Isnin, 4 Februari 2013

Pasca PRU12 : Jangan Lupa..??


Pasca PRU12 : Masihkah Anda Ingat ..??


Young savant artist captures hearts

Musa Hassan: 'Saya tidak terlibat politik'


Tan Sri Musa Hassan Dilahirkan pada 13 September 1951 dan mula berkhidmat sebagai pegawai polis pada tahun 1969. Kemudiannya pada 12 November 2006, Tan Sri Musa Hassan telah dilantik menjadi
Ketua Polis Negara dan bersara empat tahun selepas itu. Musa, cukup sinonim dengan sifat tegasnya sehingga membawa beberapa perubahan dalam pasukan polis termasuk cadangan
kenaikan gaji lebih tinggi kepada anggotanya hari ini.

Berpegang kepada amanat ayahnya “berani kerana benar, tidak mengambil rasuah dan bekerja dengan jujur” membuatkan beliau terus bersama pasukan polis walaupun pernah seketika
hampir kecewa kerana dikira lewat melalui proses kenaikan pangkat semasa inspektor. Hasil didikan ayahanda beliau Tan Sri Hassan Azhari beliau terus mengharungi liku-liku kehidupan
bersama PDRM. Beliau juga yang mengilhamkan pemakaian lencana 'Integriti' pada pemakaian rasmi seragam polis.

Akhir ini, nama Musa Hassan kembali disebut apabila beliau sering kali membuat kenyataan yang dilihat menongkah arus dan didakwa bakal menyertai parti pembangkang.

Untuk menyingkap kisahnya, ikuti temubual Ketua Wartawan Sinar Harian, MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN dan ROBIATULA DAWIYAH ABD RASHAD serta jurufoto, ROSLI TALIB.


SINAR HARIAN: Selepas bersara, apakah aktiviti Tan Sri sekarang?

MUSA HASSAN: Saya kini menjadi tenaga pengajar di Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Risikan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM.


SINAR HARIAN: Kenapa pilih untuk menjadi pensyarah, adakah kerana minat atau sebab lain?

MUSA HASSAN: Sejak dulu lagi saya sudah mengajar, ketika masih di dalam PDRM juga saya sudah menjadi tenaga pengajar di Maktab Polis Kuala Kubu Bharu selama lima tahun di dalam bidang undang-undang.

Selepas Di Pecat, Ustaz Nasha Dapat Slot Khas Di Berita Harian



Laman FB Berita Harian menguar-uarkan lintas langsung bersama-sama dengan Nasharuddin Mat Isa yang akan disiarkan secara langsung esok bermula pukul 3 petang.

Wow! Rasa-rasanya, tidak pernah pemimpin pembangkang diberi slot yang seistimewa ini. Sewaktu Anwar Ibrahim dipecat dan difitnah dahulu, media perdana turut berkomplot dengan pemimpin UMNO untuk menjatuhkannya.

Kalau disorot kembali, pemecatan Nasharuddin daripada Majlis Syura Pas mendapat pembelaan daripada pemimpin utama UMNO termasuk Najib dan Muhyiddin, media perdana, dan blog-blog pro-UMNO.

Tidak cukup dengan pembelaan yang diterima, kali ini bekas Timbalan Presiden Pas ini diberi slot khas untuk membicarakan kemelut dalaman PAS. Benarkah Pas mengalami kemelut dalaman atau lintas langsung esok sebenarnya hanya untuk mencalar dan memburuk-burukkan Pas?

Mungkin kenyataan  Presiden Pas bahawa PAS ada sebab untuk kekal keahlian Nasha akan dibuktikan oleh Nasha esok?

Mazlan Aliman Pengerusi ANAK Diganggu Oleh Samseng India Dan Geng PERKASA

http://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/601380_140872029409983_1147619093_n.jpg

 http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/544415_140878879409298_1955987310_n.jpg
TERKINI!!

sdr.Mazlan Aliman pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) di ganggu oleh puak2 perkasa dan samseng2 india di ceramah beliau di Sg.Tengi Hulu Selangor! beliau tidak dibenarkan masuk ke kawasan ceramah oleh puak2 ini!

Sultan Kelantan Cemar Duli Lawat Pemuda OKU


Dalam gambar di atas Tuanku Sultan mencemar duli melawat seorang pemuda OKU yang kudung tangannya.

Sebelum meninggalkan rumah ni, Tuanku Sultan telah memeluk pemuda ni, dan selepas itu Tuanku telah menyediakan kepada keluarga ini sebuah rumah yang selesa ... Subhanalah...

Sultan yang amat2 menuruti pemerintahan Khilafah Islamiyah zaman kegemilangan Islam dahulu... Sultan yang begitu zuhud, merendah diri, sentiasa berpenampilan sederhana, berjubah & berkopiah adalah pakaian harian baginda .

Sultan yang sentiasa mencemar duli ke ceruk2 kampung menziarahi rakyat.

Ini lah Sultan yang mirip pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz Abad ke-21, baginda adalah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V (Tuanku Muhammad Faris Petra)

Subhanallah ...

♥ Sungguh Indah Negeri Kelantan ♥
"ISLAM DIJUNJUNG, KELANTAN TERSOHOR"

Ada Berani : Raja Baharin setuju debat isu Pangsapuri Ladang Gemilang


KUALA TERENGGANU: Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah (gambar) menerima cabaran debat berhubung isu Pangsapuri Ladang Gemilang di Kampung Ladang, Kuala Terengganu.
Beliau menyatakan demikian sebagai merujuk kepada keluaran Sinar Harian semalam berhubung kenyataan Pegawai Pembangunan Dun Ladang, Datuk Wan Hisham Wan Salleh tentang mengadakan debat isu nasib penghuni Pangsapuri Ladang Gemilang.

“Dengan ini saya ingin menyatakan bahawa saya menerima cadangan untuk mengadakan debat tersebut demi kebaikan penghuni-penghuni Pangsapuri Ladang  Gemilang seperti yang dicadangkan oleh Pegawai Pembangunan Dun Ladang,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan debat itu akan diadakan secara teratur dengan seorang moderator dari institusi pengajian tinggi yang berpengalaman mengendalikan debat seperti itu.

“Adalah juga diharapkan penduduk-penduduk dan penghuni Ladang Gemilang khususnya dapat menghadiri upacara tersebut,” ujarnya.

“Jihad yang paling afdal ialah kalimah yang benar di sisi pemerintah yang zalim.”


PRU13 : Tawaran Negara Berkebajikan buat anak muda


Ribut Kencang Ketika Najib Sedang Berucap Rasmi My Beautiful Malaysia

Bukti Jelas Wujudnya Perkampungan Warga Burma Di Bukit Malut Pulau Langkawi...

Realiti Harga Kereta di Malaysia : Kalau di US Harganya (US$29,000). Bagaimana Pula Harga di Malaysia?

