Selasa, 12 Februari 2013

Video : Mahasiswa Di Serang Samseng Di Pekan!

PRU belum lagi, Umno telah cetus huru-hara di Pekan


PEKAN: Selepas seorang mahasiswa Ekhsan Bukhari cedera dibelasah samseng-samseng Umno di Kampung Datuk Keramat di sini, dua lagi peristiwa melibatkan samseng iaitu seorang mahasiswa pecah bibirnya ditampar samseng ketika mengedar risalah di Kampung Sri Makmur.


Dalam peristiwa kedua pula  rombongan empat orang mahasiswa telah dimaki hamun dan diusir oleh wakil rakyat BN sendiri bersama penyokong-penyokong Umno.

Seorang mahasiswa Mohd Alif Ashraf, 21, ketika bercakap kepada Harakahdaily berkata, beliau turut cedera dibelasah samseng Umno.

Katanya, dalam perjalanan beliau bersama tiga mahasiswa lain di Kampung Sri Makmur dalam Dun Pulau Manis, empat lelaki dengan dua buah motosikal telah datang lalu mengusir mereka menyuruh pulang.

“Dalam perjalanan balik kami singgah di masjid kampung itu, tiba-tiba beberapa orang menyekat dan bertanya adakah kami meminta izin dulu sebelum ke sini. Belum sempat menjawap, seorang lelaki menerkam lalu mencekik leher dan tampar muka saya sehingga pecah bibir.

Suka duka di konsert PSY semalam

PSY, sebutannya 'SAI' kerana huruf 'P' adalah bersifat silent. Begitu juga dengan DSAI. Huruf 'D' pula bersifat silent. Maka kedua-dua (PSY dan DSAI) berbunyi SAI.
Antara pelancong yang kelihatan
Are you ready for 'DSAI'
Yesss, we are ready for 'DSAI'
Kaki kecik dot com
RM 2 juta punya pasal aku rela mandi peluh 4 minit
Menyesal aku datang. Rasa macam muda la pulak
I am better than him (the PM)
Merah padam menahan malu....

Jangan lupa amanat ini. Hapuskan UMNO  melalui pilihanraya 13

KANTOI : Najib Buat Magik 1Malaysia

Kalau aku PM xde masa nak tweet dgn PSY. Tapi kalau dah die hard fan nk wat camne. TV3suku pulak digunakan untuk memfemeskan hikmat terbaru Najib yg seakan akan sama macam watak Goku dalam cerita Dragon Ball, Hikmat Gerak Sejenak.. Kejap sana kejap sini.. Kejap ada kejap xde.. Macam biskut Chipsmore..

TV3suku cakap Najib main tweet ngan PSY, siap tunjuk lagi kat skrin tuh.. Tapi sekejap je, xle lama lama nanti kantoi.. Jom tengok tweet dia tu.. Kali ni aku tunjuk takde limit masa.. Lantak korang la nak tengok sampai mata lebam sekali pun.. Ada aku kesah?!


Bukan ke Najib kat Pulau Pinang waktu ni? Apa kejadahnya tweet location kat Kajang, Selangor? Kalau guna cacai mintak update tweet, cakap je la guna cacai. Buktinya diatas tu.. dan aku akan bagi lokasi detail dari mana tweet itu dihantar..

‘Tidak’ untuk BN musnah jutaan ringgit buat Najib

KUALA LUMPUR: Apa yang akan selamanya dikenang tentang Tahun Baru Cina Najib di Pulau Pinang adalah video satu minit yang sudah tersebar luas lebih hangat berbanding Psy dan Gangnam Style – ketika Najib bertanya kepada hadirin di Sekolah Han Chiang sama ada mereka bersedia untuk Psy dan bersedia untuk BN.

Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang berkata sebenarnya gema tiga kali “Ya” untuk soalan Najib sama ada orang ramai telah bersedia untuk Psy diikuti dengan gema yang sama kuat dan spontan tiga kali “Tidak” ketika Najib bertanya sama ada mereka bersedia untuk BN telah memusnahkan keyakinan tinggi untuk menang besar dalam PRU13 yang dibina Najib.

Katanya, kejadian itu lebih memusnahkan peluang pilihan raya Umno BN dalam PRU13 berbanding Bersih 2.0, Bersih 3.0 atau Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 – lebih-lebih lagi apa ia adalah kemusnahan yang ditimpakan ke atas diri.

Bayar artis RM1 juta, mana wasatiyyah Najib?

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS menyifatkan, tindakan Dato’ Seri Najib Razak membayar kira-kira RM1 juta untuk membawa penyanyi Gangnam Style, Psy ke Malaysia sebagai satu contoh dasar wasatiyyah (Kesederhanaan) beliau.
Bagi ketuanya, Nasrudin Tantawi, daripada membawa seorang artis popular ke Malaysia dengan persembahan hanya semalam, sebaiknya wang tersebut disalurkan kepada pembangunan dan kebajikan rakyat di negara ini.
“Masih ramai rakyat di negara ini yang hidup di bawah paras kemiskinan,” kata Nasrudin dalam kenyataannya. BN melakukan cubaan terkini untuk meraih undi daripada masyarakat kaum Tionghoa dengan membawa artis popular Psy dari Korea ke Majlis rumah Terbuka BN Pulau Pinang pada 11 Februari 2013.
Sebelum ini, Najib membawa artis wanita Korea yang dibawa untuk memikat anak muda dengan gaya K-Pop dan pertunjukan paha dan betis mereka.

