Jumaat, 22 Februari 2013

PRU13 : Pegawai Kerajaan Akan Dapat Duit Undi?

Dua tiga hari lalu Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengumumkan kakitangan kerajaan akan bakal menerima hadiah dari kerajaan dan perkara itu akan diumumkan sendiri oleh perdana menteri, Mohd Najib Razak. Muhyiddin tidak memberi tahu apakah bentuknya dan apakah ianya sebagai 'upah' untuk mengudi UBN dalam pilihan raya.

Pegawai kerajaan tentu ternanti-nati apakah bentuk ganjaran itu. Mereka juga faham ganjaran atau hadiah yang akan diumumkan Najib Razak itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka. Ganjaran itu juga sebagai menunjukkan keprihatinan dan kebaikan budi kerajaan.

Apakah hadiah itu. Dari sumber pegawai atasan memberi tahu, Najib akan mengumumkan elaun perumahan pegawai kerajaan akan dinaikkan sehingga RM300, di samping kenaikan gaji bagi kalangan pegawai kerajaan yang tangga gajinya sudah mati.

Dengan dua ganjaran ini bermakna kakitangan kerajaan akan memperolehi antara RM300 hingga RM500 untuk perbulan. Pemberian ini sama dengan jumlah atau nilai BR1M yang kerajaan berikan kepada rakyat yang berpendapatan di bawah RM3,500 sebanyak RM1,000 meneruswi BR1M satau dan BR1M dua.

Jom Boikot : Korang tak rasa GELI ka tengok neh...

Kalau sudah menunjuk sikap kepartian dalam berniaga maka sudah pasti hanya mengharapkan para ahli, penyokong dan pendokong UMNO saja menjadi pelanggannya.
Jika berita ini benar maka bersedialah untuk restoran mamak kutty seluruh Malaysia kena boikot.

Dalam media lidah biawak Rasmi UMNO BN...dilaporkan berita 18,000 restoran mamak bantu jentera BN dalam PRU 13 akan datang!!!!
Tunggu apa lagi!!!!...
JOM BOIKOT RESTORAN MAMAK MULAI HARI INI!!!!!

Najib tunjuk baik : Tertambatkah hati kaum Cina?

Selain kegagalan Najib  menangani isu ekonomi,,,  isu rasuah, penyalahgunaan kuasa dan  pelbagai skandal yang menyelubungi Najib dan keluarga adalah antara isu-isu utama yang tidak menyenangkan masyarakat Cina terhadap kepimpinan beliau dan kerajaan BN hari ini.Sikap berdiam diri Najib terhadap isu-isu yang dibangkitkan menambahkan lagi kesangsian mereka terhadap beliau.

Sikap penolakan pengundi Cina memang mempunyai asas yang kukuh. Mereka inginkan pemimpin dan kerajaan yang baik, yang perihatin dan yang dan yang sentiasa mengutamakan rakyat. Mereka juga menolak pemberian atau bantuan saat-saat ahkir  yang bersifat rasuah politik sebagaimana yang dilakukan oleh Najib.  Jawapan "No" kepada BN yang dilaungkan oleh masyarakat Cina Pulau Pinang baru-baru ini memberi isyarat jelas mengenai pemikiran dan pendirian mereka dalam PRU 13 nanti.

Banyak pengalaman bukan syarat BN layak memerintah !

Memetik kata-kata Mahathir…..“Saya tidak fikir Pakatan Rakyat boleh memerintah - kerana mereka tidak ada pengalaman”.   Ya!  Mermang betul duhai Mahathir yang berkepala berlian !   Memang PR tak banyak pengalaman, tetapi PR ada satu pengalaman yang sangat-sangat berharga -  iaitu memerintah 4 negeri dengan adil, telus, tanpa rasuah dan tanpa penyelewengan.   Sedangkan BN sudah diakui memiliki banyak sekali pengalaman !  Al maklumlah!  sudah 55 tahun memerintah,, Pembaca nak tahu apa dia pengalaman BN yang banyak itu?  Ha ha, lihat !  ini dia,,,    

1. Berpengalaman memerintah – demokrasi ala kukubesi.    

 2. Berpengalaman mengikis khazanah negara, terutama tanah rizab Melayu.     

 3. Berpengalaman selok-belok berniaga berlandaskan amalan rasuah.    

 4. Berpengalaman dalam hal-hal penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.    

 5. Berpengalaman menipu orang Melayu dan rakyat Malaysia ‘amnya.    

 6. Berpengalaman menggunakan agensi -agensi kerajaan untuk menang pilihanraya.    

Nampaknya pengalaman BN lebih banyak yang buruk dari yang baik,, lebih banyak yang kotor dari yang bersih, maka  lojiknya penyamun dan penyangak saja yang berbangga dengan pengalaman sebegitu,, termasuk Mahathir. Nasihat penulis,, Tun Mahathir,  janganlah cuba mendesak atau mempengaruhi rakyat, supaya berfikiran sempit dan busuk mengikut acuan beliau.- rahimothman 

Gaji Kakitangan FELDA 2013 Naik Lagi?

Tangga Gaji Felda 2013 Gaji Kakitangan FELDA 2013 Naik Lagi?
Gaji kakitangan FELDA : Sejak akhir-akhir agak banyak kedengaran kajian demi kajian yang ingin dilakukan terhadap kalangan kakitangan awam.
Jikalau sebelum ini terdapat kajian dan pelaksanaan akhir bagi gaji dan elaun kakitangan awam, gaji guru, pencen veteran tentera, beban kerja guru (KLIK SINI). Terkini, ada satu kajian khas utnuk kakitangan FELDA..

Kajian Skim Gaji Kakitangan FELDA + Penjawatan Kakitangan FELDA

Cadangan kajian ini disuarakan sendiri oleh Ketua Setiausaha Negara semasa perjumpaan dengan FELDA, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa mahukan :
  1. Skim & tangga gaji kakitangan FELDA dan perjawatan kakitangan awam yang berkhidmat dengan Felda perlu dikaji semula bagi menjamin kebajikan
  2. Mempertimbangkan pelaksanaan kaedah kenaikan pangkat secara ‘time-based’ agar tiada had gaji maksimum untuk kakitangan cemerlang.
Mungkin buat kakitangan FELDA akan kedengaran berita gembira untuk mereka menjelang Pilihanraya Umum ke 13 kelak?

BR1M Akan Naik RM1000 Dengan Syarat Subsidi Gula RM456 juta Dikurangkan.....?

