Khamis, 21 Februari 2013

PRU13 : BN Sabah pasang bendera di masjid


PAS Putatan melalui sayapnya iaitu Urusan Ulamak menyeru agar institusi masjid dan surau di sekitar kawasan Putatan supaya tidak menjadi alat kepada UMNO-BN dalam menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang bakal menjelang tidak lama lagi.Ini adalah susulan beberapa isu yang menunjukkan bahawa UMNO-BN mengambil kesempatan menggunakan masjid sekitar Kota Kinabalu dengan menggantung kain rentang dan bendera Barisan Nasional seperti yang terjadi di masjid-masjid.
Antaranya Masjid Negeri Sabah (MNS) dan Masjid Al-Aman berdekatan Pasar Filipina di bandar Kota Kinabalu.
Ketua Urusan Ulamak PAS Putatan, Ustaz Shafiq Mohd Ismail berkata tindakan menjadikan masjid sebagai lokasi bagi meraih sokongan politik adalah satu tindakan yang amat terdesak.

PRU13 : Kita tidak boleh kehilangan Najib – Taib.....rakyat kata boleh blah....!!!!

MIRI  -  Barisan Nasional (BN) Sarawak akan berjuang berhabis-habisan bagi memastikan Datuk Seri Najib Razak mendapat mandat besar dalam pilihan raya umum ke-13 agar terus menerajui negara, kata Pengerusi BN Negeri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Beliau, yang juga Ketua Menteri, berkata Perdana Menteri sering melawat Sarawak sejak menerajui kepimpinan negara dan memahami isu dan aspirasi masyarakat berbilang kaum di negeri ini.
Berucap pada majlis makan malam sempena sambutan Tahun Baru Cina anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di sini malam tadi yang turut dihadiri Najib, beliau berkata beliau yakin Najib akan melaksanakan konsep 1Malaysia dengan mempromosi perpaduan dan kemajuan yang lebih besar sekiranya beliau terus diberi mandat.
“Sebarang kemajuan yang kita kecapi setakat ini, sebarang perkara baik yang dapat kita lakukan untuk negeri kita, akan mendapat lebih pengukuhan dan sokongan dari kerajaan persekutuan apabila anda (Najib) menjadi perdana menteri,” katanya.
Taib berkata rakyat tidak boleh kehilangan Najib yang telah membuktikan beliau pemimpin terbaik negara.
Presiden SUPP, Datuk Seri Peter Chin yang turut berkongsi sentimen dengan Taib berkata walaupun pilihan raya belum diumumkan, pembangkang telah berada dalam dilema untuk mencari orang yang layak memimpin sekiranya mereka menang.
Beliau berkata pemimpin pembangkang sama ada tidak layak atau tidak memiliki pengalaman untuk menerajui kepimpinan negara kerana tidak berfikiran terbuka dan tidak berkeupayaan membuat keputusan yang betul.

PRU13 : Anwar beri amaran penjara bagi pemimpin Pakatan yang korup

SUBANG JAYA, 21 Feb — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi jaminan kepada rakyat Malaysia sekiranya terdapat pemimpin Pakatan Rakyat yang mengamalkan gejala rasuah dan korup, mereka bakal menerima hukuman keras termasuk di penjarakan. Beliau memberi amaran berkenaan kepada semua pemimpin parti, termasuk PKR, PAS, mahupun DAP.
Walaupun PR jelasnya kekurangan pengalaman dalam pentadbiran, mereka tidak akan berjaya menyelesaikan semua masalah pentadbiran peringkat nasional, namun berjanji akan menghapuskan gejala rasuah di peringkat kerajaannya.
"Kita tidak akan mampu menyelesaikan semua masalah pada hari pertama, namun dalam setiap ceramah saya ... saya tidak dapat memberi jaminan untuk menyelesaikan kesemuanya.
"Satu perkara, yang saya pasti akan selesaikan, saya akan hentikan pembolotan kekayaan negara bermula dari hari pertama," katanya (gambar) selepas merasmikan badan pemikir parti berkenaan, Institut Rakyat di sini.

IDEAS seru rakyat, korporat menyokong pemerhati pilihan raya

Tangkapan skrin laman Pemerhati.my.
KUALA LUMPUR, 21 Feb — Institut Demokrasi dan Hubungan Ekonomi (IDEAS) menyeru rakyat dan syarikat-syarikat korporat dan agensi-agensi yang sesuai memberikan bantuan kewangan, kerana mereka tidak mendapat apa-apa pembiayaan dana daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). "Ini merupakan satu tanggungjawab yang amat berat dan penting, terutama kerana kita sedia maklum bahawa pilihan raya umum ke-13 akan berlangsung dalam jangka masa terdekat," menurut IDEAS dalam satu kenyataan hari ini.
IDEAS turut melancarkan laman web untuk pemantau pilihan raya, www.pemerhati.my dan mensasarkan pemerhatian di 70 kawasan seluruh Semenanjung Malaysia.
IDEAS mensasarkan kerusi-kerusi tersebut kerana dianggap sebagai "panas", serta sedang giat menjalankan jelajah semenanjung Malaysia untuk merekrut dan melatih sukarelawan pemerhati.
Projek ini bersama-sama dengan ASLI Centre for Public Policy Studies, Merdeka Centre, dan Konfederasi Orang Kurang Upaya Malaysia.

Pemerintah bukan pelacur – Dr MAZA

Namun tidak boleh dinafikan betapa ramai yang tertipu lalu menganggap setiap hubungan seks itu tanda cinta sehingga gagal membezakan antara pelacur yang menanti upah dan isteri yang menanti pahala dan takutkan dosa. Demikian, ada rakyat dalam dunia ini yang menganggap setiap pemberian kerajaan itu tanda cinta kepada mereka sedangkan mereka lupa pemberian itu tidak dibina atas kejujuran cinta, sebaliknya atas upah sokongan dan undi.
Oleh: Dr MAZA
Cinta adalah perkara yang tidak boleh dibuat-buat. Ia satu perasaan yang muncul dari lubuk sanubari. Ia lahir dalam jiwa dan diterjemahkan dalam tindakan. Apabila seseorang itu benar-benar kasihkan kita, maka tindakan dan sikapnya terhadap kita juga adalah lambang dan hasil dari keindahan cintanya. Sesiapa yang ada pasangan yang mencintainya, dia akan tahu keindahan hubungan yang dibina atas cinta. Lihat cara suami atau isteri anda melayan anda, maka anda dapat mengukur tahap cintanya kepada anda. Lagi dalam kasihnya, lagi indah hubungan dan sikapnya terhadap anda.
Justeru, hendaklah dibezakan antara kehendak seks antara pasangan dan cinta. Seks ada yang berteraskan nafsu semata dan ada yang merupakan gabungan antara cinta dan nafsu. Seseorang yang ghairah seksnya, bukan bererti dia penuh cinta. Namun, cinta yang mendalam membawa kepada hubungan seks yang indah. Ini boleh diibaratkan macam pemberian wang bantuan oleh sesebuah kerajaan kepada rakyat. Pemberian itu bukan semestinya menggambarkan cinta kerajaan kepada rakyat. Boleh jadi ia sekadar nafsu ingin berkuasa dan pemberian itu demi melangsaikan kehendak dirinya. Rakyat yang menerima bantuan juga bukan semestinya mencintai kerajaan yang memberi. Dia sudi menerima kerana merasakan itu haknya, ataupun dia memerlukannya tapi jiwanya mungkin menyumpah dan menyampah. Persis seperti hubungan antara suami isteri yang hidup dalam keadaan keterpaksaan tapi penuh kebencian.
Pelacur

