Isnin, 18 Februari 2013

Thugs harass student group in Pekan, Feb 15

Xenophon resents "anti-Malaysian" label, raises asylum seeker concerns

Ustaz Mohd Amar | Kuliah Jumaat 15 Feb 2013

Keluar Barisan Masuk Bulatan

Keputusan PRU12 (Tahun 2008) : Pakatan Rakyat (PR) VS Barisan Nasional (BN)....PRU13 (2013) Sengit Dan Panas...!!!




Ramalan Keputusan Pilihanraya Umum ke 13?

Berdasarkan ambilan daripada beberapa kajian pemerhati politik di Malaysia dan pemerhatian secara tidak langsung kami melihatkan iklim politik di Malaysia sejak akhir-akhir ini mengunjurkan jangkaan seperti di bawah :
  1. Pakatan Rakyat akan terus kekal di Pulau Pinang
  2. Kerajaan PAS akan terus memerintah di Kelantan
  3. Kami juga yakin yang mana di Terengganu, Johor, Melaka, Sarawak dan Pahang, Barisan Nasional dijangka tidak mempunyai masalah besar untuk terus memerintah di kelima-lima buah negeri tersebut
Pencapaian status quo parti politik sepertimana Pilihanraya Umum  2008 itu, sebahagian besarnya dijangka akan kekal  status quonya dengan sedikit perubahan di sana-sini. Cuma……pengundi-pengundi Cina kami perhatikan menunjukkan satu perubahan yang ketara sejak Pilihanraya Umum ke 13 termasuklah :
  1. Di Johor, ada beberapa kerusi panas yang sedang hangat dibincang di peringkat tertinggi pemimpin politik tanahair baik di pihak Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat.
  2. 6 kerusi parlimen di Johor sangat menarik untuk diperhatikan. 6 kawasan Parlimen yang dikategorikan kawasan HITAM sekarang ini di negeri Johor adalah di  Kulai, Kluang, Bakri, Gelang Patah, Segamat, Pulai. 
  3. 8 kerusi parlimen masing-masing di Sabah & Sarawak sangat menarik untuk diperhatikan
  4. Manakala Selangor dan Kedah, kami merasakan masih lagi kekal status quonya. Cuma….di Kedah akan menyaksikan Pakatan Rakyat akan kehilangan beberapa lagi kerusi kepada Barisan Nasional. Ini kerana dasar kepimpinan di Kedah tidak selari dengan masyarakat di Kedah kerana populasi di antara kaum yang agak ‘homogeneous’ berlainan dengan di Kelantan
Perak antara negeri panas yang kami jangkakan bakal menyaksikan pertembungan sengit antara Barisan Nasional & Pakatan Rakyat. Ada sesetengah pemerhati mengatakan Barisan Nasional akan mentadbir terus negeri Perak. Ada juga yang mengatakan Pakatan Rakyat akan menang dengan sangat tipis sepertimana yang berlaku pada Pilihanraya Umum 2008.
Walauapappun, keputusan di tangan anda semua sebagai pengundi yang sah di hari mengundi Pilihanraya Umum ke 13 kelak.

(Part 2/2) Anwar Ibrahim: Ceramah Bersama Barisan Jeneral (B) Angkatan Tentera

Pencerobohan tentera asing di Lahad Datu - Apa cerita sebenar.?...

Apa yang aku dapat dengar dan baca kisah kedatangan/ pencerobohan tentera asing di Lahad Datu Sabah sama dengan lawatan Najib ke Sabah,,

Apakah ini secara kebetulan...?



Baca sepenuhnya Klik Sini


Hairan juga beb? Apa kah ini satu dari projek I Help you.... You help me?.... 

Macam-macam boleh jadi beb lepas ni...

Fikir secara lojik,,, perairan Sabah di Pulau-pulau sekitar persempadanan Sabah Filipina telah ditempatkan tentera darat berkawal selepas kegiatan tentera Abu Sayyaf beberapa tahun yang lalu...

DAP : ROS akui kesilapan, cuma Hishamuddin belum minta maaf


KUALA LUMPUR, 18 FEB: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) akhirnya terpaksa mengaku dan memohon maaf terhadap kesilapannya berhubung isu penyerahan laporan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, 12 Disember lalu.
Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, kenyataannya sebelum ini adalah berdasarkan maklumat yang tidak dikemaskini dan menimbulkan kekeliruan.
“ROS memohon maaf kepada semua pihak berhubung kesilapan itu,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Bagaimanapun, sehingga kini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menggesa ROS memulakan siasatan terhadap DAP kerana gagal menyerahkan laporan pemilihan CEC DAP kepada agensi itu sehingga 15 Februari lalu, masih belum memohon maaf berhubung kenyataannya yang menjatuhkan imej dan kredibiliti DAP.
Hishammuddin dilaporkan media berkata, DAP sepatutnya menyerahkan laporan itu dalam tempoh 60 hari pemilihan CEC, pada 12 Disember lalu, namun didapati tidak berbuat demikian sehingga tempoh berkenaan berakhir.

PRU13 : Wajar bubar Dun Selangor lebih awal


Wajar bubar Dun lebih awal
Suee Lim memotong reben merasmikan Pusat Wanita Berdaya Dun Sekinchan di Dewan Siti Khadijah, semalam.
SEKINCHAN - Keputusan kerajaan negeri untuk membubarkan Dun lebih awal disifatkan sebagai tindakan wajar berikutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih berteka-teki tarikh pilihan raya umum yang sebenar.

Adun Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, tindakan itu disebabkan perdana menteri masih tidak meyakini sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) dalam usaha untuk mendapatkan kembali negeri-negeri yang ditawan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum lalu.

"Kerajaan negeri perlu mengadakan pilihan raya berasingan kerana sudah penat dengan teka teki Kerajaan Persekutuan yang masih mengelak untuk membubarkan Parlimen. Ini merupakan tindakan terdesak mereka (BN) untuk mendapatkan sokongan rakyat yang semakin memihak kepada Pakatan Rakyat (PR)," katanya, semalam.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pusat Wanita Berdaya Dun Sekinchan di Dewan Siti Khadijah, semalam.

