Isnin, 25 Februari 2013

Konvensyen Pakatan Rakyat : Ucapan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng



Saya berasa berbesar hati kerana diberi peluang untuk berucap di depan rakan-rakan seperjuangan daripada DAP, PAS dan PKR pada pagi ini. Segala onak dan duri perjuangan telah kami lalui bersama sejak pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998.
Macam-macam dugaan dan cubaan telah diharungi, dan sudah tentu macam-macam lagi yang menanti. Pun begitu, detik yang bersejarah kini menjelma, dengan Pilihan Raya Umum yang akan datang dalam beberapa minggu yang terdekat ini.
Pilihan Raya Umum yang ke-13 ini bukan sekadar penamatan persidangan Parlimen ke-12 yang telah bermula sejak 28 April 2008, tetapi ia juga melambangkan masa untuk menamatkan pemerintahan Barisan Nasional yang telah berterusan selama 58 tahun sejak pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1955.
Model politik baru
PRU yang akan datang ini bukan sekadar peluang untuk mengatakan "tidak" kepada pemerintahan Dato' Sri Najib Tun Razak, tetapi ia juga peluang bagi rakyat Malaysia untuk mengatakan "tidak" kepada gejala rasuah, politik perkauman dan kezaliman Barisan Nasional yang telah menindas rakyat selama ini.
Ia juga merupakan peluang keemasan untuk memulakan satu budaya dan model politik baru buat negara kita. Model baru yang dibawa Pakatan Rakyat ini adalah politik dasar dan debat, dan bukan politik perkauman dan penipuan.
Rakyat mahu menilai pemimpin-pemimpin mereka atas hujah dasar, namun jelas Perdana Menteri sendiri hanya berupaya bermain politik perkauman dan agama. Semalam, Dato' Sri Najib telah membuat tuduhan liar bahawa DAP menindas agama Islam. Ini adalah fitnah bahaya yang bertujuan untuk mengapi-apikan sentimen orang Islam terhadap DAP. Tidak ada sebarang bukti untuk menyatakan demikian - malah saya pernah menang tindakan saman ke atas Utusan Malaysia di mahkamah atas dakwaan bahawa saya ini anti-Melayu dan anti-Islam.
Status agama Islam sebagai agama Persekutuan bukan sahaja telah dimasukkan ke dalam Perlembagaan DAP, pengalaman selama 5 tahun yang lepas di Pulau Pinang telah membuktikan bahawa agama Islam lebih dimartabatkan oleh kerajaan PR dengan peningkatan peruntukan hal ehwal Islam berkali-kali ganda berbanding dengan kerajaan BN, pemberian tanah bernilai hampir RM80 juta untuk membina ibupejabat Mahkamah Syariah Pulau Pinang setinggi 7 tingkat untuk menggantikan bangunan 2 tingkat, mendirikan Tapak Perindustrian Halal, menambahkan elaun bulanan 80% kepada tok siak dan bilal, mengiktiraf para huffaz dan memberikan peruntukan tahunan kepada Sekolah Agama Rakyat yang tidak pernah dibuat sebelum ini.

UCAPAN KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT - AZMIN ALI



PENGARAH JABATAN PILIHAN RAYA PUSAT (JPRP)
PARTI KEADILAN RAKYAT



1.                     Rakyat Malaysia telah melalui 12 kali pilihan raya umum. Sekiranya ada satu kesempatan untuk menang, this is the time dan inilah waktunya.

2.                     Dari Perlis sampailah ke Sabah, baik petani, nelayan, guru, usahawan hinggalah para Jenderal, kini semuanya bersama Pakatan Rakyat. Kita bertuah, orang seperti Lt. Jen. (B) Dato' Abdul Ghafir turut bersama dan akan menyampaikan ucapan sebentar lagi.

3.                     Rakyat menaruh harapan yang tinggi agar Pakatan Rakyat menjadi wahana perubahan yang lebih baik buat Malaysia. Mereka mahu Pakatan Rakyat menunaikan cita-cita perubahan.

4.                     Kita perlu sedar bahawa muafakat yang kukuh ini lahir dari citra perjuangan rakyat Malaysia yang bangkit memusnahkan tembok hegemoni perkauman UMNO. Pilihan Raya Umum 2008 menyaksikan orang Cina dan India secara terang mengibarkan panji PAS. Belum pernah anak Melayu dengan berani mengibarkan panji DAP. Begitu juga belum pernah sebuah parti politik pelbagai kaum seperti KEADILAN yang mendapat dukungan sebegitu besar rakyat di negara ini.



