Selasa, 19 Februari 2013

Jangan Kagum sangat dengan Najibisme

Sememangnya sifat pengampu, tidak cukup dengan penggunaan slogan kini istilah-istilah baru lama dipopularkan kembali. Najib PM 1Malaysia terlalu sibuk dengan tranformasi itu dan ini.Dan beliau juga takut sangat dengan reformasi

Para penulis upahan dicanagkan melalui media rasmi Umno mempromosikan agenda-agenda baik dengan membaca pemikiran Najib.

Walhal, kita patut salute dengan kakitangan kerajan khasnya unit EPU yang duduk bawah jabatan PM lah yang merangka dan merancang tranformasi berkenaan.

Kita, jangan ingat Najib boleh berdiri dengan sendiri, tetapi dia disokongan dengan tenaga bantu daripada barisan teknokrat negara yang bertungkus lumus mahu memajukan dan mengembangkan ekonomi negara malaysia.

Malangnya, kita mewakilkan dengan wakil rakyat Bn Umno yang rakus bobrok dengan kuasa dan kekuasaan meraih kekayaan negara dengan seada-adanya.

Malanglah rakyat Malaysia ...


Dasar-dasar 'Najibnomics' dan kebangkitan rakyat

"NAJIBNOMICS" telah mula diperkenalkan sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memegang tampuk pemerintahan negara. Tanpa berselindung lagi, dasar-dasar yang diperkenalkan, sedang dan akan dilaksanakan melibatkan idea-idea yang bertunjangkan inovasi, kreativiti dan produktiviti.

Najib jamin BN tidak akan laksanakan Hudud

Macai umno kantoi buang bendera PAS ke Sungai kena tangkap

Perlihat perpaduan dalam Pakatan

Abd Shukur Harun ,
Rakyat prihatin memberi perhatian kepada Pakatam Rakyat dan pemimpinnya dan berharap supaya mereka memperlihatkan perpaduan dalam tahap paling tinggi. Iaitu mengelakkan perbezaan pendapat, walau sekecil manapun dalam saat kritikal sekarang.

Ini untuk jaminan mencapai kemenangan menjelang PRU akan datang, yang dijangka paling sengit dalam sepanjang sejarah pilihan raya di tanah air.

Mereka mengharapkan sangat Pakatan Rakyat dan pemimpinnya meletakkan agenda perpaduan dan keutuhan Pakatan di atas segala-galanya.

Mereka mahukan supaya wujud dalam pemikiran pendukung Pakatan bahawa tidak ada tokoh dan individu yang merasa dirinya lebih penting atau lebih berpengaruh daripada yang lain dalam Pakatan Rakyat, melainkan Pakatanlah yang mesti lebih diutamakan.

Tanpa perpaduan yang kukuh, menurut rakyat prihatin, Pakatan akan berdepan dengan cabaran yang lebih besar daripada segalanya, iaitu hasutan musuh untuk supaya Pakatan dilihat berpecah belah dan tiada persefahaman.

Mencari lebih ramai Jokowi dan Ahok dalam politik

Haris Zuan

Baru-baru ini saya terperasan gambar foto dua rakan saya dalam Facebook mereka. Kedua-duanya –  Ustaz Rosidi Hussain dan Steven Sim – merupakan ahli politik, dan dalam gambar tersebut memakai "kemeja Jokowi" yang kini cukup trendy di Indonesia. Rakan-rakan lain mengejek mereka sebagai Jokowi dan Ahok Pulau Pinang.
Huh? Siapa pula Jokowi dan Ahok?
Barangkali di negara ini nama Psy ‘Gangnam Style’ lebih dikenali berbanding Jokowi dan Ahok. Malah nama Jokowi dan Ahok ini kedengaran kampung, tidak ‘internasional’ dan bunyian kedaerahan  – nama yang bukan siapa-siapa, tidak dipentingkan dan tidak layak diberi perhatian. Namun bukan itu yang berlaku di Indonesia baru-baru ini apabila gandingan Jokowi dan Ahok berjaya menawan hati warga Jakarta yang melihat mereka ini sebagai harapan baru buat kota raya itu. Lebih daripada itu, gandingan ini mencipta sensasinya yang tersendiri; hingga timbul istilah ‘fenomena Jokowi dan Ahok’.
Joko Widodo atau Jokowi dan Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok merupakan gandingan calon yang berjaya dipilih sebagai Datuk Bandar dan Timbalannya dalam pemilihan Gubernur dan Wakil Gubernur (Datuk Bandar) Jakarta baru-baru ini.

Rampasan Kampung Tanduo: Kegagalan BN tepati janji ‘Selamat, Aman dan Makmur’

Menjelang pilihan raya, dengan andaian Barisan Nasional akan tewas dalam PRU 13, propaganda ketidakstabilan dan huru-hara mula dicanang terutamanya oleh gerombolan elit pemerintah — baik yang masih berkhidmat ataupun yang telah “pencen”. Dalam keriuhan polemik ketidakstabilan negara ini, tidak semena-mena, negara digemparkan dengan kehadiran militia penceroboh, yang mendakwa diri mereka sebagai Tentera Di Raja Sulu, pada 9 Februari lalu apabila mereka mula menawan Kampung Tanduo di Felda Sahabat 17, Lahad Datu. Anggota kumpulan militia berketurunan Tausug dan Bajau yang lengkap bersenjatakan M16, pelancar bom tangan dan beberapa jenis senjata api lain mula mendarat di Lahad Datu secara berperingkat dari Jolo, Basilan dan Tawi Tawi. Tuntutan mereka — jangan dikembalikan rakyat Sulu yang berada di Sabah kepada Filipina.
Adalah mendukacitakan, apabila Kementerian Dalam Negeri, yang dipimpin Datuk Seri Hishammuddin Hussein, bersama dengan pihak tentera dan polis, memilih untuk sekadar berunding dengan kumpulan militia dan sehingga ke saat artikel ini ditulis, dianggarkan seramai 300 orang anggota militia telah berkumpul di Kampung Tanduo dan rundingan sudah masuk minggu kedua dengan beberapa tuntutan baru daripada pihak penceroboh yang agak mencurigakan.

BERSIH: Ada rancangan niat jahat di sebalik filem 13 Mei



 
Gabungan BERSIH mengutuk tayangan tertutup filem Tanda Putera semalam dan mendakwa ia meneruskan politik berasaskan ketakutan dan merupakan "satu langkah ke belakang" dalam wacana politik negara.

"Walaupun kita belum lagi menonton filem tersebut, kita difahamkan terdapat bahagian dalam filem itu yang tidak sihat yang boleh mencetuskan kebencian dan kesangsian antara kaum.

"Kami merasakan terdapat niat jahat di sebalik tayangan filem tersebut, seperti menakut-nakutkan pengundi supaya mereka akan terus menyokong BN.

Islam, politik dan kepimpinan

Mohamad Aiyad bin Ramli,
Artikel ini merupakan pemenang sagu hati pertandingan menulis esei berdasarkan ayat al-Quran Surah an-Nisa ayat 58.

Muqaddimah

Firman Allah SWT dalam al-Quran, surah an-Nisa, ayat 58:

“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat.


Islam merupakan agama yang syumul iaitu yang meliputi keseluruhan kehidupan manusia. Ia disebut sebagai ad-Din yang bermaksud cara hidup. Islam merupakan suatu sistem yang diturunkan Allah SWT selaras dengan fitrah manusia. Sewaktu manusia berada di alam roh, Allah SWT berfirman, maksudnya:

“Bukankah Aku ini Tuhanmu?, maka semua roh manusia menjawab “Benar, Engkau Tuhan kami, bahkan kami menjadi saksi.” (Surah al-A’raf : ayat 72)


Oleh sebab kehidupan manusia secara fitrahnya adalah makhluk berpolitik, maka suatu sistem berlandaskan Islam diperlukan. Rangkuman sistem politik berlandaskan al-adalah wal-ihsan yang menggabungkan keperibadian kepimpinan, maka wujudlah kesetaraan antara hablun minallah (hubungan dengan Allah), hablun minanas (hubungan dengan manusia) dan hablun minal alam (hubungan dengan alam). Dalam sejarah klasik, keperibadian Daud a.s dan Sulaiman a.s, kedua-duanya adalah pemerintah dan juga nabi. Dalam konteks kontemporari, kejayaan Sultan Muhammad al-Fateh membebaskan Costantinople hanya 800 tahun selepas zaman Rasulullah SAW sangat berkait rapat hubungan dengan Allah SWT. Kejayaan mengangkat bahtera ke bukit lalu diluncurkan kembali ke laut berkait rapat dengan elemen tahajjud. Semua kejayaan yang dicapai adalah menggabungkan aspek fizikal dan spiritual.

