Rabu, 20 Februari 2013

PRU13 : GENERASI PERUBAHAN RAKYAT MALAYSIA


Lahad Datu: Kawalan perairan negara perlu diperketat


KUALA LUMPUR: Soal keselamatan di perairan Sabah mula mendapat perhatian apabila sekumpulan bersenjata dari Sulu dengan mudah mendarat di  Kampung Tandou Lahad Datu pada 9 Febuari lalu.

Menurut Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling, persoalan yang timbul kini adalah ke mana perginya benteng keselamatan negara yang diuar-uarkan sentiasa diawasi dengan ketat oleh pihak berkuasa.

Sehingga katanya, di perairan dan pesisir pantai Sabah disediakan kapal selam untuk tujuan keselamatan.

Episod pencerobohan bersenjata ini katanya, memberi persepsi bahawa tahap kawalan di perairan negara boleh dipertikaikan.

"Kenapa tidak diambil tindakan mengikut undang-undang yang ada dalam negara ini. Mereka datang membawa senjata ianya sudah cukup memberi ancaman kepada rakyat negara ini," katanya kepada Harakahdaily.

Katanya, hanya kerajaan sahaja yang boleh bertindak ke atas mereka dengan peruntukan undang-undang yang ada.

Benarkah.., Lahad Datu Drama Ramayana umno/BN...???

Aku tak tau nak buat apa bila terbaca post ni dalam FB isteri aku (berkaitan sms/repot mengatakan bakal berlakunya perang di Lahad Datu pada 18 Feb 2013 yang tersebar di FB). Panic... Bingung semacam tak percaya. Baca 2-3 kali... eh, takan perkara macam ni PDRM buat main-main? Arus perdana milik UMNO dan BN ada buat release ke benda ni officially? Bahaya ni..!!
Aku pun cuba la explore mana-mana blog PR yang ada cerita ni.. ada... tapi tak banyak yang jadikan top story. Yang paling top, cerita pasal Najib kena hack. Hahahahaha... so.. pada pandangan aku ramai blogger PR yang tak dapat maklumat lagi pasal benda ni.. tapi, sebab aku tinggal dekat-dekat dengan kawasan yang bakal jadi medan peperangan ni (kalau betul la).. aku nak kongsi la.. betapa berita ni menjadikan penduduk di kawasan-kawasan berhampiran hidup dalam keadaan bingung dan takut..
Okay la, aku mulakan kekeliruan ni dengan begini….
Tuntutan ke atas Sabah?
Aku tak tau sejauh mana kisah ni benar. Okay la, katakan benar, katakan tuntutan mereka ni benar, kenapa PM, kenapa KM dan kenapa Hishamudin KDN… tak pergi runding dengan kerajaan Filipina, duduk semeja dengan Presiden Filipina.. bincang elok-elok, siarkan dalam arus perdana, bagi tau rakyat? Lagi satu, benarkah masih ada lagi Kesultanan Sulu? Kalau pun ada, kenapa Sultan tu tak datang Sabah dengan cara terhormat? Kenapa suruh kuncu-kuncunya datang?
Dorang datang nak ambik Sabah? Ish..., biar betul? Ambil macam tu je ke? Orang Sabah nak duduk diam ke? Aku tengok orang-orang yang dah lama sini pun tak ambik kisah je. Kenapa? Hahahahaha…ada orang main wayang ni. Aku tak tau. Aku blast je. Lagi satu, kenapa tuntutan ni dorang buat dekat-dekat PRU13? Macam ada yang tak betul je?
Tuntutan lain yang aku dengar lagi, dorang tak nak balik, konon Sabah ni hak nenek moyang dorang, dorang nak taraf kerakyatan atau warganegara Malaysia. Hahahahaha….nak tambah pengundi HANTU?? Aku tak tau..sebab cerita ni aku dengar sendiri dari orang-orang tua di sekitar situ.
Mendarat di FELDA?
Ada cerita, dorang mendarat di Sungai Merah, ada cerita lagi di Kampung Tandou. Mana tempat ni? Semuanya berdekatan dengan Felda Sahabat. Aik? Kenapa nak mendarat dekat-dekat Felda? Tak de tempat lain ke? Kenapa tak turun di Sandakan, Kudat, Tawau, Kunak dan Semporna atau terus ke Kota Kinabalu? Kenapa pilih Felda? Tak kan semua rokok smuggle yang ada di Sabah ni masuk dari Felda? Wow!! Sejak bila Felda jadi pintu masuk ek? Hahahahahaha…..funny!
Atau kes Felda di Sabah ni belum settle? Kes ape tu? Aku tak nak cakap sebab aku tak dapat proof yang banyak, tapi bole rujuk sini 
 

Dulu UMNO hulur Kain Batik, Kain Pelikat.. tapi sekarang kerana terdesak barang ini pun dihulurnya..

Jika dulu semasa ramai rakyat Malaysia masih tidak menyedari bahawa mereka telah diperbodohkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN, calon-calon UMNO/BN hanya menghulurkan sedikit keperluan harian untuk membeli undi..

Biasanya yang dihulurkan mereka semasa berkempen ialah sehelai kain batik atau kain pelikat, sekampit beras, sekilo gula, sekampit tepung dan beberapa keperluan lagi serta wang tunai RM50.

Tapi orang UMNO sendiri kata,, bukan RM50 yang diberikan kepada pengundi tapi lebih.. macam biasalah orang UMNO ni kalau tak menguntungkan diri sendiri mampus diaorang tak mahu buat kerja punya..

Sekarang pula oleh kerana amat terdesak dalam menghadapi kebangkitan rakyat, melalui Presiden mereka berbagai-bagai imbuhan ditabur mereka..

Sedangkan selama 55 tahun yang lalu ketika mereka kuat langsung mereka tak ingat akan susah senang rakyat.. bagi mereka mereka boleh buat apa saja kerana rakyat tetap menyokong mereka..

Tetapi bila mereka sedar bahawa mereka mungkin kehilangan kuasa, baru mereka mahu memikirkan susah senang rakyat..

Selain dari Najib dijangka bertindak meluluskan kenaikan gaji kakitangan awam 2013 sekitar RM400 beserta elaun perumahan dinaikkan kepada (antara RM350-RM450) dalam usaha memujuk kakitangan awam mengundi UMNO/BN pada PRU13..

Untuk memujuk rakyat di pendalaman pula ini adalah tambahan kepada  barangan yang telah tersenarai di atas tu..


Kicap pun kicaplah...

Tapi.. kalau Pembangkang lemah jangan haraplah UMNO/BN akan tabur segala bentuk imbuhan tu.. oleh itu, tengok gambar di bawah ni..


Ambiga Sreevanesan: Malaysian Must Take Back The Election, They Belong To Us

PANDULAH DENGAN CERMAT.. UNDILAH DENGAN BIJAK!!!!!


Inilah pada pandangan Omakau yang jujur dari sudut hati yang jernih, satu papan tanda jalanraya yang cukup baik dan terserlah kebenarannya.

Semua rakyat kena serius dalam menerima hakikat ini.. PANDULAH DENGAN CERMAT.. UNDILAH DENGAN BIJAK!!!!!

