Ahad, 10 Februari 2013

Datin Seri Rosmah Mansor peminat agong Oppa Gang Nam Style

K-Pop akan mengadakan persembahan di Malaysia sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Pulau Pinang esok. PSY, bintang yang menyerlah dengan fenomena Oppa Gang Nam Style, dikhabarkan telah dijemput atas tiket Barisan Nasional kerna desakan kuat dari Datin Seri Rosmah Mansor yang menjadi peminat agong artis Korea itu.
Kerajaan telah membelanjakan jutaan RM wang rakyat semata-mata untuk memenuhi nafsu Semah Mansor.

Rebet Tol: Rakyat untung dua tiga ringgit, kroni untung dua tiga juta ringgit

Zainulfaqar
KERAJAAN Pusat baru mengumumkan diskaun dan rebat tol sebanyak lima hingga 37.5 peratus untuk kenderaan di 24 lebuh raya, termasuk Lebuh raya Utara Selatan sempena Tahun Baru Cina pada 10 dan 11 Februari depan.
 
Rebat memang menguntungkan pengguna lebuh raya berwajib, tetapi, syarikat konsesi tol sebenarnya lebih untung.
 
Ini kerana, kerajaan pusat akan menggunakan duit rakyat untuk membayar diskaun tol kepada syarikat kroni kelak.
 
Sepatutnya pengguna Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) umpamanya bukan mendapat rebat, tapi, guna lebuh raya itu secara percuma.
 
Sehingga 31 Disember 2010, syarikat konsesi lebuh raya itu telah untung RM18,321 juta.
 

PULAK DAH : Anwar hanya diguna untuk kepentingan PR...Dulu Anwar Guna PR..Kini PR Guna Anwar...!!!!


Noh Omar
Noh (kiri) berucap sempena Program Pelancaran Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) Parlimen Tanjong Karang di Padang Astaka Tanjong Karang di sini, hari ini.
 
TANJONG KARANG - Keputusan Majlis Syura Pas yang didakwa menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyandang jawatan perdana menteri jelas membuktikan Pakatan Rakyat (PR) hanya menggunakan Ketua Pembangkang itu untuk kepentingan parti.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, penolakan itu jelas memperlihatkan Anwar sebagai alat untuk meraih undi rakyat kerana gelombang populariti yang dibawa Ketua Umum PKR itu pada pilihan raya lalu.

Menurutnya, pastinya Anwar dijanjikan dengan ganjaran manis untuk terus membawa PR lebih jauh sedangkan Pas dan DAP jelas menolak Ketua Pembangkang itu untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya mereka menang dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13).

"Majlis Syura Ulama Pas sendiri dikhabarkan menolak sekiranya Anwar dilantik menjadi pemimpin nombor satu negara dan ahli bersepakat untuk terus memilih Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri.

Changes in political alliances expected post-Election 2013, ST reports

KUALA LUMPUR, Feb 10 — Major shifts in political alliances here may occur after Election 2013, which is still expected to be a toss-up between the ruling Barisan Nasional (BN) and Pakatan Rakyat (PR), Singapore’s The Straits Times reported today.
The paper noted that much of BN’s hopes to keep federal power now depends heavily on the polls outcome in Sabah and Sarawak, both states still long-considered the ruling party’s stronghold.
File photo of people lining up to cast their ballots in the Sarawak state election in 2011. Observers believe the coming general election will be too close to call.
“Whatever the outcome on Polling Day, the story will not end here. If the PR wins more seats than the BN in Peninsular Malaysia, it is likely to woo BN component parties in Sabah and Sarawak to defect to it,” the English daily reported. “Bad losses for either coalition could worsen inherent faultlines in both and they could fall apart as easily as they were stitched together,” it added.
Attention after the polls would also then be centred on who would helm the country’s administration next, whether it would be PR’s Datuk Seri Anwar Ibrahim or BN chairman and Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, depending on the polls outcome.
“If Mr Najib fails to lead BN to a significantly better showing than his predecessor — and that means winning more than 140 seats and regaining at least one of the lost states — he will certainly be in danger of losing his job,” the paper wrote.
It predicted an uprising from beneath Umno and the BN pact against the first-term Prime Minister Najib, who will be, for the first time in his political career, leading the ruling coalition into a polls contest that observers believe would be too close to call.
“Umno will not hesitate to turn against him, and Malaysia could see a repeat of 2008 where a new prime minister takes over,” the paper said.

Nik Aziz: Mengarut Majlis Syura tolak Anwar jadi PM

Majlis Syura Ulama PAS hari ini menafikan ada membuat perbincangan bagi menolak Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat  menang plihan raya umum ke-13 ini.
  
Pengerusinya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan dakwaan tersebut sebagai satu fitnah yang cuba dilemparkan terhadap PAS bagi melaga-lagakan parti tersebut dengan rakan sekutunya dalam Pakatan.
"(Dakwaan ini) mengarutlah. Saya pengerusi Majlis Syura. Tak ada apa yang dibincangkan," katanya yang juga Mursyidul Am Pas sewaktu ditemui selepas mengunjungi rumah terbuka sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Taman Limau Manis di Kota Bharu hari ini.
  
Beliau mengulas laporan sebuah akhbar hari ini yang mendakwa soal siapa bakal menjadi perdana menteri kembali menjadi tumpuan apabila tercetus khabar angin bahawa Majlis Syura menolak Anwar menduduki jawatan tersebut.
  
Laporan akhbar tersebut yang memetik sumber dalaman PAS, turut mendakwa walaupun kesahihan mengenai pendirian  majlis itu belum dipastikan, namun ia didakwa  dibuat dalam satu perbincangan tertutup melibatkan beberapa anggota majlis tersebut.

