Rabu, 27 Februari 2013

Perkembangan banjir Pantai Timur

Wacana Sinar: Peranan siswa 'check and balance'



SHAH ALAM – Mahasiswa akan menjadi ejen perubahan dalam landskap politik negara ini sekiranya Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dipinda sepenuhnya ataupun dimansuhkan, bukan setakat membenarkan mereka menyertai mana-mana parti politik dan bebas untuk bertanding dalam pilihan raya.
Malah, aktiviti pelajar di kampus juga sewajarnya tidak dikenakan pelbagai garis panduan yang mengongkong yang semata-mata menjaga kepentingan politik kerajaan yang memerintah.
Wacana Sinar Kuasa Politik Mahasiswa Hakikatnya kebebasan mahasiswa menyertai kegiatan politik masih lagi disekat, malah program mencambah minda pun dikatakan dihalang pihak universiti.
Wacana Sinar ke-17 bertajuk Kuasa Politik Mahasiswa semalam telah membuktikan bahawa mahasiswa memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan hala tuju politik negara khususnya sebagai suara perubahan yang amat digeruni parti yang memerintah negara.
Seorang mahasiswa sebuah universiti awam tempatan menyifatkan pelajar berperanan sebagai check and balance sama ada kepada kerajaan ataupun pembangkang.
“Mahasiswa ini mewakili jumlah yang sangat besar bagi golongan pengundi kali pertama. Mereka berperanan untuk mencorakkan masa depan Malaysia pasca-PRU13.

Manifesto PR: Negara boleh muflis, kata Dr M


KUALA LANGAT - Manifesto Pakatan Rakyat (PR) boleh menyebabkan kerajaan menjadi muflis kerana pelaksanaannya melibatkan perbelanjaan yang sangat banyak, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, sebuah kerajaan perlu mempunyai wang untuk mentadbir negara, dan manifesto pembangkang itu dilihat akan mengurangkan pendapatan kerajaan.
Mahathir Mohamad "Manifesto ini dibuat oleh pihak yang tidak pernah menjadi kerajaan. Dia tidak tahu kerajaan perlu ada wang, tidak boleh belanja sahaja, dan jika kita lihat manifesto mereka ialah nak kurangkan pendapatan kerajaan dengan kurangkan cukai, tol dan sebagainya," katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran kapal latihan kedua Tentera Laut Diraja Malaysia 'Teguh Samudera' oleh isteri beliau,Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, di limbungan NGV Tech Sdn Bhd di Sijangkang hari ini.
Kelmarin, PR melancarkan manifesto 10 perkara menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), antaranya, pendidikan percuma bermula dari prasekolah hingga menara gading, kad keanggotaan DAP, PKR dan Pas boleh diguna di semua plaza tol untuk mendapat tol percuma, selain penurunan cukai eksais kereta secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh lima tahun.

GE13, the People's Election: Go for Change or Dr M will come back to DESTROY US!

Well, we are on the verge of the 13th General Election for our beloved Malaysia. Anytime now, the Prime Minister will announce the dissolution of Parliament and the stage will be set for the biggest, most expensive and most promising Election ever!
Barisan Nasional's agenda of spend, spend, spend and cheat, cheat, cheat, against Pakatan Rakyat's talk, talk, talk and expose, expose, expose, will be the main contention here.
GE13, the People's Election: Go for Change or Dr M will come back to DESTROY US!But we the Rakyat will not do a listen, listen, listen anymore. We will go to the polls and change all that. It will be listening time for them. This is the People's Election not Pakatan Rakyat's or the Barisan Nasional's Election. We have the last say!
BN already way past retirement age
Looking at the current situation of this divided country because of 1Malaysia, we should vote for a Change. We should give a chance to the only formidable opposition that the country has seen for the last 54 years.
The current Government is already at retirement age, we can see the toil on its facade, the years of abuse of all its institution, the scandals, the corruption and the gloating.
Anytime now, BN can get a heart attack and drop dead on its tracks. So in view of this, we the People have to make a Change and let them live for another day.
We will need BN to do the check and balance for us in the Parliament on the new Government and keep it on its toes. We have learned our lesson for over-relying on the current government for 54 years, hence the abuse of the institutions and the people.

Datuk Abdul Ghafir : Pasukan Polis Dan Risik Tentera Telah Mendapat Maklumat Menunjukkan Pakatan Rakyat Akan Menang PRU13

Dr Maza - Lafaz Niat Dalam Solat

Dr Maza - Gadis Nak Kahwin Duda Anak Satu

Dr Maza - Antara Jihad di Gaza atau Besarkan Anak?

Anwar Ibrahim: Angkat Orang Yang Tak Curi Harta Rakyat, Jaga Amanah & Bela Nasib Rakyat

Altantuya, C4 & the Immigration: Who gave the order & deleted the records?

The savage murder of the late Altantuya continues to haunt Malaysians’ imagination, logic and emotions all across the nation.
It is a ‘blockbuster story’ that permeates every nook and corner of cities and villages. Just utter the word ‘Mongolia’ and everybody gets the drift.
It certainly continues to puzzle many across our borders, and surely the Mongolians are not exhausted of wondering too.
Altantuya, C4 & the Immigration: Who gave the order & deleted the records?Back in our own yard, the Altantuya episode continues to plague and haunt the political terrains on both sides of the divide – the BN and Opposition parties, as the politicians and their die-hard fans fight it out over the 'right' and 'wrong' of the episode.
But the fact is politicians are all missing the point. Some do not seem to get the drift of the riddle that is riling the rakyat.
C4 and immigration records
To them, whether the PM and or his spouse had anything to do with the slaying is a non-issue. The Premier’s silence or swearing on the matter is a non-issue. The foregone conclusion of the Courts of Justice is a non-issue. Deepak and Bala are non-issues too. These are turning out to be mere spices to the mysteries, speculations and truths.
The crux of the death of Altantuya however rests on two crucial but yet unanswered questions that have far more and dire consequences for the nation and its people.
We need to address these two questions if we are serious about treason, treachery and the security of all Malaysians and our ‘friends’ across the globe.

