menyatukan semua rakyat Malaysia.

Secara umumnya, mereka berkata, jika dilaksanakan, manifesto itu akan menjadi rahmat kepada ekonomi Malaysia dan menangani beberapa perkara seperti jurang kekayaan dan ketirisan yang berlaku dalam ekonomi yang pernah dianggap sebagai paling dinamik di Asia Tenggara.

"Sebagai manifesto pilihan raya, ia adalah menyeluruh dan ditulis
dengan agak baik. Ia menangani isu-isu serius di Malaysia yang perlu ditangani oleh mana-mana kerajaan," kata pakar ekonomi-politik Universiti Malaya, Terence Gomez (kiri).

Iklan Najib di Youtube, berapa kosnya?


Belum lagi terjawab berapakah jumlah yang telah dibelanjakan dari duit rakyat untuk membeli semuka penuh iklan di akhbar Washington Post bagi tujuan mengucapkan tahniah kepada Rosmah pada April 2011 lalu, kini terpampang pula iklan Moving Forward Together With Najib Raza’ di laman utama Youtube.
Promosi habis-habisan pembinaan imej Presiden Umno dalam rangka untuk mengekalkan tampuk kuasa menjelang PRU13 ini, tentunya menelan jutaan ringgit lagi wang rakyat.

Tak cukup dengan memanipulasikan segenap ruang media perdana yang ada di Malaysia, sedang berlangsung sekarang jelajah Presiden dan Timbalan Presiden Umno ke seluruh negara untuk berkempen yang kosnya juga dibayar dari wang rakyat, menggunakan kemudahan milik rakyat sama ada pesawat khas yang dinaiki, helikopter, sekolah atau premis milik rakyat, peruntukan jamuan yang dibayar dari duit rakyat, cenderahati untuk Presiden Umno juga dibeli dari duit rakyat, belum lagi dikira kakitangan kerajaan yang sepatutnya berkhidmat untuk rakyat tetapi dikerah hadir ke program Presiden Umno dengan dibayar sagu hati dari duit rakyat juga.

PM anugerah projek keretapi KL-Singapura kepada kroni?

Syed Mokhtar bersama NajibKUALA LUMPUR 1 MAC: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu jelaskan perincian tender pembinaan keretapi laju menghubungkan Kuala Lumpur-Singapura kerana bidaan projek itu diragui tanpa melalui tender terbuka.
Syed Mokhtar bersama Najib
Ini berikutan laporan menyatakan kerajaan Johor dan jutawan, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary akan bersaing bagi merebut projek tersebut.
Perdana Menteri mengumumkan projek bernilai antara RM20 bilion hingga RM30 bilion itu pada 19 Februari lalu, selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.
Turut bersaing merebut projek itu, YTL Corporation, syarikat milik Tan Sri Dr Yeoh Tiong Lay dan Hartasuma Sdn Bhd milik Tan Sri Ravindron Menon, Ahli Lembaga Pengarah Lebuhraya Utara Selatan (Plus).
Mengulas laporan tersebut, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Johari Abdul mahu kerajaan bentangkan perincian proses tender itu.
“Najib perlu jelaskan sama ada tender kontrak tersebut dibuat secara terbuka atau hanya kepada kroni jemputan? Berdasarkan laporan syarikat yang bersaing, didapati ia hanya di kalangan jemputan,” katanya ketika dihubungi.
“Di sini sudah terang lagi bersuluh tender dibuka kepada kroni,” sinis Johari.

Lahad Datu: Takziah buat keluarga polis terkorban - Lajim

 (Gambar Terakhir Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat)



KUALA LUMPUR: Pengerusi Pejuang Perubahan Sabah (PPS), Datuk Seri Panglima Lajim Ukin mengucapkan takziah kepada keluarga anggota polis Malaysia yang terkorban dalam insiden tembakan antara pihak keselamatan Malaysia dan penceroboh di Lahad Datu hari ini.


"Saya mengucapkan takziah kepada keluarga anggota polis yang terkorban dalam insiden tersebut dan berharap mereka bersabar.

"Namun bagi saya isu tuntutan tersebut sepatutnya boleh dilakukan secara rundingan damai bukannya melalui keganasan, kerana akibat dari insiden tersebut menyebabkan banyak keluarga akan kehilangan ahli keluarga," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Malah menurut beliau lagi, isu pencerobohan ke negara ini tanpa melalui saluran yang sah adalah bertentangan dengan undang-undang negara ini.

GM13 mahu RTM sedia platform debat PM

SHAH ALAM – Gerakan Mahasiswa Pilihan Raya Umum Ke-13 (GM13) berharap pihak RTM dapat menjadi platform dengan menganjurkan debat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan polisi negara dan manifesto mahasiswa.

Pengerusinya, Syis Abd Kadir berkata, untuk tujuan itu, pihaknya sudah menyerahkan surat permohonan rasmi kepada RTM hari ini.

“Walaupun kami dihalang masuk ke dalam bangunan RTM oleh pihak polis, kami berjaya menyerahkan surat tersebut di pintu gerbang dan diterima oleh Pengarah Bahagian Pengurusan RTM, Mohd Nadzir Don.

“Matlamat kami mengadakan debat ini  kerana kami mahu hujah berlawan dengan hujah secara ilmiah kerana itulah satu-satunya cara terbaik dan sekali gus dapat mendidik masyarakat,” katanya.

Beliau menambah, pemilihan RTM sebagai medium untuk debat itu dibuat kerana agensi penyiaran tersebut merupakan ejen penerangan kepada negara dan berharap GM13 akan mendapat surat balasan sebelum Rabu depan.

UIA arah siswa batal forum PRU

Forum berkaitan pilihan raya yang dibakal dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa Univerisiti Islam Antarabangsa (MPMUIA) dibatalkan atas arahan pihak universiti itu.

Forum bertajuk PRU13: Harapan Malaysia yang dijadual berlangsung pada 4 Mac ini dibatalkan disebabkan oleh "hal-hal yang tidak dapat dielakkan".

Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, Presiden MPPUIA Muhammad Hamidi Zamri mengesahkan perkara tersebut selepas pihaknya menerima surat pembatalan daripada Dekan Hal Ehwal Pelajar Dr Akmal Khuzairy Abdul Rahman dua hari lalu.

"Kami difahamkan tidak dibenarkan program politik di kampus, sebab nak mengelak mudarat lebih besar... Kami tertanya-tanya sebab (sebenarnya) pembatalannya," katanya.