POLITIK HARAM JADAH : Papan kempen calon PAS Merlimau pula disabotaj



KUALA LUMPUR: Malaysia sedang meraikan Tahun Baru Cina tetapi di Merlimau, Melaka pagi ini dikejutkan dengan papan kempen calon PAS Merlimau, Yuhaizad Abdullah telah ditumbangkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Menurut blog Kelab Greenboc, papan iklan itu terletak di atas tanah persendirian di Kampung Kilang Berapi, Merlimau dan hanya memaparkan Tawaran Pakatan Rakyat dan tiada unsur provokasi kepada mana-mana pihak.

Namun, parti politik tertentu ini merasa terancam sehingga tergamak mengupah samseng untuk membuat kacau dengan menumbangkan papan kempen terbabit.

Tarik kerakyatan ‘bercanggah dengan Perlembagaan’, kata peguam

KUALA LUMPUR, 10 Feb — Kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya kerajaan Barisan Nasional (BN) diberikan mandat dua pertiga majoriti Parlimen bagi menarik kerakyatan rakyat Malaysia adalah bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan, kata peguam. Pakar-pakar perundangan yang dihubungi The Malaysian Insider turut mengingatkan Dr Mahathir bahawa kerakyatan adalah perkara pokok bagi hak asasi manusia buat rakyat negara ini.
Jelas mereka, hak itu tidak seharusnya ditarik demi menjaga Perlembagaan Persekutuan.
"Cadangan Dr Mahathir itu akan meruntuhkan semangat dan struktur Perlembagaan," kata Pakar Perlembagaan Syahredzan Johan kepada The Malaysian Insider.
Jelas Syahredzan, terdapat beberapa peruntukan dalam dokumen yang membentuk "struktur utama" Perlembagaan yang tidak boleh dipinda, dan jika dipinda, pindaan itu sendiri melanggar semangat Perlembagaan.
"Apa peruntukan itu, tidak dijelaskan. Namun secara amnya, peruntukan itu memberikan hak kepada individu untuk kerakyatannya tidak ditarik," kata peguam itu, dan menambah kerakyatan itu adalah salah satu daripada hak tersebut.
Walaupun ianya boleh dipinda, Syahredzan menegaskan struktur Perlembagaan telah menetapkan untuk memastikan ianya tidak diganggu.

Malaysia 007 : ANWAR "AGEN PERUBAHAN"

Buta-buta rakyat ditipu oleh Dato Seri Najib

Laporan Media Satu Fitnah | TGNA

Najib Umum Tipu - Chegu Bard

Bekas IGP: 'Arab Spring' boleh berlaku jika pihak kalah tak puashati

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yakin 'Arab Spring' boleh berlaku di negara ini sekiranya pihak yang kalah pilihan raya umum akan datang tidak puas hati dengan keputusannya.

"Saya yakin pihak yang kalah akan menggunakan penyokong-penyokong mereka membuat huru-hara dan rusuhan bagi menjatuhkan kerajaan sebagaimana berlaku di Asia Barat.
  
"Pihak-pihak yang bertanding sewajarnya mengawal diri dan bersikap rasional dari sekarang," katanya semasa menjawab soalan hadirin pada taklimat khas kepada anggota Komuniti 1Malaysia di Kompleks Penyiaran Kedah hari ini.
  
Menurut Musa pihak polis sewajarnya bertindak lebih awal mengumpul maklumat bagi menghalang sebarang kejadian buruk berlaku.

Selepas kenyataan Dr M, Deepak terbitkan buku lagi

KUALA LUMPUR, 10 Feb — Kenyataan negatif yang dikeluarkan Tun Dr Mahathir Mohamad semalam terhadap usahawan karpet Deepak Jaikishan telah menyebabkan Deepak menerbitkan buku keduanya selepas "The Black Rose 2.0: Black Magic Women." Dalam kenyataan SMS hari ini, usahawan kontroversi itu menegaskan, buku keduanya dengan 47 muka surat selepas "The Black Rose" itu berkata akan menunjukkan bukti beserta gambar seorang isteri kepada pemimpin ternama negara ini yang menggunakan khidmat bomoh yang didakwanya berlaku di Kelantan.
"Saya akan lancarkan buku kedua berjudul The Black. Rose 2.0: Black Magic Women, yang mana akan menampilkan gambar, nama, alamat, dan pembayaran dibuat pemimpin itu termasuk ritual terhadap seteru politik mereka menggunakan bomoh di Kelantan," kata Deepak (gambar) melalui pesanan ringkas tersebut.
Dr Mahathir semalam menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya mengabaikan dakwaan-sakwaan Deepak, walaupun usahawan karpet itu berkata akan terus melakukan pendedahan.
Ahli perniagaan itu telah berulang kali mengeluarkan dakwaan terhadap Najib dan pemimpin Umno, malah berjanji akan mendedahkan lebih banyak skandal yang melibatkan ahli politik termasuk keluarga perdana menteri.
"Saya rasa beliau tidak perlu lakukan apa-apa," kata Dr Mahathir.
Beliau yang berkhidmat selama 22 tahun itu menegaskan, Najib seharusnya menjangkakan pelbagai tuduhan akan dilemparkan kepadanya, sama seperti apa yang berlaku ketika beliau menjadi perdana menteri.
"Bila saya jadi perdana menteri mereka pun tuduh saya korup ... Saya tidak perlu layan."

PRU13 : DAP mahu sokongan semua kaum


Loke: DAP mahu sokongan semua kaum SEJAK ditubuhkan 18 Mac 1966, DAP tidak pernah sepi dari dihimpit pelbagai kontroversi dan tohmahan termasuk dituduh sebagai sebuah parti cauvanis Cina. Mengakui meraih sokongan orang Melayu merupakan salah satu cabaran paling getir parti itu, namun DAP tetap komited untuk capai matlamat untuk menang besar pada pilihan raya akan datang melalui kerjasama dengan rakan dalam Pakatan Rakyat iaitu Pas dan PKR.

Dalam menghampiri Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Setiausaha Pengelola DAP, Anthony Loke tampil menjelaskan isu tersebut dan beberapa kontroversi berkaitan dalam satu wawancara eksklusif bersama bersama Sinar Harian Online, baru-baru ini.