Harga Kereta Mercedes Benz Realiti Harga Kereta di Malaysia : Kalau di US Harganya (US$29,000). Bagaimana Pula Harga di Malaysia?
Suka untuk kami untuk kongsikan satu iklan Mercedes yang terbaru, yang menimbulkan satu persoalan di benak fikiran kami….Agak-agaknya, berapakah harga kereta model Mercedes Benz CLA-Class ini apabila sampai dan mula di jual kepada rakyat Malaysia kelak?
  1. Gaji lepas graduan universiti agak tinggi di USA, harga kereta yang ditawarkan mampu milik
  2. Gaji lepasan graduan universiti di Malaysia agak kecil, harga kereta melambung tinggi (berkali-kali ganda)
Bukanlah pemilihan kereta Mercedes Benz dijadikan pilihan terbaik untuk dijadikan perbandingan. Kami pun tidak menggalakan sesiapa untuk membeli kereta mewah seperti ini. Kalau mampu, teruskan. Kebetulan sebenarnya kami menjumpai iklan terbaru model Mercedes Benz ini sehingga membuatkan kami tertanya-tanya, mengapa kalangan yang menentukan dasar harga kereta di malaysia meletakkan satu penanda aras harga yang sebegini rupa? Mengapa?
Rakyat Malaysia terpaksa beli kereta kerana perkhidmatan awam yang disediakan ketika ini tidak mencapai tahap memuaskan. Tetapi masalahnya harga kereta ditawarkan agak membebankan. Tetapi terpaksa juga beli, jikalau tidak tidak bergeraklah mereka ke tempat kerja. Akhirnya mereka-mereka ini, berhadapan jumlah kadar bayaran bulanan yang tinggi berbanding kadar gaji yang diterima mereka….
  • Purata gaji lepasan graduan universiti 1978 : Sekitar RM1,100
  • Purata gaji lepasan graduan universiti 2012 : Sekitar RM2,500
  • Harga Honda Civic Tahun 1978 : RM13,000 (11 bulan gaji)
  • Harga Honda Civic Tahun 2012 : RM130,000 (52 bulan gaji)

PSY Datang Malaysia (Oppa Gangnam Style). LIVE di Penang (Kos RM2.3 Juta). Undi BN Bakal Bertambah?

“Oppa Gangnam Style” PSY datang ke Malaysia : Bohonglah untuk kami mengatakan tidak pernah menonton video Youtube Gangnam Style oleh PSY, sensasi dari Korea Selatan ini. Ya….memang itu rezekinya.
Popular di seluruh pelusuk dunia dalam sekelip mata dengan hanya satu lagu sahaja. Tetapi…andaikata PSY mahu membuat konsert di Malaysia, dan antara anak kami kononnya beriya-iya mahu menonton persembahan kudanya itu…..adakah kami perlu menurutinya?
Tidak perlu sama sekali. Ini kerana :
  1. PSY sudah boleh dikatakan seorang penyanyi yang bertaraf superstar, artis sedang popular, jadi bolehlah “demand” lebih untuk membuat persembahan. Kalau setakat ada modal ratus-ratus ribu, nasihat kami simpan sahaja duit modal tersebut buat pergi haji. Kalau juta…..mungkin pihak pengurusan PSY boleh pertimbangkan
  2. Daripada bayar mahal-mahal kepadanya, baik kami gunakan duit tersebut untuk perkara yang lebih berfaedah dan membawa kebaikan termasuklah untuk makan pakai keluarga ataupun pergi bercuti.
  3. Kalau dah tidak tahu mahu buat apa dengan lebihan duit tersebut, ada baiknya sedekah kepada golongan yang lebih memerlukan.
Mungkin….lain orang lain caranya. Mungkin ada kalangan yang merasakan apabila menonton persembahan PSY Gangnam Style di Malaysia ini akan terus hilang masalah. Mungkin?

CONTOH WARGA YANG BIJAK....AMBIL BR1M 2.0 DENGAN MEMAKAI BAJU T BERSIH..!!!


Ini baru dinamakan warga yang bijak.

Beri BR1M 2.0 dia rembat tapi sokong tetap kepada Pakatan Rakyat.

Dia bijak sebab semasa ambil duit BR1M RM500 dia memakai baju T BERSIH sebab dia tahu wang itu wang rakyat dan bukannya dari kantung UMNO.

Ikutilah contoh dan teladan warga yang bijak ini.

JADILAH WARGA YANG BIJAK...BERI BR1M REMBAT TETAPI UNDI TETAP KEPADA PAKATAN RAKYAT.

NAMPAK SANGAT PENIPUNYA UMNO NI WEH!!

 

INI CARA KERJA AHLI-AHLI PAS KE?

Kalau nak menipu pun agak-agaklah weh!!!!!...

Nampak sangat ini kerja jijik jahat macai-macai UMNO yang menyamar kononnya sebagai ahli dan penyokong PAS.

Ayat-ayat kain rentang pun dah tahu ini kerja UMNO.

Kalau sekadar seorang pakai kopiah tukang pegang kain rentang rakyat boleh termakan dan terpedaya kerja jijik meloyakan ini angkara ahli PAS, nasihat  ikhlas Omakkau... MALAM SIKIT!!!!

FITNAH DENGAN UMNO TERLALU SUKAR DAN LIAT UNTUK DIPISAHKAN... SUDAH SEBATI MENJADI DARAH DAGING.

UMNO DALAM HIDUPNYA SEHARI TIDAK MEMFITNAH TIDAK SAH!!!!

ANTARA BILLBOARD YANG TERBAIK PERNAH DIHASILKAN........

Menunjukkan betapa rakyat kini sudah tidak boleh dikelentong dan ditipu secara pukal lagi.

Rakyat kini sudah cerdik. Sudah mampu berkir dan menilai satu-satu isu mengikut hukum akal logik dengan mencuit sedikit minda mereka.

UMNO boleh terus menipu tetapi rakyat tidah mudah terpaku.

BILA MEDIA BEBAS.. UMNO PASTI TUMPAS.

SIAPA KATA WARGA LUAR BANDAR TIDAK KREATIF DAN BERMAKLUMAT!!

Jangan pandang warga luar bandar takde mata beb!!!!..

Mereka bukan lagi macam dulu...Kini zaman siber.. Maklumat dihujung jari..UMNO dah tak boleh nak tipu dan kelentong mereka lagi.

RAKYAT CERDIK.. UMNO SAKIT...RAKYAT BIJAK UMNO KENA PIJAK.

Muhyiddin: Tolak fahaman terpesong daripada landasan Islam..??

SERDANG - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata umat Islam di negara ini perlu menolak segala fahaman yang terpesong mengenai agama Islam kerana ia bukan sahaja boleh mengancam akidah, malah menjejaskan keharmonian.
  
"Adalah malang sekiranya umat Islam dibiar berpecah semata-mata kerana ada sebahagian daripada masyarakat Islam sendiri yang terpengaruh dengan pelbagai fahaman yang terpesong daripada ajaran Islam," katanya.
  
Berucap merasmikan Multaqa Nasional Guru Pendidikan Islam di sini, beliau menegaskan pentingnya usaha memperkukuh perpaduan dalam kalangan umat Islam untuk mempertahan segala nikmat yang dikurnia Allah SWT.
  
Menurutnya, masyarakat Islam perlu berpegang kepada penyatuan hati, pemikiran, matlamat dan penyatuan amal dengan berpandukan kepada ajaran al-Quran dan sunnah.
  

Aktivis alam sekitar ancam bakar loji Lynas jika gagal tutup lepas PRU13....