Semua aspek kehidupan samada politik atau pemerintahan, menjurus kepada pengabdian diri kepada Allah SWT. Firman Allah SWT, bermaksud:

“Tidak Aku jadikan Jin dan Manusia, melainkan untuk beribadat kepada-Ku” (Surah al-Zariat ayat : 56)

Citra dan politik narsisisme menjelang Pilihan Raya ke-13

Ismail Hashim Yahaya

Menjelang pilihan raya ke-13 ini, para elit politik negara telah mulai sibuk dengan pelbagai persiapan seperti menyediakan manifesto dan memulakan kempen, memberikan ceramah, merasmi dan mengunjungi
 tempat-tempat awam, menemui rakyat, memberi risalah dan mengemukakan nama calon ahli parlimen dan dewan undangan negeri, 
memasang sepanduk, poster dan banner di jalan raya, mengirim mesej pesanan ringkas melalui telefon bimbit,
 mengaktifkan laman sesawang, berbicara di radio serta menyiarkan iklan
 di media elektronik.
Dalam politik abad maklumat ini, citra politik seseorang tokoh yang 
dibangun melalui pelbagai media cetak dan elektronik boleh menentukan pilihan politik pengundi.
Melalui “jampi serapah 
elektronik” itu, persepsi, pandangan dan sikap politik masyarakat 
dibentuk, bahkan dimanipulasi oleh citra media. Ia menjadi semacam “politik pencitraan”
yang merayakan citra berbanding kearifan, ketokohan dan kepimpinan politik sebenar.
Kekuatan “jampi serapah” elektronik telah menghanyutkan para elit politik
 dalam keghairahan merakayasakan citra diri, tanpa mempedulikan hubungan citra itu 
dengan realiti sebenarnya.
Citra
 menjadi terputus dari realiti yang dilukiskan. Kesenangan melihat citra diri boleh saja menggiring kepada apa yang dikenali “narsisisme politik” (political narcissism).
Citra diri boleh menonjol menjadi citra parti dan nasional dan sejauh manakah kebenaran dan realti masih boleh dipertikaikan. Pemulaan citra dan pembinaan dengan memburukan parti lawan melalui propaganda memperlihatkan sutu mainan manipulasi politik dengan menggunakan media.

PKFZ : Dr M beritahu mahkamah beliau faham syarat kontrak ‘seperti pelajar sekolah’

KUALA LUMPUR, 19 Feb — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir berkata beliau tidak bersetuju dituduh berbohong apabila memberi keterangan mengenai perbicaraan penipuan bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik mengenai pembelian tanah Zon Bebas Cukai Pelabuhan Klang (PKFZ). Ketua pendakwaraya Datuk Tun Majid Tun Hamzah menyoal Dr Mahathir berkenaan kenyataan bercanggah penggunaan perkataan "harga tunai" dan "harga kontrak" apabila menerangkan harga RM25 per kaki persegi (psf) untuk harga tanah PKFZ.
Tun Majid berkata tidak perlu jadi seorang akauntan, peguam atau doktor untuk memahami perkataan "tunai", berkata pelajar sekolah pun tahu maksud "tunai", sebelum mengatakan Dr Mahathir "tidak bercakap benar".
"Maafkan saya, saya bercakap benar. Saya bercakap demikian kerana saya tidak faham perkataan-perkataan itu," kata Dr Mahathir.

‘A thousand yee sang lies’

Lim Kit Siang says that a thousand lies are being told to cover up one regarding Psy not joining the prime minister for the yee sang ceremony.
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional’s attempt to horse trot into the hearts of Penangnites ahead of the general election has proven to be a disaster.
Lim Kit Siang had now cast aspersion on the claim that South Korean superstar Psy had refused to toss the yee sang with Prime Minister Najib Tun Razak because of a death threat.
According to the DAP veteran, BN was forced to tell a thousand lies to cover up the original one in an attempt to mitigate the damage.
“Although Penang police chief Abdul Rahim Hanafi produced the SMS to the police on the death threat to Psy by his manager, he really did not explain the yee sang fiasco,” he said.
The Penang police chief, Lim added, revealed that the police tightened security by assigning 11 officers to ensure the Korean superstar’s safety on his arrival the next morning on Feb11.
“However, why did the prime minister, former prime minister Abdullah Ahmad Badawi and Cabinet ministers have to undergo the public embarrassment and indignity of having to wait forlornly on the stage for over five minutes for Psy to join them to toss yee sang only to sheepishly leave the stage when the ceremony had not been completed – which is regarded a bad omen by many?” he asked.
Lim said the death threat, if genuine, was directed at Psy at the airport and hotel but not at the Han Chiang school grounds, where the event was held.

Isteri Anggota TLDM Maut di Lif Pangsapuri TLDM Terhempas Dari Tingkat 5! Kemudahan Kem Teruk?

Wanita Mati Lif TLDM Isteri Anggota TLDM Maut di Lif Pangsapuri TLDM Terhempas Dari Tingkat 5! Kemudahan Kem Teruk?
Kami ingin berkongsikan kisah tragis yang melibatkan isteri kakitangan TLDM yang cukup menyayat hati dan diharapkan dapat membuka mata pihak-pihak yang bertanggungjawab supaya lebih serius  menjaga anggota tentera di Malaysia yang banyak berkorban untuk negara selama ini. 
Yalah, memang benar ajal maut ditangan Tuhan. Cuma…kami berharap sangat tragedi yang menimpa kepada arwah Zamelia Isharuddin memberikan satu pengajaran kepada yang lain agar kecuaian seperti ini tidak berulang lagi & menimpa kepada orang lain pula.
Berdasarkan maklumat yang dikongsikan oleh salah seorang pembaca Berita Semasa semalam yang juga merupakan rakan Arwah dan sama sama mengiring jenazah serta turut ikut perkembangan Arwah daripada mula kejadian sehingga petang semalam arwah dikebumikan.

MPs want probe into Amalilio's wealth, political ties

Koyak, bakar bendera PAS cuba cetus provokasi

 
KUALA LUMPUR: Tindakan khianat yang dipercayai oleh penyokong parti tertentu mengoyak dan membakar bendera PAS di Kempas, Johor awal pagi tadi nyaris-nyaris mencetuskan pergaduhan.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi tadi, beberapa samseng dikatakan menanggal, mengoyak dan membakar deretan bendera PAS yang dipasang di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai di sini di hadapan umum.

Tindakan itu kemudiannya cuba dihalang penduduk setempat dan beberpa orang petugas PAS sehingga hampir-hampir mencetuskan pergaduhan.

Bagaimanapun tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku apabila orang ramai membantu mententeramkan keadaan.

Ekoran tindakan yang bersifat provokasi itu juga, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kempas terhadap salah seorang samseng yang dikenali oleh penduduk itu.

