Rabu, 6 Februari 2013

Dun Kelantan : Felda menginaya peneroka halang dapat geran tanah

Jadi Ketua Bahagian UMNO pun dah ada RM1.2juta... belum kira menteri lagik..!!!

Pemimpin Umno pamer longgokan duit depan penduduk


(Ikmal menunjukkan longgokan duit kepada penduduk ladang Kerila, Tanah Merah)

TANAH MERAH: “Wang berkenaan adalah jaminan atau bukti kepada penduduk bahawa saya Ketua Umno Bahagian Tanah Merah mempunyai sumber kewangan bagi membantu penduduk di ladang itu.

“Saya membawa wang sebanyak itu ke majlis berkenaan bagi menyakinkan penduduk bahawa Umno Tanah Merah di bawah saya bukan menabur janji kosong,” kata Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz, dipetik sebuah akhbar hari ini.

Semalam seorang penduduk dari Ladang Kerilla, Devandran a/l Vadiveloo, 34, mendakwa beliau melihat pemimpin Umno berkenaan membawa wang yang dibungkus di atas meja ketika menghadiri satu program di Kerilla baru-baru ini.

Katanya, perbuatan Ketua Umno Tanah Merah itu secara jelas cuba mengaburi mata masyarakat India dengan menjanjikan sesuatu untuk mereka.

“Saya amat terkejut seorang pemimpin Umno mempunyai wang tunai sebanyak RM1.2 juta. Dari mana seorang pemimpin mendapat wang tunai sejumlah itu.

“Sebagai mewakili masyarakat India di Ladang Kerilla sangat berharap SPRM membuat siasatan terperinci,” ujarnya.

Adun Gual Ipoh, Wan Yusoff Wan Mustafa berkata, tidak pernah berlaku sebelum ini ada pemimpin Umno yang didakwa membawa begitu banyak duit untuk dipamerkan kepada orang kampung.

Sifat Mahathir memang begitu,,,,


Sejarah telah membuktikan,  politik yang dimainkan oleh Mahathir sejak dulu hingga sekarang bukan saja licik dan kotor, bahkan amat jijik dan meloyakan sepertimana dalam kes fitnah liwat Anwar tahun’98.

Sebelum itu Mahathir pernah mempersenda dan memperkecilkan rakan politik yang sebumbung dengannya seperti Tun Husein On, Musa Hitam, dan Ghafar Baba. Akibat perbuatan Mahathir yang cuba melaga-lagakan orang bawahnya itu akhirnya ketiga-tiga tokoh politik paling kanan itu  amat berkecil hati dan terus merajuk dalam arena politik. Selepas PRU 12  Abdullah Badawi  turut menjadi mangsa politik kotor Mahathir di mana Pak Lah dihina dan dicerca serta disuruh meletak jawatan Perdana Menteri.  

Negara Zina : Gejala Seks & Rogol Di Kalangan Remaja Sekolah Semakin Parah

Remaja hilang dipercayai dirogol

KLANG - Polis mengesahkan terdapat kesan koyak pada kemaluan remaja perempuan yang menghilangkan diri bersama adiknya selama lima hari sebelum ditemui selamat di Taman Sentosa, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, kesan koyak itu disahkan doktor Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini yang melakukan pemeriksaan kesihatan selepas dua beradik itu dijumpai.

“Kita percaya ada aktiviti seksual antara remaja itu dengan teman lelakinya sejak dia dilaporkan hilang oleh ahli keluarga.

“Kesan koyak itu dipercayai berlaku lebih 72 jam. Adiknya pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, semalam.

Mohamad berkata, polis kemudiannya menahan teman lelakinya, warga Myanmar, berusia 23 tahun untuk membantu siasatan.

Katanya, siasatan mendapati, kali terakhir dua beradik itu dilihat menaiki sebuah teksi berhampiran kawasan sekolah sambil ditemani suspek yang bekerja di sebuah pasar raya di sini.

Menurutnya, remaja terbabit sudah empat kali keluar bersama suspek sejak berkenalan pada 12 Disember lalu.

“Siasatan juga mendapati rakan suspek berusia 20 tahun merupakan teman lelaki kepada adik remaja berkenaan,” katanya.

Guru Sokong PR Disaran Letak Jawatan, Sokong Umno Ok.. - Pengarah Bahalol

Guru yang mahu aktif dalam politik disaran meletak jawatan bagi mengelak fokus mereka terganggu sewaktu sesi pembelajaran, kata Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) Zakaria Husin.

Beliau berkata JPNT tidak pernah menghalang mana-mana guru yang mahu meletak jawatan kerana berhasrat menceburi politik secara serius kerana tindakan itu lebih sesuai untuk kepentingan pelajar dan sektor pendidikan negeri ini.


Bagaimanapun, katanya, secara umumnya di Terengganu tidak ramai guru yang mahu aktif dalam politik dan kalau ada pun sekadar memegang jawatan biasa di peringkat cawangan.

“Sehingga kini, JPNT ada menerima kurang 10 permohonan rasmi daripada guru yang meminta kebenaran untuk memegang jawatan dalam parti politik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Refleksi Pendidikan bersama 500 guru di sini hari ini.