KUALA LUMPUR, 4 Feb ― Kumpulan aktivis alam sekitar Himpunan Hijau mengancam untuk membakar loji nadir bumi kontroversi Lynas Corps jika kerajaan baru yang dipilih gagal untuk menutupnya selepas Pilihan Raya 2013, kata pengerusi Wong Tack hari ini.
Wong hari ini memberitahu The Malaysian Insider kumpulan anti-Lynas akan membakar loji pemprosesan tersebut dengan rasa “marah dan kecewa” jika kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN) masih kekal berkuasa.
Beliau berkata amaran tersebut juga terpakai jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya memperoleh kuasa tetapi gagal untuk memenuhi janji mereka untuk menutup loji Lynas tersebut.
“Jika Pakatan ditampuk kuasa dan masih enggan untuk menutup kilang, mereka (rakyat) akan menjadi lebih kecewa dan marah ... Pegangan kami adalah kami akan merancang satu lagi pemberontakan, menjatuhkan Pakatan Rakyat dan membakar kilang,” katanya.
Beliau menyatakan Himpunan Hijau kini memberi sokongan kepada pembangkang kerana janji mereka untuk menutup operasi Lynas dan perlombongan emas Bukit Koman yang melibatkan penggunaan sianida.
Malahan, beliau memberi amaran kepada PR dengan berkata: “Kami percaya bahawa kuasa politik yang diberikan oleh rakyat. Kami membawa anda sehingga berkuasa, kami juga boleh menjatuhkan kuasa anda.
Wong (gambar) juga berkata bahawa tidak ada alternatif lain jika permintaan kumpulan tersebut untuk menutup perniagaan loji Lynas tidak dipenuhi selepas pilihan raya.
“Tiada pilihan lain. Mengapa saya beralih kepada keganasan? Saya sudah beri peluang berunding secara aman,” kata beliau sambil menambah kumpulan diketuainya konsisten menggunakan kaedah aman.
Apabila menegaskan bahawa ancaman membakar mungkin jenayah dan menyalahi undang-undang, Wong mendakwa bahawa “individu memegang kuasa yang melanggar undang-undang”.
“Pada ketika ini, orang yang berkuasa melanggar undang-undang dan membenarkan kemusnahan di dalam negara ini. Siapa sebenarnya melanggar undang-undang?” soal beliau.
Wong juga ditanya mengenai tindakan mahkamah atau mungkin berhadapan dengan tindakan pihak berkuasa jika berhasrat meneruskan rancangan tersebut.

PRU13 : Sasar 22 kerusi Dun, Pas yakin tawan Terengganu


KUALA TERENGGANU – Pas Terengganu meletakkan sasaran menang di 22 atau 23 kerusi Dun untuk mencapai matlamat mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Pendedahan itu dibuat Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat berikutan laporan bahawa Barisan Nasional (BN) Terengganu optimis menawan 28 kerusi Dun pada PRU13 akan datang, termasuk empat kerusi pembangkang.
 Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat Satiful Bahri berkata, sasaran pihaknya bersandarkan kajian di peringkat dalaman parti dan juga perkembangan semasa yang didakwa memperlihatkan perubahan dan sokongan ketara rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR).
“Insya Allah, kita boleh menang dengan jumlah tersebut di Terengganu. Harap rakyat akan buat perubahan yang besar. Kita yakin dengan perkembangan dan kajian dijalankan PR, kita bukan hanya mampu tawan Putrajaya tetapi juga Wisma Darul Iman,” katanya, di sini.
Beliau tidak menolak kemungkinan sejarah peralihan kuasa politik di Terengganu pada 1999 akan berulang pada PRU13.
Pada pilihan raya umum lalu, BN Terengganu berjaya menguasai 24 kerusi Dun, manakala lapan kerusi lain disandang pembangkang.

Respons Dato Husam Musa kepada 7 janji PM

KELANTAN adalah sebahagian daripada Malaysia dan menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk  menyediakan kemudahan sebagaimana negeri-negeri lain. Kemenangan tidak seharusnya dijadikan syarat sekiranya
Kerajaan Persekutuan jujur dan menghormati rakyat Kelantan kerana apa yang dijanjikan adalah hak rakyat Kelantan dalam negeri berdaulat di Malaysia.

Tujuh projek mega yang dijanjikan adalah pengulangan kepada janji terdahulu sebelum PRU 12.

Jika royalti Petroleum Kelantan diberikan sebagaimana tuntutan sebanyak RM12 billion, Kerajaan Negeri boleh laksanakan sendiri apa yang dijanjikan. Sebagai contoh dengan RM50 juta kos pembinaan masjid ikonik, RM2 billion lebuh raya dan lain-lain janji yang disenaraikan yang jumlahnya tidak sampai RM12 billion sebagaimana tuntutan Kelantan terhadap royalti Petroleum. Rakyat Kelantan tidak harus diberikan hak yang lebih rendah dari apa yang sepatutnya mereka dapat.

HAK PEMBERIAN ROYALTI PETROLEUM TIDAK DISEBUT
Yang hanya disebut adalah Jawatankuasa Khas yang sengaja dicipta untuk lengahkan pemberian royalti Petroleum atau bayaran tunai kepada Kelantan. Dalam kes Terengganu dan Pahang tidak ada Jawatankuasa Khas ditubuhkan. Terengganu mendapat hak royalti Petroleum dan Pahang diumumkan untuk diberikan royalti sekalipun hasil minyak belum dikeluarkan.

JANJI PEMBINAAN LEBUHRAYA KOTA BHARU – KUALA KRAI ADALAH MEMALUKAN KERANA DALAM RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN TELAH DISEBUTKAN DAN KEMUDIANNYA DIBATALKAN
Janji-janji tersebut adalah saduran atau meniru Kelantan. Lebuhraya Kota Bharu – Kuala Krai dan Stadium telah dijadikan projek Kerajaan Negeri.

Cadangan projek yang seharusnya diberikan keutamaan oleh Kerajaan Persekutuan untuk kebaikan penduduk Kelantan adalah sebagaimana berikut:

Pas: 'Zambry makin terdesak'


PARIT BUNTAR - Kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang mendakwa Pakatan Rakyat (PR) menjadikan isu kewujudan pocong sebagai bahan kempen pilihan raya adalah tidak berasas.
Fakhrurrazi Khalid
Ketua Penerangan Pas Kawasan Parit Buntar, Fakhrurrazi Khalid berkata, kenyataan tersebut adalah cubaan menutup pelbagai kepincangan Barisan Nasional (BN) di Parlimen Parit Buntar dan mengalih perhatian rakyat terhadap isu utama seperti masalah pembinaan Hospital Kerian, masalah pengagihan tapak lot penempatan Kampung Tersusun Raja Bashah, Kuala Kurau dan peralihan sokongan pengundi cina kepada PR.

“Saya percaya beliau terdesak menggunakan apa jua sumber yang dikutip dari ‘tepi longkang’ untuk mengalihkan perhatian masyarakat terhadap isu lebih serius yang boleh menjejaskan integriti kepimpinan BN dan kerajaan negeri di Dun Kuala Kurau dan Parit Buntar.

“Di Kampung Raja Bashah sendiri, setelah kejadian kebakaran berlaku di penempatan kampung itu 10 tahun dahulu, terdapat beberapa individu menyokong PR tidak diberikan lot penempatan di kampung tersusun yang sedang dibina tanpa sebab jelas.