PRU13 : Dr. Asri, Dr. Juanda Dan Dr. Mazli Sah Tempah Tiket Pakatan Rakyat ...


KUALA LUMPUR: Di sebalik demam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang semakin dirasai, tiga tokoh agama termasuk Mufti Perlis Dr Juanda Jaya disebut-sebut antara individu yang bakal diturunkan dalam gelanggang pilihan raya kali ini yang dilabel sebagai ‘pilihan raya paling sengit' pernah berlaku dalam sejarah negara.

Selain Juanda, dua tokoh lain yang berada dalam senarai calon PRU13 ialah bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Pensyarah Kuliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Mazli Malek.

Ketiga-tiga mereka dikatakan akan bertanding mewakili Pakatan Rakyat namun belum disahkan untuk bertanding atas tiket PKR atau PAS.Bagaimanapun tokoh-tokoh ini tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen mengenai perkara itu.

Menurut sumber Antarapos, ketiga-tiga masih belum membuat keputusan untuk mewakili parti mana dan perkara itu akan diketehui apabila sampai masanya."Wakili parti mana belum pasti, kalau nak tahu kena tanya tuan punya badan."Belum tahu mereka akan tanding atas tikat parti mana, sama ada PAS atau PKR. Cuma yang pasti wakili Pakatan Rakyat," kata sumber itu kepada Antarapos.

Utusan catat kerugian sebelum cukai RM15.50j

Utusan Melayu (M) Bhd mencatat kerugian sebelum cukai sebanyak RM15.50 juta dalam tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM16.356 juta pada tempoh yang sama sebelumnya.

Perolehan susut kepada RM349.19 juta berbanding RM366.55 juta sebelumnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Utusan Melayu berkata perolehan yang lebih rendah itu berpunca daripada segmen penerbitan dan pengedaran yang mencatat perolehan yang lebih rendah, sebanyak 8.6 peratus serta pelupusan sebuah unit dalam segmen percetakan.

Utusan Melayu berkata tahun ini akan terus mencabar untuk kumpulan itu berikutan saingan sengit dalam penguasaan pasaran perbelanjaan pengiklanan dalam kalangan media.

Bagaimanapun kumpulan itu akan terus memanfaatkan akhbar kompaknya, Kosmo, untuk perolehan iklan yang lebih tinggi.

"Kami juga akan memanfaatkan segmen teknologi maklumat dan multimedia yang merekodkan perolehan yang meningkat sekali ganda tahun lepas.

"Segmen itu dijangka meningkatkan sumbangannya terhadap kumpulan itu," katanya.

- Bernama

Najib: Pilihan Raya 2013 adalah pilihan raya sosial media pertama

KUALA LUMPUR, 27 Feb — Pilihan Raya 2013 bakal menjadi “pilihan raya media sosial” pertama di Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sambil mengulangi pendirian laman maya seperti Facebook dan Twitter adalah kunci utama kepada Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan Putrajaya.
Kira-kira 13.6 juta pengguna Facebook di Malaysia dari 28.3 juta penduduk, mewakili 48 peratus dari keseluruhan penduduk, menurut laman web socialbakers.com. — Gambar Reuters“Bulan-bulan akan datang merupakan tempoh yang menarik untuk rakyat dalam dua perkara, politik dan Internet.
“Saya amat yakin dan meramalkan bahawa kali ini akan menjadi ‘pilihan raya sosial media’ pertama Malaysia,” kata pengerus BN yang memiliki sejuta pengikut dalam laman mikro Twitter dan juga 1.2 juta “likes” dalam Facebook pada majlis Minggu Media Sosial hari ini.
Perdana menteri keenam negara baru-baru ini mengakui bahawa media sosial boleh menjadi kunci utama kepada partinya Umno, mengakui bahawa ruang maya adalah antara punca BN merekodkan kekalahan dan kehilangan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya lalu.
Bulan lalu, Najib memberitahu Fareed Zakaria, wartawan kanan CNN dalam Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Switzerland, pengundi semakin terdidik dan berfikiran kritikal. serta mengakui media sosial memberi kesan  baik dan buruk bagi Umno.

Jari Telunjuk - Ustaz Azhar Idrus

Lahad Datu: "Rundingan 3 hala jalan terakhir"

Wilfred Bumburing : The Barisan Nasional Government Is A Failed Government

Fakta & Kebenaran : Peneroka Felda Kemahang 3 Saman Felda Part 3

Fakta & Kebenaran : Peneroka Felda Kemahang 3 Saman Felda Part 2

Fakta & Kebenaran : Peneroka Felda Kemahang 3 Saman Felda Part 1

Yes-No: Media-shy Yen Yen dances around questions

Nasihat buat Umno : Jika sendiri ada niat....Jangan tuduh orang lain akan buat huru-hara?


Hari ini Umno begitu takut dengan kebangkitan Pakatan Rakyat/PR yang diketuai DS Anwar Ibrahim,  hinggakan mereka sanggup buat tuduhan kalau pembangkang kalah dalam PRU 13 nanti, Anwar   akan buat huru-hara. Kenapa begitu bodoh?,, lihat dan kajilah sejarah! Bukankah sudah 55 tahun negara ini merdeka dan rakyat hidup aman?  Bukankah sudah 12 kali Malaysia mengadakan PRU dan boleh dikatakan 99% daripadanya pembangkang mengalamai kekalahan,  namun tak pernah pun pembangkang mencetuskan huru-hara!. 

Cuba pertahankan kuasa melalui peristiwa berdarah?  Tun Mahathir bekas PM  banyak kali mengeluarkan kenyataan yang bersifat  'provokasi jahat' ini. Niat mereka tak ada lain,, kecuali nak menipu dan menakut-nakutkan rakyat. Tidak mustahil Umno memang ada niat untuk melakukannya!  kerana apabila  kacau-bilau berlaku, maka timbullah akta dharurat dan dari situ persoalan agihan kuasa terpaksa dibincang semula dengan mengambilkira banyak aspek.  Inilah yang berlaku seperti selepas peristiwa 13 Mei ’69  apabila Umno kalah teruk dalam pilihanraya. Masih relevankah taktik ini digunapakai oleh Umno lagi?.Tak payahlah!  Rakyat sudah cukup cerdik!  Tuduhan yang melampau dan tidak berasas ini.elok saja dicampak kelubang jamban.     