Sebahagian pemimpin Pakatan kurang ‘rasa rendah diri’, kata Anwar

SUBANG JAYA, 21 Feb — Sebahagian pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mempunyai sifat "kurang rasa rendah diri" kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun mereka kurang berpengalaman menguruskan pentadbiran di beberapa negeri yang dikuasai mereka.
Ketua Pembangkang itu turut mengingatkan pemimpin-pemimpin PR perlunya untuk mereka bersikap rendah diri dan belajar menerima pendapat orang lain kerana ianya bakal memudahkan mereka sekiranya pakatan pembangkang itu berusaha menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
"Saya perasan, malah dalam kerajaan PR di beberapa negeri ... pemimpin di beberapa peringkat kurang rasa rendah diri.
"Pengalaman itu sangat penting, namun pengalaman kita kurang, kita harus belajar untuk merasa rendah diri," katanya ketika sesi soal jawab selepas merasmikan badan pemikir PKR, Institut Rakyat di Hotel Empire di sini.
Kenyataan itu dikeluarkan Anwar apabila diajukan soalan oleh mereka yang hadir mengatakan selain Anwar, pemimpin PR kebanyakannya kurang berpengalaman dalam pentadbiran kerajaan.

KEADILAN lancar badan pemikir bebas, Institut Rakyat

IMG_9140PETALING JAYA 21 FEB: KEADILAN melancarkan Institut Rakyat, sebuah badan pemikir bebas sebagai platform penyelidikan yang berperanan membuat kajian dan memberi saranan implementasi dasar kepada parti dan kerajaan.
Pada sidang media selepas majlis pelancaran disempurnakan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hotel Empire di sini, hari ini, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, berkata setiap perancangan tidak boleh dibuat secara ad-hoc (tergesa-gesa), dalam konteks perubahan politik di Malaysia.
“Negara memerlukan perencanaan baik dan rapi sebagai panduan kepada pelaksanaan dasar,” katanya yang juga Pengerusi Institut Rakyat.
Timbalan Pengerusi Institut Rakyat, Dr Syed Husin Ali pula berkata, badan pemikir itu akan memberi tumpuan kepada kajian dan pembentangan kertas dasar, forum akademik ekonomi dan pentadbiran selain latihan kepada belia dan pimpinan muda.
“Kita akan adakan mesyuarat bersama untuk dipersetujui lembaga pengarah. (Sekarang ini) Institut Rakyat merangka dasar yang akan dilaksanakan, menulis kertas dasar, penyelidikan dan menghasilkan penerbitan,” katanya.

PKR unveils think tank to help make better policies

TERHANGIT DI PASARAN !!Sesuai Untuk Macai-macai Kaki Bodek & Kaki Fitnah !!


HSR: From RM8 billion to RM80 billion – Stop it!

It may look like a rather seductive deal on the surface, but if you scratch just below that, you will find what is a minefield of issues which have to be dealt with, before one can even decide to have a high-speed rail (HSR) link between Kuala Lumpur and Singapore.
YTL group managing director Francis Yeoh
The top issue of this is the cost.
In 2006, one businessman, Francis Yeoh (right) of YTL fame, estimated that it would cost about RM8 billion before land costs. But now it could cost as much as RM80 billion, if feasibility studies done elsewhere are an indication.
A 2011 project of a similar length in Australia, costs between RM50 billion and RM80 billion before the cost of trains, one study showed. According to one news report, the cost of constructing such a link between Kuala Lumpur and Johor Baru was estimated at RM40 billion.
And just because the prime ministers of Malaysia and Singapore have agreed to build it by 2020, it does not mean that it will necessarily happen, or that it will be the best thing for both countries – the main obstacle being the huge cost – and yes, there are dubious, but much touted benefits.
It is no accident that very few cities around the world are connected by HSR links. There is none in the United States, for instance.
lion headBut yes, the stories about it are like fairy tales (or is it science fiction?). Imagine, you are in KL and suddenly you have to go to Singapore, so you hop on a train from the centre of Malaysia’s capital and presto, you are there in Singapore in a mere 90 minutes.
The more fanciful stories talk about boarding a train in Kuala Lumpur in the morning, concluding a deal by afternoon, relaxing with champagne on ice in one of Singapore’s many trendy bars and getting back home in time for dinner with their wife and kids.
Will it transform the way we do business? Will it bring prosperity to both countries, and will it even improve the connectivity between both countries? And how will it increase the property prices, and even if it does, is it something we want? Ask the Singaporeans who know a thing or two about having properties go beyond their reach. Proponents are notoriously short on the precise methods of how the transformation will take place.

Kempen sifar pembangkang: Adnan ikut jejak Khir Toyo


KUANTAN: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang pernah berjanji akan potong telinga dan terjun Sungai Pahang sekiranya parlimen Bentong jatuh ke tangan DAP melaungkan kempen sifar pembangkang di negeri kelahiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Adnan dilihat mengikut jejak bekas Menteri Besar Selangor Mohd Khir Koyo sebelum pilihanraya umum ke-12 pada tahun 2008 yang lalu menggunakan kempen yang sama ‘sifar pembangkang’.

Dipetik Bernama, Adnan berkata beliau yakin Barisan Nasional (BN) dapat menguasai semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Pahang pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Tatkala rakyatnya di Bera, Temerloh dan Jengka masih merintih ketiadaan bekalan air yang konsisten dan jalan yang sempit menghubungkan antara negeri, Adnan mendakwa rakyat Pahang mahukan kemenangan mutlak BN di 14 kerusi Parlimen dan 42 kawasan Dun di Pahang.

Pada masa ini BN mempunyai 12 kerusi Parlimen dan 38 Dun.