“Pada masa sama, projek pembinaan kampung tersusun yang sedang giat dijalankan juga tidak dilaksanakan secara sistematik dan mempunyai banyak masalah berbangkit seperti tanah mendap dan sebagainya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.

Dalam keadaan sekarang pun Dr M mahukan UMNO memenuhi kemahuan beliau

Mahathir merupakan penyebab utama UMNO itu menjadi carca marba. Bagi saya Pakatan Rakyat sekarang hanya perlu menumpukan masa untuk memikirkan menyelaras dan memperkemaskan persediaan untuk melalui peralihan kuasa yang bakal berlaku jika di izin Tuhan. Di dalam UMNO sudah ada orang yang membuatkan parti itu berkecamuk dan pembangkang tidak payah bersusah payah sangat untuk menurunkan parti itu dari berkuasa. Di dalam BN itu sendiri ada Dr Mahathir untuk menjatuhkan UMNO dan BN itu.
Buat setakat ini BN sudah menentukan nasibnya sendiri kerana BN hanya ada UMNO di Semenanjung ini. MCA, Gerakan, MIC dan lain-lain sudah boleh dianggap tidak ada lagi. Yang ada hanyalah UMNO yang kini sedang di lemahkan oleh Dr Mahathir sendiri. Seperti biasa apabila sampai sahaja pilihanraya Mahathir akan memainkan peranan untuk melemahkan UMNO itu. Jika dalam pilihanraya dahulu beliau keluar dari UMNO, kali ini beliau dari awal-awal lagi telah meminta Najib meletakkan jawatan jika perolehan UMNO dalam pilihanraya kali ini lebih buruk dari pilihanraya yang lalu. Mahathir mahukan Muhyiddin mengambil alih seperti Najib mengambil alih kuasa kerana kekalahan UMNO yang teruk di banyak kerusi dalam PRU dahulu.
Itulah dia Dr Mahathir. Semasa beliau menjadi PM beliau pantang menerima teguran dari bekas PM negara sebelum beliau. Tetapi setelah beliau melepaskan jawatan beliau akan bertindak untuk masuk campur dalam urusan pengganti-pengganti beliau. Sesungguhnya Dr Mahathir masih merasakan yang beliau adalah seorang yang paling berkuasa sehinggakan semua dalam UMNO itu mestilah mengikut arahan dan mendengar pandangan beliau sahaja. Dr Mahathir ini berfikir seolah-olah beliau boleh mengubah segala-galanya. Beliau seolah-olah boleh menjadikan matahari naik dari barat dan turun di timur dan menaikkan hujan ke langit serta mengalirkan sungai ke hulu.

Banner Najib Diturunkan : Perdana Menteri Bukannya Tuhan Malaysia

Saya amat terharu apabila membaca artikel dalam Bernama yang menyatakan Menteri Pelancongan, Ng Yen Yen, memaki Ketua Menteri Pulau Pinang kerana tindakan yang diambil oleh Kerajaan Pulau Pinang untuk menurunkan bunting dengan gambar Perdana Menteri mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada kaum China.

Untuk seorang warga Malaysia berbangsa China, ini tidak perlu diheboh-hebohkan sehingga gambar Najib terdapat di hampir setiap sudut negara ini seolah-olah Najib sudah menjadi satu-satunya tuhan agama baru di Malaysia atau dalam Bahasa Inggerisnya, sudah timbulnya, Najib’s Cult.

Pada zaman Adolf Hitler, gambar Hitler dipaparkan di seluruh negara Jerman, tetapi akhirnya jatuh juga Empayar yang dikuasai Nazi Jerman. Pada hari ini, Hitler masih diingati tetapi sebagai seorang diktator yang mengancam keamanan dunia.

Kerajaan negeri berhak bertindak waras

Sudah cukup sekiranya Najib berlaku matang dan tidak memerangi rakyat biasa, tidak perlu dipaparkan gambarnya lagi, kecuali kalau muka beliau seperti seorang raja yang kacak seperti Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong semasa baginda masih muda.

Pada pendapat saya, Ketua Menteri Pulau Pinang bukan sahaja berhak menurunkan banner yang berunsurkan kempen BN untuk pilihanraya umum yang akan datang, malah pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPRM) seharusnya mengambil tindakan ke atas Najib kerana sudah mula berkempen dengan dana rakyat sebelum tarikh pilihanraya diisyhtiharkan.

Apabila sebelum ini, gambar Ketua Menteri Pulau Pinang dipijak-pijak, dan Najib tidak memberi sebarangan komen untuk mengawal perangai ahli-ahli Umno, maka saya percaya Saudara Lim Guan Eng juga tidak perlu memberi sebarang jawapan kerana jelas ternyata dalam Akta Kerajaan Tempatan bahawa banner yang tidak mendapat lesen seharusnya diturunkan.


Ng Yen Yen sebagai ahli pahlimen seharusnya merujuk kepada Akta tersebut dan Najib, sebagai perdana menteri, tidak seharusnya berlagak seolah-olah beliau adalah lebih tinggi daripada undang-undang yang sedia ada.

Dengan ini, saya juga menyeru semua Kerajaan Negeri di bawah Pakatan mengambil tindakan seperti Kerajaan Pulau Pinang untuk memastikan sebarang banner yang tidak mendapat lesen diturunkan sama sekali. Ini adalah kerana Umno seolah-olahnya cuba mengagungkan Najib sehingga ke tahap Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong yang wajahnya pun tidak pernah dipaparkan sebagai bendera di Wisma Putra.

Tidakkah salah di sisi keagamaan?.

Kenapa Cikgu Tidur Dlm Kereta Di Felda Mayam..???

Nik Aziz extends CNY greetings in MV

GEMPUR!! Kelantan boleh bayar, Kesedar mesti diaudit!

Akhbar Fitnah 1Malaysia : Mahkamah Rayuan tolak rayuan Utusan Melayu, kena bayar RM200,000 pada Guan Eng

Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Utusan Melayu (M) Berhad membayar RM200,000 sebagai ganti rugi am dan teruk kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung satu artikel fitnah.
Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Zaharah Ibrahim sebulat suara menolak rayuan Utusan Melayu terhadap keputusan mahkamah tinggi.

Panel hakim yang juga terdiri daripada Datuk Anantham Kasinather dan Datuk Mah Weng Kwai, memerintahkan Utusan Melayu membayar kos guaman RM20,000 kepada Lim.

"Kami juga telah membaca dan membaca semula rekod rayuan sama seperti hakim mahkamah tinggi yang membaca rayuan, keterangan, hujahan dan kuasa yang ada. Kami sebulat suara menolak rayuan itu dengan kos," kata Zaharah.

Utusan Melayu telah merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi George Town pada 14 Dis, 2011 yang memerintahkan syarikat itu membayar RM200,000 sebagai ganti rugi selepas membenarkan saman fitnah Lim yang difailkan terhadap Utusan Melayu.

MPSP: Yen Yen mahu kami langgar undang-undang?



