Jumaat, 15 Februari 2013

PRU13 : Pengundi Cina Kekal Tolak BN.....No To BN Maaaa....!!!

Oleh Shahbudin Husin
Sambutan perayaan Tahun Baru Cina tahun ini sepatutnya menjadi perayaan yang bermakna buat Najib. Ini kerana sambutan Tahun Baru Cina tahun ini merupakan perayaan terakhir sebelum pilihanraya umum diadakan yang mana tarikh edahnya ialah 28 April depan.


Setelah sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha penghujung tahun lalu, Krismas 25 Disember dan Thaipusam penghujung Januari yang lepas, Najib diramal banyak pihak akan membubarkan Parlimen selepas sambutan Tahun Baru Cina yang baru disambut beberapa hari lalu.
Selepas semua kaum menyambut hari raya masing-masing, maka sesuailah diadakan pilihanraya.

Dengan mengadakan pilihanraya selepas semua perayaan utama itu diadakan, Najib akan dilihat sebagai seorang yang bertoleransi kepada semua kaum. Ditambah dengan majoriti kaum Cina memperlihatkan sikap menolak BN, dengan mengadakan pilihanraya selepas perayaan mereka, Najib juga akan dilihat sebagai seorang pemimpin yang mengambil berat dan memahami perasaan kaum itu.

Sebab itu, perayaan Tahun Baru Cina kali ini Najib cuba membuat sesuatu yang luar biasa. Selain berlakon dalam sebuah filem iklan sempena sambutan Tahun Baru Cina, sesuatu yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini, Najib juga cuba mengambil hati kaum Cina dengan membawa supertar Korea, Psy yang popular dengan Gangnam Stylenya untuk menghiburkan mereka pada tahun ini.

Poster dan gambar Najib berpakaian Cina juga bersepah-sepah di tiang telefon dan tiang letrik seluruh negara, untuk memperlihatkan sikapnya yang seolah-olah bersama-sama kaum itu. Ditambah dengan kulitnya yang putih dan bibirnya yang merah, sekali pandang memang Najib kelihatan seperti seorang Cina dengan berpakaian begitu.

Samseng Politik : 10,000 risalah GM13 dibakar, seorang mahasiswa ditampar

SHAH ALAM – Sebanyak 10,000 risalah dirampas dan dibakar oleh sekumpulan lelaki yang didakwa tidak berpuas hati terhadap tindakan ahli Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) mengedarkan risalah terbabit di kawasan Parlimen Pekan petang tadi.
Setiausaha Media Soladariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Shukri Kamarudin berkata, dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 3.00 petang itu, kumpulan lelaki terbabit mengarahkan beliau membuka keretanya yang menempatkan semua risalah tersebut lalu dirampas dan lalu dibakar di hadapan ramai.
“Kumpulan kami seramai 80 orang berkumpul di hadapan sebuah lot kedai berdekatan Pasar Besar Pekan selepas selesai mengedarkan risalah dan surat harapan Mahasiswa kepada penduduk Pekan. Secara tiba-tiba kami didatangai 10 lelaki dewasa lalu mengepung kami.
“Tidak lama kemudian datang lagi beberapa lagi lelaki sehingga menjadi semuanya seramai 40 hingga 50 orang. Mereka bertindak mengepung lalu merampas risalah-risalah yang dipegang oleh Mahasiswa,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Katanya lagi, turut dirampas kamera dan telefon bimbit Mahasiswa yang cuba merakam video kejadian, tetapi kumpulan Mahasiswa berjaya menyelamat kamera dari dirampas.
Tiga hari lalu, Sinar Harian Online melaporkan serangan dua hari berturut-turut membabitkan beberapa ahli GM13 ketika sedang mengedarkan risalah mahasiswa dan surat harapan mahasiswa di kawasan Parlimen Pekan iaitu di kawasan Dun Pulau Manis dan kawasan Dun Chini.
Minggu lalu, GM13 telah mengumumkan akan meletakkan seorang calon mahasiswa untuk bertanding di Pekan.

Nube tuntut adik Najib selesai isu pekerja CIMB

Kumpulan Nube berhimpun di hadapan CIMB Temerloh hari ini hingga menarik perhatian banyak pihak.

TEMERLOH: Kira-kira 100 anggota National Union of Bank Employees (Nube) dari seluruh negara hari ini mengadakan perhimpunan aman di hadapan CIMB Cawangan Temerloh bagi mendesak Datuk Seri Nazir Razak menyelesaikan beberapa tuntutan mereka.

Kumpulan yang diketuai Setiausaha Agung Nube, J.Solomon yang berhimpun sekitar jam 11.45 pagi itu antara lain menuntut diberi perhatian soal gaji, kebajikan dan faedah perubatan kakitangan CIMB daripada kumpulan pengurusan diketuai oleh adik Perdana Menteri itu.

Dalam perhimpunan yang berlangsung selama 45 minit itu turut dipamerkan beberapa sepanduk yang tertera mesej-mesej yang cuba disampaikan kepada orang ramai yang secara kebetulan berhadapan dengan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Temerloh.

ADA BERANI : NAJIB DAN DSAI BAKAL BERTEMBUNG DAN BERTEMU MUKA DIMAJLIS RUMAH TERBUKA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2013

 

ANJURAN DONG JIAO ZONG DI NEW ERA COLLEGE, SEKSYEN 10, JALAN BUKIT, KAJANG, SELANGOR, PADA HARI AHAD 17HB FEBRUARI 2013 JAM 11 PAGI !!!!!


Bakal Perdana Menteri ke-7 DENGAN IZIN ALLAH SWT, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan bakal  mantan Perdana Menteri ke-6 Malaysia, merangkap Ketua Pembangkang, Najib Razak akan bertembung dan bertemu muka pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2013 anjuran Dong Jiao Zong di New Era College, Seksyen 10, Jalan Bukit, Kajang, Selangor Ahad ini 17 hb Februari 2013 jam 11.00 pagi.

Kedua-dua pemimpin ini telah pun bersetuju untuk menghadirkan diri.

Semalan melalui Najib Razak melalui Setiausaha Politiknya telah mengesahkan akan hadir.

Hari ini melalui akaun FBnya DSAI juga menyatakan persetujuan untuk hadir bersama sama dengan YB Lim Kit Siang dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat.

Pasti menarik akan berlaku.  Sanggupkah Najib Razak bersemuka dengan DSAI dalam satu Majlis?

Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Bangsa umno harta dan wang rakyat

Saat Saat Akhir Kerajaan Najib.......


DS Najib telah memberi bayangan bahawa Parlimen akan dibubar pada bila-bila masa sebaik senarai-senarai calun ditapis halus oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dan keselamatan.

Dalam masa yang sama DS Najib juga memberi bunga-bunga supaya rakyat tidak usah bimbang akan kehilangan mana-mana pemimpin kerana itu adalah proses biasa dalam dunia politik. Pemimpin datang, pemimpin pergi . Perjuangan parti adalah lebih besar dan penting berbanding individu. Mesej ini jelas bahawa akan berlaku banyak pengguguran pemimpin-pemimpin besar dalam PRU13 yang akan datang. Jika ini indikasinya maka tidak hairanlah jika ada ketua-ketua UMNO Bahagian yang akan digugurkan kelak khasnya yang banyak masaalah diselimuti isu-isu peribadi seperti harta, wanita dan mabuk kuasa.
DS Najib sendiri telah bekerja keras menemui rakyat dan rakyat melihat beliaulah PM yang cukup kuat dan rajin turun ke bawah tak ubah seperti bapanya Tun Razak. Pentadbiran DS Najib telah melakukan banyak pendekatan, initiatif dengan berbagai tindakan proaktif malah melebihi jangkauan seperti perancangan jangka panjang untuk kesejateraan rakyat di semua peringkat tidak mengira kaum.
Kesungguhan ini seharusnya tidak dipolitikkan dan penerusan Wawasan 2020 yang telah diasaskan oleh Tun M adalah hala tuju yang cukup mantap jika di bandingkan dengan Kerajaan Pakatan Rakyat yang kelam kabut sedang mencari identiti perjuangan.
Walaubagaimanapun pecutan saat-saat akhir ini tidak akan bermakna jika muka-muka calun yang sudah basi, hapak dan tengik masih di’recycle’ kembali. Bekas KPN Tan Sri Musa Hasan juga sependapat BN harus mengenengahkan muka-muka baru yang berintegriti tinggi dan berjiwa rakyat.
Jika ini dapat dilakukan dengan sendirinya perubahan akan berlaku di dalam pemilihan UMNO yang akan datang.