5.                     Kita perlu siap siaga untuk mara ke medan tempur sebagai satu saf yang rapi serta tersusun sebaik sahaja semboyan perang dibunyikan.

6.                     Pertempuran kali ini adalah di antara rakyat dan elit penguasa. Antara yang mempertahankan hak dan yang melindungi kebatilan.

7.                     Saya optimis bahawa dalam pertempuran kali ini kemenangan akan bersama rakyat. Dan kini, kita telah berada di pusingan terakhir, at the last lap.

8.                     Kerana itu kita tidak boleh melakukan kesilapan kerana ia seakan mengkhianati cita-cita perubahan dan sengaja mengkhianati amanah rakyat Malaysia

9.                     Muafakat politik yang kukuh ini bertanggungjawab kepada rakyat Malaysia seluruhnya. We have the courage to be the true progressive. Kita berani mengungkapkan Agenda Ekonomi Malaysia untuk menggantikan Dasar Ekonomi Baru. We are fully committed to policies that is not based on race but on needs. Ini adalah etika muafakat Pakatan Rakyat yang sejajar dengan citra massa. Ini menjadi kewajipan kepimpinan dan anggota demi merealisasikan aspirasi rakyat.

14 tawaran Pakatan untuk kesejahteraan rakyat


SHAH ALAM: Rakyat terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi sedang gaji dan upah tidak meningkat, malah generasi kini adalah lebih miskin dari generasi sebelumnya, generasi mendatang lebih miskin dari generasi kini.

Atas keprihatinan ini Pakatan Rakyat mengutamakan Kesejahteraan Rakyat yang merupakan salah satu cabang daripada Manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan hari ini.

Cabang Kesejahteraan Rakyat ini dibentangkan Pengarah Strategi PAS Pusat Dr Dzulkifli Ahmad di hadapan kira-kira 1,500 perwakilan ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini hari ini.

Menurut Dzulkifli, perbelanjaan asas setiap isi rumah dibebankan dek struktur harga yang berpihak kepada kroni dan syarikat besar, ekonomi negara dikuasai oleh beberapa monopoli yang dimilki kroni dan syarikat besar.

"kemungkaran ekonomi yang menindas rakyat seperti ini perlu ditentang sekeras-kerasnya," kata beliau.

14 tawaran yang digariskan dalam cabang Kesejahateraan Rakyat iaitu;

- Harga minyak turun
- Caj elektrik lebih rendah
- Caj air lebih rendah
- Hapus tol
- Hapus monopoli
- Turunkan harga kereta
- 150,000 rumah selesa mampu milik
- Perbadanan Perumahan negara: pelaburan RM5 bilion tahun pertama dan RM2 bilion setahun selepas itu untuk bina rumah selesa mampu milik.
- Pendidikan percuma untuk semua, haput PTPTN
- Hapus AES. Batalkan saman AES
- Keadilan untuk warga Felda
- Tingkatkan guna tenaga polis untuk banteras jenayah
- Perkhidmatan wad percuma (kelas 1 dan 3) di semua hospital kerajaan
- Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dinaikkan kepada RM550 sebulan.

Penampilan Yassin buat kejutan di Konvensyen PR



SHAH ALAM: Penampilan penyanyi popular Yassin dan rakan-rakannya dengan dua lagu tema Pakatan Rakyat menjadi kejutan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat hari ini.

Dengan lagu 'Menuju Putrajaya' dan 'Reformasi', Yassin yang juga bekas anggota kumpulan nasyid Brothers itu memukau para peserta konvensyen di Pusat Konvensyen Shah Alamdi sini.

Kedua-dua lagu ini adalah pertama kali diperdengarkan kepada umum sempena konvensyen hari ini.

Sebelum ini video klip lagu Reformasi nyanyian beliau ini telah dilancarkan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) sebagai lagu rasmi kempen mereka ke seluruh negara.

Ia juga dijangka bakal menjadi siulan anak-anak muda khususnya dikongsi di laman-laman sosial dan radio internet walaupun bakal di black out dari tv dan radio tradisional.

Yasin juga telah secara rasminya dilantik sebagai duta terbaru PKR bagi mempromosikan parti tersebut kepada anak muda.

Manifesto PR angkat rakyat keluar dari cengkaman BN


SHAH ALAM: Bekas Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun KadazandusunbMurut Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Bumburing menyifatkan manifesto Pakatan Rakyat  yang dilancar hari ini sebagai memenuhi impian rakyat khususnya di Sarawak.