Harga makanan terus meningkat, kerajaan gagal atasinya

SEPUTEH, 6 FEB: Asal sahaja tiba musim perayaan, harga makanan seluruh negara akan meningkat biarpun kerajaan menghantar pegawainya untuk memantau harga makanan di pasar dan pusat membeli belah.
Langkah yang diambil kerajaan itu bagaimanapun tidak menghalang kenaikan harga makanan secara mendadak dan menjadi semakin tinggi ketika krisis makanan dunia tahun 2008. Inilah realitii yang dihadapi negara sejak 10 tahun lalu.
Sehubungan itu, Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok berkata, satu daripada punca kenaikan harga makanan adalah akibat daripada pergantungan kerajaan kepada bahan import dari negara lain.
“Sejak bayi lagi kita bergantung kepada makanan import seperti susu tepung. Kita adalah antara negara pengimport makanan terbesar pada awal tahun 2000.
“Pengguna di Malaysia pula mencatatkan perbelanjaan sejumlah RM92 juta ke atas makanan import setiap hari pada 2011,” jelas beliau dalam satu kenyataan.
Bagi mengawal keadaan itu, Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh menyarankan agar kerajaan melaksanakan tindakan serius untuk menjamin bekalan makanan  dalam negara mencukupi keperluan rakyat.
“Negara perlu menjadi negara pengeksport makanan bukannya pengimport.

BN hidu mereka akan tewas, ugut rakyat agar jadi penakut

SUNGAI SIPUT, 6 FEB: Tindakan Barisan Nasional (BN) yang menakut-nakutkan rakyat Malaysia membuktikan parti itu semakin lemah dan mereka bimbang mandat Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti diberi kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk memerintah negara.
Ia termasuk amaran dangkal yang diberi mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilaporkan media bahawa banyak perkara boleh ‘musnah’ walaupun lima tahun PR diberi mandat memerintah negara dengan mengambil contoh apa yang berlaku di Greece.
Sambil membidas kempen jahat BN itu, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, M Kulasegaran berkata, tindak-tanduk mereka itu adalah berdasarkan hakikat bahawa PR semakin mendapat sokongan rakyat.
“Rakyat sudah cerdik kerana mereka dapat melihat pencapaian cemerlang kerajaan negeri yang ditadbir PR. Rakyat sendiri dapat lihat manfaat yang mereka terima dan kejayaan yang dicapai PR.
“PR bukan sahaja boleh mentadbir negara malah boleh memberi khidmat yang jauh lebih baik daripada BN, sebagaimana yang telah dibuktikan,” katanya dalam satu majlis di sini.

Jangan Ketawa : SPR jamin daftar pemilih bersih

KOTA KINABALU - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberi jaminan senarai daftar pemilih adalah bersih dan proses pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan menjadi yang terbaik.

Beliau berkata SPR membersihkan senarai daftar pemilih dengan bantuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana JPN mempunyai bidang kuasa untuk menentukan sama ada seseorang itu adalah warganegara atau bukan warganegara.
  
"Daftar pemilih yang kita ada sekarang iaitu sekitar 13.3 juta pengundi (termasuk di Sabah) sehingga Disember tahun lepas, adalah bersih. Pilihan raya umum ke-13 mungkin panas, mungkin mencabar tetapi tidak terkotor," katanya.
  
Beliau berkata meskipun timbul pelbagai persepsi ekoran pendedahan baru-baru ini dalam siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah, namun SPR yakin proses PRU13, terutama di Sabah akan menjadi yang terbaik.
  
Persepsi itu tidak seharusnya wujuh hanya semata-mata berdasarkan kenyataan satu atau dua orang saksi kerana terdapat lebih 100 orang yang akan memberikan keterangan kepada RCI, katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan surat pelantikan kepada tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai pemerhati tempatan pilihan raya umum ke-13 bagi negeri Sabah dan Labuan di sini hari ini.
 

KEADILAN Johor anjur forum “Isu Tanah di Johor: Masalah dan penyelesaian” 12 Feb

Chua Jui MengKEADILAN Johor akan menganjurkan satu forum yang bertajuk “Isu Tanah di Johor: Masalah dan Penyelesaian” pada 12 Februari 2013 hari Selasa jam 3.00 petang hingga 6.30 petang di Li Garden Seafood Restaurant, No. 1, Jalan Serangkai 1, Taman Bukit Dahlia, 81700 Pasir Gudang, Johor.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Johor, Datuk Chua Jui Meng pada jam 2.30 petang tadi serah sendiri surat jemputan ke Pejabat Menteri Besar Johor di Kota Iskandar, Nusajaya, Johor untuk menjemput Menteri Besar Johor,
Datuk Abdul Ghani Othman supaya merasmikan serta mengambil bahagian dalam Forum Isu Tanah tersebut. Surat jemputan tersebut telah diterima oleh Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Johor, Mohd Haffiz.

Ladang Gemilang: Mampat sokong turunkan sewa


AMPANG: Penasihat Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Ibrahim Sultan Ismail (gambar) menyokong cadangan Persatuan Anak Terengganu Di Perantauan (Perantau) agar kerajaan negeri mempercepatkan urusan sewa beli pangsapuri dan menurunkan kadar sewa sebanyak 50% daripada RM300 kepada RM150 untuk penghuni Ladang Gemilang.


