Khamis, 28 Februari 2013

PLUS dakwa jejambat runtuh masih milik PKNS..!!

KUALA LUMPUR, 28 Feb — PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menafikan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pernah menyerahkan jejambat yang runtuh hari ini kepada syarikat pengurusan lebuhraya itu. Sebelum itu, pengarah urusan PKNS Othman Omar berkata hari ini jejambat tersebut dibina PKNS pada 2007, tetapi diserahkan kepada pihak pengurusan lebuhraya tersebut pada Mac lalu.

"PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ingin menjelaskan bahawa jejambat di Persimpangan Bertingkat Taman Sains Selangor 2 tidak pernah diserahkan untuk diselenggara.

"Jejambat tersebut telah dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan masih di bawah tanggungjawab PKNS sehingga kini," menurut kenyataan PLUS hari ini.
"Oleh yang demikian, jambatan tersebut ditutup selepas tinjuan Menteri Kerja Raya dan pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengaktifkan lencongan jalan di KM P2.4, iaitu di persimpangan bertingkat di antara Plaza Tol Putrajaya dan Putrajaya/Cyberjaya di laluan Lingkaran Putrajaya," tambah kenyataan itu lagi.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, jejambat dan jalan dibawahnya ditutup sejak 7 Disember kerana terdapat gegaran pada tiang penyokong jejambat tersebut.
Beliau juga menambah lebuhraya itu akan ditutup dan satu lencongan jalan akan diadakan sehingga 31 Disember tahun ini bagi kerja-kerja pembaikan.

Shahrizat pening pembawa budak ka?

Kenapa Ketua Wanita Umno pening baca manifesto PR?
Haha. pening dan nak termuntah kerana pembawa budak kot.Pening la awat tak pening..masa timbul isu lembu NFCRM250 juta  yang libatkan suami beliau tak pulak rasa pening ,mata jadi luas dan terang benderang.Tidoq sebantal pun tak tau laki meniaga apa.

Haha Tun Madey pulak kata manifesto PR oleh sebabkan negara jadi bangkrap.Tolong jaga kebajikan rakyat kata bangkrap tapi kalau tolong anak beranak jadi kaya raya,tolong kroni sapu khazanah negara boleh pulak.

Tengok-tengok hari ni selepas PR kata akan turunkan cukai kereta import jika berkuasa selepas pru 13 pihak kerajaan terus umumkan bahawa cukai kereta Jepun dan Australia akan diturunkan serta merta.Kerja meniru tak habis-habis.

Yang nampak pening sangat la ni Najib.Deepak dan Bala serang Najib,Muhyiddin buat bodo ja tak ambik peduli.

PENJELASAN PKNS TENTANG JEJAMBAT CYBERJAYA , DISEBABKAN KERJA-KERJA PLUS BERDEKATAN STRUKTUR JEJAMBAT.


PKNS boleh menyaman PLUS jika disebabkan keruntuhan jejambat Cyberjaya, kata Ronnie Liu


Pengurus Besar PKNS  Othman Omar (kiri) menunjukkan gambar kerja penggalian mendalam dilakukan oleh kontraktor pihak ketiga.

KUALA LUMPUR, 28 Februari - The Selangor State Development Corporation (PKNS) boleh menyaman PLUS Berhad Malaysia jika menunjukkan bukti bahawa syarikat operasi lebuhraya menyebabkan keruntuhan hari ini jejambat yang berhampiran di Selangor Science Park 2 (SSP2) di Cyberjaya, Selangor eksekutif ahli majlis Ronnie Liu berkata hari ini.

Pengurus besar PKNS  Othman Omar berkata bahawa jejambat, yang dibina oleh PKNS pada tahun 2007 tetapi diserahkan kepada PLUS Mac lalu, telah ditutup pada November lalu untuk membaiki jalan yang telah mula tenggelam di bawahnya.


"PLUS boleh dibawa ke mahkamah (sic) oleh PKNS jika kerja-kerja mereka dijalankan berdekatan struktur  telah terbukti menjadi punca atau salah satu punca," Liu memberitahu The Malaysian Insider hari ini.

Ucapan Zunar di KLSCAH 27 FEB 2013 Part 2

Ucapan Zunar di KLSCAH 27 FEB 2013 Part 1

Lt Jen(B) Datuk Abdul Ghafir | Ceramah Perdana Kebangkitan Rakyat Ketereh

Tumbangkan BN, Ini kalilah! (Himpunan Kebangkitan Rakyat 112)

Pemimpin umno wajib baca kisah budak 13 tahun ini


Batu Pahat: Usianya baru 13 tahun namun kejujuran dan kemurnian hati Amir Azizan Hashim mungkin jauh mengatasi orang dewasa apabila dia memulangkan semula beg tangan berisi RM37,500 (SG$15,000) milik seorang wanita warga Singapura yang tercicir.

“Saya mengayuh basikal selaju mungkin mengejar kereta dinaiki wanita itu bagi mengembalikan beg tangannya,” katanya mengimbas kejadian itu yang berlaku berhampiran sebuah pasar raya di Taman Soga, di sini, awal Januari lalu.

Pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Syed Esa, di sini, ditemui selepas menerima sijil penghargaan atas kelakuan terpujinya itu daripada pihak sekolah, semalam.

Sijil penghargaan itu disampaikan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SMK Dato’ Syed Esa, Mohd Taat Kasran.

Pengantin Baru Yang Masih Dalam Pantang Ini BerIKRAR Akan Pastikan PKR Rebah PRU13 Nanti!



HULU LANGAT - Ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali bertekad akan memastikan Parti Keadilan Rakyat (PKR) rebah terutama pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Katanya, beliau akan menjelajah seluruh negara bagi mendedahkan segala keburukan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya takkan benarkan Anwar jadi Perdana Menteri dan karier politiknya akan berakhir pada pilihan raya umum nanti," katanya ketika berucap dalam ceramah 'Bongkar Rahsia Sulit Anwar' di Dataran Dato’ Mohd. Said, Beranang, Semenyih di sini malam ini.
Yang hadir sama Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Hulu Langat, Datuk Johan Abd. Aziz. - UTUSAN

MAJLIS JAMUAN MAKAN MALAM KUTIP DERMA ANJURAN PKR NEGERI SEMBILAN DI LUKUT, PORT DICKSON, MALAM INI GAGAL????