 
Majlis Perbandaran Seberang Perai menyelar menteri pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen kerana didakwa tidak menghormati undang-undang dan menghina pekerja yang menurunkan kain rentang ucapan Tahun Baru Cina perdana menteri di kawasan berkenaan.
najib chinese new year banner 020213 2Seorang ahli majlisnya, Steven Sim berkata Ng bukan sahaja menghina kebijaksanaan rakyat Pulau Pinang tetapi juga pekerja MPSP yang hanya menjalankan tugas mereka pada har itu.

"Sebagai seorang menteri, Ng sepatutnya lebih tahu bahawa undang-undang mesti dipatuhi. Adakah dia bermaksud bahawa tiada apa-apa jika langgar undang-undang, hanya kerana ia melibatkan PM, atau Najib?," soalnya ketika dihubungi.

Beliau menjelaskan bahawa MPSP menurunkan kain rentang dengan gambar Najib itu kerana ia dipasang tanpa mendapat permit daripada pihak berkuasa tempatan.

NONE"Adakah Ng berkata pekerja itu salah kerana menjalankan tugas? Beliau patut meminta maaf kepada MPSP dan pekerjannya atas kenyataan menghinanya yang mengkritik tugaas rasmi MPSP," katanya.

Sim berkata tindakan sama turut dikenakan ke atas kain rentang haram lain dan tiada kaitan dengan BN atau Najib.

Tambahnya, pekerja MPSP hanya menjalankan tugas biasa mereka di sekitar kawasan Bagan apabila terlibat kain rentang haram yang dinaikkan oleh BN.

Sebanyak 971 kain rentang, termasuk 678 dengan gambar Najib, diturunkan dalam operasi pada hari itu, katanya.

PRU13 : Saringan SPRM bukan disebabkan tekanan persepsi keatas Umno - Ku Nan

KUALA LUMPUR, 4 Feb — Langkah Umno menghantar senarai nama calon kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukan kerana tekanan persepsi yang dihadapi oleh parti tersebut, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebaliknya menegaskan ia adalah demi memastikan parti tersebut telus.
Menurut Tengku Adnan lagi, langkah yang diambil oleh Umno itu bukan sesuatu yang baru malahan menegaskan setiap pilihan raya umum saringan akan dilakukan keatas semua senarai calon  dikemukakan setiap negeri.
“Saringan ini bukan kerana desakan atau tekanan persepsi keatas Umno. Ia tiada kaitan langsung.
“Umno sudah lakukan saringan ini sejak dahulu lagi, setiap pilihan raya kami akan buat saringan ke atas semua calon,” kata pemimpin Umno veteran tersebut.
Apabila ditanya sama ada langkah tersebut bertujuan untuk menangkis skandal-skandal yang dihadapi Umno sehinggakan menjejaskan imej parti utama dalam komponen Barisan Nasional tersebut, Tengku Adnan menjawab: “Mana ada skandal, tiada langsung kena mengena dengan skandal-skandal yang dihadapi oleh calon Umno.”
Menjelang pilihan raya, Umno dan BN berhadapan dengan beberapa skandal besar didedahkan oleh lawan mereka Pakatan Rakyat sehingga menjejaskan imej mereka sebagai sebuah parti yang bergelumang dengan rasuah dan salahguna kuasa.

PRU13 : Calon wanita tanding di Kota Samarahan?


Abdul Taib Mahmud KUCHING - Seorang calon wanita disebut-sebut untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Kota Samarahan satu daripada 14 kerusi yang akan  dipertahankan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
  
Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, adalah menjadi dasar parti PBB dan Barisan Nasional (BN) Sarawak untuk cuba meramaikan calon-calon wanita dalam pilihan raya nanti.
  
"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) akan mengumumkannya (senarai calon PBB), jangan bimbang, pada asasnya beliau telah bersetuju mengenai perkara itu," kata Taib yang juga pengerusi BN negeri dan presiden PBB kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Jentera Wanita BN Sarawak di Bangunan Dewan Undangan Negeri Lama, Petra Jaya di sini, hari ini.
  

PKR kecam ‘samseng’ Umno ganggu program Anwar

Mereka memang berniat untuk mengganggu dan menggagalkan program tersebut, kata Ketua Penerangan PKR negeri, Hairiz Nordin.
JASIN:  PKR mengecam tindakan ‘samseng’ Umno yang menganggu tiga program Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Melaka Perdana, Alor Gajah, petang semalam.
Tiga program tersebut ialah di Alor Gajah, Jasin dan Tanjung Keling, kata Pengarah Pilihanraya PKR Melaka, Mohd Yusof Abdullah.
Di pesta Ponggal di Alor Gajah, lebih 30 samseng berkumpul kira-kira 50 meter dari tapak program dan menaikkan sepanduk provokasi serta memaki hamun dengan kata-kata kesa.
“Mereka memang bernait untuk menganggu dan menggagalkan program tersebut,” kata Ketua Penerangan PKR negeri, Hairiz Nordin.
Bagaimanapun, kata Hairiz tidak ada kejadian buruk berlaku kerana penyokong Pakatan Rakyat tidak menghiraukan provokasi mereka.
Tetapi, katanya, apa yang memalukan ialah program anjuran PKR ini dibuat di rumah individu dan tidak menganggu orang awam.
“Pihak kami juga sudah mengadakan perbincangan dengan pihak polis mengenai program tersebut dan difahamkan polis telah memberitahu kumpulan berkenaan supaya jangan membuat sebarang gangguan,” katanya.
Manakala Mohd Yusof menegaskan, gangguan berterusan terhadap program pembangkang menunjukkan mereka takut kebangkitan rakyat Melaka.
Katanya, sebelum ini program PKR Jelajah Merdeka juga diganggu di Melaka.

PAS Negeri Sembilan cabar Adun Umno isytihar harta

Adun Pilah, Adnan Abu Hassan didakwa memiliki 50 peratus saham syarikat Cekap Sejagat yang mempunyai 7.4 peratus kepentingan Negeri Roadstone, milik PKNNS.

SEREMBAN: PAS Negeri Sembilan hari ini mencabar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pilah, Adnan Abu Hassan agar mengisytiharkan harta dan kepentingan-kepentingan beliau.
Ketua Penerangan,  Nor Azman Mohamad  dalam sidang akhbar sebentar tadi mempertikaikan kedudukan Adnan sebagai salah seorang pemegang saham dalam sebuah anak syarikat milik kerajaan negeri.
“Sedia maklum Negeri Roadstone Sdn Bhd adalah syarikat milik kerajaan Negeri Sembilan melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan (PKNNS) yang memiliki kepentingan 51 peratus dan selebihnya dimiliki oleh syarikat swasta lain.
“Syarikat Cekap Sejagat Sdn Bhd pula memiliki 7.4 peratus dalam Negeri Roadstone Sdn Bhd. Hasil carian kami di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati Adnan memiliki 50 peratus saham di dalam syarikat Cekap Sejagat.
“Sebuah syarikat ditubuhkan bertujuan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Jika ada keuntungan ia akan disalurkan kembali kepada rakyat. Malangnya Adun Pilah ini telah mengambil kesempatan bagi mencabuli hak rakyat dengan memiliki kepentingan dalam Negeri Roadstone melalui syarikat Cekap Sejagat.

PRU13: Mahathir tidak perlu bermimpi buruk

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak perlu bermimpi buruk lagi dengan andaian karut bahawa  jika Pakatan Rakyat (PR) kalah dalam pilihan raya akan datang, Malaysia akan dibanjiri dengan lebih banyak keganasan.

