Isnin, 11 Februari 2013

TAGLINE HARI INI : Are you ready for BN? Nooo!!



Nampaknya depa dah jadi tak ketahuan hala...

Kesian kesian....ooooo nooo!!!!

Wawancara Eksklusif Sinar Harian Bersama Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh. part 4

Wawancara Eksklusif Sinar Harian Bersama Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh. part 3

Wawancara Eksklusif Sinar Harian Bersama Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh. part 2

Wawancara Eksklusif Sinar Harian Bersama Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh. part 1

Epic Fail Of The Year - Ah Jib Jahanam (Gangnam) Style

PSY SLAP IN THE FACE: Korean superstar refused to toss 'yee-sang' with Najib, BN

PSY SLAP IN THE FACE: Korean superstar refused to toss 'yee-sang' with Najib, BNKorean superstar Psy handed Malaysia's ruling party a slap in the face when he declined to come onstage to toss the traditional 'yee-sang' with Prime Minister Najib Razak and other top members of his BN coalition at a gig to celebrate the Chinese New year.
In Penang to sing his signature Oppa Gangnam-style, Psy lived up to his fame and his purported RM2mil fee. He had the crowd singing and strutting along with him and his troupe of sharp and incredibly good-looking dancers.
For four minutes, the tens of thousands of Penangites who came to watch him at the Han Chiang school field simply went crazy. They demanded an encore and he gave them what they wanted. More Gangnam!
No politics for Psy!
But sadly for the BN, Psy wisely swerved away from being used to promote Najib's 1Malaysia brand of politics. The Malaysian leader had moments earlier announced to the crowd that Psy had a surprise for them - Oppa BN style.
It was not to be. Najib, wife Rosmah Mansor, son Norashman, former premier Abdullah Badawi, Gerakan chiefs Koh Tsu Koon, Teng Chang Yeow and Tourism minister Ng Yen Yen were among those left red-faced on stage after Psy's aide told the organizers the star would not be joining them for the 'yee-sang' tossing ceremony.
Crest-fallen, the BN team dissembled, returning to their VIP tent. Only Norashman stayed back, joining the main box below the stage and just a few feet away from where the Malaysia Chronicle team was to watch Psy's astonishing performance.

‘Arab Spring’ tetap berlaku jika ada penipuan PRU 13 – Mat Sabu

HKRKUALA LUMPUR 11 Feb: Gelombang ‘Arab Spring’ tetap berlaku di Malaysia jika ada penipuan daftar pemilih dan keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13), kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Beliau diminta mengulas kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang yakin ‘Arab Spring’ boleh berlaku di negara ini sekiranya pihak yang kalah PRU akan datang tidak puas hati dengan keputusannya.
Mat Sabu menegaskan, gelombang itu hanya berlaku jika terbukti penipuan sebelum dan semasa hari pengundian membabitkan daftar pemilih.
“Umno BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diingatkan jangan berkomplot menipu dalam pilihan raya atau menerima kesan kebangkitan rakyat di jalan raya.
“Rakyat sekarang memiliki akses maklumat yang luas dan mereka semakin bijak menilai dan membandingkan maklumat yang dikemukakan baik dari media Pakatan atau Umno BN.
“Tuntutan terbesar seluruh rakyat sekarang ialah sebuah proses pilihan raya yang bersih dan telus,” ujar Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), 12 Januari lalu itu kepada Keadilan Daily.

Kenyataan ‘Arab Spring’ Musa akan takutkan pengundi, kata Pakatan

Semalam Bernama melaporkan Tan Sri Musa Hassan berkata pihak yang kalah dalam pilihan raya akan datang mungkin akan melancarkan “Arab Spring” untuk menjatuhkan kerajaan. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 11 Feb — Dakwaan bahawa kekacauan boleh berlaku selepas Pilihan Raya 2013 boleh menggugat pengundi dari mengundi dengan bebas, kata pemimpin Pakatan Rakyat (PR), yang mahu bekas ketua polis negara itu menghormati proses demokrasi. Semalam Bernama melaporkan Tan Sri Musa Hassan berkata pihak yang kalah dalam pilihan raya akan datang mungkin akan melancarkan “Arab Spring” untuk menjatuhkan kerajaan.
“Sebagai bekas ketua polis negara, beliau harus berhenti membuat spekulasi seperti ini,” kata pemimpin Pemuda Sosialis DAP kepada The Malaysian Insider.
“Ini tidak memberi keyakinan kepada orang ramai untuk mengundi secara bebas dalam pilihan raya akan datang.
“Kenyataan beliau tidak membantu apa-apa. Beliau seharusnya percaya dengan pilihan rakyat.”
Bernama kemudian melaporkan kenyataan Musa bahawa polis seharusnya memulakan pencarian maklumat bagi mengelakkan “Arab Spring”, satu terma yang digunakan merujuk kepada kebangkitan politik  di Asia Barat, dari datang ke negara ini.

Anwar atau bukan Anwar jadi PM tak penting....janji rejim BN tumbang !

Begitulah lazimnya ,,  kemana saja mereka pergi,  pemimpin Umno cuba melaga-lagakan gabungan dalam Pakatan Rakyat  dengan mewar-warkan cerita fitnah,  skrip ciptaan sendiri atau mengutip sumber-sumber di tepi longkang. -  rahimothman

Mahathir kecut perut....Najib...lunak dalam gentar !!