Ikuti temu bual Sinar Harian Online bersama Loke yang sebelum pemilihan Disember lalu merupakan Ketua Pemuda Sosialis DAP.


SINAR HARIAN ONLINE: Sebaik pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP melabuh tirai pada 15 Disember lalu, YB tampil mengumumkan tidak akan bertanding di kerusi Dun Lobak pada PRU13 nanti. Sebaliknya akan bertanding di kawasan lain. Adakah itu petanda YB akan fokus pada kerusi Parlimen dan langkah awal untuk menjadi ‘menteri’?
LOKE : Adalah kurang tepat saya tidak akan bertanding di kerusi Dun Lobak selepas CEC. Sebenarnya pengumuman itu saya buat sejak awal tahun lepas pada bulan Februari 2012.

Sebabnya mudah sahaja iaitu dalam kerangka Pakatan Rakyat (PR), objektif kita dalam PRU13 ialah untuk mencapai kemenagan di peringkat negeri seterusnya dapat membentuk kerajaan di Negeri Sembilan.

Oleh itu sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan, saya perlu mengambil satu inisiatif untuk memimpin seluruh parti. Pada PRU lalu, kita telah menang 10 kerusi daripada 11 kerusi yang kita bertanding. Cuma satu kerusi yang kita belum menang atau tewas pada PRU lalu dan mungkin kerusi yang saya sandang selama dua penggal lalu boleh diberikan laluan kepada muka baru.

Jadi ia langsung tidak ada kena-mengena dengan pemilihan CEC. Soal menteri itu masih terlalu awal untuk saya perkatakan kerana bagi saya itu adalah soal kedua pada ketika ini. Bagi saya pada masa ini kita perlu berusaha sedaya upaya membantu parti mencapai kemenangan.

PR secara keseluruhannya mementingkan kemenangan pada PRU13 terlebih dahulu. Soal jawatan selepas pilihan raya, kita kena menang dulu. Kalau tak memang pun tak guna juga bercakap mengenai jawatan.

SINAR HARIAN ONLINE: Adakah dengan penjelasan ini bermakna YB juga akan kekal bertanding di kerusi Parlimen Rasah?
LOKE: Saya rasa soal bertanding dua kerusi itu memang dalam pendirian DAP seperti yang telah dibuat dalam Kongres DAP lalu kita telah buat satu usul supaya diadakan pengecualian bertanding dua kerusi hanya dibenarkan dalam kes-kes tertentu. Walaupun secara prinsipnya setiap calon hanya bertanding satu kerusi tetapi ia ada pengecualian untuk kes-kes tertentu.

PRU 13:Misi do or die untuk UMNO/BN


Khabar mengatakan PRU 13 bakal diadakan Mac ini dengan kesemua petugas SPR sudahpun menerima surat perlantikan dan sudah tahu di pusat mana mereka bakal bertugas. PRU 13 juga bakal menyaksikan pertandingan sengit antara dua gabungan parti utama, BN dan PR. Secara umumnya, siapa yang menang akan membentuk kerajaan dan yang tewas bakal menjadi pembangkang. Senario di Malaysia mungkin tidak akan menyaksikan "general rule" terjadi kerana BN tidak mampu memikul tanggungjawab sebagai pambangkang, BN cuma boleh menjadi kerajaan bukan pembangkang!

Sejak lebih 50 tahun yang lalu, BN yang sebelumnya dikenali sebagai Perikatan, begitu gah menyingkirkan parti parti yang membangkang, bermula dengan Parti Negara dan kemudiannya PSRMnya serta PAS. Penyingkiran Parti Negara merupakan satu trajedi kepada pengasas UMNO sendiri, Arwah dato' Onn yang diceritakan seorang pemimpin yang merendah diri sehingga satu ketika seorang imam yang memberi kuliah harian di Masjidnya pernah memuji sikap humble Arwah Dato Onn.

Hilangnya Dato Onn dalam kepimpinan negara merupakan satu kerugian besar kepada negara dan diikuti dengan kemunculan ramai pemimpin pemimpin terutamanya dari kalangan melayu yang hanya pandai membolot kekayaan negara serta membohongi rakyat, pembohongan terbesar dirasai oleh orang melayu Singapore yang telah memberi kepercayaan penuh kepada UMNO untuk membela mereka tetapi akhirnya Singapore dijual kepada LKY di kala pemimpin UMNO diberitakan leka berjudi dengan Lim Goh Thong.

UMNO gagal menyingkirkan PAS seperti mereka menyingkirkan Parti Negara, walaupun seketika mereka berjaya memujuk PAS untuk mengikuti bontot mereka tetapi kemudiannya, apabila PAS sudah mula bosan dengan karenah UMNO, PAS mahu disingkirkan seperti Parti Negara. Tetapi rancangan penyingkiran mereka tidak berjaya sehingga hari ini PAS muncul sebagai sebuah jemaah Islam dan parti politik yang kukuh dan utuh dengan sokongan mencurah datang termasuk dari kalangan bukan Islam. Sumbangan kewangan dan harta benda yang besar turut tiba Bersama sokongan yang datang itu dan fenomena ini menjadikan PAS sabagai sebuah parti yang teguh dari segi kewangannya dan dari segi kekentalan ahlinya.

Provokasi huru hara selepas PRU 13: Bukti BN masih mahu menipu.

Ada provokasi akan berlakunya huru hara selepas PRU 13 jika PR kalah.Nazri Aziz pula menasihati PR mencontohi UMNO, tetapi tidak ada jaminan dari BN atau SPR bahawa tiada penipuan dalam apa jua bentuk akan berlaku semasa PRU 13.Ini yang tertinggal nampaknya sedangkan amaran untuk turun ke jalan raya hanya sekiranya terbukti ada penipuan ketika pilhanraya.

Mahathir bersungguh sungguh mendakwa akan berlaku huru hara ala Arab Spring dan ianya disahk pula oleh SPR.Satu mesej yang perlu difahami bahawa tiada penipuan yang biasa dilakukan ketika pilihanraya akan dihentikan.Penipuan yang ketara akan berlaku dan akan dikesan oleh penyokong PR.Dengan terbuktinya penipuan ini, maka penyokongh PR akan turun ke jalan raya dan kelihatan seperti mahu melakukan huru hara.