‘Let’s regain Sabah’

Former Senate president Ernesto Maceda said president Aquino should renew efforts to reclain Sabah from Malaysia.
MANILA: President Benigno Aquino should renew efforts to reclaim Sabah from Malaysia by bringing the matter before the United Nations (UN), a move that could also prevent the outbreak of violence between Malaysian troops and armed followers of the Sultan of Sulu province.
“It’s time to act to regain what is rightfully ours,” said former Senate president Ernesto Maceda on Sunday as he urged the government to immediately tap peaceful channels to avoid conflict.
“The Philippine government should now seriously consider bringing its claim to the United Nations . . . it has been neglected and sleeping for a long time,” the former senator stressed as the standoff between Malaysian security forces some 300 armed Filipinos from Mindanao, who came to Sabah last week to assert the sultanate’s claim continued.
The Manila Times says that a group of Muslim Filipinos had gone to Sabah to assert the historical claim of the sultanate of Sulu on the territory, which is located on the northern tip of Borneo Island.
Maceda said that “renewed government efforts is the only way to stop the followers of the Sultan of Sulu from taking up arms and invading Sabah to press their claim.”
“The people of the sultanate of Sulu have a legitimate claim to Sabah considering that the British and Malaysian governments used to pay rentals for Sabah to the sultan of Sulu,” he pointed out.
Rent

14 Hari Tamat : Kerajaan Negeri Umum Langkah Seterusnya Ambilalih Industri Air

air-syabas_MB1
KLANG 18 FEB : Kerajaan Negeri akan mengumumkan langkah seterusnya yang akan diambil setelah tempoh tawaran pengambilalihan industri air telah tamat hari ini.
Pengumuman tentang langkah-langkah tersebut akan dibuat selepas majlis mesyuarat kerajaan negeri Rabu ini, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Kerajaan Negeri sudah buat tawaran mengenai perkara ini.
“Kelulusan akan dibuat dalam mesyuarat exco sebelum diumumkan kepada pihak awam,” katanya dalam sidang media selepas majlis pecah tanah Kolam Tadahan Banjir di Taman Sentosa di sini hari ini.
Dua minggu lepas, Kerajaan Negeri telah menghantar surat tawaran harga untuk mengambilalih empat syarikat konsensi yang mengurus perkhidmatan air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Di bawah sesuatu perjanjian pada 2004, perkhidmatan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diswastakan dan diuruskan oleh Puncak Niaga Sdn Bhd, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash), dan Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abass).

Video lelaki dibelasah ‘polis’ guna tukul tersebar

samseng 2KUALA LUMPUR 18 Feb: Sebuah rakaman video menunjukkan sekumpulan individu membelasah seorang lelaki hingga berlumuran darah, tersebar di internet.
Video tersebut merakam sekurang-kurangnya 10 lelaki, mengerumuni kereta dinaiki mangsa sebelum menariknya keluar dan memukulnya tanpa belas kasihan.
Keadilan Daily tidak dapat mengesahkan sama ada beberapa lelaki dalam video itu adalah anggota polis berpakaian preman ataupun orang awam.  Manakala lokasi dan tarikh kejadian juga tidak dapat dipastikan.
Bagaimanapun rakaman itu jelas menunjukkan  anggota polis beruniform  di tempat kejadian tidak bertindak menghalang perbuatan itu, malah ada antaranya ikut sama  memukul mangsa.
Dalam rakaman selama lima minit itu, seorang lelaki berbaju belang dilihat naik ke atas kereta dinaiki mangsa dan menghayun penukul besi ke arahnya.

Hilmi dipaksa jadi saksi lawan Yazid Sufaat


(Fadiah Nadwa ketika bercakap dengan media hari ini - Foto TMI)

KUALA LUMPUR: Ibu Mohammad Hilmi Hasim hari ini memfailkan permohonan habeas corpus untuk mencabar penahanan anaknya di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) pada 8 Febuari lepas.

Ibunya Rahamah Abdul Majid melalui tetuan Zatul, Hida & Partners memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.

Menurut peguam Fadiah Nadwa Fikri permohonan itu dibuat kerana Sosma itu sendiri bercanggah dengan perlembagaan kerana ia membenarkan bukti yang tidak mengikuti peruntukan dalam Akta Keterangan.

Katanya, Sosma adalah bercanggah dengan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukan perlindungan sama rata untuk setiap individu.

"Jelas mereka mahu menjadikan beliau sebagai saksi bagi melawan Yazid dan Halimah," tegas Fadiah.

Tambahnya, polis meminta Rahamah memujuk Hilmi supaya menjadi saksi bagi melawan Yazid Sufaat.

Deepak ke Najib: Jangan gigit tangan yang suap anda


KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Deepak Jaikishan menyokong kenyataan Tun Dr Mahathir agar jangan menggigit tangan yang menyuap anda dengan meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar jangan juga menggigit tangan yang merasuah anda.

"Tun Mahathir meminta peneroka Felda agar bersyukur dan jangan menggigit tangan yang menyuap mereka.

"Tun, tolong beri nasihat yang sama kepada  (Datuk Seri) Najib dan (Datin Seri) Rosmah, yang mereka tidak sepatutnya menggigit mereka yang memberikan rasuah kepada mereka," kata Deepak bekas rakan perniagaan Rosmah hampir 10 tahun dalam kenyataannya kepada media hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mahathir kepada peneroka Felda agar jangan sesekali melupakan jasa kerajaan kepada mereka dengan meminta mereka 'jangan menggigit tangan yang menyuap mereka.'

Pembentangan Manifesto PAS Terengganu Ust Satiful Bahri

Pembentangan Manifesto PAS Terengganu Dr Alias Razak

Orang ramai bergelut untuk mendapatkan borang baucar RM200

GM13 vs Najib: Student group not backing down

Information Dept says hackers behind "Najib resigns" post

Datuk Nik Zawawi Nik Salleh - Kredibiliti Majlis Syura PAS Dlm PR

Yee Sang Najib dibakul sampahkan


Yee Sang Yee Sang last YesangPAH! Itulah Najib bakal kena letak jawatan!
Propaganda

Event ini dibuat untuk menunjukkan orang cina sokong BN

 

Gaul punya gaul... last last!!!!

Masuk tong sampah!

SATU LAGI PROJEK BANGANG! ~ KOG

Kuala Lumpur 17 Feb. 2013 - Orang ramai tidak melepaskan peluang bersama-sama mengaul Yee Sang Terpanjang di Malaysia sempena Festival Tahun Baharu Cina 2013 di Bukit Bintang, di sini hari ini.

Mat Bangla pun ramai yang datang... akhirnya masuk tong sampah... haha...

Husam bertembung Saifudin di UM esok


KUALA LUMPUR: Para peminat akan mengikuti pendebatan politik dalam seminar politik dan pilihan raya menjelang pilihan raya umum ke-13 anjuran Universiti Malaya (UM) esok.

Ia akan menyaksikan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifudin Abdullah bertembung dengan Exco kerajaan negeri Kelantan Datuk Husam Musa.

Yang menariknya, kedua-dua tokoh ini adalah bekas aktivis pelajar di UM di awal 1980an dan berada dalam satu kumpulan yang kemudian berpecah apabila (Datuk Seri) Anwar Ibrahim menyertai Umno pada tahun 1982.

Forum ini juga akan disertai oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar serta anggota Parlimen Huku Selangor, P Kamalanathan.