PRU13 : 7 LANGKAH PENGUNDIAN


PRU13 : UNDI YANG DIPEROLEHI OLEH PARTI‐PARTI POLIITIK/CALON BEBAS YANG BERTANDING DALAM PILIHAN RAYA UMUM 2008 BAGI DEWAN UNDANGAN NEGERI


PRU13 : STATISTIK MENGENAI PENGUNDIAN – KELUAR MENGUNDI,UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN DAN UNDI DITOLAK MENGIKUT DEWAN UNDANGAN NEGERI (2008)


PRU13 : PENCALON BAGI KERUSI DEWAN UNDANGAN NEGERI MENGIKUT PARTI DAN BEBAS (2008)


PRU13 : PENCALON BAGI KERUSI DEWAN RAKYAT MENGIKUT PARTI DAN BEBAS (2008)


PRU13 : SENARAI PARTI POLITIK DI MALAYSIA



Berbicara Tentang - Yang Allah Nilai Dari Setiap Individu Ialah Amalannya

Ustaz Azhar Idrus - Dendam Iblis

PRU13 : Keputusan Pilihan Raya Umum 2008 (Parlimen)

BERIKUT keputusan Pilihan Raya Umum 2008 peringkat Parlimen

   BN PAS DAP PKR Bebas PRM Snap Bersekutu
3 (3)  2 (0)   0 (0)        
4 (15)  6 (8)    5(7)        
2 (13)  0 (2)  7(7)  4(4)  0 (1)      
 2(14)  9 (11)    3(3)  0(2)      
 7 (8)  1 (6)    0 (2)  0 (1)      
 13 (24)  2 (7)  6 (7)  3 (10)  0 (2)      
 5 (22)  4 (7)  4 (4)  9 (11)  0 (1)  0 (1)    
 1 (11)  1 (2)  5 (5)  4 (5)  0 (2)      
 1 (1)  0 (1)            
 1 (1)  0 (1)      0 (1)      
 5 (8)  0 (3)  2 (2)  1 (3)        
 5 (6)  0 (1)  1(2)  0 (3)        
 25 (26)  0 (10)  1 (6)  0 (8)    0 (1)    
 12 (14)  0 (6)  0 (2)  2 (6)        
 24 (25)    1 (5)  0 (19)  0 (18)      0 (2)
 30 (31)  0 (1)  1 (6)  0 (12)  0 (10)    0 (3)  

PRU13 : Keputusan Pilihan Raya Umum 2008 (Dun)

BERIKUT keputusan Pilihan Raya Umum 2008 peringkat Dewan Undangan Negeri

   BN PAS DAP PKR Bebas PRM Snap Bersekutu
14 (15)  1 (13)   0 (2)        
14 (36)  16 (26)  1 (2)  4 (10)  1 (3)      
 11 (40)  1 (5)  19 (19)  9 (16)  0 (2)      
 6 (44)  38 (40)    1 (5)  0 (1)      
 24 (32)  8 (27)    0 (5)        
 28 (59)  6 (21)  18 (18)  7 (20)  0 (2)      
 20 (56)  8 (19)  13 (15)  15 (20)  0 (2)      
 - -  -  -  -      
 -  -            
 -  -      -      
 21 (36)  1 (13)  10 (11)  4 (12)        
 23 (28)  0 (13)  1(2)  0 (3)        
 50 (56)  2 (32)  4 (12)  0 (10)    0 (2)    
 37 (42)  2 (22)  2 (7)  0 (13)  1 (4)      
 59 (60) 0 (2)  1 (2)  0 (54)  0 (52)      0 (15)
 -  -  -  -  -  -  -  -
 
* Tiada kerusi Dun di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan
* Pilihan raya kerusi Dun Sarawak diadakan secara berasingan. Ia berlangsung pada April 2011

PRU13 : Bilangan Pemilih PRU 2004, 2008 dan 2013

BERIKUT jumlah pemilih ketika Pilihan Raya Umum 2004, 2008 dan kedudukan semasa menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

  PEMILIH PADA PRU 2004, 2008 DAN 2013
 
NEGERI
 2004 2008  2013*
 Perlis
 112,482  117,471  134,870
 Kedah
 821,091  859,941  1,025,930
 Kelantan
 662,722  740,441  906,282
 Terengganu
 455,924  516,258  629,869
 Pulau Pinang
 672,362  700,164  834,730
 Perak
 1,170,351  1,162,676  1,397,279
 Pahang
 570,126 588,428  727,047
 Selangor
 1,422,274  1,549,970  2,020,496
 WP Kuala Lumpur
 670,920  651,735  787,826
 WP Putrajaya
 5,079  6,387  15,308
 Negeri Sembilan
 429,786  445,291  547,379
 Melaka
 345,917  358,914  434,885
 Johor
 1,184,788  1,293,671  1,579,877
 WP Labuan
 22,006  19,159  24,478
 Sabah
 513,490  794,448  969,497
 Sarawak
 695,969  896,100  1,069,654
 JUMLAH
 9,756,097  10,701,054  13,105,407
 
* Jumlah pemilih setakat daftar yang diwartakan pada 27 November 2012

PRU13 : Pecahan Pemilih Dari Tahun 1955-2013

BERIKUT pecahan pemilih dari tahun 1955 sehingga sekarang, menjelang Pilihan Raya Umum 2013.