Tetapi samaada Mahathir atau SPR atau Nazri atau sesiapa jua yang enggan mengakui bahawa tindakan penyokong turun ke jalanraya itu bukan untuk membuat huru hara tetapi untuk menuntut BN yang menang kerana menipu berundur seperti dilakukan oleh rakyat Filipina ketika Marcos menang pilihanraya presiden yang dkesan dengan penipuan oleh rakyat.

PRU13 : Bapak Huru-Hara pesan jangan Huru-Hara

Sejak UMNO BN kehilangan beberapa buah negeri dalam PRU-12 2008, kejadian samseng-samseng melakukan provokasi mencetuskan huru-hara yang memang sah dari UMNO BN kerap berlaku.

Biarpun media massa arus perdana tidak melaporkan kejadian-kejadian huru-hara yang dicetuskan puak UMNO BN ini,rakyat semua tahu apa yang berlaku. Siapa dalang disebalik huru-hara dalam program anjuran PR semua rakyat tahu,walaupun kadang kala pihak berkuasa buat tak tahu setelah laporan dibuat. Inilah kebaikan di-alaf Saitek, UMNO BN menjadi gagal dalam menyembunyikan kerja samseng jahat daripada rakyat.

Kejadian simbah cat,baling kasut,bakar bendera,baling batu, buat isyarat lucah,usung kepala lembu,usung taik,usung keranda,sekat jalan,halang pimpinan PR dan macam-macam lagi....siapa punya kerja...? Itu diwaktu UMNO BN masih berkuasa di Putrajaya,kalau kalah memang lebih teruklah huru-haranya.

Hinggakan diperingkat pimpinan UMNO pun berperangai samseng buat huru-hara.

Nasihat Najib konon-nya PR jangan buat huru-hara kalau kalah dalam PRU 13 ibarat menunding jari kearah diri sendiri. Sebenarnya UMNO BN-lah bakal mencetuskan huru-hara sekiranya kalah dalam PRU.

Kerana Pakatan Rakyat memang sudah biasa dengan keadaan mencemaskan dengan tindakan huru-hara UMNO BN, kalah atau menang dalam PRU bagi PR adalah perkara biasa jika berada dalam pentas pilihanraya yang adil dan bersih.

Amat yakin sekali huru-hara dinegara ini bakal berlaku disebabkan UMNO BN kalah adalah perkara yang tidak dapat disangkal lagi.

Mulut siapakah yang pernah berkata "Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan...!!!" itu bukankah bapak segala huru-hara punya ucapan dari Najib.

Huru-hara itu kerja UMNO BN, huru-hara itu hasrat UMNO BN dan huru-hara itu adalah sifat UMNO BN..bukan kerja orang lain.

Huru-hara UMNO BN dulu,kini dan selamanya..








Al Habib Najmuddin: Cinta & Taat kepada Allah & RasulNya

Syria : Can dialogue end Syria's crisis?

Iran's revolution turns 34 | Mahmoud Ahmadinejad: "Iran has become nuclear"

Lagu “Anak Kecil Bermain Api” melalai & bodohkan Melayu

Dulu sebelum timbulnya “gelombang refomasi 98” orang Melayu begitu senang ditipu dan diperbodohkan oleh pemimpin Umno. Lagu yang bertajuk “ANAK KECIL BERMAIN API” rupa-rupanya telah menjadi senjata utama pemimpin Umno untuk terus mengekalkan kuasa mereka.  Ada yang tersirat disebalik apa yang tersurat dalam lagu itu. Lagunya bukan saja lembut,  lunak dan menaikkan semangat, bahkan menanam  semangat perkauman!  Namun apa yang lebih penting ialah kesan jangka panjangnya.   
Rupa-rupanya orang Melayu telah didodoi oleh bangsanya sendiri,, orang Melayu seolah-olah telah diberi pil khayal !  Mereka telah dilalaikan dan akhirnya mereka menjadi bengong !,, bengong macam “Lebai Malang” dan bangang macam “Pak Pandir”  Pemimpin Umno suka orang Melayu bodoh  supaya senang dicucuk hidung !  Bila hidung sudah dicucuk senanglah mereka buat itu ini dan kekalkan kuasa.

Terengganu Dan Kemelut Kemiskinan Rakyat

Oleh DR SYED AZMAN SYED AHMAD
TULISAN saya mengenai penderitaan akibat kemiskinan Siti Azma Mohd Zain, seorang ibu tunggal yang terpaksa tinggal di sebuah ‘rumah kotak’ bersama dua anaknya di Kampung Limbung, Paka, mendapat banyak reaksi pelbagai pihak khususnya daripada kalangan warga Teerengganu sendiri.

Rumah usang beliau yang tiada kemudahan asas air dan elektrik, juga sering digenangi air setiap kali berlaku hujan akibat atap rumah bocor.
Namun inilah realiti penderitaan dan kesempitan kehidupan golongan miskin di seluruh negeri Terengganu. Golongan miskin ini kebanyakannya terpaksa memeras tulang empat kerat mereka untuk mencari rezeki halal buat mengisi perut anak-anak dan keluarga yang terlalu daif. Mereka juga terpaksa berhadapan dengan kenaikan kos hidup dan barangan keperluan harian seperti minyak, gas, gula serta tepung yang terlalu membebankan golongan bawahan ini.
Ya, cubalah anda bayangkan, sebagai contoh, kesempitan hidup insan petani yang tidak punya kerja tetap dan menyara hidup keluarga dengan hanya melakukan kerja-kerja kampung serta bercucuk tanam. Nelayan pula, terpaksa meredah lautan untuk pergi menangkap ikan tetapi apabila tiba musim tengkujuh, punca rezeki mereka ini kembali ke daratan. Ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Nasib insan seperti ini turut dikongsi bersama oleh hampir 20,000 keluarga lain yang dikategorikan sebagai miskin di seluruh Terengganu.
Ya, amat sukar untuk digambarkan, negeri yang menghasilkan lebih separuh keluaran petroleum negara dan mendapat hasil lebih RM2 bilion setiap tahun, masih wujud terlalu ramai individu dan keluarga terlalu miskin untuk menyara kehidupan harian mereka. Cubalah tinjau kehidupan golongan ini dari Kemaman sampai ke Besut, bagaimana peritnya mereka mengharungi kehidupan harian bagi menyara anak-anak dan keluarga. Realitinya masih terlalu ramai lagi rakyat jelata yang tersepit dengan kemelut kemiskinan seperti yang dilalui oleh Siti Azma dan keluarganya.