Mereka akan menyertai Forum PRU-13 anjuran UMCEDEL yang dijangka bermula jam 2.30 petang esok di Dewan Kuliah B, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

Pada sebelah paginya, Pengarah UMCEDEL, Profesor Datuk Dr Ridhuan Othman akan membentangkan sosio politik pra PRU.

PKR bidas tulisan provokatif Ridhuan Tee



 
PKR membidas tulisan seorang pensyarah Dr Ridhuan Tee Abdullah dalam sebuah akhbar hari ini yang disifatkan sarat dengan nada ketaksuban agama dan perkauman.
Pengerusi biro hak asasi manusia dan undang-undang PKR S Jayathas berkata rencana itu bercanggah dengan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak dan kebebasan beragama.

"Kenyataan ini memaparkan baur-baur perkauman yang tebal dan boleh mencetuskan kekacauan dan huru hara antara pengikut agama," katanya yang merujuk kepada tulisan Ridhuan bertajuk 'Kesabaran Umat Islam Ada Had' di akhbar Sinar Harian hari ini.

Tulisan di ruangan "Buka Minda" itu antara lainnya mempersoalkan perayaan Thaipusam dan pembinaan rumah ibadat bukan Islam selepas pilihan raya umum ke-12.

"Pernahkah kita bersungut ketika perayaan Thaipusam? Seminggu sebelum perayaan, seluruh kawasan sekitar Batu Caves sesak.

Pemaju : Semak semula kuota Bumiputra, polisi rumah kos rendah..!!!

Persatuan itu menyarankan agar lot Bumiputera turut dibenarkan menjadi unit bebas sekiranya tiada permintaan selepas beberapa tempoh masa tertentu. — Gambar fail
 
PETALING JAYA, 18 Feb  — Pemaju perumahan menggesa Putrajaya agar menyemak semula kuota dan diskaun untuk Bumiputera dan golongan miskin, selepas rungutan berkenaan penganiayaan ke atas mereka. Ia berikutan pembinaan yang tersekat bagi unit Bumiputera, yang dikatakan lebih tinggi sehingga 56 peratus rumah yang tidak terjual pada paras RM500,000 di kawasan utama di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.
“Permintaan kami kepada pentadbir adalah sistem pelepasan automatik,” kata Datuk Seri Michael KC Yam, Presiden Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah (REHDA) di sini.
“Polisi perlu disemak semula ... Tidak kiralah kerajaan mana yang menang pilihan raya,” katanya.
Persatuan itu menyarankan agar lot Bumiputera turut dibenarkan menjadi unit bebas sekiranya tiada permintaan selepas beberapa tempoh masa tertentu.
Pendapatnya itu turut disuarakan oleh Timbalan Setiausaha Agung REHDA Datuk Anthony Adam Cho, yang mengatakan diskaun Bumiputera hanya membantu mereka yang membeli hartanah dengan harga tinggi, berbanding mereka yang kurang berkemampuan.
“Lebih mahal unit, lebih banyak diskaun ... Kenapa yang miskin perlu memberi subsidi kepada golongan kaya,” soal Cho kepada pemberita.

Media alternatif lebih telus dan dipercayai rakyat

SuaraKeadilan19KUALA LUMPUR 18 FEB: Ketelusan media alternatif melaporkan berita jauh lebih baik berbanding media kawalan kerajaan yang terbukti menyiarkan fitnah dan pembohongan, kata Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Sim Tze Tzin.
“Kebebasan media alternatif adalah sebab mengapa rakyat lebih memilih saluran itu sekarang, berbeza dengan media arus perdana yang sudah hilang tanggungjawab, malah menjadi alat Umno,” kata Sim.
Beliau mengulas kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya kebebasan media alternatif menerusi internet punca beberapa situasi yang menyaksikan pembohongan boleh dilihat sebagai kebenaran dan sebaliknya.
Mahathir berkata demikian merujuk klip video yang menunjukkan Datuk Seri Najib Razak dimalukan rakyat Pulau Pinang secara terang-terangan menolak BN apabila ditanya Perdana Menteri itu.
“Video itu bukti sentimen penolakan penduduk Pulau Pinang terhadap BN. Tak payah ‘spin’, video itu benar, media perdana yang edit jadi sebaliknya,” kata Sim kepada Keadilan Daily.

Dr M mengamuk kata insiden 'No' palsu


KUALA LUMPUR: Insiden ‘No’ di majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran BN di Pulau Pinang baru-baru ini telah menyebabkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) mengamuk sehingga menyalahkan media alternatif.

“Di dalam media alternatif, hampir sesiapa sahaja yang boleh meletakkan apa-apa bahan yang mereka suka cakap di internet secara langsung, tanpa pengurus, editor atau sub-editor mengubah isi kandungannya.
"Kebebasannya hampir total. Inikah intipati demokrasi?” tanya Mahathir di tulisan terbaru dalam blognya.

Mahathir juga mendakwa video popular kini yang menggambarkan bagaimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mendapat jawapan ‘No’ daripada para hadirin di Pulau Pinang ketika ditanya ‘Are you ready for BN?” telah diubahsuai.

“Sekarang, ia telah didapati bahawa (video) tersebut telah direka dengan membawa satu kumpulan ke dalam orang ramai, dengan membekalkan mereka dengan video kamera dan mikrofon.

"Semasa PM bertanya ‘Are you ready for BN?’, kumpulan ini menjerit ‘No’ sebagai jawab balas. Ia membuat seolah-olah seperti semua hadirin menjerit ‘No’.

Selangor tidak terlalu mengharap peruntukan kerajaan Persekutuan

SHAH ALAM, 18 Feb — Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata kerajaan negeri tidak terlalu mengharap peruntukan kerajaan persekutuan kerana Selangor mempunyai dana mencukupi untuk mengurus pentadbiran dan melaksana pelbagai programnya.
Justeru, katanya, hal seperti kerajaan negeri Kedah meminta kerajaan persekutuan membayar pampasan RM100 juta jika mahu penebangan balak oleh kerajaan negeri dihentikan, tidak akan berlaku di Selangor.
“Kerajaan negeri (Selangor) mempunyai kemampuan untuk menguruskan sumber yang ada dengan baik.
“Berdasarkan pengalaman saya dalam dunia korporat, kita perlukan banyak sumber dan di sini terletaknya bagaimana kita mengurus dan merancang untuk memastikan kita ada cukup sumber,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan jabatan kerajaan negeri di Dewan Jubli Perak, di sini hari ini.
Abdul Khalid berkata ini dibuktikan apabila kerajaan negeri baru-baru ini mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk membina jambatan ketiga Sungai Klang di bandar Klang yang bernilai RM300 juta tanpa menunggu peruntukan daripada kerajaan persekutuan.
Ditanya sama ada pembinaan jambatan ketiga itu akan diteruskan sekiranya pakatan pembangkang tewas dalam pilihan raya umum Ke-13 (PRU13), Abdul Khalid berkata pembinaan jambatan itu akan diteruskan oleh mana-mana parti yang menerajui kerajaan negeri.