BRIM RM1000 BR1M Akan Naik RM1000 Dengan Syarat Subsidi Gula RM456 juta Dikurangkan. Setuju?
Berdasarkan semakan laporan berita Astro Awani sebentar tadi, Kerajaan Malaysia Kerajaan sedia menambah jumlah peruntukan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan syarat…
Syaratnya ialah rakyat bersetuju supaya mengurangkan subsidi gula yang ditanggung kerajaan ketika ini. Berdasarkan rekod kenyataan yang dikemukakan Muhyiddin ketika ini kerajaan sedang menanggung RM456 juta setahun melibatkan subsidi gula sebanyak 34 sen bagi setiap kilogram.
“Kalau boleh kurang subsidi gula atau mana yang tak penting boleh bagi BR1M lagi banyak,” kata Tan sri Muhyiddin
Setakat ini, sudah lima kali harga gula naik sejak tahun 2010 :
  1. 1 Januari 2010 : RM1.65 sekilo (Harga gula meningkat 20 sen)
  2. 16 Julai 2010 : RM1.85 (Harga gula meningkat 20 sen) (KLIK SINI)
  3. 4 Disember 2010 : RM2.05 (Harga gula meningkat 20 sen – menjimatkan perbelanjaan subsidi kerajaan sebanyak RM283.5 juta)
  4. 10 Mei 2011 : RM2.30 (Harga gula meningkat 25 sen – menjimatkan perbelanjaan subsidi kerajaan sebanyak RM116.6 juta) (KLIK SINI)
  5. 29 September 2012 : RM2.30 (Subsidi kerajaan dikurang 20 sen) (KLIK SINI)
  6. Adakah bakal naik lagi buat kali keenam selepas Pilihanraya Umum ke 13?
Setakat ini sudah kedengaran semula kempen-kempem kesihatan supaya penggunaan gula dikalangan rakyat Malaysia dikurangkan bagi mengelakkan penyakit. Jika anda diberikan pilihan antara BR1M dengan  subsidi gula dikekalkan? Mana satu yang menjadi pilihan anda? Mengapa?

Pilihan Rakyat Malaysia Antara BR1M 3.0 RM1000 Atau Subsidi Gula Kekal?

JANGAN MARAH APABILA RAKYAT BOIKOT RESTORAN MAMAK MULAI HARI INI!!!!!


JOM BOIKOT RESTORAN MAMAK!!!!!!

Berita 18,000 restoran mamak bantu jentera BN dalam PRU 13 nanti telah mengundang tindak balas sepantas kilat dari rakyat.

Jika berita ini benar maka bersedialah untuk restoran maka seluruh Malaysia kena boikot.

Bila sudah tunjuk kepartian dalam berniaga maka sudah pasti hanya mengharapkan para ahli, penyokong dan pendokong UMNO saja menjadi pelanggannya.

PARA PENGUSAHA RESTORAN MAMAK DISELURUH MALAYSIA PERLU MEMBUAT PERAKUAN SAMA ADA BERITA INI SAHIH ATAU SENGAJA DIPUTAR BELITKAN OLEH MEDIA LIDAH BIAWAK RASMI UMNO.

UMNO's Art of the Deal. Eat your heart out Donald!

Mahathir Mohamad awarded the Double Tracking Project to MMC-Gamuda on 21st October 2003, just nine days before he stepped down as Prime Minister. On 1st November 2003, Abdullah Ahmad Badawi, fondly known as Pak Lah, took over as Prime Minister. The first thing that Pak Lah did when he took over as Prime Minister was to cancel Mahathir’s pet projects. The Crooked Bridge to Singapore was one and the Double Tracking Project was the other, which Pak Lah shelved the following month in December 2003.
Mahathir was furious. He had spent more than a year from mid-2002 to late 2003 discussing with Pak Lah as to what he can and cannot do once he took over as Prime Minister.  Whether Pak Lah just forgot or whether he did a dirty on Dr Mahathir is not too clear.  But the long and short of it, Pak Lah did everything he promised he would not do. And cancelling Mahathir’s pet projects was clearly one of the do-not-do's.

PRU13 : Kita terus menunggu

Oleh Anuar Mohd Nor
Mungkin itu masalah yang ada — semua melalukan untuk kepentingan diri, semua mahukan loncatan politik untuk diri dan tidak menjadikan usaha itu tertumpu. 
Umno sememangnya dalam keadaan tertekan dan tekanan terus diberi dari dalam bukan sahaja luaran — semua menunggu sebelum mengambil tindakan.

Persoalan utama sebelum mengambil langkah untuk berkempen adalah — adakah aku akan tersenarai menjadi calon; sekiranya tidak mengapa perlu aku melakukan itu dan ini menghabiskan duit yang ada.
Ada yang menunggu sahaja pihak atasan melakukan semua perkara untuk kawasan yang mahu mereka tandingi.
Semua menunggu dan semua dalam keadaan menunggu membiarkan sahaja pertempuran demokrasi ini di monopoli oleh kesungguhan pembangkang untuk menuju Putrajaya.
Ini sebenarnya masalah yang ada.
Mereka mahu menang tapi mereka membiarkan kempen dilakukan oleh kepimpinan atasan dan mereka hanya menunggu.

Umno akan mati racun cap dacing

http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/427260_510029882380737_1568871163_n.jpg

PRU13: Tips ke Putrajaya sebelum parlimen bubar


KEPALA BATAS: Lajnah Penerangan dan Jabatan Pilihanraya PAS Pulau Pinang memberi 'tips' terakhir kepada keseluruhan jentera parti sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan pembubaran parlimen.

Ketua Penerangan PAS negeri, Bukhori Ghazali berkata, tips terakhir itu akan diguna pakai dalam waktu berkempen ataupun berpantang sebagaimana sekarang.

Katanya, berbagai kaedah mendekati masyarakat diberikan dengan hasrat menimbulkan kesedaran bahawa pentingnya perubahan dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

"Tips yang diberikan itu mesti dimanfaatkan sepenuhnya. Jangan abaikan tips berkenaan kerana jika dipraktikkan pasti menemui kejayaaan merampas Dewan Undangan Negeri yang masih dikuasai Umno," tegasnya ketika ditemui pada Seminar Dari Komtar Ke Putrajaya yang diadakan di Markaz Tarbiyah Pongsu Seribu, Kepala Batas.

Harapan PAS sambungnya, ialah memenangi kelima-lima kerusi Dun iaitu Penaga, Sungai Dua, Permatang Berangan, Permatang Pasir, Bayan Lepas termasuk satu lagi di Sungai Acheh yang dalam proses perbincangan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor.