“Andaian Tun Dr Mahathir keterlaluan kerana PAS bersama Pakatan Rakyat telah melalui pilihan raya umum sebanyak 12 kali dan tidak pernah melakukan keganasan sejak menyertai PRU,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor dalam satu kenyataan.

Kenyataan penuh beliau seperti di bawah.

Tun Dr Mahathir Mohamad tidak perlu bermimpi buruk lagi dengan andaian karut bahawa  jika Pakatan Rakyat (PR) kalah dalam pilihan raya akan datang, Malaysia akan dibanjiri dengan lebih banyak keganasan melalui demonstrasi awam serta melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan kerajaan dipilih rakyat.

Andaian Tun Dr Mahathir keterlaluan kerana PAS bersama Pakatan Rakyat telah melalui pilihan raya umum sebanyak 12 kali dan tidak pernah melakukan keganasan sejak menyertai PRU.

Selain itu, kenyataan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Datuk Fauzi Shaari yang meramalkan keadaan aman dan tidak berlaku kekecohan jika PR berjaya menakluk Putrajaya selepas PRU13 memberi jaminan bahawa PR akan menghidupkan demokrasi negara ini dengan cara bersih. Sepertimana yang berlaku di Kelantan, Kedah, Perak, Terengganu (1999) dan Pulau Pinang, PR tidak pernah mencetuskan huru hara.

Esei Politik Berdasarkan Ayat Al Quran - Pemenang tempat pertama

Najah Nadiah binti Amran,
 
Yang berikut disiarkan tulisan pemenang tempat pertama peraduan menulis esei berdasarkan ayat al-Quran surah an-Nisa ayat 58.

Tuntutan Membentuk Kerajaan Yang Adil

“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat ”. (Surah an-Nisa, ayat 58)


Saya pernah menyangka konsep Kerajaan yang Adil ataupun Negara Berkebajikan adalah konsep baru diperkenalkan oleh PAS setelah akur kepada desakan rakan sepasukan, DAP dan Keadilan (Parti Keadilan Rakyat – PKR). Pernah juga saya beranggapan konsep ini ingin menandingi slogan 1Malaysia Barisan Nasional. Rupa-rupannya, sangkaan saya meleset. Anggapan saya juga tidak betul. Ia bukan konsep baru. Bukan juga istilah terkini dalam kamus politik kenegaraan. Bahkan tuntutan membentuk kerajaan yang adil sudah terakam dalam al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu melalui kisah Nabi Sulaiman dan Nabi Yusuf a.s. 

Didaftar pengundi tanpa pengetahuan, tuntut SPR jawab

Tian lagiKUALA LUMPUR 4 Feb: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua akan menemui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menuntut penjelasan dan bantahan mengenai tindakan badan itu mendaftar seorang individu sebagai pengundi tanpa pengetahuannya.
Bercakap kepada Keadilan Daily, beliau berkata, individu tersebut tidak tahu menahu namanya didaftarkan sebelum menyedari ketika mahu mendaftarkan nama sebagai daftar pemilih baru-baru ini.
“Beliau tidak tahu namanya sudah didaftarkan. Perkara ini disedari beliau apabila mahu daftar tetapi gagal kerana rekod namanya sudah ada dalam daftar pemilih. Umurnya sudah 35, pilihan raya tahun ini dia mahu mengundi,” jelas Tian.
“Hairannya, dia sudah lama menetap di Singapura dan tidak pernah mengundi. Persoalannya siapa yang mengundi untuknya setiap kali pilihan raya,” kata Ahli Parlimen Batu itu.

Punca Gagal Bekal Air: Syabas Cuma Bayar 45 % Kepada Operator Loji

dr zul
SHAH ALAM, 4 FEB: Tindakan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang hanya membayar sekitar 40 hingga 45 peratus kepada syarikat operator loji rawatan air menyebabkan syarikat terlibat tidak mampu mengeluarkan air dalam kapasiti yang optimum.
Syarikat operator rawatan air, Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor (Splash) terpaksa bertindak demikian bagi mengurangkan kos pengeluaran dan mengelakkan menanggung kerugian.
Menurut Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad keadaan ini hanya dapat diselesaikan apabila Kerajaan Negeri Selangor mengambil alih operasi pengeluaran air di negeri itu.
“Bayaran Syabas kepada syarikat operator loji ini sangat menekan aliran tunai mereka,” kata Dr Dzulkefly kepada TV Selangor hari ini.
Selain itu, Dr Dzulkefly turut mendedahkan bahawa Syabas juga tidak memberikan layanan yang adil dan saksama kepada syarikat-syarikat kontraktor mereka.
“Kontraktor Syabas ini ada banyak, tetapi saya dapat tahu cuma beberapa syarikat yang Tan Sri Rozali Ismail ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung dapat keistimewaan seperti anak emas oleh Syabas.

PAS to BN: Stop the threats!

Kuala Selangor MP Dzulkefly Ahmad also dismisses Dr Chua Soi Lek’s claim that a PAS-led opposition government will lead to a market collapse as nonsensical.

PETALING JAYA: Fed up by Barisan Nasional’s persistent talk that a regime change would bring chaos to country, PAS’ Kuala Selangor MP Dr Dzulkefly Ahmad urged his political foes to stop threatening the rakyat and holding democracy to ransom.
“If this time people decide you have go, you go lah! Don’t involve Bursa [Malaysia] and all such nonsense. Stop the rumour-mongering and politics of fear. People will judge us based on our performance,” he told FMT today.
Dzulkefly was responding to MCA president Dr Chua Soi Lek’s statement last week that a PAS-dominated opposition government in Putrajaya would cause the Bursa Malaysia indicator – KL Composite Index (KLCI) – to plunge 500 points within a week.
Chua said this was because there would be perceived political instability after a regime change, coupled with the fact that PAS has vowed to shut down Bursa Malaysia and the casinos in Genting, Pahang.
Labelling it as another desperate attempt from BN to cling to power, Dzulkefly expressed disbelief that a regime change would cost the market such a free-fall.
“A few weeks ago when [Prime Minister] Najib [Tun Razak] hinted that the next general election is around the corner, the market dropped 40 points in a day and lost RM35 billion in market capitalisation.
“Chua’s claim that a 500 point drop is equal to [a loss of] RM350 billion market capitalisation is insane,” he said.
Contests an essence of democracy

Detik hati Mahathir menjelang PRU ke-13?

Agaknya inilah kata hati Mahathir menjelang PRU 13 yang sudah semakin hampir,,…Harapan UmnoBn nak menang amat tipis,,.. Diriku sendiri secara peribadi kini merasa lesu dan lemah,, tak mampu rasanya nak melawan takdir!  . Andainya Pakatan Rakyat menang nanti aku harap Anwar tidak akan mengungkit-ungkit cerita lama. Dan yang paling penting dia tidak akan mengheret aku kemahkamah !