Muhammad Hamidi juga berkata pihaknya kesal dengan pembatalan program itu, sedangkan mereka telah membuat 80 peratus persediaan termasuk di Dewan Pusat Aktiviti Kebudayaan (CAC).

Serangan Lahad Datu Cuba Melenyapkan Pendedahan Bala


SHAH ALAM 1 MAC: Serangan polis ke atas kubu kumpulan penceroboh dari selatan Filipina hari ini dipercayai bermotifkan politik dengan cubaan Kerajaan Umno-BN melenyapkan pendedahan P. Balasubramaniam berkenaan misteri pembunuhan Altatunya.
Lahad DatuMenurut Ketua Angkatan Muda PKR Pusat, Shamsul Iskandar Md Akin, tanggapan rakyat akan ke arah ini kerana Kerajaan Pusat seharusnya tidak membenarkan perkara ini berlanjutan jika tindakan diambil daripada awal.
“Kerajaan Umno-BN tidak boleh menyalahkan rakyat dengan persepsi ini, kelemahan ketara dalam kabinet apabila Menteri Luar, Datuk Anifah Aman gagal menggunakan saluran diplomatik menyelesaikan isu ini sehingga mengancam keselamatan rakyat Sabah.
“Dan rakyat berhak menyatakan tindakan serangan ini sebagai sesuatu yang dirancang ditengah-tengah kehangatan manifesto Pakatan Rakyat dan kepulangan penyiasat persendirian Bala yang mahu mendedahkan siapa sebenarnya terlibat dalam pembunuhan wanita Monggolia Altantuya Shariibu,” kata Iskandar.

Lahad Datu : Jenazah komando terkorban tiba di Subang malam ini

Jenazah dua anggota komando polis pasukan gerakan khas 69 Komando yang terkorban dalam pertempuran dengan sekumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina di Lahad Datu, Sabah, hari ini, diterbangkan ke ibu negara malam ini.
  
Penerbangan itu dijadual tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada kira-kira 11.30 malam, kata Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yusof kepada Bernama.
  
Anggota terkorban yang berkhidmat di Kem Ulu Kinta itu ialah Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dan Koperal Sabarudin Daud, 46.
  
Allahyarham Zulkifli, yang berasal dari Kampung Kubang Ikan, Besut, Terengganu, meninggalkan seorang isteri, Noraziah Noor dan dua anak lelaki berusia empat dan satu tahun.
  
Sementara Allahyarham Sabarudin meninggalkan seorang isteri, Nurunisa Abu Bakar, dua anak lelaki dan seorang anak perempuan.
  
Allahyarham berasal dari Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor dan alamatnya kini adalah di Kem Polis Komando Ulu Kinta, Perak.

Tiga anggota komando polis yang cedera dalam kejadian itu ialah Koperal Mohd Tarmizi Hashim, 32, Koperal Azman Ampong, 39, dan Konstabel Mohamad Qaiyum'aiqal Zolkifli, 22.

Altantuya : PERKASA lapor polis minta Bala henti ceramah

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Selangor hari ini membuat tujuh laporan polis meminta supaya penyiasat persendirian P Balasubramaniam menghentikan siri ceramah yang didakwa memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
  
Yang Dipertua PERKASA Selangor, Abu Bakar Yahya berkata tindakan Balasubramaniam mengaitkan Perdana Menteri dengan satu kes pembunuhan, merupakan fitnah yang serius serta boleh mengundang buruk sangka terhadap pemimpin nombor satu negara itu.
  
"Kami berharap pihak berkuasa menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap Balasubramaniam yang difahamkan sudah mula mengadakan ceramah dan forum mengenai dakwaan ini," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
  
Beliau berkata jika benar Balasubramaniam mempunyai bukti kukuh, dia sepatutnya tampil dan menyerahkannya kepada polis bagi membolehkan siasatan dilakukan, bukan menyebarkannya sesuka hati tanpa usul periksa.
  
Abu Bakar berkata jika Balasubramaniam enggan, ini jelas bahawa dia sebenarnya berniat jahat dan menjadi alat kepada pihak tidak bertanggungjawab serta boleh mendatangkan bahaya kepada keamanan negara.
  
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob ketika dihubungi mengesahkan mengenai laporan polis itu.

PERBUATAN BIADAP MEMFITNAH TGNA SEBAGAI ULAMA HAIWAN DIKESAN!!!!



Lokasi : Jalan masuk ke Fasa 3 Taman Cempakasari, Klang, Selangor

Tarikh/waktu rakaman:  01/03/13 jam 1.30 tgh.

Rakaman gambar sebidang kain rentang yang dipercayai kuat dipasang oleh juak-juak PERKASA/WARIS MALAYA/PEKIDA dan Pemuda UMNO Bahagian Kapar telah Omak kau kesan setelah mendapat maklumat dari orang ramai di Jalan masuk ke Fasa 3, Taman Cempakasari, Klang Selangor sebentar tadi.

Sebidang kain rentang yang tertulis " NIK ABDUL AZIZ ULAMA HAIWAN "

Macam-Macam Runtuh, Petanda Era BN Juga Bakal Runtuh!

Oleh Shahbudin Husin
Sebuah jambatan yang sedang dalam pembinaan runtuh berhampiran Putrajaya semalam. Sebelum ini berlaku juga tanah runtuh, bumbung stadium runtuh, rumah di lereng bukit runtuh dan macam-macam lagi yang runtuh.

Jika mahu dikira dengan moral dan akhlak yang turut runtuh setiap hari, negara kita mungkin dikira tempat yang paling banyak sekali berlaku perkara-perkara runtuh.

Beberapa hari sebelum itu, bekas penyiasat persendirian yang terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya, P Balasubramaniam muncul untuk kali pertama di Dewan Perhimpunan Cina Selangor mendedahkan rentetan cerita mengenai peristiwa yang melibatkan rakan karib Najib iaitu Razak Baginda. Tujuannya tidak lain ialah untuk meruntuhkan imej dan moral Najib menjelang pilihanraya umum ini.

Beliau yang sejak beberapa tahun melarikan diri ke India selepas menukar akuan bersumpahnya, kini bersumpah sekali lagi sambil memegang kitab suci agama Hindu, Bhagawad Gita bahawa akuan bersumpah pertamanya yang mengaitkan nama Najib dalam kes pembunuhan Antantuya adalah benar manakala akuan bersumpah kedua yang dipaksakan keatasnya adalah palsu.

