Ahad, 24 Februari 2013

Gadis seksi demo kalimah Allah : Perkasa malukan umat Islam

KOTA BHARU: Demontrasi mempertahankan kalimah Allah, sebaliknya antara yang hadir gadis-gadis berpakaian seksi, tidak bertudung dan berbagai gaya dipertontonkan.

Itulah yang mungkin dapat dilakukan Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) di Alor Setar semalam bagi membela agama Islam, apabila gadis yang hadir ada berpakaian seksi dan berlagak macam model.

Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohd Hafiz Musa berkata, program yang bercampur gaul lelaki dan perempuan yang berpakaian tidak senonoh anjuran Perkasa semalam cukup memalukan umat Islam.

“Berhimpun untuk menegakkan agama Allah atau kalimah Allah, tetapi apa yang berlaku dan dapat kita saksikan begitu menyolok mata sekali.

“Kalaupun tidak ikhlas untuk tujuan itu, jangan gunakan gadis yang berpakaian sebegitu. Jika tidak masyarakat akan mempersendakannya,” katanya di sini.

BR1M: Kenyataan Najib kontra dengan Muhyiddin


SHAH ALAM: Pemberian BR1M RM500 cukup untuk makan setahun sebagaimana ditegaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai kenyataan yang melucukan.

Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) berkata, beliau tidak tahu macam mana Najib boleh mendapat angka RM500 cukup untuk makan setahun.

"Ia melucukan, sama ada Najib tersalah sebut atau dia sebut dalam keadaan tidak sedar, ternyata memang dia sedar. Angka itu tidak masuk akal," katanya ketika ditemui.

Tegasnya, kos kehidupan hari ini sangat tinggi dan rata-rata rakyat pada hari ini adalah miskin tegar walaupun pendapatan bawah RM700 sebulan.

"Pendapatan RM 1200 pula sudak diklasifikasi sebagai miskin. Macam mana Najib boleh kira RM500 sudah cukup setahun?" soalnya.

Semalam dalam Jelajah Janji Ditepati di Kuala Terengganu, Najib memberitahu, kerajaan BN telah mengira dengan bantuan BR1M sebanyak RM500 itu setiap isi keluarga akan memperolehi sejumlah RM41.60 sebulan.

PDRM sediakan 112,000 anggota dan pegawai hadapi PRU13

KUALA LUMPUR - Seramai 112,000 anggota polis akan terlibat bertugas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (PGA/Pengurusan Sempadan/Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Antarabangsa), Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim.

Muhammad Fuad berkata, anggota ini terdiri dari pelbagai pangkat dari semua cawangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalani latihan termasuk latihan amal ex ballot III hari ini dan esok.

Beliau berkata, mereka juga telah melalui beberapa siri latihan bermula awal tahun ini bagi mempersiap minda dan kesediaan fizikal.

"Sebelum ini mereka telah melalui dua siri latihan, siri pertama berbentuk table talk iaitu perbincangan mengenai penugasan semasa PRU13.

PRU13 : 4 kali ramalan tarikh bubar parlimen terlepas

KOTA BHARU: Sudah empat kali ramalan tarikh pembubaran parlimen terlepas begitu sahaja. Terakhir seperti disebut ramai 22 Febuari juga tidak menjadi kenyataan.

Tiba-tiba hari ini Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berkata pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) belum diumumkan kerana kerajaan mahu dasar transformasi negara benar-benar terbukti berjaya.

"Sebab itulah saya tunggu sampai kita letih hendak buat PRU, kita tunggu kerana saya hendak buktikan dasar transformasi negara benar-benar berjaya," katanya ketika melancar projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Seremban Sentral di Seremban hari ini.

Lawak Ahad : 'BN tak tipu rakyat' - Najib

SEREMBAN - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebagai Perdana Menteri beliau tidak akan menjual maruah kerajaan, menjanjikan sesuatu yang tidak mungkin ditunaikan. Katanya beliau tidak akan korbankan masa depan rakyat dan negara kerana hendakkan undi dalam pilihan raya.

"Kita mesti ada prinsip dalam perjuangan, dalam hidup kita mesti ada prinsip sebab itulah pilihan raya umum bukanlah tentang siapa akan menang tapi destini negara kita...masa depan penentuannya akan kita tentukan tak lama lagi.

"Oleh itu, marilah kita kuatkan semangat, rapatkan barisan, tanam dalam hati bahawa kalau parti menang, masa depan dan hari esok masih ada," katanya pada majlis perjumpaan kepimpinan akar umbi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Najib yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke negeri ini sebelum itu mendengar taklimat BN negeri.

Bingkisan saya kepada Mufti – Tuan Guru Nik Aziz


Agak kecewa saya membaca kenyataan Mufti Perak, Sohibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian hari ini 24 Februari 2013 di muka hadapan. Mengikut laporan tersebut, beliau menyatakan bahawa sikap PAS lebih teruk dari kafir kerana tidak setuju dengan pelbagai dasar dan usaha kerajaan memajukan rakyat.

