Selasa, 5 Februari 2013

SEBELUM DAN SELEPAS BR1M MENURUT PEMAHAMAN PENYOKONG UMNO/BN

https://m.ak.fbcdn.net/sphotos-g.ak/hphotos-ak-ash3/578249_525405240837721_1012624919_n.jpg
Tanpa BR1M kami mungkin merempat kah3.........

Pemimpin ibarat seorang pengembala

Salah satu sebutan yang Rasulullah SAW gunakan untuk menggambarkan kepemimpinan adalah kata ra’in, yang membawa konotasi pada makna pengembala. Sebutan ini bukan untuk merendahkan posisi seorang pemimpin, tetapi lebih untuk mengingatkan peranan dan tanggungjawab yang perlu ada pada seorang pemimpin.

Dari Ibnu Umar ra, katanya: “Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: ‘Tiap seorang dari engkau semua adalah pengembala dan setiap seorang dari engkau itupun akan ditanya perihal pengembalaannya. Pemimpin adalah pengembala dan akan ditanya perihal pengembalaannya. Seorang lelaki adalah pengembala dalam keluarganya dan akan ditanya perihal pengembalaannya. Seorang wanita adalah pengembala dalam rumah suaminya dan akan ditanya perihal pengembalaannya. Buruh adalah pengembala dalam harta majikannya dan akan ditanya perihal pengembalaannya. Jadi setiap seorang dari engkau itu adalah pengembala dan tentu akan ditanya perihal pengembalaannya” (Muttafaq’alaih)

Selain itu, para nabi yang diutuskan oleh Allah SWT semuanya adalah seorang pengembala kambing. Allah swt memberi latihan kepemimpinan kepada para nabi melalui pekerjaan sebagai seorang pengembala kambing.

Dari Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda: “Tiada seorang nabi pun yang diutus oleh Allah, melainkan ia tentu mengembala kambing”. Para sahabat bertanya, “Dan tuan?” Baginda saw menjawab, “Ya, saya juga mengembala kambing iaitu di Qararith. Kambing itu kepunyaan penduduk Makkah” (HR Bukhari)


Sosok pengembala menjadi pilihan Rasulullah SAW dalam menggambarkan watak kepemimpinan kerana mencerminkan sifat-sifat yang patut menjadi pelajaran, iaitu:

PGU: PAS T'ganu tawar kerajaan yang lebih baik


KUALA TERENGGANU: PAS Terengganu bersikap lebih terbuka dengan menjadikan Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno (PGU) sebagai medan dialog bersama rakyat khususnya berkaitan manifesto PRU13 bagi negeri ini.

Himpunan PGU yang akan diadakan pada 15 dan 16 Febuari ini merupakan himpunan rakyat terakhir sebelum berlakunya pilihan raya umum.

Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu Datuk Husain Awang yang juga pegarahan himpunan berkata, PAS menawarkan pemerintahan yang lebih baik kepada rakyat negeri itu sekiranya diberi mandat memerintah selepas PRU13.

"Ini himpunan terakhir, justeru kita jumput orang ami untuk memberi pandangan dan teguran termasuk membincangkan 'tawaran 100 hari' sebaik PAS menjadi kerajaan negeri," katanya.

PRU13: Guna kebijaksanaan ketika berkempen


KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menyeru jentera muslimat menggunakan sepenuh kebijaksanaan mereka bagi menarik undi pengundi wanita atas pagar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Timbalan Ketua DMPP, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, jentera muslimat sudah dibekalkan dengan ilmu-ilmu pilihan raya dan inilah masanya mereka membuat pecutan terakhir dengan turun ke sasaran.

"Sasaran muslimat sekarang mendekati pengundi wanita atas pagar dan penyokong Umno BN. Jentara penerangan muslimat sudah bersedia dengan bahan kempen tinggal bagaimana kita mahu memastikan maklumat itu sampai kepada golongan ats pagar.

"Apa yang kita nak, ialah bagitahu apa yang kita tawarkan sebab kita dah buat kajian dan kita dah tahu apa yang wanita nak. Jadi semua tawaran kita itu sudah ada cuma tinggal kebijaksanaan kita berkempen dari rumah ke rumah dan padankan tawaran dengan sasaran," kata beliau kepada Harakahdaily.

Ahli Parlimen Kota Raja itu juga berkata, DMPP bersama Wanita Pakatan Rakyat sudah menyediakan tawaran-tawaran khusus kepada wanita di Malaysia dan akan menyebarkan tawaran-tawaran itu.

Justeru katanya, jentera hanya perlu menggunakan teknik menerang tanpa perlu menyerang pihak lawan.

"Kita dah kategorikan muslimat ataupun pengundi wanita kepada beberapa kumpulan dan kita akan bawa tawaran-tawaran yang ada dalam buku jingga, agenda wanita berkebajikan, dokumen negara berkebajikan.

"Kita pakejkan semua jadi kita nak mendekati wanita sewaktu berkempen kepada mereka. Tak ada lagi guna pendekatan menyerang dan menceritakan keburukan pihak lawan," katanya lagi.

Tujuh agenda Wanita Pakatan ialah:

Pasca HKR#KL112 : Polis rekod keterangan seorang saksi perhimpunan

KUALA LUMPUR, 5 Feb — Polis telah merekodkan keterangan seorang daripada 14 saksi yang dicari bagi membantu siasatan berhubung pelanggaran syarat oleh penganjur perhimpunan di ibu negara 12 Jan lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata keterangan saksi lelaki berusia 41 tahun itu telah diambil pada Sabtu lepas (2 Feb) di Ibu Pejabat Polis Kulai Jaya, kira-kira pukul 3 petang.
“Bagaimanapun polis masih belum menerima sebarang maklum balas daripada 13 lagi saksi mahupun maklumat daripada orang ramai.
“Kita masih lagi berikan mereka peluang untuk serah diri...kita belum putuskan lagi sebarang tindakan yang akan diambil sekiranya mereka ini tidak tampil untuk membantu siasatan,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata orang ramai diminta memberikan kerjasama untuk menyalurkan maklumat berkaitan saksi kepada polis atau ke balai polis berhampiran.
Penganjur perhimpunan tersebut didakwa telah melanggar syarat apabila kanak-kanak bawah umur 15 tahun turut dibawa dalam perhimpunan tersebut.
Sebelum ini, gambar 14 saksi itu telah diedarkan melalui media dan laman facebook. — Bernama

Syria refugees struggle on as opposition makes offer of talks

Iran's Ahmadinejad in Egypt on historic visit

Al Azhar Memorial Garden : Tanah Perkuburan Islam Mewah Pertama Di Dunia

Di Indonesia golongan kaya semakin banyak dan oleh sebab itu keperluan tanah perkuburan ekslusif semakin meningkat. Sebelum ini tanah perkuburan mewah hanya terhad kepada mereka yang beragama Kristian dan Buddha . Al Azhar Memorial Garden yang terletak di Jakarta adalah tanah perkuburan mewah Islam yang sharia compliant pertama di Indonesia. Tanah perkuburan ini seluas 25 hektar dan mempunyai 5000 lot kubur. Lot kubur dijual secara individu, pasangan, berempat atau makan besar untuk keluarga. Bayaran pemakaman bermula dari 25 Juta Rupiah (RM 7970) untuk lot persendirian dan meningkat sehingga 8 Billion Rupiah (RM 2.5 Juta) untuk makan keluarga. Jika pengkebumian dilakukan di tanah perkuburan milik kerajaan anda perlu membayar RP 6 (RM 1900) Juta tetapi terdapat sewa bulanan dan yuran penyelenggaraan tahunan. Tiada bayaran bulanan atau sewa tahunan dikenakan di Al Azhar. Pihak Al Azhar akan menguruskan jenazah pelanggan dan menyediakan segala keperluan untuk ahli keluarga pada hari pengkebumian. Disamping itu khidmat keselamatan 24 jam juga disediakan.