Mat Sabu Bapa Kemerdekaan Baru

Oleh Subky Latif
DENGAN Rapat Raksasa Sejuta atau Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka pada 12 Januari lalu maka Stadium Merdeka yang berusia 56 tahun itu sudah payah dirobohkan.

Rais Yatim banyak merakamkan tapak warisan hingga ada yang termeterai di bawah payung Unesco, tetapi dia tidak berbuat apa-apa bagi menjadikan tapak proklamir kemerdekaan tahun 1957 itu sebagai objek warisan terpenting negara, bahkan membiarkan percubaan menceroboh-meruntuhnya bagi menara ratusan tingkat.
 Kira-kira 20 tahun lalu Yap Chin Kui, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman memberitahu saya ada usaha saudagar hendak menggantikan Stadium Merdeka dengan sebuah kompleks usahawan multi tingkat. Perdana Menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad. Lama sebelum Rais jadi menteri warisan. Kata Yap, “Kita mesti pertahankan warisan sejarah itu.”
Mungkin Wanita Pertama Rosmah Mansor di belakang anti-warisan stadium itu sekarang. Jika tidak diruntuhkan kuasa BN dalam masa sebulan setengah ini nescaya stadium itu akan jadi seperti tapak menara kembar Pusat Dagangan Dunia New York.

Demokrasi apakah ini?

Tidak pernah terlintas di fikiranku seorang Perdana Menteri yang dipilih atas landasan demokrasi boleh mengugut dan merasuah rakyatnya di atas pentas kerajaan. Seolah-olah kerajaan ini parti dia yang punya. Seolah-olah kakitangan awam itu semuanya dibayar gaji dan pencennya oleh Barisan Nasional. Seolah-olah dunia ini akan kiamat jika bukan BN yang menang? Demokrasi apakah ini?

Sewaktu belajar di Ireland, aku melihat integriti dan professionalisme yang tinggi. Ireland mempunyai sejarah hitamnya yang tersendiri. Fanatik Kristian Protestan dan Katholik membawa kepada implikasi sosiopolitik yang hakikatnya merumitkan  demokrasi. Namun, isu-isu kepartian hanya menonjol sewaktu pilihanraya dan isu-isu yang ditonjolkan melambangkan idea dan gagasan yang diperjuangkan, jauh sekali slogan ataupun janji-janji manis  jalanraya ataupun stadium apatah lagi serangan peribadi mahupun ugutan-ugutan yang tidak dapat diterima oleh akal-akal yang memahami hak dan kebebasan individu yang dibela oleh prinsip demokrasi.

Demokrasi menekankan hak dan kebebasan individu untuk memilih. Hari ini, hak dan kebebasan tersebut dikawal sepenuhnya oleh Barisan Nasional. Rakyat diberitahu berulang-ulang kali bahawa mereka sahajalah yang membawa pembangunan, mereka sahajalah yang berjuang demi kemerdekaan, mereka sahajalah yang bertungkus lumus menjana ekonomi negara, mereka sahajalah yang bekerja di agensi kerajaan. Rakyat tidak diberi pilihan yang seluasnya, media arus perdana dilacur habisan sehinggakan timbul satu kefahaman di mana yang baik itu datangnya dari Barisan Nasional dan yang lemah serta pincang itu datangnya dari parti selainnya. Demokrasi apakah ini?

Samseng Politik : PAS Pekan bantu mahasiswa sewa bas balik KL

KUALA LUMPUR: Sekumpulan 30 mahasiswa dari Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) yang dikepung samseng di sebuah madrasah di Pekan, kawasan parlimen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah dihantar pulang ke Kuala Lumpur menggunakan bas yang disewa PAS Kawasan Pekan.
Menurut Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menghubungi Harakahdaily jam10.30 malam ini berkata pelajar sedang menaiki bas untuk bertolak ke Kuala Lumpur sambil diiringi polis sehingga ke Gambang.

“PAS Pekan sewa sebuah bas RM1,600 untuk hantar pelajar ke terus ke KL, polis iring sampai Gambang,” katanya.

Petang tadi, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengerahkan anggota di sekitar Pekan, Pahang ke Madrasah Darul Husna, bagi membantu mahasiswa yang dikepung samseng.

30 mahasiswa dikepung di madrasah tersebut yang merupakan markas PAS.

PRU13 : Apa yang mereka mahukan?

Azhar Mohamed Salleh

15 FEB — Kebangkitan rakyat menyuara dan menuntut hak kebelakangan ini semakin memuncak.
Ini merupakan satu perkembangan yang sihat dalam konteks politik dan demokrasi.
PRU 12 menjadi bukti dimana parti pembangkang meraih peratusan kerusi tertinggi dalam sejarah pilihan raya negara ini sekaligus memecah dominasi yang dikuasai parti pemerintah.
Aku merasa tidak senang sekali melihatkan satu parti memerintah tanpa ada sebarang bantahan dan persoalan dibangkitkan.
Apabila parti memerintah menguasai lebih dari 2/3 kerusi di parlimen, ini menandakan mereka telah dianugerahkan rakyat dengan kuasa yang mutlak dalam menggubal perlembagaan.
Kita lihat 20 tahun lalu dan sebelumnya, hampir langsung tiada bantahan terhadap segala tindak tanduk kerajaan memerintah dalam mengurus tadbir negara.
Sama situasinya dalam pilihan raya ketika itu.
Ini kerana penguasaaan kerusi di parlimen yang dimilki oleh parti pemerintah pada ketika itu.
Bila dan mengapa?
Umum ketahui bahawa DSAI merupakan bapa pencetus reformasi dan kebangkitan rakyat dinegara ini.
Ia bermula pada tahun 1998 dimana DSAI dikaitkan dengan satu skandal moral yang tidak perlu aku bukakan semula.
Bukan kerana telah semua maklum, tapi kerana aku jijik dengan drama, dialog, watak dan skrip dalam kes tersebut.
Tepat pada lingkungan masa yang sama juga, sistem teknologi maklumat juga berkembang pesat dinegara kita.

Kenapa Tok Ki Det benci Khairy, sayang sangat Rosmah


KUALA LUMPUR: Dengan segala pendedahan mengenai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, adalah tidak patriotik jika Tun Dr Mahathir Mohamad terus menyokongnya.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, surat ahli perniagaan Deepak Jaikishan kepada Dr Mahathir baru-baru ini memperinci dan membuktikan dengan lebih detail lagi apa yang dijelaskan oleh Deepak sebagai salah laku Najib.

"Dengan pembuktian sedemikian, termasuk memetik keputusan mahkamah, saya tak mahulah kata mengkhianati negara tetapi sangat tidak patriotik jika Dr Mahathir terus menyokong Najib," katanya.

Mahfuz yakin, Dr Mahathir tentu lebih faham dan lebih tahu apa yang dimaksudkan oleh Deepak apabila ahli perniagaan itu berkata 'bagaimana pahitnya kebenaran itu, ia tetap yang benar dan sentiasa mendahului setiap penipuan dan penafian daripada perampas dan pembunuh'.

"Siapakah perampas? Siapakah pembunuh? Berapa banyak yang dirampas? Adakah harta negara yang dirompak? Siapa pula yang dibunuh?," beliau mempersoalkan.