Saya mengira kenyataan ini sangat berat apatah lagi jika ia keluar dari mulut seorang mufti yang sepatutnya bersikap neutral dan tidak berpihak dalam pertembungan parti-parti politik. Jika ia hanya satu manipulasi media, satu penafian perlu dibuat dengan segera. Tetapi melihat kepada rekod sebelum ini di mana belum pernah kedengaran sebarang penafian dibuat terhadap laporan akhbar mengenai kenyataannya, saya kira kenyataan itu benar-benar keluar dari mulut beliau.

Patuk dan belit BN macam ulaq sawa

Mandarin Video on voter education. - 我不会投票──要怎么投票·Hisoing国庆特备·

DOKUMEN MERAH : 5 GAGASAN ANAK MUDA


Teori Khawarikul Ahdah Malaysia Kedua

Bagi mereka yang pernah mengenali jemaah Darul Arqam (1969 - 1994) yang telah diharamkan, atau bekas anggotanya sangat faham dengan apa dinamakan teori "khawariul ahdah" yang satu masa dulu menjadi momokkan bekas kumpulan berkenan dan sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran orang ramai.


Tengku Razaleigh: Jangan terperangkap.
Anih dan tidak masuk maskulnya, bukan saja golongan yang kurang berpengetahuan dan 'berdebu mata' tetapi golongan cerdik pandai termasuk ahli politik bertaraf menteri juga mempercayai kepada teori berkenaan. Secara tidak langsung mereka menunggu kejadian (kenyataan) teori berkenaan dengan berdoa dan berkerja membantu memberi sokongan kepada Almarhum Ashaari Muhammad sebagai syaikul Arqam.

Apakah teori khawariul ahdah itu? Bagi generasi baru atau mereka yang kurang jinak dengan istilah tasauf Islam agak asing dengan perkataan ini. Mungkin inilah pertama kali didengarinya. Namun bagi guru-guru tasauf dan ulamak tradisi - ahli kitab, arif mengenai perkataan ini.


Saya sendiri yang mulanya sangsi atau pun pertama kali mendengar perkataan ini pernah bertanya kepada Tokguruku Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai perkataan ini satu masa. Apa yang saya tanya beliau, apakah ada perkataan khawarikul ahdah ini. Apa jawab tokguru, memang perkataan ini ada dalam kamus pengajian Islam lalu beliau memberi sedikit maksud dan difinasinya.

Menurut tokguru, khawarikul ahdah ialah sesuatu kejadian yang berlaku atau menimpa kepada seseorang yang di luar pengetahuannya. Biasanya mengenai nasibnya dan juga kejadian-kejadian menggembirakan yang tidak pernah dimimpi atau difikir apa lagi direncanakan. Biasanya dia tidak dapat meramalkan apakah yang berlaku itu. Bagaimana pun kata tokguru, kalau seseorang sudah dapat mengagak apa-apa yang akan berlaku itu, dirancang waima diusahakan ia bukan lagi khawarikul ahdah. Tegasnya teori khawarikul ahdah atau kejadian di luar dugaan dan di luar pengetahuan manusia ini memang benar dan berlaku dalam kehidupan seseorang manuisa atas kehendak Allah.

Mungkinkah menjawat jawatan MB itu salah satu khawarikul ahdah bagi Tokguru Nik Aziz?

Nasib bekas tentera Malaysia lebih teruk dari askar Bangladesh

KUALA LUMPUR 24 FEB: Nasib bekas anggota tentera di Malaysia jauh lebih teruk berbanding tentera di negara yang lebih miskin, Bangladesh, kata Pengerusi Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan tentera (Kerabat) Sabah, Zulfakar.
“Di Bangladesh, tentera selepas pencen dapat jaminan baik daripada kerajaan, dapat tanah dan banyak lagi.
“Kita tidak harap ehsan semata-mata, cuma hak seperti yang termaktub dalam Perintah Majlis Angkatan Tentera Malaysia (PMAT) yang dimeterai kerajaan sendiri,” katanya Himpunan Agung Kerabat di Padang Awam AU2 Keramat di sini, 22 Februari lalu.
PMAT 1973 antara lain menyatakan setiap anggota tentera dan isteri berhak memohon 20 ekar tanah pertanian dan dua unit tanah perumahan melalui Kementerian Pertahanan.

Pengusiran Xenophon bukti PRU 13 bakal kotor, kata Anwar

KUALA LUMPUR, 24 Feb — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan isyarat awal kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa Pilihan Raya 2013 akan menjadi yang terkotor, menegaskan pengusiran Senator Australian Nick Xenophon sebagai bukti Barisan Nasional (BN) berhasrat mengekalkan kuasa menerusi penipuan pengundian.
Pemimpin utama PKR tersebut dipetik dalam sebuah artikel di media Australia berkata penahanan dan penghantaran semula  Xenophon petanda Putrajaya tidak berminat mengadakan pilihan raya bebas dan adil disamping keengganan untuk bekerjasama dengan pemantau antarabangsa yang lantang mengkritik kerajaan supaya memperbaiki sistem pilihan raya Malaysia.
Beliau berkata kempen pilihan raya bebas dan adil baru-baru ini yang menarik ribuan rakyat Malaysia ke jalanraya untuk menunjukkan bantahan adalah “usaha yang sia-sia” memandangkan insiden pengusiran Xenophon berbeza sama sekali dengan janji pentadbiran Najib untuk menghormati proses demokrasi.
“Hak untuk proses tersebut diiktiraf dalam semua demokrasi. Tiga syarat mesti dipenuhi:. Audit bebas daftar pemilih, tempoh kempen minimum tempoh yang munasabah, dan membenarkan pemerhati antarabangsa di stesen mengundi.
“Tindakan pentadbiran Najib minggu lepas menahan dan mengusir Senator Australia Nick Xenophon di Kuala Lumpur untuk bertemu dengan saya dan juga pemimpin kerajaan bagi berbincang cara dan bertujuan memenuhi syarat-syarat yang telah diminta  untuk pilihanraya yang bebas dan adil adalah usaha sia-sia,” kata Anwar dalam tulisan pendapatnya.