"Di mana logiknya kerajaan ingin membantu, sekiranya kerajaan mengenakan sewa yang kurang munasabah sedangkan mereka ini tidak pernah membayar sewa rumah yang mereka diami sebelum ini?

“Kenapa tidak digunakan hasil petroleum untuk membantu meringankan beban penduduk asal Ladang Tok Pelam yang telah diambil tanah mereka ini?" tanya Tengku Ibrahim.

Beliau yang ditemui selepas menghadiri Himpunan Ummah Bersama PAS di sini kelmarin bersama-sama lain-lain tokoh yang menyertai PAS menegaskan Perantau sepatutnya turun lebih awal lagi.

Ancaman bakar kilang Lynas, Wong Tack akan dipanggil bantu siasatan

Pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack akan dipanggil bagi membantu siasatan berkenaan ancaman membakar loji nadir bumi Lynas Corp di Pahang. — Gambar fail
KUANTAN, 6 Feb — Polis akan memanggil pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack tidak lama lagi untuk membantu siasatan berhubung ancaman untuk membakar loji nadir bumi Lynas Corp di Gebeng. Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mencetuskan kekacauan dan tindakan akan diambil terhadap mereka yang turut terbabit.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Malaysian Insider, baru-baru ini yang memetik Wong sebagai berkata bahawa mereka (Himpunan Hijau) akan membakar kilang berkenaan sekiranya kerajaan yang baharu dipilih tidak menutupnya selepas pilihan raya umum 2013.
“Negara kita ada undang-undang, jadi jangan bertindak melulu tanpa berfikir. Memberi ancaman ini seolah-olah memberi ugutan dan ia salah di sisi undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Op Selamat II peringkat kontinjen Pahang sempena Tahun Baharu Cina di sini.
Semalam, Pengerusi MCA Bahagian Bentong Datuk Hoh Khai Mun mencabar  pembangkang menyatakan pendirian mereka mengenai ancaman itu sekiranya Barisan Nasional (BN) tidak menutup loji itu apabila terus berkuasa selepas pilihan raya umum akan datang.

Lagi Pemimpin Umno-BN Selangor Didakwa Terlibat Skandal Tanah

Hannah Yeoh Skandal Tanah BN 01
SUBANG JAYA, 6 FEB : Dua nama pemimpin Umno Selangor didakwa menerima sekeping tanah berkeluasan 5,000 kaki persegi di kawasan USJ3B dan USJ3D di sini dengan harga RM2 sekali.
Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad mendedahkan ahli politik Umno tersebut adalah Datuk Seri Megat Najmuddin Megat Khas yang merupakan Ketua Bahagian Umno Petaling Jaya (1985-1995), Pengerusi Tetap Umno Subang (1995-2001) dan Adun Kelana Jaya Selangor (1986-1995).
Hannah Yeoh Skandal Tanah BN 03Megat Najmuddin juga adalah ahli Lembaga Pengarah Petronas, Presiden Malaysian Institute of Corporate Governance dan anggota Lembaga Disiplin Umno (2002-2009).
Ujar Nik Nazmi, turut menerima lot tanah tersebut ialah Ketua Wanita Umno Bahagian Kelana Jaya, Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussin yang merupakan bekas Adun Seri Setia pada 2004.
“Ia perkara yang amat mendukacitakan ketika mana rakyat susah untuk mendapat sekeping tanah dan untuk membeli rumah di sekitar Petaling Jaya dan Subang Jaya.
“Tetapi mereka mendapat tanah dengan mudah dan menjadi ‘jutawan segera’ dengan mendapat kelebihan seperti ini,” kata Nik Nazmi.
Beliau berkata demikian dalam sidang media berhubung Skandal Sapu Tanah 1Malaysia (SAT1M) yang diadakan di USJ 3 di sini.

Selangor peruntuk RM70.4 juta untuk pelajaran


SHAH ALAM: Kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM70.4 juta sepanjang lima tahun ini khusus bagi bantuan pendidikan untuk rakyat di Selangor.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali (gambar) berkata, sehingga 31 Disember tahun lalu, sejumlah RM32.1 juta diperuntukkan untuk Hadiah Pengajian Intitut Pengajian Tinggi (HPIPT) kepada 32,130 anak negeri Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Katanya, program yang dimulakan sejak 1 Julai 2008 lalu diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) menerima sebanyak 45,164 permohonan daripada pelajar dan hanya permohonan yang menepati syarat dan lengkap sahaja layak dipertimbangkan untuk proses pemberian HPIPT sebanyak RM1,000.

Anugerah kontrak Prai Power Plant kepada Samsung, SAMM lapor SPRM

projekPUTRAJAYA 6 Feb: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penganugerahan kontrak membina Prai Power Plant kepada Samsung Engineering & Construction.
Dalam pertemuan bersama Penolong Penguasa SPRM, Noraida Ariffin selama dua jam itu, Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard merakamkan kenyataan dan menyerahkan laporan 20 muka surat yang mengandungi dokumen berkaitan termasuk beberapa keping gambar.
Bukti gambar tersebut turut merakamkan pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, anaknya, Nazifuddin dan Presiden Samsung di Korea Selatan dalam usaha melobi projek berkenaan.
“Saya yakin SPRM kini ada bahan bukti yang cukup untuk meneliti kes tersebut,” kata Chegu Bard selepas membuat laporan.
Ketua Cabang KEADILAN Rembau itu sebelum ini mendedahkan, Samsung Engineering dianugerah projek bernilai RM2.47 bilion oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang dibina di Pulau Pinang sekalipun syarikat asing itu tiada dalam senarai pendek sebagai pembida.

