Khamis, 7 Februari 2013

Senarai Calon BN Terengganu telah keluar? Sekarang Cakar Mencakar pula selepas ini!

Lucu juga bila saya terima sms dari seorang kawan yang menyenaraikan calon BN bagi 32 kerusi DUN dan 8 kerusi parlimen Terengganu. Bermula dari Besut, Datuk Seri Idris Jusoh akan bertanding di kerusi parlimen Besut. Tempatnya sekarang DUN Jertih akan ditandingi oleh Mustafa. Dr. Rahman (Exco Kesihatan) kekal di Kuala Besut.
Cikgu Soh menggantikan Nawi Mohamad di Hulu Besut dan Pahimi kekal di DUN Kota Putera. DI setiu, Exco Agama, Khazan Che Mat menggantikan Datuk Mat Jidin.

Tempat Khazan di DUN Batu Rakit ditandingi Nasir Mohd. Nor, Halim kekal di DUN Permaisuri. Begitu Ramlan Ali kekal di DUN Jabi. DUN Langkap mengemukakan calon baru, Baharudin. EXCO Pelajaran, Datuk Razif bertanding di parlimen Kuala Nerus.
Tempatnya diambil oleh bekas calon lama, Sufian Ali. Ramli Noh kekal di DUN Tepoh. Pengarah Yayasan Islam Terengganu, Kamarul Amin bertanding di Teluk Pasu. IR Mohd Yasim bertanding di DUN BUKIT tunggal. Cikgu Zubir Embong bertanding di parlimen Kuala Terengganu,

WAN mahyuddin di DUN Wakaf Mempelam, Datuk Wan Zul di DUN Ladang, TOH kekal di DUN Bandar (MCA) dan Mat Sabri Alwi di DUN Batu Buruk. Cikgu Mohd Noor kekal di parlimen Hulu terengganu. Tengku Putra bertanding di DUN Kuala Berang,

KETIKA KUAT MENIPU – KETIKA LEMAH LAGI BANYAK TIPU

Hishamuddin Rais

Hakikatnya, kerajaan United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya dalam Barisan Nasional adalah kerajaan haram. Kerajaan ini mendapat kuasa melalui penipuan undi di Sabah. Kemenangan di Sabah datang dari undi pendatang haram yang diberi kad pengenalan. Ini bukan lagi satu rahsia. Satu alam Melayu mengetahui hal ini. Satu dunia telah membaca dan mendengar berita ini melalui Suruhanjaya Siasatan DiRaja Sabah.
Hasil penipuan undi di Sabah membolehkan United Malays National Organisation sejak tahun 80-an merompak harta kekayaan negara tanpa sekatan dan halangan. Rompakan dan penjarahan harta kekayaan negara ini ‘dilincirkan’ melalui apa yang dipanggil Undang-Undang dan Parlimen.
Justeru, adalah niat dan akidah parti Ketuanan Melayu untuk meneruskan kuasa ini. Memiliki kuasa bermakna mengawal dana negara. Memiliki kuasa bermakna mengawal berbilion duit cukai mukai negara. Memiliki kuasa bermakna menjaga harta kekayaan negara. Kuasa memberi hak menjaga berbilion-bilion dolar duit dan harta kekayaan Petronas.
UMNO tolak UMNO 01Jangan sesekali kita lupa, kuasa politik bermakna kuasa ekonomi. Perebutan politik ialah perebutan ekonomi. Pertempuran politik hari ini ialah pertempuran ekonomi. Pakatan Rakyat mahu merampas kuasa politik untuk merampas punca ekonomi. Manakala United Malays National Organisation sedang mempertahan kuasa politik. Hilang kuasa politik, maka hilanglah harta kekayaan yang bernilai berjuta bilion ringgit.
Sejarah dan fakta menunjukkan, penipuan undi di Sabah dijalankan sejak awal 80-an hingga hari ini. Pada 90-an, di zaman Mahathir Muhamad hingga ke zaman Abddullah Badawi, United Malays National Organisation dilihat cukup kuat. Mendabik dada sebagai Parti Islam terbesar di dunia. Tiada kuasa politik yang dapat menandingi monopoli kuasa Ketuanan Melayu. Parti ini angkuh, sombong dan bongkak kerana kekuatan hegemoni kuasa mereka.
Pembaca jangan terperanjat – walaupun dalam kedudukan begitu kuat, United Malays National Organisation masih terus menggunakan sistem undi tipu untuk meneruskan kuasa. Bayangkan pada tahun sesudah 2008, ketika orang ramai dan pengundi mula menolak United Malays National Organisation, pasti penipuan berjalan dengan lebih rancak dan lebih tersusun. Logiknya: Ketika kuat pun menipu – ketika lemah pasti lebih banyak menipu.

Dr Pornthip dibenar bedah siasat Sugumar lepas keluarga tunggu 5 jam

Putra 1KUALA LUMPUR 7 Feb: Kementerian Kesihatan setuju mengeluarkan surat kebenaran kepada ahli patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand bagi menjalankan bedah siasat kedua ke atas mayat C Sugumar hasil desakan peguam KEADILAN dan keluarga mendiang.
Kebenaran itu setelah peguam dan keluarga terpaksa menunggu lima jam di kementerian tersebut di Putrajaya sejak 2.00 petang semalam.
“Kementerian setuju untuk bantu keluarga Sugumar jalankan bedah siasat kedua di mana-mana hospital kerajaan.
“Kementerian juga jelaskan bagi membolehkan doktor dari luar (jalankan bedah siasat), permohonan untuk kebenaran sementara perlu dibuat,” kata peguam keluarga, N Surendran di ruang utama pejabat kementerian itu.
Beliau berkata, surat kebenaran bertulis dari pihak kementerian untuk menjalankan bedah siasat kedua secepat mungkin dan tanpa halangan kerajaan sebagai jaminan.
“Kita berpegang janji kerajaan melalui kebenaran ini. Kerajaan buat keputusan betul, walaupun ia patut sejak awal lagi…diharap mereka jadikan kes ini sebagai pengajaran,” kata Naib Presiden KEADILAN itu.
Turut bersama antaranya Pengarah Guaman KEADILAN, Latheefa Koya; Ahli Parlimen Kapar, S Manickavasagam; Timbalan Pengerusi Biro Hak Asasi dan Guaman KEADILAN, S Jayathas dan ahli keluarga mendiang.