Perpaduan Ummah: Harapan, Realiti Dan Cabaran

Raja Nazrin Shah,
Titah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan
Raja Nazrin Shah Di Majlis Wacana Perpaduan Ummah Anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka
Tarikh: 19 Februari 2013 (Selasa); Jam: 10.00 Pagi
Tempat: Balai Budaya Tun Syed Nasir Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.


Bismillahi Rahmani Rahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Segala puji milik ALLAH Subhanahu Wata’ala. Salawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alai Wassalam, juga ke atas keluarga dan para sahabat Baginda; seterusnya ke atas para tabiin dan para ulama. Semoga memperoleh ihsan sehingga hari kebangkitan.

2. Dewan Bahasa dan Pustaka merintis usaha menganjurkan Wacana Perpaduan Ummah. Wacana ini berlangsung ketika persaingan politik di kalangan ummah sedang memuncak. Ia berlangsung pada waktu yang sangat mencabar memandangkan pilihan raya umum kali ketiga belas, diramal akan diadakan dalam masa terdekat. Langkah menganjurkannya pada waktu yang sensitif ini, adalah satu langkah berani. Dewan Bahasa dan Pustaka berkemungkinan berhadapan risiko untuk disalah ertikan, apatah lagi jika nada diskusi dan jika resolusi yang dirumuskan, bakal menghiris perasaan mana-mana kabilah politik.

3. Berasaskan premis, bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka berada di atas politik partisan kepartian, wacana yang dianjurkan ini, memperlihatkan pemikiran jauh penganjur, bersedia mengambil tanggung jawab untuk membincangkan agenda jangka panjang ummah. Sepanjang sejarah penubuhannya, Dewan Bahasa dan Pustaka berperanan signifikan melaksanakan pelbagai kegiatan untuk menyatukan ummah melalui program-program keilmuan, kebudayaan, kesenian dan persuratan berteraskan Islam dan Melayu. Jika pun terkandung agenda politik, ia lebih berunsurkan wawasan politik yang lebih besar untuk memastikan kelangsungan bangsa, terutama dari segi mempertahankan hak, maruah dan martabat bangsa. Semoga setiap niat suci dan kerja murni mendapat keredaan dan lindungan ILAHI, Amin Ya Rabul Alamin.

Cameron : Kehidupan Terjejas, Orang Asli Serah Memorandum Ke TNB

〈〈Voters Rights Education Series 选民权益教育短片〉〉 Trailer 预告

Politik Samseng : NGO Pengerang dapat ugutan bunuh


KOTA TINGGI: Pengerusi Gabungan NGO Pengerang, Anis Afida Mohd Azli (gambar) mendakwa berdepan ugutan bunuh apabila sebuah batu nisan digantung di pagar rumahnya di Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor.

Menurut Anis, beliau menyedari perkara itu ketika keluar dari rumah pagi tadi dan segera memberitahu ahli keluarganya.

Sebelum itu katanya, beliau menerima panggilan daripada dua rakan dalam gabungan NGO berkenan memaklumkan mereka menerima batu nisan.

"Saya keluar rumah, saya nampak batu nisan tergantung di pagar rumah.

"Saya tak terkejut sangat sebab sudah terima panggilan dari dua orang rakan saya memberitahu hal yang sama," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Batu nisan tersebut lengkap bertulis nama Anis dan tarikh kematian pada 15 Februari 2013.

Ekoran kejadian itu, Anis akan membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Penawar bersama dua lagi rakannya itu.

"Saya tak nak tuduh sesiapa, cuma saya dalam perjalanan ke balai polis untuk buat laporan dan saya serah kepada polis untuk buat siasatan," katanya yang juga Timbalan Pengerusi Ameerah Zon Selatan.

Najib: Saya tunggu hingga letih hendak buat p'raya..!!!! ha..ha...bahasa orang penakut dan tak yakin pada diri sendiri....

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) belum diumumkan kerana kerajaan mahu dasar transformasi negara benar-benar terbukti berjaya dan memberi manfaat sepenuhnya kepada rakyat.

Beliau berkata idea yang kreatif, perancangan yang rapi dan pelaksanaan yang berkesan adalah sangat penting dalam usaha kerajaan untuk membela rakyat dan membangunkan negara.