Selangor gantung semua projek kerajaan pusat hingga selesai rayuan AES

KUALA LUMPUR, 21 Feb —  Kerajaan negeri Selangor memutuskan menggantung semua projek kerajaan pusat di negeri tersebut sehingga selesai rayuan di Mahkamah Tinggi ekoran kekalahan dalam permohonan semakan kehakiman kepada kontraktor kontroversi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) Beta Tegap Sdn Bhd. Keputusan tersebut dinyatakan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan media hari ini yang mengganggap keputusan oleh Hakim Datuk Zaleha Yusof tersebut sebagai sangat mengecewakan.
"Pada masa yang sama mana-mana kebenaran pembangunan yang telah diberikan kepada jalanraya dan prasarana persekutuan hendaklah digantung buat sementara waktu sehingga proses rayuan selesai.
"Kerajaan negeri kesal dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mempunyai kuasa terhadap struktur yang dibina diatas jalan persekutuan," kata Abdul Khalid (gambar).
Dalam keputusan hari ini, Zaleha menyatakan kerajaan pusat adalah penguatkuasa sebenar untuk meluluskan pemasangan kamera AES dan bukannya kerajaan tempatan.
"Berdasarkan hujah di atas, saya berpendapat tempat dimana struktur AES dibangunkan adalah terletak di jalan persekutuan dan tidak jatuh di bawah bidang kuasa responden.
"Permohonan dibenarkan," kata beliau sambil menambah tiada arahan untuk membayar kos oleh kerana ini adalah kes berkait dengan kepentingan awam.

DON'T WORRY, NO UNREST IF PR WINS - Anwar sees Mar dissolution, Apr balloting

DON'T WORRY, NO UNREST IF PR WINS - Anwar sees Mar dissolution, Apr ballotingOpposition Leader Anwar Ibrahim is still on guard for Parliament to be dissolved within the next few weeks, despite Prime Minister Najib Razak missing a much-speculated February 22 dateline to meet the King and call for the country's general elections.
"Maybe he is not ready yet but it will be very soon. Parliament may be dissolved in March and the election held not later than April," Anwar told Malaysia Chronicle on the sidelines of the PKR party's launch of a policy-formulating think-tank on Thursday.
No unrest, smooth transition of power
During a question-and-answer session with guests who attended the launching of Institut Rakyat, a think-tank to formulate policies for good governance, Anwar was confident that if his Pakatan Rakyat coalition won the federal government, there would be a smooth transition of power.
He pointed to a recent ground-breaking meeting he had with 4 retired military generals, who still wield enormous influence over the rank and file in army, navy and air force. They later attended a ceramah (political talk) with him in Kuala Lumpur during the Chinese New Year festivities.
"This was not highlighted in the media. We can guess why," said Anwar, referring to the Umno-BN's ham-fisted control over the press.
"The four generals have promised there will not be any unrest or trouble as some quarters in Umno-BN have been threatening."

KEADILAN anjur ‘Catwalk Candidate’ perkenal calon PRU 13

RafiziKUALA LUMPUR 21 FEB: KEADILAN buat pertama kali akan memperkenal calon PRU 13 menerusi acara ‘Catwalk Candidate’ pada Konvensyen parti itu 5 Mac ini.
Pengarah Strategi, Rafizi Ramli berkata, acara ‘sensasi’ yang bakal menghangatkan pentas konvensyen itu merupakan kaedah parti yang terkini dan ke hadapan.
“Konvensyen KEADILAN dijadual pada 5 Mac. Kita ada buat ‘Catwalk Candidate’, tanpa ucapan-ucapan seperti kebiasaan.
“Untuk acara ini, kita kena yakinkan pengundi bahawa calon kita paling sedia dan ‘panas’. Kita akan pamerkan di kalangan calon wanita muda dan calon profesional.
“Kita mungkin pilih dalam 30 paling terbaik dan ‘terpanas’,” katanya pada taklimat kepada kakitangan Suara Keadilan di sebuah hotel di ibu negara, hari ini.
Rafizi berkata, dengan perkenal calon terus kepada rakyat, sekurang-kurangnya mampu membuktikan KEADILAN berkeyakinan menampilkan calon, tidak seperti Umno BN yang hanya menang ‘berkokok’.
“Dengan tindakan ini kita dapat patahkan Umno BN yang heboh pasal calon boleh menang sejak tiga tahun lepas, tapi seorang pun tak keluar-keluar (diumumkan) sampai sekarang.
“Kita nak tunjukkan walau tiga tahun kamu (Umno BN) bercakap soal calon boleh menang, tapi sebenarnya tiada calonpun.
“Inilah bukti keupayaan dan kejayaan dalam KEADILAN. Kita sering mendahului mereka, dalam diam-diam tiba-tiba ada (calon), jadi mereka akan terkejut,” ujarnya.

Eksklusif Sinar Harian: Presiden PAS lancar treler Jelajah Negara Berkebajikan

PAS joins Pakatan partners to launch 'war truck'

Tuan Ibrahim Tuan Man : Pengumuman SPR Dlm TV3 Selepas PRU13 Yg Rakyat Nak Tengok

Multiple Sultans of Sulu making claims for Sabah

UMNO perlu menjadi pembangkang untuk kebaikan negara dan parti itu sendiri

Tali hayat UMNO sudah begitu halus dan bila-bila masa boleh putus dan menjatuhkan parti itu. Kalau hendak di kira dari sudut politiknya, tidak ada sebab kenapa UMNO itu mesti wujud lagi dan akan di ketepikan oleh rakyat kali ini. UMNO hanya bergantung kepada kuasa wang dengan pembelian undi melalui BRIM dan berbagai-bagai kaedah lagi. Parti itu hanya bergantung kepada kekeliruan rakyat dalam membuat pemilihan kerana ini lah kali pertama membuat keputusan untuk memberikan sokongan kepada parti-parti alternatif negara.
Menghadapi tekanan rakyat ini amat merunsingkan UMNO kerana parti itu belum berpengalaman menjadi pembangkang. Tidak seperti parti-parti yang ada di negara demokrasi yang maju, UMNO belum pernah di jatuhkan dan berasa amat perit untuk menanti saat-saat masuk ke Dewan-Dewan Legislatif sebagai pembangkang. Dalam demokrasi setiap parti wajar bersedia untuk ditewaskan dalam pilihanraya. Kalah dalam pilihanraya ini seperti manusia yang wajib menghadapi mati. Mati itu wajib dan begitu juga lah parti-parti yang berada di dalam mana-mana demokrasi di dunia ini.
Parti Labour Britain dan Parti Conservative negara itu telah bergilir-gilir mentadbir negara mengikut kemahuan dan kehendak rakyat nya. Begitu juga di Amerika Syarikat di mana parti Demokrat dan Republican telah hampir seratus kali bertukar-tukar tempat duduk di dalam Dewan Legislatif mereka.
Di Malaysia oleh kerana inilah kali pertama parti pemerintah merasakan mereka akan mengambil giliran untuk duduk di petak pembangkang, mereka merasakan ketakutannya. Bebagai-bagai cara untuk berkubu dari serangan dan pengaruh parti pembangkang dilakukan oleh UMNO dan BN.  Kekalahan kepada UMNO dan pemimpin merupakan saat-saat masuk neraka dan memisahkan UMNO dengan rakyat yang mengundi itu ibarat memisahkan kulit dari daging. Masih ada sedikit lagi sikap dan kepercayaan orang ramai khususnya orang Melayu yang kekalahan UMNO itu merupakan nasib malang yang menimpa negara dan rakyat.