PRU13 : PILIHAN RAYA KECIL SELEPAS 8 MAC 2008

PILIHAN RAYA KECIL SELEPAS 8 MAC 2008

Kerusi Parlimen
P.44 PERMATANG PAUH
P.36 KUALA TERENGGANU
P.59 BUKIT GANTANG
P.94 HULU SELANGOR
P.212 SIBU
P.185 BATU SAPI

Kerusi Dewan Undangan Negeri
N.45 GALAS
N.25 BUKIT SELAMBAU
N.29 BATANG AIR
N.12 PENANTI
N. 41 MANEK URAI
N. 11 PERMATANG PASIR
N. 31 BAGAN PINANG
N.05 TENANG
N.27 MERLIMAU
N.28 KERDAU

PRU13 : Proses Pilihan Raya

BERIKUT adalah proses-proses pilihan raya

Pengeluaran Writ: Apabila berlaku pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri atau terdapat kekosongan di luar jangka, SPR akan mengeluarkan writ iaitu surat kuasa untuk menjalankan pilihan raya kepada Pegawai Pengurus.  Pada masa yang sama satu notis pilihan raya akan diwartakan dan ditampal di tempat-tempat yang mudah untuk semakan orang ramai.
Notis tersebut akan mengandungi tarikh penamaan dan tarikh pengundian yang akan dijalankan.


Penamaan Calon: Pada hari penamaan calon yang ditetapkan, di antara  jam 9 pagi hingga 10 pagi,  Pegawai Pengurus akan menerima borang-borang penamaan dari calon, pencadang  atau penyokong atau ketiga-tiga sekali.
Selain dari penyerahan tiga salinan borang penamaan, calon, pencadang atau penyokong perlu juga menyertakan deposit pilihan raya dan Borang Akaun Berkanun iaitu Borang 5 untuk calon bagi ahli Dewan Rakyat dan
Borang 5A untuk calon bagi Ahli Dewan Undangan Negeri. Borang-borang ini perlu dimatikan setem di Pejabat  Duti Setem.

Kertas-kertas penamaan yang diterima akan di pamerkan dari jam 10 pagi hingga 11 pagi untuk diteliti dan dibuat bantahan oleh mereka yang layak iaitu calon dan pemilih yang terdaftar di kawasan berkenaan. Kali ini tidak ada sesi bantahan.  Apabila selesai urusan tersebut Pegawai Pengurus akan mengisytiharkan calon-calon yang layak bertanding.
Jika hanya seorang saja calon yang layak, Pegawai Pengurus akan mengumumkan calon tersebut menang tanpa bertanding.

PRU13: Elemen Baru


SPR: Jangan pertikai dakwat kekal
Noha Mohd Fadrullah, yang berkerusi roda, ditanda dakwat pada jari sebelum layak diberi kertas undi - Foto Bernama
Dakwat kekal: Harap jadi kenyataan
BERIKUT elemen-elemen baru yang akan diperkenalkan pada Pilihan Raya Umum ke-13.


Peti undi lutsinar - pertama kali akan diperkenalkan pada PRU. Ia sudah digunakan ketika PRU Negeri Sarawak

Dakwat kekal - akan dilaksanakan pada PRU13

Pengundian awal -

OKU – boleh ditemani

Mansuh proses bantahan - tidak akan sesi proses bantahan, bermakna keputusan status akan diumumkan dalam jam 10.30 pagi

Calon tidak boleh tarik diri - peruntukan calon boleh tarik diri dibatalkan

Mansuh pondok panas - SPR juga melarang kewujudan pondok panas oleh parti-parti atau calon bertanding

Pahlawan Sedia Khidmat Guaman Percuma Kepada Tentera Dituduh Sertai HKR112

Pahlawan Guaman Percuma 01
PETALING JAYA, 6 FEB: Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan) menyediakan khidmat guaman percuma kepada anggota tentera yang dikenakan tindakan atas pertuduhan menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112).
Ini ekoran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengenalpasti beberapa anggota yang hadir dalam perhimpunan tersebut dan kini akan disabitkan dalam pertuduhan dibawah Akta ATM.
Pengerusi Pahlawan, Asri Buang berkata, kehadiran mereka adalah atas kapasiti individu tanpa menyertai mana-mana pergerakkan NGO atau parti politik.
Ini disebabkan perasaan ingin tahun tentang perkembangan politik semasa secara langsung.
Tambah Asri, mereka ini akan dikenakan tindakan dibawah Seksyen 87 Akta Memudaratkan Perkhidmatan.
“Pahlawan memandang serius perkara tersebut.
“Ini kerana menurut undang-undang yang ada, anggota tentera yang masih berkhidmat dalam perkhidmatan bebas menyertai mana-mana perhimpunan yang dibenarkan oleh undang- undang Malaysia dengan syarat tidak menyertai mana-mana NGO atau parti politik serta tidak membahayakan keselamatan negara,” katanya.