Jom Gegar & Bantai SPR !


Hadiah Najib kepada Syabas: Jangan ingat rakyat Selangor bodoh!

Oleh DR DZULKEFLY AHMAD

1.       Tindakan PM Najib ‘menghadiahkan’ Syabas pinjaman RM120 juta tidak dapat ditanggapi umum kecuali ssebagai satu usaha menyelamatkan syarikat tersebut. Syabas, pemegang konsesi edaran air dan Puncak Niaga, pemegang konsesi rawatan air di Selangor, adalah sebagai milik majoriti Tan Sri Rozali Ismail. Tuduhan ‘bailout’ atau ‘tindakan menyelamat’ sebuah syarikat kroni adalah wajar dan tidak kerlaluan bahkan amat menasabah, mentelahan Tan Sri Rozali adalah juga mantan bendahari Umno Selangor.


2.       'Keberanian' Najib memberi pinjaman kepada Syabas adalah sangat mengejutkan ramai. Najib mungkin berpandangan bahawa rakyat tak faham selok-belok dan sebab-musabab isu krisis air Selangor. Kejahilannya tentang tahap pengetahuan dan pencerahan minda rakyat masakini menggalakkan Najib cuba membohongi rakyat sekali lagi bahawa pinjaman untuk Syabas adalah kerana kegagalan tadbir-urus kerajaan negeri. Sangat dangkal bahkan bangsat sekali alasan Najib ini.

3.       Untuk ingatan Najib, rakyat tahu bahawa kerajaannya memberi pinjaman mudah (softloan) kepada Syabas pada Disember 2009, sebanyak RM320 juta berbentuk pinjaman tanpa faedah (interest-free), tanpa cagaran (non-collatarised) dan boleh dibayar 20 tahun kemdudian (back-loaded). Pernahkah mana-mana pihak mendapat pemberian hadiah seperti itu termasuk peminjam golongan dhaif seperti dalam program Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Dasar Kapitalis : Pekerja tempatan diberhentikan tanpa pembelaan, ganti dengan pekerja asing


BINTULU, 5 FEB: “Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan”, begitulah perumpamaan sesuai dengan nasib malang yang menimpa kira-kira 1,000 pekerja tempatan yang diberhentikan secara cara tidak adil oleh beberapa syarikat di kawasan Samalaju Industrial Park, di sini, tanpa pembelaan Barisan Nasional (BN).
Bukan setakat itu, malah tempat pekerja tempatan yang diberhentikan itu diganti dengan pengambilan pekerja asing.
Tindakan tidak bertanggungjawab beberapa syarikat terbabit menyebabkan satu protes aman dilakukan pekerja yang teraniaya itu pada 28 Januari lalu sehingga memaksa DAP Sarawak mendesak kerajaan negeri menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya.
Merujuk pendedahan The Borneo Post pada 29 Januari lalu, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Dr John Brian Anthony berkata, kebanyakan rakyat tempatan yang diberhentikan itu tidak mempunyai perjanjian kontrak kerja.

Sudah sampai masanya rakyat Malaysia tukar kerajaan BN korup pada PRU-13

KUALA LUMPUR, 5 FEB: UMNO/Barisan Nasional (BN) tidak sepatutnya hanya mensasarkan 60,000 orang hadir untuk menyaksikan persembahan “Oppa Gangnam Style” Psy pada sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang, 11 Februari ini sebaliknya mensasarkan 100,000 atau 250,000 orang dari seluruh negara dan negara jiran menyaksikan acara sensasi itu.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, itulah topik hangat yang sedang dibicarakan rakyat Malaysia kebelakangan ini terutama mengenai kos sebanyak RM3 juta untuk membawa bintang Korea Selatan itu mengadakan persembahan pada Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pulau Pinang.
Katanya, alangkah baiknya jika kehadiran bersejarah julung kali Psy di Malaysia itu turut membuatkan Malaysia mencontohi Korea Selatan yang berusaha memperbaiki keadaan negara menjalankan transformasi yang jujur dalam tadbir urus, politik, ekonomi, pendidikan dan pembinaan bangsa bagi membolehkan Malaysia membuat satu anjakan dalam segenap aspek kehidupan.
“Biar kehadiran Psy itu memulakan satu debat nasional dan mengenal pasti cara bagaimana Korea Selatan, daripada sebuah negara yang miskin dan mundur mampu berjaya menjadi penjana ekonomi yang kini lebih kaya dengan pendapatan per kapita dua hingga tiga kali lebih tinggi dan lebih maju dalam semua biudang berbanding Malaysia,” katanya dalam kenyataan media sempena Pengiraan Detik 66 Hari ke PRU-13, semalam..
Berikut adalah perbandingan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) selama 18 tahun antara Malaysia dan Korea Selatan:

吉兰丹州务大臣拿督聂阿兹向马来西亚华裔同胞拜年来啦!

Pengundi2 hantu di Kuala Kubu Baru pula terima surat daripada Najib...

NONEDAP Selangor mengesyaki alamat penduduk di kawasan Kuala Kubu Bharu digunakan oleh pihak tertentu untuk mendaftarkan pengundi yang disyaki sebagai pengundi hantu.

Setiausaha organisasi DAP Selangor Lau Weng San berkata, kebimbangan itu timbul memandangkan penduduk di kawasan tersebut didakwa menerima satu surat daripada BN Selangor.


Anehnya, surat tersebut dialamatkan untuk individu yang tidak menetap di kediaman mereka, dakwanya.

Surat berkenaan, dakwanya, mengandungi ucapan Tahun Baru 2013 daripada BN Selangor dan turut memuatkan maklumat pengundian individu tersebut termasuk daerah mengundi, kawasan DUN dan parlimen.

"Kita khuatir alamat ini digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mendaftar pengundi-pengundi hantu.

"Ada 40 kes yang sama yang diterima sejak bulan lalu," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat DAP Selangor di Petaling Jaya.

Nazri Aziz Mengaku Media Perdana Alat Kerajaan

Pilihanraya Eropah 02
KUALA LUMPUR, 5 FEB : Jawatankuasa Penilaian Pilihan Raya Muslim Eropah memaklumkan pengakuan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa media perdana di negara ini sememangnya alat kepada kerajaan.
Ahli Jawatankuasa itu, Drs Fadime Orgu Fadime memberitahu Nazri mengakui media arus perdana memang alat untuk kerajaan ketika bertemu di parlimen.
“Pimpinan pembangkang ketika kami temui hampir semua menyatakan tentang tidak ada kesamarataan media dan pembangkang tidak diberi ruang langsung untuk menjelas agenda mereka dalam media arus perdana terutama menjelang pilihan raya,” katanya.
Beliau yang juga Mantan Ahli Parlimen Belanda selama dua penggal berkata, perkembangan pergerakan politik di Malaysia semakin lebih baik.