Altantuya: Panggil semua yang disebut dalam SD1 Bala

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyambut baik pendedahan dilakukan oleh Penyiasat Persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam tadi.

Sehubungan itu, beliau mendesak Peguam Negara membuka semula kes perbicaraan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan memanggil kesemua nama-nama yang disebut di dalam akuan bersumpah pertama (SD1) yang dilakukan oleh PI Bala sebelum ini.

"Saya menyambut baik pendedahan berani yang dilakukan oleh PI Bala malam tadi dan ia merupakan satu permulaan baru kepada kes yang membabitkan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya.

"Jadi, kita mendesak agar Peguam Negara segera membuka semula perbicaraan dan memanggil nama-nama yang disebut dalam SD1 itu," jelas beliau.

Lahat datu : Penceroboh lepas tembakan amaran pada pasukan M'sia

Kumpulan penceroboh Filipina, yang berkubu di Lahad Datu untuk minggu ketiganya, mengesahkan laporan mengenai tembakan dilepaskan kira-kira 24 jam lalu tetapi mendakwa mereka hanya melepaskan tembakan untuk memberi amaran kepada pasukan keselamatan Malaysia.

Azzimudie Kiram, adik kepada Sultan Jamalul Kiram III, memberitahu Malaysiakini bahawa pihaknya mengesan enam anggota tentera Malaysia mendekati Kampung Tanduo sekitar 5 petang semalam dan melepaskan tembakan ke udara.

"Semua orang bergegas pergi ke sana, jadi saya pun ikut. Bila sampai, saya tanya kepadanya (pengawal) apa yang telah berlaku.

"Mereka beritahu saya tembakan itu dilepaskan ke udara bertujuan untuk memberi amaran kepada mereka (tentera Malaysia) bahawa mereka telah dikesan. Menurut mereka terdapat enam askar Malaysia dalam tiga kumpulan dan mereka melarikan diri," katanya melalui telefon.

UMNO sering tertewas dengan 'mantik' TG Nik Aziz....

Binatangkan rakyat satu Malaysia
Subky Latif
SAYA diberi borang BRIM 1.0 dulu. Saya layak menerimanya.
Ketika berduyun-duyun menerimanya, saya tidak mengisi borang itu. Ada yang berkata saya bodoh, tolak rezeki.
Tetapi saya terasa malu untuk menerimanya walaupun adalah dalam lingkungan orang yang boleh mendapatnya. Saya rasa boleh dihina. Tetapi saya tidak terasa hina dimasukkan dalam katogari orang yang boleh menerima skim kifalah RM1,000 apabila mati nanti.
Saya tidak kata apa-apa tentang pemberian sekali sekala di ambang PRU itu kerana ramai orang berpeluang berolah pemberian yang lebih baik daripada duit zakat fitrah setahun sekali itu. Ada sebab disyariatkan pemberian zakat fitrah kepada fakir miskin, tetapi apa sebab BRIM itu diberi di premis umno/BN dan menerima sedikit syarahan dari pemimpin UMNO yang menyampaikannya.
Tidak seronok dengannya. Naluri jadi begitu.
Sekarang saya dapat jawapan dari kenyataan Mursyidul Am PAS dan MB Kelantan bahawa pemberian itu dikira Binatangkan Rakyat 1Malaysia.

Manifesto PR : PAS giat beri kefahaman kepada rakyat

KUALA LUMPUR: Tawaran manifesto Pakatan Rakyat kini sedang giat disampaikan kepada rakyat melalui jentera penerangan PAS, khususnya di parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) tumpuan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata jentera parti kini dalam usaha memberi kefahaman kepada rakyat di peringkat akar umbi berkaitan Manifesto Pakatan Rakyat.

Lebih-lebih lagi, katanya selepas manifesto itu mendapat beberapa komen daripada pemimpin Umno yang ternyata bimbang dengan manisfesto yang bersifat baru dan adil untuk semua.

"Secara gerak kerjanya, PAS sudah bergerak secara tuntas sebelum ini lagi.  Dengan manifesto ini pula, kita tambah giat lagi dengan penerangan secara berkelompok berkaitannya," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Beliau juga berkata penerangan manifesto berbentuk bahan cetakan juga sedang dilakukan bagi memudahkan penerangan kepada rakyat.

Jejambat runtuh dekat Cyberjaya - Angkara siapa... ???


Satu jejambat di kawasan dekat Selangor Science Park 2 Interchange, Cyberjaya runtuh dalam satu kejadian petang ini.

Difahamkan kejadian itu berlaku pada 1 tengah hari dan ia tidak mengganggu sebarang lalu lintas.

Laporan China Press pula menyebut jejambat berkenaan yang dibuka sebelum ini ditutup untuk pembaikan apabila keretakan dikesan di permukaan jalannya.


An overhead flyover near Selangor Science Park, Cyberjaya, heading towards Aman Putra has collapsed this afternoon.

Selangor Development Corporation (PKNS) general manager Othman Omar confirmed that the structure collapsed at 12.30pm and there were no casualties.

According to him, the project commenced in 2007 and was completed in 2009, following which it was handed over to PLUS and Malaysia Highway Authority.

The four developers are PKNS, Unduh Aspirasi, Taraf Unggul and Semai Ria.

The flyover was opened for use in 2009 but has been closed since December 2012 after the management detected that the pillars had shown some "movements"
. - malaysiakini


NONE


Adakah dia ini puncanya?


atau dia ini... 


 

 atau dia ini...

Jangan ketawa ok...Tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati...!!!

'Flyers' Minta Serah Diri: Berkesankah Kepada Lanun-Lanun Ini?