Bercakap ketika mengulas pembentangan tawaran yang dinamakan 'Manifesto Rakyat" di Konvensyen Pakatan Harapan Rakyat hari ini, Ahli Parlimen Tuaran itu berkata, tawaran Pakatan Rakyat apabila menjadi kerajaan ini jelas mengangkat martabat rakyat.

"Manifesto ini mengangkat rakyat dan mengeluarkan rakyat dari cengkaman dan penindasan BN setengah abad," katanya yang keluar dari BN dan menyertai PR pada Julai tahun lalu.

Beliau juga berkata, Manifesto Rakyat sekaligus menjanjikan perubahan kepada Malaysia.

"Manifesto ini akan memberikan perubahan kepada Malaysia dan mewujudkan satu semangat kekitaan dan mewujudkan perasaan 'ini ialah negara kita'," katanya di hadapan 1,500 perwakilan.

Pakatan tumpu usaha kurangkan beban rakyat

Pakatan Rakyat hari ini mendedahkan kandungan manifesto bertemakan 'Pakatan Harapan Rakyat' yang menumpukan kepada usaha untuk mengurangkan beban rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Dokumen berkenaan dibentangkan bersama oleh tiga pemimpin utama Pakatan - Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, Ahli jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad dan Naib Presiden DAP M Kulasegaran.

Sekiranya Pakatan Rakyat memerintah, gabungan parti pembangkang itu juga akan meningkatkan pendapatan isi rumah sehingga RM4,000 bagi mengurangkan kesenjangan ekonomi.

Selain itu, katanya, Pakatan Rakyat berjanji akan menghentikan serta merta operasi kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan jika berjaya menang dan menawan Putrajaya.

Manifesto PR: Sejuta peluang kerja, gaji minima RM1,100 antara ditawar

SHAH ALAM: Pakatan Rakyat hari ini mengemukakan beberapa tawaran membantu ekonomi rakyat dalam manifesto mereka berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Manifesto ini dibacakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli sempena Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-4 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pagi ni.

Berikut antara yang diumumkan:

1-Mewujudkan 1 juta peluang pekerjaan baru untuk rakyat dengan mengurangkan kebergantungan buruh asing secara berperingkat.

2-Memperkenal gaji minima RM1,100 sebulan.

3-Melatih 1 juta lepasan sekolah yang tidak melanjutkan pelajaran.

4- Membina 5 universiti dab 25 sekolah vokasional

5- Tabung inovasi IKS RM500 juta, menyelaras cukai rakyat- kadar cukai tertinggi 26% untuk cukai pendapatan hanya mula dibayar bagi pendapatan boleh cukai melebihi RM400,00 berbanding RM250,000 sekarang.

Doa, ikrar akhiri Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4



 SHAH ALAM: Konvensyen Pakatan Harapan Rakyat hari ini berakhir dengan bacaan ikrar daripada pimpinan ketiga-tiga parti dan seluruh perwakilan.

Bacaan ikrar diketuai Datuk Takiyuddin Hassan (PAS), Teresa Kok (DAP) dan Darell Leiking (PKR).

Berikut adalah Ikrar Pakatan Rakyat:

1. Akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Dasar-dasar Bersama Pakatan Rakyat

2. Akan memperkukuhkan kerjasama di kalangan anggota-anggota parti komponen Pakatan Rakyat

3. Akan menumpukan sepenuh usaha dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat

4. Akan terus mengukuhkan jati diri dan menghindari segala sogokan yang mendorong ke arah pengkhianatan terhadap perjuangan Pakatan Rakyat

5. Akan tetap menjunjung harapan rakyat ke arah membina sebuah negara yang demokratik, adil dan berkebajikan.

Bacaan ikrar kemudiannya diserahkan kepada tiga pemimpin parti iaitu Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS), Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) dan Lim Guan Eng (DAP).

Selepas itu, Mursyidul Am PAS, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat membaca doa mengakhiri konvensyen.

Pakatan buktikan perpaduan, tolak perkauman -TG Hadi

SHAH ALAM: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata Pakatan Rakyat telah membuktikan perpaduan dan muafakat yang erat walaupun kadang-kadang berbeza pendapat.

"Kita buktikan perpaduan walaupun bertelingkah, berdebat, boleh berbalah, tetapi kacau gula, kopi dan teh tidak memecahkan cawan itu," katanya yang diikuti tepukan gemuruh lebih 1,500 perwakilan yang memenuhi dewan SACC.

Bagaimanapun beliau mengingatkan agar Pakatan Rakyat memelihara perpaduan yang dibina selama ini kerana parti lawan sedia untuk mengambil kesempatan.