Beliau juga bertekad kepulangannya kali ini ialah untuk membantu Pakatan Rakyat menumbangkan BN. Tidak dapat tidak, dengan kepulangan Bala dan pendedahan yang dilakukannya itu serta disiarkan pula secara meluas di media internet, nama baik dan imej Perdana Menteri turut runtuh di mata umum.

Manifesto Pakatan tunai tuntutan siswa mahu Auku & PTPTN dimansuh

ks-bawaniKUALA LUMPUR 1 MAC: Tawaran Pakatan Rakyat untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) amat dialu-alu mahasiswa, kata aktivis mahasiswa, KS Bawani.
“Semua tawaran untuk mahasiswa dalam Manifesto Pakatan sudah lama dituntut mahasiswa. Manifesto tersebut sangat berkesan untuk membela kebebasan mahasiswa,” kata mahasiswi Undang-undang Universiti Utara Malaysia itu ketika dihubungi.
Pakatan menawarkan penghapusan PTPTN dan memberi pendidikan percuma kepada pelajar termasuk yuran pengajian tinggi di semua institusi awam ditanggung kerajaan.
“Itu paling kita setuju. Mekanismenya dengan memiliknegarakan PTPTN dan menukar kepada biasiswa,” saran Bawani.
Manifesto itu turut menyebut tentang pemansuhan Auku dalam tempoh 100 hari pentadbiran Pakatan dan menjamin kebebasan akademik kepada cendekiawan, pemikir, kakitangan dan pelajar di semua institusi pengajian seluruh negara.
Mengulas perkara itu, Bawani berkata, Auku yang menyekat kebebasan akademik patut dihapus dan pindaan kepada pentadbiran universiti juga perlu dilakukan.

Lahad Datu: Umat Islam diseru adakan solat hajat


KOTA KINABALU: Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah hari ini menyeru kepada semua umat Islam di seluruh negara untuk mendirikan solat hajat secara berterusan bagi memelihara dan menyelamatkan negara ini daripada pencerobohan luar yang kini telah menumpahkan darah.
Ketuanya, Nuruddin Ibrahim berkata, pihaknya juga mencadangkan kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) agar dapat mengeluarkan arahan kepada seluruh masjid dan surau di negeri ini untuk melakukan solat hajat bagi tujuan tersebut.

“Kita minta kepada semua masyarakat Malaysia agar sama-sama mendirikan solat hajat sama ada secara bersendirian mahupun berjemaah bagi mendoakan keselamatan di bumi Sabah ini.

“Kita juga telah memohon kerjasama pihak berkuasa agama negeri untuk mengarahkan masjid dan surau di seluruh negeri ini bagi mengadakan solat hajat.

“Ini dapat menunjukkan kebersamaan dalam memastikan negara dan negeri ini berada dalam keadaan aman dan terpelihara daripada bahaya petaka,” ujarnya.

Sehingga kini, dua anggota polis Malaysia dilaporkan terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

SPR tunjukkan diri sebagai benteng terakhir BN?

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah membuat saranan agar mana-mana parti tidak mengadakan demonstrasi sekiranya kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Kenyataan ini menunjukkan kecenderungan SPR dalam menjustifikasi perbuatan badan itu yang selama ini menjadi benteng terakhir kepada parti pemerintah untuk kekal berkuasa.

Seperti kata Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa, kenyataan tersebut sekali gus membungkus terus harapan rakyat untuk melihat suatu pilihan raya yang adil dan bersih berlaku dalam PRU13.
Malah selaku parti lawan kepada pemerintah, PAS dan Pakatan Rakyat melihat bahawa ia sebagai satu ‘hint’ kepada keputusan pilihan raya akan datang.
Pilihan Raya Umum Ke-13 dijangka menjadi pilihan raya yang paling kotor dalam sejarah jika pengendalinya masih lagi statik prinsipnya yang bias kepada kerajaan memerintah.
Telahan Husam ini ada benarnya dengan melihat kepada analisis bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman bahawa perubahan yang kini dilakukan SPR bukanlah merujuk kepada perkara pokok yang menjamin pilihan raya di negara ini adil dan bersih.
Isu paling pokok dalam perjalana pilihan raya yang adik dan bersih adalah daftar undi dan akses media yang sehingga ke hari ini tidak diselesaikan oleh SPR.
Apabila Pakatan Rakyat menimbulkan isu daftar pemilih yang kotor, ada sahaja jawapan oleh SPR yang menjustifikasi perbuatan mereka bersama agensi lain kerajaan sebagai molek dan tiada cela.
Malah alasan kononnya jika pilihan raya berjalan dengan tempang, masakan pembangkang boleh menang dalam pilihan raya dibeberapa buah negeri langsung tidak logik.

Belum pernah lagi kita alami kerajaan yang terlemah seperti sekarang

Tidak pernah lagi kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang paling ‘controversial’dalam sejarah negara seperti yang kita ada sekarang. Tidak juga mengalami keadaan parti pemerintah yang paling lemah dan paling mahal untuk di kekalkan. Rakyat terpaksa menanggung beban yang terlalu mahal dan ia boleh di ibarat kan sebagai ‘mahal rantai dari beruk’. Harga beruk-beruk nya tidaklah berapa mahal tetapi harga rantai nya yang lebih mahal.
Masalah bukan sahaja hinggap kepada batang tubuh Perdana Menteri itu sahaja tetapi juga kepada ahli-ahli keluarganya sekali, terutamanya isteri beliau sendiri. Isterinya telah menghadapi sebegitu banyak masalah dan isu termasuklah isu-isu yang berkaitan dengan jenayah seperti yang di sebarkan oleh ramai di seluruh negara.
Kalau hendak di ikut etika kepimpinan negara demokrasi yang sebenarnya, Najib sepatutnya meletakkan jawatan kerana dalam demokrasi itu semangatnya wajar di berikan perhatian. Demokrasi bukan sahaja isu menang kalah dalam pilihanraya tetapi ia juga melibatkan moral itu sendiri. Apabila seseorang pemimpin utama menghadapi isu-isu yang besar dan menjadi bualan rakyat ramai, ia merupakan petanda dan permulaan bagi sesebuah negara itu hancur dan hilang ke tamaddun nya secara beransur-ansur.