Di Sebalik Tabir Jelajah Merdeka Rakyat

Gobala vs Saifuddin: Dia Yang Saman Tapi Dia Yang Takut Untuk Hadir Di Mahkamah

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan tarikh baru perbicaraan kes saman Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan (Gobala) terhadap Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berikutan kegagalannya hadir dengan alasan sedang dirawat di hospital.

Hakim Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan 25 dan 26 April depan di kamarnya hari ini untuk perbicaraan itu bagi mendengar keterangan Gobala.

Saifuddin yang diwakili peguam William Leong akur dengan keputusan itu meragui sijil sakit yang dikeluarkan hospital swasta yang merawat Gobala membuat semakan bagi mengesahkan beliau terpaksa ditahan di wad.

“Kita ragu surat sakit ini kerana semalam beliau masih sihat dan sempat merasmikan pesta ponggal. Jadi kita mahu tahu betul atau tidak beliau sakit jantung atau dada seperti yang dinyatakan dalam surat tersebut.

“IsyaAllah tarikh baru itu mungkin kerajaan sudah berubah. Kita tunggu sahaja bagaimana seterusnya,” kata Setiausah Agung KEADILAN itu di perkarangan mahkamah kepada Keadilan Daily.

Saifuddin pada 10 Mac 2011, mempersoal bagaimana Gobala mampu memiliki RM1.4 juta untuk melangsaikan hutang pembelian tanah di Kelantan.

Gwo Burne releases new 'judicial fixing' clip

Suara UMNO : Ustaz Nasha mahu PAS bergerak sendiri tanpa PR?

"Pas sebelum adanya pakatan pembangkang ini punyai kekuatan bagi berdiri dan maju sendiri sebagai sebuah parti yang perjuangkan Islam. Namun kekuatan itu dicairkan sedikit demi sedikit demi memenuhi kehendak pakatan itu.  Saya mahu perjuangan asal Pas kekal, bukan sewenangnya dicairkan ikut kemahuan rakan pembangkang lain”  katanya.
Pendirian Ustaz Nasha dengan Dr Hasan Ali nampaknya tidak jauh berbeza. Kedua-duanya menentang kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) Duhai Ustaz Nasharudin Mat Isa !   Sedarlah!... diri tu baru setahun jagong dalam PAS. Janganlah cuba menidakkan ketokohan  TG Haji  Hadi dan TGNik Aziz yang sudah lama berjuang dalam PAS. Mereka sudah cukup masak dalam menentukan halatuju PAS,, cuma kamu saja yang degil, buat-buat tak faham dan sanggup menongkah arus.  
 
Umno yang memiliki ahli lebih 1 juta pun tak berani dan tak yakin boleh  memerintah Negara ini bersendirian, apakah Ustaz Nasha begitu yakin PAS boleh berjalan dengan sendiri tanpa mendapat kerjasama parti-parti lain? Angkuh dan sombong betul ahli PAS yang sorang ni. Perubahan sikapnya begitu ketara setelah terlepas jawatan penting yang dipegangnya dalam PAS.  Hari ini beliau seolah-olah sudah buta  mata dan hati !  Kemungkaran dan kemunafikan pemimpin Umno yang melambak didepan mata dia dah tak nampak. Sayang dan yakinnya pada Umno masih ada rupanya!  maka sebab itu peluang untuk mendampingi Najib tidak dilepaskannya!.  -  rahimothman

Lebih PAS Dari PAS : Karpal tidak berhak pertikai keputusan Majlis Syura Pas - Zahid Hamidi


Ahmad Zahid Hamidi KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP Karpal Singh tidak berhak mencampuri atau mempertikai keputusan Majlis Syura Ulama Pas berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.
  
"Saya tidak berhasrat untuk menasihatkan Karpal Singh tetapi itu (isu kalimah Allah) bukan bidangnya dan jangan masuk campur dalam bidang yang beliau sendiri tidak ketahui," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
  
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan, berkata demikian selepas melancarkan program 1ACP dan laman portal kerjaya WWW.Kerjayaveteran.my, di sini.
  
Beliau mengulas laporan media sebelum ini yang menyebut Karpal Singh, yang juga Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu, secara lantang menggesa Majlis Syura Ulama Pas meneliti semula keputusannya tidak membenarkan kalimah Allah diguna dalam Bible versi bahasa Melayu.

Malaysia 007 - LISTEN to the People! [大马007] (中文字幕/English Subtitled)

Najib melukah di tempat yang genting


BN sudah mula membahagi-bahagikan Bantuan Rakyat 1Malaysia. BRIM buat kali kedua dan inilah dia senjata terakhir UMNO serta BN untuk menentukan hidup matinya parti pemerintah selama 56 tahun itu. Bantuan RM500 itu menjadi kebanggaan Najib dan pimpinan BN kononnya begitu prihatin terhadap rakyat yang susah dan tidak berkemampuan. UMNO terutamanya Najib mengesahkan persepsi ramai yang UMNO sentiasa bergantung kepada kesusahan rakyat dengan menitiskan setitik dua air ke tekak mereka yang dahaga. Najib kini sedang melukah di tempat yang genting dan sempit.
Persoalannya, bagaimana sebuah negara yang telah merdeka selama 56 tahun masih berjuta-juta rakyat yang susah dan terpaksa memberikan bantuan RM500 bila pilihanraya tiba? Kalau lah keadaan sebegini, bagaimana pimpinan kerajaan kita begitu bangga mengaku yang negara kita sudah menghampiri ketahap negara maju? Bagaimana kah wang sejumput itu boleh menukar taraf hidup rakyat keseluruhannya? Inikah dia Program Transformasi Ekonomi Najib dan UMNO? Sampai bila budaya ini akan dilakukan oleh kerajaan dan apakah benar bantuan ini boleh menaikkan pendapatan per kapita rakyat seperti yang di gembar-gemburkan oleh Najib dan UMNO nya?

Gwo Burne dedah satu lagi video isu hakim


MP Kelana Jaya Loh Gwo Burne yang meraih populariti selepas mendedahkan klip video VK Lingam pada 2007, hari ini mendedahkan satu lagi video yang didakwa menunjukkan bahawa badan kehakiman mudah terlibat dengan rasuah.
Video berkenaan direkodkan bapanya, Mui Fah beberapa tahun lalu semasa pertemuan dengan seorang akauntan untuk membincangkan satu kes sivil melibatkan beliau dan bapanya itu.

Klip video sepanjang dua minit itu antara lainnya menunjukkan Mui Fah bercakap mengenai hubungan akauntan tersebut dengan seorang yang dinamakan sebagai "W" yang didakwa sebagai seorang hakim kanan.

"Anda amat mengenali W. Dia kawan baik anda! Jadi anda boleh minta W tolong," kata Mui Fah.

"Ya... tapi tidak perlu. J ada di situ! Kawan baik saya. J, broker licik saya sejak lama," jawab akauntan tersebut.

Nama samaran "W" dan "J" itu tidak didengar daripada klip video berkenaan kerana disunting, namun dinyatakan dalam transkrip yang diedarkan Gwo Burne.

Gwo Burne mengakui bahawa bapanya sengara "mengenakan" akauntan tersebut sebagai jaminan selepas akauntan tersebut menyebut mengenai hubungan dengan seorang hakim kanan.