Rundingan telah ditamatkan
Lahad Datu: Risalah Bahasa Suluk Minta Penceroboh Serah Diri
LAHAD DATU: Risalah-risalah dalam bahasa Suluk meminta penceroboh rakyat Filipina menyerah diri disebar di sekitar kawasan Kampung Tanduo sejak semalam tetapi setakat ini pihak keselamatan Malaysia belum menerima sebarang reaksi daripada kumpulan itu.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata sejak risalah itu ditabur, belum ada maklum balas daripada kumpulan penceroboh itu.
"Saya percaya mereka telah mendapat 'flyers' itu," katanya pada sidang akhbar, Khamis, mengenai perkembangan terkini usaha menamatkan insiden yang bermula sejak kumpulan yang mendakwa sebagai Tentera Diraja Sulu menceroboh perkampungan nelayan kira-kira 130km dari sini 12 Februari lepas.

SHADOW OF GUILT: Paranoid BN bans Int'l Conference on Malaysia's GE13 from Parliament

There are several pertinent developments to International Conference on Malaysia 13 General Elections, they are as follows:
VENUE CHANGE
SHADOW OF GUILT: Paranoid BN bans Int'l Conference on Malaysia's GE13 from ParliamentThe Speaker of Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia has rejected the application by the Office of the Leader of Opposition to use Parliament House.
In his written reply, dated February 26, 2013, he stated that it was unnecessary for the event to be held at Parliament, citing further that the conference was beyond the legislative jurisdiction of Parliament and suggesting it was political.
He added that he has to sustain the integrity, supremacy and sovereignty of the institution at all times.
I am unsure how having a conference discussing the manner in which democratically individuals like the Speaker are selected through a desired free and fair election would be counter to the purpose of Parliament.
The conference with eminent panellist from near and far, including those serving Dewan Rakyat from Barisan Nasional and Pakatan Rakyat, is certainly an event that embellishes the integrity, supremacy and sovereignty of the institution, not detract from it.
Forced by the situation, the conference will be now held at Lake Club, Kuala Lumpur.
PANELLIST ANNOUNCEMENT
Two prominent individuals are joining the conference.
Kota Belud MP Dato’ Abdul Rahman Dahlan has agreed to be panellist. The Umno legislator from Sabah will help provide insight and more importantly increase the diversity of views in the discussions he will be part of.
The leader of Cambodia’s opposition, Sam Rainsy, has also agreed to be a panellist. The leader of the Sam Rainsy party, he brings with him the experience of electoral processes in a country recovering from a period of authoritarian rule.
I like to thank both gentlemen for their consent.
Abd Malek Hussin
Chair Convener of Conference

International Conference on Malaysia 13th General Elections

Manifesto Rakyat: Mahathir guna jawapan fotostat

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar tidak terkejut apabila Tun Dr Mahathir Mohamad tidak malu menggunakan ‘jawapan fotostat’ untuk mempertikai Manifesto Rakyat.

"Dah tak ada hujah yang masuk akal nak guna untuk sanggah manifesto kita, guna jawapan fotostat pun Dr Mahathir tak malu dah," katanya.

Mahfuz menyifatkan dakwaan Dr Mahathir bahawa manifesto Pakatan Rakyat (PR) itu boleh menyebabkan kerajaan menjadi muflis sebagai jawapan fotostat.

"Kita dah agak dari awal lagi mereka akan fotostat hujah kitar semula itu untuk menolak Manifesto Rakyat.

"Saya difahamkan, tak sampai sembilan jam selepas diumumkan media-media Umno dan Barisan Nasional (BN) dengan penuh histeria meratib-ratib perkataan bankrap dan muflis," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Isnin lalu, PR melancarkan Manifesto Rakyat dengan tema 'Pakatan Harapan Rakyat' di Pusat Konvensyen Shah Alam.

SPR tidak ada kaitan dengan parti politik..??

DSAI | Ceramah Perdana Kebangkitan Rakyat Ketereh

Hindarkan Kejadian Ini Berlaku di Kelantan

                         

Separuh wajah Fatmi disimbah cat hijau.
Mendukacitakan, itu yang dapat dilafazkan apabila terpandang papan iklan atau bilboard ini! Gambar Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Mohd Fatmi Che Salleh di papan iklan pendidikan gergasi bersama pedana menteri ini disembur cap hijau. Yang disembur hanya wajah Fatmi, sebaliknya gambar Najib tidak diusik.

Apakah maksud semburan dengan cat warna hijau itu mahu agar Setiausaha Politik Perdana Menteri itu menyertai PAS?

Papan iklan ini di pasang di dalam kawasan sekolah Padang Garong berdekat lampu isyarat jalan Padang Garong - Hospital Kota Bharu Kelantan. Dukacita saya katakan kenapa kejadian vandalisme sebegini berlaku juga di negeri Kelantan sebuah negeri yang dianggap sebagai universiti politik dan matang politik.

Kalau kejadian seperti ini, (di mana banyak papan iklan atau gambar pemimpin Pakatan Rakyat di simbah cat, dikoyak atau dibakar di luar Kelantan) ianya biasa saja. Orang luar Kelantan terutamanya di negeri-negeri kawasan kubu UBN masih belum bertamadun dan dapat menerima kemunculan iklan atau poster pembangkang yang semakin rancak akhir-akhir ini. Mereka menjadi senak perut melihat banner atau iklan gergasi parti Pakatan Rakyat yang mereka merasakan tidak berhak dipacak di negeri-negeri menjadi kubu Umno.