Pengusiran Xenophon bukti “uber-patriotisme” Mahathir kembali, kata akhbar Australia

Senator bebas Australia Nick Xenophon.
KUALA LUMPUR, 19 Feb — Pengusiran senator bebas Australia Nick Xenophon menunjukkan pentadbiran Najib kembali kepada "uber-patriotisme dan uber-Islam" pentadbiran Mahathir dalam pilihan raya 2013 menjelang, kata akhbar Australia, The Australian hari ini. Ketua pengarang The Australian bahagian Asia Pasifik Rowan Callick berpendapat populariti Datuk Seri Najib jatuh ke peringkat terendah dalam masa 16 bulan ini, walaupun dasar-dasar seperti membatalkan pengharaman dua akhbar pembangkang dan membebaskan 13 tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada hari Najib menjadi perdana menteri pada 2009.
"Selain melantik konsultan yang berkos tinggi, terutamanya dari Amerika Syarikat, mereka cuba untuk menggunakan strategi (Tun Dr) Mahathir Mohamad, perdana menteri keemapat, yang memerintah selama 22 tahun sehingga 2003," kata Callick dalam komentarnya hari ini.
"Jadi pengusiran Xenophon pada minggu lalu tidak memeranjatkan, sebagaimana Menteri Luar (Australia) Bob Carr menggambarkannya. Ini adalah sebahagian dari mereka kembali kepada paten uber-patriotisme dan uber-Islam yang berjaya dalam pilihan raya di bawah pemerintahan Mahathir," katanya lagi.

Pengerang: Air bertakung, binatang liar di kubur baru


KUALA LUMPUR: Tanah perkuburan baru di Punggai berdekatan Dasaru Johor yang menempatkan mayat-mayat yang dipindahkan dari empat buah kampung didapati tidak diuruskan dengan sempurna.

Bukan itu sahaja, difahamkan pengalihan kubur-kubur serta penyempurnaan semula juga didakwa tidak mengikut prosedur yang sepatutnya.

Menurut Pengerusi Gabungan NGO Pengerang Anis Afida (gambar), jalan masuk ke kubur Punggai sehingga hari ini masih tidak ditar, bahkan kawasan kubur pula tidak dipagar dan terdedah kepada binatang liar.

Sedangkan katanya, Mufti Johor turut menegaskan sebelum berlakunya pengalihan mayat-mayat kawasan kubur baru perlulah dipagar dan ditanam pokok terlebih dahulu seperti tapak kubur yang lain.

"Dalam beberapa siri tinjuan, kita dapati ada kesan tapak kaki babi di kawasan kubur baru ini, bukan itu sahaja kita mendapati ada kesan korek dari binatang liar yang masuk berkeliaran di tapak itu," katanya kepada Harakahdaily.

PRU13 : Berhati-hati, sekarang masa kecederaan - Umcedel


KUALA LUMPUR: Tempoh dari sekarang sehingga hari pembuangan undi PRU-13 umpama masa kecederaan untuk semua parti-parti politik di Malaysia.

Mana-mana parti yang membuat silap dalam tempoh ini akan menyebabkan mereka kalah dalam pilihan raya ini.

Demikian kata Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel), Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman (gambar) dalam seminar pilihan raya anjuran Umcedel hari ini.


Sebelum ini, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menggunakan istilah 'tempoh berpantang' untuk masa sekarang hingga hari pembuangan undi.

Dalam tempoh ini, semua pihak dalam parti perlu berhati-hati dalam membuat sebarang tindakan atau kenyataan.

Sehingga kini, kata Ridhuan, kedua-dua pihak iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat mempunyai peluang yang hampir sama untuk memenangi pilihan raya kali ini.

Ini adalah yang pertama kali berlaku dalam sejarah politik Malaysia.

Halang Senator Australia tapi benar syarikat Australia bina Lynas

KoonKUALA LUMPUR 19 FEB: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) kutuk pengusiran Senator bebas Australia, Nick Xenophon yang pada masa sama, kapitalis Lynas Corporation Ltd dari Australia dibenar buka loji radioaktif di Gebeng, Kuantan.
Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Datuk Dr Toh Kin Woon (gambar) berkata, tindakan Umno BN itu lambang sikap tidak profesional kerajaan untuk memulihkan integriti sistem dan proses pilihan raya Malaysia.
“Bersih 2.0 menjemput beliau bersama delegasinya ke Malaysia untuk meninjau sendiri proses pilihan raya di Malaysia berbanding sekadar mendengar pandangan dari satu pihak sahaja.
“Kehadiran Xenophon bukan untuk kepentingan Pakatan sahaja. Beliau bertindak sebagai pemerhati bebas dengan mendapatkan pandangan semua parti politik termasuk komponen BN,” katanya pada sidang media di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor hari ini.
lynasKin Woon berkata, pengusiran Xenophon disyaki mempunyai kaitan menjelang pilihan raya umum.
“Xenophon tidak patut diusir kerana beliau bukan pendatang haram dan memiliki dokumen sah untuk memasuki Malaysia,” katanya.
Hadir sama, rakan sejawatnya, Maria Chin Abdullah; Pengarah Eksekutif Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas), Arul Prakash dan Pengerusi Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia (Mafrel), Syed Ibrahim Syed  Noh.

Umno semarak sentimen kaum dalam Filem Tanda Putera

Tanda PuteraKUALA LUMPUR 19 FEB: Filem Tanda Putera berpontensi memecah belah kaum kerana mengandungi unsur rasisme, kata Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Datuk Dr Toh Kin Woon.
Beliau mempersoal tujuan tayangan filem itu oleh Felda kepada 3,000 peneroka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.
Filem itu mengisahkan usaha mantan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein dan Timbalannya, Tun Dr Ismail Abdul Rahman membangunkan tanah air selepas tragedi 13 Mei 1969.
“Difahamkan terdapat beberapa babak dalam filem itu yang berpotensi menggugat keharmonian antara kaum di Malaysia kerana berunsurkan rasisme.
“Adakah Umno bertujuan mendapatkan kembali sokongan peneroka dengan memainkan isu-isu perkauman dan agama?” soalnya.
Beliau berkata, rakyat patut diberi ruang demokratik yang baik untuk memilih pemimpin melalui penganjuran debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukan kaedah sebegini.
Pada tayangan tertutup itu, peneroka menyaksikan bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Program tayangan khas itu diumumkan oleh Timbalan Menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda, Datuk Ahmad Maslan dalam ucapannya terdahulu, di PWTC.
Dilaporkan, acara yang tidak disenaraikan dalam buku program itu diadakan untuk warga Felda atas permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri.

Pemimpin DAP, PKR Johor dinasihat tidak buat kenyataan menjejaskan hubungan baik parti


KUALA LUMPUR, 19 FEB: Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng dan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau dinasihatkan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan dan kerjasama kedua-dua parti di negeri berkenaan.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, beliau sudah berbincang dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bersetuju supaya Chua dan Dr Boo tidak membuat kenyataan terutama mengenai pembahagian kerusi antara DAP dan PKR di negeri itu.
Katanya, kedua-dua pemimpin PKR dan DAP negeri hendaklah berunding terlebih dahulu dengan pucuk pimpinan parti masing-masing sebelum membuat sebarang kenyataan mengenai pembahagian kerusi untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.
Menurutnya, perbalahan antara pemimpin PKR dan DAP Johor itu menyebabkan media arus perdana yang dikawal BN melaporkan publisiti negatif yang menguntungkan BN dan mengecewakan penyokong Pakatan Rakyat (PR).

Rafizi sah pemegang saham Boustead, semak perjanjian LTAT

KUALA LUMPUR 19 FEB: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli kini mempunyai 100 unit saham Boustead Holdings Bhd (Boustead) bernilai RM527 bagi membolehkannya menyemak dokumen perjanjian urusniaga tanah melibatkan caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Rafizi bersama pencarum LTAT dihalang menyemak perjanjian jual beli semasa ke Wisma Boustead 31 Disember lalu.
Rafizi (tiga dari kiri) bersama pencarum LTAT dihalang menyemak perjanjian jual beli semasa ke Wisma Boustead 31 Disember lalu.
“Saya disahkan oleh Bursa (Saham Kuala Lumpur) sebagai pemegang saham Boustead dengan 100 unit saham. Saya akan menulis surat hari ini memaklumkan kepada Boustead esok pukul 11 pagi saya akan pergi untuk menyemak dokumen perjanjian,” kata Rafizi kepada Keadilan Daily.
Menurut Rafizi, beliau akan melihat secara terperinci perkara dan klausa yang terkandung dalam perjanjian tersebut untuk mencari ruang bagi membatalkan perjanjian bekas anggota tentera yang mencarum dalam LTAT.