‘Haiwan bermasalah’ dalam sastera dan persuratanular

Oleh H FANSURI
AESOP adalah nama seorang tukang cerita pada zaman Greek. Ceritanya yang termasyhur adalah kisah seekor serigala yang mengidam anggur yang tergantung tinggi di sebuah pokok. Akhirnya, serigala itu mengalah kerana tidak berhasil mendapatkan buah anggur tersebut.

Kata Aesop, serigala itu berkata, “Ah! Anggur itu masam! Tidak dapat pun tidak apa!”
Aesop merumuskan bahawa – seseorang itu akan mencemuh sesuatu yang tidak berjaya mereka mendapatinya. Serigala itu mencemuh anggur lantaran haiwan itu ada masalah untuk mengambil anggur tersebut. Jika serigala itu berhasil mendapatkannya, maka rungutan itu tidak wujud lagi.
Seorang pencerita adalah juga seorang ahli falsafah. Dan, Alam Melayu melahirkan banyak lagi failasuf yang tidak dinamakan dalam sejarahnya. Nenek moyang kita handal bercerita mengenai kisah sang kancil yang menipu buaya ganas pada zaman Raja Sulaiman.
Demikianlah peranan failasuf Melayu dahulukala menyalakan api penderahan kepada anak-anak mereka agar moral kisah itu akan menyalakan semangat juang mereka bagi melawan pihak yang lebih besar dan gagah. Tetapi, kita sering memandang rendah terhadap cerita-cerita itu.
Maka teknik penceritaan lisan pada zaman lalu yang merujuk hubungan haiwan dengan manusia amat baik diamalkan hari ini. Aesop memulakan kisah seekor serigala yang bermasalah terhadap anggur yang sedang ranum dan failasuf Melayu berkisah darihal sang kancil menipu buaya untuk makan buah-buahan di seberang sungai yang dipenuhi buaya-buaya ganas.

Ular Dalam Mitos Cina

Oleh A Kadir Jasin
DALAM mitos Cina, ular lazimnya dikaitkan dengan raksasa atau raksasa yang hidup semula. Raksasa pula dikaitkan dengan keburukan.
Maka tidak hairanlah kalau ahli nujum Taiwan, Tsai Shang-chi, mengaitkan tahun ular dengan pergolakan politik. Taiwan adalah antara negara yang paling bergelora politiknya walaupun boleh dikatakan kesemua penduduknya Cina.



Penulis agensi berita Associated Press (AP), Annie Huang, mengingatkan pembaca bahawa dalam dua putaran terakhir almanak Cina, tahun ular membawa bencana besar.
Pada tahun 1989 berlaku tindakan kejam pemerintah komunis ke atas penunjuk perasaan pro-demokrasi di Dataran Tiananmen, Beijing. Pada tahun 2001berlaku  serangan pengganas ke atas Pusat Dagangan Dunia serta Pentagon di Amerika.
Di negara kita pun politik bergelora juga. Tetapi patut jugalah. Kalau Taiwan yang homogen penduduknya itu pun bergelora, apalah kita yang mempunyai penduduk berbagai bangsa, kaum, suku kaum, agama, budaya, bahasa dan status ekonomi.
China yang diperintah secara kuku besi oleh Parti Komunis China pun makin hari makin gelora. Orang bakar diri, orang bunuh diri, orang kaya tambah kaya, orang miskin papa kedana.
Di Singapura yang sudah berdekad-dekad tidak ada pemogokan tiba-tiba dilanda mogok oleh pemandu-pemandu bas dari Negeri China.
Dalam pilihan raya kecil Ponggol East pada 26 Jan lepas, Parti Buruh mengalahkan parti pemerintah (Parti Tindakan Rakyat/PAP). Calon Parti Buruh memperoleh 54.5% undi. Dalam pilihan raya 2011, PAP menang dengan 54% undi.
Fahami Mitos Nyonya Ular Putih

BN Bakal Letak Calon Payung Terjun Di Wangsa Maju

Oleh Shahbudin Husin
Di antara 222 kerusi Parlimen yang menjadi rebutan antara BN dan PR dalam pilihanraya umum akan datang, Wangsa Maju dikira paling unik kerana ia bukan saja bakal menyaksikan persaingan sengit antara kedua gabungan itu tetapi juga disebabkan perebutan yang tidak sudah-sudah antara UMNO dan MCA di mana masing-masing merasakan layak bertanding di kerusi tersebut.


Oleh kerana MCA telah tewas pada pilihanraya 2008 lalu dengan kekurangan 150 undi, UMNO lantas merasakan kini giliran mereka pula untuk menebus kekalahan itu. Shafie Abdullah yang merupakan Ketua UMNO dan Pengerusi BN Wangsa Maju sedang dinobatkan sebagai calon paling layak untuk mengibarkan panji-panji kemnenangan BN di situ. Kedudukannya sebagai Setpol Najib dijadikan lagi sebagai markah tambahan yang didakwa mampu menambahkan lagi sokongan pengundi kepada BN.

MCA pula tidak mahu mengalah dan merasakan mereka wajar diberi peluang kedua. Yew Teong Look yang kalah 150 undi kepada Wee Choo Keong daripada PKR dalam pilihanraya lalu, ternyata masih bernafsu dan berkeyakinan untuk menebus semula kekalahan itu.