“Ini projek IC Mahathir, takkan ditangkap” - Siti Aminah

Siti_AminahPETALING JAYA 28 FEB:  Bekas tahanan ISA, Siti Aminah Mahmud diberi jaminan oleh Tun Datu Mustapha Datu Harun bahawa mereka yang terlibat dalam projek IC segera Sabah tidak akan ditangkap.
“Mula-mula saya takut ditangkap. Saya kata ini salah.Tapi Datu Mustafa kata projek ini diketuai oleh Dr Mahathir sendiri,(Tan Seri) Megat Junid. dan Aziz Shamsuddin.Takkan ditangkap,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana, hari ini.
Siti turut diberitahu Datu Mustafa, bekas pemimpin Parti Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno) itu akan dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Sabah sekiranya menang dalam pemilihan Umno.
“Kita ada dengar dalam taklimat, di pejabat Umno di Simbulan pada awal tahun 1990-an dulu,” katanya.

PKR: Penurunan cukai import tiada kesan kepada harga kereta


KUALA LUMPUR, 28 Feb — Pengumuman Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bahawa cukai import bagi kereta-kereta dari Jepun dan Australia akan diturunkan menjelang 2016 tidak membawa kesan kepada harga kereta, sebaliknya hanya menguntungkan golongan kaya, kata pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli.
"PKR beranggapan bahawa dasar sedia ada yang diamalkan oleh Umno dan Barisan Nasional digubal untuk menguntungkan golongan kaya. Cukai import dihapuskan untuk kereta-kereta import besar dan mahal yang hanya mampu dibeli oleh orang kaya.
"Dengan pengumuman yang dibuat oleh Datuk Seri Mustapha Mohamad itu, ia hanya akan memberi kesan kepada sekitar 21,000 unit kereta setiap tahun kerana jumlah kereta import siap pasang (CBU) dari Jepun hanyalah sekitar 3.5 peratus dari jumlah jualan keseluruhan kenderaan (TIV).
"Jumlah kereta import dari Australia pula adalah terlalu kecil dan langsung tidak akan memberi kesan kepada harga kereta di negara itu," kata Rafizi dalam satu kenyataan yang dihantar hari ini.
Menurut Rafizi (gambar) lagi, ini bukanlah perkara baru dan adalah dasar sedia ada yang sudah pun diketahui umum.
"Perkara ini diulas dengan panjang lebar di dalam Laporan Kesatuan Eropah Mengenai Industri Automotif Malaysia bagi Januari 2012 (yang disertakan bersama), menunjukkan bahawa perkara ini sudah pun wujud sejak tahun 2012 lagi," katanya lagi.

SPR cadang teks khutbah khas PRU13


.
pru13 terbaru KOTA BHARU - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengkaji cadangan supaya diadakan teks khutbah khas berkaitan pilihan raya untuk dibacakan di semua masjid seluruh negara pada Jumaat terakhir sebelum hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, teks khutbah khas tersebut hanya menerangkan proses pilihan raya dari SPR dan nasihat kepada pengundi menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya tersebut.

"Khutbah khas ini berbentuk nasihat, bukannya untuk kempen bagi menyebelahi mana-mana parti, ia hanya memberi penerangan apa yang patut dibuat oleh pengundi pada hari mengundi," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan badan bukan kerajaan (NGO) di Jabatan Penyiaran Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Rakyat Keningau menghalang pencerobohan Pendatang asing Tajaan UMNO 1995 semasa PRU

Video : Melawan Pendatang Asing tajaan UMNO semasa Pru 1995 St Francis.keningau,Sabah

Overhead flyover near Cyberjaya collapses

Wan Ahmad: Saya tak memihak BN atau Umno...????


Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar SHAH ALAM – Mana-mana parti politik diingatkan agar tidak mengaitkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kempen politik mereka kerana ia satu tindakan tidak bertanggungjawab.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, SPR mahu memberi pekhidmatan yang baik untuk rakyat mengundi demik hak sama rata kepada semua orang yang bertanding.

“Saya merayu parti politik jangan kaitan SPR dalam berkempen. Kita mahu satu pilihan raya yang bebas dan adil.

“SPR tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum. SPR menguruskan pilihan raya, jangan campur adukkan urusan pilihan raya dengan berkempen, kalau mereka buat begitu nampak sangat mereka tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati undnag-undang,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan taklimat Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya di sini, hari ini.

Menurut beliau, SPR telah sedaya upaya memberi yang terbaik dan memenuhi tuntutan-tuntutan yang dibuat banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Bersih 2.0.

“Apa lagi tuntutannya? Tuntutan lain tiada kaitan dengan SPR, politik kotor, memperkasakan institutsi  awam ke tiada kaitan dgn SPR,” katanya.

Utusan Umno

Tuan Fairuz Tuan Ismail

Jika dikurniakan duit yang lebih, saya ada satu syarikat yang benar-benar saya ingin beli, Utusan Group.  Sebuah syarikat yang berdaya saing satu ketika dahulu dengan menghasilkan pelbagai karya ilmiah kini kelihatan semakin lesu (persepsi saya) dan hilang taringnya. Akhbar hariannya, Utusan Malaysia yang mempunyai pembaca yang sangat ramai suatu ketika dahulu, kini semakin hari semakin kurang pembacanya.
Akhbar inilah yang mencatatkan penurunan pengedaran (circulation) yang konsisten dari setahun ke setahun berdasarkan laporan Audit Bureau of Circulation sebanyak 20 peratus dari Jun 2006 hingga Jun 2009 (213,445  pada tahun 2006 kepada 169,548 pada tahun 2009). Jumlah penurunan sebanyak 20 peratus  sepatutnya membuatkan pemilik dan pelabur syarikat tidak senang duduk, namun jika saya berada di tempat mereka, saya lebih membimbangi “trend” menurun yang konsisten setiap tahun. Tentu ada masalah fundamental yang perlu ditangani untuk memastikan akhbar tersebut kekal relevan. Teramatlah malang sekiranya akhbar yang mempunyai sejarah yang panjang, lebih lama daripada usia negara kita sendiri, musnah akibat kesilapan keputusan perniagaan (bad business decision).