Laporan ‘PM letak jawatan’, Najib jadi bahan jenaka orang k’jaan

Najib 1KUALA LUMPUR 18 FEB: Kredibiliti Datuk Seri Najib Razak yang selama ini dipermainkan rakyat, turut diperolok-olok kakitangan kerajaan apabila laporan berhubung perletakan jawatan Perdana Menteri Malaysia disiarkan di laman Jabatan Penerangan pagi ini.
Terkesan dengan penyebaran maklumat itu di beberapa laman sosial, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dilapor menafikan laporan itu dan berkata, sistem penerbitan dalam taliannya menyiarkan ‘kenyataan palsu’.
Katanya, penyiaran kenyataan itu mungkin digodam, sebelum ia dipadam daripada sistem e-akhbar dan sistem e-press oleh Jabatan Penerangan, selepas dikesan tersebar.
Kenyataan itu bertajuk ‘Memo permohonan rakyat Malaysia’ dan ‘Perdana Menteri secara rasminya meletak jawatan’.
Turut dimuatkan, alasan Najib meletakkan jawatan ekoran desakan rakyat.
Najib juga menyatakan permohonan maaf kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan parti lawan yang difitnahnya.

(Part 1/2) Anwar Ibrahim: Ceramah Bersama Barisan Jeneral (B) Angkatan Tentera

Dtk Dr Maza : Berbicara Tentang - Ucapan Nabi saw Saat Kematian

Hulu Langat (Singgah Selangor) dan Batu Caves (Kenali Selangor)

Ucapan Datuk Dr. Haron Din PGU 7.0

FELDA settlers watch Tanda Putera

Dulu Kutip Hasil Laut Kini Kutip Sampah - Nasib Orang Asal di Pekan

Wawancara Eksklusif Sinar Harian Bersama Salahuddin Ayub Bahagian 3

Wawancara Eksklusif Sinar Harian Bersama Salahuddin Ayub Bahagian 2

Wawancara Eksklusif Sinar Harian Bersama Salahuddin Ayub Bahagian 1

Sampai saat nak PRU pun Najib belum bersedia

Kenyataan poyo Najib yang menegaskan bahawa Parlimen hanya akan dibubar apabila semua pihak termasuk rakyat sudah bersiap-sedia,, seolah-olah nak memperbodohkan rakyat.    
Kesiann Pak Jib,, dia tak sedar yang dia sedang diketawakan oleh rakyat , termasuk kaum Cina   Untuk pengetahuan Najib, rakyat sememangnya sudah bersedia!  Yang belum bersedia ialah Najib dan partinya. Nampaknya selagi Najib tak boleh nak bersedia,  dia akan terus bermain-main dengan sentimen - Dan untuk menambat semula hati orang-orang Cina  Najib sangup tiap-tiap hari merasmikan majlis Perayaan Tahun Baru Cina, walau diceruk mana sekali pun. Kehulu kehilir dia sanggup kejar,, maka nasib Najib ketika ini tak ubah seperti nasib si "Lebai Malang" dalam cerita penglipur lara orang dulu-dulu  - rahimothman

Pastikan Al Quran braille terkawal - Sekretariat OKU PAS


KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mempertingkatkan kawalan ke atas penerbitan Al Quran braille untuk orang kurang upaya (OKU) penglihatan di negara ini.

Ini kerana, ia dibimbangi akan disalahgunakan dan menjejaskan kesucian Al-Quran.

Demikian kata Mohammad Faizal Che Yusof (gambar), Pengerusi Sekretariat Prihatin OKU PAS.

Menurut Faizal, penerbitan AlQuran Braille di Malaysia bukanlah perkara baru. Ia telah berlaku tidak kurang 20 tahun yang lalu.

Sehingga kenyataan ini dikeluarkan, mereka dapati penerbitan AlQuran Braille seolah-olah telah menjadi lubuk emas buat pihak-pihak tertentu.

Semenjak tahun 2011, telah ditegaskan betapa ada cubaan pelbagai pihak untuk menerbitkan AlQuran Braille dengan cara yang diragui bagi kegunaan OKU penglihatan.

Namun ingatan yang dikeluarkan oleh NGO yang bertanggungjawab langsung tidak diambil perhatian oleh pemerintah yang diterajui oleh Umno, katanya.

Penerbitan AlQuran Braille di Malaysia sehingga kini hanya dibenarkan oleh Kementerian Dalam Negeri kepada sebuah sahaja NGO OKU penglihatan.

"Kami telah difahamkan bahawa beberapa pihak lain telah mula dan sedang menawarkan penerbitan AlQuran Braille tanpa suatu kawalan yang ketat.

Tekanan ekonomi dan budaya hutang

Muhammad Nazreen

Kerisauan orang muda di Malaysia adalah tekanan ekonomi. Beban isirumah yang meningkat, pada masa yang sama, kadar gaji yang tidak mencukupi punca kepada kegelisahan rata-rata orang muda. Warga kota terutamanya, kini merasakan kesan langsung ketakstabilan ekonomi yang ketara. Bagi mereka yang baru merancang untuk memulakan keluarga, beban kos dan saraan hidup yang tinggi adalah peringatan yang diambil kira.
Inflasi harga barang yang berturutan meningkat, kos perumahan yang meningkat mendadak saban tahun dan beban hutang pendidikan mendorong hutang isi rumah melonjak dengan tinggi. Kesannya, lebih ramai orang muda menghadapi risiko kebarangkalian muflis. Dilema sebegini mendorong mereka untuk cenderung mengambil jalan mudah. Tekanan sosioekonomi menyebabkan golongan muda senang terjebak dengan masalah pelaburan skim cepat kaya seperti skim piramid. Namun, tahap kiraan “landing” pelaburan yang berisiko menyebabkan budaya berhutang semakin serius.
Keculasan ekonomi berpunca daripada kegagalan dasar makroekonomi kerajaan memastikan pertumbuhan setara tiap tahun. Hajat untuk menjadi negara yang dikategorikan maju perlulah berdasarkan prasyarat yang ditetapkan International Monetary Fund (IMF) dan World Bank iaitu pertumbuhan tetap 7 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setiap tahun dan peningkatan pendapatan per kapita daripada US$8,000/tahun kepada US$15,000/tahun.

Kes Yazid Sufaat disebut di Mahkamah Tinggi Rabu ini

NONEKes bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat yang didakwa terhadap pertuduhan menggalakkan keganasan bagi mengugut orang awam di Syria akan disebut di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu ini.