Ini kata-kata Mahathir yang menggambarkan ketakutan beliau seperti yang terdapat dalam entrinya -   www.chedet.cc.    Beliau menggesa kerajaan BN  mengambil serius gesaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan demonstrasi ala "Arab Spring" di Malaysia berikutan kegahirahan Anwar untuk menjadi perdana menteri……                                        “ Anwar akan menganjurkan demonstrasi melibatkan ratusan ribu orang -- sepertimana dilakukannya pada demonstrasi 'Bersih' -- bagi menjatuhkan kerajaan sekiranya beliau kalah dalam pilihan raya umum akan datang”                                Kah, kah,!  kah !!!   Kenapa Mahathir begitu takut?  Dia bukan PM lagi,  dia dah jadi rakyat biasa! Kalau Mahathir tak buat salah besar tentu dia tak takutkan apa-apa. Buat kata pepatah,, takut kerana salah berani kerana benar!  Sekarang baru kita faham,  Mahathir sebenarnya takutkan kerajaan PR,  bukan takutkan  “Arab Spring”

Mantan Ketua Pemuda Umno & 2 lagi pemimpin Sabah masuk KEADILAN

Sabh 1SABAH 11 Feb: Beberapa tokoh pemimpin Umno Sabah termasuk mantan Ketua Pemuda Umno Negeri isytihar sertai KEADILAN di majlis yang dihadiri Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Turut berbuat demikian, mantan Ketua Penerangan Umno Tuaran dan bekas Setiausaha Akhbar Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Hajiji Mohd Noor.
Kemasukan itu sempena lawatan Anwar ke Sabah pada sambutan Tahun Baru Cina.
Pengisytiharan itu dibuat pada Majlis Makan Malam Perayaan Tahun Baru Cina anjuran KEADILAN Sabah di Restoran Putera Ballroom, Kota Kinabalu, malam tadi yang dihadiri lebih 1,500 orang.
Sah 3Selepas itu, Anwar berdialog bersama anak muda dan profesional di Hotel Megah D Aru, Tanjung Aru dalam forum bertajuk Kembalikan Autonomi Sabah.
Panelis lain adalah Pengerusi KEADILAN Sabah, Tamrin Jaini, Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Aziz Bari dan peguam rakyat, Ansari Abdullah.
Terdahulu, pada sebelah petang, Anwar menyampaikan ceramah perdana di Kampung Panginatan, Ranau.
Ketibaan Anwar disambut meriah oleh penduduk dengan laungan ‘Ini kalilah!’.
Tamrin, Datuk Seri Lajim Ukin, Datuk Seri Wilfred Bumburing, Senator Maijol Mahap dan Christina Liew turut berceramah.

Menteri gembira di Kuala Lumpur, rakyat di kampung derita

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita14/alias%20muda.jpgKEMAMAN - Sejak rumahnya dirobohkan oleh penguatkuasa Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) pada 20 Januari lalu, Alias Muda, [Gambar] bersama dua orang anaknya terpaksa meneruskan kehidupan, tinggal di balai raya Kampung Tuan, Chukai, dekat sini.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu, Haji Hanafiah Mat yang menziarahinya kelmarin berkata, Alias dan dua anaknya terpaksa tidur berlantaikan simen dan nasib serta masa depannya masih tidak menentu.

"Sudah masuk 3 minggu Alias dan dua anaknya tidur berlantaikan simen di balairaya Kampung Tuan setelah rumahnya dirobohkan oleh kerajaan Umno-BN, sehingga kini tiada khabar berita daripada Pejabat Daerah Kemaman,

"Wakil rakyat yang diharap untuk menyelesaikan masalah keluarga itu, langsung tidak bertemumuka dengannya, harapkan JKKK yang tinggal berjiran dengannya kini, bagaikan anjing menyalak bukit sahaja,"ujarnya Hanafiah.

Bubar Dun: MB Selangor bincang minggu depan


KUALA SELANGOR - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau akan mengadakan perbincangan minggu depan mengenai tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Beliau berkata ia akan diadakan bersama sekutu dalam Pakatan Rakyat dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkenaan.
"Saya cakap selepas Chap Goh Mei baru kita buat beberapa keputusan (mengenai bubar DUN), jadi lambat lagilah.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim "Saya akan buat beberapa pengumuman minggu depan selepas saya adakan perbincangan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Jubli Intan Masjid Ar Rahman, Kampung Bukit Badong, Bestari Jaya di sini, hari ini.
Pada 30 Jan lepas, Abdul Khalid dilaporkan menyatakan hasrat membubarkan DUN Selangor selepas sambutan Chap Goh Mei bulan ini namun sehari kemudian, beliau menjelaskan pengumuman itu dibuat pihaknya bagi mendesak perdana menteri agar segera mengumumkan tarikh pilihan raya umum ke-13.
Mengenai isu air, Abdul Khalid berkata pihaknya tetap dengan pendirian supaya projek Langat 2 menjadi sebahagian daripada penstrukturan semula industri air di Selangor.
"Keprihatinan kami ialah kita perlu tindak bersama (Langat 2 dan penstrukturan semula air).
"Buat kiraan keseluruhannya supaya rakyat Selangor tahu kos yang terlibat dalam Langat 2 dan siapa yang biayainya serta bagaimana kesannya kepada tarif air di Selangor," kata beliau. - Bernama

Nik Zawawi: Kunci calon Pas bersih


Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh.
MAJLIS Syura Ulama Pas merupakan entiti tertinggi dalam Pas. Sebelum ini, suara mereka bagai tiada kedengaran namun, sejak akhir-akhir ini Majlis Syura Ulama Pas semakin lantang menyuarakan dasar perjuangan parti itu masih sama.

Ini berdasarkan dakwaan mengatakan Pas sudah jauh tersasar daripada landasan perjuangan asal apabila mengambil langkah menjalinkan kerjasama politik bersama PKR dan DAP. Kerjasama tersebut tidak lain untuk membentuk sebuah negara berkebajikan.

Ikuti wawancara wartawan Sinar Harian dan Sinar Harian Online, RUZY ADILA IDRIS dan HASLINA KAMALUDIN bagi mendapatkan kupasan terperinci peranan Majlis Syura Ulama Pas bersama setiausahanya, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh.

Apakah peranan Majlis Syura?
Majlis Syura Ulama ditubuhkan di dalam Pas sebagai satu badan tertinggi di dalam parti. Mengikut penstrukturannya, di bawah Majlis Syura Ulama adalah Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat. Kemudian, ia dibahagikan pula dengan tiga Dewan iaitu Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Muslimat serta Dewan Himpunan Penyokong Pas.

Majlis Syura Ulama berfungsi sebagai memastikan perjalanan parti tidak bercanggah dengan syariat dan syarak ALLAH SWT. Apa juga tindakan politik parti mesti dirujuk dengan Majlis Syura Ulama.