Manifesto PR: “Pakatan Harapan Rakyat” fokus empat teras utama


PETALING JAYA, 19 FEB: Majlis Presiden Pakatan Rakyat sudah meluluskan manifesto bersama untuk Pilihan Raya Umum ke-13 yang dinamakan Manifesto Rakyat dan bertemakan “Pakatan Harapan Rakyat” yang akan dilancarkan pada Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4 di Pusat Konvensyen Shah Alam, 25 Februari ini.
Manifesto itu mengandungi empat teras utama iaitu Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat adalah rangkuman holistik semua dasar berlandaskan dasar Bersama Pakatan Rakyat 2009, Buku Jingga pada 2010 dan program khusus yang diumumkan dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 dan 2013.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, pelancaran manifesto pilihan raya itu antara lain membuktikan komitmen PR terhadap tanggungjawab mengangkat permasalahan rakyat dan dasar untuk menentang politik perkauman dan fitnah yang dibawa Barisan Nasional (BN).
“Ia adalah dasar yang matang. Sebelum ini PR sering dituduh tidak mempunyai dasar yang kukuh. Kini, kami mempunyai satu dasar yang progresif berbanding BN.
“Kami mengambil masa yang lama untuk merangka manifesto ini dan saya rasa inilah pertama kali oposisi memulakan kempen mereka,” katanya pada sidang media bersama di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.
Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, PR mengambil inisiatif politik dengan mengangkat pandangan dan suara rakyat.
“Manifesto kali ini mudah untuk difahami rakyat dan ia bukan dasar ‘politik longkang’. Tawaran PR kali ini adalah atas kejayaan pencapaian kita sejak lima tahun memerintah,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Menifesto Rakyat : PR Lancar Perang Terhadap Umno-BN

menifesto PKR-PC
PETALING JAYA, 19 FEB: Pakatan Rakyat (PR) akan melancarkan menifesto kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sekaligus mendahului Umno-BN yang sehingga kini masih gagal mengumumkan tarikh pilihan raya.
Dengan tema ‘Pakatan Harapan Rakyat’, menifesto ini dinamakan ‘Menifesto Rakyat’ menunjukkan PR sudah bersiap sedia melancarkan ‘perang’ terhadap Umno-BN dalam usaha merubah tampuk pemerintahan negara ke arah yang lebih baik.
Menifesto ini diluluskan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat merupakan menifesto bersama ketiga-tiga parti yang mengandungi empat teras utama iaitu rakyat bersaudara, ekonomi rakyat, kesejahteraan rakyat dan kerajaan rakyat.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam satu sidang media berkata Menifesto Rakyat ini menggabungkan kesemua dasar yang berlandaskan Dasar Bersama Pakatan Rakyat, Buku Jingga dan program-program khusus yang diumumkan melalui Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 dan 2013.

Banjir Kilat Di Puchong : MPSJ Arah Kontraktor LRT Bina Saliran Air Baru Ke Sungai Klang

Banjir di puchong
SHAH ALAM 19 FEB: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mengarahkan kontraktor yang terlibat bagi projek pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT) berhampiran pusat membeli belah IOI Mall Puchong supaya membina saliran air baru yang dapat mengalirkan air ke sungai Klang.
Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi berkata, kontraktor berkenaan iaitu Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) juga diminta mempercepatkan memperbesarkan longkang yang lebih luas untuk menampung peningkatan kuantiti air hujan.
Katanya, punca banjir kilat yang berlaku petang semalam berkemungkinan disebabkan oleh hujan yang lebat dan kapasiti air yang melalui saluran air di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) terlalu tinggi yang menyebabkan limpahan.

M'sian PM & A-G must disclose if RM1bil Amalilio funds have been found in M'sia

M'sian PM & A-G must disclose if RM1bil Amalilio funds have been found in M'siaMalaysian Opposition lawmakers called on Prime Minister Najib Razak and Attorney-General Gani Patail to make public their findings about the bank accounts of wanted Ponzi scheme-manager Manuel Amalilio.
"We are talking about almost RM1bil in funds. The Philippine authorities have already confirmed they could find no trace of it in the Philippines. So where can it be but in Sabah. The (Malaysian) Attorney General said he would "check" and "freeze". This doesn't equate to him having already frozen the accounts," PKR MP for Suabng Sivarasa Rasiah told a press conference on Tuesday.
Sivarasa also pointed that Najib government was in "no position" to determine if the Filipino passport held Manuel was fake or genuine.
"The only people who can determine if the passport is genuine or not are the Philippine authorities because they are the ones who issued it. And they are saying very clearly that it is not fake," said Siva.
Born in Beaufort, money used to fund Sabah polls?
A wanted criminal in the Philippines, Amalilio is believed to have dual citizenship. According to PKR MP for Batu Tian Chua, who was also at the press conference, Amalilio was born in Beaufort Sabah and also holds a Malaysian passport.
The status of Amalilio's orgins has become a key point of contention as the Malaysian authorities have blocked his extradition to Philippines, angering President Benigno Aquino's government who had tried to take him home to face charges of having swindled at least 15,000 people of some 12 bil pesos (nearly RM1 bil).
Speculation is rife that Amalilio had "contributed" money to key politicians in Sabah, who might be using the money to finance their campaigning in Malaysia's coming general election. Such concerns had fueled strong protests in the Philippines, with irate investors - who are mostly poor Muslim families from the south - upset at the thought of their hard-earned money being used by fat-cat politicians in Malaysia's Sabah state.
In prospecting for clients, Amalilio had also boasted that he was a nephew of Sabah Chief Minister Musa Aman, Foreign Minister Anifah Aman and former (chief) minister Haris (Salleh). Indeed, there does appear to be something fishy about Amililio's connections. Musa had initially denied any ties but was forced to later admit that Amalilio might be a distant relative.
Malaysian govt conspiracy

Gesa Najib serah penjenayah dikehendaki Filipina

TianPETALING JAYA 19 FEB: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak digesa memberi kerjasama kepada kerajaan Filipina supaya tidak menyorok penjenayah dikehendaki negara itu.
Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, kelewatan kerajaan bertindak ke atas Manuel Karingal Amalilio, yang dikaitkan sebagai anak saudara kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman akan menjejaskan hubungan baik dengan negara jiran itu.
“Kita minta Perdana Menteri mengarahkan Peguam Negara segera mengambil semua langkah yang perlu untuk membolehkan mahkamah Filipina meneruskan prosiding pendakwaan terhadap Amalilio.
“Kelewatan kerajaan Malaysia menghantar Amalilio ke Filipina menambah penderitaan mangsa penipuannya yang kebanyakan Muslim dari Selatan Filipina,” kata Tian pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.
Isu ini gempar awal bulan ini apabila polis Filipina dilapor memburu Amalilio atau nama sebenarnya Mohamad Kamal Suffian Said, kerana didakwa menipu lebih 15,000 orang membabitkan 12 bilion peso (RM895 juta).

Sekat MP Pakatan jadi panel di UM tunjuk akademik PM lemah – Nik Nazmi

Izzah 1KUALA LUMPUR 19 FEB: Sekatan terhadap beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat pada seminar politik Universiti Malaya (UM) hari ini, simbol betapa lemahnya akademik Perdana Menteri, kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Pembatalan itu didedahkan Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaysia (Umcedel), Prof Dr Mohammad Redzuan Othman pada Seminar Politik Menjelang Pilihan Raya Umum 13 di Dewan Kuliah B, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, UM, pagi tadi.
Menurutnya, arahan itu dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Forum anjuran Umcedel itu pada mulanya membariskan ahli panel Pakatan terdiri Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.
BN pula Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifudin Abdullah dan Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan.

LGE gesa Hisham letak jawatan jika gagal selesai isu Lahad Datu

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengkritik Kementerian Dalam Negeri kerana kelewatan dalam menyelesaikan "pencerobohan" di Lahad Datu, Sabah, oleh sekumpulan bersenjata yang dikaitkan dengan Sultan Sulu.

NONEKatanya, kenyataan terbaru Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein bahawa penceroboh itu bukan militan atau pengganas, tidak boleh diterima.

"Jika begitu, maka mengapa mereka di (sebuah kampung yang berhampiran) Lahad Datu (dan) bersenjata berat?," katanya.