Keluarga Sugumar desak Putrajaya beri kebenaran pakar forensik luar negara

KUALA LUMPUR, 15 Feb — N. Surendran, peguam keluarga C. Sugumar mendesak Putrajaya hari ini supaya membenarkan patologi forensik dari luar negara  untuk menjalankan bedah siasat kedua keatas mayat penjaga keselamatan yang didakwa mati dibelasah pihak polis.
Pakar dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand semalam mendedahkan punca beliau menolak untuk menjalankan bedah siasat keatas Sugumar adalah kerana Putrajaya meluahkan rasa kurang senang dengan tugasnya sebelum ini keatas pembantu politik DAP mendiang Teoh Beng Hock.
“(Perdana Menteri Datuk Seri) Najib mesti membetulkan kerosakan dan memberitahu kerajaan Thai supaya menghantar Pornthip,” kata Surendran kepada The Malaysian Insider hari ini.
Peguam PKR tersebut juga menegaskan tiada mana-mana ahli patologi persendirian di Malaysia yang menjalankan bedah siasat.
“Cadangan sebenarnya ialah untuk mendapatkan bedah siasat kedua yang bebas. Pornthip sangat terkenal dan bergerak bebas,” ujar beliau.
Dalam pada itu, laporan Bernama hari ini menyatakan Najib telah menafikan daripada menghalang Dr Pornthip daripada menjalankan bedah siasat kedua ke atas Sugumar.
Dr Pornthip sebelum ini terlibat sebagai pemerhati dalam bedah siasat kedua Teoh Beng Hock dan memberikan keterangan dalam Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) serta mendedahkan berlaku muslihat dalam kematian misteri pembantu khas DAP tersebut di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Selangor pada 2009.

Najib: Dakwaan halang Pornthip cerita dongeng


Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan dakwaan pembangkang kononnya beliau mempunyai kaitan menghalang pakar forensik Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand melakukan bedah siasat kedua ke atas mangsa dakwaan keganasan polis, C Sugumar.
  
Perdana menteri berkata dakwaan Naib Presiden PKR,  N Surendran itu tidak benar sama sekali.

NONE"Tak adalah...cerita-cerita dongeng banyak. Tak usah dengar semua. Tak ada sama sekali," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak di Ipoh hari ini.
  
Beliau mengulas laporan beberapa portal berita yang memetik pemimpin PKR itu mendakwa Najib telah berkomunikasi dengan Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra berhubung bedah siasat kedua itu.
  
Surendran mendakwa ekoran daripada komunikasi itu, kerajaan Thailand memutuskan supaya Pornthip tidak perlu melakukan bedah siasat tersebut agar tidak menjejaskan hubungan antara kedua-dua negara.
    
Dalam kejadian pada 23 Jan lepas, Sugumar yang dipercayai mengalami masalah mental, dilaporkan mengamuk lalu merosakkan harta benda awam dengan menggunakan palang besi.
  
Menurut laporan media sebelum ini, Sugumar bertindak agresif ketika cuba ditahan oleh anggota polis dan digari sebelum dia tiba-tiba rebah dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
  
- Bernama

K'jaan Thai risau M'sia kurang senang dengan Pornthip



 
Kementerian Keadilan Thailand bimbang penglibatan ahli patologi forensik Dr Pornthip Rojanasunand dalam bedah siasat kedua kematian yang didakwa berpunca daripada keganasan polis akan menyebabkan kerajaan Malaysia kurang senang.

NONEPerkara itu diperincikan dalam satu laporan dalaman yang diperolehi
Malaysiakini dan ia menyuarakan kebimbangan kementerian itu terhadap hal-hal berkaitan kematian pengawal keselamatan C Sugumar bulan lalu.

"Dalam kes kematian Sugumar yang berlaku di Selangor - sebuah negeri yang ditadbir pembangkang - kerajaan Malaysia mungkin sekali lagi risau dengan tindakan Dr Khunying Pornthip, wawancara beliau atau sebarang kenyataannya yang mungkin dieksploitasi pembangkang, yang akan memberi impak negatif terhadap kerajaan pada masa pilihan raya umum semakin hampir," laporan itu dipetik.

Laporan itu yang merupakan dokumen rasmi Kementerian Keadilan Thailand, ditulis dalam bahasa Thai.

Kementerian berkenaan membuat kesimpulan tersebut dalam laporan mereka berdasarkan penglibatan ahli patologi itu sebelum ini dalam satu lagi bedah siasat kedua yang kontroversi - yang melibatkan pembantu ahli politik DAP Teoh Beng Hock yang mati sewaktu beliau disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 16 Julai 2009.

Manila gesa kumpulan bersenjata di Lahad Datu kembali ke Filipina

KUALA LUMPUR, 15 Feb — Kerajaan Filipina menggesa sekumpulan 100 warga negara itu yang bersenjata dan kini dikepung pasukan keselamatan Malaysia di pesisir pantai berhampiran Lahad Datu, Sabah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing di tanah air mereka.
Setiausaha Ketiga dan Naib Konsul Kedutaan Besar Filipina di Kuala Lumpur Johann Veronica M. Andal berkata pasukan tentera dan polis negara itu kini memantau serta bertukar maklumat dengan rakan sejawatan mereka di Malaysia dalam usaha mencari penyelesaian segera insiden itu.
"Pada masa sama, rondaan dan langkah keselamatan lebih ketat dipertingkat di perairan Tawi-Tawi dan pulau bersebelahan," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini.
Pada 13 Feb lepas, pasukan keselamatan Malaysia menahan sekumpulan warga asing bersenjata yang berpakaian tentera kerana menceroboh perairan Lahad Datu, Sabah.
Andal berkata aktiviti kumpulan ini tidak dipersetujui kerajaan Filipina. — Bernama

Keinginan untuk berubah itu sudah lama terpendam di hati rakyat

Ketidak puasan hati terhadap Umno memimpin negara sebenarnya sudah lama di rasakan oleh rakyat khususnya bagi mereka yang boleh berfikir dan menilai sesuatu isu itu dengan baik, telus, ikhlas dan rasional. Hanya mereka tidak perasan yang ketidak puasan mereka itu sudah bersemi di dalam diri mereka sebegitu lama.
“Subconscience” mereka yang inginkan perubahan itu sudah berada di dalam diri mereka sebegitu lama. Hanya setelah mereka nampak ketidak telusan dan elemen-elemen negatif sudah menjadi sebegitu jelas berlaku maka barulah mereka menzahirkannya melalui parti-parti politik dan NGO-NGO dan berbagai-bagai saluran yang lain. Mereka kini menzahirkan rasa tidak puas hati itu dengan terbuka, lebih-lebih lagi zaman komunikasi yang canggih yang menjadi cara hidup rakyat di zaman kemajuan ini.
Di dalam sesebuah negara demokrasi elemen terpenting yang penyaluran “informasi” yang aktif dan terbuka dan elemen ini sudah menjadi begitu maju sehinggakan kerajaan yang selama ini menekan dan menutup segala “avenue” untuk rakyat mengetahui apa yang sebenarnya berlaku itu tidak lagi berdaya untuk membendungnya.

Jelajah Merdeka Rakyat menerima sambutan hangat dari segenap lapisan masyarakat Malaysia

Deepak saman Najib Rosmah RM3 bilion


KUALA LUMPUR: Ahli Perniagaan Deepak Jaikishan akan memfailkan saman bernilai RM3 bilion terhadap perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, adik Datuk Nazim Razak serta kerajaan Malaysia minggu depan.

"Kita berharap segala dokumen akan disiapkan Isnin ini dan difailkan di mahkamah," kata beliau dalam wawancara dengan laman web Free Malaysia Today hari ini.

Saman ini dibuat ekoran kegagalan mereka mempastikan projek yang diberikan kepadanya berjalan lancar sedangkan wang sudah dibayar kepada mereka.

Besok, katanya, buku kedua beliau bertajuk 'The Black Magic Woman' akan dilancarkan.

Ia mengandungi pelbagai cerita tentang isteri perdana menteri yang pernah menjadi rakan perniagaan beliau selama lebih lapan tahun sebelum ini.