Akibat dari dosa-dosa besar UmnoBn,,, !!!!

Sesungguhnya UMNO/BN amat takut menerima kenyataan bahawa mereka akan kalah dalam PRU 13 kali ini. Kini mereka panas bontot,   dan serba tak kena, macam cacing kepanasan. Paling tidak pun rimas yang amat sangat ibarat orang memakai baju yang penuh kemuncup. Namun pasti ada juga diantara mereka kelihatan monyok dan murung macam lembu korban menunggu  saat disembelih!

Kenapa Umno tak senang duduk?.  Apa tidaknya,, sesudah 55 tahun mereka lena dibuai kenikmatan memerintah dengan majoriti 2/3. tiba-tiba semua ini bakal terlucut,  bakal hilang !  Selama ini mereka beraya sakan, mereka enjoy,  mereka memerintah negara ini dengan dengan rakus, sombong dan zalim.  Apa saja mereka boleh buat, terutama rasuah, salahguna kuasa, menipu dan memperdaya rakyat..   

Membolot kekayaan untuk diri sendiri dan kroni usah cerita lah, itu paling utama. Tetapi lebih malang, mereka sanggup menyedut dan melenyapkan  saham-saham milik bumiputra yang tak seberapa itu.  Begitu juga dengan hak istimewa orang Melayu dan tanah-tanah rizab Melayu,,Umno peralat untuk kepentingan diri.  Mereka hakis dan kikis hanya dengan alasan pembangunan.

NAJIB DAN UMNO BERTAMBAH KECUT PERUT!!!


DULU NAK TENGOK KAUM INDIA SOKONG PAS PUNYALAH PAYAH, SEKARANG INI SEMUANYA SUDAH BERUBAH.. KINI SIAP PAKAI BAJU ADA LOGO PAS LAGI BEB!!!!.. PETANDA UMNO NAK LINGKUP DAH!!!!
Agak-agak rakaman gambar ini diterbitkan tak di semua media arus perdana milik UMNO/BN terutamanya Utusan, BH, The Star dan NSTP?

Kalau Najib Razak dan seluruh kepimpinan UMNO/BN tahu wujudnya rakaman gambar seperti ini, sudah pasti beliau bertambah pening kepala, menggigil seluruh tubuh badannya.

Tidak hairan mengapa Najib Razak dipercayai akan bubar parlimen bila hayat parlimen yang sedia ada habis bila sampai waktunya.

Najib Razak dan seluruh kepimpinan UMNO boleh berkata apa saja.. namun realitinya Ins'ya Allah.. UMNO akan menjadi pembangkang selepas PRU 13 nanti.

Penangguhan Pilihanraya: Alasan Najib tidak munasabah

Lagi lambat pilihanraya di adakan lagi kuat bukti yang penangguhan yang begitu lama itu adalah di sebabkan ketakutan UMNO dan BN menghadapi kekalahan. Seperti yang di sebut selalu di sini Najib merupakan satu-satunya Perdana Menteri yang tidak di pilih sampai penghujung penggal pilihanraya. Selalunya mana-mana Perdana Menteri yang baru mengambil alih jawatan itu tidak akan sabar-sabar untuk mengadakan pilihanraya bagi mendapatkan mandat yang terus dari rakyat.
Seorang Perdana Menteri itu mahu tahu sejauh mana sokongan orang ramai dan itulah yang menyebabkan semua Perdana Menteri sebelum Najib telah memanggil pilihanraya sejurus selepas mangambil alih jawatan itu. Ramai orang berkata Abdullah Badawi itu lemah dan tidak ‘effective’ tetapi apa pun orang kata terhadap beliau, Abdullah telah memanggil pilihan raya selepas empat bulan mengambil alih jawatan PM itu dari pemimpin yang boleh berjalan di atas air, iaitu Dr Mahathir Mohammad.
Abdullah telah mendapatkan ‘endorsement’ dari rakyat dan beliau telah mendapat mandat yag begitu besar, iaitu kedua terbesar selepas pilihanraya tahun 1955 dahulu. Dalam pilihanraya 1955 itu hanya seorang wakil Perikatan yang kalah iaitu Sulaiman Palestin di Pulau Pinang Selatan. Tetapi sehebat-hebat Najib seperti yang di war-warkan oleh UMNO pada hari ini, hendak memanggil pilihanraya pun takut dan tidak berani menghadapi risiko politiknya.

Bagaimana Agaknya Nasib Mahathir Jika Anwar Jadi PM?

Oleh Shahbudin Husin
Mahathir bersuara lagi. Terbaru beliau menyatakan bahawa Anwar akan mengamalkan nepotisme dan kronisme jika berjaya menjadi Perdana Menteri. Dengan mengambil contoh isteri dan anak Anwar yang menjadi Presiden dan Naib Presiden PKR serta bekas Setiausaha Sulitnya, Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden PKR, Mahathir sekali lagi menyerang Anwar.

Tujuannya tidak lain ialah supaya rakyat tidak memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat dan Anwar tidak berjaya menjadi Perdana Menteri.
Sebelum ini sudah beberapa kali Mahathir bersuara mengenai Anwar dan Pakatan Rakyat. Pantang ada kesempatan, Mahathir pasti melibas musuh politik nombor satunya itu.
Beliau pernah mengingatkan rakyat agar jangan terlalu obses mahu menukar kerajaan kerana katanya kerajaan baru belum tentu menjanjikan kebaikan berbanding BN yang sudah banyak berjasa. Hujahnya ialah negara-negara Arab yang bertukar kerajaan, sebahagiannya masih tidak aman sehingga sekarang.
Mahathir juga pernah mengecam Anwar sebagai pembawa budaya demonstrasi kepada Malaysia. Katanya, sejak dulu Anwar sering menggunakan demonstrasi untuk mencapai cita-cita politiknya. Selain itu, Mahathir juga sering membuat pelbagai dakwaan terhadap Pas, DAP, PKR dan Pakatan Rakyat dengan pelbagai perkara lainnya. Seringnya beliau menjadikan isu kaum dan agama untuk melaga-lagakan parti-parti dalam PR dengan harapan keyakinan rakyat makin berkurangan terhadap gabungan pembangkang itu.
Pendeknya, serangan Mahathir terhadap Anwar dan PR sentiasa bertali arus dan tidak pernah ada kesudahannya. Jika mahu dikumpulkan kecamannya itu, sudah boleh dibuat buku tebal yang memerlukan beberapa hari untuk membacanya.