Lim berkata, sekiranya ia berlaku di Pulau Pinang, beliau - sebagai ketua menteri - akan meminta bantuan keselamatan daripada kerajaan persekutuan untuk membawa mereka keluar dari negara ini atau menangkap kumpulan bersenjata itu.

Kumpulan itu didakwa terdiri daripada kira-kira 100 pengikut seorang sultan di Filipina, yang mendakwa bahawa Sabah "dipajak" kepada kerajaan Malaysia.

Himpunan We Love Tok Guru esok

KOTA BHARU: Rakyat Kelantan tanpa mengira kaum diseru menyambut kepulangan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat esok 20 Febuari dari mengerjakan umrah di Makkah.

Pengerusi Jawatankuasa Himpunan We Love Tok Guru, Datuk Takiyuddin Hassan, ketika memberitahu Harakahdaily berkata, sambutan pertama akan diadakan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra jam 11.30 pagi.

Menurutnya, himpunan kedua di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke-1V jam 12.00 tengahari.

“Saya menyeru semua rakyat Kelantan tanpa mengira budaya, bangsa turut hadir bagi menyambut kepulangan Tuan Guru yang kita cintai,”ujarnya.

Takiyuddin yang juga anggota exco kerajaan negeri seterusnya berkata, beberapa acara menarik turut disusun sempena program berkenaan.

Antaranya persembahan kebudayaan pelbagai kaum di negeri ini.

“Orang ramai juga berpeluang mendengar ucapan yang bakal disampaikan oleh golongan muda, wakil pondok dan Ladang Rakyat.

“Untuk itu saya sekali lagi menyeru rakyat Kelantan seluruhnya hadir beramai-ramai untuk menyambut kepulangan Tok Guru yang kita kasihi,”ujarnya.

Siapa gigit tangan yang memberi, Mahathir atau...

Aspan Alias,
Kali ini peneroka Felda pula yang menjadi sasaran kempen Dr Mahathir dalam siri lawatan beliau berkempen pilihanraya yang akan datang ini. Peneroka Felda merupakan satu golongan besar yang mampu melakukan perubahan kepada struktur politik negara kerana kumpulan ini merupakan kumpulan yang besar dan berkelompok dan menjadi rebutan kepada semua pihak yang bersaing dalam setiap kali pilihanraya.
Dr Mahathir seperti biasa menggunakan isu membalas budi untuk mendapatkan sokongan peneroka bagi UMNO yang kian hari kian menipis sokongan dari rakyat termasuk orang Melayu sendiri. Kalau selama ini peneroka Felda menjadi kubu untuk UMNO tetapi kali ini arus perubahan yang sedang berlaku di negara sekarang sudah menular ke dalam penempatan peneroka di rancangan Felda.

Isu menggigit jari pihak yang memberi makan itu tidak timbul dalam politik kerana peneroka juga merasakan tanggungjawab mereka terhadap negara yang mereka cintai itu. Mereka sudah tidak mahu terikut-ikut dengan nasihat lapuk dari pimpinan UMNO dan BN sekarang kerana peneroka juga bertanggungjawab terhadap  keselamatan masa depan anak-anak dan generasi mereka.

Nasihat Dr Mahathir itu satu nasihat yang terbalik arahnya. Sepatutnya nasihat itu datangnya dari peneroka kepada pimpinan UMNO yang telah menggunakan kebaikan hati peneroka selama ini sebagai satu kelemahan yang boleh diambil kesempatan dan dijadikan sebagai dahan-dahan bengkok untuk kera-kera liar meniti.

Sabah Diceroboh: Malaysia masih mahu selesai dengan cara baik..!!! Bukti sistem keselamatan negara gagal berfungsi....

LAHAD DATU - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerajaan Malaysia masih memberi ruang bagi mencari jalan terbaik menyelesaikan insiden pencerobohan sekumpulan rakyat Filipina ke negara ini melalui Kampung Tanduo, dekat sini sejak 12 Februari lalu.
"Saya boleh mengesahkan bahawa ruang masih diberi kepada pihak berkenaan dan juga pihak lain yang boleh membantu dalam pendekatan kita mencari penyelesaian terbaik," katanya.
Beliau berkata, ruang yang diberikan itu tidak bermakna kerajaan tunduk kepada sesiapa tetapi bagi memastikan insiden pencerobohan itu tidak menjurus kepada sesuatu yang tidak diingini seperti pertumpahan darah dan kehilangan nyawa.
"Dalam apa juga keadaan fokus utama kita ialah untuk menyelesaikan perkara ini dengan cara yang  terbaik. Ini modus operandi kita... cara kita ialah untuk menyelamatkan nyawa.

Tun Det baling batu sembunyi tangan

KATA Hitler, bohong kalau diulang-ulang, tidak lagi dipercayai sebagai bohong.

Adakah kata-kata Hitler itu dipercaya orang apabila dia berkata, PAS tersingkir dari BN ketika dia jadi Timbalan Perdana Menteri, bukan kerana ditendang UMNO tetapi gara-gara perpecahan dalam PAS sendiri.

Semua tahu segala kerja dan keputusan untuk  menendang PAS itu dibuat oleh Dr. Mahathir sebagai Timbalan Presiden UMNO ketika Perdana Menteri Hussein Onn tiada dalam negeri.

Orang tua itu (Hussein) yang tidak  tahu apa, menerima saja keputusan pimpinan UMNO, bersetuju menentang PAS dengan merancang membentangkan di Parlimen usul meMAGERANkan Kelantan dan meletakkan kerajaan Kelantan di bawah tadbir kerajaan Persekutuan.

Apa yang  dikatakan perpecahan  PAS itu adalah gara-gara campur tangan UMNO  dalam urusan PAS. PAS memutuskan Menteri Besar dalam kerajaan BN Kelantan ia Wan Ismail Ibrahim. Memang ada pandangan kedua dari kalangan PAS terhadap calon itu, tetapi PAS telah telah ada keputusannya.

PRU13 : Selangor akur pilihan raya negeri serentak dengan parlimen

SHAH ALAM, 19 Feb — Kerajaan negeri Selangor akur supaya pilihan raya negeri diadakan serentak dengan pilihan raya parlimen dan menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikhnya.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata perkara itu telahpun disepakati semua anggota Dewan Undangan Negeri Selangor (Adun) daripada pakatan pembangkang.

"Kami setuju supaya tarikh pilihan raya ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dan kami tidak keberatan supaya pilihan raya negeri dilaksanakan serentak dengan pilihan raya parlimen," katanya selepas merasmikan Konvensyen dan Pelancaran Pembudayaan SPIES (Spiritual, Physical, Intelectual, Emotional, Social) negeri Selangor di sini hari ini.

Sebelum ini Khalid berkata tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor akan diumumkan selepas sambutan Chap Goh Mei masyarakat Cina setelah mengadakan pertemuan dengan Adun pakatan pembangkang.

Mengulas isu air, Abdul Khalid berkata beliau tidak menerima sebarang aduan daripada para pelabur di Selangor mengenai bekalan air terawat dan menegaskan bahawa jumlah pelaburan asing di negeri ini tahun lepas masih tinggi. — Bernama

PRU13 : 'Pakatan perlu tunjuk kerjasama untuk menang'

Ketua pengarang Harakahdaily Zulkifli Sulong berpendapat, Pakatan Rakyat berpeluang cerah untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya gabungan parti itu dapat meyakinkan rakyat bahawa mereka mampu bekerjasama.

NONEKatanya, Pakatan perlu menumpukan soal tersebut memandangkan mereka tidak perlu lagi berdepan dengan isu persempadanan semula pilihan raya yang menjadi "senjata magis" BN sebelum ini.

Beliau menjelaskan, persempadanan semula merupakan salah satu faktor kejayaan BN, seperti mana yang menyumbang kepada kejatuhan PAS di Terengganu pada 2004, dan kemenangan tipis parti itu di Kelantan pada tahun sama.