Samseng Politik : Pemuda PAS kerah ahlinya bantu mahasiswa


(Kekecohan berlaku apabila 30 mahasiswa sedang dikepung)

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengerahkan anggota di sekitar Pekan, Pahang ke Madrasah Darul Husna, bagi membantu mahasiswa yang sedang dikepung samseng.

Ia berikutan sekumpulan 30 mahasiswa dari Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) dikepung samseng di madrasah tersebut yang merupakan markas PAS.

Menurut maklumat daripada mahasiswa yang berada di sana, sekumpulan samseng mengepung mereka di luar pagar bagi menghalang mereka meneruskan program edaran risalah ke kampung-kampung.

"Pemuda dah dikerah ke lokasi. Semalam mereka dah diserang, pemuda kita ada di sana dan petang kena lagi sewaktu mereka di pejabat PAS kawasan Pekan.

"Insyaallah kita kerah orang kampung dan petang ini juga Ketua Pemuda Kawasan akan pergi ke sana," kata Ketua DPPM, Nasrudin Hassan kepada Harakahdaily.

Samseng Politik : Aktivis pelajar dakwa ahli Umno tarik tudung di Pekan



 
Dua aktivis pelajar perempuan mendakwa dua ahli Umno menarik tudung mereka ketika mereka sedang mengedar risalah anti-BN di Pekan petang ini.

Norfatehah Ahmad, 23, memberitahu Malaysiakini bahawa dua lelaki itu, yang memperkenalkan diri mereka sebagai ahli Umno, juga bertindak merampas risalah mereka.

NONEKejadian itu didakwa berlaku di pasaraya Mydin pada jam 3 petang.
Menurutnya, kedua-dua lelaki itu juga cuba mengheret mereka ke
bangunan Umno yang terletak beberapa meter dari situ, dengan menarik tangan dan tudung mereka.

"Kami enggan ikut. Selepas itu, mereka menarik lagi tangan saya dan mengugut untuk melakukan sesuatu kepada saya jika saya tidak ikuti mereka," kata pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) itu.

"Malah mereka juga menunjukkan penumbuk kepada kami dan memberi amaran supaya kami jangan berada (di kawasan pilihan raya) Pekan. Saya begitu takut dan menangis. "

Selepas memanggil rakan-rakan mereka supaya membantu, kedua-dua aktivis pelajar itu diiringi oleh dua penduduk tempatan dan menyertai semula rakan-rakan mereka 30 minit kemudian.
Sementara itu, Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Kamaruddin memberitahu Malaysiakini, kira-kira 20 penduduk tempatan dan anggota PAS membantu membawa mereka ke sebuah madrasah yang juga merupakan bilik gerakan PAS.

Tarik balik penggantungan Azrul, gesa rakyat Malaysia kepada Bank Islam

KUALA LUMPUR, 15 Feb — Ahli badan bukan kerajaan (NGO) dan individu professional di negara ini menggesa Bank Islam Malaysia Berhad supaya menarik balik penggantungan tugas yang dikenakan terhadap ketua penganalisis ekonomi institusi kewangan tersebut ekoran kenyataannya dalam satu forum di Singapura bulan lalu.
Mereka juga turut menegaskan, tindakan Bank Islam itu seumpama “menyekat kebebasan bersuara”, dan menghalang penyelidikan dan kajian dilakukan oleh Azrul Azwar Ahmad Tajudin.
Pensyarah Sosiologi Universiti Kebangsaan Malaysia Profesor Noraini Othman berkata, tindakan yang dikenakan ke atas Azrul adalah seperti menyekat kebebasan akademik kerana ketika itu beliau membentangkan hasil kajiannya dari sudut ekonomi.
“Tiada kebebasan akademik ... walaupun beliau bukan ahli akademik, tugasnya seperti ahli akademik ... hasil kajiannya,” tegas Noraini yang juga merupakan ahli NGO Sisters In Islam
Akhbar The Straits Times Singapura melaporkan, ketika pembentangan kajiannya itu, Azrul menjangka senario yang akan berlaku apabila Barisan Nasional (BN) hanya mampu memenangi 97 hingga 107 dari 222 kerusi parlimen, yang tidak cukup untuk sebuah kerajaan.
Tetapi keputusan tersebut juga bermakna Pakatan Rakyat (PR) hanya merupakan sebuah kerajaan goyah, jauh dari majoriti yang sering diterima oleh musuh politik mereka.

Muhyiddin: 'Gua tak bohong punya orang'...ha..ha..ha.. jadi kes "Siapa Tipu Siapa"..!!!

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menempelak pembangkang yang mendakwa kerajaan yang sedia ada tidak membantu rakyat di negara ini.

Menyifatkan dakwaan pembangkang itu sebagai "satu pembohongan", Muhyiddin berkata kerajaan memberi pelbagai bantuan kepada rakyat termasuk pemberian subsidi, pengawalan harga barang keperluan dan pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bagi mengurang bebanan rakyat.

muhyiddin distributes brimMuhyiddin cuba meyakinkan hadirin bahawa kerajaan berusaha untuk membantu supaya rakyat supaya tidak berada dalam kesusahan.

Beliau mengemukakan beberapa langkah kerajaan membantu rakyat antaranya termasuk pemberian subsidi gula, pemberian subsidi minyak bernilai RM22 bilion setahun serta pengawalan harga barang keperluan seharian seperti ikan, sayur dan sebagainya.

"Kita sudah lima hari sambut Tahun Baru Cina. Kita masih kawal harga. Mana ada kerajaan buat macam Malaysia. Ini kerana kita mahu tolong rakyat.

"(Dakwaan) kita tak bantu, itu bohong, sebab dia (pembangkang) tak tahu. Gua tak bohong punya orang. Gua cakap betul punya orang. Kita kawal (harga barang), kalau naik, kita denda.

"Kerajaan kita berusaha untuk membantu rakyat, supaya rakyat kita tidak susah," katanya di hadapan lebih 2,000 penerima BRIM yang majoritinya pengundi Cina di Dewan Komuniti DBKL Manjalara, Segambut.

BN hidu ‘ajal’ mereka: Kroni dapat projek lebih RM20 bilion


KUALA LUMPUR, 15 FEB: Anugerah kontrak pelbagai projek mega dan penswastaan bernilai lebih RM20 bilion oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada kelompok tertentu menguatkan lagi spekulasi parti pemerintah itu akan “menemui ajalnya” pada pilihan raya umum akan datang.
“Kebarangkalian besar Pakatan Rakyat (PR) akan menjadi Kerajaan Persekutuan bukan sesuatu yang mustahil,” demikian kata Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua.
Rasional ini dijelaskan lagi dengan penangguhan beberapa kali Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana takut BN akan hilang mandat memerintah.
“Namun yang jelas, pilihan raya yang ditangguh ini nampaknya memberi keuntungan kepada kerajaan BN apabila tawaran projek penswastaan dianugerah kepada pihak yang menjadi pilihan mereka,” jelas beliau.
Pua berkata, terbaru yang mengejutkan ialah anugerah konsesi oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebanyak RM1.55 bilion untuk projek penswastaan Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) secara runding terus kepada Ahmad Zaki Resources Bhd (AZRB) pada Rabu, baru-baru ini.

Meteor shower hits central Russia

400 cedera tahi bintang timpa Russia

Celestial damage in central Russia as meteor explodes

Asteroid to Fly Past Earth Friday

Wifi Selangorku Lebih Difokuskan Kepada Kawasan Luar Bandar

Guan Eng demands proof of threat to PM's life

(16/02 Sabtu) Anwar Ibrahim: Ceramah Perdana Bersama Barisan Jeneral (B) Angkatan Tentera Di KL

PRU13 : Siapa penyelamat Felda, harta orang Melayu?


JENGKA: Felda perlu diselamatkan. Tapi siapa penyelamatnya? Orang Felda juga – iaitu anak peneroka Felda yang kini di perantauan.