Pecahan Pemilih Dari Tahun 1955-2013

PRU  Jumlah Pemilih Berdaftar
 Pertambahan  Peratus
 Pertambahan (%)

1955
 1,280,000  -  -
 1959
 2,171,097  891,097  69.62
 1964
 2,763,077  591,980  27.27
 1969
 3,843,782  1,080,705  39.11
 1974
 4,132,032  299,250  7.50
 1978
 5,059,689  927,657  22.45
 1982
 6,081,628  1,021,939  20.20
 1986
 6,964,960  883,332  14.52
 1990
 7,968,640  1,003,680  14.41
 1995
 9,012,173  1,043,533  13.10
 1999
 9,564,071  551,898  6.12
 2004
 10,284,591  720,520  7.53
 2008
 10,922,139  637,548  6.20
 2013*
 13,105,407  2,183,268  19.99

 
* Jumlah pemilih setakat daftar yang diwartakan pada 27 November 2012

PRU13 : Pemilih dan Peratusan Keluar Mengundi 2008 (Dewan Rakyat)

BERIKUT bilangan pemilih dan peratusan keluar mengundi mengikut negeri, peringkat Dewan Rakyat, pada Pilihan Raya Umum 2008.


 
 NEGERI  JUMLAH PEMILIH  KERTAS UNDI DIKELUAR  PERATUS UNDIAN
 Perlis  120,081  97,532  81.2
 Kedah  873,674  697,225  79.8
 Kelantan  751,682  620,632  82.6
 Terengganu  521,597  443,205  85.0
 Pulau Pinang  709,323  554,677  78.2
 Perak  1,196,160  872,592  72.9
 Pahang  603,242  464,908  77.1
 Selangor  1,565,493  1,208,673  77.2
 WP Kuala Lumpur  687,451  506,672  73.7
 WP Putrajaya  6,608  5,416  82.0
 Negeri Sembilan  462,015  353,021  76.4
 Melaka  371,594  297,450  80.0
 Johor  1,279,118  972,173  76.0
 WP Labuan  20,783  14.149  68.1
 Sabah  752,132  519,559  69.1
 Sarawak  819,274  533,155  65.1
 Jumlah  10,740,227  8,161,039  76.0

ANAK tunjuk video konspirasi sekat ceramah di felda Sg Tengi

ANAK hari ini mendedahkan video yang didakwa sebagai bukti konspirasi beberapa pihak termasuk pengurusan Felda Sungai Tengi untuk menyekat program ceramah NGO tersebut dalam kejadian pada 4 Februari lalu.

Presiden ANAK Mazlan Aliman mendakwa video berkenaan menunjukkan satu mesyuarat yang diadakan sebelum kejadian tersebut, bagi membincangkan usaha untuk menghalang program ceramah itu.

Mazlan mendakwa mesyuarat tersebut antara lainnya dihadiri wakil PERKASA, Umno, Majlis Belia Felda dan Jabatan Seranta Felda.

NONEBeliau mendakwa, mesyuarat tersebut dirancang untuk menggagalkan program ANAK di kawasan Felda, termasuk mengadakan "huru-hara" dan juga untuk menghalang mereka daripada memasuki kawasan tanah rancangan tersebut.

"Apa yang sangat memeranjatkan apabila (pegawai) Felda menyebut tentang huru-hara. Sampai ke tahap huru-hara untuk gagalkan ceramah tersebut," kata Mazlan dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

"Huru-hara" yang dimaksudkan oleh pegawai Felda berkenaan, seperti yang dapat dikesan dalam video tersebut, merupakan tindakan untuk "membuat bising".

NONEIndividu yang ditunjukkan dalam video berkenaan juga mencadangkan agar "huru-hara" tersebut tidak sampai ke peringkat pergaduhan.

"... kita buat seolah-olahnya macam membantahlah, kita buat huru hara tapi jangan bergaduh saya minta sangat malam ini jangan (bergaduh).

"Seolah-olah maksud saya ini buat huru hara tu kalau dia ceramah tu kita buat bisinglah... itu yang.. Pegawai Polis Daerah Kuala Kubu Baru pesan kat saya tadi...," kata individu berkenaan yang didakwa sebagai pegawai Felda tersebut.

Rakaman video amatur sepanjang lebih 14 minit itu dikesan dimuatkan di Youtube sejak 7 Februari lalu.
Mazlan mendakwa, tindakan seperti yang dirancang itu dapat dilihat dalam kejadian yang dialami mereka pada 4 Februari lalu di Felda Sungai Tengi.

Belum ada tanda BN tidak akan menipu pada PRU 13


Sehingga kini belum ada kepastian mengenai terhentinya penipuan PRU 13. Dari sumber BERNAMA atau UTUSEX atau BERITA HAIRAN dan lain lain media pengampu BN, tidak ada satupun jaminan dapat dikesan mengenai pengakuan pilihanraya yang BERSIH.