Berita Panas Ni Di Jamin Tak Masuk Utusan Dan TV3..

Manusia mana kat dunia ni yang tak boleh dikritik..dikomen...atau ditegur...melainkan para nabi dan rasul...kerana mereka dah terserlah dengan sifat maksum dari segala dosa dan kesilapan...tapi kalau dah kita sama-sama manusia marhein biasa ni...yang imannya pun macam roda..
hari ni kat atas..hari esok kat bawah...malam ni kuat..bangun tahajud...lepas tu sebulan tidoq berdengkuq..subuh pun jadi subuh gajah...

memang sure...jelas tanpa disuluh-suluh tentunya ada kesilapan dan boleh ditegur...

He.heh...dalam PAS pulak..tegur menegur..itu tandanya kita semua pakat sayang menyayangi antara satu sama lain..

matlamatnya nak tengok semuanya jadi elok...dan sikap PAS sendiri juga terbuka..dan menerima pandangan membina dari ahli-ahli untuk memantapkan jemaah...sikap sayangnya ahli kepada parti memang menjadi budaya sihat dalam PAS..

cuma mungkin cara mengkritik atau memberi pandangan tu..agak berbeza,,,,ada yang cara hikmah..lembut...ada yang berterus terang..dan ada juga yang macam panglima perang...tapi tujuannya tetap sama..

Hudud: Mahathir makin biadab, kufur dan angkuh dengan Allah

Kadangkala pening juga banyak kenyataan Mufti Perak yang tidak tetap sama seperti Mahathir. Baru-baru beliau dan Noh Gadut membuat kenyataan bahawa mana-mana pihak yang membenar dan meluluskan kalimah Allah digunakan dalam bible maka mereka itu jatuh kufur atau kafir. Jadi apakah beliau buat-buat tak tahu bahawa bible yang menggunakan kalimah Allah di Sabah dan di Sarawak telah dilulus dan dibenarkan oleh Kerajaan yangmana kabinet dan Perdana Menterinya adalah orang Melayu UMNO? Begitu juga kebenaran kemasukan bible yang menggunakan kalimah Allah dari Indonesia adalah dari kerajaan dan menteri yang sama juga. Kini tiba-tiba Harusani minta PAS bersatu dengan UMNO pula.

Apakah oleh kerana yang meluluskan itu adalah parti kerajaan yang selama ini disokong oleh beliau maka tidak jatuh kufur? Berbelit-belit cakap...lebih dari ular lagi mufti ni. Elok diam sajalah sebab tak ada siapa lagi dah yang nak dengar dan nak percaya cakap Mufti ni. Apakah golongan zalim yang menindas, merampas hak rakyat, menipu, makan rasuah, buat fitnah, ganas guna samseng ganggu majlis PR, kaki arak, judi dan berbagai lagi itu boleh dianggap orang beriman? Boleh dibuat kawan? Boleh dipercayai ke golongan seperti ini? Sudahlah Harusani. Kenyataan kamu itu sama saja macam Mahathir.

Pakatan Rakyat tetap sepakat dalam isu pokok – Wan Azizah

Wan AzizahPETALING JAYA 21 FEB: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, semua parti Pakatan Rakyat sepakat dalam isu-isu pokok.
Katanya, perbezaan pendapat antara parti-parti Pakatan sama ada berhubung rundingan kerusi mahupun perkara-perkara lain tidak patut didedah kepada umum lebih-lebih lagi menjelang menjelang pilihan raya.
Beliau berkata, sebarang perbezaan sepatutnya diselesai secara dalaman, sebagaimana disaran Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
“PAS, DAP dan KEADILAN membuat impak besar dalam lanskap politik Johor dan kita telah mencapai kata sepakat dalam isu-isu pokok.
“Hubungan ini harus dijaga. Kenyataan-kenyataan media yang negatif tidak membantu dan boleh dieksploitasi pihak lawan,” katanya dalam kenyataan.
Wan Azizah berkata, beliau terus memberi keyakinan kepada Datuk Chua Jui Meng untuk memimpin KEADILAN Johor.
“Beliau begitu banyak menyumbang kepada perkembangan parti di negeri tersebut dan seharusnya terus diberi peluang melakukan perubahan demi rakyat,” katanya.

Tanda Putera ibarat 'pedang dua mata'

Walaupun kabinet memutuskan supaya filem kontroversi Tanda Putera tidak ditayangkan sehingga selepas pilihan raya umum yang akan datang, namun pemimpin kabinet yang sama, Datuk Seri Najib Tun Razak, berminat untuk menayangkannya hanya kepada segmen terpilih rakyat Malaysia.

Sebabnya ialah kemungkinan filem itu menjadi 'pedang dua mata' - sebagai alat propaganda yang berkesan tetapi mungkin menyinggung perasaan kaum-kaum lain.

NONEWalaupun kaum Melayu dan Cina digambarkan bergaduh antara satu sama lain semasa rusuhan 13 Mei dalam filem itu, tetapi kaum Cina yang sering dipaparkan sebagai penyerang.

Filem tersebut bermula dengan sekumpulan orang Cina yang dilihat menjadi penyokong komunis, menyerang seorang pekerja parti, dan menggesa supaya pilihan raya umum 1969 diboikot.

Identiti mangsa kemudiannya didedahkan sebagai seorang ahli Umno dengan satu laporan berita dipaparkan bertajuk 'Pekerja parti Umno dibunuh'.

Satu suara latarbelakang kemudiannya menyatakan bahawa peserta perbarisan kemenangan telah melaungkan "Melayu balik kampung", yang telah menyakitkan hati orang Melayu dan sekaligus mencetuskan rusuhan 13 Mei.

Ketika ketegangan meningkat, ia memaparkan sekumpulan pemuda Cina merosakkan bahan kempen dan kemudiannya ditembak oleh polis apabila melarikan diri, dan ini membangkitkan kemarahan di kalangan masyarakat Cina.

Amanat Tok Guru di Himpunan Wanita Kelantan


KOTA BHARU: Ketika Umno melalui agen sibuk membodek anak-anak Kelantan di perantauan dengan pelbagai tawaran, namun ia tidak menghalang mereka hadir pula pada program anjuran kerajaan negeri.