Adakah Majlis Syura berperanan dalam merancang polisi?
Ya. Majlis Syura Ulama juga merancang dari sudut polisinya di mana perjalanan parti mesti mengikut lunas-lunas yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama. Sebagai contoh kami mencadangkan untuk mewujudkan tahaluf siyasi (kerjasama) bersama parti politik lain termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk yang bukan Islam.

UMNO menculik di sana, menculik di sini

Beberapa hari yang lepas saya telah menulis tentang sikap Najib dan sikap biasa BN yang mereka hanya menggunakan strategi melukah di tempat yang sempit dan genting. Mereka menggunakan strategi memulas tangan dan memaksa rakyat memilih UMNO dalam setiap pilihanraya. UMNO selama ini tidak mampu untuk kekal jika manusia di negara ini sedang dalam kesenangan.
Hari ini Najib melakukannya sekali lagi di Pulau Pinang. Kalau di Kelantan isu bekalan air bersih menjadi umpan, di Pulau Pinang pula Najib menggunakan isu kesesakan lalu lintas di negeri itu menjadi umpan mereka pula. Ke sana ke sini Najib berjanji bulan dan bintang asalkan sahaja mereka mendapat undi dan terus memerintah secara rasuah dan tidak berintegriti itu. Masakan rakyat Pulau Pinang mahu memberikan sokongan jika mereka tahu UMNO dan BN akan terus melakukan rasuah dalam pentadbirannya tanpa had dan rakyat hanya di berikan sistem LRT.

PRU13 : SPR ramal pelbagai situasi luar jangka dalam p'raya kali ini.....SPR dah beri petanda awal ...!!!!

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meramalkan pelbagai situasi luar jangka berkemungkinan berlaku pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata keadaan itu adalah disebabkan doktrin ketidakpercayaan yang diterap pelbagai pihak terhadap ketelusan pilihan raya dan SPR selaku badan menguruskannya.

Justeru, beliau berkata tidak hairan jika ada ejen tempat mengundi yang juga wakil kepada calon sanggup untuk sama-sama mengawal peti undi awal dan undi pos.

Bercakap kepada Bernama baru-baru ini, beliau berkata kali ini juga mungkin akan wujud kumpulan penyokong parti politik yang bertanding berada di luar kem tentera ketika proses undi pos dijalankan.

"SPR betul-betul mahu berikan yang terbaik untuk memenuhi pelbagai syor PSC (Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi penambahbaikan proses pilihan raya raya) dan pihak-pihak lain yang sentiasa memainkan isu mempertikai kredibiliti SPR.

Dr M dikritik kerana berpura-pura lupa terlibat dalam Projek IC

KUALA LUMPUR, 11 Feb — Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menuduh Tun Dr Mahathir Mohamad berpura-pura lupa apabila menafikan penglibatannya dalam “Projek IC” yang membawa pendatang tanpa izin di Sabah.
“Saya rasa Dr Mahathir boleh kata beliau tidak bertanggungjawab atas apa yang telah dilakukan.
“Saya rasa dia sudah nyanyuk. Dia hanya ingat perkara baik seperti KLCC,” kata ahli jawatankuasa eksekutif pusat DAP Anthony Loke kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada Menara Berkembar Petronas, projek mega di bawah pentadbiran Dr Mahathir.
Bekas perdana menteri yang berulang kali dituduh mengetuai “Projek IC”, inisiatif yang dijalankan pada 1980an di mana kewarganegaraan Malaysia didakwa ditukar dengan undi kepada Barisan Nasional, dan beliau menafikan perkara demikian dilakukan, sebaliknya berkata ianya mengikut proses undang-undang.
Beliau mendakwa pemberian kewarganegaraan di Malaysia mempunyai tempoh yang tertentu, selain syarat-syarat lain.
“Saya bersetuju kita boleh beri kewarganegaraan kepada mereka yang tinggal di negara ini dalam tempoh tertentu dan layak menjadi warganegara,” kata beliau apabila ditanya wartawan semasa melancarkan buku di Universiti Malaya.
Namun Dr Mahathir berkata sekiranya ini benar, beliau tidak mengawal sepenuhnya apa yang dilaksanakan semasa beliau menjadi perdana menteri.

BN belanja besar untuk Gangnam, penyanyi tempatan dianak tiri

PsyKUALA LUMPUR 11 Feb: Ketika rakyat bersusah payah mencari wang untuk menyara kos sara hidup semakin tinggi, pemimpin Umno BN pula berbelanja sakan membawa masuk artis yang terkenal dengan lagu Oppa Gangnam Style dengan bayaran lebih RM1 juta.
“Bayaran cecah RM2 juta untuk jemput penyanyi Korea Selatan, Psy sangat tidak munasabah sedangkan masih ramai artis tempatan berbakat besar yang boleh diundang.
“Saya yakin belum ada penyanyi tempatan dibayar setinggi itu yang sekaligus meminggirkan bakat-bakat tempatan,” kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa.
BN sebelum ini dikritik hebat kerana membawa masuk Psy, ketika penyanyi tempatan dipinggirkan. Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun tidak mempeduli kritikan itu.
Malah terang-terangan Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dilapor hadir bersama anak mereka, Ashman dan Nooryana Najwa pada jam 10.48 pagi tadi di padang Kolej Han Chiang menyaksikan persembahan Psy.
“Wang tersebut sepatutnya diagih kepada rakyat yang lebih memerlukan,” ujar Fariz ketika dihubungi.
Sementara itu, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, tidak munasabah bayaran tinggi untuk Psy dengan tujuan menarik kehadiran rakyat dan mengambil kesempatan berkempen untuk parti.

Darjat politik rendah Malaysia menjadi-jadi


KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malsyia (Mapim) amat kesal darjat politik di negara ini sudah menurun dari politik serius untuk mengurus kehidupan rakyat menjadi politik menabur wang dan menghidang hiburan kepada rakyat.

Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) berkata, sekarang politik pecutan terakhir yang sedang digerakkan ialah menaburkan lagi wang yang tersisa untuk rakyat dan menghimpunkan rakyat dengan hiburan mega walaupun berbelanja besar untuk membayar artis luar sehingga mencecah RM2 juta.