BERSIH fail saman fitnah ke atas NST



 
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) hari ini memfailkan saman ke atas akhbar harian berbahasan Inggeris New Straits Times atas penyiaran satu laporan yang menuduh kumpulan berkenaan berkomplot untuk menjejaskan kerajaan.
NONEAngota jawatankuasa pemandu BERSIH Andrew Khoo berkata mereka mendapati laporan muka depan bertarikh 21 September itu menimbulkan banyak tuduhan palsu ke atas badan berkenaan dan juga aktiviti yang dijalankannya.

Badan berkenaan sebelum ini telahpun mengumumkan untuk mengemukakan sama ke atas NST sekiranya tidak menarik balik laporan tersebut dan memohon maaf.

Khoo yang memfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini berkata, tuntutan bertulisnya kepada NST untuk menarik balik laporan itu tidak diendahkan dan akhbar itu juga tidak menyiarkan kenyataan balas BERSIH bagi menjelaskan tuduhan tersebut.

UMNO lah yang benarkan KALIMAH ALLAH digunakan dalam Bible..!!


Alkitab: Putrajaya sendiri nodai undang-undang Islam, kata Mufti Selangor KUALA LUMPUR, 7 April — Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid menyifatkan langkah Putrajaya membenarkan penggunaan kalimah “Allah” dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia sebagai tindakan “menodai” undang-undang Islam negara ini.

Tegas Tamyes, undang-undang Islam yang diamalkan selama ini telah “diceroboh” dan “dinodai” oleh pihak berkuasa termasuk pemimpin kerajaan yang beragama Islam.

“Undang-undang Islam telah diceroboh dan usaha-usaha menceroboh ini berlaku dari dalam... ini yang susah kerana Islam rosak apabila ada pihak yang menceroboh dari dalam.

Tok Pa : Royalti Mana Asasnya ..R (Royalti) mainan kampung jaa...???

Jasa UMNO dalam 55 tahun yang jangan anda lupakan..!!

KAJIAN 2008 PENYIASATAN PENDAPATAN ISI RUMAH:
Seramai 496,500 rakyat Malaysia gaji kurang RM1000
daripada jumlah tersebut MELAYU adalah 301,000
Inilah JASA UMNO yang 
dikatakan membela MELAYU

Perang Politik: Umno masih dalam persekitaran elitis

Anuar Mohd Nor

6 FEB ― Pilihan raya ke 13 semakin hampir. Serangan – pendedahan isu sudah dan akan masuk pusingan terakhir. BN/Umno dikatakan akan berhadapan dengan PRU 13 paling getir pernah dilalui. Ini adalah andaian dan pendapat kepimpinan politik yang ada termasuk kepimpinan tertinggi Umno sekali. Misi untuk menyerang Anwar dan Najib oleh kedua-dua belah pihak berlaku dan semakin sengit. Namun apa yang boleh kita lihat ialah – serangan pembangkang terus konsisten – satu persatu isu dikeluarkan sedang kita masih tersangkut-sangkut dengan isu yang sama.
Gerakan pendedahan mengenai Najib dan keluarganya semakin hangat – semakin dekat dengan pilihan raya semakin besar. Kita sudah dapat melihat beberapa isu baru sedang dimasak oleh pembangkang dan ia pasti akan diletupkan pada saat yang tepat dan masa yang sesuai. Dalam pada itu kita – masih lagi tersangkut – menoleh dan mencari – apa lagi yang boleh kita lakukan untuk meyakinkan rakyat bahawa BN dan Umno adalah pilihan untuk kestabilan negara. Ini perlu dibuat sekarang – di samping mula bertindak untuk menyerang pembangkang sebagaimana mereka menyerang kita – dalam isu yang lebih cerdik dan lebih memberi persepsi menyeluruh.
Tertanya www.umno-reform2.com mengenai mereka yang menyeberang masuk ke Umno dari PKR – suatu masa dahulu hebat dalam PKR – apa jadi dengan mereka? Apakah mereka berjaya dalam misi mereka? Kita lihat Ezam Mohd Noor dan gerombolan mereka – adakah mereka telah berjaya memecahkan benteng PKR – berjaya membawa orang untuk mengalih pandangan dari melihat ke Pakatan Rakyat kepada BN dan Umno? Adakah mereka berjaya dalam menahan perkembangan Pakatan Rakyat dalam membentuk persepsi bahawa mereka sudah sedia untuk memerintah negara?

Pendedahan Anak tarik peneroka bersama Pakatan


SIK: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Negeri Kedah mengucapkan terima kasih kepada pihak Polis Daerah Sik kerana membenarkan Presiden Anak, Mazlan Aliman berucap selama satu jam berpentaskan kenderaan pacuan empat roda di Felda Teloi Timur, malam semalam.

Ini, kata Pengerusinya, Zolkifli Abu Seman menyebabkan pihak pengurusan Felda bersama samseng Umno yang sebelum itu bising terus diam mendengar apa yang mereka tidak tahu selama ini.
Beliau berkata, sikap polis yang profesional menghalang segelintir pihak pengurusan Felda Teloi Timur dan samseng Umno wajar dipuji kerana hasilnya Anak dapat juga memberikan penerangan walaupun ia ditentang keras oleh sekumpulan mereka yang agresif di pintu masuk Felda berkenaan.

Menurutnya, mungkin peristiwa semalam menggamit ramai peneroka Felda keluar untuk melihat dan mendengar sendiri apa yang diperkatakan pada ceramah tersebut.

KERABAT : 7 anggota tentera ditahan kerana sertai HKR112


KUALA LUMPUR: Kelab Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera Malaysia (Kerabat) akan menyediakan bantuan guaman untuk semua anggota tentera yang ditahan kerana menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112) baru-baru ini.

Pengerusinya, Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar (gambar) berkata, pihaknya mendapat maklumat sekurang-kurang 7 anggota tentera ditahan kerana dituduh terlibat dalam himpunan itu.

Kesemua mereka kini ditahan di kem masing-masing untuk tujuan penyiasatan.

"Kami akan sediakan peguam untuk kesemua mereka. Sehingga kini, peguam Mohamed Hanipa Maidin sedia untuk membantu," kata beliau kepada Harakahdaily.

Ketika ditanya, apakah peguam boleh mewakili anggota tentera yang sedang bertugas ketika dibicarakan di kalangan mereka, Nazari berkata, "boleh".

Menurut Nazari, lebih 1,000 anggota tentera yang sedang bertugas dan sudah bersara menyertai himpunan baru-baru ini.