Pas yakin BN akan tiru manifesto Pakatan


JANGAN anda terkejut seandainya Barisan Nasional (BN) mengumumkan penurunan harga minyak menjelang pembubaran Parlimen.
Sehingga kini mereka telah mengisytihar penurunan cukai kereta import dari Jepun dan Australia.
Manifesto PR Semalam pula, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia, Datuk Ismail Sabri mengisytiharkan 1Malaysia 1 Harga, mirip penghapusan sistem kobotaj, bagi menghapuskan sistem dua harga antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.
Pas yakin akan ada lagi beberapa idea manifesto Pakatan Rakyat (PR) akan ditiru oleh BN memandang mereka telah kehabisan idea baru terutama yang melibatkan kepentingan rakyat.
Walaupun berhadapan dengan pelbagai kritikan selepas pembentangan manifesto PR, Pas yakin mereka akan meniru tanpa segan silu kerana tawaran PR telah terbukti mendapat sokongan rakyat.
Pengalaman Pas di Kelantan yang telah mendahului pelbagai perubahan seperti sistem kerja lima hari, cuti bersalin 60 hari, pemberian khairat kematian dan kebajikan lain akhirnya ditiru oleh kerajaan BN, walaupun di peringkat awal mereka mengecam Pas dengan pelbagai tuduhan.
Bertolak kepada pengalaman tersebut, tidak mustahil mereka sanggup menurunkan harga minyak demi mendapatkan sokongan rakyat.
Kita tetap dengan tawaran kita, berapa mereka turun sekalipun PR tetap akan menurunkan di bawah harga semasa bila kita memenangi PRU akan datang.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan Pas Pusat

Persoalan Asas Tragedi Berdarah Lahad Datu – Bagaimana Boleh Tembus?


Ini persoalan asas, bagaimana perairan negara kita kononnya terkawal ditembusi oleh lebih 500 sentinal Sulu ?
Mana kapal selam? mana kapal peronda yang diresmikan oleh Rosmah sebelum ini?
Jika perkara ini ditangani dengan lebih awal, sebelum mereka berminggu-minggu berkampung…


Ini persoalan asas, bagaimana perairan negara kita kononnya terkawal ditembusi oleh lebih 500 sentinal Sulu ?
Mana kapal selam? mana kapal peronda yang diresmikan oleh Rosmah sebelum ini?
Jika perkara ini ditangani dengan lebih awal, sebelum mereka berminggu-minggu berkampung…
- See more at: http://anakmudamalaysia.com/2013/03/fakta-pilihan-persoalan-asas-tragedi-berdarah-lahad-datu-bagaimana-boleh-tembus/#sthash.pIrFvJjj.dpuf
PERSOALAN ASAS

Ini persoalan asas, bagaimana perairan negara kita kononnya terkawal ditembusi oleh lebih 500 sentinal Sulu ?
Mana kapal selam? mana kapal peronda yang diresmikan oleh Rosmah sebelum ini?
Jika perkara ini ditangani dengan lebih awal, sebelum mereka berminggu-minggu berkampung…
- See more at: http://anakmudamalaysia.com/2013/03/fakta-pilihan-persoalan-asas-tragedi-berdarah-lahad-datu-bagaimana-boleh-tembus/#sthash.pIrFvJjj.dpuf

Najib Razak dan Hishammuddin perlu bertanggungjawab isu Lahad Datu


Insiden Lahad Datu: Rakyat Harus Tolak Kerajaan Lemah Segala Bidang
Pertempuran darah yang berlaku di Lahad Datu yang menyebabkan kematian dua komando PDRM adalah kemuncak 'kelemahan' kerajaan yang dipimpin oleh Umno Barisan Nasional. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak keras Najib Razak (PM) dan Sepupunya Hishamuddin Hussin (KDN) bertanggungjawab sepenuhnya di atas dua anggota polis yang terkorban setakat ini dan akan datang.
SAMM juga mengucapkan takziah kepada keluarga anggota yang terkorban, SAMM yakin ia adalah pengorbanan yang suci terhadap tanahair, agama dan bangsa. Namun malangnya perkara sedih ini tidak wajar berlaku sekiranya pihak kerajaan Malaysia mengendali konflik ini dengan tepat. Apakah setelah berlaku dua kematian maka baru kerajaan nak bertindak?
Persoalan utama yang timbul di sini ialah mengapa kerajaan Malaysia terlalu lambat mengambil tindakkan, dan teragak-agak sehingga menyebabkan insiden kematian anggota keselamatan negara? Tawaran yang diberikan juga tidak melambangkan ketegasan, sehingga beberapa kali menukar tarikh tamat tempoh yang diberi kepada penceroboh bersenjata. Akibat daripada tiada ketegasan mutlak, negara berdepan lebih banyak kematian malah tidak mustahil orang awam bakal menjadi mangsa.

Ketegangan di Lahad Datu berakhir dengan 14 mati, 3 cedera

KUALA LUMPUR, 1 Mac — Insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah berakhir dengan 14 terbunuh dan tiga cedera selepas pasukan keselamatan bertempur dengan penceroboh bersenjata, polis sahkan hari ini.
The Star Online melaporkan polis berkata perintah berkurung telah dilaksanakan di bandar Lahad Datu dan kawasan sekitarnya sejak jam 4 petang.
“Saya sedih insiden ini berlaku kerana ini yang kami cuba elakkan, yang mana pertumpahan darah berlaku,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dipetik The Star Online.
Dua belas anggota penceroboh Filipina dan dua komando Malaysia terbunuh dalam pertempuran tersebut.
Tiga anggota polis Malaysia turut tercedera.
Komisioner Polis Sabah Datuk Hamza Taib dipetik The Star Online hari ini berkata penceroboh Filipina itu memulakan tembakan terhadap pasukan keselamatan Malaysia.
“Pegawai kami bertembung dengan beberapa penceroboh yang menembak mereka, memaksa pasukan polis membalas tembakan,” kata Hamza.
Anak kepada pemimpin kumpulan tersebut Agbimuddin Kiram, bagaimanapun awal hari ini berkata pihak berkuasa Malaysia memulakan tembakan.

LAHAD DATU : Sultan Sulu minta 'Gencatan Senjata' - nak kebumikan anggota yang terbunuh

PETALING JAYA: The Sultanate of Sulu is seeking a ceasefire with Malaysian armed forces in Lahad Datu, saying that the group of gunmen need time to bury their dead.
“Malaysia is a Muslim nation so they should understand that we need to bury our dead,” said Abraham Idjirani, secretary-general of the purported sultanate and spokesman for self-proclaimed Sulu Ruler Sultan Jamalul Kiram III.
“I hope Malaysia will reconsider its position,” he said in a telephone interview from Manila on Friday.
Idjirani claimed that numbers in the original group of 235 people had reduced after 10 were shot dead by armed forces.
Of the 10 dead, one was a woman. Four were wounded.
The group, holed up in the seaside village of Tanduo, is led by Jamalul's brother, Raja Muda Azzimudie Kiram.