“Kami mempersoalkan serendah mana lagi parti pemerintah mahu bawa rakyat dan negara ini dalam berpolitik,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Kenyataan beliau seterusnya seperti di bawah.
Kami senaraikan kerendahan berpolitik yang sangat memalukan yang dilakukan oleh peneraju pemerintah negara sepanjang tempoh berkempen untuk PRU13 yang bakal diadakan:

1. Menyebar bahan lucah untuk memfitnah lawan politik

2. Mempertajamkan politik perkauman untuk meraih undi kaum tertentu.

Najib tanya “Are you ready for BN?” tapi rakyat jawab "NO"....

PULAU PINANG: Begitulah nasib BN, walaupun dengan menjemput penyanyi sensasi K-Pop Korea Psy untuk mempersembahkan lagu termashyurnya Oppa-Gangnam Style tapi ia masih tidak cukup untuk menolak kemahuan rakyat untuk menolaknya.

30,000 orang memenuhi kawasan padang Kolej Han Chiang di Pulau Pinang hari ini untuk sambutan Tahun Baru Cina yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib turut ditemani bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, pemimpin BN negeri Teng Chang Yeow, Teng Hock Nan, serta menteri pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen.

Ketika menjemput penyanyi Korea, Najib telah bertanya soalan ini untuk tiga kali berturut-turut:

“Are you ready for Psy?”

Soalan itu dijawab dengan hadirin di bawah panas terik dengan laungan ‘Yes’.

Kemudian Najib bertanya soalan kedua sebanyak tiga kali berturut-turut.

“Are you ready for BN?”

Apa yang berlaku tidak perlu dihuraikan di sini. Mudah dikatakan, apabila rakyat sudah menolak, buruk padahnya.

Saksikan video di bawah untuk jawapannya:

Najib : Are You Ready For BN?? No !!!!

Penonton Psy kata ‘No’ pada Najib Razak

CNy NajibPULAU PINANG 11 Feb: Ternyata tidak semua yang hadir menyaksikan persembahan artis Pop Korea Selatan, Psy di Pulau Pinang hari ini menyokong BN dan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.
Ia dibuktikan menerusi satu rakaman video pendek menunjukkan orang ramai mengatakan ‘tidak’ kepada Najib ketika perdana menteri itu memberi ucapan di majlis tersebut.
Semasa Najib bertanya  ‘Are you ready For Psy? (Adakah anda sedia untuk Psy) ” ia dikuti dengan sorakan ‘yes’ di kalangan penonton.
Namun ketika Najib berkata ‘ Are You ready for BN’ (Adakah anda sedia untuk BN?),  penonton beramai-ramai menjawab ‘no’ dengan kuat.

Ramai di kalangan pengunjung juga dilapor memakai baju berwarna kuning, hijau dan merah- seperti saranan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum ini.

Peminat Psy pakai baju 'BERSIH'...blogger Umno menggelupur


Meskipun kehadirannya ke Pulau Pinang mendapat bantahan dari ribuan peminatnya, Superstar Korea Selatan, Psy akhirnya hadir juga untuk menjayakan program sambutan Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional Pulau Pinang.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan telah tiba ke Pulau Pinang sejak dari semalam lagi bagi menumpang populariti superstar tersebut.

Mengambil kesempatan dari jumlah hadirin yang melebihi 30,000 orang dalam program tersebut Najib telah memberikan ucapan sebelum Psy memulakan persembahan.

Malangnya sambutan yang diterimanya hambar sekali kerana kebanyakkan yang hadir itu bukannya mahu melihat dan mendengar apa yang Najib mahu sampaikan.. tetapi mereka mahu melihat persembahan Psy..

Najib dalam ucapannya menjanjikan akan mempertimbangkan akan menaik taraf Kolej Han Chiang kepada taraf Universiti jika Barisan Nasional diberikan mandat untuk memerintah Pulau Pinang selepas PRU13 nanti.

Mengakhiri ucapannya Najib sekali lagi menjanjikan masa depan yang lebih cerah buat Pulau Pinang jika Barisan Nasional kembali berkuasa... cerah?.. mungkin cerah macam Sabah kot?

Ketua Menteri Pulau Pinang yang sebelum ini dilaporkan akan turut hadir dalam majlis Barisan Nasional ini telah membatalkan kehadirannya itu.

Namun begitu ianya bukanlah sebagai tanda boikot atau protes tetapi beliau ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas bagi menyambut ketibaan DYMM Raja Permaisuri Agong.

Apa yang membuktikan bahawa bukan semua yang hadir dalam majlis anjuran Barisan Nasional itu menyokong Barisan Nasional ialah kehadiran ramai penyokong Pakatan Rakyat yang berbangsa Cina ke majlis tersebut.

Mereka dengan bangganya memakai baju 'T' Bersih dan juga baju 'T' Save Lynas.. yang menyebabkan blogger-blogger UMNO mengelupur bagai cacing kepanasan kerana propaganda yang mereka bakal mainkan kononnya rakyat Pulau Pinang telah kembali menyokong Barisan Nasional digagalkan mereka ini..














Psy terima sambutan di rumah terbuka Tahun Baru Cina Tapi Rakyat Kata Tidak Pada BN

Psy di Pulau Pinang: Anda adalah lebih panas daripada cuaca yang lebih panas daripada yang pernah! Satu Malaysia! — pesanan ringkas dari laman Twitter #Penang pic.twitter.com/QG7kS1mt
GEORGE TOWN, 11 Feb — Penyanyi hangat Korea, Psy, ternyata mengujakan peminatnya dengan kehadiran ribuan penonton membanjiri sambutan Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang di padang sekolah Han Chiang hari ini. Pengunjung bagai dirasuk apabila penyanyi K-pop itu muncul pada 12.15 tengah hari.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan rakan pemimpin BN turut hadir dalam sambutan rumah terbuka tersebut.
Penonton turut menyanyikan lagu hit Psy, “Oppa Gangnam Style”, yang turut menyaksikan kumpulan tarian daripada Korea Selatan.
Selamat Tahun Baharu Cina a la Gangnam. — Gambar K.E. Ooi
“Saya ucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada Asia dan Malaysia,” katanya ketika muncul di atas pentas. Psy turut mengumumkan single terbarunya yang akan menjengah pasaran April depan dan berjanji akan mengadakan persembahan di Malaysia pada masa akan datang.
Turut hadir dalam sambutan itu adalah isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, menteri di jabatan perdana menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, dan Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow.
Pengunjung telah membanjiri lokasi sambutan tersebut seawal jam 8.30 pagi.

