Ahad, 3 Februari 2013

Ustaz Muhammad Nazmi Karim: Assyahid Dr Abdul Aziz Rantisi

Pusat ambik untung ukur tanah | Geran Tanah Peneroka Kesedar

Cover Line : Penyanyi Psy ditaja oleh syarikat swasta, kata BN Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 3 Feb — Sebuah syarikat swasta gergasi Mega Ultimate dan bukan Barisan Nasional (BN) yang membayar penyanyi terkemuka Psy untuk tampil pada sambutan Tahun Baru Cina yang digembar-gemburkan berlangsung di Pulau Pinang minggu depan, kata jurucakap rasmi BN hari ini.
Ketua Pemuda BN negeri Oh Tong Keong memberitahu penampilan Psy ditaja oleh sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur.
Beliau menolak tuduhan mengatakan kerajaan pusat menggunakan wang awam untuk membawa penyanyi fenomena “Oppa Gangnam Style” sebagai cubaan untuk menarik sokongan pengundi muda menjelang Pilihan Raya 2013.
“Malahan persediaan dan makanan untuk sambutan ditaja oleh beberapa syarikat tempatan,” kata Oh kepada The Malaysian Insider.
“Kami sudah sediakan makanan untuk 50 ribu orang tapi kami jangkakan lebih ramai orang akan turun untuk melihat persembahan Psy nanti,” kata beliau lagi.
Penyanyi sensasi berasal dari Korea Selatan yang nama sebenar Park Jae-Sang bakal membuat persembahan pada 11 Februari ini di padang sekolah Han Chiang, lokasi yang menjadi simbolik kepada kemenangan DAP pada Pilihan Raya 2008 lalu.

Muzakarah antara PAS dan UMNO siapa khianat sebenarnya..?

PRU13 : Kalau dulu bolehlah Mahathir kelentong rakyat


KUALA LUMPUR: Mahathir sudah sedar yang orang Melayu sudah memahami tanpa UMNO Melayu akan tetap boleh bertahan dan wujud dalam negara dengan kemajuan mengikut waktu dan zamannya.
 
“Dulu-dulu bolehlah Mahathir kelentong rakyat terutamanya orang Melayu yang tanpa UMNO Melayu akan mati dan pupus,”

Menurutnya, di Kelantan, rakyat sedar UMNO sudah berada di pinggiran tetapi tidak pula kita mendengar Melayu di situ mati bergelimpangan di jalan-jalan raya.


UMNO sedang berusaha dan mungkin telah dapat menyenaraikan ‘winnable candidate’ untuk pilihanraya kali ini. Itulah yang disebut-sebut setiap kali dalam mesyuarat dan perbincangan tentang pemilihan calon dalam UMNO sekarang ini. Tujuannya ialah untuk mendapatkan sokongan dan keyakinan rakyat untuk memperbaiki prestasi UMNO yang sudah merudum sekarang ini.

Semalam Mahathir berlainan pula pandangannya. Beliau meminta semua rakyat mengundi UMNO dan jangan memilih calon. ‘Siapa sahaja yang diturunkan oleh UMNO sebagai calon kita mesti undi’ katanya. Apa yang dikehendaki Dr Mahathir ialah rakyat tidak payah menggunakan otak dan pemikiran. Bagi Mahathir apabila rakyat memilih itu ikut sahaja siapa yang dicalonkan dan tidak payah berfikir banyak. Mahathir sudah biasa dengan membuat arahan sahaja dan arahan beliau mesti diterima.

PRU13 : 'Ini Kalilah' sudah dirasai penduduk Pulau Sepanggar



KOTA KINABALU: Penduduk Pulau Sepanggar, Kota Kinabalu, yang terletak kira-kira 10 hingga 15 minit dari Pulau Gaya mempunyai hanya kira-kira 400 penduduk di 70 buah rumah merintih diabaikan BN sekian lama.

Ketua Penduduk Pulau Sepanggar yang juga Ketua SAPP (Sabah Progressive Party), Haji Ahmad Abu Bashar berkata sudah sekian lama penduduk Pulau Sepanggar diabaikan kerajaan Barisan Nasional.

Katanya, infrastrukur Pulau Sepanggar tidak dibangunkan dan masjid yang ada juga uzur tanpa dipedulikan oleh kerajaan BN. Lebih teruk, kebajikan penduduk seperti kesihatan juga diabaikan.

Semalam, rombongan PAS yang diketuai Setiausaha Majlis Syura Ulamak, Datuk Nik Muhammad  Zawawi Nik Salleh telah berkunjung ke Pulau Sepanggar untuk meninjau keadaan penduduk dan menjalin ukhuwah Islam.

PRU13 : Pelaksanaan Caretaker Government [Kerajaan Sementara]

1.       PRU13 yang digelar sebagai ‘ibu segala pilihanraya’ (mother of all elections) bakal menjadi penanda aras terhadap tahap kematangan sistem demokrasi di Malaysia. Cadangan pelaksanaan konsep kerajaan sementara (caretaker government) yang disyorkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) dan bakal dikemukakan oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dalam masa terdekat adalah sangat bertepatan dan wajib dilaksanakan oleh pihak kerajaan, bagi menjamin pilihanraya yang bakal berlangsung, berjalan secara adil dan aman.

2.       Pemuda PAS berpendapat, konsep kerajaan sementara (caretaker government), atau lebih tepat diterjemahkan sebagai ‘kerajaan pemegang amanah’, adalah sebuah kerajaan yang mengambil alih peranan kerajaan yang memerintah (incumbent government) secara sementara, bermula daripada tempoh pembubaran parlimen dan sepanjang tempoh kempen pilihanraya, berakhir dengan tempoh kerajaan baru terbentuk (new government), dengan memenuhi kriteria tidak-berpihak (neutral), bebas-politik (apolitical) dan berwibawa (competent).

3.       Prinsip ini adalah bertepatan dengan prinsip kepemimpinan (siyadah) dalam Islam yang menekankan ketinggian nilai integriti dan amanah dalam proses perlantikan pemimpin dan peralihan sesebuah kuasa, berpaksikan kepada pengiktirafan terhadap hak ahli mesyuarat dan rakyat dalam membuat keputusan melantik pemimpin secara adil dan telus. Rasional untuk melaksanakan konsep kerajaan pemegang amanah (caretaker government) ini adalah bagi menghormati prinsip peluang samarata (level playing field) bagi semua pihak yang berpatisipasi dalam proses pilihanraya dan prinsip kelangsungan perkhidmatan kerajaan (life goes on) dalam menjaga kepentingan awam, di samping prinsip pemisahan kuasa (separation of power) di antara entiti kerajaan dan parti politik.

Mahathir mimpi jadi macam Saddam ?

" Semasa menjelang PRU 1999 dan pengaruh Dr Mahathir semakin pudar di mata rakyat, Mahathir mengeluarkan kenyataannya bahawa beliau mungkin ditembak oleh rakyat semasa lawatan di London.
Kini, Mahathir ulangi ayat-ayat basinya dengan menyebut pimpinan UMNO dan BN hatta beliau sendiri bakal ditangkap jika Pakatan Rakyat ambil alih Putrajaya selepas PRU 13 ini.

Mahathir terus dengan imaginasinya dengan mengatakan seluruh lapangan terbang negara ini bakal ditutup untuk halang pimpinan UMNO larikan diri.

Bagaimana dan mengapa Mahathir berfikir begitu jauh tentang nasibnya dan taulannya dalam UMNO dan BN ?

Hadi: Pas tidak mahu 'dipatuk' Umno sekali lagi

KUALA LUMPUR - Dilihat teguh dengan pendirian bahawa Pakatan Rakyat adalah perikatan yang kukuh, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan, Pas sama sekali tidak akan mengulangi jalinan kerjasama politiknya dengan Umno.

"Kita sudah bekerjasama sebelum ini dan kita telah dikhianati. Kita tidak akan adakan sebarang kerjasama politik lagi dengan Umno.

"Kita tidak akan dipatuk melalui satu lubang yang sama sekali lagi," tegas pemimpin utama parti itu ketika menyampaikan ucapan di Himpunan Perdana Ummah bersama Pas dekat sini hari ini.
Jelas Hadi, Pas sama sekali tidak akan mengkhianati janjinya kepada rakyat walaupun terdapat usaha yang dilakukan oleh pihak tertentu termasuk Umno untuk memporak-perandakan Pas dan sekutunya dalam Pakatan Rakyat.