POLITIK SAMSENG KURANG AJAR UMNO!!!!

 

LAGI BANNER PAS DIBAKAR DAN DIKHIANAT!!!!.. KALI INI DI KAWASAN PARLIMEN PASIR SALAK.


POLITIK SAMSENG, BIADAP TIDAK BERTAMADUN AMALAN UMNO SUDAH BERTAMBAH PARAH DAN MELAMPAU!!!!
Para samseng UMNO Pasir Salak, Perak telah bakar banner-banner PAS!!!

Lokasi di Pejabat Operasi HalWa & Bilik Operasi PAS Kampung Gajah, Pasir Salak Perak.

Kelihatan dua bidang banner telah dibakar hangus pagi tadi. Kejadian disedari oleh orang ramai yang melalui jalan tersebut. Kejadian serupa ini bukanlah kali julung dan pertama berlaku.

Kejadian membakar, mencabut, mencampak,mamatahkan banner dan bendera PAS termasuk PKR dan DAP oleh samseng-samseng upahan UMNO sudah mulai berjalan rancak diseluruh negara.

Lagi hampir nak bubar Parlimen lagi giat dan ligat pengkhianatan dilakukan.

UMNO/BN sudah diakui dan disahkan benar lagi sahih, sebuah parti yang cukup haprak kerana tidak mampu berdepan dengan lawannya secara berilmiah dengan hujah.. Yang mereka mampu ialah politik terjah dan politik fitnah lucah.

UMNO DENGAN POLITIK BACUL SUDAH TIDAK DAPAT LAGI DIKIKIS DARI TUBUH BADANNYA...SUDAH SEBATI ABADI SEHINGGA KE TULANG SONSOM.

Lensa : Darul Runtuh - Stadium Terengganu


Bumbung Stadium Sultan Mizan di Terengganu yang sedang diperbaiki runtuh sekali lagi dalam satu kejadian yang mencederakan 5 orang pekerja tempatan hari ini.

PRU13: RAKYAT BOLEH PERCAYA KE JANJI DICAPATI NAJIB RAZAK DAN UMNO/BN??????


MOHON JANGAN KETAWA KUAT SANGAT SEBAGAI TANDA MENGHORMATI PEMIMPIN NEGARA NOMBOR SATU!!!!
Najib Razak hari ini berikrar dengan menurunkan tanda tangan kepada satu surat aku janji, berjanji sunguh-sungguh bahawa UMNO/BN pimpinannya akan bertempur dengan PR pimpinan bakal PM ke-7, Ins'y Allah DSAI di PRU 13 akan datang secara Bersih adil dan gentleman yang dihormati rakyat.

Boleh dipercayai ke janji dan kata-kata Najib Razak dan UMNO/BN ini?

Sekarang belum apa-apa dah macam-macam berlaku.

Politik samseng sekat PR menyampaikan maklumat pun berlaku di kawasan parlimennya sehingga sekarang beliau tidak berikan ulasan sepatah haram pun ayat.

Itu belum diambil kira Rancangan FELDA dijadikan kawasan larang secara total pihak PR dan NGO ANAK dari masuk berceramah.

Belum diambil kira banner dan bendera PR dibakar, dicantas, dicabut dan dihumban kedalam sungai.

Belum lagi diambil kiura PR tidak diizinkan menggunakan premis sekolah sedangkan UMN/BN dengan sesedap hati macam harta mak bapak dia jer.

CAKAP PEMIMPIN UMNO KALAU BOLEH PERCAYA... KERBAU BOLEH PANJAT POKOK KELAPA.

US YOHANIS AHMAD : PENJELASAN TANAH UNTUK RAKYAT PAHANG

Sulu has no claim over Sabah: historian

Antara Dua Darjat-Satu Malaysia, Dua Masa Depan.

Saya berada dinegeri Kedah buat pusingan ke2. Menyertai ceramah penerangan kepada penduduk negeri Kedah. Malam kelmarin bersama dengan Tn Haji Mat Sabu di Pendang. Kehadhiran amat baik memandangkan Mat Sabu tokoh yang popular. Pendengar datang membawa tikar dan payung mencari mana2 tempat untuk duduk.
Tema yang kita bawa , sama seperti dilain2 tempat.  Saya memberitahu akan kebimbangan orang Melayu adalah kebimbangan yang palsu. Adalah suatu pendustaan yang besar yang UMNO lakukan untuk (a) menakutkan orang Melayu (b) membodohkan orangMelayu.
Orang Melayu jumlah mereka seramai 18 juta dari penduduk yang 28 juta. Secara fisikal, Melayu adalah majority. Tapi UMNO hampir berjaya membentuk fikiran Melayu yang ramai, takut kepada jumlah yang kecil. 65% orang Islam diajar takut kepada 9% orang Kristian. Mubaligh dan paderi Kristian berdakwah dikalangan masyarakat orang Asli, yang susah hati orang melayu. Mengapa?
Kalau ada orang melayu yang murtad, siapa patut disalahkan? Saban minggu kita ada forum perdana, kita ada jabatan2 yang berkerja untuk agama Islam, kita ada jabatan kebajikan masyarakat yang membantu mereka yang susah- tapi masih ada Melayu yang murtad. Semua jabatan dan ejensi kerajaan dikuasai oleh penyokong UMNO yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, maka masih ada orang Melayu yang murtad? Maka jawab nya, mereka ada ditempat dan jawatan2 masing2- tidak mebantu untuk mengukuhkan agama Islam.

"Pakatan Harapan Rakyat" jadi tema PR

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat memilih tema "Pakatan Harapan Rakyat" bagi menghadapi pilihan raya umum yang ke 13 ini.

Tema ini akan mula digunakan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat ke 4 yang akan diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam Isnin 25 Februari ini.

Sempena dengan konvensyen ini, manisfesto Pakatan Rakyat akan dibentangkan dengan menggunakan tema tersebut.

Ia dijangka akan disertai oleh hampir seribu peserta yang terdiri dari pemimpin PAS, PKR dan DAP.

Konvensyen ini dijangka akan menjadi kemuncak kempen dan persefahaman antara pemimpin PAS, PKR dan DAP dalam menuju pilihan raya umum yang dijangka akan diadakan dalam kadar segera.

Berikut adalah jadual penuh konvensyen ini.