Mereka menyertainya kerana mahu menyampaikan mesej kepada kerajaan bahawa kebajikan dan keperluan mereka tidak dijaga dengan baik.

LTAT: Kerabat terkejut dengan pendedahan Deepak


KUALA LUMPUR: Kelab Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera Malaysia (Kerabat) melahirkan rasa terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan semalam berkaitan salah guna dana  anggota tentera dalam kes pembelian Astacanggih Sdn Bhd.

Sehubungan dengan itu, Pengerusinya, Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar (gambar) berjanji akan memperjuangkan perkara ini dan akan menggerakkan ahli kelabnya bagi memperjuangkan isu ini.

Dalam pertemuan Deepak Jaikishan dengan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar semalam, beberapa dokumen berkaitan penyelewengan ini didedahkan.

Sehubungan itu, Mahfuz menggesa Pengerusi Boustead Holdings Berhad tampil memberikan penjelasan berhubung pembelian Astacanggih Sdn Bhd milik ahli perniagaan, Deepak Jaikishan.

Beliau berkata, penjelasan itu penting kerana pembelian tersebut didakwa melibatkan wang Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang sepatutnya digunakan untuk kebajikan anggota tentera.

PRU13 : Raja Nong Chik yakin skandal NFC tak jejas peluangnya



 
Ketua bahagian Umno Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yakin skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil tidak akan menjejaskan peluangnya untuk merampas semula kerusi parlimen tersebut daripada PKR.

NONEApatah lagi, skandal NFC yang dikaitkan dengan ketua Wanita Umno itu "tidak ada kaitan dengan beliau", tegas Raja Nong Chik yang juga menteri wilayah dan kesejahteraan bandar itu.

"Tidak ada (kesan). Beliau juga telah berbakti (di Lembah Pantain) selama tiga penggal. Banyak kesan positif daripada Shahrizat. Jangan lupa baktinya.

"Skandal (NFC) tidak ada kaitan dengan saya. Yang penting usaha kita. Dan pengundi jangan terpengaruh dengan skandal sini, skandal sana, tengok kerja (saya) yang telah dibuat," katanya.

Raja Nong Chik berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita berhubung adakah isu yang dikaitkan dengan Shahrizat akan menjejaskan beliau dan jentera BN di Lembah Pantai.

Raja Nong Chik bakal berdepan dengan penyandang kerusi tersebut, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang menewaskan Shahrizat dengan kelebihan majoriti lebih 2,000 undi pada 2008.

Bekas Anggota Tentera Dinafikan Hak

Senarai Daftar Pengundi SPR Adalah Bersih? Benarkah Malaysia Ada “Kilang Pengundi Hantu”?

Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof SPR Senarai Daftar Pengundi SPR Adalah Bersih? Benarkah Malaysia Ada Kilang Pengundi Hantu?
Senarai daftar pengundi SPR : Terbaru, pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ada mengatakan senarai daftar pengundi adalah bersih dan beliau memberikan jaminan proses Pilihanraya Umum ke 13 (PRU ke 13) akan jadi yang terbaik. Nah…..di manakah kebenarannya?

Senarai Daftar Pengundi : Antara Langkah & Usaha Yang Dilakukan SPR?

  1. Senarai daftar pengundi SPR sehingga Disember 2012 adalah sekitar sekitar 13.3 juta pengundi (termasuk di Sabah)
  2. SPR membersihkan senarai daftar pengundi dengan bantuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana JPN mempunyai bidang kuasa untuk menentukan sama ada seseorang itu adalah warganegara atau bukan warganegara
  3. RM400 juta diperuntukkan bagi mengurus pilihan raya umum di seluruh Malaysia, di mana RM52 juta diperuntukkan bagi mengurus pilihan raya umum di Sabah yang mempunyai daftar pengundi seramai 969,497
  4. undi awal
  5. wujudnya akses media bagi parti-parti politik
  6. pemerhati antarabangsa dan pemerhati tempatan
  7. penggunaan dakwat kekal
  8. kemudahan undi pos untuk semua rakyat Malaysia di luar negara
Kami lebih berminat untuk menyentuh di Sabah terlebih dahulu disebabkan pelbagai isu yang timbul berkaitan senarai daftar pengundi di Sabah apatah lagi dengan meletusnya konspirasi & sindiket peringkat tertinggi negara melibatkan “projek IC Sabah“.
Di Sabah ceritanya cukup menarik untuk diketahui rakyat Sabah amnya dan rakyat Malaysia umumnya. Kerajaan Malaysia telah meminda satu Akta Kesalahan Pilihan Raya  terhadap seksyen 9A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2002). Apa kesannya?
Senarai daftar pengundi yang digazetkan tidak boleh dibawa ke mahkamah oleh mana-mana pihak.

Guru Yang Aktif Politik Harus Letak Jawatan : Guru Mesti Sokong Dasar Kerajaan & Tak Ikut Dakyah Pembangkang!


Guru Politik PRU Ke 13 Guru Yang Aktif Politik Harus Letak Jawatan. Guru Mesti Sokong Dasar Kerajaan & Tak Ikut Dakyah Pembangkang!
Gambar dia atas adalah merupakan sebahagian paparan daripada video ucapan seorang yang bergelar Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Johor ketika sedang hangat berlangsung Pilihanraya ketika sekitar awal tahun 2011 (Januari) dahulu kepada kalangan guru di Johor pada ketika itu seperti yang kami laporkan DI (SINI).
Kali ini, tiba giliran Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) Zakaria Husin pula tampil memberikan peringatan kepada guru-guru……
Pengarah JPN Terengganu Zakaria Husin Guru Yang Aktif Politik Harus Letak Jawatan. Guru Mesti Sokong Dasar Kerajaan & Tak Ikut Dakyah Pembangkang!KUALA TERENGGANU – Guru yang mahu aktif dalam politik disaran meletak jawatan bagi mengelak fokus mereka terganggu sewaktu sesi pembelajaran, kata Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) Zakaria Husin.
Beliau berkata JPNT tidak pernah menghalang mana-mana guru yang mahu meletak jawatan kerana berhasrat menceburi politik secara serius kerana tindakan itu lebih sesuai untuk kepentingan pelajar dan sektor pendidikan negeri ini. Bagaimanapun, katanya, secara umumnya di Terengganu tidak ramai guru yang mahu aktif dalam politik dan kalau ada pun sekadar memegang jawatan biasa di peringkat cawangan.
“Sehingga kini, JPNT ada menerima kurang 10 permohonan rasmi daripada guru yang meminta kebenaran untuk memegang jawatan dalam parti politik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Refleksi Pendidikan bersama 500 guru di sini, hari ini.
Beliau turut mengingatkan semua guru di Terengganu agar sentiasa menyokong dasar kerajaan dan tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang mahu meraih undi menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Hasil BN Memerintah Lebih 1/2 Abad..