"Sebab itulah saya tunggu sampai kita letih hendak buat PRU, kita tunggu kerana saya hendak buktikan bahawa dasar transformasi negara benar-benar boleh berjaya," katanya ketika melancarkan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Seremban Sentral di Seremban hari ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Pengerusi PR1MA Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis.

Justeru, Perdana Menteri mengingatkan rakyat supaya tidak menukar kerajaan sedia ada pada PRU-13 nanti kerana kerajaan BN) sahaja yang boleh memenuhi harapan rakyat.

PRU13 : Kelantan bubar Dun serentak Parlimen


Nik Abdul Aziz Nik Mat
KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan akan membubarkan Dun serentak dengan pembubaran Parlimen dan tidak akan mengadakannya lebih awal seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, setakat ini, senarai calon Pas untuk bertanding di negeri ini sebahagian besarnya sudah selesai.

“Saya sudah lama mengikut pusat (Kerajaan Pusat). Tiada isu nak bubar Dun. Kalau saya bubar dulu, segala jin, iblis (gangguan) akan mari (datang) berhimpun di Kelantan.

“Senarai calon nak kata tamat tu…tidak tetapi banyak (ramai) calon,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Guru-guru Yayasan Islam Kelantan (Yik), di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa, di sini, semalam.

Parti komponen BN didakwa tak lebih dari pengemis

Perkembangan terkini yang menyaksikan pertelingkahan terbuka di antara Datuk Seri Chua Soi Lek dan Datuk Seri Ong Tee Keat mengenai pencalonan wakil BN di Parlimen Pandan mempunyai implikasi besar kepada senario politik negara.

Walaupun awalnya saya tidak mahu memberikan sebarang reaksi, perkembangan itu bukan sahaja mempunyai kesan di Pandan sahaja. Ia menggambarkan bentuk kerjasama dan autonomi yang wujud di dalam BN dan sikap Umno (sebagai parti yang terbesar) terhadap parti komponennya yang lain seperti MCA.

Sudah menjadi amalan di dalam mana-mana pakatan politik bahawa keputusan meletakkan calon itu adalah keputusan parti yang diberi tanggungjawab bertanding di parlimen itu.
Sejak sekian lamanya, BN memberi hak dan autonomi kepada Umno, MCA atau mana-mana parti komponennya menilai calon terbaik untuk bertanding di kawasan yang diwakili.
Kalau ada perselisihan faham pun mengenai pencalonan seseorang, keputusan dan pendapat parti komponen yang mewakili kerusi itu diberi keutamaan.

Itu amalan dulu-dulu di dalam BN tetapi sekurang-kurangnya autonomi untuk menentukan calon dikekalkan di tangan presiden parti komponen di kerusi yang diwakili partinya.

Bacul : Umno peralat anak yatim pasang bendera dacing?


SETIU: Umno didakwa memperalatkan anak-anak yatim penghuni asrama yang terletak di Kampung Pondok Paku, Jabi untuk memasang ribuan batang bendera biru berlambang dacing.
Naib Yang Dipertua PAS Setiu, Dr Azman Ibrahim (gambar) berkata, sebelum ini Umno didakwa menyalahgunakan peruntukan kebajikan anak-anak yatim yang khabarnya mencecah angka RM60,000 untuk tujuan lawatan ke Langkawi.


Menurutnya, penduduk setempat mengakui bahawa memang tradisi memperalatkan anak-anak yatim ini adalah lumrah Umno setiap kali menjelang pilihanraya.

“Lantaran ini adalah cara yang paling menguntungkan kerana khidmat anak-anak yatim ini boleh diperolehi secara percuma agar peruntukan pemasangan bendera yang dikhabarkan berjumlah RM5,000 setiap cawangan Umno boleh dibolot begitu sahaja oleh orang-orang tertentu,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Najib ada sebab 'lewatkan' PRU13..??? Penakut.....

SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pilihan raya umum ke-13 (PRU13) belum diumumkan kerana kerajaan mahu dasar transformasi negara benar-benar terbukti berjaya dan memberi manfaat sepenuhnya kepada rakyat.

Beliau berkata, idea yang kreatif, perancangan yang rapi dan pelaksanaan yang berkesan adalah sangat penting dalam usaha kerajaan untuk membela rakyat dan membangunkan negara.

"Sebab itulah saya tunggu sampai kita letih hendak buat PRU, kita tunggu kerana saya hendak buktikan bahawa dasar transformasi negara benar-benar boleh berjaya," katanya ketika melancarkan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Seremban Sentral di sini, hari ini.

Justeru, Perdana Menteri mengingatkan rakyat supaya tidak menukar kerajaan sedia ada pada PRU13 nanti kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) sahaja yang boleh memenuhi harapan rakyat.

Bijak Pandai Dalam PAS Berbanding UMNO - Raja Nazrin


Wacana Perpaduan Ummah : Text Penuh Titah Dymm Raja Nazrin Shah





Konvensyen PR : Menanti 'sajian' manifesto Pakatan Rakyat

Sementara spekulasi terbaru parlimen akan dibubarkan Jumaat lalu meleset, Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) Keempat esok, yang akan dihadiri sekitar 1,000 perwakilan, akan memfokus intipati manifesto menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Konvensyen ini dibahagikan kepada empat segmen.