Kerajaan muflis kerana HUTANG bukan berbelanja banyak

Mahathir makin melalut dek kerana kebangkitan minda PR. Kerajaan dikatakan akan muflis kerana berbelanja terlalu banyak dalam menisfesto rakyat PR. Kekurangan kewangan akan menyebabkan kerajaan muflis. Maksud Mahathir ialah kekalkan kerajaan BN yang sentiasa boleh mengekalkan kewangan kerajaan yang banyak.

Dari mana kerajaan mendapat wang yang banyak? Sudah tentu dari rakyat! Akibat percaya kepada Mahathir, rakyat yang akan kekurangan wang kerana terpaksa memberi sejumlah besar kepada kerajaan. Kerajaan akan terus mengutip hasil dalam bentuk cukai, lesen, tol, saman dll. tetapi memberi semula kepada rakyat dalam kadar yang kecil dalam bentuk BR1M dan bantuan bantuan kecil yang lain. Rakyat diminta mengekalkan kerajaan ini kerana ia menjamin kerajaan tidak akan muflis, berbanding kerajaan yang mengutip sedikit tetapi memberi banyak kepada rakyat yang mengikut propaganda Mahathir akan menyebabkan kerajaan muflis!

Gambar Pejuang Pakatan rakyat Yang Tiada Dalam Media BN


DSAI.. menjalani seperti kehidupan orang biasa.. walaupun dah top.


Tuan Guru Nik Aziz bersederhana ..dalam kehidupan seharian

Mohamad Sabu Tertidur Di Mahkamah sebentar..sementara menunggu Hakim

PRU13: 'Pertempuran' rumit menerusi media sosial

PRU13 : Najib tidak henti-henti berwirid...!!!

Dalam masa akhir-akhir ini UMNO telah mengulang-ulangi isu yang pembangkang tidak akan berjaya menunaikan janji-janjinya terhadap rakyat. Beliau bercakap perkara yang sama seperti seorang yang asyik berwirid dengan wirid yang sama siang dan malam. Muhyiddin pun sama wiridnya dengan Najib. Mungkin kedua-duanya mempunyai guru yang sama dan agaknya guru mereka ini tentu lah Dr Mahathir.

Setiap kali Najib dan pimpinan UMNO bercakap mereka menekankan yang Pakatan Rakyat hanya pandai berjanji dan tidak akan mampu melaksanakannya. Pimpinan UMNO terutamanya Najib sedang mundar mandir memuji diri beliau sendiri. Beliau terpaksa memuji dirinya sendiri kerana rakyat sudah tidak lagi memandang tinggi terhadap parti yang sakit ini.
Sedangkan Tuhan pun tidak memuji dirinya sendiri. Tuhan mentajallikan Muhammad untuk memuji dan mentauhidkanNya.  Sementara Najib pula tidak payah dan tidak perlu rakyat memberikan pujian itu. Beliau boleh puji dan ‘mentauhidkan’ dirinya sendiri. Najib sudah penat menunggu pujian tetapi tidak kunjung juga tiba, maka beliau terpaksa memuji diri dan kebolehan beliau sendiri. Kalau hendak di sebut dalam bahasa dan peribahasa yang mudah ia berbunyi, ‘masuk bakul angkat sendiri’. Begitulah bunyi nya lebih kurang.

Altantuya : Bala Mengaku SD1 Benar, Batalkan Selepas Diugut Adik TPM

Scorpene najib altantuya razak baginda
KUALA LUMPUR, 28 FEB: Penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam hari ini mengakui akuan bersumpah pertama (SD) beliau yang didedahkan pada 3 Julai 2008 tentang pembunuhan model sambilan Altantuya Shaariibu merupakan satu pengakuan yang benar.
Bagaimanapun menurut Balasubramaniam beliau dipaksa membatalkan SD pertama dengan membuat SD kedua keesokkan harinya apabila beliau diugut oleh seorang lelaki yang mendakwa beliau Nazim Razak, iaitu adik kepada Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.

Ugutan itu berlaku dalam satu pertemuan dengan Nazim yang diaturkan oleh ahli perniagaan, Deepak Jaikishan di The Curve, Damansara pada malam hari selepas beliau mendedahkan SD pertama.
Balasubramaniam berkata demikian dalam program pendedahan ‘Siapa Bunuh Altantuya?’ yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur di sini.
“Dia (Nazim) hanya cakap tiga ayat sahaja, adakah anda orangnya? Saya jawab, ya.
“Adakah anda sayang keluarga anda? Saya jawab ya dan dia menyambung, jika anda sayang keluarga anda, ikut sahaja arahan Deepak,” kata Balasubramaniam dihadapan kira-kira lebih 2,000 orang malam tadi.
Pada masa sama Balasubramaniam mendakwa beliau diberitahu isterinya melalui panggilan telefon terdapat beberapa orang yang tidak dikenali berada di sekitar kawasan kediaman mereka.
Balasubramaniam juga difahamkan oleh Deepak, anggota perisikan tentera turut berada di kawasan rumahnya bagi memantau pergerakan beliau dan keluarganya.
“Saya menyuruh isteri saya tutup pintu dan jangan keluar rumah sehingga saya balik,” kata beliau lagi.
Menurut Balasubramaniam, selepas beliau membuat SD kedua, beliau dan keluarga bersembunyi sebelum dibawa ke Lapangan Terbang Changi, Singapura dan diterbangkan ke Bangkok, Kathmandu, New Delhi dan akhir sekali di Chennai, India.