Pengunjung rumah terbuka sedia untuk Psy tapi "Tidak untuk BN"



 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin akan kecewa sekiranya mendengar perbualan para pengunjung yang memenuhi kawasan belakang padang Kolej Han Chiang semasa sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina BN Pulau Pinang hari ini.
Dalam ucapannya di majlis itu, Najib antara lainnya bertanya para pengunjung sama ada mereka bersedia untuk menyaksikan persembahan rap Korea Gangnam Psy.

NONENajib mengulangi soalan itu sebanyak empat kali dan para hadirin berkenaan menyahut "Ya" dengan bersemangat.

Sebahagian daripada mereka bagaimanapun menunjukkan reaksi berbeza apabila ditanya sama ada bersedia untuk "BN".

Kumpulan orang ramai di kawasan belakang padang tersebut menyahut "Tidak" dan tertawa.

They also laughed when Najib menyebut nama kolej Han Chiang dengan nama "Han Niang", apabila mengumumkan untuk menaiktaraf kolej tersebut kepada universiti kolej.

Hadirin berkenaan turut ketawa apabila pengerusi majlis menjemput isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor untuk menyanyi lagu sambutan Tahun Baru Cina.

Rosmah ditemani beberapa pemimpin BN termasuk Menteri Pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen di atas pentas.

Najib : Are U Ready for Psy? Yes! Are U Ready for BN? Noooo!

Najib: Are U Ready for Psy? Yes! Are U Ready for BN? Noooo!


ha..ha..ha..ha...
 

Are You Ready For PSY? Are You Ready For BN? - Najib Razak

Psy makes it short, sweet and sweaty..ha..ha.ha..Najib

Epic Fail Of The Year: The "Exciting" Show

30 ribu hadir ke persembahan Psy di P Pinang...



 
Seramai kira-kira 30,000 orang memenuhi kawasan padang Kolej Han Chiang di Pulau Pinang hari ini untuk menyaksikan persembahan lagu 'Oppa Gangnam Style' oleh penyanyi pop Korea Selatan Psy.
NONEPersembahan itu dianjurkan sempena majlis sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina BN Pulau Pinang yang turut dihadiri perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor yang hadir bersama anak mereka Ashman dan Nooryana Najwa, tiba pada jam 10.48 pagi dan disambut dengan persembahan tarian singan dan perarakan chingay.

NONENajib turut ditemani bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, pemimpin BN negeri Teng Chang Yeow, Teng Hock Nan, serta menteri pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen.

Ramai di kalangan pengunjung memakai baju berwarna kuning, hijau dan merah. Anggota Umno juga dilihat memakai warna merah seperti warna parti mereka.

Selain itu, ada di kalangan pengunjung yang memakai baju perhimpunan BERSIH.

Seorang daripadanya, Alex Tan, 27 dari Klang berkata beliau hadir untuk menyaksikan persembahan Psy dan untuk menyokong Pakatan Rakyat.

DAP, PR bukan cemburu, tapi Najib tertipu, mudah percaya desas-desus

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, tidak ada sebab bagi Pakatan Rakyat (PR) mahu ‘cemburu’ dengan kejayaan Barisan Nasional (BN) menjemput bintang Gangnam Style Korea, PSY kerana PR tidak mempunyai wang berjuta ringgit untuk ditabur seperti dilakukan UMNO/BN.
Beliau berkata, PR bukan cemburu sebaliknya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang tertipu dan mudah percaya dengan desas-desus bahawa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng akan menjemput PSY ke majlis yang akan diadakan PR.
“Perdana Menteri tidak sepatutnya menyangka semua rakyat Malaysia begitu mudah tertipu dan percaya hingga sanggup menabur berjuta ringgit seperti dilakukan UMNO/BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang akhirnya akan dibayar oleh pembayar cukai
“Tiada siapa patut “cemburu” dengan dakwaan “rampasan kuasa” terhadap PSY dan Gangnam Style, malah, negara sepatutnya berterima kasih kepada Najib dan PSY, kerana rakyat Malaysia sudah mula bertanya mengapa Malaysia gagal memenuhi potensi kita menjadi peneraju negara global dalam semua bidang usaha selama 56 tahun selepas Merdeka,” katanya dalam kenyataan media Pengiraan Detik 61 Hari ke PRU-13, semalam.

UMNO Boleh Sekat Mazlan Tapi Tak Boleh Sekat 40 Peneroka FELDA Sertai PKR

Kecewa dengan penipuan Felda, kumpulan itu menganggotai KEADILAN dalam majlis penubuhan Ranting Felda Triang 1, dekat sini, malam tadi sempena kemasukan mereka.

Borang keahlian diserah kepada Hj Abas (baju petak).

Borang keahlian diserahkan kepada Ketua Cabang Bera, Abas Awang.

Hadir sama, Timbalan Ketua Cabang, Bob Manolan.

Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said berkata, peneroka terbabit yang juga ahli Umno kecewa ditipu janji manis Felda berhubung FGVH.

“Banyak perkara peneroka tak setuju, antaranya FGVH.

Sebelum ini Felda menjanjikan kekayaaan dan kesenangan kepada peneroka tetapi apa yang mereka dapat hanya bebanan hutang,” katanya ketika dihubungi.

