Selasa, 26 Februari 2013

LANGKAWI: APAKAH IA MENJADI SEJARAH MALAYSIA..???

PULAU LAGENDA....
ADAKAH SUMPAH MAHSURI AKAN TAMAT ESOK......
SATU DUNIA MENUNGGU......
APAKAH KEPUTUSAN ITU BERANI DILAKUKAN...????

Who will be Malaysia's prime minister after GE13?

During an English lesson, students in a Malaysian school were asked to write an essay on “What I would do if I am the prime minister?” While most students went about their task, a particular student opted not to write the essay. His reasoning was that “I can never become the prime minister of Malaysia because I am an Indian.”
Who will be Malaysia's prime minister after GE13?While this stumped the teacher, it was really a thought-provoking reaction and response to the assigned task by the student. In reality, why should only Malays of the Islamic belief allowed to helm the country if there are better suited Malaysian candidates from the other races and religions?
Even pre-dominantly white America is able to accept a half white-half black man in the form of Barack Obama as their president signifying a major shift in the values of people in America towards putting an end to racism.
Are we Malaysians as a people prepared to show respect and take instructions and obey a person who is non-Malay and non-Islamic as the prime minister of this country?
Paranoia
The answer most unfortunately is a resounding no. Malaysia and the people of this country have yet to reach a state of political maturity to be able to accept the non-Malay, non-Islamic prime minister.
This is because of deep-rooted but unfounded paranoia by the Malays in this country who foster feelings of fear and insecurity that they have much to lose by having to share political power on an equal footing with the other races.
This effectively translates into meaning that Malaysia does not practice democracy in a pure form but only a semblance of it and is really trying to pass off and convince the rest of the world that it is conforming to the full tenets and obligations of democracy.
Perhaps a more vigorous “Malaysian Spring” will be needed before the nation decides to go fully the way of democracy in its purest, unadulterated form to free the people from the shackles of prejudice and racism.


The need to practice meritocracy

Malaysians should not fear voting for PR even if I am not PM - Anwar

Malaysians should not fear voting for PR even if I am not PM - Anwar
Opposition Leader Anwar Ibrahim denied there was any power tussle going on within the top leadership in the Pakatan Rakyat coalition, saying the people should not hesitate to vote for the opposition regardless of whom was chosen to be the prime minister.
"Not true. (Who becomes prime minister) was never raised as an issue. In 2008, was there any announcement that Anwar would be PM? We work on consensus," Anwar told a press conference on Tuesday.
"I don't why the people should feel this way," he added, when asked if it was true the PR could lose some of its attraction for voters if he was not selected to be the PM.
Glue that binds the PR parties
The 64-year-old Anwar is widely accepted to be the glue that binds the 3 PR parties of PKR, PAS and DAP.
A former deputy prime minister and high-flying finance minister, he has the most experience in government. More than that, Anwar is also famous for his special charisma and ability to connect to the ordinary folk.
The media storm over a purported dispute between Anwar, who is also the PKR adviser, and Hadi Awang, the PAS president, over who should lead the government if PR won the 13th general election hit a crescendo on Monday, when the PR unveiled a multi-pronged people-friendly manifesto.
NamedThe People's Hope, the manifesto has drawn praise for its broad-based programs, and marks the first time the Opposition in the country has beaten the government in the race to unveil plans and promises to voters.

Leman Raja Lawak seru Nabil, Salih teliti Buku Jingga



Leman Raja Lawak Original

Saya minta sahabat sy saudara nabil raja lawak dan otai lawak negara saudara saleh yaakob,meneliti dan membaca dahulu isi buku jingga dan fakta jelas dlm pentadbiran negara sblum membuat satu lawak politik,kerana jika tiada isi dan fakta ,lawak yg anda lakukan itu hanyalah ibarat diperbodohkan oleh UMNO..

Saya tidak kisah anda ingin menyokong mana2 parti tp biar berfakta kerana anda berdua pelawak yg hebat dimalaysia.kita boleh merapu tapi jangan sampai merapu2 hingga menjadi najis dimasa akan datang.. Gunakanlah lawak anda untuk membina rakyat dlm negara..baca dulu fakta sblum membuat lawak untk rakyat malaysia.

Belia anak muda boleh menilai ..salam sahabat.

Yang benar
Sulaiman ibrahim (leman raja lawak)
Presiden PANGLIMA
Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama
IKON ANAK MUDA PAS

Gambar bersejarah buat Taib Mahmud yang tidak disiar media arus perdana


Sabtu lalu 23 Februari 2013, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud telah melakukan lawatan ke Long Lama sebuah bandar kecil yang terletak di kawasan Hulu Baram, Sarawak bagi mengulangi semula janji-janji yang telah dilakukannya 30 tahun lalu.

Manifesto PR peluang rakyat buat perubahan PRU13

SHAH ALAM: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub melihat manifesto Pakatan Rakyat yang diumumkan semalam merupakan satu tawaran berharga untuk rakyat.

Katanya, dengan tawaran yang dikemukakan itu, rakyat kini boleh membuat jangkaan terhadap masa depan mereka jika memilih Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

"Manifesto ini menjadi satu hadiah yang paling berharga untuk rakyat dari Pakatan Rakyat.

"Ia juga menunjukkan satu dimensi terbaik untuk rakyat lakukan perubahan pada pilihanraya nanti," jelasnya kepada Harakahdaily.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berharap rakyat Malaysia dapat membaca serta mengkajinya untuk mendapat kefahaman lebih mendalam mengenainya.

Polis: 'Kita akan tamatkan stand-off Lahad Datu sekarang'


LAHAD DATU - Polis memberi jaminan bahawa insiden pencerobohan kumpulan bersenjata rakyat Filipina di Kampung Tanduo, kira-kira 130km dari sini, akan ditamatkan secepat mungkin.

Tanpa menyatakan bilakah sebenarnya ia akan berakhir, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, episod yang bermula sejak 12 Februari lepas akan diselesaikan secepat mungkin dan menasihati orang ramai supaya tidak bimbang.

Ditanya tindakan yang akan diambil selepas tamatnya tempoh yang diberi pihak berkuasa kepada kumpulan itu Ahad lepas, Khalid sekadar berkata: "Tunggu dan lihat".

Katanya, tindakan boleh diambil pada bila-bila masa terhadap 150 orang penceroboh yang masih bertahan dan enggan keluar dari Kampung Tanduo.

PRU13 : Seorang lagi pencacai baru Najib menyeru sokong BN

Dengan berjawatan sebagai Presiden kesatuan pekerja,, dapat pingat Datuk,, nak kata hebat atau cerdiakawan tak pulak,, kalau bercakap pun tergagap-gagap...maka tak hairanlah sanggup jadi pencacai ....



ini Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Omar Osman buat kenyataan kata hati penjawat-penjawat awam 'sudah sejuk', hari ini secara terbuka beliau minta penjawat awam termasuk pesara kerajaan sokong Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.

DAP lapor polis, Perdana Menteri cetus api kebencian kaum


GEORGE TOWN, 26 FEB: Cubaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mencetuskan api perkauman dengan menggunakan agama untuk menakut-nakutkan rakyat menjadi penghinaan kepada slogan 1Malaysia dan wasatiyyah yang cuba dibawanya.
Terbaru, akhbar The Star melaporkan Presiden UMNO itu berkata bahawa, “Undi untuk PKR akan merosakkan akidah sementara undi untuk PAS akan memecahbelahkan umat Islam; manakala undi DAP akan mengakibatkan penindasan Islam.”
Kenyataan politik sempit Najib itu disambut dengan kekecewaan Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari yang telah membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri kerana memfitnah DAP, hari ini.
“Ke mana perginya sifat wasatiyyah atau kesederhanaan yang diuar-uarkan Datuk Seri Najib sendiri? Ini membuktikan slogan yang dilaungkan seperti Wasatiyyah dan 1Malaysia hanya slogan kosong dan tidak dituruti beliau sendiri, apabila mendakwa dengan begitu jahat dan tidak berasas tanpa mengemukakan sebarang bukti,” ujar beliau dalam kenyataan medianya hari ini.
Tuduhan Perdana Menteri ternyata tidak berasas dan tidak disokong dengan fakta, sedangkan menurut Zairil, Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat yang diterajui Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah membuktikan agama Islam bukan sahaja tidak ditindas malah lebih dimartabatkan.