Dari mulut pemimpin pemimpin BN atau agensi yang bertanggungjawab mengendalikan PRU juga tiada, begitu juga dari jurucakap upahan BN tiada jaminan yang boleh diyakini tiadanya penipuan yang bakal berlaku. Najib meminta pengakuan pengundi di Penang mengenai kesediaan mereka menerima BN, tetapi jawapan spotan yang diberi adalah tidak.

Nampaknya, Najib terpaksa kembali kepada projek angkut dan suapnya, mengangkut budak budak sekolah yang belum bersunat dan menyuap mereka dengan biji jagung masak bagi memenuhi ruang ruang perhimpunan yang dianjurkan BN. Sambil itu, seperti biasa akan melakukan kerja kerja underground bagi penipuan licik semasa mengundi. Najib terpaksa memikirkan cara cara penipuan baru kerana kebanyakan kaedah penipuan yang sedia ada sudah diketahui.

Itu sahaja peluang BN yang tinggal dan itu juga tugas besar SPR yang baru sahaja mengumumkan situasi luar jangka selepas PRU 13 yang berpunca terdedahnya kaedah penipuan yang dibuat.

UMNO bertanggungjawab terhadap nasib Melayu terpinggir di negara sendiri

KUALA LUMPUR, 12 FEB: Siapa patut bertanggungjawab terhadap nasib Melayu yang terpinggir di negara sendiri selepas 55 tahun merdeka, 42 tahun Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan setengah abad penguasaan politik UMNO.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, konsep dan dasar 1Malaysia sepatutnya fokus terhadap semua yang terpinggir dan tertindas di kalangan rakyat Malaysia di negara ini, sama ada Melayu, Cina, India, Orang Asli, Kadazan atau Iban.
Katanya, Biro Tata Negara adalah bukti terbaik sebagai agensi kerajaan utama yang menyemai konsep anti-1Malaysia.
“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga perlu menjawab soalan penting apabila membelanjakan berjuta ringgit dan mengibarkan 10,000 bendera 1Malaysia dan menjemput Psy membuat persembahan Gangnam Style, di Pulau Pinang.
“Warga Pulau Pinang sepatutnya mempertikaikan tindakan UMNO/BN memasang 10,000 ribu bendera 1Malaysia sepanjang jalan yang dilalui Perdana Menteri dalam lawatan ke Pulau Pinang dari lapangan terbang ke Kolej Han Chiang, yang tidak mengikut peraturan dan membahayakan pengguna jalan raya,” katanya dalam kenyataan media sempena Pengiraan Detik 59 Hari ke PRU-13, semalam.

TAMPARAN KPD BN DARI PSY: Bintang Korea tak mahu gaul 'yee-sang' bersama Najib, BN

TAMPARAN KPD BN DARI PSY: Bintang Korea tak mahu gaul 'yee-sang' bersama Najib, BNPENANG - Bintang antarabangsa Korea, Psy telah memberi tamparan hebat kepada Parti pemerintah apabila dia enggan naik ke pentas untuk bersama-sama perdana menteri bermasalah beserta ahli-ahli tertinggi BN setiba masanya untuk upacara tradidi menggaul 'yee-sang' dalam konsert meraikan Tahun Baru Cina.
Di Pulau Pinang untuk menyanyikan lagunya yang terkenal, Oppa Gangnam-style, Psy  telah memberikan persembahan seperti yang dijanjikan bernilai RM 2 juta itu. Orang ramai turut menyanyi dan menari bersama-sama artis itu dan para penarinya yang begitu menarik dan bergaya.
Selama 4 minit, ribuan rakyat Pulau Pinang yang datang ke padang sekolah Han Chiang bagaikan terpukau. Mereka menuntut apa yang mereka mahu dan Psy telah memberikannya. Lagi Gangnam!
Oppa cara BN: Tiada politik bagi Psy!
Tetapi, sedihnya bagi BN, Psy telah berjaya mengelakkan dirinya dari dipergunakan untuk mempromosikan politik jenama 1Malaysia Najib. Pemimpin Malaysia itu telah mengumumkan kepada khalayak penonton bahawa Psy ada kejutan bagi mereka- Oppa BN style.
Tetapi, ianya tidak berlaku. Najib, isterinya Rosmah, anaknya Norashman, mantan pm, Abdullah Badawi, ketua parti Gerakan, Koh Tsu Koon, Teng Chang Yeow dan menteri pelancongan Ng Yen Yen merupakan antara mereka yang mendapat malu apabila Psy tidak naik ke pentas untuk menyertai upacara menggaul 'yee-sang' dan mempersembahkan Oppa BN style.
Setelah dimalukan, pasukan BN itu pun bersurai, kembali ke khemah VIP mereka. Hanya Norashman yang tinggal, menuju ke kawasan bawah pentas hanya beberapa kaki dari pentas dimana pasukan Malaysia Chronicle bakal menyaksikan persembahan memukau Psy.
Yee-sang merupakan salad ikan mentah yang digaul semasa Tahun Baru Cina untuk menggambarkan nasib baik dan kejayaan. Mandat 5 tahun BN akan berakhir pada 28 April 2013 dan Najib dijangka mengadakan pilihanraya umum yang ke 13 dalam beberapa minggu lagi.
Namun demikian, adalah dijangka BN akan kehilangan kuasa yang telah mereka pegang selama 55 tahun ke atas kerajaan persekutuan, dengan Pakatan Rakyat, yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim yang dikatakan mempunyai peluang yang cerah untuk mempelopori pertukaran rejim buat pertama kalinya di negara ini.
Untuk menyelamatkan diri dari dikeluarkan oleh partinya sendiri, Najib perlu meyakinkan mereka bahawa BN akan menang, dia perlu mendapatkan sokongan pengundi terutamanya orang Cina, yang telah jelik dan kecewa dengan rasuah dan skandal yang dilakukan oleh golongan elit BN.
Tidak bersedia untuk BN & Han Chiang bukan Han Yang
Walaupun telah membelanjakan jutaan ringgit untuk mejayakan konsert, Najib berkemungkinan besar telah menjadikan keadaan semakin teruk bagi dirinya dan juga BN apabila berkali-kali tersasul dalam ucapannya.
Respon kurang memberangsangkan dari orang ramai sudah tidak syak lagi apabila PM bertindak kurang bijak dengan bertanya kepada mereka sebanyak tiga kali - "sudah bersedia untuk BN". Perkataan 'tidak' lebih kedengaran. Namun, apabila Najib bertanya kepada mereka jika sudah bersedia untuk Psy, mereka berteriak 'Ya' dengan sepenuh perasaan.