“Anak peneroka harus menjadi agen perubahan dan penyelamat Felda dan harta orang Melayu. Mereka kena balik mengundi dan pastikan maklumat mengenai penyelewengan di Felda yang ditutup di media massa sampai ke tangan ahli-ahli keluarga mereka,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) kepada Harakahdaily.

Bagi Tuan Ibrahim, jika generasi kedua dan ketiga Felda tidak berusaha menyelamatkan harta-harta Felda yang diusahakan oleh ibu-bapa mereka segalanya akan tergadai di bawah pemerintahan Umno.

Selain itu, Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut menyeru para kakitangan Felda untuk mengambil peluang di pilihanraya umum ke 13 untuk membebaskan diri daripada cengkaman Umno.

“Mereka juga boleh menjadi agen penyelamat Felda dan harta orang Melayu dari dalam. Golongan ini sebenarnya harus membebaskan diri daripada cengkaman Umno yang selalu memaksa melakukan aktiviti yang melaksanakan agenda Umno,” tambah Tuan Ibrahim.

Golongan muda mahu agamawan tanding PRU13

SHAH ALAM – Menurunkan tiga ulama muda terkenal tanah air iaitu bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda, Fathul Bari Mat Jahya bertanding sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) satu strategi bijak.

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata,  ini kerana ketiga-tiga ulama yang diuar-uarkan akan melangkah ke dalam politik negara itu masing-masing  mempunyai karakter hebat yang mampu menarik pengundi muda Melayu di kawasan mereka bertanding seterusnya berkemampuan  memperkasakan parti  yang diwakili.

Menurutnya, mereka muncul pada saat anak muda dambakan kehadiran pemimpin berkaliber, berkepimpinan dan bijaksana dalam  soal agama.

Katanya, majoriti anak muda Melayu menganggap ketiga-tiga agamawan tersebut sebagai mengisi ketandusan pemimpin dari kalangan ulama di negara ini.

PRU13 : Ulama muda mampu lonjak PR

SHAH ALAM – Kehadiran ulama muda sebagai calon yang akan bertanding Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dilihat mampu memberi lonjakan kepada Pakatan Rakyat (PR).
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, selain memiliki latar belakang agama, masyarakat kini amat memerlukan calon berwibawa daripada generasi muda untuk meraih keyakinan masyarakat.

“PR mengalu-alukan keinginan ulama muda untuk bertanding dalam PRU13. Kehadiran mereka dilihat amat tepat pada masanya untuk membentuk masyarakat generasi kini yang semakin jauh dari kehidupan agama.

“Lebih-lebih lagi kita sendiri dapat melihat sokongan diberikan masyarakat kepada mereka. Sekiranya mereka bertanding atas tiket PR, pastinya akan memberi kekuatan kepada parti kerana inilah ciri-ciri calon yang amat diperlukan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kemungkinan tiga ulama muda terkenal tanah air iaitu bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin; Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda, Fathul Bari Mat Jahya bertanding sebagai calon dalam PRU13.

Mereka difahamkan telah digamit semula oleh beberapa parti politik dari BN dan PR kerana dilihat sebagai calon ‘boleh menang’ berikutan memiliki kehebatan tersendiri.

Dakwaan ancaman nyawa: Guan Eng minta BN tunjuk bukti

GEORGETOWN - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow perlu mengemukakan bukti untuk menyokong dakwaan kononnya terdapat ancaman nyawa ke atas penyanyi K-Pop terkenal dari Korea Selatan, Psy pada Majlis Rumah Terbuka di sini, Isnin lalu.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, kenyataan Chang Yeow yang dipetik sebuah akhbar berbahasa Cina yang turut menyebut terdapat ancaman nyawa terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, adalah tidak bertanggungjawab kerana bukan sahaja menakutkan rakyat Pulau Pinang, bahkan menjejaskan imej negeri ini di mata dunia.

Menurutnya, walaupun kenyataan Chang Yeow itu disahkan oleh polis, namun sehingga kini beliau tidak dimaklumkan oleh Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi mengenai ancaman itu.

Samseng Pekan : Bukti rakaman Adun Pulau Manis maki hamun mahasiswa

video_pekanPEKAN 15 FEB: Kisah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis, Pekan, Khairudin Mahmud mengamuk dan memaki mahasiswa yang masuk bertemu penduduk di kawasannya tanpa kebenaran beliau kini menjadi video top di youtube.
Video (lihat sini) yang dirakam secara rahsia oleh salah seorang mahasiswa yang dimaki itu kini menjadi kegilaan ramai di youtube.
Video itu menggambarkan YB Khairudin yang lebih dikenali Cikgu Din itu menemui para mahasiswa yang masuk ke Pekan melalui Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) untuk menyampaikan agenda mereka.
Cikgu Din kelihatan dengan kasar memarahi para mahasiswa itu termasuk membangkitkan soal cincin yang dipakai oleh Rosmah.
Selain insiden serangan oleh wakil rakyat Umno ini, mahasiswa yang turun ke Pekan juga ada yang dibelasah dan ada siswa yang dikejar dengan parang oleh mereka yang tidak dikenali.
Pengerusi GM13, Syis Abd Kadir berkata, mahasiswa tidak sesekali mahu bermusuh dengan rakyat sebaliknya ingin menyampaikan harapan mereka kepada rakyat khususnya di Pekan yang merupakan kawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Pendirian GM13 jelas iaitu tidak mahu bermusuh dengan rakyat dan kami akan meneruskan program seperti yang dijadualkan.
“Kami akan cuba pergi ke tempat-tempat di Dun di Pekan dan kalau dihalang, kami berundur. Kami bukan pergi untuk bergaduh,” kata beliau dipetik Harakah Daily.

100 samseng Umno kepung, sepak mahasiswa di Pekan

kepungPEKAN 15 FEB: Lepas diserang ketika mengedar risalah Selasa lalu, diikuti serangan dengan parang pada Rabu, kumpulan Gerakan Mahasiwa PRU-13 di Pekan, Pahang petang ini dikepung pula kira-kira 100 samseng Umno untuk menghalau mereka pulang.
Bercakap kepada Keadilan Daily, wakil mahasiswa terlibat, Ekhsan Bukhari berkata, serangan tersebut bermula semasa sekumpulan 30 mahasiswa mengedar risalah ‘Harapan mahasiswa untuk rakyat Pekan’ di sekitar kawasan itu.
“Kami sedang edar risalah, tiba-tiba kumpulan 100 samseng di kalangan ahli-ahli Umno Bahagian Pekan mengepung kami. Ada yang kena sepak, tampar, terajang. Mahasiswi pula kena tarik tudung. Polis hanya tengok serangan berlaku.
“Daripada situ, kami terus balik ke tempat penginapan, di Madrasah Husna yang tidak jauh dari lokasi kejadian,” katanya dihubungi ketika beliau dalam madrasah berbincang untuk mencari jalan penyelesaian.
Menurut Ekhsan, kumpulan samseng itu kemudian mengepung madrasah tersebut memberi amaran supaya mereka beredar.
Jika ingkar, kumpulan itu mengugut untuk melakukan ancaman, kata Ekhsan lagi.

Who threaten PSY?