Malah program yang dianjurkan sejak setahun lalu sudah diadakan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dengan kerjasama Persatuan Anak Kelantan di Perantauan (Perakan).

Dan pada Sabtu ini (23 Febuari) sekali lagi program serupa diadakan dan kali diurusetiakan Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri Kelantan.

Himpunan Wanita Kelantan di Perantauan itu akan diadakan di Bazar Pusat Bandar, Taman Melawati, Jalan Negara, Kuala Lumpur bermula jam 4 petang hingga 12 malam.

Anak-anak Kelantan yang berada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor berpeluang beramah mesra dan mendengar amanat disampaikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pengarah Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Zainiah Abdul Halim (gambar) berkata, pelbagai program menarik diadakan termasuk cabutan bertuah, persembahan dikir barat dan kuiz “Ambo Banggo Jadi Anak Kelate”.

“Selain itu pertandingan mewarna, melukis, hadiah belon dan ais krim kepada kanak-kanak yang hadir bersama ibu bapa,” katanya di sini.

Selepas solat Asar diadakan sembang santai bersama VIP dan selebriti yang akan mengupas tajuk “Kelantan Menerajui Perubahan”.

Anwar looks beyond GE13, launches think-tank to form policies,move away from personalities

Anwar looks beyond GE13, launches think-tank to form policies,move away from personalitiesSUBANG JAYA - Opposition Leader Anwar Ibrahim is not only optimistic about winning the federal government in the coming general election, he is already looking ahead.
The 64-year-old, whom many see as the country's next prime minister, officially launched a think-tank - Institute Rakyat - to research and help his PKR party formulate government policies.
"The message here is good governance. We are talking about more than a change in prime ministers and leaders but a complete change in system. Gone are the days when I can award a contract to Azizah or Izzah," Anwar said during a question-and-answer session with the audience at the launch.
He promised that Institut Rakyat will be independently run and not be tied to the PKR's internal policies.
"It is imperative that Institut Rakyat does not become a mouth-piece. Hence, it must be independently run and allowed to perform its role which is to advise and critique without fear or favor," Anwar had said in his key note address.
"There must be a separation between the ruling coalition from the government. When the two become inseparable, the propensity for corruption becomes immense and the Umno-BN is the best example of this happening."
Who has better ideas, better policies will win the day
Institut Rakyat will be helmed by a board of directors that include PKR president Wan Azizah Wan Ismail, Senator Dr Syed Husin Ali, prominent corporate leader Wan Azmi Hamzah and media specilaist Dr Tan Boon Kean.
Apart from undertaking research, the Institut's mission is also to shift the mindset of Malaysian voters from focusing on personality cults to competitive ideas, dialogue, debate and policy-making.
Economist Azrul Azwar will be the Institut's consultant, with well-known analysts Tricia Yeoh and Yin Shao Loong the research directors.
"We are now talking about who has better ideas, better policies," Tricia said in her speech.
Experience in corruption!

PRU13 : 4 bekas jeneral akan pastikan tiada kacau bilau ketika peralihan kuasa

blomKUALA LUMPUR 21 FEB: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anuar Ibrahim yakin peralihan kuasa pada peringkat persekutuan akan berlangsung secara aman dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 berikutan jaminan yang diberi empat bekas jeneral Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
“Mereka (bekas Jeneral) umum dua perkara. Pertama, polisi pertahanan negara tidak akan bertolak ansur dengan korupsi dan campur tangan politik termasuk berkaitan penggunaan senjata.
“Kedua, mereka akan lakukan apa sahaja untuk menjamin perubahan kuasa secara aman,” katanya ketika ditemu bual Matt Winkler dan Peter Hirschberg dari media antarabangsa, Bloomberg, New York, semalam.
Beliau berkata demikian dalam temu bual di ibu pejabat KEADILAN ketika menjawab soalan berkaitan kemungkinan berlaku kacau bilau jika Umno kalah PRU 13.

PRU13 : Sokongan muda meningkat, Rafizi yakin peluang Pakatan cerah di Pandan

RafiziKUALA LUMPUR 21 FEB: Calon KEADILAN untuk Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yakin Pakatan Rakyat berpeluang cerah menang kawasan itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) atas beberapa faktor.
“Peluang kita lebih cerah kali ini berbanding 2008, kerana masa itu kita kurang bersedia.  Saya yakin tidak mudah untuk BN mengekalkan kedudukannya nanti,” kata Rafizi kepada Keadilan Daily.
Menurut Pengarah Strategi KEADILAN itu, sokongan positif penduduk Pandan dilihat melalui beberapa faktor, antaranya kesediaan belia setempat untuk tampil mendaftar sebagai sukarelawan bagi membantunya memantau ejen tempat mengundi (Paca).
“Kehadiran sukarelawan kira-kira 50 hingga 70 anak muda di Pandan untuk jadi Paca satu perkembangan baik kerana di tempat lain tidak mudah untuk mendapat sambutan begitu,” kata Rafizi.
“Sejak dibuka pendaftaran dua minggu lalu, sehingga kini sudah ada lebih kurang 170 Paca, dan saya yakin menjelang PRU 13, kita akan peroleh lebih 300 sukarelawan,” jelasnya.

‘Mahathir should debate Anwar’

Academicians say such a showdown might answer a lot of questions and separate the truth from the spin.
PETALING JAYA: With Najib Tun Razak staunchly refusing to accept Opposition Leader Anwar Ibrahim’s challenge to a debate, some local academics are now interested in seeing a showdown between former premier Tun Dr Mahathir Mohamed and his one-time deputy.
Prominent historian Khoo Kay Kim told FMT that Malaysians were keen to know the truth behind the fallout between the two, especially now that a general election is imminent.
“People want to know what happened between them, and a debate like this might answer their questions,” said Khoo.
“People know that Mahathir picked Anwar and gave him a high position in Cabinet. They were very close. But then their relationship broke down and Anwar was thrown into prison.
“People want to know what happened, and they will only understand what truly transpired if they come out and speak together in public.”
Khoo said that the information gleaned from the proposed debate could help the public differentiate the truth from the spin and in deciding which coalition to vote for in the general election.
“Otherwise, we can only rely on rumours. So a debate like this may help people to understand better which party is telling the truth.”
Anwar, who is PKR’s de facto leader, served directly under Mahathir as the Deputy Prime Minister and Umno Deputy President from 1993 to 1998. He was considered Mahathir’s closest ally and future successor until he was unceremoniously sacked and sentenced to prison in 1999 on charges of corruption and sodomy.