Protes: Rosmah Mansor ‘diserang’ siswi UKM



BANGI: Sekumpulan mahasiswi daripada Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) hari ini telah melakukan protes aman di hadapan Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar) terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Lebih kurang 50 orang mahasiswi telah berkumpul di hadapan dewan tersebut bagi menyatakan protes terhadap penyelewengan yang telah dilakukan oleh isteri pemimpin nombor satu negara itu.

Rosmah yang dikatakan hadir ke UKM bagi merasmikan program bersama mahasiswa UKM telah menerima tekanan hebat apabila sekumpulan mahasiswi telah berkumpul di luar dewan sambil memegang sepanduk dengan mesej menolak penyelewengan dan pembaziran duit rakyat yang didakwa telah dilakukan oleh beliau.

Mahasiswi itu dikatakan telah mula berkumpul di luar dewan pada jam 4 petang sebelum menyambut Rosmah yang dijadualkan akan habis program pada jam 4.30 petang.

PENCEROBOHAN LAHAD DATU : KETUA CAWANGAN UMNO @ KETUA MUNDU/ LANUN?

LOGISTIK......Siapakah yang mereka buru dan kenapa tidak dapat mengesan kemasukan 76 orang tentera palsu Sultan Sulu setelah beratus ribu sudah lama bermastautin di Sabah, malah layak menerima BR1M.


Oleh : MUTALIB M.D


SELURUH Malaysia digegarkan dengan berita pencerobohan sekumpulan 'Lanun' (Mundu) yang kononnya tentera 'Sultan Sulu' sehingga Kampung Tanduo menjadi 'Medan Perang'; gara-gara 'kebijaksanaan' Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi @ Mat Bom melakukan percubaan 'Reverse Take Over' sebagaimana yang saya jangkakan akan berlaku sejak 1999 lagi iaitu selepas saya memberi keterangan dalam Petisyen Pilihanraya DUN Likas.

Ketika Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan kepada saya bahawa Tentera Sultan Sulu menyerang dan menawan Kampung Tanduo sejak 12 Februari lalu, saya tergelak besar kerana saya tahu siapa yang tinggal di sana dan kenapa mereka mendarat di sana.
Sebagai Mantan Setiausaha Eksekutif UMNO Silam, saya kenal hampir kesemua 402 Ketua Cawangan UMNO Silam ketika itu (1995-1997) yang majoritinya 'Warga Penyu' termasuk Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi yang mempunyai akal Abu Nuwas.
Ahmad yang mempunyai akal kancil memang 'Pakar Bom' terutama membuat bom ikan dengan hanya menggunakan baja urea yang menjadi sumber pendapatan beliau sebelum FELDA 'menceroboh' tanah beliau dan saudara maranya seluas lebih kurang 100 hektar.
Ahmad menjadikan 'Penjara Air Panas' Tawau sebagai rumah kedua kerana usahanya tidak pernah putus-putus mengugut Pegawai dan kakitangan FELDA yang beliau dakwa menceroboh tanah pusakanya.

Manifesto PR : Komen bangang dari Ali Rustam

"Akhirnya nanti" tu bila? Lagi 50 tahun? Kalau dah habih tempoh konsesi baik tak payah. Yang jelasnya sebelum ni cuma tol tak dinaikkan macam dalam perjanjian konsesi tapi masalahnya walaupun tak dinaikkan tapi tempoh konsesi pulak ditambah lagi.

MalaysianInsider melaporkan:
MELAKA, 25 Feb — Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam (gambar) menyifatkan manifesto pilihan raya umum ke-13 pakatan pembangkang sebagai lemah dan tidak menarik.

Beliau berkata janji-janji dalam manifesto bertemakan ‘Pakatan Harapan Rakyat’ tersebut sebenarnya telah dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak dulu lagi. - TMI.

Juga dilaporkan:
“Hapus tol, BN pun ada mengurangkan dari masa ke semasa dan akhirnya esok (nanti) tidak ada tol juga...pendidikan percuma, sekarang pun dah percuma,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Tak ka bangang punya kenyataan. Sejak bila kerajaan kurangkan tol? Kalau tak sebab Pakatan Rakyat sebuh pasai nak hapuskan tol jangan harap la nak merasa pengurangan tol tu. Tu pun berapa sangat yang dikurangkan.

"Akhirnya nanti" tu bila? Lagi 50 tahun? Kalau dah habih tempoh konsesi baik tak payah.

Manifesto PR : Lagi sorang menteri BANGANG malas membaca

Kalau kerajaan Umno BN tak mampu tak semestinya kerajaan Pakatan Rakyat kalau ambil alih Putrajaya pun tak mampu jugak. Pasainya cara dan kaedah yang Pakatan Rakyat nak terapkan tak sama macam kaedah Umno BN yang penuh dengan ketirisan, rasuah dan salahguna kuasa.

mStar melaporkan:
KUALA LUMPUR: Manifesto pakatan pembangkang untuk memperkenalkan gaji minimum RM1,100 sebulan akan memberi risiko tinggi terhadap daya saing Malaysia, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S Subramaniam pada Selasa.

Beliau berkata kadar yang dicadangkan itu akan hanya meningkatkan kadar inflasi dan pengangguran serta menjadikan negara ini kurang menarik kepada pelabur asing. - mStar.  

Standard menteri BN la, akan cuba memperlekeh tawaran dari Pakatan Rakyat termasuk tawaran komprehensif terbaru melalui Manifesto Rakyat oleh Pakatan Rakyat.