Menjelaskan perkara itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, pihaknya membentangkan awal susulan kemungkinan kekangan waktu apabila tarikh PRU13 ditetapkan.

"Konvensyen ini kita hanya tekankan pembentangan manifesto kita. Kita bentang awal disebabkan kita khuatir waktu tak cukup bila bergantung penuh pada waktu kempen nanti," kata Rafizi kepada Sinar Harian Online.

Konvensyen setengah hari ini akan berlangsung mulai jam 10 pagi di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).

Konvensyen tersebut dimulakan dengan segmen pertama iaitu  laporan daripada ketua pilihan raya setiap parti,  diwakili Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Dr Mohd Hatta Mohd Ramli dan Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Kok Wai. Ketiga-tiga mereka merupakan pengarah pilihan raya parti masing-masing.

Manakala segmen kedua adalah pembentangan manifesto yang bertemakan Pakatan Harapan Rakyat.

Flora Ong Nyaris Mengalami Nasib Yang Sama Seperti Altantuya


PAS kini sedia mengatasi Umno - Raja Nazrin


KUALA LUMPUR: Pemangku Raja Perak, Tuanku Raja Nazrin Shah bertitah, PAS kini berada dalam satu tahap keyakinan diri yang amat tinggi akan kekuatan politiknya.

PAS kini mempercayai pengaruh parti tersebut tidak lagi terbatas di kalangan Melayu tetapi yakin bahawa perjuangan mereka semakin difahami oleh bukan Melayu.

"PAS kini  berada dalam psyche pemikiran bahawa kekuatan dari segi gerakan politiknya telah mengatasi UMNO, malah menganggap bahawa secara relatif, kekuatan politik UMNO semakin rapuh kerana UMNO telah terlalu lama selesa bergantung pada jentera dan sumber kerajaan.

"Suara PAS menyentuh isu urus tadbir negara secara telus, memerangi rasuah, sistem kehakiman yang bebas lagi adil,  penguatkuasaan undang-undang secara saksama, membasmi kemiskinan, menangani keruntuhan moral dan jenayah, masalah kos sara hidup yang tinggi, adalah isu-isu popular yang memberikan kelebihan retorik untuk digunakan oleh PAS sebagai senjata ofensif menyerang lawan," titah Raza Nazrin.

Baginda bertitah demikian dalam Wacana Perpaduan Ummah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada 19 Februari lepas bertajuk “Perpaduan ummah; harapan, realiti dan cabaran". Harakahdaily diberikan ucapan penuh baginda. Ia akan disiarkan selepas ini.

DON'T STOP PORNTHIP: Sugumar vigil - a warning for Najib & his "FALSE NAMBIKEI"

DON'T STOP PORNTHIP: Sugumar vigil - a warning for Najib & his "FALSE NAMBIKEI"
KUALA LUMPUR - Family members of the late C Sugumar, activists and supporters kicked off their 'Justice for Sugumar, Don't Stop Pornthip' campaign in Kuala Lumpur on Saturday night.
Small but spirited, the crowd was able to make their presence felt at Brickfields, the mostly-Indian enclave that has received special attention from Prime Minister Najib Razak, who is banking on the Indian vote to help his Umno-BN coalition defend the federal government at general elections that are expected to be held within weeks.
"Brickfields is just a small area which has been developed but the problems of the Indian community go much deeper and wider than a nice shopping area," PKR MP for Subang Sivarasa Rasiah, who is also a lawyer for the Sugumar family, told Malaysia Chronicle.
"If the Umno-BN had not neglected the Indian community, there would be up-to-mark facilities for them all over the country. We are talking about the economic pie, the education pie, the social pie, and for tonight possible outright and blatant murder."
Sit-in protest at Najib's office
The lawmaker was referring to the long list of custodial deaths in Malaysia, where the police have been accused of being callous towards Indian suspects, of torturing many of them to death as in the case of 22-year-old car thief suspect Kugan Ananthan.
While Sugumar, a security guard, was not detained on suspicion of any crime, police say he had suffered a 'mental' fit and destroyed public property. A government hospital post-mortem said he died of a heart attack, but his family believe he could have been saved if not for alleged negligent and rough police conduct.

59 bekas peneroka saman Felda, kes pertama di Melaka

FeldaMELAKA 24 FEB: Seramai 59 bekas peneroka Fekda Tun Ghafar Baba, Bukit Senggeh, Jasin memfail saman di Mahkamah Tinggi Melaka untuk mendapatkan perintah deklarasi bahawa plaintif tiada hutang kepada Felda, sekali gus menjadi  kes mahkamah pertama melibatkan peneroka melawan Felda di Melaka.
“Sebagai bekas peneroka, plaintif ada ‘legitimate expectation’ untuk mengetahui sama ada terdapat hutang dengan Felda.
“Jika ada, bagaimana hutang itu wujud sedangkan plaintif tidak pernah menyertai sebarang program atau rancangan yang diusahakan Felda sejak 2001,” katanya pada kenyataan media kepada Keadilan Daily merujuk kes saman pada 20 Februari lalu.
Sejak 1997, Kumar berkata plaintif mengurus tanah dengan bantuan Risda, malah Felda pernah menyatakan, Bukit Senggeh tak lagi diurus oleh Felda kerana bekas peneroka sudah dapat hak milik.
Beliau berkata, AJK Bertindak juga pernah menulis surat rasmi pada 23 April 2012 kepada pengurus Felda, Tun Ghafar Baba menyatakan 77 bekas peneroka Felda tidak pernah menandatangani perjanjian untuk menanam semula kelapa sawit atau getah.