Undi tidak percaya kepada Najib


KUALA LUMPUR: Ahli Umno dicadang supaya membuat undi tidak percaya kepada Datuk Seri Najib Razak ekoran kegagalannya dalam menguruskan negara ini.

Mohd Soberi Shafii (gambar), bekas Ketua Pemuda Umno Ketereh dalam kenyataannya kepada Harakahdaily berkata, kegagalan Najib mentadbir negara dan Umno memalukan seluruh ahli Umno.

"Bila Najib ke Kelantan baru-baru ini sekali lagi Najib memalukan Umno apabila membuat janji yang telah dibuat oleh Pak Lah sebelum ini," kata Soberi.

Menurut Soberi, akibat kesilapan  yang dilakukan oleh Najib kini menyebabkan Umno dan BN diambang kekalahan yang memalukan dalam sejarah negara.

Ketika melawat Kelantan  baru-baru ini, Najib membuat 7 Janji kepada rakyat Kelantan.

Akibat dari janji-janji itu, Najib dan Umno dipermain-mainkan oleh rakyat Kelantan.

Pelbagai pihak menjadikan 7 Janji itu sebagai bahan tulisan masing-masing dengan mempermainkan Najib.

Akibatnya, ahli Umno di Kelantan sendiri merasa malu dengan 7 Janji Najib itu, kata Soberi yang juga bekas Setiausaha Kerja Pemuda Umno Kelantan.

PRU13 : Saya yakin PR menang - Strategis tentera


AMPANG: "Saya yakin kali ini Pakatan Rakyat akan menang," kata bekas strategis Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid (gambar).

Penegasan itu dibuat beliau ketika memberikan ucapan dalam Himpunan Perdana Ummah Bersama PAS.

Datuk Ghafir, bekas Timbalan Ketua Panglima Angkatan Tentera Malaysia itu berkata, semasa pilihan raya 2008, beliau tidak yakin Pakatan boleh menang.

"Pada pilihanraya lepas, Pakatan Rakyat mungkin tidak menang. Itu sebab saya tidak mengeluarkan apa-apa statemen.

"Tetapi saya begitu yakin kali ini PR akan menang," kata beliau disambut tepukan dan teriakan takbir dari para hadirin.

Menurut Datuk Ghafir, mesej ini bukan beliau buat untuk anggota tentera tetapi lebih kepada orang awam.

Dubious voters found in PJ, Hulu Selangor

Santai Bersama GEMS - Ambang 2013 (VCD2)

Santai Bersama GEMS - Ambang 2013 (VCD1)

Pakaian separa bogel: Anwar arah rujuk Kulim

Hasil minyak dan sawit untuk pendidikan percuma: Anwar

430 Projek Tertangguh Didakwa BN, Sudah Diselesaikan Kerajaan Negeri Selangor

DAP: Selangor addresses used to register phantom voters

Kedah : Bongkar 403 Juta

30 Tahun Menunggu Bekalan Elektrik | Kg Jali Benta Lipis Pahang |

For Malaysia to be truly world class, Anwar & PR must bring Najib & Dr M to JUSTICE!

For Malaysia to be truly world class, Anwar & PR must bring Najib & Dr M to JUSTICE!It is not uncommon for Heads of States involved in scandals to be brought to court, and this has happened throughout the world in the Americas, Europe, Africa and Asia.
One recent example is Silvio Berlusconi, the flamboyant media tycoon who served not once but three times as prime minister of Italy from 1994 to 1995, 2001 to 2006 and 2008 to 2011. This despite a long list of criminal allegations against him, including collusion with the Mafia, false accounting, tax fraud, corruption and even bribing police officers and judges.
Berlusconi is indeed no stranger to the Italian courts. He has been tried over several cases including having sex with underage girls. Berlusconi was charged with paying for sex with underage nightclub dancer Karima El Mahroug between February and May 2010 when she was still below the age of 18. He was also charged with abusing his political power to cover up the relationship. Needless to say, it was this scandal that disgusted Italians so much that they decided to finally give him the boot.
Then in the U.S., Bill Clinton was caught having several sexual trysts with an intern Monica Lewinsky between November 1995 and March 1997. All in, the former U.S. president and husband of recently retired secretary of state, Hillary, was accused of having 9 sexual encounters with Monica.
The president and the intern were charged with having fellatio and other sex acts in the Oval Office itself and hauled up before a grand jury. Despite being the most powerful man in his country and the world, Bill found himself having to testify via closed-circuit TV and was lucky to escape being impeached by the U.S. Congress.
In Thailand, Thaksin Shinawatra the ex-prime minister and brother of the current premier, Yingluck, was tried for corruption over the sale of telecoms giant Shin even when he had already fled the country. Shin Corp's disposal to Singapore investment firm Temasek in January 2006 was one of the main catalysts for the numerous street protests that eventually forced Thaksin to resign. The Thai courts seized more than 40 billion bhat of Thaksin’s money amid allegations that he had abused his power and sold off Shin without paying any taxes to the government.

PRU13 : Pakatan yakin menang 14 kerusi Parlimen di Johor

Chua Jui Meng
KUALA LUMPUR 5 Feb: Pakatan Rakyat yakin boleh memenangi sekurang-kurangnya lapan hingga 14 kerusi dari 26 Parlimen di Johor sekaligus menumbangkan kerajaan Umno BN, kata Pengerusi KEADILAN Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng.
“Jika Umno BN tidak menipu dalam PRU 13 (Pilihan Raya Umum ke-13), kita pasti boleh menang,” kata Naib Presiden KEADILAN itu kepada Keadilan Daily.
Beliau mengulas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang beria-ia menyatakan kononnya negeri itu masih kubu kuat Umno BN berikutan sokongan rakyat tetap kukuh bersama parti itu.
“Kalau dulu, ya Johor kubu mereka, tetapi kali ini bukan lagi. Rakyat sudah muak dengan cara pentadbiran Umno. Kos hidup meningkat tetapi pendapatan masih di takuk lama,” kata Jui Meng.
“Rakyat nampak dan rasa sendiri, kenaikan kos hidup yang begitu ketara, terutama penduduk di selatan Johor, malah banyak tanah dirampas untuk kroni dan bukan untuk kemudahan rakyat,” jelasnya.

Umno terpaksa kitar ahli PAS untuk tebang PAS

KUALA LUMPUR: Oleh kerana terdesak untuk melawan kebangkitan PAS yang mendapat sokongan orang Islam dan bukan Islam, maka Umno terpaksa mengambil ahli dan bekas ahli PAS yang bermasalah.

“Mereka ini sudah dikenali bermasalah di dalam parti. Sekarang mereka menjadi hulu kapak untuk menebang PAS,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Menurutnya, mereka hanya laku sebelum pilihanraya sahaja, selepas pilihanraya mereka akan menjadi sisa toksid yang tidak dipedulikan oleh  Umno lagi.

Katanya, kenapa mereka tidak belajar daripada sejarah orang-orang yang terdahulu yang khianat perjuangan PAS.

“Ada yang berjawatan Yang Dipertua PAS, Panglima Jihad, Setiausaha Agung, Naib Presiden PAS, Ahli Majlis Syura, apabila mereka menyertai Umno dan menyokong Umno akhirnya seperti habis madu sepah dibuang,” ujarnya kepada Harakahdaily.