GE13 : PSM logo may confuse people, says Anwar

Ha..ha..ha..: Psy's sponsor fears 'victimisation', says Teng

Mahathir kayakan kroni punca rizab negara terhakis, hutang bertimbun

KUALA LUMPUR 15 FEB: Dasar penswastaan dan polisi Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengkayakan kroni melalui projek mega, punca rizab negara rendah dan hutang negara makin menimbun, kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.
“Polisi Mahathir yang menswastakan projek-projek besar seperti kilang besi waja, Malaysia Airlines (MAS), keretapi dan banyak lagi menyebabkan kroni semakin kaya, kos meningkat, rakyat terbeban dan ekonomi mundur,” katanya ketika dihubungi.
Pengerusi KEADILAN Terengganu itu mengulas kenyataan mantan Perdana Menteri kononnya nisbah kadar hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berada pada tahap 53 peratus masih dianggap baik.
Beliau malah membandingkan keadaan ekonomi Malaysia dengan Greece.
Mahathir berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) kini mempunyai simpanan kira-kira US$140 bilion (US$1=RM3.08) berbanding semasa pentadbirannya hanya sekitar US$30 bilion.
“Itu hanya kenyataan Mahathir untuk bela diri. Dengan hasil kekayaan negara yang begitu banyak seperti minyak, kelapa sawit, hutan berkualiti, negara kita patut mencapai rizab US$1 trilion, dan tidak perlu berhutang,” kata Azan mengulas kenyataan itu.
Menurut beliau, sepanjang 22 tahun pentadbiran Mahathir, rizab matawang, rizab antarabangsa dan rizab emas negara yang sepatutnya tertinggi di dunia mulai terhakis.

Ikatan pohon perintah mahkamah lulus pendaftaran

KUALA LUMPUR: Presiden Protem Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Tan Abdul Kadir Sheikh Fadzil hari ini memohon perintah mahkamah bagi mengarahkan kerajaan mendaftarkan parti itu.

Permohonan itu dibuat melalui peguamnya, Murni Hidayah Anuar di Mahkamah Kuala lumpur, Jalan Duta dekat sini.

Menurut Kadir, beliau membuat keputusan untuk ke mahkamah selepas tiada apa-apa jawapan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung permohonan untuk mendaftarkan Ikatan sebagai parti.

"Permohonan dibuat bulan Jun tahun lepas. Saya berjumpa dengan pegawai pendaftar, pendaftaran dibuat mengikut prsedur dan pihak ROS pun tak ada panggil saya nyatakan apa-apa kesalahan.

"Tapi kenapa sampai hari ini tiada sebarang maklum balas berhubung permohonan saya? kata beliau kepada pemberita di lobi mahkamah.

Beliau kesal kerana kerajaan dilihat seolah-olah sengaja melengah-lengahkan pendaftaran Ikatan.

"Saya nampak kerajaan sengaja lengah-lengahkan untuk beri kelulusan.

PRU13 : Kadir Sheikh Fadzir sokong Wan Ahmad letak jawatan

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kabinet, Tan Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata beliau menyokong cadangan yang mahu Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan.

Beliau berkata, sudah sampai masanya Wan Ahmad meletakkan jawatan dalam SPR dan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) atas tiket BN.

Saranan ini katanya, berikutan kenyataan Wan Ahmad akhir-akhir ini yang keras dan jelas berpihak kepada Umno BN.

"Saya nampak memang dia tak layak untuk pegang jawatan dalam SPR.

"Beliau sepatutnya tonjolkan imej yang neutral dan kalau nak buat kenyataan pun biarlah berlapik sikit.

"Lebih baik dia berhenti dan bertandinglah atas tiket BN di mana-mana," kata beliau pada sidang media di lobi Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan duta hari ini.

Bekas Menteri Penerangan itu juga berkata, seluruh dunia dapat melihat sikap berpihak Wan Ahmad kepada BN.

"Bukan sahaja rakyat Malaysia tapi kalau rakyat luar negara dengar pun mereka hairan dengar kenyataan Wan Ahmad," katanya.

Hahahaha...Nyawa PM dan Psy diancam? Tapi Masih Lompat Kuda Dan Makan Malam Bersantai Di Restoran Korea...!!!


PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menuntut bukti daripada pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow yang mendakwa ada ancaman nyawa terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan terhadap penyanyi Korea Selatan, Psy ketika sambutan Tahun Baru Cina di negeri tersebut Isnin lalu.

“Keselamatan Perdana Menteri adalah sangat penting. Siapa yang mengancam beliau? Sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, saya tidak dimaklumkan mengenai perkara tersebut,” kata Lim yang dipetik Malaysiakini.

“Bahkan ketua polis Pulau Pinang Abdul Rahim Hanafi juga tidak memaklumkan perkara ini pada saya. Jelasnya, Teng cakap tak berakal, dan tidak berkata benar semasa berkata nyawa pemimpin BN dalam bahaya,” tambahnya lagi.

Dalam menghadapi dua malu besar terhadap Najib ketika sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang iaitu peristiwa ‘No’ dan dibiarkan menunggu Psy yang tidak muncul-muncul untuk menggaul ‘Yee Sang’, semalam Teng menggemparkan semua pihak apabila mendakwa terdapat ancaman nyawa terhadap Psy.

“Terdapat ancaman terhadap nyawa Psy, jadi polis terpaksa bertindak untuk memastikan kawasan tersebut selamat kerana khemahnya jauh sedikit daripada pentas, itu sebabnya kita suruh Perdana Menteri untuk turun dari pentas,” kata Teng yang dipetik The Malaysian Insider.

PRU13 : Bantuan penuh untuk sekolah Tamil – Anwar

Anwar 1KUALA LUMPUR 15 FEB: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan untuk mengangkat kembali taraf hidup masyarakat India melalui tawaran pendidikan seperti kaum lain apabila berjaya membentuk kerajaan.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar, jaminan itu kata Anwar akan memberi peluang kepada masyarakat India untuk memperbaiki taraf hidup mereka.
“Beliau (Anwar) beri jaminan sekolah-sekolah Tamil akan menerima bantuan penuh daripada kerajaan seperti sekolah-sekolah lain.
“Melalui pendidikan percuma seperti yang ditawarkan Pakatan Rakyat, orang India masih berpeluang menyambung pelajaran walaupun miskin. Ia tidak akan berlaku seperti sekarang kerana mereka masih di dalam taraf kemiskinan,” kata Xavier ketika dihubungi.
Terdahulu, Anwar berucap pada sesi dialog dan soal jawab bersama editor-editor akhbar bahasa Tamil di Midlands Tamil School Convention Centre, Seksyen 7, Shah Alam, malam tadi.
Dalam sesi dialog “If I Become the Prime Minister – Q & A – Addressing Policy Issues Affecting Tamils” tersebut, Anwar memberi penerangan dan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan editor.
Kata Xavier yang juga Exco Kerajaan Selangor, keprihatinan Penasihat Ekonomi Selangor itu membuka peluang masyarakat India mendapatkan semula hak mereka yang dinafi BN, malah dilayan sama rata seperti kaum lain.

PRU13 : Umno akan jatuh walau tanpa keganasan

Begitu bimbang pemimpin UMNO-BN terhadap perjalanan pilihanraya umum ke 13 nanti. Pelbagai persepsi dan andaian seperti igauan buruk yang bermain di fikiran mereka sehingga membuat kenyataan yang pelik. Begitu beriya-iya pemimpin-pemimpin negara mengingatkan rakyat supaya tidak melakukan kekerasan terhadap kerajaan sekiranya BN menang dalam PRU 13.

Jika terdahulu, Tun Dr Mahathir menyatakan kebimbangannya kononnya Pakatan Rakyat akan mencetuskan keganasan jika kalah dalam PRU ke 13, diingatkan pula oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, diulangi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Yang menghairankan, mengapa Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi kenyataan beramaran supaya rakyat tidak melakukan kekerasan dalam membuat perubahan di negara ini. Tidak percayakah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pemimpin BN terhadap Pakatan Rakyat? Bukankah telah berbelas kali pilihanraya kecil berlangsung sepanjang tempoh 2008-2013 ini dan adakah terdapat kekerasan berlaku sepanjang itu?

PRU13 : Pengiraan undi akan dilakukan di tempat mengundi - SPR

SHAH ALAM, 15 Feb — Pengiraan kertas undi akan kekal dilakukan di Pusat Pengundian, dan bukannya Pusat Pengiraan Undi Berkelompok, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Menurut Wan Ahmad perkara itu telah dilaksanakan sejak 1985, kerana dengan jumlah pengundi yang semakin ramai, pengiraan undi di Pusat Mengundi lebih mudah kerana kuantiti kertas undi yang sedikit berbanding di Pusat Pengiraan Undi Berkelompok.
“Kita mengira kertas undi di Pusat Mengundi sebab tempat mengundi ada jumlah kertas undi yang sedikit,” katanya kepada The Malaysian Insider selepas sidang akhbar semalam.
“Kalau kita kira di pusat pengiraan undi, jumlahnya terlalu banyak, kalau zaman dahulu mungkin boleh ... tapi sekarang kita ada berapa juta pengundi,” tambahnya.
Semakan The Malaysian Insider terhadap Buku Panduan Ejen Tempat Mengundi, Ejen Mengira Undi dan Pemerhati Barung yang diterbitkan SPR menunjukkan Perkara 7: Tempat dan Masa Mengira Undi  Semasa Hari Pengundian, 7.1.3 menyatakan; “sama ada Tempat Mengira Undi dijalankan di Tempat Mengundi atau Pusat Pengiraan Undi Berkelompok”.

Ancaman pada Psy kelakar - Yb Malik Kassim

'Rosmah dabbles in witchcraft' - Deepak

PGU7 0 : Ceramah TPJ3 PAS Yb Dr Alias Razak

PGU7 0 : Ceramah 'Listen listen' Cik Bawani

PGU7 0 : Ceramah NGO GEMPAR Hj Salleh Embong

PGU7 0 : Ceramah NGO Anak Naraza Muda

PGU7 0 : Ceramah NGO 'R' Fauzi Abu Samah

PGU7 0 : Ceramah NGO Kawan Cikgu Hj Yaakub

PGU7 0 : Ceramah NGO Amanah Raja Bahrin

PGU7 0 : Ceramah NGO Kerabat Kapt B Zulkifli Muda

PGU7 0 : Ceramah NGO SMM Safwan Anang

Teng's statement on PM being threatened is irresponsible

Aksi Demonstrasi Legal Pertama di Malaysia

'Pakatan will implement Hindraf plan in 100 days'

MB: SPR Bebas Tentukan PRU-13 Serentak Dengan Selangor

mb pecah tanah
SHAH ALAM 15 FEB: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengumumkan tarikh bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dalam tempoh 60 hari selepas beliau mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri(DUN) Selangor.
Sebelum ini, beliau mengumumkan akan membubarkan DUN Selangor selepas sambutan Chap Goh Mei hujung bulan ini.
Menurut Abdul Khalid, menjadi tugas SPR untuk menyesuaikan tarikh yang bersesuaian dengan Kerajaan Pusat jika mahu PRU-13 diadakan secara serentak.
Jelasnya, kesesuaian tarikh yang bakal diumumkan SPR itu yang menjadi penentu sama ada PRU-13 akan diadakan serentak atau berasingan.
“Apabila saya umumkan pembubaran, SPR mesti mengadakan PRU-13 dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran DUN Selangor.
“Terpulang pada SPR untuk sesuaikan tarikh dengan Kerajaan Pusat, namun jika tidak sesuai saya buat pilihan raya dulu, dan jika sesuai kita buat pilihan raya sama,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Jambatan Ketiga di Klang pagi tadi.

Isu Air: Kerajaan Selangor Hantar Surat Kepada Kementerian Kewangan

khalid-ibrahim
KLANG, 15 FEB: Kerajaan Negeri akan menghantar surat kepada Kementerian Kewangan supaya bersetuju terhadap tawaran bagi mengambil alih operasi pengurusan bekalan air di Selangor.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kementerian Kewangan selaku pemegang saham emas (golden share) dalam Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) diminta supaya menerima tawaran yang dikemukakan Kerajaan Negeri.
“Saya akan tulis surat kepada Kementerian Kewangan supaya bersetuju dengan tawaran saya,” katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Jambatan Ketiga Klang di Jalan Tepi Sungai, Klang hari ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini menyatakan bahawa Kerajaan Pusat tiada masalah dengan usaha Selangor untuk menstruktur semula industri air di negeri berkenaan.
Justeru, Abdul Khalid membayangkan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air, Datuk Sri Peter Chin Fah Kui akan mengatakan Kerajaan Pusat tiada halangan jika Kerajaan Negeri ingin mengambil alih pengurusan bekalan air di negeri ini.
Bagaimanapun katanya, perkataan tiada halangan itu menunjukkan sikap tidak profesional Kerajaan Pusat dalam menangani isu air ini.
Jelasnya, perkataan tiada halangan tidak tepat sepatutnya jawapan Peter Chin ialah bersetuju Kerajaan Negeri mengambilalih air di Selangor.

Insurans kenderaan naik: Umno untung juta-juta, rakyat terbeban

sim tze tzimKUALA LUMPUR 15 FEB: Kenaikan kadar insurans bagi semua jenis kenderaan mulai hari ini bukti kerajaan Umno pentingkan keuntungan berlipat ganda berbanding kesulitan ditanggung rakyat, kata Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Sim Tze Tzin.
“Kerajaan lebih tunduk kepada syarikat besar yang mahu mengaut untung lebih besar. Ini semua memberi faedah kepada mereka. Ia memberi ruang kepada bank dan syarikat insurans untuk naikkan tarif,” katanya ketika dihubungi.
Maklumat berhubung kenaikan kadar insurans itu diperolehi melalui surat edaran yang dihantar kepada pengendali dan agen-agen insuran bertarikh 7 Februari lalu.
Bagi pemilik kenderaan, mereka akan mulai membayar dengan tarif harga yang baru mulai hari ini apabila ia dikuatkuasakan sepenuhnya.
Perlindungan pihak ketiga motosikal 100cc dan ke bawah, cadangan kenaikan adalah antara RM1 hingga RM3.50 setahun dan RM1 hingga RM2 untuk perlindungan komprehensif.
Untuk perlindungan pihak ketiga kereta persendirian 1,400cc, kenaikan adalah antara RM6 hingga RM34 setahun untuk empat tahun dan RM7 hingga RM19 untuk perlindungan komprehensif.
Surat pekeliling itu turut memberitahu kelulusan kenaikan premium itu diluluskan Bank Negara sebelum ini.

Samseng Umno conteng lambang salib pada bendera KEADILAN, PAS

PASMUAR 15 FEB: Satu lagi perbuatan khianat samseng Umno berlaku apabila bendera KEADILAN dan PAS di Muar dicalitkan dengan lambang salib, dipercayai malam tadi selepas kejadian sama juga berlaku di Johor 25 Januari lalu.
Setiausaha Cabang Muar, Hazli A Rahman berkata, kejadian itu disedari pagi tadi oleh aktivis parti apabila mendapati dua bendera yang digantung di tepi jalan Parit Sakai, Jalan Temenggong Ahmad, di sini diconteng lambang salib.
Dipercayai tindakan ini ekoran kemarahan Umno yang tidak boleh menerima sambutan rakyat terhadap kemaraan Pakatan Rakyat di daerah tersebut.
“Ini menunjukkan ketakutan dan betapa terdesaknya Umno BN Muar terhadap asakan bertali arus Pakatan Muar dan juga kebimbangan mereka menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.
Adil“Setelah gagal meyakinkan rakyat Muar dengan idea dan tawaran politik segar serta melihat sokongan rakyat terhadap Pakatan semakin kukuh, Umno BN terpaksa menekan ‘butang panik’ melakukan tindakan desperado membuat provokasi hina sebegini,” katanya pada kenyataan.
Hazli berkata, sikap tidak matang Umno BN itu amat memalukan sekaligus pamer politik murahan bertujuan untuk memainkan sentimen agama.
“KEADILAN Cabang Muar tegas mengutuk tindakan politik sebegini. Kami desak Umno BN Muar hentikan politik tidak matang. Berlawanlah di atas pentas hujah,” katanya.
Beliau juga menggesa rakyat tidak termakan ideologi ‘longkang’ yang cuba diserap Umno BN.
“Kita tidak perlu terperangkap dengan propaganda picisan ini. Banyak lagi isu rakyat yang perlu difokus.
“Hentikan segala taktik kotor. Hormati hak demokrasi dan partisipasi dalam berpolitik. Rakyat Muar makin bijak menilai tindak tanduk Umno BN yang curang dalam menjalankan amanah,” katanya.
Sebelum ini, insiden khianat tersebut berlaku di Batu Pahat apabila bendera KEADILAN dan PAS turut dicalitkan dengan lambang salib.
Bendera tersebut juga ditulis dengan perkataan-perkataan buruk menghina kedua-dua parti.

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un ...BN is Deth...

"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

PerghhhH..!! .mendalam betui mesej[gambar] buat parti BN..,sampai macam tu sekali mesej rakyat kepada kerajaan BN ...ha ha
Mati adalah satu yang pasti..
Mati akan datang jua walau dimana kita berada. beringatlah kita semua tidak ada satu insan kekal hidup dan bertahta selamanya di dunia ini .
Bukan sahaja orang BN atau orang Pas malah semua insan yang bernyawa akan fana bila sampai waktu dan ketikanya nanti.
Maka gitu juga dalam bab pemerentahan ia lebih kurang sama dengan ajal manusia,sesungguhnya selama 50 tahun lebih Allah anugerahkan amanah untuk memerentah negara kepada BN tak mustahil nikmat ini akan di tarik oleh Allah.

PRU13: Ustaz upahan jadi talian hayat Umno

KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, menjadi kebiasaan hampir pilihan raya akan muncul ustaz-ustaz upahan untuk mencari dalil supaya menghalalkan tindakan Umno di negara ini, lebih-lebih lagi ketika Umno nazak untuk menghadapi PRU13.

"Umno hanya bergantung kepada undi Melayu.

“Memang kita sedia maklum bahawa Melayu begitu intim dengan agama. Oleh itu peranan golongan ini amat diperlukan untuk mempengaruhi pengundi Melayu talian hayat Umno dilanjutkan,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Maka, katanya sudah kedengaran haram mengundi PAS kerana ia bersama dengan DAP yang menolak hudud.

“Apabila membaca kenyataan ini kita boleh buat dua andaian, pertama mereka buat tidak tahu kenyataan pemimpin MCA dan Umno yang begitu biadab dengan Islam,” katanya.

Tambahnya, adakah mereka tidak tahu kenyataan biadab pemimpin MCA seperti Chua Soi Lek yang menghina Cikgu Normala Sudirman yang tidak mahu bersalam dengan orang lelaki sewaktu pilihan raya kecil Tenang.

PRU13 : Daftar pemilih suku 4/2012 diwarta 22 Feb 2013 — SPR

KUALA LUMPUR, 15 Feb — Senarai daftar pemilih baharu yang melibatkan seramai 13.34 juta pemilih berdaftar sehingga Disember 2012 akan diwartakan pada 22 Feb ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini.
Beliau menasihatkan semua pemilih berdaftar supaya menyemak daftar pemilih yang baharu berkenaan supaya sebarang kesilapan dapat diperbetulkan segera.
Abdul Aziz berkata secara keseluruhan seramai 16 juta rakyat Malaysia layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang akan diumumkan bila-bila masa selepas daftar pemilih baharu itu diwartakan.
“Hanya dua juta lebih rakyat Malaysia yang layak mengundi, belum mendaftar sebagai mengundi. Jumlah ini kurang daripada 20 peratus iaitu lebih kurang 18 atau 19 peratus sahaja daripada 16 juta yang layak mengundi.
“Kesedaran rakyat Malaysia untuk mengundi semakin meningkat dan ini bermakna promosi dan kerja keras SPR berjaya. Daftar pemilih yang baharu melibatkan seramai 2.3 juta pengundi berusia bawah 39 tahun yang baru mendaftar sebagai pemilih,” katanya pada sidang akhbar selepas Rundingan Meja Bulat
Pandangan Masyarakat Terhadap SPR anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) dan akhbar Berita Harian di sini.

EC’s No 2 must quit, says Kadir

The former Umno man describes Wan Ahmad as an obvious BN supporter who behaves like a gangster.
PETALING JAYA: Former cabinet minister Abdul Kadir Sheikh Fadzir today came out in support of a call for the resignation of Election Commission (EC) deputy chairman Wan Ahmad Wan Omar.
Abdul Kadir, an Umno veteran who resigned from the party last year, was reacting to an announcement by Wan Ahmad that he was suing PAS Deputy President Mohamad Sabu for alleged defamatory remarks published on Jan 29 in Harakah, the Islamist party’s official organ.
“I give full support to Mat Sabu’s call for Wan Ahmad to resign,” Abdul Kadir told reporters here in reference to remarks quoted in the article, titled “Wan Ahmad cannot be trusted.”
Wan Ahmad alleged yesterday that Mohamad Sabu’s statements were crafted to ruin his credibility and integrity as an EC executive.
Abdul Kadir said he found Wan Ahmad’s public statements to be “too supportive” of Barisan Nasional.
“He is not fit to be deputy chairman of the commission and should disqualify himself from holding any position at all,” he added.
He said EC officials should be neutral and praised the commission’s chairman, Abdul Aziz Mohd Yusof, for being more careful than Wan Ahmad in his public statements.
“He is more guarded and careful. Wan Ahmad, on the other hand is like a gangster. He should just resign and contest for BN.”
He said Wan Ahmad liked to use “rough words, rough tones” and “is very obviously a BN supporter.
“You can see this in news reports that are made available to the world. Now the whole world will take notice that our EC is not clean and fair.
“Therefore I reiterate my support for Mat Sabu’s call for Wan Ahmad to step down as EC deputy chairman.”

Psy death threat & BN's yee-sang debacle: Only EXTREME CONTEMPT & DISTRUST is left

Psy death threat & BN's yee-sang debacle: Only EXTREME CONTEMPT & DISTRUST is leftIn what appears to be a hurried and badly co-ordinated attempt to damage-control a most embarrassing episode in Prime Minister Najib Razak's recent Chinese New Year gig, where Korean mega-star Psy was the attraction, it looks like his advisers have done the exact opposite - exploding a deadly bomb that may well finish off the ruling coalition's chances in the coming general election.
"In the end, what is left is extreme contempt and distrust," Dr Dzulkefly Ahmad, a senior PAS leader and MP for Kuala Selangor, told Malaysia Chronicle.
He was referring to the mesh of "mumbo-jumbo" death threats that Najib's BN coalition had offered as being the reasons behind Psy's refusal to toss the traditional 'yee-sang' with Najib and other top BN leaders at a Feb 11 event to celebrate the Lunar Year.
"First we were told by Chang Yeow it was a death threat against the life of the Prime Minister, then the press was blamed for misquoting him and it was a death threat against Psy instead. Make up your mind which is to be spin that you wish to use, give us a break," said Dzulkefly.
BN mumbo-jumbo: Self-glorification ahead of public safety?
Actually, the reasons given by the authorities have become even more convoluted since Teng Chang Yeow, the head of Penang BN made his shock revelation via a Chinese daily that Najib's life had been at threat.
The police have since jumped into the fray, with one top officer denying there had been any reports of any threats against either the PM or the Korean star. His words were borne out when the Penang police chief also told the press that the information they had received was of a "sabotage" attempt against Psy's performance, and not a death threat.
However, the same police chief later told a popular news portal that a death threat had indeed been made against Psy.
"It looks like Chang Yeow and BN are trying to cover up a mistake by creating another lie. It makes a mockery of Malaysia, the authorities and the police," Tian Chua, PKR vice president and MP for Batu, told Malaysia Chronicle.
"If there was a death threat against either Najib or Psy, how can the police allow the concert to go on and put at risk the lives of the thousands of people who attended. How can they allow Najib to go up on the stage where he is virtually a sitting duck. Same goes for Psy. Imagine just one bullet, there would have been pandemonium. What were the police thinking of? I would also ask, what were Najib and BN thinking of? Were they putting their self-glorification above public safety?" Tan Kee Kwong, another senior PKR leader, told Malaysia Chronicle.