Projek IC: Mahathir khianat rakyat Sabah, cabul kedaulatan negara

Pendedahan oleh Puan Siti Aminah Binti Mahmud hari ini membuktikan bahawa pemimpinn UMNO – BN adalah pengkhianat negara yang sebenarnya.
Di bawah projek IC inilah kerakyatan diberikan sewenang – wenangnya terhadap warga Filipina dan Indonesia. Bukan itu sahaja, malah status bangsa sebagai ‘Melayu’ dan agama sebagai ‘Islam’ dikurniakan atas arahan pemimpin yang terlibat sekitar tahun 1990 sehingga 1994 iaitu Tun Mahathir Mohamad, Allahyarham Tan Sri Megat Junid dan Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin.
Puan Siti Aminah yang terlibat dalam usaha kempen dan mempengaruhi penduduk Sabah untuk menyokong UMNO – BN ketika itu menyaksikan bahawa petugas – petugas UMNO – BN dikerahkan untuk mengedar borang pendaftaran kad pengenalan (borang dari Jabatan Pendaftaran Negara), mendapatkan butiran penduduk, mengambil gambar passport dan cap jari.
Maklumat yang diperoleh ini akan diserahkan kepada pegawai – pegawai di JPN di merata Sabah. Kad pengenalan dengan kod 03 ( projek IC ketika era Tan Sri Datuk Seri Panglima Harris Bin Mohd Salleh, bekas Ketua Menteri Sabah), 04 dan 05 ( projek IC era Tun Mahathir ) akan siap dalam tempoh yang singkat dan dihantar kepada ketua kampong sesebuah kawasan.
Pun begitu, beliau yang hanya berurusan dengan Pejabat Perhubungan UMNO Sabah di Kota Kinabalu, ditangkap pada 20 September 1995 di Johor Bahru dan ditahan di IPD Johor Bahru kemudian di hantar ke Bukit Aman dan ditahan selama 60 hari sebelum diheret ke ISA selama dua tahun.

Warga emas cabar keputusan JPN tak beri kerakyatan


Seorang warga emas berusia 70 tahun telah memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini untuk mencabar keengganan pihak berkuasa untuk mengeluarkan kepadanya MyKad dan kewarganegaraan atas alasan "tidak berkelakuan baik'.

R Kolandavaloo, seorang tukang paip, ditemani peguam M Manoharan, memfailkan permohonan untuk membatalkan
keputusan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bertarikh 9 September 2011 untuk tidak mengeluarkan kepadsanya MyKad walaupun dia dilahirkan di Klang pada tahun 1943.

NONEBeliau menamakan menteri dalam negeri, ketua pengarah JPN dan kerajaan persekutuan sebagai responden.

Kolandavaloo (kanan), seorang pemastautin tetap, memohon perintah certiorari untuk membatalkan keputusan JPN itu, yang memutuskan untuk tidak mengeluarkan kepadanya MyKad atas alasan "tidak berkelakuan baik".

Beliau juga memohon perintah mandamus untuk memaksa responden mengeluarkan sijil kewarganegaraan dan MyKad kepadanya. Kolandavaloo juga menuntut gantirugi am, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai.

Bekas Ahli UMNO Sabah : ‘500,000 pendatang terima IC biru atas arahan Mustapha Harun’


Siti Aminah berkata dia bersama ahli Umno yg lain bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan ketua kampung untuk mengeluarkan 500,000 IC biru kepada pendatang Filipina dan Indonesia pada 1990 ke 1994. PETALING JAYA, 28 Feb – Bekas ahli Umno mendakwa kira-kira 500,000 kad pengenalan biru (IC) diberikan kepada pendatang dari Filipina dan Indonesia di Sabah sekitar awal 1990an atas arahan Ketua Umno Sabah ketika itu,Tun Datu Mustapha Harun.
Siti Aminah Mahmud, yang bekerja secara sukarela di Pejabat Umno di Kota Kinabalu hari ini berkata, Mustapha, yang menjawat jawatan ketua menteri pada 1967 hingga 1975, berkata kepadanya, IC berkenaan diberikan untuk menyingkirkan kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS).
“Datu Mustapha kata ini projek (Tun) Dr Mahathir (Mohamad). Jangan takut kena tangkap,” kata Siti Aminah ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, merujuk kepada perbincangan Mustapha kepadanya dan juga ahli Umno di Kota Kinabalu pada 1990.
“Datu Mustapha kata ia untuk meningkatkan pengundi Melayu untuk menjatuhkan PBS,” kata wanita berusia 62 tahun itu lagi.
Jelas Siti Aminah, dia bersama ahli Umno yg lain bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan ketua kampung untuk mengeluarkan 500,000 IC biru kepada pendatang Filipina dan Indonesia pada 1990 ke 1994 di beberapa kawasan di Sabah, termasuk Tawau, Sandakan, Lahad Datu, Kota Kinabalu, dan Semporna.

'Telefon pintar boleh timbulkan masalah semasa PRU13'

Seorang pengamal media veteran percaya telefon pintar, dan keupayaannya yang lebih daripada biasa, boleh menimbulkan masalah dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13), jika pihak berkuasa tidak bersedia untuk itu.

a kadir jasin interview 060705 talkingKatanya, ini kerana pelbagai khabar angin, cakap-cakap dan berita
palsu boleh merebak dengan mudah melalui peranti tersebut yang boleh menyebabkan tidak ramai keluar mengundi atau situasi krisis.

Pilihan raya akan datang mungkin tidak lancar jika mereka orang yang terlibat dalam prosesnya tidak memberi perhatian kepada kuasa telefon pintar, kata blogger dan editor veteran, Datuk A Kadir Jasin (kiri).
Beliau menegaskan demikian dalam forum mengenai perubahan landskap media dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang, di Kuala Lumpur hari ini.

Manifesto : Najib sekali lagi diajak debat dengan Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekali lagi diajak bedebat secara berdepan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung manifesto parti masing-masing, dan bukan menghentam sebelah pihak menggunakan media yang dikawal mereka.

Ahli Jawatankuasa Manifesto Pakatan Rakyat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, debat itu penting bagi masing-masing saling mempersoal dan menjawab setiap keraguan yang ditimbulkan terhadap tawaran masing-masing.

“Kami mencabar Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan untuk berdebat dengan Ketua Umum PKR berhubung manifesto kami dalam masa terdekat, selepas BN keluarkan manifesto mereka.

Mengapa Mahathir takut sangat Manifesto Rakyat?