RCI pendatang asing Sabah sengaja tangguh giliran – Saksi KEADILAN

dr ChongKUALA LUMPUR 22 FEB: Seorang saksi KEADILAN dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing di Sabah, Dr Chong Eng Leong bimbang gilirannya untuk memberi keterangan sengaja dilewatkan seolah-olah tidak mahu memberi peluang beliau membuka mulut.
“Mereka seperti tak mahu saya jadi saksi. Asyik bertangguh, dengan alasan ada ramai lagi sedang menunggu giliran,” katanya kepada Keadilan Daily.
Ketua Biro Keselamatan, Imigresen dan Reformasi Pilihan Raya KEADILAN itu sepatutnya memberi keterangan pada 29 Januari lalu tetapi sehingga hari ini beliau belum dipanggil.
“Sudah tiga sesi berlalu. Menurut peguam saya, pihak RCI akan memaklumkan bila saya akan dipanggil. Disebabkan itu saya masih belum boleh buat sebarang kenyataan,” katanya.
Chong Eng dipanggil berikutan pendedahannya sebelum ini dalam Suara Keadilan edisi 28 Ogos 2012 berhubung keterlibatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam memberi kewarganeraan kepada warga Filipina dan Indonesia di Sabah.

Peserta Chingay di Johor dilarang pakai baju-T BERSIH, anti-Lynas



 
Perarakan tahunan Chingay di Johor -  yang telah diisytiharkan sebagai warisan budaya negara tahun lalu - telah mencetuskan perdebatan hangat kerana pesertanya dilarang memakai baju-T BERSIH dan anti-Lynas dalam perarakan tahun ini.

NONEChingay, yang lebih dikenali sebagai Perarakan Dewa, adalah anjuran
Kuil Kuno Johor setiap tahun, dan tahun ini pada 27 Februari.

Pengerusi jawatankuasa kuil tersebut, Lim Kang Yong, dalam satu sidang akhbar semalam, mengisytiharkan larangan tersebut, dan mengundang kritikan meluas warga siber serta mencetuskan perdebatan panas terutamanya di kalangan masyarakat Cina Johor.

Ketika dihubungi hari ini, Lim mempertahankan larangan tersebut dengan berkata jawatankuasa itu tidak mahu sesiapa pun mensabotajnya atau mengiklankan tuntutan mereka semasa perarakan perayaan itu.

"Jika sesiapa didapati memakai baju selain baju pasukan Chingay, kami akan meminta mereka beredar. Jika mereka enggan, kita akan mendapatkan bantuan polis," katanya.

Miskin senjata BN untuk dapat undi

KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, sepatutnya tidak ada lagi masyarakat yang tertinggal dan terpinggir setelah 55 tahun merdeka.

Tetapi, katanya pemimpin BN yang diketuai oleh Umno menjadikan kemiskinan sebagai strategi untuk memancing undi setiap kali pilihan raya.

Justeru, ujar beliau tepat seperti kajian Merdeka Center peratus sokongan kepada BN meningkat di kalangan orang yang pendapatan rendah, ertinya rakyat yang kaya semakin jauh dengan BN.

66 peratus responden di bawah RM1,500 gembira dengan kerajaan, 47 peratus (RM1,501 hingga RM3,000), 36 peratus (RM3,001 hingga RM5,000) dan 35 peratus (melebihi RM5,001).

Katanya, Negeri Sabah dan Terengganu walaupun mempunyai telaga minyak, tetapi negeri tersebutlah mempunyai kadar kemiskinan tegar yang tinggi.

“Jika kita melawat ke kawasan pedalaman kita akan temui kebanyakan rakyat miskin ialah penyokong tegar Umno,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Kata beliau lagi, rumah mereka diselimut oleh bendera Umno sebagai tanda aras mereka ialah penyokong tegar Umno.

Deepak saman fitnah Najib, dedah wanita bernama ‘Flora Ong’

deepokKUALA LUMPUR 22 FEB: Ahli Perniagaaan, Deepak Jaikishan hari ini memfailkan saman fitnah ke atas  Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Deepak berkata, Najib mengeluarkan kenyataan fitnah tersebut ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional pada 17 Januari lalu.
Beliau turut memetik laporan Malaysiakini.com bertajuk ‘PM Dismisses Deepak’s Allegation as Not True’ yang disiarkan portal itu pada hari yang sama.
Deepak berkata, kenyataan itu adalah respon terhadap dakwaan beliau yang mengaitkan Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor terhadap pembuatan akuan bersumpah kedua oleh penyiasat persendirian, P Balasubramanim.
Antara lain, kenyataan fitnah tersebut  berbunyi “It’s not true. He is not a credible person” (Perkara itu tidak benar, Dia (Deepak) tidak boleh dipercayai).
Dalam pernyataan tuntutannya, Deepak selaku plaintif berkata, kenyataan Najib membawa maksud beliau mempunyai reputasi tidak baik, seorang penipu dan tidak boleh dipercayai, rendah moral dan tidak layak mengadakan hubungan profesional.

Buku Deepak bagai pisang goreng panas

PENDANG: Buku pendedahan ahli peniagaan permaidani, Deepak Jaikishan "The Black Rose" mendapat sambutan hangat rakyat negara ini.

Tinjauan Harakahdaily mendapati, kebanyakan buku ini dijual di setiap tempat termasuk di hentian treler Jelajah Negara Berkebajikan PAS yang berhenti untuk mengadakan program.

Boleh dikatakan seperti pisang goreng panas apabila orang ramai tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan buku tersebut bagi mengetahui pendedahan yang dilakukan oleh Deepak.

Sewaktu treler singgah untuk program di Kubur Panjang di sini hari ini, bekas pelakon Abby Abadi turut berada di sini dengan dilihat sedang menandatangan buku tersebut yang diminta peminat.

Kehadiran beliau sekaligus menarik minat orang ramai untuk memiliki buku tersebut yang dilihat sangat ditunggu-tunggu oleh masyarakat.

Keadaan sama sebelum ini juga berlaku ketika singgah di Manjoi Perak semalam dan di Uptown Perda malam tadi.

Sementara itu, treler hari ini bergerak ke Jeniang bersama Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.

Salahuddin kepada Nur Jazlan, ‘Dah confirm ke jadi calon?’

KUALA LUMPUR, — Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mempersoalkan Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed apakah beliau sudah pasti dipilih menjadi calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.

Menurut ahli parlimen Kubang Kerian itu, beliau yakin akan bertanding di Johor dan tidak kisah untuk berhadapan dengan mana-mana calon BN di negeri yang dikatakan “kubu kuat” gabungan pemerintah itu selepas beberapa kali turun ke negeri itu.
 
“Tanya dengan Nur Jazlan, dia tu dah confirm ke jadi calon?
“Kenapa dia panas sangat bila saya nak bertanding di Johor? Kenapa dia resah dan bimbang sangat? Saya kata saya bertanding di Johor, belum tentu saya akan lawan dia,” kata Salahuddin yang dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
Menurutnya, beliau tidah perlu takut untuk bertanding dengan mana-mana calon BN di Johor, kerana beliau sudah turun padang dan menjalankan program-program PAS dan Pakatan Rakyat (PR) di negeri selatan tersebut, dan beliau menerima maklum balas positif dalam memastikan usaha PR memecahkan kubu kuat BN itu.