ROMPIN: Kampung Jaro antara kawasan di Rompin yang dilanda banjir apabila dinaiki air sejak malam tadi. Seramai 299 mangsa banjir daripada 76 keluarga di tujuh kampung, di sini tepaksa dipindah. 
FOTO Afif Abd Halim (06/02/2013) myMetro.

Inilah hasil BN (Barisan Nasional) memerintah, sudah lebih dari 1/2 abad.

Mahathir Mengapa Jelous?

Dari saya sentuh hal ehwal 'orang itu' pagi-pagin ini seperti mana ramai kekawan yang minta saya mengulasnya baik saya sentuh perihal Mahathir Mohamad, tokoh kematu yang tidak pernah sedar diri. Lebih berbaloi kalau saya mengulas mengenai Mahathir setidak-tidaknya kalau dapat 'dosa' ia balik modal kerana kedudukan Matahir yang tinggi dan tidak pernah mahu tunduk ke bumi itu. Lagipun Mahathir kini berada dalam war room, Umno.

Menjadi amalan saya, saya tidak suka mencatat mengenai ahli politik kecil atau pun mereka yang berkedudukan tetapi tidak ada nilai buat saya. Orang yang pendek akal politik atau merasa dirinya gah walhal dia tidak gah setara mana pun membuangkan masa saya saja atau kalau ditulis ia akan menghauskan keyboard laptop saja.

Bila sebut orang itu saya teringat kata-kata Salentia suatu masa dulu mengenai orang itu. Katanya orang itu tidak layak jadi orang besar atau pun berada ditempat kedudukan sekarang kerana fizikalnya tidak menarik. Dia kelihatan seperti budak dan orang kerdil saja. Maaflah... kalau nak marah, marahkan kepada Salentia yang juga kepada saya dia (Salentia) kerdil moral politiknya.

PRU 13: KEADILAN kategori kerusi wajib menang ikut gred

SaifuddinKUALA LUMPUR 7 Feb: Bersandarkan kejayaan Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, KEADILAN mengklasifikasikan beberapa kerusi wajib dimenangi pada tahun ini dengan gred tertentu.
Menurut Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, pembahagian kerusi itu merupakan strategi Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya.
“Kerusi kita bahagikan kepada gred A, B dan C. Gred A kita menang majoriti besar dan kita kena menang lagi, B pula sama ada kita menang atau kalah kecil, contohnya kerusi yang kita kalah tipis.
“Manakala Gred C apabila kita kalah besar. Untuk persediaan PRU 13, program utama KEADILAN berjalan mengikut jadual. Untuk sasaran kemenangan, kita terpaksa lipat gandakan usaha kempen,” katanya kepada Keadilan Daily.
Beliau berkata, pergerakan jentera bagi memastikan kemenangan besar dalam PRU 13 turut melibatkan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang dilantik sebagai ketua untuk meninjau perjalanan kempen.

Dr Mahathir Samakan Dirinya Serakus Hosni Mubarak

"Menjelang hari pembubaran Parlimen yang masih menjadi tanda tanya untuk menghadapi PRU13 , Najib di lihat begitu santai mempromosi rasuah express kepada rakyat (BRIM 2) Setelah mendapat sedikit publisiti murahan pada (BRIM 1) tahun lepas. Najib cukup yakin cubaan rasuah (BRIM 2) ini adalah rasuah terakhir Najib untuk menentukan hidup mati UMNO dan gerombolan .Tidak seperti Dr Mahathir , pada umur yang senja menjangkau 87 tahun , beliaulah antara manusia yang paling celaru untuk menghitung hari-hari mendatang. kesudahan dosa-dosa ngeri beliau .


Beliau memberi amaran dengan mengambil contoh ''Arab Spring '' tajaan Anwar akan di gerakkan jika Anwar kalah pada PRU13 nanti.

Secara tidak langsung Dr M mengakui kebangkitan rakyat Mesir untuk menjatuhkan regim Hosni Mubarak adalah impian beliau tidak berapa lagi. Selagi Anwar tidak di simpan maka mimpi beliau setiap malam adalah amat ngeri. Dr M kerap mengikuti perkembangan Anwar dan dia tidak sama sekali mempercayai pengakuan Anwar bahawa dirinya telah dimaafkan

Serangan terbaru Dr M  ANWAR’S PROMISE  kepada Anwar Ambil serius amaran 'Arab Spring' Anwar, kata Dr Mahathir pasti akan menggerakkan respon dari PERKASA , dan NGO sampah untuk mendapat tidak balas dari pihak Anwar dan PR sendiri. . Pada situasi sebegini..... pihak PDRM di sarankan untuk bertemu dengan setiap organisasi  parti politik yang bertanding untuk memberi pengakuan bertulis untuk masa ''tempoh bertenang'' selepas PRU13 sehinggalah majlis angkat sumpah sempurnakan.

Anwar sudah berjanji bahawa beliau akan pencen politik dan  akan jadi pensyarah sementara Dr Mahathir dan UMNO hanya ada 2 pilihan samaada rakyat Malaysia  akan menghukum pengkhianat- pengkhianat negara ini atau membiarkan mereka terus bermaharalela untuk 50 tahun lagi.

Rakyat akan tentukan.

Harun Taib: 'Itu pandangan Nasharudin, PAS masih bersama PR'


SHAH ALAM - Pas masih boleh bersama dalam Pakatan Rakyat (PR) selagi parti komponen PR setia pada janji yang telah dibuat sebelum ini, kata Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib.
Harun Taib Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang mendesak supaya Pas keluar dari pakatan pembangkang dan bergerak secara bersendirian bersandarkan kekuatannya jika ingin terus kekal relevan sebagai parti yang memperjuangkan Islam.

Menurut Nasharudin, walaupun Pas menjalin hubungan dengan DAP dan PKR berasaskan konsep tahaluf siyasi atau muafakat politik, pelanggaran beberapa syarat dalam ikatan itu jelas mengusik kesucian Islam.

“Itu pandangan dia (Nasharudin), orang lain ada pandangan lain, saya masih bersama PR.

“Alhamdulillah, hubungan Pas bersama parti kompenan PR masih baik,” katanya.

