Jumaat, 8 Februari 2013

Deepak cabar Rosmah letak jawatan dari Bakti

Deepak cabar Rosmah letak jawatan dari BaktiKUALA LUMPUR: Saudagar permaidani, Deepak Jaikishan mencabar bekas rakan perniagaannya, Datik Seri Rosmah Mansor agar melatakkan jawatannya sebagai Yang Dipertua Bakti hari ini juga.
Langkah ini perlu untuk menjaga nama baik Bakti ekoran pelbagai skandal yang sedang dihadapi Rosmah.
"Dia boleh teruskan sebagai penasihat Pandu Putri kerana ia tidak akan jejaskan nama baik negara," kata Deepak dalam kenyataannya.
Bakti adalah Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) yang dipimpin Rosmah.
Deepak sebelum ini adalah rakan perniagaan Rosmah yang berjalan di Rumah Perdana Menteri selama 7 hingga 8 tahun.
Deepak mendedahkan, beliau telah membuat pelbagai jenis perniagaan yang dirancang Rosmah untuk memberikan wang kepada Rosmah.
Antara arahan Rosmah yang terpaksa beliau lakukan adalah membantu Najib memaksa penyiasat persendirian P Balasubramaniam membuat akuan bersumpah kedua yang menafikan sama sekali akuan bersumpah pertama yang dibuatnya.

Pakatan Rakyat jamin tutup loji radioaktif Lynas

lynasKUALA LUMPUR 8 Feb: Pakatan Rakyat memberi jaminan kilang radioaktif Lynas di Gebeng Kuantan yang mengancam nyawa dan keselamatan penduduk pasti akan ditutup apabila mentadbir negara kelak.
Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, untuk penutupan itu, kontrak tersebut yang diluluskan antara Barisan Nasional  dan Lynas Corporation Ltd dari Australia akan dibatal.
“Demonstrasi dan kempen anti-Lynas sebelum ini menunjukkan ketegasan dan keikhlasan Pakatan Rakyat. Pendirian ini tidak akan berubah dan kita yakin penyokong akan tetap berjuang bersama,” katanya.
Jelas Tian, Lynas antara isu utama rakyat yang bakal diutama dalam sidang Parlimen, sebaik Pakatan membentuk Kerajaan Persekutuan baru.
Beliau berkata demikian mengulas laporan pemimpin Himpunan Hijau, Wong Tack yang berhasrat mahu membakar kilang Lynas itu jika masih boleh beroperasi selepas pilihan raya umum akan datang.
Mengambil kira kenyataannya itu memberi kesan negatif kepada generasi muda, Wong memohon maaf kepada semua rakyat.

Hak Rakyat Terus Dicabuli, Suaram,GMI Gesa Kerajaan Mansuh Akta Kesalahan Keselamatan

Yazid Sufaat Penjara 01
SHAH ALAM 8 FEB : Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menggesa Kerajaan Pusat memansuhkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) dengan segera.
Penyelaras Suaram, Syukri Razab berkata walaupun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan, rakyat Malaysia masih diancam undang-undang drakonian seperti ISA.
Katanya, tangkapan seorang bekas tahanan ISA, Yazid Supaat dan pekerjanya, Hilmi Hasim memperlihatkan hak asasi rakyat Malaysia terus dicabuli.
“Tidak cukup dengan enggan membebaskan 23 orang baki tahanan ISA, kerajaan pula membenarkan undang-undang rimba seperti Akta Kesalahan Keselamatan menzalimi rakyat.
“Suaram mengutuk tindakan pihak polis yang melakukan tangkapan menggunakan undang-undang yang membelakangkan Hak Asasi Manusia. Hak untuk mendapat pembelaan secara adil di mahkamah merupakan hak eksklusif setiap rakyat Malaysia.
“Hak ini juga dijamin dalam Perlembagaan dan Kanun Acara Jenayah yang mewajibkan polis membawa orang yang tertuduh ke mahkamah dalam tempoh 24 jam selepas ditahan untuk mendapat pembelaan,” katanya dalam satu kenyataan media.
Dalam pada itu, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mengecam penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan kerana dilihat mirip ISA yang dimansuhkan tahun lepas.

Bersih: Daftar pemilih kotor, SPR wajib bersihkan

BERSIHKUALA LUMPUR 8 Feb: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dianggap mengakui ada penipuan dalam daftar pemilih.
Ini kerana beliau tidak dapat menjamin 100 peratus daftar pemilih dibersihkan sebelum pilihan raya.
Ahli Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih), Maria Chin Abdullah berkata, kenyataan tersebut bukti penipuan pilihan raya berlaku.
Katanya, SPR mesti telus untuk membuktikan badan itu bebas.
“Bermakna SPR akui akan berlaku penipuan dalam pilihan raya umum akan datang. Kalau tidak mahu bersihkan daftar pemilih, bagaimana pula dengan pemberian kad pengenalan kepada imigran untuk mengundi,” soalnya ketika dihubungi.
Abdul Aziz hujung bulan lalu dilaporkan mengakui SPR tidak boleh memberi jaminan daftar pemilih 100 peratus bersih kerana ia akan terjejas oleh kematian setiap hari serta perubahan alamat apabila orang berpindah.
Menurutnya, SPR membuat ‘semakan ketat’ dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi memastikan mereka yang didaftarkan adalah rakyat dan masih hidup.
Beliau bagaimanapun didakwa tidak mengendahkan bagaimana mereka yang berkenaan mendapat kad pengenalan kerana mendakwa ia di bawah bidang kuasa JPN.

Khutbah Jumaat seru umat Islam ‘tolak’ Hari Valentine

Seorang banduan berpakaian seperti Dewa Asmara semasa membuat roti berbentuk hati sempena Hari Valentine di penjara Miguel Castro Castro di Lima, 7 Februari 2013. — Gambar Reuters
KUALA LUMPUR, 8 Feb — Pihak berkuasa agama hari ini memberi amaran kepada umat Islam untuk tidak menyambut Hari Valentine minggu hadapan, yang menurut mereka mungkin menggalakkan seks sebelum nikah. Teks khutbah Jumaat yang disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dibaca di masjid-masjid seluruh negara menjalankan kempen “Elakkan Perangkap Hari Valentine” yang dilancarkan oleh 250 badan bukan kerajaan semalam.
“Wujudkanlah perasaan anti Valentine’s Day di dada dan minda, hadirkanlah rasa benci dan tidak akan meraikannya,” khutbah Jumaat memberitahu umat Islam hari ini.

Ustaz Azhar Idrus - Makruh Dalam Solat

Marhaen - Short Film

PRU13 : KP seru Pemuda eratkan hubungan dgn Allah

Rafizi : "Kita Boleh jadi jauh lebih baik daripada sekarang"