Dalam persaingan itu dan keghairahan masing-masing mahu menunjuk pengaruh serta kekuatan, berlakulah pemulauan, pemboikotan dan monopoli. MCA Wangsa Maju yang diketuai oleh Yew Teong Look tidak pernah menghadiri mesyuarat BN Wangsa Maju yang dipengerusikan oleh Shafie Abdullah serta memulau banyak program anjuran UMNO dan BN.

MCA dan Yew Teong Look seperti memberi isyarat bahawa jika BN memilih Shafie sebagai calon, beliau tidak mungkin menang kerana tidak mendapat sokongan daripada pengundi Cina.

Shafie pula yang ghairah mahu menonjolkan diri sebagai bakal calon di Wangsa Maju, langsung tidak mempedulikan adanya pemulauan dan pemboikotan daripada MCA itu dan cuba mengatur sebanyak mungkin program sampai terbabas sehingga memonopoli semua program penyampaian sumbangan RM100 kepada murid-murid sekolah baru-baru ini, sehinggakan tidak memberi peluang langsung kepada MCA atau Gerakan berbuat demikian. Oleh kerana terdapat agak ramai pengundi Cina di Wangsa Maju dan beberapa sekolah Cina juga terdapat di situ, monopoli Shafie itu telah menyinggung hati MCA.

Setiawangsa, Antara Lesu Dan Selesa Untuk Menang PRU13

Oleh Abdul Rahman Hashim
Benarkah Dato’ Sri Zulhasnan Rafique tidak akan dicalon semula mewakili BN dalam PRU13 nanti? Zulhasnan yang mula ditonjolkan sebagai calon winnable dalam PRU10 pada tahun 1999 menggantikan Datuk Dr Kamal Salih (kini Tan Sri) telah mewakili Parlimen Wangsa Maju selama sepenggal; sebelum dipindahkan ke kawasan parlimen yang baru iaitu Parlimen Setiawangsa selama dua penggal, pada PRU11 tahun 2004 dan PRU12 tahun 2008.





DATO' AHMAD FAUZI ZAHARI
BAKAL CALON SETIAWANGSA PRU13
DATO' SRI ZULHASNAN RAFIQUE
TIGA PENGGAL MENJADI AHLI PARLIMEN

Nama Dato' Ahmad Fauzi Zahari, Naib Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa kini merupakan 'calon menanti' sekiranya Ahli Parlimen yang sedia ada Dato' Sri Zulhasnan Rafique tidak dicalonkan semula. Legasi Zulhasnan yang menang hatrik selama tiga penggal selama ini bakal diteruskan oleh Fauzi Zahari setelah nama beliau dikatakan telah mendapat restu daripada pucuk pimpinan parti untuk bertanding dalam PRU13.

BUKAN KEJUTAN LAGI



TIDAK sampai sebulan lagi kita akan menyambut ulangtahun kelima tsunami politik Mac 2008. Sejak merdeka rakyat negara ini tidak berkesempatan merasai tempoh Parlimen yang begitu lama. 
Lim Kit Siang menyifatkan Najib Razak mencipta rekod kerana menjadi Perdana Menteri paling lama tanpa mandat yang diperolehinya sendiri, lebih lama daripada empat PM sebelumnya, sebelum mereka mendapatkan mandat sendiri selepas mengambil alih tampuk pemerintahan.
Tiba-tiba saya terkenang tajuk muka depan Harakah keluaran pertama tahun baru, “2008 TAHUN TUKAR KERAJAAN”.

Saya bukannya peramal politik, dan rasanya tiada siapa menduga akan berlaku peralihan kuasa di peringkat persekutuan, memandangkan rekod Abdullah Ahmad Badawi dalam pilihan raya sebelumnya, 2004, begitu menakjubkan.
BN meraih 64 peratus undi popular dan menguasai lebih 90 peratus kerusi Parlimen. Saya menerima teguran, termasuk dari pimpinan parti, kerana memilih tajuk “seberani” itu. Ada yang menyifatkannya sebagai kesilapan strategi kerana boleh mengundang rasa cuak pengundi untuk memilih PAS. “Tahap ini kita perlu pamerkan wibawa sebagai pembangkang yang kuat dan berkesan dulu,” kata seorang darinya.
Minggu lalu, saya cuba mendapatkan pandangan rakan-rakan terhadap begitu banyak kaji selidik dan ramalan keputusan PRU13. 

PM NAJIB HARAM JADAH LAGI...

ADA DAH ORANG KENCING SAMPOL ANG PAU NAJIB NI
RAKYAT BETUL-BETUL MELUAT MELIHAT MUKA BABI NI

Fitnah UMNO@BN : Majlis Syura tidak pernah bincang idea Anwar jadi PM - TGNA

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan laporan media mengatakan Majlis Syura menolak idea Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai perdana menteri  sekiranya menguasai Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13(PRU-13) sebagai dakwaan mengarut.

Menteri Besar Kelantan turut menyalahkan Umno yang dikatakan sengaja mencipta isu berkenaan sedangkan Majlis Syura yang dipengerusikannya tidak pernah membincangkan hal tersebut.

“Itu mengarut, tak ada apa, Umno suka buat fitnah, benda tak ada apa-apa lagi, dia tak tahu dosa pahala, bila manusia tolak agama ia tidak dapat mengawal mereka,” katanya di sini pagi ini.

PRU13: Mahfuz mahu PR susun strategi lawan 'muslihat' BN


Mahfuz Omar   SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata beliau akan mengesyorkan kepada Pakatan Rakyat (PR) agar mengambil strategi bagi menghadapi apa jua kemungkinan, yang beliau sifatkan sebagai "muslihat" Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU).

"Saya akan meminta mesyuarat kepimpinan (Majlis Pimpinan Presiden) Pakatan Rakyat supaya mencari dan menyusun strategi bagi menghadapi muslihat BN... BN akan guna apa sahaja dalam pilihan raya umum," kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Sehubungan itu tegas beliau, PR perlu ada strategi untuk menghadapi segala kemungkinan "di mana BN akan menggunakan segala jentera dan agensi untuk menang PRU13."