MASA
AKTIVITI
9.00 – 10.00 pagi
Pendaftaran peserta dan minum pagi
10.00 – 10.30 pagi
Peserta dan VIP mengambil tempat
10.30 – 10.45 pagi
Aluan pengerusi & nyanyian Negaraku
10.45 – 10.50 pagi
Bacaan doa
10.50 – 11.20 pagi
Amanat Ketua Jentera Pilihanraya
11.20 – 11.50 pagi
Pembentangan Manifesto Pakatan Rakyat PRU-13
11.50 – 11.55 pagi
Persembahan akustik
11.55 – 12.15 petang
Ucaptama Pimpinan DAP
12.15 – 12.35 petang
Ucaptama Pimpinan PAS
12.35 – 12.40 petang
Persembahan gimik
12.40 – 1.00 petang
Ucaptama Pimpinan PKR
1.00 – 1.05 petang
Bacaan ikrar
1.05 – 1.10 petang
Nyanyian Negaraku
1.10 – 1.15 petang
Bacaan doa

PRU13 : Berjuta ahli UMNO menyertai pembangkang dalam peti undi

Sekarang tektik UMNO untuk mendapatkan ‘mileage’ politik sangat rendah tarafnya dan memalukan. Akhir-akhir ini satu ‘trend’ lama yang diperbaharui sedang berlaku, iaitu menunjukkan dalam berita dan buletin utama TV3 tentang pengisytiharan ahli-ahli PAS menyertai UMNO. Hampir setiap malam ia dilakukan oleh media perdana negara. Apabila saya melihat isu ini dilakonkan melalui TV3 dan saluran TV media perdana yang lain saya teringat semasa UMNO melakukan perang psikologi terhadap Parti Melayu Semangat 46 dahulu.
Semasa itu setiap malam kita menyaksikan kemasukkan ahli-ahli Semangat 46 dalam UMNO. Parti S46 hanya mempunyai 350,000 ahli tetapi kalau dikira jumlah ahli S46 keluar parti yang disiarkan oleh TV3 itu melebihi 1 juta orang. Tektik ini tektik lama tetapi masih digunapakai oleh UMNO yang begitu terdesak dengan gerakan rakyat seluruh negara untuk menyaksikan perubahan dalam kepimpinan negara.
Saya masih teringat cerita penyampai berita TV yang saya kenali semasa itu. Pada zaman itu pembaca berita selalunya merupakan seorang wartawan berita dalam masa yang sama. Oleh itu mereka tahu hal keadaan sebenarnya. Pembaca berita ini telah menelefon memberi tahu saya yang beliau akan membaca berita mengenai kemasukan 150 orang ahli Parti S46 ke dalam UMNO sedangkan sebenarnya hanya 10 orang sahaja yang berbuat demikian. “Semuanya bohong bro!” katanya.
Saya pun menjawab sambil berseloroh, “Tak apalah. Tapi kalau boleh semasa kau baca berita bohong itu, kau kenyit-kenyitlah mata kau tu. Orang yang menontonnya akan fahamlah yang kau baca itu berita bohong." Dia tidak menjawab hanya ketawa berdekah-dekah sahaja.
Sesungguhnya inilah cara ‘desperado’ UMNO selama ini. Tetapi mereka tidak menyedari satu perkara yang saya selalu menulis tentangnya. Dalam pilihanraya kali ini berjuta ahli-ahli UMNO akan keluar parti semasa berada di dalam peti undi nanti. Ia telah berlaku dalam pilihanraya yang lalu dalam mana lebih dari sejuta ahli-ahli UMNO telah memangkah simbol Pakatan Rakyat, dan ia akan berlaku dengan lebih hebat sekali. UMNO tahu ini akan berlaku lagi kali ini.

Integriti: Hayati titah Raja Nazrin

Oleh Ahmad Nuri Al-Amin
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak akur dan merafak sembah di atas titah ucapan Pemangku Paduka Seri Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada majlis Wacana Perpaduan Ummah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang membangkitkan persoalan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti antara PAS dan Umno yang menunggu mandat rakyat dalam sistem demokrasi Negara kita.


Kami menghargai segala titah nasihat Raja Dr Nazrin Shah dan merasakan ianya perlu diambilkira dan direalisasikan secara serius jika diberikan kuasa mentadbir Kerajaan Negeri Perak kelak nanti, Insya Allah. Amalan pentadbiran bersih dan adil tanpa sebarang unsur salahguna kuasa dan rasuah sentiasa menjadi inspirasi serta kehendak rakyat ini sangat seiring dan bertepatan dengan titah yang telah disampaikan oleh Raja Dr Nazrin Shah. Ianya sangat bertepatan dengan Islam yang mementingkan prinsip taqwa, adil dan amanah di dalam mentadbir sesebuah kerajaan.
Malah semasa 11 bulan pemeritahan Pakatan Rakyat (PR) yang diterajui Menteri Besar PAS, Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin, kami telah mengetengahkan prinsip tersebut dalam membangunkan umat Islam di dalam pelbagai program peringkat negeri seperti kempen solat dan memakmurkan masjid.
Kami yakin dan prihatin terhadap prinsip tersebut dan akan berusaha sedaya upaya kami bagi memastikan setiap anggota dan penyokong kami seiring dengan matlamat sebuah kerajaan yang bukan hanya bersih dan adil, malah memberikan keutamaan kepada rakyat atas semangat Negara Berkebajikan terutama kepada golongan yang amat memerlukan.

Rasuah Pilihanraya.. Kakitangan Awam Naik Gaji RM400 Dan Elaun Perumahan?


Ini bukan satu cerita pasti, PBO dapat email yang mengatakan kerajaan akan memberikan berita baik kepada kakitangan awam dalam usaha memujuk kakitangan awam mengundi UMNO/BN pada PRU13.
Secara kasarnya ianya tidak mustahil berlaku dalam tempoh terdekat. Menurut email tersebut ... Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berbesar hati di mana akan bertindak meluluskan kenaikan gaji kakitangan awam 2013 sekitar RM400 beserta elaun perumahan dinaikkan kepada (antara RM350-RM450). 
Dijangka kenaikan gaji kakitangan awam + elaun perumahan (ETP) akan diluluskan pada seawal hari Khamis ini atau selewat-lewatnya awal minggu hadapan.
Dalam pada masa yang sama, (CUEPACS) dilihat akan terus menekan supaya kerajaan mengkaji semula faedah pinjaman perumahan kakitangan awam sebanyak 4 peratus dengan menurunkan ia kepada satu peratus. ~pbo

Saifuddin: Calon ulama, strategi terbaik menang PRU13


Saifuddin Abdullah SHAH ALAM –  Penglibatan golongan ulama sebagai calon Umno pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)  merupakan strategi terbaik untuk menang.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah mengakui perkara itu, tetapi dalam  menentang Pas katanya, Umno bukan hanya bergantung kepada faktor tersebut.

Menurutnya lagi, Umno memperjuangkan Islam dengan pendekatan yang bersepadu, komprehensif dan tidak sekadar bergantung pada calon ulama sahaja.

Katanya, dari semasa ke semasa, Umno sering meletakkan calon yang berlatar belakangkan pendidikan agama dalam pilihan raya umum ataupun pilihan raya kecil.

Berjuanglah menegakkan agama Allah

Oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Allah Taala berfirman di dalam al-Quran, bermaksud:

"Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya." (Surah al-Baqarah : ayat 195).


Makna bagi ayat "...mencampakkan diri ke dalam kebinasaan" di sini ialah kamu tidak menjalankan tugas jihad. Tetapi ada manusia menyalahgunakan ayat ini. Mereka berkata, tidak ada gunanya kita berjuang untuk Islam, nanti kita akan dipenjarakan, ditukar tempat kerja atau dibuang kerja dan sebagainya sedangkan Allah Taala mengatakan, "...Jangan kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan". Inilah cara bagaimana cakap-cakap yang berdalilkan ayat dengan cara yang salah kerana ayat ini mempunyai hubungan dengan menegakkan agama Allah Taala, bahkan orang yang tidak berani menegakkan agama Allah itulah orang yang mencampakkan diri mereka ke dalam kebinasaan.