Manifesto Rakyat tepat pada sasaran reformasi- Khai Loon

khai loonAngkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyambut baik Manifesto Rakyat yang telah dilancar oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat semalam. Manifesto tersebut tepat pada sasaran reformasi sistem khasnya dalam mengemukakan dasar penyelesaian atas pelbagai masalah yang dihadapi oleh negara dan rakyat Malaysia.
Sekiranya Manifesto tersebut diberi mandate oleh rakyat pada Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) yang akan datang, maka kesan reformasi sistem tersebut akan dinikmati oleh semua rakyat Malaysia.
Manifesto Rakyat merupakan hasil perkembangan demokrasi serta sistem dua-parti yang sihat. Usaha Pakatan Rakyat untuk menwujudkan politik baru yang menggalakkan persaingan sihat di kalangan parti-parti politik dan menolak politik lama yang kotor, fitnah serta maki-hamun.
Pergabungan tiga parti di dalam Pakatan Rakyat semakin mantap dan kuat dengan mendokong dasar bersama yang dikeluarkan dalam enam bahasa. Walaupun Perdana Menteri Najib Razak masih tidak berani membubarkan parlimen, tetapi Pakatan Rakyat telah bersedia dari segi software dan hardware.
Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan persekutuan, maka pelbagai agenda reformasi termasuk perubahan sistem akan dilaksanakan bagi memastikan kepentingan rakyat dan negara terjamin.

Rafizi Minta Selangor Keluar Notis Pengambilan Tanah Kepada Raja Ropiaah

rafizi debat
PETALING JAYA, 26 FEB: Pengarah Startegi PKR, Rafizi Ramli hari ini menggesa Kerajaan Negeri Selangor mengeluarkan notis Pengambilan Tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 yang kini dimiliki Kerajaan Persekutuan.
Tindakan tersebut harus diambil bagi mengelakkan tanah seluas 223 ekar itu diserahkan kepada Ketua Wanita Umno Selangor, Raja Ropiaah Raja Abdullah melalui sebuah syarikat milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Jendela Hikmat Sdn Bhd.
Menurut Rafizi, Perkara 3.2 perjanjian di antara syarikat milik Raja Ropiaah, Awan Megah dengan Bakti Wira Sdn Bhd, Awan Megah akan menandatangani satu perjanjian perkongsian tanah dengan Jendela Hikmat.
“Saya sudah tulis surat secara rasmi kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Jika notis ini dikeluarkan, secara automatik Perkara 8.2 di dalam perjanjian berkuatkuasa dan wajarlah keseluruhan urusniaga ini dibatalkan seperti diperuntukkan di dalam perjanjian,” kata Rafizi di sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat PKR, Merchant Square di Tropicana hari ini.

PRU13 : Najib tunggu Pakatan silap


JIKA ketika  rencana ini tersiar Parlimen belum dibubarkan, maka Pakatan Rakyat mesti berjaga-jaga jangan melakukan sebarang kesilapan.

Najib menunggu  saja sebarang kesilapan dan dia selalu mengintai apa jua kelemahan barang sedikit  dan sekecil sekarang.

Pakatan mesti melihat semula  sejarah lama Pilihan Raya Umum yang PAS alami dalam tahun 1986 ketika  masyarakat Cina mula didedahkan tentang perjuangan PAS. Umumnya masyrakat Cina begitu terangsang pandangan PAS tentang layanan yang perlu diberi kepada semua dan pendekatan      Islam tentang penyelesaian masyarakat majmuk.

Hingga DAP dikatakan cuak dengan perhatian masyarakat Cina yang mungkin melarikan pengundinya. Hatta mendiang Dr. Tan Chee Khoon, pembangkang yang tersohor ketika itu upaya mencelah hujah PAS lalu berkata, ‘Takut ia manis mulut saja.’

PAS tidak ada upaya untuk menukar hati manusia seperti Rasulullah SAW tidak diberi kuasa memberi hidayat kepada seseorang kerana ia hak Allah saja. Pokoknya PAS mula perhatian masyarakat bukan Melayu.

‘Reveal the 1976 Sabah air crash report’

After 37 years, the report on the air crash which took the lives of the chief minister and 10 others is still kept under wraps.

KOTA KINABALU: After 37 years, the investigative paper on the air crash which killed Fuad Stephens and 10 others is still a secret.
And one man who wants to change all that is Captain Joseph Lakai, a test pilot-turned-politician.
He has called on the government to make public the full report of the plane crash and put to rest once and for all insinuations that the deaths of Stephen and several members of his cabinet were deliberate.
On June 6, 1976 a small plane carrying the then chief minister Fuad Stephens and 10 others crashed as it was coming down for a landing. All on board were killed.
Others who died were cabinet ministers Salleh Sulong, Peter Mojuntin, Chong Thain Vun and Darius Binion, top Sabah Ministry of Finance official Wahid Peter Andau, Director of Economic Planning Unit of Sabah Syed Hussein Wafa, Isak Atan (private secretary to Tengku Razaleigh Hamzah), Fuad’s son Johari, Corporal Said Mohammad (Stephen’s bodyguard) and the pilot Captain Nathan Gandhi.
Stephens and his colleagues in the new state government had flown to Labuan to negotiate the extraction of Sabah’s oil and they had reportedly refused to sign away the state’s oil rights in return for a 5% royalty.
Days after their deaths, new chief minister Harris Salleh agreed to the deal offered by the federal government.

Kenya pun sudah ada debat untuk pilih Presiden.....Malaysia Debat Bukan Budaya Kita..???


KUALA LUMPUR: Sejarah Kenya tercipta di Brookhouse International School, Nairobi  pada malam 11 Februari lalu ketika lapan calon turun ke podium debat untuk membahas berbagai  program tawaran mereka sebagai Presiden Kenya.

Perkara itu dilaporkan media nasional Kenya Africa Review.

Pada awalnya hanya enam calon yang dijadualkan tetapi dua calon yang disekat akhirnya diputuskan untuk turut mengambil bahagian.

Mereka adalah Perdana Menteri Raila Odinga, dua wakilnya Uhuru Kenyatta dan Musalia Mudavadi, mantan anggota parlimen Martha Karua, Peter Kenneth dan Paul Muite serta mantan Setiausaha Tetap Kementerian James ole Kiyiapi dan mantan guru Mohammed Abduba Dida.

Adakah lagi tempat Melayu bergantung?

A. Kadir Jasin

Seorang usahawan Melayu yang pada satu ketika dulu amat berjaya dan tersohor dengan mainan pasaran sahamnya yang sangat licik tetapi sudah lebih sedekad terpelanting daripada perniagaan arus perdana di Malaysia kerana politik, bertanya saya kepada siapakah orang Melayu boleh bergantung. Bukan alang kepalang punya soalan itu. Orang putih kata, a million-dollar question (soalan sejuta dolar). Saya kata, soalan yang tidak ada jawapan. Lagi hebat, dia bertanya soalan itu (melalui sistem pesanan ringkas/SMS) dari di Milan, Itali yang berupa ibu kota fesyen dunia.
Untuk sama-sama memahami dan memikirkan jawapan kepada soalan berkenaan, izinkan saya mengemukakan beberapa fakta, andaian dan keluhan sebagai asas perbahasan:

1. Di saat-saat kedudukan orang Melayu semakin terdesak dan terancam, kepemimpinan Melayu di kedua-dua belah sempadan politik dilemparkan pelbagai dakwaan, tuduhan dan insinuasi yang sangat dahsyat. Ada tuduhan sudah terbukti. Ada tuduhan sekadar sensasi. Ada tuduhan disangkal sepenuh hati. Ada yang pucat kesing, murung berdiam diri. Apabila tuduhan tidak dibalas, tentu ada yang percaya ia berasas.