Nur Jazlan: Saya alu-alukan jika Salahuddin mahu tanding di Pulai


Datuk Nur Jazlan JOHOR BAHRU - Anggota parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed mengalu-alukan sekiranya Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub, berhasrat bertanding bagi kerusi parlimen berkenaan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Nur Jazlan yang menjadi anggota parlimen Pulai selama dua penggal mulai 2004 berkata adalah suatu penghormatan jika pemimpin Pas itu, yang juga anggota parlimen Kubang Kerian, mahu mencabarnya di kawasan itu.

"Salahuddin ialah naib presiden Pas dan mahu bertanding dengan seorang ketua Umno Bahagian biasa, jadi sudah pasti ia pertandingan yang amat menarik...tapi jangan anggap beliau akan mendapat laluan mudah di Pulai.

"Saya dan Salahuddin tiada masalah di Parlimen...beliau kawan saya, jika benar beliau mahu bertanding kerusi parlimen Pulai, saya mengalu-alukannya. Saya tidak gentar," katanya di sini hari ini.
Nur Jazlan berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi kuat mengatakan naib presiden Pas yang dilahirkan di Pontian itu akan bertanding di kawasan parlimen Pulai pada PRU-13 kali ini.
Kepimpinan tertinggi Pas dikatakan mahu Salahuddin bertanding di Johor bagi memimpin jentera pilihan raya pakatan pembangkang dan seterusnya menjadi calon menteri besar Johor jika berjaya mengambil alih Dewan Undangan Negeri Johor.

Rasuah : Empat pegawai Imigresen dijatuhi hukuman penjara 6 tahun

Mother of SOSMA detainee submits memorandum to SUHAKAM

Treler PAS disambut hebat di Perak, P.Pinang

50 kick off Sabah Long March For Clean Elections

BR1M - Helah BN Beli Undi Rakyat

PRU13 : Aziz jangka Parlimen dibubar selepas LIMA...tanda-tanda hampir tepat...!!!

LANGKAWI: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof menjangka Parlimen akan dibubarkan selepas berakhirnya Pameran Udara dan Maritim Langkawi (LIMA) 2013.

LIMA 2013 akan berlangsung selama lima hari mulai 26 Mac hingga 30 Mac ini.

Astro Awani.com memetik Aziz berkata demikian ketika ditemui media selepas taklimat bersama Pengarah-Pengarah Pilihan Raya zon utara di Langkawi hari ini.

Jangkaan itu bagaimanapun, tegas Aziz, adalah pandangan peribadi beliau.

Beliau percaya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Dewan Rakyat selepas selesai LIMA 2013 kerana pameran itu telah dirancang sejak dua tahun lalu.

"Ini logik saya lah, takkan lah dia (Najib) yang pernah jadi Menteri Pertahanan, banyak kali terlibat dalam LIMA, tiba-tiba nak bubar sebelum LIMA," kata Aziz lagi.

Pengerusi SPR itu juga ditanya mengenai desas-desus yang mengatakan ramai pelabur dari luar negara akan menarik diri jika Parlimen dibubarkan sebelum LIMA 2013.

Menurut Abdul Aziz, Najib sangat arif mengenai kepentingan pelaburan asing yang akan dijana sempena penganjuran pameran berkenaan.

Justeru, Aziz secara peribadi yakin PRU-13 akan berlangsung selepas penganjuran LIMA 2013.

KEADILAN selesai jurang pendapatan miskin kaya semua kaum

irKUALA LUMPUR 22 FEB: KEADILAN komited selesaikan masalah jurang pendapatan miskin kaya yang membelenggu negara sejak kemerdekaan dan menjadikannya agenda penting parti.
“Ada isu yang masih berulang. 40 peratus rakyat Malaysia yang berpendapatan paling rendah terdiri daripada orang Melayu, (sedangkan) pimpinan Umno BN bawa pulang tujuh kali ganda pendapatan.
“Tinjauan pendapatan isi rumah 2009 menunjukkan Malaysia antara paling teruk di rantau ini. Ia (penyelesaian) harus melangkaui dari pertimbangan kaum,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Umum menyampaikan ucaptama sempena pelancaran Institut Rakyat di Hotel Empire, di Subang semalam.
Anwar berkata, dasar Umno BN bersifat etnik punca kesenjangan ekonomi melebar, sedangkan KEADILAN berteraskan konsep ‘adil wal-ehsan’ menjurus kepada penyelesaian kepada kumpulan sasar.
“Ini menuntut perubahan ekonomi secara makro dan melibatkan perubahan beberapa dasar utama. Pandangan kita, keadilan tidak kenal kaum atau keturunan untuk mengangkat harkat dan martabat,” katanya.

KEADILAN bantu anak muda miliki rumah dengan harga rendah

amk 2KUALA LUMPUR 22 FEB: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menawarkan Perumahan Strategik dalam Gagasan Anak Muda Malaysia atau ‘Dokumen Merah’ sebagai agenda khusus untuk membantu golongan belia segera memiliki rumah.
Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, dalam gagasan ini, rumah mampu milik yang ditawar bagi rakyat berumur 21 hingga 35 tahun bernilai RM200,000 ke bawah.
Pendekatan ini katanya, akan membolehkan rakyat membuat lebih tabungan secara bulanan dan lebih ramai mampu memiliki rumah pada usia muda.
“Isu pemilikan rumah pada usia muda antara fokus utama KEADILAN dan diterjemahkan dalam lima Gagasan Anak Muda.
“AMK meletakkan gagasan ini fokus untuk menolong golongan belia segera memiliki aset rumah sebelum usia mencecah 40 tahun dan berkeluarga.

PRU13 : Saman AES Dibatalkan Sekiranya PR Tawan Putrajaya

AES
KLANG, 22 FEB: Semua saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan dibatalkan sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya memenangi pilihan raya yang bakal diadakan tidak berapa lama lagi.
Keputusan tersebut dicapai dalam satu mesyuarat Majlis Pimpinan PR yang diadakan pada minggu lepas.
Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi, saman tersebut dibatalkan bukan sahaja kerana ia membebankan rakyat, malah syarikat pengendali sistem tersebut juga dimiliki individu tertentu dalam Umno.
“Satu saman RM300. 400,000 saman sudah ada berapa bilion ringgit? Siapa dapat? Syarikat orang Umno dapat. Siapa bayar? Kita bayar. Dua saman RM600, habis duit BR1M RM500.
“Dahulu kita kata tangguhkan perlaksanaan, dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PR minggu lalu, PKR, PAS dan DAP sudah ambil keputusan, kita ambil alih Putra Jaya semua saman AES dibatalkan,” kata Anwar dihadapan hampir 7,000 hadirin yang membanjiri tapak ceramah di Taman Rakyat di Seri Andalas di sini.
AES merupakan sistem penguatkuasaan automatik yang menyaman pemandu yang memandu melebihi had laju.
Bagaimanapun projek swasta bernilai RM700 juta yang dimulakan pada bulan September tahun lalu itu mendapat bantahan orang ramai kerana dikatakan mempunyai sistem tidak cekap sehingga menyebabkan pemandu yang tidak memandu laju turut dikenakan saman.