Diriwayatkan oleh Imam at-Tabari ketika orang-orang Islam berperang dalam rangka menawan kota Constantinople (Istanbul, Turki), tiba-tiba orang Islam berdepan dengan tentera Rom yang terlalu ramai. Ada antara orang Islam itu seorang pahlawan yang terlalu berani, menawarkan untuk masuk ke dalam pasukan tentera Rom yang ramai bersendirian walaupun akibatnya yang bakal diterima pasti dia dibunuh. Lalu orang ramai mengatakan, "Kenapa sanggup membinasakan diri? Tidakkah Allah mengatakan dalam Al Quran; “...Jangan kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan?"

PRU13 : BN tiada kelebihan?

Oleh Syed Imran
Menurut Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcede), Barisan Nasional (BN) tiada kelebihan yang boleh memberi sumbangan besar kepada kemenangannya pada pilihan raya umum ke-13 dalam sebulan dua ini.

Bagi saya, ia bukan satu maklumat yang memeranjatkan. Perdana Menteri merangkap pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat perkiraan yang kurang tepat apabila dia menangguh pilihan raya sehingga menghampiri tarikh luput.
Antara alasan yang diberi oleh pengarah Umcede, Mohamad Redzuan Othman, BN tidak lagi mampu melakukan persempadanan semula kawasn pilihan raya untuk memberi kelebihan kepadanya selain faktor pilihan raya mengejut yang sudah berlalu.

Treler Jelajah Negara Berkebajikan dilancar esok


KUALA LUMPUR: PAS akan memulakan Program Jelajah Negara Berkebajikan mulai esok apabila treler yang digunakan bagi program tersebut telah siap sepenuhnya.

Penyerahan jentera Jelajah Negara Berkebajikan itu akan dilakukan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Pejabat Agung PAS, jam 1 petang esok.

Treler berkenaan akan singgah berhampiran plaza tol Jelapang, Perak kira-kira jam 5.00 petang sebelum meneruskan perjalanan ke Kedah.

PAS melalui progam Jelajah Negara Berkebajikan akan memulakan program sulung, hi-tea di Kubur Panjang, Pendang, Kedah pada 22 Februari, bermula jam 4 petang bersama Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan bekas pelakon Abby Abadi.

Selepas itu treler tersebut meneruskan perjalanan ke Alor Setar bagi program Sambutan Tahun Baru Cina bersama Presiden PAS, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak dan barisan Exco Kerajaan Kedah pada jam 9 hingga 12 malam.

Umno memang suka benda yang pelik-pelik

Depa yang beria-ia kata PAS neh parti ajaran sesat, tapi depa jugak la yang kelam kelibut nak bersatu dengan PAS....
Nampak tak kebodohan UMNO di situ? Kahkahkah....
Betoi kata cicak, BODOH memang tercipta untuk UMNO...

UMNO pengkhianat sebenar: “Orang Melayu tidak perlu takut kepada DAP”

Hanipa Maidin

KUALA LUMPUR, 20 FEB: Orang Melayu harus menerima hakikat bahawa DAP tidak pernah mengancam kedudukan mereka apalagi agama Islam yang jelas diangkat sebagai Agama Persekutuan dalam perlembagaan negara.
Malah, realitinya kini, semakin ramai orang Melayu menyertai DAP kerana asakan dan fitnah jahat dari UMNO yang menuduh DAP anti-Melayu dan anti-Islam tidak benar sama sekali dan bohong.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin berkata, walaupun DAP mempunyai majoriti orang bukan Melayu dan Islam, parti itu tidak pernah mengancam kedudukan Melayu Islam seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Menurut Hanipa, tohmahan jahat UMNO terhadap DAP sebelum ini bukan kerana parti itu mahu menjaga Melayu dan Islam tetapi mereka tahu bahawa perpaduan Pakatan Rakyat (PR) adalah malapetaka bagi mereka.
“Benarkah DAP mengancam kepentingan Melayu? Adakah DAP atau UMNO sendiri yang mengganggu gugat kedudukan Bahasa Melayu di dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan sehingga kedudukannya sebagai bahasa rasmi dirombak melalui PPSMI?,” soalnya dalam satu kenyataan.
Menguatkan hujah itu, peguam bagi PAS ini membangkitkan lagi beberapa persoalan siapakah yang menjadi dalang sebenar hingga menyebabkan kepentingan Melayu dan Islam negara ini terhakis.
“Siapakah yang gagal jaga tanah rezab Melayu yang dijamin oleh Perlembagaan? DAP atau UMNO? Siapakah yang hancurkan Bank Bumiputra yang diilhamkan untuk menjaga kepentingan Melayu?

Sabah untuk orang Sabah?

Oleh Izmil Amri

SAYA belum pernah jejak kaki ke Sabah. Apa yang saya tahu tentang Sabah adalah hasil dari pembacaan dan pergaulan dengan orang yang arif tentang negeri Sabah. Maka mudahnya saya tidak tahu banyak tentang Sabah, sama seperti anda juga yang bukanlah tahu banyak tentang negeri itu. Anda rasa macam tahu banyak tetapi sebenarnya tidak.
Adalah lebih mudah sebenarnya untuk kita semua diam dan mendengar, daripada cuba bersuara tentang perkara yang kita tidak faham. Kita juga yang akan kelihatan bodoh.
Namun demi segala yang benar, bersuara tentang Sabah adalah tanggungjawab yang mesti dilakukan.
Justeru sebagai permulaan, saya harus meminta maaf kerana telah menyebut Sabah itu sebagai sebuah negeri. Saya mana lah tahu rupa-rupanya Sabah adalah sebuah negara. Sama halnya dengan Sarawak.
Anda mungkin keliru dengan apa yang saya sebutkan ini. Mari saya cerahkan.
Pada tahun 1957, bulan Ogos hari ke 31, sebuah negara di Asia Tenggara telah diisytiharkan bebas daripada menumpahkan taat setia kepada Ratu England. Namanya Malaya, hasil gabungan negeri-negeri yang bersekutu dan tidak bersekutu serta dua daripada negeri-negeri selat kecuali Singapura.
Pada 16 September 1963, sebuah persekutuan lahir daripada gabungan Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak. Singapura kemudiannya merdeka sekali lagi setelah ‘meninggalkan’ Persekutuan Malaysia pada tahun 1965.
Maka mudahnya Malaysia pada tahun 1963 adalah persekutuan hasilan empat buah negara, yang setiap satunya menyertai persekutuan dengan hak dan kelebihan yang tersendiri. Itu antara sebabnya kenapa pihak eksekutif Sabah dan Sarawak dibahasakan sebagai menteri dan bukan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) seperti di negeri-negeri di Semenanjung.
Itu juga sebabnya kenapa undang-undang imigresen Malaysia Borneo sedikit berbeza, dan anda memerlukan paspot untuk masuk ke sana. Macam masuk Singapura juga kaedahnya, kerana itu secara teknikalnya bukanlah negara anda. Boleh ikut setakat ini?
Kedaulatan Sabah