2. Persepsi yang semakin negatif di kalangan orang Melayu sendiri terhadap jati diri, integriti dan moral pemimpin politik Melayu.

3. Yang malu, rugi dan dicaci adalah orang Melayu. Dan Melayu bukanlah ramai sangat di Malaysia ini. Menurut Bancian 2010, penduduk Malaysia seramai 27,484,596 orang. Daripada jumlah itu, Melayu 50.1 peratus, Cina 22.5 peratus, Bumiputera bukan Melayu 11.8 peratus, India 6.7 peratus, kaum-kaum lain 0.7 peratus dan orang asing 2.25 juta atau 8.2 peratus.

4. Jadi hanya separuh penduduk Malaysia orang Melayu dan orang Melayu pula, secara purata, adalah lebih daif daripada orang Cina dan India di segi ekonomi. Orang Melayu dan Bumiputera adalah warga ekonomi kelas tiga.

Manifesto PR: 'Negara bankrap' skema jawapan BN


KUALA LUMPUR: Ketika Datuk Seri Najib Tun Razak terkial-kial mencari tarikh pembubaran Parlimen, Pakatan Rakyat pula berjaya melancarkan Manifesto yang menyentuh untuk keperluan rakyat semalam.

Seperti biasa, di dada-dada akhbar arus perdana hari ini pula mula menyiarkan komen-komen dari pemimpin BN mengecam tawaran Pakatan Rakyat itu.

Namun bagi AJK PAS Pusat, Idris Ahmad, komen-komen kecaman tersebut sudah boleh dijangka sejak awal lagi.

"Kita sudah dapat menjangka komen yang diberikan oleh pemimpin BN, iaitu negara akan bankrap jika ikut manifesto Pakatan Rakyat.

"Inilah skema jawapan pemimpin Umno BN apabila setiap kali kita keluarkan tawaran untuk rakyat," katanya.

Menurut Idris, pemimpin BN hanya 'pejam mata' melihat ketirisan dan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan selama ini seperti yang didedahkan saban tahun oleh Ketua Audit Negara.

Kaji selidik: Ramai percaya Projek IC belum berakhir

Majoriti rakyat Malaysia percaya bahawa operasi rahsia yang bertujuan untuk memberikan kerakyatan kepada warga asing masih berterusan.
merdeka center believe in granting citizenship to foreignersSatu tinjauan oleh Merdeka Centre menunjukkan, 60 peratus responden yang disoal selidik percaya bahawa Projek IC masih berterusan sehingga hari ini.

Hanya sebanyak 26 peratus yang tidak bersetuju operasi itu masih berkesinambungan, sementara 14 peratus tidak pasti atau enggan memberi jawapan.

Seramai 1,021 responden terlibat dalam kaji selidik itu yang dijalankan bermula 23 Januari hingga 6 Februari lalu.

Pecahan kaum responden pula menunjukkan, 61 peratus Melayu, dan 71 peratus Cina percaya projek tersebut masih lagi berjalan, sementara 25 peratus Melayu dan 13 peratus Cina bependapat sebaliknya.

Apa yang mengejutkan, responden di kalangan kaum India merupakan golongan paling ramai yang tidak percaya bahawa orang asing diberikan kad pengenalan biru.

Seramai 76 peratus responden dari golongan tersebut tidak percaya, sementara 19 peratus percaya ia masih berlaku.


Majoriti masyarakat Melayu kata ‘Allah’ hanya untuk Islam, lapor kaji selidik

KUALA LUMPUR, 26 Feb — Majoriti responden masyarakat Melayu dalam kaji selidik oleh badan bebas Merdeka Center bertegas kalimah "Allah" hanya khusus untuk digunakan oleh Muslim, lapor hasil kajian yang terkini dikeluarkan kepada media hari ini.
Daripada tinjauan keatas 1,021 orang pengundi yang ditemui atau dihubungi Merdeka Center mendapati sebanyak 83 peratus berkata kalimah suci tersebut milik penganut beragama Islam, ia sama sekali berbeza dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membuat keputusan sebaliknya.
Walaubagaimanapun, hasil kajian oleh badan penyelidik tersebut mendapati bukan semua penganut Muslim-Melayu bersetuju dengan gesaan Presiden Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali supaya membakar Injil yang mengandungi kalimah "Allah", hanya 34 peratus bersetuju tetapi 52 peratus yang lain menolak dengan keras seruan tersebut.
Kemelut perebutan kalimah "Allah" kali pertama timbul sekitar awal tahun 1980an apabila kementerian dalam negeri dibawah pentadbiran Dr Mahathir ketika itu mengambil langkah untuk mengharamkan penghantaran kitab Injil berbahasa Melayu daripada Indonesia ke dalam negara.
Kemuncak isu tentang kalimah "Allah" kembali diperkatakan semula selepas sambutan Perayaan Hari Natal tahun lalu, apabila penganut Kristian meminta Putrajaya untuk membenarkan kalimah suci tersebut digunakan dalam kitab Injil berbahasa Melayu tetapi kumpulan kedua berhujah penggunaannya perlu eksklusif kepada mereka atas alasan bahawa Islam adalah monoteistik dan perkataan "Allah" bermaksud tuhan kepada orang Islam.
Isu kalimah "Allah" tersebut berlanjutan dan terkini yang menjadi kontroversi adalah ugutan oleh Presiden Perkasa Datuk Ibrahim yang menggesa umat Islam untuk membakar kitab Injil berbahasa Melayu sehinggakan mengundang pelbagai kritikan daripada pemimpin politik Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat, aktivis serta pengamal undang-undang.

Manifesto Pakatan Rakyat PRU ke 13 : Senarai Tawaran Untuk Rakyat & Pengundi

Manifesto Pilihanraya Umum ke 13 Manifesto Pakatan Rakyat Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 2013). Gaji Minima RM1,100, Cukai RM4,000 Ke Atas & Skim Gaji Baru Penjawat Awam. Apa Kata Anda?
1) Manifesto Pakatan Rakyat (Monopoli) :
  • Menghapuskan monopoli termasuklah melakukan perjanjian semula dengan taikun pengeluar tenaga bebas (IPP) dan bubar 1Malaysia Development Bhd. dan menggantikan dengan Suruhanjaya Anti Monopoli.
  • Suruhanjaya Kontrak Awam diwujudkan bagi menilai semula konsesi berat sebelah, tender terbuka, melupuskan pegangan kerajaan dalam GLC.
2) Manifesto Pakatan Rakyat (Projek) :
  • Mengkaji semula perancangan untuk penabaikan projek penapisan petroleum di Pengerang, Johor
  • Mengkaji semula deretan projek empangan di Sarawak ketika ini
3) Manifesto Pakatan Rakyat (Alam Sekitar) :
  • Mengkaji semula undang-undang alam sekitar termasuklah undang-undang pembalakan
  • Menghentikan segera projek kontroversi nadir bumi Lynas di Gebeng Pahang
4) Manifesto Pakatan Rakyat (Pendidikan, Kerja Kosong, Kemahiran, Perniagaan & Pendapatan) :

UMNO Khianat Orang Melayu (2)