"Bukan kita tak boleh bekerjasama. Dalam isu Palestin, kita boleh bekerjasama... Dalam isu politik tak boleh kerjasama," tegas Hadi lagi.
Bahkan ujarnya Pas sama sekali tidak akan berganjak daripada pendirian bahawa penggabungannya bersama-sama PKR dan DAP adalah satu perikatan utuh untuk membentuk sebuah kerajaan baru yang diimpikan rakyat.

PRU13 : Bekas Pengarah JSJ ramal keadaan aman jika PR takluk Putrajaya

KUALA LUMPUR, 3 Feb — Bekas pemimpin tertinggi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Datuk Fauzi Shaari meramalkan keadaan aman dan tidak berlaku kekecohan jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya menakluk Putrajaya selepas pilihan raya ke-13 yang dijangka diadakan tidak lama lagi.
Keyakinan bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) tersebut dinyatakan dengan membuat perbandingan pengambilalihan kerajaan negeri yang berjaya dimenangi PR pada 2008 yang lalu.
“Apabila saya bertemu dengan orang ramai dan rakan-rakan dalam pasukan polis saya, mereka sering bertanyakan tentang ramalan terutamanya apa yang akan jadi jika Pakatan menang Putrajaya,” kata Fauzi semasa berucap pada Himpunan Perdana PAS Bersama Ummah di Ampang pagi ini.
“Jawapannya mudah sahaja, saya akan ceritakan kepada mereka apa yang berlaku semasa Pakatan berjaya menang Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan.”
Menurut Fauzi, semasa peralihan kuasa berlaku di negeri-negeri tersebut tidak timbul sebarang masalah atau kekecohan yang wujud walaupun pada awalnya terdapat segelintir mereka yang mengepung dan menyerbu pejabat kerajaan negeri sejurus mendapat berita kemenangan tersebut.

Penyebab Naiknya Seseorang Tokoh Dato Dr MAZA

Kantoi : Kerja Jahat TV3@UMNO

Daftar pengundi tanpa pengetahuan pemilik MyKad, SPR dipersoal


GEORGE TOWN, 3 FEB: Ajaib! Mana mungkin nama
seseorang yang belum mendaftar sebagai pengundi
tiba-tiba didapati menjadi seorang pengundi berdaftar.
Hakikatnya, ia berlaku ke atas Sri Vaitheki, 25, anak
kepada Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II
Prof Dr P Ramasamy yang ketika ini sedang belajar di
London.
Kejadian ini memperlihatkan SPR tidak peduli terhadap
tuntutan membersihkan
daftar pemilih Malaysia dan membuktikan seolah-olah
wujud ‘kerjasama baik’
antara agensi awam itu dengan Barisan Nasional (BN).
“Bagaimana dan kenapa ia boleh berlaku? Anak saya
mengakui beliau belum
pernah mendaftar!
“Seseorang yang mahu mendaftar sebagai pengundi perlu membawa MyKad mereka, jadi, siapa pula yang
mewakili anak perempuan saya untuk mendaftar?” soalnya pada sidang media di sini.
Menurut Ramasamy, perkara itu disedari ketika pulang ke rumah keluarganya di Kajang dan mendapati
anaknya menerima sepucuk surat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertemakan
‘Sayangi Selangor’.
“Anak saya didaftarkan sebagai pengundi di Semenyih.

Isu Projek IC di Sabah: Mahathir terus mengelak, kini salahkan Anwar

KUALA LUMPUR, 3 FEB: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terus menerus menyalahkan orang lain dan yang terbaru membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai penipuan ‘kewarganegaraan untuk undi’ di Sabah pada tahun 1990an yang dikenali “Projek M”.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, sebelum ini Mahathir memburukkan nama bekas Perdana Menteri Pertama Malaysia apabila mendakwa Allahyarham Tunku Abdul Rahman melakukan perkara yang lebih buruk kerana memberi kewarganegaraan kepada satu juta orang yang tidak layak sebelum Merdeka.
Katanya, Mahathir sebelum ini secara terbuka mengakui kewujudan “Projek M” tetapi mempertahankannya sebagai mengikut undang-undang berdasarkan hujah pendatang tanpa izin Filipina boleh berbahasa Melayu dan “mempunyai hak untuk menjadi warga negara”.
“Jelas bukan pada 16 atau 17 Januari 2013 apabila pendedahan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Sabah terhadap pendatang tanpa izin membabitkan dua orang kanan Mahathir iaitu bekas Timbalan Menteri Dalam negeri, Megat Junid Megat Ayub dan bekas Setiausaha Politik, Abdul Aziz Shamsuddin dalam penipuan “Projek M” antara 1990 dan 1995 yang mengeluarkan beratus ribu kad pengenalan biru palsu dan pengesahan surat beranak sebagai tukaran untuk undi kepada pendatang tanpa izin.
“Manifestasi terkini kembalinya Mahathirisme adalah melalui tuduhan liar di dalam politik Malaysia bahawa Anwar adalah dalang sebenar di dalam penipuan “kewarganegaraan untuk undi” di Sabah yang dikenali “Projek M”.
“Bilakah Mahathir mula menyedari yang Anwar merupakan dalang projek yang dinamakan “Projek M” sempena namanya itu,” soal Kit Siang dalam kenyataan media mengenai Pengiraan Detik 69 Hari ke PRU-13, semalam.

PRU13 : Memang Pemimpin PAS Perlu Berpantang

Permintaan Naib Preiden PAS Husam Musa agar semua para pemimpin PAS atau jurucakap PAS agar berpantang selama 90 hari menjaga karektor, mulut atau kata-kata agar tidak tersasar sehinggakan ia menjadi isu atau pun disunting oleh pihak lawan untuk menghentam PAS satu cadangan yang tepat. Rasanya permohonan itu tidak sukar untuk dipenuhi oleh para pemimpin PAS kerana ia tidak perlu sampai diadakan kursus khas.


Husam: Selalu ceramat mengulas isu.
Bagi Husam kenapa beliau mengajak demikian kerana ada sebab musababnya. Saya sendiri terperasan dengan masalah ini. Sesetengah pemimpin PAS banyak bercakap, yang tidak ubah seperti burung ktitir atau terkukur yang rajin bercakap. Pantang ada peluang dan dihulurkan mikekrofon sikit mereka akan bercakap dan mengulas apa juga isu yang diajukan kepada mereka walaupun ia kurang relevan.

Bersikap mesra wartawan atau media tanpa hujung pangkal dan pandai membaca apakah motif di sebaik pertanyaan wartawan itu tidak baik juga.

Persis burung ketitir atau terkukur kalau berkokok tidak kira hari siang atau malam, boleh menimbul konfius juga. Memanglah tuannya pelihara unggas itu untuk menikmati kemerduan suaranya dan melihat telatah dan tabiatnya sebagai seni hiburan. Tetapi kalau malam siang tidak kira waktu berkokok ia membosankan.


Gara-gara suka bercakap atau selalu salah cakap itu ia menimbulkan masalah kepada PAS. Menyebabkan PAS terpaksa membetul balik implikasi dari salah cakap itu. Seperkara lagi yang hendak mengulas apa-apa yang ditalakan kepadanya tidak bijak atau fatanah. Mereka mempunyai niat yang baik untuk meredakan keadaan, tetapi kerana kurang 'ilmu pangkah', menyebabkan ia menjadi bertele-tele dan menimbulkan masalah pula.

PRU13 : Pas dakwa ada pengundi BN akan berpaling tadah


Fokus PRU13: Pas dakwa ada pengundi BN akan berpaling tadah
Muhamad Idris (belakang, kanan) bersama Timbalan Pesuruhjaya Pas III Selangor, Khalid Samad dalam satu program di Bukit Sentosa.
 
HULU BERNAM – Senario politik di daerah ini disifatkan sudah berubah sehingga mempengaruhi pengundi yang dikatakan masing-masing tidak memihak kepada mana-mana parti politik.

Perubahan itu membawa kepada pertambahan bilangan pengundi atas pagar yang dikatakan menjadi penentu kepada kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Yang Dipertua Pas Kawasan Hulu Selangor, Muhamad Idris Ahmad berkata, golongan pengundi atas pagar juga yang telah membawa kemenangan PKR pada PRU ke 12, 2008 lalu di mana, beliau mendakwa pengundi Barisan Nasional (BN) sendiri yang memberi undi mereka kepada PKR.

“Golongan atas pagar yang ada dalam BN sendiri yang bersedia untuk berikan undi kepada calon yang mereka rasakan dapat memberi perubahan kepada Hulu Selangor.

“Pada ketika itu (2008), kita lihat, Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad mendapat undi yang banyak daripada pengundi atas pagar,” katanya.