THE BN'S SWANSONG: May 13 film 'Tanda Putera' is Umno's worst propaganda

Well, Shuhaimi Baba you cried, raved and ranted that you were an independent film maker with your own views. You said "Tanda Putera" is not a political film to support any party.
I say, Bull Shit! It was supposed to be released in November last year but because Najib could not make up his mind on the election date, the film was postponed till he made up his mind. Looks like the 13th General Election is just weeks away now because the boss himself has released it to be premiered at the Felda gathering, where about 3,000 thousand got to watch it first.
THE BN'S SWANSONG: May 13 film 'Tanda Putera' is Umno's worst propagandaWhy was a local film premiered at an event not related to the film industry? Always there will be a fanfare for the premiere of any local film with personalities from the industry invited and it is always at a local cinema or a viewing hall.
But for "Tanda Putera", it is done at an event for Felda settlers. Doesn't this stink of government propaganda?
Without integrity, an artist is NOTHING
And you, Shuhaimi Baba, you said you were not biased. I've not seen the film but I suspect your hands were tied and you were dictated to on how to direct the movie, or else why this suspense?
But no matter what the pressure, you should have stood firm. Shame on you! You belong to the Arts and you must have the integrity and sense of doing justice to your profession and to society. If it is a propaganda film, then it should be made by a young aspiring film-maker who needs money - not you, an award-winning director.
And to Najib, if you thought that by showing this movie to the Felda Settlers, you will win over the Malays to vote for BN, then my friend, your 1Malaysia is a SHAM!

“Projek Universiti Nanyang”, lagi fitnah UMNO burukkan Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 20 FEB: UMNO memang terkenal dengan pakar pemfitnah, kali ini menuduh Kerajaan Negeri Pulau Pinang meluluskan projek pembinaan Universiti Nanyang dari China di Kampung Genting, Balik Pulau.
Mengikut laporan akhbar Berita Harian semalam bertajuk “Melayu akan lenyap jika terus leka”, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mendakwa kononnya orang Melayu di Pulau Pinang akan diusir dan terpinggir.
Dalam laporan itu, Mohamad Hasan juga berkata, “…sekarang tanah diambil untuk membina universiti bukan dari negara ini. Lama-kelamaan orang Melayu di Pulau Pinang akan mencari kawasan penempatan lain di luar Pulau Pinang dan akhirnya tiada lagi Melayu di Pulau Pinang.”
Menurut Pegawai Khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari, satu laporan polis sudah dibuat terhadap kenyataan fitnah Mohamad Hasan itu.
“Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak pernah meluluskan apa-apa projek pembangunan yang berkaitan dengan Universiti Nanyang. Dakwaan Datuk Seri Mohamad Hasan yang disiarkan dalam Berita Harian itu adalah fitnah jahat yang tidak berasas sama sekali.
“Adalah jelas kenyataan itu semata-mata bertujuan menghasut sentimen perkauman serta menimbulkan rasa takut dan kemarahan di kalangan masyarakat Melayu terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat (PR),” ujar beliau.
Menjelaskan realiti yang berlaku, Zairil berkata, amanah orang Melayu di Pulau Pinang telah diselewengkan oleh pemimpin UMNO sendiri.
“Ia dapat dilihat dalam kes tanah di Kampung Terang, Balik Pulau. Dua pemimpin kanan UMNO negeri iaitu Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Datuk Omar Faudzar telah membeli 10 ekar tanah yang dimiliki 31 pemilik Melayu.

Hari Keadilan Sosial Sedunia


TANGGAL 20 Februari setiap tahun, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) bersama-sama dalam pakatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menetapkan tarikh bersejarah 20 Februari sebagai hari peringatan ‘Keadilan Sosial’ sedunia.
Acara ini tidaklah fenomenal sepertimana tarikh 14 Februari yang disambut meriah demi peringatan kepada Hari Kekasih. Tetapi, peristiwa bersejarah ini punyai lembaran yang penuh dengan iktibar. Bersesuaian dengan julukan mesej Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon pada tahun 2013 yang menyeru ke arah usaha pembangunan ekonomi secara inklusif, mapan dan berseiring.
Berikutan itu, Deklarasi Copenhagen 1995 dilancarkan pada Mac 1995 demi mengiktiraf sebarang usaha dilakukan badan-badan berkanun, termasuklah kerajaan-kerajaan.  Deklarasi ini berjaya mencapai konsensus untuk menyeragamkan tuntutan meletakkan warga dunia sebagai pusat perkembangan sejagat. Inisiatif terbesar yang didokongi PBB ini juga bermatlamat untuk mendapatkan persetujuan pemimpin-pemimpin dunia supaya berpadu tenaga ke arah penghapusan kemiskinan, pertambahan peluang pekerjaan  dan penambahbaikan intergrasi sosial. Dalam kata yang lainnya, upaya memperuntukkan peluang sama rata kepada setiap manusia menimbal ruang untuk maju ke hadapan seiring dengan kemajuan ekonomi secara global.
Arus globalisasi yang menderas, ditambah pula dengan naik-turun ekonomi dunia yang masih di dalam tempoh pemulihan mengakibatkan warga dunia ditimpa kemelaratan hidup. Laporan World Development Indicator 2012 yang diselaras Bank Dunia mendapati warga dunia yang hidup di bawah perbelanjaan US $ 1.25 sehari berjumlah hampir 22.2%. Indeks yang sama menunjukkan hampir 3 bilion manusia di muka bumi ini hidup dalam keadaan kemiskinan yang sangat ekstrem. Menjelang 2030, sasaran untuk mengurangkan tahap kemiskinan tegar sebanyak 50% merupakan usaha murni yang patut dikerjakan. Sempena menyahut peringatan 20 Februari selaku hari ‘Keadilan Sosial’ sejagat, setiap daripada kita harus menggerakkan kempen kesedaran melawan kemiskinan.

Kit Siang cabar PM buktikan fakta sejarah filem 13 Mei, Tanda Putera

KUALA LUMPUR, 20 FEB: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuktikan fakta sejarah yang menghasut dan mengapi-apikan dalam filem 13 Mei, Tanda Putera mengenai sekumpulan belia Cina yang kencing pada tiang mengibarkan bendera Selangor di rumah Menteri Besar Selangor ketika itu sehingga mencetuskan rusuhan 13 Mei 1969.
Katanya, Perdana Menteri perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penghinaan yang bersifat perkauman dan tidak mengikut fakta sejarah di dalam filem 13 Mei itu kerana menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan, Najib yang mengarahkan filem itu ditayangkan secara eksklusif kepada 3,000 peneroka Felda yang berhimpun di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Isnin lalu.
“Hanya peneroka Felda yang dibenar menonton filem yang ditayangkan itu selepas wartawan yang hadir diminta meninggalkan dewan di PWTC itu.
“Jurucakap mendakwa filem itu dibuat berdasarkan banyak kajian, seperti mengkaji bahan dan gambar yang didokumenkan bagi memastikan adegannya disokong dengan fakta sejarah.
“Di manakah bahan dokumen dan gambar insiden kencing pada tiang yang mengibarkan bendera Selangor di luar rumah Menteri Besar Selangor ketika itu hingga mencetuskan rusuhan 13 Mei 1969?