"Saudara Jauh" Musa Aman : Amalilio dipenjara guna pasport palsu



 
Manuel Karingal Amalilio - 'saudara jauh' Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman yang yang dikehendaki pihak berkuasa Filipina -  dihukum dua tahun penjara kerana memiliki pasport palsu selepas perbicaraan diadakan di wad Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu semalam.

Juga dikenali sebagai Mohammad Kamal bin Sa'aid, ahli perniagaan yang berusia 47 tahun itu mengaku bersalah memiliki pasport palsu Filipina di bawah nama Amililio Manuel Karingal, demikian menurut laporan New Straits Times.

Beliau dimasukkan ke hospital kerana masalah hati pada hari Sabtu dan perbicaraan yang didengar oleh Majistret Nuruhuda Mohd Yusof telah diadakan di wad hospital tersebut.

Beliau diwakili oleh peguam Khairul Othman.

Two high profile judges in case-fixing video

'Video MP' releases a two-minute video showing alleged case fixing within the judiciary.

PETALING JAYA: Kelana Jaya MP Loh Gwo Burne, who became an overnight sensation with the VK Lingam tapes, has released a new video clip which he claimed showed another case fixing within the judiciary.
The two-minute video, recorded by his father Mui Fah, showed an alleged case fixing involving “high-profile” judges a few years ago.
The video clip shows Mui Fah discussing a civil case with an accountant in which both were involved.
In the video clip, Mui Fah was seen discussing about the accountant’s relationship with a certain “W”, purportedly a senior judge, and another named J.
“W you know very well. Your good friend! So you can ask W to help you,” said Mui Fah.
“Yeah … but no need. J [another friend] is there! My good friend. J, my old wheeler dealer broker,” said the professional.
“We have provided information and evidence of continuing malpractice and fixing of cases to the highest bidder,” Mui Fah told a press conference here.

Nik Aziz: Langkah BN bawa Psy membazir

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan langkah membawa penyanyi popular Korea, Psy bagi memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN)  di Pulau Pinang pada 11 Febuari ini satu pembaziran.

“Bagi saya sambutan Tahun Baru Cina merupakan perayaan masyarakat terbabit yang meriah, namun tidak perlulah membazir dengan menjemput penghibur dari luar untuk memeriahkan acara sambutan.

“Daripada kita agungkan artis luar patut kita beri sokongan kepada anak-anak muda kita, namun persembahan yang dilakukan mestilah bermesej dan tidak menyimpang dari budaya negara kita yang masyarakatnya majoriti beragama Islam,” katanya kepada media hari ini selepas menziarah dua rumah masyarakat Cina sempena Tahun Baru Cina di Kampung Tebing Tinggi dekat sini.

Menara Warisan 118 tingkat hancurkan legasi sejarah – NGO

menaraKUALA LUMPUR 5 Feb: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pemaju Menara Warisan Merdeka 118 tingkat dikecam kerana enggan mengadakan pertemuan bersama penduduk sekitar sebelum projek dilaksana.
Ekoran itu, NGO Pertahankan Taman Merdeka Negara (PTMN) bertemu Datuk Bandar Kuala Lumpur menuntut penjelasan projek itu dan menjemput beliau hadir ke majlis pendengaran awam minggu kedua Mac nanti.
Bagaimanapun, Pengerusi PTMN, Ishak Surin berkata, Datuk Bandar tidak profesional kerana enggan bertemu dengan sekretariat PTMN di pejabatnya hari ini.
“Sejak Disember lalu, tiga surat dihantar tetapi langsung tiada respon dan hari ini PTMN hanya bertemu dengan pembantu khas beliau.
“DBKL maklum akan bincangkan perkara ini dan respon akan dimaklumkan segera,” ujarnya yang dikenali Cikgu Ishak pada sidang media di lobi DBKL.

Artis: BN patut utama artis tempatan, bukan Psy

Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) Rozaidi Jamil menggesa penganjur konsert BN di Pulau Pinang pada 11 Februari supaya mengutamakan artis tempatan dan bukannya penyanyi pop Korea Psy.

Katanya, peruntukan besar untuk membawa artis rap tersebut sepatutnya disalurkan kepada artis tempatan – sesuai dengan slogan "rakyat didahulukan" yang diuar-uarkan kerajaan.

Pelakon dengan nama gelaran Zed Zaidi itu juga berkata, persembahan oleh artis luar seperti Psy hanya akan menguntungkan kerajaan yang mengaut bayaran cukai hiburan.

"Kemasukkan Psy K-Pop dibiayai oleh syarikat tempatan bukan duit rakyat. Walaupun 2 juta diperuntukkan lebih baik diberi kepada artis Malaysia.

"Artis luar terutama Psy K-Pop, penyanyi memberi kelebihan kepada cukai hiburan negara berbanding pelakon kerana ia cuma persembahan one-off.

"Saya menyarankan pihak-pihak bertanggungjawab perlu berlandaskan 1Malaysia DS @NajibRazak Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan cc @DrRaisYatim," katanya di Twtter.
Beliau mengulas rancangan BN untuk menampilkan Psy di persembahan sempena majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina BN di Pulau Pinang.

Delegasi Muslim Eropah dedah Nazri Aziz akui media jadi ‘alat kerajaan’

Drs Fadime Orgu (kanan) dan Zouhair Amri dari Jawatankuasa Penilaian Muslim Eropah (European Muslim Election Comittee) mengadakan sidang media hari ini di ibu kota. — Gambar oleh Md Izwan
KUALA LUMPUR, 5 Feb -- Jawatankuasa Pilihan Raya Muslim Eropah (European Muslim Election Comittee) yang selesai dalam lawatan ke Malaysia hari ini mendedahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengakui media arus perdana di dalam negara ini adalah “alat kerajaan” dan menyatakan ia berbeza dengan media di luar negara. Dua delegasi Drs Fadime Orgu yang merupakan bekas ahli parlimen Belanda dan Zouhair Amri, wakil dari Perancis berada di Malaysia dalam lawatan 3 hari di atas jemputan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan telah bertemu dengan beberapa badan bukan kerajaan(NGO), pemimpin politik dan juga melawat Parlimen untuk bertemu Nazri.
Menurut Fadime, semasa pertemuan dengan dengan NGO dan pemimpin politik, beliau diberikan taklimat mengenai perjalanan media di Malaysia semasa kempen pilihan raya dan mendapati beberapa perbezaan ketara dengan negara mereka.
“Berbeza dengan negara lain, sistem media beroperasi di Malaysia adalah berbeza dan media di sini adalah alat kerajaan.
“Itu yang diberitahu kepada kami oleh beliau (Nazri),” kata Fadime apabila disoal wartawan tentang perjumpaan dengan Nazri di Parlimen.

Gangguan samseng UMNO : Ceramah dihenti untuk keselamatan



KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kecewa terhadap pihak polis yang tidak menghalang gangguan sekumpulan samseng dalam program ceramah malam tadi.

Presidennya, Mazlan Aliman berkata, pihak polis hanya memerhati tanpa melakukan apa-apa sewaktu kira-kira 100 orang dipercayai ahli Umno dan Perkasa mengganggu ceramahnya di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor malam tadi.

"Saya kecewa polis hanya berdiri di tepi dan membiarkan samseng ini membaling kerusi dan merempuh benteng pasukan Unit Amal. Waktu itu saya baru sahaja naik ke pentas dan memberi salam.