PRU13 : Khalid mahu pilihan raya Selangor tak cepat, tak lambat

Subky Latif,
TAN Sri Khalid Ibrahim yang tidak bercadang menyertai politik, apabila menyertai politik menyusahkan ketenangan Perdana Menteri Najib.
Dia tidak main isu Altantuya dan tidak main isu Deepak, saudagar permaidani.

Dia main isu membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor. Ketika Najib  terus berteka-teki tentang bila PRU13, dia bercadang untuk membubarkan DUN Selangor setelah Chap Goh Meh iaitu kira-kira dua minggu selepas Hari Raya Cina.

Sama ada Parliman dibubarkan atau tidak, dia bercadang membubarkan DUN Selangor dulu setelah puas menunggunya sejak sekian lama.  Alasannya tak mahu dan   tak lalu menunggu lama.

Ikut isyarat yang pernah diberinya beberapa tahun dulu, pilihanraya umum di Selangor sedia diadakannya apabila genap empat tahun penggalnya. Itu yang pernah disebutnya semasa Najib berura-ura hendak mengadakan PRU lebih dua tahun lalu.

Najib pernah mencanangkan untuk mengadakan PRU segara kerana tidak mahu lama bertenggek atas mandat Abdulllah Badawi. Dia mahu mandatnya sendiri. Tiada gahnya menumpang mandat orang.

Reaksi Khalid masa itu, biarlah  Najib panggil pilihanraya mengejut, Selangor tidak akan ikut selagi penggal lima tahun itu tidak genap empat tahun.

Deepak 90 peratus yakin pegawai PM ada semasa Altantuya dibunuh

deepakKUALA LUMPUR 6 Feb: Ahli perniagaan kontroversi, yang mendedahkan kaitan Datuk Seri Najib Razak dan isteri dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Deepak Jaikishan mendakwa hampir 100 peratus yakin ada pegawai Perdana Menteri semasa wanita Mongolia itu dibunuh.
“Saya 90 peratus yakin, pegawai dan pengawal keselamatan Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berada di lokasi Altantuya dibunuh,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, bersama pemimpin parti itu, tengahari tadi.
Ditanya lanjut berkenaan dakwaannya itu, beliau menjelaskan keyakinan tersebut berasas hubungan baik dengan Rosmah yang dianggap sebagai kakak.
“Memang saya tidak ada di tempat kejadian tetapi berdasarkan hubungan rapat saya dengan keluarga Perdana Menteri, saya yakin saya kenal mereka yang terlibat,” kata Deepak.
Ditanya lagi bagaimana beliau mengenali pegawai terlibat sedangkan beliau tiada di tempat kejadian, Deepak sekali lagi menegaskannya.
“Walaupun saya tiada di situ, saya pasti 90 peratus,” katanya.

Dr M dakwa tidak terlibat dalam pemberian kerakyatan haram..!!

KUALA LUMPUR, 6 Feb – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membebaskan dirinya dari bertanggungjawab terhadap dakwaan pemberian kerakyatan secara haram kepada warga asing di Sabah pada masa lalu, menegaskan “perintah” adalah semata-mata untuk mereka yang layak.
Bekas perdana menteri yang sering dipersalahkan kerana “Projek IC”, inisiatif tahun 1980am dimana kerakyatan Malaysia didakwa diberikan sebagai tukar ganti kepada undi untuk Barisan Nasional (BN), mengulangi pra-syarat untuk apa-apa anugerah kerakyatan adalah seseorang individu perlu tinggal di Malaysia untuk tempoh masa tertentu, selain dari syarat-syarat lain.
“Saya bersetuju kita boleh beri kerakyatan kepada mereka yang telah menetap di sini bagi satu tempoh masa dan layak untuk menjadi warganegara,” kata beliau kepada wartawan selepas melancarkan buku di Universiti Malaya.
Tetapi Dr Mahathir (gambar) kemudian menambah jika benar dakwaan selama ini, beliau tidak boleh mempunyai kawalan mutlak terhadap apa yang telah dilaksanakan di bawah sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai perdana menteri.
“Apa yang berlaku di bawah, saya tidak boleh bertanggungjawab,” katanya. “Tetapi perintah itu diberikan kepada mereka untuk memberi kerakyatan kepada yang layak.”

Dr Mahathir merespon tuduhan musuhnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa beliau terlibat secara langsung dalam pemerian kerakyatan dan hak mengundi kepada warga asing di Sabah.

SPR: Anak Ramasamy didaftar sebuah parti politik..???

azlanSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan bahawa anak perempuan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy, yang mendakwa namanya telah dimasukkan ke dalam daftar pemilih tanpa pengetahuannya, telah didaftarkan sebagai pengundi oleh sebuah parti politik.

Menurut laporan Berita Harian, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberitahu satu sidang akhbar di Kuching semalam bahawa anak Ramasamy - Sri Vaitheki, 25 - didaftarkan sebagai pengundi di Kampung Tanjung, DUN Semenyih dalam Parlimen Hulu Langat, menggunakan alamat di Semenyih pada 21 Februari 2011.

Pendaftaran itu dibuat melalui Borang A SPR dengan mengemukakan kad pengenalan beralamat di Selangor, dan borang telah diserahkan oleh sebuah parti politik, katanya.