Semakin banyak ditabur semakin ditolak oleh peneroka-peneroka Felda

Saya memulakan ceramah saya di Felda Sg Klah malam tadi dengan mengucapkan tahniah kepada peneroka-peneroka, isteri (isteri-isteri peneroka dan janda-janda peneroka) serta anak (anak-anak peneroka Felda) yang telah menerima RM15,000.00.
Umpan ini agak besar jika dibandingkan dengan umpan-umpan sebelum ini, hanya peneroka-peneroka tidak diberitahu bahawa sepatutnya mereka boleh mendapat RM50,000 bukan RM15,000 hasil dari penggadaian seluas 850000 ekar tanah Felda Plantation kepada FGV.

Peneroka Felda Sg Klah adalah terdiri daripada mereka yang sangat perihatin apabila saya bertanya, "Baki RM35,000.00 lagi tu pergi ke kantung mana?"  Mereka jawab, "Roooosmaaaah."  Ya, RM35,000 itu disorokkan daripada pengetahuan peneroka-peneroka dan akan dijadikan umpan sedikit demi sedikit untuk memancing peneroka-peneroka.

Wang RM5000 kepada peneroka, RM5000 kepada isteri peneroka dan RM5000 kepada anak peneroka bukan boleh bertahan lama, tak sampai beberapa bulan wang itu sudah kering.  Maka umpan baru dihulurkan ke mulut peneroka-peneroka iaitu BRIM RM500.00.  BRIM pertama sudah kehabisan dalam tempoh beberapa hari sahaja.  Ini BRIM kedua, hari ini dapat, namun minggu hadapan sudah tiada.

Ini menggelisahkan Mr Najib.  Tabur umpan, umpan dah habis, tetapi peneroka masih tidak puas hati.  Ramai peneroka kini meninggalkan UMNO kerana isu yang lebih besar tidak diselesaikan oleh Felda dan UMNO.

Manila diminta nyata pendirian tentang isu Sabah



 
Seorang senator Filipina menggesa kerajaannya supaya segera menyatakandasar negara itu berhubung tuntutan satu wilayah ke atas Sabah, serta kebuntuan isu pencerobohan tentera Sulu di Sabah.

"Saya fikir sudah tiba masanya jabatan hal ehwal luar negeri memperjelaskan kedudukan dasar luar... sehingga itu, kita perlu menghentikan komen seterusnya kerana ini adalah isu yang sangat sensitif," kata Senator Antonio Trillanes IV yang dipetik Philippine Daily Inquirer.
"Ia melibatkan kehidupan rakyat kita di Sabah... kita perlu mempercayai pentadbiran Aquino bahawa ... ia akan mengambil pendirian dasar luar yang betul. Tetapi saya bercadang untuk bercakap dengan Presiden mengenainya dan berkongsi pandangan saya mengenai perkara itu. "

NONEBekas Filipina senator Ramon Magsaysay Jr telah mencadangkan
semalam bahawa Manila perlu menghalang sultan Sulu Jamalul Kiram daripada menambah ketegangan yang semakin meningkat di Sabah.

"(Dia) harus dihalang ... biarlah kerajaan Malaysia membiarkan mereka kembali ke sini," kata Magsaysay, yang pernah menjadi pengerusi jawatankuasa Senat mengenai pertahanan negara.

"Yang paling penting adalah penyelesaian secara aman tanpa menggoyang hubungan antara Malaysia dan Filipina."

Satu kumpulan bersenjata Filipina yang diketuai oleh adik Kiram, Agbimuddin Kiram, telah berkubu di sebuah kampung di pantai berhampiran Lahad Datu sejak 9 Februari, dan menuntut supaya dibuka semula rundingan antara kedua-dua kerajaan berhubung tuntutan ke atas Sabah.

PRU13 : Masih ada pemilih keliru penggunaan dakwat kekal

KUALA LUMPUR, 20 Feb — Dalam bahang pilihan raya umum ke-13, yang akan diadakan bila-bila masa sahaja, masih ramai rakyat Malaysia keliru dengan maksud penggunaan dakwat kekal yang akan digunakan buat pertama kali. Pemilih berdaftar yang ditemui penulis secara rambang umumnya menyangka dakwat kekal adalah suatu alat yang akan digunakan bagi menanda kertas undi pada hari pengundian nanti.

Antaranya seorang penjawat awam, Khairunila Khalid, 50, berkata beliau berpendapat penggunaan dakwat kekal itu merujuk dakwat pen yang akan digunakan untuk menanda kertas undi berbanding pensil yang digunakan sebelum ini.

Berkongsi pandangan sama, seorang eksekutif perhubungan pelanggan, Noor Ain Isaak, 26, yang akan mengundi buat pertama kali: "Saya ingat dakwat kekal ini digunakan untuk menanda kertas undi supaya undi itu tidak boleh diubah."

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof ketika ditemui Bernama baru-baru ini menjelaskan penggunaan dakwat kekal merujuk calitan di atas jari telunjuk tangan kiri pengundi, yang tanpa calitan dakwat berkenaan kertas undi tidak dikeluarkan kepadanya.

Beliau menegaskan pengunaan dakwat kekal adalah satu langkah mengelakkan pengundian berulang seperti yang didakwa sesetengah pihak, bertujuan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap ketelusan proses pengundian.

Wartawan Al-Jazeera ditahan di perairan Lahad Datu



 
Tiga orang wartawan Al-Jazeera dan tiga orang anggota Parti Progresif Sabah (SAPP) ditahan di perairan dekat Tanjung Labian, Lahad Datu – daerah yang dicerobohi lebih 100 orang dari negara Filipina.
Enam individu tersebut dan juga seorang pemandu bot ditahan anggota Pasukan Gerakan Am pada kira-kira jam 8 pagi ketika kumpulan tersebut menghampiri Kampung Tanduo – kawasan yang didiami kumpulan bersenjata sejak 11 hari lalu.

Enam individu dan pemandu bot tersebut dibebaskan beberapa jam selepas disoal siasat.

Seorang anggota jawatankuasa perhubungan pusat SAPP Suaib Mutalib berkata tiga pemuda tersebut mengiringi wartawan asing yang ingin membuat liputan mengenai perkembangan di kawasan tersebut.

Suaib berkata individu berkenaan dibawa ke balai polis Chenderawasi di Tungku dan dibebaskan kira-kira jam 3.30 petang.

Fitnah: Mazlan saman Presiden MBFM


TEMERLOH: Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman, hari ini memfailkan saman terhadap Anuar Abdul Manap dan Wan Zawawi Wan Zain berikutan mengeluarkan kenyataan fitnah kononnya Mazlan menyelewengkan wang RM30,000 yang dimenangi peneroka Felda Kemahang 3.


Menurut peguam Harris Abdullah, kenyataan fitnah itu telah diucapkan oleh Anuar yang merupakan Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) dan Wan Zawawi (Ketua Penerangan MBFM Kelantan) ketika berucap di Wisma Felda, Jalan Semarak pada 28 Disember tahun lalu.