"Polis kata ceramah itu program politik dan mereka tak mahu campur," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Amti Lynas : 'Mereka paksa kita, bukan kita mahu bakar'

"Keputusan bakar atau tidak, bukan berada di tangan Himpunan Hijau. Keputusan itu adalah dari pihak berkuasa, mereka yang memaksa kita, bukan kita yang mahu membakar".

NONEBegitulah yang ditegaskan oleh Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack yang dilaporkan semalam mengancam untuk membakar loji memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan sekiranya kilang itu masih beroperasi selepas pilihan raya umum ke-13.

"Mereka yang memaksa kita untuk membakar. Ia bukan keputusan kita," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Sambil menegaskan bahawa selama ini kumpulan itu memang mengutamakan keamanan, beliau berkata tindakan untuk membakar kilang tersebut adalah sebagai "ekspresi simbolik" bagi menggambarkan kemarahan dan kekecewaan terhadap kilang itu.

Katanya, ini memandangkan loji tersebut sudah beroperasi dan orang ramai didakwa bakal terdedah dengan ancaman radioaktif.

"Di saat ini, ia merupakan satu simbolik perasaaan (marah). Tetapi kalau ia diteruskan juga kemarahan di dalam hati orang ramai, kebakaran mungkin akan terjadi.

"Keputusan ini adalah (terletak) pada pihak berkuasa, yang mesti menghentikan operasi walau apa cara sekalipun...Loji sudah beroperasi, ia menjadi ancaman setiap hari dengan radioaktif.

"Ini adalah (satu) kekecewaan. (Jadi) Siapa yang cabul undang-undang dan peraturan, adakah himpunan hijau atau pihak berkuasa yang menjaga keselamatan rakyat," katanya.

PRU13 : Ketirisan wang cukup untuk beri pendidikan percuma – Anwar

UniselSHAH ALAM 5 Feb: Nilai ketirisan wang rakyat dan pembaziran oleh Kerajaan Pusat kini bukan sahaja mampu menampung kos pendidikan percuma malah lebih dari mencukupi.
Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan mengatakan negara akan muflis jika pendidikan percuma dilaksana dan menyifatkannya pembohongan Umno BN.
“Negara boleh muflis disebabkan pembaziran dan ketirisan kerajaan dalam berbelanja, bukan sebab beri rakyat pendidikan percuma.
“Contohnya kita dapat lihat Kerajaan Selangor bina jalan dengan spefikasi sama dengan jalan dibina Kerajaan Pusat, tetapi kos kerajaan negeri jimat lebih 30 peratus,” katanya dipetik Media Selangorku.
Beliau menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Pendidikan Percuma di Malaysia: Suatu Realiti’ di Konvensyen Antarabangsa Pendidikan 2013, Universiti Selangor (Unisel), di sini, pagi tadi.
Ketua Umum KEADILAN itu turut mengingatkan kerajaan tentang keperluan pendidikan percuma dan isu kualiti pendidikan negara hendaklah diambil perhatian serius.
Justeru, katanya, Pakatan Rakyat menjamin akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pemimpin sekiranya menerajui kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-13.

PRU13 : PR Sasar Bina 10 IPTA, Sara Hidup Pelajar RM5,000 Setahun

Rafizi Ramli Konvensyen Pendidikan Unisel 2013
SHAH ALAM, 5 OKT: Dalam tempoh 10 tahun selepas memerintah, Pakatan Rakyat (PR) mensasarkan membina10 buah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dengan anggaran kemampuan menampung kira-kira 100,000 pelajar.
Menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, disamping menanggung yuran pengajian, kerajaan yang ditadbir PR juga akan menyediakan biasiswa sebanyak RM5,000 setahun sebagai sara hidup pelajar.
“Bertambahnya tempat di IPTA akan melahirkan persaingan sihat sesama Institut Pengajian Tinggi Swasta(IPTS) di negara ini, mereka terpaksa meningkatkan kualiti dan mewujudkan jurusan yang tidak ditawarkan di IPTA bagi menarik minat pelajar .
“Pada masa ini terdapat pelajar lulusan IPTS yang tanggung hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), tetapi sukar dapat kerja kerana ijazah kolej swastanya ‘tidak laku’ dipasaran,” kata beliau dalam Konvensyen Antarabangsa Pendidikan di Universiti Selangor (Unisel) pagi tadi.
Ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Pendidikan Percuma: Implikasi Kewangan Kepada Malaysia’ itu, Rafizi turut berkata langkah PR itu bukan sahaja tidak akan memufliskan negara, malah merupakan suatu pelaburan jangka panjang yang memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

AIR : Rakyat Mahu Penyelesaian Jangka Panjang, Bukan Beri Syabas Pinjaman

IJOK, 5 FEB: Bantuan RM120 juta dari Kerajaan Pusat kepada Syarikat Bekalan Air Selangor(Syabas) tidak membantu menyelesaikan isu air di Selangor, sebaliknya rakyat negeri ini mahukan penyelesaian jangka panjang diambil agar masalah bekalan air tidak berlaku pada masa depan.
Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, isu ini hendaklah diselesaikan secara menyeluruh dengan mengambil kira perancangan masa depan.
“Memang, ini satu rancangan yang tidak tersusun, sepatutnya perancangan kewangan tidak dibuat secara ‘adhoc’.
“Beri pinjaman sedikit demi sedikit tidak menyelesaikan masalah penyusunan semula struktur air Selangor,” ujar Abdul Khalid kepada TV Selangor malam tadi.
Abdul Khalid sebelum menceburi politik, beliau juga terkenal sebagai seorang ahli korporat berjaya, disegani dan memiliki pengalaman luas dalam dunia perniagaan.
Terdahulu Abdul Khalid berkata, bantuan RM120 juta kepada Syabas ini tidak akan menyelesaikan kemelut air Selangor kerana Syabas sebelum ini terbukti gagal mengurus dana yang diberikan kepadanya.

Rakyat Terengganu dalam kemelut kemiskinan

Tulisan saya mengenai penderitaan akibat kemiskinan Siti Azma Mohd Zain, seorang ibu tunggal yang terpaksa tinggal di sebuah ‘rumah kotak’ bersama dua anaknya di Kampung Limbung, Paka, mendapat banyak reaksi dari pelbagai pihak khususnya dari kalangan warga Terengganu sendiri.

Rumah usang beliau yang tiada sebarang kemudahan asas air dan elektrik, juga sering digenangi air setiap kali berlaku hujan akibat atap rumah yang bocor.

Namun inilah realiti penderitaan kesempitan kehidupan rata-rata golongan miskin yang ada di seluruh negeri Terengganu.

Golongan miskin ini kebanyakannya terpaksa memeras tulang empat kerat mereka untuk mencari rezeki halal buat mengisi perut anak-anak dan keluarga yang terlalu daif.

Mereka juga terpaksa berhadapan dengan kenaikan kos hidup dan barangan keperluan harian seperti minyak, gas, gula serta tepung yang terlalu membebankan golongan bawahan ini.

Ya, cubalah anda bayangkan, sebagai contohnya, kesempitan hidup insan petani yang tidak punya kerja tetap dan menyara hidup keluarga dengan hanya melakukan kerja-kerja kampong serta bercucok tanam.

Kadang-kadang pula, terpaksa meredah lautan untuk pergi menangkap ikan tetapi bila tiba musim tengkujuh, punca rezeki mereka ini kembali ke daratan.