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad disifatkan takut kepada bayang-bayang sendiri kerana bimbang parti Barisan Nasional menghadapi kekalahan dalam Pilihan raya Umum ke-13 nanti.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, Mahathir kembali berfikir secara tidak rasional apabila faktor-faktor besar yang melanda BN akan menyebabkan parti yang sudah lebih 50 tahun memerintah negara ini, boleh tersungkur dalam PRU13 nanti.

"Dia bekas Perdana Menteri, segala ketirisan, penyelewengan, kerugian Pewaja, MAS, PKFZ di zamannya sehingga menyebabkan puluhan bilion hilang tetapi negara tidak pun bankrap.

"Tanya pada dia (Mahathir) sendiri, apa sebenarnya yang menakutkan beliau sehingga tidak boleh berfikir secara rasional?

"Apakah sebab dia jadi terlalu takut bila nampak tanda-tanda BN akan tewas dalam PRU akan datang," soalnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Tolak Merdeka Center, mana kajian Umno – Nizar


KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar Umno mengemukakan kajian yang mereka lakukan jika tidak mempercayai kajian yang dilakukan oleh Merdeka Center.
Malah menurut Nizar lagi, selain mengemukakan hasil kajian tersebut, Umno juga perlu menunjukkan bentuk kajian yang mereka lakukan jika merasakan populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semakin meningkat.

"Saya cabar Umno menyiarkan kajian yang mereka lakukan jika mereka tidak yakin dengan apa yang dilakukan oleh Merdeka Center, kita nak juga tahu tahap populariti yang diterima oleh Najib.

"Selain itu juga kita ingin mengetahui bentuk kajian yang dilakukan terutama dari segi soalan, jangan lupa masukkan sekali kajian terhadap Ketua Pembangkang dan Pakatan Rakyat," jelas beliau kepada Harakahdaily.

Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang turut berpendapat kajian yang dilakukan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) dan Merdeka Center telah menunjukkan graf populariti yang sama terhadap Najib.

Syarikat Konsesi Beri Respon Positif Terhadap Tawaran Kerajaan Negeri

air-syabas_MB1
SHAH ALAM, 28 FEB : Empat syarikat konsesi yang mengurus industri air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mula memberi respon positif terhadap tawaran RM9.65 bilion oleh Kerajaan Negeri bagi mengambil alih operasi mereka, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menurutnya, keempat-empat syarikat konsesi itu telah memberi surat maklumbalas kepada Kerajaan Negeri dan ia disifatkan sebagai satu petanda baik terhadap urusan pengambilalihan industri air di Selangor.
Bagaimanapun katanya, pengumuman rasmi berhubung perkara itu hanya akan dimaklumkan lebih lanjut mulai esok.
“Selama ini Kerajaan Pusat menganggap semua syarikat konsesi akan menolak tawaran yang diberikan oleh Kerajaan Negeri, tetapi apa yang terjadi kini sebaliknya.

Episod baru majlis penyampian BR1M di Kelantan

Oleh: Rossem
Lain lubok lain ikan, lain menteri lain ragam! Pagi itu tanggal 24 Februari 2013, langit Pengkalan Chepa redup, cuaca kurang panas, tapi khalayak yang memenuhi dewan Sekolah Menengah Beris Pancur dari jam delapan pagi sehingga lewat sore keluh kesah seperti orang kepanasan.


Sebahagianya bertindak bangun duduk, keluar masuk, mundar mandir seperti orang keresahan kerana menunggu keretapi yang tak kunjung tiba. Kalau tidak kerana sesuatu yang amat berharga bakal diterima pagi itu, pasti tiada siapa sanggup menunuggu sehingga lebih lima jam hari bekerja. Tiga penceramah tampil silih berganti, diakhiri dengan seorang menteri yang menjaga pitih negara- Awang Adek Hussin. Sebelum membahagi-bahagikan wang BR1M (RM500) kepada warga miskin dalam Dun Pancur, si Awang berceloteh panjang, terkadang terselit kelakar yang seperti cuba dibuat-buat.
Bertanya Awang Adek kepada warga miskin penerima BR1M dengan megah “ Siapa mahu Datuk Seri Najib Razak kekal Perdana Menteri Malaysia, angkat tangan”.Tak sampai dua puluh orang daripada ratusan hadirin angkat tangan tanda bersetuju.
Awang Adek bertanya lagi “ Siapa mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri Malaysia?” Ramai mengangkat tangan, antaranya yang duduk di saf paling depan dan paling hampir dengan Awang Adek sehingga menteri pitih itu terkejut, pucat lesi mukanya.

Pembaziran Melampau BN: Itulah Yang Bankrapkan Negara - Aziz Bari

Dakwaan pemimpin Umno-BN bahawa negara bakal muflis dalam tempoh dua tahun sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memegang tampuk pemerintahan dan menunaikan tiga janji mereka adalah tidak tepat.

Umno-BN ‘terlupa’ bahawa perkara yang menyumbang kepada negara muflis adalah pengurusan tidak telus, pembaziran melampau dan subsidi yang terlalu besar kepada kroni mereka.

Pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari berkata pentadbiran Umno-BN sepatutnya mengambil iktibar daripada cara pemerintahan Pakatan terutamanya di Selangor.

Di negeri itu pengurusan yang lebih telus, berhemat serta berjimat telah mengembalikan hasil negeri kepada rakyat.

“Sebagai contoh di Kedah, kerajaan PR menurunkan cukai tanah dan dapat meningkatkan hasil balak daripada pentadbiran yang telus.

“Begitu juga di Selangor, agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) seperti Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Tawas dan sebagainnya yang dilaksanakan untuk rakyat tidak menjadikan negeri itu muflis.

SPR : Tidak timbul isu pengundi 'identiti diragui'....!!!


Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar SHAH ALAM - Daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sentiasa dikemaskini dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mengelakkan wujudnya unsur penipuan dan memastikan hanya pengundi yang layak sahaja boleh mengundi.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata daftar pengundi yang bersih perlu bagi menangkis sebarang keraguan yang mungkin timbul seperti isu kad pengenalan dan status kerakyatan mana-mana pengundi berdaftar.