Mari kita lihat cara UMNO mengurus ekonomi.
Mahathir Mohamad  mengurniakan projek  Double Tracking kepada MMC-Gamuda pada 21hb October 2003. Ini ialah projek Electrified Double Track Project (EDTP) antara Ipoh dan Padang Besar. Kos nya RM12 billion lebih. Kita akan lihat, seperti yang saya sudah nyatakan dulu2- ini harga yang sudah di UMNOkan.
Modus operandi nya sama- kos sebenar akan ditambah dengan komisyen untuk golongan UMNO. Sebagai contoh kos PLUS yang sebenar hanya RM3 billion. Ia nya ditambah lagi dengan RM3billion menjadikan kos kepada rakyat sebanyak RM6billion. Sehingga hari ini, hasil kutipan tol ialah RM24billion. Ertinya, kos yang sudah diUMNOkan pun sudah dipungut kembali! Namun kerajaan penyamun UMNO meneruskan kutipan tol untuk mengagihkan rampasan perang.
Mengenai prpjek EDTP- pemberian nya hanya 9 hari sebelum Dr Mahathir berhenti jadi PM. Apa pasal nak beri semasa sudah mahu berhenti bagaikan tidak menyabar? Pada 1hb November 2003, Abdullah Ahmad Badawi, yang di kenali dengan nama manja Pak Lah, jadilah PM. Maka Kak Endon pun berkata- finally, you made it.

Presiden Gamis: Mahasiswa idam 'politik intelek, bukan politik gaduh'


Azan Safar SHAH ALAM - Mahasiswa hanya mahu melihat kelahiran politik intelektual, bukannya politik konfrontasi, demikian kata Presiden Gabungan Mahasiswa Islam (Gamis), Azan Safar.

Sambil menyifatkan mahasiswa tidak diberi kepercayaan yang sewajarnya, Azan berkata, mereka akan bangkit sekiranya terus dikongkong.

"Kita sebenarnya tidak beri kepercayaan kepada mahasiswa, kita anggap mereka lemah.

"Kita bukan mahu wujudkan politik bergaduh, sebaliknya politik intelektual tetapi mereka tiada ruang diberi," kata Azan pada siri Wacana Sinar ke-17 bertajuk Kuasa Politik Mahasiswa, yang diadakan di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf di sini hari ini.

Tambah Azan, "kita kena lihat sifat dan jiwa mahasiswa, saya beri analogi yang senang, seekor harimau yang garang dalam sarkas dan diberikan latihan pada peringkat permulaan, ia memang susah untuk dijinakkan."

"Tetapi, selepas 20 tahun 30 tahun, Harimau itu sendiri tidak akan lari kerana takut dengan tuannya," ujar Azan.

Pakatan Rakyat Mansuh AUKU Dalam Tempoh 100 Hari Perintah Putrajaya

mansuh AUKU

SHAH ALAM 26 FEB : Pakatan Rakyat(PR) menegaskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) akan dimansuhkan dalam tempoh 100 hari pertama apabila gagasan itu berjaya ke Putrajaya.
Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata ia akan digantikan dengan akta lain yang memberikan kebebasan kepada mahasiswa dan akademik.
Katanya, banyak aspek AUKU masih berada di dalam kongkongan Kementerian Pengajian Tinggi yang menghalang perkara pokok dalam kebebasan akademik.
“Kita kena faham banyak aspek AUKU contohnya perlantikan Naib Canselor masih berada di bawah kuasa Menteri Pengajian Tinggi.
“Saya juga pernah hadir sidang meja bulat dengan beberapa peserta Muafakat, AUKU bukan perlu dipinda tetapi dimansuhkan terus.
“Dan satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk membawa syor itu. Bagaimanapun, lebih satu tahun ia belum menjadi realiti,” katanya dalam Wacana Sinar siri ke 17 yang bertajuk Kuasa Politik Mahasiswa di Auditorium Kumpulan Karangkraf, di sini.
Wacana itu turut membariskan panel yang terdiri daripada bekas aktivis pergerakan mahasiswa, Tun Faizal Ismail Aziz ; Penganalisis politik, Prof Dr Azmi Hassan ; Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia, Muammar Ghadafi Datuk Jamal dan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam (Gamis), Azan Safar serta moderator Prof Datuk Mohamad Abu Bakar.

Suasana dekat PRU mencemaskan

Oleh ABD SHUKUR HARUN
Suasana menjelang PRU Ke-13 yang diramalkan bulan depan semakin mencemaskan. Ia dilatari dengan insiden serangan demi serangan terhadap ceramah dan kempen Pakatan Rakyat hampir seluruh negara. Tempat ceramah dikepung, dibaling batu dan botol, di mana akibatnya ada yang cerdera, bas disimbah cat merah, kereta dirosakkan dan pelbagai lagi keganasan.

Lebih malang lagi, menurut laporan terkini, siswa/siswi yang mengedar risalah mengenai politik dan perjuangan mahasiswa berdepan dengan halangan, malah kekerasan dari pihak tertentu untuk menyekat pandangan siswa dari sampai kepada rakyat biasa. Dalam masa yang sama, radio TV dan akhbar harian tradisional mengintensifkan kempen untuk parti yang memerintah.
Apa erti semuanya ini kalau bukan membayangkan rasa bimbang yang amat sangat kemungkinan kekalahan Umno/BN di tangan Pakatan Rakyat dalam PRU akan datang. Kalau tidak masakan ia kelihatan sangat cemas menghadapi PRU kali ini.

Pakatan harapan rakyat untuk menggantikan BN

Pakatan Rakyat sudah menghampiri fasa terakhir penentuan 'hidup mati' perjuangan yang didokongi majoriti rakyat yang mendambakan perubahan besar dalam lanskap politik negara.

Selama lebih 55 tahun, rakyat berada di dalam tempurung cengkaman BN. Mahu tidak mahu rakyat 'terpaksa' menuruti segala kehendak dan acuan yang ditentukan BN selama ia memerintah.
Berikutan dengan tempoh berkuasa yang melepasi setengah abad, Umno-BN menjadi suatu institusi yang sangat dominan. Ia mendominasi institusi Raja, ia menguasai Parlimen, ia 'mendictate' institusi kehakiman, menguasai polis, SPR, SPRM dan pelbagai lagi institusi utama dalam negara.
Penguasaan yang terlalu besar ini menghasilkan suatu keadaan yang tidak seimbang, di mana seluruh sistem pentadbiran eksekutif, judiciari dan legislatif, dipergunakan sepenuhnya untuk memperkukuhkan, melindungi dan memanjangkan hayat BN.

Yang merosakkan tidak boleh membaikinya kembali

PI Balasubramaniam telah kembali ke tanah air petang semalam. Beliau di sambut oleh lebih kurang 50 orang di lapangan terbang KLIA. Beliau dikatakan telah kembali dari India di mana beliau dan keluarga telah menetap semasa menghilangkan diri dari negara ini.
Di antara yang datang menyambut beliau kembali itu ialah Seevarasa, seorang Ahli Parlimen PKR serta Cik Gu Bad dan beberapa wakil NGO. Tidak pula nampak kelibat Najib Razak atau Razak Baginda berada di lapangan terbang untuk menyambut kepulangan Balasubramaniam itu. Dulu Bala ini menjadi orang penting dan Najib telah mengupah orang tengah untuk mencari PI ini, tidak kira malam atau siang. Ingatkan adalah Najib datang menyambut kepulangan Bala semalam.
Tetapi tidak ada pula liputan besar-besaran dari pihak media massa perdana seperti TV3 dan lain-lain. Dulu TV3 membuat liputan tentang akuan bersumpah kedua Bala ini secara besar-besaran tetapi kali ini apabila kembali menyatakan yang akuan bersumpahnya yang pertama yang betul dan benar, tidak pula di liputi oleh TV3 dan media perdana yang lain.