Ya Allah, tuhan yang maha pengasih lagi penyayang,, kau kasihilah aku,  kau sayangilah aku. Selama ini aku gagal menginsafi diri,, aku gagal melembutkan hatiku yang keras ini  Kau lembutkanlah hatiku agar aku bertaubat!  dan kau ampunilah segala dosa yang telah aku lakukan.  Oh tuhan,,  Aku mengesal di atas apa yang aku telah buat selama ini. 
                                        
Mari kita imbau kembali sebahagian dari kegagalan dan keburukan yang pernah Mahathir lakukan semasa berkuasa dulu...  
                                                                                                                   
1.  Memfitnah dan memecat Anwar serta memalukan keluarganya. 
 
2.  Membunuh parti Umno asal, kemudian menubuhkan Umno baru. 
           
3.  Memecat ketua Hakim Negara, walhal dia hakim yang baik. .         
 
4.  Memperalatkan hak dan keistimewaan orang Melayu untuk kepentingan pemimpin Umno                                           
 
5.  Gagal memertabatkan agama Islam, sedangkan ia agama rasmi Negara.         
 
6.  Gagal mendaulatkan bahasa Melayu, sebaliknya mengagongkan bhs. Inggeris                                            
7.  Gagal meletakkan individu berbangsa Melayu, walaupun seorang,  di kedudukan “topfive” orang paling kaya di Malaysia,, sebaliknya kedudukan “topten” terus dikuasai oleh orang bukan Melayu.

Mahukah agaknya Mahathir mengaku segala kesalahannya dan bertaubat sebelum mengadap Ilahi?  Sama-samalah kita tunggu dan lihat, semoga ia akan menjadi satu kenyataan.  -  rahimothman

Rembat bantuan pelajar, 4 sekolah pecah amanah – Pesara guru

KUALA LUMPUR 4 Feb: Ketika kerajaan berbangga dengan pelbagai bantuan disalurkan kepada rakyat menjelang pilihan raya, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi mendedahkan penyalahgunaan wang bantuan awal persekolahan oleh empat sekolah sekitar Semenanjung.
Beliau beralasan semua sekolah terlibat berbuat demikian bagi menggunakan wang tersebut untuk yuran aktiviti di bawah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Bekas Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Nordin Mahmud berkata, sekolah tersebut pecah amanah merembat RM100 duit bantuan khas pelajar dan ini sangat bertentangan tugas pendidik.
“Menarik wang itu kepada tabung aktiviti PIBG adalah tindakan diktator yang seolah-olah menafikan hak pelajar dan ibu bapa untuk mengawal selia wang bantuan terutama di kalangan pelajar miskin bagi tujuan persediaan awal anak-anak ke sekolah,” katanya ketika dihubungi.

PSY PLEASE don't attend BN's party, plead Malaysian fans

TGHA : Kisah Beruk Bawa Dacing Menghakimi Dua Ekor Musang

Hentikan bertelingkah dalam isu kalimah ‘Allah’, kata ketua pengarah Jabatan Perpaduan

KUALA LUMPUR, 4 Feb — Putrajaya hari ini menggesa rakyat Malaysia berhenti daripada pertelingkahan mengenai isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim.
Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Datuk Azman Amin Hassan berkata perkara itu perlu diselesaikan di mahkamah, merujuk kepada permohonan kerajaan persekutuan di Mahkamah Tinggi pada 2009 yang menetapkan perkataan “Allah” bukanlah hak eksklusif untuk orang Islam.
“Lupakan perkara itu kerana ia menimbulkan banyak kekeliruan,” kata Azman (gambar) kepada The Malaysian Insider hari ini.
“Kita perlu menungggu keputusan akhir (mahkamah) untuk melegakan situasi,” tambahnya.
Mahkamah Tinggi pada Disember 2009 menetapkan Gereja Katolik mempunyai hak untuk menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan berbahasa Melayunya, The Herald.
Kementerian Dalam Negeri bagaimanapun membuat rayuan pada Januari 2010. Sehingga kini masih lagi tiada tarikh perbicaraan ditetapkan.
Azman, yang juga Pengerusi Ahli Jawatankuasa Mempromosi Persefahaman dan Keharmonian di antara Penganut Agama (JKMPKA) berkata, jawatankuasa itu sedang mengadakan perbincangan, namun enggan mengulas lanjut butiran lngkap perbincangan berkenaan, sebaliknya berkata “kesemua pimpinan agama memahami isu tersebut.”
Kumpulan pengamal agama Buddha telah menggesa JPNIN menyelesaikan perkara itu selepas kumpulan pendesak Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) baru-baru ini menggesa Muslim supaya membakar Bible berbahasa Melayu yang menggandungi perkataan Allah di dalamnya.
Pertelingkahan mengenai penggunaan perkataan Allah antara Muslim dan komuniti bukan Muslim di negara ini, terutamanya komuniti Kristian mula timbul pada 2007 apabila gereja Katolik dilarang menggunakannya dalam penerbitan mingguan mereka, The Herald.
Antara kes lain termasuklah penganut Kristian Sarawak, Jill Ireland, mencabar Kementerian Dalam Negeri pada 2008 apabila merampas koleksi peribadi cakera padat keagamaannya yang menggunakan kalimah Allah di lapangan terbang.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Mei, 2009, memberikan kebenaran kepada kumpulan etnik Melanau untuk mencabar Kementrian Dalam Negeri, berkata Jill mempunyai hak untuk “memiliki, menerima, mengguna, mengimport, dan mengedar” sebarang bentuk perkataan menggunakan nama Allah.
Disebalik pembentukan JKMPKA pada 2011, tidak berlaku pertikaian berhubung isu perkataan Allah, dan Putrajaya telah memberikan kata putus.

'Isu kalimah Allah kena tanya KDN, bukan PAS'

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata isu mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible sepatutnya diperjelaskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan bukannya oleh parti tersebut.
Katanya, KDN merupakan pihak yang bertanggungjawab memberikan lesen mencetak kitab itu.

"Sepatutnya soalan ini dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri, kerana hak membenarkan kalimah Allah dalam Bible ini hak Kementerian Dalam Negeri.

"Yang menentukan untuk dicetak dan seumpamanya bukannya kami, kami (belum) memerintah lagi (di peringkat persekutuan)," kata Hadi pada sidang media di Shah Alam pagi.

Beliau berkata sedemikian sewaktu diminta mengulas berkenaan ketetapan Majlis Syura Ulama PAS berhubung soal tersebut dalam satu sidang media di Shah Alam pagi tadi.

Jelajah Srikandi 2.0: Srikandi gempur Parlimen Papar

srikandi iSrikandi KEADILAN hari ini telah memasuki hari keenam yang merupakan hari terakhir kami dalam siri jelajah Srikandi Pusat bersama Srikandi Negeri ke Parlimen-Parlimen tumpuan di seluruh negeri Sabah. Parlimen Papar menjadi Parlimen tumpuan yang mana ia merupakan Parlimen yang dimiliki oleh Ketua Puteri Umno Malaysia merangkap Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia.
Sepanjang tinjauan kami di kawasan Parlimen ini kami mendapati hampir keseluruhan rakyat di bandar mahupun pendalaman mula menunjukkan sokongan mereka terhadap Pakatan Rakyat khususnya Parti KEADILAN Rakyat. Sokongan ini dizahirkan melalui laungan semangat “inikalilah” setiap kali kami mendekati mereka. Pagi ini juga Srikandi telah mengedarkan hampir 1000 poskad tawaran Pakatan Rakyat kepada penduduk setempat.