PAS sasar sejuta sukarelawan hadapi PRU13


KUALA LUMPUR: PAS mensasarkan paling kurang sejuta sukarelawan bagi membantu parti itu dan Pakatan Rakyat agar berjaya menawan Putrajaya dalam PRU13 nanti.

Keahlian sukarelawan itu terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk sama-sama menyumbang tenaga dalam membantu PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya itu nanti.

Menurut Pengarah Sukarelawan PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi tawaran itu terbuka kepada rakyat Malaysia yang berminat termasuklah yang tinggal di luar negara.

"Keahlian terbuka kepada semua kaum, semua bangsa dan agama termasuk di Sabah dan Sarawak, pendaftaran adalah percuma dan boleh dibuat secara 'on-line'," katanya kepada Harakahdaily.

Mereka yang berminat boleh mendaftar secara on-line di laman web rasmi PAS iaitu www.pas.org.my/ dan boleh memilih bidang yang bersesuaian.

Antara bidang yang disenaraikan termasuklah kebajikan, keselamatan, pemantau, penerangan, perayu undi,  tampal poster serta teknologi maklumat.

Pendaftaran Sukarelawan PRU13 telah dilancarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru  Abdul Hadi Awang dalam program Himpunan Perdana Ummah Menyokong PAS di sebuah hotel di Ampang, Ahad lalu.

DAP bimbang rumah penduduk jadi alamat pengundi hantu



DAP Selangor mengesyaki alamat penduduk di kawasan Kuala Kubu Bharu digunakan oleh pihak tertentu untuk mendaftarkan pengundi yang disyaki sebagai pengundi hantu.

Setiausaha organisasi DAP Selangor Lau Weng San berkata, kebimbangan itu timbul memandangkan penduduk di kawasan tersebut didakwa menerima satu surat daripada BN Selangor.
Anehnya, surat tersebut dialamatkan untuk individu yang tidak menetap di kediaman mereka, dakwanya.
Surat berkenaan, dakwanya, mengandungi ucapan Tahun Baru 2013 daripada BN Selangor dan turut memuatkan maklumat pengundian individu tersebut termasuk daerah mengundi, kawasan DUN dan parlimen.

"Kita khuatir alamat ini digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mendaftar pengundi-pengundi hantu.

"Ada 40 kes yang sama yang diterima sejak bulan lalu," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat DAP Selangor di Petaling Jaya.

Agah : Apa standard Lt. Jeneral Abdul Ghafir? - Zahid Hamidi



Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi berkata bekas timbalan panglima angkatan tentera darat Leftenan Jeneral Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid yang mempersoalkan mutu alatan serta kemudahan tentera turut bertanggungjawab menetapkan piawai berkenaan.

"Tahap (standard) dia apa? Tanya dia balik. Apa standard dia? Masa itu dia jadi timbalan panglima, saya ketua dia. Dia yang buat standard itu," kata Zahid yang berang dengan dakwaan tersebut.

Beliau ditanya mengenai dakwaan tersebut dalam sidang media selepas merasmikan satu portal kerjaya bagi pesara tentera hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Ghafir pada bulan lalu yang mendakwa standard peralatan serta kemudahan di kem tentera tidak menepati dana yang diperuntukkan dan turut mengibaratkan kem berkenaan seperti kemudahan di negara dunia ketiga.

Abdul Ghafir, antara lainnya mendakwa ambulans yang digunakan pasukan pengaman Malaysia di Namibia sering rosak dan anggota pasukan itu juga terpaksa menggunakan tuala sebagai selimut.

Kenapa Kita Gagal?

Tengku Paduka : Kerajaan baru PR lebih berkaliber

Siri Malaysia tong sampah pendatang asing ~ Kemboja berkubu di Kubu Gajah

Best Blogger Tips

Mula mula sebelum apa berlaku.. nak paham tujuan gua amik isu nih tengok alamat dalam ic kat gambar di atas tu.kad pengenalan siap tarih luput!! ok dah faham?alamat pada ic tu kat Kg Kubu Gajah,Sungai Buluh.

Lebih kurang 9k penduduk Kemboja berkampung di sana.Apakah mereka ada ic? ya... mereka ada ic.ini menurut otai yang beritahu.semua rakaman tu gua akan post bila sampai masanya.

Kampung kubu gajah lubuk Kemboja bertapak dan membina empayar.Mereka memasuki negara melalui air asia.. sebarang urusan pasport diuruskan sindikat.Bukti? nanti gua ada masa.. gua postkan video pengakuan  tekong yang uruskan mereka dulu.Kata tekong tersebut.. satu kepala dia dapat RM900 !! bayangkan berapa banyak wang dia dapat? katanya lagi, kemboja kemboja ni masuk ke KLIA kemudia HILANG ... ke dalam negara kita, bertebaran dari utara hingga ke selatan.. jumlah mereka jika di TOTALKAn cecah juta!! katanya.. bukan gua reka.. bukti video tu ada dengan gua beb..nanti gua siarkan yer..



Pada awal penyiasatan gua hari tu.. gua cuma nak pergi sana dan snap! snap! snap! untuk ambil gambar aja.. namun  rezki tergolek bila dalam panas terik tu gua nak hilangkan dahaga.. singah beli air kelapa..niat nak try pancing tokeh tu untuk cari maklumat di mana lubuk2  perkampungan  Kemboja nih..risik punya risik tak pasal pasal pak cik berumur 70an secara sukarela menceritakan kepada gua tak soal banyak pun.dia dedah semua benda yang DALANGnya tu adalah UMNO penyelamat bangsa Melayu dan negara KONONNYALAH!! puii...


Usus lembu di dalamnya daging cincang.
makanan orang kemboja
Apa lagi,gua onkan camra telepon secara sembunyi dan rakam.. banyak bukti bukti menarik antaranya dia dedahkan siapa dalang yang bawa kemboja ini ke negara kita.. Jika dulu mereka masuk ke Malaysia akibat huru hara perang.. mengapa kini Kemboja telah aman.. mereka tidak di hantar pulang? tak lain tak bukan sebab mereka telah selesa dan hidop kaya raya mengatasi penduduk melayu !!! ada kemboja yang pakai Alphard beb!! rumah bungalow!!  gua tanya.. begaimana mereka ni kaya ek? pak cik tu cakap.. mereka ni tak focus macam orang kita.



Mereka tak hantar anak sekolah,mereka tak bayar cukai itu ini,mereka bekerja bersunguh sungguh untuk dapat apa yang mereka ada sekarang ni.

KANTOI : AHLI-AHLI "PAS" YANG PEMALU BERSELUAR JEAN BUAT DEMO DIKUALA TERENGGANU BANTAH DAP/PKR!!!!!!

Sekumpulan 20 orang lelaki yang pemalu mendakwa sebagai  "mewakili para penyokong PAS Kuala Terengganu" telah mengadakan demonstrasi aman di hadapan Masjid Terapung Tengku Tengah Zaharah di Kuala Ibai, Kuala Terengganu semalam.

Kumpulan pemalu berseluar jean  itu mahu pemimpin tertinggi PAS di peringkat pusat menyatakan pendirian tegas berhubung isu penggunaan kalimah Allah yang masih dibangkitkan DAP.

Punyalah pemalu para pendemo "ahli" PAS ini.. sampai terpaksa menutup wajah mereka dari dirakam.