Gangnam Style: Tak logik penaja habiskan RM2 juta tapi sorok identiti

gangKUALA LUMPUR 12 FEB : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengkritik kerajaan Umno BN kerana merahsiakan penaja artis antarabangsa dari Korea Selatan, Psy yang menelan kos hingga RM 2 juta.
“Siapakah penaja yang sanggup bayar RM 2 juta tetapi merahsiakan? Bukankah penaja sepatutnya mahu tajaan mereka diketahui bagi mempromosi khidmat atau barangan mereka.
“Inilah kali pertama dalam dunia penaja buang duit tetapi mahu merahsiakan,” kata Pengerusi SAMM,  Badrul Hisham Shaharin dipetik daripada blognya, hari ini.
Beliau juga mempersoal tindakan Umno Pulau Pinang sebelum ini  mengkritik dan mempertikaikan aktiviti anjuran Kerajaan Pulau Pinang tetapi bersetuju dengan pembaziran itu.
“Adakah Umno Pulau Pinang bersetuju membawa artis Korea dengan RM 2 juta untuk menyanyikan satu lagu?”

Konsert Gangnam: Gesa Najib bentang penyata kos tajaan Psy

yusmadi yusofKUALA LUMPUR 12 FEB: Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff gesa Perdana Menteri bentangkan penyata kos tajaan artis pop Korea Selatan, Psy yang mendapat bayaran semahal RM2 juta.
Ia ekoran kenyataan Datuk Seri Najib Razak dalam twitter kononnya persembahan penyanyi yang popular dengan lagu ‘Oppa Gangnam Stlye’ di majlis Rumah Terbuka BN Pulau Pinang itu semalam tidak menggunakan wang rakyat.
“Isunya bukan pasal duit siapa, tetapi sikap penanggungjawaban dan urus tadbir kerajaan. Ketika rakyat dihimpit bebanan ekonomi, kerajaan bazirkan wang begitu saja untuk bawa masuk artis luar negara,” kata Yusmadi.
“Jika benar ada pihak yang menanggung kos untuk persembahan itu, kenapa perlu dimasukkan dalam agenda BN? Sedangkan kita tahu di Pulau Pinang, Najib memang menerapkan slogan ’1Malaysia’. Ini jelas ia agenda BN,” katanya ketika dihubungi.
Pengerusi Biro Antarabangsa KEADILAN itu mempersoal kehadiran Najib semasa Psy membuat persembahan sempena sambutan Tahun Baru Cina.
“Adakah Najib bercakap atas kapasiti Perdana Menteri atau Presiden Umno? Sebagai Perdana Menteri, ia pasti melibatkan dana dan kepentingan awam,” katanya.

Samseng Politik : Adakah polis terlibat cetus insiden Sungai Tengi?



KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman akan mengemukakan nota bantahan kepada Ketua Polis Selangor (IGP) dalam masa seminggu berhubung insiden yang berlaku di Felda Sungai Tengi.

Beliau yang berkata pada sidang media di Ibu Pejabat Agung PAS (gambar atas), nota bantahan tersebut adalah untuk mendapat kepastian sama ada pihak polis juga turut terlibat dalam insiden tersebut seperti mana perbualan pengurus Felda bersama beberapa pertubuhan NGO di dalam rakam video.

"Nota bantahan ini akan kita serahkan kepada IGP dan berharap beliau dapat berkomunikasi dengan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor berhubung insiden yang berlaku di Felda Sungai Tengi.

"Dalam nota bantahan tersebut, kita turut meminta penjelasan dari pihak polis adakah benar kenyataan yang dikeluarkan oleh pengurus Felda yang mengatakan segala perancangan kekacauan itu telah diketahui oleh pihak polis," jelas beliau.

Tambahnya lagi, pihak polis perlu menjelaskan perkara tersebut dan jika tiada penglibatan, maka pengurus Felda tersebut telah melakukan kesalahan besar apabila menggunakan nama polis untuk tindakan provokasi mereka.

Pengkhianat Negara : 'Anwar dan Pak Lah tak terlibat Projek IC'

Seorang individu yang mengaku bertindak sebagai dalang Projek IC sekitar lewat 80-an dan awal 90-an berkata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar dan mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak pernah terlibat dalam operasi itu.