Beliau juga tidak terkejut melihat kemenangan BN pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor, 2010 lalu kerana percaya pengundi atas pagar mengalihkan sokongan mereka.

PRU13 : Umno konon menjadi wira kepada ust nasa

Umno kembali lemah, kini sesudah semua kerja tembelangnya ditelanjangkan serta dibongkarkan. Umno masih lagi mahu menyatakan bahawa dia betul, dialah yang paling sayang rakyat, dialah yang paling banyak berjasa (kerana tiada parti lain sejak 56 tahun berjaya rapas daripadanya). Semuanya didakwa adalah kerananya.

Modal dikira terakhir dan besar selepas isu kalimah ALLah adalah soal Ust Nasa Timbalan Presiden PAS yang hanya digugurkan daripada majlis syura PAS.

Umno cukup bersimpati, kerana ada alasannya. Kenapa jika Umno cukup bersimpati tidak membantu dan angkatkan pak Mat Zin di Hulu Tembeling yang teraniya, terpaksa berulang alik tinggal kan kampung halaman mudik menaiki 'kolek' perahu dan bot sejak 60 tahun usianya.

Apa yang Umno buat dengan rakyat di Kg Bantal, Kg Mat Daling Ulu Tembeling. Kerajaan hanya berbangga ia sebagai 'simpanan hutan tertua dan menjadi Taman Negara tersohor untuk dilawati, ditatapi pelancong asing ke negara dan negeri ini, tidak lebih daripada itu. Bagaimana nasib Pak Mat Zin dengan Janji Ditepati.

Justeru Umno lakukan kerana sesuatu, tidak masa kan mahu membela 'musuh' nya satu ketika dahulu, sekarang dapat tidur sebantal dan memuja serta membela sungguh seorang indidvidu kepadanya.

Apa beda sumbangan ust nasa dengan pak mat zin hulu tembeling ?



Umno percaya Pas lucut Nasha kerana kerap bersama PM

PRU13 : Hanya RM20 juta projek MRT bernilai RM20 bilion diagih pada kontraktor bumiputera

Beberapa projek Transit Pantas Massa (MRT) bernilai kira-kira RM20 juta telah diagihkan kepada kontraktor Bumiputera pada 29 Januari lepas.

Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Datuk Mokhtar Samad berkata pengagihan dihasilkan melalui cabutan undi antara 500 kontraktor kelas D,E dan F.

"Hasil undian telah mewujudkan 44 jenis kerja dan projek yang keseluruhannya bernilai RM20 juta kepada kontraktor yang terpilih."

"Projek yang telah diagihkan itu melibatkan kerja-kerja landskap, pagar, parit, membaik pulih bangunan MRT sedia ada dan sebagainya," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

"Persatuan ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada MRT Corp yang sudah memulakan langkah prihatin kepada nasib kontraktor Bumiputera bersesuaian dengan transformasi Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) supaya tidak meminggirkan anak tempatan Melayu dalam sebarang projek pembangunan," katanya.

PRU13 : Yahya yakin Pakatan dapat 18 kerusi Parlimen di Sabah


(Datuk Yahya Lampong...Pakatan akan menang di Sabah kali ini)

 AMPANG: Bekas Timbalan Menteri persekutuan Datuk Yahya Lampong yakin Sabah akan membentuk kerajaan baru dari Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum ke 13 (PRU13) nanti.

Beliau yakin Pakatan akan menang 18 kerusi parlimen di Sabah yang mana 13 kerusi adalah dari kawasan Kadazan, Dusun, Murut dan Cina (KDMC) dan lima lagi kerusi Bumiputra Islam.

Yahya yang merupakan orang Bajau pernah menjadi timbalan menteri ketika Tun Dr Mahathir adalah perdana menteri.

Beliau adalah penyokong kepada Tun Datu Mustapha ketika itu pernah menjadi anggota Parlimen dan Adun Sabah beberapa kali.


Hari ini beliau berucap dalam Himpunan Perdana Ummah Bersama PAS bersama tokoh-tokoh yang baru menyertai PAS.

TOO LITTLE TOO LATE! BN goes all out to woo Chinese voters


JOHOR BARU- Barisan Nasional has injected plenty of creativity in reaching out to Chinese voters in conjunction with the Chinese New Year.
Be it in the form of sending greeting cards, giving out mandarin oranges and red packets, or hanging buntings by the roadsides, the greetings are expected to boost their image and enhance rapport with the people.
Taking the lead is Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, who greets Chinese voters with his message written in Chinese and translated as "Gong Xi Fatt Cai" and "Peace and Prosperity to the Nation and People".
Found in abundance along the Kuala Lumpur-Seremban Highway in the form of buntings, what has impressed motorists the most is the strikingly red Chinese suit the prime minister is wearing, with a blue sky as a backdrop.
MCA Youth chief Datuk Dr Wee Ka Siong is going digital with his simple greeting card, which is set to appeal to young voters.

‘It’s too late for Sabah Umno, BN’

BN leaders in Sabah can chastise the opposition as much as they want in order to serve their peninsular master, but their end is nearing, says opposition STAR.
KOTA KINABALU: Sabah Barisan Nasional’s ‘incessant holler’ and attacks on opposition parties especially the State Reform Party (STAR)  has not deflected grassroots perceptions of the BN’s unworthiness.
In fact the more BN leaders defend the alleged wrongdoings of their Umno-BN bosses and justify the coalition’s continued presence in Sabah, the more compelling the need to boot them out, claims STAR chief Jeffrey Kitingan.
In a statement lambasting state BN secretary Abdul Rahman Dahlan for hitting at the opposition’s insistence on the Borneo Agenda which includes Sabah becoming a nation ‘within’ Malaysia, Jeffrey said the current ‘domination’ by the peninsular was “morally wrong’
“Rahman has been very vocal in his defence of Malayan domination over Sabah, justifying it with all sorts of rationales.
“This is understandable because he needs to show partiality to his bosses in Umno, but his rationales are contrived and in the final analysis he doesn’t care very much about the rights of Sabahans within the Federation.
“Why must we be subservient in our own house when we should be the masters of our destiny?” he asked.
He said unlike in Sarawak, Sabahans were constantly being bullied and their rights trampled on as proven by the witness testimonies in the ongoing Royal Commission of Inquiry into the legalised illegal immigrant situation.

Syrian conflict: Tensions beyond its borders

Dozens killed in suicide attack on Iraqi police HQ

PRU13 : Kaum India tidak akan beri ‘Nambikei’ kepada Najib

KUALA LUMPUR 3 Feb:  Masyarakat India tidak akan memberi ‘nambikei’ atau kepercayaan kepada Datuk Seri Najib Razak pada pilihan raya umum akan datang, tegas Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam.
Menyifatkan rayuan itu  tindakan terdesak meraih undi, beliau yakin kaum India tidak akan terpengaruh dengan janji perdana menteri itu.
“Dalam sehari dia pergi lebih tiga Pesta Ponggal, kemudian tabur janji nak bela nasib orang India.
“Selama Umno BN perintah, nasib orang India tidak pernah terbela, bila pilihan raya baru janji macam-macam untuk orang India. Ini menggambarkan politik terdesak Najib,” katanya ketika dihubungi.
Najib ketika berucap pada sambutan Pesta Ponggal di Dataran Merdeka, malam tadi berjanji tidak akan mengecewakan harapan masyarakat India, malah merayu supaya diberi kepercayaan (nambikei) dan sokongan pada PRU nanti.
Manikavasagam berkata, BN sanggup berbelanja besar untuk meraikan sambutan seperti Pesta Ponggal, namun mengenepikan perkara asas seperti kemudahan pendidikan kepada masyarakat Tamil.
“Najib pernah janji mahu bina sekolah Methodist Tamil di Kapar, tapi sampai hari ini janji langsung tidak ditepati sedangkan sekolah dan pendidikan adalah asas kepada semua manusia.

PRU13 : 'Peralihan kuasa akan berlaku secara aman' - Datuk Fauzi Shaari


 
Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari yakin ketenteraman awam akan terjamin sekiranya Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan selepas pilihan raya umum akan datang.

Beliau yang kini merupakan ahli PAS memberi alasan peralihan kuasa daripada BN kepada Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum tahun 2008 juga berlaku secara aman.
"Saya nak nyatakan tidak ada kerisauan daripada segi ketenteraman awam. Peralihan kuasa akan berlaku secara aman dan damai," katanya sewaktu berucap dalam satu program bersama pemimpin tertinggi PAS di Ampang pagi ini.