Ketika ditanya adakah percanggahan pendapat antara Pas dan DAP sebelum ini tidak mengganggu hubungan kedua-dua parti itu di dalam PR, Harun berkata, isu itu hanya ditimbulkan individu sahaja, bukan antara parti.

“Setiap perkara yang timbul tidak mengganggu perjalanan kerja kami, semuanya masih baik,” katanya.

Guan Eng kesal kenyataan Muhyiddin


 Lim Guan Eng GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng dukacita dengan kenyataan Timbalan Pendana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan permintaannya adalah satu kerja bodoh berhubung gesaan beliau supaya rakyat memakai baju warna tertentu untuk menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional (BN) pada 11 Februari ini.

Menurutnya, beliau kesal dengan serang peribadi Muhyiddin didakwa menggunakan bahasa kurang sopan.

“Saya berasa dukacita bahawa Timbalan Perdana Menteri menggunakan bahasa yang tidak senonoh terhadap saya.

“Saya tidak mahu buat serangan peribadi (seperti) dibuat Timbalan Perdana Menteri khususnya berkaitan persembahan artis porpular Korea, Psy pada hari Isnin ini. Saya tidak mahu menjawab (membalas) dengan nada yang sama,” katanya pada sidang media di pejabatnya, semalam.

It’s over for MCA

If the voting trends go along the same lines as it did in 2008, it is then the end for both Umno and MCA.

If only 30% of the Malay electorate in each of the parliamentary seat where MCA is the incumbent vote for PKR, then MCA is wiped out.
But Umno wants to save its Islam-bashing partner at all costs even if it means speaking like an infidel.
MCA, on its part, must do everything to keep the Chinese intact but it’s facing an uphill battle.
MCA has lost its credibility and relevance. It goes to town, saying if Pakatan Rakyat wins, then PAS will “Talibanise” everything.
It claims if Pakatan wins you can’t play mahjong, eat pork, bah kut teh, wash hair, yam seng and all that.
But we all know that MCA must say that PAS will restrict everything.
Umno and MCA are playing two sides of the same coin, but the subterfuge is not fooling everyone.
So, how do we kill off MCA for good? There is a simple formula.
If only 30% of the Malays vote for Pakatan and 80% of non-Malays vote the same way, MCA is finished. This is all we need.
MCA can lose all its 15 parliamentary seats in the next general election.
50% Malays with Pakatan
MCA has 15 parliamentary seats, most of them in Johor. Out of the seven seats in Johor, only two have Malay majority.

Malaysia helped CIA in global torture, says new report

Malaysia has been named among 54 countries which have helped the US's Central Intelligence Agency by hosting secret torture cells and participating in illegal deportation of detainees to and from US custody without any legal process.
Malaysia helped CIA in global torture, says new reportIn a 216-page report (left) released by New York-based Open Society Foundations on 'extraordinary rendition', or the transfer of detainees bypassing legal process, the plight of some 136 individuals was studied, revealing how they experienced 'extraordinary rendition' in 54 countries.
One such case is that of Libyans Fatima Bouchar and her husband Abu Abdullah al-Sadiq or better known as Abdul Hakim Belhadj, who had led a military group fighting the former Muammar Gaddafi regime and who now leads a political party in Libya.
The report - the first ever such report to document globalising of torture - said that the couple was detained for 13 days in 2004 by Malaysian authorities in Kuala Lumpur, before being told later that they could travel to Britain via Bangkok.
Pregnant and chained to the wall
However, both were subjected to torture by CIA agents, who detained them in a special room by the CIA at the Bangkok airport.
Fatima reported of being "chained to a wall and not fed for five days", while being about four month pregnant.

Egyptians take to streets against sexual violence

Tunisia killing leads to technocrat government

Tunisia: Demonstrators accuse government of Belaid assassination

Govt okays second autopsy on Sugumaran

Homeless Beca Man

PRU13 : Tetapkan tarikh PRU 5 tahun sekali


BEKAS Menteri Penerangan,Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir da lam satu wawancara baru-baru ini berkata bahawa alangkah eloknya pilihan raya umum hanya diadakan secara tetap selepas kerajaan memerintah tamat tempohnya selama lima tahun. Antara lain, beliau berkata: “Tarikh akhir hayat Parlimen 28 April. Maknanya elok sangatlah semua jabatan kerajaan tidak terlibat dalam urusan yang boleh ditafsirkan sebagai berkempen untuk satu pihak

.Ada juga kita dengar cadangan daripada pihak kerajaan sendiri, agar Parlimen dibubarkan dengan sendirinya pada 28 April. Ini satu cadangan yang cukup saya sokong dan ini pembaharuan yang amat baik untuk generasi kita akan datang. “Biarlah apabila kerajaan itu dipilih, maka dia akan berkhidmat dalam satu penggal yang cukup. Lepas itu biarlah rakyat menentukan, baik buruknya dia, berdasarkan rekod dia untuk lima tahun itu. Kalau kerajaan yang ada sekarang buat keputusan begitu, saya mengalu-alukan. Ini adalah satu pembaharuan, satu transformasi politik yang cukup bijak.

SIAPAKAH INDIVIDU YANG DIMAKSUDKAN OLEH MANTAN MUFTI PERLIS INI???


Siapakah invidu yang berilmu agama yang mampu mengeluarkan dalil dan fatwa dimaksudkan oleh Mantan Mufti Perlis, Dato' Dr Asri Zainul Abidin ini?

Jauh disudut hati Omak kau indvidu berkenaan ialah tokoh ugama yang baru-baru ini telah berjaya mengislamkan seorang wanita Filipina di Songkhla, Thailand, kini ada kes di Mahkamah Syariah Kuala Terengganu.

 Harap individu berkenaan kena respon persoalan yang dilontarkan ini bagi mengetahui sikap dan pendirian tokoh ugama yang cari makan dalam UMNO.