Peguam Fadiah Nadwa Fikri yang mewakili Yazid memberitahu media di lobi Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur bahawa mahkamah turut menetapkan hari sama untuk menyebut kes seorang lagi tertuduh Halimah Hussein.

Kedua-dua kes itu akan disebut di hadapan Hakim Kamardin Hashim.

Pada 8 Februari lepas, Yazid, 49, dan rakannya Halimah, 52, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang dan tiada pengakuan direkodkan daripada mereka.

Yazid, pengusaha kafeteria di Kompleks Mahkamah di ibu negara didakwa menggalakkan perlakuan perbuatan keganasan dengan niat untuk memajukan suatu tujuan ideologi dan perbuatan itu boleh dianggap sebagai diniatkan untuk mengugut orang awam di Syria.

Mahathir Dengan Sindrom Penafian, Tuduh Klip Video Diubah

Mahathir: Bahaya jika media alternatif tak dikawal.

Kebebasan yang ditawar media alternatif menerusi Internet telah menimbulkan beberapa situasi yang menyaksikan pembohongan boleh dilihat sebagai kebenaran dan sebaliknya, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata menerusi media alternatif, sesiapa sahaja boleh memuat naik sebarang kenyataan yang mereka suka secara langsung di Internet, tanpa sebarang kawalan kerana tidak ada pengurus, editor atau penyunting untuk mengubah isi kandungannya.

"Bahasa kesat dan berbaur perkauman juga menyebabkan ketegangan semakin meningkat di kalangan masyarakat. Segala jenis tuduhan dibuat tanpa sebarang asas. Ketika ini, kita boleh melihat klip video yang telah diubah, dimuat naik dalam YouTube," kata beliau dalam entri terbaharu blognya.

Dr Mahathir merujuk klip video yang menunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyoal khalayak di Pulau Pinang baru-baru ini sama ada mereka bersedia untuk BN (BN), yang seolah-olah dijawab dengan perkataan 'Tidak'.

"Kini didapati perkara itu dilakukan dengan membawa satu kumpulan yang dilengkapi kamera video dan mikrofon ke dalam khalayak. Apabila PM menyoal 'Adakah anda bersedia untuk BN', kumpulan ini menjeritkan 'Tidak' sebagai respons.

UMNO itu pertubuhan haram, maka tidak sah memimpin negara

UMNO sedang sibuk untuk meminta ROS (Pendaftar Pertubuhan) untuk melakukan siasatan ke atas isu pemilihan CEC parti DAP di Pulau Pinang Januari lalu. Hishamuddin Hussein, baru sahaja menghadapi malu kerana meminta ROS mengambil tindakan terhadap DAP kerana gagal menghantar laporan persidangan tahunan DAP dalam jangka masa yang telah di tentukan. Ketua Pengarah ROS juga berkata dengan nada yang sama.
Tetapi akhirnya telah jelas yang isu itu merupakan isu yang tidak wujud kerana laporan yang di perlukan itu sesungguhnya telah di hantar oleh DAP pada 8hb Februari yang lepas. ROS telah memohon maaf kepada DAP kerana kesilapan itu. Hishamuddin berkata di Johor dua hari yang lepas mengakui yang laporan yang di hantar oleh DAP pada 8hb Februari itu tidak sampai ke pengetahuannya. Ketua Pengarah ROS juga mengakui kesalahan tidak mengetahui yang DAP sudah pun menghantar laporan itu ke pejabat ROS dalam tempoh yang di benarkan.
Hishamuddin terus berkata apabila laporan itu sudah dihantar sekarang sampailah masanya ROS menyiasat tentang tuduhan yang DAP telah melaksanakan pemilihan secara tidak betul dan berlaku penipuan dalam proses pemilihan CEC itu. Oleh kerana pilihanraya sudah hampir dan ternyata DAP telah mendapatkan sokongan dan meningkatkan pengaruhnya di kalangan rakyat berbilang kaum. Maka parti ini sedang menghadapi tekanan yang berbagai-bagai dari pihak kerajaan, dan kali ini menggunakan isu yang kononnya ada penipuan dalam pemilihan CEC bulan Januari yang lepas.

Rosmah and her biography

Is being Najib’s wife a good reason for Rosmah to claim as being famous in her own right?

I have always wanted to live in a big house with guards at the gates. Only those that I wish to see will be given entry.
I want to be driven in a car with outriders flanking the car left, right, back and front and helicopters in the air, tracking my every move on the off-chance that some oddball out there wants to make life unpleasant for me because of my decadent lifestyle.
I want untold millions to be at my disposal to be disposed of in foreign land in foreign shops with foreign-designed handbags, shoes and dresses.
There are also causes I wish to champion, charities I want to support and social injustice I want to fight for lest they think me frivolous in my ways and decadent for my indulgence.
Sounds familiar?
Are these not the ways of our First Lady of Malaysia (FLOM)? And why should you begrudge Rosmah Mansor for her vanities and her self-indulgence when she knows no better? When no one – not her acquaintances, not her friends and certainly least of all, her husband – has seen it to be their responsibility to tell her that the things she does and the manner of her life are not becoming of a FLOM? Rosmah knows no better herself!

Serangan samseng Umno tak gugat mahasiswa lawan Najib di Pekan

politik samsengKUALA LUMPUR 18 FEB: Siri serangan samseng Umno terhadap kumpulan Gerakan Mahasiswa (GM13) ketika mengedarkan risalah di Pekan minggu lalu sama sekali tidak melenturkan hasrat mahasiswa untuk menentang Perdana Menteri pada pilihan raya nanti.
Tanpa mempedulikan bentuk serangan, Pengerusi GM13, Syis Abdul Kadir berkata, keputusan mahasiswa untuk bertanding bagi menyahut seruan kerajaan membenarkan mahasiswa terlibat dengan pilihan raya umum.
“Segala halangan ini langsung tidak patahkan keazaman kami meneruskan hasrat bertanding satu lawan satu dengan Datuk Seri Najib Razak di Parlimen Pekan. Mahasiswa tetap berpendirian untuk menghantar calon bersemuka dengan PM,” katanya pada sidang media di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Malaya (UM), di sini hari ini.
“Kawasan Parlimen Perdana Menteri seharusnya paling selamat untuk kami kunjungi serta paling demokratik dan matang dalam pengalaman politik,” kesalnya dengan insiden yang berlaku.

Hezbollah fighters die in Syria amid calls for talks

Mat Zain: Isu di Lahad Datu tak ubah seperti kes Sauk



 
Seorang bekas pegawai tinggi polis berkata rakyat sepatutnya menuntut agar kumpulan warga asing bersenjata yang dikepung pihak berkuasa di Lahad Datu, Sabah ditangani dengan keras seperti tindakan ke atas kumpulan al-Maunah dalam insiden tahun 2000 di Sauk, Perak.