Katanya, keadaan sama dapat dilihat ketika peralihan kuasa berlaku di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak sebelum ini.
"Jadi Alhamdulillah, seperti yang di Perak itu selamat saya perhatikan (peralihan kuasanya)," katanya yang kini turut giat berceramah di pentas PAS.

Belia berkata demikian sewaktu membangkitkan isu mengenai kemungkinan yang akan berlaku jika Pakatan menguasai Putrajaya.

Tambahnya lagi, peralihan kuasa di Selangor juga berjalan dengan lancar walaupun polis pada masa itu meningkatkan langkah keselamatan kerana bimbang berlaku perkara di luar jangkaan.

"Kalau saya sendiri, sewaktu di Selangor saya tengok berjalan dengan baik dan dengan aman.

Hadi bidas Dr M, dakwa Umno punca penganut agama keliru

Abdul Hadi (ketiga dari kiri) pada Himpunan Perdana PAS Bersama Ummah di Ampang. — Gambar Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 3 Feb — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak tuduhan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan parti tersebut menggunakan agama dan kalimah “Allah” untuk memancing undi, sebaliknya mendakwa Umno yang bertanggungjawab mewujudkan kekeliruan dikalangan penganut agama di Malaysia. Dalam laporan akhbar berbahasa Melayu Mingguan Malaysia hari ini, Dr Mahathir menekankan Malaysia berbeza dengan negara lain yang mempunyai dua kefahaman Islam kerana negara ini hanya mengamalkan mahzab Ahli Sunnah Wal Jamaah dikalangan penganut Muslim.
“Isu agama ini dipermainkan oleh Umno sejak dahulu lagi,” kata Abdul Hadi dalam ucapannya di Ampang pagi ini sempena Himpunan Perdana PAS Bersama Ummah.
“Malahan mereka juga sanggup mempermainkan kalimah Allah dan memutar-belitkan keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura bulan lalu.
“Kalimah Allah ini bukan hanya untuk penganut Muslim sahaja, malahan dinegara arab penganut agama selain Islam juga menggunakan kalimah suci tersebut.
“Cuma yang tidak boleh ialah menterjemahkan ia sebagai rujukan kepada tuhan lain dan disalahguna untuk tujuan tidak baik,” tambah beliau lagi.

Kantoi : KM Sabah akhirnya akui Amalilio 'saudara jauh'



 
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mengakui bahawa suspek yang dikehendaki kerajaan Filipina Manuel Karingal Amalilio merupakan "saudara jauh" keluarganya.
Bagaimanapun, Musa menafikan bahawa beliau campurtangan untuk menghalang penghantaran pulang individu tersebut.

NONE"Saya ada keluarga besar dan saya baru saja diberitahu bahawa individu ini merupakan seorang saudara jauh," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kerajaan negeri Sabah tidak akan masuk campur dan tidak pernah melakukan seperti didakwa.

"Ini adalah soal polis dan Interpol.

"Sama ada Amalilio seorang saudara atau tidak, pihak berkuasa perlu menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya. Tiada orang yang dikecualikan undang-undang," katanya lagi.

Kenyataannya itu dipercayai bagi menjawab gesaan timbalan presiden PKR Azmin Ali semalam yang menuntut penjelasan ke atas dakwaan para pegawai Filipina bahawa Musa campurtangan dalam urusan tersebut.

PRU 13: Bantuan RM120 juta bukti SYABAS gagal, tidak selesaikan masalah air

KUALA LUMPUR, 3 Feb — Kerajaan negeri Selangor hari ini mengecam pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak meluluskan bantuan kewangan RM120 juta kepada SYABAS semalam dan mendakwa ia membuktikan syarikat air tersebut gagal menguruskan operasi dengan baik.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan rasmi hari ini memperlekehkan langkah kerajaan pusat tersebut dan mendakwa ia tidak akan membantu menyelesaikan masalah air di negeri tersebut.
“Terbukti syarikat konsesi berkenaan gagal menguruskan bekalan air bersih dan sumber air secara profesional dan berkesan,” kata Abdul Khalid.
“Tindakan Najib memberikan bantuan dana ini membuktikan kerajaan pusat sebenarnya tidak berminat membantu kerajaan Selangor mengambilalih air demi kebajikan rakyat.”
Abdul Khalid juga meminta pihak pengurusan SYABAS menjelas pelan rancangan mereka supaya wang yang diberikan tersebut tidak disalahguna.

PRU13 : Kos bawa 'Gangnam' ke acara Najib dijangka lebih RM1j


 
BN nampaknya tiada masalah untuk membelanjakan wang yang banyak untuk membiaya hiburan di acara politik ketika dasar parti itu mendakwa cuba mengekang masalah kos sara hidup rakyat dengan mengedarkan bantuan kewangan.
Ini dilihat melalui rancangan untuk menganjurkan acara bersama penyanyi pop Psy - yang popular dengan lagu Gangnam - pada 11 Februari semasa majlis rumah terbuka BN Pulau Pinang.

br1m 2.0 launch by najib razak 2Acara di perkarangan kolej Han Jiang yang akan dihadiri 60,000 orang itu dijangka akan turut disertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beberapa orang penganjur konsert memberitahu Malaysiakini bahawa Psy mungkin hanya akan membuat penampilan ringkas selama kira-kira 60 minit.

Penganjur berkenaan menjangkakan bahawa Psy akan mengenakan bayaran sekitar USD300,000 hingga USD400,000 (RM932,100 to RM1,242,800) untuk persembahan ringkas dengan lagu yang dirakam dan juga beberapa orang artis iringan.

Ada Berani : R jemput Mustapa Mohamed ke pentas debat

KOTA BHARU: Anak muda Kelantan sekali lagi mencabar Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed tampil di pentas debat bagi membuktikan dakwaannya negeri ini tidak layak menerima royalti.

Presiden Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (R), Nazri Deraman berkata, sekadar kenyataan melalui media massa tidak memadai bagi merungkai isu tersebut.

“Janganlah hendak berdolak dalih pula dalam isu tuntutan royalti petroleum Kelantan,” katanya di sini semalam.

Semalam Mustapa dalam satu kenyataan media menyebut tuntutan royalti minyak dan gas di Kelantan perlu ada asas kukuh terutamanya aspek sempadan dan undang-undang.

Nazri berkata, pemimpin Umno terbabit perlu berani tampil di pentas debat bagi mempertahankan hujahnya dan bukannya sekadar syok membuat kenyataan melalui media massa.

“Sekiranya beliau yakin benar, saya cabar Tok Pa berdebat. Selagi beliau tidak memberi respon dan menerangkan fakta sebenar, rakyat Kelantan akan menganggap semua yang beliau cakap sebelum ini bohong," ujarnya.

PRU13 : "PAS tidak akan dipatuk dari lubang yang sama lagi"


(Ustaz Abdul Hadi berucap dengan penuh semangat hari ini di depan muka-muka baru yang menyertai dan menyokong PAS)

AMPANG: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberikan jaminan tidak akan mengkhianati amanah rakyat untuk terus kekal bersama dengan Pakatan Rakyat dan sekali-kali tidak akan bekerjasama politik dengan Umno.

"Kita sudah bekerja sama sebelum ini dan kita telah dikhianati. Kita tidak akan adakan sebarang kerjasama politik lagi dengan Umno.

"Kita tidak akan dipatuk melalui satu lubang yang sama sekali lagi," kata beliau di hadapan 300 tokoh-tokoh yang merupakan ahli baru PAS di Himpunan Perdana Ummah Bersama PAS di hotel De Palma, Ampang hari ini.

Ustaz Hadi memberikan janji ini berikutan usaha Umno dan pelbagai pihak yang tidak putus-putus cuba memecahkan PAS dari Pakatan Rakyat. Namun katanya, PAS boleh bekerjasama dengan Umno dalam bidang lain termasuk untuk membela rakyat Palestin sebagaimana yang dibuat sebelum ini.

Beliau yang penuh bersemangat dan memberikan ucapan panjang di himpunan hari ini kelihatan sangat gembira dengan muka-muka baru yang beliau lihat dalam majlis hari ini.

PRU13 : Wanita Pakatan sudah sedia untuk gempur Umno BN – Zuraida

lalSEBERANG JAYA 2 FEBRUARI: Wanita Pakatan Rakyat sudah bersiap sedia untuk melancarkan gerak gempur menentang kebatilan yang menjadi teras perjuangan pimpinan Umno BN, kata Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin.
Beliau kesal kerana kerajaan Umno BN turut mengugut rakyat supaya memberi mandat kepada mereka jika mahu pembangunan dilaksanakan.
“Apakah dengan janji jika menang dan jika dapat rampas kembali itu ini, baru hendak laksana pembangunan? Ini membuktikan kerajaan sedia ada tidak telus dan ikhlas dalam menjaga kepentingan rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Himpunan Kebangkitan Wanita di tapak ekspo Seberang Jaya, Seberang Perai Tengah 1 Februari lalu.