Katanya, ini termasuklah kewujudan daftar pemilih yang masih belum bersih, lebih-lebih lagi ekoran kewujudan situasi warga asing di Sabah diberi kewarganegaraan dan sekali gus menjadi pengundi, sebagaimana didedahkan dalam prosiding suruhanjaya diraja baru-baru ini.

Kenyataan Dr Mahathir Tidak Gambarkan Ciri Seorang Negarawan

MB ramah mesra KLSCAH Koh Tsu Koon 01
KUALA LUMPUR, 10 FEB: Kenyataan terbaru Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tentang kuasa melucutkan kerakyatan seseorang yang lantang mengkritik pentadbiran Umno-BN tidak mengambarkan seorang negarawan.
Seorang pemimpin yang pernah dianggap tokoh dunia ketiga, Sepatutnya bersikap lebih terbuka dan berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan terhadap orang yang berlainan pendapat, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menurut Abdul Khalid, Dr Mahathir wajar membuat sedikit kajian sebelum beliau mengeluarkan sesuatu kenyataan.
MB ramah mesra KLSCAH Koh Tsu Koon 04“Saya pernah kerja di bawah beliau, saya fikir Tun boleh keluar kenyataan yang lebih baik dari itu,” kata beliau apabila ditemui di majlis ramah mesra Tahun Baru Cina di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor hari ini.
Dalam ceramahnya tentang keselamatan dan perlembagaan semalam, Dr Mahathir berkata kerakayatan pengkritik Kerajaan Umno-BN seperti Pengerusi Bersama Pergerakan BERSIH, Datuk S Ambiga wajar dilucutkan.
Dr Mahathir menggesa orang ramai agar memberikan kemenangan majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat kepada Umno-BN dalam pilihan raya akan datang supaya perlembagaan negara berkaitan perlucutan kerakyatan seseorang dapat dipinda.

3 Sebab Manusia Buat Maksiat - Sebab Pertama ...

3 Sebab Manusia Buat Maksiat - Sebab Kedua ...

3 Sebab Manusia Buat Maksiat - Sebab Ketiga

Ustaz Nazmi Karim: Urwah Al-Zubayr (عروة بن الزبير بن العوام الأسدي‎)

TGNA | Kuliah Jumaat 8 Feb 2013

Izzah jangan harap pada singa tak ada gigi ini !!


Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mencabar Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin untuk berdebat dengannya pada 24 Februari ini berhubung dakwaan menteri itu sebelum ini yang mengatakan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu lebih suka mengkritik berbanding berkhidmat untuk rakyat.  Tahniah Izzah kerana berani mencabar,,,  tetapi beranikah cicak kobeng ini? Takkan berani punya,  kecuali mengaum bak singa tak ada gigi!!  

Pimpinan Pakatan rai sambutan Tahun Baru Cina

CNY (3)KUALA LUMPUR 10 Feb:  Dalam kehangatan Pilihan Raya Umum yang dijadual tidak lama lagi, pimpinan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional masih sempat duduk semeja meraikan Sambutan Tahun Baru Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur.
Acara tahunan itu dimeriahkan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu, Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Chua Jui Meng dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat.
Mereka turut beramah mesra dengan pemimpin Barisan Nasional yang hadir seperti Senator Tan Sri Koh Tsu Koon, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai serta Timbalan Menteri Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie.
Dewan Perhimpunan Cina juga menerima kunjungan wakil dari kedutaan China, Chen Jianzhong yang mengagumi semangat berbilang kaum di Malaysia
“Rakyat cina bukan hanya dilayan baik oleh orang Cina Malaysia tetapi juga kaum lain di Malaysia” katanya.
Pertemuan mesra sempena Tahun Baru Cina itu turut dimeriahkan dengan persembahan tradisi tarian singa dan ‘makan besar’ yang meraikan tetamu pelbagai kaum.

BN’s Vishwaroopam is getting ugly

Stop just looking at the bigger agenda. BN and Najib must also know how to sort out the smaller issues if they want to win over voters.

(Vishwaroopam in Tamil means the true face. It is also the title of a Tamil blockbuster which is still awaiting release in Malaysia due to its supposedly controversial theme.)

Sometimes one does wonder if the government is really concerned about the peoples’ wishes. Is it even listening to what the people are saying?
It appears as though the government is more interested in doing things which it thinks will be good for the rakyat.
Najib Tun Razak’s earlier clarion call that his government was not one which subscribed to “government knows it all” seems like a half-baked lie right now.
Take, for example, the decision to fly down South Korean megastar Psy for the Barisan Nasional Chinese New Year open house in Penang. A cool RM3 million was reportedly spent for this.
Of course, it was not the rakyat’s money as the Gangnam ride was reportedly sponsored by private parties. Still, that much for a singer who has only one known mega hit? And at a time when people are complaining of not getting real value for their money?
What about the Ponggal festival at Dataran Merdeka on Feb 2? Of course, it was deemed to be a mega success, by MIC standards. It would surely be if RM5 million was reportedly set aside to get the crowd.
Word has it that almost 1,400 buses were chartered to bring in Indians to the capital city to show that they all love our prime minister. In return, they did get a full meal of nasi briyani, courtesy of the BN government.
Is this how Najib wants to get the people to back him and BN again? This method seems so archaic, but it must be working for them to be doing it repeatedly!
But it goes back to the main question once again. Isn’t Najib interested in what the people really want? Does the rakyat still want the government to dictate what’s good for them?
The death of a security guard