Anwar Ucap Takziah Kepada Keluarga Anggota Keselamatan Terkorban Di Lahad Datu

SHAH ALAM 1 MAC : Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga dua anggota keselamatan negara yang terkorban dalam insiden di Lahad Datu hari ini.
Mereka yang terkorban ialah Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando.
Melalui satu kenyataan media Anwar berkata, kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Sri Najib Razak dan menteri yang bertanggungjawab menjaga urusan keselamatan dan pertahanan negara sewajarnya tampil menjelaskan kepada rakyat tentang peristiwa berdarah ini.
“Mengapa sebegitu mudah sempadan negara dibolosi oleh sekumpulan warga asing bersenjata dan mengapakah kerajaan begitu berkompromi dalam menyelesaikan isu ini?, soalnya.
Tambahnya, Isu keselamatan negara tak sewajarnya dipandang remeh dan diambil mudah oleh pihak kerajaan. Rakyat perlu diberikan maklumat mengenai apa yang berlaku.
Hari ini menurut laporan Bernama, dua komando polis Malaysia terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata  dari selatan Filipina.
Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

Video : Tentera Malaysia Berbalas Tembakan Perang Di Lahad Datu

Lahad Datu : 1hb Mac 2013 4.53 ptg



Ceroboh Sabah: Anwar mahu kerajaan beri penjelasan kepada rakyat

 
SHAH ALAM – Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan menteri yang bertanggungjawab menjaga urusan keselamatan dan pertahanan diminta menjelaskan kepada rakyat tentang kejadian berdarah di Lahad Datu pagi tadi.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini turut mempersoalkan bagaimana sempadan negara begitu mudah boleh dibolosi oleh sekumpulan warga asing bersenjata.

"Mengapakah kerajaan begitu berkompromi dalam menyelesaikan isu ini?

“Isu keselamatan negara tidak sewajarnya dipandang remeh dan diambil mudah oleh pihak kerajaan. Rakyat perlu diberi maklumat mengenai apa yang berlaku,” katanya.

Dalam pertempuran pagi tadi membabitkan pihak keselamatan negara dan kumpulan penceroboh dari Filipina, polis mengesahkan dua anggota komando dan 12 ahli kumpulan terbabit terbunuh selepas hampir tiga minggu selepas mereka menceroboh wilayah Malaysia.

Tiga anggota keselamatan turut disahkan tercedera.

Ustaz Azhar feat Bob Lokman | Rakyat, BR1M dan Haiwan Siri 2

RM15 UPAH UNTUK MAT2 MOTO SEMPENA LWTN TPM KE KELANTAN

Rafizi explains why Anwar hasn't been announced as Pakatan PM

Gan Ping Sieu vs Rafizi Ramli - Who won the debate?

Bridge near Cyberjaya snapped like candy bar

Lahad Datu : Jeng Jeng... pendedahan konspirasi bermula..!!!

MANILA: Filipina sedang sedang mencari siapa yang sebenarnya mengirimkan ratusan orang Sulu ke Lahad Datu, Sabah. Ini kerana, biaya untuk menyewa kapal feri demi mengirimkan mereka tidak murah, kata Presiden Benigno Aquino. “Kami diberitahu ada dana besar yang membiayai mereka dari Tawi-Tawi ke Sabah. Dari mana dana itu? Dari siapa?” katanya seperti dilapor viva.co.id hari ini. Beliau juga mempersoalkan kesahihan Jamalul Kiram III sebagai pewaris Kesultanan Sulu yang sah. Menurutnya, pemimpin Sulu sekarang ini bukanlah keturunan langsung Sultan Sulu yang diakui Filipina pada 1974, iaitu Esmail Kiram I. Ismael tidak memiliki keturunan sehingga kematiannya dan takhta diturunkan kepada orang lain. 

Kerajaan Filipina tidak mengakui kepimpinan Sultan Jamalul sebagai pewaris Sulu dan mengatakan seharusnya yang memimpin ketika ini adalah Esmail Kiram II, adik dari Esmail Kiram I. Namun Esmail II mengatakan bahawa dia bukanlah pewaris, melainkan putera mahkota atau dalam bahasa Sulu disebut “sultan bantilan”. Ismael II juga mengatakan bahawa Jamalul adalah Sultan Sulu dan penguasa Palawan dan Sabah sejak waktu itu. “Sejauh yang keluarga kami ketahui, Jamalul adalah pewaris Sultan,” kata Esmail. Dengan menunjukkan gambar riwayat keturunan Kesultanan Sulu, Aquino menegaskan bahawa Sultan Sulu sekarang iaitu Jamalul Kiram III, memiliki keturunan yang sangat jauh dari jawatan pemimpin. Kajian kerajaan Filipina menunjukkan, Jamalul Kiram III adalah saudara jauh kepada Sultan Mawallil Wasit, adik Esmail II. “Inilah persoalan yang pertama kali muncul, siapa yang seharusnya mewakili Kesultanan Sulu?” kata Aquino. Kerajaan Filipina juga sedang mengkaji dua dokumen mengenai sewa Sabah oleh Kesultanan Sulu kepada syarikat British North Borneo Co. tahun 1878 yang kemudian diambil alih Malaysia tahun 1960 an.

Polis: 2 komando, 12 anggota penceroboh maut


Lahad Datu
LAHAD DATU - Polis mengesahkan dua anggota komando dan 12 ahli kumpulan penceroboh dari Filipina terbunuh dalam pertempuran pagi tadi - hampir tiga minggu selepas mereka menceroboh wilayah Malaysia.

Tiga anggota keselamatan turut disahkan tercedera.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kumpulan penceroboh melepaskan tembakan terlebih dulu ketika pihak berkuasa keselamatan sedang mengetatkan kepungan di lokasi persembunyian mereka di Kampung Tanduo dekat sini.

Polis turut merampas beberapa senjata antaranya M-16 dan pelancar roket.

Pencerobohan di Lahad Datu tamat...!!!

 Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina, Raul Hernandez dilaporkan berkata pencerobohan pengikut sultan Sulu di Sabah telah tamat. ABS-CBNnews memetik Hernandez berkata bahawa pihak berkuasa Malaysia, khususnya pasukan polis, sedang memburu kumpulan tersebut. Menurutnya, dua anggota polis Malaysia terbunuh dan seorang lagi cedera selepas kenderaan mereka ditembak oleh kumpulan tersebut. 

