Anwar Ibrahim
SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggambarkan sambutan Tahun Baru Cina tahun ini sebagai pemberi "semangat perubahan" di kalangan rakyat ketika demam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) terus dirasai.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, sejarah pengembaraan seorang tokoh Cina ke Barat telah mencatat kejayaan walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan kesukaran.

Beliau berkata, rakyat juga terpaksa melalui pelbagai kesukaran dan penderitaan termasuk hak kerakyatan yang masih diragui sebelum mencapai matlamat "perubahan" yang baik.

Justeru katanya, rakyat perlu menunjukkan semangat untuk"perubahan dengan mencatatkan kemajuan dan kemenangan pada PRU13, yang diramalkan diadakan akhir bulan depan.