Kalau kerajaan Umno BN sekarang laksanakan gaji minimum RM1,100 macam yang Pakatan Rakyat tawarkan, aku pun yakin kadar inflasi dan pengangguran akan meningkat.

Manifesto PR : Lagi komen BANGANG pemimpin BN

Ni sorang lagi pemimpin BN merangkap Timbalan Menteri BANGANG, taktau sempadan tanggungjawab antara tanggungjawab kerajaan negeri dengan tanggungjawab kerajaan pusat.

MalaysianInsiders melaporkan:
KUALA LUMPUR, 26 Feb — Pemuda MCA menempelak manifesto pembangkang untuk memberi pendidikan percuma dari prasekolah sehingga menara gading, serta menyifatkannya sebagai janji kosong demi memancing undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Ketuanya, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata jika pembangkang benar-benar serius dalam melaksana pendidikan percuma, perkara itu boleh dilaksana sejak 2008 di negeri mereka seperti di Universiti Industri Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). - TMI.   

Manifesto PR : Hanya RM 6 bilion Diperlukan Untuk Beri Pendidikan Percuma

PTPTN-Grafik-baru1
PETALING JAYA, 27 FEB: Kos pendidikan percuma yang ditawarkan Pakatan Rakyat (PR) di dalam Manifesto Rakyat dianggarkan berjumlah RM 6 bilion setahun untuk dilaksanakan.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menjelaskan, jumlah ini turut membabitkan tawaran PR untuk membatalkan hutan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ditanggung graduan lepasan pengajian tinggi.
Menurutnya, RM 600 juta setahun diperlukan sebagai peruntukkan tambahan bagi menampung 10 peratus kos di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Setakat ini, Kerajaan Persekutuan membelanjakan RM7.5 bilion setiap tahun bagi menanggung 90 peratus kos di IPTA

Rombak Struktur Ekonomi Akan Biayai Dasar PR

rafizi duit 01
PETALING JAYA, 27 FEB: Perubahan struktur ekonomi seperti merombak monopoli dan mengadakan tender terbuka bagi kontrak Kerajaan oleh pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) akan menghasilkan dana bagi melakasanakan dasar di dalam manifesto PR.
Ahli Jawatankuasa Pembentangan Manifesto Rakyat, Rafizi Ramli menjelaskan, pembiayaan dasar dan inisiatif seperti menurunkan harga kereta, membiayai pendidikan percuma dan bonus warga emas bersandarkan tiga sumber kewangan.
Iaitu penjimatan perbelanjaan dengan membenteras rasuah dan perbelanjaan berhemah, menyusun keutamaan perbelanjaan selain pendapatan daripada peningkatan hasil pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.
Rafizi berkata secara keseluruhan, kos anggaran sebanyak RM 45.75 bilion diperlukan bagi melaksanakan program ekonomi di dalam manifesto PR.

Bernama Diminta Perbetul Fakta Isu Air Selangor....jangan kelirukan rakyat dengan fakta yang tidak tepat..!!!

MB Majlis Ikrar PKPS dan SPRM Tingkat 22 SUK 01
SHAH ALAM 27 FEB : Kerajaan Negeri menegaskan bahawa artikel Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) bertajuk ‘Air Selangor Dalam Keadaan Kucar-kacir’ yang disiarkan pada 26 Februari lalu oleh beberapa akhbar dan portal berita mengelirukan.
Ia juga mengandungi kesalahan fakta berhubung usaha Kerajaan Negeri dalam memastikan rakyat mendapat perkhidmatan air yang lebih baik dan cekap pada kadar tarif munasabah.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam suratnya kepada Ketua Editor Bernama, Datuk Yong Soo Heong berkata, Kerajaan Negeri meletakkan tanggungjawab membetulkannya atas bahu Bernama yang cuai di dalam memilih pendapat ‘pakar’ yang meragukan.
Ujar beliau, kenyataan seorang ahli akademik Dr Zaharuddin Ahmad Sabri yang mendakwa konon dirinya seorang pakar air, lantas Bernama merumuskan bahawa pengurusan dan insfrastruktur air di Selangor dalam keadaan kucar-kacir .
“Agak sukar untuk mengiktiraf beliau sebagai pakar air kerana dari semakan yang lakukan, tiada satu makalah pun samada terbitan buku mahu pun artikel pendek yang pernah beliau hasilkan khusus dalam pengurusan industri air,” kata Abdul Khalid.
Tambah Abdul Khalid, kenyataan Dr Zaharuddin yang mempersoalkan kemampuan kewangan Kerajaan Negeri membiayai tawaran RM9.65 bilion bagi membeli empat syarikat konsesi air dipertikaikan.

Kerajaan Pusat Sabotaj Pengambilalihan Air Selangor

Forum Air di Dewan Sri Jugra Banting 03
BANTING 27 FEB: Kerajaan Pusat didakwa bersetuju meluluskan pengambilalihan pengurusan air di Selangor tetapi mengkhianatinya apabila Pakatan Rakyat (PR) di berjaya membentuk Kerajaan Negeri selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) pada Mac 2008 lalu.
Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa mendakwa Kerajaan Pusat dalam satu mesyuarat pada Februari 2008 bersetuju memberikan hak pengurusan air di Selangor yang diuruskan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) kepada anak syarikat Kerajaan Negeri iaitu Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).
“Umno dan Kerajaan BN sendiri sabotaj keputusan yang dipersetujui sebab PR yang perintah, bukan orang dia.
“Mereka berniat jahat, ‘it was their decision’, tetapi tak mahu teruskan sebab niat jahat politik,” katanya pada Forum Air di Dewan Sri Jugra, Banting, malam tadi.
Forum Air di Dewan Sri Jugra Banting 04Dakwanya, tindakan Kerajaan Pusat sengaja melengah-lengahkan penyelesaian isu air ini bagi menyekat Kerajaan Negeri daripada terus memberikan 20 meter padu air percuma kepada lebih lima juta penduduk di Selangor.
“Ini semua propaganda BN dengan menjadikan isu krisis ketiadaan air, isunya adalah Kerajaan Negeri mahu ambil syarikat konsesi untuk kembalikan kepada rakyat,” katanya dihadapan hampir 400 orang yang hadir.
Dalam pada itu, rata-rata penduduk yang hadir ke forum itu memahami kesungguhan Kerajaan Negeri dalam usaha mengambil alih pengurusan air daripada Syabas.