"Tanpa senjata magis ini, saya yakin Pakatan Rakyat mempunyai peluang cerah, tetapi dengan syarat pemimpin PAS, PKR dan DAP dapat meyakinkan rakyat mereka boleh bekerjasama.

"Ini satu-satunya syarat yang diberikan rakyat kepada saya, iaitu kerjasama. Mereka tidak mahu memperjudikan nasib mereka, kepada pemimpin yang bercakaran antara satu sama lain," katanya.

UMNO@BN Pengkhianat Negara : 5,000 dari projek IC Sabah pindah ke K. Selangor?




(Gambar kad pengenalan warga Pakistan yang diambil dari video)

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 5,000 warga asing yang mendapat taraf warganegara sewaktu projek IC Sabah kini didakwa telah dipindahkan ke Kuala Selangor untuk tujuan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Difahamkan usaha perpindahan itu dibuat sejak beberapa tahun lalu dan melibatkan beberapa kawasan di negara ini khususnya Selangor.

Seorang warga Pakistan, Nasib Parwali (gambar) yang mendapat taraf kewarganegaraan dalam projek IC Sabah, mengaku beliau telah ditukar alamat dari Sabah ke Kuala Selangor dua tahun lalu.

"Ini buat dekat Sabah dulu, tapi sekarang alamat sudah tukar sini (Kuala Selangor) lah.

"Sekarang undi di sini Insya Allah," katanya dalam satu rakaman video yang diserahkan satu sumber kepada Harakahdaily.

Dalam video itu juga menunjukkan My Kad Nasib, yang beralamat di Jalan Kuala Selangor, Batt 8, Kampung Ijok Batang Berjuntai.

Beliau juga mendakwa setiap warga asing perlu membayar RM300 untuk mendapatkan borang memohon kad pengenalan itu daripada ejen.

Selepas itu, sejumlah RM6000 hingga RM10000 lagi perlu dibayar apabila mahu mengambil kad pengenalan tersebut.

"Dulu IC hitam, sekarang dah tukar (My Kad) dekat Putrajaya," katanya.

SPR: Xenophon tak layak jadi pemerhati p'raya

Senator bebas Australia Nick Xenophon ialah seorang yang berat sebelah, tidak profesional dan hanya memihak kepada sebuah parti sahaja, justeru itu tidak layak menjadi pemerhati pilihan raya, dakwa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata SPR pernah mengadakan perbincangan dengan Xenophon atas jemputan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi perkara yang ditimbulkannya sama seperti isu yang dibangkitkan parti pembangkang.

"Jadi pemerhati patut bebas, tidak berat sebelah, yang tidak betul tegur walaupun siapa buat salah... Bila bias (dia) tidak dapat hendak jadi pemerhati yang adil dan saksama. Dia mewakili parti politik tertentu, (untuk) jadi pemerhati tidak bolehlah begitu," katanya kepada pemberita di Kuching hari ini.

Beliau sebelum itu merasmikan taklimat ulangan untuk 96 peserta terdiri daripada pegawai pengurus dan ketua pasukan Penguatkuasaan Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) Pilihan Raya Umum Ke-13.

Abdul Aziz berkata sebagai negara berdaulat, Malaysia tidak perlu mengikut telunjuk (individu dari) negara lain untuk melakukan sesuatu.

"Saya percaya negara dia pun (Australia) tidak suka kalau Malaysia beritahu perdana menterinya supaya melantik Malaysia jadi pemerhati atas sebab (kononnya) banyak perkara tidak betul berlaku, itu maknanya kita sudah campur tangan dalam kedaulatan negara lain," katanya.

Artikel Ridhuan Tee hina masyarakat India, kata Pemuda MIC

KUALA LUMPUR, 19 Feb — Artikel Dr Ridhuan Tee Abdullah bertajuk "Kesabaran Umat Islam ada had" di dalam ruangan akhbar Sinar Harian disifatkan Pemuda MIC sebagai "menghina komuniti masyarakat India." Setiausaha Pemuda MIC Kebangsaan, C Sivarraajh berkata tulisan pensyarah Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) itu juga dibuat tanpa memahami situasi sebenar filem Tamil, Vishwaroopam yang sebelum disekat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
"Saya merasakan beliau menghina komuniti India.
"Tanpa memahami cerita sebenar atau menafikan kisah sebenar, beliau telah menulis artikel dengan hanya mendengar kata-kata seorang kenalan.
"Filem itu tiada kena mengena dengan India di Malaysia, ia hanya sebahagian hiburan dalam kehidupan seharian kita," kata Sivarraajh dalam satu kenyataan hari ini.
Jelas beliau lagi kenyataan Ridhuan dalam artikel di muka surat 40, akhbar berkenaan, bertarikh 18 Februari lalu, menyatakan masyarakat India di Malaysia juga tidak sensitif terhadap perasaan Muslim di negara ini.
"Ridhuan Tee terkenal dengan kenyataan sarkastik dan melukakan hati pembaca berbilang bangsa Sinar Harian.
"Beliau menyalahkan komuniti India kerana tidak sensitif, menghina Thaipusam, termasuk kuil dan patung di Batu Caves," katanya.
"Ridhuan Tee tidak sensitif dan seorang pengecut yang berselindung disebalik artikelnya dalam Sinar Harian dan bercakap seolah-olah beliau mengetahui semuanya," tegas Sivarraajh.

'Kenapa Deepak mohon imuniti jika BN akan menang?'

Ketua pengarang Harakahdaily Zulkifli Sulong berkata, tiga orang tokoh yang sebelum ini rapat dengan BN menunjukkan keyakinan bahawa Pakatan Rakyat dapat membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum akan datang.

Katanya, beliau merujuk kepada pandangan bekas pengerusi konglomerat media MRCB Datuk Abdul Rahman Maidin, bekas timbalan menteri Datuk Yahya Lampong, serta ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

NONEBeliau menjelaskan tiga pandangan individu tersebut diamatinya dari sudut kaca mata seorang wartawan.

Zulkifli berkata, beliau menilai tahap keyakinan personaliti berkenaan ke atas situasi politik yang berlaku dan usaha yang ditunjukkan individu tersebut dalam mendekati Pakatan Rakyat, khususnya PAS.

Jelasnya, Yahya menyatakan keyakinan bahawa Sabah bakal menyumbangkan 18 daripada 24 kerusi parlimen kepada Pakatan Rakyat berdasarkan sokongan kaum Kadazan, Dusun, Murut dan Cina.

"Berdasarkan pengalaman saya menyampaikan maklumat dan pengalaman orang, Datuk Yahya berkata 18 daripada 24 kerusi di Sabah akan jatuh dalam pilihan raya. 

"Itu angka pertama yang saya temui menjelang pilihan raya umum," katanya dalam satu forum anjuran Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) di kampus berkenaan hari ini.

Abdul Rahman - yang menyertai PAS akhir tahun lalu - pula katanya sanggup menyertai PAS dan membantu usaha parti itu untuk meluaskan pengaruh di Johor secara sembunyi-sembunyi .

Kit Siang anggap filem Tanda Putera penipu, tidak jujur


KUALA LUMPUR, 19 FEB: Tayangan eksklusif filem, Tanda Putera mengenai tragedi 13 Mei yang berat sebelah dan tidak jujur kepada peneroka Felda di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam, membuktikan pengakuan terakhir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dalam keadaan terdesak untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, tindakan itu dilakukan berikutan kegagalan dalam pelbagai usaha untuk memenangi semula sokongan pengundi, termasuk kemusnahan besar selepas membelanjakan RM3.5 juta untuk persembahan bintang K-Pop Korea Selatan, Psy pada majlis Rumah Terbuka tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yang mengaibkan apabila laungan tiga kali “Ya” untuk Psy dan tiga kali “tidak” untuk BN.
“Saya terkejut apabila seorang Perdana Menteri yang mewujudkan “1Malaysia” sebagai dasar pengenalannya kini mengingkari Program Transformasi Nasionalnya dan mencemarkan semua anjurannya terhadap kesederhanaan dan etika sewaktu forum dalam dan luar negara dengan merestui penayangan sebuah filem yang berniat jahat yang memaparkan saya sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap rusuhan 13 Mei 1969 itu.
“Sedangkan saya sendiri tidak pernah diberi peluang menonton filem itu tetapi apa yang pernah dilakukan bagi publisiti filem itu sudah pun diketahui umum,” katanya dalam kenyataan media mengenai Pengiraan Detik 51 Hari ke PRU-13, hari ini.