Isu Air : Pertembungan Buku Dengan Ruas

Faekah Forum Air
PANDAN INDAH, 22 FEB: Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin memaklumkan langkah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan usaha pengambilalihan ini meskipun dipertikaikan beberapa pimpinan Umno-BN disifatkan sebagai pertembungan ‘buku dengan ruas’.
Jelas Faekah lagi, Menteri Besar memaklumkan kepada beliau langkah pengambilalihan air ini bukan gimik politik tetapi ia lebih besar daripada pengambilalihan saham Guthrie pada tahun 1981.
Justeru, bagi menyelesaikan masalah ini rakyat perlu memastikan kemenangan Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya akan datang dan menguasai Putrajaya bagi memudahkan urusan pengambilalihan air daripada syarikat konsesi yang masih berdegil untuk menerima tawaran yang dikemukakan.
“Ini kerana, Kerajaan Pusat, saham emas (golden share) berjumlah satu peratus boleh digunakan secara mutlak bagi mengarahkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menerima tawaran yang dikemukakan Kerajaan Selangor bagi membolehkan pengambilalihan operasi pengurusan air di Lembah Klang dan Selangor dilakukan,” katanya pada Forum Air Selangor di Pandan Indah.
Tambahnya, jika syarikat konsesi menolak tawaran ia bukan lagi diklasifikasikan sebagai transaksi perniagaan tetapi sudah dipolitikkan, maka Kerajaan Selangor akan bertindak balas secara politik.
Menurutnya, Kerajaan Selangor hanya akan menawarkan harga pengambilalihan pada kadar jumlah potongan 50 peratus daripada harga sekarang sekiranya syarikat konsesi masih berkeras dan menolak tawaran harga yang dikemukakan.
“Bubarlah dewan (Dewan Negeri Selangor), bubarlah Parlimen, air milik anda (rakyat) dan kita ambil.

MB : Tolak Tawaran RM9.65 Juta Bukti Syabas Tidak Percaya Rakyat Selangor

air-syabas_MBa
KLANG, 22 FEB: Kerajaan Negeri tidak akan menaikkan tarif air selama lima tahun selepas pengambilalihan daripada pemegang konsesi air di negeri ini.
Ini kerana menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bayaran RM9.65 bilion yang akan dibuat kepada pemegang saham Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) itu merupakan dana kerajaan dari hasil cukai yang dikutip dari rakyat.
Pendirian Kerajaan Negeri itu jelas bertentangan dengan pendirian Syabas yang tidak sabar-sabar mahu menaikan tarif air sehingga bertindak menyaman Kerajaan Negeri kerana menyekat kenaikan tarif air seperti mana dalam perjanjian penswastaan air 2004.
Menurut Abdul Khalid tawaran RM9.65 bilion yang dibuat oleh Kerajaan Negeri kepada Syabas itu juga dibuat bagi pihak rakyat Selangor yang jelas mahukan hak pengurusan air dikembalikan kepada mereka.
“Saya tawarkan semalam RM9.65 bilion, kita buktikan kalau mereka tidak terima ini bererti mereka tidak mempercayai rakyat, mereka menipu rakyat kerana RM9.65 bilion yang kita bayar, dia dapat untung bukan rugi.

Joom Kita Sambut Penipu Minyak (PM) Di Bumi Bermaruah & Berdaulat.....Darul Iman!

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita15/Logo%20Real%20R.jpgSekretariat Royalti  Terengganu ® di bawah Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) menyeru seluruh Rakyat Terengganu yang bermaruah dan berdaulat untuk bersama turun menyambut kehadiran PM (Penipu Minyak) yang akan turun ke negeri kita untuk menabur seribu lagi janji-janji dalam kerangka perjalanan program “ Janji TIDAK di tepati” pada 22 Februari 2013.

Tujuan perhimpunan sambutan kehadiran “PM” adalah untuk menyatakan kepada Penipu-penipu Minyak agar mengotakan janji-janji yg dilebongi setelah sekian lama. Mengikut perkiraan ® sudah 3 kali Rakyat Terengganu di Tipu dengan janji-janji untuk mengembalikan ® Terengganu, namun sehingga kini janji hanyalah tinggal janji, Janji tidak Ditepati. Berikut adalah Kronologi Penipuan Janji-Janji mengembalikan Royalti;

1.    Penipuan Pertama    - 14 Jun 2008, Oleh  Tun Abdullah Ahmad Badawi
2.    Penipuan Kedua       - 13 Disember 2008, oleh Datuk Seri Najib Tun Razak
3.    Penipuan Ketiga       -  11 Mac 2011, oleh Datuk Ahmad Said
4.    Malang bg Rakyat     - 21 Mac 2012, Saman  ® di tarik balik…

PRU13: 'Kuasa Ketiga' boleh jejas parti besar


Kuasa Ketiga
Kuasa Ketiga PRU13
Datuk Idris Haron
Datuk Idris Haron
Datuk Dr Awang Adek Hussin
Datuk Dr Awang Adek Hussin
SHAH ALAM - Hasrat parti-parti baru dan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) - sebagai 'kuasa ketiga' - bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) boleh menjejaskan peluang parti-parti besar mendapat mandat selesa.

Dalam konteks ini, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Awang Adek Hussin, kredit harus diberikan kepada kerajaan Umno-Barisan Nasional yang sudah pun membuktikan kemampuan mengurus tadbir negara ini dengan baik.
"Kalau masing-masing hendak bertanding dan menjejaskan kedudukan Barisan Nasional, mungkin ini merugikan semua pihak," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Beliau ditanya tentang kesan kepada penyertaan beberapa parti politik baru dan NGO dalam PRU13 nanti.

Meskipun Barisan Nasional katanya menerima secara terbuka penyertaan parti-parti lain untuk bertanding dalam PRU13, beliau mengharapkan NGO-NGO ini yang perjuangannya mirip dengan Barisan Nasional memberi sokongan sepenuhnya kepada parti itu.

"Lebih baik mencapai matlamat melalui sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional dan sama-sama kita usahakan nanti. Mana yang kita boleh perbaiki, kita perbaiki.

"Kalau NGO itu, ia memang menentang kerajaan, kita tidak boleh buat apalah," katanya.