Dr Mahathir akui Umno sudah kalah?

Mohd Sayuti Omar

Semalam seorang kawan dari Sarawak memberi tahu beberapa hari lepas Mahathir Mohamad telah bertemu dengan para setiausaha politik perdana menteri dan menteri di Putrajaya dalam rangka memberi taklimat dan “arahan-rahan” khusus berhubung pilihan raya. Katanya hampir semua setiausaha-setiausaha politik hadir.
Menurut kawan itu yang mengakui maklumat itu diperolehi dari salah seorang setiausaha politik yang hadir, antara apa yang dijelaskan oleh Mahathir ialah mengenai kedudukan UBN hari ini yang dalam keadaan kritikal dan kalah.
Jelas Mahathir buat masa ini UBN kalah dengan kekurangan 20 kerusi untuk mendapat majoriti mudah 112 kerusi. Ini bererti kerusi yang dimenangi UBN kini hanya sekitar 80 atau 85 kerusi saja manakala Pakatan Rakyat meraih sekitar 130 hingga 135 kerusi.
Angka itu meletakkan UBN kehilangan sebanyak 60 kerusi termasuk di Sabah dan Sarawak.
Pertemuan itu katanya amat-amat sulit sekali.

Rafizi Ramli: Pembentangan Manifesto Pakatan Rakyat PRU-13

Dr Dzulkefly Ahmad: Pembentangan Manifesto Pakatan Rakyat PRU-13

Saifuddin Nasution: Manifesto Pakatan Rakyat Adalah Tawaran Terbaik Kepada Rakyat

Nurul Izzah: Kupasan & Analisa Manifesto Pakatan Rakyat PRU-13

Tentera Sulu Di Lahad Datu, Punya masa 6 jam lagi untuk berundur .....Kerajaan UMNO@BN gagal..???

WALAUPUN malam, tetapi sinar bulan yang terang, akan menerangi Kg Tanduo, Lahad Datu. Kedua belah pihak hanya berbaki kira-kira enam jam lagi, samada penceroboh bersedia untuk dihantar pulang atau berdepan dengan dentuman senjara automatik.
Jala besar mungkin digunakan untuk tujuan melumpuhkan penceroboh dan agar mudah ditangkap, jika pertumpahan darah ingin diminimakan.
Kapal Filipina yang bertujuan kemanusian, yang sedang berlabuh, juga "on standby mode" untuk bergerak mengangkut mereka yang tercedera.
Dalam keadaan ini, tiada jaminan tiada nyawa yang melayang. Bagi pasukan keselamatan negara, perlu bertindak, kerana bukan sahaja maruah pasukan keselamatan tetapi juga negara.
Apapun, kita mengharapkan penyudah yang damai.

Penceroboh tentera Sulu enggan berganjak dengan tuntutan....Kerajaan UMNO@BN gagal...!!!!


February 27, 2013 Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia sedang membuat rondaan di Tanjung Labian, berhampiran tempat di mana lebih 100 orang lelaki bersenjata sedang berkampung di Lahad Datu, Sabah. — Gambar ReutersKUALA LUMPUR, 27 Feb — Ketua kumpulan penceroboh Raja Muda Agbimuddin Kiram yang telah berkampung di Lahad Datu, Sabah selama dua minggu lebih enggan berganjak dengan pendirian mereka untuk kekal berada di perkampungan tersebut mereka dan sedia berkorban sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi.
Agbimuddin yang dipetik berkata kepada radio Filipina, Radio Inquirer jam 9 pagi tadi berkata setuju untuk berunding secara damai tetapi hak mereka perlu dipastikan terbela.
“Ya, kami mahu berdamai.
“Tapi ia hanya selagi hak kami tidak diambil daripada kami,” kata Agbimuddin.
Pemimpin tersebu yang mengaku sebagai Askar Kesultanan Sulu juga tidak menolak akan berlaku pertumpahan darah sekiranya mereka diserang oleh pihak berkuasa Malaysia.
“Tiada jalan lain selain mempertahankan diri.
“Terus berjuang atau mati,” kata  Agbimuddin lagi.

Are the non-Malays really a threat? Should the Malays listen to Umno & reprise May 13?

On February 18, 2013 UMNO had a closed-door exclusive preview of the fictitious and controversial film “Tanda Putera” at a gathering attended by some 2000 Felda settlers at the Putra World Trade Centre. This was purportedly endorsed by the Prime Minister – Najib Abdul Razak – himself out of desperation to get back Malay support for UMNO.
But are the Malays succumbing to this ruse after 56 years of independence? Aren’t the Malays already living harmoniously together with the non-Malays in this country?
Are the non-Malays really a threat? Should the Malays listen to Umno & reprise May 13?The film supposedly accounts the events that led to the May 13, 1969, racial riots. Of course, by screening it to the group of Felda settlers this must have indirectly miffed the morale of many non-Malay voters, as the latter were given no avenues to elucidate to the audience the many controversial scenes lacing up the stories that led to the riots.
Offended the non-Malays
This political strategy by UMNO may or may not get any sympathy from the audience. But what is certain is that UMNO has yet again offended the non-Malays.
Critics say that there is a malicious intent behind the preview of the film – to scare the voters so that they would continue to support UMNO. But this manoeuvre is not going to help the nation recover from the May13 trauma.
The film seems to have come up with some imaginary scenes to make it more ‘palatable to the Malay taste’ and indirectly make them ‘hate’ the Chinese.
This fictitious film was surely not based on well-grounded research backed by historical facts. Until today the people have not seen any documented historical evidence that many of the depicted episodes found in the film actually took place and that these incidents provoked the May13th incident.
Screening the controversial film to the audience has further infuriated the Chinese, especially, as the people were made to watch episodes of the film that are ghoulish that could trigger interracial hatred and distrust.