Gaza: Semangat dan renungan diri

Pada 24-30 Januari baru-baru ini saya melawat Gaza. Saya menyertai rombongan PCOM (Palestinian Cultural Organization Malaysia) yang dikira rombongan rasmi dari pihak Malaysia. Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mengepalai rombongan. Datuk Latif Mirasa Pengarah Yayasan Restu juga turut serta. Saya dan sahabat saya Dr Maszlee Malik menjadi anggota jemputan. Sepatutnya, ahli PCOM yang lain daripada PAS dan PKR turut menyertai. Namun, atas sebab yang tertentu mereka tidak dapat bersama.
Lawatan kami disambut oleh jemaah menteri Gaza. Kami bertemu dengan banyak menteri dan akhirnya dengan Perdana Menteri Gaza sendiri, Ismail Haniyeh. Kami melawat hospital dan pusat-pusat lain seperti mangsa perang, keluarga mangsa tahanan Israel dan lain-lain.
Jordan
Sebenarnya, inilah kali pertama saya ke Gaza. Walaupun saya belajar di University of Jordan, Amman (1990-1995) tapi saya tidak pernah berpeluang memasuki Palestine. Saya ada ramai kawan dan guru orang Palestine kerana mereka ramai yang tinggal di Jordan. Justeru, Palestine dan deritanya bukan sesuatu yang asing bagi mereka yang tinggal di Jordan. Di universiti, saya selalu juga menyertai demonstrasi, mahrajan (festival) dan pelbagai aktiviti berkaitan Palestine. Saya pernah lari dari kepungan polis yang menakutkan kerana menyertai demonstrasi isu Palestine. Kadang-kala ponteng kelas kerana sertai demonstrasi di universiti. Itu bukanlah sesuatu yang digalakkan. Namun, demikianlah Palestine itu begitu dekat di jantung hati kami. Sehinggakan terlalu bersemangat bersama kawan-kawan, dengan darah yang terlalu mentah ketika itu, saya berfikir untuk lari ke Palestine menyertai perjuangan mereka serta berdoa agar mati syahid di sana.
Pulang ke Malaysia, Palestine tetap wujud dalam ingatan, tapi kerna banyak kitaran dan putaran hidup, nama Palestine itu sudah tidak kerap dalam sebutan dan ingatan. Isu-isu umat Islam yang lain makin banyak, Palestine hanya salah satu daripadanya. Semangat Palestine dan Masjid Aqsa tidak lagi seperti dahulu. Ya, tidak pernah hilang dari simpanan ingatan, namun ligatnya kehidupan kadang-kala menjadi kita terlupa untuk menyebut bukan sahaja nama orang lain, bahkan nama kita sendiri dan dari mana akar kita ini.
Ahmad Yasin
Pada malam pertama di Gaza, kami menziarahi rumah al-Syeikh Ahmad Yasin r.h. Semoga Allah mengurniakannya darjah syahid yang besar. Tokoh yang terkenal sebagai sumber inspirasi intifadah. Insan yang hanya bergerak di atas kerusi roda, tetapi memiliki cita dan semangat yang membakar rakyat sehingga mereka semua bangkit berjihad atas nama Allah Yang Maha Agung. Tokoh kurang upaya yang menakutkan Israel dan dunia. Semasa di Jordan, apabila khutbah-khutbah Jumaat bercerita tentang Syeikh Ahmad Yasin, perjuangan dan pengorbanannya, kami sering menangis antara kesedihan dan semangat yang berkobar. Saya suka kata-kata Ahmad Yasin yang saya baca -walaupun saya tidak mampu melaksananakannya- menjawab pemohonan maaf muridnya yang menziarahinya pada waktu yang kurang sesuai dengan berkata: “Sesiapa yang hendak hidup untuk umat ini maka tiada baginya waktu yang sesuai dan yang tidak sesuai. Semua waktu hendak diusahakan agar sentiasa sesuai”. Demikian, dia seorang pejuang yang lengkap sekalipun cacat kakinya. Saya hanya insan kerdil yang mempunyai cita tapi kurang upaya.

Rasuah : Rafizi bidas penafian Menteri Pertahanan


Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli PETALING JAYA -  Tindakan  Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi  yang menafikan penentuan indeks anti rasuah pertahanan oleh Transparency International (TI) dibidas Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Menurut Rafizi, hal ini kerana pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut menjadikan Indeks Persepsi Rasuah (RCI) yang dirintis dan dibangunkan TI sebagai salah satu kayu ukur utama untuk menentukan sasaran pembanterasan rasuah dalam pentadbiran beliau.
“Kaedah penyelidikan yang diguna pakai TI diperakui dan diterima pakai di seluruh dunia.

“Tetapi hanya di Malaysia kita mempunyai seorang menteri kanan yang memperlekehkan indeks rasuah yang diangkat perdana menteri sendiri sebagai kayu ukur utama kerajaannya.

“Sewajarnya, Zahid mengambil pendekatan sama dan menasihati perdana menteri bahawa laporan TI perlu diguna pakai kerana indeks yang dibangunkan mereka jadi kayu ukur utama yang diiktiraf  Najib,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, semalam.

Jika penjenayah masih berkuasa, rakyat salahkan lah diri sendiri

Deepak sekali lagi membawa orang ramai menatapi isu pembunuhan Altantuya dengan membuat kenyataan yang memanaskan semasa perjumpaan Mahfudz Omar, Naib Presiden PAS semalam. Dalam kenyataannya beliau meminta perlindungan dari pihak berkuasa jika beliau memberikan segala bukti pembabitan Najib dan isteriya dalam kes pembunuhan itu.
Isu pembunuhan itu sudah menjadi buah mulut orang ramai sejak bertahun-tahun yang lalu dan dua orang pegawai keselamatan yang berkhidmat dengan Najib dan isterinya telah pun di jatuhkan hukuman mati kerana di sabitkan dengan kesalahan membunuh itu. Kedua-dua pegawai keselamatan yang bertugas dengan keluarga Najib ini telah membunuh seorang wanita Monggolia tanpa sebab kerana tidak dipersoalkan kenapa mereka membunuh wanita yang mengenali Najib dan rakan-rakan beliau itu.
Mahkamah Tinggi negara, mendapati mereka berdua bersalah kerana membunuh keatas dua pegawai Polis itu, tetapi yang amat anih dalam kes ini pihak peguam cara tidak pernah bertanyakan motif pembunuhan oleh kedua-dua pesalah itu. Ini merupakan satu-satunya kes pembunuhan yang sangat anih kerana tidak di sentuh sedikit pun tentang motif pembunuhan terhadap Altantuya itu dan ini lah yang menjadi tandatanya semua pihak. Bagaimana dua orang pegawai keselamatan kepada Perdana Menteri dan isterinya melakukan pembunuhan tanpa sebab.

Ni dia "AMANAT MUHYIDIN "mengguris hati Melayu Penang !!