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim memberi alasan, situasi yang berlaku di Kampung Tandou, Lahad Datu itu tidak banyak berbeza dengan peristiwa di Bukit Jenalik itu.

"Jika kes Sauk boleh diklasifikasi sebagai 'melancarkan atau cuba melancarkan perang ke atas Yang Di-Pertuan Aong atau Yang Di-Pertua Negeri', yang merupakan kesalahan ke atas Negara, maka rakyat boleh menuntut agar undang-undang sama dikenakan ke atas penceroboh Sulu ini.

Video Sg Tengi: Anak temui IGP buat bantahan


(Mazlan dalam sidang media selepas bertemu polis di Bukit Aman)

KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) meminta Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Ismail Omar menyatakan pendirian berhubung dengan penyebaran video yang mengaitkan pihak polis berhubung dengan insiden yang berlaku di Felda Sungai Tengi.

Presiden Anak Mazlan Aliman menyatakan ini sejurus keluar dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selepas pertemuan ringkas Anak dan penyerahan memorandum sebentar tadi.

Mazlan memberitahu, pertemuan hari ini juga turut membincangkan tentang jaminan intergriti polis selaku badan keselamatan yang melindungi rakyat.

Mereka meminta agar satu siasatan terperinci dilakukan dengan segera bagi membersihkan pasukan polis dari gejala bersekongkol dengan parti politik pemerintah Umno-Barisan Nasional sepertimana yang didakwa.
Menurut Mazlan, video yang bertajuk 'KANTOI!!!! RAKAMAN UMNO DALANG PROVOKASI DI FELDA SUNGAI TENGI' dengan jelas menunjukkan suatu mesyuarat yang dipengerusikan oleh pengurus Felda Sungai Tengi, Alias Hussein bersama-sama pemuda-pemuda upahan yang mengganggu program pada malam tersebut.

‘Huru hara’: Kenyataan Pengurus Felda boleh gugat keselamatan

Mazlan AlimanKUALA LUMPUR 18 FEB: Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman menyifatkan kenyataan Pengurus Felda Sungai Tengi, Alias Hussein untuk membuat ‘huru-hara’ ketika ceramah Anak pada 4 Februari lalu sangat berbahaya dalam konteks keselamatan.
Katanya, kenyataan itu lebih bahaya jika benar wujud perbincangan antara Felda dan polis seperti yang dipaparkan oleh Alias dalam video you tube yang tersebar luas di internet sejak beberapa minggu lalu.
“Siasatan mesti dibuat kerana kenyataan itu mencerminkan sikap sebenar polis, jika terbukti kenyataan itu palsu, Alias mesti didakwa kerana berbohong atas nama polis.
“Tetapi jika benar kenyataan itu, jelas ini satu konspirasi antara Felda dan polis dan kita tidak boleh menerima situasi ini.
“Ungkapan “huru-hara” itu hanya mengundang satu keadaan yang mana elemen-elemen luar mendapat lesen untuk melakukan provokasi,” kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu.
Beliau berkata dalam sidang media selepas pertemuan dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang diwakili Datuk Awaludin Jadid, Penolong Pengarah Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial dan beberapa pegawai kanan polis.
Dalam pertemuan itu, Mazlan turut menyerahkan memorandum bantahan berhubung insiden di Felda Sungai Tengi pada 4 Februari lalu.

The real enemies of the state

By deporting Senator Nick Xenophon, the Malaysian authorities have given the impression that there is something to hide.

By S Vell Paari
When I arrived in Kuala Lumpur from Perth two days ago, the first SMS that I received upon switching on my mobile phone was that Australian senator Nick Xenophon had been detained at the Low Cost Carrier Terminal (LCCT) and was awaiting deportation for allegedly being an “enemy of the state”.
The enemy of the state claim, to me, was bewildering.
Setting aside his scheduled meetings with Anwar Ibrahim and certain NGOs, wasn’t he and the delegation representing all the political parties in Australia scheduled to meet with the Election Commission and Minister in the Prime Minister’s Department Nazri Abdul Aziz as well?
When a senior federal minister of Malaysia and the Election Commission could see fit to schedule a meeting with Senator Xenophon, where is this security treat?
Let’s be frank, Senator Xenophon is not an independent observer, he is aligned to Anwar and Pakatan Rakyat but have not our leaders like Xenophon been critical of foreign countries and their policies. Were this leaders considered a security threat and deported when they arrived in those countries?
Dr Mahathir Mohamad during his tenure as prime minister made various threats against the US and Australia, was he ever deported during any of his visits there? Even recently he made statements against the US and Hilary Clinton but when he went there to receive an award, he was not deported for being an enemy of the state.

Memo : GM13 mahu jumpa PM sehaja

BANGSAR - "Kami tak mahu jumpa orang lain, kami mahu jumpa Perdana Menteri."

Demikian menurut Gabungan Mahasiswa Pilihan Raya Umum Ke-13 (GM13) yang ditemui di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya di sini, hari ini.

Pengerusi GM13, Syis Abdul Kadir berkata, pihaknya menunggu kehadiran perdana menteri untuk menyerahkan memorandum kepada beliau.

Namun, beliau berkata, GM13 sedikit kecewa apabila perdana menteri tidak dapat menghadirkan diri pada program Graduan Satu Malaysia (OMG).

Beliau turut berkata, GM13 akan meneruskan hasrat dengan membuat penyerahan memorandum di Pejabat Perdana Menteri.

"Kita agak kecewa apabila dapat tahu, perdana menteri tak dapat hadir hari ini.

"Namun kita tak akan berhenti di sini, kita akan ke pejabatnya dan serahkan memorandum ini selewatnya minggu hadapan.

"Kita akan beritahu perdana menteri, mahasiswa akan tetap turunkan calon di Pekan," katanya kepada pemberita di sini.

Difahamkan memorandum itu mahu Najib, yang juga Ahli Parlimen Pekan bertanggungjawab terhadap kejadian mahasiswa yang turun berkempen diserang oleh samseng di kawasan tersebut minggu lalu.

Selain itu, memorandum juga mahu memaklumkan perdana menteri bahawa mahsiswa akan bertanding di Parlimen Pekan satu lawan satu.