Harris berkata, saman pemula hari ini sebenarnya difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tetapi dibuat dibuat secara e-filing melalui Mahkamah Tinggi Temerloh.

Dalam kenyataan tuntutannya, Mazlan selaku plaintif mendakwa kedua-dua defendan (Anuar dan Wan Zawawi) dalam ucapannya telah menuduh Mazlan sebagai penakut, pembohong, tidak bermaruah kerana dari jenis tidak tahu malu dan tidak jujur kerana menyelewengkan wang RM30,000.

Umno bawa 4M ke penempatan Orang Asal


KOTA BHARU: Penduduk Orang Asal dari Gua Musang mendakwa ketika kempen pilihan raya kecil Dun Galas pada 2010 Umno mengumpan 4M kepada mereka.

Pandek Panjang dari Pos Hau memberitahu 4M dimaksudkan “makan, minum, muzik dan mabuk” bagi mempengaruhi mereka mengundi BN pada pilihan raya tersebut.

Katanya, Umno membawa banyak kemungkaran ke penempatan Orang Asal termasuk juga dakwaan ada kaitan dengan kemasukan mubaligh Kristian.

“Mubaligh Kristian juga berkempen supaya mengundi BN. Itulah perkara mungkar yang dibawa masuk ke penempatan kami.

“Orang BN bagi sokongan duit dan mubaligh tersebut minta pengundi Orang Asal mengundi calon Umno,” katanya ketika mendedah perkara itu pada Himpunan Kami Sayang Tok Guru di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV hari ini.

Deepak's controversial land deal, simplified

Deepak told to keep quiet, Rafizi reveals

Lynas underestimated dissent

Dua mat rempit dipenjara selama 26 bulan

Syrian couple overcomes sectarian differences

Geng samun restoran tumpas

GE13 : Najib signs clean polls pledge

Sidang Media MB Selangor Mengenai Industri Air - Bhg 1

Sidang Media MB Selangor Mengenai Industri Air.- Bhg 2

Ada Berani : DPPNT Serah Surat Jemputan Debat Kepada ADUN Tepoh

MEMELIHARA RAHSIA II - Riyadhus Solihin - Dato Dr MAZA

Ribuan kaum India ke ceramah Pakatan tanda sokongan meningkat

BantingBANTING 20 FEB: Kesedaran masyarakat India yang semakin meningkat terhadap kelemahan pentadbiran Umno begitu membanggakan, sekaligus menafikan dakwaan kononnya sokongan kaum itu terhadap Pakatan Rakyat menurun, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Umum KEADILAN berucap pada sambutan Pesta Ponggal di Dewan Sri Jugra, Banting malam tadi dipenuhi ribuan masyarakat India yang berpusu-pusu mahu melihat pemimpin berjiwa rakyat itu.
“Terima banyak, begitu ramai yang hadir, menunjukkan kesedaran masyarakat India yang semakin tinggi. Ada orang kata sokongan orang India sudah berkurangan, tapi saya tak percaya sebab saya turun dan lihat sendiri,” kata Anwar.
Beliau turut disambut kalungan bunga serta turban dan selendang sebagai tanda menghormati bakal Perdana Menteri itu.
“Ini mesti ada yang cakap saya ikut budaya India pula. Saya tak takut, cakaplah saya apa pun, yang penting saya tahu saya pakai ini sebagai tanda menghormati budaya masyarakat India,” kata Anwar disambut sorakan penyokong.

Najib, Abdullah akan dipanggil jadi saksi kes PKFZ

KUALA LUMPUR, 20 Feb — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi akan dipanggil bagi menjadi saksi kes Tun Dr Ling Liong Sik dalam pembelian tanah projek Zon Perdagangan Pelabuhan Kelang (PKFZ). Bekas menteri pengangkutan Dr Ling didakwa menipu Kabinet kerana menandatangani pembelian tanah yang mengakibatkan kerugian kepada kerajaan.
Peguam Dr Ling, Wong Kian Kheong memberitahu mahkamah hari ini Najib dan Abdullah adalah sebahagian dari senarai saksi pembela yang akan dipanggil.
Turut akan dipanggil ialah Tan Sri Fong Chan Onn, menteri Kabinet Datuk Seri Rais Yatim, timbalan ketua pegawai eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd Datuk Faizal Abdullah dan pakar Sajjad Akhtar dari firma perakaunan.
Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri yang memimpin selama 22 tahun, menghabiskan pengakuannya sebagai saksi pembela keempat.

PKR dakwa Raja Ropiaah dapat 'durian runtuh' tambahan

 
PKR mendakwa Ketua Wanita Umno Selangor, Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah memperolehi lebih banyak "durian runtuh" tambahan menerusi urusniaga penjualan tanah yang didakwa tidak didedahkan kepada Bursa Malaysia.
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa, ia merupakan tambahan kepada bayaran RM130 juta oleh syarikat Boustead Holding Bhd kepada syarikat Awan Megah Sdn Bhd yang dimiliki Raja Ropiaah itu.

Menurut Rafizi dakwaan itu adalah berdasarkan penelitiannya terhadap dokumen satu syarikat yang dinamakannya sebagai Bakti Wira Sdn Bhd dengan dokumen syarikat Awan Megah Sdn Bhd  dan juga dokumen syarikat Astacanggih Sdn Bhd yang dimiliki saudagar permaidani, Deepak Jaikishan.

Rafizi tunggu saman Zahid untuk heret penyelewengan dana LTAT

PETALING JAYA 20 FEB: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli sehingga hari ini masih menunggu surat saman Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung pendedahannya mengenai penyelewengan wang pesara tentera dalam Boustead Holdings Berhad.
“Saya sampai hari ini masih menunggu saman beliau yang belum dihantar kepada saya agar perkara ini boleh didedahkan juga di mahkamah. Saya hanya terima surat tuntutan (demand), bukan surat saman,” kata Rafizi.
Zahid dilaporkan memfailkan writ saman menerusi Tetuan Majid Krishna Menon & Lee di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi pada 25 Januari lalu.
“Selepas saya mendapat maklumat (dokumen perjanjian Boustead), saya lebih dari bersedia untuk ke mahkamah. Saya ingin menegaskan Datuk Seri Zahid gagal dalam menjaga kebajikan angkatan tentera,” katanya.
Dalam pada itu, Rafizi berpandangan ada ‘orang lain’ yang mendapat keuntungan dari semua urusniaga, transaksi dan pindah milik tanah antara Boustead Holdings dengan Awan Megah dan Asta Canggih Sdn Bhd.

MB Selangor akan dedah rekod mesyuarat dengan TNB

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri akan mendedahkan rekod mesyuarat bersama Tenaga Nasional Bhd (TNB) berhubung projek pemasangan kabel berkuasa tinggi di Kampung Sungai Terentang, Rawang.

Katanya rekod mesyuarat melibatkan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) itu akan membuktikan bahawa TNB sememangnya mengemukakan cadangan laluan alternatif untuk kabel berkenaan agar tidak melalui kampung tersebut.