"Kita hanya akan benarkan pengundi yang mempunyai nama dalam daftar pemilih yang diwartakan oleh SPR. Apa sahaja cerita sebelum ini sama ada pengundi dapat kad pengenalan dengan mudah, isu RCI dan lain-lain, itu semua kita tolak tepi.

PRU13 : Jangan kaitkan SPR dalam kempen politik, Wan Ahmad beri amaran


SHAH ALAM, 28 Feb — Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar memberi amaran kepada parti politik agar tidak mengaitkan pengendali pilihan raya itu dalam kempen politik mereka.
Beliau berkata, SPR hanya menjalankan tugas bagi memastikan pilihan raya di negara ini dapat berjalan secara bebas dan adil.
"Saya merayu kepada parti politik, jangan kaitkan SPR dalam berkempen. SPR akan memberi perkhidmtan terbaik untuk rakyat untuk memastikan pilihan raya bebas dan saksama," katanya (gambar) kepada pemberita selepas sidang media di sini.
"Jangan kaitkan SPR (dalam kempen) ... SPR hanya menguruskan pilihan raya, SPR tidak bertanding dalam pilihan raya," katanya.
Beliau turut menasihati parti politik agar tidak mencampuradukkan kempen politik mereka dengan urusan pilihan raya yang dikendalikan SPR.

PRU13 : Polis beri jaminan proses pilihan raya aman

KUALA LUMPUR - Polis memberi jaminan proses pengundian berjalan lancar dan pengundi tidak perlu berasa takut untuk melaksanakan tanggungjawab mereka pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (PGA/Pengurusan Sempadan/Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Antarabangsa), Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim berkata anggota yang mencukupi akan ditempatkan sepanjang proses pilihan raya, lebih-lebih lagi di kawasan yang dianggap 'hotspot'.

"Seramai 112,00 anggota kita di setiap cawangan akan berkawal selepas pembubaran Parlimen hingga selesai pilihan raya dan keadaan benar-benar terjamin selamat.
"Kita minta orang ramai agar tidak berasa takut, terancam atau sebagainya untuk keluar mengundi kerana kita (polis) ada di mana-mana sahaja untuk menjaga keselamatan mereka," katanya dalam temu bual dengan Bernama mengenai persiapan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), di sini.
Muhammad Fuad berkata kawalan atau perhatian yang lebih akan diberi di kawasan hotspot yang dikenal pasti dan dipantau dari semasa ke semasa oleh ibu pejabat daerah (IPD) masing-masing.

Siapa Arah Bunuh Altantuya? [Final part]

BN di tahiku......

DULU KINI DAN SELAMANYA......

Situasi Pelik Di Lahad Datu

Walau pun gerombolan penceroboh membawa senjata dan berani pula melepaskan tembakan amaran terhadap anggota keselamatan kita, kita masih diam dan masih belum ada apa-apa tindakan dibuat
Nak tunggu apa?
Nak tunggu jadi macam mana?

Kalau Ustaz dan orang kampung rakyat kita, senang-senang ditembak dan dibunuh!
Tapi bila berhadapan penceroboh tanah air dengan senjata lengkap, kita boleh pula berunding dan setakat kepung saja.

Mengapa pihak keselamatan kita masih teragak-agak?
Nak kata takut, mustahil tentera dan polis kita gentar
Ini pasti tunggu arahan yang tak kunjung tiba...


Ceroboh Lahad Datu: Tiada Perubahan Timbul Laporan Serangan Berlaku
TANJUNG LABIAN (LAHAD DATU): Pencerobohan Sulu yang berterusan berlaku di daerah pantai timur Sabah masih tidak berubah bagi minggu ketiga pada Khamis.
Beberapa laporan menimbulkan serangan yang dilakukan oleh pasukan keselamatan terhadap kumpulan itu.

Punca sebenar jambatan sebelum tol Putrajaya runtuh.......!!!

Pahlawan Rakyat Lawan Rasaksa Bik.....

Dilema MB Darul Runtuh

DR SYED AZMAN SYED AHMAD

BUMBUNG Stadium Sultan Mizan Zainal  Abidin runtuh lagi - begitulah antara tajuk berita yang terpapar di akhbar-akhbar perdana di negara kita pada minggulalu. Peristiwa malang in berlaku semasa kerangka lama bumbung stadium yang dalam proses baik-pulih runtuh dan menyebabkan lima pekerja binaan cedera dengan tiga daripadanya parah.

Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said ketika ditemui pemberita di pejabat beliau di Seri Iman menyatakan bahawa kejadian itu dipercayai berpunca daripada kecuaian pihak kontraktor dan adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk memastikan kerja baik pulih stadium itu dilakukan dengan selamat.

Ya, isunya bukan lagi ’kecuaian pihak kontraktor’. Isunya adalah soal ’amanah’, ’ketelusan’ dan ’kewibawaan’ melaksanakan tanggungjawab. Sudah terlalu banyak yang telah diperkatakan tentang ’nasib malang’ yang menimpa stadium yang sepatutnya menjadi kebangaan seluruh rakyat Terengganu ini. Namun cuba kita sama-sama renungkan fakta sebenarnya yang berlaku;
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin telah siap dibina pada tahun 2008 menjelang berlangsungnya Sukan Malaysia (Sukma)   di negeri Terengganu. Projek ’kebangaan’ kepimpinan Umno-BN Terengganu ini telah di serahkan pelaksanaannya kepada tiga ’kontraktor kroni’ utama iaitu Bina Struktur, Emarcon dan Genggam Mercu Sdn Bhd.
Manakala pembekal utama bumbung stadium berbentuk ’space frame’ ini adalah syarikat Sowon Pte Ltd dari Korea Selatan.

Projek mega ini pada mulanya dijangka siap pada 2007 dengan kos asal projek berjumlah RM191 juta. Namun akhirnya kosnya telah melambung naik kepada  lebih RM 292 juta.