"Kos tunai manifesto rakyat hanya RM45 bilion".....BN..????

PETALING JAYA - Manifesto Pakatan Rakyat (PR), yang dilancarkan kelmarin, hanya akan menelan kos RM45 bilion apabila dilaksanakan sepenuhnya kelak, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Beliau berkata, manifesto empat teras itu  mengambil kira kos aliran tunai setiap tahun untuk melaksanakan perkara-perkara yang digariskan.

Menurutnya, PR juga tidak akan melaksanakan manifesto ini sekali gus, sebaliknya secara berperingkat-peringkat.

"Jumlah keseluruhan yang diperuntukkan hanya akan menelan belanja sebanyak RM45.75 bilion.

"Ini bermakna ia tak benar seperti dakwaan BN yang mengatakan manifesto kita akan menelan belanja yang lebih besar daripada kerajaan sebelum ini.

"BN hanya nak takutkan rakyat, kita telah ambil kira aliran tunai setiap tahun dan akan dilakukan secara berperingkat kepada rakyat," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Tambahnya, PR juga menggunakan pendekatan yang berbeza berbanding BN iaitu mengekang pembaziran dengan membanteras rasuah dan menyusun keutamaan dalam perbelanjaan bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.

"Kita akan gunakan pendekatan yang berbeza dengan BN yang lebih telus," katanya lagi.

Najib dicabar debat dengan Anwar, buktikan manifesto BN realistik

najib penakut-debatPETALING JAYA 27 FEB: Jawatankuasa Manifesto Pakatan Rakyat mencabar Datuk Seri Najib Razak berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai manifesto yang ditawar kerajaan masing-masing.
“Kami mencabar Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan untuk berdebat dengan Ketua Umum KEADILAN berhubung manifesto kami dalam masa terdekat, selepas BN keluarkan manifesto mereka.
“Kami juga bersedia, sebagai Ahli Jawatankuasa Manifesto Pakatan Harapan Rakyat untuk berdebat dengan wakil daripada BN, (dan bahaskan) setiap isu dan peruntukan (manifesto).
“Debat ini bagi pertahankan setiap perangkaan (dalam manifesto) yang kononnya akan bankrapkan negara,” kata Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Pakatan bentang kos pembiayaan Manifesto, BN cuma cakap kosong

fiziPETALING JAYA 27 FEB: Jawatankuasa Manifesto Pakatan Rakyat hari ini mencabar BN buktikan tuduhan mereka bahawa Manifesto Rakyat yang dibentangkan Isnin lalu tidak dapat dilaksanakan dari segi kewangan.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, Umno BN tidak boleh membuat tuduhan begitu, tanpa menunjukkan kira-kira sebagai bukti.
“Kita dapat bentangkan kos pembiayaan (manifesto). Apa yang BN takut sangat, untuk dedahkan bagaimana Pakatan keluarkan jumlah kos (menyatakan Manifesto Rakyat tidak dapat dilaksanakan).
“Kini, BN tidak dapat lagi keluarkan kira-kira dengan begitu sahaja. Kita akan kaji setiap nombor yang mereka berikan,” kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, tengah hari tadi.
Hadir sama, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua; Ahli Jawatankuasa Manifesto, Dr Dzulkefly Ahmad dan Liew Chin Tong.
Rafizi menjelaskan, kos program Manifesto Rakyat menggunakan pendekatan pembiayaan menerusi tiga sumber kewangan.
Pertama melalui penjimatan perbelanjaan dengan membanteras rasuah dan perbelanjaan berhemah.
Kedua, menyusun keutamaan perbelanjaan (spending priority).
Manakala ketiga peningkatan hasil dari pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.

Pakatan dares BN to public debate on manifesto

Persaudaraan Rakyat



Kesejahteraan Rakyat


Kerajaan Rakyat


Ekonomi Rakyat

Ekonomi Rakyat Vs Ekonomi Barisan


Sasaran PR Pendapatan Isi Rumah RM4,000 Bukan “Mimpi Utopia”


pic besar manifesto PRPETALING JAYA 27 FEB : Sasaran gaji RM 4,000 sebulan untuk setiap isi rumah oleh Pakatan Rakyat mampu dicapai dengan menyelaraskan skala gaji pekerjaan di Malaysia dan mengagihkan kekayaan negara.
Ia akan dilakukan dengan melahirkan lebih peluang pekerjaan bermutu untuk rakyat Malaysia dan melaksanakan skim gaji minima RM 1,100 sebulan di dalam setiap industri.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata sasaran itu boleh dicapai di dalam masa penggal pertama pemerintahan PR sekiranya gagasan itu berjaya mengambilalih Putrajaya.
Rafizi menegaskan sasaran tersebut bukannya ‘mimpi utopia’.
“Penetapan gaji minima RM1,100 adalah penting dan utama kerana apabila berlaku peningkatan gaji maka ia akan menstruktur keseluruhan skema gaji dan itu akan mengimbangkan ketidakadilan daripada perbezaan gaji,” kata Rafizi.
Beliau berkata demikian semasa Sidang Media Pembentangan Manifesto Pakatan Rakyat yang diadakan di Ibu Pejabat PKR.

Pakatan mahu singkir DEB, fokus ekonomi berasaskan keperluan


Rafizi: Melalui dasar baru PR, Bumiputera boleh mencapai lebih dari 30 peratus pegangan ekuiti ekonomi. — Gambar fail Choo Choy MayPETALING JAYA, 27 Feb — Pakatan Rakyat (PR) akan menyingkirkan polisi ekonomi Dasar Ekonomi Baru (DEB) jika berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya 2013, dan fokus kepada sasaran pendapatan isirumah sebanyak RM4,000.
“Kita akan bergerak dari dasar berasaskan kaum kepada dasar berasaskan keperluan yang seterusnya tidak akan menggunakan DEB,” kata Rafizi dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.
“Akan tiba masanya apabila semua dasar ekonomi berasaskan kaum tidak lagi relevan,” katanya lagi.
Kata Rafizi lagi, melalui dasar baru yang dibuat PR, Bumiputera boleh mencapai lebih dari 30 peratus pegangan ekuiti ekonomi.
Dalam manifesto yang dilancarkan PR Isnin lalu, pakatan itu mensasarkan pendapatan RM4,000 per purata isi rumah dalam tahun pertama pemerintahan.
Pakatan itu juga mahu menurunkan tarif elektrik, menurunkan harga minyak, memberi pendidikan percuma, menurunkan harga kereta dan meningkatkan siling cukai pendapatan dari mereka yang berpendapatan RM250,000 setahun kepada RM400,000 setahun.