Bagaimanapun, SPR masih belum mengetahui parti politik yang mana.

Abdul Aziz menegaskan bahawa proses pendaftaran Sri Vaithek itu
dilakukan mengikut peraturan dan kad pengenalannya sah selepas semakan dibuat dengan Jabatan Pendaftaran Negara.

PRU13 : Pas tak berani keluar PR - Dr M

KUALA LUMPUR - Pas tidak berani keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) kerana bergantung kepada DAP, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, parti yang memperjuangkan Islam itu akan kekal bersama PR kerana 'menyayangi Karpal'.

"Jika Pas keluar daripada PR, parti itu akan kalah. Dia (Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) meraikan hari jadi bersama Karpal (Pengerusi DAP, Karpal Singh) dan menyambut perayaan Thaipusam bersama.

"Mereka tidak berani keluar PR, Nik Aziz bercerai dengan Nasha (Nasharudin Mat Isa) tetapi dia tidak mahu bercerai dengan DAP," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Buku bertajuk Antarctica: Malaysia's Journey to the Ice di sini, hari ini.

Semalam, Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok meminta Pas keluar daripada PR.

PRU13 : Pendatang diberi IC tak semestinya undi BN - Dr M


Bercanggah dengan dakwaan kerakyatan-untuk-undi, pendatang asing yang diberikan kewarganegaraan tidak selalunya mengundi BN, dakwa Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebaliknya ia sebenarnya menguntungkan pembangkang, kata bekas perdana menteri itu yang menegaskan bahawa orang kuat PBS, Datuk Joseph Pairin Kitingan menang dan BN yang kalah dalam pilihan raya.
"Mereka adalah warganegara Malaysia dan ia adalah hak mereka untuk mengundi pilihan mereka," tegas Dr Mahathir lagi.

Beliau menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur selepas melancarkan buku Antartica: Malaysia journey into the ice, yang memuatkan aktiviti penyelidikan negara ini di Kutub Selatan.
Buku setebal 275 muka surat dan memuatkan 366 keping gambar itu diterbitkan `dengan kerjasama Bernama dengan pembiayaan dari Universiti Malaya dan Kementerian Pengajian Tinggi.
Buku itu memberikan penerangan panjang lebar mengenai keadaan di benua diliputi ais itu daripada aspek geologi, cuaca, flora dan fauna, stesen-stesen penyelidikan saintifik serta kerja yang dilakukan
kumpulan saintis dan penyelidik dari pelbagai negara yang menumpukan usaha mereka di kawasan itu.
Dr Mahathir mengulangi bahawa di bawah arahan langsung beliau, hanya pendatang yang berkelayakan dipilih untuk mendapat kewarganegaraan, sambil menambah bahawa apa yang berlaku di bawah mungkin sebaliknya.

PRU13 : PR Kedah ikrar sumbang 15 kerusi ke Putrajaya

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat Kedah berikrar akan menyumbangkan 15 kerusi kawasan parlimen kepada Pakatan Rakyat dalam usaha membentuk kerajaan persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata jentera ketiga-tiga parti di negeri itu komited untuk menjadikan 15 kerusi dari negeri itu sebagai penyumbang pertama Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

"Atas nama PAS dan Pakatan Rakyat, kita berikrar 15 kerusi Kedah adalah penyumbang pertama pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat pada pilihan raya nanti," katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, Pakatan Rakyat negeri ini dijangka mampu mengekalkan 11 kerusi parlimen yang dimenangi pada PRU 2008 lalu dan yakin menambah empat lagi kerusi yang kini dikuasai BN.

"Seluruh jentera Pakatan Rakyat kini sedang berkerja ke arah itu iaitu untuk mendapatkan 15 kerusi parlimen bagi membantu Pakata Rakyat ke Putrajaya," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

ANWAR IBRAHIM : 'SIAPA MAU 5 JUTA!'

PRU13 : Tunggu Najib Bubar Parlimen....


PRU13 : Dan 55 Tahun...Reput Busuk Lagi Kotor...Tukar Sekarang..!!!


PRU13 : Agenda Wanita Malaysia


PRU13 : Pakatan Rakyat Berjiwa Rakyat


PRU13 : AES Musuh Rakyat


PRU13 : Lebuhraya Bertol Rompak Rakyat Suap Kroni !


PRU13 : Skandal Lembu Barisan Nasional


PRU13 : Rasuah Meghancurkan Negara



PRU13 ; Semangat Bersih Harapan Negara



PRU13 : Duit Tak Cukup, Rasuah Miskinkan Rakyat



PRU13 : Tolak Projek Pencemaran Demi Generasi Akan Datang



PRU13 : 112 Rakyat Bangkit Tuntut Perubahan



Indonesian workers protest over minimum wage delays

BN men score prime land at RM2 psf

Today in History for Wednesday, February 6th

Biased methodology claim 'baseless', TI-M tells Zahid

PDRM digesa dedah statistik sebenar jenayah

PRU13 : BN=Bankrapkan Negara

PRU13 : LYNAS - Ubah sekarang, Bersihkan Malaysia

PRU13 : Bersih 3.0 Semangat Bersih, Harapan Negara

PRU13 : Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia!