Today in History for Tuesday, February 19th

Secret supply roads smuggle hope to Syrians

'Lahad Datu incident used as diversion'

Beli undi: SPRM halalkan tindakan BN

Hishamuddin's Statement Shocking 19 Feb 2013

First time voters, what's the x-factor?

Bersih: Act on breach of polls campaign rules

GM 13 : Kejadian di Pekan membangkitkan semangat kami berjuang

Nik Zawawi Nik Salleh - Bagaimana Majlis Syura Ulama Melihat Masa Depan PAS Dlm Politik Negara Ini

CERITA LAWAK PENOREH GETAH - Tuan Ibrahim

PENJELASAN KEMPEN TANAH UNTUK RAKYAT PAHANG - Tuan Ibrahim

PR TUNAI JANJI HAPUS HUTANG PTPTN - Tuan Ibrahim

TUAN IBRAHIM : CERAMAH UMUM PADANG TUNGKU LIPIS PAHANG

14 Hari Tamat : Kerajaan Negeri Umum Langkah Seterusnya Ambilalih Industri Air

PRU13 : KEADILAN tubuh Institut Rakyat persiapan Pakatan tadbir negara

Izzah 1PETALING JAYA 19 FEB: KEADILAN hari ini mengumumkan Institut Rakyat sebagai tunjang kepada dasar persiapan awal Pakatan Rakyat mentadbir negara.
Pengarah Strategi, Rafizi Ramli berkata, penubuhan institut itu landasan untuk memfokuskan dasar Pakatan secara jelas kepada rakyat.
“Orang di belakang institut ini kebanyakan daripada KEADILAN. Ini adalah langkah menuju Putrajaya.
“Jika kita selalu ditanya Umno BN mengenai dasar, inilah tempat perincian dasar yang dibuat secara rasmi. Kita sudah lama buat penyelidikan mengenai perkara itu tapi tidak secara formal,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.
Rafizi berkata, perancangan penubuhan institut itu sejak setahun lalu dengan matlamat jelas menjalankan kaji selidik dasar dan pemikir untuk memperkukuh keupayaan kajian dan dasar parti.
“Institut ini menyelidik polisi berdasarkan modul untuk perkembangan Pakatan, bukan hanya bertumpu kepada dasar parti,” katanya.
“Penubuhan institut ini sebagai pembentuk dasar dengan pendekatan baru dalam politik, tidak seperti Umno BN yang mengharapkan kepada satu pihak sahaja,” jelas Rafizi.
Beliau ditemani Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar dan Biro Pelaburan dan Perdagangan KEADILAN, Wong Chen.
Hadir sama buat kali pertama, orang kuat di belakang institut itu, Pengarah Penyelidik, Tricia Yeoh, Wong Hoy Cheong. Antara penyelidik terlibat ialah Yin Shao Loong.
Turut diumumkan, majlis pelancaran Institut Rakyat di Hotel Empire Subang jam 3 petang, Khamis ini.

PRU13 : Bantuan BR1M jadi ‘umpan’ akhir BN

KUALA LUMPUR: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak dapat tidak telah menjadi talian hayat Dato’ Seri Najib Tun Razak bagi memujuk rakyat khususnya dalam kalangan penyokong tegarya agar terus mengundi BN pada PRU13 ini, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Katanya, Najib mungkin boleh menawan penyokong tegar mereka, tetapi tidak kepada golongan muda dan bukan Melayu yang memang inginkan perubahan dalam pentadbiran negara.
“Sehingga kini Umno-BN telah menghabiskan hampir RM8 bilion bagi kedua- dua BR1M (1) dan BR1M (2) untuk rakyat terus menyokong mereka pada PRU13 ini.
“Dan dia terpaksa menggunakan BR1M ini kerana ini sahaja talian hayat yang dia ada bagi memastikan dia boleh terus bertahan,” katanya
Jelas Ahli Parlimen Kubang Kerian ini lagi, walaupun BN telah mengumumkan akan meningkatkan pemberian BR1M kepada RM1,000 jika BN masih berpeluang mentadbir negara, ia sebenarnya bergantung kepada sejauh mana BN boleh menang.
Katanya, BN mungkin tidak boleh memberikan sejumlah tersebut atau sebarang bantuan seperti itu kepada rakyat sekiranya memperolehi majoriti besar.
Perkara ini kata Salahuddin dapat dilihat berdasarkan pentadbiran Tun Abdullah Badawi yang lalu apabila parti itu memperolehi majoriti 9/10 pada PRU11, namun gagal memberikan sebarang imbuhan kepada rakyat.
Sebaliknya, kata beliau, apabila BN telah kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen, barulah mereka bertungkus lumus untuk “menabur” kepada rakyat.

PKR Dakwa Ada Bukti SPR Daftar Pemilih Baru Tanpa Pengetahuan Penama

PKR 1
PETALING JAYA, 19 FEB: Penolong-penolong pendaftar dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh diheret kemuka pengadilan sekiranya terbukti bersekongkol di dalam penipuan pendaftar pengundi baru tanpa pengetahuan penama asal.
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mendakwa berdasarkan aduan yang diterima setakat ini, PKR mempunyai cukup bukti untuk mengheret mereka meskipun sebelum ini SPR tidak melihat perkara tersebut sebagai sesuatu yang luarbiasa.
Menurutnya, peningkatan mendadak jumlah daftar pengundi baru menunjukkan unsur-unsur kesalahan jenayah dari segi undang-undang negara seperti yang termaktub dibawah Akta Kesalahan Pilihan Raya Akta (5) 1954, Seksyen 3 (1) (a).
“Seksyen berkenaan menyatakan, mana-mana orang yang dengan diketahuinya membuat apa-apa penyataan palsu dalam atau berkaitan dengan apa-apa permohonan supaya dimasukkan ke dalam mana-mana daftar pemilih.
“Boleh disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau di penjarakan dan di denda kedua-duanya,” katanya dalam satu sidang media.

Manifesto Rakyat, kempen awal Pakatan tawan Putrajaya

Rafizi 1PETALING JAYA 19 FEB: Manifesto Pakatan Rakyat yang bakal dilancar pada Konvensyen Pakatan 25 Februari ini dengan tema Pakatan Harapan Rakyat merupakan kempen awal menawan Putrajaya.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, Pakatan lebih komited untuk membela rakyat berbanding Umno BN yang masih belum memperincikan manifesto untuk menghadapi pilihan raya.
“Pelancaran Manifesto Rakyat: Pakatan Harapan Rakyat menandakan bermulanya kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.
“Kami mengalu-alukan perdebatan, pandangan dan kritikan sihat berhubung cadangan-cadangan yang dikemukakan di dalam Manifesto Rakyat.
“Pelancaran awal manifesto ini membuktikan juga komitmen Pakatan untuk memastikan kempen pilihan raya umum kali ini tertumpu kepada persoalan rakyat dan dasar untuk melawan politik perkauman dan fitnah yang dibawa BN,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini hari ini.
Konvensyen keempat Pakatan berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) Isnin ini bermula jam 10 pagi hingga 2 petang.

Pembantu Anwar tegaskan Xenophon termasuk dalam delegasi Australia

KUALA LUMPUR, 19 Feb — Pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa senator bebas Australia Nick Xenophon termasuk dalam delegasi parlimen bipartisan yang dijemput untuk bertemu dengan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.
Sumber dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata delegasi tersebut hanya senator dari parti Nationals John Williams, ahli parlimen parti Liberal Mal Washer dan ahli parlimen parti Buruh Australia Steve Georganas, menurut SMS yang dihantar kepada Nazri dari pejabat ketua pembangkang baru-baru ini.
“Apabila kami bertanya tentang temujanji, Xenophon memimpin pasukannya dan tiga lagi ahli parlimen,” kata ketua pegawai Anwar, Ibrahim Yaacob, kepada The Malaysian Insider hari ini.
“Kita dapat temujanji. Pada saya, itu cuma perkara kecil sahaja,” katanya lagi.
Xenophon (gambar) dilaporkan media Australia semalam mengatakan delegasi Australia untuk memantau proses pilihan raya di Malaysia adalah urusan rasmi, dan mereka perlu menghantar laporan kepada parlimen Australia berkenaan lawatan tersebut.