Mat Swadi Awi yang merupakan pengurus Bank Pertanian Malaysia di cawangan Kota Kinabalu pada tahun 1980-an, menceritakan peranannya dalam projek itu bersama bekas presiden Usno, Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun dalam temuramahnya dengan Harakahdaily.

Mat Swadi yang mengakui dirinya 'Gurkha setia' Abdullah menjelaskan peranannya dalam operasi itu dan menegaskan bahawa mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terlibat dalam operasi itu.

Beliau turut mengaku menjadi dalang di sebalik kemasukan Umno ke Sabah di samping menghapuskan Usno dari negeri itu. 

"Anwar tidak pernah terlibat langsung dalam Projek IC ini sebab semua orang Umno tahu bahawa Anwar bukannya 'sekutu' dengan allahyarham Megat Junid (Megat Ayob) dan juga dengan Pak (Tan Sri Aziz Shamsuddin).

No To BN : Najib bengang dengan UMNO & BN PENANG pasal konsert PSY...


Kami dapat maklumat bahawa teruk UMNO PENANG & BN PENANG kena tiaw dengan Najib dan Rosmah berkenaanisi NOOOOO... Di konsert PSY semalam... Punca yang didapati persahabatan antara UMNO PENANG & RAKAN BN yang lain sudah kurang manis... Ini disebabkan Pengerusi BN sekarang telah dijanjikan kerusi KM jika BN rampas Penang nanti....

Entahlah pandai pandailah hangpa putaq janji ARE YOU READY FOR BN......NOOOOOOOO...!

No To BN : KAMI SAYANG MALAYSIA.....bukan "I love PM"

Di dalam jiwa setiap rakyat Malaysia sepatutnya tertanam rasa sayang kepada kepada Negara, sayangkan Malaysia.  “I love Malaysia atau We love Malaysia”,    bukan “I love PM” . Tidak wajar kita menyangi PM  tanpa mengambil kira baik buruk peribadi dan moralnya !  Satu dunia dah tahu bahawa PM kita yang bernama Najib ini peribadinya telah dipertikaikan oleh banyak pihak,,ini termasuk kaitan dengan isu jenayah, rasuah, salahguna kuasa dan sebagainya.  Adalah tidak wajar dan tidak sesuai beliau disanjung dengan ungkapan – “ I  love PM “   Sebagai rakyat Malaysia yang sejati, laungkanlah “ Saya sayang Malaysia.. atau We love Malaysia”
Akhir-akhir ini Najib seolah-olah sengaja  mengerahkan penyokong-penyokong totoknya untuk mengangkat atau mempamerkan kain rentang yang bertulis ‘I love PM’   Kita faham beliau dalam keadaan yang amat terdesak kini,  lalu mencuba berbagai-bagai cara untuk mengangkat semula imejnya yang teruk tercemar !  Tercemar pun bukan disebabkan orang lain tetapi oleh dirinya sendiri.   Dan setelah rakyat tahu siapa Najib,  wajarkah kita melaungkan “I love PM” lagi ?   tentu sekali tidak wajar !  Bersihkan dulu setiap kekotoran yang ada dalam diri dan pentadbiran !   Kata “sayang” akan datang dengan sendirinya apabila seseorang pemimpin itu bersih 100% luar dan dalam, terutama aspek peribadi dan pentadbiran. - rahimothman

No To BN : PENGERUSI MAJLIS TERPAKSA MENJERIT SEORANG SEORANG "I LOVE BN"!!!


No To BN : Lepas Kena BOO Di Penang..Najib Umum BR1M 3.0 Dan 4.0 Pulak...!!!

Lepas kena boooo di Penang, lepas orang Penang say NO to BN, hari ni Najib umum lagi BRIM 3.0 dan 4.0 .... hahahaha bagi la sampai BRIM 10.0 rakyat tetap tolak BN

           By Shahrum Sayuthi and Ben Tan | news@nst.com.my 

No To BN : Pengacara memalukan tetamu VVIP.....PSY tak nak join...!!!!

Tahalluf: Perjelas kepada Melayu

Oleh ABD SHUKUR HARUN
Dengan hanya sebulan dua saja lagi menjelang PRU Ke-13, musuh politik PAS dan mereka yang keliru dan berkepentingan berusaha berhempas pulas untuk menggagalkan Tahalluf-Siasi, persepakatan PAS dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat.

Pelbagai fitnah, tuduhan dan prasangka dilemparkan kepada Pakatan Rakyat, terutama PAS. Antara tuduhan popular yang ditaburkan oleh Umno/BN bahawa kononnya PAS sudah menyeleweng dari dasarnya dengan menyertai Pakatan Rakyat. Dengan itu mereka mendakwa kononnya DAP akan ‘menelan’ PAS di mana Melayu/Islam akan terancam pelbagai lagi andaian. Pengundi Melayu, baik di luar bandar mahupun di dalam bandar dihidangkan dengan tuduhan ini dengan harapan supaya pengundi Melayu akan mengundi BN dalam PRU akan datang. Tujuan utamanya supaya PAS akan kalah.
Memang wujud kekeliruan sesetengah pengundi Melayu baik di luar bandar mahupun di dalam bandar sendiri akibat propaganda musuh PAS, terutama golongan generasi lama yang sudah merasa hidup selesa dalam suasana yang melingkungi mereka selama ini. Bagi mereka, jika parti lain yang memerintah, tidak ada jaminan hidup selesa seperti sekarang di mana Melayu/Islam kononnya akan terancam. Kerana itu tidak pedulilah amalan rasuah, penyelewengan, pembaziran kronisme, pilihan raya yang sedemikian rupa, harga barang melambung dan pelbagai lagi.
Golongan yang keliru ini, termasuk bekas-bekas penyokong PAS sendiri – kerana prejudis dan sebab-sebab tertentu yang lain - turut meriuh rendahkan suasana ini dengan menokok tambah dan mereka cipta pelbagai andaian.