Pemilihan Perdana Menteri secara konvensyen sekarang ini sudah lapuk

Kerajaan negara ini bertambah lemah dari masa ke semasa kerana cara pemilihan pimpinan negara secara konvesyen itu sudah lapuk dan tidak relevan lagi di zaman ini.. Selama ini Perdana Menteri dipilih melalui konvensyen dalam mana Presiden UMNO itu adalah Perdana Menteri. Jika lemah seorang Presiden UMNO itu lemah lah Perdana Menteri negara ini dan berkecamuk lah keadaan negara dan pentadbirannya.
Sesungguhnya cara pemilihan Perdana Menteri dengan kaedah konvensyen ini tidak merupakan pemilihan yang ‘legitimate’ kerana ia hanya di pilih dan di tentukan oleh tiga empat ribu perwakilan yang boleh di jual beli undian mereka dalam pemilihan pimpinan parti UMNO itu. Seorang Perdana Menteri sekarang bukannya di pilih oleh rakyat yang ramai atau setidak-tidaknya oleh Ahli-Ahli Dewan Parlimen yang mewakili semua dan segenap lapisan rakyat yang berbilang kaum dan agama serta cara hidu itu.

Manifesto Pakatan tumpu semua peringkat rakyat

Rafizi1KUALA LUMPUR 26 FEB: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, KEADILAN akan menghantar wakil ke ‘Dialog OKU dan Pakatan Rakyat’ 3 Mac ini di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH).
Beliau merujuk laporan media mengenai teguran aktivis Orang Kelainan Upaya (OKU) berhubung manifesto Pakatan Rakyat ‘tertinggal’ memuatkan dasar kebajikan golongan tersebut.
“Saya akan semak majls pimpinan (KEADILAN) untuk tentukan siapa yang akan wakili jawatankuasa dasar,” kata Rafizi kepada Keadilandaily.
Sementara itu MP Kuala Selangor, Dr Dzulkely Ahmad dalam reaksi segeranya, dapatan dialog akan dikemuka sebagai cadangan kepada panel manifesto ‘Pakatan Harapan Rakyat’.
“Saya kemukakan sebagai cadangan kepada panel manifesto,” kata Dr Dzulkefly.
Kiriman twitter Rafizi hari ini menegaskan, Pakatan Rakyat tidak meminggir mana-mana pihak dalam manifesto ‘Pakatan Harapan Rakyat’.
menifesto pakatan rakyat 2013“Ada dua tempat yang sentuh OKU. Pengangkutan percuma, elaun JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) naik RM550 sebulan. (Isu) OKU dihurai juga dalam dokumen lain.
“Tidak ada mana-mana pihak yang diketepikan. Ada yang pernah disebut dalam dokumen lain sebelum ini,” katanya.
Justeru, Rafizi mengalukan orang ramai untuk hadir Forum Manifesto Rakyat pada Rabu, 6 Mac depan dijadualkan di Auditorium MBPJ bersama Dr Dzulkely Ahmad dan MP Bukit Bendera, Liew Chin Tong.
“Kami sedang kumpul semua maklum balas. Manifesto Rakyat adalah tumpuan dan himpunan semua dokumen Pakatan Rakyat sebelum ini. (Ia) perlu dibaca bersama Buku Jingga.
“Insya Allah kami akan terus berhubung dan huraikan demi meningkatkan kefahaman rakyat mengenai Manifesto Rakyat,” katanya.

Manifesto : Faizal yakin Pakatan akan jaga kebajikan OKU


KUALA LUMPUR: Pengerusi Sekretariat Prihatin OKU, Mohammad Faizal Che Yusof (gambar) yakin Pakatan Rakyat akan menjaga kebajikan OKU dengan sebaik mungkin.

Walaupun tidak ada disebut dengan terperinci dalam manifesto Pakatan Rakyat janji untuk OKU, beliau yakin Pakatan akan menjaga kepentingan OKU.

"Saya menegaskan bahawa manifesto yang telah dibentangkan adalah suatu dokumen umum sebagai gambaran kasar kepada perancangan Pakatan Rakyat sebaik memenangi pilihan raya umum ke13 kelak.

"Saya menegaskan bahawa melalui PAS dalam Pakatan Rakyat, pembangunan OKU tidak akan sekali-kali dikesampingkan bahkan akan beriringan dengan agenda perubahan yang dibawa," katanya.

Menurut Faizal, selaku Pengerusi Secretariat Prihatin OKU, beliau menerima pelbagai respon terhadap manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat keempat di Shah Alam kelmarin.

Pakatan ajak pemimpin BN sertai Persidangan Antarabangsa PRU 13

PETALING JAYA 26 FEB: Pakatan Rakyat akan menganjurkan Persidangan Antarabangsa Mengenai Pilihan Raya Umum ke-13 di bangunan Parlimen pada 4 dan 5 Mac ini.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang medianya hari ini.
Anwar menegaskan, keperluan persidangan antarabangsa itu diadakan bertujuan menggembleng sokongan untuk pilihan raya bebas, adil dan demokratik.
Ia juga ekoran kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan sepenuhnya cadangan Jawatankuasa Terpilih Parlimen yang hanya melaksanakan 8 daripada 14 cadangan.
Persidangan bakal disertai oleh semua pihak termasuk wakil kerajaan BN, SPR dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di samping badan-badan antarabangsa.
“Setakat ini panelis antarabangsa yang bersetuju hadir membentangkan kertas kerja mereaka adalah Hakim Marlon Reis (Brazil), Prof Dr Gothom Arya (Thailand), Dr Mohamad Nasir Tamara (Indonesia), Damaso G. Magbual (Filipina), Mobashar Jawed Akbar (India) dan Prof Dr Clinton Fernandes (Australia).

Hanya pemimpin rasuah sokong Ikrar Integriti Pilihan Raya – Anwar

PETALING JAYA 26 FEB: Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak kalangan pemimpin kerajaan yang  menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya oleh Transparency International- Malaysia (TI-M), tetapi terpalit skandal penyelewengan dan rasuah.
Ketua Umum KEADILAN mendedahkan, ada pemimpin kerajaan yang terlibat dalam skandal seperti Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan Scorpene menandatangani ikrar tersebut.
Anwar menunjukkan Laporan Jawatankuasa Pilihan Parlimen Malaysia yang mencatat kebimbangan serius mengenai integriti proses pilihan raya di Malaysia.
Anwar menunjukkan Laporan Jawatankuasa Pilihan Parlimen Malaysia yang mencatat kebimbangan serius mengenai integriti proses pilihan raya.
Anwar menegaskan, Pakatan Rakyat menolak ikrar itu kerana tuntutan Pakatan supaya sistem pilihan raya dibersihkan masih belum ditunai.
“Mengapa tokoh-tokoh seperti ini bersungguh-sungguh menyokong Integriti Pilihan Raya sedangkan mereka sendiri mempunyai integriti yang dipertikaikan?
“Apa tindakan diambil oleh pihak berkuasa untuk menyiasat kes mereka selepas kita mendedahkan pelbagai penyelewengan dan salahguna kuasa yang dilakukan?” soalnya.

Perbincangan Tertutup : Anwar bertemu 1 jam dengan TG Nik Aziz hari ini

KOTA BHARU: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perjumpaan kira-kira satu jam dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik  Aziz di JKR 10 hari ini.


(Perbincangan tertutup antara Anwar dengan TG Nik Aziz di JKR 10)

Pertemuan tertutup itu diadakan sempena dengan program Jelajah Anwar ke negeri ini hari ini.

Turut serta mengiringi Anwar adalah Penolong Setiausaha PKR, Rosli Abdullah dan anggota Parlimen Ketereh, Abdul Aziz.