Tamrin Ghaffar sanggah Najib sama hebat dengan Anwar...nak debat pun takut..!!!

Oleh AZIZ MUDA
KUALA LUMPUR: Anak negarawan Tun Ghaffar Baba, Tamrin Ghaffar menyangkal keras laporan mengatakan Dato' Seri Najib Razak sama hebat dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, Najib bukanlah lawan kepada Anwar kerana Najib sentiasa tertinggal dalam banyak perkara berbanding dengan ketokohan Anwar yang berupaya membentuk "mood" rakyat.

"Najib mana hebat? Kalau Najib hebat dah lama dia debat dengan Anwar. Tetapi hingga hari ini dia tetap tidak berani debat.
"Pada hal, dia Perdana Menteri dan dia boleh dapatkan pelbagai information daripada pegawai-pegawai kerajaan untuk membantunya menghadapi Anwar dalam debat itu," katanya kepada Harakah.
Sebaliknya, Tamrin mengaku lebih menghormati Menteri Belia dan Sukan,  Dato' Ahmad Shabery Cheek kerana berani berdebat dengan Anwar, walaupun Shabery bukanlah lawan kepada Anwar.    
Akhbar harian tempatan 22 Februari lalu melaporkan, PRU13 menjadi medan tempur di antara individu yang mempunyai pengaruh menentang individu berkuasa bagi meraih sokongan rakyat seterusnya membentuk kerajaan baru selepas PRU nanti.

PRU13 : Undi PAS wajib untuk bantu Islam - Harun Din

Oleh SAIDAH HAIRAN
KUALA LUMPUR: Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din bertegas mengingatkan umat Islam bahawa mengundi PAS dalam pilihan raya umum diharuskan malah ada masanya menjadi wajib untuk membantu Islam walaupun PAS bekerjasama dengan DAP.

Ini kerana kata beliau, jika alasan beberapa orang ulama di Kelantan haram mengundi PAS kerana bersengkokol dengan DAP bagaimana pula dengan Umno yang menentang hudud secara jelas. Beliau menyelar sikap dan pendirian golongan ulama yang mengatakan wajib menyokong Umno sedangkan Umno itu sendiri menentang hudud dan lebih teruk daripada DAP menentang hudud.
Katanya, Umno menentang hudud sampai keperingkat Presiden Umno ketika itu (Dr Mahathir Mohamad) dalam tahun 1993 ketika kanun jenayah Kelantan hendak dilaksanakan.
Menurut beliau, Mahathir yang juga Perdana Menteri telah memberi surat amaran kepada Menteri Besar Kelantan (Tuan Guru Dato' Abdul Aziz Nik Mat) jika kerajaan Kelantan melaksanakan hudud, kerajaan Pusat akan mengambil tindakan keras.
Surat tersebut tambah beliau tidak ditarik sampai ke hari ini dan itu menunjukkan bahawa bukan sahaja pimpinan agung Umno yang menentang hudud malahan orang-orang Umno turut mempermainkan hukuman hudud.
"Dulu kita dengar siapa hendak makan sup tangan pergi ke Kelantan. Umno yang memegang kuasa selama 56 tahun, pernahkan mereka mengatakan hendak melaksanakan hudud," soalnya.
Tambah beliau, Umno tidak pernah mahu melaksanakan hudud sebaliknya menentang hukuman tersebut.

TG Nik Aziz dihina lagi, BIADAP DAN KURANG AJAR sungguh......

Lihatlah bagaimana biadap dan kurang ajarnya dia neh...
Antara mereka ni tidak faham atau sengaja tidak mahu faham sesuatu isu hanya atas dasar pemahaman politik yang berbeza dengan pembicara... Jahil sendiri kerana tidak faham terus diletakkan atas kepala orang lain.
Apa dosa besar TG Nik Aziz sebenarnya sampai mereka terlampau membencinya?
DOSA besar TG Nik Aziz hanyalah kerana dia diiktiraf dan dijadikan role model pemimpin yang BERSIH, diangkat sebagai ikon dan TONGGAK dalam penyatuan Pakatan Rakyat. Anwar, TG Haji Hadi dan Lim Guan Eng serta lain-lain pemimpin dalam Pakatan Rakyat jugak penting sebagai alat tahaluf siyasi yang menjadi pegangan Pas.
TG Nik Aziz harus diburukkan. TG Nik Aziz mesti dijatuhkan. Aura BERSIH yang ada pada TG Nik Aziz mesti dikotorkan. Rebahnya TG Nik Aziz maka akan berkecailah Pakatan Rakyat... Itu jaa...
Maka tunggu apa lagi. Ayuh..!!!
Kita rebahkan kebiadaban makhluk-makhluk ini terlebih dahulu, biar dia tahu langit tinggi ka rendah...
#Sebarkan pada seluruh rakyat Malaysia tentang posting biadab dari manusia ini!! Agar satu dunia tahu dia sungguh KURANG AJAR!!