"PAS, DAP dan PKR bergaduh, yang kenyang BN," katanya.

Abdul Hadi juga, turut menegaskan lima perkara yang menjadi harapan rakyat di mana Pakatan Rakyat mesti melaksanakannya.

Anwar: Pakatan akan semak perjanjian 'menipu'

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat akan menyemak semula perjanjian yang melibatkan "penipuan dan tidak adil" sekiranya gabungan parti itu berjaya membentuk kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kita tidak menyentuh perjanjian sebelum ini melainkan terbukti penipuan dan jelas tidak adil,"  katanyna sewaktu menyampai ucapan di pelancaran manifesto Pakatan Rakyat di Shah Alam hari ini.

Bagaimanapun, Pakatan akan tetap menghentikan projek nadir bumi Lynas – yang giat ditentang gabungan parti itu – atas alasan keselamatan, katanya.

BN ‘kenyang’ jika PAS, DAP, PKR bergaduh, nasihat Hadi

SHAH ALAM, 25 Feb — Pemimpin-pemimpin Pakatan rakyat (PR) dinasihatkan tidak bertelagah kerana sebarang pertelingkahan yang berlaku antara parti-parti komponen politik pembangkang itu hanya akan memberikan kelebihan kepada seteru mereka, Barisan Nasional (BN), kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Abdul Hadi ketika ucapannya dalam majlis pelancaran manifesto PR di sini menegaskan, meskipun parti pembangkang itu turut melalui saat-saat pertelingkahan dan berdebat, ianya tidak akan menghancurkan kemuafakatan yang telah disepakati mereka.
“Kita buktikan perpaduan dalam PR ... walaupun kita berbeza pendapat, bertelingkah, berdebat, boleh berbalah, tetapi apabila mengacau gula, teh dan kopi, kita tidak memecahkan cawan itu,” katanya di hadapan 1,500 perwakilan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).
“Jika PAS, DAP, PKR bergaduh ... BN yang kenyang,” tegasnya lagi.

Firaun pun bagi 'BR1M', kata Hadi


 
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengumpamakan bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) oleh kerajaan BN dengan tindakan Firaun di Mesir yang menurutnya memberi kekayaan demi menyesatkan pemikiran rakyat

Hadi yang membacakan kutipan ayat daripada Al-Quran itu menceritakan semula kisah Nabi Musa berhubung sikap Firaun yang cuba "membodohkan rakyat" itu.
"Cerita BR1M ini bukan cerita baru. Al-Quran sudah menceritakan lebih lima enam ribu tahun yang lalu, Firaun telah (agih) BR1M," katanya sambil diringi gelak ketawa perwakilan di Pusat Konvensyen Shah Alam.

Beliau menceritakan bawah Nabi Musa pada awalnya meminta Allah menjelaskan mengapa Firaun diberi kekayaan yang banyak.
"Nabi Musa berdoa wahai Tuhan kami, mengapa engkau beri kepada Firaun, kekayaan yang melimpah ruah. Dengan kekayaan itu, digunakan untuk menyesatkan rakyat bukan untuk membela rakyat," katanya.

PR janji pertembungan ‘satu lawan satu’ dengan BN dalam PRU 13

SHAH ALAM, 25 Feb — Pelancaran manifesto Pakatan rakyat (PR) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SAAC) di sini menyaksikan pemimpin PR menggesa rakyat terus menolak Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang, dan menegaskan PR akan menentang BN di semua 797 kerusi Dewan undangan Negeri (DUN) dan Parlimen dengan kaedah “satu lawan satu”.
“Kita telah menyediakan ramuan-ramuan untuk kemenangan pilihan raya ... kita sudah menyelesaikan pembentukan jentera pilihan raya parti masing-masing,” kata Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli dalam ucapannya semasa membentangkan manifesto di hadapan 1,500 perwakilan di sini.
“Daripada 798 kerusi DUN dan Parlimen, kita telah selesaikan semuanya, hanya sebilangan kecil lagi untuk diselesaikan ... Insyaallah, kita akan masuk PRU kali ini dengan keadaan kita satu lawan satu,” tegasnya.

LENSA KONVENSYEN PAKATAN - PART 4









LENSA KONVENSYEN PAKATAN - PART 3






LENSA KONVENSYEN PAKATAN - PART 2






LENSA KONVENSYEN PAKATAN - PART 1





MANIFESTO RAKYAT : THE PEOPLE'S HOPE



MANIFESTO RAKYAT