PRU13 : Syabas Yang Gagal Mahu Dibantu, Kerajaan Selangor Yang Berjaya Diabaikan

BANDAR TUN RAZAK, 3 FEB: Bantuan RM 120 juta kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) oleh Kerajaan Persekutuan tidak akan menyelesaikan kemelut air Selangor kerana Syabas sebelum ini terbukti gagal mengurus dana yang diberikan kepadanya.
Menurut Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sebelum ini, Syabas telah membelanjakan RM 1.169 bilion – lebih daripada yang diperuntukan di bawah perjanjian – tetapi syarikat itu masih gagal menurunkan kadar air tidak berhasil (NRW) kepada 19.98  peratus.
NRW adalah air yang hilang melalui kebocoran paip atau yang telah dicuri. Kadar NRW sekarang di bawah Syabas adalah 33 peratus, kata Abdul Khalid di dalam satu kenyataan media di sini.
Pada sidang media pagi tadi, Abdul Khalid menegaskan bahawa masalah pengurusan air, yang pada awal Januari menyebabkan setengah juta penduduk di Lembah Klang tidak dapat bekalan, hanya boleh diselesaikan dengan penyusunan semula.
“Kerajaan Persekutuan tahu mengapa penyususnan semula industri air perlu dilakukan. Pemberian RM120 juta tidak menyelesaikan masalah Syabas.

Isu kalimah ALLAH kerja Umno, kata Hadi



ABDUL HADI AWANG KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mendakwa isu kalimah ALLAH yang menjadi pertikaian mutakhir ini adalah mainan politik Umno menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Ini kerja Umno. Mengaku Islam... bawa isu kalimah ALLAH musim pilihan raya. Nak pancing undi guna kalimah ALLAH," katanya ketika menyampaikan ucapan di Himpunan Perdana Ummah bersama Pas di sebuah hotel dekat ibu negara, hari ini.

Jelas Hadi, keputusan dibuat Majlis Syura Pas berkaitan dengan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam sudah cukup jelas, namun ia dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu termasuk sesetengah media sehingga ia menimbulkan kebimbangan rakyat.

"ALLAH tak boleh diterjemahkan. Dalam masa sama ALLAH digunakan bukan Islam ditempat dia, itu hak kamu. Salah gunakan, itu tak boleh.

"Ia ada beza dan kita kena faham. Majlis Syura Ulama buat keputusan perkataan ALLAH tidak boleh diterjemah. Perkataan ALLAH tak boleh salah guna. Kalau kamu nak (kalimah) ALLAH dalam bangsa kamu, itu hak kamu. Dipotong-potong kenyataan ini dan dilaga-lagakan," tegas beliau.

Najib Razak Raja Lawak 2013

Oleh ARIF ATAN
KUALA LUMPUR: PAS menyelar kenyataan Perdana Menteri kononnya pertukaran kerajaan akan memberi kesan buruk pada ekonomi negara seperti turunya nilai mata wang dan inflasi meningkat sebagai "permulaan musim Raja Lawak 2013".

"Tidak tukar kerajaan pun, kadar inflasi negara kita teruk dengan kos barang-barang harian melambung dan bebannya ditanggung rakyat sebagai pengguna.
"Malah, ekonomi Malaysia di ambang krisis kesan hutang Kerajaan Persekutuan yang terus meningkat ketika Kerajaan Umno-BN masih berkuasa," bidas Naib Presidennya, Dato' Mahfuz Omar mengulas laporan utama Utusan Malaysia 1 Januari lalu.
Katanya, Najib Razak cuba memperbodoh rakyat termasuk penjawat awam seolah-olah mereka masih buta akan jurang luas pendapatan serta banyak ketirisan wang negara sepanjang pentadbiran hampir 56 tahun Kerajaan Umno-BN.
"Terdapat 5.2 juta isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan yang kini terpaksa diberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
"Maknanya, kerajaan Umno-BN sudah gagal mengurus ekonomi dan memastikan agihan adil kekayaan negara kepada rakyat," jelasnya.

Felda tidak berkat di bawah Isa Samad?

Oleh RUHI HAYATI THANI
SEGALA pekerjaan yang tiada kaitan dengan keberkatan, maka lazimnya akan berakhir dengan derita dan kesengsaraan. Keberkatan dalam kepemimpinan sangat penting. Tanpa keberkatan, maka segala amalan pasti tidak menjadi.
Hari ini, rakyat dapat menyaksikan betapa sentuhan Umno adalah sentuhan kecundang. Sentuhan mereka menatijahkan keruntuhan atas masyarakat di negara ini tanpa mengira bangsa dan penganut agama apa pun.
Ambil contoh Felda. Ketika Saham Felda merudum semua perkara ini ada kaitan dengan tiadanya keberkatan dalam kepemimpinan. Sikap Umno dan BN yang tidak jujur dan suka menipu umat, akan mengurangi keberkatan dalam kepemimpinan itu sendiri.
Adakah kerana watak pemimpin seperti Isa Samad, Ahmad Maslan antara punca semua kemelut ini? Boleh jadi juga. Boleh jadi mereka menipu dan tidak jujur berkata-kata juga. 
Sejak dahulu, FGVH sebelum disenaraikan di bursa saham, ia punya tanah puluhan ribu hektar di Indonesia. Ia anak syarikat pelaburan baru Felda yang bergerak sejak lima tahun belakangan ini dan dibenarkan melabur di luar negara; Amerika, Kanada dan China.
Tetapi, ia menjunam dan merosot dengan teruknya. Terbaru, ketika mengulas kejatuhan saham ini, Ahmad Maslan menyatakan bahawa ia berpunca daripada fitnah pembangkang. Hal ini mengingatkan kita kepada sikap helah Umno yang tidak mengakui kelemahan diri.

30 Tahun Menunggu Bekalan Elektrik | Kg Jali Benta Lipis Pahang |

Ustaz Muhammad Nazmi Karim: "Kita ini satu kaum yang Allah muliakan dengan Islam"

Ustaz Muhammad Nazmi Karim: Contoh orang Munafik !

Tolong beri saya 'Nambikei', kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji tidak akan mengecewakan harapan dan aspirasi masyarakat India di negara ini terhadap kerajaan BN.

Sambil menegaskan tidak mahu kaum India merasa terpinggir daripada arus pembangunan negara, Najib berkata beliau mahu mereka menjadi masyarakat yang semakin maju dan berjaya.



"Saya akan pastikan hari esok lebih baik untuk kaum India sama seperti kaum-kaum lain," katanya ketika berucap pada sambutan Pesta Ponggal Peringkat Kebangsaan di Dataran Merdeka, di Kuala Lumpur, malam tadi.

Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk M Saravanan dan Duta Khas (Infrastruktur) Malaysia ke India dan Asia Selatan Datuk Seri S Samy Vellu.

Najib mengakui banyak lagi cabaran dan masalah kaum India yang perlu diambil perhatian oleh kerajaan BN.

Wartawan Malaysia Claudia Theophilus Mati Ditembak Di Lebanon


claudiaWartawan Malaysia yang berkerja sebagai Penerbit Bahasa Inggeris Al-Jazeera On-line yang beribupejabat di Qatar, Claudia Theophilus, 42, ditembak mati di Baakleen, kawasan pergunungan di Lebanon pukul 2.30 pagi (waktu Lebanon), semalam.
Beliau ketika itu bersama dua lagi individu dipercayai rakannya. Salah seorang rakan berkenaan membuat laporan kepada polis negara berkenaan yang kemudiannya memaklumkan kejadian kepada Kedutaan Malaysia.
Polis tempatan telah menahan dua orang yang bersama mangsa bagi soal siasat dan siasatan awal mendapati ia mungkin berpunca dari kemalangan.
Ketika dihubungi, Duta Malaysia, Ilango Karuppannan mengesahkan kematian Claudia tetapi butiran kejadian masih lagi samar.
Beliau memberitahu akhbar The Star, mayat Claudia telah dibawa ke hospital di Baakleen dan bedah siasat telah dilakukan.
“Kami dalam perjalanan ke sana sekarang,” katanya.
Menurut beliau, apa yang diketahui setakat ini ialah Claudia dipercayai mungkin sedang bermain dengan senjata api sebelum salah satu daripadanya meletup dan peluru mengenai dirinya.
Mendiang pernah berkerja untuk akhbar The Sun dan Malaysiakini.