PRU13 : Anggota polis jalani latihan untuk persiapan p'raya

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan latihan amal ex ballot III secara serentak di seluruh negara pada 24 dan 25 Feb sebagai persiapan pilihan raya umum ke-13.

Menurut laman sosial Facebook PDRM, latihan itu bagaimanapun tidak melibatkan Sabah yang kini lebih memfokuskan isu pencerobohan rakyat asing di Lahad Datu.

"Tumpuan latihan amal ini akan diberikan di Perak dengan menggunakan 'live exercise' di medan dan ia melibatkan kesemua daerah.

"Daerah-daerah kontinjen Perak yang akan diberi keutamaan dalam latihan amal ini ialah Ipoh, Manjong, Taiping dan Kerian," kata laman Facebook itu.

Ribuan rakyat berhujan ikuti pidato Anwar di Terengganu

IMG-20130223-00051TERENGGANU 24 FEB: Hujan lebat tidak menghalang kira-kira 5,000 penduduk Gong Badak, Terengganu dari mengikuti pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim di Gong Badak di sini, malam tadi.
Ketua Umum KEADILAN itu mengupas pelbagai isu termasuk putar belit media Umno terhadap ucapan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan menyifatkan perumpamaan Mursyidul Am PAS itu tepat tapi Umno BN enggan menerima hakikat sebenar.
Beliau turut menyentuh pelbagai isu termasuk amalan rasuah pemimpin Umno, isu pemilikan syaraikat arak oleh Mirzan Mahathir, masalah kebajikan tentera dan banyak lagi.
kg tiong 9Anwar turut menyeru rakyat Terengganu supaya membuat perubahan lantaran rakyat Sabah dan Sarawak, kini bersedia menumbangkan BN pada PRU 13.
Beliau juga menekankan peri pentingnya kesepakatan ahli dan pemimpin KEADILAN, PAS dan DAP di Terengganu untuk bersama-sama berganding bahu menumbangkan Umno BN, seterusnya menawan Putrajaya.
gong-5Turut berucap, Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail; Wahid Endut (Pesuruhjaya PAS Terengganu), Brig Jen (B) Najmi Ahmad, Laksamana (B) Imran Abdul Hamid, Ustaz Hishamuddin (AJK Pemuda Pas Terengganu) dan wakil NGO Royalti Terengganu.
Terdahulu, sambutan hebat juga diterima Anwar ketika berceramah di Kampung Tiong, Kuala Terangganu pada hari sama.
Mereka berkumpul untuk mendengar kupasan politik yang berlaku di negara ini.

Malaysia's 13th General Elections

As the 13th general elections draw near, the will of the people hangs in the balance as the question of free and fair elections remains unanswered.
The right to such a process is recognised in all democracies. Three conditions must be fulfilled: an independent audit of the electoral roll, a minimum campaign period of reasonable duration, and allowing international observers at polling stations.
Malaysia's 13th General ElectionsThe Najib administration’s action last week in detaining and deporting Australian senator Nick Xenophon who was in Kuala Lumpur to meet with me as well as leaders of the ruling party to discuss ways and means to meet those conditions has rendered the demand for free and fair elections an exercise in futility.
Severely disadvantaged
Meanwhile, the opposition coalition Pakatan Rakyat remains severely disadvantaged in campaigning.
There is no access to the mainstream print and electronic media which, despite being largely funded by tax payers’ money, are used as a propaganda machine in ways not seen since the time of Goebbels: vicious lies are spread about the opposition’s mismanagement of the state governments, characters of key opposition leaders are assassinated and a movie is set to be screened nation-wide calculated undoubtedly to sow hostility and hatred among the indigenous Malay community towards ethnic minorities particularly the Chinese.
So we resort to self-help to travel the land and take the message home directly to the people. But where’s the right to security on our lives and property? Campaign buses and cars get pelted with stones and splashed with paint. Speakers are attacked and some supporters were knifed, violent acts caught on camera.
Electoral fraud on a grand scale
To ensure free and fair elections, there must be protection of the law, but complaints to the police fall on deaf ears.

Election in June?

If the public opinion is turning against the current PM, the ruling party will be expected to remove the incumbent leader.

The news is out that there might be a lengthy delay in the holding of the 13th general election. What will be the cost of further delays – beyond April 2013 – for Barisan Nasional, the country and the opposition?
Recently, several foreign newspapers and portals pinpointed on the difficulties faced by the ruling coalition to hold the polls.
Among the ruling coalition, there are fears of yet another setback, if the polls are held before April 2013.
Dr Mahathir Mohamad has periodically voiced his views that BN will be winning the next elections, but with a reduced majority. Lately, he suggested such a victory will render the regime destitute, or rather impotent.
In Malaysia, while most observers were adamant the polls will be held in 2012, they were dumbfounded by the prime minister’s hesitations.
With the month of January ducked, the month of February crossed-out, there is left the months of March, April or May.
Leadership crisis?
However, the month of June – as some observers are pointing out – could be the time for the elections.
Putrajaya seems emboldened by the calls from the Sabah State Reform Party (STAR) chairman Jeffrey Kitingan, to delay the Sabah polls.
This could be used to bolster plans to hold the 2013 polls, beyond the dissolution of the Parliament in April.