Toleh semula di sebalik 13 Mei 1969

Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar,
Pada pilihan raya 1969, Tun Dr Mahathir tewas kepada calon PAS dan seterusnya dipecat daripada parti Umno oleh Perdana Menteri ketika itu YM Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, selepas surat tulisannya kepada Tunku menimbulkan kemarahan Tunku. Demikian menurut Tunku, di dalam satu temu ramah sekitar awal tahun 1990, yang salinannya dihantar kepada pemimpin Umno seluruh Malaysia.

Dr Mahathir dilaporkan akan ditahan di bawah ISA ketika beliau berlepas dari stesen keretapi Kuala Lumpur menuju Seremban dan ramai anggota polis sedang menunggu untuk menahan Dr Mahathir.

Namun, ditakdirkan sahabat baik Dr Mahathir dari Istana Negeri Sembilan iaitu Tunku Abdullah menyelamatkan Dr Mahathir dengan menurunkan beliau di hutan Nilai seterusnya menyembunyikan Dr Mahathir di Istana Melewar. Tunku yang dimaklumkan polis tentang isu ini telah membuat keputusan untuk tidak mengizinkan polis ke istana. Hal ini kerana, Tunku tidak mahu mengeruhkan hubungannya dengan Istana.

Treler Negara Berkebajikan PAS sudah bergerak ke utara

Alhamdulillah...  Treler Negara Berkebajikan PAS telah dilancarkan.

Dan kini bergerak menuju ke utara iaitu Kedah sebagai destinasi pertama road tour nya.... tetapi bagi orang di Ipoh, treler akan singgah sebentar di Manjoi, Perak jam 5 petang.

Jumpa anda di sana..




Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS baru sahaja merasmikan treler PAS yang baru tiba di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut. Takbir!




Presiden PAS lancar treler Jelajah Negara Berkebajikan

Perak : PAS desak SPRM siasat kroni miliki tanah kerajaan



IPOH: PAS Perak hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) berhubung kelulusan pemilikan tanah kerajaan negeri di Bandar Seri Iskandar.

Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Dr Raja Iskandar Al-Hiss berkata, tanah seluas kira-kira 14.164 hektar (35 ekar) diberikan pajakan negeri kepada Syarikat Proaktif Upaya Sdn. Bhd milik Setiausaha Pemuda BN Perak yang juga Ketua Pemuda Umno Ipoh Barat sekitar bulan April 2012 yang lalu.

Menurutnya, pihaknya mempersoalkan tindakan kerajaan negeri melalui pihak berkuasa negeri mengikut perjumpaan majlis mesyuarat meluluskan pajakan tersebut kepada Ketua Pemuda Umno itu.

“Ini menimbulkan persoalan bagaimana tanah tersebut boleh diluluskan kepada kroni mereka,” katanya ketika ditemui Harakahdaily selepas selesai membuat laporan di SPRM Perak, Meru, Ipoh dekat sini hari ini. (Gambar atas)

Hadir sama ialah Ahli Jawatankuasa Strategik dan Isu, Salman Saleh, Hafez Sabri dan Safarizal Saleh.

MP Klang mohon mahkamah perintah SPR jelas pemilih hilang

Ahli parlimen Klang memfailkan permohonan semakan kehakiman agar mahkamah memerintahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjawab pertanyaannya berkenaan daftar pemilih kawasan beliau.

Menurut Charles Santiago, permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi tadi untuk menuntut SPR menjelaskan 'kehilangan' 3,457 pemilih dan perpindahan keluar 2,195 pemilih daripada parlimen P110 Klang.

NONEMenurutnya, 3,457 nama pemilih dikeluarkan terus daripada daftar pemilih untuk penggal keempat dan 2,195 nama pemilih ditukar tempat pengundiannya tanpa pengetahuan mereka.

NONEPerkara itu dakwanya dikesan selepas pilihan raya umum 2008.

Beliau turut memohon penjelasan SPR berhubung kewujudan 61 orang terdiri daripada seorang Cina, 13 orang India dan 47 orang Melayu dalam satu rumah beralamat 994, Jalan Papan, Pandamaran.

Warga Sulu di Sabah: Bukti BN gagal selesai persempadanan negara

sammSolidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Sabah memandang serius kejadian yang berlaku di Lahad Datu apabila sekumpulan bersenjata dari Filipina telah menceroboh kedaulatan negara dan berkubu di Kampung Tanduo, Lahad Datu. Ia sangat kritikal dan SAMM menyifatkan ia berpunca dari kegagalan kerajaan Malaysia menyelesaikan isu antarabangsa dan persempadanan dengan serius.
Filipina sememangnya menuntut sabah sebagai tanah kedaulatanya. Antara asasnya ialah kesultanan sulu yang menguasai sebahagian besar sabah dan pusat kesultanan di tanah kedaulatan Filipna. Isu tuntutan Filipina ini sebenarnya masih tidak selesai di mana rakyat ditipu sehingga kini Malaysia masih membayar sejumlah kira-kira USD5000 setahun kepada Filipina yang dianggap oleh kebanyakan warga Filipina sebagai bayaran sewaan terhadap negeri Sabah.
Isu ini menjadi lebih parah apabila terlalu banyak rakyat Filipina khususnya keturunan sulu dihadiahkan kewarganegaraan segera kerana mahu mengekalkan kemenangan BN di sabah. Pada tahun 90an, ramai antara mereka dialu-alukan masuk ke Sabah malah diberi kad pengenalan dan hak mengundi demi memastikan kemenangan BN. Di atas pengkhianatan BN ini menjadikan lebih ramai warga sulu di merata pelusuk sabah bermastautin malah ada yang sudah berkampung.
Kehadiran 500 sentinal sulu ini adalah detik penyatuan kaum sulu dalam usaha mendapatkan Sabah menyebabkan kerajaan Malaysia tertekan hingga tidak mampu berbuat apa-apa menyedari kaum sulu sudah menduduki Sabah bukan sekadar berkubu di Kampung Tanduo, Lahad Datu semata-mata. Atas sebab ini SAMM Sabah merasakan negara berada dalam kedudukan yang kritikal jika ia tidak diselesaikan segera, dan dengan bijaksana.