ABS-CBNnews memetik Hernandez sebagai berkata duta telah memaklumkan bahawa pencerobohan itu telah tamat. Hernandez berkata, jabatan halehwal luar (DFA) sedang mengesahkan laporan dari pengikut Sultan Jamalul Kiram bahawa 10 pengikut Azzimudie terbunuh dan empat yang lain cedera. "Apa yang kita tahu dari duta Malaysia ialah 10 pengikut Azzimudie menyerah diri dan pemilik rumah tempat Azzimudie tinggal telah terbunuh.

Di pihak berkuasa Malaysia, dua orang terbunuh dan seorang cedera selepas kenderaan polis Malaysia ditembak oleh kumpulan tersebut," demikian menurt kenyataan Hernandez. Laporan itu juga menyebut bahawa dua pengikut Azzimudie telah melarikan diri ke arah laut, menurut Duta Malaysia. Manila juga telah meminta kebenaran untuk membolehkan kapal Tentera Laut Filipina, AT-296 BRP Tagbanua, ke Lahad Datu untuk membolehkan kakitangan perubatan Filipina merawat mereka yang cedera dan membawa pulang baki anggota kumpulan itu ke kampung dan keluarga masing-masing. Sementara itu, akhbar The Star melaporkan polis di Lahad Datu berkata mereka tidak menerima sebarang arahan untuk menguatkuasakan perintah darurat. 

Ketua Polis Daerah Semporna Timbalan Supt Firdaus Francis Abdullah berkata mereka semua bersiap sedia, bersama-sama dengan pasukan keselamatan lain. "Kami masih belum menerima apa-apa perintah darurat dari pihak berkuasa atasan," kata Firdaus, sambil menambah bahawa langkah berjaga-jaga adalah perlu dan rakyat perlu bertenang. "Ramai yang bimbang masalah itu akan merebak ke Semporna, tetapi sebenarnya tidak perlu bimbang di sini sebagai lelaki bersenjata Sulu telah dikepung di Lahad Datu," katanya. Pihak polis juga menasihatkan orang ramai untuk tinggal di dalam rumah dan jangan mendengar khabar angin.

Tragedi Lahad Datu bukti kerajaan BN gagal kawal keselamatan negara

(Gambar PhilStar.com)Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia merasa begitu pilu apabila mendapat khabar dua anggota perajurit kita, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabarudin dari Unit 69  telah tewas dalam satu pertempuran di Lahad Datu dalam satu insiden atau lebih layak dipanggil drama apabila sekumpulan lelaki bersenjata kononnya daripada Kesultanan Sulu menuntut hak mereka dan mengepung sebuah kampung bernama Kampung Taduo.
AMK Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya sebarang tindakan yang terancang semata-mata untuk memastikan sesetengah pihak terus memegang tampuk kekuasaan di negara yang tercinta ini. Tragedi Lahad Datu tidak lebih kurang plotnya berbanding insisden Sauk dan Memali yang pernah terjadi, menjelang beberapa siri pilihanraya yang kelihatan tidak memihak kepada pemerintah.
AMK Malaysia juga mengecam sebarang percubaan untuk menakut-nakutkan rakyat, dan dalam kes ini jelas sentimen ketakutan itu cuba dicetuskan kepada masyarakat Sabah, diambang mereka kelihatan begitu bersedia bagi menamatkan badi pemerintahan Barisan Nasional yang jelas tidak mampu sama sekali membawa arus perubahan ke negeri di bawah bayu itu.

CONFUSION IN SABAH: Najib, Hisham under fire amid concerns of a political conspiracy

CONFUSION IN SABAH: Najib, Hisham under fire amid concerns of a political conspiracy
Embattled Prime Minister Najib Razak's government came in for a tongue-lashing for the confusion shrouding the Malaysian army's raid into a coastal village in Sabah, where 10 armed intruders from the Philippines and 2 Malaysian police commandos have reportedly been killed.
"Where is the Defense Minister in all this, why is Hishammuddin raising more questions than answers," Najwan Halimi, the political aide to Opposition Leader Anwar Ibrahim, told Malaysia Chronicle.
A standoff in the Lahad Datu village, where more than 100 Filipinos claiming to be members of the Royal Army of the Sulu Sultanate have been holed up for more than 2 weeks, sudden erupted into violence this morning.
Abraham Idjirani, a spokesman for the Sulu group, told reporters in Manila that 10 members had been killed and four wounded when Malaysian police raided their camp.
However, Malaysian Home Minister Hishammuddin Hussein denied that the police had fired first. His statement left Malaysians wondering if the raid happened at all or not.
"I can confirm that our security forces did not fire them but it was the intruders that opened fire first at 10am," Hisham, who is Najib's cousin, said on his Twitter.
Lethal cocktail: Confusion and weak leadership
Since then the national news agency Bernama has reported that two police commando were killed by an exploding mortar bomb at the village, which had been turned into a fortress by the intruders. The cops had been patrolling the posts around the village.

Ceroboh Sabah: Pakatan gesa PM panggil sidang khas Parlimen


Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil sidang tergempar Parlimen segera ekoran perkembangan terbaru di Lahad Datu, Sabah susulan pencerobohan sekumpulan rakyat dari Filipina.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, kerajaan pimpinan Najib harus mengadakan sidang tergempar bagi tujuan menjelaskan keadaan dan perkembangan di Lahad Datu sejak ia diceroboh pada 12 Februari lalu.

"Saya mendesak perdana menteri panggil segera sidang tergempar Parlimen... ini bukan sahaja keselamatan negara, malah dilaporkan telah membabitkan soal anggota polis dan tentera," kata beliau petang ini.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, rakyat wajar dimaklumkan apa yang sebenarnya berlaku di Lahad Datu sejak 12 Februari lalu.

"Ini soal kedaulatan negara dan keselamatan rakyat termasuk anggota pasukan keselamatan," kata beliau.

Laporan Bernama tengah hari tadi menyebut ada kedengaran tembakan di kampung yang dijadikan lokasi warga Filipina yang menceroboh berkumpul.
Laporan yang menyusul menyebut dua anggota komando polis terbunuh.