Di pihak kerajaan negeri Kelantan pula, Tuan Guru Nik Aziz disertai oleh Exco Datuk Husam Musa dan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan,  Haji Zulkifli Mamat dan beberapa lagi.

Namun selepas itu, Anwar mengadakan perbincangan tertutup dengan Tuan Guru Nik Aziz.

PR akui kesilapan royalti minyak tertinggal


KOTA BHARU: NgO 'R' mengucapkan syabas kepada pimpinan Pakatan Rakyat kerana berfikiran terbuka dan bersedia mengakui kesilapan serta sanggup memperbaikinya demi menjaga kepentingan rakyat.

Ini ekoran pengakuan pimpinan Pakatan bahawa mereka tertinggal memasukkan tuntutan untuk mendapatkan 20 peratus royalti minyak  kepada negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang bukannya Sabah dan Sarawak sahaja.

"Saya ingin menyampaikan komen ikhlas saya kepada pimpinan tertinggi dalam PAS, PKR & juga sekritariat PR dengan ucapan syabas kerana berfikiran terbuka da bersedia mengakui kesilapan serta sanggup memperbaikinya demi menjaga kepentingan rakyat," kata Presiden R, Nazri Deraman (gambar).

Bayaran Royalti 20 peratus kepada negeri Kelantan, Terenganu & Pahang tidak dimasukka dlm Menifesto PR yang dibentangkan semalam.

Nik Nazmi: BTN asuh siswa jadi anti-pembangkang



 
Pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata beliau berpengalaman hadir ke satu kursus Biro Tata Negara (BTN) cuba menurutnya cuba menerapkan elemen kepartian dan menyemai rasa perkauman ke dalam pemikiran mahasiswa.

"Saya dahulu dihantar ke Biro Tata Negara (BTN) kerana saya pemegang biasiswa. Dia punya isi kandungan sangat-sangat partisan.

"Jadi kalau betul hendak cakap non-partisan, kena berlaku adil," katanya sewaktu bercakap pada wacana 'Kuasa Politik Mahasiswa' di Shah Alam petang tadi.

Beliau membangkitkan perkara itu ketika mengulas pandangan seorang lagi ahli panel, Tun Faisal Ismail Aziz berhubung Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).
Exco Pemuda Umno itu sebelum itu menyatakan bahawa Auku berperanan untuk memastikan pelajar mengambil sikap tidak memihak kepada parti politik dalam politik kampus.

Majoriti pengundi tidak gembira dengan ‘Projek IC’ di Sabah


Tinjauan oleh Merdeka Center mendapati 60 peratus pengundi percaya sebahagian besar warga asing mendapat kad pengenalan biru untuk menunjukkan status mereka sebagai warganegara. — Gambar failKUALA LUMPUR, 26 Feb — Sembilan daripada 10 pengundi tidak bersetuju dengan langkah Putrajaya memberi kewarganegaraan kepada warga Indonesia dan Filipina untuk tinggal dan mengundi di Sabah, berdasarkan tinjauan pengundi berikutan pendedahan semasa Inkuiri Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai kebanjiran warganegara asing sejak 20 tahun lalu di negeri tersebut.
Merdeka Center, yang melakukan tinjauan bebas ke atas 1,021 pengundi di Semenanjung Malaysia pada akhir Januari berkata, 86 peratus mengatakan mereka tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan yang digelar “Projek IC” sehingga menyebabkan peningkatan mendadak populasi di negeri Di Bawah Bayu itu.
Tinjauan tersebut menunjukkan 60 peratus pengundi percaya sebahagian besar warga asing mendapat kad pengenalan biru untuk menunjukkan status mereka sebagai warganegara.
Isu yang berbangkit mengenai pendatang haram tidak dikaji berdekad lama menyebabkan kemarahan di kalangan rakyat Sabah khususnya kaum asli seperti Kadazandusun dan Murut, yang merasakan negeri mereka dicabul kedaulatannya dengan kebanjiran pendatang asing dari Filipina dan Indonesia.
Lebih suku daripada populasi di Sabah ialah pendatang asing, sejumlah 889,000 dari 3.2 juta penduduk, iaitu 28 peratus berdasarkan bancian 2010.

DAP buat laporan polis ke atas PM atas tuduhan anti-Islam

GEORGE TOWN, 26 Feb — Pemimpin DAP di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur membuat laporan polis serentak ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas tuduhan beliau bahawa menyokong DAP akan menyebabkan Islam akan ditindas.
Pembantu kepada setiausaha publisiti kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari membuat laporan polis terhadap Najib di ibu pejabat polis di George Town jam 10:30 pagi tadi.
"Semakin kita menghampiri pilihan raya, hampir setiap minggu pemimpin Barisan Nasional (BN) akan mengkritik DAP dan Pakatan Rakyat menggunakan sentimen kaum atau agama yang sangat bahaya," katanya di sidang media selepas membuat laporan tersebut.
"Tuduhan yang menggambarkan DAP sebagai parti anti-Islam adalah tidak benar," katanya lagi.
Zairil merujuk kepada kenyataan Najib apabila melancarkan Jelajah Janji Ditepati di Terengganu baru-baru ini.
Perdana menteri (gambar) yang dipetik kenyataannya dari The Star berkata: "Undi untuk PKR akan menghancurkan akidah, manakala undi PAS akan mengakibatkan perpecahan di kalangan umat Islam, dan undi untuk DAP akan melihat Islam akan ditindas."

Sokongan kepada Najib turun 4 peratus – Merdeka Center

najib-peningKUALA LUMPUR 26 FEB: Penyelidik bebas Merdeka Center dalam laporan terkini hari ini mendapati sokongan pengundi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menurun daripada 65 peratus pada Mei 2012 kepada 61 peratus pada Januari tahun ini.
Dalam kajian yang melibatkan 1,021 pengundi berdaftar tersebut juga mendapati, kemarahan masyarakat Cina terhadap kerajaan Barisan Nasional masih tinggi iaitu pada kadar 68 peratus.
Ini petanda program dan kempen yang dilakukan oleh pimpinan Najib untuk menarik hati kumpulan tersebut masih lagi gagal.
Masyarakat Melayu juga mencatat peningkatan kemarahan ke atas kerajaan apabila naik daripada 24 peratus pada Mei 2012 kepada 32 peratus pada Januari 2013. Manakala masyarakat India juga naik daripada 41 kepada 43 peratus dalam tempoh sama.
Menurut kajian itu lagi, walaupun sokongan kumpulan majoriti masyarakat Melayu masih kuat kepada kerajaan BN, tetapi corak penurunan sokongan daripada 66 peratus pada Mei 2012 kepada 60 peratus pada Januari 2013 dilihat akan memberikan kesan yang besar kepada kerajaan menjelang Pilihan Raya 2013 tidak lama lagi.
“Kajian juga menemui penurunan sokongan di kalangan responden kaum Melayu terhadap kerajaan dan Barisan Nasional,” kata Merdeka Centre dalam kenyataan hari ini.

Merdeka Centre: Populariti PM kian merosot



 
Satu kajian oleh Merdeka Centre menunjukkan sokongan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini semakin merosot di waktu pilihan raya umum semakin dekat.
NONESeramai 61 peratus daripada 1,021 responden yang ditinjau antara 23 Januari hingga 6 Februari tersebut berpuas hati dengan prestasi perdana menteri, turun dua mata berbanding tinjauan sama yang dijalankan pada Disember tahun lalu.

Merdeka Centre menyebut, penurunan itu sebahagian besarnya disebabkan penurunan sehingga empat mata di kalangan pengundi Melayu – berbanding 77 peratus sejak sebulan lalu.

Jumlah responden Cina dan India yang berpuas hati dengaan Najib pula masing-masing di tahan 37 peratus dan 75 peratus.