Majlis meriah, PSY akan ‘bergangnam’ dengan PM dan Rosmah

GEORGE TOWN – Persiapan pentas dan khemah bagi sambutan Majlis Rumah Terbuka 1Malaysia anjuran Barisan Nasional (BN) negeri di Kolej Han Chiang di Jalan Lim Lean Teng di sini hari ini yang akan dimeriahkan dengan persembahan artis rap Korea Selatan, Psy siap sepenuhnya.
Pentas utama setinggi 15 meter dengan keluasan 61 meter persegi sama seperti saiz sebuah pentas bagi konsert hiburan siap dibina semalam oleh pihak pengurusan acaranya, Mega Ultimate Sdn. Bhd.
Pengerusi Jawatankuasa sambutan, Oh Tong Keong berkata, seramai 60 petugas bekerja keras membuat persiapan pentas dan khemah sejak Khamis lalu.
Katanya, sebanyak 60 pembesar suara diletakkan di sekeliling padang, selain 20 lampu limpah dan 50 lampu diod pemancar cahaya (LED) bagi memastikan sistem pencahayaan di pentas memberikan suasana bertenaga semasa konsert.
“Penganjur juga menyediakan satu kawasan terbuka di hadapan pentas untuk orang ramai menonton dan menari bersama Psy. Kawasan itu boleh memuatkan kira-kira 3,000 orang secara berdiri,” ujarnya.
Psy dijemput ke majlis tersebut yang bakal dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.  – kosmo

Tuan Guru Nik Aziz tunai umrah

Orang ramai mengucapkan selamat jalan kepada Tuan Guru di Lapangan Terang Sultan Ismail Petra, malam tadi.

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertolak ke tanah suci Makkah hari ini untuk menunaikan umrah.

Turut mengiringi ialah isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, Setiausaha Sulit Khas, Che Rosdi Abdullah, anaknya Nik Omar serta lain-lain seramai 10 orang lagi.

Beliau berlepas ke Kuala Lumpur jam 7.55 malam tadi.

Tuan Guru yang disambut oleh orang ramai di Lapangan Terang Sultan Ismail Petra, tersenyum ceria sebaik tiba dari rumahnya.

Che Rosdi memberitahu rombongan mereka dijangka pulang ke tanah air pada 19 Febuari ini.

“Semoga kami selamat menunaikan ibadat umrah dan selamat pulang,” ujarnya ketika ditemui.

PRU13 : Kenyataan Dr M tidak rasional

Angkatan WargaAMAN Malaysia (WargaAMAN) berpendapat Tun Dr Mahathir Mohamad sudah nyanyuk dan tidak mampu lagi berfikir secara waras dan berlapang dada, dengan tiba-tiba kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau terhadap Datuk Ambiga Sreenevasan tidak rasional sama sekali, berhubung supaya dipinda Perlembagaan untuk memberi kuasa kepada kerajaan melucutkan kerakyatan Ambiga.
WargaAMAN berasa terkilan dengan sikap biadap dan angkuh Dr Mahathir semakin hari semakin tidak berpedoman serta tidak selari dengan pemikiran seorang manusia yang bertamadun kehendak pada zaman dan masa ini. Beliau sering membawa kebencian dan kekacauan serta tidak lagi menampakkan ciri-ciri murni seorang pemimpin yang disanjungi di suatu ketika dahulu semasa beliau meraju sebuah negara demokrasi yang beliau pernah pimpin.
Sebenarnya Presiden Perkasa Ibrahim Ali sepatutnya dilucutkan kerakyatannya terlebih dahulu kerana beliau sering membuat kenyataan yang berunsur hasutan dan perkauman yang mengancam keharmonian, perpaduan kaum di Malaysia serta keselamatan negara. Baru-baru ini mencetuskan kontroversi dengan kenyataan agak mengejutkan menyuruh bakar Bible. Bukahkah panggilan membakar Bible itu satu perbuatan hasutan/sedition yang boleh mewujudkan satu bentuk bahaya besar serta menggugat perpaduan kaum.

PRU13 : Wang penipuan Amalilio mungkin diguna Umno Sabah untuk PRU

SivarKUALA LUMPUR 11 Feb: Sebahagian wang hasil penipuan berjumlah hampir RM1 bilion oleh Manuel Karingal Amalilio yang dikaitkan sebagai anak saudara kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman kemungkinan disalur kepada Umno Sabah untuk kempen Pilihan Raya Umum (PRU).
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, R Sivarasa berkata, kemungkinan itu berdasarkan pertalian antara Amalilio dan Musa.
“Kita mendapat pengesahan dari pihak berkuasa Filipina yang menyatakan wang tersebut dibawa masuk ke Sabah.
“Saya mengesyaki kemungkinan sebahagian wang tersebut nanti akan diguna pimpinan Sabah untuk tujuan PRU kerana hubung kait beliau dengan Musa Aman,” katanya kepada Keadilan Daily.
Beliau turut menempelak tindakan pihak berkuasa yang cuba untuk menutup kes ini.
“Polis sepatutnya memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa Filipina kerana kes ini adalah kes berprofil tinggi melibatkan jutaan ringgit. Tapi sebaliknya terjadi, polis menghalang penghantaran pulang beliau dan mensabitkan beliau dengan kesalahan lain.

PRU13 : Mahahtir dan Najib berganding bahu

"Apabila perasaan takut menghantui  diri Tun Mahathir bekas perdana menteri dan Datuk Seri Mohd Najib Razak perdana menteri satu Malaysia macam macam dicakapkan.

Maklum sahaja orang ada penyakit.

Dua tiga hari ini, Tun Mahathir cakap Anwar akan buat macam Arab spring  di Malaysia jika kalah untuk jatuhkan kerajaan pilihan rakyat.

Manakala Najib pula meminta Anwar jangan buat huru hara macam huru hara di Mesir dan terimalah keputusan kekalahan PRU 13.


Cakap Tun Mahathir dan Najib selari iaitu tidak lain dan tidak bukan untuk menakut nakutkan rakyat jelata dengan harapan jangan undi pakatan rakyat.
Yang peliknya, mengapa mereka tidak percaya dengan usaha membeli undi rakyat jelata yang telah, dilakukan itu.

Bentuk Generasi AnakDidik BN/UMO...

Inilah generasi yang telah, sedang dan akan dibentuk oleh Kerajaan BN Malaysia...