Lahad Datu: Kenapa kerajaan ambil mudah isu keselamatan negara?

lahad datuSaya ucapkan takziah kepada keluarga dua anggota keselamatan negara, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando yang terkorban dalam insiden bersenjata di Lahad Datu, Sabah hari ini.
Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan menteri yang bertanggungjawab menjaga urusan keselamatan dan pertahanan negara sewajarnya tampil menjelaskan kepada rakyat tentang peristiwa berdarah ini.
Mengapa sebegitu mudah sempadan negara dibolosi oleh sekumpulan warga asing bersenjata dan mengapakah kerajaan begitu berkompromi dalam menyelesaikan isu ini? Isu keselamatan negara tak sewajarnya dipandang remeh dan diambil mudah oleh pihak kerajaan. Rakyat perlu diberikan maklumat mengenai apa yang berlaku.

Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN

Kerajaan Filipina Akan Dakwa Sultan Jamalul

Jamalul-Kiram

MANILA: Sultan Jamalul Kiram III akan didakwa dengan beberapa kes jenayah kerana melanggar arahan Presiden Filipina, Benigno Aquino bagi meninggalkan kawasan yang diceroboh oleh pengikut beliau di Sabah, menurut Setiausaha Jabatan Kehakiman Filipina, Leila De Lima.

De Lima berkata, tuduhan yang dikenakan terhadap Jamalul Kiram termasuk provokasi untuk berperang, motif untuk membuat serang balas, perhimpunan haram, memiliki senjata api secara haram dan melanggar larangan senjata api yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (Comelec) – dan semua tuduhan itu sedang dalam proses untuk disiapkan bagi mendakwa Kiram, adiknya, Putera Rajah Mudah Agbimuddin Kiram dan 200 pengikut mereka yang menceroboh kampung Tanduo, Lahad Datu.

SENARAI NAMA ANGGOTA TERKORBAN ATAU CEDERA SETAKAT JAM 1700

 (Allahyarham Insp Zulkifli Bersama Keluarga - Al-Fatihah - Sumber FB)

Berikut adalah senarai anggota komando PDRM atau VAT69 yang terkorban dan cedera sewaktu serangan mortar dalam krisis Lahad Datu : 

1. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (terkorban) 

2. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (terkorban) 

3. Koperal 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim (cedera di tangan dan kaki) (ditempatkan di Hospital Lahad Datu) 

4. Koperal 135383 Azman B. Ampong (cedera di punggung/peha) (ditempatkan di Hospital Lahad Datu) 

5. Konstabel 176533 Mohamad Qaiyum'aiqal B. Zolkifli (cedera di bahu kanan & kedua-dua kaki) (ditempatkan di Hospital Sandakan).

Polis sahkan dua anggota, 12 ahli penceroboh maut di Lahad Datu

 (Mayat Anggota Komando 69 Sedang Dibawa Keluar Dari Kawasan Pertempuran)



TUNGKU(Lahad Datu): Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan dua anggota keselamatan negara manakala 12 anggota kumpulan penceroboh dari Selatan Filipina terkorban dalam pertempuran antara dua kumpulan terbabit pagi tadi.

Tiga anggota keselamatan turut disahkan tercedera dalam kejadian yang berlaku antara 20 hingga 30 minit pada jam 9.59 pagi.

Beliau juga mengesahkan kumpulan penceroboh itu melepaskan tembakan terlebih dulu ketika pihak berkuasa keselamatan sedang mengetatkan kepungan di lokasi persembunyian mereka di Kampung Tanduo.

Hamzah turut mengesahkan pihaknya merampas beberapa senjata antaranya M-16, pelancar roket, peluru dan beg pakaian.

Berhubung perintah berkurung yang dikatakan dikuatkuasakan di Lahad Datu, Hamzah mengesahkan tidak mengeluarkan arahan seumpama itu kerana keadaan adalah terkawal.

10 penceroboh di Lahad Datu serah diri, kata kedutaan Malaysia

KUALA LUMPUR, 1 Mac — Sepuluh penceroboh Filipina di Lahad Datu dilaporkan menyerah diri selepas pertempuran bersenjata berlaku antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh berkenaan, kata Kedutaan Malaysia di Filipina.
ABS-CBN News melaporkan memetik Duta Malaysia Mohammad Zamri Mohammad Kassim berkata pencerobohan tersebut telah berakhir.
“Kedutaan berkata pencerobohan telah berakhir,” kata jurucakap Kementerian Luar Filipina, Raul Hernandez.
Portal The Philippine Daily Inquirer melaporkan jurucakap Kementerian Hubungan Luar Filipina Raul Hernandez hari ini berkata Mohammad Zamri telah bertemu dengan pihak Setiausaha Kementerian Hubungan Luar Albert Del Rosario di Manila untuk memaklumkan perkara itu.
Hernandez dilaporkan berkata kerajaan Filipina masih lagi perlu mengesahkan kenyataan jurucakap penceroboh berkenaan bahawa 10 anggotanya terbunuh.

Pencerobohan di Lahad Datu tamat



 
Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina, Raul Hernandez dilaporkan berkata pencerobohan pengikut sultan Sulu di Sabah telah tamat.

ABS-CBNnews memetik Hernandez berkata bahawa pihak berkuasa Malaysia, khususnya pasukan polis, sedang memburu kumpulan tersebut.

azlanMenurutnya, dua anggota polis Malaysia terbunuh dan seorang lagi cedera selepas kenderaan mereka ditembak oleh kumpulan tersebut.

ABS-CBNnews memetik Hernandez sebagai berkata duta telah memaklumkan bahawa pencerobohan itu telah tamat.

Hernandez berkata, jabatan halehwal luar (DFA) sedang mengesahkan laporan dari pengikut Sultan Jamalul Kiram bahawa 10 pengikut Azzimudie terbunuh dan empat yang lain cedera.

"Apa yang kita tahu dari duta Malaysia ialah 10 pengikut Azzimudie menyerah diri dan pemilik rumah tempat Azzimudie tinggal telah
terbunuh. Di pihak berkuasa Malaysia, dua orang terbunuh dan seorang cedera selepas kenderaan polis Malaysia ditembak oleh kumpulan tersebut," demikian menurt kenyataan Hernandez.

Laporan itu juga menyebut bahawa dua pengikut Azzimudie telah melarikan diri ke arah laut, menurut Duta Malaysia.

Rasmi: Tiga terbunuh, 10 serah diri



 
Dua komando polis Malaysia terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata  dari selatan Filipina hari ini.
  
Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
  
Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.
  
"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.

Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.
  
Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut.
Sementara itu, seorang jurucakap kesultanan Sulu mendakwa 10 orang terbunuh dan empat lagi cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh kesultanan Sulu di Lahad Datu pagi ini.