PRU13: DAP sasar tanding lebih 150 kerusi dun dan parlimen


KUALA LUMPUR - DAP bercadang mahu bertanding lebih 150 kerusi Parlimen dan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang dengan kempen perbelanjaan dianggarkan RM15 juta.
PRU13 Timbalan Pengerusinya Tan Kok Wai berkata senarai calon parti itu sedang dimuktamadkan dan akan diumumkan selepas pembubaran Parlimen.
Beliau berkata parti itu akan mengumumkan manifesto pilihan raya, Isnin ini, di venue yang belum ditentukan.
Tan, yang juga Pengerusi Biro Pilihanraya Kebangsaan DAP, berkata demikian pada sidang media sempena pelancaran kempen mengutip dana parti itu di sini, hari ini.
Sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dun akan dipertandingkan pada PRU-13.
Pada PRU 2008, DAP bertanding 49 kerusi Parlimen dan 102 kerusi Dun dan memenangi 28 kerusi Parlimen dan 63 kerusi Dun.- Bernama

PRU13 : DAP Johor terus setia bersama Pakatan Rakyat

JOHOR BAHRU, 22 FEB: DAP Johor akan terus kekal dengan Pakatan Rakyat (PR) negeri itu sekaligus menolak segala spekulasi perpecahan PR Johor yang dipropagandakan media arus kawalan Barisan Nasional.
Menegaskan kenyataannya, Pengerusi DAP Negeri Johor, Dr. Boo Cheng Hau berkata, DAP negeri akan terus memberikan sokongan padu, kerjasama sepenuhnya dan kesetiaan tidak berbelah bagi kepada PKR dan PAS negeri itu demi memastikan agenda perubahan berjaya dibawa ke Johor.
“Saya berharap kita akan berhadapan dengan pilihanraya umum akan datang ini dengan penuh keazaman dan solidariti untuk mendapatkan sokongan padu rakyat Johor,” katanya dalam satu sidang media bersama Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, di sini semalam.
Kenyataan Dr Boo dibuat untuk menjelaskan tohmahan BN berikutan tindakannya mempersoalkan kewibawaan Pengerusi PKR Johor Chua Jui Meng yang dikatakan menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan dalam PR dan para penyokong.
“Niat saya adalah sekadar untuk mengingatkan kita semua agar tidak leka dengan sokongan yang semakin meningkat dikalangan rakyat Johor kepada PR. Kita tidak boleh mengambil mudah sokongan rakyat disini kerana tidak ada kerusi yang selamat di Johor.

PRU13 : Ismail Kamus calon tepat DUN Gombak Setia

Ismail pernah menjadi Adun PAS Gombak Setia pada tahun 1999 sehingga 2004.

PETALING JAYA: Datuk Ismail Kamus yang merupakan penceramah bebas dan terkenal dengan ceramahnya masih disebut-sebut menjadi calon untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia.
Walaupun faktor kesihatan beliau masih menjadi isu, namun menurut sumber ketokohan Ismail sebagai calon tiada tolok bandingnya.
Ismail pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Gombak Setia pada tahun 1999 sehingga 2004.
Bekas Exco Selangor yang juga Adun Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Ali mengisytiharkan dirinya sebagai calon bebas.
Hasan Adipecat oleh PAS dan kini bergerak sebagai wakil rakyat bebas dan menubuhkan sebuah NGO iaitu Jalur Tiga (Jati).
Maka kerusi DUN Gombak Setia yang masih diwakili oleh PAS dalam Pakatan Rakyat masih belum diisi calon yang sesuai.
Saingan tiga penjuru

Vell Paari: MIC mesti bertindak ke atas Ridhuan, Ibrahim atau hilang undi India

KUALA LUMPUR, 22 Feb — S Vell Paari memberitahu presiden MIC agar mengambil tindakan ke atas Datuk Dr Ridhuan Tee kerana menghina agama Hindu, atau pengarah strategi parti tersebut akan meminta golongan India mengundi menentang Barisan Nasional (BN).
Dalam surat terbuka kepada presiden parti Datuk Seri G Palanivel, Vell Paari (gambar) berkata isu ini mesti dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet untuk mendesak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein untuk bertindak ke atas pendakwah Islam itu, dan juga presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali.
“Jika tiada tindakan ke atas Ridhuan dan Ibrahim, saya akan membuat cadangan untuk menasihati masyarakat India siapa yang patut mereka undi. Saya akan gunakan platform MIC untuk mengeluarkan cadangan saya.
“Satu cara bagi anda (Palanivel) untuk menghentikan saya ialah memecat saya, bola di dalam gelanggang anda,” kata surat Vell Paari, yang dipetik dari portal berita freemalaysiatoday.com
Vell Paari adalah anak kepada bekas presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, yang bersara selepas pilihan raya 2008 dan menyerahkan jawatan tersebut pada Palanivel.

Sinar Harian mohon maaf siar tulisan Ridhuan Tee



 
Sinar Harian hari ini memohon maaf kepada orang India beragama Hindu atas penyiaran rencana provokatif tulisan pensyarah kanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Isnin lalu.

NONEPermohonan maaf itu disampaikan oleh penasihat editorialnya, Datuk Abdul Jalil Ali di hadapan kira-kira sepuluh penunjuk perasaan yang tidak berpuas hati dengan rencana itu dan berhimpun di pintu masuk pejabat Karangkraf tengahari tadi.

Menurut Abdul Jalil, Sinar Harian akan menerbitkan permohonan maaf itu tidak lama lagi dan beliau sendiri akan mengulangi permohonan maaf berkenaan perkara itu dalam kolumnya pada hari Khamis minggu hadapan.
"Saya mengakui saya telah melakukan kesilapan dan saya mohon maaf sebab dalam kerja kita sehari-hari kita terlepas pandang.

NONE"Yang ini saya terlepas pandang. Saya editornya. Bagi pihak seluruh karyawan Sinar Harian saya mohon maaf atas keterlanjuran ini," kata Abdul Jalil.

Beliau turut menyatakan komitmennya, menggesa Mohd Ridhuan Tee memohon maaf di atas perkara itu.

"Saya betul-betul minta maaf dan saya juga akan minta Ridhuan Tee memohon maaf," katanya kepada kumpulan itu.

Kumpulan tersebut diwakili tiga NGO iaitu Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Malaysia Padmasri Kelab peminat Dr Kamalhassan dan Pertubuhan Prihatin Nadi Rakyat Malaysia.

RCI Sabah diberitahu sindiket jual IC diketuai orang JPN dapat RM11juta

KOTA KINABALU, 22 Feb — Sindiket melibatkan bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah mendapat RM11 juta hasil daripada penjualan kad pengenalan (IC) kepada pendatang haram di Sabah, Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) diberitahu hari ini.