PRU13 : BN yang tamak! (BM)

Sokong kempen “Cetuskan Perubahan” bagi memperingati ulang tahun Tunku Abdul Rahman


KUALA LUMPUR, 6 FEB: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, sebaliknya jadikan 2013 sebagai permulaan baru Malaysia menuju Merdeka Kedua dengan melakukan UBAH di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) untuk mencapai janji Pemasyhuran Merdeka dan Malaysia terhadap demokrasi, kebebasan, keadilan, kebajikan dan kebahagiaan rakyat terutamanya ketika berdepan cabaran globalisasi abad ke-21.
Beliau berkata, ketika membaca Pemasyhuran Kemerdekaan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur 55 tahun lalu iaitu pada 31 Ogos 1957, Tunku Abdul Rahman berikrar bahawa Malaya “akan kekal menjadi sebuah negara merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kemakmuran rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara semua bangsa.”
Menurutnya, ikrar itu diulang semula oleh Tunku Abdul Rahman enam tahun kemudian ketika Pemayshuran Malaysia pada 16 September 1963 mengenai pembentukan Malaysia dengan ikrar yang sama.
Bagaimanapun beliau kesal kerana kenangan indah dan nama baik Tunku Abdul Rahman dan nenek moyang kita itu baru-baru ini difitnah dengan kata-kata menghina dilemparkan oleh seorang bekas Perdana Menteri yang menuduh Bapa Malaysia itu memberi kewarganegaraan kepada satu juga bukan Melayu yang “tidak layak” sebelum Merdeka pada 1957.

Ulang tahun kelahiran Tunku Abdul Rahman dirai dengan kempen “Cetuskan Perubahan”


KUALA LUMPUR, 6 FEB: DAP hari ini melancarkan kempen “Cetuskan Perubahan” di perkarangan tempat letak kereta Stadium Merdeka, pagi ini bersama 17 kenderaan yang dihiasi dengan pelbagai pelekat membawa mesej “Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia”.
Kempen itu dilancarkan bersempena ulang tahun kelahiran Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman yang ke-110 tahun ini adalah satu kempen demi menyemai kesedaran di kalangan rakyat betapa pentingnya melakukan anjakan politik pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua berkata, Pakatan Rakyat (PR) berhadapan dengan serangan Barisan Nasional (BN) yang menggunakan taktik kotor melalui wang, propaganda media dan jentera kerajaan (3M – Money, Media and Machinery).
“Mereka menggunakan wang untuk membeli undi rakyat terutamanya di kawasan luar bandar dan mengeksploitasi kemiskinan rakyat.
“BN juga mengawal sepenuhnya media arus perdana dan ia digunakan untuk memfitnah dan memburuk-burukkan PR,” katanya pada sidang media, hari ini.

Husam: Nasha salah platform desak Pas keluar PR


Husam Musa KOTA BHARU - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata bekas timbalan presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berada di platform yang salah bila beliau mendesak parti itu keluar dari pakatan pembangkang. 
  
Husam berkata desakan Nasharudin itu tidak relevan lagi kerana (beliau) sudah tidak menjadi anggota Majlis Syura Ulama Pas.
  
"Ustaz Nasha kini berada di luar (Majlis Syura Ulama Pas). (Maknanya) tak guna saluran (yang betul)," kata Husam kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Kelantan di sini, hari ini.
  
Bercakap dalam wawancara dengan sebuah akhbar tempatan semalam, Nasharudin mendesak agar Pas keluar dari pakatan pembangkang dan bergerak secara bersendirian bersandarkan kekuatannya jika ingin terus kekal relevan sebagai parti yang memperjuangkan Islam.
  

Selangor : Semua Kediaman Patut Dapat Air Percuma Jika Syabas Laksanakan Tanggungjawab

MB PC EXCO 6 FEB 2013 01
SHAH ALAM 6 FEB : Setiap kediaman di Selangor sudah boleh menerima air percuma sekirannya Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) melakukan tanggungjawabnya dan selesai menukar semua meter pukal kepada meter individu enam tahun lalu.
Ini kerana mengikut perjanjian penswastaan perkhidmatan air 2004, Syabas perlu menukar kesemua meter pukal di kediaman ke meter individu dalam dalam tempoh dua tahun dari 2004 hingga ke 2006.
Sekiranya Syabas telah melaksanakan tanggungjawabnya, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tidak ada kediaman yang tercicir daripada skim 20 metre padu air percuma yang diperkenalkan sejak 2008.
Abdul Khalid mendedahkan fakta tersebut semasa mengulas kes mahkamah yang sedang berjalan di mana 711 individu mengemukan saman terhadap Kerajaan Selangor berkenaan dasar pemberian air percuma.
Pendedahan syarat perjanjian 2004 itu adalah bukti terbaru yang Syabas, syarikat yang mengendalikan pengedaran air di Selangor, gagal dalam melaksanakan tugasnya secara cekap dan amanah.
Contoh terbaru adalah Syabas didakwa lambat dalam melaksanakan proses pertukaran meter pukal ke meter individu di 76 kawasan pangsapuri walaupun kesemua flet di kawasan tersebut telah memenuhi syarat dan bersedia bertukar ke meter individu.
“Keadaan ini berlanjutan walaupun kita sudah beberapa kali mengingatkan Syabas supaya mempercepatkan proses ini,” kata Abdul Khalid.

