PRU13 KANGAR - PKR Perlis akan menggempur kubu kuat Umno dan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Pengerusinya, Tengku Nadzri Tengku Adlin berkata, parti itu akan cuba menembusi beberapa kawasan yang dikenal pasti untuk menyalurkan maklumat sebenar kepada rakyat.

Beliau berkata, perkara itu perlu dilakukan bagi membolehkan rakyat membuat keputusan tepat untuk memilih calon atau parti yang layak mentadbir negeri ini selepas PRU13.

“Saya difahamkan, kebanyakan kawasan yang menjadi kubu kuat Umno dan BN adalah kawasan pedalaman dan mundur.