Samseng UMNO@BN merosakkan sistem demokrasi berpilihan raya

Beberapa insiden keganasan yang berlaku mutakhir ini, mencemar kedaulatan undang-undang dan merosakkan sistem demokrasi berpilihan raya di Malaysia.
Dalam mana-mana negara yang mengamalkan demokrasi, semua rakyat diberikan kesaksamaan dan semua parti politik yang terbabit, harus mengawal kegiatannya mengikut lunas-lunas yang ditetapkan.


Sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan dalam negara kita, seharusnya memberi ruang yang saksama kepada mana-mana pihak untuk berkempen, berceramah, menyampaikan risalah dan sebagainya, bagi mendekati serta mendapatkan sokongan pengundi.
Begitu juga di negara-negara lain. Mereka mengamalkan demokrasi, memberi ruang kepada semua parti sama ada kerajaan atau pembangkang, mendapat ruang yang saksama dalam televisyen, radio dan akhbar.
Malangnya demokrasi cara ini tidak dibenarkan di Malaysia. Kerajaan Umno-BN yang memerintah lebih 55 tahun, tidak sama sekali membuka ruang walau seminit pun kepada parti-parti pembangkang.
Jika pun disiarkan berita, rencana atau pun fokus mengenai parti pembangkang, semuanya yang buruk dan hodoh-hodoh belaka.
Keadilan sebegini memang tidak wujud. Umno-BN menutup segenap ruang demokrasi kepada parti pembangkang, khususnya Pakatan Rakyat untuk bersuara.

UMNO patut bersyukur jika jadi pembangkang

Lawatan Najib ke Pulau Pinang merupakan lawatan yang membazir bagi dirinya dan partinya. Lawatan beliau itu adalah lawatan politik dan kali ini beliau diiringi oleh penyanyai pop terkenal Psy dari negeri Korea dan berbelanja sebanyak RM 2 juta untuknya. Saya tidak tahu berapa pula bayaran yang di bayar kepada penyanyi tempatan, Shila Hamzah. Psy menyanyi tidak lebih dari 10 minit itu merupakan orang yang di harapkan oleh Najib untuk meniupkan ‘mood’ bagi mendapatkan sokongan terhadap beliau dan BN dalam pilihanraya nanti. Najib sedang berusaha untuk merampas Pulau Pinang dari DAP dan Pakatan Rakyat.
Najib tidak membawa dirinya sebagai pemimpin utama secara betul dan tidak ada siapa di kalangan kabinetnya mampu membawa diri mereka sebagai pemimpin yang baik lagi. Najib telah dimalukan oleh orang ramai semasa berada di Pulau Pinang dihadapan tujuh ribu orang yang di angkut beramai-ramai itu. Beliau dimalukan oleh orang ramai dengan jeritan ‘NO!’ apabila beliau bertanya samada sudah bersedia untuk BN atau tidak. Laungan ‘NO’dengan spontan dan gemuruh telah di tunjukkan oleh orang ramai di situ. Sebelum itu pertanyaan Najib samada mereka bersedia untuk Psy, orang ramai dengan gemuruh menjawab YES apabila Najib bertanya samada sudah bersedia untuk Psy atau pun belum.
Keadaan seperti ini sepatutnya memberikan kesedaran kepada semua pemimpin UMNO BN bahawa rakyat sudah tidak mahu lagi memberikan sokongan atau dukungan terhadap BN pimpinan Najib dan barisan kepimpinan UMNO dalam Majlis Tertinggi parti itu. Rakyat terpaksa berhimpun dan menyatakan secara berdepan yang mereka tidak mahukan lagi BN untuk memerintah mereka.

Tiga ‘No’ Konsert ‘Gangnam Stail’ Lebih Dashyat Dari Dua Bersih, Satu HKR 112

SHAH ALAM 12 FEB : Setelah ditempelak oleh pengunjung persembahan ‘Gangnam Stail’ oleh artis “Psy” anjuran Umno-BN semalam, Kerajaan Persekutuan dikritik kerana mengrahsiakan bagaimana kos untuk membawa artis Korea Selantan itu boleh menelan sampai RM 2 juta.
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata, sewajarnya RM 2 juta boleh digunakan untuk membiayai orang sakit, organisasi kebajikan atau sekolah.
“Siapakah penaja yang sanggup bayar RM 2 juta tetapi merahsiakan? Bukankah penaja sepatutnya mahu tajaan mereka diketahui bagi tujuan promosi khidmat atau barangan mereka.
“Inilah kali pertama dalam dunia penaja buang duit tetapi mahu merahsiakan,” kata Badrul Hisham dipetik daripada blognya.
Kata Badrul Hisham lagi, Umno Pulau Pinang sebelum ini banyak mengkritik dan mempertikaikan aktiviti anjuran Kerajaan Pulau Pinang.
“Adakah Umno Pulau Pinang bersetuju membawa artis Korea dengan RM 2 juta untuk menyanyikan satu lagu?”
Laporan berita sebelum ini mendakwa Umno-BN membelanjakan