‘Pencerobohan’ di Sabah kerana kerajaan UMNO@BN lemah, kata SAMM

Badrul Hisham Shahrin menggesa BN supaya berhenti bermain api sandiwara, mencipta ugutan demi ugutan demi menyelamatkan nyawa akhir mereka.
PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa kerajaan Malaysia lemah sehingga membolehkan tentera Sulu ‘menceroboh’ Lahad Datu di Sabah.
NGO itu  menggesa Barisan Nasional  berhenti bermain api sandiwara, mencipta ugutan demi ugutan demi menyelamatkan nyawa akhir mereka.
Pada masa sama menggesa supaya kerajaan Filipina menarik keluar pasukan tentera itu dari Sabah.
Ketua Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shahrin menyatakan perkara ini dalam satu kenyataan media hari ini setelah beliau bersama teman-temannya pulang dari Sabah dalam siri lawatan kerja di negeri itu.
“Persoalan penting bagaimana 400-500 orang lengkap bersenjata dan berpakaian tentera boleh mendarat di Pantai Malaysia melalui Tanjung Labian dan berjalan dan menakluki Kampung Tunduo.
“Menurut saksi semua berlaku secara aman dan tanpa berselindung.
“Semua juga seperti terancang di mana secara teratur kemudian pasukan keselamatan negara datang dan membuat operasi mengeluar dan ‘menasihatkan’ penduduk kampung berpindah ke kawasan selamat,” katanya yang lebih dikenali dengan panggilan Chegu Bard.
Sekitar 400 – 500 tentera
Menurut Chegu Bard, saksi yang ditemui menyatakan sekitar 400 – 500 tentera lengkap berseragam dan antaranya jelas berseragam tentera Filipina bersama perbagai senjata dari peralatan separa berat seperti M16, M14 (grenade launcher) sehinggalah bom tangan serta Colt 45 Pistol.

TRELER JELAJAH NEGARA BERKEBAJIKAN SUDAH DILANCARKAN DENGAN RASMINYA....


Dengan rasminya Treler Jelajah Negara Berkebajikan PAS sudah dilancarkan oleh Dato' Seri Presiden PAS,  pagi ini di depan Bangunan Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur.

Sudah mula bergerak keutara sebagai misi pertama dan sulung untuk gempur dan kubur leburkan UMNO... TAKBIR!!!!!.. ALLAHUAKHBAR!!!!

Siswa GM13 : Kami tak serik, akan kembali ke Pekan

Serangan yang dilakukan terhadap Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) ketika berada di Pekan, Pahang minggu lalu tidak mematahkan semangat mereka untuk meletakkan calon bertanding di parlimen itu pada pilihan raya umum akan datang.

NONEPengerusinya Syis Abdul Kadir berkata selain tidak serik, pihaknya juga akan kembali ke parlimen Pekan - yang diwakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak - selepas pembubaran parlimen.

"Tak serik... Kita berundur dari Pekan pun sebab tak mahu bergaduh dengan mereka semua dan kita lakukan prosedur sepatutnya iaitu membuat laporan polis.

"Serah pada pihak berkuasa untuk lakukan siasatan. Kami akan turun lagi untuk fasa kedua lepas pembubaran. Sekarang (masih) dalam perbincangan.

"Pendirian tetap sama, tak berubah. Kita akan umumkan calon pada hari penamaan calon," katanya dalam sidang mesia selepas menyerahkan memorandum dan bukti serangan kepada polis di Bukit Aman pagi ini.
NONEMinggu lalu, kumpulan mahasiswa tersebut mendakwa mereka diserang dan diugut dengan parang oleh individu yang tak dikenali sewaktu mengedarkan risalah 'Surat Mahasiswa untuk warga Pekan' di kawasan yang menjadi kubu kuat BN.

Dalam siri serangan tersebut, dua orang mahasiswi dari universiti tempatan turut mendakwa ditarik tudung oleh individu yang didakwa ahli Umno ketika mengedarkan risalah tersebut di Bandar Pekan pada hari Jumaat lalu.

Syis yang ditemani lapan rakan GM13 yang lain menyerahkan memorandum bantahan keganasan samseng terhadap mahasiswa di Pekan kepada pihak polis kira-kira jam 11.35 pagi.

Dun Selangor: SPR mahu 'tunggu dan lihat'


Wan Ahmad Wan Omar SHAH ALAM - Sambil menyifatkan langkah menteri besar menghadap Sultan Selangor berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) semalam sebagai "sopan dan tertib", Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya mahu "tunggu dan lihat sahaja".

"Kita pun tidak pasti sebab beliau tak cakap... kita tunggu dan lihat sahaja.

"Tapi kemungkinan selepas mendapat nasihat sultan, mungkin hasratnya tak akan dibuat tapi kita tak tahulah... kita tunggu sahaja," katanya kepada kepada Sinar Harian Online.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam.

Menurutnya, sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen perlu mengikut prinsipnya.

NGO lancar video didik pengundi, bidas SPR gagal main peranan

Hishamuddin Rais (kanan) berkata para pengundi kebanyakkannya masih lagi tidak mengetahui tentang hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengundi. – Gambar oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 21 Feb – Dua kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) Bersih 2.0 dan Tindak Malaysia dengan kerjasama penerbit Durian FM hari ini melancarkan 16 episod video pendek tentang hak pengundi serta membidas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang gagal memainkan peranan aktif dalam mendidik para pengundi menjelang Pilihan Raya 2013 tidak lama lagi.
Menurut aktivis Hishamuddin Rais yang mewakili Bersih 2.0, penerbitan video pendek ini adalah tepat pada masanya memandangkan pilihan raya semakin hampir tetapi para pengundi kebanyakkannya masih lagi tidak mengetahui tentang hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.
“Pilihan raya kali ini adalah penentu masa depan kita, kali ini ia adalah seperti sebuah peperangan.
“Video pendek ini sangat penting terutamanya dalam mendidik dan mengajar orang ramai tentang mekanisma pilihan raya di Malaysia,” kata Hishamuddin yang mengganggap beberapa undang-undang kecil yang diperkenalkan oleh SPR sebagai mengarut dan tidak munasabah.
Wakil Tindak Malaysia, PY Wong pula menyifatkan video pendek yang dilancarkan ini bagi memberitahu rakyat Malaysia bahawa peranan mereka bukan sekadar membuang undi dipeti undi tetapi juga melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

Today in History for February 21st

MB : Bantahan tak jejas PAS Kedah

Selangor Tawar RM 9.65 Bilion Ambil Alih Pengurusan Air

RM403j: BN Kedah sila jawab

Saifuddin Nasution: 5 Kawasan Parlimen Di Johor Yang Tak Boleh Diselamatkan Lagi?

Saifuddin Nasution: Kalau BN Boleh Bayar Hutang Perwaja, Kenapa Tak Boleh Bayar Hutang PTPTN

GM13 : 'Yang serang kami keluar dari bangunan Umno Pekan'


KUALA LUMPUR: Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) hari ini menyerahkan memorandum bantahan keganasan samseng Umno terhadap mahasiswa di Parlimen Pekan.

Memorandum tersebut turut disertakan dengan salinan laporan polis, video dan gambar sebagai bahan bukti tambahan bagi membantu siasatan polis.


Gambar-gambar samseng yang mereka ambil dari rakaman video juga diedarkan kepada wartawan hari ini. (gambar)

Pengerusinya, Syis Abdul Kadir berkata, GM13 menggesa pihak polis mengadakan siasatan segera berhubung insiden yang disifatkan sebagai pencabulan demokrasi itu.