PRU13 : Rakyat & Malaysia Dalam Bahaya Jika Tukar Kerajaan! Inflasi Naik, RM Jatuh, Huru-Hara, Bankrap!!

Najib Tukar Kerajaan PRU Rakyat & Malaysia Dalam Bahaya Jika Tukar Kerajaan PRU Ke 13! Inflasi Naik, RM Jatuh, Huru Hara, Bankrap!!
Dalam tempoh beberapa hari, sudah ada beberapa pemimpin kerajaan tampil memberikan kenyataan & ramalan masing-masing mengenai nasib negara dan rakyat Malaysia selepas Pilihanraya Umum ke 13. Andaikata tersilap memberikan undi, buruk padahnya. Gambaran yang diberikan amat-amat menakutkan. Antara ramalan yang dikemukakan, kami mulakan dengan ramalan Datuk Seri Najib  terlebih dahulu iaitu….

Ramalan Datuk Seri Najib Razak

  1. Mata wang jatuh : Kenapa mata wang boleh jatuh pula? Kebiasaannya mata wang akan jatuh disebabkan krisis ekonomi. Krisis ekonomi Asia yang berlaku sekitar tahun 1998 – 1999 dahulu agak teruk, berapa banyak yang terpaksa gulung tikar. Adakah disebabkan bertukar kerajaan?
  2. Inflasi meningkat : Inflasi meningkat disebabkan kenaikan harga barangan. Sekarang ini inflasi di Malaysia dalam keadaan trend yang semakin meningkat naik yang mana kuasa beli semakin mengecil (KLIK SINI). Adakah semua ini berlaku disebabkan bertukar kerajaan?
  3. Sektor perlancongan lumpuh : Lazimnya, apa yang kami sedia maklum selama ini biasanya kalangan pelancong takut datang ke sesebuah negara adakah disebabkan faktor-faktor seperti bencana alam, perang, rusuhan, wabak penyakit.  Adakah tetap juga dikatakan  bertukar kerajaan sebagai faktor kejatuhan sektor perlancongan?
  4. Keselamatan negara tidak terjamin: Adakah semata-mata disebabkan bertukar kerajaan?
Apa asas dan rujukan ramalan berlandaskan kenyataan seperti di atas ini? Cuba senaraikan kekecohan apa yang dimaksudkan sebenarnya, sehingga mengatakan keselamatan negara tidak terjamin. Kumpulan mana yang bakal membuat huru-hara dan kekecohan itu? Perincikan?
Dengan memberikan kenyataan tidak bertanggungjawab ini, sangat sesuai untuk kami bandingkannya dengan petikan kata-kata Tony Benn (bekas Ahli Parlimen Britain) dalam documentari Sicko.
“Keeping people hopeless and pessimistic – see I think there are two ways in which people are controlled – first of all frighten people and secondly demoralize them” – Tony Benn
“An educated, healthy and confident nation is harder to govern” – Tony Benn
Bagi kami kenyataan seperti ini, adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab apatah lagi ia keluar daripada mulut seorang yang bergelar Perdana Menteri ditambah mempunyai pendidikan dalam ekonomi pula, masakan sanggup memberikan kenyataan seperti ini? Kenyataan yang cuba untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia?

Ku Li: PRU13 dijangka paling sengit


Lebuh raya rakyat: Ku Li nasihat Kelantan bincang Pusat GUA MUSANG - Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi disifatkan paling sengit dalam sejarah negara.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau mahu rakyat membuat keputusan bijak bagi memilih wakil rakyat mereka sama ada bagi kerusi Parlimen atau Dun.

Beliau turut menasihati rakyat jangan mudah mendengar khabar angin yang boleh mengurangkan tumpuan terhadap pengundian, kerana ia penting untuk masa depan.

“Paling penting, kita fokus kepada penilaian calon yang bertanding untuk membuat keputusan mengundi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Mesra Bersama Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Parlimen Gua Musang di Dewan Bukit Chekati dekat sini, petang semalam.

Sidang media penuh Nazmi Faiz

Penjelasan Sharifah Zohra Berkaitan Isu Kontroversi "Listen, Listen, Listen" !

Dr Asri: 'Pelaksanaan hudud perlu ada roh'


DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN KUALA LUMPUR - Bekas mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin mengulangi pendirian beliau yang bersetuju sekiranya hukum hudud mahu dilaksanakan di negara ini.

Meskipun begitu beliau menegaskan,  ia hanya boleh direalisasikan saat negara berada dalam keadaan kondusif yang bila mana penggubalan undang-undang itu dilakukan, ia menampakkan sisi indahnya Islam itu.

"Saya setuju (laksana hudud) tetapi kita kena ada kesedaran bahawa pelaksanaan hukum hudud itu perlu ada roh, ada keadaan di mana apabila hukum hudud itu dilaksanakan orang akan melihat kecantikan Islam," katanya dalam forum  Implimentasi Syariah Dalam Negara Bersifat Sekular: Adakah Malaysia Menepati Syariah Islam?" di ibu negara malam tadi.

Forum dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Belia dan Sukan, 1MDB, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan Media Prima.

Asri yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) menjelaskan, sekarang bukan masa yang sesuai untuk melaksanakan hukum Islam itu di negara ini.

"Ini soal hukum sebab itu kita perlu mendidik. Saya OK, boleh buat (hudud), saya kata hudud bagaikan pintu yang indah bagi sebuah istana tetapi jika dipasang di sebuah rumah yang buruk, terhempas rumah itu.

Hadi: 'Walau cerai, Nasha tetap ahli Pas'


hadi awang KUALA LUMPUR - Pas mempunyai garis panduan dan penilaiannya sendiri dalam menentukan bahawa bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa masih boleh kekal sebagai ahli parti itu meskipun digugurkan dari Majlis Syura.

Namun Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, cara penilaian itu dibuat adalah hak mutlak parti yang tidak boleh didedah kepada umum.

"Masih ahli. Orang bercerai pun, bercerai talak satu, talak dua, talak tiga.

"Itu terpulang kepada penilaian kita. Tak berhak kita dedahkan kepada orang penilaian kita sendiri. Bahkan dalam sejarah Pas bukan kali pertama kita pecat," katanya pada sidang media selepas merasmikan Himpunan Perdana Ummah di sebuah hotel dekat ibu negara hari ini.

PRU13 : Lebih ramai calon bukti Pakatan memartabat wanita – Anwar

SEBERANG JAYA 2 FEBRUARI: Pakatan Rakyat akan menampilkan ramai calon wanita pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar di Seberang Jaya“Kita yakin dengan kekuatan yang ada pada wanita. Sebagai bukti, Pakatan akan mengetengah ramai calon wanita pada PRU 13.
“Kita yakin wanita Pakatan mampu untuk membawa pembaharuan dalam negara jika diberi ruang berbuat demikian,” katanya pada Himpunan Kebangkitan Wanita Pakatan di tapak ekspo Seberang Jaya, Seberang Perai Tengah 1 Februari lalu, yang dihadiri kira-kira 1,000 orang.
Anwar berkata, Pakatan tidak ketandusan pimpinan wanita, malah keupayaan mereka pernah teruji dari segi ketahanan mental dan fizikal khususnya ketika berdepan provokasi parti lawan.

MB: Hasan Ali Tak Bejalar Akaun, Buat Tudahan Tanpa Fakta

MB Loji Semenyih 01
SHAH ALAM 3 FEB: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membidas dakwaan bahawa Kerajaan Negeri menggunakan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk baikpulih jalanraya bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
Abdul Khalid berkata jika terdapat unsur salahguna atau penyelewengan seperti yang didakwa Presiden Jati, Datuk Dr Hasan Ali, Hasan diminta laporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Lebih baik Hasan mengajukan perkara itu ke SPRM, buat apa hanya cakap-cakap sahaja, Kerajaan Negeri tidak menggunakan duit seperti yang didakwanya,” katanya.
Abdul Khalid ditemui pemberita ketika menghadiri Majlis Makan Malam Kutipan Dana Pusat Dakwah Serantau (PDS) di Stadium Melawati malam tadi.
Hasan, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor membuat dakwaan itu dalam satu program debat bersama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar di Sijangkang, minggu lalu.

Hadi: PAS ada sebab untuk kekal keahlian Nasha

 
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang enggan menjelaskan alasan PAS untuk mengekalkan Nasharudin Mat Isa sebagai ahli parti, walau menggugurkan keanggotaan bekas timbalan presiden itu dalam Majlis Syura Ulama parti itu.