Manifesto PR : Pakatan sasar jimat RM49.5b setahun tampung perbelanjaan negara

PETALING JAYA, 27 Feb — Pakatan Rakyat (PR) mensasarkan penjimatan RM49.5 billion setahun untuk menampung perbelanjaan program dan projek kerajaan yang berjumlah RM45.8 billion setahun daripada perolehan keseluruhan RM206.4 bilion sekiranya pakatan pembangkang itu berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata, angka itu adalah penjimatan sebanyak 24 peratus perbelanjaan pembinaan jalan raya di Selangor dari Januari hingga September 2012.
“Kita akan jimatkan RM49.5 billion, iaitu 24 peratus dari perbelanjaan keseluruhan (RM206.4 billion),” kata Rafizi dalam sidang medianya di ibu pejabat PKR hari ini.
“Kita menggunakan pendekatan pembiayaan dari tiga sumber kewangan, iaitu penjimatan perbelanjaan dengan membanteras rasuah dan perbelanjaan berhemah, menyusun keutamaan perbelanjaan, dan peningkatan hasil dari pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.”
Dalam manifesto yang dilancarkan PR Isnin lalu, pakatan itu mensasarkan pendapatan RM4,000 per purata isi rumah dalam tahun pertama pemerintahan.
PR juga mahu menghapuskan tol, memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), menurunkan harga kereta, caruman wanita nasional dan 20 peratus dividen kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Turut hadir ialah naib presiden PKR, Chua Tian Chang, ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat Dr Zulkefly Ahmad, dan ahli parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran.

Manifesto Pakatan Rakyat mesra anak muda


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat 10 perkara penting yang ditekankan di dalam manifesto Pakatan Rakyat (PR) adalah bagi tawaran kepada anak muda khasnya dan rakyat amnya untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ini nanti.
“Ianya sudah tentu bagi menjamin peranan dan keperluan anak muda di era perubahan dan keyakinan atas sokongan kepada PR bagi membina Negara yang lebih berprinsipkan keadilan dan berkebajikan,” ujar Naib Ketua DPPM, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss (gambar).

Katanya, antara intipati yang menarik yang boleh dikongsi bersama anak muda adalah jaminan PR untuk memastikan 1 juta peluang pekerjaan baru untuk rakyat khasnya.

Malah, ujarnya penekanan bagi perlaksanaan gaji minima juga diambil berat dan penubuhan tabung dengan peruntukan RM2 bilion bagi permudah pelaksanaan gaji minima.

Manifesto Rakyat: BN bakal tumbang pada PRU13



KALAU diteliti betul-betul kandungan Manifesto Rakyat yang bertemakan “Pakatan Harapan Rakyat” tidak ada alasan lagi bagi rakyat Malaysia untuk mengelak daripada memberi mandat kepada Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Walaupun kebanyakan pemimpin UMNO-BN memperlekeh dan menganggap manifesto itu tidak realistik atau seperti ‘menanam tebu di bibir’, realitinya rakyat sudah lama tahu hati budi dan perangai jahat UMNO-BN.

Kelebihan manifesto itu yang pentingnya ia dirangka bagi menjamin keadilan, kesejahteraan dan kesaksamaan rakyat.

Kalangan pemimpin PR memang sudah menjangka komen sedemikian akan dikeluarkan dan media arus perdana kawalan UMNO-BN terutama Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3 pasti akan menyiarkan komen pedas segelintir mereka yang seolah dipaksa supaya tidak menyokong manifesto berkenaan.

Setakat ini rakyat belum tahu apa kelebihan pada manifesto BN, tetapi yang pasti memang ‘tanam tebu di bibir’ yang boleh membuatkan hutang negara bertambah dan semakin berleluasa rasuah, salah guna kuasa dan memperkayakan kroni.

Rakyat mahu ubah

Tian Chua, Mat Sabu & 12 lagi dibebas tuduhan sertai Bersih 1.0

bersih-tianchuaKUALA LUMPUR 27 FEB: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membebaskan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dari tuduhan menyertai himpunan Bersih 1.0 pada 2007.
Dibebas sama, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan 12 lagi yang lain.
Keputusan itu dibacakan Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh.
Mereka dituduh menyertai perhimpunan berkenaan yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di beberapa tempat, termasuk di perkarangan Masjid Negara, Jalan Istana Baru, Jalan Raja Laut dan berdekatan pusat beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman antara 1 tengahari dan 4 petang pada 10 November, 2007.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 143 dan 145 Kanun Keseksaan, dengan tuduhan pilihan mengikut Seksyen 27(4) (a) Akta Polis 1967.
Mengikut Seksyen 143, jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara maksimum enam tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

'Siapa Kirim Orang Sulu Ke Lahad Datu' - Presiden Filipina


MANILA: Filipina sedang sedang mencari siapa yang sebenarnya mengirimkan ratusan orang Sulu ke Lahad Datu, Sabah.
Ini kerana, biaya untuk menyewa kapal feri demi mengirimkan mereka tidak murah, kata Presiden Benigno Aquino.
“Kami diberitahu ada dana besar yang membiayai mereka dari Tawi-Tawi ke Sabah. Dari mana dana itu? Dari siapa?” katanya seperti dilapor viva.co.id hari ini.
Beliau juga mempersoalkan kesahihan Jamalul Kiram III sebagai pewaris Kesultanan Sulu yang sah.
Menurutnya, pemimpin Sulu sekarang ini bukanlah keturunan langsung Sultan Sulu yang diakui Filipina pada 1974, iaitu Esmail Kiram I.