GONG XI FA CAI: 2013, a slippery political journey for Malaysians

AS MALAYSIANS of Chinese descent usher in their Lunar Year of the Snake, it is going to be the slipperiest political journey for all Malaysians ahead.
Parliament is due for automatic dissolution on April 28 and Negri Sembilan will be the first state to end its five-year term on March 23.
GONG XI FA CAI: 2013, a slippery political journey for MalaysiansPrime Minister Najib Abdul Razak is therefore expected to call for Malaysia’s 13th General Election (GE13) in March, probably just before the Negri Sembilan Assembly’s automatic dissolution.
Slippery like the snake
As we rejoice with the traditional Gong Xi Fa Cai greeting, Malaysians have to make one of their most important ever decision when they go to the polls soon.
It’s a political decision on the type of government that we aspire and long for, a decision that is most crucial for our future.
This political journey is going to be as slippery as a snake because of the injection of foreigners as voters, abetted by government agencies like the National Registration Department, Election Commission and others.
Officially, the country’s federal debt is more than RM620 billion. Unofficially, the debt could be as high as RM800 billion or more.
Malaysia is blessed with vast rich natural resources, including oil and gas, and is therefore dumbfounding that we are at such a ludicrous financial standing after 55 years of Merdeka.
It is clear the Umno-led Barisan Nasional (BN) is incapable of change or reform to serve Malaysians with honesty and integrity.
It is unable to mend its corrupt and racist ways even after the March 2008 political tsunami wake-up call by the rakyat.
PR has proven itself

Pada Tahun Baru Ini, Kekalkan PR Selangor, Tolak Pemimpin Rasuah

Rodziah PC Brown 02
SHAH ALAM 9 FEB : Tahun Baru Cina ini diharap dapat membawa perubahan dan impak yang lebih baik serta berpanjangan buat warga Selangor dan rakyat Malaysia.
Exco Kebajikan, Kebudayaan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Rodziah Ismail menyeru rakyat bersatu-padu dalam merealisasikan perubahan demi mengembalikan hak rakyat yang selama ini dicabul pemimpin yang tidak bertanggungjawab.
“Menjadi lumrah setiap manusia untuk mempunyai azam, visi, dan hasrat murni sempena kehadiran tahun baru.
“Kita harus meraikan tahun baru ini dengan elemen-elemen dan sifat yang boleh membawa kita dan negara ini ke arah yang jauh lebih baik dan berjaya.
“Oleh itu, perlu bagi kita memastikan bahawa pemimpin yang dipilih adalah bebas rasuah, penyelewengan kuasa dan pembaziran demi masa depan Malaysia yang lebih sejahtera,” tegas beliau dalam perutusan Tahun Baru Cina.

Jangan mudah terpengaruh dengan BR1M, TR1M, KR1M


CAMERON HIGHLANDS: Bekas Naib Presiden Felcra Berhad, Datuk Ramli Buyong menggesa orang Melayu, khususnya di kawasan luar bandar agar meninggalkan Umno dan menyokong Pakatan rakyat.

Gesaan itu dibuat dalam ceramah kelompok di Kampung Lubuk Kulit, salah sebuah kampung dalam Dun Jelai, Parlimen Cameron Highlands, malam tadi.
Beliau yang merupakan anak jati Temerloh turut menerangkan tentang penyertaan ramai kakitangan kanan kerajaan menyertai Pakatan Rakyat khususnya PAS.

“Ada yang bertanya, kenapa kami susah-susahkan diri menjelajah seluruh negara dan menyertai pembangkang. Sedangkan kami boleh hidup aman dan berehat-rehat atau melancong memenuhkan masa pencen bersama-sama anak dan cucu. Duit pencen kami banyak,” katanya.

Beliau menegaskan, penyertaannya dalam pentas politik bukanlah kerana mengejar wang atau pangkat tetapi sudah muak dengan penyelewangan Umno-BN.

Katanya, sudah sampai masanya rakyat memperoleh maklumat yang cukup tentang salah laku Umno dan rakyat wajar menggantikannya dengan pemimpin yang amanah.

Mahathir sudah tidak mampu berfikir lagi


Dr Mahathir semakin hari semakin tidak berpedoman dengan meminta supaya dipinda Perlembagaan untuk memberi kuasa kepada kerajaan melucutkan kerakyatan kepada peguam-peguam seperti Ambiga, Pengerusi Bersih dan yang lain-lain. Ini disebabkan Mahathir tidak selari dengan pemikiran manusia yang bertamadun dan selari dengan kehendak masa dan zaman rakyat dan negara. Mereka dianggap sebagai penentang kerajaan oleh Dr Mahathir. Sikap Dr Mahathir semakin hari semakin mencacau dan tidak lagi menampakkan ciri-ciri seorang yang berkepimpinan untuk sebuah negara demokrasi yang beliau pernah pimpin ini.
Dengan sikap Dr Mahathir ini maka semakin hari semakin jelas membuktikan yang bekas PM ini  merupakan orang yang bertanggungjawab menjadikan minda rakyat beku khususnya orang Melayu yang beliau pimpin melalui UMNO selama dua dekad itu. Bagi Mahathir memberikan tekanan untuk meningkatkan ketelusan dan kebersihan di dalam pilihanraya negara. Memberikan pandangan yang berbeza dan mendesak untuk mendapatkan hak rakyat itu adalah salah kepada pemimpin yang sudah lama bersara ini.

Elok kita bertanya kepada Dr Mahathir apa kesalahan yang telah dilakukan oleh Ambiga sehingga Mahathir bermain dengan pandangan yang Ambiga layak dilucutkan kerakyatannya kerana meminta diadakan pilihanraya yang bersih. Bukankah kita sedang melihat ketidakadilan pihak berkuasa dalam menghadapi pilihanraya ini?

Selangor Philharmonic Orchestra (SPO) : 金蛇狂舞 Dance Of The Golden Snake

Apa Itu Kronisme? - Mahathir

PRU13 : STATISTIK BILANGAN PEMILIH MENGIKUT BAHAGIAN PILIHAN RAYA DUN (SABAH - DPI3-2012)

  
 




PRU13 : STATISTIK BILANGAN PEMILIH MENGIKUT BAHAGIAN PILIHAN RAYA DUN (SARAWAK - DPI3-2012)