Merdeka Center menyebut, tinjauan itu dijalankan selepas tiga peristiwa – perhimpuan 12 Januari di Stadium Merdeka, permulaan siasatan Suruhanajay Siasatan Diraja di Sabah, dan kritikan ke atas kerajaan oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan.

Tahap sokongan ke atas perdana menteri di tahap tertinggi – 71 peratus – pada Disember 2011.

Dakwaan Fitnah Najib Terhadap PR : DAP Pahang Lapor Polis

No To BN : Nasib Pekerja Kilang di Pekan Pahang

'A question of moral authority'

Anwar: Choice of PM is non-issue

PR sedia gempur BN: Tiba masa rakyat lawan penguasa korup


SHAH ALAM, 25 FEB: Pakatan Rakyat (PR) sudah bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) bagi memacu perubahan membawa rakyat menumbangkan kerajaan korup Barisan Nasional (BN).
Dengan pelbagai kerosakan dan salah guna kuasa dilakukan BN, tanpa perubahan kuasa politik Malaysia dalam pilihan raya kali ini, negara mungkin menghadapi risiko yang memudaratkan rakyat.
Dalam ucapan Ketua Jentera Pilihanraya PR pagi ini di Konvensyen Pakatan Rakyat ke-14, wakil gabungan parti PAS, PKR dan DAP bersepakat untuk menyelaras gerak kerja parti di setiap peringkat menghadapi pelbagai kemungkinan kempen jahat BN.
Menurut Ketua Jentera Pilihanraya PAS, Dr Hatta Ramli, jentera kempen pilihan raya parti itu sudah lama digerakkan dan sedia untuk bertempur habis-habisan.
Mengingatkan masa depan negara ditentukan oleh rakyat Malaysia, beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mahu proses pilihan raya akan datang ini tidak dicemari pengundi hantu dan menguatkan usaha mengurangkan manipulasi pengundian pos.

PR komited laksana model baru politik, ekonomi Malaysia – Guan Eng


SHAH ALAM, 25 FEB: Pakatan Rakyat (PR) berikrar memulakan model politik baru dalam memperkukuhkan kebudayaan masyarakat dan meningkatkan prestasi ekonomi sehingga ke tahap tertinggi dan terbaik.
Ia antara lain menolak model politik lama yang menjadi budaya UMNO/Barisan Nasional (BN) melalui amalan politik fitnah dan pembohongan, rasuah, politik perkauman dan penindasan di mana ia memporak-perandakan institusi awam dan sektor masyarakat dengan kebencian.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata dengan pelancaran Manifesto Rakyat, PR komited untuk membentuk Malaysia baru yang berjaya dengan berpegang kepada prinsip bersih dan berintegriti.
“Rakyat mahu menilai pemimpin mereka atas hujah dan dasar namun jelas Perdana Menteri sendiri hanya berupaya bermain politik perkauman dan agama,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Rakyat ke-14, di Shah Alam, hari ini.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, semalam, Datuk Seri Najib Razak menuduh dan memfitnah bahawa DAP menindas agama Islam yang dianggap berbahaya dan tanpa bukti, sedangkan saya pernah menang tindakan saman ke atas Utusan Malaysia di mahkamah atas tuduhan saya anti-Melayu dan anti-Islam,” jelasnya.

Perbezaan pendapat dalam PR, ibarat kacau gula dan kopi, tapi tidak pecahkan cawan”- Abdul Hadi


SHAH ALAM, 26 FEB: Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, landskap politik dan minda masyarakat Malaysia berubah pasca Pilihan Raya Umum 2008 yang membebaskan fikrah fanatik perkauman yang dijaja UMNO-Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama memerintah.
Katanya, perubahan itu jelas apabila orang Melayu yang beragama Islam sedia mengundi calon bukan Islam dan begitu juga sebaliknya.
Abdul Hadi memberi gambaran tepat terhadap senario masyarakat Malaysia sekarang ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4, di sini, semalam.
“Melalui PR kita berjaya menterjemahkan perpaduan sebenar melalui Pilihan Raya Umum 2008 apabila orang Melayu Islam yang kuat PAS boleh mengundi calon DAP dan PKR yang bukan Islam, manakala orang bukan Islam pula mengundi calon PAS, ia bermakna kita berjaya memecahkan tembok perkauman yang diajar oleh UMNO/BN,” katanya.

Manifesto Rakyat: Jamin keadilan, kesejahteraan dan kesaksamaan rakyat


MANIFESTO Rakyat bertemakan “Pakatan Harapan Rakyat” bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke- 13 (PRU-13) dirangka khusus oleh Pakatan Rakyat (PR) bagi menjamin keadilan, kesejahteraan dan kesaksamaan rakyat.
Manifesto itu digubal secara terperinci berdasarkan empat tonggak utama iaitu “Rakyat Bersaudara”, “Ekonomi Rakyat”, “Kesejahteraan Rakyat” dan “Kerajaan Rakyat”.
Manifesto itu dilancarkan sempena Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4 yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), semalam.
Manifesto Rakyat itu dibentangkan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, diikuti Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, M Kulasegaran.
Berikut adalah kandungan ringkas Manifesto Rakyat yang lebih awal dilancarkan untuk dihayati rakyat:
Tonggak pertama: “Rakyat Bersaudara”
  1. Hayati kedudukan Islam sebagai agama persekutuan
  2. Menjamin hak kebebasan beragama seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan
  3. Mengangkat budaya sebagai teras positif hidup bermasyarakat
  4. Caruman Wanita Malaysia: Kerajaan menyumbang caruman RM50 sebulan bagi isteri yang layak manakala suami menyumbang caruman antara RM10 hingga RM100 sebulan mengikut kadar pendapatan
  5. RM1,000 setahun untuk warga emas melalui Skim Warga Emas (60 tahun ke atas)
  6. Bantuan RM300 setiap murid bagi setiap tahun untuk 1,854 Sekolah Agama Rakyat (SAR), SJKC dan SJKT, sekolah persendirian Cina, Tamil, Iban, Kadazan dan sekolah mubaligh.
  7. Mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu Gabungan Sekolah Menengah Cina (UEC)
  8. Memartabatkan Bahasa Kebangsaan, hak bahasa ibunda dijamin dan bahasa Inggeris dipertingkat
  9. Menghormati kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia
  10. Program segera bagi Sabah dan Sarawak: hapus sistem kabotaj, insentif pelaburan wujud pekerjaan, syarikat minyak milik Sabah dan Sarawak, lebuh raya merentasi Sabah dan Sarawak dan menghentikan pembinaan empangan yang merosakkan alam sekitar.
  11. Hak tanah dan kebajikan Orang Asli dipelihara

Muafakat PR dicemburui, Anwar mahu jentera pilihan raya tegas lawan serangan BN


SHAH ALAM 25 FEB: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pakatan Rakyat (PR) agar tidak bersikap apologetik dan defensif ketika menangkis pelbagai serangan, tohmahan dan fitnah UMNO-Barisan Nasional (BN) terhadap gabungan oposisi itu.
Ini kerana. katanya, serangan UMNO/BN yang membabitkan isu teras dalam politik negara ini semata-mata bertujuan menghancurkan persefahaman dan perpaduan Melayu dan PR.
Justeru itu, beliau meminta seluruh jentera kempen pilihan raya PR bertegas dan sentiasa bersedia untuk menjawab sebarang tohmahan yang dilemparkan UMNO/BN dan media kawalan mereka tanpa perlu rasa takut.
“Jangan minta maaf dan defensif kerana yang merompak, yang mengambil saham, kontrak sehingga permit teksi dan wang lembu ialah pimpinan UMNO yang khianat kepada amanah,” ujarnya ketika berucap di Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini, semalam.
Beliau berkata, ujian terbesar pilihan raya kali ini adalah permuafakatan PR yang membuatkan UMNO/BN begitu iri hati dan tidak senang duduk.
Anwar berkata, muafakat dalam PR berbeza daripada biasa kerana Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ini bukan sekadar satu perlawanan untuk merebut kuasa tetapi ia menonjolkan keikhlasan yang akan diterjemahkan dengan janji dan amanah.