Kelab IPT BN: Pesan saya, Khairy letak jawatan

KUALA LUMPUR: “Pesan saya kepada Khairy, letak jawatan sebagai Ketua Pemuda Umno dan daftarlah di mana-mana IPT tempatan untuk melayakkan anda menjadi Pengerusi Kelab IPT Barisan Nasional,” kata Syis Abdul Kadir.

Bagi Pengerusi Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) itu, mahasiswa telah bijak untuk membuat penilaian dan pilihan.

Justeru, ujarnya jika Khairy Jamaludin (gambar) sibuk menubuhkan Kelab IPT Barisan Nasional (Kibar) dengan meletakkan sasaran keahlian 5,000 ia bukan idea asli mahasiswa itu sendiri.

“Kenapa Ketua Pemuda UMNO yang bersungguh-sungguh menubuhkan kelab penyokong?” tanya beliau dalam satu kenyataan.

Kenyataan penuh seperti di bawah.

Kerajaan UMNO sekarang ini sangat terdesak untuk meraih simpati dan undi termasuklah dari mahasiswa. Pindaan AUKU dan terbaru pengumuman kelab IPTA BN merupakan sekadar kosmetik supaya kerajaan UMNO/BN ini dilihat mesra mahasiswa serta ingin membawa perubahan dalam universiti.

PAS Perak ada ramuan untuk menang PRU13


IPOH: Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menegaskan bahawa PAS akan sentiasa komited dan istiqamah bersama Pakatan Rakyat bagi menumbangkan kuasa Umno BN yang sudah lama bertapak di Malaysia khususnya di Perak.
Menurutnya, perjuangan melalui landasan dimensi baru oleh Pakatan Rakyat ini adalah suatu perjuangan yang realiti dan pastinya mewakili komposisi kaum, stratafikasi sosial serta pluralisasi budaya yang wujud di bumi Malaysia.

Kata beliau, pemimpin dan pendukung Pakatan Rakyat tidak akan larut serta termakan dengan kempen dan idea-idea perkauman sempit yang kian dikumandangkan oleh BN khususnya Umno menjelang pilihanraya.

Abu Bakar menjelaskan, idea yang menghalang kelancaran persefahaman antara kaum dan agama dalam komponen Pakatan Rakyat perlu diketepikan.

"PAS Perak akan mengenepikan sikap perkauman dan ketuanan bangsa yang digunakan Umno selama ini dalam menghalang masyarakat bukan melayu melihat Islam sebagai suatu agama yang indah dan baik," katanya ketika ditemui Harakahdaily.

Ujar beliau, pertautan kerja erat antara kaum dalam Pakatan Rakyat Perak adalah ramuan utama bagi mencapai kemenangan di Perak dalam PRU13 ini.

DAP dakwa RM3.41b dibelanja untuk selamatkan SYABAS

Setiausaha publisiti DAP Tony Pua mendakwa peruntukan tambahan sebanyak RM120 juta kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) yang diumumkan perdana menteri menjadikan jumlah dana untuk "menyelamatkan" syarikat kini meningkat menjadi RM3.41 bilion dalam tempoh empat tahun.

Katanya, peruntukan tambahan itu juga membuktikan bahawa krisis air di Selangor dan Kuala Lumpur tiada kaitan dengan keperluan untuk penyaluran air dari projek Langat 2.

"Sebaliknya, ia membuktikan bahawa krisis itu adalah disengajakan oleh SYABAS untuk menaik taraf loji rawatan, membina kapasiti air tambahan yang dirawat serta membaiki dan menggantikan paip lama dan pecah.

"Dengan RM120 juta yang digunakan, ia menunjukkan krisis tersebut dapat diatasi jika SYABAS melabur dana sendiri untuk usaha ini sejak awal," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Pua, kerajaan negeri dan juga persekutuan tiada kewajipan untuk menyediakan geran atau pinjaman kepada SYABAS untuk menaiktaraf infrastruktur air.

Sape Nak Bayar Nie : Usahawan kata tiada kaitan dengan konsert BN

Seorang ahli perniagaan Iqbal Ameer berkata syarikat miliknya tiada kaitan dengan konsert anjuran BN di Pulau Pinang pada 11 Februari yang dikatakan akan menampilkan penyanyi pop Korea Psy.

Katanya, syarikat Livescape Sdn Bhd yang diasaskannya adalah penganjur untuk konsert Future Music Festival Asia pada Mac nanti.

"Kita tak ada apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan konsert di Pulau Pinang atau dengan BN.
"Kami hanya anjur konsert Future Music Festival sahaja. Bukan konsert BN.

"(BN) juga tidak pernah tanya atau berhubung dengan kita," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Konsert anjuran syarikatnya pada 15 dan 16 Mac juga akan menampilkan Psy.

Ust Hadi: Isu lucut Nasha hal Majlis Syura


hadi awang SHAH ALAM -  Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang enggan mengulas mengenai desakan pelbagai pihak yang mahu parti itu meneliti semula pemecatan Nasharudin Mat Isa sebagai ahli Majlis Syura parti itu.

Beliau berkata perkara itu sepatutnya dirujuk kepada Majlis Syura Ulama parti itu memandangkan keputusan tersebut dibuat oleh majlis berkenaan.

"Saya tidak perlu (di)tanya (mengenai pemecatan Nasharudin), orang perlu tanya Majlis Syura Ulama Pas. Itu hal (urusan) majlis tersebut," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Antarabangsa Pendidikan
anjuran Universiti Selangor (Unisel) di sini hari ini.

‘Tipu PRU, rakyat bangkit humban kamu’ pecutan akhir PRU 13

jelajahKUALA LUMPUR 4 Feb: Jelajah anak muda dengan tema ‘Tipu PRU, rakyat bangkit humban kamu’ merupakan pecutan terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13).
Program anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Asal Bukan Umno (ABU) itu khusus untuk menyampaikan maklumat terus kepada rakyat setiap kawasan tumpuan di seluruh negara.
“Antara objektif jelas SAMM sebagai organisasi massa ialah persiapkan rakyat untuk perubahan, dan menyedarkan hakikat perubahan hanya boleh bermula dengan jatuhnya Umno BN,” kata Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin.
Beliau berkata, peluang menang berdasarkan sokongan amat cerah, namun penipuan PRU jadi musuh utama.
“Justeru regim (Umno BN) harus diberi amaran, rakyat harus bersiap sedia. Berlaku sahaja penipuan yang memenangkan BN, dalam tempoh 24 jam rakyat harus turun ke jalan tanpa arahan,” tegasnya pada sidang media pelancaran jelajah di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, hari ini.
Jelajah ini dijayakan bersama NGO-NGO bersekutu, organisasi mahasiswa dan anak muda serta pelbagai peringkat Pakatan Rakyat.
“Turut diedarkan di sepanjang jelajah, set risalah diterbit oleh ABU dan SAMM, selain memastikan maklumat Pakatan Rakyat terus kepada rakyat,” kata Badrul Hisham.
Jelajah merangkumi 16 lokasi dan kemuncaknya Konvensyen Tuntutan Rakyat di Kuala Lumpur 23 Februari ini.
Berikut adalah jadual dan lokasi jelajah: