Khamis, 14 Februari 2013

Mazhab UMNO@BN....


Harta bernilai peninggalan Umno......

Masih dalam gua punya ingatan...
Kesian, rosak teruk tak leh nak repair dah...

Rakyat Sarawak tekad mahu tukar k’jaan, serik ditipu UMNO@BN

KUALA LUMPUR 14 FEB: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Ahmad Nazib Johari berkata, rakyat Sarawak kini yang peka dan memahami keperitan mereka alami sejak lebih 50 tahun lalu tekad lakukan perubahan pada pilihan raya umum nanti.
“Banyak kesedaran terutama dari segi ekonomi, termasuk peluang pekerjaan, kos hidup dan gaji minimum begitu jauh beza dengan Semenanjung. Rakyat Sarawak serik ditipu dengan janji manis Umno,” katanya ketika dihubungi.
Nazib berkata, harapan rakyat Sarawak itu dapat dilihat pada sambutan penduduk Miri yang disifatkannya luar biasa ketika menyambut Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena sambutan Tahun Baru Cina peringkat negeri, Isnin lalu.
Kedatangan Anwar disambut meriah oleh penduduk pekan Beluru, Bakong petang semalam.
Kedatangan Anwar disambut meriah oleh penduduk pekan Beluru, Bakong.
“Sambutan memang luar biasa, tambah pula Miri merupakan Parlimen merangkumi kawasan bandar terdiri dari masyarakat Tionghua, Cina, Melayu dan Iban,” kata Nazib.

Pak Pandir-Pak Kaduk dan kepimpinan Umno

Anuar Mohd Nor


 Kepimpinan Umno jangan bodoh sombong. Jangan asyik mengharap yang lain melakukan sesuatu dan berusaha untuk mencari jalan untuk Umno menang dan kepimpinan lain di peringkat bahagian duduk berpeluk tubuh menunggu dan melihat semuanya disusun untuk memastikan kemenangan.
Jangan mengharap penjaga garisan dalam permainan badminton untuk asyik menjerit “out” bagi memastikan kemenangan kerana akhirnya permainan itu akan nampak pincang dan akan menjadi punca kekalahan yang lebih besar, jangan jadi seperti England — ghairah dalam kampung tetapi hampas dalam piala dunia.
Pokoknya jangan ingat bahawa semuanya akan di susun oleh kepimpinan tertinggi — oleh Perdana Menteri dan yang lain berpeluk tubuh menunggu kemenangan. Ini bukan zaman lampau bila media hanya RTM dan surat khabar hanya Utusan Malaysia. Ini bukan zaman lampau bila calon menunggu bendera parti untuk digantung dan menang. Jangan harap kemenangan itu akan datang bergolek dan jangan harap ada pukulan bola tanggung untuk di “smash” bagi memperoleh kemenangan. Bukan ini bukan zaman itu. Ini zaman teknologi dan ini zaman perang saraf — perang media dan persepsi memainkan peranan yang amat penting. 

Polis kenalpasti kumpulan Filipina mendarat di persisir pantai Lahad Datu

KOTA KINABALU, 14 Feb — Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di persisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan ‘Raja Sulu’ dari Selatan Filipina.
Beliau berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.
‘Kita telah hantar pasukan untuk berunding dengan mereka dan perbincangan berjalan baik dan kita beritahu mereka bahawa mereka kena tinggal (Sabah) secara baik dan kita tidak mahu apa-apa keadaan yang boleh menggugatkan keselamatan rakyat di negeri ini,’ katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini hari ini.
Ismail berkata kumpulan itu yang kini berada di Kampung Tandau, Labian di Lahad Datu memberi jaminan akan meninggalkan tempat itu (Sabah) secepat mungkin dengan syarat tuntutan mereka dipenuhi.
Beliau berharap anggota kumpulan berkenaan akan meninggalkan negeri ini secepat mungkin dan menegaskan tuntutan seharusnya dibuat secara diplomatik, bukan secara mengejut seperti yang dilakukan itu.
‘Kita lihat perbincangan dalam keadaan terkawal dan pasukan keselamatan telah mengambil tindakan awal dengan mengepung kampung itu sejak semalam dan saya percaya perkara ini dapat diselesaikan secara baik dalam masa terdekat,’ katanya.

Montaj Pelancaran 7 Agenda Anak Muda

Kumpulan bersenjata, versi berbeza M'sia-Filipina..???


Pasukan keselamatan Malaysia mengepung kira-kira 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu, Sabah kelmarin, dipercayai dari serpihan puak pemberontak pemisah di selatan Filipina, demikian menurut polis Malaysia dan pegawai kerajaan hari ini.

Bagaimanapun, seorang pegawai Filipina berkata mereka rakyat negara itu yang tidak bersenjata yang telah dijanjikan tanah.

Insiden tersebut mengancam untuk membangkitkan ketegangan antara dua negara jiran di Asia Tenggara yang mana hubungan antara mereka sekali sekala menjadi genting oleh masalah keselamatan dan penghijrahan melalui sempadan laut.

Polis Malaysia berkata dalam satu kenyataan bahawa keadaan adalah "dalam kawalan", tetapi tidak mengatakan sama ada kumpulan tersebut telah bersetuju dengan permintaan supaya menyerah diri.

"Kita berhadapan dengan 100 warga asing bersenjata dari selatan Filipina.

"Pihak Tentera dan polis telah mengepung tempat warga asing itu menunggu," kata sumber tinggi kerajaan Malaysia yang tahu perkembangan situasi tersebut, kepada Reuters.

Katanya, lelaki bersenjata itu disyaki dari puak yang tidak berpuas hati dengan perjanjian damai baru-baru ini di Filipina dengan kumpulan pemberontak utama Islam di selatan pulau Mindanao.

Seorang pegawai kanan tentera Filipina menyangkalnya, dengan berkata mereka adalah rakyat Filipina yang tidak bersenjata yang telah dijanjikan tanah di Sabah.

How will the share market react to a Pakatan victory? ― Koon Yew Yin

During the last few weeks there have been increasing predictions from Barisan leaders emphasising that there will be a sharp fall in the share market should there be a Pakatan Rakyat (PR) victory.
The latest prediction by MCA leader Dr Chua Soi Lek in a party event at Kepong argues that Malaysia will witness a “‘huge financial disaster if Pakatan Rakyat comes to power in the 13th general election”.
How will the share market react to a Pakatan victory? ― Koon Yew YinThis type of electioneering tactic aimed at frightening the electorate is dangerous and irresponsible. How can the MCA president be so confident as to openly declare that our stock market will drop to 500 points within a week if the opposition wins power?
Challenge to Dr Chua Soi Lek
Let us subject his prediction to closer analysis. Firstly, it is not clear whether he stated that the KLCI will drop by 500 points or drop to 500 points. Whichever is the correct version, his claim implies that anything from one to two thirds of the total share value of the KLCI will be wiped out due to the election result.
Now if this were to happen, the drop will be unprecedented in the history of share markets anywhere in the world. So far as I am aware, no modern national stock exchange has had such a sharp fall as a result of a national election outcome and I am sure it will not happen in Malaysia.
I am willing to place a big bet with Dr Chua that his fears of a 500 point drop are unfounded and baseless. The loser of the bet will have to donate an agreed sum of money to the other person’s preferred charity. I hope he will agree to this and prove to be a man of his word.
Will the market rise on a BN victory?
Not only should we discount the possibility of a sharp fall, but we should also – on the basis of stock market behaviour elsewhere in the world – not assume that the Malaysian share market will automatically rise as the result of a BN victory.

Standard PM di bawah artis Korea?

Najib tidak sepatutnya membiarkan dirinya dimalukan sehingga menjadi bahan ketawa apabila mendapat liputan meluas media antarabangsa. 

PETALING JAYA: Tindakan membiarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terpinga-pinga di pentas semasa acara ‘makan besar’ di Pulau Pinang Isnin lalu dianggap memalukan.
Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Edy Noor Reduan berkata, Najib tidak sepatutnya membiarkan dirinya dimalukan sehingga menjadi bahan ketawa apabila mendapat liputan meluas media antarabangsa.
“Apakah peristiwa ini memberi gambaran betapa ‘standard’ Perdana Menteri Malaysia hanya berada di bawah seorang artis Korea,” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, SAMM berpendapat sudah sampai masanya Najib  berundur secara terhormat kerana telah memalukan negara selepas beberapa kali berdepan dengan peristiwa memalukan.

NGO oh NGO, bila KO, baru padan muka!!!


Akhirnya NGO tumbuh macam cendawan, memperbanyakkan lagi NGO yang sedia ada seperti PEKIDA, PERKASA, JATI, PPIM, ISMA DLL.Ada NGO bernama PERTIGA, MINDA PONDOK dan entah apa apa lagi. Satu persamaan yang ketara di antara semua NGO ini, membawa lagu yang sama, ala Hindustan UMNO.

Ada NGO yang nak benteras maksiat, ada NGO nak bela artis dan ada NGO yang tidak mahu rakyat undi PAS kerana undi PAS itu haram.Haram undi PAS mungkin menghalalkan habuan yang diterima menerusi program kerjasama kerajaan dan NGO.

Mungkin selepas ini masih ada NGO baru yang muncul dan makin banyaklah akaun yang tersedia untuk BN mencuri wang rakyat untuk PRU 13 atas nama insentif kepada NGO.

Tetapi sesuatu yang tidak disedari oleh pemimpin pemimpin NGO ini, kualiti dan wawasan usaha yang dibuat terlau hampeh dan tolol.Mana ada NGO yang nak benteras maksiat dipimpin oleh kaki maksiat yang melenting bila ditegur? Tolol bin bahalul bagi sebuah NGO yang berminda pondok untuk mengatakan tahalul siyasi yang sebenar boleh dilihat dalam BN, UMNO imam, MCA dan MIC makmum.Walaupun apa yang cuba nak ditunjukkan ialah MCA dan MIC sentiasa mematuhi UMNO sedangkan DAP banyak kali membantah termasuk membantah majlis syura PAS.

NO TO BN : Malu yang sengaja diundang!!!

Insiden yang tak boleh dilupakan di Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang kelmarin:      Pengacara mengumumkan majlis menggaul “yee sang”  bermula,,,…. maka dengan rasa megah dan bersemangat Najib, Rosmah, Pak Lah dan VVIP pun menggaul lah …. Tetapi tengah-tengah ghairah  menggaul,  pengacara buat hal,,  potong stim betul !,,    
Agaknya pengacara ada terima arahan dari menteri kut?  Atau baru terima wahyu dari langit !!!  Kalau tidak,  takkan pengacara wanita yang kelihatan syok sendiri ini tiba-tiba saja buat pengumuman untuk menjemput  PSY (penyanyi korea) untuk bersama PM menggaul “yee sang”.  Akibatnya majlis menjadi kaku dan terhenti.   Najib, Rosmah dan Pak Lah dan semua yang lain terkedu,  terpinga-pinga macam ayam terdengar suara helang !   Aktiviti menggaul yee shang terbantut dan tergantung!
Pengacara mengulangi pengumuman mempelawa  PSY beberapa kali, namun bagaikan tidak didengar atau  dilayan oleh PSY.  Habislah masa berlalu lima enam minit begitu saja, namun PSY tak muncul muncul. Kesiaann pengacara !,, kesiann penganjur !  Yang pasti Najib dan BN dapat malu besar,,, malu yang sengaja  diundang -  rahimothman

POLITIK BARUA : WALAUPUN DIGANGGU KACAU OLEH SEKUMPULAN SAMSENG UPAHAN UMNO

 

RIBUAN WARGA GOPENG, PERAK DATANG MENDENGAR CERAMAH DSAI DI KG PENGKALAN PEGOH, GOPENG PERAK, MALAM TADI.!!!!!!!


Ribuan warga Gopeng, Perak tidak ambil peduli dengan ganggu kacau sekumpulan samseng upahan UMNO/BN dan terus tekun mendengar ucapan yang disampaikan oleh DENGAN IZIN ALLAH SWT bakal Perdana Menteri ke-7, Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim malam tadi 13hb Februari 2013 di Kg Pengkalan Pegoh, Gopeng Perak.

Lagi diganggu kacau lagi berduyun-duyun rakyat turun memberikan sokongan padu kepada DSAI.

Kini bukan lagi zaman rakyat boleh diugut dan di gertak dengan beberapa kerat samseng upahan UMNO.

Rakyat sudah muah, bosan dan jelek dengan kerajaan yang sedia ini penuh dengan korupsi, penyelewengan,penipuan, boros, rakus, mengutamakan kroni dan anak bini serta politik kotor fitnah lucah yang diamalkan oleh UMNO/BN dibawah rejim Najib Razak.

Rakyat sudah bertekad nekad mau melakukan perubahan..Ubah demi kebaikan.. Ubah demi mau menyelamatkan Malaysia.

GE13 : Election bribery & the MACC

The Malaysian Anti-Corruption Commission’s (MACC) heretical interpretation of the Election Offences Act 1954 (the Act) on corruption is most alarming, and warrants an emphatic rebuttal.
In the front page headline story of Sin Chew Daily on Feb 13, MACC’s deputy chief commissioner (Prevention) Sutinah Sutan was quoted as saying that for corruption offences committed during an election, our laws only deal with individuals – not political parties. As such, money or gifts given to electorate to induce votes for a political party is not an offence. It is an offence only when the gift is given to induce votes for a specific candidate.
Election bribery & the MACCSutinah further said that the Prime Minister or other Barisan Nasional (BN) leader’s announcements of allocations for projects are meant to benefit the people; such actions cannot be considered election bribery or abuse of power, as they are meant to garner electoral support for BN, and not for the leader himself.
I have to differ with these interpretations of the Act taken by MACC.
CORRUPTLY INDUCING VOTES FOR PARTIES IS ALSO BRIBERY
FIRST, the definition of bribery is covered in Section 10 of the Act, but nowhere in the entire Section is there any mention that the object of inducement must be for a individual candidate. The Act only defines bribery as material benefit given out or pledged to induce votes without specifying whether such electoral support is meant for a political party or for an individual. Under the circumstances, how can Sutinah claim that giving out money to solicit electoral support for a political party does not fall within the armpit of the Act?
In fact, the pertinent criterion MACC should consider is the motive of the gift – whether it is dished out to solicit votes. Whether the solicitation is meant specifically for a certain candidate or for a group of candidates or for a political party is wholly immaterial.
SECOND, Sutinah justifies PM’s frequent dishing out of grants in his campaign trail as not acts of bribery or abuse of power on two grounds: that it is meant to gain electoral support for his party – not for his personal benefit; and that the grants are meant for the benefit of the people.
Sutinah’s first ground is legally untenable as already explained in the foregoing paragraphs. Her second ground is insupportable by facts, as the motive of those grants has been made crystal clear when he often announces the grants in the same breath as he admonishes his audience to vote for BN.
Sutinah’s second ground that those grants will not lead to PM’s personal benefit is also manifestly untrue. How could the PM not have benefited personally, since those grants would lead to more electoral support for his party, which may result in his party being re-elected as the government, and he himself re-elected as the prime minister?
NO IMMUNITY FOR POLITICAL PARTIES

Kos bina sekolah: Pakatan Rakyat RM4.9 juta, Umno BN RM12 juta

KUALA LUMPUR 14 Feb: Kerajaan Selangor hanya berbelanja RM4.9 juta bagi membina Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Midlands berbanding RM12 juta kos yang digunakan kerajaan Umno bagi pembinaan sebuah sekolah di Shah Alam.
Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam, berkata ia berikutan sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran  Selangor, semua kontrak pembinaan sekolah diberi secara tender terbuka supaya kos tidak melambung.
“Kita lantik kontraktor melalui tender terbuka, jadi kos pun kurang. Berbeza dengan Umno yang beri kontrak kepada kroni. Bazir wang tetapi kualiti kerja tak memuaskan,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad semalam mendedahkan kerajaan Umno akan membina sekolah rendah dengan 12 bilik darjah di U-10 Shah Alam dengan kos dianggar RM12 juta.
“Bermakna setiap bilik darjah itu kosnya adalah RM1 juta,” katanya dipetik TV Selangor.
Sekolah Midlands yang dirasmikan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim pada 15 April 2012 dianggap terbaik dan termoden di negara ini dengan dewan besar dan makmal canggih.
Malah, sekolah yang mampu menempatkan kira-kira 2,000 murid itu tidak sesen pun menggunakan peruntukan kerajaan pusat. Sebelum ini, murid terpaksa belajar dalam bilik darjah berdinding papan dan lantai simen retak, selama 50 tahun.

PRU13: PAS Perak gesa ahli naikkan bendera


KUALA LUMPUR: PAS Perak menggesa ahli seluruh negeri menaikkan bendera PAS di setiap rumah bagi menunjukkan kesediaan PAS negeri menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Ketua Penerangannya, Dr Ahmad Nuri Al-Amin (gambar) berkata, PAS Perak yakin semua bilik gerakan di setiap Unit Peti Undi (UPU) telah mula digerakkan untuk dihiasi dengan bendera dan logo parti.

Katanya, kehangatan bahang PRU13 sudah semakin dirasai dengan melihat Barisan Nasional (BN) juga telah menaikkan bendera mereka termasuk arahan membuka 7,531 Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) di 222 kawasan parlimen seluruh negara sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan Umno Malaysia.

KAIN RENTANG TERBAIK PASCA RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2013!!!!!

Kain rentang yang terbaik pasca Rumah Terbuka Tahun baru Cina Peringkat Kebangsaan di Pulau Pinang baru-baru ini dimana Najib Razak telah mendapat malu yang cukup besar apabila secara spontan rakyat ramai-ramai menjerit "No" apabila beliau berteriak 
Are You Ready For BN.

Cayalah....PAS SUDAH READY UNTUK MENGGANTIKAN UMNO.

PRU13 : Kerajaan PR TIDAK akan sama dengan Kerajaan UMNO/BN.

Kalau kita rakyat Malaysia hendak tahu:-
(1) Siapa yang terlibat dalam pembunuhan Altantuya
(2) Bagaimana wang RM500 juta komisyen diagihkan
(3) Siapa yang terlibat dalam pemberian konsesi tol jalanraya
(4) Bagaimana projek2 kerajaan mengayakan Ananda, Syed Mokhtar, YTL, Bejaya, Gamuda dll
(5)  Cerita disebalik pembelian segala alatan untuk tentera Malaysia- bot peronda buatan Amin Shah, bot peronda jenerasi ke2, pembelian Sukhoi, pembelian APC dll
(6) Kebenaran disebalik pendedahan Deepak
(7) Sama ada Najib dan isteri merompak negara
(8) Dan banyak lagi
Maka langkah yang paling mudah, ialah bila PRU 13 tiba, mari kita berpakat dengan suatu hati dan matlamat, humbankan UMNO dan BN. kemudian kita buat tribunal, mahkamah khusus dan select ccommitees memanggil semua yang terlibat, untuk di adili sebelum kita hantar mereka bermukim di Resort Sungai Buloh. Tidak mati orang Melayu kalau UMNO tewas! Tok Cai Mahathir boleh cakap apa sahaja yang dia mahu, tapi orang sudah tidak dengar apa dia kata lagi.
Hari ini, kesan lansung dari apa sahaja yang Mahathir cakap, orang akan lakukan yang bertentangan. Bila dia kata, Najib jangan jawab Deepak, Deepak mengutus surat terbuka dan lebih banyak cerita terburai mengenai rasuah Najib dan isteri. Malu orang Melayu, penjual permaidani boleh memperlakukan PM sedemikian rupa kecuali apa yang perkatakan adalah kebenaran belaka. Kalau rakyat hendak tahu, tempatkan Pakatan Rakyat sebagai kerajaan baru. kita akan dedahkan semua.

No To BN : Transkrip penuh mesyuarat Felda Sg Tengi nak buat huru-hara

BERIKUT trankripsi rakaman video selama 14:22 saat Mesyuarat Perbincangan Menghalang Program "Jamuan Rakyat dan Penerangan" di Felda Sungai Tengi, malam 4 Februari lalu sehingga mencetuskan kekecohan. Rakan video ini boleh dilayari di  http://www.youtube.com/watch?v=NEwQ_zaKPQw&feature=share. Ia telah dimuat naik ke Youtube sejak 7 Februari lalu dengan tajuk "Umno Dalang Felda Sungai Tengi"


SUARA 1: Tuan-tuan dan puan-puan datang ke Rancangan Felda Sungai Tengi. So... Saya tak dapat nak gambarkanlah berapa sayangnya saya kepada tuan-tuan yang sanggup datang ke rancangan saya untuk membantu masyarakat di rancangan kita ini.
Saya rasa tuan-tuan dan puan-puan dah tahu sedikit sebanyak tujuan tuan-tuan datang ke rancangan ini. So untuk makluman saya ingin memberi gambaran sedikitlah.
Pada Jumaat lepas ada lapan aduan laporan polis kita dah buat dekat balai polis Gedangsa ekoran daripada bantahan masyarakat di sinilah tidak setuju supaya majlis jamuan dan ceramah diadakan oleh Mazlan Aliman dan juga Syed Joned, bekas CEO Felda Plantation. So Mazlan Aliman Pengerusi Anak.
Saudara sedia maklum Anak ini satu pertubuhan haram yang belum didaftarkan. So saya minta tuan-tuan dan puan-puan membantu sebab kita tidak cukup kakitangan. So kita minta bantuan daripada Perkasa, daripada MJFM, daripada Glokose dan banyak lagilah yang saya tidak sebutkan di sini.
So kita tidak nak perkara seperti ini berlaku di negara kita. Buat macam-macam... fitnah dan andaian supaya memburuk-burukkan Felda. Jadi sampai masanya hingga ke peringkat atasan dia pergi ke Jengka dan pergi ke kawasan Perak... kawasan Terengganu pun dihalang masyarakat di sana.
Bermakna orang tidak setuju dia masuk memberikan ceramah di rancangan dan kampung. Sampailah jadual dia sampai ke Rancangan Felda Sungai Tengi. So gerak kerja kita, kita hendak halang. Ada dua pintu masuk.
Yang pertama menghala Bukit Tagar dekat dengan pintu gerbang dan satu lagi jalan masuk menghala Felda Soeharto. Kita minta kat situ dah tunggu. Kita tidak tahu pukul berapa dia sampai. Kalau dia dah sampai pun kita tahan dia, mungkin tuan-tuan dan puan-puan kenal dengan Mazlan Aliman kan? Kenal dak?
SUARA 2:  Kenal...

SOSMA : 'Penahanan pertama kejam, kali ini pun kejam'


KUALA LUMPUR: Penahanan Yazid Sufaat (gambar) di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) disifatkan sebagai kejam dan menimbulkan pelbagai persoalan.

Isteri Yazid, Chomel Mohamad berkata, beliau berasa sangat pelik berhubung penahanan suaminya yang disifatkan sebagai tidak berasas.

"Penahanan kali pertama dulu kejam, penahanan kali ini pun kejam. Saya sangat pelik dengan pertuduhan yang disabitkan sedangkan suami saya sepanjang hari bekerja di kafetaria dan sebelah malam hanya berada di rumah," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Yazid didakwa di Mahkamah Majistret Jumaat lalu, atas tuduhan menggalakkan pelakuan keganasan di antara 1 Ogos hingga 20 Oktober tahun lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) antara jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi di DL11, Lorong Mutiara 2, Lembah Jaya Ampang, dalam daerah Ampang Selangor.

PRU13 : Serang siswa di Pekan, Najib suburkan budaya samseng

ehsanKUALA LUMPUR 14 FEB: Serangan samseng Umno ke atas mahasiswa di Pekan, Pahang simbol Datuk Seri Najib Razak suburkan budaya samseng, kata Presiden Mahasiswa KEADILAN, Haziq Abdul Aziz.
“Kalau Najib di kawasan sendiripun tak boleh cegah budaya samseng, bagaimana pula di tempat lain?” tempelak Haziq kepada Ketua Umno Bahagian Pekan itu.
Tambahnya, insiden ganas itu bukti slogan transformasi laungan Perdana Menteri hanya propaganda.
“Transformasi langsung tidak menjadi realiti, hanya propaganda yang tidak mencerminkan demokrasi sebenar,” kata mahasiswa Undang-undang Universiti Malaya itu ketika dihubungi.
Hingga hari ini, dua insiden kumpulan mahasiswa dibelasah dan turut diserang menggunakan parang.
Pelajar Universiti Selangor (Unisel), Ekhsan Bukhari dan dua lagi mahasiswa diserang samseng Umno kelmarin di Kampung Datuk Keramat, Ganchong ketika mengedarkan risalah kepada pengundi di kampung berkenaan.

PRU13 : Bimbang kurang sokongan punca PM buat 'pecutan'

SHAH ALAM  – Kebimbangan kurangnya sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN), memaksa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melakukan pecutan terakhir menjelang Pilihan Raya umum ke-13 (PRU13).

Atas alasan itu, beliau melakukan kunjungan ke setiap negeri sebelum mengumumkan tarikh pilihan raya, kata Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.

“Tiada  apa-apa istimewanya kunjungan itu, bukan pecutan sebaliknya lebih kepada kebimbangan Najib bahawa BN perlu kerja lebih kuat berbanding PRU lalu.

“BN bimbang PRU kali ini akan membawa peralihan kuasa kepada Pakatan. Justeru itu, dengan turun padang, beliau dapat memastikan jentera bekerja lebih kuat untuk bersaing dengan Pakatan,” katanya.

No To BN : Wang untuk Psy lebih baik bagi kepada OKU

Mohammad Faizal Che Yusof,
Sebagai mewakili suara OKU yang dianggarkan 15 peratus daripada rakyat Malaysia, kami amat merasa terkilan dan kesal terhadap pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri dalam menyambut perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini.

Dalam suatu petunjukan yang melibatkan seorang penyanyi terkenal, Park Jae Sang (Psy) sempena Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina di Kolej Han Jiang, kami difahamkan sejumlah RM2 juta telah dibelanjakan oleh kerajaan Malaysia di bawah teraju Umno dan Barisan Nasional.

Walaupun kerajaan menafikan kos tersebut ditanggung olehnya, tetapi jumlah wang yang sebegitu banyak hanya untuk hiburan yang memakan masa beberapa minit bukanlah tindakan yang betul.

Apakah YAB Perndana Menteri yang juga memegang Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat “KPWKM” sedar betapa jumlah perbelanjaan yang besar itu amat bermakna kepada pembangunan OKU di Negara ini?

Dengan perbelanjaan sebesar itu, alangkah baiknya ianya diserahkan kepada NGO-NGO yang berasaskan perkhidmatan kepada OKU. Pelbagai program bagi menggerakkan pelbagai aktiviti ke arah peningkatan potensi OKU dan kesedaran masyarakat kepada keperluan OKU boleh dilakukan.

Stop Dr M before he burns M’sia, says Bishop

The vocal Bishop Paul Tan wants the government to act against the former premier and all those who stoke racial and religious tension. 

KUALA LUMPUR: Once the object of love and veneration but now hate and denigration, Dr Mahathir Mohamad’s constant outbursts have made him one of the most criticised individuals in this nation.
And even on Valentine’s Day, it is brickbats and not bouquets for the former premier.
Ironically, Mahathir who threw scores of people behind bars without trial on the basis of national security is now considered to be a threat himself.
And his unrestrained remarks on sensitive issues had earned him the wrath of a vocal senior clergyman as well.
Speaking to FMT, Bishop Paul Tan urged the government to take stern action against Mahathir and all those who stoke the flames of racial and religious tension.
The action, he stressed, was vital so that these persons’ “evil oil does not flow to others ending in engulfing Malaysia in flames”.
Similarly, he said the law must come down hard on Perkasa president Ibrahim Ali and others who called or supported the burning of Christian Bibles containing the word Allah.
“Action must be taken against those who for political expediency accuse Christians of trying to make Malaysia a Christian country and those who make false accusations against any ethnic group without concrete proof to enflame the already tedious and fragile fabric texture of the Malaysian society.
“It is my conviction that all precautions must be taken to ensure that racial or religious riots do not break out in Malaysia.

Hadiah UMNO@BN Sebelum PRU : Kadar insuran kederaan naik mulai esok

KUALA LUMPUR: Kadar premiun insuran kenderaan bagi semua jenis kenderaan akan dinaikkan mulai esok, Jumaat 15 Februari.
Maklumat tersebut diperolehi melalui surat edaran yang dihantar kepada pengendali dan agen-agen insuran bertarikh 7 Februari  lalu.

Bagi pemilik kenderaan, mereka akan mulai membayar dengan tarif harga yang baru mulai esok apabila ia dikuatkuasakan sepenuhnya.

Bagi perlindungan pihak ketiga motosikal 100cc dan ke bawah, cadangan kenaikan adalah antara RM1 hingga RM3.50 setahun dan RM1 hingga RM2 untuk perlindungan komprehensif.

Untuk perlindungan pihak ketiga kereta persendirian 1,400cc, kenaikan adalah antara RM6 hingga RM34 setahun untuk empat tahun dan RM7 hingga RM19 untuk perlindungan komprehensif.

Surat pekeliling itu turut memberitahu kelulusan kenaikan premium itu telah diluluskan oleh Bank Negara sebelum ini.

Bank Negara pada 26 Februari 2010 telah mengumumkan kenaikan premium insuran secara berperingkat dalam tempoh empat tahun mulai tahun 2011.

PRU13 : SPR sambut baik MB Khalid bincang bubar DUN

PSY赞助商为老朋友 怕秋后算账不愿曝光(访问录音)

Anwar Ibrahim: Saya "Salute" Pada Orang Penang Kerana Pandai Bagi Jawapan Kepada Najib

Ganu Kite : Nostalgia Banggul Peradung... Aishah & KS Bawani

KUALA TERENGGANU: Mulai semalam hingga Sabtu ini, semua penyokong dan pimpinan PAS Terengganu berkampung untuk program PAS Ganti Umno (PGU). Kali ini, Kampung Banggul Peradung yang terletak di DUN Telok Pasu yang terkenal dengan "Amanat Haji Hadi' telah dijadikan tapak perhimpunan PGU yang terakhir menjelang pilihan raya umum ke 13.

Di kampung inilah pada awal tahun 1980an dahulu, Amanat haji Hadi direkodkan dan dijadikan modal kempen Umno untuk memberikan imej negatif kepada PAS. Namun, PAS telah menjadikannya sebagai tapak untuk menyerang kembali Umno dan bakal menggantikan parti yang disifatkan oleh Tun Dr Mahathir sebagai sudah busuk hingga ke usus itu.
Semalam, program bermula sejak jam 10 pagi lagi dengan karnival jualan dan aneka permainan kanak-kanak. Malam tadi, hiburan alternatif dipersembahkan oleh penyanyi dari Shoutul Amal, Iwan Shahman, Pondok Darul Muhajirin dan juga Dikir Barat Jen KL dan Megat Nordin.

PRU13 : 'Isu 5 kerusi Parlimen Johor mainan BN'


Dr Boo Cheng Hau SENAI – Lima kerusi Parlimen yang disenaraikan sebagai kawasan panas oleh Barisan Nasional (BN) di negeri ini mempunyai peratusan pengundi Melayu bawah 50 peratus.

Tiga daripada kerusi yang diberi tumpuan itu ditandingi calon MCA di Kluang, Gelang Patah dan Kulai, manakala satu milik MIC di Segamat dan tidak terkecuali  sasaran merampas kerusi pembangkang di Bakri.

Pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), Pakatan Rakyat (PR)  berjaya menakluk hanya satu kerusi Dun di setiap tiga kawasan Parlimen yang disenaraikan iaitu Dun Skudai, Senai dan Mengkibol.

Bagi kerusi Gelang Patah, Ahli Parlimen Tan Ah Eng hanya menang dengan majoriti 8,851 pada pilihan raya lalu menewaskan calon PKR, Dr Zaliha Mustafa. Meskipun kesemua kerusi di kawasan itu menjadi milik BN, kedudukan Parlimen itu kini dikatakan goyah.

PRU13 : KEADILAN yakin calon wanita menang besar

WanitaKUALA LUMPUR 14 FEB: KEADILAN yakin calon wanita mewakili parti itu akan menang besar pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13).
Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin berkata, ini berdasarkan rekod pemimpin wanita yang komited dengan perjuangan parti.
Menurutnya, peratus calon wanita yang ditonjolkan dalam PRU 13 akan bertambah mengikut agenda untuk menjadikan 30 peratus pemimpin wanita dalam parti.
“Kita mahu 30 peratus calon wanita. Tapi setakat ini sudah dapat 20 peratus. Berdasarkan prestasi, calon wanita juga mempunyai potensi menang besar seperti calon lelaki.
“Setakat ini senarai calon wanita sudah ada dalam 40 hingga 50 orang. Semuanya masih dalam proses kerana melibatkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen,” katanya kepada Keadilan Daily.
Zuraida berkata, keyakinan itu atas dasar perjuangan wanita yang tidak berbelah bagi apabila melibatkan urusan parti walaupun dibebani pelbagai tugasan harian.

PRU13 : Parlimen hanya dibubar bila semua bersedia - Najib..??

Pembubaran Parlimen hanya akan dibuat apabila semua pihak termasuk rakyat bersedia menghadapi pilihan raya umum, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
  
NONE"Parlimen akan dibubarkan apabila saya sedia dan bila rakyat dah sedia... sekarang ini tugas saya turun padang menerangkan dasar dan hala tuju yang dibawa oleh kerajaan BN (Barisan Nasional).
  
"Kita mahu rakyat faham satu undi untuk BN... satu undi untuk agenda transformasi negara dan satu undi untuk keamanan dan kestabilan negara untuk masa depan yang lebih cerah lagi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Bersama Rakyat di Padang Pekan Papar, di Papar hari ini.
  
Najib yang juga pengerusi BN berkata demikian ketika ditanya "bilakah beliau membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum".
  
Apabila ditanya betapa dekatnya pembubaran Parlimen, beliau berkata: "Dekat dah, dekat dah, buat kerja dulu, jangan bimbang".

Sivarasa to Najib: Show us you're sincere

No To BN : Teng alleges there was an attempt on Psy's life

PRU13: Ubah tiga peristiwa memalukan Najib

KUALA LUMPUR: Mampukah Malaysia melalui peralihan kuasa yang aman dengan Pakatan Rakyat menggantikan Barisan Nasional sebagai kerajaan Malaysia yang baru di Putrajaya pada PRU13?

Demikian persoalan yang dilontarkan Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang berhubung pengiraan detik 56 hari menuju PRU13.

Beliau berkata, sekiranya dapat dicapai dalam PRU13, maka ia akan mengubah aib Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di dalam kemelut Psy dan Gangnam Style yang menjadi rahmat kepada negara.

Ini, ujarnya membolehkan Malaysia membuka halaman baru untuk mencapai Merdeka Kedua yang mana rakyat Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan bukannya bersaing sesama sendiri tetapi dengan negara-negara lain dalam dunia.

Katanya, kemunculan Psy dan Gangnam Style pada pesta Tahun Baru Cina Barisan Nasional di Pulau Pinang sepatutnya menjadi hiburan dan rampasan kuasa politik di dalam sejarah negara sehingga Najib, Umno dan Barisan Nasional mendapat majoriti dua pertiga parlimen tetapi telah bertukar menjadi kemusnahan besar politik dan perhubungan awam.

Tambahnya, tiga aib besar yang menimpa Najib dan Umno BN dan yang lebih buruk lagi turut memalukan negara, iaitu:

Kantoi Habis : Polis kata tiada laporan ancaman ke atas Psy...makanan rasmi BN..kencing merata-rata...!!!!

Bintang dari Korea Selatan, Psy merupakan tarikan utama ke majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional yang diadakan di George Town awal minggu ini. — Gambar fail
GEORGE TOWN, 14 Feb – Pihak polis tidak menerima sebarang laporan ancaman ke atas bintang dari Korea Selatan Psy pada Isnin lalu, kata ketua Jabatan Siasatan Jenayah SAC Mazlan Kesah. "Saya tidak tahu sebarang ancaman keatas Psy atau sesiapapun.
"Ini adalah kali pertama saya dengar ini tapi mungkin ianya dikendalikan oleh Bukit Aman," kata The Malaysian Insider hari ini.
SAC Mazlan berkata sepanjang sambutan Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadiann tidak diingini walaupun ramai orang menghadirinya.
"Terdapat ramai orang pada hari itu, jadi kami terpaksa ketatkan kawalan keselamatan untuk memastikan keadaan selamat terhadap penyanyi tersebut dan juga Perdana Menteri," tambah beliau.
Beliau berkata mungkin perkara tersebut adalah punca utama pihak polis terpaksa mengawal kawasan sekitar pentas pada hari itu.

Di Gantung Tak Bertali : NGO, profesional siar iklan tanda solidariti dengan Azrul



 
Sekumpulan NGO dan profesional hari ini menyatakan sokongan terbuka ke atas ekonomis Bank Islam Azrul Azwar Ahmad Tajudin yang kini masih digantung tugas, melalui iklan di satu halaman akhbar The Sun.

Iklan besar di halaman 11 akhbar tersebut turut mendakwa bank tersebut "bertindak secara tidak profesional dan tidak adil dalam menggantungkan jawatan (Azrul)", susulan satu pembentangan kontroversi di Singapura bulan lalu.

Iklan berkenaan menyenaraikan nama 59 NGO dan 135 individu dari kalangan profesional, ahli politik, ahli akademik yang bersolidariti dengan Azrul.

Antara NGO yang disenaraikan adalah BERSIH, Pusat Kewartawanan Bebas, Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) dan Tenaganita.

Individu yang disenaraikan itu pula termasuk Prof Abdul Rahman Embong (UKM), Prof Edmund Terence Gomez (UM), Prof Norani Othman (SIS) dan Fadiah Nadwa Fikri (Suaram).

No To BN : Malu punca pengampu Najib sunting video Gangnam Style

SKKUALA LUMPUR 14 FEB: Pengampu Datuk Seri Najib Razak dipercayai menyunting rakaman video yang memapar adegan Perdana Menteri berkomunikasi dengan penonton konsert Gangnam Style bagi menangkis penolakan secara terbuka rakyat negeri itu terhadap BN.
Rakaman itu dikesan dimuat naik dua hari menjadi kejadian itu menjadi hangat dan jenaka segenap lapisan rakyat, malah menjadi muka depan Suara Keadilan edisi 104, sebelum video yang disunting itu disebar melalui facebook khususnya fan page Sayangi Selangor yang didalangi Umno BN.
Suntingan itu melibatkan adegan Najib bertanya ‘Are You ready For BN?’ dan penonton menjawab ‘Yes’ sedangkan rakaman asli menunjukkan rakyat menyebut ‘No’ sebanyak tiga kali.
Paparan gambar ketika sebutan ‘Yes’ juga beralih-alih akibat suntingan berkenaan, menyebabkan ramai pengguna internet tidak menyakini kesahihannya sedangkan kedudukan kamera rakaman asli, statik dan tidak berubah-ubah.

No To BN : Teng kini dakwa ada cubaan ancam nyawa Psy...ha..ha..makin teruk pembohongan puak BN nie...!!!

Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow berkata terdapat satu cubaan ancaman terhadap nyawa artis sensasi Korea Selatan, Psy, yang menjadi sebab mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diminta meninggalkan pentas lebih awal selepas acara menggaul yee sang di majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina BN di Kolej Han Chiang Isnin lalu.

Beliau berkata pihaknya telah dimaklumkan oleh pihak polis yang mereka menerima maklumat terdapat cubaan ancaman terhadap nyawa Psy dan itulah sebabnya mengapa orang ramai di tempatkan agak jauh dari pentas.
Pihak polis juga, tambahnya, terpaksa membuat beberapa
pertimbangan segera dan memberitahu pihaknya supaya meminta Najib segera turun dari pentas selepas acara menggaul yee sang, jelas Teng selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Cina Gerakan di Jelutong hari ini.

Teng berkata adalah tidak benar terdapat cubaan ancaman terhadap nyawa Najib, seperti yang dilaporkan oleh Sinchew Daily, sambil menambah beliau telah "disalah petik".

Tak Pandai Urus : Selangor Catat Pelaburan Tertinggi Di Malaysia

Sugumar's family: We've have been deceived

Pusaka Ilmu Di bumi Anbiya'

Samseng UMNO : Adun Pulau Manis, Pekan maki hamun mahasiswa

PKR: 'Najib pressured Thai PM to stop Pornthip'

PRU13 : Lebih 7 juta Mohon BRIM 2.0, Bukti Kegagalan BN Tingkat Pendapatan Isi Rumah Rakyat

Khalid Samad BR1M 01
SHAH ALAM 14 FEB : Seramai 7.3 juta bagi rakyat Malaysia memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM 2.0) membuktikan kerajaan pimpinan Umno-BN didakwa gagal untuk meningkatkan pendapatan isi rumah rakyat negara ini.
Ini kerana kelayakan bantuan BRIM 2.0 itu hanya disasarkan kepada seisi keluarga yang berpendapatan di bawah RM3,000.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, Kerajaan Pusat sepatutnya mempunyai agenda khas dalam meningkatkan pendapatan isi rumah bukan sekadar memberi ‘panadol’ dengan tidak menyelesaikan isu sebenar permasalahan rakyat.
“Apabila dilakukan dasar pemberian BRIM 2.0 ini mendedahkan keadaan ekonomi rakyat sehingga ramai yang layak untuk menerimanya di mana mereka berpendapatan RM3,000 untuk seisi keluarga.
“Ini merupakan satu pendedahan bagaimana ramai yang ‘miskin’ dan jurang perbezaan pendapatan yang besar antara yang kaya dan miskin,” kata Khalid ketika dihubungi TVSelangor.
Katanya, pemberian-pemberian ini hanya bersifat sementara bagi membantu rakyat sedangkan realitinya berlaku kenaikan harga barangan dan perkhidmatan berterusan.

PRU13 : Pemantau sasar kerusi ‘panas’ elak penipuan p’ raya – Bersih

BersihKUALA LUMPUR 14 FEB: Pemantau pilihan raya (Pemantau), dikendalikan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) setakat ini mensasarkan 70 kerusi ‘panas’ peringkat Parlimen untuk dipantau pada pilihan raya nanti.
Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, semua kerusi di Parlimen terlibat bakal diletakkan pemantau semasa hari pengundian bertujuan memantau penipuan pilihan raya.
“70 Parlimen ini hanya di Semenanjung. Sabah Sarawak lain pula kerana kita hanya beri taklimat tetapi pihak di sana akan menguruskannya.
“Kerusi yang terpilih mengambil kira kawasan pengundi baru yang meningkat secara mendadak, berisiko berlaku keganasan dan kawasan yang disyaki ada pengundi hantu yang mendiami satu rumah,” katanya ketika dihubungi.
Maria berkata, taklimat khas kepada sukarelawan pemantau turut berjalan supaya proses pemantauan lancar.
“Kita perlukan 10,000 pemantau sukarelawan untuk memantau perjalanan proses pengundian.
“Dalam taklimat yang kita sampaikan akan diberitahu etika gerak kerja, aku janji supaya pemantau tidak bias,” jelasnya.
Menurut Maria, taklimat seterusnya bagi mendapatkan sukarelawan pemantau akan diadakan di beberapa negeri sehingga 27 Februari ini.

Kempen ‘Turun Harga Kereta’ berterusan hingga PRU 13 – Rafizi

Turunkan harga keretaKUALA LUMPUR 14 FEB: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli yakin, kempen ‘Turunkan Harga Kereta’ diterima baik rakyat ekoran kempen itu membolehkan lebih ramai memiliki kereta pilihan dengan harga mampu milik.
“Saya yakin kempen ini ‘melekat’ dalam minda rakyat kerana saban hari kita mengulangi janji menurunkan harga kereta selepas menawan Putrajaya.
“Rata-rata rakyat menanggung kos sara hidup tinggi, dengan penurunan harga kereta membolehkan mereka fokus untuk memiliki rumah yang selesa,” katanya ketika dihubungi.
Rafizi berkata, menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13), kempen itu digiatkan melalui papan iklan, grafik, edaran pelekat kempen dan manifesto Pakatan Rakyat.
KEADILAN sebelum ini mengedarkan lebih 50,000 pelekat kereta ‘Turunkan Harga Kereta’ kepada pengguna tol di sekitar Lembah Klang sempena perayaan Aidilfitri, disusuli jelajah kempen ke beberapa negeri antaranya, Pulau Pinang dan Sarawak.
Selain pelekat, KEADILAN turut mengubahsuai sebuah kereta yang didermakan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin sebagai kereta rasmi kempen.
KEADILAN menurunkan harga kereta melalui kaedah penghapusan cukai eksais secara berperingkat.

Pendirian gesa CEO Petronas letak jawatan kekal, kata MTEM

KUALA LUMPUR, 14 Feb — Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM) dalam satu sidang media hari ini mengesahkan telah mengadakan pertemuan dengan Petronas semalam, namun pendirian supaya Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Datuk Shamsul Azhar Abbas meletak jawatan masih lagi kekal selagi tuntutan mereka tidak dipenuhi.
Pengerusi MTEM Datuk Syed Ali Al-Attas (gambar) memberitahu pertemuan semalam berlangsung selama dua jam dan dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif MTEM Mohd Nizam Marshar bersama lembaga pengarah lain dan telah berjalan dengan baik serta Petronas menyatakan kesediaan untuk menimbang permintaan mereka.
“Semalam Ketua Pegawai Eksekutif MTEM Mohd Nizam Marshar bersama lembaga pengarah lain telah bertemu Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Datuk Shamsul Azhar Abbas dan ia merupakan pertemuan yang positif dan baik.
“Mereka (Petronas) sedia untuk menimbang permintaan oleh MTEM. Dalam pada masa sama, satu Jawatankuasa Bersama (Joint Committee) Petronas dengan MTEM akan ditubuhkan bagi membincangkan isu-isu yang berbangkit,” kata Syed Ali
Jawatankuasa tersebut akan meneliti dan mencari jalan penyelesaian terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh MTEM sebelum ini yang antaranya mendakwa Petronas mengambil sikap menganaktirikan golongan bumiputera dalam menganugerahkan kontrak-kontrak walaupun berkelayakan serta mementingkan syarikat-syarikat asing.
Walaubagaimanapun, apabila ditanya sama ada MTEM akan menarik balik gesaan keatas Shamsul Azhar sebelum ini supaya meletak jawatan, Syed Ali berkata selagi tiada tuntutan dipenuhi dan penyelesaian dicapai dengan Petronas secara rasmi maka gesaan letak jawatan tersebut masih kekal.
“Kenyataan MTEM sebelum ini supaya Shamsul Azhar meletak jawatan adalah pendirian terdahulu dan kekal.

SPRM perlu siasat siapa taja PSY

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan berhubung isu penajaan persembahan Park Jae-sang (Psy) di Pulau Pinang baru-baru ini yang dilihat seperti mahu disembunyikan.

Naib ketuanya Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata kenyataan daripada Scooter Braun Projects, iaitu syarikat pengurusan bintang popular dari Korea Selatan itu bahawa Kerajaan Persekutuan tidak membuat bayaran atas persembahan tersebut menimbulkan tanda tanya.

"Umum mengetahui bahawa bayaran yang dikenakan kepada PSY hampir mencecah RM 2 Juta, siapakah penaja bayaran tersebut? Siapakah individu atau syarikat yang begitu ‘pemurah’ bagi membantu BN Pulau Pinang untuk membawa PSY di sana?

"Jika ianya sebuah syarikat, adakah pihak kerajaan telah memberikan beberapa projek lain bagi ‘habuan’ tersebut," soalnya.

Sebelum ini,  Ahli Parlimen DAP Jelutong, Jeff Ooi, Psy atau Park Jae-Sang, telah ditawarkan 'harga tetap' sebanyak AS$500,000 (atau RM1.5 juta) untuk mempersembahkan  lagu hitnya 'Oppa Gangnam Style' di majlis tersebut.

Kantoi : Penjual Sate Menyamar Ahli PAS Dalam Lakonan Demo Zoo Taiping

Pas sedia ‘bantu’ Mahathir betulkan fakta "Siapa Tipu Siapa"

SHAH ALAM – Pas mendakwa sebahagian fakta yang dinyatakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melalui entri semalam bertajuk, Siapa Tipu Siapa tidak benar.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali secara sukarela menawarkan diri untuk bersemuka dengan Dr Mahathir itu untuk membuat pembetulan fakta dan membantu  membuat kenyataan berdasarkan fakta sahih.

“Beliau (Dr Mahathir) kalau nak bercakap perlulah cakap yang benar.

"Saya sedia semuka dengan beliau untuk jelaskan fakta. Saya sendiri merupakan sebahagian daripada kerajaan ketika itu dan menyaksikan sendiri survival Pas dalam mengatasi kemelut yang berlaku.

“Banyak fakta yang disebutkan itu salah. Yang pertamanya, Pas bukan keluar dari Barisan Nasional (BN) sebaliknya dipecat dari BN. Malah pemecatan itu dilakukan bukannya sebelum pilihan raya sebaliknya selepas pilihan raya,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Dr Mahahir mengatakan Umno tidak melakukan penipuan berhubung dakwaan yang dikeluarkan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa parti itu berada dalam BN.

Dr Mahathir dilaporkan telah menjelaskan kenapa Pas tidak boleh bersama Umno dalam usaha untuk menyatupadukan orang Melayu.

PRU13 : BR1M mungkin RM1,000 jika BN kekal kuasa....rasuah PRU yang jelas..!!!

LEDANG - Timbalan Perdana Menteri hari ini membayangkan kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang kini berjumlah RM500 mungkin meningkat kepada RM1,000 pada masa depan jika Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat mentadbir negara.
  
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pemberian BR1M akan diteruskan sekiranya kerajaan BN memenangi pilihan raya dan mempunyai kemampuan kewangan untuk terus membantu rakyat.
  
"Perdana Menteri Datuk Seri Najib (Tun Razak) ada sebutkan dua hari lepas di Johor. Ada orang tanya ada ke tidak BR1M 3 dan BR1M 4.
  
"Beliau (perdana menteri) kata ada, dengan syarat BN terus berkuasa, barulah ada BR1M. Manalah tahu kalau rezeki bertambah, RM500 naik kepada RM1,000," katanya berucap pada majlis penyerahan BR1M kepada 2,042 penerima peringkat Dewan Undangan Negeri Bukit Serampang, di Felda Sri Jaya, di sini hari ini.

PRU13 : Bersih dakwa SPR ‘jahat’ dan ‘tidak bertanggung jawab’

KUALA LUMPUR, 14 Feb — Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 hari ini menyuarakan rasa kecewa terhadap kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memberi amaran supaya Pengerusi Bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan “tidak merosakkan perjalanan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).”
Dalam satu kenyataan hari ini pergerakan badan bukan kerajaan (NGO) itu melihat kenyataan Datuk Wan Ahmad Wan Omar itu “jahat dan tidak bertanggung jawab.”
“Ini adalah percubaan untuk mengalih pandangan orang ramai tentang pekara-pekara yang ditimbulkan oleh Kumpulan Masyarakat Madani dan pandangan umum tentang perlunya reformasi pilihan raya dilakukan.
“Bersih 2.0 merasa amat kecewa dengan kenyataan terbaru dari timbalan pengerusi SPR yang telah menuduh Ambiga (gambar) ‘meracuni pemikiran orang ramai dengan perkara-perkara palsu.’
“Beliau juga menuduh ‘beberapa kumpulan’ sedang menanamkan ‘ajaran [jangan percaya].’ Kami melihat kenyataan ini jahat dan tidak bertanggung jawab,” jelas kenyataan tersebut.
Wan Ahmad sebelum ini dipetik laporan media arus perdana memberi amaran kepada Ambiga supaya tidak menjadi perosak kepada kelancaran proses PRU 13.
Beliau berkata kenyataan bekas Pengerusi Majlis Peguam itu boleh mengelirukan dan menghakis keyakinan rakyat terhadap proses demokrasi di negara ini.

PRU13 : SPR tentukan bila pilihan raya DUN Selangor - Wan Ahmad

Wan Ahmad berkata kerajaan negeri masih perlu mendapat perkenan sultan untuk membubarkan DUN Selangor. – Gambar fail
SHAH ALAM, 14 Feb—Cadangan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih awal tidak semestinya akan berlaku pilihan raya umum secara berasingan, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Wan Ahmad menegaskan SPR tetap mempunyai kuasa di bawah Perlembagaan untuk menentukan tarikh pilihan raya, termasuk mengadakan pilihan raya serentak di seluruh negara.
“Membubarkan DUN awal memang kuasa kerajaan negeri, tetapi menetapkan tarikh pilihan raya adalah kuasa SPR,” tegasnya kepada pemberita selepas sidang media di kediamannya di sini.
“SPR ada kuasa untuk memilih tarikh 60 hari selepas tarikh pembubaran DUN ... jika SPR mahu melaksanakan PRU serentak, kami boleh memilih mana-mana tarikh dalam 60 hari tersebut,” tambahnya.
Beliau turut menambah, walaupun kerajaan negeri mempunyai kuasa membubarkan DUN, mereka masih lagi perlu mendapat perkenan Sultan Selangor, kerana baginda akan menandatangani watikah pembubaran tersebut.
“Memang kita mengamalkan prinsip Raja Berperlembagaan, kita perlu hormati Sultan dan mendapat perkenan baginda untuk membubarkan DUN,” katanya lagi.
Berikutan dengan laporan media pada Isnin lalu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan akan membubarkan DUN selepas perayaan Chap Goh Meh.

PRU13 : Timbalan Pengerusi SPR mahu saman Mat Sabu


Timbalan Pengerusi SPR mahu saman Mat Sabu
Wan Ahmad menunjukkan naskhah Harakah yang menurutnya telah memfitnah beliau. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
 
SHAH ALAM - Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang membuat kenyataan berkaitan 'projek IC' Sabah baru-baru ini.

Menurutnya, notis tuntutan memohon maaf telah dihantar kepada Mohamad, yang dikenali sebagai Mat Sabu pada 7 Februari lalu dan diberi tempoh tujuh hari untuk berbuat begitu.

Beliau berkata, dakwaan Mat Sabu dalam Harakah bertajuk "Ragu Peranan SPR, Wan Ahmad Omar mesti letak jawatan" telah memfitnahnya.

"Kalau dia (Mat Sabu) buat sedikit penyelidikan dan semakan mesti dia tahu cerita sebenar, tapi niat jahatnya itu, ikut fakta tak penting tapi yang penting fitnah untuk tarik orang baca dan tujuan lain yang mereka mahukan.

"Banyak pihak keliru dengan laporan tersebut.