Pegawai Polis Kanan Cawangan Khas (SB) Ahmad Fauzan Mohamad juga berkata hari ini tiada seorang pun daripada 94 orang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sepanjang 1995-2001 kerana penglibatan mereka dalam sindiket, didakwa di mahkamah.

“Dianggarkan lebih kurang RM11 juta dikumpulkan hasil dari tindakan ini,” kata Ahmad Fauzan semasa RCI di sini hari ini.

Ahmad Fauzan, yang bertugas di jabatan polis bahagian keselamatan, sindiket dan penyeludupan manusia di Kuala Lumpur juga menegaskan sindiket itu hanya didorong oleh keuntungan kewangan, dan bukan atas sebab-sebab politik.

“Saya tidak ada sebab untuk melihat motif lain kerana keuntungan kewangan sudah ada,” katanya.
Sebelum ini bekas pengarah JPN Ramli Kamarudin, bagaimanapun, memberitahu RCI bulan lepas bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Megat Junid Megat Ayub mengarahkan dirinya untuk mengeluarkan resit JPN, yang sama dengan nama dan nombor kad pengenalan pengundi berdaftar kepada pendatang.
Ramli telah mengatakan lebih kurang 200 resit JPN dikeluarkan di lima atau enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), dimana kerajaan merasakan sukar untuk menang, sebelum pilihan raya negeri 1994.
Pilihan raya negeri 1994 menyaksikan Parti Bersatu Sabah (PBS) menang 25 daripada 48 kerusi DUN.

PRU13 : Rakyat Sabah pastikan Anwar jadi PM – Bekas Pembantu Menteri Sabah

KUALA LUMPUR 22 FEB: Yakin dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang diterima semua kaum, membuatkan Pembantu Menteri Sabah, Datuk Yapin Gimpoton memilih untuk menyertai KEADILAN.
Berkongsi kisah di sebalik penyertaan itu, Yapin berkata, kemasukannya dalam KEADILAN untuk bersama-sama menyambung perjuangan Pakatan Rakyat ke Sabah khususnya untuk mengangkat martabat rakyat.
Yapin (kanan) bersama Ketua Cabang Tuaran, Ansari Abdullah.
Yapin (kanan) bersama Ketua Cabang Tuaran, Ansari Abdullah.
“Dia adalah satu-satunya pemimpin Melayu tulen, tidak seperti Mahathir (Mohamad). Ketokohannya memimpin negara ada di sebalik maksud setiap pangkal nama yang saya labelkan. Anwar membawa maksud A-Amanat N-Nasional W-Wawasan A-Aman dan R pula untuk Rakyat,” jelasnya.
“Kali ini rakyat Sabah akan pastikan beliau jadi Perdana Menteri ke-7. Kita berdoa apa pun terjadi, tiada yang mustahil jika Tuhan berkehendakkan begitu (Anwar jadi PM),” katanya ketika dihubungi dari sini.

Deepak fail saman terhadap Najib

KUALA LUMPUR: Usahawan permaidani, Deepak Jaikishan memfailkn saman ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Mahkamah Jalan Duta, Petang ini.

Saman itu dikemukakan beliau melalui peguamnya, Sivarasa Rasiah melalui firma guaman Tetuan Daim & Gamany.

Menurut Deepak, saman itu difailkan ekoran kenyataan Najib yang menyebut Deepak sebagai tiada kredibiliti.

Bagaimanapun beliau memberi tempoh shingga esok untuk Najib menjawab dakwaan beliau selama ini.

Dalam kenyataannya sebelum ini, Deepak juga berkata beliau akan memfailkan saman bernilai RM3 bilion terhadap Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, adik Datuk Nazim Razak serta kerajaan Malaysia minggu depan.

Saman ini dibuat ekoran kegagalan kesemua mereka mereka mempastikan projek yang diberikan kepadanya berjalan lancar sedangkan wang sudah dibayar kepada mereka.

PRU13 : Penerima BR1M Di Bachok Dipaksa Bersumpah?



http://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/382277_620969111253429_1731910109_n.jpg

Hafiz Musa

Penerima BR1M di Bachok dipaksa bersumpah dgn nama Allah utk sokong Umno... ini kalilah Pertahan Kelantan bersama PAS, Ubah Putrajaya kepada PR...!

PRU13 : “Huru-hara dan makan ubi kayu” cuma fantasi liar BN


LENGGOK dan rentak pilihan raya umum makin memnas, daripada rentak inang sudah bertukar zapin. Hanya waktu yang menentukan bila rentak akan berubah kepada punk rock. Menang atau kalah parti yang bertanding adalah soal kedua, paling penting; apa dan bagaimana hala tuju negara ini selepas pilihan raya umum kelak.
Bagi Barisan Nasional (BN), negara akan huru-hara dan ekonomi akan tersembam jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah. Sehingga ada yang masih percaya, kita akan makan ubi kayu seperti zaman penjajahan Jepun di bawah kerajaan PR. Maka oleh itu, tidak kira samada pemimpin BN itu korup dan jahat sekalipun, parti itu perlu dikekalkan pemerintahannya sehingga kiamat.
Sama seperti tahun kegemilangan BN yang lampau, mitos sebegini terus dizikir saban hari biarpun tidak masuk akal waras. Maka, tidak hairanlah jika ada segelintir masyarakat kita yang lebih gemar membaca berita hantu penanggal tersangkut di tiang elektrik daripada membaca berita derita kemiskinan golongan terpinggir di Sabah dan Perak.
Akan tetapi, lain pula halnya dengan PR. Dengan pengalaman panjang melayan karenah birokrasi dan dizalimi pemerintah BN, ia tidak menjadikan gabungan oposisi ini lupa diri.
PR berpegang kepada prinsip meraikan kepelbagaian pendapat, gabungan oposisi ini percaya dan mahu masyarakat Malaysia dan negara dibebaskan daripada belenggu pembodohan, hegemoni kaum dan agama, rasuah dan salah guna kuasa yang dibudaya kerajaan BN selama ini.
PR mahu dasar ekonomi, kebajikan rakyat, kesihatan, keselamatan dan demokrasi diperbaiki. Maka, untuk itu, rakyat harus diyakinkan untuk melakukan tsunami kedua. Merubah pentadbiran Kerajaan Persekutuan BN kepada Kerajaan Persekutuan PR.
Jauh panggang daripada api: huru hara sekadar fantasi

PRU13: 'Pertembungan Najib-Anwar sama hebat'


najib-anwar-B SHAH ALAM - Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan menjadi medan tempur di antara individu yang punya pengaruh menentang individu berkuasa bagi meraih sokongan rakyat seterusnya membentuk kerajaan baru selepas PRU nanti.