PRU13: Pakatan Rakyat lancar manifesto 25 Feb



PETALING JAYA: Pakatan Rakyat akan melancarkan manifestonya pada 25 Februari nanti sempena Konvesyen Pakatan Rakyat ke-4 yang akan diadakan di Pusat Konvesyen Shah Alam.

Manifesto yang dinamakan Manifesto Rakyat yang bertemakan Pakatan Harapan Rakyat, mengandungi empat teras utama iaitu Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat.

Jelas Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, intipati manifesto itu telah mengambil masa selama 18 bulan untuk proses rundingan dan kajian serta telah dibentangkan sebanyak dua kali di peringkat tertinggi Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

"Manifesto ini mengabungkan ke semua dasar yang berlandaskan Dasar Bersama Pakatan Rakyat, Buku Jingga dan program-program khusus yang diumumkan melalui Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 dan juga belanjawan 2013.

"Barisan Nasional (BN) selalu menuduh Pakatan tidak ada dasar yang khusus untuk membawa kebaikkan kepada rakyat dan negara ini, namum apa yang kita putuskan dalam manifesto ini memastikan kepentingan dan kebajikan setiap rakyat dan negara diberi keutamaan," jelas beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PKR pagi ini. (Gambar atas)

UM pinda forum p'raya, ganti panelis Pakatan

Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) hari ini meneruskan forum mengenai pilihan raya anjurannya hari ini dengan beberapa perubahan, walau kerajaan mengenakan tekanan supaya membatalkan program tersebut.
Pengarah Umcedel Mohammad Redzuan Othman memberitahu para hadirin di forum berkenaan bahawa arahan berkenaan dikeluarkan oleh pejabat perdana menteri dan kementerian pengajian tinggi.

Katanya, beliau menerima satu kiriman SMS yang meminta agar program itu dibatal, sekembalinya dari London dua minggu lalu.

"Saya diberitahu ini adalah arahan daripada PMO dan Kementerian Pengajian Tinggi... Tiada alasan diberikan," katanya di dewan syarahan di Universiti Malaysia, Kuala Lumpur pagi ini.

Mohammad Redzuan, yang merupakan dekan fakulti seni dan sains sosial berkata beliau kemudiannya mendapatkan nasihat naib canselor universiti.

Naib canselor UM itu menyokong dan meminta beliau memutuskan perkara itu, katanya lagi.

"Selepas berbincang dengan rakan sekerja saya, kami memutuskan untuk membincangkannya dengan cara akademis," katanya lagi.

Program itu sepatutnya turut menampilkan ahli politik Pakatan Rakyat – naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar, naib presiden PAS Datuk Husam Musa – selain Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan MP Hulu Selangor P Kamalanathan.

Forum itu dipromosi dengan tajuk yang akan membincangkan sama ada BN atau Pakatan Rakyat akan memenangi pilihan raya umum ke-13.

Sesi berkenaan bagaimanapun dibatalkan dan diganti dengan sesi baru yang membariskan ahli akademik.

Acara itu juga menampilkan pembentangan Mohammad Redzuan dan juga perbincangan dengan personaliti media – ketua pengarang Harakah Zulkifli Sulong, penasihat eksekutif redaksi Sinar Harian Abdul Jalil Ali dan ketua pengarang Malaysiakini Fathi Aris Omar.

Umcedel: Pembangkang sedia hadapi p'raya

BN tidak lagi mempunyai kelebihan yang menyumbang besar kepada kemenangannya dalam pilihan raya sebelum ini, kata pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel), Mohamad Redzuan Othman.
Menurutnya, ini kerana BN kini tidak lagi mampu melakukan persempadanan semula pilihan raya selepas hilang majoriti dua pertiga di Palimen selepas pilihan raya umum (PRU) 2008.

Satu lagi kelebihan lain iaitu keupayaan untuk mengadakan pilihan raya secara mengejut juga telah lenyap kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menangguhkan PRU ke-13 terlalu lama.

"Contohnya pembangkang tidak bersedia sewaktu PRU diadakan pada 29 November 2009. KEADILAN (sekarang PKR) hanya berusia enam bulan (ketika itu)," katanya pada satu forum di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hari ini.
"Ia juga merupakan musim tengkujuh pada masa itu, dan Suruhanjaya Pilihan Raya tidak berjaya mewartakan banyak nama pemilih baru (kerana pilihan raya mengejut).

"Namun kali ini, ia bukan lagi isu kerana pembangkang sudah bersedia," katanya.

Pejabat PM tekan forum politik UM dibatal



(Prof Ridhuan membentangkan hasil kajiannya salam seminar pilihan raya di UM pagi ini)

KUALA LUMPUR: Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel), terpaksa membatalkan forum politik anjurannya petang ini akibat arahan dari Pejabat Perdana Menteri dan juga Kementerian Pengajian Tinggi.

Bagaimana, Pengarah Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman berkata, arahan untuk membatalkan seminar ini tidak boleh diterima oleh pihaknya sebagai penganjur.

Oleh itu, forum yang disertai oleh pemimpin media alternatif iaitu dari Harakahdaily, Malaysiakini dan Sinar Harian diteruskan pagi tadi.

Namun forum yang sepatutnya disertai oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifudin Abdullah dan anggota Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan dibatalkan.

Mereka digantikan oleh beberapa ahli akademik petang ini.

"Apabila saya maklukan kepada Nurul Izzah, dia bertanya bolehkah beliau datang, saya kata dia bebas untuk datang," kata Prof Ridhuan ketika memberikan ucapan pembukaan di Dewan Kuliah B, Fakulti Sastera hari ini.

Ust. Azhar & Ust. Bollywood - Merungkai Kehidupan Jin & Permasalahan Hidup Dgn Al-Quran (CD2)

PRU13 : Operasi penipuan pendaftaran pemilih baru - Fuziah Salleh

Akhbar utama melaporkan minggu lepas bahawa ada peningkatan mendadak melibatkan pengundi baru di seluruh negara.
SPR tidak melihat  perkara tersebut sebagai sesuatu yang luarbiasa dengan mengatakan sebelum ini bahawa walaupun ramai pengundi baru di daftarkan, masih ramai lagi yang belum mendaftar sebagai pengundi.
Pada hari ini Parti Keadilan Rakyat ingin mendedahkan rahsia disebalik peningkatan pemilih baru yang begitu mendadak.  Bahawa jumlah yang sebegitu tinggi dikalangan pengundi baru itu ada menunjukkan unsur-unsur kesalahan jenayah dari segi undang-undang negara seperti yang termaktub dibawah  Akta Kesalahan Pilihanraya 1954. Akta 5.
Operasi penipuan pendaftaran pemilih baru - Fuziah SallehAduan yang pihak PKR terima setakat ini, cukup bukti untuk mengheret penolong-penolong pendaftar dan juga SPR ke mahkamah sekiranya didapati sah SPR bersekongkol dengan penolong pendaftar tersebut.
Kami dapati pemilih-pemilih telah didaftarkan tanpa pengetahuan mereka, yang membawa maksud, penolong pendaftar telah membawa kenyataan permohonan pendaftaran pemilih palsu. Ini jelas bersalahan dengan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954. Sect 3(1) (a) di bawah Kesalahan oleh mana-mana orang, yang berbunyi seperti berikut
"Mana-mana orang yang
(a) dengan diketahuinya membuat apa-apa penyataan palsu dalam atau berkaitan dengan apa-apa permohonan supaya dimasukkan ke dalam mana-mana daftar pemilih.
Boleh disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau di penjarakan dan di denda kedua-duanya...."
Aduan yang kami terima melibatkan pemilih yang didaftarkan tanpa pengetahuan mereka adalah dari pelbagai latarbelakang.