KLANG: Pada hari cuti umum Tahun Baru Cina, kelihatan beberapa remaja berpakaian gaya seperti 'Punk' melepak dan membuang masa di hadapan Stesen Komuter Klang. Aktiviti ini boleh mendatangkan pandangan negatif kepada orang ramai dan pelancong jika tidak dibendung.

Psycho Tu Psycholah Juga........

Oklah tu... Najib pun dah pesan yang semua pihak perlu menerima kekalahan sekiranya ditaqdirkan kalah

Cuma Pembangkang perlu ingat yang mereka berkuasa dan boleh manipulasi segala sumber dan elimen yang ada dari media sehinggalah undang-undang
Bila terdesak mereka akan gunakan apa saja yang menguntungkan mereka

Sabo dan perang saraf adalah sebahagian dari permainan politik Malaysia
Yang penting pihak pembangkang jangan terpancing dan terjebak ke dalam jerat mereka

Sekarang pun mereka sedang menggunakan sebahagian darinya....terutama media,
sabotaj, provokasi dan ugut

Kalau Pembangkang terikut rentak mereka dan tidak menanganinya dengan bijaksana....maka jahanamlah harapan rakyat!

PRU13 : Artis Hardcore Umno..Tibai Umno Pasal PSY..

Tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan yang memanggil artis Korea, Psy, untuk mengadakan persembahan sempena sambutan Tahun baru Cina di Pulau Pinang, Presiden Seniman, Zed Zaidi, terus mempersoalkan perkara itu.

Katanya, bayaran RM2 Juta untuk penyanyi itu langsung tidak masuk akal dan 'buang duit' semata-mata.

"Dengan nilai sebanyak itu, kita mampu memanggil lebih daripada 10 artis tempatan. Bagaimana artis nak sokong kerajaan sedangkan mereka tidak memberikan keistimewaan itu?

"Artis luar senang mendapat imbuhan di negara kita sedangkan artis kita sukar mendapatkan keistimewaan itu di luar negara. Malah, ada di antaranya hanya ditabur janji manis, namun hanya indah khabar dari rupa.

"Saya pernah menyuarakan Skim Insurans Seniman, namun sehingga kini masih belum dilaksanakan. Begitu juga dengan Bajet 2013 yang diumumkan baru-baru ini. Mana bajet RM6 Juta yang dijanjikan?," soal Zed.

Tambah Zed lagi, Seniman turut menghadapi kesukaran mendapatkan dana daripada kementerian dalam usaha membantu golongan artis yang memerlukan.


Jurey Latiff: Mana peranan kementerian?

PRU13 : Umno songlap peruntukan wang luar jangka untuk BR1M 2.0

Azan 1KUALA LUMPUR 11 Feb: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mendedahkan, kerajaan Umno diterajui Datuk Seri Najib Razak menggunakan RM2 bilion peruntukan wang luar jangka untuk  pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0.
“BR1M 2.0 berjumlah lebih RM4 bilion. Kira-kira RM1 bilion melebihi BR1M 1.0. Untuk tujuan itu kerajaan akan gunakan sehabis-habisnya RM2 bilion peruntukan wang luar jangka,” katanya kepada Keadilan Daily.
Menurut Azan, dengan menggunakan peruntukan tersebut, kerajaan tidak perlu menjelaskan wang itu dibelanjakan untuk apa.
“Sebab itu Najib kata tak gunakan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), Socso dan Tabung Haji, kerana mereka gunakan peruntukan tersebut (wang luar jangka). Mereka guna habis-habisan dengan andaian jika kalah dalam pilihan raya, mereka tak perlu bertanggungjawab,” jelasnya.
“BR1M 2.0 juga peluang Umno sekali lagi untuk ‘songlap’ wang negara tanpa beri angka tepat. Sekadar sebut secara rambang kononnya RM3 bilion dibelanjakan ke atas 4.5 juta rakyat, sedangkan hanya separuh yang dapat. Ini kerana mereka letak syarat penyokong pembangkang tidak layak dapat bantuan, dan mengikut kajian pada 2008, lebih 45 peratus rakyat menyokong Pakatan,” katanya.

PRU13 : Penyokong PR sokong tanpa kira bangsa


Lim Guan Eng GEORGETOWN - Penyokong Pakatan Rakyat (PR) akan memberikan sokongan penuh kepada semua calonnya yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 tanpa mengambil kira sentimen perkauman.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, sokongan masyarakat berbangsa Cina atau bangsa lain adalah berdasarkan kewibawaan calon dalam usaha membela nasib rakyat, bukan membabitkan isu calon Melayu atau bukan Melayu.

“Saya yakin penyokong PR dan pengundi amnya akan memilih calon yang mana boleh menjamin kebebasan, keadilan, kebenaran dan demokrasi dalam negara tanpa memilih kaum demi kepentingan nasional.

Spitting on the grave of a ‘great man’

Building a civil society is less about monumental buildings, grandiose projects, stealing from the poor in the name of governance.

By Howl Pillay

We were brought up not to speak ill of the dead. At home and in school, we were taught that we must have the courage to say our peace; not excoriate the dead long after they are gone. It is a sign of cowardice.
Restraint and respect for the departed is a sign of civilised behaviour. At times we fail the test. Our conscience pricks us and it hurts but we learn. The next time around we desist from such behaviour. We then are on the road towards building a civil society.
Surely building a civil society is not about monumental buildings or grand projects. Or of grabbing the wealth of the rich and stealing from the poor in the name of governance.
Building a civil society is about a scrupulous adherence to the rule of law. It is about men and women behaving in a civil manner in the simple things they do everyday in their everyday lives.
It is about politeness; about grace; about fairness. We hold our tongue and our horses, especially when we hold the reigns of great political power.
Truly great men are humbled by that experience. They are transformed by it. And after retirement they retreat to within themselves to better understand themselves and the people they governed; to acknowledge their mistakes and their weaknesses.
The exemplariness of their lives carry a message for future generations; a message that acts as a light and a lamp to guide us in our journey to the better place we seek.
These, readers, are the Lincolns, the Rizals, the Ho Chi-minhs, the Tunku Abdul Rahmans, the Kartinis, the Gandhis, the Mandelas of history.
Lincoln’s emancipation speech will serve as an inspiration for as long as there are enslaved people. Rizal’s incredibly courageous farewell message to his people – Mi Ultimo Adios – written on the night before facing a Spanish firing squad and smuggled out in an old lamp is the proud patrimony of every Filipino.
And Ho Chi-minh’s words, deeds and steely courage inspired the Vietnamese to defeat two Western powers and unite a country after thirty years of war and sacrifice and yet he died as poor as a Vietnamese church mouse.
And Kartini’s educational endeavours on behalf of girls and women in her country is still honoured and her birthday is celebrated by two hundred and fifty million Indonesians as Kartini Day and school children solemnly pledge to continue her legacy every year.
Pissing and puking on graves