Teka-teki tarikh PRU13 beri kelebihan semua pihak


PRU13 SHAH ALAM - Tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang terus menjadi tanda soal sebenarnya memberi kelebihan tertentu kepada pihak pemerintah dan parti pembangkang. Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, situasi tarikh PRU13 yang masih menjadi tanda tanya boleh dimanipulasi oleh semua pihak bertanding.

Menurutnya, kelebihan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah, mereka boleh mengambil kesempatan waktu yang ada menguatkan jentera.

Doa KO : Fadzilah Kamsah mohon maaf



Pakar Motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah SHAH ALAM - Pakar Motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah meminta maaf kepada semua pihak terhadap kenyataan beliau berhubung isu doa baru-baru ini.

Dalam laman sosial Facebook miliknya, Fadzilah tampil memberi penjelasan bagi mengelakkan salah faham semua pihak dan membersihkan maruah keluarganya.

“Saya hanya seorang rakyat biasa dan bukan bercakap sebagai orang politik. Saya langsung tidak bermaksud untuk memalukan mana-mana pihak. Amat malang sekali bila komen saya dipolitikkan hingga menyebabkan kemarahan pelbagai pihak,” katanya.
Jelasnya, apabila bercakap tentang kezaliman, beliau memberikan pandangan secara umum dan membandingkan situasi di Malaysia dan situasi dan penderitaan rakyat Palestin.
Katanya, di majlis Bantuan Amal Palestin itu, melalui ucapan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan mengenai kezaliman Israel terhadap saudara sesama Islam kita di Palestin.
“Itu sebab saya katakan, berbanding penderitaan rakyat Palestin, kita di Malaysia amat bahagia dan tidak dizalimi. Inilah konteks hujah saya ketika itu.

Masalah utama Umno: Keengganan untuk bersaing secara sihat

Tuan Fairuz Tuan Ismail

24 FEB ― Hizbi adalah merupakan gerakan pelajar di United Kingdom dan Republic Ireland yang di taja oleh PAS yang mula ditubuhkan pada akhir 1980an. Melalui gerakan inilah PAS merekrut dan melahirkan pelapis kepimpinan mereka daripada golongan terpelajar. Ia adalah merupakan satu tindakan yang strategik ke arah menjadikan PAS sebagai parti yang didokong oleh golongan profesional. Saban tahun, pengaruh gerakan pelajar ini semakin kuat sehingga memaksa Umno  mengambil tindakan yang drastik dengan mengharamkan Hizbi pada tahun 2003 di Loch Lomond, Ireland.
Secara kasarnya, mungkin tindakan ini dilihat sebagai tindakan bijak yang menguntungkan Umno. Namun, jika diteliti, ia adalah strategi yang memberikan kerugian besar kepada Umno untuk jangka masa panjang. Jika sebelum pengharaman, Umno berpeluang memantau pergerakan Hizbi dengan mudah, pengharaman yang memaksa gerakan pelajar PAS tersebut bergerak secara “underground” telah menyukarkan mereka berbuat demikian. Mereka juga yang sepatutnya berpeluang menjadikan Hizbi sebagai “benchmark” saingan untuk Kelab Umno luar negara dalam melahirkan kepimpinan pelapis, telah kehilangan peluang keemasan tersebut sebaik sahaja Hizbi diharamkan. Tanpa persaingan yang sihat, Kelab Umno luar negara berubah menjadi kelab “syok sendiri” yang fungsinya tidak lebih daripada kelab sosial tanpa menawarkan nilai-nilai tambah kepada ahlinya. Hizbi dalam keterbatasan pergerakan secara “underground” pula telah berevolusi menjadi gerakan yang lebih tersusun dan cekap, yang menawarkan pembinaan sakhsiah dan latihan kepimpinan, yang tidak ada pada Kelab Umno. Tidak hairanlah, sebahagian ahli-ahli yang direkrut gerakan pelajar PAS ini adalah terdiri daripada anak-anak pimpinan Umno sendiri. Aktivis Hizbi juga dilihat sebagai golongan yang dizalimi sikap “double standard” Umno dalam soal penglibatan pelajar dalam politik yang menambahkan bilangan simpatisan kepada gerakan tersebut.

BAGAIMANA UMNO LAYAN RAKYAT SEUMPAMA HAIWAN DALAM PEMBERIAN BR1M.!!!!!

Presiden PAS tidak kekok berucap dalam bahasa Tiong Hua

Najib akui kesalahan tadbir negara..

UNSEEN LAHAD DATU REPORT (AL Jazeera)

BR1M: Bersumpah mengundi BN, jawapan Ustaz Azhar

Wacana Perpaduan Ummah : "Umno terlalu sarat....." - Titah Raja Dr. Nazrin Shah

Lensa : Ribuan Masyarakat Cina Kg Tiong Kuala Terengganu Dalam " Kebangkitan Rakyat"