Kerajaan BN “autoritarian”, Najib seorang “demokrat palsu”

KUALA LUMPUR, 18 FEB: Tidak cukup dengan pengkhianat dalam penipuan  “kewarganegaraan untuk undi” di Sabah dalam Projek IC dan menuduh Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman memberi sejuta kewarganegaraan kepada bukan Melayu yang “tidak layak”, kini bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad minta Barisan Nasional (BN) diberi majoriti dua pertiga supaya boleh melucutkan Pengerusi Bersama Bersih, S Ambiga kerana kempen patriotik untuk pilihan raya bersih, bebas dan adil.
Ketua Parlimen DAP,  Lim Kit Siang berkata, tindakan Dr Mahathir itu seolah tidak cukup kerosakan yang dilakukan selama 22 tahun memerintah negara sehingga mahu melakukan perkara yang lebih buruk itu.
Katanya, menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), rakyat Malaysia melihat sesuatu yang seperti sebuah ungkapan Yunani yang menyebut, “Sesiapa yang tuhan mahu hancurkan mereka akan dijadikan gila terlebih dahulu”.
“Bukti terbaru yang menggambarkan ungkapan Yunani itu adalah penahanan dan pengusiran 15 jam Senator Australia, melengkapkan pengesahan dalam negara dan antarabangsa bahawa kerajaan Malaysia yang diperintah BN adalah “autoritarian” dan Najib seorang “demokrat palsu”.

Kantoi..!!! Terbongkar sudah penyokong tegar UMNO, pengikut Skinhead jadi pelakon ahli PAS

 
Bukan nak aibkan tetapi perlu dedahkan siapa sebenarnya melaon yang menyamar sebagai ahli PAS konon membuat demo bantah mengenai isu Kalimah Allah sampai mendesak PAS keluar dari Pakatan Rakyat.

Sampai keluar TV3 lagi demo melaon ini beb!!!

Sekarang apa sudah jadi.. SUDAH KANTOI!!!!.. rupa-rupanya melaon ini penyokong tegar UMNO dah pengikut Skinhead paling totok dalam dunia.

Kalau tidak percaya.. Dipersilakan lihat, amati dan analisa semua gambar-gambar yang dimuat naik.

Selamat mengamati dan menganalisa!!!! 
 

Najib is leading BN into GE13 political DISASATER

Najib is leading BN into GE13 political DISASATER - Jui MengGOING into the March 2008 12th General Election with a 71% approval rating, then premier Abdullah Ahmad Badawi was expected to w
in comfortably for a second term in office.
After all, he had led Barisan Nasional (BN) to its biggest ever electoral victory in history in the 2004 General Election – winning 91% of the 222-seat Parliament.
The political tsunami surprised every Malaysian – it was to be BN’s worst ever electoral performance, losing its traditional two-thirds majority and five state governments.
Today, Umno president and prime minister Najib Abdul Razak’s approval rating is 63%, according to a Merdeka Centre poll last December.
Can one really conclude with any accuracy the outcome of the coming 13th General Election? Parliament is headed for automatic dissolution on April 28 and the first state assembly set for automatic dissolution is Negri Sembilan on March 23.

Former premier Mahathir Mohamad blames Abdullah for BN-Umno’s current weak political standing. But Mahathir failed to acknowledge that it was he who contributed immensely to Abdullah’s downfall with his harsh criticisms of Abdullah’s administration.
However, Abdullah and his son-in-law Khairy Jamaluddin have to also take a lion’s share of the blame for BN-Umno’s predicament.
It was Abdullah and Khairy’s Putrajaya Fourth Floor Boys who dug their own political graves by swallowing the government’s gravy train.

Abdullah and Khairy are also responsible for not only extending the New Economic Policy (NEP) for another 15 years (1995-2020), they also formulated a damning new Wealth Ownership policy via the 9th Malaysia Plan (9MP).

Ust. Azhar & Ust. Bollywood - Merungkai Kehidupan Jin & Permasalahan Hidup Dgn Al-Quran (CD1)

Ustaz Azhar Idrus : Dendam Iblis

MAQASID EDISI 11 : Ulama dan Pembangunan Pemikiran Maqasid Syariah (Nik Zawawi Nik Salleh) (Bhg 3)

Dtk Dr Maza : Berbicara Tentang Berdiri Bila Orang Kenamaan Masuk

MAQASID EDISI 11 : Ulama dan Pembangunan Pemikiran Maqasid Syariah (Nik Zawawi Nik Salleh) (Bhg 2)

MAQASID EDISI 11 : Ulama dan Pembangunan Pemikiran Maqasid Syariah (Nik Zawawi Nik Salleh) (Bhg 1)

Isu kalimah: Utusan terus jadi batu api, kata Mujahid

Kerajaan Negeri Mahu Urus Air Selangor Untuk Elak Bebankan Rakyat

MB rumah terbuka tahun baru cina 2013 01
PETALING JAYA, 18  FEB: Keuntungan keterlaluan sehingga 30 peratus yang diperolehi Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam industri air tidak adil kerana ianya membebankan rakyat.
Oleh demikian, Kerajaan Negeri mengambil keputusan untuk mengambil alih operasi Syabas demi memastikan pengguna Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dapat menikmati bekalan air yang cekap pada harga yang berpatutan.
Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini, Kerajaan Negeri juga bertindak tidak membenarkan kenaikan tarif air seperti yang dipersetujui Umno-BN ketika menguasai pentadbiran negeri sebelum ini.
“Bagaimana teruk Kerajaan Umno-BN sanggup mengambil kesempatan atas sumber air yang menjadi sumber keperluan rakyat,” kata Abdul Khalid ketika berucap di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Negeri Selangor semalam.
Akhbar Selangorkini melaporkan sebelum ini bahawa perjanjian penswastaan air 2004 memberi laluan kepada Syabas untuk menaikkan tarif air sebanyak 37 peratus pada 2009 dan 25 peratus pada 2012.
Akan tetapi Kerajaan Selangor menyekat kenaikkan tarif kerana Syabas tidak menepati terma perjanjian untuk menurunkan kadar air tidak berhasil (NRW), iaitu air yang hilang akibat dicuri atau bocor, kepada 19.98 peratus.

Jaminan Islam, Melayu dipertahan dalam Pakatan


KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS menyifatkan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebelum ini adalah jaminan bahawa Islam dan Melayu dipertahankan dalam Pakatan Rakyat.

Dan pihak yang akan mempastikan ianya dipertahankan adalah PAS.

Sehubungan itu, Dewan Ulamak PAS Pusat menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan olehnya di Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno (PGU) 7.0 di Kampung Banggol Peradong, Kuala Nerus pada hari sabtu yang lalu.

Tuan Guru Abdul Hadi dipetik sebagai  berkata “PAS memberi jaminan kerjasama dengan parti Pakatan Rakyat dengan DAP, dengan KeADILan (PKR) selagi dapat mempertahankan Melayu Islam.

"Sekiranya kerjasama itu merugikan Melayu Islam, merugikan Islam…PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan tidak ada ragu-ragu lagi. Sehingga hari ini, kita (PAS) bersama Pakatan Rakyat."