Menurutnya, PAS mempunyai alasan tersendiri dalam membuat keputusan seperti itu dan parti itu juga tidak berhak untuk menjelaskan perkara tersebut kepada umum.

"Itu terpulang kepada penilaian kita, tak berhak kita dedah pada orang lain penilaian kita," katanya pada sidang media selepas majlis Himpunan Perdana Ummah bersama PAS tengahari tadi.

PRU13 : Sekarang Mahathir minta semua mengundi parti pula

UMNO sedang berusaha dan mungkin telah dapat menyenaraikan ‘winnable candidate’ untuk pilihanraya kali ini. Itulah yang disebut-sebut setiap kali dalam mesyuarat dan perbincangan tentang pemilihan calon dalam UMNO sekarang ini. Tujuannya ialah untuk mendapatkan sokongan dan keyakinan rakyat untuk memperbaiki prestasi UMNO yang sudah merudum sekarang ini.
Semalam Mahathir berlainan pula pandangannya. Beliau meminta semua rakyat mengundi UMNO dan jangan memilih calon. ‘Siapa sahaja yang diturunkan oleh UMNO sebagai calon kita mesti undi’ katanya. Apa yang dikehendaki Dr Mahathir ialah rakyat tidak payah menggunakan otak dan pemikiran. Bagi Mahathir apabila rakyat memilih itu ikut sahaja siapa yang dicalonkan dan tidak payah berfikir banyak. Mahathir sudah biasa dengan membuat arahan sahaja dan arahan beliau mesti diterima.

Tidak berapa lama dahulu dia juga yang menyatakan UMNO itu sudah busuk sampai ke ususnya, tetapi semalam beliau juga yang meminta kita mengundi parti yang beliau katakan busuk itu. Beliau juga yang mengatakan beberapa bulan dahulu UMNO sudah tidak ada apa-apa lagi, kerana yang pandai masuk PAS, yang baik sertai PKR dan yang bijak sudah menyokong DAP. Oleh itu jelas Mahathir ini tidak boleh di ikuti langsung kerana kita akan diperbodoh-bodohkannya sepanjang masa. Sesungguhnya Mahathir ini mudah lupa, bukannya Melayu yang mudah lupa seperti yang beliau katakan dahulu
Apa yang paling menariknya lagi, pada pilihanraya yang lalu Mahathir telah meminta rakyat jangan mengundi mengikut parti. Beliau mahukan rakyat memilih calon kerana jika parti menurunkan calon yang tidak baik maka ia tidak akan memberikan keuntungan kepada rakyat dan negara termasuk parti-parti yang menurunkan calon-calon itu. Semasa itu Mahathir berkata yang negara perlukan calon-calon yang baik dan mengikut kehendak masa dan zamannya.

PRU13 : Usah remehkan potensi menang di Melaka

Ahmad Lutfi Othman,
Mungkin tidak ramai menaruh harapan tinggi bahawa Melaka dapat dikuasai Pakatan Rakyat dalam PRU13. Malah, ada pihak menyifatkannya sebagai negeri paling selamat buat BN.

PAS dan KeADILan belum mempunyai wakil dalam sidang Dun Melaka. Lebih tepat lagi, tiada pembangkang Melayu dalam Dun berkenaan. Daripada 28 kerusi, DAP menang lima, manakala di peringkat Parlimen, BN hanya tewas satu kerusi di Kota Melaka, juga kepada DAP.

Ketika perhatian rakyat lebih tertumpu ke Putrajaya, kerusi Parlimen Bukit Katil dikira menjanjikan persaingan sengit, selain Alor Gajah yang diwakili MCA, parti yang dilihat semakin terhakis sokongan masyarakat Cina. Kedua-duanya merupakan kerusi campuran.

"Kami mungkin mempunyai 'kerajaan pembangkang' di peringkat negeri selepas PRU13 nanti," kata seorang rakan, yang lama menetap di Melaka. Beliau merujuk andaian BN masih kekal mentadbir negeri walaupun Putrajaya dijangka mengalami perubahan. 

"Tanpa mengira suatu perkara luar biasa boleh berlaku nanti, Pakatan hanya dapat mengharapkan dua lagi kerusi Parlimen dari Melaka," tambahnya, sambil menekankan jumlah itu sudah cukup untuk membuatkan kerajaan persekutuan bertukar tangan.

PRU13 : Negara kekal aman selepas bertukar kerajaan - Fauzi


AMPANG: Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari yakin negara akan kekal aman selepas berlaku pertukaran kerajaan nanti.

Bagi beliau ugutan yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan berlaku huru-hara jika kerajaan bertukar tidak akan berlaku.

Fauzi berkata demikian ketika berucap dalam himpunan perdana ummah penyokong PAS di hotel De Palma Ampang hari ini.

PRU13: Pakatan Rakyat mampu bentuk kerajaan


KUALA LUMPUR: Leftenan Jeneral (B) Datuk Abd Ghafir Abd Hamid melahirkan keyakinan Pakatan Rakyat akan menang pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Beliau yang berucap pada Himpunan Perdana Ummah Bersama PAS memberitahu melihat kepada perubahan yang ketara sokongan rakyat serta penyertaan dari golongan profesional dan ahli perniagaan pasti kemenangan ini tidak boleh dinafikan.

Malah menurut beliau lagi, pada Pilihan raya Umum ke-12 (2008) telah menjangkakan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan memenangi Putrajaya.

"Saya pasti melihat kepada perubahan hari ini, Pakatan Rakyat pasti memenangi PRU13 seterusnya membentuk kerajaan.

"Jika sebelum ini pada PRU12, saya merasakan Pakatan Rakyat tidak akan berjaya untuk tawan Putrajaya dan kali ini segalanya menjadi milik Pakatan," ucap beliau di sebuah hotel di sini, pagi ini.

Isu kalimah Allah : Majlis Syura Pas 'tutup buku', keputusan muktamad.



Nik Zawawi Nik Salleh SHAH ALAM - Majlis Syura Ulama Pas sudah 'menutup buku' terhadap isu larangan ke atas orang bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible berbahasa Melayu.

Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, keputusan yang dibuat sebelum ini adalah muktamad dan tiada pertimbangan kali kedua.

Beliau menegaskan keputusan yang dibuat itu juga tidak bercanggah dengan keputusan yang telah dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini.

“Tidak ada pertimbangan kali kedua akan dibuat lagi, keputusan Majlis Syura adalah muktamad dan tidak ada keputusan kedua.

“Dia (Pengerusi DAP, Karpal Singh) kena faham, di dalam Pas Majlis Syura yang menentukan polisi parti dan isu kalimah ALLAH adalah perkara dasar,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Kemunduran rakyat Sabah bukti kegagalan pentadbiran Umno-BN

Srikandi KEADILAN kini di dalam siri jelajah yang kedua dimana kita meletakkan kawasan sekitar pantai timur merangkumi 7 kawasan parlimen dan memberi tumpuan dikawasan pengundi melayu,wanita dan pengundi muda di Negeri Sabah.Hari ini merupakan hari ke 3 Srikandi Pusat ,Srikandi Sabah,Pimpinan Negeri dan AMK turun berkempen untuk bertemu dan mengedarkan bahan-bahan penerangan tawaran Pakatan Rakyat termasuk Agenda Wanita Malaysia dan Agenda Wanita Muda Malaysia.
Kemunduran rakyat Sabah bukti kegagalan pentadbiran Umno-BN - Siti AishahPagi ini Srikandi keadilan telah mensasarkan kawasan Dun yang dimenangi oleh Ketua Menteri Sabah Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Musa Aman iaitu di Dun Sg Sibuga diperkampungan Tinusa 2.Edaran telah dilakukan merangkumi 200 buah rumah disekitar kawasan tersebut yang mempunyai jumlah pengundi seramai 5 ribu orang.
Hasil lawatan yang diperolehi mendapati kawasan yang dimiliki oleh Ketua Menteri ini boleh diketegorikan didalam kawasan mundur dan amat miskin.3 isu utama yang ditekankan ialah yang pertama tahap kebersihan persekitaran yang terlalu kotor dan tidak terurus,kedua permasaalahan sistem pemantauan keselamatan merangkumi seluruh aspek termasuk kemudahan yang sepatutnya diberikan kepada penduduk disitu tetapi tidak berlaku dan sebaliknya mereka terus dihimpit dengan masaalah pemilikkan tapak tanah yang tidak diberikan kepada penduduk tetapi taraf mereka ialah "setinggan berdaftar".Penduduk-penduduk disini berdepan risiko dihalau tanpa notis dan pampasan oleh pihak kerajaan Umno/Barisan Nasional Sabah.