ABS-CBNnews melaporkan jurucakap Abraham Idjirani sebagai berkata dia baru bercakap sendiri dengan adik Sultan Sulu Jamalul Kiram - Azzimudie Kiram - yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu.

Azzimudie mengesahkan bahawa 10 lelaki terbunuh dan empat yang lain cedera dalam insiden tersebut.

"Dia melihat sendiri mayat-mayat tersebut," kata Idjirani dalam satu sidang akhbar di Manila.

"Yang terbunuh termasuk seorang wanita."

Rakaman video didakwa kejadian tembak menembak di Lahad Datu tersebar di Internet

KUALA LUMPUR, 1 Mac — Sebuah rakaman video yang didakwa kejadian tembak menembak di antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu mula tersebar di laman web YouTube.
Video berdurasi enam minit itu turut menunjukkan beberapa lelaki membawa senjata, mengenakan pakaian ala tentera yang berkemungkinan dari pihak kumpulan penceroboh bersenjata itu berlari di dalam hutan, yang mana turut kedengaran bunyi beberapa das tembakan.
Malah, video yang bertajuk “Rakaman Insiden Lahad Datu” itu turut memaparkan tiga anggota kumpulan bersenjata itu ditembak mati dengan kumpulan bersenjata itu melaungkan ‘Allahuakbar’ berulangkali.
Klip video tersebut dimuatnaik oleh blogger Yuseri Yusof, yang turut memaparkan video tersebut di blognya.
Rakaman video berkenaan boleh ditonton di: http://www.youtube.com/watch?v=xN-3_7Xfrgo
Pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh dari Filipina itu berlaku di Kampung Tandou, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu, dimana 10 orang dari kumpulan bersenjata telah pun menyerah diri kepada pihak berkuasa Malaysia, lapor portal berita ABS-CBN News.

Video : Rakaman Insiden Lahad Datu

Sabah standoff over—Malaysian envoy

Department of Foreign Affairs spokesman Raul Hernandez. INQUIRER.NET FILE PHOTO
MANILA, Philippines–The standoff in sabah is over, according to the Department of Foreign Affairs.
In a press conference Friday, DFA Spokesman Raul Hernandez said Malaysian Ambassador Mohammad Zamri bin Mohammad Kassim met with foreign affairs secretary Albert Del Rosario at the DFA to inform him that Malaysian authorities had attacked the town of Lahad Datu where 180 men of Sultan Jamalul Kiram has been encamped since February 12.
Quoting the report of the Malaysian Ambassador, Hernandez said 10 of the Sultan’s men had surrendered.
He also said that three people were killed–two members of the Malaysian police and the owner of the house where the Sultan’s brother, Rajah Muda,  stayed.
Hernandez said the DFA was confirming the Sultan’s claim in Manila that 10 of his men died in the clash.

Department of Foreign Affairs spokesman Raul Hernandez. INQUIRER.NET FILE PHOTO
MANILA, Philippines–The standoff in sabah is over, according to the Department of Foreign Affairs.
In a press conference Friday, DFA Spokesman Raul Hernandez said Malaysian Ambassador Mohammad Zamri bin Mohammad Kassim met with foreign affairs secretary Albert Del Rosario at the DFA to inform him that Malaysian authorities had attacked the town of Lahad Datu where 180 men of Sultan Jamalul Kiram has been encamped since February 12.
Quoting the report of the Malaysian Ambassador, Hernandez said 10 of the Sultan’s men had surrendered.
He also said that three people were killed–two members of the Malaysian police and the owner of the house where the Sultan’s brother, Rajah Muda,  stayed.
Hernandez said the DFA was confirming the Sultan’s claim in Manila that 10 of his men died in the clash.
- See more at: http://globalnation.inquirer.net/66079/sabah-standoff-over-malaysian-envoy#sthash.aSkBb3Fb.dpuf
Department of Foreign Affairs spokesman Raul Hernandez. INQUIRER.NET FILE PHOTO
MANILA, Philippines–The standoff in sabah is over, according to the Department of Foreign Affairs.
In a press conference Friday, DFA Spokesman Raul Hernandez said Malaysian Ambassador Mohammad Zamri bin Mohammad Kassim met with foreign affairs secretary Albert Del Rosario at the DFA to inform him that Malaysian authorities had attacked the town of Lahad Datu where 180 men of Sultan Jamalul Kiram has been encamped since February 12.
Quoting the report of the Malaysian Ambassador, Hernandez said 10 of the Sultan’s men had surrendered.
He also said that three people were killed–two members of the Malaysian police and the owner of the house where the Sultan’s brother, Rajah Muda,  stayed.
Hernandez said the DFA was confirming the Sultan’s claim in Manila that 10 of his men died in the clash.
- See more at: http://globalnation.inquirer.net/66079/sabah-standoff-over-malaysian-envoy#sthash.aSkBb3Fb.dpuf
Department of Foreign Affairs spokesman Raul Hernandez. INQUIRER.NET FILE PHOTO
MANILA, Philippines–The standoff in sabah is over, according to the Department of Foreign Affairs.
In a press conference Friday, DFA Spokesman Raul Hernandez said Malaysian Ambassador Mohammad Zamri bin Mohammad Kassim met with foreign affairs secretary Albert Del Rosario at the DFA to inform him that Malaysian authorities had attacked the town of Lahad Datu where 180 men of Sultan Jamalul Kiram has been encamped since February 12.
Quoting the report of the Malaysian Ambassador, Hernandez said 10 of the Sultan’s men had surrendered.
He also said that three people were killed–two members of the Malaysian police and the owner of the house where the Sultan’s brother, Rajah Muda,  stayed.
Hernandez said the DFA was confirming the Sultan’s claim in Manila that 10 of his men died in the clash.
- See more at: http://globalnation.inquirer.net/66079/sabah-standoff-over-malaysian-envoy#sthash.aSkBb3Fb.dpuf

Video Terkini : Darurat Di Lahad Datu

Lahad Datu : Dua komando M'sia, 10 penceroboh terbunuh

Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata  dari selatan Filipina hari ini.
  
Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
  
Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.
  
"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.

Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.

Video : Lahad Datu Town, Sabah at 12.30 pm


Lahad Datu: Dua komando polis maut terkena serangan mortar

Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata  dari selatan Filipina hari ini.
  
Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
  
Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan kedalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.
  
"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan
Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.

Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.
  
Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut.
- Bernama 

 Al Fatihah buat pejuang kita INSP ZULKIFLI MAMAT & SJN SABARUDIN yang telah terkorban di Lahad Datu pagi tadi