Sejarah Malaysia : PM Ke 6 Dan Ke 7

 Fakta Mengenai Dato Seri Dr.Anwar Ibrahim. Sekiranya beliau menjadi perdana menteri Malaysia, maka beliau adalah perdana menteri Malaysia yang pertama terpelajar dan berpendidikan serta mempunyai asas agama Islam yang kukuh. Beliau juga adalah perdana menteri Malaysia pertama yang diiktiraf sebagai pakar Ekonomi dan Kewangan Islam yang telah di sahkan oleh Bank Dunia-Abdul Raibil Hj Jainullah.
PM Dan Menteri Kewangan Paling Pandai Berhutang Dalam Sejarah Malaysia

Tuduhan Rasuah Berhubung Pengurusan Balak Di Bawah Pentadbiran Yab Ds Ahmad Said, MB Terengganu

Umno/Barisan Nasional menumpukan sepenuh serangan terhadap kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat (terutamanya Kedah) dengan tuduhan pelbagai kelemahan pengurusan balak. Namun, sehingga kini masih belum ada satu pendakwaan pun yang dibuat berhubung pelbagai tuduhan ini yang menunjukkan ia hanya satu serangan politik yang tidak berasas.
Pada masa yang sama, YB Dr Syed Azman dan saya telah sama-sama mengumpul bukti dan maklumat yang secara jelas menunjukkan modus operandi bagaimana rasuah dan penyelewengan berlaku di dalam pengurusan balak di Terengganu, di bawah pentadbiran YAB Dato’ Seri Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu.
Hari ini, kami tampilkan bukti-bukti awal perkara ini sementara menunggu reaksi dan jawapan dari Dato’ Seri Ahmad Said dan pimpinan Umno/Barisan Nasional di peringkat pusat.
Kajian kami menunjukkan modus operandi pengutipan wang rasuah bersabit balak di Terengganu adalah seperti berikut:

Anwar tidak berdendam dengan Dr M, mahu industri besar bebas nepotisme.....!!! Tapi Tok Ki Det tetap dendam Anwar..??


Anwar Ibrahim: Gunakan Dr Mahathir sebagai contoh kuasa digunakan untuk kekayaan keluarga. — Gambar fail Choo Choy MayPETALING JAYA, 26 Feb — Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tiada dendam peribadi terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, walaupun terus menyerang peribadi pemimpin itu, sebaliknya hanya menggesa agar ahli keluarga menteri tidak terlibat dalam industri besar.
Ketua Pembangkang itu menegaskan, beliau menggunakan Dr Mahathir sebagai contoh bagaimana kuasa digunakan untuk kekayaan keluarga.
“Anak bekas PM, antara orang paling terkaya di Malaysia, begitu juga dengan anak-anak menteri lain,” katanya semasa sidang media di ibu pejabat parti hari ini.
“Saya tidak ada dendam kesumat, dendam peribadi dengan Dr Mahathir, saya tak faham kenapa dia nak serang saya. Saya gunakan contoh beliau, sebagai contoh kuasa digunakan untuk kekayaan keluarga.”
Pemimpin pembangkang itu menjelaskan, anak-anak pemimpin tidak seharusnya terlibat dalam perniagaan industri besar, sambil merujuk penglibatan anak Dr Mahathir, Mirzan sebagai ahli lembaga pengarah syarikat petroleum yang berpengkalan di Manila, Petron.
“Mereka menggunakan isu ketuanan Melayu, tetapi menaikkan anak-anak, yang ini tidak mungkin kita pertahankan,” kata Anwar lagi.

Presiden Filipina beri amaran pada penceroboh Lahad Datu


 
Presiden Filipina Benigno Aquino memberi amaran kepada kepada seorang sultan negara itu bahawa pembesar berkenaan berdepan dengan tindakan keras sekiranya tidak menghentikan pertentangan dengan pihak berkuasa Malaysia di Sabah.
Laporan AFP menyebut, Aquino mengarahkan Sultan Jamalul Kiram III mengundurkan 180 orang pengikutnya – termasuk kira-kira 30 orang yang bersenjata – yang kini sudah dua minggu menduduki kawasan perkampungan nelayan di Lahad Datu.

“Jika anda memilih untuk tidak bekerjasama, tindakan paling keras mengikut undang-undang negara ini akan digunakan untuk mencapai keadilan bagi kesemua yang diletakkan dalam bahaya," kata Aquino dalam satu siaran televisyen.

Katanya, Jamalul Kiram selaku pemimpin seharusnya bersama kerajaan untuk mengarahkan pengikut mereka kembali ke kampung halaman dengan aman.

Aquino memberi amanran bahawa beliau tekah mengarahakn siasatan ke atas kesemua pelanggaran undang-undang oleh Jamalul Kiram, pengikut dan pihak yang bersubahat dalam kegiatan tersebut.

Katanya, peruntukan negara itu menetapkan bahawa undang-undang yang menghalang rakyat menghasut untuk berperang boleh dihukum sehingga 12 tahun penjara.

Isu ceroboh: Pengikut Sultan Sulu enggan tinggalkan Sabah


Jamalul Kiram III
Jamalul Kiram III mendengar sesuatu yang diperkatakan oleh pengikutnya di Taguig, selatan Manila semalam. - Foto ihsan philstar.com/Nation
 
ZAMBOANGA CITY -  Anggota Tentera Diraja Kesultanan Sulu berkata mereka sedia mempertahankan diri jika Malaysia memaksa mereka keluar dari Sabah atas alasan ia sebahagian daripada tanah air mereka.

Sultan Sulu Jamalul Kiram III mengumumkan bahawa mereka tetap berkeras enggan meninggalkan Sabah walaupun kerajaan Filipina menghantar kapal kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan yang menceroboh Lahad Datu.

Seramai 200 anggotanya kini berada di pantai Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.

Dipetik portal Nation semalam, Setiausahanya, Abraham Idjirani berkata, kerajaan Filipina sendiri tidak merujuk terlebih dahulu kepada mereka untuk menghantar kapal.

“Kami sentiasa terbuka untuk mengadakan rundingan bagi menyelesaikan isu ini,” katanya.

Laporan itu berkata, Raja Muda atau Abiddin Kiram, adik kepada Jamalul Kiram kini mengetuai kumpulan yang berada di Lahad Datu.

Politik bomoh: Bertaubat segera dari perbuatan syirik pada Allah swt


Aizi Saidi Abdul Aziz KUALA TERENGGANU – Imam Besar Negeri Terengganu, Aizi Saidi Abdul Aziz menasihatkan ahli politik yang menggunakan khidmat bomoh untuk memastikan kemenangan dalam pilihan raya, supaya bertaubat.

Mengulas berhubung segelintir ahli politik khususnya yang beragama Islam, yang dikatakan mendapatkan khidmat bomoh, beliau menegaskan kepercayaan kepada bomoh adalah salah dan syirik, apatah lagi meminta bantuan mereka untuk mencapai sesuatu hasrat yang tidak baik.   

Walaupun tidak mengetahui sejauh mana kebenaran berhubung penggunaan bomoh dalam kalangan ahli politik, namun beliau menegaskan, matlamat tidak menghalalkan cara dan meminta ia dijadikan peringatan kepada semua masyarakat Islam.  

“Jika ada kalangan mereka ini menggunakan khidmat bomoh untuk mencapai sesuatu kejayaan, termasuk untuk menang dalam pilihan raya, minta bertaubat. Perbuatan itu salah dan syirik.