Ni dia Amanat dari Muhyidin Yasin , beliau berkata "Jika BN Menang cina GERAKAN akan dilantik Jadi Ketua Menteri"....
aduhai..!!
UMNO cakap tak serupa bikin..
Cerdik tak boleh di pakai bodoh pulak tak boleh di ajor ..
Nah !! ambik ko orang semua wahai kaum Melayu Bani Umno...!!
Siang malam melalak dalam media RTM, TV3...... kutuk PAS berkawan Dap,. Pas tali barut DAP , Pas boneka cina .....
Tetapi Allah maha berkuasa ..
Belum apa apa lagi dan belum pun berjaya tawan  Penang ,Umno dah jadi barua cina Gerakan dan MCA, belum pun rakyat keluar mengundi Umno dah jadi boneka cina Mca dan Gerakan.
Sia sia saje pengikut Umno naik sasau demo sana demo sini. ha ha ha,
nak tanya sikit dekat pencacai umno, Teng Chang Yeow nii...bangsa banjar ka?
Kesian dekat Melayu Bani Umno kena tipu hidup hidup dengan pemimpin yang cakap plip flop...

Let’s be free again

Yes everything in this country seems to be the same but everything has changed and these changes trouble many of us.

There are times when I think that nothing has changed in Malaysia. All around me are our people living their lives in their own way. They are unencumbered by the things that make us different from each other – race and religion.
If I am hungry I go where my craving tells me to go. Today it may be chicken rice. Tomorrow satay in Kajang. By the end of the week either nasi kandar in Bangsar, kepala ikan in Kampung Pandan or maybe even nasi dagang at Kampung Baru.
I know where to go for the food that I want – to places I have grown accustomed to with friends who will insist that paying for what we all eat together is their privilege, not mine!
When I need to fill up for petrol I do confess that I would prefer Petronas but only because I feel that the possibility of the petrol being adulterated is less because quality control is tight.
I pass through Kampung Baru and Dato’ Keramat with not a thought about the Malayness of the place. Nor does it worry me when I am in Jinjang or Brickfields at any time of the day or night. This is my country and I go where I please.

CNY : 'Balik kampung' dengan 'Ubahmobiles'



 
Penyokong DAP yang tidak mampu membeli kereta baru untuk menyambut Tahun Baru Cina boleh memberi wajah baru kepada kenderaan mereka sambil membantu mempromosi parti itu di kampung halaman masing-masing.

dap car sticker campaign 060213Mereka digesa memuat turun pelekat kereta parti itu untuk
mengubah kenderaan mereka kepada 'Ubahmobiles' sebelum memandu pulang untuk cuti minggu depan.

Kempen kereta pelekat berdasarkan maskot Ubah parti itu, seekor burung enggang comel yang digunakan parti itu sejak tahun 2011.

Ketua publisiti DAP Tony Pua berkata musim cuti ini merupakan peluang terbaik bagi para penyokong untuk membawa mesej parti ke kampung halaman mereka di kawasan luar bandar.

Menyebarkan mesej Ubah
Selain pelekat kereta, beliau berkata para penyokong juga boleh memuat turun bahan kempen seperti risalah dan klip video yang boleh membantu mereka "mengubah" penduduk luar bandar.

Najib TERMALU besar dengan Anwar

SEGMEN "JANI DICAPATI"

ANWAR - kita akan turunkan harga barang/minyak, beri pendidikan percuma dan kos sara hidup lebih terjamin jika pakatan ke putrajaya.

NAJIB - jika pakatan menang dan memerintah, negara akan bankrup dengan manifesto pembangkang itu.

ANWAR - kita yakin jika tiada seleweng, rasuah, korup, kita boleh beri keselesaan kepada rakyat. Dengan mengurus tadbir dengan baik dana awam dan hasil negara.

NAJIB - pembangkang hanya pandai berjanji, pembangkang ibarat penjual ubat dijalanan. Mereka tidak pandai mengurus tadbir negara.

ANWAR - saya sudah hantar surat jemputan kepada presiden UMNO @ PERDANA MENTERI untuk berdebat isu ekonomi rakyat dan isu pertadbiran negara.

NAJIB - jangan cuba nak cabar saya, nanti ada yang demam dan mengeletar.

ANWAR - saya ulangi sekali lagi, saya ingin berdebat dengan perdana menteri secara langsung dikaca tv, supaya rakyat dapat menilai agenda ekonomi rakyat dan hala tuju negara yang lebih baik.

NAJIB - debat budaya barat. KAH KAH KAH.....

ANWAR - cakap berdegar degar, di ajak berdebat PENAKUT!

NAJIB - haramjadah..!! Relax lah bro, gua cakap dengan penyokong memang macam tu. Lu faham lah sikit der...
Kahkahkah... Pttuihhh...!!!

BOIKOT UMNO...
BOIKOT BN PRU13...
INI KALI KITA UBAH...

PENGURUS FELDA RAMPAS MIC KETIKA DATO TUAN IBRAHIM CERAMAH


Alhamdulillah selesai ceramah umum sebentar tadi. Tetapi kecewa dengan sikap pengurus Felda Kota Gelanggi 2 yang naik ke pentas untuk merampas microfon bg mengganggu majlis. 

Adakah sebagai negara demokrasi perlu berkelakuan begini. Malaysia adalah sebuah negara demokrasi semua orang berhak bercakap. 

Pengurus Felda Kota Gelanggi ini benar-benar memalukan masyarakat Felda dan ianya sungguh biadap.

Bye Bye Selamat Jalan...!!!

Walllaaaaweeeiiii.....!!!! Malaun nih terus mendapat liputan meluas oleh media umno laknatullah.... hahahaha...., lu orang pun boleh jugak apa.... bukannya susah, asal sanggup jadi barua dan anjing umno pasti popular and glamouresssss.... beb... contoh macam Nasharudin Md. Isa nih... hahahaha...

Siap ada temubual dalam slot khas tibitigasuku... muakakakaka.... pong pang pong pang.... dok memuji Najib dan Tong Drum dia... hahahaha..., paling tak bleh... ayat "Najib sanggup korban bawa sekeluarganya ke Gaza bla.. bla... bla..." (lebih kurang macam tu laa.. bunyinya)...

Perghhhhhh....  memang gua tak bleh blah dengan ayat bodek power super ultragaban si malaun nih.... kah.. kah... kah....  kesimpulan mudah dalam sudut politik.



Pertama: Malaun nih... kalau dah sampai tahap memuji serta mengangkat Najib Sampah dan Tong Drumnya ke tahap yang lebih hebat daripada pimpinan parti sendiri.... lu orang sendiri mau ingat laaa....