BN man gives ‘evil’ Dr M a tongue lashing

Seeing red over the former premier's call for Najib Tun Razak to quit if he does not secure a two-thirds majority, S Vell Paari fires a vitriolic salvo.

PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad’s call on Prime Minister Najib Tun Razak to relinquish his post if he is unable to secure a two-thirds majority for Barisan Nasional in the next election has ruffled the feathers of a ruling coalition leader.
Without mincing his words, MIC strategy director S Vell Paari fired a vitriolic salvo on the former premier’s “evil actions” during his 22-year tenure in office.
He also reminded Mahathir that his constant rantings and his association with groups like Perkasa were among the main resons why Najib would find it difficult to obtain the desired majority.
“Was it not Mahathir who said ‘even if I win by one vote, I would still rule’. Was it not Mahathir who said ‘under the Westminster (British) parliamentary system even if we win by one seat, we would continue to rule’.
“Mahathir defeated Tungku Razaleigh by a mere 43 votes (in the Umno election). Did he not continue to rule for another 15 years. So why should Najib resign?” he asked.
To illustrate his point further, Vell Paari quoted the words of the “great soul” Mahatma Gandhi to criticise the “not so great soul” Mahathir.

Royalti : 'Fatwa' Nik Aziz zalimi rakyat - Mustapa

PASIR MAS – Kenyataan dikeluarkan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengenai menteri yang bertanggungjawab menafikan hak Kelantan dalam agihan royalti minyak dikatakan menzalimi rakyat.

Pengerusi badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed berkata demikian selepas melihat kenyataan dikeluarkan tidak bersandarkan fakta.

Menurutnya, Nik Abdul Aziz diminta bercakap dengan fakta yang lengkap kerana dikhuatiri menzalimi dan menganiaya rakyat tidak bersalah.

“Biarpun ia sekadar pandangan, ia perlulah mempunyai fakta kukuh lebih-lebih lagi ia dijadikan sebagai fatwa.

“Lebih memburukkan keadaan sekiranya ia jatuh kepada tuduhan, maka pihak yang dituduh akan mendapat natijah buruk sekiranya ia palsu,” katanya, selepas majlis bersama rakyat seluruh Parlimen Pasir Mas, kelmarin.

Beliau turut mempersoalkan kelayakan Nik Aziz mengulas mengenai perkara terbabit, meskipun beliau mempunyai pengetahuan agama luas.

Menurutnya, tiada siapa layak menghukum umat lain, malah meletakkan mereka di dalam syurga atau neraka.

Dalam kenyataan Nik Abdul Aziz, beliau menegaskan Menteri menafikan hak Kerajaan Pas Kelantan terhadap royalti minyak akan dimasukkan ke dalam neraka.

Menurutnya, tidak ada kuasa yang boleh menyekat menteri terbabit dimasukkan ke dalam neraka kecuali menerusi syafaat Nabi Muhammad SAW.

Nik Abdul Aziz mempersoalkan sebab royalti minyak tidak diserahkan kepada kerajaan Pas Kelantan sedangkan mereka mendapat habuan daripada perlombongan emas yang diusahakan sebuah syarikat dari negara Cina.

 INI ASAS TUNTUTAN KAMI.

FAKTA ASAS TUNTUTAN ROYALTI KELANTAN - SEBAR SELUASNYA

SIAPA TIPU RAKYAT KELANTAN?


ASAS TUNTUTAN ROYALTI KELANTAN
GABUNGAN PROFESIONAL MENUNTUT ROYALTI, PENDARATAN MINYAK DAN GAS KE KELANTAN (ROYALTI)
TUNTUT PETRONAS DAN KERAJAAN MALAYSIA SUPAYA


1. PENGELUARAN MINYAK DAN GAS KELANTAN DI MEDAN [PETA MINYAK & GAS DILAMPIRKAN]

1. MEDAN PERTINDIHAN KELANTAN – TERENGGANU

Pengeluaran adalah mengikut Sempadan Laut 1987 (DILAMPIRKAN), maka Medan Lawit, Medan Jerneh dan Medan Bintang adalah berada dalam sempadan Kelantan – Terengganu.


2. BLOK PM 301 DAN PM 302 (100 % MILIK KELANTAN TANPA PERTINDIHAN)

Ekpslorasi di PM301 & PM302 diberikan kepada CS Mutiara Petroleum Sdn Bhd.
Syarikat milik 50:50 Petronas Carigali Sdn Bhd dan Shell Exploration And Production Malaysia BV.

UTUSAN : " Saya rasa seperti dizalimi kata Nasha"



 
Bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa berkata beliau berasa seolah-olah dizalimi apabila mursyidul am parti, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap kedudukannya sebagai ahli PAS turut terlucut sepertimana jawatannya dalam Majlis Syura Ulama.

Dalam wawancara yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia hari ini, Nasharudin berkata kenyataan Nik Aziz itu juga keterlaluan kerana didakwa "mengiaskan saya seolah-olah telah murtad".

"Saya merasakan seperti dizalimi dalam konteks itu di mana kiasan yang dibuat terhadap perkara tersebut dilihat saya agak keterlaluan dengan mengiaskan saya seolah telah murtad, dan mengkiaskan saya dengan isu penceraian dan sebagainya.

"Sedangkan sekali lagi saya masih belum menerima hitam putih kedudukan sebagai ahli PAS," katanya dalam wawancara dengan akhbar milik Umno itu.

Beliau mengulas kenyataan Nik Aziz kelmarin yang berkata isu surat rasmi itu tidak timbul kerana "lafaz cerai" sudah dilakukan.

"Lafaz cerai sudah dibuat, kalau surat cerai tak sampai pun ia tetap dah cerai... surat tak sampai tu soal nombor dua," kata Nik Aziz seperti dipetik dalam laporan Sinar Harian semalam.

Mangulas lanjut, Nasharudin berkata beliau berhak diberikan surat pemecatan memandangkan PAS sebelum ini memberi surat pelantikan ke jawatankuasa tersebut.
"Sangat tidak adil kerana saya hanya mengetahui perkara tersebut melalui media ketika baru pulang dari Dubai.
"Media ini bukan merupakan medium rasmi untuk kita menyampaikan perkara tersebut," katanya yang akur dengan keputusan pelucutan jawatan berkenaan.

Beliau yang kini merupakan ahli biasa PAS turut mengulas mengenai peluangnya untuk bertanding dalam pemilihan parti akan datang.

"Bagi saya kalau ada usaha untuk menyekat saya untuk bertanding dalam apa-apa jawatan dalam parti, itu bukan hak individu untuk menyekat saya.

"Tetapi terpulang kepada ahli dan kawasan sebab dalam PAS ini semangat syura itu bukan sahaja ada dalam Majlis Syura Ulama tetapi semangat itu juga ada dihidupkan dalam kalangan ahli di peringkat bawahan," katanya.

Pemberian Geran Peneroka Kesedar Ketepi Sentimen Politik

LGE's speech at DAP Fundraising Dinner Part III

Mahfuz : Ceramah Di Parlimen Pokok Sena

Anwar : Ceramah Di Parlimen Pokok Sena

Mahathir Ajak Berpegang Kepada Al-Quran, San Miguel Apa Cerita?

Sudah buang tabiatkah Mahathir ini? Mengajak orang lain berpegang kepada Al-Quran sedangkan anak sulongnya, Mirzan namanya, menguasai syarikat antarabangsa Filipina, San Miguel Corporation, yang juga pemilik syarikat San Miguel Brewery Inc, pembekal dan pengedar minuman arak yang terbesar di negara tersebut!

San Miguel Brewery menguasai 95 peratus pasaran arak Filipina. Syarikat yang sudah mencecah satu abad itu, difahamkan turut mempunyai kilang arak serta kepentingan di China, Indonesia, Vietnam, Thailand dan Malaysia. Menurut laman web San Miguel, ia mempunyai pasaran 60 buah negara di seluruh dunia.

Menjelaskan lagi bahawa Mahathir itu manusia hipokrit darjah tertinggi!



Tun Mahathir saran berpegang kepada al-Quran


SUNGAI PETANI, 2 Feb — Tun Dr Mahathir Mohamad berkata peperangan yang membabitkan sesama masyarakat Islam berlaku kerana pengikutnya tidak menjadikan al-Quran sebagai pegangan mereka.