"Mereka datang dan berjumpa kita di MTES dan mereka ada cadangan mengenainya (laluan alternatif). Saya terima (cadangan) dan mengatakan itu tugas mereka (TNB) dan kerajaan negeri akan menyokong. Itu saja yang saya kata.

"Saya tidak melihat mekanismenya kerana TNB yang sepatutnya bertanggungjawab mengenainya.

"Ya MTES akan dedahkannya," katanya lagi ketika ditanya dalam sidang media selepas mesyuarat majlis kerajaan negeri hari ini.

Projek keretapi KL-Singapura: K’jaan baru bakal warisi hutang BN

Rafizi 1PETALING JAYA 20 FEB: Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membina sistem keretapi laju antara Kuala Lumpur dengan Singapura tak ubah seperti tindakan Tun Abdullah Badawi menandatangani perjanjian penyerahan Blok L dan M yang bernilai berbilion ringgit.
“Sebagai sebuah kerajaan yang hampir tamat mandatnya, Najib tidak boleh menandatangani perjanjian yang melibatkan komitmen kewangan jangka panjang yang besar dan membebankan rakyat.
“Projek itu bakal mewariskan kerajaan baru kelak dengan pelbagai implikasi kewangan yang merugikan rakyat dan negara,” kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Kata Rafizi, projek yang dicadangkan YTL, konglomerat yang rapat degan Barisan Nasional mencecah RM8 bilion, namun dijangkakan meningkat kepada RM13 bilion.
“Seperti mana konsep penswastaan, akhirnya kos projek ditampung oleh rakyat melalui pinjaman yang dibuat Kerajaan Persekutuan. Pelbagai konsesi dan kontrak dianugerahkan dikhuatiri menguntungkan kroni,” kata Rafizi.
Semalam, Najib dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong bersetuju dengan cadangan pembinaan keretapi laju dan menyifatkannya sebagai ‘pembangunan strategik’.
Kemungkinan satu jalan alternatif ketiga menghubungkan kedua-dua negara dibina dan antara pilihan tersebut ialah pembinaan jambatan atau terowong bawah tanah.
Pada 12 Februari lalu, Pengerusi KEADILAN Johor, Datuk Chua Jui Meng mendedahkan, Najib pada 2009 bertemu Lee Hsien Loong mengenai pembinaan jambatan ketiga menghubungkan Johor dengan Singapura.

MB Sudah Maklum Sultan Selangor Hasrat Bubar Dun

Ingatkan KSN Yang Cakap, Rupanya.......

Rosmah mahu penjawat awam jawab 'tohmahan'


Bernama
  • 4:19PM Feb 20 2013


Penjawat awam di negara ini wajar memberi penjelasan terhadap tohmahan dan serangan daripada pihak pembangkang sekiranya perkara tersebut berada di luar batasan kebenaran, kata isteri perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor. 

Rosmah yang juga Penaung Persatuan Suri Dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) berkata penjawat awam yang menjadi 'orang tengah' antara rakyat dan kerajaan juga mesti memberi perkhidmatan terbaik melangkaui harapan rakyat, mengurangkan kerenah birokrasi serta profesional dan mesra, cepat dan tepat, serta menghasilkan pulangan yang berganda kepada kekayaan negara. 

"Selain itu, mahu tidak mahu penjawat awam wanita khususnya mesti berfikir di luar lingkungan kotak. Kita seharusnya berfikiran kritis dan konstruktif dalam menunaikan tanggungjawab dan amanah dengan mencari penyelesaian-penyelesaian kreatif dan inovatif di luar kelaziman," katanya pada Majlis Pertemuan Mesra Bersama Puspanita Kebangsaan di Seri Perdana di Putrajaya hari ini. 

Majlis yang julung kali diadakan itu disertai kira-kira 800 ahli Puspanita, dan turut hadiri isteri timbalan perdana menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman merangkap Naib Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri  dan Timbalan Menteri (BAKTI) dan Yang Dipertua Puspanita Datin Seri Rohani Abdullah.

PRU13: PM Ikrar Banteras Rasuah...!!!!

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan Ikrar Intergriti Pilihanraya kepada Presiden Integriti Antarabangsa Malaysia (TI), Datuk Paul Low selepas menandatanganinya di Bangunan Perdana Putra di sini, Rabu. 
 
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu berikrar akan memberikan komitmen terhadap agenda pembangunan nasional terutamanya dalam membanteras gejala rasuah menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Menerusi dokumen ikrar yang ditandatangani Najib, beliau menyatakan bahawa hanya pemimpin yang adil boleh mewujudkan sebuah kerajaan yang diterima rakyat.
"Saya percaya sebagai pemimpin BN yang sebenar, saya perlu menjadi contoh yang baik bahawa hanya calon yang bertanding secara adil dan bebas akan mewujudkan sebuah kerajaan yang dipercayai dan dihormati rakyat," katanya seperti dipetik menerusi dokumen berkenaan.
Ikrar berkenaan merupakan inisiatif pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Integriti Antarabangsa Malaysia (TI).
Majlis menandatangani ikrar berkenaan disaksikan Presiden TI, Datuk Paul Low.
Hadir sama ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).
Hadir sama ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta beberapa pemimpin komponen BN termasuk Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek; Presiden PBB, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel.
Ikrar berkenaan merupakan satu kontrak sosial yang dibuat secara sukarela oleh calon-calon PRU-13 bagi menggalakkan integriti, sistem tadbir urus yang baik, ketelusan dan akauntabiliti dalam kerajaan di peringkat negeri dan persekutuan serta demi menegakkan kedaulatan undang-undang.
"Bakal-bakal calon daripada parti komponen BN sudah melalui proses tapisan oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), jadi ia terbukti bahawa mereka juga memikul komitmen untuk memastikan pilihan raya bersih dan adil.
"Ini merupakan satu lagi langkah kehadapan dengan menandatangani ikrar integriti. Marilah kita bekerja bersama-sama ke arah mengukuhkan proses pilihan raya," katanya dalam satu kenyataan.
Selain itu menurut Najib, beliau akan memastikan semua calon BN menandatangani ikrar berkenaan selepas senarai calon diumumkan.
Sementara itu Low berkata kandungan ikrar berkenaan turut akan dimuatkan dalam laman web rasmi Integriti Antarabangsa Malaysia (TI).
"Langkah seterusnya ialah menjadi tanggungjawab awam adalah untuk menjadi mata dan telinga bagi memantau sama ada bakal-bakal calon mematuhi ikrar itu atau pun tidak.
"Selain itu orang ramai turut berpeluang memberikan maklum balas mengenainya di laman Facebook dan Twitter," katanya.
Empat teras utama yang terkandung dalam ikrar berkenaan ialah:
1. Calon perlu mematuhi prinsip kebenaran, integriti, tingkah laku yang beretika dan akauntabiliti, termasuk tidak menerima atau memberi rasuah atau terlibat dalam apa-apa cara dalam amalan rasuah;
2. Mendukung dan memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat secara keseluruhan;
3. Melakukan tadbir urus yang baik dan telus;
4. Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang diguna pakai di Malaysia.