Keduanya: Malaun munafik nih... dah sampai tahap menyebut dan memuji berkali2 NGO yang berkaitan dengan umno laknatullah dalam membantu Palestin tanpa menyebut walau sepatah apa yang PAS atau KEADILAN atau NGO disebelah PR lakukan... inipun lu orang sendiri mau ingat laaaa...

Ketiganya; Eloklah diperhambat keluar dari Bachok..., halau balik Ghombau... hahahaha... suruh dia buang kopiah tuuu... dan gantikan dengan songkok tinggi.... kah... kah... kah... 

SELAMAT JALAN NASHA

Baru selesai tgk Temubual TV3 bersama YB Ust Nasaruddin, mantan Timbalan Presiden PAS. Konklusi nya mudah je pada pandangan aku secara politik. "

(1) Kalau dah sampai tahap memuji serta mengangkat Najib & Kak Mah ke tahap yg lebih hebat drp pimpinan parti sendiri....Apa maknanya tu? 


(2) Kalau dah sampai tahap menyebut & memuji berkali2 NGO yg berkaitan dgn UMNO didalam membantu Palestin tanpa menyebut walaupun sepatah apa yg PAS atau KEADILAN atau NGO disebelah PR ni lakukan...Apa lagi maknanya tu?


Justeru itu, dgn bahasa mudah aku...Ustaz Nasharuddin eloklah skrg masuk UMNO, mudah2an lekat jadi calon BN plak pd PRU13 nanti!!"


Selamat Jalan Nasha ........apa engkau tunggu lagi. Kalau dah begitu kenyataan engkau ....eloklah engkau masuk Parti Kak Mah dan Abang Jib.

PRU13 : 9 Kerusi Parlimen Johor Bakal Jatuh Ke Tangan Pakatan Rakyat

Oleh: Shahbudin husin

Dalam pilihanraya umum akan datang ini, Johor adalah antara negeri yang menjadi tumpuan antara BN dan PR. Sementara BN mengharapkan Johor akan terus kekal sebagai kubu kuatnya, PR pula mensasarkanu untuk merampas beberapa kerusi di negeri itu.

Dalam pilihanraya 2008 lalu, Johor adalah antara negeri yang menyumbang banyak kerusi kepada BN, selain Sabah dan Sarawak. Dengan hanya kekurangan 30 kerusi berbanding BN dalam pilihanraya lalu, PR kini sedang melipatgandakan usaha merobek sebanyak mungkin kerusi di ketiga-tiga negeri itu bagi membolehkannya menawan Putrajaya.

Sabah dan Sarawak memang diketahui gelora politiknya. Masalah dalaman di kedua-dua negeri itu hampir pasti memberi harapan cerah kepada berlakunya angin perubahan.

Cuma yang agak kurang kedengaran geloranya ialah Johor. Selama ini ia terkenal dengan kubu kuat UMNO dan BN sehingga menjadi ungkapan popular bahawa songkok pun jika bertanding atas tiket BN pasti akan memperolehi kemenangan.

Tetapi selepas tsunami politik 2008, Johor pun terkena tempiasnya. Walaupun dalam pilihanraya 2008, Johor masih menyumbang banyak kerusi kepada BN, senario menjelang pilihanraya ke 13 ini seperti menampakkan suasana yang berbeza.

Ambil serius amaran 'Arab Spring' Anwar, kata Dr Mahathir

KUALA LUMPUR -  Amaran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai demonstrasi ala "Arab Spring" di Malaysia perlu diambil serius
berikutan obsesi beliau untuk menjadi perdana menteri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menyatakan beliau tahu akan kapasiti Anwar untuk melakukan huru-hara, bekas Perdana Menteri berkata, Anwar telah membuktikan dirinya sebagai "juara" demonstrasi di masa lalu.
Dr Mahathir berkata, semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran pada 1974, Anwar telah menganjurkan demonstrasi pelajar mendakwa kebuluran telah menyebabkan kematian seorang budak lelaki di Baling, Kedah; tetapi tiada demonstrasi serius selama 16 tahun apabila Ketua Umum PKR itu menyertai kerajaan.
"Sebaik sahaja beliau keluar daripada kerajaan, terdapat demonstrasi setiap minggu. Obsesi beliau untuk menjadi perdana menteri akan mendorong beliau mewujudkan "Arab Spring" supaya cita-citanya menjadi kenyataan.
"Bagi dirinya, beliau tidak peduli sekiranya kestabilan dan ekonomi negara terjejas teruk asalkan beliau dapat menjadi perdana menteri," kata Dr Mahathir dalam entri terbaharu dalam blog beliau bertajuk 'Janji Anwar' di www.chedet.cc hari ini.

Tiada salah dengan ugutan bakar bible Ibrahim Ali, kata Dr M

KUALA LUMPUR, 6 Feb — Tun Dr Mahathir Mohamad membela Datuk Ibrahim Ali hari ini, mendakwa pemimpin Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu tidak melakukan penghinaan apabila beliau mencadangkan untuk membakar Bible dalam Bahasa Melayu yang menggunakan kalimah “Allah”.
Dr Mahathir yang merupakan penaung Perkasa memberitahu sidang akhbar hari ini, ahli parlimen Pasir Mas itu merujuk kepada amalan biasa membakar penerbitan dikelaskan sebagai haram. “Biasanya, jika terdapat penerbitan yang diharamkan, tindakan yang diambil ialah membakar buku tersebut.
“Jadi pandangan beliau (Ibrahim) jika Bible haram dari segi polisi, beliau memilih jalan biasa iaitu untuk membakarnya,” kata beliau selepas melancarkan buku “Antartica: Malaysia’s Journey to the Ice” di Universiti Malaya disini.
“Jadi saya tidak fikir dia (Ibrahim) mempunyai niat untuk menghina kitab injil… ini bukan niat dia.”
Minggu lepas The Malaysian Insider Dr Mahathir berkata walaupun Ibrahim menyokong Umno, kenyataan oleh pemimpin lantang tersebut bukan mewakili parti utama masyarakat Melayu tersebut.
“Adalah malang Ibrahim Ali perlu mencadangkan membakar bible yang baru dicetak.
“Itu boleh menjadi cara kita menjauhkan diri dari penerbitan yang tidak diingini. Ia tidak boleh dilakukan kepada Bible sepertimana ia tidak boleh dilakukan kepada Al-Quran,” tulis Dr Mahathir dalam blog chedet.cc.