Yazid tak pernah ke Syria, tangkapan bermotif politik – Isteri

KUALA LUMPUR 12 FEB: Isteri tahanan pertama mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) menyifatkan tangkapan suaminya, Yazid Sufaat tidak munasabah dan bermotif politik.
Anak dan isteri kesal dengan penahanan Yazid.
Anak dan isteri kesal dengan penahanan Yazid.
“Suami saya tak pernah pergi ke Syria, dan tidak mempunyai akses dengan mana-mana pihak di sana. Banyak lagi kes keganasan di Malaysia, kenapa suami saya pula yang ditahan? Alasan penangkapan langsung tak logik dan bermotif politik!” kata Chomel Mohamad ketika dihubungi.
Selain Yazid, kenalannya, Halimah Hussein dan pekerja Yazid, Hilmi Hafim turut dituduh bersubahat di bawah akta yang sama, menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Yazidsufaat1Mereka dituduh melakukan kesalahan menjalankan pelakukan perbuatan keganasan dengan niat untuk memajukan suatu tujuan ideologi, dan perbuatan tersebut boleh semunasabahnya dianggap sebagai diniatkan untuk mengugut orang awam di Syria.
Chomel berkata, tuduhan menggalakkan tindakan keganasan terhadap suaminya adalah serius dan sangat bertentangan peribadi Yazid.
“Yazid (gambar) seorang suami dan ayah yang baik dan penyayang. Tanyalah kepada sesiapa yang kenal Yazid Sufaat, semua boleh jadi saksi berhubung tingkah laku beliau. Tuduhan tersebut adalah melampau,” tempelaknya.
Menurut Chomel, beliau dihubungi Unit Jumpa dari Penjara Sungai Buloh yang mengkehendaki beliau berjumpa suaminya pada 16 Februari sekitar tengah hari.
“Saya akan pergi bersama tiga anak perempuan dan ibu saya untuk beri sokongan pada Yazid. Dia perlu kekuatan semua pihak terutama keluarga terdekat,” kata Chomel.

Berbicara Tentang - Segala Seruan Rasul Adalah Kebaikan Bagi Kamu

Ustaz Azhar Idrus - Melihat Allah

Ustaz Azhar Idrus - Penyakit Umat Sekarang

Surat daripada mahasiswa menjelang PRU13 untuk rakyat PEKAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

TUNKU Abdul Rahman, Perdana Menteri pertama pernah berpesan, “selepas semua yang telah dikatakan dan dilakukan, kita tidak mempunyai negara lain yang kita boleh katakan sebagai negara sendiri .

Sama ada baik atau buruk, hanya Malaysia rumah kita dan tidak ada tempat yang lebih baik daripada rumah sendiri.

Setiap rakyat Malaysia mempunyai peranan dalam mengurus ha ehwal Negara, samada kecil atau besar, kaya atau miskin, tua atau muda, rakyat perlu hadapi hari ini dan masa depan. Rakyat perlu buktikan mereka mampu menunaikan amanah yang dipikul.”

Menjadi tanggungjawab setiap rakyat malaysia untuk menjunjung pesanan ini.
Maka kami sebagai generasi muda, berazam untuk sentiasa menjadikan Malaysia sebagai rumah kami yang tercinta.

Hanya Malaysia satu-satunya negara yang kami ada dan perlu kami jaga.

Sarawak!! Bangkit & Lawan!!

Pukul mahasiswa: KEADILAN Pahang gesa polis siasat segera

ehsanPAHANG 12 FEB: Pemerintahan negara bagaikan tidak bertamadun apabila mahasiswa yang turun berkempen di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Manis dalam Parlimen Pekan dipukul samseng Umno, kata Timbalan Pengerusi KEADILAN Pahang, Ahmad Nizam Abdul Hamid.
Beliau berkata, tindakan tidak matang itu membuktikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Ahli Parlimen Pekan takut kemaraan Pakatan Rakyat sehingga terpaksa menggunakan khidmat samseng.
“Kita kecam serangan ini. Perbuatan tersebut sangat tidak bertamadun. Kalau berani, lawan berhujah, bukan pukul orang lagak samseng,” katanya.
“Kita minta polis segera siasat dengan telus tanpa ada pihak yang dibela. Ini bukan kali pertama samseng Umno bertindak ganas mencederakan rakyat,” kata Ahmad Nizam ketika dihubungi.
Mantan Timbalan Presiden Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi), Ekhsan Bukhari bersama dua lagi rakannya yang dilaporkan dipukul empat samseng Umno sehingga tercedera di badan dan sikunya akibat disepak tengah hari tadi.
Penuntut Universiti Industri Selangor (Unisel) itu berkata, kereta yang dinaiki mereka turut kemik di bahagian tepi, manakala kereta seorang ahli PAS yang menjadi penunjuk arah kepada mereka ketika berkempen turut kemik di bahagian depan.