Felda tayang filem Tanda Putera pada 3,000 peneroka di PWTC

Felda hari ini menganjurkan tayangan filem kontroversi Tanda Putera kepada kira-kira 3,000 orang peneroka tanah rancangan itu dalam satu majlis khas bersama bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Program tayangan khas itu diumumkan timbalan menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda Datuk Ahmad Maslan dalam ucapannya terdahulu, di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Tayangan tersebut diadakan bermula jam 1 tengah hari selepas sesi ucapan pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan juga ucapan Mahathir di program 'Warga Felda Bersama Negarawan Ulung Tun Mahathir Mohamad' itu.

Seorang pemimpin NGO anti-Pakatan, Zahid Mat Arip yang bertindak sebagai pengerusi majlis tayangan berkenaan pula mengumumkan bahawa program itu diadakan untuk warga Felda atas permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri.

Jawapan penyelewengan dalam ATM selepas PRU 13 - Jen Hadi


KUALA LUMPUR: Bekas pemimpin angkatan tentera yakin, semua jawapan kepada penyelewengan yang berlaku dalam Angkatan Tentera akan diketahui selepas Pakatan Rakyat menang di Putrajaya nanti.

Sehubungan itu, bekas pemimpin Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Brigedier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab (gambar) mengajak rakyat negara ini membuat perubahan dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.

Beliau berkata demikian dalam ceramah bersama para pemimpin bekas tentera di Setiawangsa malam semalam.

Turut serta di majlis itu adalah bekas Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir,  Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid (Laut) dan Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad (Kagat) serta Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Abdul Hadi yakin, semua rakyat ingin tahu apakah sebenarnya penyelewengan yang berlaku dalam angkatan tentera.

"Terlalu banyak penyelewengan yang berlaku dalam angkatan tentera, jika kita adakan siasatan sekarang pun, kita tidak akan dapat jawapannya.

PM Australia tekan Malaysia beri penjelasan usir Xenophon

JulaiKUALA LUMPUR 18 FEB: Perdana Menteri Australia, Julia Gillard mengecam keras pengusiran Senator bebas, Nick Xenophon dan mahu kerajaan Malaysia beri penjelasan mengenainya.
“Jelas kita gagal untuk mendapatkan persetujuan kerajaan Malaysia untuk membenarkannya tinggal di Malaysia.
“Kita akan terus mengejar isu ini dengan kerajaan Malaysia,” kata Gillard di Melbourne hari ini, dilapor agensi berita, AFP.
Beliau juga ‘terkejut dan kecewa’ terhadap Malaysia mengatakan Canberra membuat ‘tanggapan segera dan berat’ berhubung pengusiran Xenophon.
“Kami tidak berhasil mendapatkan persetujuan pemerintah Malaysia agar ia (Xenophon) tetap di Malaysia.
“Kami akan terus membahas masalah itu dengan pemerintah Malaysia,” kata Gillard dalam akhbar Indonesia, Republika online yang turut mengutuk deportasi ke atas Xenophon.
Xenophon mengatakan, lawatan beliau ke Malaysia untuk memantau sistem pilihan raya adalah urusan rasmi, menurut laporan media Australia.
“Ia bukan tidak rasmi,” kata Xenophon dilapor radio ABC di Australia.
“Ia adalah perjumpaan di mana keputusannya akan dibawa ke parlimen persekutuan berkenaan lawatan itu nanti,” katanya lagi.
Beliau juga percaya pengusirannya ekoran sokongan terhadap kumpulan pro demokrasi, Bersih.

Keluarga cabar SOSMA, dakwa bertentangan dengan Perlembagaan

Peguam Fadiah Nadwa Fikri menemui pemberita selepas memfailkan permohonan untuk habeas corpus. — Gambar Choo Choy May
KUALA LUMPUR, Feb 18 — Peguambela keluarga Hilmi Hasim hari ini memfailkan permohonan habeas corpus untuk mencabar penahannya bulan ini di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). “Permohonan kami adalah kerana SOSMA itu sendiri bercanggah dengan Perlembagaan ... tangkapan dan penahanannya tercalar dengan mala fide,” kata peguam Fadiah Nadwa Fikri kepada pemberita hari ini.
Peguam itu menegaskan SOSMA adalah bercanggah dengan Perlembagaan kerana ia membenarkan bukti yang tidak mengikuti peruntukan dalam Akta Keterangan.
“Sesiapa sahaja boleh ditahan,” katanya, dan menjelaskan undang-undang itu adalah bercanggah dengan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan perlindungan sama rata untuk setiap individu.
“Jelas mereka mahu menjadikan beliau sebagai saksi bagi melawan Yazid dan Halimah,” tegas Fadiah.
Selain Hilmi, Yazid Sufaat, 49, dan Halimah Hussein, 52, antara tiga yang ditahan kerana disyaki terlibat dengan keganasan dan ditahan di bawah akta baru itu pada 8 Febuari lalu.
Yazid, bekas tahanan ISA, didakwa di Mahkamah Majistret Ampang bulan ini kerana disyaki mengakibatkan keganasan terhadap orang awam di Syria, dan Halimah didakwa bersubahat dengan Yazid.
Yazid dan Halimah dikatakan telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 130G (a) Kanun Keseksaan antara Ogos dan Oktober tahun lalu.

Siswa GM13 kumpul bukti serangan samseng UMNO di Pekan



 
Pengerusi Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) Syis Abdul Kadir berkata kumpulan siswa tersebut kini sedang mengumpul rakaman untuk mengenalpasti individu yang didakwa menyerang mereka dalam insiden yang berlaku di parlimen Pekan minggu lalu.
Syis berkata pihaknya juga akan membuat satu lagi laporan polis dan menyerahkan rakaman gambar dan video berkenaan untuk tindakan lanjut pihak berkuasa.

NONE"Kita juga berharap kepada pihak berkuasa untuk bertanggungjawab menjalankan siasatan dengan telus dan adil.

"Kami juga akan membuat sebaran berhubung apa yang berlaku kepada masyarakat. Kami akan menggunakan pentas ceramah (untuk menceritakan perkara ini)," katanya dalam sidang media di Universiti Malaya (UM) pagi ini.

Beliau yang juga presiden Persatuan Mahasiswa Islam di kampus itu berkata, usaha untuk mengumpul bukti tersebut dijangka siap dalam minggu ini.

Minggu lalu, kumpulan mahasiswa tersebut mendakwa mereka diserang dan diugut dengan parang oleh individu yang tidak dikenali sewaktu mengedarkan risalah 'Surat Mahasiswa untuk warga Pekan' di kawasan tersebut yang diwakili oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam siri serangan tersebut, dua orang mahasiswi dari universiti tempatan juga mendakwa kain tudung mereka juga ditarik oleh sekumpulan individu, didakwa ahli Umno, ketika mengedarkan risalah di Bandar Pekan pada hari Jumaat lalu.
Mereka mendakwa, risalah yang dibawa turut dibakar oleh kumpulan tersebut.