Pada lazimnya kalau pejuang, pendokong, penyokong dan ahli PAS yang tulin, mereka tidak malu memaparkan wajah mereka malahan merasa bangga dan megah sekali, tetapi berlainan sedikit pada "demonstrasi" yang ini.

Berpakaian tidak seperti ahli PAS di Pantai Timur.

Perlu ingat.. kalau PAS yang menganjurkan demo bukan yang hadir setakat tak sampai 20 orang.. Paling kokak pun ratusan kalau bukan ribuan.

Kepada UMNO.. ini nasihat ikhlas Omakkau...Jangan ingat rakyat bodoh...Jangan nak hina dan perlekehkan kebijaksanaan rakyat.
YANG KELUARKAN FATWA HARAM UNDI DAP ITU SIAPA EK????

YANG GEMAR GUNAKAN PERKATAAN PAS PARASIT SIAPA EK????

Untuk Malaysia yang lebih baik

Oleh Mazir Ibrahim

Penyataan oleh masyarakat awam seperti “biarlah orang politik fikirkan”, “biarlah menteri buat keputusan”, “aku tak tahu, sebab aku tak campur hal politik-politik ni” telah menjadi pemisah antara kulit dengan isi, antara pemberi amanah dan pelaksana amanah.
Frasa oleh pengamal politik seperti “undi saja kami, nanti kami tahulah nak buat bagaimana”, “biar kami buat keputusan, anda cuma perlu sokong sahaja, “you help me, I help you” atau “kami lebih tahu apa yang baik untuk anda, kami dah buat kajian” juga menjadi sebab berlakunya kepincanganan antara jalan cerita dengan pengarahan, antara kerajaan dengan rakyat.
Kedua-dua senario ini merupakan manifestasi dari kegagalan pendemokrasian amalan politik kita dalam membangunkan siasah bangsa Malaysia. Ini jugalah yang menjadikan politik itu suatu hal yang sangat eksklusif dan menjauh dari realiti demokrasi yang kita harapkan.
Punca masalah
Puncanya barangkali ada dua;
1.      Amalan politik perkauman (aasabiyah) tajaan UMNO.
2.      Amalan politik kebendaan dalam budaya masyarakat.
Yang dikatakan politik perkauman UMNO sebagai punca utama terjadinya politik sempit dan eksklusif ini adalah menjurus kepada dasar pembahagian ekonomi dan dasar integrasi kaum menerusi sistem pendidikan.
Sebagai satu ringkasan, isu kemiskinan yang wujud semenjak dari awal Tanah Melayu merdeka hingga tertubuhnya Malaysia, yang majoritinya di kalangan kaum Melayu dan Bumipuetra itu sememangnya benar.
Tetapi, atas realiti itulah maka UMNO menjadikannya sebagai alasan atau sebab untuk berjuang atas nama bangsa. Atas nama bangsa itu jugalah UMNO mengambil kesempatan dengan mencipta dasar ekonomi yang mana kini dasar tersebut telah membaja budaya rasuah. Proses yang memakan masa lebih dari dua puluh tahuan ini pada akhirnya telah mencacatkan kemajuan bangsa itu sendiri.

PATI jadi warganegara, apa tindakan BN selepas ini?

KOTA KINABALU, 4 FEB: Bukan lagi rahsia apabila semakin ramai warga asing didapati memperoleh  kerakyatan dengan mudah untuk menjadi pengundi Barisan Naisonal (BN).
Persoalannya adakah BN akan membersihkan daftar pemilih dengan segera atau membiarkan “warganegara ekspress” itu terus menentukan nasib rakyat Malaysia?
Bagi Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Dr Hiew King Cheu, perkara serius itu sekaligus mengancam demokrasi negara ini kerana daftar pemilih adalah kunci bagi sistem demokrasi di Malaysia.
“Tanpa daftar pemilih yang bersih, tidak akan ada demokrasi di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, beliau menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan senarai daftar pemilih sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) demi keadilan kepada rakyat sendiri.

Mahathir dan Rosmah Liabiliti Najib Dalam PRU 13

Oleh Shahbudin Husin
Ramai yang tertanya-tanya kenapakah Najib masih tidak berani mengumumkan tarikh pilihanraya walaupun sering mendakwa sokongan rakyat kepada BN makin bertambah dan yakin untuk mencapai kemenangan. Beberapa pemimpin lain, terutama Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO, bukan sekadar yakin BN akan terus menggenggam kuasa malah merasakan kuasa majoriti dua pertiga pun mampu dicapai kali ini.

Apakah sebenarnya halangan utama Najib sehingga beliau menjadi satu-satunya Perdana Menteri yang paling takut mengumumkan pembubaran Parlimen? Inilah pertama kali dalam sejarah, tarikh pilihanraya masih tidak diumumkan walaupun sudah berada di penghujung tempoh lima tahun selepas pilihanraya lalu diadakan pada Mac 2008.

Ada kemungkinan Najib akan membiarkab Parlimen terbubar dengan sendirinya selepas 28 April ini ataupun mungkin beliau akan memohon perkenan Yang Dipertuan Agong untuk melanjutkan lagi tempoh pembubaran itu.

Apa pun keadaannya, ketakutan Najib untuk mengumumkan pembubaran Parlimen menggambarkan ketidakyakinan beliau terhadap kemenangan yang mampu dicapai kali ini. Walaupun sering mendakwa sokongan rakyat makon bertambah, tambahan pula dengan pelbagai janji dan pemberian gula-gula politik terutamanya BR1M 2.0 yang sedang dilaksanakan sekarang, hakikatnya sokongan yang diharapkan masih tidak memadai untuk menciptakan kemenangan yang selesa buat BN.

Ada pula Bible Jawi??

Oleh Subky Abdul Latif
Amat menakjubkan di tengah keributan isu Bible Melayu menggunakan kalimah Allah, ada pula kononnya ditemui naskhah Bible tulisan Jawi.
Demikian dipetik dari kenyataan seorang timbalan menteri. Saya tidak pasti di mana Bible Jawi itu ditemui dan setakat ini belum saya temui gambar kitab itu disiar oleh media.

Mengapa tiada pula media  memburu berita Bible Jawi itu bagi mengesahkan berita itu betul? Saya tidak mahu kata kenyataan sang timbalan menteri itu betul dan tidak juga kata ia karut. Tetapi saya amat musykil akan kebijaksanaan pengembangan agama Kristian menerbitkan versi Bible Jawinya pada masa penggunaan tulisan Jawi dalam Bahasa Melayu hampir pupus.
Saya tidak tahu kalau dicetak pada masa Jawi adalah tulisan rasmi bagi Bahasa Melayu sebelum merdeka dulu. Satu-satunya akhbar Melayu tulisan Jawi yang dibaca ramai ialah Utusan Melayu yang diterbitkan di Singapura sejak ia diterbitkan tahun 1939 hingga tahun 80an. Sebuah akhbar Jawi lagi yang hidup beberapa tahun selepas merdeka ialah Warta Negara yang diterbitkan di Pulau Pinang.
Ia mati kerana kelemahan perniagaannya. Akan tetapi Utusan Melayu menjadi rebutan antara Tun Razak dan Lee Kuan Yew kerana siapa yang menguasainya akan dapat menguasai politik orang Melayu. Siapa yang menguasai politik orang Melayu, dialah yang berkuasa di Malaysia.