"GM13 mahu siasatan dijalankan dengan adil terhadap mereka yang melakukan keganasan ini kerana kami telah membuat laporan polis pada hari insiden serangan," kata beliau kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada wakil polis Bukit Aman, Kavetha.

PRU13 : Adnan yakin BN menang semua kerusi di Pahang..Sama seperti Khir Toyo 2008 Pembangkang Sifar...!!!!


 Datuk Seri Adnan Yaakob
KUANTAN - Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob yakin Barisan Nasional (BN) dapat menguasai semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Pahang pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Beliau berkata keyakinan itu berdasarkan kemahuan rakyat negeri ini yang mahukan kemenangan mutlak BN di 14 kerusi Parlimen dan 42 kawasan Dun di Pahang.
Pada masa ini BN mempunyai 12 kerusi Parlimen dan 38 Dun.

"Kami akan tunaikan kemahuan rakyat itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M) kepada pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) di sini, semalam.

Adnan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan BN Pahang berkata persiapan jentera BN negeri kini berada pada tahap 100 peratus dan sedia digerakkan pada bila-bila masa.

Journalists stopped, standoff continues

Weariness is creeping in as the standoff between Malaysian security froces and the Sulu armed group drags on well into the second week.
LAHAD DATU: Three Al-Jazeera journalists covering the standoff with the Sulu armed group were detained by police for nearly seven-hours and then released.
They were detained at about 8am yesterday as they were in a boat near the Tanjung Labian not far from the seaside village of Kg Tanduo and taken to the Cenderawasih police station for questioning.
Detained together with them was a boatman and three Sabah Progressive Party (SAPP) youth wing members.
Sabah Police Commissioner Hamza Taib said all were released except for the boatman who did not have a proper identity document on him.
Hamza said that they were detained as they were trying to enter a security area and it was for their own safety.
Hamza urged local and foreign journalists to avoid trying to enter the area as it might create untoward incidents.
SAPP assistant secretary Suaib Mutalib said the three SAPP youth members were accompanying the Al Jazeera journalists who wanted to cover the stand-off between the Malaysian security and the Sulu gunmen.
He said that the General Operation Force (PGA) which detained them handed them to the police who recorded their statements and released them at about 3.30pm.
Weariness is creeping in as the standoff between Malaysian security forces and the Sulu armed group holed up at the seaside village of Tanduo in the east coast of Sabah drags on well into the second week.
Negotiations, according to the authorities, are continuing at various levels though several deadlines have passed with no clear indications as to when the armed foreigners will be deported.
Farmers, fishermen face losses

PRU13 : Ikrar Integriti Yang Tidak Membawa Apa-apa Makna

Semalam Najib Razak bersama para pemimpin parti-parti komponen BN telah menanda tangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency Internationl yang merupakan satu kontrek sosial di antara beliau dan BN dengan rakyat untuk mendokong ketelusan didalam proses pilihan raya dengan menentang amalan rasuah.

Najib dan pemimpin BN tanda tangani ikrar.

Ikrar itu akan turut ditandatangi oleh semua calon-calon BN yang akan bertanding dalam pilihan raya nanti. Najib berharap apabila semua calon menanda tangani ia akan dapat melahirkan satu barisan kepimpinan yang bersih. Kontrek itu juga sebagai jaminan kepada rakyat bahawa BN akan menjadi sebuah kerajaan yang bersih dan berwibawa. 

Dari satu sudut ikrar itu menandakan kesungguhan Najib untuk melakukan transformasi dalam kepimpinan kerajaan UBN yang berusia lebih 50 tahun itu. Perlukah ikrar berkenaan yang lebih merupakan gimik politik? Tidakkah dengan ada ikrar berkenaan secara automatik orang beranggapan bahawa kerajaan UBN selama ini kotor dan penuh dengan penyelewengan, rasuah dan ketidakadilan kepada rakyat?

Sehubungan itu Najib menerusi blognya 1Malaysia berharap rakyat memberi peluang kepada BN untuk meneruskan pentadbiran mereka yang berasaskan kepada semangat baru itu. Barang kali permintaan Najib itu sudah pun terlewat. UBN bukan saja patut sedar mengenai masalah mereka dan kelemahan dalam kerajaan mulai hari ini tetapi sejak lama dulu.

Dua lagi personaliti BN Sabah masuk PKR

Dua lagi personaliti BN Sabah - bekas menteri muda, Yapin Gimpoton dan bekas timbalan menteri pusat, Datuk Ahmad Shah Tambakau - telah menyertai PKR.

NONEKedua-duanya - bekas ahli Berjaya - secara rasmi menyertai PKR
sewaktu lawatan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sabah pada hari pertama Tahun Baru Cina pada 10 Februari.

Dalam satu kenyataan akhbar semalam, Setiausaha PKR Sabah, Roland Chia berkata perkembangan terbaru itu merupakan rangsangan untuk Pakatan Rakyat Sabah.

"Kami mengalu-alukan sesiapa sahaja yang menerima agenda perubahan yang lebih baik untuk Sabah dan Malaysia melalui platform Pakatan," katanya.

Menurut Chia, Gimpoton pernah menyokong calon PKR yang bertanding di Kadamaian - kerusi yang pernah diwakilinya pada tahun 2008.

Bagi Ahmadshah pula, Chia berkata, beliau kembali aktif dalam politik dengan memberi tumpuan kepada kerusi parlimen Keningau.

Mahkamah halang MPS lupuskan kamera AES

KUALA LUMPUR, 21 Feb – Kontraktor kontroversi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) Beta Tegap Sdn Bhd menang permohonan  semakan kehakiman terhadap Majlis Perbandaran Sepang (MPS). Syarikat swasta itu mencabar notis MPS tahun lalu untuk melupuskan kamera mereka di lebuhraya PLUS dan SKVE dengan berhujah sebelum ini jalan tersebut merupakan jalan persekutuan yang tidak tertakluk di bawah kuasa Selangor.
Keputusan Hakim Datuk Zaleha Yusof hari ini menyatakan kerajaan pusat adalah penguatkuasa sebenar untuk meluluskan pemasangan kamera AES dan bukannya kerajaan tempatan.
“Berdasarkan hujah di atas, saya berpendapat tempat dimana struktur AES dibangunkan adalah terletak di jalan persekutuan dan tidak jatuh di bawah bidang kuasa responden.
“Permohonan dibenarkan,” kata hakim sambil menambah tiada arahan untuk membayar kos oleh kerana ini adalah kes berkait dengan kepentingan awam.
Pada 12 Disember tahun lalu, Beta Tegap memohon penangguhan keputusan MPS dan kemudian mendapat penangguhan dari Mahkamah Tinggi pada 19 Disember.