Dua juragan ini tidak lain tidak bukan iaitu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Penganalisis politik, Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, kedua-dua tokoh ini nyata sama kuat, sama hebat, menjadikan pilihan raya kali ini berada dalam kelasnya yang tersendiri.

Faktor kedua-dua individu besar ini dalam perebutan menakluk hati rakyat menjadikan PRU13 bukan sahaja membabitkan pertempuran idea, manifesto malahan menjadi pilihan raya yang sangat mahal dari segi kos.

"Kedua-duanya sama karakter cumanya haluan berbeza, pendekatan berbeza. Dalam kepimpinan, teori mengenainya cukup banyak," ujar pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) ini.

Anwar menurut Atory, bukan pesaing yang wajar dipandang enteng.

Electoral 'UPSETS' await BN in Felda settlements?

Electoral 'UPSETS' await BN in Felda settlements? An academician has added to the many doomsday predictions for Barisan Nasional at the coming polls. This time though, the coalition could be defeated even in seats which have depended heavily on votes from Felda settlements, long regarded as BN's vote bank.
Universiti Teknologi Malaysia's political science lecturer Dr Shaharuddin Badaruddin however said such a scenario would not be wholly unprecedented, saying BN had been defeated before in Felda settlements in the west coast.
“Jengka has been lost before. Maybe the issues during that time were different - low prices of commodities and so on.
"The same issues still exist, and coupled now with the listing (of Felda Global Venture Holding) and others,” he said.
Shaharuddin was responding to a question from the floor on support for Pakatan Rakyat from among Felda settlers during the forum organised by University of Malaya's Centre for Democracy and Elections (UMCEDEL) yesterday.
In 1999, Jengka, a Felda settlement state seat, saw six out of 10 ballot boxes going in favour of the PAS candidate.

DEVIL'S AT IT AGAIN: Dr M lulls M'sia into false sense of complacency over its huge debt

DEVIL'S AT IT AGAIN: Dr M lulls M'sia into false sense of complacency over its huge debt
Former prime minister Mahathir Mohamad claimed last week that Malaysia's current debt level is “healthy” compared with Greece's.
But the debt-to-GDP percentage Mahathir relied on tells next to nothing about the full extent of Malaysia's debts; the nature of these debts; or what can happen next.
The real devil lies in the details, namely:
(i) the trend in the debt level.
How has it changed in the recent past? Is there momentum in a certain direction? The federal government's debt had doubled in just four years from 2007 and 2012. Will it stop growing, or will the trend and absolute totals continue their upward rise?
In the last decade, our finance ministers have repeatedly pledged to reduce the budget deficits. This has not happened. Instead, deficits have ballooned and the federal government's debt has mounted.
(ii) the causes of debt.
For what are the borrowings and for whom? Are these borrowings for worthwhile investments that benefit the public? Are these liabilities being used to cover government operating costs or to prop up failing crony companies or the stock market? Is the use of costly loans for projects with low or no rates of return justified?
Almost a trillion ringgit was recently whisked out of the country in the form of illegal outflows. This is capital flight. It is conclusive evidence that our economy is 'leaking out' wealth.
Capital flight explains what the crony private sector and other rent-seekers are doing with their ill-gotten gains: they are squirreling these away in offshore accounts in Swiss banks and tax havens such as the Cayman Islands.
It is no wonder that private-sector investment in Malaysia is dismal. To make up for foregone domestic investment and job creation, environmental standards and taxes are lowered to lure foreign investors such as Lynas.
(iii) the types of debt, both known and “hidden”.

Anwar kecam serangan samseng Umno terhadap GM13 di Pekan

slKUALA LUMPUR 22 FEB: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuk keras serangan samseng Umno ke atas kumpulan Gerakan Mahasiswa (GM13) ketika mengedar risalah sekitar Parlimen Pekan yang disandang Datuk Seri Najib Razak.
“Saya kecam serangan kasar dan biadab terhadap mahasiswa di Pekan,” katanya pada twitter.
Gambar samseng Umno Pekan yang terlibat dalam serangan dan ugutan terhadap mahasiswa yang tersebar di internet turut dimuat naik di twitter beliau.
Timbalan Presiden Angkatan Mahasiswa Peduli (Aksi), Ekhsan Bukhari menjadi mangsa pertama dibelasah samseng Umno 12 Febuari lalu.
Sebelum ini, sekurang-kurangnya tiga kejadian serangan samseng Umno dalam tempoh empat empat hari ketika kumpulan GM13 mengedar risalah kepada penduduk sekitar Pekan.
siswiAntaranya, beberapa mahasiwa dibelasah dan diancam dengan parang manakala beberapa samseng Umno menarik baju dan tudung mahasiswi tetapi tiada tangkapan dibuat sekalipun laporan polis dibuat.
Semalam, Pengerusi GM13, Syis Abdul Kadir berkata, serangan tempohari tidak mematahkan semangat mereka untuk meletakkan calon bertanding di parlimen itu pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata, pihaknya juga tidak serik dan akan kembali ke Parlimen Pekan, selepas pembubaran parlimen.
“Pendirian tetap sama, tak berubah. Kita akan umumkan calon pada hari penamaan calon,” katanya pada sidang mesia selepas menyerahkan memorandum dan bukti serangan kepada polis di Bukit Aman semalam.
Syis yang ditemani lapan rakan GM13 yang lain menyerahkan memorandum bantahan keganasan samseng terhadap mahasiswa di Pekan kepada polis.

Politik rompak kekayaan, rampas hak rakyat langgar prinsip – Anwar

Anwar 1KLANG 22 FEB: Pemimpin yang baik harus menghormati dan mempertahankan hak rakyatnya, bukan menindas, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, politik tidak boleh lari dari prinsip moral, akhlak, hak dan batil, rasuah serta penyelewengan seperti disebut
pemimpin politik tersohor India, Mahatma Gandhi.
“Gandhi kata, apa yang secara politiknya benar tidak boleh secara moralnya salah dan apa yang benar secara moral, tidak boleh secara politiknya salah ‘what is politically right cannot be morally wrong and what is morally right cannot be politically wrong’).
“Kalau politik itu tidak ada prinsip, tidak ada etika, pakai nak rompak saja kekayaan, ia salah.
“Sebab itu dia (Gandhi) boleh berhubung dengan orang yang hidup sederhana, pakai compang camping kain putih tapi boleh tarik minat jutaan orang Hindu dan Islam, dia cukup tak suka sikap pelampau, sebab itu juga dia ditembak oleh ektremis.
“Maknanya kita kena hormat hak dan pertahan hak, dan ini adalah falsafah dasar Pakatan Rakyat,” katanya depan lebih 5,000 hadirin di Taman Rakyat, Taman Sri Andalas, di sini malam tadi.