Tentera bebas sertai himpunan, tiada sebab dipecat – Pahlawan

AsriPETALING JAYA 6 Feb: Takut kebangkitan rakyat yang menuntut perubahan, Umno BN kini pula menekan enam tentera yang didakwa hadir Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) 12 Januari lalu.
Salah seorang dari mereka adalah tentera darat dan selebihnya tentera laut.
Presiden Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan), Asri Buang berkata, semua tentera terbabit mengikut maklumat keluarga mereka bakal dipecat sekiranya didapati terlibat dalam himpunan itu.
Turut menerima ugutan adalah ahli keluarga mereka.
“Kita dapat maklumat isteri kepada tentera tersebut mendapat tekanan menyatakan suami mereka akan dipecat dan semua elauan serta pencen akan disekat. Sehingga sekarang tiada penggantungan tugas, tapi mereka berdepan kesalahan dalam ketenteraan.
“Tentera darat tersebut adalah wakil pemain skuasy Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpangkat Lans Koperal yang berpangkalan di Batalion 1 Sungai Besi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.
Menurutnya, mereka disiasat berdasarkan gambar yang dimuat naik dalam laman facebook masing-masing.
Mereka disabitkan pertuduhan di bawah Akta Angkatan Tentera Malaysia Seksyen 89 (memudaratkan perkhidmatan).
“Di bawah akta ini ia ditafsirkan sebagai memudaratkan perkhidmatan dan kesalahan tidak diletak secara umum. Contohnya, tidak pakai butang baju juga akan dikenakan di bawah akta ini. Jika disabitkan kesalahan mereka akan ditamatkan perkhidmatan,” jelasnya.

Royalti: Husam ajak Mustapha dialog dalam forum terbuka

KOTA BHARU: Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, akan menghantar surat pada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Seri Mustapha Mohamed, untuk mengadakan forum terbuka.

Menurutnya, forum terbuka yang bakal diadakan di mana-mana universiti akan membincangkan isu royalti yang telah dibohongi Mustapha, bersesuaian dengan pertemuan beliau bersama mahasiswa yang mengulas itu berkenaan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco, di Kota Darulnaim, di sini tengahari tadi.

“Saya juga difahamkan Tok Pa ke universiti membohongi mahasiswa berhubung royalti.

“Saya nak cadangkan pada Datuk Pa, universiti ni tempat intelektual, kita boleh adakan forum secara ilmiah, jadi saya minta dia menghubungi mana-mana universiti supaya mengadakan forum terbuka antara saya dan Tok Pa,”ujarnya.

Katanya, dengan itu perbincangan cara ilmiah dapat dilakukan, di mana masing-masing dapat mengeluarkan hujjah.

“Dia boleh bangkang hujah saya, saya bagi hujah dan dia boleh bantah hujah saya.  Orang ramai ni (penonton) adalah golongan cerdik pandai.

Ambiga: Balik mengundi, jangan undi pos

Pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga menyeru pengundi berdaftar yang berada di luar negara pulang ke Malaysia untuk mengundi dan tidak menggunakan undi pos dalam pilihan raya umum akan datang.
Katanya, beliau menyeru demikian memandangkan syarat yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi pengundian pos di luar negara didakwanya sangat mengelirukan dan meragukan.

Beliau merujuk kepada syarat SPR yang mengatakan warganegara yang pernah berada di Malaysia atau kembali ke negara ini tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh lima tahun sebelum tarikh pembubaran Parlimen.
Katanya peraturan itu mengelirukan dan tidak adil bagi pengundi yang berada di luar negara.

"Syarat bahawa pengundi perlu kembali ke Malaysia dalam masa lima tahun dan selama 30 hari pada pendapat kami tidak boleh dilaksanakan. Ia tidak adil untuk pengundi.

"Peraturan yang dikeluarkan tidak lengkap. Banyak kekeliruan tentang pengundi pos," katanya.

SPR : Seramai 1,574 rakyat Malaysia di luar negara daftar pengundi pos

KOTA KINABALU, 6 Feb — Seramai 1,574 rakyat Malaysia di luar negara sudah mendaftar untuk mengundi setakat ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Beliau berkata negara paling ramai rakyat Malaysia mendaftar ialah Australia iaitu 350 orang diikuti United Kingdom dengan 258 orang, Amerika Syarikat (108), China (88) dan Qatar (86) sejak pendaftaran secara talian terus dilancarkan pada 21 Disember lepas.
“Keputusan yang dibuat oleh SPR bagi membolehkan semua rakyat Malaysia di luar negara, tidak termasuk pegawai kerajaan dan pelajar luar negara, mendaftar secara talian terus, faks dan e-mel sangat berkesan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyerahan surat pelantikan kepada tiga Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sebagai pemerhati tempatan pilihan raya umum ke-13 bagi Sabah dan Labuan di sini hari ini.
“Kita anggarkan sekitar 100 rakyat Malaysia luar negara mendaftar dengan SPR setiap hari, dan kita harap trend ini berterusan,” katanya. “Setakat ini, SPR tidak menerima apa-apa bantahan atau kritikan daripada rakyat Malaysia di luar negara berkaitan dengan proses pendaftaran ini.”