Dr M brewing recipe for disaster

If there is anyone who is gearing up for an 'Arab Spring', it is none other than Mahathir himself, going by his anti-Malaysian rants and racist nature.

He may have ruled the country for 22 years before reluctantly calling it quits but Dr Mahathir Mohamad, who holds the record as the country’s longest serving prime minister, has no intention whatsoever of doing his bit to promote peace and harmony on Malaysian soil.
Instead, Mahathir is doing the reverse; he is accusing arch enemy Anwar Ibrahim of plotting an ‘Arab Spring’ to overthrow the Barisan Nasional government.
And the former premier regrets that regressive laws like the Internal Security Act and the Emergency Ordinance are no longer in use.
Mahathir is also supportive of the move by Malay-rights group Perkasa to burn bibles with the word Allah saying it was natural to torch banned books and that Perkasa president Ibrahim Ali  was merely expressing his opinion.
No wonder why Ibrahim has the audacity to continuously humiliate and threaten the non-Malays, for he has the ‘blessings’ of his patron Mahathir in all that he does.
When electoral reform activist Bersih took to the streets on July 9, 2011, Mahathir condemned the move saying it was politically motivated and aimed at repeating the 2008 election tsunami and tarnishing the BN government’s name and police.
If there is anyone who is gearing up for an ‘Arab Spring’, it is none other than Mahathir himself, going by his anti-Malaysian rants and racist nature.
Save Malaysia before its’s too late

Politik ugut, adudomba Utusan adalah senjata lama ?

Kenapa Utusan dan Pencacai Umno sekarang mahu dan nampak ambil berat dan ingin tahu sangat apa-apa sahaja yang Majlis Syura PAS bincang. Kenapa masa sekarang Utrusan sibuk mempronosikan apa sahaja yang Majlis Syura PAS bincang.

Kenapa , persoalan siapa PM yang Majlis Syura bincang yang diketengahkan sangat ? kenapa ?, kenapa ?, kenapa ?

Mengapa dan kenapa hebat sangat Majlis Syura PAS kepada Umno ? Sejak bila semua maklumat majlis Syura PAS bincang bocor ke tangan Utusan dan Umno ?

Kenapa Umno sayang sangat dengan PAS, dan masa muktahir ini terlalu ambil berat ? Dan banyak lagi persoalan-persoalan yang perlu dilontarkan kepada rakyat agar mereka sedar tahu dan membaca 'cara permainan politik' dan 'kerja-kerja politik' jika ingin mahu mengetahui perjalanan politik kepartian di negara ini.

Persaingan PAS Umno adalah , persaingan dua kelompok bagi menambat hati para pengundi Melayu yang memberi cerminan perjalanan politik negara. Justeru pertembungan PAS Umno sejak dulu dan kini menjadi bacaan menarik

Krisis IPT : Rakyat Malaysia Berdepan Cabaran Sukar Untuk Dapat Akses Belajar di Pengajian Tinggi? (PART II)

Krisis IPTA Malaysia Krisis IPT : Rakyat Malaysia Berdepan Cabaran Sukar Untuk Dapat Akses Belajar di Pengajian Tinggi? (PART II)
Laporan berita kali ini adalah sambungan daripada bahagian I (DI SINI) yang menyentuh isu pendidikan tinggi di Malaysia. Nah…jikalau sebelum ini tanggungjawab pendidikan tinggi negara terletak di bahu pihak kerajaan. Dan sekarang ini kerajaan telah mengalihkan sedikit demi sedikit tanggungjawab tersebut kepada pihak swasta.
Jikalau sekitar tempoh antara tahun 1981 – 1995, akses rakyat Malaysia ke pusat pengajian tinggi di Malaysia berada pada angka kepada 3.7%, tetapi berlakunya perubahan yang agak besar pada tahun 2001 hingga 2010 iaitu melonjak kepada 30%. Dan seterusnya telah mengubah daripada “Elite” kepada “Mass”. Pendidikan telah didemokrasikan tetapi polisi lainnya masih lagi tidak berubah. Polisi masih lagi “Mass + Racialised Policy + Market Driven Policy
Universiti IPTS di Malaysia Krisis IPT : Rakyat Malaysia Berdepan Cabaran Sukar Untuk Dapat Akses Belajar di Pengajian Tinggi? (PART II)
Jikalau dahulu kita hanya ada sekadar akses kepada pendidikan tinggi awam, tetapi ditambah satu lagi yang mana sudah ada akses kepada pendidikan tinggi swasta seperti yang ada sekarang ini. Di mana swasta telah berjaya membekalkan separuh daripada itu. Jikalau ada yang mengatakan pelajar harus berterima kasih kepada PTPTN kerana mampu membantu mereka menyambung pelajaran tanpa dibebani hutang yang tinggi. Tidak juga sebenarnya.
Sebenarnya PTPTN juga banyak juga membantu syarikat korporat yang terlibat dalam menyediakan kemudahan pendidikan tinggi negara kepada rakyat sehingga berjaya membuka ruang dan peluang baru menjadikan pendidikan tinggi negara untuk diniagakan. Anda boleh semak semula (Sejarah PTPTN tahun 1997 DI SINI)
Dan anda boleh lihat sendiri perbezaan ketara antara IPTA dengan IPTS

Beza IPTA VS IPTS?